Sabtu, 28 Mac 2015

GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen, kata menteri Umno

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak boleh bergantung kepada minyak dan gas semata-mata. Justeru,  sumber kewangan baharu penting bagi memenuhi keperluan semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mac, 2015. 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak boleh bergantung kepada minyak dan gas semata-mata. Justeru, sumber kewangan baharu penting bagi memenuhi keperluan semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mac, 2015.

Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.
"Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini.

Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. "Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya.
Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat  wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST.

OKT Mat Sabu, Tian Chua & Aktivis Melambai Pada Peserta Perhimpunan #KitaLawan


Perhimpunan #KitaLawan berakhir dengan aman

Peserta himpunan #KitaLawan akan berada di Kuala Lumpur sekali lagi petang ini, walaupun polis memberikan amaran himpunan anti kerajaan itu diharamkan, dan di sebalik penahanan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis sejak 2 hari lalu.
Pergerakan #KitaLawan juga tidak goyah dengan penahanan 11 pesertanya berikutan himpunan pada 7 Mac yang diturutkan di ibu kota.
Sejak Khamis hingga awal pagi ini, pihak polis menahan ahli politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, dan terbaru Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, atau Tian Chua sebentar tadi.

Sementara aktivis yang ditahan kini ialah Hishamuddin Rais, Michael Tamil, Gan Zhi Mou, Chee Chu Sang dan Yong Ming Chong. Siri penahanan ini dikritik sebagai langkah memadamkan perbezaan pendapat dan halangan kepada kebebasan bersuara, dan PAS memberi amaran kepada polis tindakan ini hanya menambah kebencian terhadap kerajaan.
Para aktivis berjalan kaki ke kompleks membeli-belah Sogo semasa perhimpunan #KitaLawan hari ini di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mereka mendesak kepada pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysia oleh Mukhriz Hazim, 28 Mac, 2015.Para aktivis berjalan kaki ke kompleks membeli-belah Sogo semasa perhimpunan #KitaLawan hari ini di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mereka mendesak kepada pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysia oleh Mukhriz Hazim, 28 Mac, 2015.Seperti himpunan pertamanya pada 7 Mac, demonstrasi hari ini akan menyeru supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara di mana beliau menjalani hukuman untuk kes liwat, dan menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
#KitaLawan juga menambah penentangan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 6% dalam agenda perhimpunan hari ini.
Perhimpunan hari ini juga jatuh pada tarikh yang sama perkahwinan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Terdapat laporan mengatakan peserta #KitaLawan akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk 'meraikan' perkahwinan anak Najib, tetapi perkara ini dinafikan PKR.
Perhimpunan sebelum ini menarik di antara 5,000 hingga 10,000 peserta menurut beberapa anggaran.
Pihak polis membenarkan ia berjalan lancar pada 7 Mac, namun keesokan harinya mula menahan ahli politik pembangkang yang turut serta selain aktivis. Mereka sudah pun dibebaskan tetapi disiasat.

