Rabu, 18 Mac 2015

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Ucapan Ku Li Di Parlimen

Secara umumnya ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen  semalam diterima baik oleh banyak pihak dan menggambarkan keprihatinannya kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Ucapannya yang antara lain mengingatkan mengenai sumpah Ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, gesaan mengisytiharkan harta bagi menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kepada sebuah badan bebas dan saranan menangguhkan perlaksanaan cukai GST, tidak lain merupakan reaksinya yang jujur, bukan saja berdasarkan pengalamannya tetapi juga keadaan semasa dalam negara.

Walaupun ada yang mengkritik Ku Li atas ucapannya termasuk mengatakan ia hanya retorik, sudah terlambat, melabelnya sebagai ahli politik lama yang ketinggalan zaman dan ada juga memberi gambaran seolah-olah beliau tidak memahami GST, hakikatnya beliau berani memberikan pandangan serta tegurannya.

Sama ada kerajaan mahu menerima atau mengabaikan saja semua teguran itu, yang penting Ku Li telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memperbaiki lagi imej kerajaan di mata rakyat.

Berkenaan pengisytiharan harta yang disarankannya kepada sebuah badan bebas yang dipilih oleh Parlimen, ia akan membantu menaikkan imej kerajaan berbanding amalan sekarang di mana para anggota pentadbiran kerajaan hanya membuat pengisytiharan kepada Perdana Menteri saja.

Tetapi dalam konteks amalan yang ada sekarang, Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada siapa?

1MDB: Semua negara ada masalah sama kata Dr Azmi Hassan

SHAH ALAM - Krisis yang dialami 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) di negara ini bukan suatu yang luar biasa.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Azmi Hassan berkata, ini kerana organisasi luar negara seperti 1MDB pernah berhadapan dengan masalah sama.

“Kemelut yang dihadapi oleh 1MDB sekarang ini bukanlah perkara yang unik. Ia ke atas syarikat-syarikat luar negara yang lain juga.

“Semua mempunyai masalah sendiri terutamanya melibatkan tadbir urus organisasi,” katanya.

1MDB bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang ditubuhkan pada tahun 2008, dan dinamakan sebagai 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 mengumumkan 1MDB akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

Rafizi: Henti segera 1MDB, elak banyak dana rakyat keluar

1MDB
SHAH ALAM, 18 MAC : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dihentikan serta merta bagi mengelakkan pengeluaran lebih tinggi dana rakyat.
Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli berkata, tindakan meneruskan 1MDB mengakibatkan kreditor (pihak luar) akan menentukan harta negara yang boleh diambilalih ekoran kegagalan kerajaan membayar balik hutang RM40 bilion.
Rafizi1-179x300“Jika tak mampu bayar, kreditor akan masuk meletakkan syarat untuk mengambil alih harta. Ini mekanisme masalah kewangan negara bila tidak mampu bayar hutang sama ada faedah atau pokok.
“Apabila orang luar menentukan dasar dan ditekankan dengan masalah kewangan sedia ada, sudah tentu negara boleh bankrap.
“Ia terpaksa mengambil tindakan merugikan rakyat jika tidak dijaga dengan baik,” katanya pada wacana Sinar Harian dengan isu ‘Apa disebalik 1MDB’.
Rafizi berkata, kerajaan mungkin akan menggunakan dua cara pembayaran ketika ini antaranya mengambil aset sebelum ini iaitu dua tanah di Sungai Besi dan Bandar Tun Razak.
“Kedua-dua ini dilelong kepada beberapa syarikat untuk mendapatkan wang bagi membayar balik hutang itu.
“Kedua, kerajaan akan mengambil dana rakyat kerana mereka yang jamin dan ini bermaksud perbelanjaan rakyat akan dipotong termasuk Cukai akan ditambah dan kemudahan tidak dibina, bahkan ini yang sedang dilakukan kerajaan,” katanya.

Khazanah Nasional dikawal ketat punca 1MDB ditubuh

RafiziSHAH ALAM, 18 MAC: Tadbir urus dan tatakelola Khazanah Nasional Berhad sebagai tabung negara yang dikawal ketat adalah salah satu faktor penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia berkemungkinan kerana Khazanah tidak boleh dipermainkan apabila wujudnya tadbir urus yang ketat.
“1MDB tidak wajar ditubuhkan kerana negara sudah mempunyai tabung negara yang dikelola dengan baik. Jadi, kerana ia tak boleh dipermainkan, sebab itu wujudnya 1MDB,” katanya pada wacana Sinar Harian yang mengupas ‘Apa disebalik 1MDB’.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, 1MBD dipersoalkan bukan kerana Ahli Lembaga Pengarah yang dikatakan berpengalaman dalam mengendalikan syarikat berbilion ringgit.
Katanya, ia berkenaan dengan pengeluaran wang kepada akaun individu yang tiada kaitan dengan Lembaga Pengarah.
najib-razak1-may7-540x320“Kami Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan ahli lembaga pengarah, tetapi bertanya mengapa wang itu masuk ke dalam poket individu yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Perniagaan, Low Taek Jho Low adalah individu yang dikaitkan dalam hal itu membabitkan pelaburan pertama bagi 1MDB.
Beliau juga rakan baik kepada anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz seperti yang dilaporkan New York Times.
Rafizi juga mencabar Najib supaya menyaman Jho Low dan beberapa akhbar luar negara jika dakwaan itu tidak benar.
“Di dalam Parlimen, kita juga mendapat jawapan RM4 bilion daripada wang pencen rakyat disuntik untuk pelaburan lombong dan arang batu seluruh dunia.
“Minggu ini disahkan, RM4 bilion itu dilaburkan dalam sebuah syarikat di Mongolia,” katanya.

Kami bangga sbg rakyat M'sia ada PM macam Najib


WOWW !!!.. Admin kagum keluarga PM kita memang berpaksi kpd Islam Wasatiyyahnya dgn konsep kehidupan yg penuh bersederhana..

Sebelum ini sepupu dia beli kereta cash RM300K++ ... Ni pulak anak dia, hantaran perkahwinan tak banyak... RM 1.86 JUTA jerr... kaya kan menteri2 Malaysia..

Ops Bubar: Ameerah nyata solidariti untuk 13 OKT



KUALA LUMPUR: Ameerah Dewan Muslimat PAS Malaysia menyatakan solidariti buat 13 peserta himpunan membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang dihukum penjara 10 bulan hari ini.
Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, Ameerah menganggap hukuman ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi rakyat yang berjuang menuntut keadilan.
"Ameerah Malaysia menyatakan solidariti bersama-sama mangsa kezaliman ini dan mendoakan agar kesemua 13 mangsa terutamanya pihak keluarga akan terus kuat dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Fareedah juga berkata, situasi ini akan memburukkan lagi demokrasi di Malaysia selepas akhir-akhir ini ramai pemimpin politik dan aktivis masyarakat ditahan hanya kerana mengamalkan hak kebebasan bersuara.
"Akhir-akhir ini kita menyaksikan satu persatu pemimpin politik dan aktivis rakyat ditangkap hanya kerana mereka mempraktikkan hak kebebasan bersuara yg dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan ini sangat mengecawakan kami anak muda," katanya.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 13 peserta himpunan di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu kerana membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak selepas berlakunya rampasan kuasa di negeri itu

Ops Bubar: Berjuang dan dipenjara, 13 hero rakyat tak didendang


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggagaskan solidariti mega buat 13 peserta himpunan membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang dihukum penjara 10 bulan hari ini.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, solidariti mega itu sebagai simbol pembelaan dan pada masa yang sama memastikan waris-waris mereka terbela dari sudut kebajikan dan pembelajaran.
"Ada di kalangan mereka yang masih mempunyai anak kecil dan anak kelainan upaya. Namun tekad mereka untuk berjuang hingga akhir sememangnya menjadi inspirasi buat anak-anak muda yang mengimpikan perubahan.
"Mereka adalah hero rakyat yang tidak didendang, orang-orang biasa yang mengambil risiko luar biasa untuk berjuang menegakkan lunas-lunas demokrasi walau sedar hukuman menanti di hujungnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 13 peserta himpunan di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu kerana membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak selepas berlakunya rampasan kuasa di negeri itu.

