Sabtu, 21 Mac 2015

PU Rahmat Balas Hujah Aisyah


Biar Gambar Berbicara...Lebong Belake..!!!


Perkataan yang disalah sebut mendedahkan lagi penipuan Umno Baru

oleh Mariam Mokhtar
Antara bahaya pekerjaan menjadi ahli politik Umno Baru adalah secara tidak sengaja membuktikan menteri anda salah, dan membuatkan beliau dan ahli Kabinet yang ditanya, merah padam.

Pada 16 Mac, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membuktikan kepada rakyat Malaysia yang beliau dan ahli penasihat beliau, adalah produk “pendidikan terbaik” di dunia. Ketua bahagian Umno Baru Cheras telah dimalukan dengan sebuah artikel bertajuk “Syed Ali Alhabshee: Senjata Umno Baru untuk mengalih perhatian rakyat“, yang disiarkan di Theantdaily pada 8 Mac.

Jawapan balas beliau, di dalam surat kepada Free Malaysia Today, yang diterbitkan pada 18 Mac, ada menyebut sebagai dipanggil “senjata baru untuk mengalih perhatian rakyat”. Syed Ali salah! Saya tidak merujuk beliau sebagai “senjata untuk mengalih perhatia rakyat”; bagaimanapun, saya menerangkan peranan penting beliau dalam mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB Datuk Seri Najib Razak dan kewujudan sosialit keluarnya. Dalam kata lain, Syed Ali bijak dalam mencetuskan kekeliruan.

Perkataan “distraction” tidak membawa makna yang sama dengan “destruction”. Kesilapan besar seperti itu tidak seharusnya berlaku, melainkan, perkataan “distraction” itu telah disalah sebut dan Syed Ali mengganggap ianya “destruction”.

Kenapa sebutan kita lemah, penterjemahan kita juga lemah dan kenapa kita gagal memberi perhatian terperinci, dalam pengajian bahasa? Beberapa tahun lalu, penterjemahan Bahasa Inggeris dalam laman sesawang Kementerian Pertahanan telah membuatkan kita gelak besar.

Mereka telah menterjemah “....pakaian yang menjolok mata” kepada “clothes that poke eye”, yang telah telah diterjemah secara literal dari Bahasa Melayu. Kemudian terdapat kejadian memalukan apabila kementerian itu merumuskan sejara: “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap ancaman sekuriti nasional”. Mungkin ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan.

NUFAM: Bukan punca pekerja tetapi pengurusan MAS yang bermasalah

ISMAIL NASARUDDIN TRP
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin berkata sejak MAS diambil alih Khazanah, MAS seolah-olah tidak berfungsi dan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini pula, mereka mencadangkan untuk membuang pekerja mereka yang banyak berbakti selama ini.
KUALA LUMPUR, 21 Mac:
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mencadangkan agar Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) menarik terus cadangan pemberian surat pemecatan kepada 6,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAS Newco).
Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata banyak isu dalaman MAS yang tidak diselesaikan lagi walaupun cadangan pemberhentian tersebut tidak akan memberikan sebarang kebaikan sama sekali.
“Masih banyak lagi masalah MAS yang perlu diselesaikan terlebih dahulu contohnya isu kehilangan wang berjuta-juta ringgit dan ia masih belum diaudit lagi.
“Masalah ini ditimbulkan oleh orang yang sama dan MAS tidak boleh menyelesaikan masalah ini dengan bantuan Khazanah kerana lebih baik syarikat penerbangan itu tidak diambil alih oleh Khazanah sebab merekalah yang ‘menjahanamkan’ syarikat itu selama 15 tahun ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

#KitaLawan: From Sogo Shopping Centre to Dataran Merdeka


DBKL sekat protes duduk kerana ada 'pameran buku'

Rancangan Kita Lawan untuk mengadakan protes duduk selama seminggu di Dataran Merdeka telah digagalkan oleh anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyekat pintu masuk ke situ kerana ada 'pameran buku'.

Apabila sekumpulan kira-kira 40 peserta protes itu tiba di persimpangan yang terdekat dengan dataran itu hari ini, perarakan mereka tersekat oleh dua barisan benteng manusia terdiri daripada anggota penguatkuasa DBKL.

Lebih 30 anggota berpakaian seragam hijau, membentuk dua barisan untuk menyekat pintu masuk ke dataran, yang menjadi tempat tarikan pelancong dan juga peserta protes.

Peserta protes itu akhirnya memutuskan untuk memulakan protes duduk tersebut di tepi jalan kira-kira 20 meter dari pintu masuk ke Dataran itu.

Ditanya mengapa DBKL menyekat akses ke dataran itu, seorang anggotanya sekadar menjawab: "Ada pameran buku."

Peserta protes itu bergerak dari Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman selepas berdemo selama setengah jam di hadapan pusat membeli-belah itu.

Protes duduk selama seminggu itu adalah untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran tangkapan yang banyak dilakukan oleh pihak polis terhadap penganjur Kita Lawan.

Memantau keadaan ketika ekonomi terumbang-ambing

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak dunia serta penurunan nilai ringgit telah menyebabkan kerajaan terpaksa menilai kembali jangkaan makroekonomi bagi 2015 pada 20 Januari lalu.

Keluaran Dalam Negara Kasar diturunkan pada 4.5-5.5% daripada 5.0-6.0%. defisit Bajet-ke-KDNK dinaikkan ke paras 3.2% daripada 3.0%, selepas mengambilkira penurunan keuntungan hasil minyak sebanyak RM13.8 bil, potongan subsidi petrol serta potongan sebanyak RM5.5 bil bagi kos operasi. Kajian kembali ini dibuat berdasarkan harga minyak purata pada paras US$55 setong dan kadar tukaran ringgit pada 3.55.

Kerajaan telah merangka strategi jangka pendek dan sederhana bagi mengukuhkan ekonomi dengan melaksanakan reformasi fiskal dan konsolidasi, memberi bantuan pasca bencana banjir dan rekonstruksi, dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Penilaian jangkaan pertumbuhan KDNK dan sasaran defisit fiskal bagi 2015 dianggap realistik, meskipun melalui risiko penurunan. Keadaan eskternal kekal sukar dijangka, sementara ekonomi AS semakin baik, di Jepun dan Eurozone pula pemulihan tergendala, sementara China agak tergugat.

Harga minyak mentah Brent telah pulih ke paras S$60 setong pada bulan Februari, namun kesan jangka pendeknya masih kabur. Dengan peningkatan stok minyak mentah AS, lebihan bekalan akan menyebabkan harga minyak di paras rendah akibat penurunan permintaan. Di sudut domestik, pengukuhan perbelanjaan pengguna wajar diperhati.

Akibat perlaksanaan GST (cukai barangan & perkhidmatan), perbelanjaan mungkin agak perlahan kerana kesannya masih belum dapat dipastikan. Tambahan pula, pengguna berdepan peningkatan kos sara hidup walaupun harga bahan bakar menurun pada tiga bulan berturut-turut (Disember ke Februari).

Kempen penurunan harga barangan di seluruh negara bermula 1 Mac merangkumi 82,000 produk dijangka melegakan pengguna peringkat rendah dan sederhana. Jangkaan makroekonomi yang dikaji semula ini menjelaskan kelemahan ekonomi dan profil fiskal berbanding komoditi minyak dan gas asli.

Bagaimanapun, defisit fiskal tahun ini di paras 3.2% dari KDNK berbanding 3.0% dan ini merupakan peningkatan berbeza dengan 3.5% pada tahun lalu. Ia menunjukkan kompromi bagi konsolidasi fiskal.

