Khamis, 2 April 2015

Rafizi: Saya harap Najib tak penjarakan Mahathir


Tiket utk murid sekolah pun kena GST..


Memang KERAjaan BN betoi cekau duit rakyat..
Betoi2 kata Najib, GST bantu kurangkan beban rakyat.. bantu kurangkan tang mana Najib !!!

Akhirnya korang dah kena kencing sama Ahmad Maslan & KERAjaan UMNO/BN..


28/3/2015 : Ahmad Maslan kata Top-up prabayar slps GST dilaksanakan GST (6%) ganti SST (6%). Harga masih sama

Tetapi hari ini..
2/4/2015 : SST (6%) kekal TAMBAH LAGI GST (6%) jd 12%. Harga PON NAIK. Alasan tambah 'airtime'..

Sungguh bijak 'MEREKA' PERBODOHKAN RAKYAT.

TV Prabayar Astro NJOI pon dikenakan GST. HAMPIR SEMUANYA nak bantai GST.


Islamic State militants 'enter Yarmouk refugee camp' in Damascus

Khaled Meshaal dismisses comparisons between Hamas & Islamic State

DAP: Why is subsidised 1 Malaysia flour sold in Singapore?

Dakwaan cukai baru bahan api, menteri Umno enggan ulas

Nur Jazlan: Najib has support, no need to step down

Rafizi: I hope Najib won't imprison Mahathir

UMNO/BN & PUTAR BELIT Berpisah TIADA !!!


Semalam kata dah hantar SURAT AMARAN kerana tak serap . Hari ni 'FLIP-FLOP' balik kekal bayar 6% GST on topup. Siapa banyak guna prepaid ni ??? Golongan muda dan berpendapatan rendah dan sederhana. TANG MANA TAK MENYUSAHKAN RAKYAT Ahmad Maslan..

Alahai. Kalau tak tegas tak mampu buat keputusan jangan cakap dulu! Itu pun tak mampu fikir ke? Sekarang mana ada nak pakai sms, airtime pun siapa nak audit? Lebih-lebih lagi Whatsapp dah boleh buat call lagi, siapa nak guna airtime? Kebanyakan sekarang topup untuk beli internet plan.

Kalau sebelum kata ni SST mansuh ganti GST harga sama. So maknanya SST + GST lah kan !!!!

KERAjaan tunduk takut kpd taiko telco, TETAPI TIDAK BERANI TUNDUK KEPADA DESAKAN & KEMAHUAN RAKYAT..


Kenapa tiba2 nak flip-flop ??? Tidak konsisten langsung. Sebelum ni kata serapkan GST sebab ganti SST. Ni apa cita pulak ?? ganti plok dgn 'airtime'...

Siapa nak audit 6% tu? Macam mana kerajaan tau dia bagi lebihan 6%? Kena kencing dengan telco dah... 

MB Selangor : Benteras ketirisan Kerajaan, jangan cukai rakyat miskin

Haniza :Rizab Selangor banyak, jangan sampai rakyat tidak merasa

MKN Di Bawah Umno atau Kerajaan Persekutuan?- YB Dato' Abdul Fattah

Ku Li: Dr M hanya tuntut kebenaran, Najib perlu jawab


GST: Menteri kata 23,000 aduan, timbalan kata 800


'Ya, parti Islam baru jika PAS keluar Pakatan' - Pasma

NGO pro-Pakatan Rakyat, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedang membuat kajian berhubung menubuhkan satu parti baru sekiranya PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti yang mungkin akan ditubuhkan itu lebih cenderung ke arah ‘parti Islam’ bagi mengisi kekosongan PAS dalam pakatan.

“Banyak desakan untuk kita jadi parti politik dalam keadaan sekarang ini, jadi saya buat keputusan untuk buat kajian.

“Tapi (menubuhkan parti) ini bergantung dengan Pakatan Rakyat, bukan kita akan berdiri sendiri.

“Dan kita akan jadi sebahagian daripada komponen Pakatan barulah wujud parti politik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya lagi, keputusan mewujudkan parti itu bagaimanapun bergantung dengan perkembangan hubungan Pakatan.

Berkemungkinan parti itu akan ditubuhkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, jika perlu, tambah  Phahrolrazi (atas).

PAS semalam terus membayangkan sesuatu apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu mampu berjuang bersendirian walaupun disingkir daripada Pakatan.

PAS K Nerus henti kerjasama dengan DAP

PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Terengganu dan peringkat pusat, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin.
  
Beliau berkata PAS Kawasan Kuala Nerus amat kesal dan dukacita dengan keputusan DAP Terengganu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menjadikan hasrat beliau untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat sebagai alasan.
  
Katanya PAS Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP sama ada di peringkat pusat ataupun negeri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi pada masa sama meneruskan hubungan dengan parti PAS dan anggotanya umpama mengajak anggota PAS untuk memutuskan hubungan dengan presidennya.
    

GST: Majlis Fatwa nasihat pemimpin, bukan sekongkol


KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi halal semata-mata atas alasan kerajaan memerlukan dana bagi membangunkan negara dan keperluan rakyat bagi memenuhi kehendak yang bersifat daruriyyah dan hajiyyah sebagaimana yang dikeluarkan kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Alasan ini bukanlah pandangan syarie yang sebenar melainkan untuk menggembirakan hati pemimpin," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, mereka tidak menasihati pemimpin, sebaliknya bersekongkol dan mencari dalil bagi membenarkan kezaliman pemimpin.

Justeru, katanya Majlis Fatwa perlu berfungsi sebagai penasihat sebelum keputusan kerajaan dibuat dan bukannya sebagai majlis ‘endorsement’ kepada keputusan kerajaan selepas keputusan diambil.

"Persoalan besar ialah kenapa dana kerajaan semakin mengecil sedang sumber negara yang sangat banyak?

"Selama 57 tahun yang lalu, kerajaan tidak pernah memerlukan GST, mengapa sekarang perlu?" tanya beliau.

Beliau berkata, GST bukan penyelesaiannya jika punca sebenar dana negara meleset tidak diambil perhatian.

"Lihatlah bagaimana kerajaan sudah meminta RM2.2 bilion peruntukan tambahan pada suku perjalanan 2015.

Akta-akta drakonian: Sekat penentang ideologi Umno

DI SAAT Malaysia menuju negara maju, amat dikesali apabila pemerintah masih rakus menggunakan akta-akta drakonian bagi mengekang rakyat dari bersuara. Wajarkah akta-akta ini digunakan hanya semata-mata menyekat mereka yang menentang ideologi Umno-BN? Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Pengarah Jabatan Undang- Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia, Noorazmir Zakaria mengenai perkara ini.