Majlis akad nikah anak perempuan Najib esok......

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung esok (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Jamil Khir yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Banjir 2014: Banyak kelemahan agensi kerajaan terdedah



KUALA LUMPUR: Walaupun sistem pengurusan banjir negara dianggap sebagai terbaik di dunia, namun masih banyak yang perlu dikaji semula, sama ada melibatkan perancangan, prosedur mahupun pelaksanaan.
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah, banjir besar yang berlaku di Kelantan akhir tahun lalu mendedahkan banyak kelompangan yang perlu ditampung termasuk tindakan daripada agensi yang terlibat.
"Dilihat agak kelam kabut seolah-olah ini adalah kali pertama menghadapi bencana yang serupa. Saya masih tidak faham dengan apa yang dinamakan SOP Tentera.
"Misalnya, adakah boleh mereka memberhentikan operasi penyelamatan dengan alasan ‘tak kerja waktu malam’, sedangkan itulah waktu yang kritikal dan masih ramai mangsa yang terperangkap,"katanya ketika membahaskan ucapan Titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga kesal apabila kekurangan kemudahan yang ada digunakan tidak mengikut keutamaan seperti helikopter yang masih menurunkan bantuan di tempat-tempat yang masih boleh sampai melalui jalan darat.
"Tetapi tidak pula bergegas ke pusat-pusat yang terkepung dan tak mampu dihantar kecuali melalui udara. misalnya di Sek Kebangsaan Gong Dermin,"katanya.

Agaknya mereka ingat rakyat ini lembu......



1MDB Hadapi Masalah Tadbir Urus - Dr Azmi Hassan

1MDB: Perlu Audit Forensik - Rafizi

1MDB: Rafizi Sedia Disaman


CASH RM328,916!!! agaknya menteri2 kita memang pandai simpan duit sejak dari kecil lagi..


WAHH !!! agaknya menteri2 kita memang pandai simpan duit sejak dari kecil lagi.. Belajar dari siapa ek..

Rileks jerrr menteri kita beli kereta baru... cash lagi tu... TETAPI KENAPA TAK NAK TUNGGU bulan depan. Kan bila dah ada GST harga kereta akan 'MURAH' ???.. Kalau dia beli time GST kan dah boleh jimat hampir RM31 ribu..

Korang bila lagi nak jadi ahli UMNO ???
Korang contohilah menteri2 & bini PM kita menabung simpan duit..

Kerajaan Umno@Bn mengaku jamin hutang 1MDB, berapa lagi yang perlu rakyat tanggung?

Selepas berhempas-pulas cuba memutarbelit dan mengelak daripada menjawabnya, kerajaan Malaysia akhirnya mengaku bahawa ia sememangnya menjamin hutang sebuah subsidiari badan pelaburan milik penuhnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan mengaku bahawa “surat sokongan” yang dikeluarkan kerajaan kepada 1MDB Global Investment Ltd untuk membuat pinjaman berjumlah USD3 bilion (RM9.6 bilion) bermakna kerajaan akan menanggung hutang itu, jika 1MDB Global Investment gagal berbuat demikian.
1MDB Global Investment Limited perlu menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua asetnya terlebih dulu. Jika semua langkah tersebut diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif,” kata Najib.
Najib berkata demikian dalam satu jawapan bertulis bagi soalan lisan oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) ketika sesi soal jawab di Parlimen 12 Mac lalu.
Jawapan itu hadir selepas penafian sebelumnya oleh kerajaan berhubung penggunaan wang awam untuk mendanai badan pelaburan itu, selain daripada dana pemula ketika ia ditubuhkan dahulu.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan juga menafikan kewujudan sebarang surat jaminan, namun kemudiannya menyatakan ada surat sokongan yang tidak membawa maksud jaminan kepada hutang.
“Bunga ros walaupun dengan nama lain, tetap mengeluarkan bau wangi yang sama; jaminan hutang oleh kerajaan dengan menggunakan nama yang kedengaran tidak merbahaya, seperti ‘surat sokongan’ tetap bermaksud jaminan,” kata Pua dalam responnya terhadap jawapan Najib.
Namun lebih penting, Pua membakitkan soalan yang berkaitan berhubung tindakan kerajaan yang cuba mengelak dalam isu jaminan kepada pinjaman 1MDB ini.
Katanya, pengakuan PM bahawa kerajaan akan membayar hutang subsidiari 1MDB yang dijaminnya, berkemungkinan turut melibatkan hutang lain yang diambil 1MDB dan subsidiary-subsidiarinya, jika mereka gagal menjelaskan hutang.

Hudud: Masa untuk rakyat Malaysia terima kenyataan

oleh Ng Kee Seng

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini membentang dan membahaskan pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. Ia akan diluluskan oleh 45 Adun yang semuanya beragama Islam esok, dan itu hanyalah formaliti. Ini kerana tidak syak lagi, DUN yang didominasi PAS itu akan dapat apa yang dimahukan.

Sama ada PAS akan mendapat kelulusan Parlimen yang diperlukan adalah soal lain. Namun, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menerima hakikat ini dan terus melangkah ke hadapan. Hakikatnya, undang-undang hudud negeri itu sudah diluluskan dua puluh tahun yang lalu. Kepada pihak yang selama ini menentang hasrat PAS melaksanakan hudud bagi orang Islam di Kelantan, bukankah ini masanya untuk menamatkannya dan melangkah ke hadapan?

Terutama bagi DAP, MCA dan Gerakan. Meraka patut sudah menerima kenyataan bahawa selagi rang undang-undang itu tidak menyalahi peraturan, mereka perlu menerima keputusan majoriti. Bukankah itu demokrasi? Selama tiga dekad, DAP, MCA, MIC dan Gerakan sentiasa bersuara membantah atau menolak apa-apa langkah untuk melaksanakan hudud di Kelantan atau Malaysia. Apakah yang mereka capai setakat ini? Tiada apa-apa. Dan bagi Kelantan, ketiga-tiga parti politik bukan Melayu tidak memiliki seorang wakil pun di DUN.

Jika majoriti umat Islam menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, itu adalah hak demokratik mereka. Bukankah begitu? Selain itu, apa yang DAP, MCA, Gerakan maksudkan tentang memperjuangkan hak beragama dan demokrasi?
 Bukankah orang Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka? Maka, mengapa ada diskriminasi terhadap orang Islam? Sudah banyak yang diperkatakan DAP, MCA dan Gerakan tentang ketakutan terhadap hudud. Apa yang mereka takutkan? Hudud atau pelaksanaannya? Secara prinsip, orang bukan Islam tiada hak menafikan orang Islam yang mahukan hudud.

