Rabu, 1 April 2015

Pelaburan dana pencen catat penyusutan

Pengurusan dana awam melalui SRC lebih sensitif dari pinjaman yang dibuat oleh 1MDB kerana ia melibatkan dana pencen.
rafizi SRC
KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd (SRC)-bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad- yang menggunakan dana pencen awam sebanyak RM4 bilion didakwa mengalami penyusutan nilai sebanyak RM115 juta ke atas pelaburannya sepanjang tahun lalu.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa perkara itu membimbangkan dan lebih sensitif berbanding pinjaman 1MDB kerana pelaburan SRC menggunakan wang pencen yang dipinjam dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) .
Dia tidak menolak kemungkinan susut nilai itu jauh lebih besar kerana juruaudit tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaburan RM3.1 bilion yang kononnya telah dilaburkan dalam industri sumber asli, batu bata di Mongolia dan beberapa tempat lain.
“Saya tidak terkejut sekiranya SRC terus mencatatkan susut nilai pelaburan pada tahun-tahun akan datang apabila pelaburan yang tidak diketahui itu gagal menjana pendapatan kepada SRC,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Rabu.

Jangan lupa jasa Anwar – Mahfuz

Lembaga Pengampunan perlu meneliti secara menyeluruh jasa yang telah disumbangkan bekas TPM kepada pembangunan negara sebelum membuat keputusan
Jangan lupa jasa Anwar – Mahfuz
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan sepatutnya mengambil kira jasa yang disumbangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum menolak dengan mudah Petisyen Pengampunan Diraja yang dibuat oleh keluarga Ketua Pembangkang itu.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang terkejut dengan dengan keputusan penolakan yang dibuat badan berkenaan yang disifatkannya tergesa-gesa dan tidak menyeluruh.
Turut dipersoalkan notis yang dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan Anwar telah dilucutkan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bermula 16 Mac lalu wal hal ia sepatutnya berkuatkuasa pada 1 April.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Aziz menasihatkan agar keluarga Anwar menerima keputusan berkenaan dan berhenti menuduh ia hasil konspirasi Barisan Nasional (BN).
“Kalau beliau merayu dan mohon pengampunan maknanya beliau mengaku bersalah. Kalau mengaku dah bersalah hukuman dah dijatuhkan jadi akurlah. Kita ikut Perlembagaan yang sama jadi hentikanlah segala polemik politik,” kata ADUN UMNO itu ketika ditemui di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Rabu.

GST dah halal woii. Ulama Najib dah keluar hukum..


Sebelum ini, Fatwa kata HARUS..
Tiba2 hari ini Najib kata HALAL..

Mana satu nak percaya ???

Hurmmm.. baik tanya Rosmah.. dia lagi bijak dari Najib.

Terima kasih KERAjaan UMNO/BN Hebat permainan kamu...


Dari BR1M Ia Datang,
Kepada GST Ia Kembali...

KERAjaan buat hutang gila2 TAPI RAKYAT YG KENA TANGGUNG !!!


TAHUKAH ANDA.. Walaupun pendapatan per kapita rakyat S'pore LIMA SETENGAH KALI GANDA dari M'sia kerajaan mereka hanya kenakan 7% GST shj...

Berbanding M'sia awal2 dah bantai 6%..
SIAPA LAGI KEJAM !!!

NAK LAKSANAKAN GST TU LIHATLAH KEMAMPUAN PENDAPATAN RAKYAT TERLEBIH DAHULU... TAHULAH HUTANG NEGARA DAH CECAH RM744.7 BILION.

1 April - Antara Resit Marah Dan Kenduri Mewah

1 April setiap tahun biasanya dikenali sebagai April Fool iaitu hari kita berjenaka atau mengenakan kawan-kawan dengan sesuatu yang menghiburkan. Tujuannya hanyalah untuk suka-suka, bergembira sambil mengeratkan hubungan dengan kawan atau kenalan.

Tetapi 1 April tahun ini di negara kita tiada lawak jenaka atau hilai ketawa seperti tahun-tahun sebelumnya. Semuanya kerana GST yang mula diperkenalkan membuat hampir semua orang lebih menumpukan kepada poket masing-masing dan menilai berapa wang tambahan yang perlu dikeluarkan akibat cukai baru itu.

Oleh kerana itu ia cukai baru dan kerajaan pula selalu mengatakan GST tidak membebankan rakyat, bahkan bangga mengatakan banyak barang akan turun harganya, lalu membuatkan mereka yang berbelanja mengumpul resit masing-masing dan membandingkannya  dengan sebelum ini.

Sesuai dengan media sosial yang turut berkembang, resit-resit pembelian yang mencatatkan kenaikan harga kerana dikenakan cukai GST sebanyak 6 peratus mulai sarat di Facebook dan Twitter sejak malam tadi untuk membuktikan cukai baru ini memang menyebabkan poket lebih rabak dibuatnya.

Ramai juga yang marah kerana pembelian tambah nilai telefon yang sebelum ini dikatakan dikecualikan GST tiba-tiba dikenakan cukai itu. Pasaraya Mydin yang sebelum ini mengaku akan menyerap cukai itu juga dibuktikan dengan resit yang turut mengenakan cukai itu.

Begitu juga, ada pembeli petrol RON97 turut dikenakan GST sedangkan sebelum ini ia dikatakan diserap oleh syarikat pengusaha stesen minyak.

