Khamis, 19 Mac 2015

Berbelanja mewah memang tabiat sesetengah ahli politik

Nampaknya ahli-ahli politik BN dan tabiat berbelanja mewah adalah seperti tidak dapat dipisahkan, sebagai najis dengan lalat. Baru sahaja selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan kerana membazirkan wang pembayar cukai bagi sebuah pesawat baru sewaktu negara ini sedang bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang sukar, seterusnya adalah sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjadi mangsa dakwaan yang sama.

 Laman Facebook "Suara Rakyat" baru-baru ini telah mendedahkan sekeping resit jualan yang didakwa menunjukkan Hishammuddin membeli sebuah kenderaan Audi Q5 baru bernilai hampir RM329,000, secara tunai. Resit ini, daripada wakil sebuah penjual Audi di Damansara, mengandungi butiran Hishammuddin dan kereta itu. Turut kelihatan adalah salinan kad pengenalan Hishammuddin. Pendedahan itu menambah, " WAHH !!! agaknya menteri2 kita memang pandai simpan duit sejak dari kecil lagi.. Belajar dari siapa ek? "Rileks jerrr menteri kita beli kereta baru... cash lagi tu... TETAPI KENAPA TAK NAK TUNGGU bulan depan. Kan bila dah ada GST harga kereta akan 'MURAH'. "Korang bila lagi nak jadi ahli UMNO? Korang contohilah menteri2 & bini PM kita menabung simpan duit." Memang mengagumkan.

Kita tertanya-tanya bagaimana Hishammuddin telah berjaya melakukannya dengan gaji penjawat awam. Atau mungkin dia telah mencontohi isteri PM dengan menabung sejak dia masih kecil, supaya mampu membeli kereta mewah sekarang. Sama ada beliau akan balas menjawab tuduhan ini dengan penjelasan yang benar-benar masuk akal atau tidak, masih belum dapat dilihat. Pendedahan itu, pada masa artikel ini ditulis, telah mencatatkan hampir 1,700 ‘like’ dan lebih daripada 500 ‘share’.

Laman itu juga mengeluarkan sijil perkahwinan anak perempuan Najib dengan suami warga Kazakhstan beliau, yang menyenaraikan "hantaran kahwin" "hanya" USD500,000 (RM1.8 juta). Ia menambah, “WOWW !!!.. Admin kagum keluarga PM kita memang berpaksi kepada Islam Wasatiyyahnya dengan konsep kehidupan yang penuh bersederhana.. …hantaran perkahwinan tak banyak... RM 1.86 juta je... kaya kan menteri2 Malaysia.. Kami bangga sebagai rakyat M'sia ada PM macam Najib" tambah pendedahan itu. Dokumen itu mempunyai butiran nama pengantin lelaki, dan juga pengantin perempuan itu, bersama-sama dengan nama Najib dan dua abangnya yang menjadi saksi saksi.

Rakyat jangan marah kalau tambang perkhidmatan naik.. sbb KERAjaan nak survive NAIK TARAF JET MEWAH VIP mereka...


Itulah UMNO, BOHONG & PUTAR BELIT Berpisah TIADA !!!


Perggghh... Inikah wajah seorang CEO TABUNG HAJI ???.. Islam ajar beginikah ???.. Lain lah kalau dia CEO CIMB ka, Hong Leong ka...

Apa punya lawak statement CEO sebegini. Selama ini SIAPA SEBENARNYA YANG SELALU GUNA JET MEWAH VIP, YDP Agong atau pasangan laki bini Najib-Rosmah !!!

KERAjaan guna alasan Pesawat Boeing 737-7H6 BBJ sudah berusia 16 tahun perlu ditukarkan.. TAHUKAH ANDA.. ada satu lagi jet peribadi mewah Falcon 900B yg sudah berusia 27 tahun TETAPI SEHINGGA SEKARANG TAK MAHU DITUKARKAN !!!.. Mengapa ???

'Tambang teksi, bas naik? Jom naik jet'


Anggota exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mengesyaki bahawa kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mungkin satu bentuk sabotaj.

Kenaikan tambang perkhidmatan KTMB dan bas ekspres itu akan berkuatkuasa pada Mei ketika pengguna terpaksa menghadapi beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April.

“Selepas SPAD umum kenaikan, sekarang KTMB pula umum kadar pelarasan tambang naik sehingga 20% bergantung kepada jarak perjalanan.

“Sebagai salah sebuah syarikat GLC, KTMB tak patut bebankan rakyat dengan kenaikan kadar yang drastik. Dah lupa tanggungjawab untuk bantu rakyat?,” katanya di Twitter.

Kenaikan kadar itu turut mendapat perhatian blog pro-Umno, mykmu.net, yang mempersoalkan kewajaran untuk pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk mengumumkan kenaikan tambang itu.

“Apa motif Syed Hamid? Walaupun jika alasan untuk meningkatkan taraf hidup pemandu bas dan teksi itu wajar, pengumuman itu tidak kena dengan masanya,” tulisan di laman tersebut dipetik.

Turut bimbang dengan kenaikan baru itu ialah bekas anggota kabinet, Datuk Saifuddin Abdullah.

Rakyat patut bersyukur kerana semua ini "BN BERI NIKMAT"..

SATU PERSATU harga tambang perkhidmatan awam NAIK !!!.. Inilah yang dinanti2kan rakyat M'sia. HOORAY !!!

KERAjaan buat hutang gila2 TAPI RAKYAT YG KENA TANGGUNG !!!


TAHUKAH ANDA.. semasa S'pore mula2 buat GST yg berpendapatan per kapita rakyatnya USD21,419 hanya bermula 3% GST dahulu, TETAPI M'sia mula kenakan 6% ketika pendapatan per kapita rakyatnya HANYA USD10,547..

NAK LAKSANAKAN GST TU LIHATLAH KEMAMPUAN PENDAPATAN RAKYAT TERLEBIH DAHULU... TAHULAH HUTANG NEGARA DAH CECAH RM744.7 BILION.

