Rabu, 25 Mac 2015

Now Putrajaya says Tanjong Energy helped 1MDB pay RM2 billion debt

Putrajaya now has another version as to how 1Malaysia Development Bhd (1MDB) settled its RM2 billion debt last month, saying that tycoon T. Ananda Krishan's Tanjong Energy Holdings had arranged for help to pay off the sum.
Just two weeks ago, the Finance Ministry in a parliamentary written reply had stated that the government-owned strategic investment firm had used its own Cayman Island funds to settle the RM2 billion debt.
Today, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said Tanjong had roped in private investors to come up with the money.

He said the RM2 billion was a form of refinancing or rollover. "Tanjong arranged from private investors to come up with the RM2 billion, with the principal to be paid in 15 months, with the interest to be paid in six months.
"There is no exchange risk. The loan is given by private investors, it is not from Tanjong," he told Sim Tze Tzin (PKR – Bayan Baru) when wrapping up the debate on the Royal Address in parliament today.
Ahmad Husni said Tanjong, an independent power producer, had helped with the transaction because of 1MDB's purchase of Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH).
1MDB had acquired PIH for RM8.5 billion, a move which was criticised by opposition leaders who insisted the firm had overpaid the purchase.
In his earlier parliamentary reply to Tian Chua (PKR – Batu), the Finance Ministry said 1MDB’s RM2 billion loan was settled in early February from its Caymans funds and not reportedly with billionaire Ananda's help.
"Regarding the loan which 1MDB allegedly received from millionaire Ananda Krishnan, the report is not  true," the ministry said in its written reply in mid-March.

JANJI RAKYAT DAPAT BR1M & GST


Biar pemimpin UMNO/BN senang..
Biar laki bini Najib-Rosmah hidup senang..
Biar KRONI sapu kekayaan negara hidup senang..

KICAP & SARDIN KENA GST ??


KENAPA menteri kuat sangat 'kencing' pd rakyat ???
KENAPA menteri selalu nak perbodohkan rakyat ???

KICAP & SARDIN KENA GST ??
Makan harian rakyat bawahan pun kena GST ??
Senang aja jawapan menteri.. "Sudah ditentukan Parlimen"

Gunting dalam lipatan punca DAP berani sanggah Hadi - Mokhtar Senik

Mokhtar Senik
DAP berani menyingkir Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka disokong oleh orang dalam parti Pas sendiri.
Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik berkata, selain orang dalam, DAP ada juga disokong PasMa.
"Mana mungkin DAP seberani itu dalam keadaan mereka sedar dibanyak tempat mereka bergantung kepada undi Melayu Islam. Saya lihat antara punca keceluparan itu ialah mereka melihat PasMa akan tetap bersama dengan mereka sekalipun mereka memutuskan hubungan dengan Pas.Kerana sangka DAP, PasMa telah menguasai sebahagian besar AJK Pas Pusat dan ahli-ahli bawahan.
"DAP melihat adanya beberapa orang pimpinan Pas setengah masak yang secara lantang menyanggahi presiden dan dasar Pas itu sendiri. DAP merasakan dasar liberal yang mereka bawa telah berjaya meresap kedalam kepala pimpinan tersebut dan menjadi dasar baru yang didokong sama oleh ahli Pas," ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut Mokhtar, adanya pimpinan Pas yang sekata dengan DAP dalam soal hudud menjadikan DAP merasakan mereka sudah ada 'anak angkat' yang bersedia bersama mereka.
"Adanya pimpinan Pas yang berani melawan dan menyalahkan presiden dikhalayak ramai menjadikan DAP semakin teruja untuk turut sama menukar Presiden Pas agar dapat diganti dengan seorang presiden yang boleh menjadi beruk mat yeh kepada DAP," ujarnya.
Ini semua gara-gara melihat Abdul Hadi sebagai penghalang utama kepada DAP untuk menjayakan cita-cita politik mereka.
"Adanya pemimpin Pas yang merasa cukup gah jika dapat mengeluarkan kenyataan menghina ulamak dalam Pas, menyebabkan DAP merasa yakin dasar Islam yg diperjuangkan oleh Pas bakal tercabut dan terlucut dari tubuh Pas dan pada masa itu Pas akan jadi sebuah parti yang boleh disekularkan sama seperti DAP," katanya.

Sedikit Renungan Sementara Menunggu Reaksi Najib Dan Hadi Awang

Dalam isu hudud yang semakin berlarutan sekarang, apa yang paling ditunggu-tunggu ialah reaksi Perdana Menteri, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengenainya.

Najib, sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, akan mengeluarkan kenyataan yang merupakan pendirian rasmi BN dan kerajaan berhubung isu hudud selewat-lewatnya pada hari Selasa.

Tetapi sehingga hari ini iaitu Rabu, masih belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib. Keadaan ini membuatkan Lim Kit Siang mengingatkan Najib agar segera menyatakan pendiriannya.

Ada kemungkinan Najib akan mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat ini selepas mesyuarat kabinet atau sehingga semua kenduri perkahwinan anak perempuannya selesai hujung Mac ini.

Pendirian Haji Hadi pula amat ditunggu selepas DAP semalam mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengannya kerana sudah hilang kepercayaan terhadapnya, tetapi dalam masa yang sama mahu terus kekal dalam PR.

Ia memberi erti bahawa DAP hanya bermasalah dengan Haji Hadi dan bukannya dengan Pas.

Selepas DAP menyatakan pendirian itu, Haji Hadi terus mendiamkan diri daripada sorotan media dan hanya pemimpin-pemimpin Pas yang lain saja mengeluarkan kenyataan mempertahankannya atau menyerang balas DAP.

Rupa projek sebegini di bawah 1MDB di lima kawasan makan belanja RM16 JUTA !!!


Bermakna kos purata bg satu loji adalah RM3.2 JUTA..

ANDA BAYANGKAN loji penyahgaraman air sebesar itu saja kosnya RM3.2 JUTA.. agak2 kantong sapa lah yg untung.. baru guna asyik rosak aja... 

Benarkah ini ???

