Ahad, 29 Mac 2015

Hanya Di Malaysia.......


KENAPA pemimpin2 di negara kita yg merompak, menyamun duit2 rakyat berbilion2 ringgit tidak diperlakukan sebegini ???

KENAPA 'mereka' masih lagi bebas ke sana ke mari yg melibatkan ketirisan, keborosan & rasuah berbilion2 ringgit duit rakyat ???

Kalau lah si perasuah & si perompak yg dah sapu duit rakyat berbillion2 disiasat sebegini ni kan bagus... 

SUDAH PASTI M'sia mesti dah lagi kaya dari sekarang ni..

Bukan niat sebulan jer tetapi sehingga PRU14..


JANGAN RISAU.. Percaya lah kuasa & kehendak dari Allah... sesuatu yg berlaku PASTI ada hikmahnya.. 

Manalah tahu mungkin dgn bala GST inilah KERAjaan UMNO/BN boleh ditumbangkan di PRU14 kelak dgn izin Allah swt.

#KitaLawan: Polis hanya perlu telefon, saya akan datang, kata Khalid Samad‎

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini berkata, polis boleh hanya menelefonnya daripada membazir tenaga menangkapnya di awal pagi Ahad.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, 10 anggota polis datang ke rumahnya pada jam 3.20 pagi untuk menangkapnya.
"Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.

"Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis," katanya kepada The Malaysian Insider selepas dibebaskan. Khalid berkata beliau sedang tidur apabila polis muncul secara tiba-tiba.
"Saya sedang tidur pada waktu itu ... anggota polis tidak beruniform dan beruniform datang ke rumah saya ... sekurang-kurangnya lebih daripada 10 anggota polis datang ke rumah saya."
Khalid berkata polis tiba kira-kira jam 2 pagi dan menunggu.
"Mereka menunggu agak lama, tetapi tidak membuat apa-apa bunyi sekalipun, untuk itu saya berterima kasih kepada mereka," katanya.
Penahanan Khalid adalah kerana penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan semalam.
Beliau mengetuai kumpulan perarakan dalam perhimpunan semalam dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Terdahulu petang ini, Khalid dibebaskan bersama dua orang mahasiswa selepas mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan mereka di bawah reman untuk siasatan lanjut.
Khalid berkata polis tidak berpeluang menyoal atau mengambil kenyataannya.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar polis akan mengambil tindakan pada bila-bila masa dan menangkap mereka yang cuba menghasut, Khalid berkata beliau tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, sebaliknya di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

PAS tuntut janji kastam bentang Kajian Impak Kewangan GST

PAS masih menuntut janji Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad membentangkan satu simulasi "Kajian Impak Kewangan" ke atas semua barangan dan perkhidmatan kepada pelbagai kelas masyarakat bagi mengenal pasti beban kewangan hasil pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Dr Dzulkefly Ahmad. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS itu berkata, pihaknya sebelum ini dalam beberapa pertemuan dengan Khazali termasuk ketika Forum RTM1 menggesa agar kajian tersebut dikeluarkan sebelum 1 April ini.

"Beliau hanya berjanji tetapi sehingga hari ini beberapa hari sebelum GST dikuatkuasakan pada 1 April kajian impak itu masih belum ditunaikan secara tuntas dan jelas bagi menyanggah dakwaan Bank Dunia tadi bahawa GST Malaysia juga adalah regresif dan sangat membebankan rakyat khasnya golongan miskin," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

 Katanya, kajian Bank Dunia mengesahkan semua model GST termasuk di Malaysia adalah regresif dan songsang terhadap kumpulan berpendapatan rendah.

Menurut Dzulkefly, mengikut Bank Dunia, sukar mencerakinkan keperluan semua golongan kelas rakyat dengan disifar dan dikecualikan barangan dan perkhidmatan itu dalam GST. "Pak Menteri juga tidak boleh buat pekak terhadap bebanan GST ini yang sifatnya sangat ganas terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana (regresif) berbanding yang kaya. "Potongan cukai korporat dan cukai pendapatan tidak relevan bagi mereka.

Gaji minima pun pada yang bergaji serta juga BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) tidak mencukupi," katanya. Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang GST penting sebagai sumber kewangan negara selain minyak dan gas, Dzulkefly berkata fakta itu bercanggah dengan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz yang menolak mitos negara hanya bergantung kepada sumber minyak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, Zeti dalam laporan akhbar The Star pada 14 Februari lalu berkata, negara tidak terlalu terkesan dengan kejatuhan minyak mentah dunia kerana ada pelbagai sumber ekonomi negara, eksport dan hasil negara kerana "permintaan domestik" adalah "tunggak dan pemacu" pertumbuhan.

INGAT PESAN AHMAD MASLAN..

"GST bukan suatu yang melanggar syarak . GST boleh membantu rakyat dalam memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat, maka ia dibenarkan. Hasil zakat tidak mencukupi, itu sebab perlu cukai" - BERNAMA

3 HARI LAGI nak bayar GST !!!


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA untuk pertingkatkan pendapatan ANDA !!!.. Sudah pasti GST lah pilihan terbaik..

"GST bakal MEMBEBANKAN RAKYAT" - kata Najib Razak

Sokonglah saya, kerana sokongan anda DAPAT MERINGANKAN BEBAN BAYAR BULANAN RM2.2 JUTA BELI JET MEWAH BARU !!!

Jawapan menteri menyerlahkan pelaksanaan undang-undang ‘Antara Dua Darjat’

oleh Hazlan Zakaria
“Kebenaran ada di luar sana,” adalah dialog terkenal dari rancangan TV popular The X-Files.
Dan saya menjangka kebenaran di luar sana untuk disaksi oleh semua, apabila tiba waktu untuk pelaksanaan undang-undang Malaysia, ianya kelihatan mereka melihat sebelah mata apabila melibatkan peronaliti parti pemerintah tetapi bertindak sekerasnya apabila melibatkan pemimpin pembangkan dan aktivis pro-demokrasi.
Tiada yang lebih jelas mengenai perkara ini daripada jawapan di parlimen daripada Menteri Dalam Negeri kita Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bagaimana polis telah mengambil keterangan daripada dua orang menteri kerajaan terhadap kenyataan menghasut mereka.