Namun mereka berhak untuk menggesa agar mereka tidak tertakluk di bawah undang-undang itu melalui apa sahaja cara, jika ia dilaksanakan dan dikuatkuasakan. Justeru ketakutan sebenar mereka adalah pelaksanaan, penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang. Dan DAP belum pun mula menangani secara terperinci tentang aspek-aspek ini. Apa yang mereka buat, terutama DAP, hanyalah menentang hudud dengan penuh agresif sepanjang tiga dekad ini, mempolitikkannya dan dengan itu menunjukkan mereka sebagai anti-Islam.

 Bolehkah anda benar-benar salahkan pihak yang menganggap DAP sebagai anti-Islam? Apakah tindakan positif yang telah diambil DAP untuk menyelesaikan isu hudud? Adakah mereka benar-benar pejuang kebebasan agama dan demokrasi? Jika ya, pemimpinnya perlu berfikir di luar kotak dan menerima hudud sebagai hak orang Islam.

DAP sebaliknya patut menyokong PAS dan bekerjasama dengan mereka untuk merangka pelaksanannya, demi memastikan minoriti bukan Islam di Kelantan tidak tertakluk atau terkesan dengan undang-undang itu. Bukankah itu langkah yang positif bagi DAP di dalam Pakatan, atau sebuah kerajaan Pakatan? Atau DAP sebenarnya tidak yakin dapat memastikan Pakatan mampu melaksanakan dan mentadbir hudud hanya untuk orang Islam, dan mengecualikan orang bukan Islam?
DAP telah mengancam kedudukan dan status PAS dalam Pakatan jika mereka meneruskan usaha melaksanakan hudud di Kelantan. Apakah kesan positif langkah itu kepada orang bukan Islam dan rakyat Malaysia secara umumnya? Apa yang DAP lakukan hanyalah membangkitkan emosi politik dan memarakkan api agama dalam isu ini.

Adakah DAP mahu memimpin rakyat Malaysia ke arah perkembangan sosial yang positif, atau cuma mahu kekal relevan di kalangan orang bukan Islam? Jangan dilupakan bahawa ciri utama yang paling penting dalam pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ini adalah undang-undang hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam. Itulah prinsipnya. Kebimbangan yang dibangkitkan DAP dan pihak bukan Islam lain adalah tentang salah urus.

Bukankah menjadi tugas DAP untuk memastikan Pakatan mampu menjadi pentadbir yang cekap dalam kerajaannya? Agensi berita nasional Bernama memetik Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata, enakmen itu menawarkan pilihan kepada orang bukan Islam sama ada ingin dibicarakan di bawah hudud atau undang-undang sivil.

Kedai Runcit Beroperasi 48 Tahun Bakal Ditutup Akibat GST

MP PKR Lumut Bahas Titah Diraja 2015


MP PAS Bachok Bahas Titah Diraja 2015 - "Pasca Banjir 2014"

MP PAS Kuala Krai Bahas Titah Diraja 2015 - "Bah Besar 2014"

MP PAS Kubang Kerian Bahas Titah Diraja 2015 - "Banjir Besar"

Tokoh Wartawan: Najib takkan mudah berundur

1MDB: Dalam kebenaran Dr M ada kekhilafan, kata Umno

Tak Perlu Suruhanjaya Diraja Siasat 1MDB - SukaGuam

1MDB Punca Ringgit Jatuh - Dr Azmi Hassan

1MDB: PM dicabar saman Jho Low, media antarabangsa

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa yang menyiarkan pengakuan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low didakwa sebagai kenalan rapat keluarga perdana menteri itu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan jika laporan akhbar di Hong Kong dan New York itu berunsur fitnah, Najib sepatutnya menyaman segera syarikat penerbitan itu yang didakwa cuba menjejaskan nama baik perdana menteri sekeluarga.

“Kalau betul itu fitnah dan ia satu pembohongan oleh akhbar Hong Kong dan New York, maka PM wajib saman mereka sekarang juga. Saya pun PM tidak berani saman.

“Dia (Jho Low) juga sebut kenalan kepada anak tiri perdana menteri, iaitu anak sulong Datuk Seri Rosmah Mansor malah dia terlibat dalam menerbitkan filem Hollywood,” katanya pada Wacana Sinar Harian yang bertajuk ‘Apa di sebalik 1MDB’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Jho Low didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB melalui urus niaga bersama syarikat itu dan PetroSaudi International pada 2009.

Laporan portal itu turut mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 didakwa bagi mengaburi mata, sedangkan dana itu disalurkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki Low.

Najib Razak BUAT HUTANG NEGARA RM744.7 BILION RAKYAT PULA YANG KENA TANGGUNG !!!

 GST satu tanda kegagalan mengurus kewangan negara yg kaya dgb hasil bumi.

GST satu tanda cara mudah utk kutip duit rakyat 'COVER' duit BR1M & HUTANG KERAJAAN.

Masalah negara khususnya kewangan berpunca dari budaya rasuah, kronisma dan ketirisan UMNO. Amalan 'You Help Me and I Help You' yg sering dicanang oleh presiden Umno bukti betapa teruknya amalan kronisma dlm umno khasnya dan negara amnya..

Anwar dan kehakiman Malaysia – Prof Dr Taha al-Elwaniy

Saya mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 40 tahun, sejak beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), gerakan belia terpenting di Asia Tenggara. Anwar yang saya kenal ketika itu ialah seorang anak muda  yang cerdas, lulusan bidang sosiologi, datang dari keluarga Melayu berdarah India. Beliau dan organisasi pimpinannya itu banyak mendirikan sekolah rendah dan menengah. Beliau memang dibesarkan dan didewasakan dalam dunia pendidikan seterusnya menyertai arus  gerakan Islam di rantau Melayu. Kerana aktivismenya yang cukup menyerlah beliau menjadi tokoh harapan masa depan arus Islam di dalam dan luar negara.
Reputasinya sebagai pemimpin muda meluas hingga ke luar daerah persekitarannya. Ketika itulah beliau ditangkap dan seterusnya disumbatkan ke khemah tahanan politik oleh pemerintah Malaysia. Selepas pembebasannya, Ismail al-Faruqi Rahimahullah tampil memainkan peranannya sebagai orang tengah antara Anwar dan Tun Dr Mahathir Muhamad yang juga Perdana Menteri ketika itu. Ismail al-Faruqiy menyarankan agar Dr Mahathir memanfaatkan pemikiran dan aktivisme Anwar sebagai seorang yang memiliki segala potensi kepimpinan dan sebagai tokoh berkarisma terutama dalam kalangan anak muda.
Masa itu ialah era menyemarakkannya fenomena keislaman yang disebut “Islamic resurgence” atau kebangkitan Islam. Dengan kepekaan politiknya, Dr Mahathir melihat dengan membawa masuk tokoh muda seperti Anwar Ibrahim – simbol golongan Islam di dunia Melayu dan Asia Tenggara – mungkin akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada konflik yang tajam antara  golongan nasionalis Melayu (yang berorientasi sekular) dengan golongan Islam.

Di Malaysia ketika itu sudah wujud parti Islam yang memperjuangkan pelaksanaan syariat dan menjadikan seluruh wilayah Malaysia sebagai wilayah Islam di samping juga wujud simbol Islam dalam negara yang memungkinkan Malaysia terdedah kepada konflik seperti yang berlaku di dunia Arab, iaitu konflik antara golongan Islam dengan golongan nasionalis. Di Malaysia pada asasnya tidak wujud perpecahan dalam kalangan kaum Bumiputera yang rata-ratanya adalah ahli Sunah yang menganut mazhab Syafii. Itulah yang menjadi asas perpaduan mereka selain asas kesatuan kebangsaan. Dr Mahathir membuat keputusan untuk meyakinkan Anwar agar menyertai parti pemerintah dan seterusnya berkhidmat dalam kerajaan dengan jaminan ruang yang seluas-luasnya akan sentiasa terbuka untuk beliau memanfaatkan kemampuan politiknya.
Sementara itu, pihak parti Islam (parti yang didominasi ulama) pula menawarkan agar Anwar memimpin parti tersebut. Bagaimanapun, Ismail al-Faruqiy berpandangan lebih baik Anwar memainkan peranan kepimpinan dalam parti pemerintah daripada menjadi pemimpin parti pembangkang Islam.