Rata-rata resit yang bertaburan di media sosial adalah lambang marah rakyat terhadap kerajaan, bukan saja kerana cukai GST tetapi juga kerana tidak sungguh-sungguh menguatkuasakan apa yang dicakapkan kepada rakyat selama ini.

Resit-resit marah ini juga membuatkan tiada sesiapa lagi mahu berjenaka berkenaan April Fool pada tahun ini.

Di ketika yang sama, 1 April ini juga bermulanya penyebaran gambar-gambar perkahwinan mewah anak perempuan Najib Razak dengan Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dengan pasangannya dari Kazaszhtan, Daniyar Kessikbayev, walaupun majlisnya telah berlangsung pada 28 Mac lalu.

Tangkapan TMI: DAP puji keberanian wartawan


KUALA LUMPUR, 1 APRIL: DAP memuji keberanian pengamal media di Malaysia yang telah membuktikan bahawa mereka tidak gentar bahkan terus melawan segala kendala terhadap kebebasan media dari cengkaman BN dan salahguna kuasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian sambil merujuk kepada vigil oleh pengamal media semalam yang berlangsung dengan jayanya berikutan penahanan tidak bertanggungjawab pihak polis ke atas editor kanan The Malaysian Insider (TMI).
“Vigil yang berlangsung semalam dengan penuh semangat oleh wartawan muda di luar Balai Polis Dang Wangi adalah tindakan spontan oleh lingkungan media bagi menunjukkan bahawa mereka tidak takut akan kuasa-kuasa menindas yang mahu menghadkan kebebasan melalui tindakan penahanan secara sewenang-wenang.
“DAP menyanjung 5 pegawai kanan TMI itu sebagai wira kebebasan akhbar yang mahu membawa pencerahan kepada Malaysia, seperti kata Plato ‘kita boleh maafkan anak kecil yang takutkan kegelapan, namun tragedi sebenar kehidupan ialah apabila si dewasa takutkan cahaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Guan Eng, beliau juga sangat tersentuh melihat orang ramai dan badan-badan antarabangsa yang mengecam penangkapan eksekutif kanan TMI.

‘Mahu beranak pinak, mesti ada teman wanita dahulu’ – Wan Ji


SUFI7708


PETALING JAYA, 1 APR – “Seseorang tak boleh bercerita tentang nak dapat anak, sedangkan dia ‘girlfriend’ pun tak ada.” Demikian analogi yang dikemukakan bagi menerangkan bahawa pelaksanaan undang-undang hudud perlu terlebih dahulu menyelesaikan beberapa syarat.
Panelis forum ‘Pro-Kontra Hudud Kelantan’, Ustaz Wan Ji Wan Husin ketika memberikan analogi tersebut menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak boleh berlaku sekiranya keadaan ekonomi rakyat masih tidak terbela.
“Serupa juga kamu nak buat hudud tetapi dalam keadaan kamu tidak tunaikan perkara-perkara dasar yang perlu dilaksanakan,” ujarnya sambil menambah bahawa hudud tidak boleh lari daripada ekonomi.
Menurut beliau lagi ketelusan dalam pentadbiran belum dilaksanakan di Kelantan, memandangkan masih tidak wujud unit ‘hisbah’ seperti badan semakan yang wujud di Selangor dan Pulau Pinang, demi memastikan ketelusan dalam agihan hasil kekayaan negeri.
“Ketelusan dalam pentadbiran pun belum dilaksanakan lagi, itu merupakan antara benda-benda dasar yang perlu diselesaikan.”
Kebimbangan terhadap hudud, berasas
“Sudah ada negara yang cuba melaksanakan hudud, dan gagal,” ujar beliau di forum anjuran Malaysiakini dan JalanTelawi.com semalam.
“Sudan sebagai contoh, pernah cuba melaksanakan hukuman hudud tetapi gagal,” ulas Wanji merujuk hukuman bunuh ke atas seorang ulamak Islam yang terkenal di negara tersebut yang dituduh murtad ekoran perbezaan pendapat politik.

Penganalisis: Kenapa Pas masih kekal dalam PR?

Pas
KUALA LUMPUR - Penganalisis akui masih tidak faham mengapa Pas masih meneruskan kerjasama dalam PR sedangkan telah berulang kali ditekan rakan dalam gabungan tersebut.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, Pas sepatutnya mengambil keputusan yang menunjukkan bahawa mereka tidak bergantung kepada DAP dalam membuat sebarang keputusan.

"Mereka sedang tarik tali. Ungkapan seperti ini umpama DAP mahu Pas keluar dan Pas pula mungkin tidak mahu lagi membuat keputusan untuk keluar kerana, kenapa perlu (keluar) hanya disebabkan tekanan DAP?

"Jadi, saya pun tidak faham kenapa mereka main tarik tali antara satu sama lain sebab ia melibatkan kewibawaan parti masing-masing," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, semakin lama krisis itu berterusan, maka makin ramai pihak akan terus mempersoalkan tentang hubungan mereka dalam PR.

"Pas perlu ambil tindakan yang bersesuaian dengan tuntutan parti, ideologi parti dan juga maruah parti sendiri. Saya tak tahu kenapa Pas melengahkan untuk membuat keputusan berhubung kedudukan dalam PR.

"Semakin lewat, semakinlah ramai yang persoalkan kenapa dibiarkan terus ditekan DAP? Saya tak tahu bila Pas akan buat keputusan yang sepatutnya sudah pun membuat keputusan," katanya.

GST: Apa pendirian MP BN ketika rakyat tertekan



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN digesa tidak memekakkan telinga dan membutakan mata akan reaksi suara dan tulisan rakyat membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary dalam tulisannya menyatakan bahawa 1 April sering dijadikan tarikh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab bagi acara membodohkan yang lain.

