Khamis, 26 Mac 2015

MANA SATU BOHONG !!!...


TIBA2 slps 2 minggu kenyataan terus berubah...

11 Mac 2015 : Shafee sudah dibayar RM1,000
26 Mac 2015 : Putrajaya masih belum bayar RM1,000 kpd Shafee

MANA SATU BOHONG !!!...
Nampak Tak Permainan Mereka...

SAMPAI BILA MAU TIPU RAKYAT !!!


Apa yg tak betulnya. Terus terang lidah siar kamu UTUSAN yg paparkan tajuk sebegitu.. Atau kamu sebenarnya dah tak betul menjelangnya GST tak lama lagi..

Di dalam keratan akhbar tersebut TIADA LANGSUNG mengatakan.. "org kaya lebih pendapatan, banyak berbelanja maka mereka lebih banyak bayar GST."... JANGAN BOHONG LA !!!

Keratan akhbar tersebut juga disahkan & DICOP oleh Kementerian Kewangan kamu sendiri..

Pendirian hudud Umno, Mahfuz diarah keluar Dewan

Mahfuz dakwa menteri agama Umno berbohong

1MDB: Bayaran Komisen Tinggi Dipersoal

'Turun harga rumah untuk kurangkan hutang' - Ahmad Maslan

PAS gesa selesai krisi selatan Thai

Sasar negara maju,hutang negara bertambah - Zailah

Minta Bukti Teresa Jadi Ancaman Di Malaysia Timur

Umno Digesa Umum Pendirian Hudud

Inilah wajah sebenar undang2 di negara kita di bawah pemerintahan KERAjaan 'MAHA ADIL' umno/BN..


TAHUKAH ANDA.. di Malaysia tanahairku Protes Duduk & Bantah adalah lebih berbahaya berbanding protes MASUK CEROBOH & merosakkan harta benda awam & kerajaan..

APA NAK HERAN.. UMNO terkenal dengan gan'GST'er nya..

Aktivis pasang kain rentang 'Pecat IGP'

TERBAEK KASTAM KOTA BHARU


Secara tak langsung Kastam Kota Bharu Telah Memalukan Kastam Kelana Jaya Dan PDRM.

Sepatutnya dgn kehadiran polis rakyat/ peserta akan lebih terjamin keselamatannya. Bukannya ditangkap, disepak & dihumban ke dalam lokap..

RTM: Wang Rakyat Dibazirkan..!!!!


 Projek bilik berita bersepadu RTM yang bernilai RM90 juta menghadapi masalah kerana ia tidak mempunyai peralatan yang diperlukan.

LEPAS TU MINTAK LAGI RM125 JUTA utk beli pembelian peralatan... 
Emotikon like

APA NAK HERAN, korang tau tak gara2 korang bayat GST KERAjaan akan dapat pertambahan pendapatan negara SEBANYAK SEHINGGA RM27 bilion !!!.. RM125 juta tu ala2 celah taik gigi Najib aja..

Hutang 1MDB: PKR mahu heret menteri ke JK Parlimen


Akhbar Umno lapor Haron Din anggap hubungan PAS-DAP putus

'We need a finance minister who understands numbers'


Surat terbuka kepada umat Islam 'isu hudud yang dikelirukan' - Presiden Pas


ADA dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam. Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti 'Siyasah Syari’yyah', 'Maqasid Syari’ah', 'Fiqh Aulawiyyat', 'Maslahah' dan lain-lain. 
Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakak tua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap. Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.
'Hudud' adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at. Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno: menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat. 
Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain. 
Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya تيسير الفقه للمسلم المعاصر [Memudahkan kefahaman (terhadap agama) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan: 
Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa:
1- Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid. 
2- Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata. 
3- Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.
Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma’sum. Adapun yang lain dari nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik.
1 - Siyasah Syari’yyah

