Isnin, 23 Mac 2015

Cops detain 83 anti-GST activists, lawyers refused access


Anti-GST Rally


Bantah GST: Dakwa Kastam Tak Bersedia


Bantah GST: Kezaliman Polis Di Pejabat Kastam


M'sia negara DEMOKRASI..


Asal aja bantah.. TAHAN
Asal aja bantah.. TANGKAP
Asal aja bantah.. AKTA HASUTAN

tetapi ROMPAK MENYAMUN duit rakyat, 'mereka' terus hidup bermaharajalela & bebas berkeliaran sana sini..

Tanya soalan tak berani jawab tapi buka kaunter pertanyaan GST. Lepas tue guna polis untuk tahan orang dan tuduh2 melakukan pemberontakan... 

Mengarut semua neh... MENGARUT !!!

Kenapa tambang baru teksi TETAP DITERUSKAN berbanding yg lain tidak ???


TAHUKAH ANDA.. sehingga Januari 2013 terdapat 37,000 jumlah teksi permit di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan 45 peratus dari jumlah tersebut adalah permit teksi individu.

Agak2 siapa pemegang permit2 teksi tersebut.
Adakah rakyat kebanyakan atau ........ ???

Kemenangan besar di Chempaka tunjukkan PAS masih kuat tetapi…

oleh Ng Kee Seng

Kemenangan PAS di pilihan raya kecil Chempaka sudah pun dijangka dan tidak diragui. Namun perbezaan jumlah undi kemenangan adalah apa yang diragui banyak pihak, kerana ia adalah sebuah pilihan raya kecil dan jumlah kehadiran telah dijangka lebih rendah daripada pilihan raya umum. Barisan Nasional, khususnya ahli-ahli Umno dan penyokongnya di Kota Baru, telah cuba mempengaruhi pengundi untuk menyokong calon "Gajah", bekas naib presiden Perkasa Sharif Mahmood.

Jika anda telah berada di Kota Baru tiga hari sebelum hari mengundi, anda akan perasan yang penyokong BN telah memberikan sokongan moral, bahkan meramalkan bahawa "Gajah" boleh mengejutkan atau mengurangkan majoriti kemenangan Allahyarham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam PRU13.

Pada kahirnya, Sharif dan tiga calon Bebas lain kehilangan wang deposit mereka. Sharif memperoleh 807 undi, Fadhillah Hussin (89), Aslah Mamat (27), dan Izat Bukhari (51). Ahmad Fathan Mahmood dari PAS menumpaskan kesemua empat calon Bebas dengan kemenangan besar 10,092 undi, walaupun peratusan keluar mengundinya rendah, sebanyak 55 peratus.

Nik Aziz telah memenangi 12,310 undi untuk menang di Chempaka dengan majoriti 6,500 undi, dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 85.94 peratus. PAS dan kemenangan Fathan ini, yang mendapat 82.6 peratus undi popular, pasti membimbangkan Umno negeri majoriti Melayu itu. Ia menunjukkan yang Umno telah membuat keputusan yang tepat dengan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu, daripada mengalami kekalahan memalukan yang akan merobek semangat mereka lagi.

Tambang baru teksi diteruskan, bas ekspres & rel ditangguh

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my.
Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my.
PUTRAJAYA, 23 Mac:
Pelaksanaan kadar tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Bagaimanapun kadar tambang baharu teksi diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas.
“Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nancy berkata, keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my.
Khamis lalu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

Aceh bakal miliki sebuah masjid batu jed pertama di dunia

masjid
Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A'la.

JAKARTA, 23 Mac:

Fenomena “demam” batu-batu permata di Indonesia kini akan menjadi lebih hebat apabila pemerintah di sebuah wilayah di Aceh membina sebuah masjid batu jed yang pertama di dunia.
Sebuah portal berita tempatan, tribunnes.com memetik Pengerusi Badan Perancangan Pembangunan Nagan Raya di Acheh Teuku Raja Keumangan sebagai berkata, kerja-kerja pembinaan tapak masjid yang berharga Rp150 bilion (RM45 juta) itu telah dimulakan sejak awal tahun.
Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A’la dan seluruh bangunan masjid hingga kubahnya dilapisi dengan batu jed yang diambil dari hutan di kawasan Beutong di Nagan Raya.
Baru-baru ini para pencari batu permata telah menemui bongkah batu jed seberat kira-kira 20 tan metrik di Gampong Krueng Isep di Beutong dan kerajaan wilayah Aceh tidak membenarkan sesiapapun mengambil bongkahan batu permata itu.
Teuku Raja Keumangan berkata, kerja-kerja memunggah bongkahan batu jed dari hutan Beutong itu dijangka bermula April ini dan batu-batu itu akan dipotong sebanyak 37,000 keping dengan ukuran 60×60 sentimeter.
Katanya, masjid itu dibina sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang menjadikan tanah di Acheh dipenuhi dengan batu permata dan jika semuanya berjalan lancar, masjid itu dijangka siap akhir tahun ini.
Demam batu permata Indonesia itu merebak ke seluruh republik dari Aceh hingga ke Kalimantan dan di Jakarta pula ribuan orang mengunjungi sebuah pasar Rawa Bening pada setiap hujung minggu untuk membeli dan menjual pelbagai jenis batu-batu permata Indonesia.