Ada yg nak kena senggol lagi nih.. 

Undang-undang keganasan baru bukan untuk ahli politik – janji yang mesti Najib kotakan

oleh Hazlan Zakaria
"Tetapi ingin saya yatakan bahawa tidak ada kebebasan mutlak; tiada tempat untuk kebebasan mutlak tanpa tanggungjawab di negara kita," Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata apabila berjanji bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan baru tidak akan disalahgunakan bagi penganiayaan politik.
Seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online pada 25 Mac, Najib memberi jaminan bahawa Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan kaedah tahanan pencegahannya tidak akan digunakan terhadap ahli-ahli politik sasaran seperti yang didakwa oleh para pengkritik.
Tetapi walaupun Najib mungkin telah berjanji bahawa Pota tidak akan mensasarkan ahli-ahli politik seperti yang didakwa oleh pengkritik, ini mungkin kerana dia tidak ragu-ragu bagi menggunakan Akta Hasutan bagi maksud itu.
Ramai ahli-ahli politik pembangkang, aktivis pro-demokrasi dan mereka yang berbeza pendapat telah diheret di bawah Akta itu.
Ini di sebalik jaminan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan bersama-sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) beberapa tahun dahulu.
Walau bagaimanapun, Najib tanpa segan silu telah membuat keputusan untuk memungkiri janji-janji beliau untuk memuaskan hati panglima dan akar umbi Umno, yang melihat undang-undang hasutan zalim itu sebagai talian hayat bagi perpaduan dan keharmonian Malaysia.
Namun pengkritik percaya yang ia bertujuan membantu mereka kekal berkuasa dengan cara menafikan perbezaan pendapat.

Malah, sejak pengisytiharan awal Najib bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan, penggunaannya telah dipercepatkan dan bukannya dikurangkan, sehingga pada masa ini di mana berpuluh orang telah ditangkap kerana perkara-perkara kecil.
Ini diburukkan lagi tumpuan terhadap Internet oleh polis Malaysia yang diketuai Ketua Polis Negara, yang yang telah memperluaskan pukat tunda hasutan daripada buku, ucapan dan laporan berita, untuk menyertakan komen-komen dalam talian yang ramai anggap tidak berbahaya berbahaya.

DAP ikrar jaga kebajikan keluarga mangsa ‘13 OKZ’


dap-ziarah-keluarga-okz12


AMPANG, 25 MAC: 13 ‘Orang Kena Zalim’ (13 OKZ) yang dihukum penjara berikutan protes terhadap rampasan kuasa di Perak tidak perlu bimbang tentang kebajikan ahli keluarga mereka.
Ini kerana DAP hari ini menyatakan ikrarnya untuk memastikan kebajikan anggota keluarga 13 individu tersebut terjaga sepanjang tempoh pemenjaraan mereka.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham hari ini berkunjung ke rumah isteri kepada salah seorang 13 tahanan tersebut bagi menyampaikan sumbangan hasil potongan gaji ADUN DAP Perak berjumlah RM18,000.
Sumbangan tersebut dikumpulkan daripada enam ahli Parlimen dan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Kedua-dua pemimpin DAP tersebut yang ditemani ADUN Canning Wong Kah Woh mengambil masa meninggalkan sidang Parlimen bagi menyerahkan sendiri cek sumbangan kepada keluarga dua daripada mangsa tahanan yang menetap di Kuala Lumpur.
Manakala selebihnya yang menetap di luar ibu kota akan turut menerima sumbangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya minggu lalu mendapati 13 individu terbabit bersalah kerana terlibat dalam perhimpunan menghalang upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Jet: Henti boros melampau, hidup rakyat derita

KETIKA hanya berbaki seminggu sahaja lagi sebelum GST berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada 1 April 2015, beberapa minggu yang lalu negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Rafizi Ramli di Dewan Rakyat akan pemborosan melampau yang dilakukan pihak kerajaan berkaitan pembelian jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pembelian ini berlaku pada saat rakyat menderita akibat kenaikan kos sara hidup yang melampau dan nilai mata wang ringgit yang semakin jatuh, pihak kerajaan sewajarnya tidak terus menerus mengamalkan pemborosan dalam mengurus kewangan negara.

Kos pembelian jet peribadi serta kos penyelenggaraan yang menelan belanja hampir setengah billion ringgit bukanlah satu langkah kewangan yang bijak.

Dengan wang sebanyak itu, masih terlalu banyak kepentingan rakyat dan negara yang perlu diutamakan seperti menyelesaikan hutang negara yang meningkat sehingga lebih RM700 bilion ketika ini.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’.

Perdana Menteri telah membuktikan bahawa dirinya merupakan pemimpin yang mementingkan keselesaan diri sendiri. Sikap sebegini pastinya bakal menyebabkan negara terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang lebih parah.

Desakan DAP raih sokongan buat Hadi

Desakan terbaru PAS untuk melaksanakan hudud mendorong rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP, mengecam presiden parti Islam Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga MP Marang dituduh mengkhianati gabungan parti pembangkang lalu hubungan mereka bagai layang-layang putus teraju.

Penganalisis politik percaya tindakan itu sebagai langkah pertama bertujuan memberi isyarat kepada akar umbi PAS bahawa DAP masih komited dengan Pakatan tetapi gelagat Hadi menjadi batu penghalang.

"DAP tidak mahu mengetepikan kumpulan progresif dalam parti itu, tetapi pada masa yang sama, mereka mahu memberi mesej bahawa masalah (dalam Pakatan sekarang) adalah berkisar sekitar Hadi," kata Ibrahim Suffian yang mengetuai Merdeka Centre.

Masalah dan langkah itu, katanya, berlegar sekitar Hadi - yang memegang tampuk presiden PAS tanpa dicabar selama 13 tahun - kekal popular dalam PAS dan sebagai tokoh agama disegani.

Hadi juga dilihat sebagai arkitek PAS dalam memperbaharui usaha pelaksanaan hudud, satu polisi yang tidak beroperasi sepanjang tempoh awal Pakatan, antara 2008 dan 2013.