WARTAWAN: Boleh saudara jelaskan mengenai aktaakta drakonian yang masih digunakan pemerintah negara ini.
NOORAZMIR ZAKARIA: Saya lihat Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Jenayah (PoCA) antara akta drakonian yang masih digunakan kini.
Saya boleh sebutkan di sini, apabila Juham mengendalikan kes yang melibatkan ahli-ahli PAS dan pimpinan PAS yang ditangkap di bawah Akta Hasutan, berkemungkinan untuk dijatuhkan bersalah selepas ini terlalu tinggi.
Tidak pernah lagi setakat kes yang kita kendalikan di bawah Akta Hasutan, kita menang.
Ini kerana Akta Hasutan itu tidak melihat kepada niat.
Cenderung kepada menghasut juga telah didapati bersalah dan yang menafsirkan perkataan menghasut itu bukan terletak pada orang yang mengungkapkan sesuatu kenyataan itu, tetapi bergantung kepada hakim.
Jadi hakim apabila dia mendengar keterangan, dia yang akan memutuskan sama ada kenyataan itu cenderung menghasut atau tidak. Jadi, perkara ini bukan salah mahkamah, tetapi salah akta itu.
Ini kerana akta itu sebenarnya digubal dan asal akta itu sendiri untuk menyekat terorist pada ketika itu iaitu komunis.
Adakah akta-akta ini digunakan untuk menyekat sebarang ideologi yang bertentangan dengan Umno- BN?
Beza sekarang ini bila ISA sudah tiada, Umno seperti terdesak untuk mencari akta yang lain bagi menakutnakutkan pimpinan parti- politik pembangkang dan juga ahli-ahli yang menyokong pembangkang ini. Mereka dimomokkan dan dikenakan di bawah Akta Hasutan. Apabila didakwa, kebarangkalian untuk lepas itu tidak ada, jadi orang jadi takut.
Perkara inilah yang menyebabkan masyarakat makin menyampah dan meluat dengan Umno. Betul. Ini kerana Umno semakin terdesak untuk menyekat sebarang ideologi yang bertentangan dengan ideologi Umno-BN. Sebab itu kita desak supaya Akta Hasutan ini dihapuskan.
Sebelum ini kita mengharapkan kepada kerajaan terutama Dato’ Seri Najib apabila dia umum nak hapuskan Akta Hasutan, memang akta ini akan dihapuskan. Tetapi apabila dalam Perhimpunan Agung Umno dia didesak supaya tarik balik Akta Hasutan, jadi ‘stand’ beralih kepada tidak akan pinda. Kita memang tidak pernah percaya dengan Umno, tetapi apabila Najib memberikan harapan kepada rakyat, sepatutnya dia mengambil kesempatan meyakinkan rakyat.
Najib telah bertindak dengan tidak bijak. Beliau termakan dengan desakan pimpinanpimpinan Umno yang ada kepentingan. Maka dia telah menukar ‘stand’ sebelum ini dengan tidak menukar Akta Hasutan.
Ini bermakna Akta Pencegahan Jenayah (PoCA) juga akta yang zalim seperti ISA?

Menipu Dalam Parlimen: Hanya 815 aduan diterima mengenai GST setakat semalam - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 815 aduan diterima mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sehingga semalam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, 40 peratus merupakan aduan mengenai pembelian kad tambah nilai prabayar telefon  yang turut dikenakan caj CBP.

"Pada ketika saya menjawab soalan ini, pihak Kastam Diraja Malaysia telah memanggil syarikat telekomunikasi untuk memberi keterangan mengenai aduan yang diterima ini.

Jika mereka berdegil tidak mahu mengikut arahan, maka kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan ianya akan jadi kes pertama sekiranya masih berdegil," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Amat Wasali (BN-Sipitang).

Sapawi ingin mengetahui jumlah aduan yang diterima setelah CBP dilaksanakan semalam di seluruh negara memandangkan rata-rata rakyat negara ini memuat naik resit pembelian kad tambah nilai prabayar telefon yang dikenakan caj CBP di laman media sosial.

Ahmad menasihatkan pembeli menyimpan resit pembelian dan pergi semula ke mana-mana premis perniagaan bagi membuat tuntutan bayaran balik wang yang telah dibayar semasa membeli kad tambah nilai prabayar telefon.

Kepada soalan tambahan yang diajukan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengenai tindakan sesetengah syarikat memecahkan akaun bagi mengelak membuat pendaftaran CBP, Ahmad berkata: "Strategi yang mereka ambil itu silap".

Katanya, apabila akaun syarikat dipecahkan bagi mengelak untuk mendaftar CBP kerana mempunyai pendapatan tahunan di bawah paras RM500,000, maka syarikat berkenaan tidak boleh menuntut cukai input.

Hadi berniat baik, walau pun DAP melihatnya sebagai halangan

Komen Pembaca

MusaNg: Seperti ramai orang Arab, Hadi Awang memiliki “titik buta” – beliau percaya dengan memaksa Islam ke atas seseorang, ia akan membawa kebaikan kepada orang itu.
Tetapi ingat, niatnya baik – beliau nak orang lain ke syurga.
Tentulah, beliau juga dapat masuk syurga. Sebagai seorang yang berhati baik – terbukti dengan kepatuhannya terhadap agama – saya pasti Hadi barangkali merasakan pengampunan untuk dirinya adalah hal kedua, berbanding pendosa lain.
Saya pasti jika kita tanya, Hadi Awang akan mengatakan ini bukan tentangnya – ini tentang mereka yang berdosa yang pastinya nak masuk syurga selama-lamanya berbanding dibakar api neraka.
Tak apalah walaupun perlu potong tangan, kaki atau kepala. Ia dapat mengingatkan orang yang dihukum bahawa Islam itu bagus, bukan? Dan orang yang berdosa boleh berterima kasih terhadap Hadi Awang di syurga nanti, bukan? 

TrueBlue: Hudud PAS adalah topik yang paling disalahfaham dalam sejarah. Begitu juga Hadi – beliau adalah personaliti yang paling disalahfahami pada abad ini.
Apa yang perlu PKR dan DAP buat adalah baca enakmen itu, dan mereka akan segera menyedari keindahan hudud PAS.
Tidak syak lagi mereka juga akan mendapat manfaat. Anwar Ibrahim pasti akan bebas memandangkan qazaf (tuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat) memerlukan empat saksi yang berwibawa.
Dan tiada Ahli Parlimen daripada DAP yang berani melanggar undang-undang dengan risiko disebat.