DAP bakal hilang undi PAS pada PRU-14

takiri-L
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan DAP itu boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi untuk DAP.
KUALA LUMPUR, 26 Mac: 
DAP bakal hilang undi penyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) susulan tindakan keras parti itu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, tindakan DAP itu boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi untuk DAP.
“Perlu diingat PAS melakarkan segala gerak kerja dan strategi politiknya dengan merujuk kepada prinsip Islam. Kerjasama politik dengan DAP dibenarkan berasaskan prinsip dan syarat yang digariskan oleh Islam antaranya iaitu kerjasama membuka laluan memperkuatkan Islam. Begitulah juga PAS membincangkan perihal hukum mengundi calon pilihan raya bukan Islam dari parti sekular sosialis seperti DAP dengan merujuk kepada prinsip-prinsip Islam.
“Saya sangat bimbang dengan tindakan berterusan DAP menyerang, memfitnah dan menghina Presiden PAS dan terlalu keras menentang usaha mendaulatkan Undang-undang Jenayah Islam (UUJI) boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi DAP dalam pilihan raya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

1MDB hutang lebih RM5 bilion dengan bank tempatan

Putrajaya mendedahkan hari ini, syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai hutang tertunggak lebih RM5 bilion dengan institusi kewangan tempatan.

Dalam jawapan bertulis kepada Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata: "Setakat Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank tempatan ialah RM5.037 bilion." Rafizi meminta menteri menyenaraikan setiap hutang dibuat 1MDB dengan bank tempatan setakat Januari tahun ini dan mendedahkan keputusan audit tahunan terkini yang dijalankan Bank Negara untuk setiap hutang itu.

Dalam reaksi segeranya, setiausaha agung PKR itu berkata beliau secara khusus meminta hasil laporan audit bank pusat itu ke atas pinjaman diberikan bank tempatan kepada 1MDB, kerana mempunyai maklumat yang Bank Negara bimbang dengan Ambank berhubung pinjaman kepada firma itu.

MP 'naik angin' bangunan baru DBKL RM300j

Cadangan pembinaan sebuah bangunan baru untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menelan belanja RM300 juta, membuat seorang ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan 'naik angin'.

"Ini adalah gila. Mengapa kita perlu menghabiskan begitu banyak wang untuk sebuah bangunan baru bagi majlis tempatan?

"Bukankah lebih baik jika kerajaan menggunakan wang itu untuk membina lebih banyak rumah pangsa kos rendah?" tulis MP Seputeh Teresa Kok di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan di Parlimen bagi soalannya semalam, oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Jawapan bertulis itu menyebut pembangunan semula Menara DBKL 2 akan melibatkan peruntukan RM300 juta, dengan RM1 juta diperuntukan bagi kerja penyediaan reka bentuknya.

Menteri enggan jawab, DAP dakwa Putrajaya cuba tutup skandal 1MDB

Keengganan menteri menjawab soalan penting berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi di Parlimen merupakan bukti jelas Putrajaya cuba menutupnya dan melambatkan kejatuhannya, kata DAP. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dianggapnya "takut" menjawab soalan itu menunjukkan kerajaan mahu menyembunyikan perkara itu dan tidak serius menangani isu rasuah. Pua berkata Husni sepatutnya boleh menjawab isu itu tanpa menyentuh sama ada wujud sebarang kesalahan jenayah atau tidak.

 "Ucapan kami (wakil rakyat Pakatan Rakyat) di Parlimen memohon pengesahan sama ada 1MDB ada memindahkan AS$700 juta ke dalam akaun bank Switzerland syarikat Good Star Limited dan kenapa ia berbuat demikian.

"Menteri boleh sahaja jawab soalan berhubung fakta itu tanpa menyentuh isu sama ada sebarang jenayah dilakukan atau tidak," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Husni semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan semalam gagal menjawab pertanyaan skandal 1MDB-PetroSaudi, yang baru-baru ini didedahkan laman web Sarawak Report.

Beliau pada mulanya merujuk penyelewengan AS$700 juta oleh Good Star - entiti yang dikawal ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low - dengan mendakwa isu itu sedang disiasat ketua audit negara dan polis. Husni berkata, yang terbaik ialah tunggu hasil siasatan.

Apabila sejarah memutuskan hakim sebagai jahat

oleh Dr Aziz Bari

Walaupun kita memiliki hakim-hakim yang berjaya memahatkan nama mereka dalam sejarah seperti Ketua Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Marshall, namun kebanyakan masa kita akan bertemu dengan hakim yang akhirnya menjadi jahat. Malah itulah yang terjadi kepada penggantinya Roger Tanney yang peranannya sebagai Ketua Hakim sering dilupakan ekoran kehakimannya yang membawa Amerika Syarikat kepada perang saudara yang hampir-hampir meruntuhkannya. Tanney memutuskan bahawa hamba kulit hitam tiada hak yang sama di bawah Perlembagaan, memandangkan mereka adalah harta tuan mereka.