SEJUTA TANDATANGAN BEBASKAN ANWAR DILANCARKAN


2. Ambil Foto atau Scan Borang yang penuh dengan tanda tangan dan Send kefreeanwarpetition@gmail.com atau melalui FB message:
#Kitalawan

Kerajaan beli jet peribadi baru, kenapa tak boleh subsidi pengangkutan awam?- Chin Tong


Liew-Chin-Tong


KLUANG, 21 MAC: Akuan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai kononnya tidak mengetahui kenaikan kadar tambang bas, teksi dan keretapi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah satu lagi drama kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Kenaikan itu disahkan oleh SPAD berkuatkuasa serta-merta ke atas teksi, sementara bas ekspres bermula 15 Mei ini. Ia melibatkan kenaikan kadar 25 sen setiap 200 meter berbanding 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Namun kadar RM 3 yang dikenakan sebaik penumpang menaiki teksi tidak berubah.
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hari ini menyifatkan drama ‘tidak tahu-menahu’ di antara SPAD yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan itu sebagai tidak masuk akal dan betapa tidak cekap pentadbiran UMNO di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak.
“Ini kes klasik ‘tangan kiri kerajaan tidak tahu-menahu apa yang tangan kanan sedang buat’, pimpinan Najib ini pelik, tak masuk akal dan langsung tidak efisien.
“Kerajaan Malaysia ada penyusunan institusinya yang paling tidak masuk akal apabila pentadbiran sektor pengangkutan tidak boleh berkata apa-apa mengenai pengangkutan awam.
“Liow mesti desak kabinet supaya SPAD diletak di bawah pengurusan Kementerian Pengangkutan. Dia tidak boleh biarkan drama ini berlanjutan seolah-olah kanser sudah melarat dalam sistem politik kita.
“Apabila badan seseorang itu berfungsi sendirian tanpa ikut arahan otak, ini kita namakan kanser,” ujar Chin Tong.
Sehubungan itu juga, Chin Tong mengatakan Najib mempunyai tanggungjawab untuk batalkan keputusan SPAD itu yang dilihat terlalu membebankan rakyat.

Tindakan polis iringi konvoi Pemuda MCA dipersoal

iring
Lim berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat dan bukan MCA.

KUALA LUMPUR, 21 Mac:

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempersoal tindakan dua motorsikal polis berkuasa tinggi mengiringi konvoi kereta mewah Pemuda MCA sewaktu mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di sini pagi semalam.
Menurut beliau, tindakan berkenaan perlu dikutuk kerana adakah pihak polis bersubahat dengan MCA dan mengiringi mereka untuk berdemonstrasi terhadap parti pembangkang.
Katanya lagi, kenapa pihak polis tidak menyediakan khidmat pengiring untuk perhimpunan-perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih serta perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini yang ternyata berakhir secara aman tanpa provokasi.
Tegasnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat dan bukan MCA.
“Saya ingin mencabar Pemuda MCA untuk mementaskan wayang yang sama seperti yang telah mereka lakukan di pejabat DAP, di hadapan Ibu Pejabat Umno dalam masa 24 jam kerana ternyata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO di Kelantan telah menyokong Enakmen Jenayah Syariah Kerajaan Negeri PAS Kelantan.

Chempaka: SPR harap lebih 70 peratus keluar mengundi

Rabu lepas hanya 35.4 peratus daripada 1,497 pengundi pos yang keluar mengundi.
SPRKOTA BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap lebih 70 peratus daripada 20,390 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka esok.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tidak ada sebab untuk tidak keluar mengundi memandangkan keadaan cuaca sekarang adalah baik ditambah dengan jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.
“Kami harap keadaan cuaca pada esok adalah baik seperti hari ini, sekali gus akan memberi ruang yang selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir SPR di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa.
Hadir sama Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud.
Mohd Hashim berkata, seramai 403 petugas yang dilantik SPR telah diberi taklimat tentang persiapan dan semakan keperluan untuk hari pengundian esok.
Mengulas peratusan rendah pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Rabu lepas, beliau berkata SPR akan menjalankan kajian menyeluruh dan menambah baik sistem sedia ada jika perlu.
“Saya tak boleh nak buat kesimpulan kerana kami masih mengkaji masalah berkenaan. Saya yakin Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) akan buat kenyataan kepada media (berhubung masalah berkenaan) selepas ini.
“Sudah pasti kami akan buat pembaharuan dan tambah baik terhadap sistem sedia ada dan jika perlu koordinasi dengan mana-mana pihak, kami akan lakukan,” kata Mohd Hashim, lapor Bernama.

Chempaka: Pertahan Dun tanda kasih Tok Guru

RAKYAT Malaysia masih lagi terkenang Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh murabbi ummah. Tok Guru juga pernah berada di tangga ke-42 senarai The Most Influential Muslim on 2009. Kini negarawan itu lebih sebulan pergi meninggalkan kita. Tempatnya di Dun Chempaka terpaksa diganti tokoh lain.

Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, dipilih bagi mengambil posisi kepimpinan Tok Guru di Dun Chempaka. Siapa Ustaz Fathan, yang tibatiba menjadi sebutan ramai sekarang. Bagi mendekati peribadinya, ikuti temubual beliau bersama LANJUSOH ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baung, baru-baru ini.
WARTAWAN: Boleh kongsi biodata ustaz ?
USTAZ AHMAD FATHAN MAHMOOD: Datuk saya lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Kedah. Nama itu diperkenalkan sendiri oleh Haji Arshad. Dia dilahirkan di Kampung Jarak Pulau Pinang.
Beliau merantau sehingga ke Patani dan Kelantan bagi menuntut ilmu agama. Beliau pernah belajar di Pondok Kenali.
Tok Ayah berulang alik ke Pondok Tok Kenali dari Kampung Panchor. Masyarakat di Panchor sayang kepadanya. Pada suatu ketika penduduk Panchor berpakat mahu carikan isteri kepadanya bagi mengelakkan beliau berpindah ke tempat lain.
Ada penduduk menawarkan anak gadis. Tok Ayah Kedah memberi syarat kriteria isteri sebagaimana dihasratnya.
Selepas itu beliau berkahwin dengan penduduk tempatan di Panchor.
Ayah saya pula, Mahmood Arshad juga berkhidmat sebagai guru agama. Ayah juga sejak awal lagi terbabit dalam gerakan Islam diterajui PAS.
Beliau merupakan orang kuat PAS di Cawangan Kampung Baung. Pernah memegang jawatan bendahari di peringkat cawangan. Cawangan Baung tertua di Dun Chempaka dan ditubuhkan pada tahun 1968.
Pada zaman pemerintahan Dato’ Mohd Asri Muda, arwah ayah saya berkhidmat sebagai mubaligh. Ayah mendapat pendidikan di Pondok Tok Guru Haji Ali Sungai Pisang.
Sahabatnya yang paling rapat ialah arwah Tok Bangkok. Tok Bangkok ialah anak kepada Tok kenali. Beliau juga mengajar di masjid-masjid dan surau di sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. Hampir 50 tahun berkhidmat sebagai guru agama. Ayah saya meninggal dunia pada 2011 ketika usia 89 tahun. Ayah saya anak kedua daripada tujuh adik beradik. Ibu saya, Wan Sepiah Wan Hussin berasal dari Kampung Baung dan hanya bekerja sebagai suri rumah. Emak saya juga mengajar al-Quran kepada penduduk di sekitar Kampung Baung.
Ustaz mempunyai hubungan keluarga dengan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah?
Ayah saya dan ayah Ustaz Nik Amar adalah adik beradik.
Ayah saya anak kedua dan Pak Nik Lah pula kedua bongsu.
Adik beradik mereka tujuh orang iaitu enam lelaki dan seorang perempuan. Ayah saya paling terakhir meninggal dunia dalam kalangan adik-beradiknya.
Pendidikan awal ustaz?
Bermula di Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim belajar di darjah satu hingga lima. Pada 1985 belajar pula di Sekolah Menengah Agama Arab Panchor peralihan hingga tingkatan empat. Semasa tingkatan lima saya pindah belajar di Maahad Muhammadi.
Saya masih ingat lagi pada tahun 1990 PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menubuhkan kerajaan di Kelantan dan saya menduduki SPM. Maahad Muhammadi dijadikan tempat pengundian ketika itu. Pada 1991, saya belajar sekejap di tingkatan enam bawah di Maahad Muhammadi.
Kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Agama Tinggi di Shah Alam belajar di tingkatan enam bawah dan atas. Selepas itu ke Kedah pada 1993 belajar di Madrasah an Nahdhah Bukit Besar bagi mendapat Syahadah Rabií Thanawi. Pada 1993 menyambung pengajian ke Mesir di kuliah syariah Universiti Al- Azhar.

