Selasa, 17 Mac 2015

Ahmad Maslan.. SAMPAI BILA NAK MEMBELIT !!!


Kalau ia pun BIJAK CGPA 3.85 sekalipun janganlah BIJAK menipu & perbodohkan rakyat dgn statement mengarut..

UMNO & munafik Berpisah TIADA !!!

Shah Alam vs Putatan

Sepang Vs Setiu Bahas Titah Diraja 2015

Fact Sheet - March 17: RM465m for new jet, Nurul Izzah on police bail

Gov't told to explain use of RM462m flood relief funds

Tony Pua: Where's gov't-guaranteed RM5.7bil 1MDB funds?

'Najib should accept responsibility and resign'

Ku Li: K'jaan sebelum ini telus isu surat jaminan

PAS: Jangan biar pindaan hudud pecahkan Pakatan

'Adakah kepintaran IGP lebih rendah daripada pelajar?'

MP PKR Batu Bahas Titah Diraja 2015

Nurul Izzah Bawa Usul Tergempar Di Parlimen

SIAPAKAH INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA ? [17 Mac 2015]

Rakyat sedang susah, Putrajaya tambah lagi jet untuk PM - Rafizi Ramli

 

PM mahu contohi kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.


Apa kegilaan ini pada ketika rakyat berdepan dengan Kelantan yg pemulihannya masih lagi belum selesai, ramai lagi yang duduk dalam khemah.. kita yang ada YAB Perdana Menteri naik taraf jet peribadi sedangkan sudah ada 6 kapal terbang utk digunakan...

Maka rakyat tertanya² celah mana la yang dia ikrar nak contohi pemerintahan Khalifah Abu Bakar tu ???

1MDB - The Ultimate Low Down | Sdr Rafizi Ramli


Benarkah Ketua Umno bahagian dapat lebih sejuta ringgit setahun?

Mari buat kira-kira mudah. Menurut satu laporan berita, tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa “Ketua Bahagian Umno serta Ahli Parlimennya mempunyai pendapatan mencecah RM50,000 sebulan”.
 Jika ia benar, setiap pemimpin bertuah ini mendapat sekurang-kurangnya RM600,000 setahun, pendapatan tahunan yang melebihi setengah juta ringgit! Darabkannya dengan 191 bahagian maka jumlah keseluruhannya adalah RM114.6 juta, dan itu belum masuk apa yang mereka perolehi melalui kontrak kerajaan, yang boleh bernilai jutaan ringgit.
 Namun sebelum kita mempertimbangkan untuk menyertai Umno, Ku Li tidak menjelaskan dengan terperinci dakwaannya, mahu pun menentukan apa-apa kontrak kerajaan yang dikaitkan dengan mana-mana ketua bahagian.

Namun, dakwaannya tidak terlepas daripada pemerhati yang mengatakan, ironinya Ku Li sendiri adalah ketua Umno bahagian (maka, layak mendapat RM50,000) dan mencetuskan persoalan, bagaimana beliau boleh hadir dengan angka RM50,000 itu.
Dakwaannya, walaupun tanpa asas, berkemungkinan besar akan dianggap sebagai pengesahan tentang apa yang telah diketahui rakyat sekian lama – bahawa poltik, terutama sebagai politikus Umno, mempunyai pulangan ‘istimewa’ tersendiri. Hakikat bahawa tiada seorang yang membantah Ku Li selepas kenyataan itu, ataupun mencabar kebenaran dakwaan tentulah mempunyai makna tertentu.

Justeru adakah politik wang sebenarnya dibenarkan? Tiada apakah yang boleh dilakukan untuk membendungnya? Atau adakah rakyat akan terus menutup sebelah mata, dan berpura-pura tidak mengapa untuk politikus menggunakan alasan “berkhidmat demi rakyat” untuk mengkayakan diri sendiri secara terang-terangan?

Jangan hentam Speaker kata Pandikar Amin

Jangan hentam Speaker - Pandikar AminKUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengingatkan anggota Parlimen supaya tidak 'menghentam' atau mengkritiknya di dalam, mahupun di luar Parlimen.

Beliau berkata tindakan itu boleh merendahkan pandangan dan kepercayaan rakyat terhadap kedudukan jawatan berkenaan.

Pandikar Amin berkata sebagai seorang Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau tidak mempunyai sebarang agenda politik, sebaliknya bertanggungjawab untuk menjaga integriti Parlimen sebagai dewan yang mulia.

"(Anggota) pembangkang dan kerajaan masing-masing mempunyai agenda politik tetapi saya tidak ada agenda politik kerana kedudukan saya adalah jelas sebagai seorang Speaker. Kalau saya juga diheret sama dengan semua agenda politik ini, apa akan jadi kepada Parlimen?

"Kalau wakil rakyat faham dengan tugas masing-masing, mereka tidak bangkitkan isu yang semata-mata agenda politik, mereka akan bertugas sebagai ahli Parlimen dan soal politik mereka tinggal di pintu masuk dewan sahaja,"katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Parlimen Iran di kediaman rasminya, di sini hari ini.

Beli jet secara rundingan terus, Najib perlu betulkan keutamaan dalam perbelanjaan

Isunya adalah keutamaan dalam perbelanjaan.