Sepanjang masa Najib & kuncu2nya menipu rakyat..


Apakah tindakan yang wajar & WAJIB diambil oleh rakyat terhadap KERAjaan & pimpinannya yang suka MENIPU rakyat ???

Sepanjang masa Najib & kuncu2nya menipu rakyat..

p/s: Klu taknak bayar tambang mahal perkhidmatan awam, naik basikal xder GST, sbb basikal perkhidmatan sendiri...

Pasca Kidex: Selangor bakal kemuka pelan induk sistem pengangkutan

Tambang teksi naik 40 peratus

Tambang baharu akan berkuatkuasa serta-merta bermula hari ini (19 Mac) manakala tambang bas ekspres akan naik bermula 1 April.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan kenaikan harga tambang teksi dan bas ekspres sehingga 40 peratus berkuatkuasa hari ini.
SPAD melihat keperluan peningkatan kadar tambang selepas membuat kajian secara terperinci sejak beberapa tahun lalu.
Walau bagaimanapun, hanya tambang teksi akan dilaksanakan serta-merta manakala tambang bas ekspres akan naik bermula 1 April.
“Pihak pengurusan serta pemilik bas dan teksi digesa membuat pertukaran sistem meter yang baharu.”
Difahamkan, kali terakhir pihak SPAD menaikkan tambang untuk kedua-dua sistem pengangkutan tersebut adalah pada tahun 2009.
“Kenaikkan tambang terpaksa dilakukan kerana kebanyakkan kos penyelengaraan dan operasi meningkat, iaitu 33 peratus bagi bas ekspres dan 36 peratus untuk teksi,” katanya, semasa sidang media di pejabat SPAD hari ini.
Jelasnya, kenaikkan tambang ini juga dijangka akan menggalakkan pengusaha teksi membeli kereta (teksi) baharu untuk keselesaan pelanggan mereka.
Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer.
Penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini.
Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

#KitaLawan lancar kempen ‘Pecat IGP’

10615963_10153221915128689_6211528095406246237_n
Gabungan #KitaLawan menyatakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap beberapa siri penahanan yang dibuat polis.
KUALA LUMPUR, 19 Mac:
Penganjur perhimpunan #KitaLawan akan mengadakan kempen ‘Pecat IGP’ selama seminggu, di Dataran Merdeka, bermula Sabtu ini.
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Perak, Chang Lih Kang melalui catatan di Facebooknya memaklumkan, gabungan #KitaLawan menyatakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap beberapa siri penahanan yang dibuat polis, di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar, sejak 7 Mac lalu.
“Sejak perhimpunan pada 7 Mac lalu, polis di bawah arahan KPN telah menahan 10 aktivis dan pemimpin politik.
“Malah, ada juga yang ditahan, walaupun telah memberi kerjasama kepada pihak polis dalam membantu siasatan, berhubung perhimpunan itu,” katanya.
Chang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja mendakwa, di bawah arahan Khalid, polis telah menjadi alat untuk menghapuskan musuh politik sesetengah pihak.
Katanya, kempen berkenaan juga akan dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen pembangkang, pada minggu depan.
“Semua dijemput untuk menghadiri perhimpunan aman, berdekatan Sogo, jam 4 petang pada 21 Mac.
“Selepas itu, kita akan sambung untuk duduk bantah di Dataran Merdeka.

“Justice is Dead”: SPRM enggan bersemuka keluarga Teoh Beng Hock


IMG-20150319-WA0004
SHAH ALAM, 19 MAC: Kira-kira 100 orang berhimpun dalam himpunan “Justice is Dead” di hadapan Wisma PKPS hari ini bagi menuntut keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock.
Himpunan itu, yang bertujuan mendesak Ketua Pengarah SPRM untuk memberi penjelasan khusus berkenaan dua pegawai yang terlibat dalam misteri kematian Teoh Beng Hock dan dihadiri oleh adik perempuan mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan, ibunya, beberapa orang pemimpin DAP dan wakil NGO, bagaimanapun tidak mendapat respons pihak SPRM.
“Kami datang dengan aman untuk nyatakan tidak puas hati terhadap SPRM.
“Kami mahu Pengarah SPRM Selangor turun berdepan dengan kami seluruh keluarga Beng Hock.
“Namun, nampaknya anda tak berani berdepan suara rakyat, anda gagal menjelaskan perkara yang sepatutnya mudah saja.
“Jika anda tidak turun, kami anggap anda menyimpan pembunuh Beng Hock,” tegas Lee Lan sewaktu berucap.
Antara pemimpin DAP yang hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, ADUN Balakong Eddie Ng dan bekas Exco Selangor Ronnie Liu.
Turut hadir beberapa wakil NGO seperti SUARAM.
Ketika ditanya pemberita, Nie Ching melahirkan rasa terkilannya dengan sikap berdiam diri SPRM terhadap himpunan hari ini.
“Saya kecewa tak ada seorang pegawai SPRM pun yang ambil jalan bertemu dengan keluarga Beng Hock hari ini.
“Kalau mereka tak buat salah, tak perlu rasa takut jumpa para hadirin himpunan. Kami bukannya pengganas.