PM pertahan komisyen 'besar' 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bayaran komisyen dan fi kepada bank pelaburan Goldman Sachs untuk menerbitkan tiga bon bagi anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, Najib berkata bayaran untuk penerbitan bon pada 2012 dan 2013 itu adalah wajar.

Najib berkata, jumlah itu selari dengan saiz terbitan bon tersebut, tempoh serta kecairannya.

Dalam jawapannya kepada MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua itu, Najib bagaimanapun tidak mengulas mengenai jumlah “fi dan token” yang diraih oleh Goldman Sachs dalam inisiatif tersebut, yang masing-masing melibatkan dana AS$3 bilion, AS$1.75 bilion, and AS$1.75 bilion.

Bon itu diterbitkan untuk 1MDB Global Investment, 1MDB Energy, dan 1MDB Energy (Langat) Limited.

Ia bagi menjawab tuduhan bahawa komisyen yang dibayar kepada Goldman Sachs lebih tinggi daripada kadar pasaran untuk terbitan bon.

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Gerakan fail permohonan cabar keperlembagaan hudud Kelantan

Parti Gerakan hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baru bagi mencabar keperlembagaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015)yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lepas.
Peguam Andy Yong berkata, salinan permohonan tersebut dihantar kepada pegawai kanan kerajaan tengahari tadi. Katanya, pemohon semakan tersebut ialah Tuan Mat Tuan Wik, Soh Hoon Lee and Chung Mon Sie, kesemua mereka menetap di negeri tersebut.
 Sementara respondennya ialah kerajaan negeri Kelantan. "Ini permohonan baru untuk merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Menurutnya, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi membolehkan mahkamah tertinggi memutuskan sama ada hudud boleh dilaksanakan atau tidak di bawah Perlembagaan negara.
Yong berkata, tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 6 April dan permohonan untuk merujuk perkara tersebut akan didengar pada 20 April.

Pusat Berita Bersepadu RTM membazir wang rakyat

Pembinaan tidak mengikut keperluan dan mencapai objektif projek kerana ada bangunan tetapi tiada peralatan.
nur jazlan
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pembinaan Pusat Berita Bersepadu di bawah seliaan RTM yang dilabel sebagai tidak bermutu.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pembinaan pusat itu tidak mengikut keperluan mahupun objektif projek tersebut.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati “pembinaan pusat berita itu hanya bangunan siap tanpa peralatan di dalamnya bagi menjadikannya sebagai pusat berita.”
“Sekarang ini, pusat berita itu hanya digunakan sebagai pejabat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat projek pembinaan Pusat Berita Bersepadu RTM di Parlimen hari ini.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, audit Jabatan Audit Negara dari November hingga Disember 2013 mendapati, kontraktor utama telah dianugerahkan semula kontrak walaupun gagal dalam penilaian teknikal peringkat kedua.

Kit Siang tamatkan tahaluf siyasi PAS-DAP-PKR ‘by default’

Oleh Mohd Luttfi Abdul Khalid
PERBINCANGAN yang hangat mengenai hudud dan pembentangan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini, berjaya mencarik dan menanggalkan topeng yang selama ini melekat di wajah pemimpin-pemimpin pembangkang daripada DAP.
Ucapan-ucapan dan kenyataan-kenyataan yang konsisten daripada pemimpin mereka hanya mengesahkan apa yang selama ini terbuku di hati mereka dan diketahui umum oleh masyarakat.

Bukanlah satu perkara yang begitu sulit untuk difahami bahawa pelaksanaan syariah Islam di Malaysia adalah satu perkara yang sama sekali tidak akan diterima oleh sebuah parti yang tunjangnya berakar umbi dalam ideologi sosialis sekular dan bersifat rasis dalam operasi parti dan keahliannya. Hakikat bahawa kenyataan-kenyataan lantang para pemimpin DAP yang menentang perlaksanaan syariah di Malaysia tidak disanggah atau dikritik oleh pimpinan peringkat bawahan atau ahli-ahli parti sendiri adalah satu testimoni bahawa pendirian yang sama telah menyerap dan meresap ke dalam setiap peringkat parti DAP.
Sehingga tarikh artikel ini ditulis, belum lagi kedengaran sebarang ‘penentangan’ terhadap kenyataan para pemimpin DAP. Kenyataan Ketua Parlimen DAP (yang disusuli oleh anaknya adalah satu kalimat keramat yang telah diwariskan ke bawah dan dihadam oleh ahli dan para pengikut, tanpa kecuali.
Siapa yang berani menyanggah Dinansti Lim?
Sesiapa yang mempelajari sejarah akan mendapati bahawa DAP adalah antara seteru politik yang dihadapi PAS satu masa dahulu (selain UMNO, yang senario ‘permusuhan’ itu belum dapat dihakis sepenuhnya). Akan tetapi, karakter semula jadi di dalam wilayah politik boleh merubah sifat kesetiakawanan sesuatu pihak – musuh boleh bertukar sekelip masa menjadi kawan, demi mencapai maslahat siyasah masing-masing (sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang).
Begitulah yang berlaku di antara parti-parti PAS dan DAP. (PKR tidak layak diambil kira kerana ia hanya berkisar di sekitar ‘perjuangan’ seorang individu dan keluarganya untuk meraih simpati massa). Bagaimanapun UMNO masih tetap dianggap musuh bersama (common enemy) yang perlu disingkirkan dari Putrajaya. Sebarang perbezaan mengenai ideologi yang mendasari agenda politik masing-masing boleh diselesaikan di meja rundingan – selepas UMNO berjaya ditumbangkan dan Putrajaya jatuh ke tangan gabungan parti-parti politik pembangkang!

MP Pas: Isu Hudud tak dibawa ke Majlis Raja-Raja


Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak cadangan PAS untuk meminda kaedah-kaedah Mahkamah Syariah bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud.
Pengerusi Urusetia Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata laporan The Malaysian Insider, yang mendakwa bahawa Raja-raja telah menolak cadangan kerajaan Kelantan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, adalah "tidak benar".
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata tidak timbul soal membawanya kepada Majlis Raja-Raja.