7:18pm : Perhimpunan hari ini berakhir secara rasmi tetapi beberapa penunjuk perasaan meneruskan perhimpunan mereka sendiri. Kumpulan yang berhenti di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi mula menjerit "Bebas Rafizi, pecat Ketua Polis Negara", merujuk kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Selepas menjerit slogan-slogan lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akhirnya mereka bergerak, menyanyi, "Jumpa lagi minggu depan”.
6:58pm : Seorang pegawai polis wanita berkata polis bertugas di Jalan Ampang sejak 12.30 tengah hari dan mereka juga mula bersurai.
Penunjuk perasaan mula meninggalkan kawasan itu, terdapat juga yang masih menyanyi dalam hujan yang semakin lebat. Sekumpulan kira-kira 100 daripada mereka menuju ke stesen LRT Dang Wangi diiringi beberapa pegawai polis.
Pegawai polis memberitahu kumpulan itu agar tidak berjalan di jalan raya agar tidak mengganggu lalu lintas.
6:45pm : Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh dan ahli sekretariat #KitaLawan Fariz Musa mengarahkan orang ramai supaya bersurai.
"Kita datang dengan aman dan kini kita pergi dengan damai," kata Mandeep.
Fariz berterima kasih kepada peserta perhimpunan kerana hadir dan meminta mereka bersedia untuk perhimpunan lebih besar pada 1 Mei.
Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan juga memberikan ucapan ringkas dengan berkata "Jika anda menangkap Rafizi, lebih ramai Rafizi akan muncul. Jika anda menangkap Mat Sabu, lebih ramai Mat Sabu akan muncul," katanya merujuk kepada penangkapan setiausaha agung PKR dan timbalan presiden PAS.
Kelihatan berhampiran, kira-kira 60 pegawai polis bersedia dengan wayar pengikat plastik.
6:38pm : Dalam keadaan hujan renyai, peserta perhimpunan yang masih ada mula menyanyi lagu protes yang diketuai penyanyi utama TheBangsArt, Amir Abd Hadi.
Anna Steven, guru di British Council bercakap kepada pihak penganjur tentang kebimbangan beliau keselamatan anak-anak murid semasa perhimpunan #KitaLawan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 28 Mac, 2015.Anna Steven, guru di British Council bercakap kepada pihak penganjur tentang kebimbangan beliau keselamatan anak-anak murid semasa perhimpunan #KitaLawan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 28 Mac, 2015.6:25pm : Peserta perhimpunan yang menyanyi di jalan raya dimarahi seorang guru daripada British Council yang mengatakan mereka mengganggu kelas yang sedang diajarnya. British Council  terletak di bangunan Wisma Selangor Dredging.
Guru itu berkata, beliau tidak menghalang sesiapa membantah tetapi bimbang ibu bapa tidak dapat menjemput anak-anak mereka nanti. Para peserta bagaimanapun tidak berganjak.
6:15pm : Peserta perhimpunan mula menurun kepada kira-kira 400 orang.
Rozan Azen Mat Rasip, setiausaha politik Tian Chua, mula memberi ucapan. Beliau berkata Ketua Polis Negara berbohong yang penunjuk perasaan menggunakan keganasan ke atas pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada protes duduk dua malam yang lalu.
Beliau juga menceritakan kepada orang ramai bagaimana aktivis Hishamuddin Rais "diculik" oleh polis malam tadi ketika dalam perjalanan ke satu ceramah anti-cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

#KitaLawan: Lensa 7 (28-3-2015)






Fariz Musa ditahan bantu siasatan perhimpunan #KitaLawan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa ditahan di sini malam ini mengikut Seksyen 134 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan perkara itu dan berkata Fariz yang juga Koordinator Jingga 13 ditahan di Petaling Street, kira-kira 8 malam, selepas perhimpunan itu.

"Perhimpunan diadakan dalam keadaan terkawal tanpa sebarang provokasi. Hanya satu tangkapan dibuat," katanya kepada Bernama.

Peserta perhimpunan seramai kira-kira 500 orang mula berarak dari Masjid Jamek sebelum berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo, kira-kira pukul 4.15 petang.

Mereka bersurai sepenuhnya kira-kira pukul 7 petang di lokasi terakhir berhampiran KLCC.

Berdasarkan tinjauan Bernama, kebanyakan peserta berpakaian hitam dan memegang sepanduk serta kain rentang.

Pihak polis mengawasi keadaan di sepanjang perhimpunan.

RM50 ribu untuk ketua Umno, ketua rumah panjang mendapat RM450 - tetapi siapa yang membuatkan BN kekal berkuasa?

oleh Edgar Ong

Saya terkejut dan tidak percaya membaca pendedahan terbaru Tengku Razaleigh Hamzah hujung minggu lalu tentang “Ketua bahagian Umno dan ahli parlimen memperolehi sehingga RM50,000 sebulan, dan malahan sesetengah memperolehi ratusan ribu ringgit.” Razaleigh, pencabar tetap kerusi perdana menteri, menjawab persoalan daripada penganalisa politik tentang pendapat beliau jika PM sekarang mungkin digulingkan oleh pemimpin Umno dari dalam parti mereka sendiri.

 Sudah tentu di kalangan orang dalam dan kroni politik, ini bukanlah berita baru ataupun pendedahan yang mengejutkan. Sudah sekian lama di kalangan Umno dan pastinya BN sendiri, ianya adalah rahsia terbuka dan jika spekulasi adalah benar ianya turut sama di peringkat negeri dan termasuklah negeri yang tidak diperintah Umno juga. Razaleigh menyimpulkan secara terus terang dengan berkata: “Satu-satunya cara untuk menjatuhkan Najib adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen, jika tetapi Umno dipenuhi oleh orang yang setia dengan Najib, yang mungkin akan dianugerahkan dengan projek bernilai jutaan ringgit.”

Bandingkan situasi ini dengan protes dan kemarahan ketua kampung di Balai Ringin di pedalaman Sarawak pada 3 Mac, yang mendakwa mereka tidak menerima elaun mereka, dan sesetengah mereka menerimanya tetapi tidak konsisten.

