Ahad, 22 Mac 2015

Ahmad Fathan penyambung legasi Allahyarham Nik Aziz di Chempaka


Menang dengan majoriti 10,092 undi, Ahmad Fathan Mahmood atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Fathan oleh masyarakat Chempaka secara rasminya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, menggantikan penyandangnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ahmad Fathan merupakan Imam Tua (Besar) di Masjid Mukim Baung, yang juga Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa, sebelum diumumkan sebagai calon PAS bagi PRK DUN Chempaka.
Tekad meneruskan legasi kepimpinan ulama sebelum ini, Ahmad Fathan yang menekankan konsep penyampaian ilmu agama kepada masyarakat di dalam DUN Chempaka, seperti yang dilakukan Allahyarham Nik Abdul Aziz sebelum ini.
Pemilihan Ahmad Fathan mendapat restu ramai, termasuk daripada kalangan pimpinan PAS Pusat serta negeri yang mahu golongan ulama terus menerajui kepimpinan Chempaka.
PRK DUN Chempaka menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Ahmad Fathan dan empat calon bebas.
Namun, kempen PRK kali ini tidak semeriah PRK lain yang terdahulu, kerana tiadanya calon daripada Barisan Nasional (BN) yang turun gelanggang, selain dikatakan turut disumbang faktor pembentangan hudud di sidang DUN Kelantan yang telah diluluskan, Khamis lalu.

SYUKUR.. Inilah "BN BERI NIKMAT" yg dinanti2kan seluruh rakyat M'sia..



Alhamdulillah.. TAHNIAH PAS


PAS kekal di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi

Calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad (dua kanan) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas keputusan rasmi itu diumumkan di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa malam ini.



KEPUTUSAN RASMI PENGIRAAN UNDI PRK N.06 CHEMPAKA
PAS: 10,899
KUNCI: 89
PEN: 51
BUKU: 27
GAJAH: 807
MAJORITI: 10,092


KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman.

Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU-13) yang lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam  9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.

Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,999 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan.

Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi,  Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi.

Kebocoran ‘kecil’ 1MDB masih boleh menenggelamkan SS Malaysia

“Satu kebocoran kecil mampu menenggelamkan kapal hebat,” menurut pepatah Inggeris, sesuatu yang patut dipertimbangkan selepas komen terbaru dari Perbendeharaan bahawa kemelut kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanyalah “isu kecil”.

Dan dalam nada yang sama, seseorang harus ingat bahawa 1MDB mungkin syarikat kecil di tengah-tengah syarikat korporat yang lebih besar, hutangnya yang bernilai RM42 bilion bukanlah satu jumlah kecil.

Dan jika negara kita adalah kapal SS Malaysia, kebocoran ‘kecil’ 1MDB masih mampu menenggelamkan kita semua.

Hakikat bahawa kebanyakan wang ini, jika bukan semua, dijamin oleh kerajaan juga adalah sangat merisaukan dan bermakna pembayar cukai akan menanggung beban pembayar semula hutang ini andai keingkaran berlaku.

Dan ingatlah isu ‘kecil’ 1MDB ini tidak hanya melibatkan RM42 bilion tetapi melibatkan juga apa-apa yuran dan faedah yang dalam tempoh pembayaran balik, yang akan merugikan rakyat lagi.

Sememangnya hutang bernilai RM42 bilion itu ‘isu kecil’ yang mampu menenggelamkan bukan saja 1MDB tetapi seluruh negara, membawa kita semua tenggelam ke dasar lautan.

Seperti yang dilaporkan Bloomberg, pengarah senior agensi penilaian Fitch Rating dan ketua Asia-Pacific Sovereign Ratings, Andrew Colquhoun telah memberi amaran terhadap perkara ini.

“Penilaian BBB mungkin paling sesuai buat Malaysia kerana tahap pendapatan dan pembangunan, dan negera ini mendapat markah yang lebih rendah dalam pentadbiran berbanding rakan negara lain.

“1MDB menunjukkan hasil dari pentadbiran yang lemah,” beliau dilaporkan berkata.

Kata-kata tidak menyenangkan Colquhoun ini telah ditafsirkan sebagai petanda penurunan taraf buat penilaian kedaulatan Malaysia.

Ia juga telah menunjukkan satu lagi masalah yang lebih poros berbanding kebocoran ‘kecil’ 1MDB, iaitu “pentabdiran yang lemah”.

SYUKUR.. KERAjaan BN 'TAK PANDAI' TIPU RAKYAT...



Dr M kritik 1MDB dalam wawancara bersama pengasas Sarawak Report

Dr M kritik 1MDB dalam wawancara bersama pengasas Sarawak Report
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini diwawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia.
Brown yang dilahirkan di Sarawak oleh pasangan British, terkenal dengan laporan yang mengkritik kerajaan negeri Sarawak sewaktu era bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud.
Dalam wawancara bersama Dr. Mahathir, Brown menekankan penolakan bekas Perdana Menteri itu terhadap syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan isu-isu berkaitannya.
Wawancara itu dibuat selepas kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.
Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.
Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.
Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada.

Penduduk Dun Chempaka pikul tilam berlogo Umno


PENGKALAN CHEPA: Umno tiba-tiba muncul di Chempaka biar pun parti itu tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan hari ini.

Semalam beberapa penduduk hadir pada program difahamkan dianjur parti itu di sebuah kampung di unit peti undi (UPU) Tok Sadang bagi menerima tilam dan peralatan dapor berlogo Umno.

Pada tilam yang dipikul penduduk tertulis perkataan Putera 1Malaysia. Selain itu ada juga penduduk menerima dapur gas dan peralatan lain.

Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Azmi Noor berkata Umno tidak wajar mengambil peluang hari terakhir kempen dengan mengagih bantuan kepada penduduk di kawasan yang terbabit PRK.

Katanya biar pun bantuan itu diberi atas nama bantuan banjir namun mengapa ia dibahagi ketika kempen pilihan raya sekarang.