Tegasnya, ia merupakan urusan kerajaan negeri dan Sultan Kelantan sudah pun bersetuju.
Laporan Malaysian Insider mendakwa bahawa Raja-raja menolak cadangan itu pada 11 Mac, menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar notis kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda akta tersebut.

Bayaran kepada Goldman Sach berpatutan, kata Putrajaya

Pembayaran kepada syarikat firma pelaburan berpangkalan di New York, Goldman Sachs Group Inc, untuk meraih dana melalui 3 bon untuk subsidiari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) "berpatutan", kata Putrajaya.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah pembayaran bon berkenaan berpatutan dengan saiz terbitan, tempoh, ketidakcairan dan risiko kredit.
"Bon-bon ini diterbitkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran kebanyakan bon," menurut jawapan bertulis tersebut.

"Sebarang perbezaan antara nilai par (nilai terbitan) dan hasil bersih bon terdiri bukan sahaja fi dan perbelanjaan lain tetapi juga hasil efektifnya yang mengambil kira diskaun dan baki pengangan bon," kata Najib menjawab pertanyaan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.  Bon-bon berkenaan dikeluarkan untuk 1MDB Global Investment, 1MDB Energy and 1MDB Energy (Langat) Limited.
Jawapan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada Goldman Sachs.
Putrajaya sebelum ini didakwa melakukan pembayaran komisen kepada syarikat itu melebihi harga pasaran.

Juruaudit tak tahu ke mana SRC laburkan RM3.8 bilion, kata PKR

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, pelaburan berkenaan hampir sama seperti yang dilakukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila RM3.1 bilion yang dilaburkan tidak dapat dikesan juruaudit kewangan SRC. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015. 
Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, pelaburan berkenaan hampir sama seperti yang dilakukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila RM3.1 bilion yang dilaburkan tidak dapat dikesan juruaudit kewangan SRC. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.

Syarikat milik Putrajaya, SRC International Sdn Bhd melaburkan sejumlah RM3.81 bilion daripada RM4 bilion yang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), dalam dana yang dikategorikan sebagai “open ended fund” iaitu pelaburan yang tidak diketahui atau tidak boleh diklasifikasikan, kata PKR.
Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, pelaburan berkenaan hampir sama seperti yang dilakukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila RM3.1 bilion yang dilaburkan tidak dapat dikesan juruaudit kewangan SRC.
"Kebiasaannya, jika sesebuah syarikat itu melabur dengan membeli saham atau kepentingan di dalam sebuah syarikat yang lain, pelaburan itu akan diperincikan sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu yang akan memberikan maklumat terperinci," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, pelaburan sebanyak RM3.81 bilion yang disebut menteri kewangan ini tidak disertakan di dalam penyata kewangan SRC International sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu.  "Ia ditunjukkan di dalam pelaburan yang tidak diketahui dan dinilai sebagai Pelaburan Tahap 3," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Hanya perkhidmatan MEPS dikenakan GST kata KP Kastam

Hanya perkhidmatan MEPS dikenakan GST

PUTRAJAYA: Hanya caj perkhidmatan bagi pengeluaran wang tunai di mesin pengeluar wang (ATM) melalui sistem pembayaran elektronik (MEPS) sahaja akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad mengingatkan caj enam peratus itu hanya dikenakan ke atas transaksi ATM yang dilakukan dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang.

Ini bermakna, hanya caj RM1 bagi setiap transaksi menggunakan khidmat MEPS yang akan meningkat enam peratus bila GST diperkenalkan 1 April nanti.

Bagaimanapun, menurut Khazali, perkhidmatan pengeluaran wang tunai melalui bank sendiri tidak dikenakan cukai itu.

SAMPAI BILA MAU TIPU RAKYAT Zahid !!!


Semalam kamu kata di Dewan Rakyat.. kononnya Ismail Sabri dan Mashitah tidak ditahan sebagaimana tindakan terhadap pembangkang.. "KENYATAAN KEDUA2 ORG TERSOHOR UMNO ITU DIRAKAM DLM TEMPOH 24 JAM SELEPAS ADUAN DILAKUKAN".. 

BENARKAH APA YANG KAMU KATA !!!
Atau kamu sememangnya TELAH BERBOHONG !!!

HAKIKATNYA.. 

1) kes Ismail Sabri, tempoh masa antara repot polis & beri keterangan polis adalah selama 4 HARI

2) kes Mashitah pula, tempoh masa antara repot polis & beri keterangan polis adalah selama 9 HARI

80% tanah rezab melayu Kuala Lumpur tidak diganti

MCA dismisses claims of rift in BN on hudud

Tolak Presiden Bererti Tolak PAS Kata Mohd Amar

#KitaLawan mungkin 'raikan' perkahwinan anak Najib

NGO S'wak mahu mogok lapar bantah akta hasutan

PKR fail usul tergempar pecat IGP

Najib too 'bankrupt' to be trusted on POTA, say MPs

'1MDB facing money woes to start IPP project'

PKR to mediate DAP-PAS row over Hadi

Ministry vague on RM3.8b pension fund money


Penganalisis: Manfaatkan rizab RM3.4 bilion Selangor bangun infra & kebajikan rakyat

Selangor majuSHAH ALAM, 25 MAC: Jumlah rizab simpanan tunai RM3.4 bilion yang dimiliki Selangor perlu dimanfaatkan sebaiknya terutama dalam pembangunan infrastruktur dan program kebajikan rakyat.
Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan berkata, penekanan terhadap infrastruktur itu penting bagi memberikan tumpuan kepada pembangunan industri kecil sederhana (IKS) berkembang dan merancakkan ekonomi.
“Dia (Kerajaan Negeri) perlu memberikan tumpuan kepada perkara yang kita katakan ‘soft-infra’ seperti hospitaliti dan latihan kepada industri kecil sederhana (IKS).
“Dalam soal kebajikan rakyat pun penting seperti aspek pembangunan, penyelesaian masalah untuk ibu tunggal, masalah anak-anak terbiar dan pendidikan,” katanya kepada Selangor Kini.
Jelasnya, Selangor perlu menjadikan negara membangun seperti Singapura yang memperuntukkan perbelanjaan pembangunan infrastruktur sehingga 30 peratus sebagai contoh dalam pembinaan kemudahan dan keselesaan rakyat.
Selain itu katanya, penyelesaian masalah air juga perlu disegerakan supaya ekonomi Selangor dapat membangun dengan baik.