Kadar tambang baharu teksi diteruskan - Nancy Shukri

Kadar tambang baharu teksi diteruskan - Nancy Shukri
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hari ini.

Beliau berkata penundaan itu hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas.

"Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya," kata menteri itu dalam satu kenyataan di sini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my.

Khamis lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

Beruntung rakyat M'sia ada PM spt Najib. Satu2nya PM di dunia dengar keluh kesah rakyatnya..


Rupa2nya dlm dengar2 aja tenga cari ilham nak cari formula utk jaga kebajikan & kesejahteraan rakyatnya..

Formulanya rakyat akan rasa nikmatnya minggu depan..

Khalid jadi ‘pengadil’ laman sosial- GHAH

GHAH akan melancarkan satu kempen untuk menentang tindakan Ketua Polis Negara (KPN) yang dianggap mengancam pengguna di laman sosial
khalid ghahPETALING JAYA: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) hari ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar di atas tindakannya menahan beberapa ahli pembangkang berikutan insiden muatnaik komen di laman sosial.
GHAH dalam satu kenyataan media, memberitahu pihaknya akan melancarkan satu kempen mendesak pengguna Twitter supaya menentang tindakan Khalid yang dianggap telah mengancam penguna di laman sosial tersebut.
Dakwa GHAH, Khalid seperti ingin menjadi ‘pengadil’ di laman sosial dengan menahan beberapa ahli pembangkang di bawah Akta Hasutan sejak Ogos tahun lepas.
“Sebelum ini di laman Twitternya, Khalid telah mendesak supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat beberapa orang seperti kartunis Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali dengan panggilan Zunar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan peguam Eric Paulsen kerana dianggap telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan,” petik kata kenyataan itu.
Jelasnya, media sosial seharusnya menjadi medium untuk pengguna berinteraksi dan menyuarakan pandangan-pandangan mereka.
“Seharusnya, kenyataan mereka itu perlu dilindungi dan bukan dikenakan siasatan di bawah Akta Hasutan.

Demokrasi, Pakatan Rakyat dan masa depan PAS

Oleh Amin Ahmad
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 beberapaharilalu. Ia sekali lagi telah mencetuskan debat terbuka di kalangan pemimpinPakatan Rakyat – Parti Islam Se-Malaysia (PAS), PartiTindakanDemokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat.
Ini tentulah mengukuhkan lagi persepsi umum bahawa Pakatan Rakyat ialah kerjasama politik yang lemah – tidur sebantal mimpi berbeza.

Pengukuhan demokrasi Bagaimanapun, saya tidak melihatnya begitu. Keberanian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berbeza pendapat sebenarnya menunjukkan budaya baru yang penting dipupuk dalam politik Malaysia. Sejauh mana ia Berjaya kita tidak tahu. Saya masih ingat pada satu ketika semasa Dr Mahathir masih menjadi perdana menteri, dua orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pernah dikenakan tindakan gantung daripada hadir ke Dewan Rakyat kerana menolak satu usul yang dibawakan oleh pemimpin badan eksekutif.
Tindakan Dr Mahathir ini menunjukkan betapa badan eksekutif sangat berleluasa dan jelas membelakangi prinsip pemisahan kuasa antara badan tersebut dengan badan legislative dan badan yudikatif (kehakiman).
Sikap demikian, meskipun dianggap kelaziman dalam demokrasi berparlimen menyusutkan peranan wakil rakyatke pada wakil parti.
Maka tidak hairanlah pada hari ini kita melihat seorang anggota badan legislative diremehkan oleh badan eksekutif apabila peruntukan untuk beliau member perkhidmatan telahd disekat atau disalurkan melalui pihak lain.
Demokrasikitanampaknyamembelakangiaspirasirakyattempatan yang telahmemilih wakil merekadalam proses pilihanrayadarisemasakesemasa.Makatidakhairanlahjika orang ramaimeraguipersoalanpemisahankuasa yang sepatutnyadiamalkan di negaraini. Ia dikukuhkan lagi dengan fakta-fakta berkaitan isu kebebasan kehakiman.
Ini akan terus menjadi aspek menarik untuk dibincangkan dalam politik demokrasi. Kita akur bahawa wakil-wakil rakyat sebenarnya dating daripada partipolitik.
Jarangseseorangcalonindividudiangkatolehpengundi di sesuatukawasankeranakewibawaannya. ShahrirSamadmungkinpernahberada di kedudukantersebutpadasatuketikadulu.
Enakmen kanun jenayah Syariah Kelantan
Dengan asas ini juga, kita harus berani mengatakan bahawa PAS berhak mengemukakan apa juga aspirasi politik mereka dan mengusahakannya melalui jalan demokrasi. Oleh kerana itu, perkembangan semasa menjadi sangat menarik.