Laporan akhbar memetik Zahid sebagai berkata bahawa polis merekodkan kenyataan daripada bekas timbalan menteri Mashitah Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan merumuskan siasatan dalam tempoh 24 jam saja dan tidak perlu untuk menahan mereka. 
Ini walaupun laporan akhbar yang jelas kelengahan dalam mengambil tindakan selepas laporan polis telah dibuat dan polis mengambil keterangan mereka dengan sabar dan menanti menteri itu mempunyai masa dari jadual mereka yang sibuk.
Apakah ada perbezaan antara tempoh 24 jam untuk siasatan ke atas menteri BN dan tindakan pemimpin dan aktivis pembangkang? Mungkin dua zon waktu yang berbeza?
Jelas sekali perbezaan jika dibandingkan dengan kesungguhan polis pergi ke rumah pemimpin pembangkang pada hari sama atau ketika temu janji yang dijadualkan di balai polis.
Sememangnya, banyak ahli politik pembangkang dan aktivis pro-demokrasi telah ditahan oleh polis sejurus selepas mereka secara sukarela menyerah diri ke balai polis.
Terlalu banyak untuk disebut tentang ‘kecekapan polis’ kebelakangan ini, dengan ahli politik dan aktivis yang ditahan kerana kesalahan lama mereka apabila mereka masuk ke balai untuk memberi kenyataan.
Seperti yang dinyatakan oleh rakan sekerja apabila beliau mendengar berita tentang pengisytiharan bijak dari Zahid, “sangat adil, sangat saksama dan sangat cekap!”
Ini mungkin sememangnya jelas dengan hubungan terus KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menggunakan Twitter sebagai medium untuk memburu mereka yang didakwa menyalahguna Twitter untuk menyebarkan kata-kata menghasut supaya menghentikan berbicara isu sensitif.

Hishammuddin Rais diculik pihak polis? Atau ditahan untuk siasatan?

oleh Mariam Mokhtar
Terdapat prosedur tertentu bagi membuat penahanan; bagaimanapun, alasan baginya perlu diberi justifikasi.
Kamu tak boleh menahan seseorang bagi sesuatu jenayah yang tidak dilakukannya. Jika penjenayah tegar bersenjata dan menyorok di tempat persembunyian, polis mungkin menggunakan kekerasan bagi menahan-nya.
Pada 27 Mac, dilaporkan aktivis sosial Hishammuddin Rais telah diculik ketika melintas jalan untuk menyertai protes Kita Lawan di Dataran Merdeka. Para saksi melihat enam individu menariknya ke dalam kereta berwarna silver dengan diiringi enam penunggang motorsikal. Mereka mendakwa lelaki di dalam kereta berpistol.
Sesiapa yang membaca kisah penculikan akan berpendapat kumpulan tersebut, atau Tiga Line menculik di bandar KL yang sesak pada siang hari. Ianya seumpama penculikan di Orchard Road Singapura atau Oxford Street di London.

Hishammuddin mungkin seorang watak yang penuh warna-warni. Beliau pengarah filem, chef dan ahli falsafah, namun bukannya penjenayah. Perkara paling teruk yang mampu dilakukan ialah menyebabkan anda sakit perut setelah makan kari kepala ikannya atau kerana anda tertawa dengan aksinya.
Jadi adakah beliau di tempat dan waktu yang salah? Adakah Hisham mangsa tersalah identiti? Beliau berkata tidak punyai harta selain dua ekor anjing.
Penganjur Kita Lawan gagal mendapatkan jawapan daripada beberapa  balai polis. Seorang wartawan berkata ketua polis Dan Wangi Zainol Samah tidak tahu-menahu Hisham ditahan.
Kemudian barulah diketahui Hisham ditangkap secara paksa oleh pegawai Cawangan Khas dan dibawa ke balai polis Dang Wangi, lantas menyertai Tian Chua di situ. Di Pulau Pinang Mat Sabu ditahan polis yang memakai ski mask. Semua mereka ini figura penting ralli Kita Lawan pada 28 Mac.
Seorang saksi yang tidak mahu nama disiarkan berkata “Hisham dalam teksi, yang diekori kereta dan 4 motorsikal. Ketika keluar dari teksi, enam lelaki menariknya. Mulutnya ditutup agar tidak menjerit. Ada yang memegang biji zakarnya agar beliau tidak menggelupur. Mereka menghumbannya ke dalam kereta.”

Jangan persoal waktu tangkapan Khalid Samad, kata KPN


Tindakan menahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad awal pagi ini tidak perlu dipersoalkan kerana polis bebas menjalankan tugas tanpa had masa tertentu, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ketua polis negara (KPN) itu berkata, polis akan sentiasa menjalankan tugas dan sesiapa yang terlibat dalam kegiatan menghasut akan ditahan.

"Itu tak payahlah tanya bila nak tahan orang. Takkan itu pun nak tanya? Kita akan ambil tindakan bila-bila masa pun. Siang malam, pagi petang, kita akan jalankan tanggungjawab kita.

 "Kalau ada yang cuba menghasut, kita tahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid Samad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ditahan polis awal pagi ini selepas terlibat dalam himpunan #KitaLawan semalam. Bagaimanapun, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman.

Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap smlm dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan." Sementara itu, Khalid Abu Bakar yang juga merupakan timbalan pengerusi MCPF, berkata polis menghormati Perlembagaan namun tidak akan membiarkan kebebasan menghasut menular.