“Tentunya ada sesuatu niat tersembunyi mereka kerana bantuan seperti itu sudah lama diberi di tempat-tempat lain.

“Kalau mereka hendak mengambil kesempatan politik sepatutnya menyertai pilihan raya dan bukannya menyembunyikan diri dengan pelbagai alasan,” katanya di sini.

Semalam ditemui beberapa penduduk memikul tilam dan mengelek barangan dapor yang berlogo Umno diUPU Tok Sadang.

Masa sukar bagi peruncit tempatan

KUALA LUMPUR: Ekonomi serantau dilaporkan merudum bagi jualan runcit bulan Disember, meskipun tempoh tersebut sarat dengan perayaan. Menurut laporan terkini Bank of America Merrill Lynch, jualan runcit Hong Kong pada Disember susut pada kadar 3.9% dan 1.3% dari sudut nilai dan volum.

Pada tahun sebelumnya, ia berada pada paras 0.2% bagi volum sebelum meningkat ke 0.6%. Ini merupakan penurunan pertama jualan runcit sejak wabak SARS melanda pada 2003. Singapura berada pada kedudukan lebih baik berdasarkan angka Jabatan Statistik.

 Jualan runcit republik itu naik ke 2.6% pada bulan Disember berbanding pada 2014. Walaupun ia bulan perayaan Krismas, jualan runcit tanpa mengambil kira jualan kereta menurun pada kadar 3.3% berbanding bulan November. Penganalisa runcit serantau menekankan bahawa angka ini menunjukkan pembeli lebih berhati-hati berbelanja.

Seperti jangkaan, jualan di pasaraya mini dan kedai runcit menyaksikan pertumbuhan yang sedikit. Sektor ini merekodkan angka yang lebih buruk berbanding jualan stesen minyak dengan susut sebanyak 13%. Adakah sektor runcit di Malaysia akan terjejas sama? Kami menemubual persatuan rangkaian runcit Malaysia (MRCA) bagi mendapatkan maklumbalas mereka tentang jangkaan bagi sektor jualan runcit.

Memahami soal perkauman

PETALING JAYA: Perkauman. Perkataan ini sudah cukup untuk menggerakkan hati kita. Kami mungkin jahil atau memilih untuk tidak mengendahkannya, tetapi ia berkisar perselisihan suram, satu entiti bak kanser yang tertanam mendalam di dalam hampir setiap aspek kehidupan di Malaysia.
Memang wajar bahawa isu ini sentiasa tersemai di negara kita. Kita merupakan masyarakat berbilang etnik. Kita memiliki pelbagai warna, budaya dan kepercayaan. Pergeseran tentunya dijangkakan.
Walaupun begitu, atau sebagai akibat dari itu, isu perkauman seolah-olah semakin berleluasa dalam persekitaran kita. Ia bukan sahaja sesuatu yang berkisar Malaysia sahaja. Kami melihat ke arah dunia luar dan kita lihat rusuhan Ferguson di Amerika Syarikat. Kami melihat ke dalam dan kita dapati gesaan boikot dilaungkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Isu itu sendiri adalah membimbangkan. Sehinggakan menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew tahun lepas, majoriti rakyat Malaysia melihat "kebencian agama dan etnik" sebagai satu ancaman global. Sukar untuk tidak mengabaikan ancaman yang ketika ini adalah sesuatu yang sering berlaku.
Bila sebenarnya kita menjadi begitu sensitif mengenai isu-isu perkauman? Tanya warga emas dan mereka akan memberitahu anda: "Pada masa saya muda, kita tidak berfikir banyak tentang perkauman. Ada yang mungkin menghamburkan kata-kata bersifat perkauman, tetapi kita tidak peduli tentangnya."

Tidak rela diperalat BN

Oleh SUHAIZAN KAIAT
SEMASA saya masih menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dahulu, saya selalu berhubung dengan pimpinan Pemuda PAS Johor seperti Mazlan Aliman, Dzulkifli Ahmad, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Aminuddin Ayob dan beberapa orang yang lain.
Sebagai penjawat awam, lokap, penjara dan mahkamah adalah sesuatu yang menakutkan. Tetapi bagi orang politik yang baharu saya kenali berbeza pemikirannya pula. Mereka bangga terhadap tangkapan yang dibuat pihak polis yang mereka telah lalui.

Sesekali bertemu mereka akan membilang siapa yang paling banyak kali ditangkap pihak polis. Pada mereka pemimpin yang pernah ditangkap polis adalah mereka yang telah melalui ujian dalam perjuangan. Soalannya apakah orang politik suka berbuat salah atau mereka sebenarnya sedang berkorban untuk satu perjuangan?
Pada masa artikel ini ditulis Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Fakhrurazi Mokhtar sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur kerana terlibat dengan satu himpunan #KitaLawan pada Sabtu 7 Mac 2015 yang lalu.
Turut sama ditahan adalah Ketua Pemuda Angkatan Muda KeADILan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa anggota KeADILAN seperti Saifullah Zulkifli, Fariz Musa dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.
Pada malamnya akan diadakan himpunan solidariti di hadapan lokap Balai Polis Jinjang. Anak Muda berkumpul untuk memberi semangat kepada mereka yang ditahan.
Persiapan himpunan #KitaLawan adalah ringkas sahaja. Dianjurkan oleh anak muda Pakatan Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak terlibat secara langsung.
Pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Presiden PAS, Dato’ seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng tidak hadir dalam himpunan ini.
Yang hadir hanyalah pimpinan muda Pakatan Rakyat dan NGO. Walaupun dengan persiapan ringkas dan tanpa kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat tetapi himpunan ini dapat menghimpunkan lebih 10,000 orang maka ini adalah suatu kejayaan besar yang boleh mengancam kerajaan BN. Jika pimpinan Pakatan Rakyat hadir maka kehadiran akan jauh lebih ramai.
Mereka yang hadir menuntut Dato’ Sri Anwar Ibrahim dibebaskan dan Dato’ Sri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.
Mereka menganggap Anwar mangsa kezaliman dan Najib terlibat dengan pelbagai masalah dalam negara.