1 April sering dijadikan tarikh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab bagi acara membodohkan yang lain.

1 April 2015 juga adalah satu tarikh malang buat rakyat Malaysia apabila mereka ditindas dengan sistem percukaian GST. GST dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional, yang dipersoal integriti mereka dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan penipuan.

1 April 2015 rakyat terus mencemuh dan mengkritik GST di mana-mana pasar raya, pasar tani, kedai kopi, kedai runcit juga setiap kali duit mereka dikeluarkan untuk berbelanja.

1 April 2015 rakyat bersuara dan menulis secara terbuka menyindir dan membantah GST.

7-Eleven minta maaf salah kenakan GST

Rangkaian kedai runcit 24 jam paling terkenal di Malaysia 7-Eleven meminta maaf kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk jualan akhbar.

Menulis di Facebook, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.

“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” kata 7-Eleven.

Rangkaian kedai runcit itu berkata masalah sistem sudah berjaya ditangani dan harga baru akan dilaksanakan secepat mungkin.

7-Eleven juga berkata mereka tidak akan menjual barang-barang lain terjejas sehingga masalah sistem ditangani sepenuhnya.

Harga 'Prepaid Reloads' melalui CIMB Clicks.

CIMB SIAPA PUNYA ???
Nazir Razak..

NAZIR RAZAK SIAPA ???
Adik Najib Razak..
Patutler... pon.. Satu acuan.. Apa nak heran..

DAH TAK DA MODAL KA nak kempen & tabur gula2 pada rakyat.. CERITA LAMA, SKRIP BARU..

Berapa byk kali mau lancar manifesto Lebuhraya Pan Borneo.. 2013 dan lancarkan. 2015 pon nak lancarkan sekali lagi... wahai Barisan Nasional brapa kali mau lancar. baik lancar mercun roket sempena bulan GST..

GST: Pengguna berang kad prabayar dikenakan cukai

Orang ramai hari ini bingung dan berang apabila pembelian kad tambah nilai pengguna perkhidmatan prabayar dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Mereka dilihat membuat aduan mengenai perkara tersebut di laman Twitter GST Malaysia Info dengan menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
Mozas My berkata caj yang dikenakan tersebut adalah terlalu keterlaluan.
“Mungkin saya akan boikot syarikat telekomunisi selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Al Tarmizi pula memberitahu harga tambah nilai di kedai serbaneka terkemuka di Malaysia telah dikenakan GST dan minta pihak berkuasa ambil perhatian.
Sebelum ini, terdapat penyebaran surat pekeliling yang dikatakan daripada Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy yang mengatakan harga jualan kad prabayar telah mengandungi elemen cukai perkhidmatan.
Menerusi surat berkenaan, pihak telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar seperti mana harga RM5, RM10, RM30, RM60 dan RM100.

Pas mampu berjuang sendiri tanpa DAP, PKR kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah 
KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada PR.   

Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata Pas pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990.

"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.

"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Coverline: 'Tidak suka GST, tinggal di bulan' hanya lawak kata MP Langkawi


Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau hanya bergurau dengan rakannya di media sosial apabila menyarankan mereka yang tidak setuju dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya "tinggal di bulan".

Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata gurauan ini kerana individu, yang bertanya kepadanya mengenai perkara itu di akaun Facebook, mengguna lambang parti PAS, iaitu bulan, sebagai gambar profilnya.

Jawapan Nawawi itu telah mengundang kritikan warga media sosial yang tidak berpuas hati dengan reaksi ahli Parlimen Umno itu, terutama penggunaan perkataan 'kurang sopan' dalam jawapannya itu.

Semakan Malaysiakini mendapati Nawawi telah memadam tulisannya itu di Facebook, tetapi ada blog yang menyiarkan salinan paparannya.

Nawawi, yang juga pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menjelaskan bahawa individu berkenaan bertanya kepadanya bagaimana kalau tidak bersetuju dengan GST.

"Saya melawak dengan kawan-kawan dalam Facebook, itu biasalah, mereka selalu masuk (mengulas) dalam Facebook saya, jadi kalau dia cakap macam-macam, kita pun melawaklah.

"Dia (pengguna itu) kata kalau tidak mahu bayar GST, saya cakap pergi duduk di bulanlah sebab dia orang PAS (kerana pakai lambang bulan)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Jadi duduk di bulanlah sebab lambang (gambar profil) pun bulan."

Sebelum itu, Nawawi menulis di laman Facebooknya: "Tak mahu bayar cukai pi dok di bulan. Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan,” katanya.

Najib cuba elak dari kesalahan

Oleh RAYUSA
DALAM keadaan dihimpit kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kembali menghantuinya dan 1MDB yang dianggap sebagai fitnah Pakatan Rakyat oleh pemimpin Umno- BN, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dilihat cuba mengalihkan perhatian. Mungkin untuk mententeramkan hati beliau yang gundah-gulana.
Perdana menteri keenam itu meminta anggota Umno mengetepikan “jemuan” dan “tukang kipas” dalam parti yang selalu saling melaga-lagakan hingga mengancam perpaduan.