Katatonic: Tak mengapa. Lebih baik belajar sekarang, berbanding kemudian hari. Ini adalah sesuatu yang bagus.
Selepas PRU 2004, kebanyakan oportunis meninggalkan PKR atau dibuang – dan kini PKR sudah mencapai “baligh”.
Pakatan secara keseluruhan sedang berhadapan saat “baligh” juga, dan sudah tiba masa mereka membesar, menjadi idea dan bentuk, ataupun satu barisan yang bersatu, atau lebih baik, berpecah dan membentuk sebuah parti besar yang menggabungkan ahli PKR dan DAP.
Kita sekarang tahu bahawa PAS tidak boleh dipercayai – dan tiada orang bukan Islam yang akan percaya, sekurang-kurangnya untuk generasi ini dan seterusnya.

BN paling gembira jika PAS keluar PR, kata Hanipa Maidin

Mohamed Hanipa Maidin hari ini menolak kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang PAS sedia bersendirian, menegaskan pihak yang gembira dengan kenyataan itu sebenarnya hanya Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, amat malang apabila Umno semakin lumpuh dan terdedah kepada kehilangan kuasa, wujud suara dalam Pakatan Rakyat (PR) yang masih bercakap mengenai isu keluar daripada PR. "Sehingga kini BN rasa begitu perit dengan kewujudan PR dan juga perit untuk mempertahankan pemerintahannya yang semakin hari semakin rapuh dengan dikelilingi skandal dan salah guna kuasa.

"Maka satu-satunya pihak yang amat gembira jika PAS keluar PR tidak syak lagi adalah BN," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu merujuk kenyataan Amar, timbalan menteri besar Kelantan, yang juga rakan sejawatnya dalam PAS Pusat. "Adakah PAS sanggup menggembirakan BN dengan air mata kesedihan dan kekecewaan rakan-rakannya dan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada PAS pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas?" soal Hanipa.

Semalam, Amar dilaporkan berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada PR, memandangkan parti Islam itu pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada PRU8 pada 1990. "Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tidak ada pilihanlah.

"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita hendak berbangga," beliau dipetik berkata, mengulas krisis PR susulan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Hanipa dalam kenyataannya berkata, selagi PAS masih berpegang kepada dengan slogannya "PAS for all," soal PAS sedia berjuang bersendirian tidak relevan sama sekali, melainkan ia bersedia mengehadkan pengaruh dan sokongannya hanya di Kelantan sahaja.

Asal aja datang dari UMNO MESTI BOLEH JADI 'HALAL'..


Halal-UMNO...
Pusat judi-kasino TERBESAR DI DUNIA di M'sia
Kilang arak terbesar di Asia Tenggara di M'sia

Siapa yg meluluskan semua ini, kalau bukan UMNO !!!

Hidup MELAYU !!! Hidup MELAYU !!! Hidup MELAYU !!!

Inilah salah satu contoh mentaliti Ir. UMNO/BN.. Cakap sedap mulut jer, pakai otak tp tak pakai akal.


Ir. = title bg seorang engineer
Ar. = title bg seorang arkitek
Dr. = title bg seorang doktor
Rm = title bg kikis wang negara

KANTOI LAGI Ahmad Maslan menipu & perbodohkan rakyat dlm isu GST kali ini...


Ahmad Maslan kata.. hanya sekadar 800 aduan
Hasan Malek kata.. lebih 23,000 aduan diterima

Korang nilaikan lah sendiri pemimpin UMNO kamu ini hari2 bercakap bohong...

MB Selangor: GST 'zalim' , lobster tak kena, 'maggi' kena

Mahathir: Siasat siapa arah Sirul bunuh Altantuya



'Saya bukan nyanyuk, tapi terpaksa dedah' kata Mahathir

BN akan kalah PRU-14, tiada kaum percaya lagi kepada Najib, kata Dr M

Zahid Tiada arahan politik tahan editor portal TMI

MP tak puas hati selepas GST tuala wanita tak turun

Azmin: Selangor tolak GST sebab 'zalim'

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri berpendirian untuk menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia merupakan satu sistem percukaian yang zalim.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa itu, sistem GST yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan sepatutnya dilaksanakan berlandaskan prinsip adil kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanapun cukai GST yang dilaksanakan pada 1 April itu tidak mematuhi prinsip asas keadilan dalam sistem percukaian kerana masih membebankan rakyat, kata Azmin.

"Pendirian kerajaan negeri, kita tetap menolak pelaksanaan GST ini kerana ia satu sistem percukaian yang zalim. Sistem GST bila dilaksanakan bukan untuk mencipta satu hasil pendapatan yang baru, atau meningkatkan pendapatan negara. Itu satu falsafah yang salah.

"Persoalannya sekiranya kerajaan Umno ingin meningkatkan pendapatan mereka di peringkat persekutuan, mereka  harus meneliti dahulu ketirisan, kebocoran, rasuah yang berleluasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) berhubung pelaksanaan cukai GST di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

GST: Kedai serbaneka RM2 bakal pupus

Kedai serbaneka RM2 bakal pupus 
 Kedai serbaneka RM2 tidak lagi mengekalkan harga tersebut kerana perlu mengenakan cukai GST pada setiap barangan dijual.
KULIM - Kalau sebelum ini kedai serbaneka RM2 sangat popular dalam kalangan pengguna, namun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan harga tersebut tidak dapat dikekalkan.

Pengurus Kedai Serbaneka Eco Shop Kulim, Teoh berkata walaupun sebelum ini kedainya menjual semua barangan dengan harga RM2 namun terpaksa dinaikkan sebanyak 12 sen kerana GST.

"Untuk mengekalkan harga RM2 amat sukar kerana pembekal dan premis lain mengenakan GST terhadap setiap barangan. Kami juga terpaksa naikkan harga dan kedai RM2 takkan ada lagi.

“Memang nampak nilai 12 sen kecil namun jika pelanggan membeli 10 barang mereka perlu membayar lebih daripada RM20,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Teoh berkata, selain itu pihaknya juga terpaksa menyediakan syiling untuk dipulangkan kepada pelanggan.