Pusara Nik Aziz masih dikunjungi masyarakat jauh dan dekat

Walaupun lebih sebulan pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pusara beliau terus dikunjungi mereka yang datang dari jauh dan dekat, mengirim doa buat insan yang banyak menyumbang kepada pembangunan Islam, PAS dan Kelantan khususnya.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, umat Islam tidak putus-putus menziarahi tanah perkuburan bekas mursyidul am PAS itu, mengambil kesempatan peluang yang ada sewaktu cuti sekolah. Antara yang ditemui ialah Hakimah Ridzwan yang datang dari Perlis, bersama anak-anaknya, mensedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran buat arwah Nik Aziz. “Saya dari Perlis, datang baru pertama kali. Kebetulan cuti sekolah dan ada kenduri di sini.

 “Saya berasa sangat sedih dengan pemergian Tok Guru, dalam keluarga kami memang sayangkan beliau. Beliau ikon dan contoh terbaik,” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi pusara Allahyarham pada Jumaat. Mereka yang datang silih berganti kelihatan memanjatkan doa dan membacakan Surah Yasin untuk dihadiahkan kepada Allahyarham bekas menteri besar Kelantan itu.

Berhampiran tanah kuburnya turut diletakkan papan tanda mengingatkan pengunjung adab menziarahi kubur di dalam Islam dan mengingatkan mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang agama. Mohd Zaki Mohd Ali yang turut mengambil kesempatan menziarahi pusara Nik Aziz di Pulau Melaka itu berkata, arwah merupakan seorang pemimpin yang tidak mementingkan kemewahan dan dekat di hati rakyat.

Katanya, di saat pemimpin negara diserang hebat kerana mengabaikan kebajikan rakyat, Nik Aziz sentiasa diingati sebagai seorang menteri besar yang merendah diri dan menonjolkan kepimpinan berbeza dengan rakan sejawatnya di negeri lain. “Kita tengok beliau lain sebagai seorang menteri besar. Rumah beliau mana ada pengawal keselamatan. Kita bebas keluar masuk. "Mana ada menteri besar yang kita boleh panggil untuk cukur rambut anak kita, mendoakan kita. Pemimpin itu yang kita nak.

Eric Paulsen ditangkap polis kerana tuit hasutan

Eric Paulsen ditangkap polis kerana tuit hasutan
KUALA LUMPUR: Peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen ditahan hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dipercayai kerana tuitnya yang didakwa menghasut, kata peguamnya Melissa Sasidaran melalui Twitter.

Melalui Twitter Melissa memberitahu, Paulsen telah ditahan pihak polis kira-kira jam 5 petang tadi sewaktu mereka sedang minum petang bersama teman-teman lain dalam acara Arts For Grab.

Dalam insiden yang berlaku di aras bawah tanah Dataran Merdeka itu, difahamkan, telefon bimbit Paulsen juga telah dirampas.

“Dia ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Hasutan namun tiada maklumat lanjut setakat ini,” ujarnya yang menambah pihak polis sedang memohon reman bagi penahanan Paulsen.

Penahanan Paulsen dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa tuitnya yang mempersoalkan tentang pelaksanaan hudud di Kelantan.

BAIK TANG MENIPU ADA LA !!!!


Alhamdulillah... Betul la kata Najib bila dah GST, byk harga barang akan turun.. RUPA2NYA kenaikan peratusan harga barang yg naik (5.7%) adalah SEBANYAK 28.5 KALI GANDA (dari segi keperatusan) berbanding yg turun (0.2%)..

NAMPAK TAK PERMAINAN 'MEREKA' bagi mengaburi rakyat kononnya GST itu baik utk rakyat.. baik tang mana !!!

APA SUDAH JADI 'sokongan rakyat' terhadap perlaksanan GST ???


Blom lagi GST dilaksanakan minggu hadapan dah ada penolakan pelaksanaan tambang baru slps GST dilaksanakan..

Sama2 kita nantikan reaksi rakyat Malaysia slps cukai gan'GST'er dilaksanakan minggu hadapan..

GST: Harga makanan naik, kualiti mesti meningkat


Tidak sampai 10 hari lagi Malaysia akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Semakin hampir masa pelaksanaan GST, ramai yang berasa gusar termasuk para peniaga restoran yang tidak dapat lari daripada berasa khuatir - takut perniagaan mereka terjejas dek langkah penjimatan pengguna dalam menghadapi cukai tersebut.
Peniaga restoran Q-Bistro yang mahu dikenali sebagai Shadar mendakwa sejak kebelakangan ini ramai para pelanggannya bertanyakan sama ada restoran itu mengenakan GST atau tidak.
Katanya, sebagai sebuah premis perniagaan sudah tentu restoran itu perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Kami memang terpaksa mengenakan GST kepada pelanggan dan apabila kami maklumkan perkara ini pelanggan, mereka tidak suka.
"Mereka merungut dan apabila pelanggan tidak suka, kami sangat bimbang. Takut perniagaan terjejas," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.
Tambah beliau, kebimbangan para pelanggannya memang berasas kerana selepas 1 April nanti sudah tentu bajet perbelanjaan makan di luar lebih tinggi berbanding sekarang.
Manakan tidak, jika sekarang pengguna hanya membayar RM2.20 untuk makan sekeping roti canai dan air teh O tetapi mulai bulan depan terpaksa menambah 10 sen lagi.
Shadar berkata, mungkin jumlah itu tidak besar bagi individu tetapi jika makan sekeluarga, caj GST yang perlu dibayar lebih banyak.

Hudud: Tetap komited walau rakan PR bantah


Hudud

KOTA BHARU - Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff mengakui ada pihak yang bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesetengah perkara dalam PR.

Namun dalam perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud ini, kerajaan Kelantan tetap dengan pendirian untuk merealisasikan impian rakyat itu.