Langgar undang-undang Parlimen, DAP gesa KPN beri penjelasan


Parlimen-Dewan-Rakyat


KUALA LUMPUR, 19 MAC: DAP hari ini menggesa Jawatankuasa Keistimewaan memanggil Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjelaskan mengapa pihaknya melanggar keistimewaan Parlimen dengan menangkap Naib Presiden PKR Nurul Izzah baru-baru ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, penahanan Nurul Izzah atas sebab ucapannya di Dewan Rakyat jelas sama sekali tidak munasabah berikutan ia langsung tidak menyentuh sebarang isu sensitif.
Menurutnya, tindakan tersebut juga secara tidak langsung telah mencemar dan menghina Parlimen.
“Penangkapan polis terhadap Nurul berikutan ucapannya ketika perbahasan Titah Diraja pada 10 Mac lalu bagi pihaknya ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat tercela sekali.
“Adakah KPN begitu jahil sehinggakan beliau tidak tahu bahawa Ahli Dewan Rakyat menikmati kekebalan Parlimen untuk apa yang mereka ucapkan di dalam Dewan, kecuali empat perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan.
“Adakah KPN tidak tahu bahawa ucapan Nurul tidak menyentuh mana-mana daripada empat perkara ini dan mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II Anwar langsung bukan menghasut?
“Jawatankuasa Keistimewaan harus mengusulkan supaya KPN dipanggil kerana telah melanggar keistimewaan Parlimen dalam kes tangkapan terhadap Nurul,” katanya ketika berucap dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyatakan, Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dengan jelas menyebut bahawa tidak ada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarakan atau bertanggungan atas ganti rugi disebabkan oleh sebarang perkara atau benda yang dikemukakannya melalui petisyen, rang undang-undang, ketetapan usul, atau selainnya atau dikatakannya di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa.

Dipecat kerana mengandung, Kerajaan UMNO-BN hina wanita

KUALA LUMPUR, 19 MAC: DAP menyelar sikap tidak bertanggungjawab kerajaan yang sehingga kini masih tidak membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada seorang wanita yang dipecat sebagai guru hanya kerana beliau mengandung.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, tindakan kerajaan UMNO-BN bukan saja tidak menghormati undang-undang malah telah merupakan penghinaan terhadap wanita.
“Dalam kes Noorfadilla Ahmad Saikin, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan kerajaan agar membayar sebanyak RM300,000 kepada beliau tapi sehingga sekarang bayaran ganti rugi itu tidak dibuat.
“Mengandung dan melahirkan anak adalah hak serta tanggungjawab wanita. Memecat beliau hanya kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai wanita jelas merupakan satu diskriminasi.
“Persoalannya mengapa bayaran ganti rugi itu tidak dibuat sedangkan syarikat Jho Low boleh dibayar jutaan USD tapi ia tidak dilakukan untuk seorang wanita.
“Ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak hormat malah menghina wanita,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 12 Januari 2009, Hakim Datuk Zaleha Yusof telah memutuskan bahawa tindakan memecat Noorfadilla sebagai Guru Sandaran adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.
Noorfadilla dari Kajang telah memfailkan saman pada 7 Mei 2010 dengan menamakan pegawai khas Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan Chayed Basirun, pegawai pelajaran Daerah Hulu Langat Ismail Musa dan Pengarah Pendidikan Selangor Dr Zahri Aziz sebagai defendan.

Suhakam kesal polis tahan Nurul Izzah

Suhakam kesal polis tahan Nurul Izzah 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas penahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar susulan kenyataannya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Pengerusinya Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, hak kebebasan bersuara di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar atau menjadi asas kepada prosiding jenayah.

"Suhakam telah berulang kali melahirkan kebimbangan atas penggunaan Akta Hasutan oleh PDRM termasuk penahanan Adun pada 2014 dan terbaru ahli Parlimen susulan ucapan semasa persidangan.

"Kami menyeru pihak berkuasa menghormati dan menegakkan prinsip keistimewaan Parlimen dan Dun yang diberikan kepada wakil rakyat.

"Dalam demokrasi berparlimen adalah penting untuk wakil rakyat diberi jaminan dan hak untuk menyuarakan pendapat dan memberi pandangan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ekonomi Malaysia tenat, Mahathir, Ku Li perlu turun padang



KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dicadang untuk turun ke Kelantan bagi memberi penerangan berkaitan ketenatan ekonomi Negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, selain mereka, bekas Pengarang Kumpulan Akhbar New Stret Times, Datuk A. Kadir Jasin juga perlu untuk turun padang menjelaskan kekeliruan rakyat berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah di Pengkalan Nangka, di sini sempena kempen PRK N.06 Dun Chempaka, malam tadi.
Menurutnya, tidak guna mereka lantang di blog atau medan penulisan semata-mata, tanpa turun ke bawah untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan 1MDB dan sebagainya.
“Mari sama-sama kita turun ke bawah untuk tujuan itu biar rakyat jelas, biar rakyat sedar 1MDB dan GST bakal membawa Malaysia bankrap dan rakyat bakal menanggung beban itu,”ujarnya.
Beliau turut mempertikai tindakan pemimpin nombor satu negara yang membisu daripada mengulas kenyataan Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh.
“Sepatutnya sekiranya mereka di pihak yang benar dan berjuang untuk rakyat, sepatutnya mereka memberi respons agar ianya jelas,”ujarnya lagi.
Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkorban untuk negara hingga rela ke penjara.

Perpecahan Pakatan, jangan salahkan BN, kata Shabery

Suhakam: Polis mesti hormat hak ahli parlimen

Tak mungkin Najib maksudkan Dr M jemuan, kata KJ

SPRM S'gor kecoh, keluarga Teoh tuntut penjelasan

6 tahun berlalu, SPRM masih belum mahu temui keluarga Teoh Beng Hock

Ku Li - Siapa makan cili, dialah terasa pedas! [Kupas]


Media-shy Palanivel to take questions 'later'

Raja Kamarul: Why is Ridhuan Tee allowed to lecture?

Penganjur #KitaLawan akan lancar kempen ‘Pecat IGP’

Adun Teja daripada PKR Chang Lih Kang menyerahkan memorandum kepada Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Datuk Dr Khaw Lake Tee di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 19 Mac, 2015.Adun Teja daripada PKR Chang Lih Kang menyerahkan memorandum kepada Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Datuk Dr Khaw Lake Tee di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 19 Mac, 2015.Susulan penangkapan polis terhadap penganjur dan aktivis berhubung perhimpunan #KitaLawan, penganjur mengumumkan mereka akan melancarkan kempen "Pecat IGP" selama seminggu bermula 21 Mac di Dataran Merdeka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja (PKR) Chang Lih Kang  berkata protes yang dinamakan "Duduk Bantah #KitaLawan Pecat IGP" itu bertujuan membantah salah guna kuasa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam penangkapan himpunan pada 7 Mac lalu.
"Mengambil tindakan terhadap orang yang menyertai perhimpunan aman adalah satu pencabulan hak asasi manusia.