SRC International: Satu lagi skandal babitkan Kementerian Kewangan


SUFI4936


KUALA LUMPUR, 18 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini menyelar jawapan bertulis Kementerian Kewangan yang langsung tidak menjelaskan mengenai skandal pelaburan projek usaha sama anak syarikat mereka SRC International dengan Gobi Coal & Energy Ltd bernilai RM3.81 bilion di Mongolia.
Beliau berkata, jawapan kementerian bukan saja tidak menjelaskan apa-apa malah bercanggah dengan penjelasan SRC mengenai bagaimana mereka membelanjakan wang dalam penyata kewangan 2014.
Menurutnya, Kementerian Kewangan hanya menjelaskan bahawa pelaburan SRC adalah dalam sektor arang batu dan sumber semulajadi dan mereka menjalankannya secara terus atau melalui usaha sama dengan pelabur antarabangsa.
“Jawapan kerajaan dan kementerian sama sekali bercanggah dengan laporan audit.
“Ini kerana Deloitte Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa wang tersebut melibatkan pelaburan dana terbuka, saham yang disebut harga, bon dan deposit masa.
“Tapi adakah ia dalam bentuk usaha sama? Benarkan ia akan berakhir sebagai dana terbuka? Yang mana satu betul?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Tidak hadir mesyuarat agung Majlis Peguam, Shafee Abdullah pengecut


10444009_249812971893021_878934958672571106_n


KUALA LUMPUR, 18 MAC: Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam baru-baru merupakan bukti bahawa beliau adalah seorang pengecut, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo.
Beliau berkata, Shafee sebagai Pendakwa Raya dalam kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya hadir dalam AGM bagi menjelaskan sebab mengapa beliau bertindak berpihak kepada UMNO sekaligus memenjarakan Ketua Pembangkang itu.
“Shafee adalah seorang pengecut kerana tidak hadir AGM dan mengelakkan diri dari bertemu rakan-rakan lain.
“Dia sepatutnya menghadirkan diri dan menjelaskan sendiri dalam AGM, tapi takut untuk datang,” tegasnya semasa perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.
Ramkarpal juga menegaskan, Peguam Negara telah mengeluarkan perintah untuk menyiasat Shafee di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan.
Beliau turut mendesak Kementerian Kewangan agar mengesahkan apakah benar Shafee telah menerima bayaran guaman hanya sebanyak RM1,000.
Pada 14 Mac lalu, Majlis Peguam telah mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima perintah injunksi daripada Shafee untuk menghalang badan itu daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung kes Anwar dalam AGM ke-69 mereka.

Salahkah Ku Li bela nasib rakyat?

PENGKALAN CHEPA: PAS menyifatkan wakil rakyat yang keluar dari dewan semasa Ahli Parlimen Guan Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berucap di Dewan Rakyat semalam sebagai tidak beradab.
Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Tengku Razaleigh hanya mencadangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan bebanan ekonomi ditanggung rakyat sekarang.
“Salahkah Ku Li menyatakan perkara benar terutama bagi membela rakyat dan bukannya menekan mereka.
“Mengapa ketika ada pihak muncul bagi membela rakyat ada wakil rakyat dari parti mereka sendiri mengambil sikap keluar dewan?
"Mereka yang keluar itu tidak senang dengan ucapan Ku Li atau ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran parti berkenaan sekarang," katanya ketika ditemui selepas ceramah di Kampung Pauh Badang dekat sini malam tadi.

PRK DUN Chempaka: Hanya 35.4 peratus pengundi awal keluar mengundi

UNDI AWAL CHEMPAKA 2 TRP
Seramai 530 pengundi awal yang berdaftar telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sehingga pusat pengundian ditutup jam 5 petang tadi.
PENGKALAN CHEPA, 18 Mac:
Seramai 530 pengundi awal yang berdaftar telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sehingga pusat pengundian ditutup jam 5 petang tadi.
Menurut sumber dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pusat media PRK berkenaan, peratusan yang dicatat adalah sebanyak 35.4 peratus.
Pusat pengundian awal dibuka sejak jam 8 pagi tadi melalui tiga saluran bertempat di Dewan Tan Sri Hamid Bidin Kem Tentera Pengkalan Chepa.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Hashim Abdullah menyasarkan lebih 70 peratus akan keluar mengundi pada hari ini.
Jumlah keseluruhan pengundi awal yang berdaftar di kawasan itu adalah seramai 1,479 yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan.

Ram Karpal persoal tindakan Peguam Negara lantik Shafee sebagai Timbalan Pendakwaraya

RAM KARPAL SINGH
Ahli Parlimen DAP-Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh berkata ia amat mengelirukan apabila Peguam Negara sendiri yang mengarah satu siasatan dijalankan ke atas Shafee atas kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR, 18 Mac:
Pemimpin pembangkang terus mempersoal tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwaraya walaupun mengetahui peguam kanan itu mungkin telah melakukan kesalahan jenayah.
Ahli Parlimen DAP-Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh berkata ia amat mengelirukan apabila Peguam Negara sendiri yang mengarah satu siasatan dijalankan ke atas Shafee atas kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan.
Jelas Ram, arahan siasatan itu telah dikeluarkan sebelum Shafee dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
“Satu kebenaran perintah menyiasat Shafee bertarikh 3 Januari 2014 telah dikeluarkan oleh Peguam Negara yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof yang memerintahkan satu penyiasatan ke atas Shafee.
“Dalam erti kata lain dengan jelas peguam negara sendiri telah mengesyaki Shafee berkemungkinan telah melakukan satu kesalahan,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

MASIHKAH ANDA INGAT, pada 18 Mei 2013 DUKE pernah kata nak berhenti berceramah pada 28 November 2013


HARI INI.. sekali lagi DUKE meluahkan rasa membayangkan hasrat untuk berhenti daripada berceramah dalam tempoh terdekat...

Sama2 kita nantikan kenyataan beliau buat KALI KE-2 esok hari..

*DUKE - Datuk Ustaz Kazim Elias

1MDB: Penyokong Umno dikelirukan pemimpin - Rafizi

rafizi ramli 
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membidas dakwaan mengatakan pendedahan beliau mengenai penyelewengan syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengelirukan rakyat.

Sebaliknya beliau menegaskan penyokong Umno sendiri yang dikelirukan oleh pemimpin mereka menerusi cybertroopers pro-kerajaan.

"Datuk Khairul yang keliru, bukan orang kampung, bukan tajuk apa di sebalik Rafizi, itu pengikut-pengikut Umno yang buat setiap hari," katanya pada Wacana Sinar Harian yang bertajuk ‘Apa di Sebalik 1MDB’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

1MDB bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang ditubuhkan pada 2008, dan dinamakan sebagai 1MDB pada Januari 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 mengumumkan 1MDB akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR turut mempertahankan dirinya apabila diserang secara peribadi yang mempertikaikan pendedahan beliau berbanding keupayaan menguruskan syarikat berbilion ringgit.