Surat terbuka kepada Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Oleh Ooi Kok Hin
Ke hadapan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
Saya menulis surat ini dengan rasa sedih, resah, dan sedikit takut. Apa sudah jadi dengan negara kita? Rakyat berbalah antara satu sama lain seolah-olah sudah gila dan penuh kebencian.
Saya memilih untuk menulis kepada ustaz kerana ustaz adalah satu-satunya pemimpin politik Islam bergelar agamawan yang saya percaya dan yakini. Dan juga kerana mungkin ustaz, selaku naib Presiden PAS dan tokoh agamawan yang dihormati ramai, dapat meredakan keadaan yang agak genting ini. Sudah pastinya ustaz telah mendengar mengenai video Aisyah Tajuddin. Benar, ustaz tidak akan setuju dengan perbuatannya seperti mana ustaz tidak akan setuju dengan pendirian saya tentang hudud. Kita berbeda pendapat dan saya jangka melainkan kita dapat sembang sambil minum kopi selama beberapa bulan (atau beberapa tahun), kita tidak akan dapat menyelesaikan perbedaan ini kerana kita datang dari dua tradisi pemikiran yang berbeza. Namun begitu ustaz, warkah ini bukan pasal setuju atau tidak setuju dengan pelaksanaan hudud. Kita boleh bincang itu pada hari dan tempat yang lain.
Cuba ustaz buka Facebook dan dengar perbalahan ini. Begitu banyak cacian, penganiayaan, dan cemuhan. Ada golongan kononnya ingin mempertahankan Islam tetapi menggugut untuk membunuh dan merogol wanita berkenaan. Ada pula yang menulis dengan bersahaja, “Tak kan ugutan bunuh itu betul? Mereka saja memberi amaran. Itulah balasan menghina Islam.”
Kepada mereka ini, saya katakan, cubalah menerima ugutan bunuh dan lihat sama ada ia sekadar amaran yang main-main atau ancaman kepada keselamatan anda. Banyak pula yang mengejek dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita tersebut. Ustaz, adakah sikap jahiliah ini dapat dijustifikasikan semata-mata kerana mereka marah?

Perbicaraan Ahli Sihir & Hudud: Malaysia Dalam Bahaya

Gambar ilustrasi "Salem Witch Trail". Diambil dari Wikipedia
Gambar ilustrasi “Salem Witch Trail”. Diambil dari Wikipedia
Oleh Ahmad Soffian
Pada era tahun 1800 Amerika Syarikat bukanlah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti sekarang. Pada ketika itu, para penggiat agama Kristian telah melakukan kekejaman terhadap orang-orang di sana. Ini termasuk dengan perlaksanaan hukuman yang pada mereka diilhamkan dari Bible yang amat kejam dan sadis.
Kekejaman ini berlaku di seluruh pelusuk negara tersebut, namun yang paling nyata adalah kekejaman yang berlaku di Salem dimana bukan sahaja para pelaku “jenayah” dikenakan hukuman tanpa bukti kukuh. Tetapi bukti yang diada-adakan pun sudah cukup untuk mensabitkan seseorang itu untuk digantung, disebat atau dibakar hidup-hidup.
Di Salem juga adalah tempat dimana “Salem Witch Trial” atau Perbicaraan Ahli Sihir Salem terjadi. Ianya berlaku atas pertuduhan wanita-wanita di Salem yang dikatakan mengamalkan sihir, walhal mereka adalah mangsa yang tidak bersalah. Laporan akan dibuat oleh mana-mana pihak dengan niat yang jahat, lantas gereja pula akan mengambil tindakan untuk mengadakan perbicaraan.
Setelah ratusan tahun ditinggalkan oleh Amerika Syarikat kini negara kita Malaysia pula ingin mengadakan undang-undang anti sihir yang kajiannya dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Pahang dan juga diperkenankan oleh JAKIM. Perkara ini menjadi perbincangan hangat pada tahun 2013 dan ada ura-ura mengatakan bahawa selepas hudud, undang-undang sihir pula akan dilaksanakan secara menyeluruh mengikut jabatan-jabatan agama di seluruh Malaysia.
Seperti hudud, hukum perundangan sihir yang di”kaji” dan diperkenankan oleh autoriti agama di Malaysia adalah bersifat tidak lengkap. Bukanlah penulis ingin mengatakan bahawa undang-undang yang diwarisi dari pihak British ini adalah sempurna, namun jika kita bandingkan antara undang-undang hudud dan sihir dan British, yang manakah lebih praktikal dan menjunjung prinsip keadilan untuk semua.

The hudud debate again: the PAS progressives’ viewpoint

By Dzulkefly Ahmad
In light of the recurring political debate consequent to the tabling of the amendment (2015) of the Shariah Criminal Code II of Kelantan (1993), permit me to pen this piece in the interest of all Malaysians.
This deliberation is admittedly the perspective of the so-called “progressive” group in PAS, and in fact a response to the various questions posed to this writer after the tabling and passing of the amendment bill last Thursday.