Menteri tidak tahu guna kuasa kawal harga barang - Rafizi



KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak pernah menggunakan kuasanya sebagaimana diperuntukan di dalam Akta Kawalan Harga dan Percatutan 2011, dakwa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Jelas Rafizi, menteri boleh menggunakan perkara 15 akta ini untuk mengenakan tindakan kepada peniaga yang mengambil keuntungan yang tidak munasabah.

"Sebelum ini kementerian kata peniaga Cina ambil keuntungan lebih dan tidak mahu turunkan harga.

"Kenapa kementerian dan menteri tidak guna kuasanya untuk ambil tindakan kepada mereka?," soal Rafizi ketika mencelah dalam sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sebaliknya Ahmad Bashah menegaskan pasukan penguatkuasa sudah memadai bagi menjalankan pemantauan terhadap para peniaga yang mengaut keuntungan luar biasa.

"Kita guna penguatkuasa. Cukup dengan penguatkuasa. Kita guna pegawai ini," kata Ahmad Bashah.

Demo bantah GST Sabtu ini sempena perkahwinan mewah anak Najib

DataranKUALA LUMPUR 25 MAC: Program Duduk Bantah yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka sejak 22 Mac lalu akan diteruskan sehingga himpunan kemuncak #KitaLawan pada Sabtu ini, 28 Mac.
Sekretariat #KitaLawan mengumumkan perkara itu pada sidang media berhampiran Dataran Merdeka pagi tadi.
“Sejak himpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja gagal memberi respon terhadap tuntutan anak muda, juga terus berdiam diri dari menjawab isu-isu rakyat.
IGP“Malah kekerasan yang dikenakan terhadap aktivis Bantah GST juga seolah-olah respon secara tidak langsung terhadap desakan anak muda,” tegas Bendahari Pemuda PAS, Pusat Mohd Fakhrul Razi.
Tegasnya, walaupun anak muda berhadapan dengan pelbagai risiko dan tekanan, pihaknya akan terus memastikan himpunan kali ini akan tetap berlangsung.
“Menjelang himpunan Sabtu ini, pelbagai aksi dan aktiviti telah kita rancang.
“Bermula malam ini, kita akan dedahkan senarai salahguna kuasa dan kezaliman terhadap rakyat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kita juga akan bersoladariti bersama mangsa-mangsa tahanan politik termasuk Anwar Ibrahim, OKZ13, #BantahGST, #KitaLawan dan lain-lain.
“Pada Jumaat 27 Mac ini, kita akan adakan ceramah rakyat menentang GST di Dataran Merdeka, pemimpin politik, NGO, anak muda dan mahasiswa telah kita jemput, malah kita akan bermalam di sana menjelang himpunan kemuncak pada Sabtu,” jelasnya.
Berikutan itu, tiga lokasi utama dipilih sebagai lokasi berkumpul pada himpunan 28 Mac nanti.
Tiga lokasi tersebut ialah Masjid Jamek, air terjun Dataran Merdeka dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum peserta dijadualkan untuk bergerak ke Sogo dari lokasi tersebut pada jam 4 petang.

Apakah Malaysia jadi tunggang-langgang di bawah Umno Baru?

Nurul Izzah Anwar, seorang Ahli Parlimen ditahan kerana dikatakan menghina badan kehakiman. Beliau mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Beliau tidak menyalahgunakan statusnya sebagai Ahli Parlimen, mahu pun membuat tuduhan di luar Parlimen. Di manakah hak istimewa Parlimen untuk Nurul Izzah? Pada masa ini, banyak insiden yang membimbangkan berlaku.

Akta Hasutan digunakan sewenang-wenangnya terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis yang kritikal terhadap kerajaan. Pada waktu dahulu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjadi alat menghalang kegiatan melawan kerajaan. Sejak ia dimansuhkan, Akta Hasutan pula yang menggantikan tempatnya.

Hampir setiap hari, polis menggunakan peruntukan dalam akta ini untuk menahan sesiapa yang dirasakan membuat kenyataan menghasut. Ini adalah undang-undang zaman penjajah, namun digunakan Umno Baru untuk menutup suara pembangkang.

Namun pada masa sama, pihak yang menyokong kerajaan terlepas daripada sebarang tindakan walaupun membuat komen yang boleh dianggap sebagai menghasut. Maka akta ini seolah-olah hanya untuk pembangkang. Orang ramai juga bimbang dengan kadar jenayah dalam negara.

Kini, untuk ke mesin ATM di waktu malam juga sudah tidak selamat lagi, seperti yang dilaporkan di media sosial baru-baru ini berhubung seorang yang dipukul dan dirompak ketika menggunakan mesin ATM.

Kenyataan Ismail Dan Mashitah: Menteri kata 24 jam, fakta pula sebaliknya


Menteri dalam negeri mengatakan bahawa siasatan awal dan rakaman kenyataan dua pemimpin Umno -  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim - disiapkan dalam tempoh 24 jam, tetapi fakta dan kronologi kes itu menunjukkan sebaliknya.
 
Ia sebaliknya mengambil masa kira-kira seminggu sebelum Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, disoal siasat oleh polis berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina.
 
Begitu juga, dengan kes Mashitah berhubung dakwaannya bahawa beberapa orang Cina di Kedah telah membakar helaian al-Quran, di mana beliau hanya disoal siasat oleh polis sembilan hari selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen semalam bahawa tidak timbul keperluan untuk menangkap mereka kerana siasatan awal dan rakaman kenyataan mereka disiapkan dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan dibuat.
 