1MDB: Dana bukan dari duit rakyat, ampu Dr Azmi

Dr Azmi Hassan  
SHAH ALAM - Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan tidak menggunakan duit rakyat untuk pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan mempunyai pelaburan luar negara yang boleh menampung organisasi tersebut.
 
"Kebiasaannya dana yang diguna adalah dana rakyat, tetapi kalau kita baca berita balik, 1MDB hanya dapat RM1 juta dana sahaja, itu sahaja.
 
"Tetapi kalau diikutkan, dana pelaburan strategik memang menggunakan 100 peratus dana kerajaan, tetapi dana itu adalah yang terdapat di dalam luar negara, bukan dalam negara," jelasnya ketika menjadi panel Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sin, hari ini.
 
1MDB bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang ditubuhkan pada tahun 2008, dan dinamakan sebagai 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 mengumumkan 1MDB akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat. 
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mendakwa pada September lepas mengatakan hutang 1MDB kini dilaporkan melebihi RM30 bilion dan ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan.
 

Ops Bubar: PAS Perak akan urus keluarga 13 OKZ


IPOH: PAS Perak memberi jaminan akan menjaga kebajikan ahli keluarga 13 individu yang dihukum penjara 10 bulan hari ini kerana menyertai himpunan membantah rampasan kuasa di negeri itu pada 2009.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringkat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak dalam memperjuangkan nasib mereka.
"PAS negeri akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing.
"PAS Perak sedang mengumpul maklumat waris mahupun ahli keluarga mereka yang terlibat.
"Kami akan mengenal pasti keluarga yang terjejas secara mutlak di atas asbab keputusan ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada mereka yang membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Mereka ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49.
Sambil melahirkan simpati kepada keluarga orang kena zalim (OKZ), Razman berkata, pihaknya akan menyusun tindakan serta program susulan termasuklah himpunan solidariti dalam usaha membangkit momentum dan kesedaran rakyat terhadap tragedi bersejarah ini.
Dalam program-program yang dianjurkan itu, kata Razman, PAS akan mengumpul dana sebanyak mungkin bagi membiayai kebajikan kesemua mereka yang terlibat.
"Kami akan melibatkan pimpinan di peringkat persekutuan bagi membuktikan bahawa PAS memperjuangkan serta bersama mereka yang telah berkorban dalam mengangkat hak rakyat," jelasnya lagi.

Ku Li lawan penggilap epal

A KADIR JASIN


TERIMA kasih dan syabas kepada orang lama Umno dan bekas orang kanan kerajaan, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah kerana ucapannya di Dewan Rakyat pada 17 Mac menggesa kerajaan (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak mengutamakan rakyat.

Antara lain, beliau menasihatkan Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak melakukan beberapa perkara bagi meringankan beban rakyat jelata, termasuk menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula bulan hadapan.

Ku Li, antara lain, berkata: “Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.” (rujuk ucapan penuh).

Namun, secara peribadi, saya tidak menjangka gesaan Ahli Parlimen Gua Musang itu akan mengubah tindak-tanduk Perdana Menteri. Ia umpama mencurah air ke atas daun keladi – tercurah, tertumpah tak meninggalkan kesan.

Jelas, Mohd Najib tidak boleh diubah. Salah satu sebabnya adalah keputusan mutakhir bukan di tangan beliau. Beliau adalah watak terkawal (controlled) dan terhutang budi (beholden) kepada terlalu banyak pihak.

Meminjam ungkapan beliau sendiri ketika merasmikan konvensyen Umno Kedah baru-baru ini, beliau dikerumuni dan dikuasai oleh begitu ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan "jemuan".

Ambil contoh gesaan Ku Li agar pelaksanaan GST ditangguhkan. Dengan serta-merta Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan menyangkalnya apabila beliau berkata bahawa cukai baru itu adalah untuk kebaikan rakyat jelata dan bukan untuk membayar balik hutang.

Jawapan selamba itu mungkin dipercayai Mohd Najib kerana beliau sendiri tidak begitu dalam ilmu ekonomi dan pentadbiran. Beliau juga mungkin percaya yang semua rakyat jelata jahil mengenai hal-ehwal fiskal maka mereka percaya hujah seperti yang dibuat oleh Ahmad Maslan itu.

SIAPA PM MALAYSIA SEBENARNYA ????


Betul Ke Rosmah Mansor Ketuai Ubahsuai Pembelian Pesawat Baru ?? - Mohon PMO Jawab...

DAH 3 BULAN.. PMO mahupun KERAjaan TIDAH MENDEDAHKAN SIAPA 'Penumpang Misteri' yang menggunakan pesawat tersebut untuk tempoh beberapa hari dalam waktu Najib sendiri berada dalam negara uruskan musibah banjir...

JPM cakap Najib beli jet baru sebab jet lama sudah berusia.

Cukup-cukup lah tu membazir duit rakyat wahai PM. 
Fahami lah sikit kesusahan rakyat 

PENAHANAN NURUL IZZAH – APAKAH TIDAK MEMALUKAN KITA DI MATA DUNIA?

Samuel P. Huntington dalam ‘ The Third Wave’ ada menyatakan, “Elections, open, free and fair are the essence of democracy, the inescapable sine qua non. Government produced by elections may be inefficient, corrupt, shortsighted, irresponsible, dominated by special interest, and incapable  of adopting policies demanded by the public good. These qualities make such government undesirable but they do not make them undemocratic. Democracy is one public virtue, not the only one, and the relation of democracy to other public virtues and vices can only be understood if democracy is clearly distinguished from the other characteristics of political systems” Fareed Zakaria,’ The Future of Freedom”

Semacam mirip pula keadaan yang digambarkan oleh Huntington itu dengan keadaan yang berlaku di Malaysia kini.

Seingat aku ler, semenjak zaman dulu-dulu lagi ia itu semenjak zaman Tunku Abdul Rahman Parlimen adalah tempat paling bebas untuk memperkatakan sesuatu isu yang berkaitan dengan masalah negara. Maknanya ahli parlimen boleh menyuarakan apa saja yang dirasakan tidak puas hati tentang perjalanan  dan pentadbiran negara. Ahli Parlimen itu begitu kebal sehinggakan parlimen itu merupakan tempat yang paling bermarwah.

Sebenarnya hanya pada tahun 2015 barulah aku ‘dengar’ yang ada perkaa-perkara tertentu yang tidak boleh diperkatakan di Parlimen sepertimana yang berlaku kepada YB Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Mengenai penahanan YB Nurul Izzah, peguamnya R Sivarasa menegaskan bahawa YB Nurul mempunyai kekebalan di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak boleh didakwa kerana ucapannya. Mengikut YB Nurul pula sejak tahun 1978 tidak pernah ada ahli parlimen yang disiasat dan menurutnya ini adalah satu isu penting dan akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia. "Kami akan mengambil tindakan. Kami akan memastikan bahawa penyalahgunaan seumpama itu tidak akan berterusan di bawah rejim ini," tegas beliau. (Malaysiakini 17 Mac 2015).

Menurut potal berita Malaysiakini bertarikh 17 March 2015, ‘Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli Parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan….Pakatan akan membentangkan usul itu di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, katanya.Seksyen 7 akta itu menyatakan bahawa tiada ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah berhubung ucapannya di Dewan Rakyat’

Ini menyebabkan aku ‘pening’. Aku rasa bukan aku seorang yang ‘pening’ tetapi hampir seluruh dunia ‘pening’ melihatkan keadaan di negara kita yang tercinta ini sudah ada peraturan di mana ada isu-isu tertentu yang tidak boleh diperkatakan di parlimen. Sudah ada isu-isu tertentu yang membolehkan para menteri samada ‘mahu’ menjelaskan di parlimen atau tidak. Rupanya undang-undang dan peraturan Undang-Undang Akta Rahsia (OSA) rupanya kuasanya boleh menembusi parlimen.