To recapitulate, PAS has been a bona fide Islamist political party from its inception. Our raison d’eter is Islam and we remain committed to realise our vision and objectives, working within the ambit of the democratic-legislative process and the Islamic provisions as provided for by the Federal Constitution.
PAS progressives strive for a better Malaysia, wherein good governance prevails and thrives through the observation of Islamic and universal principles of integrity, accountability and morality and seek to achieve “a socially just and equitable development” for  all Malaysians. We aspire for a vibrant democracy that would allow for the functioning of critical institutions of check and balance in the nation, as espoused and enjoined by principles in Islamic public administration or "As-Siyasah as-Syar'iyah".
To answer specifically on our position on hudud, I once again say, without fear or favour, that hudud has its own unique place in the larger corpus of Islamic legal prescription or jurisprudence, ie. in Islamic law.
We nonetheless do not think that it is the most important imperative of the shariah, given the many other competing priorities. Never should a Muslim be accused, however, of rejecting shariah if he/she believes in its transcendental (revealed) origin, but prioritises other more important shariah imperatives as taking precedent over its penal code.

Seorang pemimpin harus memimpin semua rakyat, bukan hanya komuniti tertentu

Barrack Obama telah dipilih oleh rakyat Amerika Syarikat dari pelbagai warna kulit dan kepercayaan untuk menjadi presiden semua rakyat, dan bukan hanya kaum Afrika-Amerika sahaja. Sebagai presiden, beliau bertanggungjawab terhadap kebajikan semua rakyat Amerika. Itulah amalan dalam sebuah demokrasi.
Tetapi di Malaysia, ahli-ahli politik yang telah dipilih oleh rakyat masih berpegang kepada kepercayaan kuno bahawa mereka hanya mempunyai tanggungjawab mempertahankan kepentingan komuniti etnik mereka. Ini adalah sikap kebudak-budakan yang dipaparkan oleh beberapa ahli politik, walaupun negara ini telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun.
Daripada maju, ahli-ahli politik ini sebaliknya telah menunjukkan kemunduran mentaliti mereka, dan tidak seharuanya memegang jawatan jika mereka terus mempunyai mentaliti seperti itu.
Pada satu ketika, timbalan perdana menteri negara ini dengan lantang telah menyatakan bahawa beliau adalah pertamanya orang Melayu, dan warga Malaysia kedua. Beliau telah dipilih sebagai ahli parlimen oleh semua, dan bukan hanya pengundi Melayu. Dia sepatutnya mengenengahkan dirinya kepada semua pengundi sebagai rakyat Malaysia sahaja. Ini sepatutnya merupakan pendirian wajar dan masuk akal yang dia telah ambil.
Jika beliau tidak boleh menjadi warga Malaysia dahulu, beliau tidak sepatutnya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan semua rakyat Malaysia.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut melakukannya. Dalam apa yang dikenali sebagai Perhimpunan Perpaduan Melayu, beliau telah berkata yang beliau berhasrat untuk melihat bangsa Melayu yang bersatu dan berjaya, dan kerajaan memiliki agenda untuk memperkasakan bangsa Melayu dan mempertahankan hak-hak mereka.

Penggunaan jet adalah hak Najib sebagai PM kata Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR: Apa pun penggunaan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk lah jet ‘peribadi’, merupakan hak beliau sebagai Perdana Menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, kos perbelanjaan terhadap jet tersebut juga adalah ke atas harta kerajaan dan bukannya harta individu.

Shahidan mengulas tentang dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini yang mempersoal tindakan kerajaan membelanjakan RM465.4 juta bagi pembelian jet peribadi baharu.

Bagaimanapun katanya dakwaan Rafizi itu tidak tepat kerana jumlahnya bukanlah sedemikian serta ia bukanlah jet peribadi tetapi adalah jet rasmi kerajaan.

“Tetapi bagi saya apa yang dibelanjakan ini bukan untuk Perdana Menteri, bukan untuk Timbalan Perdana Menteri, bukan untuk Agong… tetapi apa pun ini ialah harta kerajaan,” katanya ketika ditemui di Parlimen pada Isnin.

Menurut beliau, penggunaan perkataan 'peribadi' oleh pihak pembangkang adalah bertujuan untuk memburukkan kerajaan.

Kata Shahidan, seperti Perdana Menteri, mereka yang berjawatan lain juga mempunyai hak masing-masing.

3 pekerja BFM disiasat isu video hudud

Polis hari ini merakamkan kenyataan daripada tiga kakitangan BFM yang terlibat dalam penerbitan video kontroversi berkaitan hudud.

Pasukan polis tiba pada jam 10 pagi tadi, diikuti pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Mereka disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata radio perniagaan itu dalam kenyataannya.

Seksyen 298 berkaitan kata-kata yang menjejaskan perasaan beragama seseorang.

Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya,

Seksyen 233 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau penjara RM50,000.

“Pengurusan BFM Media Sdn Bhd menyokong penuh pekerja-pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.

PAS: Kenapa syarikat luar majukan tanah 1MDB?

