Jumaat, 20 Mac 2015

Inilah "BN BERI NIKMAT" yg dinanti2kan seluruh rakyat M'sia..


Insurans kereta juga kena GST !!! Yabedabedooooooo.....

Bagi pengguna yg guna kereta mahal LAGI BESARLAH korang lebur duit kat GST.. Nak jimat bayar GST insurans kereta pakailah kereta murah2 yer.. kalau tak nak bayar langsung, JANGAN PAKAI KERETA...


HIDUP GST!!!..HIDUP GST!!!..HIDUP GST!!!

UMNO kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI"


Ringgit semakin menghampiri RM3.80.. Nampaknya setiap minggu, hari RINGGIT SEMAKIN JATUH !!!.. Kali ini dah melepasi RM3.74 (20/3/2015).. Bila nak cecah RM3.80 !!!

Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI" ini bagus untuk negara kita sebenarnya.. BANTU APA !!!

Tak lama lagi rasailah bahana bala GST dlm masa 12 hari lagi.. Yabedabedooooooo !!!!

TAK SABAR NAK MELEBUR DUIT KAT GST !!!

Rakyat bakal menderita angkara GST


GST_petrol


KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kedegilan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April ini bakal menyaksikan harga barangan melambung tinggi sekaligus menyebabkan berlakunya inflasi, kata Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar.
Beliau berkata, walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa pihaknya akan sedaya upaya mengawal harga sebaik GST dilaksanakan namun ia tidak semudah yang disangka, lebih-lebih lagi dengan sikap acuh tidak acuh mereka.
“Kerajaan mungkin cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa undang-undang sedia ada dan beberapa langkah lain mampu mengawal kenaikkan harga.
“Tapi pandangan saya, apa jua mekanisme kawalan yang diguna pakai kerajaan akan menjadi sia-sia sahaja.
“Janji-janji dibuat kerajaan adalah semata-mata kosmetik untuk  menenangkah hati rakyat dan saya pasti dalam keadaan ekonomi agak tenat, inflasi lebih daripada 5 peratus akan melanda negara tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau menegaskan, walaupun negara mempunyai undang-undang seperti peraturan Kawalan Harga dan Antipencatuan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) (Margin Keuntungan Bersih) 2014, tapi masalah kenaikkan harga selepas GST tetap tidak mudah untuk dikawal.
Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan baru-baru ini telah mengadakan Ops CATUT bagi memastikan tidak ada peniaga menaikkan harga secara tidak munasabah.

1MDB: Kementerian Kewangan lepas tangan, tutup kesalahan sendiri


KUALA LUMPUR, 20 MAC: DAP mengecam sikap lepas tangan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementeriaan Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang mendakwa kononnya 1MDB adalah isu kecil melibatkan satu syarikat yang sedang menjalani proses penstrukturan semula.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, alasan sedemikian sama sekali tidak munasabah dan tidak menjelaskan apa-apa di sebalik kebimbangan awam mengenai hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion, malah menunjukkan bahawa pihak kementerian sememangnya tidak boleh dipercayai.
“Sikap acuh tak acuh Irwan tentunya tidak akan mengembangkan keyakinan ramai bahawa skandal 1MDB boleh diselesaikan demi kepentingan rakyat Malaysia.
“Nampaknya kerajaan lebih mementingkan usaha untuk menutup skandal itu supaya ia tidak memburukkan lagi imej tuan-tuan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menggesa Irwan supaya menjelaskan bagaimana beliau telah membenarkan 1MDB melakukan tindakan terkutuk hingga menyebabkan kewangan negara berada dalam keadaan menyedihkan.
“Di manakah tadbir urus yang Irwan perlu dan boleh ambil untuk mengelakkan kemelut serta akhirnya menjadi kajian antarabangsa akibat salah urus kewangan?
“Mengapa Kementerian Kewangan melantik wakil dalam lembaga pengarah 1MDB untuk memastikan bahawa semua keputusan oleh ‘dana pembangunan strategik’ dibuat dengan telus dan usaha yang wajar?

Pembangunan TRX dibawah kuasa mutlak Lend Lease, bukan 1MDB

Katanya, anak syarikat 1MDB telah menyerahkan tanah milik kerajaan untuk dikawal oleh orang luar secara mutlak apabila membenarkan pegangan ekuiti 60 peratus 

PETALING JAYA: Perjanjian usahasama 1MDB Real Estate dan syarikat berpangkalan di Australia, Lend Lease untuk membangunkan segmen gaya hidup Lifestyle Quarter di Tun Razak Exchange (TRX) yang dijangka nilai pembangunan kasar (GDV) RM8 bilion apabila siap kelak satu pengkhianatan kepada negara.
lend lease bmBekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menempelak pihak yang terlibat dalam perjanjian kerana perbuatan itu seperti menggadaikan hartanah kerajaan semata-mata untuk meringankan bebanan hutang 1MDB yang begitu besar.
“Hanya orang yang kurang waras saja akan mengungkapkan kenyataan tersebut. Syarikat hartanah Lend Lease dari Australia memegang ekuiti 60 peratus dan anak syarikat 1MDB, 1MDB Real Estate hanya memiliki ekuiti 40 peratus,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, anak syarikat 1MDB telah menyerahkan tanah milik kerajaan untuk dikawal oleh orang luar secara mutlak apabila membenarkan pegangan ekuiti 60 peratus .