Sama ada menyedari Umno semakin nazak atau berpurapura sebaliknya, Najib yang juga Presiden Umno berkata parti tua perasuah itu mampu terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya jika “jemuan” (berperangai buruk) tiada dalam parti. Seolah-olah geram, Najib mengatakan “jemuan” tersebut lebih parah daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka mengadudombakan ahli Umno sehingga perselisihan diperbesarbesarkan, dan menggugat perpaduan dalam parti.
Dalam ucapannya semasa merasmikan Konvensyen Umno Kedah di Alor Setar, 14 Mac lalu, yang turut dihadiri Menteri Besar merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir, Najib meminta agar semua “perosak” itu ditolak untuk menjamin kemenangan Umno dan BN.
Konvensyen Umno Kedah yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri perwakilan Umno dari kesemua 15 bahagian parti seluruh negeri.
Tegas Najib, usaha membebaskan Umno daripada belenggu elemen “jemuan” dan “tukang kipas” yang menggugat perpaduan parti adalah penting dalam memastikan masa depannya yang cerah gemilang.
Bagaikan tidak sedar, Najib menganggap perkara itu lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah kepada geran), walaupun ia tidak kurang mustahaknya.
Beliau yakin jika bersatu dengan suara sepasukan, Umno akan terus menang.
Sejak bila Najib tidak mementingkan projek mega?
Adakah setelah kantung kerajaan semakin kempis atau memang telah kering dan beliau menyedarinya?

OKZ 13: Bukan sekadar beri kenyataan, tetapi bantulah mereka - Mat Sabu

SEJAK disumbat ke penjara Kajang pada 18 Mac lalu ada yang mengatakan nasib 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang juga peserta demonstrasi membantah rampasan kuasa Perak, ramai pihak yang umpamakan mereka ini sebagai wira yang tidak didendangkan. Namun sebalik penderitaan mereka ditahan, terdapat 13 keluarga yang mereka tinggalkan sementara duduk di tirai besi yang terpaksa menanggung beban berikutan ketiadaan mereka.

Apakah nasib mereka ini dipedulikan oleh parti-parti politik khususnya Pakatan Rakyat? Menjawab persoalan itu, Wartawan Kanan Harakah ROY RASUL menemubual Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pada 23 Mac lalu untuk mengupas isu itu.
WARTAWAN: Sekarang ini nasib tiga belas pejuang pasca rampasan kuasa Perak pada Februari 2009 ditahan di penjara Kajang, Selangor. Bagaimana saudara melihat perkembangan ini?
MOHAMAD SABU: PAS akan terus membuat program-program untuk membela tiga belas yang dipenjarakan itu. Mereka itu orang yang pertahankan perlembagaan dan pejuang demokrasi. Mereka ini seolaholah ‘dizalimi’ Kerajaan BN.
Oleh itu kita akan buat program terutamanya untuk keluarga mereka yang terseksa akibat didakwa dan ditahan di penjara. Ingin saya tegaskan sekali lagi, mereka itu pejuang demokrasi bukan militan. Mereka pertahankan perlembagaan Malaysia dan demokrasi serta keputusan rakyat Perak.
Bagaimana PAS melihat soal nasib keluarga tahanan yang pastinya akan terkesan dengan penahanan ini?
Benar, mereka terkesan dan saya sendiri pernah alaminya sebelum ini (beberapa kali ditahan ISA dan kes-kes lain).
Bagi PAS mesti kita bela nasib mereka ini contohnya esok (24 Mac) kita ada program di Shah Alam, Selangor bagi mencari sumbangan untuk meringan bebanan keluarga mereka. Saya sendiri akan ke Perak untuk membuat program di sana juga untuk mengutip dana bagi meringankan kesengsaraan mereka.
Dengan ini, kita menyeru orang ramai juga sama-sama membantu ‘Tabung Kena Zalim’ (OKZ) untuk meringankan keluarga mereka yang berada di luar penjara. Yang di penjara itu lainlah kerana mengikut undangundang penjara. Namun orang yang di luar
penjara inilah yang menderita.

GST: 'Kenapa Kastam jawab sikit sangat?' - Che Gu Bard

GST: 'Kenapa Kastam jawab sikit sangat?' - Che Gu BardKUALA LUMPUR: Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menyifatkan pertemuan kedua mereka dengan pegawai Kastam untuk mendapatkan jawapan isu berkenaan cukai baru itu menemui jalan buntu.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard berkata, walaupun ada jawapan diberi, ia masih belum lengkap dan 'sambutan' diberi Kastam turut dipertikai.

"Kita sudah hubungi Kastam beberapa hari sebelum pertemuan tadi. Kita juga menghantar analisis mengenai 106 soalan yang diberi pada pertemuan pertama.

"Secara keseluruhannya mereka hanya menjawab 24 peratus daripada 106 soalan itu, kita ucap terima kasih walaupun ada beberapa persoalan yang belum dijawab," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aktivis Gabungan Bantah GST pada membuat 'lawatan' kedua selain mahukan lebih banyak penjelasan daripada Jabatan Kastam mengenai GST.

Kira-kira 30 penyokong kumpulan itu berhimpun di hadapan pejabat Kastam di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 10.00 pagi dan menunggu jawapan kepada senarai soalan sebelum ini.