"Hanya kerana keputusan mahkamah tidak berpihak kepada kumpulan tertentu, itu tidak memberi mereka kebebasan untuk menghasut. "Polis menghormati kebebasan meluahkan pandangan dan kebebasan berucap seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.

Kelantan jangan sorok maklumat berkenaan hudud kata Dr. Mohd. Azizuddin


Post Pic


SHAH ALAM: Kerajaan negeri PAS Kelantan perlu berterus-terang mengenai pindaan-pindaan perundangan yang bakal dibuat dalam usaha melaksanakan hudud di negeri itu.
 
Penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd Sani berkata pada tahap ini Kelantan tidak lagi boleh menyorokkan agenda mereka  kerana khuatir tindakan itu menambahkan kekeliruan rakyat bersabit hukuman itu.
 
"Penerangan tentang hudud ini perlu dibuat secara giat sebab ramai yang berdebat tentang isu ini dan ramai juga yang tidak faham hudud ini hukumannya apa, isi kandungan dan sebagainya.
 
"Kalau rakyat tidak faham, mula banyak spekulasi dan ramai yang tidak bersetuju terutama yang bukan Islam sebab yang Islam, mereka akan dikenakan hudud juga, jadi saya rasa PAS tiada lagi buat penerangan tentang hudud yang mahu dilaksanakan secara menyeluruh," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam bahawa hudud yang diperjuangkan PAS kini tidak melibatkan rejam, potong tangan atau kaki dan salib sebaliknya hanya memperuntukan hukuman sebat sahaja.
 
Husam membuat pendedahan itu ketika menjadi ahli panel sebuah forum di Shah Alam, pada Jumaat malam.

Hudud Hanya Alat Memecahkan Lawan?

Sebetulnya masih tidak diketahui bilakah usul persendirian yang mahu dibawa oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang berkaitan pindaan Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau dalam bahasa mudahnya undang-undang hudud, mahu dibentangkan di Parlimen.

Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya.

Tetapi berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang berikutannya.

Ini kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.

Tetapi urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.

Masa depan PAS dalam PR diketahui esok

Kenyataan DAP yang menempelak Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan yang menyedihkan kerana beliau diumpamakan bapa kepada semua ahli Pas.
Mujahid-Yusuf-Rawa1_600GEORGETOWN: Masa depan PAS sama ada akan terus kekal atau keluar dari Pakatan Rakyat akan diketahui dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti itu berikutan serangan bersifat peribadi oleh DAP ke atas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu tindakan DAP Sarawak yang mengeluarkan diri daripada gabungan pembangkang juga akan dibincangkan serta dijangka mempengaruhi keputusan mesyuarat.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, DAP tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej dan martabat Presiden PAS.
Tegasnya, kenyataan DAP yang menempelak Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan yang menyedihkan kerana beliau diumpamakan bapa kepada semua ahli Pas.
Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut akan menetapkan pendirian parti berhubung masa hadapan dalam pakatan pembangkang susulan tindakan DAP Sarawak memutuskan hubungan dalam PR.
“Mesyuarat itu juga akan membincangkan sikap pimpinan DAP yang menentang Presiden PAS (Abdul Hadi),” katanya, lapor Sinar Harian.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya mengumumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Abdul Hadi selepas mendakwa Presiden Pas itu tidak jujur dan tidak bermaruah.
Guan Eng berkata, DAP kini sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Abdul Hadi sebagai pemimpin PR kerana bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

GST sardin sebab makanan diproses kata Kastam

Sardin yang ditinkan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia dikategorikan sebagai makanan yang diproses tidak seperti barangan mewah lain seperti udang galah, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan kepada 106 soalan yang dikemukakan oleh kumpulan anti-GST sewaktu protes duduk di jabatan tersebut minggu lalu.

Para aktivis enggan berganjak apabila Jabatan Kastam enggan memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan menyebabkan penahanan lebih 80 orang.

"Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas bawah 'crustaceans' yang berkadar sifar.

"Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6 peratus," jawapan itu dipetik.

Akta Hasutan UNTUK SIAPA SEBENARNYA !!!


Betul ka kesalahan berdemo 'lebih bahaya' daripada rasis ???

Sapa2 nak selamat di dunia & di M'sia, cepat2lah masuk UMNO..

APA SUDAH JADI... KERAJaan Umno@Bn dah pokai ka !!!


GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen ???

Sehingga sanggup perguna balun duit2 rakyat semata2 nak 'cover' bayar gaji2 mereka.. Kata Najib Razakekonomi stabil, kewangan kukuh.. Kukuh tang mananya !!!

Bagaimana pula dgn gaji2 rakyat yg tidak bekerja dgn kamu (kerajaan) ???.. INIKAH YANG DIKATAKAN ADIL, kenakan cukai pd semua rakyat, tapi hanya gaji2 'mereka' saja yg dapat kelebihan..

Kalau cukai sebegini dah tak adil agihannya, mana datang jadi HARUS !!!..

Polis bawa Rafizi ke pejabat KEADILAN, serbu Sekretariat #KitaLawan

gariKUALA LUMPUR 29 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli yang masih ditahan reman dibawa polis ke ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, kira-kira pukul 4.05 petang tadi dipercayai untuk menyerbu Sekretariat #KitaLawan.
Perkara ini dinyatakan peguam KEADILAN, Latheefa Koya dalam tweeter sebentar tadi.
“Polis tengah bawa Rafizi Ramli ke Ibu Pejabat KEADILAN di Merchant Square – untuk serbuan Sekretariat #KitaLawan”.
Terkini, Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa enam anggota polis menyerbu pejabat tersebut dan bersama mereka adalah Rafizi.
Difahamkan mereka mahu mengambil bahan-bahan berkaitan Himpunan #KitaLawan.
Peguam yang bersama Rafizi adalah G Manivanan.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan yang ditahan Jumaat lalu di bawah Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi akan dibebaskan esok.
Beliau ditahan ekoran kenyataannya mengajak ahli parti menyertai Himpunan #KitaLawan yang diadakan semalam.
Terdahulu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dibebaskan tengahari tadi setelah ditahan pagi semalam, beberapa jam sebelum perhimpunan #Kita Lawan dimulakan.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa direman dua hari sebaik selesai mengetuai himpunan itu semalam yang berjaya menarik kehadiran 3,000 peserta.