PAS mempersoal tindakan kerajaan yang menggunakan kepakaran syarikat Australia bagi membangunkan projek hartanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar mengulas kerjasama syarikat hartanah Lend Lease dari Australia dengan 1MDB untuk membangunkan projek itu yang dianggarkan bernilai RM8 bilion.

"Projek mega bernilai RM8 bilion itu sepatutnya diusahakan sendiri oleh syarikat tempatan yang tidak kurang hebat dan berkemampuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kota pentadbiran Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad, KL Sentral dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), bahkan Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pula telah berjaya membangunkan pelbagai jenis hartanah semenjak 1970-an lagi.

"Jelas, membuktikan pada hakikatnya Malaysia sudah ada kemampuan sendiri untuk membangunkan hartanah," tambahnya.

Minggu lalu, anak syarikat 1MDB - 1MDB Real Estate Sdn Bhd - menandatangani perjanjian usahasama, dan juga urusan jual beli, dengan Lend Lease untuk projek Lifestyle Quarter, sebahagian projek hartanah TRX yang bernilai AS$8 bilion (RM29.43 bilion) atas tanah seluas 28 hektar berdekatan Jalan Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas.

Pemuda PAS kecam penahanan aktivis bantah GST


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengecam tindakan pihak polis yang menahan 79 orang aktivis yang membantah cukai dan perkhidmatan (GST) di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya petang tadi.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pihak polis sewajarnya melepaskan kesemua mereka kerana tiada kesalahan serius dilakukan mereka.
"Mereka hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak kastam berhubung GST yang dikenakan ke atas sesetengah barang.
"Tindakan menahan mereka yang ingin mendapatkan penjelasan adalah tidak wajar, bukannya kehadiran mereka itu untuk melakukan keganasan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau juga, bantahan hari ini merupakan tanda protes berterusan rakyat terhadap pelaksanaan GST.
"Jika hari ini lebih 70 orang yang ditahan, tidak mustahil lebih ramai lagi akan ditangkap untuk membantah GST yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

79 peserta himpunan bantah GST ditahan polis

Seramai 79 individu termasuk 21 wanita ditahan polis ekoran Himpunan Bantah GST yang diadakan di pejabat Kastam Kuala Lumpur, di Kelana Jaya, hari ini.
 
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, antara yang ditahan termasuk pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail.
 
“Sebanyak tiga buah trak terlibat menahan mereka. Buat masa sekarang tidak banyak maklumat diberikan oleh polis,” katanya ketika dihubungi menerusi sistem aplikasi sosial Whatsapp. 
 
Suhaizan turut berkesempatan mengongsikan gambar keadaan semasa Dr Hatta, Chegubard dan Nasaie di dalam kenderaan polis.

“Pejuang Bantah GST  Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail dan Chegubard dalam trak polis. Rakyat tertindas bangga bersama anda,” katanya.
 
Sebelum ini, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah GST melibatkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyuarakan bantahan tersebut yang berlangsung pada hari ini.
 
Kumpulan itu turut mengajukan 106 soalan kepada pihak kastam.

MAS: Arak kekal dalam penerbangan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary sempat membangkitkan tentang janji kerajaan untuk hapuskan hidangan arak dalam penerbangan MAS semasa sesi penggulungan Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, menteri tampil dengan jawapan bahawa arak akan dikekalkan dalam penerbangan MAS antarabangsa secara percuma.

Ini, ujarnya bermakna semua penumpang beragama Islam dikira bersubahat sama setiap kali membeli tiket MAS.

"Satu kenyataan menteri yang sangat mendukacitakan seluruh umat Islam Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily.

Semasa persidangan Dewan Rakyat pada 11 November tahun lalu, Timbalan Menteri Pengakutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyatakan "apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk denga hidangan yang disediakan dalam kapal terbang".

NGO serah memorandum bantah GST kepada Kastam

FLY_1641
Protes menyerahkan memorandum GST yang berbentuk soalan kepada Ketua Pengarah Kastan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara pemimpin yang datang ialah Chegubard, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli, dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj.

PETALING JAYA, 23 Mac:
Lebih 100 orang yang menyertai protes kumpulan Gerakan Bantah GST berjaya merempuh masuk ibu pejabat Kastam di Kompleks Kastam Kelana Jaya, hari ini bagi mendesak jabatan itu agar menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula 1 April ini.
Mereka berkumpul dengan tujuan menghantar satu memorandum bagi membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan pada minggu depan.
Memorandum tersebut dihantar secara beramai-ramai dan telah diterima oleh seorang pegawai KDRM sebelum diserahkan kepada Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad.
Antara NGO yang terlibat dalam menghantar memorandum tersebut ialah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Antara kelibat pemimpin yang hadir adalah bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Jurucakap NGO berkenaan, M.Nalani berkata, memorandum bersaiz kecil yang dicetak sebanyak 12 muka surat, mempunyai 106 soalan dan bertajuk ‘Rakyat masih keliru’ itu ditulis sebab-sebab mengapa kerajaan tidak harus melaksanakan GST atau perlu membatalkannya.
Menurutnya, pihak kastam yang merupakan badan pelaksana harus menjawab kesemua 106 soalan dalam memorandum tersebut secara terperinci bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa ia perlu dilaksanakan.