"Kita sudah bentangkan di sidang Dun Kelantan dan semuanya menyokong, kita tidak memaksa parti lain untuk menyokong namun kita akan tetap dengan impian untuk melaksanakannya," katanya ketika ditemui di pusat mengundi SMK Pengkalan Chepa 1, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan rakan komponen PR yang didakwa menolak dan tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud di negeri ini.

PKR: Hudud sandiwara Umno perangkap PAS

Sandiwara yang dimainkan Umno untuk memerangkap PAS mengenai isu hudud semakin menjadi-jadi walaupun Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu.

Dalam mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak minggu lalu, laporan mengenai keputusan mesyuarat itu berbeza-beza mengikut sumbernya.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan menyatakan bahawa Najib menentang rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah syariah) yang bakal dibawa oleh presiden PAS tidak lama lagi.

Malah, Liow Tiong Lai berkata perdana menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Sehingga kini, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan Najib mengenai pendirian beliau dan Umno apabila rang undang-undang persendirian itu dibentangkan.

Malah, tidak ada pengesahan pun bahawa rang undang-undang persendirian itu boleh dibentangkan dalam sidang kali ini.

Tangguh Saja, Usul Persendirian Jadikan Pas Akhirnya Sendirian

Usul persendirian Pas mengenai hudud di Parlimen benar-benar menjadikan parti itu bersendirian akhirnya. Setelah DAP secara terbuka menyatakan tidak akan menyokongnya, PKR pula semalam turut menyatakan pendirian yang sama.

Bagi PKR, tindakan mereka tidak menyokong usul itu ialah kerana berpendapat Pas membuat keputusan secara unilateral atau sebelah pihak tanpa memberitahu rakan-rakan dalam PR terlebih dahulu dan juga disebabkan ia bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu.

Lebih dari itu, tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang menghantar notis kepada Setiausaha Parlimen berkaitan pembentangan usul persendirian itu juga dianggap tindakannya secara bersendirian.

Ini kerana beberapa pemimpin Pas yang ditanya mengenai notis tersebut seperti Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Mahfuz Omar, turut menyatakan tidak tahu menahu mengenainya.

Tanpa sokongan PKR dan DAP, jika Pas meneruskan juga membawa usul berkenaan hudud itu di Parlimen, ia hanya disokong oleh 21 Ahli Parlimen daripada parti itu saja.

Oleh kerana pembentangan enakmen pindaan hudud di Dun Kelantan minggu lalu mendapat sokongan daripada UMNO, Pas mungkin mengharapkan semua 88 Ahli Parlimen UMNO akan menyokongnya dalam usul persendirian nanti.

Tetapi mengharapkan sokongan UMNO dalam usul hudud ini mungkin umpama impian menyentuh bintang di langit atau seperti harapan mengggunung ingin berjumpa bidadari dari kayangan saja.

Ia boleh dianggap sesuatu yang mustahil.

Selain sejarah membuktikan UMNO lebih selesa dengan undang-undang sekular,  Najib Razak sendiri pernah mengungkapkan penegasan tidak  akan melaksanakan hudud di negara ini. Dalam pada itu, UMNO juga terkepung dengan penolakan rakan-rakan dalam BN seperti MCA, Gerakan serta komponen Sabah dan Sarawak terhadap hukum itu.

Sukar untuk membayangkan UMNO sanggup menyokong usul persendirian hudud yang bakal dibawa Haji Hadi nanti dan dalam masa yang sama menyebabkannya berhadapan risiko ditinggalkan oleh MCA, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak yang merupakan antara penyumbang kekalnya kuasa BN itu sendiri.

BN umum pendirian hudud selewat-lewatnya Selasa

Tengku Adnan 
PUTRAJAYA - BN akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara.

"Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum ALLAH merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan PKR," katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program  Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) di sini hari ini.

Dun Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu. 

Bagaimanapun rang undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan BN.

Kenapa PR berpecah kerana Kanun Jenayah Syariah?

Oleh DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
PR tidak perlu berpecah kerana Undang-undang Jenayah Islam (UUJI) merangkumi hudud, qisas dan takzir. Hal ini kerana:

1. UUJI sememangnya perjuangan PAS sahaja dan bukannya perjuangan DAP dan PKR dan bukan perjuangan bersama PR sebagaimana ia juga bukan perjuangan Umno dan BN.


2. Ketika penubuhan PR tahun 2009 sememangnya UUJI bukannya perjuangan yang disepakati bersama. Maka kenapa perlu berpecah hari ini selepas 6 tahun kerana perkara yang sememangnya tidak disepakati dari awal lagi?

PR dibentuk bukan untuk menegakkan UUJI tetapi untuk perjuangan bersama menentang kezaliman, ketidakadilan, salah urus tadbir, ketirisan pengurusan kewangan, rasuah dan penyelewengan.

Dalam perkara yang tidak disepakati bersama maka ia kekal menjadi perjuangan bersendirian masing-masing parti tanpa prejudis.

Tolak ansur dalam perkara berbeza adalah semata-mata supaya PR boleh dibentuk.

3. Di atas konsep "agree to dis-agree" bersetuju untuk tidak bersetuju, maka PAS bersetuju untuk DAP dan PKR tidak bersetuju dengan perjuangan untuk melaksanakan UUJI.

Maka di atas konsep itu jugalah DAP dan PKR perlu menghormati hak demokrasi PAS untuk memperjuangkan UUJI menurut lunas demokrasi, bukan dengan mengugut atau menuduh PAS sebagai pengkhianat.

Ulama PAS: Kenapa lepas 6 tahun PR mahu nak pecah?

Dewan Ulama PAS mempersoalkan kenapa Pakatan Rakyat harus berpecah kerana perbezaan pandangan dalam isu hudud sedangkan daripada awal lagi perkara itu sudah diketahui.

“Ketika penubuhan Pakatan tahun 2009 sememangnya undang-undang jenayah Islam bukannya perjuangan yang disepakati bersama.