Chempaka: PAS tetap tak pandang mudah calon Bebas

PILIHAN Raya Kecil Dun Chempaka yang akan berlangsung pada 22 Mac ini menyaksikan perlawanan lima penjuru apabila calon PAS dicabar empat calon Bebas. Adakah tentangan daripada calon Bebas dan tanpa penyertaan Umno-BN ini memberi laluan mudah untuk PAS mengekalkan kemenangan di Dun yang disandang Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selama tujuh penggal ini?

Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara ini. Ikuti wawancara yang diadakan pada 11 Mac lalu.
WARTAWAN: Sejauh manakah PAS dapat mempertahankan kerusi Dun Chempaka?
USTAZ DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Secara zahirnya, insya-Allah PAS mampu mempertahankan kerusi Dun Chempaka dalam PRK yang akan berlangsung 22 Mac ini. Ada beberapa faktor saya lihat kenapa PAS dapat mempertahankan Dun Chempaka ini. Pertamanya kerana pencapaian Dun Chempaka 60 peratus ke atas hampir semua peti undi. Paling rendah pun 61 peratus.
Yang keduanya saingan kita hanyalah dengan calon-calon Bebas. Apabila ditinjau empat orang calon-calon Bebas ini, insya Allah kita akan mendapat kemenangan. Faktor yang ketiganya, hari mengundi pada hari cuti sekolah. Jadi kita berharap hampir 3,000 pengundi Dun ini yang berada di luar akan dapat pulang mengundi.
Adakah tindakan Umno-BN tidak meletakkan calon pada PRK Dun Chempaka ini satu langkah yang tepat?
Oleh kerana Dun Chempaka yang disandang oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini memperolehi majoriti besar, maka sebab itulah Umno-BN tidak meletakkan calon. Ia sama juga dengan PRK Dun Penanti, Pulau Pinang pada 2009 apabila Umno-BN tidak meletakkan calonnya pada PRK tersebut. Dun Chempaka juga dimenangi Allahyarham selama tujuh penggal. Jadi, apabila Umno-BN tidak meletakkan calon, kita menganggap cabarannya tidaklah besar sangat. Ini kerana apabila kita berlawan dengan Umno-BN, bermakna kita juga berlawan dengan seluruh jentera mereka termasuklah media. Jadi apabila Umno-BN tidak meletakkan calon, kita berasa peluang untuk mencapai kemenangan itu lebih mudah.
Adakah ini bermakna PAS memandang mudah tentangan daripada calon-calon Bebas?
Tidak. Sewaktu pengumuman calon lagi kita sudah memberitahu jentera pilihan raya PAS akan turun dan bertugas seperti mana-mana PRK sebelum ini. Maknanya kita tidak boleh memandang remeh dengan saingan daripada caloncalon Bebas. Walaupun Umno- BN tidak turun sewaktu kempen, jentera parti mesti bertugas sepenuhnya. Negeri-negeri yang membantu juga akan turun membantu seperti biasa. Tetapi mungkin jumlah tenaga luar itu tidak seramai sebagaimana PRK-PRK sebelum ini. Itu sahaja perbezaan antara PRK Chempaka dengan PRK sebelum ini.
Selain itu, program-program yang biasa kita anjurkan sewaktu pilihan raya juga kita tetap adakan seperti ceramah umum, ceramah kelompok dan program ziarah. Saya ingin tekankan, daripada segi tugasan jentera parti, kita akan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Jadi, kita tidak memandang mudah pilihan raya ini. Kita bimbang berlaku over confident di kalangan pengundi dan jentera.
Walaupun BN tidak bertanding, adakah berkemungkinan calon Bebas itu ditaja oleh BN untuk memecah undi?
Difahamkan calon-calon Bebas itu ada yang ditaja Perkasa dan bekas ahli Umno. Maknanya pengaruh Umno ada di situ. Ada juga daripada NGO.
Adakah tindakan PAS tidak memilih anak Allahyarham Tok Guru sebagai calon sebagai langkah yang bijak untuk menyambung legasi beliau?
Apabila diuwarkan yang akan menjadi calon adalah anak-anak Tok Guru, saya melihat apa yang penting adalah menyambung perjuangan Tok Guru melalui keturunan Tok Guru. Tok Guru ini mempunyai dua keturunan.

Chempaka: Ustaz Fathan galang ganti Tok Guru

MELIHAT raut wajahnya sejuk dalam hati. Ada pula yang memberitahu lembut wajahnya, sejuk hati dan murah dengan senyuman. Itulah antara kata-kata yang sering dibisikkan oleh orang ramai sebaik sahaja terserempak dengan Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42. “Tidak banyak bercakap, tetapi mudah tersenyum, peramah. Kata-kata yang sering dikeluarkan menyenangkan orang yang mendengarnya. Begitu antara beberapa pandangan masyarakat yang mengenali beliau sama ada dari jauh atau dekat,” kata seorang petugas media.
Sebelum beliau dicalonkan, namanya sudah menjadi sebutan ramai. Lebih-lebih lagi di Dun Chempaka kerana beliau mengajar agama di banyak masjid dan madrasah di kawasan itu. Lebih-lebih lagi ilmu yang ada padanya boleh menjadi tempat orang kampung menumpang tuah. Ustaz Fathan dilantik sebagai Imam Tua Masjid Al Karomah, Baung, Pengkalan Chepa pada 2005.
Ustaz Fathan dilahirkan di Kampung Baung Pengkalan Chepa pada 4 April 1973. Mempunyai tujuh orang adik-beradik hasil perkongsian hidup ibunya, Wan Sepiah Wan Hussin dengan ayahnya, Mahmood Arshad.
Beliau dibesarkan dalam keluarga beragama. Datuknya yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Kedah pernah belajar di Pondok Tok Kenali. Bapanya antara pengasas PAS Cawangan Kampung Baung, Pengkalan Chepa.
Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fathan dilantik sebagai Pembantu Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan di Pengkalan Chepa. Sebelum itu, penampilannya dalam masyarakat sudah lama dinantikan oleh orang ramai.

GST: Barang-barang Yang Manakah Turun Harga?

Mungkin sudah tiba masanya untuk menimbang semula kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengingatkan hak rakyat untuk bersuara dengan memberitahu bahawa Barisan Nasional tidak akan dipilih selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Ini ekoran beberapa kejutan ‘kenaikan harga’ yang berlumba-lumba mencapai rakyat sebelum kenaikan rasmi GST itu sendiri. Ini seolah-olah, kita mempunyai kenaikan pra GST dan pasca GST selain enam peratus kenaikan yang sudah lama diwar-warkan itu.
Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin dalam satu entri terbaru di blognya mempersoalkan tentang kenaikan harga secara aggresif oleh kerajaan tanpa memikirkan impak kepada rakyat yang sudahpun berada dalam kebinggungan.
“Beberapa perkhidmatan seperti bil utiliti, tambah nilai telefon, tiket wayang, ubat-ubatan, transaksi wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan barangan lain dijangka meningkat.
“Ada ibu bapa yang sudah menerima surat daripada pusat tuisyen anak masing-masing mengenai kenaikan harga bermula 1 April depan sebaik sahaja GST dilaksanakan,” tulisnya di dalam blog www.shahbudindotcom.blogspot.com.
Namun persoalan yang ditimbulkan ialah tentang propaganda kerajaan sebelum ini bahawa akan ada lebih banyak harga barang-barangan yang turun selepas GST.
Beliau merujuk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mengenakan cukai sebanyak 16 peratus berbanding GST yang hanya mengenakan cukai sebanyak 6 peratus.