Jika gaji bulanan seseorang itu kurang RM3,000, tindakan membeli sepasang kasut berharga RM1,500 mungkin seperti tidak masuk akal, namun masih boleh diabsahkan hanya dengan berkata individu itu sanggup “kebulur” untuk sebulan.
Tidak kira jika dengan jumlah wang yang sama, orang lain mungkin boleh membeli pakaian yang lengkap dengan aksesori yang padan. Malah dengan sedikit baki untuk perbelanjaan lain.
Bukankah itu adalah keputusan individu itu sendiri untuk membelanjakan wang miliknya, walaupun sanggup “tidak makan” untuk berfesyen. Ia bukanlah perbelanjaan kerajaan  - dengan kesan rumit yang jauh lebih luas – yang hanya boleh diluluskan melalui suara majoriti di Parlimen.
Setiap sen dalam tabung kerajaan disumbangkan oleh pembayar cukai, dan ia hanya akan bertambah selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April ini.
Dalam kes ini, kerajaan tidak boleh menggunakan hujah yang sama untuk mengabsahkan pembelian sebuah lagi jet eksekutif, apabila sudah memiliki enam buah – termasuk Airbus ACJ319 yang menjadi tajuk berita utama tahun lalu apabila digunakan untuk percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selama dua minggu.
Apatah lagi apabila nilainya hampir setengah billion wang rakyat, walaupun rakyat sering diberitahu untuk bersabar menempuhi kenaikan kos sara hidup.
Tambahan pula, pembelian itu tidak sepatutnya menggunakan kaedah rundingan terus, apabila arahan perbendaharaan memerlukan pemerolehan kerajaan yang mustahak melalui proses bidaan dan tender terbuka.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan pembelian tersebut pada Ahad lalu. Beliau menunjukkan apa yang sudah jelas terpampang, bahawa ia di saat kerajaan sudah pun terbeban dengan hutang yang menimbun dan menghadapi kesan ketidaktentuan ekonomi dunia.

1MDB: A Scandal of Obscene Proportions -Dr Azmi Sharom

azmi-sharomI just came back from a forum on 1MBD and my mind is full to bursting.
I find economics and finance very difficult to understand anyway, but when combined with a scandal of obscene proportions, I feel like my brain is going to explode.
I will be the first to admit that the entire 1MDB scandal has whizzed by me. I understand very vaguely what has happened, but can't fathom the details.

Therefore, when I found out about this forum where Tony Pua and Rafizi Ramli were going to speak, I simply had to make the time and I am glad I did.
I will not try to provide a detailed summary of what happened here.
What I will say is that I am convinced that there has been serious impropriety. Loans which did not exist and then were transferred to a third party.
Companies created as covers.
The circulation of “investments” that went back to one company. The investments in completely unfeasible projects which failed miserably.
The continued support of failed companies. Extremely dubious legal, accounting and auditing practices. The taking of loans twice the amount needed for the actual investment.
And the list goes on.
So much incompetence and in what appears to be corruption.
And that was without staying to listen to Rafizi (after one and a half hours I thought my brain was going to stop and I had to leave). And all backed up by very convincing evidence such as emails; company reports with documentation that contradict them; and many facts that cannot be denied (like the oilfield which 1MDB invested in and yet is in a part of the world which is in dispute between two countries and, therefore, can’t be exploited anyway).

1MDB: PAC jumpa Ketua Audit Negara minggu ini

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengemukakan input tambahan sebagai langkah membantu Jabatan Audit Negara melakukan siasatan berhubung pelbagai dakwaan terhadap akaun 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, input itu akan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pertemuan bersama PAC yang dijadualkan minggu ini.
Input tambahan itu antaranya berkata, merangkumi beberapa perkara lain dan berbeza dengan arahan audit kepada akaun 1MDB oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
"Kita akan berjumpa dengan Ketua Audit Negara dalam minggu ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai skop dan input tambahan yang boleh dikemukan PAC kepada audit berhubung isu 1MDB ini," katanya.
Namun katanya, pertemuan itu nanti tidak bertujuan untuk menjelaskan hasil prosiding PAC terhadap 1MDB.
"Ini kerana Jabatan Audit Negara juga memerlukan lebih masa untuk menjalankan pengauditan secara efektif.
"Kita harap prosiding pendengaran PAC dapat dijalankan secepat mungkin, tetapi bagi mereka (Jabatan Audit Negara) melaksanakan audit dulu (isu 1MDB).
"Kita tidak mahu berlakunya sebarang pertindahan tindakan dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini.

Cuepacs : Pendapatan Gaji Penjawat Awam Rendah. Ramai Keluarga Sewa Bilik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Bintulu Sarawak.

Sewa Bilik penjawat awam
Realitinya sekarang ini, penyelesaian sentiasa terbuka kepada kalangan yang tercari-cari tempat dan ruang untuk tinggal di tengah-tengah bandaraya yang semakin besar di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.
Sewa rumah di Kl semakin mahal, solusinya ramai yang memilih untuk tinggal dan sewa bilik di Kl, Johor Bahru dan juga di Pulau Pinang contohnya semata-mata tidak snaggup berhadapan dengan komitmen bulanan yang cukup tinggi termasuklah bulanan sewa rumah. Beli rumah, jauh sekali.
Ini semua dek kerana bahang dan lonjakan harga rumah di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar “tidak menoleh kebelakang lagi” meninggalkan gologan “yang tidak berkemampuan ini”

Cuepacs : Harga Rumah dan Sewa Rumah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Bintulu Sarawak Semakin Mahal!

Berita terkini daripada Cuepacs yang ditugaskan membela sejumlah 1.6 juta penjawat awam di Malaysia melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan situasi kakitangan awam hari ini menunjukkan terdapat ramai keluarga yang terpaksa tinggal satu rumah 3 keluarga de kerana masing-masing memilih untuk sewa bilik di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang dan tidak lupa juga Bintulu Sarawak terutamanya melibatkan kakitangan kerajaan yang ada pangkat rendah di bandar-bandar besar speerti ini termasuklah :

Mahasiswa hantar petisyen ke istana mohon pengampunan Anwar

Pimpinan mahasiswa menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pengampunan bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan pintu 3 Istana Negara hari ini. Salah seorang mahasiswa Universiti Malaya Vince Tan, yang mewakili 26 anak muda dan pimpinan mahasiswa dalam petisyen itu berkata ia bertujuan memberi keadilan kepada Anwar.