Tangkap Nurul Izzah, pembangkang, cubaan Umno alih isu?

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Apakah Umno cuba alih isu dengan tangkapan Nurul Izzah dan pembangkang?PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.
PAS mengingatkan kerajaan BN bahawa tindakan dan penyalahgunaan akta zalim ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat. Apakah ini Operasi Lalang versi Najib? Hentikan budaya membuli pimpinan pembangkang dengan segera!

PAS percaya penahanan Nurul Izzah dan juga barisan pembangkang atas alasan terlibat dengan perhimpunan ‪#‎KitaLawan‬ semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kemelut di dalam Umno kerana isu 1MDB dan salahguna dana kerajaan yang tidak bertempat.Pakatan Rakyat mesti teruskan kerja mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam BN, dan yakin bahawa kedua-dua isu ini adalah hujah utama yang akan membawa rakyat bersama PR untuk menumbangkan BN.
Pakatan Rakyat mesti terus bersatu dan jangan berpecah walau apa isu perbezaan pendapat yang sedang dialami. Perbezaan antara kita hanyalah isu kecil yang tidak perlu ditakutkan dan dibesarkan.
Besarkan isu penyelewengan dan salahgunakuasa BN dan kecilkan perbezaan di antara kita. Kita perlu bersatu menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman.
PAS doakan Datin Seri Wan Azizah terus diberi kekuatan dan bertabah dengan cabaran yang menimpa keluarganya daripada tindakan zalim kerajaan BN.

Suburkan demokrasi dalam PAS

Oleh Abd Shukur Harun
MESYUARAT Agung PAS peringkat kawasan kini sudah bermula, apabila PAS Kawasan Kota Bharu memulakan mesyuaratnya minggu lalu. Setelah selesai mesyuarat peringkat kawasan nanti, maka puncaknya Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun nanti di mana ada pemilihan untuk jawatankuasa tertinggi PAS Pusat.
Keputusan parti telah membenarkan berkempen secara sihat dalam batas-batas Islam, dengan melarang sama sekali memburuk-burukkan tokoh lain yang akan bertanding sama.

Apapun keputusan yang diambil dalam semua mesyuarat kawasan dan seterusnya pemilihan peringkat tinggi nanti perlulah dihormati kerana ia adalah keindahan demokrasi di dalam PAS.Baik Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, mahupun Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menafikan dakwaan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahawa PAS mengalami perpecahan selepas ini. Menurut Suhaizan, sejak PAS ditubuhkan parti tidak pernah berpecah dua, tidak seperti apa yang telah digambarkan oleh Dr Zuhdi.
“Kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) seperti PasMa tidak mungkin memecah-belahkan PAS kerana parti PAS sudah kuat,” kata Suhaizan lagi kepada media.
Dengan demokrasi yang sewajarnya berkembang subur di dalam PAS, saya kira perwakilan dalam pemilihan peringkat kawasan dan seterusnya pemilihan di muktamar nanti, sepatutnya menikmati hak demokrasi mereka untuk memilih mereka yang paling terbaik atau terbaik di dalam parti untuk mentadbir parti dimasa akan datang.
Di dalam PAS kini hadir ramai tokoh bakal pemimpin masa kini dan masa depan PAS dari pelbagai golongan. Mereka bukan saja telah mendapat pendidikan yang baik dari dalam dan luar negeri, bahkan ramai yang telah terdedah dan berinteraksi dengan pihak di luar PAS.
Oleh itu, tidak ada masalah memilih pemimpin di peringkat kawasan mahupun di peringkat pusat.
Kini, perhatian umum kini tertumpu kepada pemilihan jawatan di peringkat kawasan sebelum ke muktamar. Tentunya mereka ingin menyaksikan kesuburan demokrasi dalam parti yang kini sudah berumur 63 tahun.
Mereka sedang memerhatikan ke arah mana dan bagaimana masa depan PAS di bawah kepimpinan yang sedang dipilih di peringkat kawasan dan seterusnya di peringkat muktamar nanti.
Sudah diberi jaminan oleh pelbagai pihak di dalam PAS bahawa PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Penegasan yang sama diputuskan dalam empat kali muktamar PAS baik di Ipoh, di Kota Bharu dan di Shah Alam.
Dalam situasi yang ada sekarang, warga PAS sewajarnya memperlihatkan keunikan demokrasi di dalam parti sendiri di mana ia mempraktikkan politik muwjahah silmiah, iaitu politik damai atau politik santun ataupun “politik budiman” seperti yang digelar oleh Suhaizan.

Kewajipan ahli pertahan prinsip perjuangan PAS

Oleh SUHAIMI TAIB

Memang telah menjadi wacana PAS dan Tema Muktamar Tahunannya tahun lepas ‘Terus Beristiqamah’ kerana ia penting untuk kesinambungan perjuangan dan fokus kepada agenda membentuk keyakinan rakyat kepada PAS sebagai wadah politik Islam yang konsisten dengan dasar perjuangannya.
Allah berfirman dalam al- Quranul Karim yang bermaksud, “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan..” (Surah Hud: 112). Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. dan hambahamba- Nya yang beriman supaya terus kekal dan teguh beristiqamah (tetap pendirian, tidak berganjak) di atas jalan Islam dan prinsip perjuangannya. Ia adalah satu perkara yang besar mendorong pertolongan Allah ke atas musuh-musuh-Nya dan berbezanya mereka dengan musuh mereka, menghindarkan diri dari sifat melampau (sifat buruk).
Istiqamah adalah benteng mempertahankan diri untuk berhadapan dengan golongan musyrik agar tidak terungkai keteguhan iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah SWT itu Maha Melihat perilaku hambahamba- Nya zahir dan batin, Dia tidak pernah lalai atas tindakan yang dilakukan.
PAS mempunyai ciri-ciri perjuangan yang berbeza dengan parti-parti lain sama ada yang sudah menjadi kerajaan atau masih menjadi pembangkang. PAS mempunyai sejarah perjuangannya tersendiri dan ia parti yang menepati gerakan Islam setanding dengan gerakan Islam yang lain di seluruh dunia termasuk Gerakan al-Ikhwanul al-Muslimun Mesir, Jama’atil Islami Pakistan dan lain-lain.
Ahli-ahli dan pemimpin PAS mestilah terus berjuang dan kekal dengan ciri-ciri PAS di mana sahaja mereka berada dan bersama siapa sahaja mereka bekerjasama dan bertahaluf. Prinsipnya tidak boleh sama sekali dikorbankan demi kepentingan politik bersifat sementara. Kepimpinan ulama menjadi kepimpinan asas kepada PAS dengan kewujudan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulamak berperanan memantau segala perjalanan parti supaya selari dengan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan.
Menjelang muktamar tahunan akan datang, semua ahli PAS mesti sedar di mana matlamat dan asas perjuangan mereka mahu diletakkan menawan Putrajaya adalah satu matlamat sementara yang tidak tahu bila boleh dicapai tetapi matlamat mengabdikan diri kepada Allah adalah sebenar-benarnya matlamat yang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja dan inilah matlamat yang sebenar dalam perjuangan PAS.

Mampukah Hadi Awang bertahan sebagai presiden PAS?