Perang saudara yang berlaku selepas itu memberikan kemenangan kepada negeri-negeri utara yang menolak perhambaan dan membuka jalan kepada pindaan Perlembagaan Amerika; yang selama-lamanya mengharamkan perhambaan di negara Uncle Sam itu. Di sebalik fakta bahawa kehakiman dan hakim sering dikatakan terpisah dan bebas, mereka tetap sebahagian daripada sistem atau mungkin lebih tepat, penguasa.

Tidak, kita tidak bercakap tentang hakim seperti Datuk Augustine Paul yang menjadi terkenal dengan keputusan “tidak relevan” ketika perbicaraan kes Liwat I Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi selepas beliau dipecat Tun Mahathir Mohamad pada 1998. Atau hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan dalam kes Liwat II Anwar.

Kita bercakap tentang hakim yang dianggap “gergasi” dalam sistem, namun entah mengapa gagal memisahkan diri mereka daripada penguasa di saat-saat memerlukan. Apa lagi yang boleh dikatakan ketika Ketua Hakim Tun James Thomson, ekspatriat yang mengetuai badan kehakiman kita ketika pembentukan Malaysia dicabar di mahkamah pada tahun 1963?

Thomson mengabaikan konvensi Perlembagaan untuk meminta pandangan negeri-negeri dan mengesahkan pembentukan Malaysia oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Senarai ini diteruskan dengan Tun Mohamed Suffian yang menetapkan penahanan tokoh pembangkang Karam Singh adalah sah walaupun didapati ada kelemahan prosedur.

Suffian seperti percaya bahawa kerajaan yang diundi mempunyai kuasa untuk menyumbatkan sesiapa ke dalam penjara. Dan ini disahkan apabila beliau yang mengetuai badan kehakiman sejak 1974 hingga 1982 bersyarah kepada pelajar bahawa mereka tidak sepatutnya menentang kerajaan, kerana tugas utama mereka adalah belajar bersungguh-sungguh.

Hudud berdepan halangan walaupun lulus di Parlimen, kata pakar


Walaupun PAS Kelantan meluluskan hudud sebagai undang-undang 22 tahun lalu dan kini cuba menghidupkannya semula sekarang, ia masih tidak boleh dilakukan kerana wujud sekatan undang-undang dan struktur, kata pakar undang-undang. Walaupun Parlimen meluluskannya kelak, rangka kerja struktur dan jentera menguatkuasaannya tidak ada, seperti polis, hospital dan penjara, bagi menangani jenayah dan hukuman di bawah kanun itu, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Seorang lagi peguam, Norman Fernandez, berkata banyak undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan, perlu dipinda untuk sama ada membenarkan agensi persekutuan menguatkuasakan dan melaksanakan hukuman, atau mewujudkan badan baharu melaksanakan kanun itu.

 Manakala, bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berpendapat pendakwaan di bawah kanun itu akan gagal apabila pesalah mencabar keperlembagaan undang-undang itu sendiri. "Terdapat banyak perkara yang tiada dalam rancangan PAS dan nampak seperti parti itu melakukannya secara sembarangan. Terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya," kata Aziz.

 PAS dalam usaha mendapat kelulusan Parlimen menguatkuasakan hudud versi mereka, yang pertama kali digubal pada 1993 di Kelantan tetapi tidak boleh dikuatkuasakan, dan dipinda sekali lagi oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac.

KPMG pertahan audit 1MDB

Firma audit KPMG Malaysia mempertahankan auditnya terhadap firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ekoran dakwaan yang ia telah membantu menutup urusan yang meragukan.

Lamanweb pemberi maklumat Sarawak Report dilaporkan mendakwa KPMG membantu menutup yang usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi mempunyai "hutang sedia ada yang meragukan sebanyak AS$700 juta", dengan memetik emel bocor yang dikatakan menunjukkan pembabitan juruaudit itu seawal Mac 2010.

KPMG dalam emel kepada Malaysiakini bagaimanapun berkata, "KPMG Malaysia telah dilantik sebagai juruaudit bagi 1MDB pada bulan September 2010.