Caj Rawatan Hospital (HUKM, PPUM, HUSM) Naik Gara-gara GST?

hospital gst
Kenaikan Caj Bayaran Rawatan Hospital (HUKM, PPUM, HUSM) Naik Gara-gara GST? Tiada Pengecualian Berubat Di sana! Nampaknya minggu ini rakyat Malaysia akan disajikan satu demi satu pengumuman dan berita kenaikan harga barang naik dan servis serta perkhidmatan untuk rakyat Malaysia.
Bagi kalangan rakyat Malaysia yang seringkali mengunjungi dan memilih rawatan kesihatan daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan juga Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) anda bakal pembayaran lebih daripada biasa dek kerana pengumuman dan berita terbaru yang Berita Semasa perolehi daripada HUKM dan HUSM yang mana bermula 1 April 2015, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) akan mula kenakan GST Malaysia 6% kepada pesakit dan pelanggan mereka bermula hari ini

Punca Kenaikan Caj Rawatan di HUKM dan HUSM Naik?

  1. Pusat perubatan UKM (PPUKM) adalah hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  2. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak memberikan pengecualian pengenaan
  3. GST kepada hospital pengajar
    Sama seperti Pusat perubatan UM (PPUM) dan Hopital Sains Malaysia (HUSM)
Semuanya gara-gara dengan pelaksanaan GST Malaysia 6%. Anggaplah ia suatu jihad walaupun maklumat yang diberikan sangat tidak jelas melalui media arus perdana selama ini. Nah…inilah realiti bahang pelaksanaan GST Malaysia bermula......

Anwar masih MP, kerusi Permatang Pauh tidak kosong – Peguam

KUALA LUMPUR 2 APRIL: Pengumuman Speaker Dewan Rakyat bahawa saudara Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan, kata peguam Latheefa Koya.
Menurutnya, pengumuman itu hanya dibuat berdasarkan maklumat daripada lembaga pengampunan dan bukan daripada yang Dipertuan Agong atau pihak istana, menjadikan Anwar masih kekal sebagai Ahli Parlimen.
“Tiada keputusan mengenai penolakan petisyen itu telah disampaikan kepada Anwar mahupun keluarganya yang  telah membuat permohonan pengampunan dari Agong  atau istana.
“Pendek kata tidak ada keputusan sah telah dibuat dan disampaikan seperti yang ditetapkan dalam Perkara 42 yang dibaca bersama dengan Perkara 48 Perlembagaan,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Menurut Latheefa, Agong mempunyai budi bicara mutlak untuk membuat keputusan mengenai petisyen pengampunan di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut mengingatkan Speaker Dewan bahawa surat dari lembaga pengampunan itu hanya dirujuk kepada petisyen tidak bertarikh di bawah peraturan 113, namun permohonan itu tidak dibuat oleh Anwar.
Katanya lagi, surat dari lembaga pengampunan itu bertarikh 16 Mac lalu, namun keputusan hanya diketahui 10 hari kemudian melalui afidavit balas terhadap permohonan Anwar untuk menghadiri parlimen.

Zalim jika Sirul dibunuh kerana jalankan arahan - Mahathir

KUALA LUMPUR: Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

Demikian pandangan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya, hari ini.

"Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia," tulisnya.

Baginya, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk Umno dan PRU14.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

Kepentingan bidang kewartawanan dalam sebuah negara berdemokrasi

oleh Hazlan Zakaria

Ahli sejarah Scotland, Thomas Carlyle telah menyatakan yang akhbar adalah instrumen yang membantu menjamin dan menjaga prinsip demokrasi, pengadil fakta, pendapat dan pengetahuan yang sentiasa berjaga-jaga menentang kezaliman.

Pada hari ini, dalam sebuah negara demokratik, akhbar adalah badan pemantau dan benteng yang ketiga untuk sesebuah negara selepas pengundian dan tekanan awam, antara mekanisme ke arah membetulkan apa-apa kesalahan dalam sebuah negara demokratik. Tetapi perlu ditegaskan bahawa media adalah perlu dalam kedua-dua fungsi undi yang sepatutnya, dan arah pendapat awam.

Ini adalah Carlyle telah mengemukakan yang peranan penting media adalah untuk menyediakan fakta, pendapat dan pengetahuan kepada orang awam untuk membuat pilihan yang tepat. Ini adalah fungsi kedua-dua orang awam dalam membuat keputusan membuang undi untuk menentukan siapa yang akan diberikan mandat untuk memerintah, dan juga untuk menjana perbezaan pendapat dan tekanan awam perlu dirangsang dalam berhadapan dengan kesalahan yang dilakukan mereka yang dilantik untuk berkhidmat bagi orang ramai.

Dan dengan sendiri, media bertindak sebagai lebih daripada sekadar saluran untuk menzahirkan hak orang ramai terhadap maklumat, tetapi juga sebagai penghalang kepada mereka yang berkuasa. Dalam kata-kata Brutus tulisan Shakespeare dalam teater Julius Caesar, "Tidak, Cassius, sebab mata tidak nampak dirinya sendiri, tetapi melalui pantulan, melalui beberapa perkara lain".

Dalam hal ini, akhbar dan media merupakan 'beberapa perkara lain’ yang memberikan cerminan kepada mereka yang berkuasa. Ia adalah semakan dan imbangan yang bukan sahaja memantau, memerhati dan melaporkan, tetapi turut bertanggungjawab terhadap orang ramai untuk mempersoalkan dan menekan mereka yang berkuasa apabila keadaan menuntutnya. Dalam semua kes, media adalah barisan pertahanan pertama bagi sebuah negara demokratik terhadap kemunculan kezaliman kerana ia akan menjadi pihak pertama yang menyedarinya, dan wajib mendedahkan penyalahgunaan dan kesalahan.

Adakah keutamaan polis dalam tugas penguatkuasaan, tepat?

oleh Ng Kee Seng
Pastinya rakyat Malaysia telah menyedari bagaimana cekapnya polis dalam menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya wakil-wakil rakyatnya?
Pada kadar ahli-ahli parlimen Pakatan sedang ditahan, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan mempunyai sebarang wakil pembangkang.
Apabila golongan fanatik agama pro-Umno dan pemimpin Barisan Nasional (BN) berkumpul dalam protes atau demonstrasi yang serupa, adakah polis masih sama cekap?
Pihak polis seolah-olah tidak tahu tetapi rakyat Malaysia sedar bahawa penguatkuasaan undang-undang tidak begitu cekap dalam pencegahan dan penyiasatan jenayah, berbanding dengan kes-kes berprofil tinggi tertentu.
Rakyat Malaysia belum pernah menyaksikan polis memberi keutamaan dan tumpuan sebegini terhadap menentang perbezaan pendapat awam yang ditunjukkan oleh peserta-peserta perhimpunan aman.
Malah mereka yang sukarela membantu menjaga masyarakat untuk mengawal jenayah turut tidak terlepas. Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS), yang ditaja oleh kerajaan adalah contoh terbaik.
Rakyat Malaysia hanya mampu berharap yang pihak polis sebegitu cekap dalam kejadian ragut, rompak dan bunuh.