"Petisyen ini dihantar atas alasan pemenjaraannya yang bersifat tahanan politik, percubaan menghalang suara ketua pembangkang dan kecaman antarabangsa serta pembelaan daripada penganiayaan konspirasi politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
 "Kami menerima mahkamah ialah tempat menjatuhkan keputusan hukuman terakhir, namun begitu Yang di-Pertuan Agong ialah puncak mahkota dan payung keadilan," katanya.

 Menurut Naqiuddin Nazron dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU), salah seorang daripada 5 mahasiswa yang berada di situ, petisyen tersebut dihantar pada jam 3.15 petang kepada wakil setiausaha pengelola diraja. "26 mahasiswa yang mewakili petisyen itu daripada berbeza universiti dan latar belakang," katanya.

Katanya, sejak Pilihan Raya Umum ke-13 di mana pembangkang memenangi undi popular sebanyak 52%, lebih daripada 60 orang aktivis, ahli akademik, wakil rakyat serta orang awam yang ditahan, disiasat didakwa dan dipenjarakan.

MP DAP Ipoh Barat Bahas Titah Diraja 2015

Nurul Izzah: Pakatan mahu Parlimen cela IGP

Wakil rakyat BN gesa pentadbiran PM jujur pada rakyat

MP PAS Hulu Langat Bahas Titah Diraja 2015

MP DAP Seputeh Bahas Titah Diraja 2015

MP PAS Kuala Terengganu Bahas Titah Diraja 2015 - TIA & 1MDB

GST Diragui Menguntungkan Peminjam Hutang, Pemegang Bon - Ku Li

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan diragui akan menguntungkan peminjam hutang dan pemegang bon kerajaan.
Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) berkata, rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan hutang negara yang kini disifatkan berada pada tahap membimbangkan melalui pelaksanaan GST.
Berucap di Dewan Rakyat pada Selasa, Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung tujuan sebenar GST mahu dilaksanakan.
"Kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.
"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.
Mengulas lanjut, veteran Umno itu menegaskan bahawa pendapatan negara melalui GST wajar digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.
"Kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon," katanya sambil mengulangi pendirian sebelum ini yang meminta supaya kerajaan menangguhkan pelaksaan GST.
Selain itu Razaleigh turut menuntut supaya semua dokumen berkaitan hutang negara dibentangkan di Dewan Rakyat.

Fasa pertama 1BestariNet gagal -PAC

PAC berpendapat, perlaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.

nurjazlan 1bestariKUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada tahun 2011.
Walau bagaimanapun, PAC dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa fasa kedua bagi projek menyalurkan perkhidmatan internet ke sekolah-sekolah akan tetap diteruskan.
Pengerusinya, Datuk Nor Jazlan Mohamed berkata, PAC tidak berpuas hati atas beberapa perkara, antaranya penyambungan internet ke tapak pengguna yang lewat siap.
“Jawatankuasa pembantu projek dan teknikal tidak diwujudkan di peringkat kementerian.
“Malah, kajian keperluan di sekolah tidak dijalankan serta maklumbalas dari pihak sekolah tidak memuaskan,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat PAC, hari ini.
Disebabkan itu, PAC telah meminta supaya KPN memanggil bekas Ketua Setiausaha KPN, Datuk Rosli Mohamad, bekas Ketua Pengarah Pendidikan dan bekas pegawai pengurusan projek ini.
“Mereka bertanggungjawab sewaktu projek ini diwujudkan, dirancang dan dilaksanakan,” ujarnya lagi.
PAC juga berpendapat, perlaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.

Rafizi: Leave Agong out of plane purchase


The PKR sec-gen chides Putrajaya for using the Agong’s name to justify their hefty spending on a new personal jet for the PM.

KUALA LUMPUR: Don’t use the Agong’s good name to justify your reckless spending, said PKR secretary-general Rafizi Ramli to Putrajaya today regarding the new private jet supposedly ordered for Prime Minister Najib Razak’s use.
najib rafizi2The Pandan MP had yesterday revealed in a press conference at Parliament that Putrajaya had bought its seventh jet, an Airbus ACJ320 secured for Najib’s use through a direct negotiation hire-purchase deal with Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.
The Prime Minister’s department had made a statement yesterday that the plane would also be used by the Agong.
“The people can tell how many times the King has been on official state visits to other countries from that of the Prime Minister himself,” said Rafizi, dismissing the claim.
“If truly this personal jet is for the King’s use, then I challenge Najib to detail every journey taken with government jets and who uses the jets, including the currently existing Boeing Business Jet (BBJ) and Airbus Commercial Jetliner (ACJ319).
Just how often are they used that the number of jets becomes insufficient and needs to be added on to?”
He also dismissed the claim made by the Prime Minister’s department that the purchase was necessary to replace the BBJ jet that could no longer be used, saying that a Boeing jet had a lifespan of about 20-25 years if maintained by industry standards, and the BBJ was only 16 years old and infrequently used.
“The excuses given by the Prime Minister’s department are unacceptable because they still don’t answer the need to buy yet another personal jet for the Prime Minister and his Cabinet,” said Rafizi.
Rafizi had detailed also in a separate statement the costs involved in the hefty buy, listing them for the sake of questioning.

Polis mahu tahu siapa biayai #KitaLawan kata Aktivis

Dua aktivis yang ditahan selama empat hari berhubung perhimpunan Kita Lawan ditanya mengenai identiti penganjur perhimpunan itu dan sumber pembiayaannya.

Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini ia menjadi tumpuan siasatan apabila dia dan rakan aktivis Adam Adli disoalsiasat.

"Mereka tanya siapa penganjurnya, dan siapa membiayai (Kita Lawan)," katanya.

Mandeep dan Adam ditahan pada hari Sabtu lalu selepas perhimpunan kecil di Kuala Lumpur untuk membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

#KitaLawan: Pesakit buah pinggang individu ke-10 ditangkap Polis

Ahli PKR Cabang Subang, S Jayathas menjadi individu ke-10 ditangkap polis kerana menyertai perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.
Menurut peguam G Sivamalar, memandangkan Jayathas menghidap sakit buah pinggang, beliau akan dibebaskan pukul 10 malam ini.
"Pihak peguam mengesahkan S Jayathas, anggota PKR cabang Subang  ditangkap polis.

"Namun, memandangkan S Jayathas seorang pesakit buah pinggang, pihak polis berjanji untuk membebaskan beliau sekitar jam 10 malam ini," kata Komunikasi PKR dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, antara individu yang ditahan polis kerana menyertai himpunan sama ialah Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Sing dan Bendahari Pemuda PAS Fakhrurazi Mokhtar.

Jangan selindung agenda pelaksanaan GST

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mendedahkan agenda sebenar pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam ucapannya pada Sidang Dewan Rakyat tengah hari tadi berkata, tujuan pelaksanaan GST tidak seharusnya dirahsiakan dan rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada pemegang bon.

"Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka...Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

"Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30 Oktober 2014 supaya GST ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat," katanya sambil disambut dengan sokongan kebanyakan ahli Dewan.

Pakatan mahu Parlimen cela IGP

Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli Parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan.

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditangkap semalam atas dakwaan menghasut, berhubung ucapan bapanya yang juga ketua pembangkang yang dipenjara, yang dibaca Nurul di Dewan Rakyat minggu lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata diharapkan ia dapat memupuk pemahaman kepada ketua polis itu mengenai konsep pengasingan kuasa di negara ini.

Pakatan akan membentangkan usul itu di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, katanya.

PKR tidak halang Adun mereka sokong hudud Kelantan, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata , terpulang kepada Adun Guchil Roslan Puteh untuk hadir dan terlibat dalam perbahasan enakmen berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mac, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata , terpulang kepada Adun Guchil Roslan Puteh untuk hadir dan terlibat dalam perbahasan enakmen berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mac, 2015.

PKR tidak menghalang sekiranya ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili parti itu mahu mengundi rang undang-undang pindaan hudud dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana tidak ada arahan daripada pimpinan pusat yang menghalangnya berbuat demikian, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, terpulang kepada Adun Guchil Roslan Puteh hadir dan terlibat dalam perbahasan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) esok.
"Tidak ada (arahan). Dia akan hadir. Ini kebebasan seorang ahli (Dewan) untuk mengundi dan berbahas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, hari ini.

Undian satu-satunya wakil tunggal PKR dalam DUN Kelantan itu dilihat bakal menentukan pendirian parti itu dalam isu hudud untuk berdiri di sebelah PAS yang mahu undang-undang itu diguna pakai atau memihak kepada DAP yang menentang keras pelaksanaannya atas alasan melanggar dasar bersama Pakatan Rakyat (PR). Katanya, sebagai seorang Islam tidak sepatutnya menolak hudud dan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran, namun persoalannya hudud bukan dasar bersama PR.

PAS rayu Pakatan tidak berpecah kerana hudud

Menjelang pembentangan pindaan rang undang-undang hudud dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, PAS merayu kepada rakan pakatannya untuk tidak berpecah.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pembentangan rang undang-undang tersebut tidak sepatutnya menimbulkan masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR) hingga menyaksikan gabungan itu berpecah.
Dalam rayuan terakhir PAS, Khalid berkata PR sewajarnya memahami dan melihat perbezaan keunikan rakyat Kelantan daripada segi politiknya dengan tidak menyamai kehendak di peringkat kebangsaan.

"Ia tidak patut menimbulkan masalah buat PR, kita rayu rakan kita memahami perbezaan keunikan Kelantan apabila dibentangkan hanya pindaan enakmen sedia ada dan tidak harus menjadi penyebab perpecahan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Pada masa sama beliau yakin perpecahan di antara PR tidak diingini mana-mana pihak antara pakatan kerana yang mahukan perkara itu berlaku hanya Umno.

"Saya akui bila masuk bab ini, (hudud) semuanya mahu tunjuk hero, semua mahu kata kalau tidak ikut tinggalkan PR, biar berpecah PR. "Namun mereka (PR) perlu fahami keunikan dan keanehan politik rakyat Kelantan.
"Kerana keunikan dan keanehan politik rakyat Kelantan menjadi bukti bagaimana Umno sendiri terpaksa mengakui apabila meluluskan pembentangan hudud pada 1993," katanya.

KPN salah guna kuasa tahan saya, kata Nurul Izzah

Sebaik saja dibebaskan, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menyalahgunakan kuasa apabila menahannya. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau mempunyai imuniti untuk menyuarakan pandangannya semasa di Dewan Rakyat.

"Saya rasa ia jelas penahanan saya adalah penyalahgunaan kuasa daripada KPN dan saya menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab. "Saya ada imuniti (di Parlimen) menurut Artikel 63 (2) Perlembagaan Persekutuan. Dan saya ada imuniti untuk menyuarakan isu di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas dibebaskan.

 Nurul Izzah akhirnya dibebaskan selepas ditahan semalaman di dalam lokap dengan jaminan polis, kata peguamnya R Sivarasa. Sivarasa berkata, sebelum tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ahli Parlimen Lembah Pantai itu dibawa ke rumahnya untuk mencari dokumen berkaitan ucapannya di Parlimen Selasa lepas.