MyKad palsu berharga RM8,000 di Sabah..Siapa tukang buat eh..!!!

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendedahkan bahawa penjualan sekeping kad pengenalan MyKad palsu oleh sindiket yang belum dikenal pasti dalang dan lokasi operasinya, boleh mencecah sehingga RM8,000.
  
Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata pihaknya mengetahui perkara itu selepas seorang warga asing cuba membuat pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu bulan lepas, namun diberkas polis selepas MyKad yang digunakannya dikesan palsu oleh JPN.
  
"Kes pemilikan kad pengenalan palsu yang dikesan di Jabatan Imigresen adalah satu daripada enam kes MyKad palsu termasuk sekeping MyKad taraf Penduduk Tetap dari Januari hingga Mac tahun ini," kata beliau kepada pemberita di Kota Kinabalu, hari ini.
  
Kad pengenalan palsu itu dirampas daripada warga warga Filipina dan Indonesia sepanjang operasi bersama polis, Jabatan Imigresen, JPN dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).   
    

MyEG terpalit dengan kontroversi?

PETALING JAYA: Pada tahun 2013, ketika pembekal perkhidmatan e-kerajaan My EG Bhd (MyEG) melancarkan perkhidmatan atas talian bagi pembaharuan permit pekerja asing, majikan diberikan pilihan.
Mereka boleh memperbaharui permit pekerja mereka secara atas talian atau melalui cara biasa di cawangan Jabatan Imigresen.

Pada 5 Januari lalu, tiada lagi pilihan itu apabila kerajaan mengumumkan mahu memansuhkan perkhidmatan di kaunter, dan mewajibkan sistem atas talian. Banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang tidak semena-mena itu. Khususnya wakil daripada sektor perindustrian yang memiliki jumlah pekerja asing yang besar.

Sebagai respon terhadap bantahan itu, kerajaan sebulan kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan memaklumkan, perkhidmatan kaunter masih dibolehkan sehingga tempoh di mana “kaedah atas talian menjadi pilihan, dan wujudnya pengurangan besar bagi permintaan untuk perkhidmatan di kaunter”. Pada zahirnya, kelihatan masalah itu sudah pun diselesaikan, apabila pilihan pembaharuan secara manual dikembalikan. Akan tetapi, ada beberapa faktor mendalam yang mendasari bantahan sektor-sektor ini yang belum ditangani.

Hudud: BFM mohon maaf, hos bukan penulis skrip

BFM mohon maaf, hos bukan penulis skrip
KUALA LUMPUR: Stesen radio berteraskan kandungan bisnes, BFM, telah memohon maaf atas kip video “Projek Dialog BFMKupas” yang telah menjadi viral di internet hingga menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, BFM menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan tentang pelaksanaan hukum hudud, seperti yang dinilai penonton video tersebut.

“Berdasarkan komen yang kami terima di pelbagai platform, ia jelas menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka menganggap kami mempertikaikan hukum hudud. Sebenarnya, kami tidak ada niat untuk berbuat demikian.

“Kami hanya mahu pengikut kami menanyakan soalan-soalan berkaitan pelaksanaan hudud. Kami memohon maaf jika telah menyebabkan rasa kurang senang,” kata kenyataan itu.

Pihak BFM telah menarik balik siaran video tersebut berikutan maklum balas orang ramai.

BFM Media dan Projek Dialog turut mempertahankan hos, Aisyah Tajudin, yang telah menerima ugutan bunuh dan rogol. Menurut kenyataan tersebut, Aisyah merupakan hos pengganti dan bukan hos tetap.

Hudud: MCA, GERAKAN pula ugut keluar BN?

UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan.

ismail sabriPETALING JAYA: Selepas DAP membantah kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud, kini giliran MCA dan GERAKAN pula membuat ugutan untuk keluar daripada parti komponan Barisan Nasional (BN) jika UMNO terus menyokong pelaksanaan Hudud.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau kesal dengan tindakan kedua-dua parti komponan BN itu kerana tidak menghormati langsung keputusan UMNO yang menjadi tonggak umat Islam negara ini.
Katanya, MCA dan GERAKAN tidak wajar membantah keputusan UMNO untuk menyokong PAS Kelantan melaksanakan Hudud kerana ia tidak melibatkan bukan Islam.
“UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan. Apa kesan pada mereka?” Soal Ismail dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau menggesa parti komponen BN yang bukan beragama Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.
“Saya harap perkara ini dapat dihentikan kerana kalau diteruskan, semakin lama masyarakat dalam negara ini makin tidak hormat agama lain dan ini tidak baik untuk masa depan negara.
“Dalam Perlembagaan kita uruskan sendiri urusan agama kita. Mereka tak hormati perasaan orang Islam dalam negara kita,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada sebab untuk DAP, MCA, GERAKAN, MIC untuk mencampuri urusan Hudud kerana mereka tidak mempunyai kerusi di DUN di Kelantan.