Kabinet sudah minta SPAD tangguh naik tambang pengangkutan awam - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kabinet sudah meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini, lapor Utusan Online.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan mengakui SPAD mempunyai asas yang kukuh untuk berbuat demikian namun perkara itu tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan dan Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar, Pagoh, hari ini.

Semalam SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Singkir sahaja dan penjawat awam akan bertambah baik tanpa mereka


Pesalah sebenar merupakan pegawai atasan yang tidak mahu menyingkir pekerja culas. Selaku pesara kerajaan, saya cadangkan pekerja sebegini dibuang bagi mengubah cara bekerja penjawat awam.
Buat sekian lama, terdapat bukti penjawat awam melanggar disiplin dan gagal bertugas, namun ketua jabatan tidak harus gentar bertindak.

 Kerajaan perlu tubuhkan jawatankuasa khas bagi menangi masalah ini. Jangan risau, sebaik penyingkiran dilakukan, sikap tak acuh akan terhenti. Kita terlalu berlembut dan orang sebegini kerap mengambil cuti sakit dan duduk bersantai di kantin. Masa bertindak balas.

 –Annathambi Akka 2nd Class Malaysian: Selaku rakyat Malaysia, kita perlu fasih dalam bahasa kebangsaan.
Saya tak salahkan penjawat awam kerana tidak mahir Bahasa Inggeris.
Namun saya setuju dengan semua kesalahan yang disenaraikan penulis. Itu sebab ramai yang mahu bekerja dalam perkhidmatan awam, kerana budaya kerja santai.

Saufee Mohd: Come on lah! Jangan serkap jarang, tak adil. Kebanyakan kami komited dengan tugas. Kini penjawat awam telah berubah. Ia tidak lagi seperti dahulu.

Goh CM: Antara pegawai atasan yang tidur termasuk mereka yang tidak membendung kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini

Ahgan Lew: Tell me, apa yang baru?

Ahmad Awang dapat pencalonan pertama, Hadi layak tanding presiden

Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang ialah nama yang ketiga yang dicalonkan untuk jawatan presiden PAS selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015. 
Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang ialah nama yang ketiga yang dicalonkan untuk jawatan presiden PAS selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.

Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang mendapat pencalonan pertama sebagai presiden PAS dari kawasan Parit Sulung, manakala penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan kedua untuk jawatan itu dari kawasan Kuala Kedah, sekali gus melayakkan beliau mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan pada muktamar Jun ini.
Dengan pencalonan Ahmad, 3 nama kini dicalonkan sebagai presiden PAS selain Hadi, iaitu penyandang naib presiden Datuk Husam Musa, yang menerima 2 pencalonan, dan seorang lagi naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu manakala Husam masih belum membuat apa-apa pendirian sehingga kini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim mendapat pencalonan pertama bagi jawatan timbalan presiden dari kawasan Kuala Kedah semalam. Mesyuarat agung PAS Kuala Kedah itu memilih Hadi untuk dicalonkan sebagai presiden selepas beliau mengalahkan Ahmad yang turut dicalonkan.
Hadi mendapat 91 undi manakala Ahmad hanya mendapat 27 undi daripada perwakilan mesyuarat agung kawasan yang sebelum ini diketuai presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Qazaf: Anwar hadir di Mahkamah Syariah Selasa ini

Selepas tiga tahun tahun, Rayuan Syariah Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mendengar kes qazaf antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain.

Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara di penjara Sungai Buloh, dikehendaki hadir di mahkamah apabila kes itu didengar Selasa depan.

Ini adalah kali kedua Anwar dikehendaki menghadiri prosiding mahkamah setelah Mahkamah Persekutuan bulan lepas menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen, telah dipanggil semula pada 17 Februari  - seminggu selepas beliau dihantar ke penjara - untuk memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kali ini, kehadiran Anwar diperlukan bersama-sama dengan peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Jamil Khir dan dua yang lain - ketua pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah JAWI, Datuk Che Mat Ali.

‘Free Anwar’ hunger strike begins outside prison

Small group of protestors to fast through the weekend, more expected
SUNGAI BULOH: A small group of Anwar Ibrahim supporters have begun a hunger strike outside the Sungai Buloh prison, with more expected through the weekend, to pressure the government into releasing the jailed opposition Leader.
anwar jail_no food_300Ten participants are taking part, said an organiser, Chegu Sekar, of Parti Keadilan Rakyat. He told Malay Mail Online that a core group of five organisers including himself would stay through the weekend.
The group calling themselves ‘Kita Lawan Kita Bangkit’ had gathered outside the prison gates this morning, with a banner bearing the images of civil rights defenders such as Mahatma Gandhi and Martin Luther King. They released pigeons, as a symbol of freedom, to mark the beginning of the hunger strike.
Chegu said more supporters from Kedah, Kuala Selangor, Klang Valley and other areas were expected.
Police have set up barricades outside the prison entrance. “If they come, we will still sit here. They want to arrest us, arrest us lah,” Chegu Sekar was quoted as saying.
The protestors want the Yang di-Pertuan Agong to convene the Pardons Board to hear an application by Anwar’s family for a royal pardon, for Anwar (MP for Permatang Pauh) to be allowed to attend Parliament, and for him to be moved to hospital for medical treatment.
Anwar began a five-year prison sentence after the Federal Court overturned his acquittal by a lower court on a sodomy charge.

#KitaLawan: Tian Chua dibebas, polis gagal dapat reman

Polis hari ini terpaksa membebaskan Naib Presiden PKR Tian Chua selepas ia gagal untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam satu catatan Twitter, peguamnya, R Sivarasa berkata Tian Chua dibebaskan selepas majistret Sara Zariati menolak permohonan polis untuk mendapatkan tahanan reman.

Permohonan tahanan reman itu didengar di pusat tahanan polis di Jinjang pagi ini.

Tian Chua ditangkap di ibu pejabat daerah polis Dang Wangi semalam ketika dia datang secara sukarela untuk memberi kenyataan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan.

Tian Chua menjadi orang ke-11 ditangkap berhubung perhimpunan 7 Mac itu yang membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Batu itu disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau ddenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahah'.

WOWW.. Rupa2nya Najib seorang yg 'berani'..


Beranikah Najib masuk mahkamah jika kes saman beliau terhadap Harakah diteruskan ???

Yang pasti Rosmah tahu jawapannya..

ANDA bagaimana ???.. Kalau Najib benar2 anak jantan masuklah mahkamah kalau berani. Kami seluruh rakyat M'sia sentiasa bg sokongan agar Najib masuk mahkamah !!!

p/s: Kat M'sia boleh lah kamu BERLAGAK HERO nak saman Harakah.. Kalau gentle saman sekali lah akhbar2 luar negara !!!.. Jangan jadi jaguh kampung & berkokok di tempat sendiri aja..

Bertaubatlah Aisyah - Mufti Kelantan

KOTA BHARU - Seluruh umat Islam perlu memahami dan sedar hukum hudud adalah hukum ALLAH SWT yang tidak boleh dipermainkan serta dipersendakan terutama oleh mereka yang beragama Islam.
 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan, jika perkara itu berlaku, ia boleh memberi kesan kepada kerosakan akidah pelaku, terutama jika dilakukan di dalam sedar, bukannya jahil. 
 
“Ia (mempermainkan hukum ALLAH SWT) boleh memudaratkan pelaku itu sendiri, ada sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai remeh, namun dalam Islam, ia serius dan perlukan bimbingan, tidak mustahil sehingga menyebabkan terkeluarnya agama.
 