"Kami rasa ia tindakan yang salah di sisi undang-undang," kata Sivarasa yang juga merupakan ahli Parlimen Subang kepada pemberita. Beliau berkata tindakan tersebut akan menjejaskan hak ahli Parlimen lain dan kebebasan hak bersuara. "Jaminan ini bertahan selama sebulan sehingga 16 April dan mereka akan memaklumkan saya kemudian.

Semua dokumen hutang negara perlu dibentang di Dewan Rakyat - Ku Li

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menuntut supaya semua dokumen berkaitan hutang negara dibentangkan di Dewan Rakyat.

Bekas Presiden parti Semangat 46 itu yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li berkata, rakyat berhak mengetahui mengenai ‘hutang sah’ kerajaan pada ketika ini.

"Sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut.

"Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, instrumen kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

"Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ku Li berkata amalan kebiasaannya sejak dahulu adalah Dewan Rakyat akan sentiasa dimaklumkan berkenaan segala jenis jaminan dan instrumen kewangan yang dikeluarkan Putrajaya.

"Pada ingatan saya ini adalah perkara baharu, biasanya kita bentangkan segala-galanya, sama ada Surat Sokongan, Surat Jaminan, dan 'Letter Of Comfort'," katanya lagi.

Inikah konsep bersederhana WASATIYYAH UMNO !!!


Perlukah membeli jet setengah bilion ringgit di saat rakyat digasak kos sara hidup tinggi & bakal diganyang dgn GST kelak ???

KERAjaan BN jgn perbodohkan rakyat dgn mggunakan kedudukan & nama YDP Agong semata2 utk beli jet mewah 9M-NAB (9H-AWK).

TAHUKAH ANDA, antara laki-bini Najib & Rosmah, YDP Agong & TPM SIAPAKAH antara mereka yg kerap guna pesawat mewah VIP ke luar negara / dlm negara ???

Ku Li akui hutang negara kritikal

Rakyat berhak tahu sama ada GST menguntungkan negara atau hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN- Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyeru agar kerajaan bertindak telus mengenai keadaan hutang negara dan mendedahkannya kepada Dewan Rakyat .
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li, bimbang hutang negara kini telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik selain situasi yang membahayakan Demokrasi Berpelembagaan yang mencorak kenegaraan Malaysia.
“Sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kami wajib memastikan pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon.
“Jika kita bertanggungjawab ke atas hutang yang sah, maka juga berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut,” katanya dalam ucapan ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ku Li menambah, atas perkiraan itu beliau dalam suratnya yang bertarikh 30 Oktober 2014 mencadangkan agar Cukai Barangan dan Perkhitmatan (GST) ditanggguhkan ekoran keadaan ekonomi dan kewangan awam kini di tahap yang tenat.
“Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi dan kita mahu tahu sebab GST dikenakan pada masa ini.
“Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon,” katanya.
Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan turut menegaskan tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.
Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita sama ada pemiutang yang dimaksudkannya itu merujuk kepada pembayaran faedah pinjaman Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau berkata “itu faham-faham sendirilah”.
Beliau turut ditanya adakah kerajaan sedia ada sekarang telah banyak membazirkan wang negara, Ku Li menjawab, “Saya tidak cakap apa-apa mengenai pembaziran tetapi apa yang saya tekankan sebelum ini kita berada dalam keadaan kritikal,” jelasnya.
Diasak lagi dengan pertanyaan wartawan mengenai harapannya terhadap cadangan penangguhan GST, beliau hanya menjawab “saya cuma mencadangkan dan pihak kerajaan perlu menimbang cadangan berkenaan bagi mengatasi masalah ini.
“Saya pasti mereka boleh mengutamakan pandangan rakyat,” jelasnya.

Hutang Pembinaan PFI cecah RM30 bilion, DAP desak penjelasan PAC


ong_kian_ming


KUALA LUMPUR, 17 MAC: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) disaran menuntut jawapan daripada Kementerian Kewangan berhubung anak syarikat Pembinaan PFI yang kini menimbun hutang hampir RM30 bilion.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, PAC sebagai panel Parlimen perlu mendesak Kementerian Kewangan menjawab 10 soalan berikutan syarikat tersebut dilaporkan memiliki liabiliti RM27.9 bilion pada akhir tahun 2012.
“Antara yang perlu dipertanyakan kepada Pengarah Pembinaan PFI Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah adalah bagaimana kaedah perolehan dan keupayaan syarikat tersebut dilakukan untuk membayar semula hutangnya.
“Nama Pembinaan PFI seolah-olah menunjukkan bahawa projek mereka dibiayai melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
“Adakah projek-projek yang dibiayai Pembinaan dianggap sebagai Inisiatif Kewangan Swasta dan jika ya, siapa entiti swasta terlibat menanggung perbelanjaan modal bagi projek-projek dijalankan?” soalnya.
Kian Ming yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor juga mempersoalkan bagaimana penganugerahan projek-projek yang dibiayai Pembinaan PFI.
“Adakah melalui tender terbuka menerusi laman web kerajaan iaitu MyProcurement atau rundingan?” soalnya lagi.