Pujian harus diberikan kepada Robocop kita yang bekerja keras

oleh Hazlan Zakaria
"Hidup atau mati! Awak akan saya berkas," ini adalah slogan ikon filem, televisyen dan watak komik yang terkenal, penguatkuasa undang-undang ‘cyborg’ Robocop.
Apabila filem yang menampilkan Robocop telah ditayangkan pada tahun 1987, ramai yang kagum dengan sifat polis berprinsip seperti cyborg ini, berpandukan nilai-nilai manusia tetapi tidak penat dan lelah seperti mesin.
Ramai yang mengharapkan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tidak korup dan sentiasa berwaspada, berbanding dengan penguatkuasa undang-undang manusia, yang senang diumpan dengan rasuah dan terlalu banyak kerja.
Namun adalah lucu yang apabila kita mempunyai satu salinan karbon Robocop dengan kualiti yang hampir sama, kita tidak begitu menghargainya.
Ada kemungkinan bahawa dia tidak tidur lena, tidak berkelip dan tidak melakukan apa-apa perkara lain selain menjadi pengadil berwaspada terhadap media dalam talian, dan juga memerintahkan orang-orangnya untuk menangkap individu-individu yang mengancam keharmonian negara.
Ketua polis kita adalah seperti Robocop kita sendiri, berkesan, sentiasa ada dalam talian dan aktif menjalankan pelbagai tugas, walaupun saya rasa dia kurang dihargai dan dikritik terlalu banyak.
Saya yakin yang rakyat Malaysia tidak seharusnya mengkritik beliau, walaupun kerja-kerja baik yang ditunjukkannya untuk memastikan Malaysia selamat dan kerajaannya selesa.
Telah diperkatkana bahawa dia telah bekerja keras untuk memastikan jalan-jalan kita selamat daripada perhimpunan yang tidak diingini, dan menghapuskan hasutan-hasutan daripada masyarakat sopan dan dari kerajaan yang hanya mahu memenuhi mandat pilihanraya.
Banyak yang telah diperkatakan tentang Khalid dan juga kaedah kepolisan baru beliau yang berkesan, sambil menyelam minum air, melalui tangkapan secara automatik ke atas ahli-ahli politik pembangkang, penyokong mereka dan aktivis pro-demokrasi yang datang memberi kenyataan, dan juga metodologi atas talian beliau yang sentiasa ada, yang kebanyakannya negatif.
Atas kehadiran beliau di atas talian, beberapa pihak menuduhnya hanya mensasarkan ahli-ahli politik pembangkang. Tetapi Khalid sendiri berkata, pada masa ini hanya ahli politik pembangkang yang melakukan kesalahan dalam talian.
Beliau juga pernah berkata bahawa jika kita boleh menunjukkan kepadanya seorang ahli politik BN yang melakukan perkara yang sama, beliau akan mengheret mereka sama seperti ahli-ahli politik pembangkang yang bersalah. 

Mengalih perhatian daripada GST dan kegagalan skrip hudud

oleh Mariam Mokhtar

Di tengah-tengah kekalutan – daripada hudud kepada GST, satu-satunya ‘oasis’ yang tenang adalah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Kaedah yang baik untuk menutup berita buruk adalah mencetuskan lebih banyak berita buruk.

Tindakan menangkap tiga editor dan dua eksekutif kanan The Malaysian Insider (TMI) – sebahagian daripada tekanan terhadap pengkritik kerajaan – adalah serampang dua mata. Pertama, perhatian kini tidak lagi kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang penuh kontroversi dan akan dilaksanakan pada hari “April Fool”, 1 April 2015.

Kedua, Najib Razak telah membuat hubungan dengan sebahagian dalam PAS untuk menggunakan hudud bagi menghancurkan gabungan pembangkang. Perancangan itu memerlukan “kambing hitam” untuk berjaya. Adakah kakitangan TMI itu kambing hitamnya?

GST telah menyebabkan sejumlah perniagaan kecil, yang dijalankan keluarga, berhenti beroperasi. Mengambil akauntan GST untuk menguruskan akaun mereka, agar mematuhi syarat sistem itu, akan memakan sebahagian besar keuntungan mereka. Selain itu, ramai peniaga yang tiada kemahiran komputer.

GST juga dibenci pengguna. Mereka berkunjung ke pasaraya dan membuat pembelian panik, yang seterusnya menyebabkan banyak barangan keperluan habis bekalan. Ramai yang menjadi mangsa kepada peniaga licik yang menaikkan harga mereka. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, GST akan membantu membayar gaji dan pencen penjawat awam dan menteri yang sentiasa bertambah jumlahnya.

Rakyat tentunya marah kerana menjadi mangsa bagi menggantikan berbilion ringgit yang hilang, ekoran salah urus ekonomi oleh kerajaan, melalui ketirisan dan pembaziran. Minggu lalu, kita menyaksikan kemarahan yang tidak lama apabila Najib menganjurkan “perkahwinan dekad ini”. Beliau telah mengelak daripada skandal 1MDB, dakwaan kekayaannya oleh The New York Times, pembelian jet kerajaan serta dakwaan salah guna jet tersebut oleh isterinya.

'Saya manusia biasa': Pemangku Pengarah Kastam KL mohon maaf atas kekecohan dan kekasaran

'Saya manusia biasa': Pemangku Pengarah Kastam KL mohon maaf atas kekecohan
KELANA JAYA: Pemangku Pengarah Jabatan Kastam Diraja Kuala Lumpur, Abd Gani Othman hari ini memohon maaf kepada orang ramai yang dikasari ketika berlaku kekecohan semasa penyerahan memorandum membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Kastam pada 23 Mac lalu, di Kompleks Kastam Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan hari ini apabila ditanya wakil Gabungan Bantah Cukai GST, Nashita Md Noor yang meluahkan rasa kekecewaan terhadap layanan pihak Kastam kepada mereka yang menghantar memorandum membantah GST pada minggu lalu.