Hadi: PAS masih bersama Pakatan hingga kini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat dan tindakan menentang yang diterima berhubung rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi.
  
"Kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita.
  
"Apa yang penting adalah kami mengemukakan (rang undang-undang hudud) itu secara demokratik melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan melakukan pembentangan kepada umum dalam seminar yang melibatkan semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di Marang hari ini.
  
Beliau mengulas desakan DAP supaya tindakan diambil terhadap PAS selain meminta PR menggantung kerjasama dengan parti itu sebagai tanda protes kerana meluluskan enakmen hudud semalam.
  
-Bernama

Apakah Najib akan sekat RUU hudud?

Rang undang-undang hudud menjadi salah satu isu panas yang dibangkitkan semasa pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan pemimpin parti komponen BN di Parlimen semalam.

Para pemimpin terbabit telah mencapai kata sepakat bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

 
Najib juga mengakui kata sepakat itu bahawa hudud akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, kata sepakat semata-mata masih mempunyai banyak ruang untuk pentafsiran seperti yang dilihat dalam perjanjian Pakatan Rakyat yang berkecai selepas PAS tetap mahu melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Malah pemimpin BN tersebut tidak mahu membuat sebarang tafsiran lanjut mengenainya, dengan menekankan bahawa parti komponen BN telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kanun jenayah sivil sekarang sudah mencukupi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin parti komponen BN, yang tidak mahu disebut namanya, melihat ini sebagai jaminan bahawa Najib tidak akan membenarkan ia menjadi kenyataan di Parlimen.

Mereka berkata perdana menteri juga bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi, bagi menyatakan pendiriannya.

Najib, yang juga pengerusi BN, bukan sahaja mesti mengimbangi rakan komponen tetapi juga Umno yang telah mengambil pendirian bertentangan dengan apa parti komponen BN mahu.

Rafizi: Dapatkan jaminan bertulis BN sokong hudud

Ahli Parllimen Pandan, Rafizi Ramli mengajak rakyat mendesak perdana menteri dan timbalannya supaya menyatakan secara terbuka dan bertulis bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan dan akan menyokong Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenainya jika dibawa ke Parlimen.

 
Katanya, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis bahawa setiap ahli Parlimen dari Umno dan parti komponen BN yang beragama Islam wajib mengundi menyokong RUU itu jika dibawa ke Parlimen.

Jika komitmen tersebut tidak diperolehi, katanya, maka Umno dan BN akan terus menggunakan isu hudud itu untuk memecahkan Pakatan Rakyat .

"Jika itu berlaku, hudud tidak pun akan terlaksana dan rakyat akan terus dimangsakan akibat salah tadbir, penyelewengan dan budaya rasuah yang dibawa Umno dan BN," katanya.

Oleh itu, Rafizi yang juga setiausaha agung PKR menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan dari Umno dan parti komponen BN terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membawanya.

"Ini adalah penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya dari Umno dan BN yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar dari BN dalam tahun 1977," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Hudud: Hadi sendiri akan bentang usul

PAS akan mengemukakan usul di Parlimen dalam sesi persidangan yang sedang berlangsung untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Satu surat dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Parlimen, Datuk Rosmee Hamzah menunjukkan bahawa rang undang-undang persendirian itu akan dibentangkan olehnya sendiri dalam sesi ini.

Notis yang diedarkan kepada para wartawan itu bertarikh 18 Mac, tarikh rang undang-undang untuk pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 dibentangkan di DUN Kelantan.

Sementara itu, lidah rasmi PAS, Harakahdaily menyebut, usul tersebut hanya boleh dibentangkan selepas tempoh 14 hari.

Adakah Cina di Sarawak benar-benar sedia kembali kepada BN?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pastinya pemimpin politik paling popular di Sarawak pada masa ini. Dengan kata-kata dan tindakan yang betul untuk memenangi hari warga Sarawak, beliau melepasi tahun pertama dengan penuh cemerlang.

Beliau secara terbuka menyuarakan pendiriannya berhubung autonomi Sarawak dalam Malaysia, mengisytiharkan “kalimah Allah” sebagai tidak menjadi isu, mengkritik mereka yang melabel orang Cina sebagai “pendatang”, menggesa kenaikan royalti minyak untuk negeri, tegas dengan ekstremis, mengisytiharkan perang terhadap pembalakan haram, merendahkan tariff elektrik dan meningkatkan geran kepada sekolah persendirian Cina sambil mengingatkan Putrajaya berhubung tanggungjawabnya menjamin pendidikan yang saksama.