DAP persoal baki RM 462 juta bantuan mangsa banjir, bimbang disalahguna


Anthony_Loke


KUALA LUMPUR, 17 MAC: Peruntukan RM 800 juta mangsa banjir seluruh negara yang diumumkan tahun lalu dipersoalkan apabila perincian penuh perbelanjaannya tidak didedahkan Kementerian Kewangan, selain wujud percanggahan fakta.
Peruntukan RM 800 juta diumumkan 5 Januari lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, namun ketika ditanya di Parlimen, hanya sedikit jawapan diberikan, tanpa perincian penuh.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, hanya RM 338 juta perincian bantuan dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Saya telah bertanya dalam Dewan Rakyat fasal peruntukan RM 800 juta ini. Namun jawapan dari wakil menteri kewangan(Shahidan Kassim) sangat mengecewakan,” kata Anthony pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Saya telah buat kira-kira sendiri berdasarkan jawapan tersebut yang ada sedikit perincian. Nampaknya, menteri hanya jelaskan RM 338 juta sahaja peruntukan.
“Kita nak tanya kerajaan, mana lagi peruntukan RM 462 juta yang baki itu?
“Kita risau jika tak ada perincian, ada kemungkinan salah guna di situ,” tegas Anthony.
Percanggahan Najib dan Shahidan tentang ‘darurat’ dan ‘perolehan darurat’
Tambah Anthony isu banjir baru-baru mendedahkan percanggahan antara Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Shahidan.
Ini berikutan dakwaan Shahidan wujudnya ‘perolehan darurat’ ketika menjawab soalan dari ahli parlimen itu.

Perangi rasuah, GST bukan jalan utama tingkat pendapatan - Azmin

GST Grafik BaruSHAH ALAM, 17 MAC: Pelaksanaan Cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermual 1 April ini oleh Kerajaan Pusat bukan penyelesaian tunggal dalam meningkatkan pendapatan negara.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pendapatan mampu ditingkatkan dengan cara memerangi ketirisan, rasuah dan ketidaktelusan.
“Kita persoalkan kenapa GST dilaksanakan sekarang dalam keadaan rakyat belum sedia, lebih-lebih lagi ada cara lain untuk menambah pendapatan.
“Lebih elok GST ditangguhkan pada tahap lebih sesuai,” katanya dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan hari ini.
Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK di sini, majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim serta anggota Exco Kerajaan Negeri.
Pada majlis sama, Mohamed Azmin turut melancarkan Manual Sistem Pendidikan Bersepadu Dan Menyeluruh atau dikenali sebagai ’Integrated And Holistic System’ (IHES) yang diperkenalkan JAIS.
“Saya percaya JAIS akan terus memainkan peranan mentarbiyah dan memperkasa pendidikan Islam bukan sahaja kepada orang Islam tetapi menarik mereka yang bukan Islam,” katanya lagi.

Pembelian Jet Baru Tidak Kena Masa

Buat seketika, ramai yang terperanjat dengan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai pembelian jet baru kerajaan, Airbus Corporate Jetliner atau ACJ320 yang didakwa untuk kegunaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Tersentaknya rakyat dengan pendedahan itu bukan saja kerana kerajaan dipercayai sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tetapi juga kerana isu jet yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, sudah sering menjadi perbualan umum.

Kali terakhir itu jet melibatkan Rosmah diperkatakan ialah bilamana jet kerajaan ACJ319 didapati terus berada di beberapa bandar di Amerika Syarikat sedangkan ketika itu Najib sudah kembali ke tanahair untuk meninjau keadan banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain. Najib yang sedang bercuti dengan keluarganya di Hawaii terpaksa pulang ke Malaysia dengan pesawat komersial hingga ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM.

Sudah tentu ramai yang bertanya, apa perlunya ditambah sebuah lagi jet?

Lebih mengejutkan juga ialah kerana pembelian jet itu dilakukan ketika rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan mereka seperti 1MDB, kejatuhan ringgit, ekonomi yang suram, hutang negara menjangkau RM740 bilion, beban sara hidup yang kian meningkat serta cukai GST yang bakal dilaksanakan 1 April depan.

Nurul Izzah now more powerful than ever

Her arrest has made her a force to be reckoned with.

Nurul Izzah now more powerful than ever2In the seminal 1977 film, “Star Wars: A New Hope”, Jedi Master Obi Wan Kenobi tells his nemesis, Darth Vader, “If you strike me down, I shall become more powerful than you can possibly imagine.” While the ghost of Obi Wan didn’t appear to do much more than advise Luke Skywalker, the arrest of Nurul Izzah has now indeed made her more powerful than she ever was before.
I’ve always been a staunch supporter of Izzah. Articulate, intelligent, congenial and modest, she is Gen Y’s bright hope for the future of this country. The only Pakatan Rakyat MP to have defeated two full government ministers in the last two elections despite the ruling government using all its resources to wrest the hotseat of Lembah Pantai from her, Izzah has forged a connection with the rakyat that is as rare as it is strong.
She has always been the darling of the opposition, the princess of PKR, and her heritage as the daughter of one of the most important politicians in Malaysian history has placed pressure on her to perform at a certain standard, and she has performed admirably ever since. Izzah is above reproach in the dispensing of her duties to her constituency, and this has solidified her position as one of the best of Malaysia’s young politicians.
To arrest and imprison her lends no advantage to the ruling government.
In fact, this was the worst possible move the government could have made. Since her arrest, which allegedly was made in violation of parliamentary privilege, social media has been abuzz with outrage and even the international media has picked up on the story. Putrajaya is now being used as an example of a repressive, paranoid administration, so scared of a little dissent that it must try to silence it by taking extreme measures.

Selepas Nurul Izzah dibebaskan, Polis cari Nurul Nuha pula....

Polis kini mencari anak kedua kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, hanya beberapa jam selepas anak sulungnya, Nurul Izzah, dibebaskan.

Nurul Nuha memberitahu Malaysiakini bahawa polis memaklumkan perkara itu kepadanya ketika beliau berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

"Saya didekati oleh mereka (polis). Mereka akan maklumkan (kepada peguam) bila mereka mahu saya pergi ke balai polis,” katanya.

Katanya, polis ingin menyiasat mengenai perhimpunan Kita Lawan namun tiada butiran lain yang diberikan.