"Ribuan kemaafan untuk perkara itu. Saya hanya manusia biasa. Saya juga melakukan kesalahan," jelas Gani kepada wakil-wakil gabungan Bantah GST di hadapan pintu masuk Kompleks Kastam Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau juga memberi cadangan agar diadakan satu pertemuan antara pihak Kastam bersama gabungan itu untuk membuat penjelasan mengenai GST.

"Kebarangkalian mungkin ada di antara kamu memahami GST namun ada di antara kamu juga mungkin keliru. Kami mahu mengadakan satu pertemuan bersama anda untuk memberi penjelasan mengenai GST secara keseluruhan. Bukan hari ini, nanti kita berhubung," ujar beliau.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 11 pagi, Gabungan Bantah Cukai GST hadir ke Kompleks Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur untuk menghantar satu surat maklum balas kepada Kastam.

Surat itu mengandungi 106 soalan, jawapan dan maklum balas daripada pihak mereka dan Kastam.

Antara yang hadir adalah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan (Arul), Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahirin (Chegubard), Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nasaie Ismail, aktivis pelajar Khairol Najib, dan aktivis Syukri Razab.

Pada jam kira-kira 11:30 pagi, kelihatan Gani bersama beberapa pegawai Kastam hadir untuk berjumpa dengan wakil-wakil gabungan itu dan berbincang mengenai GST.

Kelihatan beberapa pegawai polis termasuk anggota-anggota Light Strike Force (LSF) sudah bersiap sedia di pintu masuk kompleks itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kelihatan beberapa anggota Light Strike Force (LSF) sudah bersiap sedia di pintu masuk kompleks itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Attorney-General’s bid to strike out two malicious prosecution lawsuits junked

Reactions on TMI arrests

Rafizi: Media bebas lebih penting dari Anwar di penjara

Back in black against attacks on the press

Hamas: "We are expecting difficult times with Netanyahu" says Khaled Meshaal

DENGAR WAHAI RAKYAT M'SIA SEKALIAN...


Ibu Malaysia nak bagi tips berjimat cermat...

p/s: PATUTLA.. najib tak bagi buat siaran LIVE majlis perkahwinan gilang gemilang anak mereka untuk tontonan rakyat jelata. Rupa2nya majlisnya hanya bersederhana sahaja.. Wasatiyyah la katakan..

Last2 rakyat kena bayar GST.. 

SETIAP KELOPAK BUNGA NI..ADALAH. SETIAP TITISAN AIRMATA RAKYAT YANG KAU BEBANKAN DENGAN HUTANG NEGARA...

Kad prabayar sepatutnya tak kena GST

Kad prabayar sepatutnya tak kena GST 
SHAH ALAM - Walaupun perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini belum sampai 24 jam, namun telah banyak reaksi negatif mengenainya telah diluahkan menerusi laman-laman sosial.

Ini termasuk rasa tidak berpuas hati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST.

Antara komen-komen di laman Facebook ialah  "aku beli top up RM10 kena tambah lagi 60 sen menyusahkan aku.

" Aku baru sahaja topup.. Memang kena GST... kata seorang pengguna Facebook.

Sementara itu seorang Timbalan Menteri Kewangan dalam twitternya berkata, berlaku salah faham di antara syarikat telco dengan kerajaan.

"Surat kastam telah dihantar kepada syarikat telco tentang top-up prabayar sebelum ini. Tindakan susulan akan segera diambil agar diikuti arahan harganya", tulisnya.

Bermula hari ini, Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 negara Asean yang melaksanakan GST.

GST berkadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam kalangan negara Asean.

Zunar akan didakwa bawah Akta Hasutan kerana dendam k’jaan terhadap kartun

Zunar pcKUALA LUMPUR 1 APRIL: Kartunis politik Zunar akan didakwa di bawah Akta Hasutan Jumaat ini, 3 April ekoran satu posting di twitter beliau yang mengkritik mahkamah kerana menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Umum, KEADILAN Saudara Anwar Ibrahim.
Beliau didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan yang membawa hukuman maksima tiga tahun penjara dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Menurut Zunar, pendakwaan ini disebabkan dendam kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap karya kartun miliknya.
Ini kerana jelasnya, beberapa karya beliau sebelum ini seringkali dirampas dan disiasat selain pejabatnya turut diserbu pihak berkuasa.
“Saya baru dimaklum oleh peguam bahawa pihak polis akan mendakwa saya di mahkamah di bawah Akta Hasutan berkenaan posting twitter saya yang mengkritik mahkamah atas hukuman terhadap Anwar pada 10 Februari lepas.
“Sebelum ini, saya ditahan tiga hari dalam lokap atas kes yang sama. Ketika di dalam tahanan, polis juga membuka kertas siasatan mengenai dua buah buku saya, Pirate of Carry BN dan Conspiracy to Imprison Anwar,” jelasnya pada kenyataan.
Tambah Zunar, beliau tidak terkejut dengan tindakan terbaru ini kerana berpendapat bagi penguasa yang korup, kebenaran dianggap sebagai hasutan.
“Rejim Najib korup otaknya dan bankrap moralnya.

Tangkapan pengarang TMI seperti Ops Lalang 2.0, kata BBC Selangor


Tindakan polis menahan 3 pengarang The Malaysian Insider dan dua eksekutifnya dilihat seperti pengulangan Operasi Lalang (Ops Lalang), bersama tangkapan lebih 100 aktivis, termasuk ahli politik Pakatan Rakyat (PR), kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor.