Siling LRT Masjid Jamek runtuh

IMG-20150323-WA0018
Foto amatur kejadian siling Stesen LRT Masjid Jamek di ibu negara yang runtuh yang dirakamkan oleh orang awam dan tersebar melalui aplikasi Whatsapp petang Isnin.

KUALA LUMPUR, 23 Mac:

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan insiden runtuhan siling di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di sini, hari ini.
Pengurus Kanan Prasarana (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Azhar Ghazali berkata dalam kejadian 2.10 petang itu, struktur siling di Platform 1 bagi laluan menghala ke Kelana Jaya, dipercayai runtuh secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, katanya operasi perjalanan pengguna LRT kembali pulih seperti biasa selepas itu.
“Tiada penumpang ketika kejadian itu. Punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Azhar berkata kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan siling itu selesai selepas lebih dua jam, iaitu kira-kira 4.45 petang tadi.

Kenapa kerajaan tak siasat kerugian MAS? - NUFAM


Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mempersoalkan mengapa sehingga hari ini tidak ada satu bentuk siasatan terhadap kerugian Malaysian Airline System Berhad (MAS) dibuat sebaliknya menghukum 6,000 orang kakitangan untuk diberhentikan.
 
Ismail NasaruddinKerugian MAS yang direkodkan bukan sedikit -ini termasuk 'kemusykilan kerugian' yang bernilai RM12 bilion dalam tempoh 14 tahun.
 
Kerugian itu berlaku kerana MAS telah tersalah urus dan akibatnya syarikat penerbangan yang berusia lebih 47 tahun itu terpaksa menanggung masalah kewangan dan kakitangan pula terpaksa diberhentikan.
 
Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin mendakwa, kira-kira 10 laporan berhubung kerugian dan salah urus syarikat penerbangan itu telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak tahun lepas oleh pelbagai pihak termasuk kakitangan dan kesatuan pekerja MAS.
 
"Kerugian yang berlaku pada MAS bukan kesalahan kakitangan seperti kami, yang tersilap urus MAS adalah pihak pengurusan atas MAS. Tetapi mengapa kami terpaksa pula yang menanggung.
 
"Kenapa kerugian besar MAS tidak disiasat? Apa yang berlaku terhadap laporan itu kami tidak tahu, anda kena bertanyalah kepada SPRM," katanya pada sidang akhbar di sini.
 
Beliau mendakwa kesatuan-kesatuan kakitangan MAS ada bukti tentang 'kemusykilan kerugian' MAS bernilai RM12 bilion hasil analisis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang akan 'diletupkan' apabila tiba masanya.

Selepas bergelut, polis mula tangkap peserta demonstrasi bantah GST

Polis mula bertindak menahan peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang enggan berundur daripada Wisma Kastam Diraja Malaysia di Petaling Jaya sebentar tadi. Kekecohan mula terjadi apabila Ketua Polis‎ Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim menyatakan wisma itu akan ditutup kerana waktu pejabat sudah tamat.
"Kesemua kakitangan dan pegawai kastam ‎sudah balik, dah hampir tamat waktu pejabat, jadi anda perlu beredar," katanya kepada peserta demonstrasi.
Sejurus selepas kenyataan Azmi, kekecohan mula berlaku dan pihak berkuasa mula menangkap peserta demostrasi dan berlaku pergelutan. Protes "duduk dan bantah" yang bermula sekitar jam 11 pagi bertujuan menuntut pihak kastam menjawab sebanyak 106 soalan mengenai GST, tetapi bertukar menjadi kecoh ekoran halangan pihak berkuasa.
Selain Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang merupakan penggerak utama, protes turut disertai Pemuda PAS dan pertubuhan bukan kerajaan belia seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) dan Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia.




GST: 106 soalan untuk kastam

KELANA JAYA - Sebanyak 106 soalan berkaitan GST diberikan kepada kastam, dalam satu himpunan bantah GST di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam himpunan itu, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah GST melibatkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyuarakan bantahan tersebut yang berlangsung pada jam 11 pagi.

Antara soalan yang diajukan antaranya, penggunaan kad kredit yang dikenakan GST, pembelian rumah, pengecualian GST terhadap Orang Kelainan Upaya(OKU) dan strategi kerajaan bagi memastikan harga barang berpatutan.

Difahamkan, bagaimanapun, soalan tersebut tidak akan secara langsung, tapi hanya akan dijawab melalui surat bertulis.

Demonstrasi turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Sasterawan Negara, A Samad Said serta pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Kini, sehingga jam 3.30 petang, peserta demonstrasi masih belum bersurai. Seramai lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan, bagi menjaga keadaan.

Pakatan usahakan IGP dirujuk pada JK Parlimen

Pakatan Rakyat mahu merujuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat kerana didakwa melanggar keistimewaan anggota Parlimen.

Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menghantar notis kepada speaker dewan supaya Khalid dirujuk bagi menentukan sama ada beliau melanggar keistimewaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Ini susulan tangkapan dibuat terhadap naib presiden PKR itu di rumahnya sebelum ini.