Nurul Nuha merupakan antara tokoh utama yang mengepalai kempen menentang hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar, dan sering muncul di perhimpunan Kita Lawan.

Tidak dedah jaminan kewangan perkara baru di Parlimen, kata Ku Li

Tindakan Putrajaya tidak mendedahkan kandungan surat sokongan terhadap hutang syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat adalah perkara baru, dan belum pernah berlaku sebelum ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, amalan kebiasaannya sejak dahulu adalah Dewan Rakyat akan sentiasa dimaklumkan berkenaan segala jenis jaminan dan instrumen kewangan yang dikeluarkan Putrajaya.
"Pada ingatan saya ini adalah perkara baharu, biasanya kita bentangkan segala-galanya, sama ada Surat Sokongan, Surat Jaminan, dan 'Letter Of Comfort'," katanya, yang lebih dikenali sebagai Ku Li.
Pemimpin veteran Umno itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.
"Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, instrument kewangan dan 'letters of comfort' yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini," katanya.

Hutang Negara, Dewan Rakyat & Tanggungjawab Kita - Ku Li

Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.  Ia menitikberatkan  kebimbangan saya  yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.

2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan  mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi  masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan  sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

Ku Li: K'jaan sebelum ini telus isu surat jaminan

MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini sentiasa mendedahkan apa-apa surat jaminan ataupun apa-apa usaha melibatkan hal kewangan ke parlimen.

Bekas menteri kewangan itu berkata, perkara itu sentiasa diamalkan semasa beliau menjawat jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Razaleigh ditanya sekiranya tindakan kerajaan yang tidak telus mengenai surat sokongan RM11 bilion untuk bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan tindakan wajar.

"Ini satu perkara baru bagi saya. Sepanjang pengetahuan saya, surat jaminan atau apa-apa instrumen dukungan, apa-apa yang berkait dengan kewangan, sentiasa dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan ekonomi negara ini dalam keadaan terdesak dan mengulangi gesaan agar pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan.

Ku Li cadang ahli Parlimen isytihar harta

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli , 17 Mac, 2015. 
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli , 17 Mac, 2015.

Pemimpin Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar ahli Parlimen melakukan pengisytiharan harta bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen.
"Satu perkara yang ada hubung kait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti.

"Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli Kabinet dan ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka daripada sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang," katanya, ketika menyampaikan ucapan membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini. "Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen,” katanya.
Beliau turut berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan tidak seharusnya mempunyai masalah pertelingkahan kepentingan.
"Perdana menteri dan menteri kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan.
"Barang diingat pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius, perkara ini mungkin diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya," katanya, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Susulan ucapannya itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong bertanyakan kepada Ku Li sama ada terdapatnya keperluan untuk melakukan pemisahan antara jawatan perdana menteri dan kementerian kewangan oleh individu yang sama.

Ekonomi sedang tenat, GST perlu ditangguhkan - Ku Li

Ekonomi sedang tenat, GST perlu ditangguhkan - Ku LiKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

Berucap ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, GST akan menjadi tambahan beban untuk rakyat yang kini sudah terlalu banyak dibebani hutang susulan kemerosotan ekonomi negara.

"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Ku Li saran MP, menteri isytihar harta kepada Parlimen

'Perlukah kita tunduk kepada kuasa di luar Dewan?' - Ku Li

MP PKR Bukit Katil Bahas Titah Diraja 2015

K'jaan tanggung setengah bilion ringgit untuk jet baru


Adakah GST untuk bayar hutang k’jaan kata Ku Li..??

Tiada reman tetapi Nurul Izzah belum bebas

A. Samad Said Sokong Sejuta Tandatangan Bebas Anwar

Nurul Izzah released on bail after having statement recorded


Mana2 pemimpin mahupun kerajaan yang TIDAK BOLEH DIKRITIK. JANGAN JADI AHLI POLITIK & KERAJAAN...Boleh Blah..!!


WSJ: Umno’s iron hand risks straining US-Malaysia ties

Detention of Nurul a sign of Umno’s ‘creeping authoritarianism’, says American daily.

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar’s arrest and detention will affect Malaysia’s ties with the United States as it is a sign of Umno’s “creeping authoritarianism”, financial daily The Wall Street Journal (WSJ) said.
Detention of Nurul a sign of Umno’s ‘creeping authoritarianism’, says American daily2The opinion piece in the WSJ yesterday said Malaysia is “moving down a dark path”, with PKR vice-president Nurul Izzah’s arrest and overnight detention occurring barely a month after her father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, was sent to jail for sodomy.
“A month after the country’s highest court upheld the conviction of opposition leader Anwar on trumped-up charges of sodomy, police on Monday arrested Anwar’s daughter for violating the Sedition Act, a colonial-era law increasingly used to chill political debate,” said the WSJ story.
“Creeping authoritarianism won’t slow Umno’s rising unpopularity among young people, urbanites and ethnic minorities.
“Nor will it help Malaysia’s ties with the US, which are important for combating terrorism.”
Nurul Izzah was arrested yesterday when she reported to the Dang Wangi police station to make a statement on taking part in a protest rally over the jailing of Anwar and to answer for allegedly seditious remarks she made in Parliament over the jailing of Anwar.
The WSJ noted that 19 Islamic State supporters have been arrested for plotting attacks around Kuala Lumpur and that strained ties with the US will hinder Malaysia’s on-going efforts to combat terrorism.

'Dibuang asrama UM jika hadiri perhimpunan' - Ugut Pensyarah

Pelajar yang menginap di asrama kampus Universiti Malaya dikatakan telah diugut akan dibuang asrama jika mereka ditangkap menghadiri perhimpunan Kita Lawan.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Teh Wei Loon berkata ugutan itu telah dibuat pada 12 Mac, semasa sesi dialog antara pelajar dan pihak pengurusan kolej kediaman berkenaan.