Polis serbu ibu pejabat PKR

Polis menyerbu ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, dipercayai bagi mengambil barangberkaitan perhimpunan Kita Lawan bagi menolak Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara semalam.

Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, enam anggota polis terlibat dalam serbuan itu yang datang bersama setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli.

Turut hadir peguam Rafizi, Manivanan Gowin.

Abim gesa polis henti serta merta tindakan provokatif

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kaedah penahanan secara provokatif yang digunakan oleh polis yang merujuk kepada beberapa kes penahanan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Hasutan.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata kaedah penahanan yang dilihat melampau boleh menimbulkan rasa benci masyarakat terhadap pasukan polis.

"Ia sekaligus menghilangkan rasa hormat, memandangkan mereka yang ditahan rata-ratanya adalah ahli politik dan aktivis masyarakat bukannya penjenayah berbahaya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tambahan pula ada kalangan mereka tanpa gagal memberikan kerjasama kepada polis bagi melakukan siasatan atau merakam perbualan.

"Apakah keperluan untuk mereka ditahan di tempat-tempat awam di waktu dinihari? Apatah lagi dengan aksi ala penculik upahan profesional?" tanya beliau.

Sedangkan, ujarnya mereka akan ke balai polis cukup dengan satu notis panggilan.

Ini, tambah beliau membuat imej polis kelihatan bodoh, ganas dan tidak bertimbangrasa.

Kesalahan Prosedur: Khalid Samad dibebaskan

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam.

Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan,

“Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid disiasat bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Anggota Parlimen Batu Tian Chua turut dibebaskan hari ini selepas diikat jamin, kata Michelle.

Sebelum itu, peguam Latheefa Koya berkata polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan Khalid  dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan sama.

Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata Latheefa.

Berdepan CBP yang tragis, rakyat Malaysia tertawa

Kadang-kala, ketika berdepan tragedi, lebih elok kita menjaga kewarasan diri.
Inilah yang dilakukan sebilangan rakyat Malaysia, yang bakal menyambut Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) tak lama lagi.
Jika anda sering melayari Internet, anda mungkin pernah terlihat beberapa ‘meme’ yang mentertawakan CBP serta karakter di dalam perlaksanaannya terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dari meme ke klip video dan audio, semuanya ada di sana.
Salah satu meme memaparkan wanita menolak troli penuh barangan, namun tas tangannya diragut dua lelaki  yang menaiki motorsikal. Ia dikatakan “sebelum CBP”.
Dengan senario “selepas CBP”, dua lelaki tersebut turut melarikan troli membeli belahnya.
Senario kedua menampilkan dua lelaki mengancam seorang wanita dengan sebilah pisah agar menyerahkan barangan bernilai sebelum CBP, dan wanita memberikan beg duit, iPhone, jam dan barang kemas.
Selepas CBP, insiden berulang tetapi barangan bernilai yang terpaksa diberi wanita termasuk roti, paket Milo, mee segera dan sebagainya.
Komedi itu mungkin tak jauh tersasar daripada hakikat sebenar.
Barangan yang ditunjukkan memang akan menjadi bernilai bagi majoriti penduduk Malaysia selepas CBP.
Ada satu gambar yang diubah suai menunjukkan duit kertas RM100 berubah nilai menjadi RM94 kerana CBP 6%.
Turut dipaparkan satu foto di Facebook yang menjadikan saya ketawa. Seorang lelaki menggunting rambut dengan “CBP %” tertera di kepala.

#KitaLawan: Mahkamah tolak reman, Khalid dan 2 pelajar bebas

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman. Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap smlm dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan."

 The Malaysian Insider hari ini melaporkan, dua mahasiswa universiti awam tempatan itu ditahan di ibu negara, manakala Khalid ditahan di kediamannya sekitar jam 3 pagi tadi.  Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir berkata, dua mahasiswa itu ditempatkan di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur bersama Fariz Musa, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan mesra PKR, Jingga 13.

"Betul, ada dua mahasiswa ditahan semalam, sekarang berada di Lokap Berpusat Jinjang menunggu reman, bersama Fariz Musa, seketariat #KitaLawan. "Fariz yang maklumkan penangkapan dua mahasiswa itu kepada kami, selepas menemui mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," kata Akmal kepada The Malaysian Insider. Beliau, bagaimanapun, tidak pasti akta yang digunakan menahan kedua-dua mereka.

 "Fariz ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan, tapi Fariz tidak pasti Akta Hasutan itu kerana ucapan atau tweetnya," katanya. Khalid (gambar, kanan) ditahan polis di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur. Semalam, polis menahan Fariz sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.

Sekretariat #KitaLawan: Lagi ditekan, lagi kita lawan

Sekretariat Kita Lawan berikrar akan terus mendesak kerajaan agar memenuhi tiga tuntutan utama ataupun berdepan tekanan mereka yang lebih hebat khususnya pada sambutan Hari Buruh pada 1 Mei depan.

Sekalipun berdepan pelbagai tindakan termasuk penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis sebelum dan selepas perhimpunan semalam, kumpulan itu menganggap protes ke KLCC itu berjaya dan menyifatkan mereka yang ditahan itu sebagai "simbol keberanian" melawan kezaliman.

"Walaupun anak muda terus ditekan, rencana #KitaLawan akan terus diperhebatkan. Selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan, selagi Najib Razak tidak berundur, selagi (Ketua Polis Negara) Khalid Abu Bakar tidak dipecat dan selagi kerakusan GST tidak dihentikan, kami anak muda akan terus lawan.