Satu kes pembunuhan sebegini berlaku ke atas Hussain Ahmad Najadi, pengasas Bank Pembangunan Arab-Malaysian yang telah ditembak mati pada siang hari di pusat bandar Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Tak ada kaum lagi percaya pada Najib, kata Dr M

BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Datuk Seri Najib memimpin Umno hingga PRU 14,” tulis Mahathir di blognya hari ini.

Katanya lagi apabila Umno kalah, kepimpinan parti itu akan dikutuk dan ditolak oleh bangsa Melayu dan ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?


Bekas pertanda menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Permatang Pauh: Pakatan padu

PELBAGAI pihak yakin bahawa Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh yang akan diadakan nanti akan memperlihatkan perpaduan erat parti dalam komponan Pakatan Rakyat.

Pelbagai tanda menunjukkan bahawa semua pendukung Pakatan akan bekerjasama berkempen untuk menjamin berulang kembali kemenangan calon Pakatan dari PKR.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan berikutan keputusan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lalu iaitu sebaik saja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarganya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu diterimanya kelmarin.

Sehubungan itu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu dalam masa terdekat.

Antara yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut, katanya, ialah tarikh penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi pilihan raya kecil tersebut, selain memutuskan tarikh mula kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun dilihat krisis dalam Pakatan masih wujud, tetapi ramai percaya masalah ini boleh diselesaikan dengan rundingan di mana harapan rakyat kepada Pakatan masih wujud.

Untuk itu tidak sukar meramalkan bahawa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh nanti akan memperlihatkan kerjasama erat antara komponan parti dalam Pakatan.

Kalau tak selesa, DAP boleh keluar kata Mohd Amar


Mohd Amar Nik Abdullah 

KOTA BHARU - Pas mampu berjuang bersendirian sekiranya parti itu mengambil pendirian untuk keluar dari PR.
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas pernah mengalami zaman sukar ketika keluar dari BN, namun bangkit memenangi pilihan raya pada 1990.
 
“Itu pengalaman kita, kita pernah bersendirian, kalau parti komponen berkeras untuk berpecah, kita tak ada pilihan, tapi kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain, (menang di Kelantan bersendirian), kita sudah ada rekod itu, bukan ingin berbangga,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
 
Mengulas desakan supaya Pas keluar  PR, Mohd Amar berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan PR dan tidak ada alasan untuk keluar daripada pakatan tersebut.
 
“Kalau DAP tak selesa dengan kita, dia (DAP) yang kena keluar, kita tak ada masalah dalam PR, kenapa kita perlu keluar, yang ada masalah DAP,” katanya.
 
Mohd Amar mengakui semua parti dalam PR termasuk PKR dan DAP akan menerima kesan sekiranya berlaku perpecahan.
 
Beliau berkata,  perkara itu juga berlaku di negeri PR yang akan menerima nasib sama sekiranya krisis berlaku tidak diselesaikan dengan baik.
 
“Kita (PR) perlu satu sama lain, DAP jangan ingat mereka menang di Pulau Pinang kerana kekuatan mereka sahaja, ada sumbangan daripada rakan komponen lain, jangan ingat Pas sahaja rugi jika berlaku perpecahan.
 
“Kalau tidak setuju hudud, tak apa, itu hak mereka (DAP), tapi jangan terlalu bersungguh menentang sehingga menimbulkan keresahan pengundi Melayu,” katanya.
 

APABILA ANWAR IBRAHIM DILUCUTKAN KEAHLIAN PARLIMEN

Bagi mereka yang sentiasa ‘sakit hati’ terhdap apa saja tindakan yang dilakukan oleh Saudara Anwar Ibrahim akan merasa begitu ‘lega’ apabila mendapat khabar yang Saudara Anwar tidak lagi menjadi ahli parlimen. Dilucutkan keahlian parlimennya. Tidak ada lagi Ketua Pembangkang yang akan mempersoalkan isu-isu yang boleh menyebabkan ‘sesak nafas’ pihak-pihak tertentu untuk menjawabnya. Bermakna akan ada pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh tidak lama lagi untuk memilih wakil parlimen yang baru.
Dengan pengumuman yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat tentang Saudara Anwar itu bermakna akan ‘nyenyak’lah tidur golongan yang sentiasa ‘takut dan bimbang’ terhadap beliau. Akan ‘berselera’lah golongan ini apabila menikmati apa juga ‘hidangan’ dan tentunya akan ‘berselera’ jugalah agaknya apabila berhadapan dengan sogokan dan wang rasuah yang dihulurkan.
Sebenarnya hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang begitu gembira dengan ketiadaan Anwar di parlimen berbanding dengan peratusan rakyat Malaysia yang  jauh lebih ramai menangisi nasib malang yang menimpa beliau. Bagi golongan majoriti ini, mereka tetap mengatakan Anwar tidak bersalah. Walaupun seribu tuduhan dilemparkan terhadap Anwar mereka tetap mengatakan Anwar tidak bersalah walaupun keputusan hakim mengatakan yang Anwar bersalah. Mereka menaruh harapan yang pada suatu ketika nanti Anwar akan keluar dari penjara dan akan menjadi pemimpin mereka juga pada suatu hari nanti sepertimana yang berlaku kepada Nelson Mandela, pemimpin Afrika Selatan itu. Hanya masa dan takdir yang menentukan.
Sememangnya begitu agaknya nasib seseorang pemimpin tulin yang betul-betul mahu mengabdikan dirinya kepada masyarakat yang dipimpinnya. Terlalu banyak menempuh ujian dan halangan. Ini dapat dilihat dan terbukti apabila dikaji sejarah perjuangan pemimpin besar dunia yang jatuh dan bangun demi untuk kepentingan rakyat dan negara.
Mungkin ada yang merasakan bahawa dengan ketiadaan Anwar parlimen akan menjadi ‘sepi’ berbanding dengan keadaan apabila beliau ‘wujud’. Tetapi yakinilah bahawa keadaan di parlimen tidak akan banyak berubah dengan kehadiran tokoh-tokoh muda yang baru muncul seperti Rafizi, Nurul Izzah, Tony Pua, Khalid Samad dii.
Kadang-kadang aku terfikir juga bahawa apakah ketiadaan Saudara Anwar ini merupakan satu hikmah yang terselindung. Apakah mungkin ketiadaan Saudara Anwar ini untuk memberi peluang kepada tokoh-tokoh muda untuk muncul di arena kepimpinan negara yang bersesuaiann dengan Kurun ke 21, kurun anak muda. Mungkin begitu kehendak yang maha kuasa. Kehadiran Anwar di arena berkemungkinan sentiasa membayangi kemunculan tokoh-tokoh muda untuk menyerlahkan bakat-bakat mereka sebagai pemimpin.
Sehubungan dengan situasai ini, apakah tidak terfikir di kepala kepimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Rafizi atau Nurul Izzah atau Tony Pua sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Saudara Anwar Ibrahim. Memang tidak berapa lojik dan tidak wajar syor yang aku kemukakan itu. Jikalau mengikut pertimbangan dan pemikiran golongan lama sememangnya cadangan yang aku kemukakan itu tidak masuk akal disebabkan cara berfikir mereka masih bergantung dan berpaut kepada berfikir cara lama, cara berfikir Kurun ke 20 sedangkan kita berada dalam Kurun ke 21.