Kemarahan ini datang daripada kawasan yang dikawal BN sepenuhnya, di DUN dan kerusi Parlimen, dan sejumlah ahli parlimen inilah menjadi sebab kenapa Barisan Nasional masih terus memerintah negara sejak pilihanraya lepas. Jika anda mengambil 22 kerusi itu, Umno bakal tumbang, dan BN bakal tumbang, dan PKR akan membentuk kerajaan sekarang! Apa yang telah pemimpin Umno capai di negeri mereka di seluruh Malaya dan Sabah?

#KitaLawan: Lagu rakyat iring peserta bersurai

Jelaskan mengapa harga barangan naik selepas GST

Hamdan Adnan
Kerajaan diminta menjelaskan mengapa ada barangan keperluan tertentu dinaikkan harga selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
Perkara itu menjadi persoalan mengapa berlaku kenaikan harga sedangkan setiap barangan tidak lagi merangkumi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebaliknya mengguna pakai GST sahaja.
Prof. Datuk Dr. Hamdan Adnan mempersoalkan mengapa harga sardin, kicap dan biskut naik sedangkan barangan itu juga dikenakan SST sebelum ini.
"Cuba terangkan mengapa harga barang-barang yang menjadi keperluan pengguna ini naik. Adakah sebelum ini tidak kena SST dan sekarang kena GST?
"Mengapa udang galah yang tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan kecil tidak dikenakan GST. Kata GST hanya untuk rakyat biasa.
"Perkara-perkara ini perlu dijelaskan secara terperinci kerana pengguna mahu tahu, setakat ini Kastam gagal menjelaskannya," katanya.
Beliau menambah, kerajaan juga sepatutnya meletakkan papan tanda bagi presmis-premis yang layak mengenakan GST bagi mengelakkan pengguna tertipu.
Kastam tidak boleh berharap pengguna akan menyemak premis-premis GST sebelum berbelanja kerana perkara itu menyusahkan.

72 jam menjelang GST: Orang ramai mula banjiri pasaraya

BELI BELAH TRP - L
Tinjauan The Rakyat Post mendapati orang ramai mengambil kesempatan berbelanja dengan membeli belah secara banyak sebelum pelaksanaan GST.
KUALA LUMPUR, 28 Mac:
Menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini, orang ramai dilihat mula membanjiri beberapa pasaraya untuk membeli barangan keperluan sebelum dikenakan cukai.
Tinjauan The Rakyat Post mendapati orang ramai mengambil kesempatan berbelanja dengan membeli belah secara banyak sebelum pelaksanaan GST.
Suri rumah, Nurul Ilham Rahmat, 32, ketika ditemui di sebuah pasaraya di ibu kota berkata masa yang berbaki beberapa hari lagi digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keluarganya terutama anak-anaknya.
01
Nurul Ilham Rahmat
“Ini hari kedua saya datang pasaraya beli barangan keperluan sebelum barang dikenakan cukai, semalam saya sudah beli tetapi hari ini datang untuk tambah sikit barang lagi.
“Banyak yang saya beli adalah barangan keperluan bayi dan anak-anak antaranya lampin pakai buang, tisu basah.. beli banyak-banyak lah sebab saya ada dua orang anak yang masih memakai lampin pakai buang,” katanya.
Kesempatan itu turut diambil oleh pekerja am, Alisha Abdullah, 26, yang mengakui faktor pelaksanaan GST mungkin menyebabkan dia berbelanja dengan banyak selepas April ini.

#KitaLawan: Lensa 6 (28-3-2015)








#KitaLawan: Lensa 5 (28-3-2015)







#KitaLawan: Polis tutup laluan perarakan 'edisi perkahwinan'

#KITALAWAN: Polis Kawal Jalan Ampang

Betul ka kesalahan berdemo 'lebih bahaya' daripada kes RASUAH ???


#KITALAWAN: Peserta Himpunan Berkumpul Di Sogo

#KitaLawan berhajat hadiri kenduri kahwin anak Najib

kitalawanlarge
Sebahagian peserta himpunan #KitaLawan yang membawa 'bunga manggar' berarak menuju ke arah pusat membeli belah Sogo di ibu negara pada petang Sabtu.