"Kami percaya kebangkitan anak muda ini mendapat dokongan dan sokongan rakyat Malaysia. KitaLawan akan terus bina kekuatan dan kami akan terus merencanakan isu-isu rakyat.

"Maka, Sekretariat menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersiap sedia turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan #KitaLawan 1 Mei 2015," kata sekretariat itu.

Polis yang 'hasut' benci kerajaan, kata PAS

Tindakan polis terus menerus menahan pemimpin pembangkang ibarat “menghasut” rakyat supaya lebih bencikan kerajaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kecaman itu dibuat susulan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa parti itu Khalid Samad, susulan perhimpunan Kita Lawan semalam.

"Bahkan ia sebenarnya satu tindakan yang 'menghasut' rakyat untuk lebih benci kepada kerajaan.

"PAS menggesa kerajaan menghentikan tangkapan dan membebaskan semua tahanan dengan segera," katanya.

Dalam kenyataan ringkasnya, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya kerajaan mendengar bantahan disuarakan termasuk dalam isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu depan.

"Kerajaan sepatutnya mendengar dan bukan melarang bantahan rakyat terhadap GST dan akta zalim kerana bebanan ekonomi yang rakyat tanggung akan membawa derita kepada kehidupan mereka," katanya.

Kita terus lawan 1 Mei ini – Sekretariat #KitaLawan

Himpunan #KitaLawan semalam berlangsung dengan aman dan penuh semangat. Siri tangkapan dan kekerasan terhadap pimpinan rakyat dan aktivis menjelang perhimpunan ternyata langsung tidak memberi tekanan kepada anak muda menyuarakan isu-isu rakyat, malah kami hadir dalam suasana harmoni sebagai simbolik meraikan perkahwinan terulung negara sebelum pelaksanaan GST.
Selepas pelbagai ugutan dan tindakan kekerasan, semalam terbukti bahawa #KitaLawan merupakan gerakan anak muda yang akan kekal menjadi igauan dan mimpi ngeri mereka yang zalim dan salah guna kuasa.
Walaupun himpunan semalam terbantut kerana KLCC dikepung polis, kami mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang bertugas semalam.

Ternyata arahan ketua polis negara (IGP) untuk kerahan anggota maksima semalam memberi gambaran sebenar ketakutan Datuk Seri Najib Razak dan terpisahnya kehidupan beliau yang penuh kemewahan di sebalik kerakusan kuasa dengan realiti kehidupan rakyat biasa yang dihantui dengan kesusahan dan kesengsaraan. Himpunan semalam yang bersurai dengan aman turut memberikan kemenangan kepada anak muda. Pihak polis yang bersiap sedia melakukan tangkapan besar-besaran dan seolah-olah mengharapkan akan berlakunya kekecohan ternyata hampa. Ini jelas mengecewakan KPN yang telah hilang pedoman bagaimana menghentikan semangat #KitaLawan yang terus meningkat bukan sahaja menuntut perletakkan jawatan Najib tetapi juga lantang bersuara agar beliau dipecat sebagai KPN.
Kebuntuan dan kekecewaan KPN amat jelas. Selepas rakyat berhimpun dan bersurai secara aman, beliau masih ingin melakukan tangkapan sebagai peringatan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dan berkuasa.
Syabas kepada Fariz Musa, Khalid Samad, dua mahasiswa yang ditangkap kerana memakai baju hitam dan lebih ramai aktivis yang akan ditangkap selepas ini. Tangkapan mereka adalah simbol dan manifestasi keberanian anak muda melawan pemerintah zalim yang terus menerus menindas rakyat biasa.

Khalid Samad ditahan, Mat Sabu dibebaskan


Khalid Samad ditahan, Mat Sabu dibebaskan
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad ditahan polis kira-kira jam 3.20 pagi tadi di rumahnya, difahamkan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan penahanan itu melalui kemas kini status Twitternya, awal pagi tadi.

“Penangkapan terbaru Ahli Parlimen Shah Alam subuh ini di bawah Akta Hasutan dan pemimpin-pemimpin PKR yang masih ditahan amat tidak wajar,” tulisnya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang ditahan kelmarin telah pun dibebaskan malam tadi.

“Tuan Haji Mat Sabu dibebaskan jam 11.30 malam. Beliau telah ditahan hampir 23 jam,” tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, Mohamad ditahan setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man  untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Beberapa pemimpin PKR yang turut ditahan polis sebelum ini termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

EKJS: Bukan Islam tak sokong kerana belum faham


IPOH: Cadangan pindaan Enakmen Jenayah Kanun Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.
Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.
Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.
Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.
"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.

Adakah Umno lebih sayang rakan BN daripada EKJS?



Ketika sesi penggulungan di Parlimen kelmarin, saya bangun meminta penjelasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkenaan status terkini kesediaan Kerajaan Pusat untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah 1965 (Bidang Kuasa Jenayah).

Hal ini amat penting kerana dengan pindaan yang akan meluaskan kuasa Mahkamah Syariah, ia akan memudahkan lagi proses penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (EKJS) yang sudah diluluskan pindaannya dengan sebulat-suara di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Pada 15 Disember 2014, Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah pun bersetuju dengan cadangan untuk membuat pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah 1965 (Bidang Kuasa Jenayah).

Seterusnya, pada 18 dan 20 Disember 2014 pula, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat telah dimaklumkan bahawa Kerajaan Pusat telah pun bersetuju dengan draf pindaan sudah siap dan akan diangkat cadangan tersebut kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 11 dan 12 Mac 2015.