Semua kecemerlangan ini dicapai dalam masa setahun beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kerajaan “Bumi Kenyalang”. Sementara pujian mencurah-curah tiba,

Adenan sedar bahawa faktor “feel good” ini akan membantunya dan Barisan Nasional meraih undi bagi mendapatkan mandate baru dalam Pilihanraya Negeri (PRN) tahun hadapan. Meskipun dengan faktor tersebut yang berpunca daripada kebaikan dan personalitinya, Adenan mengakui BN akan menghadapi laluan sukar dalam PRN itu nanti.

“Kemenangan bersih” tidak akan berlaku jika komennya dalam wawancara bersama Astro Awani dianggap sebagai tanda cabaran yang bakal dihadapi BN – “jika kami menang dengan majoriti dua pertiga”. Dengan penekanan kepada “jika”.

Bagaimana jika pengundi Cina di kawasan bandar kembali mengundi BN? Adenan sudah pun memberikan geran kepada sekolah persendirian Cina – RM3 juta pada tahun 2014 dan RM4 juta baru-baru ini, malah mengisytiharkan kerajaan negeri sanggup mengiktiraf sijil Unified Certificate of Education (UCE) walaupun kerajaan persekutuan berat untuk berbuat demikian.

Tindakan-tindakan oleh “Ketua Menteri untuk seluruh warga Sarawak” ini seperti menyentuh perasaan masyarakat Cina. Namun, geran dan janji pilihanraya sahaja tidak memadai bagi meyakinkan masyarakat Cina untuk kembali menyokong BN.

Terima Kasih BN: Lagi kedai runcit tutup kerana GST

Lim Eng Kooi di kedai runcitnya yang terletak di Jalan C.Y. Choy, Pulau Pinang. Beliau akan menamatkan perniagaannya kerana beberapa faktor, termasuk pelaksanaan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Mac, 2015.

Kedai runcit lama di tepi simpang Jalan CY Choy dan Lebuh Presgrave di George Town, Pulau Pinang, terpaksa gulung tikar tidak lama lagi kerana tidak mampu berdepan cabaran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lim Eng Kooi, 77, berkata, beliau terpaksa menutup perniagaannnya kerana tidak pasti sama ada mampu menguruskan kedai apabila GST dilaksanakan April ini. "Saya sedar perniagaan tidak selamanya kekal. Tak lama lagi umur mencecah 78 tahun. Kos berniaga di bandar juga semak

"Sewa naik. Setiap bulan terpaksa bayar sewa RM1,000. "Peluang saya berakhir dengan GST. Ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan dan pada umur sebegini, saya tak mahu sebarang masalah," katanya.

Kedai runcit Lim, yang menjual pelbagai makanan dalam tin, minuman, makanan ringan dan peralatan sembahyang menjalankan perniagaan sejak 60 tahun lalu bermula daripada bapanya.

Lim mahu menjual semua barangnya sehingga hujung bulan ini sebelum bersara daripada dunia perniagaan.

Dua hari sebelum itu, pemilik kedai runcit di Air Itam juga mahu menutup perniagaannya. Moey Kok Meng, 68, berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tidak faham sepenuhnya cukai baru itu dan sistem yang mampu menjejaskan perniagaannya.

SPAD tak bincang dengan Putrajaya naikkan tambang, kata timbalan menteri

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa supaya mengkaji semula kenaikan harga tambang pengangkutan awam memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi, kata Datuk Aziz Kaprawi.
Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, SPAD sepatutnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.
"Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.
 "Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji semula memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi," katanya hari ini.
Aziz berkata, SPAD tidak seharusnya membebankan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka.
Katanya, ini akan meningkatkan kos perbelanjaan rakyat jika keputusan ini diteruskan. Walaupun memahami masalah yang dihadapi pengangkutan awam dan pemilik teksi, katanya kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula kenaikan tersebut.
"Perlu ada garis panduan dalam menentukan paras tambang yang berpatutan agar mampu dibayar oleh semua golongan masyarakat."

'Tak patut naik harga kalau perkhidmatan bas, teksi tak memuaskan' - Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mendesak sebarang kenaikan harga perkhidmatan teksi dan bas oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mesti disusuli penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

Exco Bahagian Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pemuda UMNO, Mohd Ar Rahman Husin menegaskan, kadar kenaikan tambang sebanyak 40 peratus yang diumumkan terlalu mendadak sekali gus membebankan pengguna.

"Kalau naik harga tetapi masih ada segelintir golongan pemandu teksi atau pengusaha bas ekspres yang tidak memberikan kualiti di peringkat yang memuaskan, saya rasa itu tidak patut.