Forest City: Pendapatan nelayan kurang 50%

Dianggarkan kira-kira 50 peratus pendapatan nelayan berkurangan susulan aktiviti penambakan laut untuk projek Forest City dan Tanjung Piai  Maritime  Indusrial Park.

Keadaan itu berlaku susulan nelayan perlu menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh, menurut jawapan Menteri Pertanian dan Industri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam jawatan bertulisnya di Parlimen.

Ismail (kanan) juga berkata, seramai 1,023 nelayan pantai dipengaruhi oleh aktiviti itu, merangkumi 596 nelayan daripada 14 pangkalan di Johor Bahru dan 428 nelayan daripada 19 pangkalan di Pontian.

Menteri itu juga membekalkan carta anggaran purata pendapatan sebulan nelayan di enam daerah yang menyaksikan pendapatan terendah diraih nelayan Johor Bahru dengan RM1,151 sebulan dan dan tertinggi di Batu Pahat (RM4,103).

Bilangan nelayan pula paling rendah di Kota Tinggi dengan 292 orang manakala tinggi pula di Pontian dengan jumlah 1,468 orang.

Ismail berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mahu tahu purata pendapatan nelayan susulan aktiviti itu serta bilangan nelayan yang akan dipengaruhinya.

#KitaLawan: Demo Sabtu mahu turut 'rai' anak PM kahwin

Kita Lawan merancang sebuah lagi perhimpunan besar di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara Sabtu ini.

Bagaimanapun, selain menolak pentadbiran Najib dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mereka turut mahu sama-sama ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan perdana menteri Nooryana Najwa, minggu lepas.

Pemimpin PKR dan ketua NGO Jingga 13 Fariz Musa (bawah) berkata mereka merancang berarak dari Sogo ke Menara Berkembar Kuala Lumpur pada 28 Mac, tertakluk kepada perubahan akhir.

“Kita merancang berarak ke KLCC untuk ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan Najib Razak, tetapi saya jangka akan ada penghalang di pelbagai tempat,” kata Fariz.

Kumpulan itu merancang berkumpul di tiga lokasi - Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut - pada jam 4 petang Sabtu ini.

Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pertamanya dibuat di KLCC Sabtu ini pada jam 8 malam.

Kita Lawan mensasarkan kehadiran lebih ramai berbanding perhimpunan besar mereka pada 7 Mac lalu yang menyaksikan lebih 10,000 orang hadir.

Fokus Kita Lawan pada kali ini untuk menolak pentadbiran Najin yang didakwa tamak dengan mengenakan GST selain terus mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga menuntut Najib dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meletak jawatan.

PKR jadi orang tengah, jumpa DAP, PAS berasingan, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan DAP dan PAS berhubung dengan isu hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan DAP dan PAS berhubung dengan isu hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.

PKR mengumumkan hari ini ia akan bertindak sebagai 'orang tengah' dalam Pakatan Rakyat (PR), susulan krisis yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung isu hudud.
Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan kedua-dua parti berkenaan dalam minggu ini.
"Dalam masa antara dua tiga hari ini, kami akan berjumpa dengan PAS dan DAP, dan kami akan keluarkan kenyataan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

"Seperti 'tripod', keseluruhan Pakatan tidak akan mampu bertahan jika kekurangan salah satu kakinya, sekurang-kurangnya kami cuba memainkan peranan ini," kata ahli Parlimen Pandan itu.  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam secara terbuka menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan PR sekiranya berkeras meneruskan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.
DAP juga melalui resolusi mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya bertindak memutuskan hubungan mereka dengan Hadi, namun mengekalkan kerjasama mereka dalam PR.
Susulan kenyataannya itu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga ahli Parlimen PAS Pasir Mas menempelak DAP yang menurutnya merupakan pihak yang seharusnya meninggalkan PR.

KU NAN....HARI INI DAH HARI RABU..


Katanya Najib mahupun UMNO akan nyatakan pendirian mereka berhubung HUDUD pada Isnin ataupun Selasa (semalam).. SEHINGGA KE HARI INI TERUS MEMBISU...

APA SUDAH JADI NAJIB, UMNO...

Di kaca tv dok canang GST baik utk rakyat dan bla bla bla blaaa....


KEGILAAN APAKAH INI... KERAjaan paksa rakyat sendiri BAYAR GST, tetapi pelancong asing BOLEH 'CLAIM' BALIK GST !!!

ALASAN KERAjaan.. tujuannya boleh tarik pelancong asing..

25 peserta protes GST didakwa kerana perhimpunan haram

Suasana kecoh di luar pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya ketika polis bertindak menangkap peserta protest bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Isnin lalu. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015. 
Suasana kecoh di luar pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya ketika polis bertindak menangkap peserta protest bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Isnin lalu. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mendakwa 25 orang di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dua hari lepas.
Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 seorang dan seorang penjamin, dan diarahkan kembali ke mahkamah pada 14 Mei untuk perbicaraan.
Mereka antara 29 yang ditahan semalam selepas ditangkap ketika protes di luar pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada Isnin, dan ketika satu lagi perhimpunan solidariti pada malamnya di luar Balai Polis Kelana Jaya sebagai sokongan penunjuk perasaan yang ditahan.

Hudud: Exco Kelantan dedah kisah sebalik mesyuarat PR

KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fazli Hassan mendedahkan situasi sebenar yang didakwa berlaku dalam mesyuarat PR bagi menjelaskan undang-undang hudud sebelum ini.

Beliau turut menolak dakwaan pimpinan DAP dan PKR yang menyebut Pas tidak membuat sebarang penjelasan kepada PR tentang hudud.

Menurutnya, beliau menghadiri tiga daripada keseluruhan pertemuan untuk menjelaskan hudud.

"Untuk makluman semua, tanggapan mengatakan pimpinan Pas tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah atau hudud adalah tidak betul.

"Ana (saya) sendiri sudah tiga kali bersama dengan pimpinan Pas Pusat dan pimpinan kerajaan negeri (Kelantan) berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang hudud.

"Sekali di ibu pejabat DAP di Cheras di mana semua pimpinan tertinggi PR hadir dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR). Kemudian di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, Dun Kelantan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan keesokan harinya.