"Walaupun peguam memberi nasihat seksyen yang diguna pakai polis untuk menahan aktivis tersebut diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan, KPN tidak menghiraukan nasihat itu dan terus menghina mahkamah dengan penahanan berterusan," katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum membantah salah guna kuasa polis di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), hari ini.

Ku Li pantau hutang negara

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang juga ahli Umno boleh mengambil beberapa langkah bagi menangani masalah dihadapi negara yang dibangkitkannya dalam Dewan Rakyat, kelmarin.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Tengku Razaleigh boleh memulakan langkah menubuhkan kaukus Parlimen untuk memantau hutang negara.
 
"Beliau boleh mempengerusikan kaukus ini dengan menjemput Ahli Parlimen daripada parti yang berbeza untuk menganggotainya.
 
"(Beliau juga boleh) membentuk kelompok ahli Parlimen yang berani bertindak mengatasi ketaatan kepada parti demi negara, seperti yang dikatakannya dengan membawa usul menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah dikritik oleh beliau," katanya dalam satu kenyataan.
 
Tengku Razaleigh dalam ucapannya di Dewan Rakyat, kelmarin meminta kerajaan menjelaskan dengan telus kedudukan hutang negara dan mencadangkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditangguhkan kerana keadaan ekonomi serta kewangan awam berada di tahap kritikal.
 

‘Cybertrooper’ BN sepatutnya tanya, mengapa pemimpin mereka takut isytihar harta


Ada satu petikan daripada pelawak Amerika George Carlin: “Jangan berhujah dengan orang bodoh. Dia akan merendahkan anda ke tahapnya, dan mengalahkan anda dengan pengalaman.”

 Barangkali ia kena dengan tindakan cybertrooper Umno yang bersungguh-sungguh mempersendakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang memiliki aset bernilai RM1.6 juta, seperti yang didedahkan dalam pengisytiharan hartanya baru-baru ini. Pelbagai posting bernada sarkastik mengkritik jumlah asetnya, walaupun hanyalah seorang Ahli Parlimen.

Mereka membangkitkan latar belakang pendidikan dan kerjaya Rafizi di institusi dan syarikat berkaitan kerajaan, dan mempersoalkan tindakannya yang sering menyerang kerajaan persekutuan selepas menyertai politik.

Posting seumpama itu adalah dari laman Facebook Friends of Barisan Nasional (FoBN) yang berbunyi: “Mari kita lihat latar belakang orang yang menuduh kerajaan pusat tidak adil. 20 tahun belajar di bawah tajaan kerajaan dan syarikat kerajaan, serta 7 tahun bekerja di bawah syarikat kerajaan dengan gaji besar. “Akhirnya pada umur 37 tahun bejaya mengumpul harta bernilai RM2 juta. Anda mampu?”
Serius, apa yang mereka cuba lakukan sebenarnya? Bukankah Rafizi sudah menyatakan semuanya secara hitam putih melalui perakuan bersumpahnya? Hal-hal seperti pendapatan sebelumnya, pendapatan masa ini, aliran keluar masuk, pemilikannya – sesuatu yang kita tidak pernah jangka akan dinyatakan oleh politikus?

Beliau malah menjelaskan yang beliau telah melunaskan hutang pendidikan dan apa sahaja jumlah yang beliau hutang daripada Petronas! Saya perlu jelaskan, saya bukanlah penyokong PKR atau pun peminat Rafizi. Namun pujian harus diberikan selayaknya.

Apa yang beliau lakukan memang patut dipuji. Adakah sesiapa dalam Umno, atau pun BN, yang berani mendedahkan aset mereka secara begitu terperinci? Bagaimana dengan Ketua Umno bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee, individu yang mencabar Rafizi untuk mengisytiharkan harta pada asalnya?

Berikutan tindakan Rafizi, Syed Ali juga dipetik berkata akan membuat perkara sama dan “tiada apa yang perlu disembunyikan”. Namun, sudah seminggu berlalu dan kita belum mendengar apa-apa daripada beliau. BN (dan penyokong mereka) perlu pastikan yang tangan mereka benar-benar bersih sebelum membuat tuduhan kepada orang lain.

KENAPALAH DALAM UMNO mesti berotak CGPA 3.85...


Kalau yer pun nak backup/ jilat UMNO-1MDB sekalipun janganlah bg data AUTA LAGI BOHONG.. Pangkat saja 'Datuk' tapi mentalti macam macai UMNO gak, hanya perbodohkan rakyat dgn autanya..

TAHUKAH Datuk dlm rekod Bank Negara TIADA DATA angka Rizab Negara mencecah RM500 bilion. JANGANLAH BOHONG !!!.. Rizab Negara paling tinggi pernah dicatatkan adalah RM446.3 bilion pada Oktober 2013.

Rajin2lah buat kajian. Wpun Admin ini hanyalah rakyat biasa takkanlah dah ada pangkat DATUK malas nak cari..

Terima Kasih KERAjaan Umno@Bn....GST turunkan harga..!!!


Seluruh negara dicanang iklan GST bahawa bila GST 6% menggantikan SST 16% HARGA BARANG AKAN TURUN !!!

KERANA APA... kerana dulu SST16%, slps GST pula hanya 6% shj.. sudah pasti harga turun bukan !!!

Kalau tidak percaya, tambang bas ekspres KL-Kota Bharu dulu cuma RM44.20, bila diGSTkan harga menjadi murah RM53.80.. Betul tak pencacai UMNO..

YANG HERANNYA, kalau ikut perkiraan GST 6% sepatutnya RM44.20 menjadi RM46.85.. TETAPI menjadi RM53.80.. WOWW INI BUKAN 6% TETAPI KENAIKAN 22% !!!


Admin dah kata sebelum ini, bahana bala GST effect kat semua spt kos penyelenggaraan dan insurans.