Langkah PAS Kawasan Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden PAS mencabar Abdul Hadi Awang merupakan satu usul yang wajar bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Meski pun Tuan Ibrahim menolak pencalonan namun semangat mencalonkan selain Hadi adalah bukti kukuh akar umbi PAS mahukan perubahan. Sekali gus menolak politik yang sering dipropagandakan oleh puak Unity Government (UG) dalam parti itu bahawa Hadi tidak boleh dilawan.

Pendapat seumpama itu bukanlah dari ajaran Islam. Agama Islam tidak pernah melarang ketua diganti apabila didapati uzur atau lemah dalam kepimpinan.

Alasan menggantikan Hadi berasas. Seperti kata Ketua PAS Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa faktor kesihatan membolehkan Hadi digantikan dengan seseorang yang lebih cergas dan muda. Hadi pernah dimasukkan ke hospital sewaktu melawat Turki tahun lalu dan sekembalinya ke Malaysia, dimasukkan pula ke IJN.

Alasan lain tentunya lebih banyak. Namun tidak perlu untuk diketengahkan. Hadi dalam tempoh keuzurannya agak kurang sesuai memimpin parti yang sedang bergolak dan perlukan lebih tumpuan untuk menanganinya.
Gagal bendung perpecahan
PAS yang sederhana pada era Fadzil Noor berubah ke arah ekstrem pada zaman Hadi. Pemikir seperti Dr Zuhdi beberapa kali pernah melontarkan idea agar PAS berpecah dua antara golongan pro Pakatan Rakyat dan pro ulama. Anehnya Hadi tidak menegur keceluparan Zuhdi yang membelakangkan keputusan muktamar itu.

Hadi juga kelihatan gagal mengawal ahli-ahli parlimen PAS seperti Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi daripada mengecam DAP atau PKR. Dalam sesetengah kes Hadi juga hilang arah apabila menentang idea pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dengan hujah perkauman, kononnya akan mencetuskan rusuhan kaum ala 13 Mei 1969. Apabila berlaku insiden kereta Dr Hatta dibakar dan Dr Dzulkifly ditumbuk, Hadi juga berdiam diri.

Maka cara paling baik untuk mentautkan kembali parti yang berpecah dan hampir meninggalkan PR tentulah dengan melantik seorang  ketua baharu. Meski pun Tuan Ibrahim tidak menerima pencalonan, ahli PAS sewajarnya terus berani mencalonkan nama selain Hadi.
Banyak calon lain seperti Husam Musa, Mohammad Sabu, Sallehudin Ayob, Khalid Samad, Dr Hatta dan sebagainya boleh dinamakan. Sekiranya kesemua mereka menolak pencalonan, satu mesej yang jelas telah disampaikan kepada Hadi, bahawa polisi yang diamalkan beliau selama ini tidak disenangi ahli akar umbi.

Mufaraqah: Ingat kembali pesan TG Presiden

Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
MUNGKIN sekali sekala kita alpa dengan pelbagai peringatan Allah dalam kitab suci al-Quran. Mengapa tidaknya? Pertikaian sesama pendokong Islam itu kadangkala melangkaui batas kesopanan dan adab ketatasusilaan. Lebih malang lagi apabila ia dilihat oleh mata awam, apatah lagi musuh kepada perjuangan Islam.

Musuh-musuh Islam tidak lihat pertikaian itu sebagai sifat gelojoh dan gopoh manusia. Bahkan ia dilihat pada misi perjuangan itu sendiri. Maka berlegarlah tohmahan “Apakah ini Islam yang diperjuangkan mereka?”.

Dalam hal inilah suka saya membawa perhatian kita kepada satu firman Allah yang bermaksud:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [At-Taubah: 71]

Pengajaran dari ayat di atas cukup jelas. Orang beriman itu sifatnya saling memperkuat antara satu sama lain. Mereka mendirikan solat, menunaikan zakat berserta menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran. Semua itu sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul Allah SAW.

Tiadalah ganjaran yang diharapkan oleh seorang yang beriman melainkan rahmat dari Tuhannya. Saya mendoakan agar kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah SWT dalam menempuh pelbagai ujian hidup sebelum dijemput ke dunia yang kekal abadi.

Dalam silang waktu inilah pelbagai ujian ditimpakan kepada kita sebagai kayu ukur akan keikhlasan kita kepada Allah. Saya tertarik apabila berlakunya perletakan jawatan 17 ahli Jawatankuasa dari kawasan Batu. Harapan saya kita sama-sama ingat akan pesan Tuan Guru Presiden.

Antara ingatan beliau yang sesuai ketika ini bahawa kita boleh saja berbeza pendapat seumpama air yang berkocak di dalam sebutir cawan. Namun perbezaan kita itu janganlah hendaknya berpecah belah seumpama air yang tadinya berkocak tumpah keluar kerana terlalu kuat kocakannya.

Tiada konspirasi jatuhkan Hadi, hanya kecewa dengan kepimpinannya

Sentimen “Asal Bukan Hadi” dilihat mendapat momentum di kalangan pemimpin akar umbi PAS selepas beberapa kawasan menamakan calon lain untuk mencabar penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti pada Jun.
Bercanggah dengan dakwaan “konspirasi” untuk menjatuhkan presiden PAS itu, penganalisis Ibrahim Suffian mengatakan trend terbaru ini lahir kerana kekecewaan terhadap kepimpinan parti Islam itu pada hari ini.

“Saya tidak fikir terdapat konspirasi tetapi hanya kekecewaan yang semakin berkembang. Jadi secara semula jadi, orang akan mula bercakap tentangnya dan cuba memintanya meletakkan jawatan atau memaksanya mengubah gaya kepimpinan,” kata pengarah Merdeka Center itu
“Perkembangan di peringkat akar umbi seperti peletakan jawatan beramai-ramai PAS kawasan Batu, pencalonan pelbagai calon sebagai presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu,” katanya. Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden menunjukkan kekecewaan umum berbanding pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka, kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Yang dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Hadi berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan menamakan seorang calon untuk melawannya.
Sebaliknya PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi.
"Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.
"Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim yang memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini.
Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan separuh daripada sokongan tersebut.

Jangan salahkan PAS jika PR berpecah

Oleh Timmy Say
SERANGAN berterusan pimpinan DAP terhadap PAS di atas isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) atau hudud menimbulkan tanda tanya dalam kalangan umat Islam mengenai apakah yang tersirat di sebalik tekanan ini.PAS telahpun menjelaskan dan mengikuti apa yang diingini dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah memperjuangkan EKJS sebelum wujudnya Barisan Alternatif mahupun PR. PAS yang ada hari ini adalah PAS yang sama yang ingin melihat Islam didaulatkan.


Pembentangan semula enakman ini pada 18 Mac di Dewan Undangan Negeri Kelantan hanyalah 'pindaan' bagi menambah kebaikan dan menjelaskan kekeliruan. Hal ini telah dijelaskan dalam mesyuarat PR.

Selepas mesyuarat, DAP memperbesarkan isu ini kononnya PAS hendak membentangkan sesuatu yang baru dan sebab itulah mereka membantah.

Soalan pertama: Apakah kalau tak ada sebarang pindaan, apakah DAP akan sokong EKJS?

DAP juga mendakwa bahawa kerjasama antara kerajaan Kelantan di bawah PAS dan Kerajaan Pusat di bawah BN adalah petanda 'adanya usaha penyatuan PAS dan Umno.’