Notis itu diterima oleh pejabat speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pakatan kini sedang menunggu keputusannya.

Bukan anggota Parlimen boleh dirujuk ke jawatankuasa itu jika dianggap melanggar keistimewaan seseorang anggota dewan.

Lelaki 'serang' protes duduk Kita Lawan

Anggota Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang mendakwa terdapat pihak polis berpakaian biasa cuba mencetuskan kekecohan dalam protes duduk di Dataran Merdeka Kuala Lumpur awal pagi ini.

Chang, yang juga anggota sekretariat Kita Lawan, mendakwa semuanya berjalan lancar sehingga peserta dikejutkan oleh seorang lelaki yang cuba mencetuskan kekacauan.

“Kami bangun pada 2.30 pagi apabila pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menurunkan plakad tetapi pujian kepada mereka kerana profesional dan tidak menggunakan kekerasan.

“Tiba-tiba, seorang lelaki tanpa uniform datang dan menendang payung,” katanya dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini.

Protes duduk bantah bermula Sabtu lepas bertujuan menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan susulan penangkapan pihak terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan ulasan polis berhubung dakwaan itu.

Aktivis anti-GST ditangkap di kompleks kastam

Puluhan aktivis yang membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya ditangkap polis selepas enam jam berada di situ.

Kira-kira 60 orang dimasukkan ke dalam trak polis sebelum dibawa ke sebuah dewan, tidak jauh dari koridor pusat maklumat jabatan itu, tempat asal mereka berkumpul.

Turut ditahan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Sebelumnya, lebih 100 aktivis merancang bermalam di kompleks itu sebagai membantah GST yang bakal dilaksanakan minggu depan.

Mereka merancang begitu, jika perlu, dalam usaha mendapatkan jawapan daripada Jabatan Kastam berhubung lebih 100 soalan mereka tentang pelaksanaan GST.

Arutchelvan dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin, yang memimpin bantahan ini, mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Kami bersedia untuk bermalam di sini sehingga kami mendapat jawapan-jawapannya. Kami ada rancangannya, anda perlu tunggu," kata Arutchelvan.

Kumpulan itu duduk di kaki lima berdekatan pusat maklumat GST dengan diawasi sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan. Mereka berbual di situ, selain menyanyi dan mendengar ucapan-ucapan.

Pendidikan untuk semua, namun tidak dari p'bangkang?

oleh Jimmy Adit

Warga Sarawak, yang sentiasa gembira dan mudah bertolak ansur, tidak berkata apa-apa pun. Bukanlah mereka tidak mampu berkata “tidak”. Malah sebaliknya, apabila mereka berkata “tidak” kepada Umno yang ingin bertapak di negeri itu, atau kepada ekstremis agama dan pentaksub seperti Datuk Ibrahim Ali dan Redhuan Tee Abdullah yang mahu masuk ke sana. Orang Sarawak mampu membelah langit – seperti halilintar – apabila mereka keras membantah.

Namun dalam soal pendidikan untuk umat manusia, atau lebih tepat, untuk pekerja asing, diam mereka merupakan alu-aluan yang tidak diucapkan. Tindakan warga Sarawak yang tidak berkata apa-apa itu hanya bermakna mereka gembira, malah berangkali berbangga, yang mereka diberi peluang untuk mempraktikkan salah satu perjuangan utama Unesco untuk kemanusiaan – pendidikan untuk semua.

Warga Sarawak yang universal – mungkin itulah yang anda mahu percaya. Sehinggalah anda menyedari ada orang Sarawak yang berbangga berbuat baik kepada anak-anak pendatang asing, namun sanggup melakukan apa sahaja untuk menafikan pendidikan kepada anak negeri sendiri, hanya kerana ia diberikan oleh politikus pembangkang.

Ahli Parlimen Dan ADUN Kita Kurang membaca..

Oleh Abu Hassan Adam
Aku tak kata semua ahli parlimen dan ADUN (selepas ini disebut sebagai Wakil Rakyat) tidak membaca. Ada. Tetapi aku yakin tidak ramai yang memperdalami ilmu mereka melalui bacaan. Malah ramai yang menghadirkan diri di parlimen atau DUN Negeri hanya untuk ‘memanaskan kerusi’ supaya kelihatan mereka ‘bekerja’. Tetapi jika dikaji dari segi sumbangan mereka terhadap usaha memajukan negara mungkinlah amat berkurangan.