“Maka kenapa perlu berpecah hari ini selepas enam tahun kerana perkara yang sememangnya tidak disepakati dari awal lagi?
” soal Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman.

Katanyam DAP dan PKR sendiri sedar bahawa PAS tidak mungkin menggugurkan hudud sebagai perjuangan mereka ketika Pakatan ditubuhkan.

PAS juga, katanya, daripada awal sedar bahawa kedua-dua sekutu mereka itu tidak akan menyokong perlaksanaan undang-undang itu.

Hudud: Rafizi cabar bubar BN

KUALA LUMPUR 22 MAC- Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mencabar parti komponen Barisan Nasional dibubarkan jika gagal mendapat pendirian rasmi Perdana Menteri berhubung isu hudud Pas di Kelantan.
Katanya, laporan mengenai keputusan mesyuarat kabinet berbeza-beza seperti kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Najib menentang Rang Undang-undang Persendirian yang bakal dibawa Pas.
“Sehingga kini, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pendirian beliau dan Umno apabila rang undang-undang persendirian itu dibentangkan.
“Malah, tidak ada pengesahan pun bahawa rang undang-undang persendirian itu boleh dibentangkan dalam sidang kali ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Semalam, Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri menyatakan besar kemungkinan rang undang-undang persendirian itu tidak sempat untuk dibentangkan di parlimen.
Menurut Rafizi, sandiwara ini berterusan lagi di media yang rapat dengan Umno BN seperti Sinar Harian dan Sinchew Daily memuatkan laporan di muka hadapan
“Pendirian Umno berubah-ubah mengikut pengundi sasaran mereka. Ini adalah rentetan sandiwara demi sandiwara Umno untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Katanya, Rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa itu hanya boleh dibentang dengan persetujuan pmenteri dan hanya akan lulus jika semua 88 ahli Parlimen Umno mengundi menyokongnya.

Azmin: PKR tidak pernah tentang hukum Allah

mole-Pas-Hudud-3SHAH ALAM, 22 MAC: PKR hari ini menegaskan tidak pernah menentang hukum Allah berkaitan pelaksanaan hudud yang terkandung dalam Al-Quran, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.
Sebaliknya, beliau berkata parti itu tidak bersetuju dengan mekanisme yang dibawa PAS kerana ia dikatakan tidak menghormati prinsip dan semangat bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Kita tidak menentang hukum Allah, sebagai muslim kita tidak boleh menentang hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran cuma mekanisme yang dibawa dalam PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR, itu sahaja.
“Kita mahu sebarang cadangan yang dikemukakan mestilah dibentang dan diputuskan Majlis Presiden, tetapi ini tidak berlaku sebab itu kita membantah,” katanya selepas melancarkan projek Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, dekat sini hari ini.

KPMG Didakwa Manipulasi Akaun Ketika Audit 1MDB

kp1m
Menurut dokumen yang diperoleh laman web Sarawak Report, juruaudit global KPMG didakwa memanipulasikan rekod kewangan ketika mengaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang.
Laman pemberi maklumat itu melaporkan, bukti menunjukkan wujud “amalan yang tidak boleh diterima dan tidak beretika”, termasuk bersubahat secara aktif mengubah tarikh dokumen yang disebut dalam laporan audit, dan campur tangan bagi mengubah secara retrospektif perjanjian yang ditandatangani 1MDB sebelum ini.
Katanya, penipuan itu berkitar pada tarikh 31 Mac, 2010, iaitu hari terakhir tempoh perakaunan dan hari apabila audit KPMG secara mutlak menyatakan usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings ditukar kepada kemudahan pinjaman Murabaha.
Menurut laporan tahunan itu, 1MDB memasuki perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi Holdings pada 28 September 2009, dan pada 31 Mac, 2010, ia memeterai satu perjanjian surat jualan saham bagi melupuskan pelaburannya dalam entiti yang dikawal bersama itu untuk satu pertimbangan bernilai lebih RM4.1 bilion.

Polis siasat 1MDB tanpa menunggu laporan audit

Kami perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas apa juga maklumat yang diterima tanpa perlu menunggu laporan penuh.
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tetap menjalankan siasatan terhadap isu dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap syarikat itu.
khalid 1mdbBeliau berkata, walaupun polis sebelum ini menetapkan hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1MDB mengesan sebarang percanggahan, pasukan petugas khas bagi kes itu yang bermesyuarat pada Jumaat lalu memutuskan segala maklumat atau laporan yang diterima berhubung kes itu perlu disiasat.
“Berikutan polis menerima maklumat dan laporan berkaitan kes (1MDB), pasukan petugas khas ini berpendapat kami perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas apa juga maklumat yang diterima tanpa perlu menunggu laporan penuh Jabatan Audit Negara selesai,” katanya.
Bernama melaporkan, selain Bahagian Jenayah Komersial, pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana syarikat itu turut disertai Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.
1MDB, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 2009, menjadi fokus utama media dan masyarakat berikutan dakwaan penyelewengan pengurusan kewangannya.
Berhubung isu stesen radio BFM yang memuat naik klip video menyindir pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Ketua Polis Negara berkata ini kali kedua stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris itu terbabit mempersendakan agama Islam.
Katanya pada akhir tahun lepas, stesen radio BFM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu wawancara yang dibuatnya bersama sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan berhubung kalimah Allah pada 21 Okt 2013.

Pemandu teksi ingkar arahan kabinet, mahu kekal tambang baru

Kumpulan pemandu teksi hari ini mengatakan mereka tidak akan mempedulikan arahan kabinet supaya menangguhkan pelaksanaan tambang baru sehingga mereka menerima notis rasmi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) Amran Jan berkata, kira-kira 40% hingga 50% dari 6,000 ahlinya sudah mengubah suai meter mereka kepada tambang baru susulan pengumuman SPAD yang kadar tambang teksi bajet di Lembah Klang akan naik ke 25 sen setiap 200 meter.
"Kami minta semua pemandu teksi yang sudah mengubah meter mereka meneruskan operasi mengikut kadar baru, selagi mana SPAD tidak mengeluarkan arahan membatalkan tambang baru itu.