Namun, tindakan membentangkan enakmen itu menerima reaksi negatif daripada rakan komponennya, DAP dan PKR.

Sementara itu, Dr Mohd Fazli turut mendedahkan bahawa pimpinan PR meminta Pas menyebut perkataan pindaan untuk pembentangan di Dun Kelantan tersebut yang membuatkan pihaknya serba salah.

1MDB $ 700 MIL SHOCKER: We don't know what they're doing in M'sia - KPMG Global distances itself from local unit

1MDB $ 700 MIL SHOCKER: We don't know what they're doing in M'sia - KPMG Global distances itself from local unit
For weeks the mantra of the chairman of 1MDB’s governing Advisory Board (Malaysia’s Prime Minister) has been that the management of the fund has been ‘cleared’, because the accounts were ‘forensically’ audited by international accountancy firms of global standing.
The firms who have given 1MDB clean bills of health have been the Malaysia branches of the accountancy giants Deloitte and KPMG.
However, last week Sarawak Report demonstrated evidence pointing to a series of sharp practices on the part of KPMG during the audit process for the year ending March 2010.
Malaysia's top team at KPMG - no accountability to HQ?These enabled 1MDB to conceal the loss of USD$700 million, which was the sum siphoned out of its joint venture with the little known oil company PetroSaudi.
Malaysia’s top team at KPMG – no accountability to HQ?

























Following this expose, the Sydney-based Malaysian investigative financial journalist, Ganesh Sahathevan, directly challenged the Global Chairman of the company, John Veihmeyer, to give his response to the allegations.
Sahathevan asked whether KPMG Global had been aware of any of the transactions relating to 1MDB outlined in the expose?  He added that:
“much of what has been reported was in the public domain since at least 2014, and hence there is also the question of why the Global Board took no action despite that fact?”
The rapid response Sahathevan received from KPMG merits reading in full, because it puts paid to any assumptions that a local branch of this ‘global network’ of accountancy firms can be relied upon to maintain any sort of acceptable standard laid down by a central authority.
KPMG's international image - a massive global firm
KPMG’s international image – a massive global firm
The General Counsel (top lawyer) for Mr Veihmeyer states that the corporate headquarters has no involvement in the matter, because the KPMG network represents nothing more than a ‘Swiss Cooperative’ of happy Helvetic brand sharers.
In short, he explains, no one at HQ is responsible for what their fellow franchise holders get up to. They are just there to help and advise when required.
Dear Mr Sahathevan
I refer to your email below addressed to Mr John Veihmeyer, Global Chairman, KPMG International Cooperative (KPMG International).
I am the General Counsel of KPMG International and am responding on behalf of Mr Veihmeyer.
KPMG International is a Swiss Cooperative. Member firms of the KPMG network of independent firms are affiliated with KPMG International. KPMG International provides no client services. No member firm has any authority to obligate or bind KPMG International or any other member firm vis-à-vis third parties, nor does KPMG International have any such authority to bind or obligate any member firm.
KPMG International does not have any relationship with, or connection to, 1MDB”.
Yours faithfully
Tom Wethered
Malaysians and others, who had assumed that accreditation by KPMG represented some form of guarantee of high standards; quality control; centralised monitoring and disciplinary process to ensure high standards of accountancy practice must therefore stand disappointed.

Pimpinan PR perlu bincang kedudukan Hadi - Siti Zailah

Siti Zailah Mohd. YusoffDewan Muslimat Pas Malaysia menganggap nama dan batang tubuh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan parti Pas.
Justeru, ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sebarang kenyataan sama ada mahu menjalin atau memutuskan hubungan dengan Presiden Pas memberi kesan yang besar kepada gerakan yang diterajuinya.
"Diharap semua Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersidang segera sebelum sesuatu keputusan dan kenyataan diberikan. Kita yakni PR adalah harapan terakhir rakyat untuk politik baharu yang lebih mantap serta berprinsip khususnya pada saat cemas bilamana segala impian milim rakyat digadai, dicabul dan diambil sewenang-wenangnya oleh rejim pemerintah yang berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Siti Zailah berkata demikian mengulas keputusan mesyuarat DAP kelmarin yang menolak kepimpinan Abdul Hadi tetapi masih bersama dalam PR.
Berkenaan hudud, Siti Zailah berkata, ia satu kepatuhan kepada syariat Allah adalah tuntutan akidah, tidak timbul sama sekali kerjasama dengan parti UMNO.
"Kerjasama Kerajaan Kelantan dalam Isu Kanun Jenayah Syariah hanyalah bersifat kerjasama kerajaan dengan kerajaan bukan kerjasama antara parti. Kanun Jenayah Syariah II telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui proses demokrasi dan mendapat sokongan penuh daripada seluruh ahli dewan," jelasnya.
Perjuangan enakmen itu adalah janji dalam Manifesto Pas sebelum 1990 lagi dan sebelum wujudnya PR.

Polis khuatir pertembungan syariah, sivil selepas hudud Kelantan


Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda sebelum kerajaan negeri Kelantan berhasrat melaksanakan hudud di Kelantan, kerana polis tidak akan bertindak jika terdapat percanggahan undang-undang, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua polis negara itu berkata, kes perebutan anak ibu bapa yang berlainan agama sebelum ini menunjukkan akan wujud pertindihan undang-undang yang menyukarkan polis mengambil tindakan susulan sesuatu perintah mahkamah.
"Banyak lagi langkah yang perlu mereka ambil sebelum hudud ini boleh dilaksanakan. Mereka terpaksa meminda dulu Perlembagaan Persekutuan.
 "Jika Perlembagaan tidak dipinda, maknanya kedudukannya samalah dengan masalah berebut anak, di mana polis tidak akan menguatkuasakan kedua-dua perintah mahkamah itu. Lebih kurang macam itu.
"Jadi di sini, perlu diperbetulkan dahulu Perlembagaan. Kanun Keseksaan perlu dipinda. Banyak lagi," katanya pada satu sidang media di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur hari ini.