"Selaku pengguna, saya mahukan perkhidmatan yang berkualiti," ujarnya selepas penyerahan memorandum bantahan terhadap kenaikan harga bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi oleh SPAD di hadapan ibu pejabatnya di KL Sentral pada Khamis.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar semalam mengumumkan penetapan kadar baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa serta-merta manakala bagi bas ekspres pula bermula pada 15 Mei ini.

1MDB: Najib saman Harakah, Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.

Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Writ saman itu diperoleh pemberita hari ini selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menyerahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di sini.

Najib menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan pertama dan kedua.

Saman itu berkaitan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb lalu bertajuk 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)'.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib mendakwa artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau telah menyalah guna dana milik 1MDB.

Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya telah terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.

Ada juga yg cerdik sikit dari menteri2 UMNO yg kaki ampu Najib..


"KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI"


Setiap minggu RINGGIT JATUH !!!
Kali ini dah melepasi RM3.73 (20/3/2015)..

Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI" ini bagus untuk negara kita sebenarnya.. Ingat tak !!!

Nilai ringgit tahun,bulan, harian.... makin lama makin apa?

Makin lama makin jatuh / susut nilai. Lain negara takde camni. Ni sebab apa?

Sebab gatal tangan bagi undi kat sapa?

Kerjanya nak BOHONG, BOHONG, BOHONG !!!


Alahai menteri 3.85... KENAPA NAK SEMBUNYI FAKTA kpd rakyat cukai GST di S'pore bermula 3 PERATUS pada tahun 1994 BUKANNYA 1993 !!.. masih nak tipu lagi ka !!!

Nak buat perbandingan biarlah cerdik sikit & adil. Bukannya perbandingan mengelirukan rakyat.. 

SEKALI LAGI KANTOI.. SPAN itu siapa punya sebenarnya ??


TAHUKAH ANDA, idea caj 400% itu bukan dari kerajaan P.Pinang tetapi ia adalah KEHENDAK yg tertakluk dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN itu siapa punya sebenarnya ??? Kerajaan P.Pinang ka atau KERAjaan Persekutuan...

BOLEH BELI JET MEWAH NAJIB sebanyak 287 jet.


Saban tahun KERAjaan kutipan cukai LHDN meningkat. Terkini kutipan cukai LHDN (2014) berjumlah RM133.7bilion..

TETAPI KERAjaan tetap tamak & rakus nak kenakan GST kpd rakyat. Alasan Najib & kuncu2nya sumber pendapatan negara semakin berkurangan.

Bukan sikit RM133.7 BILION !!!. Jumlah tersebut boleh 'cover' perbelanjaan BOROS, TIRIS Najib & Rosmah selama 4 setengah tahun lamanya atau..

Wacana Sinar Siri Ke-35: APA DI SEBALIK 1MDB


Mahasiswa lapor kesalahan jenayah qazaf terhadap Shafee, Khairy, Najib

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairol Najib Hashim ketika membuat laporan kesalahan jenayah syariah qazaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015. 
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairol Najib Hashim ketika membuat laporan kesalahan jenayah syariah qazaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015

.Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairol Najib Hashim hari ini melaporkan kesalahan jenayah syariah qazaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Laporan itu dilakukan Khairol di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor awal hari ini.
"Saya melaporkan jenayah syariah qazaf di Jais pagi ini. Jenayah ini dilakukan secara terbuka tanpa segan silu oleh Shafee, dianjurkan oleh Khairy, dan kerajaan Malaysia (Najib)," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya berharap Jais berpegang teguh dengan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar dan bersegera mengambil tindakan." Katanya, Jais tidak seharusnya hanya aktif menahan, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap‎ pendakwah tanpa tauliah dan juga menyerbu hendap pelaku salah khalwat.
"Namun, setelah lebih sebulan jenayah syariah qazaf ini berlaku masih belum kelihatan jika ada tindakan yang telah  atau akan diambil," katanya dalam kenyataan itu.

Lima tahun menuju 2020, M’sa lebih menyerupai Zimbabwe

Pakar undang-undang Profesor Dr Aziz Bari pernah berkata kepada saya, Malaysia bersifat “tiada undang-undang” seperti Zimbabwe. Menyedihkan apabila enam tahun berlalu,kita masih kelihatan seperti selari dengan negara-negara Afrika yang bermasalah dalam beberapa aspek.

Apa yang diberitahu beliau kepada saya masih ada kebenarannya. “Malaysia is Zimbabwe by another name” adalah tajuk artikel yang pernah saya tulis pada tahun 2009, di saat permulaan kerjaya saya sebagai wartawan politik di Malaysiakini.