"KPMG Malaysia adalah juruaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2012.

"Audit 1MDB telah dijalankan mengikut piawaian pengauditan antarabangsa. KPMG akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan menyiasat perkara ini.

"Oleh kerana kewajipan berterusan kerahsiaan pelanggan, KPMG tidak dapat mengulas lanjut pada masa ini."

DAP dianggap putus dengan Pas – Haron Din


Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau dan memberi isyarat yang hubungan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkecai.

Haron dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah "pengkhianat" ke atas presiden PAS itu, dan berkata ia tidak patut dikeluarkan rakan sekutu dalam PR sendiri. Menurutnya, orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.  “Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu?

"Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya kepada akhbar milik Umno itu semalam. Haron mendakwa, yang nyata, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR. "Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden.

Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa? “Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).
"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” tambah beliau. Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang

Empat bidang kepakaran mampu buktikan jenayah sihir


Empat bidang kepakaran mampu buktikan jenayah sihirKUALA LUMPUR: Konsep pembuktian dalam menangani kes-kes jenayah sihir bukan lagi sesuatu yang samar kerana ia boleh dibuktikan dengan gabungan empat bidang kepakaran, kata Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang, Dr Mahyuddin Ismail.

Beliau yang juga mengetuai unit kajian khas dalam meneliti undang-undang sihir berkata demikian ketika menjadi tamu dalam buletin AWANI 7.45 pada Rabu.

“Dalam kajian yang dijalankan, kami pernah menggunakan empat bidang kepakaran iaitu perubatan moden, psikiatri, perubatan Islam dan forensik.

“Kami yakin melalui gabungan pakar-pakar dalam bidang masing-masing ini, sesuatu yang berbentuk metafizik atau ghaib yang sebelum ini sukar dibuktikan boleh dijadikan sesuatu yang lebih berbentuk fizikal untuk tujuan pembuktian,” ujarnya.

Tambah Mahyuddin, jawatankuasa kajiannya turut membangunkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pihak penguatkuasa menjalankan tangkapan, siasatan dan penyitaan berkaitan kes jenayah sihir kerana penjenayah sihir bukan orang biasa.

“Oleh itu, barang yang disita juga perlu mengikut prosedur khas dan (garis panduan) itu telah kami lakukan dengan teliti termasuk mengambil kira pandangan pihak penguatkuasa, pendakwa, pihak polis dan sebagainya,” jelasnya.

Melalui kajian yang dijalankan pihak Mahyuddin, terdapat empat jenis kesalahan yang boleh diguna pakai dalam pendakwaan kes jenayah sihir.

“Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan adalah kesalahan mengamalkan sihir, menggunakan sihir, mengupah seseorang untuk menggunakan sihir dan menyebarkan ilmu sihir,” jelas Mahyuddin.

Maaf Tun Musa, pendirian Umno hanyalah untuk terus berkuasa

oleh Ng Kee Seng

Bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam telah menyeru partinya agar menyatakan pendirian terhadap usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Namun adakah Umno dan pemimpinnya akan menuruti seruan itu? Jawapannya kita semua sudah tahu. Umno tidak akan menyatakan pendiriannya, kerana satu-satu pendirian parti itu adalah untuk kekal berkuasa dengan apa sahaja cara – walaupun ia menjejaskan perpaduan negara.

Ini dapat dilihat melalui sikap tolak ansurnya kepada pentaksub kaum dan agama. Rakyat jelas mengetahui bahawa sokongan penuh Umno terhadap pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu adalah sebahagian daripada agenda politiknya.

Kekuatan politik Umno kini pada tahap paling lemah dalam sejarah, dan ia menggunakan perpaduan Melayu dan agama untuk kekal relevan dan berkuasa. Itulah satu-satunya sebab mengapa Umno kini berterusan mengambil hati PAS. Malangnya bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, PAS kini diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pro-Umno.

Dengan berbaik dan menyokong agenda PAS, Umno telah berjaya memecah-belahkan Pakatan Rakyat – gabungan yang telah melemahkan kerajaan Umno-BN dalam PRU ke-12 dan 13. Dalam dua pilihanraya umum itu, Pakatan berjaya menubuhkan kerajaan di lima negeri pada tahun 2008, dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen buat pertama kali dalam sejarah.