Hebat KERAjaan BN.. hinggakan servis taik pun nak cekau GST.. Tabik spring lah UMNO.. Asal aja ada hubung kait dgn lubang dubur pasti licik utk buat duit.. 

Emotikon lik

Apa nak heran. Dah namanya ganGSTer.. Pau aja lah kerjanya tak kira mangsa.. JANJI RAKYAT DAPAT BR1M..

Hudud: Pasma pertahan Pas Kelantan

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
ALOR SETAR – Pakatan pembangkang diminta memberi ruang kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
 
Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan perjuangan Pas sejak sekian lama, maka parti itu perlu diberi peluang berbuat demikian.
 
“Pas tiada pilihan selain melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia merupakan antara perjuangan utama Pas.
“Bagaimanapun, Pas Kelantan perlu beri penerangan kepada rakan komponen PR mengenai pelaksanaan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Menurutnya, Pas tiada masalah untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia merupakan urusan kerajaan negeri.
 
“Kita perlu bagi ruang kepada Pas untuk gunakan hak demokrasi dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
 
“Tapi saya sedih sebab pelaksanaan itu tidak dapat persetujuan bersama antara Pas Kelantan dan DAP yang mungkin boleh menyebabkan PR berpecah,” katanya.
 
Phahrolrazi berkata, bagi menyelamatkan situasi tegang itu, Pas Kelantan perlu membentangkan enakmen tersebut menerusi Majlis Pimpinan PR.
 

DUN Kelantan lulus sebulat suara enakmen Hudud

DUN Kelantan lulus sebulat suara enakmen Hudud

KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

Menurut  Utusan Online, enakmen yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong penuh pindaan undang-undang itu.

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Ahmad semalam, mengandungi beberapa jenis kesalahan hudud termasuk:

1. Sariqah (mencuri)
2. Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
3. Zina termasuk liwat
4. Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
5. Syurb (minum arak atau memabukkan)
6. Irtidad (murtad)


Terang perlaksanaan hudud bukan serang - Husam

Husam 
KOTA BHARU - Datuk Husam Musa (Pas-Salor) hari ini  meminta pihak berkaitan menggunakan pendekatan penerangan dan bukan serangan bagi memastikan perlaksanaan Enakmen Kanun syariah II dapat dilaksanakan dengan sempurna.
 
Dilihat satu teguran terbuka kepada pemimpin Pas dan kerajaan negeri, Husam berkata, dalam peringkat terakhir sebelum perlaksanaan dilakukan aspek pertimbangan politik perlu diambil perhatian.
 
"Saya yakin setiap mereka yang mengundi Pas berkali-kali mahu enakmen ini diangkat dengan cermat bijaksana dan akhirnya berjaya dilaksanakan.
 
"Bukan semata-mata cabar-mencabar melebihi keperluan sebenar. Semangat permuafakatan lebih memudahkan laluan berbanding menonjolkan keangkuhan,"katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pindaan Enakmen Syariah II di persidangan Dun hari ini.

Akta Hasutan digunakan untuk menyekat demokrasi berparlimen

Ia adalah peninggalan terakhir sebuah empayar yang semakin malap, apabila British bergelut menghadapi tanah-tanah jajahan yang mengejar kemerdekaan dan menentang pemerintahannya, walaupun lebih berbahaya bagi kita sekarang ini, ia adalah peninggalan terakhir sebuah parti pemerintah yang enggan untuk melepaskan tampuk pemerintahannya.

 Lebih merisaukan lagi, ia digunakan untuk menyekat kekebalan parlimen, dan seterusnya demokrasi berparlimen di Malaysia. Ini adalah jelas melalui penangkapan dan siasatan baru-baru ini terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar atas apa yang beliau katakan pada persidangan Dewan Rakyat, membaca ucapan ayahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Ia adalah cubaan mereka yang berkuasa untuk membatalkan prinsip penubuhan Malaysia yang kita cintai, dan untuk menguasai badan perundangan yang sepatutnya memeriksa dan mengimbangi badan eksekutif, yang ia telah kawal dengan begitu mencengkam. Akta Hasutan yang merupakan warisan bekas penjajah, mungkin telah tiba pada akhir hayatnya dan perlu dimansuhkan oleh pihak yang kini menyalahgunakannya, di sebalik semua janji-janji sebelum ini untuk memansuhkannya.

Penyalahgunaannya oleh mereka yang berkuasa adalah membimbangkan bagi semua pihak. Penggunaannya secara jelas untuk melemahkan Parlimen, harus menjadi seruan bangun bagi kita semua. Parlimen telah pun dijadikan terlalu bergantung kepada Eksekutif, dan kini saki-baki kebebasan menyatakan perbezaan pendapat oleh ahli parlimen di Dewan rakyat, sedang terhakis.

Seperti yang kini dikatakan pengkritik, apa yang berlaku bukannya pentadbiran undang-undang, tapi mentadbir menggunakan undang-undang. Iaitu penggunaan undang-undang untuk mengekalkan pemerintahan, dan bukannya untuk menjaga keamanan dan ketenteraman. Sifat samar-samar akta ini dan cara ianya dijelaskan, menjadikan ia terbuka kepada manipulasi oleh mereka yang berkuasa.

Pengecualian yang ada terhadap imuniti Parlimen dalam Akta Hasutan adalah jalan keluar yang pihak berkuasa boleh gunakan untuk menahan mana-mana Ahli Parlimen yang mereka mahu, atas sebab-sebab yang tidak jelas di bawah bidang kuasa undang-undang yang dijelaskan secara samar-samar. Daripada menjadi penawar kepada pemberontakan dan huru-hara, ia adalah senjata yang diguna untuk menambat hidung rakyat dan menyekat perbezaan pendapat yang sah.

1MDB hanya isu kecil babitkan satu firma kata Mohd Irwan

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hanya isu kecil yang melibatkan satu syarikat yang sudah pun melalui proses penstrukturan semula, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mohd Irwan mengulas soalan mengenai kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan negara, yang kini pada A-, disebabkan kedudukan kewangan 1MDB.