 "Setakat ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang itu, bermaksud keputusan terletak pada SPAD. "Selagi tiada pekeliling daripada SPAD, atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyokong kenaikan kadar itu, kami tidak akan mematuhi mana-mana bantahan," kata Amran pada satu sidang media dihadiri lebih 80 pemandu teksi hari ini.
Pada Khamis, SPAD mengumumkan tambang teksi dan kereta sewa dibenarkan naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei, tambang bas ekspres akan naik 22.6%.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.
Bagaimanapun, semalam Muhyiddin berkata kabinet meminta SPAD menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang diumumkan itu.

Kami bukan alat untuk kepentingan politik kerajaan – Amran Jan

Kalau mereka (Kabinet) nak perjuangkan isu rakyat mereka perlu mengkaji balik perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) , menyelesaikan ketirisan wang negara.
teksi spadKUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi Lembah Klang hari ini berkumpul bagi membantah tindakan pihak kabinet yang menggesa Suruhanjaya pengankutan Awam Darat (SPAD) menangguhkan kadar kenaikkan tambang baharu yang telah diumunkan 2 hari lepas.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pihak kerajaan sepatutnya membuat keputusan berdasarkan kepentingan semua pihak bukannya untuk kepentingan politik.
“Kabinet perlu buat keputusan atas dasar Kerajaan bukan politik, kita tidak mahu kita menjadi alat untuk kepentingan politik sesetengah pihak untuk menggekalkan kuasa mereka sahaja,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Katanya, sekiranya pihak kabinet menggunakan alasan untuk menjaga kepentingan rakyat bagi menangguhkan kenaikkan harga tambang ini, kerajaan perlu melaksannya secara menyeluruh.
“Kalau mereka (Kabinet) nak perjuangkan isu rakyat mereka perlu mengkaji balik perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) , menyelesaikan ketirisan wang negara yang dilaporkan jabatan audit negera itu lebih penting daripada terus menyentuh isu kecil seperti hak pemandu teksi,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak kerajaan supaya membenarkan kenaikkan harga tambang teksi yang diumumkan pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar sebelum ini, bagi membela nasib pemandu teksi di negara ini yang kian dihimpit dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.
Pihaknya juga menyokong tindakan SPAD menaikkan harga tambang tersebut dan ianya sesuai dilaksanakan sekarang setelah sejak enam tahun kos tersebut tidak dinaikkan.
Pada masa sama, beliau berkata pihak pemandu teksi akan terus menggunakan kadar harga baru yang telah ditetapkan sebelum ini sehingga pihak SPAD mengeluaran arahan secara rasmi untuk menarikan balik kenaikkan kadar tambang baharu.

Penyelewengan audit antara punca hutang 1MDB bertimbun – Tony Pua

PETALING JAYA, 22 MAC: Pendedahan terbaru Sarawak Report mengenai syarikat audit KPMG yang bersubahat menutup skandal kerjasama 1MDB PetroSaudi dengan 1MDB dalam penyata kewangan Mac 2010 mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mengatakan bukti KPMG terlibat dalam penipuan jelas apabila Sarawak Report mendedahkan satu emel bertarikh 9 Jun 2010 antara Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Nik Kamil dan Ketua Pengarah Eksekutif PetroSaudi Patrick Mahoney.
“Emel itu sendiri menjadi bukti kukuh KPMG bukan sahaja bersubahat untuk menutup usaha sama itu, bahkan mereka juga memberikan nasihat kepada 1MDB tentang bagaimana untuk melaksanakan penyembunyian transaksi perjanjian mengikut kehendak mereka,” kata Tony.
Menurut beliau lagi, kegagalan KPMG untuk bertindak secara berintegriti dan mandiri dalam menjalankan audit telah menyebabkan 1MDB mengumpul hutang yang menggunung.
“Tindakan mereka membantu menyembunyikan usahasama 1MDB dan 1MDB PetroSaudi telah membolehkan 1MDB terus bertindak secara sembarangan memberikan lebih banyak wang tunai kepada PetroSaudi.

Dr Mahathir tidak percaya 1MDB beri manfaat kepada negara

Penjelasan yang dibuat tidak memberi pencerahan tentang apa-apa. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai.

mahathir 1mdbKUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB memberi manfaat kepada negara dalam apa jua keadaan.
Dalam wawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia, bekas Perdana Menteri mendakwa kerajaan ‘memperjudikan wang dalam dana lindung nilai’.
Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.
Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.
Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada.
“Penjelasan yang dibuat tidak memberi pencerahan tentang apa-apa. Saya ingin tahu di bank mana wang itu disimpan sekarang. Satu bilion dolar, anda mesti menyimpannya di suatu tempat,” katanya.
“Saya tidak tahu di mana wang itu – yang merupakan sebahagian daripada ketelusan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Mengulas mengenai wang itu, katanya, “Saya tidak fikir ia memberikan apa-apa fungsi. Itulah perbezaan (pendapat) saya dengan kerajaan. Saya tidak fikir kita memerlukan dana seperti ini.”

Hina Islam: Aisyah disalah siasat, kata bapa

Bapa kepada wartawan radio perniagaan BFM Aisyah Tajuddin berkata siasatan dibuat terhadap anaknya berkaitan penghinaan agama adalah salah.

Tajuddin Mohamad Rasdi berkata anak perempuannya itu tidak mempersoal undang-undang itu sebaliknya hanya tafsiran hudud oleh PAS.

Beliau juga menyatakan rasa peliknya dengan siasatan dibuat oleh polis itu.

Tajudin berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sebuah forum berkaitan masa depan kebebasan beragama hari ini.