Maka, satu-satunya agenda dan pendirian Umno buat masa ini adalah menghancurkan kesatuan Pakatan, dan ia menjalankan rancangan tersebut dengan cekap melalui “rakannya” Hadi Awang. Namun Pakatan bernasib baik apabila PKR menyeimbangkan agenda perkauman dan agama Umno dengan tidak menyokong usaha hudud PAS di Parlimen atas dasar parti itu memiliki pandangan berbeza berkaitan hudud.

Fomca: Tangguh naik tambang teksi, bayar pampasan kepada pemandu

PETALING JAYA: Sementara kerajaan kelihatan bertegas untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tanpa mengira apa dan berlaku dan di sebalik suara orang ramai, ancaman daripada pemandu teksi nampaknya memberi kesan kepada keputusan itu. Berikut adalah sebabnya.

Pada 19 Mac lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan bagi tambang bas ekspres dan teksi, dengan kenaikan tambang teksi dikuatkuasakan serta-merta. Dua hari kemudian, Kabinet meminta SPAD agar menangguhkan kenaikan pengangkutan awam, namun pemandu-pemandu teksi menolaknya.

Sekumpulan 50 pemandu teksi yang mewakili 22 persatuan bertegas untuk meneruskan kenaikan tambang, sehingga SPAD mengeluarkan surat rasmi berhubung penangguhan itu, apatah lagi ramai antara mereka yang sudah menukar sistem meter bagi mengikut kadar baru. Malah, mereka turut menyatakan akan menimbang untuk membuat protes dan menghantar petisyen kepada pihak berkuasa jika SPAD memutuskan untuk mematuhi arahan Kabinet.

Pada 23 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata bahawa tiada keperluan untuk mengeluarkan arahan rasmi kerana ia sememangnya keputusan Kabinet, dan semua pihak yang terlibat perlu mematuhinya. Pada hari yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam satu kenyataan berkata, kadar baru teksi akan diteruskan.

“Sejajar dengan keputusan Kabinet, tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya,” katanya seperti dipetik. Namun, beliau memaklumkan yang kadar baru bagi bas ekspres dan keretapi akan ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Dengan keputusan-keputusan “u-turn” dan masa pengumuman dibuat – memandangkan GST akan dilaksanakan dalam masa beberapa hari lagi – rakyatlah yang akhirnya akan menerima kesannya.

 Itulah sebabnya Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, langkah yang sepatutnya adalah dengan menangguhkan kenaikan tambang serta memberikan pampasan kepada pemandu teksi. “Negara perlu campur tangan dan memberikan pampasan kepada pemandu teksi. Anda perlu beri mereka sesuatu, mungkin RM5,000.

 “Kerajaan sudah banyak berbelanja untuk hal lain, jadi mengapa tidak ini? Mengapa pemandu teksi yang terhukum ekoran kesilapan SPAD? “SPAD membuat keputusan pada masa yang tidak sesuai dan anda (Kabinet) sedar tentang perkara ini. Namun mereka sudah pun menghabiskan wang untuk mengubah suai meter.

Banner 'Pecat IGP' digantung berhampiran Bukit Aman

Sebuah kain rentang dengan tulisan 'Pecat IGP' digantung di simpang di seberang jalan dari Dewan Bandaraya di Jalan Raja, tidak jauh dari ibu pejabat polis Bukit Aman.'

Kain rentang berukuran 4 meter x 1.8 meter itu dipasang di sana sebagai sebahagian daripada kempen #pecatigp yang dilancarkan oleh Kita Lawan malam tadi.

Mereka menggantung kain rentang itu pada kira-kira jam 10 malam sambil melaungkan pecat IGP dan menggesa PM meletak jawatan.

Aktivis itu juga turut menggantungkan gambar-gambar dan membuka payung yang membawa mesej anti-IGP.

Kelihatan juga satu karikatur ketua polis negara dengan kapsyen "Bebaskan Twitter!"

Kira-kira 50 orang menghadirinya yang diadakan di tempat di mana peserta Kita Lawan berkhemah sejak 21 Mac.

BN tidak perlu tergesa-gesa nyata pendirian hudud, kata Annuar Musa

Tiada keperluan untuk Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan undang-undang hudud yang dibawa PAS, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, rang undang-undang hudud itu merupakan usul persendirian dan tiada tempoh pasti bila ia akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat.
"Dalam peraturan Parlimen, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan setelah semua urusan kerajaan selesai.