"Syarikat itu sudah pun melalui penstrukturan semula dan Ketua Audit Negara sedang melakukan pengauditan, dan kita perlu tunggu dan lihat keputusannya.

"Bagi pihak kerajaan, kami akan membantu proses penstrukturan 1MDB," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Keusahawanan 1ASEAN 2015 (1AES).

Semalam, Ketua Penyelidik MIDF Zulkifli Hamzah berkata unjuran negatif Fitch Ratings ke atas Malaysia bukan sesuatu yang baharu, dan tidak selari dengan agensi-agensi penarafan yang lain.

Moody's Investors Service baru-baru ini mengesahkan penarafan penerbit dan bon kerajaan Malaysia pada A3, dengan unjuran positif.

"Teoh Beng Hock": 30 penunjuk perasaan bertempur dengan polis di depan pejabat SPRM Selangor

Kira-kira 30 penunjuk perasaan bertempur dengan berpuluh anggota polis anti rusuhan dan 20 pegawai polis dalam bantahan terhadap pembunuhan bekas setiausaha politik daripada DAP Teoh Beng Hock di depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Penunjuk perasaan yang terdiri daripada ahli keluarga Teoh dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula berkumpul pada jam 10:30 pagi dan mahu pengarah SPRM turun menemui mereka. Keadaan menjadi tegang apabila polis anti rusuhan dan pegawai polis menutup pintu pagar dan meletakkan pengadang di depan bangunan berkenaan. 
Ahli keluarga Teoh, Lee Lan, kelihatan menangis ketika rundingan dijalankan dengan polis untuk membiarkan tunjuk perasaan dilakukan selama 10 minit. Polis akhirnya bersetuju dengan permintaan itu dan kemudian meninggalkan kawasan berkenaan bersama anggota polis anti rusuhan.

DUN K'tan lulus RUU pindaan hudud sebulat suara

 
DUN Kelantan hari ini meluluskan sebulat suara rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II.

Kesemua 44 orang ADUN menyokong cadangan pindaan tersebut.

Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya dilaksanakan.

DUN Kelantan dianggotai 45 orang wakil rakyat. Satu daripada kerusi tersebut, Chempaka, kini kosong ekoran kematian penyandangnya allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara Dua Darjat...Hanya Di Malaysia...!!!



Mahfuz: Bank Negara patut siasat Najib dan 1MDB

Najib sebelum ini menyatakan sejumlah dana 1MDB telah dipindahkan ke Singapura bagi memudahkan urusan pengeluaran wang.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tampil menjelaskan tujuan sebenar menyimpan wang 1MDB di Singapura.
najib, mahfuz, money laundering2Beliau, dalam satu kenyataan media hari ini, mempersoalkan sekiranya tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan pengawasan dari Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan ia jelas bercanggah dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Anti Money Laundering dan Anti Terrorism Financing Act 2001.
“Jika ia satu kesalahan, maka tindakan tegas wajar diambil terhadap 1MDB dan Perdana Menteri atas kesalahan penggubahan wang,” katanya.
Terdahulu Najib menyatakan sejumlah RM4.08 bilion dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipindahkan ke BSI Bank Limited di Singapura bagi memudahkan urusan pengeluaran wang.
Ini kerana di Malaysia, BNM menetapkan peraturan untuk mendapatkan kebenaran BNM bagi setiap transaksi yang melebihi RM50 Juta.
Justeru, Mahfuz mahu tindakan diambil terhadap Najib dan syarikat 1MDB berkaitan aktiviti penggubahan wang.

'TUDM perlu pesawat Aewacs, PM boros beli jet VVIP?' - Mejar Zaidi

Seorang bekas juruterbang berpangkat mejar "terkejut" dengan tindakan kerajaan berbelanja bagi mendapatkan sebuah jet VVIP sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk mendapat sebuah pesawat pemantau Aewacs (airborne early warning and control systems).

"Pembongkaran oleh MP Pandan YB Rafizi Ramli amat mengejut dan menyedihkan saya," kata bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad.

Beliau merujuk dakwaan Rafizi berhubung kerajaan persekutuan mendapatkan sebuah jet baru jenis Airbus ACJ320 bernilai RM465 juta sedangkan Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat itu dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kenyataannya, Zaidi berkata negara kecil seperti Singapura telah memiliki pesawat itu sejak 1987, "sedangkan Malaysia yang beratus kali ganda lebih luas dari Singapura, sebiji Aewacs pun tiada?"


Bank Negara urged to probe Najib for money laundering

1MDB keeping money in Singapore to avoid oversight by Bank Negara.

najib, mahfuz, money laundering2KUALA LUMPUR: Pokok Sena MP Mahfuz Omar thinks that Prime Minister Najib Abdul Razak has forgotten whether he’s the Prime Minister of Malaysia or Singapore.
How can he say that the exchange of money transfers is easier in Singapore compared with Malaysia where Bank Negara’s permission was necessary for transfers of RM50 million and above?
Mahfuz, who is also PAS Information Chief and the party’s Chief Whip in Parliament, was taking issue with Najib’s statement in Parliament on why 1Malaysia Development Berhad (1MDB) had to transfer RM4.08 billion to BSI Bank Limited in Singapore, the local branch of a Swiss bank.
Is 1MDB keeping money in Singapore to avoid oversight by Bank Negara?
Isn’t this clearly a violation of the Financial Services Act 2013, the Anti Money Laundering Act and the Anti Terrorism Financing Act 2001?
If true, demanded Mahfuz, the appropriate action must be taken against 1MDB and Najib for indulging in money laundering activities.