Perbandingan ketika itu adalah terhadap keadaan menyedihkan badan kehakiman dan pemimpin berkuasa yang beliau gelar sebagai “samseng”, yang berbuat apa sahaja yang mereka suka tanpa menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Presiden Robert Mugabe yang memerintah Zimbabwe mendapat reputasi buruk di peringkat antarabangsa ekoran dasar negara yang dipersoalkan serta dakwaan manipulasi sistem perundangan untuk kekal berkuasa.

Dan memang, pada ketika itu Malaysia pun tidak jauh bezanya. “Saya tidak tahu apa lagi nak panggil mereka, kadang-kadang kita kena panggil mereka apa adanya. Apa yang kita ada adalah negara yang tiada undang-undang, ia seperti undang-undang rimba,” katanya ketika itu.

Ramai pengkritik berpandangan negara masih lagi dalam keadaan sedemikian pada masa ini, dengan siri tangkapan akta hasutan dan hilangnya keyakinan terhadap badan kehakiman. Ini termasuklah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan polis memburu tokoh pembangkang dan aktivis pro-demokrasi kerana terlibat dalam himpunan menuntut pembebasan Anwar.

Antara yang ditangkap untuk soal siasat adalah dua anaknya, anak sulung Nurul Izzah yang juga MP Lembah Pantai dan anak kedua Nurul Nuha. Selain daripada itu, apa yang kedengaran serupa antara Malaysia dan Zimbabwe pada kali ini adalah kemelut yang dihadapi penerbangan negara dan gaya hidup mewah pemimpin kita.

Pertama,Mugabe dilaporkan mengadakan sambutan hari jadi mewah awal tahun ini, yang dikatakan menelan belanja berjuta dolar. Acara itu menyaksikan ratusan di bawa menaiki bas untuk menghadiri gala di sebuah hotel dan kerbau, gajah, kudu dan impala dilaporkan telah disembelih untuk dihidangkan kepada Mugabe, pada jemputan dan tetamu. Selain hidangan mewah, Mugabo juga dihadiahkan patung singa dan buaya yang menjadi haiwan kesukaannya.

 Ramai mengutuk sambutan tersebut kerana dibuat di saat rakyat Zimbabwe menderita akibat kemiskinan dan kesukaran hidup, apatah lagi wang yang digunakan dikatakan diambil daripada warga dan peniaga secara paksa untuk membiayai majlis itu.

Rakyat Malaysia juara dalam sikap tamak dan mudah terpedaya?

Jika wujud carta untuk mengklasifikasikan warga sebuah negara dengan karakteristik tertentu, warga Malaysia barangkali pada kedudukan atas dalam ruangan “tamak” dan “mudah terpedaya”. Hampir setiap hari kita membaca banyak berita tentang penipu yang memperdaya orang lain, namun rakyat Malaysia seperti tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Mereka percaya apa sahaja yang diperkatakan kepada mereka, daripada pelan perniagaan yang terlalu lumayan sehinggalah khabar angin di media sosial. Dalam satu kes, kira-kira 800 orang dipercayai telah menjadi mangsa kepada seorang individu dengan umpan “skim cepat kaya”, menurut laporan Harian Metro baru-baru ini. Individu tersebut kini sedang menyembunyikan diri selepas menipu lebih daripada RM1 juta daripada mereka yang termakan janji manisnya dan melabur dalam skim tersebut.

Modus operandi suspek – menggunakan janda dan ibu tunggal yang menarik untuk menjadi orang tengah, bagi menggoda bakal mangsa untuk melabur. Menurut laporan itu, pelan pelaburannya mudah – laburkan RM100 dan mendapat pulangan RM200 dalam masa dua hari, dan seterusnya.

Kebanyakan mangsa melabur antara RM2,000 hingga RM5,000 dengan harapan mendapat pulangan lumayan. Individu itu dipercayai memulakan skimnya beberapa bulan yang lalu, dan menarik ramai mangsa melalui Facebook.

Ustaz Kazim kecewa, tarik diri berceramah di TV

Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.

Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang telah dirakam dan yang telah ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.

"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah-ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.

"Saya rasa ini adalah penampilan terakhir saya dalam forum ini (Forum Perdana), saya ucapkan terima kasih kepada RTM, kepada para sahabat dan penyokong saya," katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara langsung di TV1 di Padang Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin di Batu Kurau malam tadi.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata punca beliau menarik diri kerana beliau merasa kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.

"Sebab kedua saya tidak pernah meletakkan bayaran terpulang kepada orang yang nak bagi dan duit bayaran ceramah itu dimasukkan ke sekolah tersebut.

Orang Umno jadi ketua badan propaganda Kerajaan Pusat cetus kebimbangan ramai

Tugas baharu pemimpin Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai ketua badan propaganda Putrajaya bukan saja menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin pembangkang tetapi di kalangan pemimpin partinya.

Puad yang merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bagi menggantikan Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kerana serangan jantung Disember tahun lepas. Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pelantikan Puad merupakan satu kejutan kepadanya memandangkan bekas timbalan menteri pendidikan itu masih memegang jawatan tertinggi parti.