Setiausahanya Lau Weng San berkata pihaknya mengkritik penahanan menggunakan Akta Hasutan dan akta lain yang menekan rakyat dan bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempromosikan Malaysia sebagai negara sederhana di mata dunia.

 "Penahanan dan penangkapan 5 pengamal media baru-baru ini oleh polis menimbulkan satu persoalan, adakah ini bermakna Ops Lalang 2.0 sudah kembali? Kerana, lebih 100 orang yang ditangkap dan ditahan mengikut Akta Hasutan dan pelbagai akta yang lain.

 "Jadi kami mengkritik penangkapan ini dan kami berasa ia tidak setimpal dengan apa dikatakan perdana menteri sendiri yang Malaysia ini negara sederhana. Kami sebulat suara mengecam penahanan ini.

"Kami berpendapat tiba masanya rakyat Malaysia menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap tindakan polis yang menekan kebebasan media," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, hari ini.

'Kedai kenakan GST pada barang dikecuali'

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) mula berkuatkuasa hari ini, namun masih berlaku kesilapan pungutan cukai 6 peratus terhadap barangan yang dikecualikan cukai itu.

Ia lantas mencetuskan kekeliruan dan menimbulkan kemarahan pengguna.

Berdasarkan resit yang dimuat naik pengguna ke media sosial, kedai runcit 24 jam mengenakan cukai 6 peratus terhadap suratkhabar yang dibeli.

Loo Chi Meng mengadu di Facebook 7-Eleven agar kedai tersebut segera memperbetulkan kesilapan.

Pengguna Internet Jay Thoo pula memuat naik gambar resitnya ke Facebook 7-Eleven dengan tulisan aduan: “Dahsyat, suratkhabar sepatutnya tidak dikenakan GST. Kenapa 7-Eleven kutip?”

Soh Mei Yen pula mengadu di Facebook KK Mart : “Ayah saya membeli suratkhabar daripada kedai kamu juga dikenakan 6 peratus, kenapa? Saya ada hak untuk lapor tentang kedai kamu.”

Rasuah ancam GST

Kebangkitan kuasa pengguna melalui pelaksanaan GST tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tiada ketelusan dalam penguatkuasaan.
Bahasa, Zamkata, Zainuddin Maidin, blog
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan berkesan sepenuhnya selagi kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan agensi berkenaan terbabit dengan rasuah.
Keraguan itu disuarakan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbaru di blognya, Zamkata.
Jelas bekas Ahli Parlimen Merbok itu, golongan kapitalis yang sepatutnya menanggung cukai yang dikenakan ke atas mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mengelak dan mengurang dari membayar cukai.
“GST adalah untuk memerangi kapitalis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sahaja berwajah biasa, tetapi Tan Sri, Datuk dan lain-lain lagi”, jelasnya.
Tulisnya lagi, keadaan yang berlaku akan menyebabkan golongan kapitalis yang selama ini berkuasa dalam senyap terus berleluasa.
“GST boleh memerangi golongan peniaga yang tamak haloba, penipu dan penindas yang lari dari membayar cukai yang sewajarnya, yang mengeksploitasi golongan pengguna yang besar dan kuat di negara ini untuk mengkayakan diri mereka tanpa batas.”

Surat khabarpun kena GST

Pengguna mendakwa peniaga menaikkan harga surat khabar arus perdana walaupun ia dikecualikan dari GST.
gst-paper
PETALING JAYA: Beberapa pengguna mendakwa segelintir peniaga mula mengeksploitasi pelaksanaaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas beberapa barangan yang dikecualikan dari cukai.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mula tersabar di laman media sosial, facebook di hari pertama pelaksanaan cukai berkenaan berkuatkuasa.
Beberapa keping gambar yang dimuaturun menunjukkan harga akhbar arus perdana seperti Kosmo! dan Utusan Malaysia yang dinaikkan sebanyak enam peratus.
Akhbar Kosmo! yang berharga RM1 telah dijual pada harga RM1.06 manakala Utusan Malaysia dijual pada harga RM1.91, 41 sen lebih mahal dari sebelum ini.

Wartawan Parlimen protes baju hitam

Pengamal media hari ini memakai pakaian hitam sebagai tanda setiakawan dengan wartawan The Malaysian Insider (TMI) yang ditangkap polis susulan laporan berkaitan Majlis Raja-raja dan hudud.

Kedua-dua wartawan media arus perdana dan portal atas talian yang membuat liputan sidang Parlimen hari ini terlibat dalam protes itu.

Sebahagian mereka turut memakai reben kuning sebagai lambang kebebasan media.

Kakitangan Malaysiakini (kanan) dan The Star juga berbuat demikian pada hari ini.

Protes itu diteruskan setelah sekumpulan wartawan berkumpul di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, tempat pengamal media TMI ditahan, semalam dan kelmarin.

Tiga pengarang kanan ditahan termasuk Lionel Morais, Amin Iskandardan Zulkifli Sulong dibebas semalam.

Eksekutif kanan TMI Jahabar Sadiq dan The Edge Ho Kay Tat dibebas hari ini.

'Sama bersetiakawan'

TMI sebelum ini melaporkan bahawa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud.

Perkara itu dinafikan oleh penyimpan mohor besar raja-raja Melayu.

SPR terima notis status kerusi Permatang Pauh

Abdul Aziz Mohd Yusof 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikir Amin Mulia hari ini.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sehubungan itu SPR  akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat.
  
Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi PRK tersebut selain memutuskan tarikh sebenar kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh bermula, katanya.
  
