KUALA LUMPUR, 30 Mac:
PAS hari ini membuat keputusan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas satu Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat diadakan hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata isu mengenai hubungan PAS dalam PR tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.
“Kami tidak bincang perkara tersebut hari ini dan kami kekal bersama dengan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata parti itu tidak dapat lagi bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa secara berterusan tidak berlaku jujur dalam tindakannya.
DAP turut menegaskan telah hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap Hadi sebagai pemimpin dakam Pakatan Rakyat (PR) dan dengan itu akan menamatkan semua hubungan selain berhenti bekerjasama dengan beliau.