"Oleh sebab itu, belum sampai masanya. BN tak perlu tergesa-gesa," katanya, ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.  "Dalam hal ini, BN tidak seharusnya mendahului tuan punya rang undang-undang, iaitu PAS dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.
Annuar berkata, lebih-lebih lagi apabila isu hudud itu masih belum diselesaikan di peringkat kepimpinan PR.
"Hudud ini masih di peringkat PAS dan PR, di mana masih ada isu-isu yang belum selesai, kita tak perlu campur.
"BN kena dengar dahulu semua pendapat sebab ini isu penting yang sentuh agama dan keharmonian," katanya.

90 hari selepas Banjir Mega 2014...


Mana Kerajaan Pusat..? Sibuk buat persediaan untuk laksana GST...

Mana Kerajaan Negeri..? Sibuk buat persediaan untuk laksana Hudud...

Mangsa banjir macam mana mana..? Masih berlindung dalam khemah dan canvas...

Alhamdulillah...

Harga 10 biji telur ayam RM6.80 tidak munasabah

Telur 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyifatkan harga RM6.80 bagi sepuluh biji telur ayam adalah tidak munasabah.

Timbalan Menterinya,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya memerlukan bantuan agar pengguna membuat aduan kepada kementerian supaya tindakan dapat diambil.

"Saya setuju harga barang itu tidak munasabah. Contoh kalau telur, sepatutnya dalam RM3 hingga RM3.50 bukan RM6.50 dan sardin dari RM2 jadi RM5.

"Ini adalah harga yang tidak munasabah. Sebab itu, kita perlukan kerjasama Yang Berhormat untuk buat aduan. Supaya kami dapat buat penguatkuasaan kerana saya sendiri rasa harga itu tak munasabah," katanya ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang mendakwa terpaksa membayar RM6.80 bagi 10 biji telur ayam ketika menemani isterinya berbelanja.

"Saya teman isteri belanja barang dapur. Dia kata harga telur ayam RM6.80 sepuluh biji. Maknanya sebiji telur 68 sen. Kemudian, beli sardin kecil yang dulunya berharga RM2.50 sekarang RM5.50 setin.

Orang ramai mula beli barang keperluan, sebelum GST dilaksana

20130707_133234
Orang ramai dilihat mula membanjiri pasar raya besar untuk membeli barang keperluan, sebelum GST dilaksanakan mulai 1 April ini.

KUALA LUMPUR, 26 Mac:

Orang ramai dilihat mula membanjiri pasar raya besar untuk membeli barang keperluan, sebelum bermulanya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 April ini.
Tinjauan The Rakyat Post di sebuah pasar raya di Kuchai Lama mendapati, orang ramai bukan sahaja membeli makanan dan keperluan rumah, tetapi juga persiapan untuk kenduri perkahwinan yang akan diadakan, selepas pelaksanaan sistem cukai baru itu.
Menurut Abdul Karim Wahidullah, 59, dia mula membeli barangan seperti pinggan, cawan dan bekas makanan, untuk digunakan dalam kenduri yang akan diadakan pada 12 April ini.
Katanya, hari ini merupakan pusingan pertama untuk membeli barangan berkenaan dan dia akan terus membuat pembelian, sementara GST belum dikuatkuasakan.
“Saya datang beli awal, kerana bimbang harga barangan akan naik, selepas GST dilaksanakan nanti dan selepas ini, saya akan datang lagi untuk membeli barang keperluan lain.
“Diharapkan peniaga tidak akan menaikkan harga barangan, sebelum GST dilaksanakan, kerana ia dilihat akan membebankan orang ramai yang terpaksa menanggung cukai lebih, selepas 1 April depan,” katanya ketika ditemui pada Rabu.
Pendapat sama turut dikongsi Lily Yean, 31, yang bertindak membeli barang keperluan lebih awal.
Jelasnya, dia tidak mahu bersesak dengan orang ramai untuk membeli barangan pada saat-saat akhir, sebelum GST dilaksanakan Rabu depan.
“Dengan membeli barangan sebelum GST, sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang, terutamanya mereka yang bujang seperti saya.
“Saya juga membeli barangan menggunakan kad debit, kerana bimbang untuk membawa wang tunai yang banyak dan sudah tentu apabila GST dilaksanakan nanti, caj enam peratus tersebut turut akan dikenakan,” ujarnya.