GST: Roti canai naik berkali ganda ..!!

Roti canai naik berkali ganda
SAYA terkejut beruk pagi semalam apabila petugas di kaunter pembayaran mengenakan RM6.70 sen untuk sekeping roti canai kosong dan segelas teh tarik kurang manis. Itu lebih tiga kali ganda dari harga biasa. Melampau!
“GST bos...” katanya serius. Menyirap darah saya. Kalau tidak kerana beberapa pelanggan lain yang ada di situ mahu sahaja saya melepaskan penampar ke muka petugas yang memang saya kenali sejak mula bersarapan di situ kira-kira setahun lalu.
“Apa hal naik tiga kali ganda? Kalau GST pun cuma 6 peratus. Cekik darah betul, saya nak report pada menteri sekarang juga!” Memang peniaga seperti ini patut diajar.
“Awak betul puntianak, drakula, suka hisap darah, nanti awak!”
Dari wajah serius dia mula tersenyum, kemudian berkata mesra seperti biasa: “Relaks bos, bayar macam biasa RM2.20 sen saja.” Saya tercenggang dan keliru, kemudian dia menambah: “April fool bos!”
Giliran saya pula tersenyum, tetapi masih marah juga sebab dia mengenakan saya. Sudah lama saya tidak dikenakan dengan gurauan bodoh 1 April. Amaran: kalau silap gaya gurauan macam ini boleh membuat orang mati mengejut.
Apa pun saya lega sebab setakat jam 8 pagi semalam – hari pertama pelaksanaan GST – saya belum terasa apa-apa pun kesan negatif dari cukai tersebut. Restoran mamak berhampiran pejabat, stesen saya setiap pagi, belum mengenakan cukai baharu itu.
Malah menurut pemilik restoran tersebut, seorang India Muslim, dia akan cuba – sekurang-kurangnya untuk sehari dua ini – tidak mengenakan caj cukai berkenaan. Katanya: “Kita tengok apa macam dulu, kalau boleh kita mahu serap itu GST. Tetapi kalau rugi banyak kita tak boleh serap, tengok sehari dua ini.”
Tidak sahaja mamak restoran kecil, ada pemilik gedung dan perniagaan besar pun turut berhati mulia. Contohnya Datuk Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan pasar raya mega Mydin.
Seperti yang dilaporkan media pasar raya tersebut akan menyerap kos GST sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan yang dianggarkan mencecah RM300 juta, bagi membantu pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu.

Ambiga: Memang saya takut hudud

Sebagai seorang bukan Islam, bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga secara terus terang berkata beliau takut terhadap hudud.

“Sebagai bukan Islam, adakah saya takut terhadap hudud? Ya, memang saya takut. Ini adalah kebimbangan saya.

“Saya tidak setuju jika mengatakan ia tiada berkaitan dengan bukan Islam. Jikalau saya menjadi mangsa di Kelantan kerana dipukul oleh seseorang, apa akan jadi?

“Saya boleh bawa kes itu ke Makhamah Syariah tetapi keterangan saya kurang daripada orang Islam. Adakah itu adil bagi saya sebagai mangsa?

“Jadi, jangan kata hudud tiada kaitan dengan bukan Islam, ia berkaitan dengan semua orang,” kata Ambiga dalam satu forum hudud anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya malam tadi.

Turut bercakap di forum itu ialah ahli panel Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud Kelantan, Azhar Abdullah; Exco Pemuda Umno, Fathul Bari dan Dekan Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Prof Nazari dan Pensyarah Kanan UM, Siti Zubaidah Ismail.

Ambiga berpendapat bahawa kerajaan Kelantan sepatutnya membawa isu hudud ke Parlimen dan mendapatkan pindaan perlembagaan dahulu sebelum meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II  1993 (Pindaan 2015).

“Kita tidak boleh setuju dengan cara dan proses yang dilakukan oleh Kelantan. Jika ingin melaksanakan hudud, sila lakukan dengan proses yang betul.

“Bawa dulu ke Parlimen untuk pindaan perlembagaan dan bukannya lulus dahulu di peringkat negeri,” katanya.

Oleh sebab hudud bercanggah dengan perlembagaan, Ambiga tetap menyatakan bantahannya terhadap hudud melainkan ada pindaan dibuat terhadap perlembagaan.

Kajian sokongan hudud

Manakala Azhar pula berkata mengikut kajian yang dibuat terhadap rakyat Kelantan, 91.7% peratus amat menyokong perlaksanaan hudud.

“Kita telah buat kajian melalui pesanan ringkas SMS kepada rakyat Kelantan yang mana kita menghantar lebih kurang 77 ribu SMS kepada responden.

Kelantan boleh laksana Hudud dengan kesalahan senarai negeri - Bekas Ketua Hakim Negara

Kelantan boleh laksana Hudud dengan kesalahan senarai negeri - Bekas Ketua Hakim NegaraPUTRAJAYA: Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan boleh dicapai jika sedia bermula dengan kesalahan terletak di bawah Senarai Negeri, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Beliau berkata antara kesalahan yang terkandung dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan ialah kesalahan melakukan zina, menuduh seseorang berzina, meminum minuman memabukkan dan murtad.

"Bagaimanapun, Parlimen perlu terlebih dahulu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965untuk membolehkan Badan Perundangan Negeri berbuat demikian.