 "Saya tidak menyangka beliau sanggup melepaskan kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua bahagian Batu Pahat untuk mendapatkan kedudukan sebagai ketua pengarah Jasa sepertimana yang digariskan kerajaan," kata pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu kepada The Malaysian Insider.

Jasa merupakan agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan di antara objektif penubuhannya adalah mengekalkan perpaduan dengan menangkis dakyah, fitnah serta ekstremisme agama di kalangan rakyat Malaysia.
Jasa sebelum ini dikritik ahli politik pembangkang sebagai membazirkan wang pembayar cukai untuk propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN). Apabila dihubungi, Puad memberitahu beliau sudah memulakan tugas sebagai ketua pengarah Jasa.

 "Benar saya dilantik menjadi ketua pengarah Jasa baru, dan sudah mula masuk pejabat," kata bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu kepada The Malaysian Insider. Apabila ditanya sebagai ketua pengarah Jasa, apakah beliau meletak jawatan sebagai MT Umno, Puad berkata tidak perlu dilakukan. "Saya tidak perlu meletakkan jawatan sebagai MT Umno, kerana ini hanya jawatan kontrak selama tempoh 2 tahun," katanya.

Puad merupakan antara pemimpin Umno yang terkenal dengan kenyataan berunsur perkauman dan dilihat bertentangan dengan objektif Jasa itu sendiri. Puad pernah mempertahankan Perkasa dengan mengatakan tidak adil menggelar kumpulan tersebut sebagai “rasis” kerana perkataan itu tidak wujud dalam budaya Melayu.

Naik sebelum GST: Kalau cam tu jom naik JET....




Jet itu bukan milik Najib, ia hak Kerajaan ampu Azeez..!!

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen mempertahankan langkah kerajaan membuat pembelian pesawat baharu seperti mana yang didakwa puak pembangkang dan tersebar dalam media sosial.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) membidas pembangkang dengan menjelaskan tujuan pembelian bagi memastikan keselamatan pemimpin negara terjamin semasa menjalankan lawatan di dalam atau di luar negara.

"Pesawat itu bukannya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ianya milik penuh kerajaan. Perolehan itu juga mengambil kira aspek keselamatan," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata perolehan pesawat baharu itu dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan pesawat sedia ada iaitu pesawat jenis AC319 yang berusia hampir 20 tahun.

Rakyat luah kemarahan di media sosial berhubung kenaikan tambang pengangkutan awam

Terkejut dengan pengumuman hari ini tentang kenaikan tambang teksi murah, bas ekspres dan KTM Komuter, pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

 Ramai yang mengatakan kenaikan tambang tersebut dilaksanakan sejurus sebelum rakyat Malaysia dapat menyesuaikan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam masa 2 minggu lagi.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan tambang teksi meningkat 43% mulai hari ini sementara tambang bas ekspres naik sebanyak 23% mulai 15 Mei. 

 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan mengatakan tambang baru bagi perkhidmatan komuter akan diumumkan pada 1 April dengan kadar baru yang berkuat kuasa pada1 Mei. Erna Mahyuni melalui Twitternya @ernamh mengatakan: "Saya boleh terima 5-10% kenaikan tambang untuk seimbangkan dengan inflasi.

Tetapi 40% secara mendadak? Yang miskin tidak dapat menyerap kenaikan sebegitu." Seorang lagi pengguna Twitter Akmal Saufi MK (@akmalsaufi) berkata: "Kenaikan harga yang diluluskan SPAD dengan ketidaktentuan GST merupakan kejutan berganda bagi rakyat. Umno dan BN perlu melawan. Lawan untuk kami.

 "Kami belia tidak akan terima begitu sahaja kenaikan harga ini. Peningkatan pendapatan belia tidak cukup pantas untuk menampung kos sara hidup sebegini." Di bawah kadar baru yang diumumkan SPAD hari ini, tambang teksi bajet di Kuala Lumpur akan meningkat ke 25sen/200m daripada 10sen/115m. Juga dilaporkan, tambang permulaan teksi kekal pada RM3.

Tambang bas ekspres akan meningkat ke 11.4 sen/km daripada 9.3 sen/km. Ini bermakna perjalanan bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur akan menjadi RM25.30 dari 1 April berbanding RM20.60 pada ketika ini.