Hanya Generasi "Educated Politik" Mampu Selesaikan Kemelut PAS-DAP


Hubungan Pas - DAP makin meruncing oleh mso

Hubungan parti agama Pas dengan parti chauvenis Cina DAP nampaknya kian runcing. Kedua belah parti saling tembak menembak dan singgung menyinggung antara satu sama lain. Keduanya sama-sama menegakkan keyakinan masing-masing tidak mahu mengalah. Macam kucing jantan berebut betina, sama-sama menunjukkan "meow" yang kuat.

Keruncingan ini sebenarnya bukan bermula sejak meletusnya isu Hudud, tetapi hubungan keduanya menjadi hangat dan panas sejak lama dahulu lagi. Ia seperti api dalam sekam yang membakar tanpa keluarkan asap.

Telah ada sejarah kerenggangan kedua-dua parti itu. Saya tidak mahu mengatakan DAP seperti budak-budak seperti mana didakwa pemimpin Pas, tetapi Pas juga lebih kurang budak-budak, berfikir tidak putus mengenai DAP ini. Pas tidak ada pendirian sendiri terhadap DAP.

Masalah Pas dan DAP bukan soal peribadi mana-mana pemimpin kedua-dua parti itu, tetapi soal perbezaan ideologi yang dibawanya. Ia bukan kerana Lim Kit Siang tidak sukakan Abdul Hadi Awang atau sebaliknya, tetapi kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan.

Pas membawa perjuangan untuk menegak dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan negara ini. Manakala DAP pula memperjuangkan membebaskan keadilan sosial yang liberal. DAP mahu menjadikan Malaysia hak semua rakyat tanpa dominasi Melayu. Situasi ini ditambah dengan minat Pas yang ke belakangan ini turut memperjuangkan bangsa.

Pegangan ideologi politik DAP ialah liberalisme, manakala Pas ialah "agamanisme". Ia bagaikan api dengan minyak yang tidak disulin dan disaringkan. Kedua bahan mentah itu menjadi mudah terbakar.

Pasukan petugas khas Putrajaya siasat 1MDB, kata menteri

Putrajaya menubuhkan sebuah pasukan petugas khas kerajaan bagi menyiasat operasi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk meneliti hutangnya yang dipercayai mencecah RM42 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan petugas itu, yang juga akan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas. Kami melihat perkara ini secara keseluruhannya, termasuk hutang 1MDB," katanya dalam ucapan penggulungan di Parlimen hari ini.

 Pasukan ini berbeza daripada yang ditubuhkan terdahulu yang diumumkan Peguam Negara (AG), terdiri daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis yang akan melihat ke dalam urusan 1MDB susulan laporan yang dibuat terhadapnya.

Selain daripada pasukan petugas kerajaan tersebut, Husni juga mengumumkan kerajaan meminta CIMB Group, sebagai "pihak ketiga", melaksanakan penilaian terhadap 1MDB, yang merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi Tawaran Awam Permulaannya (IPO).

RM23 juta, 240 akaun bank dibeku, kes pembekalan barangan TLDM - SPRM

Sejumlah RM23 juta wang dalam simpanan dan 240 akaun bank dibeku dalam siasatan berhubung kes melibatkan pembekalan barangan dan peralatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.
Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata selain itu, wang tunai lebih RM200,000 juga dirampas dan 13 kereta termasuk Lamborghini disita.
"SPRM merampas sejumlah jam tangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Patek Philippe, Tag Heuer dan Frederique Constant," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara, Rabu.
Dalam pada itu, Mohd Jamidan mengesahkan sebanyak 16 orang termasuk enam anggota TLDM berpangkat Pegawai Pemerintah, Leftenan Komander, Leftenan Tentera Laut dan Laskar Kanan telah ditahan pada 9 dan 11 Mac lepas bagi membantu siasatan berkenaan.
"Kesemua 16 orang dibebaskan selepas ditahan reman antara tujuh hingga 10 hari," katanya sambil menambah bahawa siasatan kes ini bagaimanapun masih dijalankan.
Mohd Jamidan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
--BERNAMA