"Undang-Undang itu adalah di bawah Senarai Negeri, terpakai hanya kepada orang Islam dan ditadbir oleh Mahkamah Syariah," katanya dalam ucaptama pada Seminar Pelaksanaan Hudud di Malaysia: Sejarah dan Masa Depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Rabu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lepas sebulat suara meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kajian dapati 90% di Kelantan mahu hudud - Dr Azhar Abdullah


Ahli jawatankuasa teknikal hudud (JTH) negeri, Dr Azhar Abdullah bercakap semasa forum ‘Hudud dalam Perlembagaan dan masyarakat majmuk’ di Universiti Malaya semalam. — Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 April, 2015.

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan tahun lepas, 91% rakyat Kelantan bersetuju dengan undang-undang jenayah Syariah, kata seorang ahli jawatankuasa teknikal hudud (JTH) negeri, mendedahkan buat kali pertamanya angka menyokong dakwaannya yang penduduk negeri pantai timur yang miskin dan majoriti penduduknya Melayu-Islam itu mahukan kanun keseksaan Islam itu. Tetapi Dr Azhar Abdullah juga berkata, walaupun Kelantan mendapat kelulusan Parlimen menguatkuasakan hudud, ia hanya boleh melaksanakan 3 daripada 7 hukuman bagi kesalahan mengikut undang-undang itu buat masa ini.

Azhar memberitahu satu forum malam tadi, 91.7 % daripada sejumlah 8,940 responden menyokong langkah Kelantan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi membolehkan negeri itu melaksanakan hudud. Kajian itu dijalankan melalui mesej teks kepada lebih 156,000 penduduk di 24 daripada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Dijalankan sebuah agensi kerajaan negeri, keputusan kajian itu diterbitkan di blog greencrescent-wanibrah.blogspot.com, katanya.

Ia hanya menerima 9654 jawapan. Daripada jumlah itu, hanya 8,940 diterima untuk kaji selidik itu, kata penulis posting di blog itu, WaniBrah. Azhar berkata kajian itu dijalankan antara 25 dan 31 Mei 2014, tidak lama selepas menteri persekutuan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, memberitahu Kelantan yang kerajaan Persekutuan akan menyokong usaha kerajaan negeri menguatkuasakan hudud.

Bantah GST: Kumpulan aktivitis tuntut jawapan kastam

Bantah GST: Kumpulan aktivitis tuntut jawapan 
PETALING JAYA - Kira-kira 20 aktivis Gabungan Bantah GST berkumpul semula di hadapan Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kelana Jaya, pagi semalam bagi menyerahkan surat maklum balas berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 
 
Mereka berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan jawapan kastam melalui laman web agensi itu, yang disifatkan sebagai retorik. 
 
Kumpulan yang diketuai Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM),  S Arutchelvan, berkumpul secara aman sambil membawa jambangan bunga dan menyerahkan surat itu kepada Pengarah Kastam, Abdul Ghani Osman di hadapan kompleks berkenaan jam 11.30 pagi. 
 
Kira-kira setengah jam kemudian wakil kastam menyerahkan surat perakuan yang disahkan kepada kumpulan itu. 
Pasukan polis, dengan unit anjing pengesan dan pencegah rusuhan, turut berada di kawasan kompleks untuk mengawal keadaan.
 
Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan surat itu, Arutchelvan berkata, jawapan balas yang diberikan kastam terhadap 106 soalan yang dikemukakan pihaknya pada 23 Mac lalu, terlalu umum dan retorik. 
 
“Daripada 106 soalan itu, hanya 26 dijawab, manakala 63 jawapan tidak menepati soalan dan 17 lagi tidak dijawab langsung,” katanya.
 

Dana Pendidikan Harun Taib: PAS bangunkan pendidikan



MENELUSURI sejarah awal sumbangan PAS dalam bidang pendidikan di negara ini turut mencatatkan usaha Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama, Sheikh Abdullah Fahim yang telah  mengadakan  pertemuan dengan ketua-ketua sekolah agama rakyat di Madrasah Daeratul Maarif al- Wathaniyah, Kepala Batas pada 22 Mei 1952. Manakala pada 25 Mei 1952, PAS telah menubuhkan satu badan pendidikan yang dinamakan 'Pembangunan Pelajaran  Persatuan Islam Se-Malaya' dengan matlamat untuk menyatukan sekolah- sekolah agama.

Mesyuarat Agung PAS pada tahun 1953 telah mendesak PAS supaya mengadakan biasiswa kepada pelajar-pelajar agama bagi membantu membangunkan pendidikan  Islam. PAS juga telah berjaya mendesak kerajaan supaya memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama agar setanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

PAS secara konsisten telah menunjukkan kecenderungan untuk menggerakkan pendidikan Islam dan isu-isu yang berlegar di sekitarnya. Contohnya dalam manifesto Pilihan raya PAS pada tahun 1955, dengan jelas parti itu menawarkan tawaran parti tersebut untuk rakyatnya.Antaranya:

1. Mengambil langkah supaya setiap kanak-kanak mendapat pelajaran percuma yang bersesuaian dengan kemajuan.
2. Pelajaran agama Islam hendakah diberikan kepada kanak-kanak beragama Islam.
3. Berikhtiar supaya pemerintah dapat mengadakan sekolah-sekolah dewasa dengan segera, terutama pada bahagian pertukangan da ekonomi
4. Berikhtiar dan berusaha supaya sekolah-sekolah Melayu yang ada sekarang ini menjadi pokok bagi sekolah negara dengan memperluas dan mempertingikan tingkatan darjah pelajarannya bersesuaian dengan dasar negara.
5. Berikhtiar megambil perhatian yang berat terhadap perkembangan pendidikan akhlak bagi meninggikan mutu dasar pelajaran.

FOR HOW LONG CAN NAJIB SHIELD RAZAK BAGINDA? Did investigators in Altantuya murder really do their job?

by Nawawi Mohamad

FOR HOW LONG CAN NAJIB SHIELD RAZAK BAGINDA? Did investigators in Altantuya murder really do their job?In the recent air disaster involving a Germanwings Airbus A320 airplane carrying 149 passengers and crew on-board, investigators say they have no reason to believe the incident was a terrorist act. But they are at a loss to explain why co-pilot Andreas Lubitz, 28, decided to take his own life and that of the rest on board crashing it into an Alpine ravine on Tuesday March 24.
However after a thorough investigation which is still ongoing the investigators managed to unfold the disaster and even detailed out the scene minutes before the plane crashed and found the real reason behind the disaster. That is what we call ‘thorough investigation’
Just compare with what had been done to investigate the murder of the Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu by the Malaysian authorities which concluded as follows;
"After looking into the case thoroughly, the Attorney-General's Chambers decided that there was not enough of a strong statement to prove Abdul Razak's involvement in Altantuya's murder," said de facto law minister Nancy Shukri in a written reply to Taiping MP, DAP's Taiping MP, Nga Kor Ming.