Polis hari ini berkata satira melibatkan Aisyah berkaitan isu hudud di Kelantan akan disiasat, bawah Seksyen 298  Kanun Keseksaan, sama ada ia menghina agama,

Chempaka: Trend Keluar Mengundi 10 Peratus Setiap Satu Jam - SPR

KOTA BAHARU, 22 Mac (Bernama) -- Trend keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sejak pagi ini hingga tengah hari ini adalah sebanyak 10 peratus setiap satu jam, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 38.82 peratus atau 7,915 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka selepas sembilan pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi.

"Kalau trend ini berterusan hingga ke petang, mungkin peratusan keluar mengundi akan tinggi (dan mencapai sasaran 70 peratus).

"Bagaimanapun kita tunggu selepas 12 tengah hari ini. Jika trend (keluar mengundi) menurun, peratusan juga akan jatuh," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat pengundian di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri di sini, Ahad.

Hadir sama Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Abdul Ghani Salleh.

Abdul Aziz sebelum itu melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa I dan Sekolah Kebangsaan Sri Chempaka.

Ditanya tentang pengumuman keputusan PRK, Abdul Aziz menjangkakan keputusan diumumkan pada pukul 9.30 malam.

HIDUP GST!!!..HIDUP GST!!!..HIDUP GST!!!


Alhamdulillah.. SYUKUR.. KERAjaan BN 'TAK PANDAI' TIPU RAKYAT... Yabedabedooooooo..... 
Emotikon upset

Dahlah insurans kereta kena GST 6% SAHAJA...
Harga kereta PUN 'BAKAL' naik juga ???

BerSYUKURLAH pd UMNO/BN kerana 'mereka' ini memberi NIKMAT kpd rakyatnya

DEKLARASI RUSILA 2015



Implikasi daripada perbincangan kolektif para perwakilan dalam Persidangan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 20-21 Mac 2015 yang diwakili perwakilan 41 buah Negara. Maka dengan ini, kami mengisyitiharkan resolusi persidangan yang dinamakan sebagai Deklarasi Rusila 2015 seperti berikut:
Isu Palestin:
1. Perlunya sebuah struktur penyelarasan yang lebih berkesan dengan mewujudkan sebuah Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin Global dan Pusat-Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin di pelbagai wilayah yang sesuai dengan peranan utama iaitu:
a. Penyelarasan bantuan fizikal dan dana.
b. Penyelarasan pembangunan dan pendidikan semula Palestin.
c. Penyelarasan aktiviti pembangunan pendidikan rakyat Palestin.
2. Mencadangkan agar Pusat Penyelarasan Bantuan Palestin Global atau Global Coordination Center For Palestinian Aid(GCCPA) adalah ditempatkan di Turki.
3. Menyeru supaya Kesatuan Ulamak Sedunia memainkan peranan yang efektif sebagai wadah yang memayungi pusat-pusat penyelerasan tersebut dan melantik jawatankuasa Protem dariapada kalangan wakil-wakil gerakan Islam.
Kebajikan Muslim minoriti dan Jaringan sivil:
1. Gerakan Islam di seluruh dunia mengiktiraf badan gabungan NGO-NGO Kebajikan Gerakan Islam sebagai badan penyelaras di peringkat global di bawah Kesatuan Ulamak Sedunia.
2. Bersetuju agar skop utama badan penyelaras tersebut merangkumi pusat:
a. Penyelarasan bantuan.
b. Penyelarasan pengumpulan dan pengagihan dana.
c. Penyebaran maklumat.
d. Penyelarasan pembangunan masyarakat dari pelbagai aspek termasuk kebajikan, pendidikan, kemahiran, ekonomi dan lain-lain.
e. Latihan menanggani “bencana dan pemulihan”
3. Menyatakan kesatuan dan dokongan sepenuhnya dengan kejerihan umat Islam tertindas di Kashmir, Nepal dan Arakan. Ini termasuk hak pemberdayaan sendiri bagi rakyat Kashmir sebagaimana termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
4. Membangunakan pengkalan data bagi semua NGO Islam yang terlibat dalam aktiviti kebajikan dan lain-lain bagi masyarakat Muslim minoriti.
5. Membangunkan Peta Muslim sedunia yang terkini.
6. Menjadikan Malaysia sebagai sekretariat badan penyelaras.
Pengupayaan Dakwah di Negara Umat Islam

PAS keluar Pakatan, itu dalam ilmu Allah - Presiden



MARANG: "Itu dalam ilmu Allah. Saya pun tidak tahu bila saya mati," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan media sama ada PAS akan keluar Pakatan Rakyat ekoran isu berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan pada persidangan Dun Kelantan, 19 Mac lalu.

"Kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat," tegasnya pada sidang media selepas tamat program Pidato Kemuncak pada malam terakhir Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Dewan Tok Guru, Rusila tengah malam tadi.
Hadir sama ialah Naib Presiden PAS dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Justeru, beliau berkata, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perkara akan datang yang berada dalam ilmu Allah.

"DAP tak setuju, itu hak dia," ujarnya apabila ditanya mengenai pedirian DAP yang tidak bersetuju dengan enakmen tersebut.

Katanya, PAS juga tidak setuju dengan pilihan raya majlis berkuasa tempatan yang dicadangkan oleh DAP.

"Kita tak setuju, kita diam," ujarnya.

Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai “hudud politik”.

Ditanya pendirian BN  berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya hari ini, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab “hudud PAS hudud politiklah”.

Menteri BN dan perdana menteri setakat ini masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu itu walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kelantan menyatakan sokongan pada usaha PAS itu.

Aisyah, BFM disiasat hina agama

Satira melibatkan pembaca berita radio perniagaan BFM berkaitan isu hudud di Kelantan akan disiasat sama ada ia menghina agama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Aisyah Tajudin akan disiasat bawah Seksyen 298  Kanun Keseksaan.

Khalid (kanan) berkata demikian dalam sebuah acara polis di Dataran Putrajaya pagi ini.

Katanya, tidak kurang daripada lima laporan polis dibuat dalam isu itu oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan video itu.