KUALA LUMPUR, 28 Mac:

Himpunan protes jalanan #KitaLawan hari ini menyaksikan kehadiran peserta yang agak ramai berbanding yang biasa dilihat pada hari-hari Sabtu sebelum ini dengan dianggarkan kira-kira 700 orang di hadapan pusat membeli belah Sogo, sebelum beredar ke lokasi lain.
Antara pemimpin politik pembangkang dan aktivis yang hadir ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad, Naib Presiden Angkatan Muda keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah, Ketua Jingga 13, Fariz Musa serta aktivis, Mandeep Singh.
Peserta himpunan yang tidak diberi kebenaran oleh pihak polis itu berhimpun di hadapan Sogo, sebelum bergerak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), dikatakan untuk sama-sama “meraikan” majlis resepsi perkahwinan Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum itu, pada peringkat awal sekitar jam 3 petang, kelihatan hanya kira-kira 40 peserta berkumpul di Masjid Jamek dan kemudian berjalan menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman ke arah Dataran Merdeka.
Di Dataran Merdeka, mereka disertai beberapa kumpulan lain berjumlah kira-kira 300 orang lalu meneruskan perarakan ke Sogo.
Foto sebahagian lagi peserta #KitaLawan memakai kostum tradisional Melayu dan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru yang dipinda liriknya dimuat naik seorang pengguna Twitter dengan nama @adrianlimcheeen.
Foto sebahagian lagi peserta #KitaLawan memakai kostum tradisional Melayu dan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru yang dipinda liriknya dimuat naik seorang pengguna Twitter dengan nama @adrianlimcheeen.
Sambil berarak, peserta himpunan itu melaungkan pelbagai slogan seperti “Tolak GST”, “Undur IGP” dan “Bebas Anwar” selain menyanyikan lagu parodi “Selamat Pengantin Baru” yang dipercayai ditujukan kepada Nooryana.

Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang

KUALA LUMPUR: Sekitar 500 peserta perhimpunan KitaLawan yang tiba di hentian akhir mereka iaitu di KLCC pada jam 6 petang berdepan dengan halangan polis di Jalan Ampang di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging.

Dua jam sebelumnya iaitu sekitar jam 4 petang, sekitar 50 orang berkumpul di sekitar Masjid Jamek sebelum mereka mula bergerak untuk bergabung dengan lebih ramai peserta perhimpunan di persimpangan Jalan Parlimen dan Jalan Raja.

Sambil melaungkan teriakan 'Reformasi', 'Hapus GST', 'Bebas Tahanan' dan 'Undur Najib', mereka meneruskan perjalanan dengan menguasai laluan kenderaan di Jalan Raja Laut untuk ke Kompleks Sogo.

Antara perkara yang menarik perhatian adalah ada dalam kalangan peserta perhimpunan yang siap dalam persalinan baju Melayu dan membawa bunga manggar. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' yang diubah kepada lirik parodi.

Sementara itu, antara pemimpin yang hadir memberi sokongan pada perhimpunan dan melaungkan kata-kata semangat di dataran Kompleks Sogo ialah Ketua Bersih 2.0, Maria Chin; Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dan Ketua Jingga 13 Fariz Musa.

Turut kelihatan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad; aktivis Mandeep Singh dan Sasterawan Negara A. Samad Said.

#KITALAWAN: 4 30- 4 45 Petang

#KITALAWAN: Dataran Merdeka Ke Sogo

#KITALAWAN: Masjid Jamek Ke Sogo

#KitaLawan: Lensa 4 (28-3-2015)







Polis tutup laluan perarakan 'edisi perkahwinan'

6.05pm: Jalan Ampang - Peserta perarakan kini berada 50 meter dari barisan anggota polis.

Aktivis PKR Afzainizam Abd Rahman berkata polis menutup laluan mereka untuk masuk ke dalam kawasan KLCC.

Orang ramai mengucap terima kasih anggota polis kerana menjaga keselamatan mereka, dan berkata mereka akan meneruskan protes mereka di lokasi sekarang.

Mereka akan duduk disitu untuk selama 45 minit.

Satu sumber polis bagaimanapun berkata mereka hanya akan dibenarkan berada di situ selama setengah jam.

6pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan sebaran di media sosial yang mendakwa beliau ditangkap.

"Bapak sedang minum teh di rumah. Salam," katanya melalui SMS.

5.55pm: KLCC - Perarakan 'edisi perkahwinan' sedang menghampiri penghujung Jalan Ampang.

Lebih seratus anggota polis kelihatan menunggu ketibaan orang ramai di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.

Anggota polis itu yang berdiri dalam tiga barisan, telah meletakkan sekurang-kurangnya tiga penghadang plastik untuk menutup jalan.

Sebuah trak polis juga kelihatan di situ.

Satu peserta yang berang menjerit ke arah anggota polis itu tetapi mereka hanya berdiri dan tidak membalasnya.

#KitaLawan: Lensa 3 (28-3-2015)






#KitaLawan: Lensa 2 (28-3-2015)