Fitch Ratings Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Akan Turun Rating Malaysia 2015 Daripada A- Kepada BBB?

fitch ratings malaysia
Fitch Ratings Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Akan Turun Rating Malaysia 2015 Daripada A- Kepada BBB? Berhati-hati! : Betapa berkuasanya pandangan dan saranan agensi penarafan rating antarabangsa termasuklah Fitch Rating. Sehinggakan….
Sehinggakan gred yang diberikan kepada Malaysia mampu bukan sahaja memberikan tekanan dan masalah kepada sesebuah negara malahan kepada keluarga dan rakyat Malaysia keseluruhannya jikalau gred yang diberikan semakin menurun yang mana gred yang diberikan Fitch Ratings memberikan idea kepada kepada kelompok penanam modal dan pelabur dari dalam dan luar negara tentang kebaikan atau keburukan melabur dalam Malaysia.
Apabila Fitch Ratings menurun, ia akan menyebabkan pemodal dan pemain industri kurang berminat untuk melabur dan menanam modal di Malaysia yang mana akan menyebabkan krisis pembuangan dan kekurangan kerja di masa akan datang.

Amaran Fitch Rating Kepada Kerajaan Malaysia!

Berita Terkini yang Berita Semasa perolehi pada minggu ini, agensi penarafan Rating Antarabangsa Fitch Ratings sedang memantau secara dekat keadaan yang berlaku dalam Malaysia yang mana besar kemungkinan kedudukan nilai A- yang diberikan Fitch Ratings kepada malaysia iaitu A- besar kemungkinan akan diturunkan kepada BBB yang mana semakan semula akan berlaku suku kedua tahun 2015 ini.
Semakan Berita Semasa terus memperlihatkan tukaran matawang asing Ringgit Malaysia menjunam sejumlah 13% yang terburuk dalam Asia pada ketika ini ditambah dengan skandal 1MDB Malaysia yang terus bergelut dengan obligasi hutang mereka.
P/S : Rating BBB yang akan diberikan oleh Fitch Ratings bakal memburukkan lagi situasi ekonomi Malaysia di masa akan datang. Bersiap sedia!

Kanun Jenayah Syariah II hanya untuk orang Islam

Ahmad Yakob 
KOTA BHARU - Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang lebih dikenali sebagai hudud, dibentangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata ia hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja apabila dikuatkuasakan kelak.
 
Beliau berkata perkara itu merupakan antara empat pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang itu iaitu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukallaf yang  melakukan kesalahan di Kelantan.
 
"Berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam  untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka," katanya.
 
Ahmad berkata rang undang-undang itu turut meminda Seksyen 15(2) Kanun Jenayah Syariah (II) dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.
 
Beliau berkata pindaan turut membabitkan Seksyen 46 iaitu  membuang peruntukan 46(2) mengenai qarinah atau sebab zina bagi perempuan hamil tanpa suami.
 
Ahmad berkata pindaan keempat adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim  serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada  Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri yang belum wujud. 

Kerajaan Umno@Bn tetap laksana GST mulai 1 April

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 April depan seperti yang telah diluluskan di Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan Malaysia berkata pelaksanaan GST dilihat sebagai satu langkah konsolidasi fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara dan sebarang penangguhan pelaksanaan GST akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia.

“Kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan tarikh pelaksanaannya kerana sehingga 17 Mac 2015, sebanyak 353,372 syarikat telah berdaftar di bawah GST. Pendaftaran syarikat-syarikat ini menunjukkan peniaga-peniaga pada umumnya menyokong dan bersedia untuk pelaksanaan GST di Malaysia.

“Di samping itu, tahap kesedaran dan kefahaman GST di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat berikutan usaha secara intensif melalui kempen dan program kesedaran GST yang melibatkan pelbagai medium komunikasi.

“Pihak kerajaan juga telah mengambil kira semua aspek mengenai pelaksanaan GST termasuk kebajikan rakyat,” tambah kementerian itu.

Lantik tokoh bijak jadi pemimpin, baru wujud pendidikan kelas dunia


Semua orang seolah-olah fikir jika Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris, semua masalah akan selesai. Apa pun bahasa yang digunakan, masalah tidak akan selesai. Adakah mereka ajar subjek itu dalam BI di China, Jepun dan Korea? Jawapannya “tidak”.
Jadi apa masalahnya? Kebanyakan pemimpin seperti fikir jika wang ditaburkan untuk bina sekolah di merata tempat, lengkapinya dan dapatkan guru yang berdedikasi, maka kita mungkin aka nada calon anugerah Noble! Itu adalah pandangan yang bodoh. Pencapaian adalah melangkaui persekitaran dan kemudahan. Ada juga faktor lain yang perlu diambil kira.

Saya tidak akan jelaskannya, tapi barangkali beberapa jawapan boleh ditemui dalam buku Tun Dr Mahathir, Dilema Melayu. Bukan semua mampu menjadi saintis roket, sebahagian lebih sesuai dengan kerja yang lebih mudah.

Maka orang ramai tidak perlu kecewa sangat jika mereka tidak berjaya di pentas dunia. Malaysia bukanlah negara utama dunia, dan tidak akan menjadi begitu – jika piawaian sekarang dijadikan kayu ukurnya. Warga yang hebat sudah atau merancang untuk berhijrah.

Jadi, terima sahaja dan teruskan kehidupan. Dari satu sisi, mereka telah memberikan ruang untuk diisi oleh warga yang kurang berkebolehan. Penguasa tidak perlu mengharapkan bulan bintang, pantulannya di air pun sudah memadai. Namun, saya masih mendoakan yang terbaik untuk Malaysia.

Ini adalah negara yang indah jika keadaannya aman dan harmoni.– Saul Evylin: Barangkali kajian terperinci dan penyelidikan yang menyeluruh terhadap sasuatu dasar sebelum melaksanakannya akan membantu mengurangkan kemerosotan standard. Medium pengajaran di universiti adalah dalam Bahasa Inggeris, jadi bagaimana pelajar dapat mengikutinya jika hampir semua mata pelajaran di sekolah dalam Bahasa Melayu.

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA untuk pertingkatkan pendapatan ANDA !!!.. Sudah pasti GST lah pilihan terbaik..


Inilah satu cara nak MEMBEBANKAN RAKYAT - kataNajib Razak

Sokonglah saya, kerana sokongan anda DAPAT MERINGANKAN BEBAN BAYAR BULANAN RM2.2 JUTA BELI JET MEWAH BARU !!!

Bil Elektrik TNB Kena Cukai GST 6% Bagi Penggunaan Lebih 300KWH.

bil elektrik
Berdasarkan semakan Berita Semasa sebentar tadi melalui portal TNB, menunjukkan di sini yang mana rakyat Malaysia bakal dikenakan cukai GST ke atas bil elektrik TNB 6% mereka bermula 1 April 2015. ini. Sudah bersedia?
bil elektrik tnb
Jikalau sebelum ini, TNB berjaya mengaut keuntnungan berlipat kali ganda sejumlah RM6.4 bilion setakat tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2015 hasil daripada penggunaan elektrik oleh rakyat Malaysia belum nampak lagi iltizam daripada pihak TNB Malaysia untuk mengurangkan sedikit sebanyak keuntungan mereka demi meringankan beban rakyat marhaen di Malaysia. Tidak ada.

Wajarkan Bil Elektrik TNB Kena Cukai GST?

Keperluan asas turut dikenakan GST adalah bagi Berita Semasa sangat tidak wajar dikenakan kepada rakyat marhaen pada ketika ini pada masa begitu banyak produk perkhidmatan yang termasuk dalam senaraian GST 6% walaupun cukai GST hanya dikenakan kepada pengunaan domestik lebih 300kwh.
P/S : Nampaknya, memang pukul keliling GST 6% kali ini.