Kepimpinan atau kepincangan ulama


Asal-usul perkataan 'pimpin' ialah membawa seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain. Kita boleh mengatakan yang kita 'memimpin' seseorang yang cacat penglihatan. Itulah penggunaan perkataan ini secara fizikal. Jadi tidak menjadi kesalahan untuk kita menjangkakan yang seseorang 'pemimpin' akan menolong mendatangkan kemajuan, iaitu membawa kita dari satu tahap ke tahap yang lain. Daripada menjadi ahli negara dunia ketiga umpamanya kepada menjadi ahli negara dunia pertama. Itulah maksud sebenar 'kepimpinan'.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selalu bercakap tentang 'kepimpinan ulama'. Kepada mereka, inilah bentuk kepimpinan yang ideal. Mungkin ini adalah kerana hadis yang mengatakan ulama itu waris nabi-nabi (al-ulamaa warith al-anbiyaa') walaupun hadis ini tidak mentakrifkan langsung siapa itu 'ulama'.  Ini sebenarnya sendiri label, sendiri angkat saja.
Adakah sesuatu kepimpinan itu bebas daripada penilaian? Sudah tentu tidak. Inilah fungsi demokrasi, iaitu menilai sesuatu falsafah politik dan memilih sama ada untuk meneruskan falsafah ini untuk 5 tahun seterusnya atau tidak. Itu pun kalau demokrasi itu berfungsi. Kebanyakan demokrasi tidak berfungsi dengan baik dan bertakung dengan satu bentuk falsafah politik saja, walaupun nama-nama parti itu mungkin berubah. Satu contoh yang baik ialah parti Conservative dan Labour di UK yang mengamalkan sistem kapitalis sama saja, walaupun parti Labour (Buruh) sepatutnya lebih sosialis dalam pandangan mereka.

Di manakah PAS dari sudut ini? Falsafah pemerintahan PAS mudah saja - mereka mahukan negara Islam. Negara Islam mestilah bertulang belakangkan undang-undang syariah. Dengarnya seperti mudah saja - negara Islam dengan undang-undang yang diberi Allah. Jadi mengapa kita perlu ada kepimpinan ulama pula? Buka saja kitab-kitab hukum syariah dan ambil saja hukum yang tertera di dalamnya. Tapi bukan semudah itu, golongan ulama (bukan saja ulama PAS) akan mengatakan kita perlu ada ilmu pengetahuan untuk memahami bagaimana undang-undang itu boleh diangkat dari kitab kuno dan diaplikasikan dalam konteks moden. Itulah sebenarnya sebab kita memerlukan kepimpinan ulama, bagi merumuskan proses daripada kitab ini untuk mendirikan negara Islam.
Tapi jika berbalik kepada konsep 'kepimpinan' yang berhubung dengan kemajuan, adakah PAS berjaya membawa kemajuan ini? PAS diberi kepercayaan mentadbir 2 negeri pada satu ketika dulu tetapi tiada pun apa kemajuan yang boleh kita amati. Kelantan tidak berjaya mendirikan institusi yang menjadi perintis dalam bidang sains dan teknologi ataupun bidang pengajian kemanusiaan. Yang ada hanyalah undang-undang yang kononnya dapat mencegah maksiat. Obsesi kepada maksiat ini begitu berleluasa sehinggakan apabila beratur dalam kedai pun, lelaki dan perempuan dijangka akan membuat maksiat. Sudah 20 tahun saya tinggal di negara 'kafir' pun, saya tidak pernah melihat perkara ini berlaku. Orang ramai tidaklah ada obsesi ini seperti golongan ulama.

Ilmu dan ketokohan Husam belum cukup untuk ganti Hadi, kata Dr Mahfodz


Post Pic

KOTA BHARU: Bekas Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamad membayangkan naib presiden parti Husam Musa tidak mempunyai ketrampilan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden PAS Jun ini. 
 
Husam dicalonkan oleh PAS Kota Tinggi dan Batu Sapi untuk jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Pusat PAS, sekali gus melayakkan beliau untuk mencabar Hadi. 
 
Bagaimanapun  Mahfodz berpendapat Husam gagal mempamerkan ketokohan yang diperlukan untuk mengganti Hadi. 
 
"Jika nak cari lawan Hadi, mesti cari calon yang lebih baik. Namun setakat ini, saya tidak jumpa seseorang yang lebih baik daripada Hadi dari segi ilmu dan ketokohannya. 
 
"Sepatutnya tiada yang bertanding (cabar Hadi). Tapi oleh kerana PAS mengamalkan dasar demokrasi, maka kita benarkan sesiapa bertanding, "kata beliau. 
 
"Malah Presiden sendiri tiada halangan sesiapa yang nak bertanding kerana ia tidak menyalahi perlembagaan PAS," katanya yang ditemui selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.
 
Pemilihan PAS Jun ini dijangka panas setelah beberapa bahagian PAS di lihat menampilkan calon-calon tertentu untuk mencabar Hadi yang memimpin parti itu sejak 2003, tanpa di cabar. 
 
Namun, akhir-akhir ini penentangan golongan professional terhadap Hadi terserlah dengan kritikan terbuka beberapa pemimpin yang menyalahkan Hadi di atas hubungan rapuh PAS dengan DAP dan PKR. 
 

Pergolakan PAS hanya perkara kecil -Haron Din


Post Pic

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din tetap yakin pergolakan yang berlaku dalam parti itu hanya perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik.
 
Menurutnya, suara-suara lantang yang kedengaran daripada beberapa pihak hanya perbezaan pendapat yang berlaku dalam  mana-mana parti politik.
 
"Suasana politik semasa yang masing-masing parti politik ada masalah masing-masing.
 
"Dalam Umno pun kita faham dengan adanya perkataan yang perdana menteri sebut baru-baru ini iaitu jemuan dan dalam MIC kita faham apa yang sedang berlaku soal pemilihan," katanya kepada Antarapos.
 
Susulan perkembangan itu, Haron menambah PAS turut terkena tempias sehingga timbul anggapan parti itu berdepan pergolakan dalaman yang serius.
 
"Riak begitu terkena tempias sampai kepada PAS.
 
"Maka PAS juga dilihat ada masalah yang biasanya dihadapi oleh mana-mana parti politik menjelang pemilihan semula AJK Pusatnya," katanya.
 