Bahkan, ia turut dimuatkan di dalam roadmap pelaksanaan Hudud yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat. Rupa-rupanya, cadangan pindaan tersebut tidak dibawa pun ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Sikap dolak-dalik Kerajaan Pusat dalam hal ini jugalah menjadi punca Majlis Raja-Raja Melayu turut terpalit dalam hal ini sehingga difitnah mereka menolak pelaksanaan EKJS di Kelantan.

Kerajaan Pusat masih berdolak-dalih dan tidak yakin untuk membentangkan pindaan tersebut di Parlimen.

EKJS: Pas mahu Najib nyata pendirian

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana rakyat ternanti-nanti kenyataan dari pemimpin nombor satu negara itu.

“Sebelum ini, Umno dilihat menyokong usaha Pas untuk melaksanakan hudud. Namun sehingga sekarang Najib belum membuat sebarang kenyataan mengenai hudud ini.

“Adakah beliau telah berbelah bahagi untuk menyokong hudud kerana menerima tentangan daripada parti-parti komponen BN?" katanya, semalam.

Fariz Musa, Khalid Samad jadi tahanan politik selepas Himpunan #KitaLawan

KUALA LUMPUR 29 MAC: Himpunan #KitaLawan yang berjalan lancar tanpa gangguan polis lewat petang semalam akhirnya dicemari dengan tangkapan polis ke atas Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai barisan 3,000 peserta dalam himpunan itu.
Beliau merupakan tangkapan pertama peserta himpunan tersebut.
KEADILAN dalam kenyataan memberitahu, Fariz yang juga Koordinator Jingga 13 ditangkap di bawah Akta Hasutan sebaik himpunan itu tamat.
Difahamkan beliau sekarang berada di IPK Kuala Lumpur, dan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat.
Polis meneruskan tangkapan kedua pada 3.20 pagi ini ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, juga mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Semalam, beberapa jam sebelum himpunan itu berlangsung, polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Taktik tangkapan bukti tahap polis jatuh merudum, kata penganalisis


Taktik menakut-nakutkan pemimpin pembangkang akan hanya mendatangkan kesan sebaliknya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis yang mengatakan ia menunjukkan tahap rendah prestasi polis walaupun dikritik umum.

Penganalisis merujuk beberapa penangkapan penuh drama terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis sebelum perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur semalam. Awal pagi ini, polis menahan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dalam apa yang kini menjadi amalan biasa menangkap pemimpin pembangkang dan aktivis sebaik sahaja demonstrasi selesai.

Menurut pemimpin PAS, Dr Dzulkefli Ahmad dalam kiriman Facebook, Khalid diberkas di rumahnya pada 3.20 pagi tadi. Tidak berapa lama selepas perhimpunan semalam, ahli sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa ditahan di bawah Akta Hasutan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Pada Jumaat malam, Hishamuddin Rais diculik beberapa lelaki yang tiba dengan sebuah kereta Honda Accord, ketika aktivis itu berjalan kaki menuju Dataran Merdeka menghadiri bantahan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang juga agenda #KitaLawan. Ini diikuti penahanan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 12.20 tengah malam oleh sepasukan polis bertopeng dan bersenjata ketika ahli politik veteran itu hadir di Restoran Seven Star di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kereta yang digunakan polis ketika menarik masuk aktivis Hishamuddin Rais dekat Dataran Merdeka, Jumaat lalu.

 Taktik tangkapan penuh drama dilihat usaha polis menakut-nakutkan pembangkang serta memperlihatkan mereka serius menjalankan arahan atasan. – Gambar The Malaysian Insider, 29 Mac, 2015.Kemudian, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu dalam Twitter seramai 20 anggota polis tiba di dewan orang ramai di Kampung Batu Muda, sejurus selepas beliau berucap dalam sebuah program dialog.

Perpecahan DAP-PAS di Sarawak strategi kekalkan sokongan, kata Husam

Tindakan DAP Sarawak memutuskan hubungan politik dengan PAS negeri itu disifatkan langkah baik demi mengekalkan sokongan rakyat terhadap kedua-dua parti itu, kata Datuk Husam Musa.

Naib presiden PAS itu berkata, tindakan DAP itu membolehkan PAS diterima sebulat suara penyokongnya di Sarawak, begitu juga sokongan terhadap DAP di negeri itu. "Saya rasa itu bagus. Dia putuskan hubungan, ini bagus kepada dua-dua parti," ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.

 "Maksudnya PAS boleh diterima penyokong-penyokong PAS di sana, DAP pula boleh diterima dan disokong oleh penyokong parti itu di Sarawak. "Jadi PAS boleh menang kerusi yang ditandingi, DAP pun boleh menang kerusi yang ditandingi. Ini adalah strategi yang tidak difahami oleh Barisan Nasional (BN)," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Boleh berbalah tapi jangan sampai pecah!!

Isu hudud yang timbul sekarang mencetuskan gelora yang sukar dijangka apa kesudahannya dalam Pakatan Rakyat, terutama melibatkan hubungan antara Pas dengan DAP. Walaupun PKR, sebuah lagi komponen dalam PR turut tidak bersetuju dengan hudud dan terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian mengenainya di Parlimen, tetapi ia tidak merenggangkan hubungannya dengan Pas. Yang nampak bermasalah hanya antara Pas dengan DAP saja.

Selain DAP sudah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Haji Hadi Awang, parti itu di Sarawak bertindak lebih ke depan dengan memutuskannya dengan Pas. Pas pula melalui beberapa pemimpinnya, turut membalas dengan agak keras tindakan DAP itu. Ini memberi bayangan bahawa menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung selewat-lewatnya tahun depan, PR negeri itu tidak lagi sekukuh sebelum ini untuk berhadapan dengan BN negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Sudah tentu ini merupakan berita gembira bagi BN Sarawak. Namun demikian, perbalahan antara Pas dengan DAP di peringkat Pusat tidak seharusnya dibiarkan terus berpanjangan, jauh sekali jika sampai membawa perpecahan. Mereka boleh berbalah, berbeza pendapat atau bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara, tetapi hubungan sebagai rakan gabungan dalam PR haruslah dipertahankan. Walaupun PKR sedang berusaha untuk menjadi orang tengah dan menjernihkan apa juga kekusutan yang timbul, khususnya berkaitan isu hudud, yang jauh lebih penting lagi ialah Pas dan DAP harus sama-sama menyejukkan kepala dan tidak saling tuduh-menuduh serta bersikap keras antara satu sama lain.