Yang menyebabkan aku ‘terpanggil’ untuk menimbulkan isu ini adalah berpunca dan ekoran daripada isu ‘Hudud’ yang baru sahaja dibincangkan di DUN Kelantan baru-baru ini. Isu itu hanya merupakan ‘catalyst’ bagi aku untuk menyentuh soal yang sebegini. Malah sudah banyak isu lain yang hanya sebagai ‘air lalu’ sahaja di parlimen tanpa mendapat perhataian dan perbincangan secara kritikal oleh ahli parlimen. Dan yang menyebabkan aku berminat untuk menyentuh isu ini juga adalah ekoran daripada ucapan yang disampaikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Parliemn baru-baru ini. Terus terang aku katakan bahawa aku ‘terpegun’ mendengar ucapan beliau. Seolah-olah cara penyampaiannya mirip kepada keadaan parlimen tahun-tahun 1980an dan awal 1990an. Berperadaban. Cara penyampaian yang sungguh tertib dan beradab dengan hujah-hujah yang bernas. Tidak perlu menjerit-jerit dan melolong untuk menyampaikan ucapan dan hujah dan tidak sepertimana yang dilakukan oleh setengah ahli parlimen.
Aku merasakan rakyat Malaysia amat merindui keadaan sedemikian untuk dilakukan oleh ahli parlimen kita, apatah lagi apabila tingkah laku mereka itu diperhatikan juga oleh anak-anak sekolah yang kadang-kadang hadir menyaksikan perbahasan di parlimen itu. Ada terdapat keadaan di mana ahli parlimen yang merasa ‘bangga’ mempamerkan ‘kelakuan’ mereka di hadapan anak-anak sekolah, seolah-olah untuk menunjukkan ‘kehebatan’ mereka berhujah sedangkan apa yang disampaikan adalah ‘jeritan’ dan ‘maki hamun’. Tentulah amat malang bagi parlimen kita yang merupakan institusi paling mulia, merangka undang-undang negara.

Persoalan timbul mengenai GST

KUALA LUMPUR: Tarikh akhir 1 April bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semakin menjelang; tetapi persoalan-persoalan mengenai levi kontroversi ini masih berlegar-legar di atas kepala peserta hartanah komersial sekunder. Ironinya, pakar percukaian juga seolah-olah tertanya-tanya – tanpa memiliki jawapan konkrit.
Punca sebenar perbalahannya, menurut beberapa pakar cukai, adalah dakwaan bahawa GST tidak sepatutnya dikenakan ke atas urus niaga modal, yang pada hakikatnya adalah satu bentuk pelaburan.
Seorang perunding berkata secara menyindir bahawa "Kastam [Diraja Malaysia] tidak memahami konsep pelaburan".
Beliau menjelaskan yang dalam Akta Cukai Pendapatan, terdapat definisi yang jelas mengenai pendapatan pelaburan. Ia mengiktiraf yang banyak syarikat-syarikat memiliki lebihan dana yang dilaburkan dalam bon-bon yang meraih pendapatan faedah, saham-saham yang meraih dividen atau hartanah yang membawa pendapatan sewa. Ia juga mengiktiraf yang hartanah ini boleh dijual, untuk keuntungan, pada bila-bila masa.
Bagaimanapun dalam GST, pokoknya adalah untuk membezakan jika entiti itu terlibat dalam perniagaan perdagangan atau pajakan hartanah. Jika begitu, terdapat juga keperluan untuk memenuhi kriteria pendapatan lebih daripada RM500,000 setahun.

‘Royal my foot’ - Polis ambil keterangan Tony Pua

PUPTekSM bantah kenaikan tambang pengangkutan awam

Hanipa Kemuka Rayuan supaya Ketua Pembangkang Hadir Sidang

Mahfuz: 1MDB tiada yakin dengan kepakaran tempatan?

'Bapa Ridhua Tee tipu Melayu': PAS buat laporan polis

PAS: Umno restui Gerakan halang hudud di Kelantan?

Lim: Heret IGP ke JK Hak & Kebebasan Parlimen

DAP tinggalkan Pakatan hanya spekulasi, kata Azmin

MB sahkan perjanjian air S'gor - pusat disambung semula

UMNO tetap bazir.. Rakyat angguk sajaaaaaaa!!!


Kos promosi GST cecah RM365 JUTA !!!..


WOWW!! Kos promosi GST cecah RM365 JUTA !!!.. ni salah satu papantanda yang menipu dan perbodohkan rakyat.. Strategi serampang bodoh berganda UMNO...

p/s: Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab pertanyaan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berhubung kos kempen dan iklan cukai itu.

SENANG BUKAN JADI KERAjaan yg gaji mereka dibayar dari 'tax-payer' rakyat...


SENANG BUKAN JADI KERAjaan...
Jawab 1 Soalan Lepas Tu Cabut Lari...

TAHUKAH ANDA.. selepas menjawab 1 dari 106 soalan yang belum sempat dikemukakan, wakil KASTAM berkata bahawa ;

- Kita akan terima semua soalan tersebut.

- Dan kita akan jawab di kemudian hari.

KENAPA menteri kuat sangat 'kencing' pd rakyat ???


KENAPA menteri selalu nak perbodohkan rakyat ???

SARDIN KENA GST ??.. Kenapa? 
Senang aja jawapan menteri.. "Sudah ditentukan Parlimen"

IGP perasan dirinya ulama muktabar, kata Rafizi

Rafizi: RM28 million to upgrade the cabin of Najib's new jet


Bantah GST: Lensa Protes Di Pejabat Kastam Kelana Jaya