GST: Jangan sampai rakyat terbelit

Dalam keadaan rakyat masih teraba-raba untuk memahami perihal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), diumumkan pula kenaikan kadar tambang pengangkutan awam. Sememangnya pengumuman tersebut merupakan khabar gembira buat pemandu teksi dan pekerja yang berkaitan, Sekurang-kurangnya nasib mereka terbela, bermakna punca rezeki mereka juga bertambah.
Namun perkembangan terbaru ini bukanlah sesuatu yang boleh difahami secara mudah oleh pengguna sebagaimana mereka amat keliru apabila benda semudah membeli kad prabayar telefon bimbit pun boleh membelit fikiran menjelang GST dilaksanakan 1 April ini.
Timbalan menteri memberi penjelasan bahawa Telco tidak boleh mengenakan harga jualan baru bagi kad prabayar selepas GST dilaksanakan kerana harga sebelum April sememangnya telah termasuk cukai perkhidmatan. Penjelasan yang sama juga ditegaskan dalam surat Kastam kepada syarikat Telco. Sejauh mana pematuhannya kita tunggu April nanti. Setakat mana kenyataan timbalan menteri dan kastam mampu merungkai kekeliruan pengguna, kita tunggu maklum balas mereka nanti.
Saya membangkitkan mengenai kad prabayar kerana isu itu menjadi rungutan pengguna sekarang ini. Mereka keliru apabila membeli kad prabayar diminta membayar lebih dari harga biasa dan menurut wakil jualan harga akan meningkat lagi apabila GST dilaksanakan.
Kekeliruan yang sama menyelubungi fikiran pengguna apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan tambang teksi, bas dan komuter naik. Khabarnya tambang LRT juga akan naik tetapi hanya menunggu masa untuk diumumkan. Mengapa pengumuman dibuat ketika rakyat terbelit dengan GST yang menyenaraikan pengangkutan awam sebagai tidak dikenakan GST.
Alasan kadar tambang kali terakhir dikaji enam tahun lepas, 14 tahun lalu atau puluhan tahun sekali pun agak sukar diterima apatah lagi dalam keadaan harga minyak dunia agak terumbang-ambing manakala sistem pengangkutan awam masih perlahan menuju ke arah penambahbaikan.

GST: Masa Untuk Rakyat Lebih Berani Suarakan Bantahan

Menjelang beberapa hari saja lagi apabila GST akan dilaksanakan pada 1 April depan, suara rungutan dan keluhan makin kedengaran di mana-mana mengenai tambahan wang yang mungkin diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Berdasarkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang dijangka meningkat harganya sebaik GST dikuatkuasakan, tidak dapat tidak cukai baru itu akan menambahkan lagi beban sedia ada.

Beberapa perkhidmatan seperti bil utiliti, tambah nilai telefon, tiket wayang, ubat-ubatan, transaksi wang di mesin ATM dan segala macam lainnya yang dijangka meningkat, ada ibu bapa juga sudah mulai menerima surat daripada pusat tuisyen anak masing-masing mengenai kenaikan harga bermula 1 April depan sebaik GST dilaksanakan.

Dalam masa yang sama janji kerajaan bahawa banyak barangan akan turun harga berikutan GST 6 peratus adalah lebih rendah berbanding SST 16 peratus yang dikenakan sebelum ini seperti hanya tinggal janji semata-mata.

Ini kerana masih belum diketahui apa barang yang bakal diturunkan harganya itu. Langsung tiada pengumuman dan hebahan mengenainya.

Sekaligus semua ini lebih meyakinkan rakyat bahawa GST lebih merupakan beban baru kepada mereka.

Ia juga dikuatkan dengan pengumuman kerajaan bahawa sebaik GST dilaksanakan ia akan menambahkan pendapatan negara dalam bentuk cukai daripada RM16 bilion hingga RM18 bilion setahun kepada RM27 bilion setahun.

Oleh kerana pendapatan negara bertambah, sudah tentu ia juga bermakna lebih banyak wang perlu dirobek daripada poket rakyat melalui GST ini.

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bahawa menjadi hak rakyat bertindak balas atau memberitahu kerajaan bahawa mereka tidak akan dipilih semula setelah GST dilaksanakan seakan-akan mengesahkan lagi cukai itu lebih membebankan berbanding memberi keselesaan.

Begitu juga dengan ucapan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen yang menyarankan agar GST ditangguhkan perlaksanaannya turut memberi makna yang sama iaitu cukai baru itu lebih membebankan rakyat.

Lebih malang lagi, menjelang beban yang makin meningkat bakal ditanggung rakyat apabila GST dilaksanakan itu, kerajaan melalui SPAD dan KTM juga hari ini mengumumkan kenaikan tambang bas ekpress, teksi serta keretapi.

#KitaLawan: Tian Chua pula ditahan Polis

Naib presiden PKR, Tian Chua menjadi individu ke-11 yang ditahan polis berhubung perhimpunan 7 Mac.

Beliau ditahan di kediamannya di Kuala Lumpur sekitar tengah malam tadi.

"Saya sangat penat dan baru bersiap untuk tidur, kemudian saya sedar mereka berada di luar.

"Mereka menunjukkan kepada saya waran tangkap dan akan membawa saya ke (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, para anggota polis tersebut berlegar di sekitar kawasan rumahnya selama 15 minit, kata MP Batu itu lagi.