Khalid juga berkata akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan tindakan tegas terhadap pihak memainkan isu sensitif.

Selain Aishah, pihak yang mengugut bertindak ganas terhadapnya juga turut disiasat susulan penyiaran satira di laman web BFM itu.

Hudud - Antara perangkap, diperangkap dan terperangkap

oleh Shahbudin Husin
Undang-undang hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan minggu lalu akhirnya menyebabkan suasana politik sedikit berkocak kerananya. Tindakan Pas membawa usul mengenainya sebelum kata sepakat dicapai melalui PR bukan saja menjadikan parti-parti dalam gabungan itu berbalah, malah turut menyebabkan komponen BN mulai mahu menyingsing lengan sesama sendiri.
Setelah memperjuangkan hudud sejak sekian lama dan kemudian beralih kepada negara kebajikan sejak 2008, ramai pemerhati politik tidak faham mengapa Pas tiba-tiba begitu bersungguh mahu  menghidupkan semula hudud ini. Pas tentunya sedar hudud mendapat bantahan secara jelas daripada rakan mereka dalam PR iaitu DAP
Pas juga tentunya sedar sejak beralih kepada negara kebajikan, mereka telah mendapat sokongan yang lebih meluas daripada bukan Melayu sehingga mampu menang banyak kerusi bandar dan separa bandar di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri yang lain.  Konsep negara kebajikan secara realitinya menjadikan Pas lebih berkembang berbanding sebelumnya.
Lebih dari itu, walaupun undang-undang hudud diluluskan di DUN Kelantan, Pas masih memerlukan kelulusan Parlimen untuk menjadikannya realiti. Ketika ini Pas hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen dan secara sendirian mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
Pas tidak saja memerlukan sokongan UMNO yang ada 88 kerusi di Parlimen tetapi juga amat mengharapkan Ahli Parlimen Melayu daripada PKR memberi sokongan jika usul persendirian dibentangkan oleh Haji Hadi nanti.
Dalam keadaan ini, ramai yang beranggapan bahawa hudud hanyalah muslihat politik Pas untuk mengekalkan serta mengukuhkan sokongan pengundi Melayu di Kelantan di Terengganu. Pas, dakwa mereka, tahu hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan semata-mara bersandarkan 21 kerusi Parlimen yang dimilikinya.
Sebagai parti Islam dan memperjuangkan Islam, menegakkan hukum Islam adalah tuntutan. Hudud adalah senjata terbaik bagi Pas memastikan sokongan pengundi Islam tidak surut. Ia mungkin tidak berapa penting dalam konteks Selangor, Perak atau Pulau Pinang tetapi amat mustahak di Kelantan dan Terengganu.
Sebab itu semua Adun UMNO Kelantan juga menyokong usul hudud itu, bahkan ada yang menangis ketika membahaskannya. Memang benar hudud hukum Allah tetapi kenapa perlu Adun Kelantan menangis ketika menyokongnya sedangkan UMNO di peringkat Pusat dan negeri-negeri lain tidak pernah langsung terlintas mahu melaksanakan hukum hudud selama ini.
Daripada menangis untuk menunjukkan sokongan kepada hudud, bukankah lebih baik keluar UMNO dan menyertai Pas saja?

‘Kreativis’ Malaysia mencetus ribut di Geneva

Di Geneva minggu lalu, pendedahan Zunar menyebabkan dakwaan Malaysia negara umat Islam sederhana dan aman tercalar sehingga mencetus panik di kalangan delegasi Malaysia.
Ini turut disuarakan Wisma Putra. Zunar dijemput berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, sebagai tetamu ‘Artikel 19’ satu pertubuhan NGO yang berjuang bagi kebebasan ekspresi dan kebebasan informasi.

Walaupun dengan jadual yang sibuk, dia menerajui perhimpinunan spontan di luar pejabat PBB serentak dengan demonstrasi Kita Lawan, bagi menyokong pergerakan Free Anwar Ibrahim. Enam minggu sebelumnya, Zunar menggemparkan hadirin di London dan Oxford, dengan gambarannya tentang Malaysia yang menekan rakyatnya. Pada pagi Zunar berucap di Sommerville College, di Oxford University, beribu naskah bukunya dirampas ketika serbuan polis di pejabatnya di Malaysia.

Serangan terbaru menyebabkan Monsoons Book Club (MBC), mendapat lebih banyak undangan, termasuk temubual dengan BBC bagi mendedahkan pelanggaran hak asasi di Malaysia. Ironinya, serbuan ke atas pejabat Zunar berlaku selepas kejadian yang menimpa Charlie Hebdo.

Majlis Peguam minta polis hormat kedaulatan undang-undang, hak berhimpun

Susulan siri tangkapan dan penahanan pemimpin politik dan aktivis berkaitan perhimpunan #KitaLawan sejak 7 Mac lalu, Majlis Peguam hari ini menggesa polis menghormati hak perlembagaan rakyat untuk berhimpun secara aman dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Menyuarakan kebimbangan yang mendalam, presiden yang baru dipilih, Steven Thiru berkata hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dijamin mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

 Katanya, Mahkamah Rayuan mengesahkan kebebasan mengikut perlembagaan ini sebagai hak asasi rakyat Malaysia, seperti yang dipetik dalam kes Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad lwn Pendakwa Raya tahun lepas.

PRK Dun Chempaka berjalan lancar, 38.82 peratus keluar mengundi setakat 12 t/hari

KOTA BHARU - Tiada sebarang provokasi dan insiden tegang berlaku ketika proses pengundian PRK Dun Chempaka pada sebelah pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya turut menempatkan skuad anti kesesakan di sembilan pusat mengundi bagi memastikan proses mengundi dari jam 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

"Daripada lawatan (saya) ke beberapa pusat pengundian, didapati proses pengundian berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka.

Seramai 1,020 anggota dan pegawai polis ditempatkan di kesemua pusat pengundian.

PRK Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon Bebas.