Investigators carry boxes from the apartment of Andreas Lubitz
This is not funny but really fishy because how could it be? After wasting time and money, the authorities found ‘no strong statement’? This is a whole load of bull and most probably there was no such effort to really look thoroughly into the murder case at all.
If there was really such effort then all the questions on the real motive, who ordered and who were involved would be known.
Now the real effort would most probably be done to protect those involved and therefore the case should be wrapped up a.s.a.p without looking into it.

Akta Pencegahan Keganasan boleh disalah guna seperti ISA – Presiden Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Akta Pencegahan Keganasan (Pota) yang dibentangkan di Parlimen pada 30 Mac lalu mungkin tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang sudah dimansuhkan, namun ia juga seperti menunjukkan Malaysia telah memungkiri tanggungjawab antarabangsanya.

Sebagai ahli bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh 2015-2016, Malaysia kini mempunyai hak mengundi dalam majlis itu.

Bukankah itu menjadikan Malaysia, berikutan kedudukannya, semakin terikat dengan kewajipan antarabangsa yang dikenakan Majlis Keselamatan?

Terutama memandangkan Resolusi 2178 (2014) dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Keselamaan pada 24 Desember 2014, apabila ia mengecam keganasan dan selain itu: “menegaskan bahawa negara ahli perlu memastikan apa-apa langkah yang diambil untuk melawan keganasan mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, terutama undang-undang hak asasi manusia, undang-undang pelarian, undang-undang humanitarian…kegagalan untuk mematuhi ini dan kewajipan antarabangsa lain, termasuk piagam PBB, adalah salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan radikalisasi dan menyemarakkan rasa bebas daripada hukuman.”

 Ini adalah persoalan yang dibangkitkan presiden Majlis Peguam yang baru dilantik, Steven Thiru kepada Semut Harian. “Jangan lupa yang Malaysia berada dalam Majlis Keselamatan, dan Resolusi 2178 menyebut tentang ancaman keganasan dan negara-negara bersetuju mereka tidak akan melangkaui kewajipan kedaulatan undang-undang dalam memeranginya.

“Malaysia kini berada dalam keadaan sukar kerana melanggar resolusi yang – saya diberitahu – mereka sokong ketika diundi ke dalam Majlis Keselamatan,” katanya. Persoalannya sama ada Malaysia menyokong resolusi itu ketika ia diluluskan September 2014, sebelum negara memenangi kerusi dalam Majlis Keselamatan.

 Jika tidak pun, bukankah selepas menyertainya, Malaysia perlu juga mematuhi resolusi tersebut? Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengatakan bahawa resolusi itu mempunyai ikatan undang-undang dan menerangkan beberapa peruntukannya, terutama dalam isu jelas seperti menghormati hak asasi, kebebasan asas dan kedaulatan undang-undang , sebagai “bukan pilihan”. Menjelang Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri Najib Razak seperti memberi isyarat bermulanya era baru, apabila beliau mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan.

Weakened by corruption, Malaysia's economic starts to reel from decades of money laundering, illicit outflows


Weakened by corruption, Malaysia's economic starts to reel from decades of money laundering, illicit outflows
It is already becoming a cliché to hear politicians boasting on how good and resilient our economy is doing. There is always a mention on our large foreign reserves which are able to finance 9 months imports. On top of that there are always repeated assurances that our economy is fundamentally sound.
On the surface it seems we are on the right track because normally surplus equals savings. With larger foreign reserves, a country not only able to finance more imports but also acts as a cushion against an economic downturn.
However what we are not told is that there are also disadvantages in having large foreign reserves. Besides generating inflation it also increased our reliance on the US$ which we are already trapped. We are unable to rid our reliance on using the US$ for trade and foreign exchange reserves. This is because for all we know the USD is on the last leg on being the dominant currency of trade and foreign reserve of choice.
Recently, De-dollarization or reduced significance of the dollar is gaining momentum as Western countries started with Britain and now followed by Germany, France, Luxembourg and Italy announced that they are joining the China-led Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) as founding members. AIIB rivals the World Bank and the IMF in form and functions and thus with some of the world biggest economies becoming members, the significance of the world institutions are at stake. What this means to the Dollar?
It’s role as a currency of choice for Foreign Reserve and pricing for most commodities will be significantly reduced. It’s value is going to plummet and dominance will come to an end. Thus, soon we will see the rise of the Yuan as the next Gold-backed Reserve Currency if not one of the Reserve Currencies. Further evidence on the Dollar over-valuation can be shown by the following chart.
Below is the Dollar index chart.

http://stockcharts.com/c-sc/sc?s=$USD&p=D&yr=2&mn=0&dy=0&i=t85688799497&r=1427014652413

As can be seen the USD went parabolic since July last year and that coincides with the plunge in the Global Oil Price. It appreciated by more than 25% since last year. Needless to say, anything that goes up parabolic will end in a crash. So, I reckon that the coming plunge in the USD will have drastic repercussions to the Global economy as many nations are now engaging in competitive currency and interest rate devaluations.
Back to our discussion on how the balance of payment works and relates to the foreign exchange reserve.
What is Balance of Payments?
A country can only increase the size of its foreign reserve when it is running a balance of payment surplus. What exactly is the Balance of Payments? To illustrate let me present you below with the table of Malaysia’s Balance of Payment from 2009 to 2012 in summary form.

Column1
Column2
Column3
Column4
Column5
Items
2009
2010
2011
2012
Balance on Current A/C
110727
88079
97108
59977
Balance on Capital A/C
-80300
-19993
22061
-22464
-  Capital Outflow
-27436
-42932
-46688
-50968
+  Capital Inflow
5121
29322
36616
29061
Direct Investment
-22315
-13161
-10072
-21907
Statistical Discrepancies
-16596
-70713
-24487
-33640
Overall Balance
13831
-2628
94682
3873
Foreign Reserves (Mil)
RM 331277
RM 328649
RM 423331
RM 427204
Sustain Import (Months)
9.7
8.6
9.6
9.5
Source : Bank Negara Malaysia
At first look it may be difficult for a layman to understand the concept of a country’s balance of payment. All they read from the media mainly concerns whether a country is running a balance of payment deficit or surplus. Hence, they would not have a clue on how a surplus or deficit relates to a country’s international transaction and payment flows. But fear not, it is not as complex as it seems. Let me present you a quick introduction to the concept of Balance of Payments. Basically, it consist three parts namely the Current Account, Capital Account and the Statistical Discrepancies.