Pemimpin nak cabar Abdul Hadi perlu 'cerminkan diri' terlebih dulu - Azman Shapawi



Post Pic
KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS yang berhasrat untuk merebut jawatan presiden parti itu pada muktamar tahunan kali ini dinasihatkan 'mencermin diri' terlebih dahulu sebelum mencabar penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Malahan menurut Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani, pemimpin tersebut juga perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada mempunyai kemampuan menandingi ketokohan dan kepimpinan Abdul Hadi.
 
Katanya, setiap cawangan PAS mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti selaras dengan peraturan pemilihan.
 
"Mencabar itu boleh kerana perlembagaan kita membenarkannya berlaku pemilihan dalam demokrasi tetapi kita kena ukur adakah kita mampu buat kerja kalau kita dilantik sebagai presiden dari segi ilmu agama, ijtihad hukum kalau ada sesuatu perkara.
 
"Kemudian dari sudut hubungan antarabangsa ataupun dari sudut menghadapi gerakan parti di peringkat negara sebagai seorang negarawan," katanya kepada Antarapos.
 
Ujar beliau laggi, pemimpin yang mahu mencabar jawatan presiden perlu mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu agama memandangkan sejak sekian lama parti itu meng utamakan kepimpinan ulama.
 

Terima Kasih Umno@Bn tambang teksi, bas ekspres naik


SPAD 

KUALA LUMPUR - Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengumumkan kenaikan itu hari ini berkata, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

Pindah wang 1MDB: Najib PM Malaysia atau Singapura?

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Bank Negara Malaysia dapat melakukan penyiasatan segera berasaskan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen berhubung wang 1MDB dipindahkan ke BSI Bank Limited di Singapura.

Dalam jawapan Perdana Menteri di Parlimen berkenaan wang 1MDB ada menyebutkan sejumlah RM4.08 billion sudah dipindahkan ke BSI Bank Limited di Singapura kerana urusan pengeluaran wang di sana lebih senang berbanding di Malaysia yang memerlukan kebenaran Bank Negara Malaysia bagi setiap transaksi yang melebihi RM50 juta.

"Saya ingin bertanya kepada PM Najib ini adakah PM Malaysia atau PM Singapura?" tanya Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga mempersoalkan adakah tujuan menyimpan wang 1MDB di Singapura itu bagi mengelakkan pengawasan oleh Bank Negara Malaysia.

Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI) Kepada Kerajaan Malaysia!

hutang negara
Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia“. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.
Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

Hutang Negara Malaysia Terkini 2015 Terus Naik!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.
Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.

Kenapa Izzah ditahan, KPN kena jawab - Dr Maszlee

Maszlee Malik
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu menjelaskan soal penahanan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR, Isnin lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpandangan, Khalid sepatutnya menjelaskan bagaimana Nurul Izzah boleh hilang imuniti sebagai seorang ahli Parlimen yang berucap di dalam Dewan Rakyat.

“KPN kena jawablah. Sebab dalam kes ini, ahli Parlimen hilang imuniti jadi, dia perlu jelaskan.

“Jadi, sekarang ini seolah-olah macam ahli Parlimen tidak ada imuniti dan ini akan melemahkan semangat pengamalan demokrasi. Kita minta KPN jawablah,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Nurul Izzah ditahan satu malam di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Azmi Hassan, semua ahli Parlimen perlu faham bahawa imuniti berhujah dalam Dewan Rakyat tetap mempunyai had.

SIKAP ‘ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR’ AMALAN RAKYAT MALAYSIA

Agak keterlaluan sekiranya dikatakan semua rakyat Malaysia kini bersikap ‘ada mata tengok,ada telinga dengar’. Namun begitu kebanyakannya begitulah. Hanya ada beberapa ‘kerat’ sahaja yang terus menerus menyuarakan rasa hati dan ketidakpuasan terhdapa sesuatu tanpa memikirkan rasa takut dan bimbang ekoran daripada ketidakpuasan yang disuarakan.

Dalam keadaan suasana di negara kini kita masih dikira bernasib baik kerana masih ada tokoh-tokoh seperti Tun Mahathir, Tengku Razali Hamzah yang masih lantang bersuara menyatakan sesuatu yang tidak kena mengenai sesuatu yang pada pandangan mereka. Dan dikalangan anak muda pula kita masih dianggap bertuah kerana masih ada tokoh-tokoh seperti YB Rafizi, Tony Pua, Nurul Izzah yang berani menyuarakan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat dan pandangan mereka. Ini tidaklah pula bermakna bahawa hanya tokoh-tokoh ini sahaja yang sedar akan kepincangan yang berlaku kini. Agak ramai juga anak-anak muda yang berani menyuarakan tetapi suara mereka masih ‘samar-sama’ dan ‘sayup-sayup’ disebabkan mereka masih dianggap ‘ budak-budak masih belajar’.

Pada umumnya masyarakat Malaysia kini mengamalkan ‘ada mata tengok ada telinga dengar’. Masing-masing mahu ‘menyelamatkan’ diri masing-masing. Masing-masing tidak mahu kehidupan mereka terganggu. Masing-masing tidak mahu perjalanan hidup mereka terjejas dengan ‘campurtangan’ mereka ‘menjaga tepi kain’ orang lain. Dan keadaan sedemikian pastinya amat menguntungkan pihak-pihak tertentu yang sedia menggunakan ‘kesempatan’ yang ada demi untuk melakukan apa sahaja yang boleh menguntungkan mereka.

Dikalangan para pemimpin  diperingkat kebangsaan pasti ada perkara-perkara yang dilakukan oleh pihak kepimpinan yang dirasakan tidak menguntungkan rakyat. Mesti ada. Tetapi disebabkan oleh sikap ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar ‘ itu maka segala penyelewengan yang keilhatan itu didiamkan sahaja. Tambahan pula sebagaimana yang dikatakan oleh YM Tengku Razali, masing-masing sudah pun mendapat habuan masing-masing. Mereka sudah menjadi kaya raya dan amat takut dan bimbang sekiranya ‘periuk’ mereka akan dipenuhi ‘pasir’. Amat takut!