“Saya nasihatkan kembalilah ke pangkal jalan, jika kita tidak mengetahui dengan jelas sesuatu hukum ALLAH SWT, carilah jalan penyelesaiannya, belajar dengan mereka
yang layak iaitu ilmuwan dan sebagainya, jangan mempersendakan hukum ALLAH SWT,” katanya.
 
Beliau mengulas tindakan seorang gadis yang didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud yang kini menjadi viral dan menerima kecaman hebat di laman sosial.
 
Gadis dikenali sebagai Aisyah Tajuddin didapati melakonkan aksi parodi dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud dalam sebuah klip video berjudul ‘Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan’.
 

Jangan takut hudud, hayati keindahannya

Hudud
KUALA LUMPUR – Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan sosial masyarakat, kata Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.
 
Katanya undang-undang hudud tidak harus dilihat dari segi hukuman berat semata-mata, sebaliknya ia perlu dinilai sebagai satu daripada cara untuk melahirkan masyarakat berdisiplin.
 
“Mereka yang takut kepada pelaksanaan undang-undang hudud disebabkan mereka hanya fokus kepada hukuman berat sahaja seperti hukum rejam, potong tangan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Beliau mengulas mengenai keputusan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
 
Kesemua 44 anggota dewan termasuk 31 anggota dewan daripada Pas, kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan seorang daripada PKR menyokong pindaan rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan Pas melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
 
Mahmood Zuhdi berkata menurut Islam, masyarakat boleh dididik melalui dua perkara, iaitu memberi galakan, dan ancaman hukuman yang berat supaya mereka ‘takut’ untuk melakukan kesalahan.

Umno tersilap kira, Pakatan Rakyat masih hidup

TIMMY SAY

UMUM mengetahui PAS memperjuangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS), DAP membantah EKJS dan Umno pula tidak pernah mahu melaksanakannya di mana-mana negeri yang ditadbir mereka setelah hampir 60 tahun menjadi kerajaan Malaysia.

Masalah terbesar Pakatan sudah selesai. EKJS yang Pakatan setuju untuk tidak bersetuju tidak lagi dibenamkan. Duri di antara PAS dan DAP kini sudah dicabut. Seperti mana biasa, pengeluaran duri akan menyebabkan sedikit sebanyak ada pihak yang terluka.

Kini duri ini berada di antara MCA, Gerakan dan Umno kerana Umno tiba-tiba menyokong EKJS. Biarlah pula BN pening dengannya.

Pakatan sudah memikul isu ini terlalu lama. DAP pun sudah mengamuk sebegitu lama. Semua tahu DAP tidak setuju.

Tapi tak ramai yang tahu MCA dan Gerakan berani untuk tidak bersetuju dengan Umno. Apakah MCA dan Gerakan berani melanggar Umno sebagaimana DAP menekan PAS? Kita tunggu dan lihat.

Akan tetapi, DAP jangan pula terlebih marah. Umno mengambil risiko tertentu menyokong EKJS yang diperjuangkan PAS adalah untuk melihat Pakatan Rakyat pecah.

Mengapa Umno beranggapan EKJS boleh memecahkan Pakatan? Semua ini kerana DAP yang terlalu berkeras dalam isu EKJS sehingga timbul persepsi bahawa menghalang EKJS adalah jauh lebih penting daripada melangkah masuk ke Putrajaya.

Sebenarnya waktu inilah Pakatan kena eratkan hubungan. PAS dan DAP sudahpun menghantar mesej yang jelas kepada rakyat mengenai pendirian mereka. Di dalam Pakatan, PAS dan DAP, sama kuasa, tiada siapa yang tunduk pada siapa.

Dengan janji EKJS II tertunai di Kelantan, perbezaan terbesar antara PAS, DAP dan PKR sudah hilang. Yang tinggal antara mereka ialah persamaan yang teramat luas medannya.

Dengan agenda EKJS yang sudah selesai, PAS kini lebih ringan bagasinya untuk bergerak bersama rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat. Percayalah, selesainya isu EKJS, semangat PAS yang ada sekarang ini adalah seperti semangat parti ini sebelum berlakunya Langkah Kajang.

‘Mampu’kah Putrajaya eksploitasi penggunaan ‘big data’

Nur Jazlan

 Baru-baru ini, saya dikunjungi kumpulan syarikat media sosial antarabangsa antaranya Facebook, Google, Twitter dan Apple yang ingin mengetahui beberapa perkara berhubung dasar serta inisiatif kerajaan mengenai dunia internet terutama sekali berkaitan dengan inisiatif “Big Data” data raya kerajaan.

Sedikit teruja kerana syarikat media sosial antarabangsa ini mengakui betapa besar pasaran perdagangan internet di negara ini, antara yang berkembang pesat di rantau Asia Pasifik dengan tidak hanya terhad kepada komunikasi semata-mata tetapi turut melangkaui dalam bidang perniagaan dan ekonomi.

 Namun sebenarnya, kepesatan penggunaan media sosial di negara ini juga mengundang kepada sisi negatif terutama sekali membabitkan keselamatan rakyat dan negara ini secara keseluruhannya. googletag.


Rakyat Malaysia kebanyakannya tidak sedar inisiatif “Big Data” di mana maklumat mereka dikumpul dalam skala besar oleh syarikat seperti Google dan Facebook dan kerajaan yang berminat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Entiti ini memasang kuasa pengkomputeran besar-besaran pada kos yang besar untuk melombong, merakamkan, menyimpan, menganalisis dan membayangkan lambakan data di Internet dan alam siber untuk mengenal pasti trend perniagaan, trend perlakuan sosial, kesihatan, cuaca dan keselamatan.

Ia sekaligus meningkatkan kualiti penyelidikan, mencegah wabak, memerangi jenayah dan kenal pasti situasi pada masa sebenar dalam banyak aplikasi seperti trafik lalu lintas, meteorologi dan genomik. Hasil daripada analisis “Big Data” ini pada masa sebenar ‘real time’ memberikan kuasa kepada syarikat dan kerajaan berkenaan untuk meramalkan masa depan dan menghalakan sumber mereka untuk mempengaruhi perniagaan dunia akan datang, politik dan ekonomi.

Hari ini, syarikat-syarikat teknologi maklumat ini mempunyai pangkalan data yang luar biasa mengenai rakyat negara ini sehingga mampu untuk mempengaruhi pemikiran daripada luar negara. Justeru, sudah pasti “tangan halimunan” mereka untuk masuk campur dalam hal ehwal negara memberikan ancaman keselamatan yang besar terhadap negara dan individu kerana data ini mula dikumpul sejak zaman kanak-kanak lagi. Dan data ini boleh digunakan untuk tujuan baik dan juga buruk sewaktu penggunannya dewasa nanti.

Persoalannya ialah sama ada kerajaan kita dan rakyat memahami potensi bahaya yang boleh syarikat ini lakukan untuk mempengaruhi masa depan negara kita dengan membina profil peribadi yang boleh digunakan bagi setiap rakyat Malaysia selepas memperolehinya melalui cara paling halus apabila pengguna secara sukarela memberikan butiran peribadi mereka ke alam siber.