Berdamailah. rakyat Malaysia mahu kita semua berdamai.

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang adalah Presiden kepada semua ahli PAS. Pemuda PAS adalah sayap utama menjaga kepentingan pemimpin dan ahli PAS. Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sangat kecewa dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. Kami Pemuda PAS mahu PAS kuat bersama PR. Bagaimana PAS boleh kuat bersama PR tanpa Presiden kami? Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah umpama memutuskan hubungan dengan PAS.
Sebesar mana pun masalah pasti ada penyelesainnya. Mari kita berjiwa besar melihat masa depan Pakatan Rakyat yang cerah. Mari kita mencari titik temu bagi menyelesaikan masalah ini. Pemuda PAS sangat optimis bahawa adanya jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Berdamailah. Kerana rakyat Malaysia mahu kita semua berdamai.

Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda PAS Malaysia

GST perubatan swasta masih belum muktamad, kata menteri kesihatan

Walaupun hanya tinggal 7 hari cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan, pelaksanaannya dalam struktur amalan perubatan swasta masih belum jelas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini berkata, beliau akan mengumumkan keputusan akhir mengenai perkhidmatan dan ubat-ubatan bagi sektor swasta, yang dipercayai akan turut dikenakan GST, pada akhir minggu ini.
 "(Saya) sudah bincang tiga kali pada minggu lepas bersama Kementerian Kewangan, bersama perdana menteri dan menteri kewangan dalam satu mesyuarat tertutup.
"Mereka sedang memuktamadkan perkara-perkara yang dibincangkan itu. Mungkin dalam satu minggu saya akan dapat semua keputusan terakhir. Selepas itu kita akan beri satu kenyataan," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

PR: Jalan damai masih terbuka

Oleh Abd Shukur Harun
WALAUPUN pelbagai pihak melihat bahawa krisis dalam Pakatan Rakyat, terutama antara DAP dan PAS  kini semakin parah, tetapi masih ramai juga yang melihat bahawa masih wujud sikap rasional di kalangan pimpinan Pakatan, khususnya PAS, terutama di peringkat tinggi.

Sikap rasional mereka ini boleh membantu mengendurkan ketegangan dalam Pakatan, justeru krisis ini jika berlarutan hanya menguntungkan Umno/BN.

Ini bermakna masih ada harapan perdamaian di kalangan Pakatan Rakyat, sesuatu yang sangat diharapkan oleh rakyat yang menyokong Pakatan dalam dua pilihan raya umum yang lalu menyebabkan Pakatan beroleh kemenangan besar.

Di kalangan pimpinan PAS sendiri, betapapun marahnya mereka kepada DAP, hingga tidak ada suara yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat, suatu sikap yang sangat matang hasil pengalaman politik mereka yang begitu lama.

Kalau adapun suara-suara dalam PAS sendiri yang mahukan PAS keluar dari Pakatan, maka itu hanya suara terpencil dan sangat minoriti sifatnya, yang didorong oleh bacaan politik yang sangat naïf.

Kenyataan daripada Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Naib Presiden, Salahuden Ayub, Ketua Pemuda, Suhaizan Kayat dan lain-lain menggambarkan jiwa besar dan sikap optimis mereka bahawa betapapun parahnya krisis dalam Pakatan Rakyat, namun masih ada harapan untuk berdamai.

Biar Cikgu Ishak mati dalam PAS

Oleh SUbky Latif
CIKGU Ishak Surin yang usianya mencecah 80-an mengetuai 16 orang lagi ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu, mufarakah kepada pimpinan PAS Pusat dan meletak jawatan.
   
Saya tidak bercadang untuk menyalahkannya tetapi lebih selesa mengiranya telah bertindak silap dan setiap yang silap itu bukan tidak boleh dibetulkan dan memang ia boleh dan patut dibetulkan.
   
Yang lemah dan silap itu bukan sifat Cikgu Ishak dan rakan-rakannya, bahkan semua orang dalam PAS dan di luar PAS ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Jika kesalahan murtad, Islam beri tempoh untuk bertaubat, maka maaf-memaafkan itu adalah sifat mulia dan  terpuji bagi orang Islam, apa lagi bagi penyokong PAS yang ditubuhkan untuk menjunjung tinggi kalimatullah.
   
Saya amat gembira kira Cikgu Ishak berani mengaku kelemahan dan berani juga memaafkan kesilapan orang, dan demikian juga PAS mesti berani memaafkannya dan mengaku sebagai makhluk manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.
   
Kita sedang giat berjuang untuk menggantikan Umno, maka kita tidak mahu ahli yang ada luak. Apa yang kita mahu ialah sambil menambah ahli dengan orang-orang dari Umno, kita kekalkan ahli yang sedia ada. Dulu saya amat pilu Tamrin Ghafar meninggalkan PAS dan kini saya pilu Cikgu Ishak keluar daripada arus perdana perjuangan dan kegiatan PAS.
   
Sekalipun Cikgu Ishak daripada 16 tidak meninggalkan PAS, tetapi tercicir daripada arus perdana kegiatan PAS, boleh menjauhkan diri daripada jemaah yang mulia dan terpuji itu.
   
Cikgu Ishak adalah seorang pejuang politik sepanjang hidupnya. Dia membebaskan dirinya daripada ikatan kerajaan yang menjanjikan kehidupan kehidupan yang stabil. Dari muda terjun ke arena politik bagi membebas negara dan diri daripada belenggu penjajahan dan membebaskan negara dan rakyat darpada belenggu dan penindasan kaum kapitalis. Tidak pernah menikmati kemewahan hidup, tetapi berpuas hati dengan kehidupan sederhana bersama kaum marhaen.
     

DAP jangan cuba pecah belah PAS

DAP jangan cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi kaedah 'pecah dan perintah' apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.

DAP jangan memisahkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden daripada PAS sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti.

Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).

Benarlah kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.

Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bererti memutuskan hubungan dengan PAS.

Dewan Ulamak PAS Pusat menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat.

Hormati pendirian PAS untuk memperjuangkan Undang-undang Jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar bersendiri PAS.