Pas dan DAP harus mengutamakan harapan rakyat yang ketika ini relatifnya tinggi terhadap PR untuk membawa perubahan, pembaharuan dan menyelamatkan masa depan negara ini. Rakyat secara umumnya, apabila melihat satu demi satu isu timbul seperti 1MDB, pembelian jet, pembaziran dan pengurusan negara yang lemah, semakin nipis harapan mereka kepada BN untuk terus mentadbir negara ini. Terutama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini, kegusaran umum ialah jika BN terus diberikan kuasa ia mungkin akan menyebabkan lebih banyak isu melibatkan pembaziran, kemewahan dan penyalahgunaan kuasa akan muncul lagi selepas ini.

Sebab itu, harapan rakyat kepada PR sebenarnya adalah tinggi. Tetapi perbalahan terbuka sesama rakan gabungan dalam PR sedikit-sebanyak juga menghampakan harapan rakyat. Mereka inginkan perubahan tetapi PR yang disandarkan harapan itu pula seperti berkecamuk dan sering berbalah sesama sendiri. Dalam hubungan ini PR seharusnya menyedari harapan tinggi yang ada di hati rakyat itu.

Umno mahukan undi kaum India, tetapi berharap dapat sisihkan MIC

Merangkumi 7.5% populasi di negara ini, kaum India Malaysia sebenarnya membentuk 10% jumlah pengundi.
Mereka terdiri lebih dari 20% pengundi di sekurang-kurangnya tiga kawasan parlimen, sementara di kerusi DUN, mereka merangkumi 35% pengundi.
Kaum Indian Malaysia oleh itu menjadi penentu pengundian. Mereka bagaimanapun bukannya komuniti yang mengundi dengan corak serupa.
Pada PRU13 dua tahun lalu, 14 wakil rakyat India menang kerusi parlimen, sementara 24 lagi terpilih wakil rakyat di 11 kerusi DUN di Semenanjung.
Komponen BN yang lemah MIC menyumbang hanya 9 daripada 38 wakil rakyat daripada kaum India Malaysia.
Daripada 9, 4 menang kerusi parlimen sementara 5 menang kerusi DUN di tiga negeri.
Bagi pihak oposisi, 10 wakil India menang di parlimen dengan 6 daripada DAP dan 4 PKR.

19 wakil India Malaysia daripada Pakatan Rakyat menang kerusi DUN di 6 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. 
Semua kawasan DUN dengan jumlah pengundi India yang ramai seperti Buntong (48%) di Perak, Perai (36%) di Penang dan Seri Andalas (35%) di Rakyat.
Ironi ini disedari parti komponen BN iaitu MIC yang hanya dapat menyumbang 4 kemenangan di parlimen sementara DAP, rakan Cina Pakatan, menghantar 6 wakil India ke parlimen. PKR pula menyumbang  ahli parlimen.
Bagi kerusi DUN MIC hanya menang 4 kerusi daripada 18 yang ditandingi. Ia memiliki ADUN di tiga negeri - Johor (3), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1).
DAP dan PKR menyumbang 19 ADUN kaum India
Hasilnya Pakatan diwakili di 6 negeri - Penang (5), Negeri Sembilan (5), Perak (4), Selangor (3), Pahang (1) dan Kedah (1).
Dengan 3  tahun sebelum PRU14, MIC terlibat di dalam kemelut dan mungkin akan diharamkan. Ia tak upaya mengekang asakan DAP dan PKR.

"Larangan" kongsi gambar kenduri anak PM....Apa yang hendak disorokan...!!!

Majlis kenduri anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib berjalan dengan lancar malam tadi bagaimanapun mempelai itu tidak membenarkan tetamu yang hadir berkongsi gambar dan video majlis itu di sosial media.

'Larangan' mempelai itu tersebar di sosial media apabila seorang tetamu dan juga personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino berkongsi permintaan Nooryana itu melalui akaun Instagram malam tadi.

“Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

“Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” kandungan kad perkahwinan pasangan itu dipetik.

Mengapa #KitaLawan kedua lebih kecil .....Adakah musuh politik telah berjaya..??

Hudud Kelantan, tindakan keras polis dan majlis perkahwinan kenamaan merupakan antara sebab perhimpunan #KitaLawan semalam lebih kecil daripada tiga minggu lalu. Penganalisis dan pemerhati berkata walaupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan faktor utama perhimpunan ini dan isu penting majoriti rakyat Malaysia, kesan cukai baharu itu masih belum dirasai.

Apabila GST bermula dan golongan berpendapatan rendah merasai kesannya, penangkapan aktivis dan pemimpin politik tidak akan mampu menghalang bantahan di seluruh negara.

 "Percanggahan pendapat adalah ibarat buah-buahan, apabila ia sudah ranum, tiada apa yang mampu menghalangnya daripada gugur," kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, zamalah di Institut Pulau Pinang.

Kesan hudud Perhimpunan pertama #KitaLawan diadakan pada 7 Mac, iaitu 10 hari sebelum Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) Kelantan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dan memecah belahkan parti Pakatan Rakyat (PR) yang merupakan penggerak utama perhimpunan tersebut.

Perbalahan dalaman menjejaskan semangat semua penyokong PR, sama ada PAS, DAP atau PKR, dan ramai yang mula berputus asa terhadap gabungan itu, kata pemimpin DAP Selangor, Charles Santiago. "Moral sangat rendah. Dengan hudud, PR seolah-olah jatuh dan orang mula berputus asa terhadap PR sebagai pakatan yang berdaya maju," kata Santiago, yang juga ahli Parlimen Klang.