Jangan mengharap perubahan, Najib kukuh menerajui Umno

Datuk Seri Najib Razak, walau apa jua tuduhan yang dilempar ke arahnya, akan kekal sebagai Perdana Menteri selagi Umno Baru berkuasa!
Terdapat spekulasi demi spekulasi bahawa Najib tidak mungkin dapat bertahan lama. Beliau dilanda pelbagai macam kemelut. Di antaranya melibatkan kes Altantuya serta krisis 1MDB. Pada mesyuarat hujung minggu lalu, beliau bertemu ketua-ketua bahagian Umno Baru dan berjaya mendapatkan sokongan mereka. Penjelasan yang diberi Najib nyata menyakinkan ketua-ketua bahagian Umno Baru itu.
Bagi mereka yang menjangkakan Najib tidak dapat bertahan, tentu sekali mereka tidak mengerti budaya di dalam Umno Baru. Amalan di dalam parti tersebut menyebabkan ahli yang berkelayakan dan banyak bertanya tidak akan kekal lama. Hanya pengikut yang menurut kehendak akan kekal di dalamnya.
Ia tidak lagi seperti Umno yang asal. Malah Tunku Abdul Rahman, perdana menteri yang pertama pernah dikritik teruk kerana mengenepikan kebajikan masyarakat Melayu dan hanya berminat bersuka ria. Seorang pengkritik mendesaknya meletak jawatan, tetapi dibuang keahlian.
Dalam kes Najib, pengkritiknya memang akan mendesaknya, tetapi kedudukan Najib tidak akan terjejas kerana mereka tidak berpengaruh ke atas ahli Umno. Beliau dikelilingi penyokong seperti naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang lantang mempertahankan presidennya.
Seorang lagi penyokong berkata 1MDB merupakan makhluk yang menghasilkan telur emas dan sewajarnya ia tidak dikritik. Inilah yang saya maksudkan dengan sifat ketaatan terhadap pemimpin di dalam Umno Baru.

Pemimpin PAS berbelah bahagi ekoran masa depan suram Pakatan

Reaksi pemimpin PAS berbeza-beza ekoran kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) berpecah selepas Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis, sebahagiannya sedih manakala satu kumpulan lagi gembira.

Mereka yang gembira kerana undang-undang itu berjaya diluluskan manakala mereka yang bersedih kerana berhadapan dengan masa depan suram PR ekoran bantahan sekutu mereka, iaitu DAP dan PKR.

Hotel penginapan para pemimpin PAS yang menyertai Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu berwajah suram semalam walaupun mereka menjadi tuan rumah perhimpunan antarabangsa itu.

Masing-masing tertanya-tanya apakah masih ada masa depan untuk PAS dalam PR ekoran bantahan keras rakan mereka DAP dan PKR terhadap pembentangan enakmen tersebut di DUN Kelantan itu.

 "Masihkah ada peluang lagi buat kita?" soal Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider dalam majlis makan malam meraikan perwakilan pertubuhan Islam dari 41 buah negara ke IAPU ke-3 itu. Beliau jelas kecewa dengan apa yang bakal dihadapi PAS dan PR ekoran keadaan sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu untuk cuba berbuat sesuatu menjelang mesyuarat PKR malam tadi dan mesyuarat DAP Isnin ini.

 "Saya akan cuba berbuat sesuatu agar PR dipertahankan, kerana ia memang harapan rakyat," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pemimpin PAS. Turut bersama beliau ialah Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

Rakyat Kelantan yakin hudud mampu kurangkan jenayah

Rakyat Kelantan yakin hudud mampu kurangkan jenayah
Rakyat Kelantan menyambut baik bahkan bersedia sekiranya hukum hudud terlaksana di negeri berkenaan dan mengharapkan penguatkuasaannya dapat mengurangkan kadar peratusan kadar jenayah di negeri berkenaan.

Masyarakat dari pelbagai lapisan usia menyambut baik perkembangan berkaitan pelaksanaannya dan memberi pandangan bahawa hukum Allah itu merupakan suatu sistem yang dapat mencegah jenayah di Kelantan.

“Saya sokong pelaksanaan hukum hudud 100 peratus sebab ia dapat mengurangkan masalah jenayah bahkan tidak ada langsung insya-Allah,” ujar Mohd Abdul Aziz Ibrahim.

Bagi Mohd Fikri Abdul Aziz pula, beliau menyifatkan kelulusan enakmen itu suatu perkembangan yang baik.

“Undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah sepatutnya dilaksanakan. Ia suatu perkembangan baik dan telah diluluskan malah disokong oleh semua ahli dewan termasuk pembangkang.

"Apabila dilaksanakan nanti secara positifnya jenayah akan berkurangan kerana orang akan takut,” katanya.

Hasut: Tiada lagi amaran, tindakan serta merta kata IGP


Hak kebebasan bersuara tidak harus dijadikan alasan untuk 'menghalalkan' perbuatan atau kenyataan berbaur hasutan  yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun pihaknya kerap memberi amaran berhubung perkara itu, namun masih terdapat segelintir pihak yang berbuat demikian.

"Saya telah beri amaran banyak kali khususnya kepada pemimpin politik serta badan bukan kerajaan supaya berhati-hati bila suarakan pendapat dan pandangan khususnya di media sosial kerana ia boleh menjurus kepada keadaan yang mengancam keselamatan awam.

"Saya rasa sekarang ini saya tidak mahu lagi beri amaran sebaliknya mana-mana individu yang melanggar mana-mana peraturan, kita akan ambil tindakan serta merta...dan mereka ini jangan pula nak berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara," katanya.

Khalid bercakap dalam dalam wawancara khas bersama media sempena sambutan Hari Polis ke-208 semalam. Acara itu akan disambut pada 25 Mac ini.

Mengulas dakwaan beliau cuba menyekat hak kebebasan bersuara apabila memberiarahan melalui akaun Twitternya supaya tindakan diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, Khalid berkata ia perlu untuk mencegah penyebaran kenyataan seumpama itu.

"Tujuan saya mengeluarkan arahan melalui Twitter adalah untuk bertindak pantas terhadap hasutan dan penyebaran perkara yang tidak benar.

"Pada pandangan saya, cara ini berkesan untuk mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh dengan perkara tidak benar yang perlu dihentikan serta-merta," katanya.

Hudud: Keluarga berharap Aisyah dapat tangani ancaman

Kerana sekadar menjadi hos video parodi yang mengetengahkan apa yang didakwa sebagai keutamaan yang tidak kena pada tempatnya oleh kerajaan Kelantan berkaitan dengan hudud, wartawan radio Aisyah Tajuddin menjadi sasaran termasuk ancaman bunuh dan rogol.

Ancaman di media sosial yang datang dari orang yang memanggil diri mereka pembela undang-undang suci Islam, telah mencemaskan keluarganya yang masih ada dalam keadaan berjaga-jaga.

Tetapi ayah Aisyah, Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi berkata keluarganya tidak pernah luntur dan mereka memberi sokongan padu kepada anaknya itu dalam menghadapi masa-masa yang sukar itu.

"Hatinya remuk sekali pagi itu dan saya terpaksa memanggil orang seperti Marina Mahathir dan Ambiga Sreenevasan untuk bercakap dengannya.

"Peranan saya ialah untuk mengembalikan semangatnya. Dia seorang yang bersemangat tinggi dan tanggungjawab saya adalah untuk menaikkan semangatnya," katanya kepada Malaysiakini.
 

Saranan Perubahan Nizar Jamaluddin Harus Disambut Baik

Pas adalah sebuah parti politik Islam dan bukannya badan dakwah sukarela. Sebagai parti politik, matlamat Pas tentunya ialah kuasa dan daripada kuasa itulah dijadikan landasan mencari keredaan Tuhan.

Ia sama-sekali berbeza dengan badan dakwah sukarela yang hanya mencari keredaan Tuhan tetapi tidak bergantung kepada kuasa. 

Penyertaan Pas dalam banyak pilihanraya sejak penubuhannya dan gerak kerja kempennya yang bersungguh-sungguh dalam merebut kuasa atau mengekalkan kuasa adalah petanda jelas bahawa kuasa memang keutamaan dalam perjuangannya.

Disebabkan kepentingan kuasa, walaupun Pas sejak lama memperjuangkan hudud, ia pernah merehatkan agenda itu dengan menjadikan konsep negara kebajikan sebagai gantinya sejak 2008 apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Konsep negara kebajikan ini menjadikan Pas semakin dekat dengan pengundi bukan Islam sehingga mampu menang di banyak kawasan pilihanraya di Selangor, Perak, Johor dan lain-lainnya.

Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam video yang boleh ditemui dalam youtube pernah menyebut bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi masalah pengangguran tidak diselesaikan kerana kejadian curi misalnya ada hubung kait dengannya.

Tetapi kenyataan mutakhir beberapa pemimpin Pas setelah isu hudud bangkit kembali sekarang ini barangkali memeningkan kepala ahli-ahli parti itu sendiri. Haji Hadi berkata, wawasan Pas ialah akhirat dan bukannya setakat 2020 saja.

Tolak GST, cukai patut tumpu pada orang kaya

KUALA LUMPUR: Realiti tindakan kerajaan Umno- BN yang akan melaksa nakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) walaupun akan membebankan majoriti rakyat terutama golongan miskin, terus diperkatakan dalam forum berkenaan cukai itu di Universiti Malaya (UM) pada 10 Mac lalu.
Lebih membimbangkan apabila sistem cukai berkuatkuasa mulai 1 April itu dijangka menyebabkan masyarakat Islam sekali gus dikenakan dengan pelbagai jenis cukai seperti potongan cukai pendapatan berdasarkan gaji diperoleh serta kadar zakat sebanyak 2.5 peratus. Panel forum, Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, ramai Bumiputera Muslim yang tidak mempunyai keupayaan dari segi pemilikan ekuiti seperti ter bukti melalui statistik rasmi kerajaan menjadi kelompok paling banyak terpaksa mengeluarkan wang apabila terlaksananya GST dengan kadar tinggi enam peratus itu.
Pada hal, menurut beliau, mana-mana pemerintah mengikut Islam bertanggungjawab memastikan rak yat mempunyai lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanjaan dan cukai.
“Jika rakyat mempunyai lebihan pendapatan sampaikan boleh memberi sedekah maka lebih hebat kerajaan itu,” katanya dalam forum “GST: Sejauh manakah pelaksanaannya menyelesaikan krisis ekonomi” di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya itu.
Forum tersebut turut disertai Setiausaha Agung Ke- ADILan, Rafizi Ramli serta pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam yang mewakili suara kerajaan Umno-BN.
Menurut Dr Zaharuddin, beliau hairan apabila kerajaan mendakwa tindakan mengenakan cukai yang tinggi pada golongan kaya sahaja selari dengan pengertian cukai mengikut konsep Islam akan menyebabkan mereka lari ke negara luar.

Kemukakan kertas putih 1MDB

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mengemukakan siasatan kertas putih untuk pendedahan dan pencerahan kepada umum berikutan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata ia mesti dibuat secara terperinci sama seperti penyiasatan skandal BMF dahulu.
Katanya yang bersetuju dengan laporan polis yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa ia itu bagi, memudahkan siasatan dijalankan, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mesti melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Najib mesti lepaskan jawatan sekurang-kurangnya Menteri Kewangan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk polis, SPRM menyiasat tanpa boleh melindungi fail atau apa-apa kuasa yang dimiliki olehnya.
“Menteri kewangan kuasa nya begitu besar dan luas. Selagi pegang jawatan, siasatan agak sukar.” Beliau berkata demikian ketika ditemui
Katanya, yang mengkritik soal 1MDB ini adalah golongan korporat, pakar ekonomi dan pihak kerajaan sendiri antaranya mendapat manfaat daripada kerajaan membuktikan isu ini makin parah.
“Dan kita tahu 1MDB diserang bukan hanya orang orang politik macam saya.
Saya bergantung kepada maklumat orang yang faham selok-belok ekonomi.
“Yang mengepalai serangan kini ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan ramai penyokong mengatakan penyelewengan sekarang lebih teruk daripada dulu, maknanya dulu pun memang teruk sekarang lagi teruk.
“Semalam muka depan The Edge yang membincangkan ekonomi mempersoalkan bagaimana 700 juta dolar begitu mudah diberi kepada satu syarikat dan dikuasai oleh Jwo Lo.

1MDB yang membingungkan negara

Syarikat pelaburan negara yang dilanda pelbagai masalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilapor dalam proses melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) untuk mendapatkan suntikan modal bagi menangani aliran tunai syarikat pelaburan strategik kerajaan itu. Pengumuman itu dibuat Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah tatkala kritikan terhadap 1MDB kian memuncak ekoran masalah aliran tunai dan hutang terkumpul yang kini melebihi RM42 bilion.
Menurut Ahmad Husni, langkah mendapatkan sumber kewangan jangka pendek itu dijangka dilaksanakan pada Jun atau Julai depan.
Ia diperlukan untuk penstrukturan semula pinjaman 1MDB yang sebelum ini diwar-warkan sebagai berada dalam keadaan yang kukuh.
Penganalisis bagaimanapun melahirkan kecurigaan terhadap langkah ini. Apatah lagi dengan beban hutang yang tinggi dan hanya bergantung kepada bank tanah (yang dianugerahkan kerajaan dengan harga yang murah) dan sebuah loji janakuasa elektrik (yang dibeli dengan harga yang mahal), bagaimanakah 1MDB mampu menarik minat pelabur?
Dalam erti kata lain, dengan imej dan ratio kewangan yang buruk, mampukah syarikat pelaburan kedua negara itu menarik minat pelabur luar dan dalam negara?
Sebelum daripada itu, Ahmad Husni menjawab khabar angin berhubung peruntukan dana baru bernilai hampir RM1 bilion oleh kerajaan kepada 1MDB walaupun minggu lalu kabinet dilapor menolak sebarang bentuk pembiayaan baru. Ahmad Husni mengakui kerajaan memberikan suntikan dana berjumlah RM950 juta kepada 1MDB sebagai ‘kredit siap sedia’.
Bagaimanapun sebaik sahaja pengumuman itu dibuat, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arulkanda Kandasamy mengeluarkan kenyataan bahawa dana itu adalah dalam bentuk pinjaman kepada 1MDB berdasarkan terma-terma komersil.

Kos operasi penjagaan kesihatan swasta naik 4% lepas GST

Kos operasi penjagaan kesihatan swasta dijangka meningkat daripada 2 hingga 4% selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April berikutan bekalan yang bercampur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Holdings Bhd, Ahmad Shahizam Mohd Shariff. Beliau berkata, tidak semua bekalan untuk hospital swasta dikecualikan GST kerana barangan tertentu yang diperoleh daripada kontraktor adalah di bawah kategori penarafan standard yang tertakluk kepada cukai 6%.

 "Akan terdapat kos tambahan kerana sebahagian besar tidak boleh dilepaskan kepada pesakit.

"Sebagai pengendali hospital, kebanyakan aktiviti dicajkan kepada pesakit adalah dikecualikan cukai, yang bermakna tidak ada tuntutan balik dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

 "Bagaimanapun, kenaikan 2 hingga 4% dalam kos bukanlah isu besar kerana ia agak terkawal," katanya kepada pemberita di majlis taklimat mengenai Dana Penjagaan Kesihatan Khazanah-IHH. Selain isu GST, Ahmad Shahizam berkata, berikutan perjumpaan di antara Persatuan Hospital Swasta Malaysia dan JKDM pagi ini, yuran perundingan bebas swasta diperjelaskan untuk berada di bawah bekalan penarafan standard dan tertakluk kepada cukai 6%.

Ini isu hangat di kalangan mereka di hospital swasta sebelum ini mengenai kejelasan yuran dikenakan perunding bebas swasta yang menawarkan perkhidmatan di hospital swasta, katanya.

Walaupun kebanyakan bil di hospital swasta dikecualikan GST, komponen berkaitan yuran perundingan akan tertakluk kepada cukai enam peratus yang akan dikenakan kepada pesakit," tambahnya.

Masa kenaikan harga tambang pengangkutan awam susahkan pengguna!