"Kalau mengikut peraturan, SPR perlu mengadakan mesyuarat tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari (dari tarikh penerimaan pemakluman notis)," katanya kepada Bernama di sini.
  
Beliau turut menjelaskan menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan.
 

Altantuya: 'Bebaskan Razak cemar Jabatan Peguam Negara'

Dua ahli parlimen tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan mengapa pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, tidak dirayu.

Dua wakil rakyat daripada DAP dan PAS menyatakan penjelasan Nancy Shukri, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu "tidak memuaskan."

Dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), menteri undang-undang berkata kerajaan tidak merayu kes Razak kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu.

Keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas "kajian mendalam" dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara, tambah Nancy.

Dalam sidang media hari ini, Nga berkata jawapan rasmi itu "pelik, bercanggahan, separuh masak dan perlukan penjelasan lagi."

"Jika 'tidak cukup bukti' dalam kes ini, kenapa Jabatan Peguam Negara (asalnya) memutuskan untuk mendakwa Razak bersubahat," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), di sidang media yang sama, berkata penjelasan sebenar untuk membebaskan Razak itu penting demi berlaku adil kepada keluarga Altantuya, yang dibunuh pada 2006.

Nga pula berkata keputusan tidak merayu pembebasan Razak itu telah menjejaskan nama baik Jabatan Peguam Negara.

GST: Jadi kos mewarnakan rambut di rumah RM1,272

KUALA LUMPUR: Kalau kena GST tentu membebankan sebab khabarnya khidmat mewarnakan rambut di rumah memakan belanja hingga RM1,200.

Demikian tulis Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin dalam blognya, hari ini.

"Kalau RM1,200 GSTnya RM72. Jadi kos mewarnakan rambut di rumah mulai tengah malam ini RM1,272," tulisnya lagi.

Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk Selamat Menunaikan GST.

GST bukan jenaka, lawak, tipu atau olok-olok April Fools. Itu bukan kata saya. Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Dalam bahasa orang putih dia kata: "This is not an April Fool's joke, GST will be implemented." (Ini bukan jenaka April Fools, GST akan dilaksanakan.)

Tidak siapa pun, kecuali “fools” (orang bangang*) menganggap Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagai jenaka, lawak, tipu atau olok-olok.

Semua orang yang siuman, termasuk kanak-kanak sekolah, dan orang yang tidak nyanyuk tahu bahawa menjelang 12 tengah malam ini, bersamaan 1 April 2015, GST akan dikuatkuasakan.

Cukai GST halal, tegas Najib

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang dikuatkuasakan pertama kali hari ini, adalah halal dan mengikut fatwa, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

Menurut Berita Harian, hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baru itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.

Beliau melancarkan Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Baru-baru ini, seorang anggota parlimen PAS mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan GST.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpendapat tindakan itu "haram" dilakukan atas alasan pelaksanaan cukai itu tidak menepati syarat pengharusan cukai dalam Islam.

Hitam putih bantah gangguan pada media

PKR minta tolong Dr Mahathir, Muhyiddin isu 1MDB

‘New fuel tax set to bring in RM900mil in revenue’

Ahmad Maslan kata.. "Pelancong asing boleh CLAIM GST"


KEGILAAN APAKAH INI... KERAjaan paksa rakyat sendiri BAYAR GST, tetapi pelancong asing BOLEH 'CLAIM' BALIK GST !!!

ALASAN KERAjaan.. tujuannya boleh tarik pelancong asing..

Himpunan #KitaLawan bantah GST pada 1 Mei


Jangan Ketawa: Harga tambah nilai prabayar tidak berubah




Jangan Ketawa: Mydin Tanggung RM15j GST Demi Rakyat...!!!


GST : Adun Sungai Burong keluar dewan

The Edge, TMI execs released on police bail

Anjing, polis anti rusuhan sambut aktivis anti-GST

Ahli Parlimen tuntut penjelasan pembebasan Razak Baginda

Menteri kata... perkhidmatan asas yg digunakan rakyat M'sia spt perkhidmatan kesihatan tidak dikenakan GST..

TETAPI.. HAKIKATNYA

Prince Court Medical Centre akan kenakan caj GST 6% terhadap pesakit.

Selagi UMNO/BN memerintah selagi itulah kerjanya MENIPU KEPADA RAKYAT !!!

GST: PR terus bersuara keras perjuang nasib rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menegaskan terus bersuara dengan keras untuk memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi perhatian kepada permasalahan yang timbul akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media di parlimen hari ini berkata pelaksanaan GST yang bermula hari ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara, di mana kerajaan terus tertegas melaksanakan sistem percukaian regresif dan menekan hidup rakyat.

"Hari ini rakyat Malaysia akan melihat harga barang terus naik, walhal gaji dan pendapatan rakyat terbanyak tidak meningkat sepantas yang diharapkan.

"Pakatan Rakyat menegaskan bebanan terhadap rakyat terbanyak akan bertambah berat dan pasti ramai yang terkesan akibat pelaksanaan GST ini," katanya.

Tambah beliau lagi, usaha dan dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meringankan beban rakyat tidak memadai dan ditambah pula dengan pelaksanaan yang tempang dan tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sikap tidak endah kerajaan untuk mendengar rintihan rakyat serta pandangan pimpinan lain amat mengecewakan.

"Jelas bila kita tegur dengan pelbagai pandangan dan pendapat tentang kesan GST kerana tetap meneruskannya.

"Ini membuktikan GST digunakan untuk membayar segala hutang negara, beban negara ditanggung sepenuhnya boleh rakyat.