Percanggahan pendapat terhadap undang-undang Kelantan menyebabkan DAP pada 23 Mac mengumumkan berhenti bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berikutan itu, DAP Sabah dan Sarawak mengumumkan mereka memutuskan hubungan dengan PAS di kedua-dua negeri.

Khalid Samad ditahan kerana menghasut awal pagi ini

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya pada 3.20 pagi ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dzulkefly, Khalid yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur. “Kegilaan tangkapan apa semua ini oleh sang penguasa politik?  "Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state',” tulis Dzulkefly melalui akaun Facebooknya.

“Semoga kita semua dirahmati Allah. Allahu Musta'an.” Pada Sabtu, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan #KitaLawan yang diadakan semalam.

Selamat datang GST: Tempe tidak memerlukan anda

''Bos nanti lepas GST harga rojak ni pun naiklah?'' Lelaki tinggi lampai itu hanya mendiamkan diri. Melihat mukanya dibaluti dengan perasaan serba salah dan berat hati untuk menjawab, saya cepat-cepat menjawab soalan yang diberikan oleh diri sendiri. '' Oh mestilah naik kan. Awak nak beli pun barang sudah naik. Nak buat itu cucur udang pun tepung sudah naik.'' Beliau mengangguk dan menarik nafas lega kerana tidak perlu menjawab soalan tersebut. Pasti ramai yang sedang tertanya sekarang:

Bukan tepung tak kena GST ke? Bukan semua jenis tepung yang dikecualikan daripada GST. Sewaktu saya meneliti dokumen senarai barang bercukai danbarang tidak bercukai yang dikeluarkan oleh Jabatan kastam, tepung cucur udang dikenakan GST. Jadi apabila tepung cucur udang dikenakan GST, harganya akan naik. Maka harga cucur udang pun akan naik sekaligus menaikkan harga rojak tepi jalan.

Oh bukan itu sahaja. Tepung goreng pisang juga dikenakan GST. Jadi kepada penggemar pisang goreng cicah kicap, maaf saya ucapkan. Pasti hati anda sedang dilanda kekecewaan ketika ini. Kerana saya faham perasaan itu apabila mendapat tahu makanan kegemaran anda dikenakan GST. Minggu depan, rakyat Malaysia akan menyambut ketibaan GST yang ditunggu-tunggu selama ini.

Sama ada kita menerimanya dengan hati yang sukarela atau paksarela, ia tetap berlaku melainkan kalau kerajaan kita menyambut April Fools' Day. Sebenarnya ada tiga sebab mengapa rakyat seperti saya ini tidak berapa senang dengan kedatangan pendatang yang bernama GST ini. Pertama, walaupun ada barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST tetapi harganya berpotensi untuk dinaikkan.

Ditambah pula kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan maka barang yang tidak sepatutnya naik harga pun boleh menjadi lebih mahal dari sekarang. Walaupun yuran pengajian universiti tidak dikenakan GST, tetapi barang-barang untuk belajar seperti pensel, kertas, pen, pemadam dan lain-lain dikenakan GST.

Peniaga salah guna GST untuk tipu pengguna – FOMCA


GST GROUP TRP - M

Tidak hanya pengguna yang mengambil kesempatan membeli barangan keperluan di saat-saat akhir sebelum dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi peniaga juga bersikap demikian.
Bezanya, ada di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan dengan menipu pengguna menggunakan pelbagai kaedah.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai sikap peniaga yang menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barang.
Menurut Mohd Yusof, antara aduan yang diterima adalah mengenai peniaga yang tidak mahu melakukan penghantaran sebelum April walaupun pengguna telah melakukan pembelian.
Jelasnya melalui aduan berkenaan, kos untuk penghantaran telah dinaikkan seperti harga selepas dikenakan cukai.
“Stok ada tetapi penjual tidak buat penghantaran dengan alasan lori tiada dan penghantaran hanya boleh dibuat selepas April.

GST buat rakyat kelam-kabut?

Adakah kenyataan kerajaan bahawa senarai GST (Goods & Services Tax/Cukai Barang Dan Perkhidmatan) akan diberi penambahbaikan bererti bahawa senarai tersebut mempunyai kelemahan yang tertentu? Soalan tersebut ditanya oleh 45 orang yang telah diwawancara oleh penulis baru-baru ini di mana mereka berpendapat bahawa kenyataan tersebut menggambarkan dengan jelas bahawa kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan GST pada 1hb April ini. "Kalau sudah bersedia maka senarai pun sudah lengkap. Mengapa perlu buat penambahbaikan lagi?" tanya seorang eksekutif bank.

Kesemua orang yang diwawancara telah menggesa kerajaan supaya menunda pelaksanaan GST ke bulan Oktober tahun ini jika berdegil hendak melaksanakan GST pada tahun ini juga. Seorang pengurus bank turut bertanya "Adakah penundaan 6 bulan akan memudaratkan kedudukan kewangan negara?" Semua yang diwawancara langsung tidak faham mengapa kerajaan terburu-buru hendak melaksanakan GST.

Mereka mengingatkan kembali kenyataan Perdana Menteri kita bahawa ekonomi negara adalah stabil dan kukuh serta sedang berkembang dengan pesat. Seorang pemandu bas bertanya adakah negara kita telah bersedia untuk mengatasi cabaran ekonomi sedunia yang sedang jatuh merudum sementara seorang peniaga air minuman memberikan komen bahawa kerajaan kita nampaknya amat yakin bahawa negara kita akan selalu mampu mengatasi semua cabaran ekonomi.

Panic-buying ahead of GST not severe

Kemuncak #KitaLawan pada 1 Mei