PETALING JAYA: Masa adalah segala-galanya dan dalam hal pihak berkuasa Malaysia, mereka seolah-olah seperti mahu memusnahkan diri sendiri dalam hal-hal masa.
Dengan cukai barangan dan perkhidmatan enam peratus yang bakal dilaksanakan pada 1 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memilih masa yang paling buruk untuk mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas.

Menurut kenyataan SPAD pada 19 Mac, tambang untuk menaiki teksi akan berkuat kuasa serta-merta, dan kenaikan tambang bas ekspres akan berkuat kuasa pada hari yang sama GST mula berkuat kuasa.

 Justifikasi SPAD adalah: "Ini adalah penukaran tambang bas ekspres dan teksi pertama Malaysia dalam tempoh enam tahun; yang terakhir telah dibuat pada tahun 2009. Sebagai perbandingan, Singapura, London dan Sydney mengkaji semula tambang pengangkutan awam mereka setiap tahun.

" Hujah ini tidak masuk akal kepada presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Dr Marimuthu Nadason yang menyelar SPAD. "Masanya tidak kena. Saya tahu bahawa peningkatan tidak berlaku sejak tahun 2009. Itu bukan masalah saya.

“Itu adalah masalah pihak berkuasa. Ia menunjukkan bahawa anda telah terlelap di tempat kerja selama ini. "Jika anda telah menaikkannya sekali setiap dua tahun dengan kadar beberapa peratus, pengguna boleh menyelaraskan hidup mereka dengan sewajarnya, tetapi ini adalah terburu-buru dan dengan kadar yang tinggi,"

Marimuthu memberitahu Semut Harian. Turut mempunyai pendapat yang sama adalah pengarah eksekutif Institut Rakyat, Yin Shao Loong yang dalam satu kenyataan berkata yang tambang baru yang diumumkan adalah satu kejutan ekonomi kepada pengguna-pengguna berpendapatan rendah.

Yin menyatakan kebimbangan bahawa pengguna-pengguna berpendapatan rendah akan dibebani dengan kenaikan tambang secara mendadak dan tiba-tiba, dan merasakan bahawa SPAD sepatutnya telah mempertimbangkan kenaikan tambang secara berperingkat untuk mengimbangi kepentingan pengguna dan perniagaan. “Keadilan adalah asas bagi setiap agensi kawal selia.

'Tidak wajar sindir usaha pelaksanaan hudud' - Fathul Bari

'Tidak wajar sindir usaha pelaksanaan hudud' - Fathul BariKUALA LUMPUR: Keprihatinan mengenai isu ekonomi, kebajikan, pentadbiran dan gejala sosial adalah wajar tetapi tidak perlu menyindir pihak yang mahukan hudud.

Perkara itu dinyatakan Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahya, ketika diminta mengulas mengenai klip video yang menampilkan hos stesen radio bisnes BFM, Aisyah Tajuddin, yang dikatakan mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud dan mempersenda agama.

"Islam adalah agama yang menyeru kepada keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Saya setuju tentang keprihatinan perkara-perkara yang disebutkan dalam video tersebut berkaitan ekonomi, kebajikan, pentadbiran, gejala sosial dan lain-lain.

"Namun, adakah keprihatinan terhadap perkara-perkara berkenaan mengharuskan sesiapa sahaja membuat sindiran kepada pihak yang inginkan hudud?" kata Fathul Bari yang menambah bahawa harapan tentang hudud dan tentang isu-isu lain yang dibangkitkan itu sewajarnya saling melengkapi.

Fathul Bari memberitahu, hal yang membezakan antara intipati video itu dan pendirian kerajaan Kelantan hanyalah isu keutamaan.

"Adakah mereka yang berada di sebalik pembikinan video itu berkeyakinan bahawa kerajaan Kelantan mengenepikan hal-hal yang disebutkannya kerana semata-mata ingin melaksanakan hudud?

"Sememangnya Islam tidak meletakkan hudud sebagai perkara yang paling utama, namun, itu tidak mengharuskan mana-mana pihak untuk menghentam kerajaan Kelantan atas usaha mereka," katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menambah, pada masa yang sama kerajaan Kelantan juga harus menerima teguran-teguran positif yang berkait rapat soal ekonomi, sosial dan lain-lain.

PAS akan gembira dengan keputusan kami, kata PKR

Mesyuarat PKR yang berlangsung malam ini berkemungkinan akan membuahkan hasil yang menggembirakan untuk rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) daripada PAS, kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ahli Parlimen Bukit Katil yang ditemui di Ibu Pejabat PKR itu berkata, mesyuarat majlis pimpinan pusat parti berkenaan juga berjaya membuat keputusan sebulan suara.

"Kami bekerjasama dengan sangat baik, Insya Allah... kami akan pertahankan Pakatan."
Mesyuarat berkenaan berlangsung daripada 9 malam dan berakhir sekitar 11 malam tadi. Turut hadir sesi mesyuarat berkenaan adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, dan Pengarah Strategi Sim Tze Tzin serta beberapa pemimpin tertinggi lain Shamsul bagaimanapun tidak mengulas lanjut hasil keputusan mesyuarat PKR sebentar tadi.

"Perbincangan kita sentiasa baik, dalam suasana keluarga parti dalam Pakatan." Mengulas lanjut berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil Mohd Roslan Puteh, kerana dikatakan turut mengundi enakmen hudud di Kelantan semalam, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan.
"Kami masih lagi sedang mendapatkan laporan penuh, masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan, tetapi sekarang ini beliau masih ahli PKR," katanya.

Sebelum ini, rakan komponen PR daripada DAP, mengumumkan akan mengadakan mesyuarat pada Isnin bagi menentukan hala tuju parti itu bersama pakatan berkenaan selepas merasakan mereka “ditikam dari belakang” oleh PAS susulan pindaan enakmen berkenaan hudud yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Khamis lalu.

Susulan perkara itu, PKR meluahkan rasa kesal terhadap tindakan PAS yang didakwa mereka tidak menghormati muafakat dalam pembangkang itu apabila meluluskan enakmen tersebut.

Kelantan istiqamah dengan Kanun Jenayah Syariah II



MARANG: Kerajaan Kelantan tetap istiqamah untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II setelah PAS diberi izin berkuasa kali kedua oleh Allah Taala pada 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, dengan kuasa yang diberikan oleh Allah itu, kerajaan negeri telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II pada 25 November 1993.

Justeru, katanya pindaan kanun itu yang merupakan undang-undang jenayah Islam merangkumi hudud, qisas dan takzir yang diluluskan pada persidangan Dun kelmarin bukanlah enakmen yang baharu.

Jelasnya, pindaan yang dibuat itu adalah untuk mengemas kini enakmen yang telah diluluskan pada 1993.

"Insya Allah, pada tahun 2015 kita laksana syariah Islam di Kelantan. Ini tekad kita, penegasan kita," ujarnya ketika menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Rusila sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3, malam ini.

Beliau berkata, apabila kerajaan negeri mengemukakan pindaan enakmen itu telah mendapat sokongan sebulat suara daripada 44 Adun pada persidangan Dun, Khamis lalu.

Jelas beliau lagi, antara pindaan itu ialah seksyen 2 bahawa undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja yang melakukan kesalahan jenayah di Kelantan.

Umno lantik jurucakap ulas hudud

Kabinet semalam dimaklumkan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata jemaah menteri daripada Umno juga bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undang-undang itu.

Umno turut bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti, kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Kita memang amat setuju undang-undang ini diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang memerlukan kita untuk memberikan sokongan.

"Tidak ada persoalan kita menentang hukum Allah, cuma dari segi pelaksanaannya perlu ditingkatkan," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Royal Agricultural University (RAU) United Kingdom di Putrajaya semalam.

Gadis BFM: Bapa sedih Aisyah diancam 'bakar, rogol'


Insiden terbaru tentang pembaca berita BFM diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?

Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita? Di mana budaya ini datang?

Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita?

Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu? Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?