Katanya, orang berkenaan yang juga seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UM, memaparkan satu poster perhimpunan Kita Lawan semasa dialog tersebut.

"Beliau memberi amaran kepada semua pelajar, dengan mengatakan jika diamdapati ada yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, atau dalam perhimpunan akan datang, mereka tiada berpeluang tinggal di kolej kediaman pada semester akan datang," kata Teh semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat semalam, Tan berkata, pensyarah tersebut telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengganggu hak pelajar untuk berhimpun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Tan menggesa pihak universiti supaya menyiasat perkara itu dan meminta pensyarah berkenaan memohon maaf kepada para pelajar.

Beliau juga mempersoalkan dasar kemasukan ke kolej kediaman, berkata kenyataan pensyarah itu seolah-olah orang yang menjaga asrama mempunyai kata putus sama ada pelajar boleh diberi tempat tinggal atau sebaliknya di asrama UM.

Ini bercanggah dengan syarat bahawa mereka perlu memenuhi kriteria tertentu, seperti mengisi borang permohonan, menghadiri aktiviti asrama dan memprolehi markah merit sepertimana dimaklumkan oleh pihak universiti kapda mereka, kata Teh.

'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah

'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul IzzahKUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis pada jam 12.15 tengahari setelah kenyataan beliau diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Nurul Izzah, yang ditahan di lokap balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa.

"Ini memang penyalahgunaan kuasa tidak lain tidak bukan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan tindakan sedemikian ke atas parlimen.

"Saya mempunyai kekebalan di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengetengahkan isu di parlimen. Ini akan menjejaskan hak-hak ahli parlimen yang lain untuk mengetengahkan isu-isu yang menjejaskan rakyat," katanya kepada pemberita.

Beliau turut berkata pihaknya akan mengambil tindakan.

"Penyalahgunaan kuasa tidak boleh diteruskan. Lawan tetap lawan," tambahnya.

Apabilan ditanya pemberita apakah tindakan susulannya, Nurul Izzah jawab: "Saya suka apabila media suka meramalkan apa kita akan lakukan selepas ini. Saya akan benarkan anda (media) untuk terus meramal namun kita akan mengumumkan apa yang kita akan lakukan dalam masa terdekat," katanya.

Nurul Izzah turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir namun beliau menyeru sokongan diberikan kepada tahanan yang lain seperti aktivis Adam Adli dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Isu jet baru, jangan perguna nama baik YDP Agong - Rafizi

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli kesal dengan sikap kerajaan Persekutuan dalam memberi maklum balas berhubung kontroversi pembelian jet peribadi baru.

Rafizi mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengheret nama baik Yang Dipetuan Agong dalam maklumbalas pertama berhubung kontroversi itu.

"Kononnya pembelian ini perlu untuk kegunaan Yang DiPertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Naib Presiden PKR itu berkata, tindakan JPM itu tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang DiPertuan Agong terlibat dalam lawatan-lawatan rasmi ke luar negara berbanding Perdana Menteri.

"Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan YB Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

"Itu kos operasi sahaja tidak termasuk kos pembelian dan sewa beli jet-jet peribadi kerajaan," katanya lagi.

Beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memperincikan setiap perjalanan jet-jet peribadi milik kerajaan dan siapakah yang menggunakan jet-jet peribadi ini.

Saga diteruskan melalui serangan balas Najib?

Peminat-peminat fanatik Star Wars mungkin telah kecewa sebaik sahaja artikel "The empire strikes back at Najib, Hadi and Palanivel” yang ditulis oleh penulis tamu Theantdaily (“Serangan kini ke atas Najib, Hadi dan Palanivel" di Semut Harian) Tan Jooi Long muncul dalam kolum "Pungent" (Tajam) minggu lalu.

Seorang kawan yang merupakan peminat tegar saga epik angkasa itu menyangkakan yang tajuk itu seolah-olah mencadangkan bahawa Perdana Menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden MIC Datuk Seri G Palanivel berada di pihak yang sama dengan pemberontak Luke, Leia dan Han Solo.

 "Mustahil!" katanya, merujuk kepada fakta bahawa Najib mempunyai silsilah dan nama keluarga kerana beliau adalah anak kepada bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Beliau telah dilantik sebagai MB Pahang pada usia 29 tahun dan menjadi naib ketua Pemuda Umno setahun kemudian. Adalah lebih tepat untuk menyamakan Najib dengan Maharaja Palpatine, katanya berseloroh.

Artikel Tan menumpukan kepada kritikan-kritikan dan cabaran yang dihadapi oleh Najib kerana "prestasi beliau sendiri yang teruk, isterinya yang gila membeli-belah, anak tirinya yang pemboros dan 1MDB.” Di samping itu, 1MDB milik kerajaan yang menanggung hutang berjumlah RM42 bilion, telah digelar "ibu kepada ibu segala skandal dalam sejarah Malaysia ".

Berikutan pendedahan oleh portal berita dalam talian Sarawak Report, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengamal media veteran A Kadir Jasin, Ali Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah tidak berhenti dalam mempersoalkan perjanjian-perjanjian yang melibatkan 1MDB.
 Walau bagaimanapun, tidak seperti Palpatine yang dianggap lemah, Najib yang beberapa pengkritik katakan merupakan Perdana Menteri yang paling lemah sejak Merdeka, adalah lebih daripada mampu untuk melawan balik.

Jangan libatkan Agong dalam pembelian jet peribadi baharu Najib, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyelar jawapan kerajaan yang mengatakan pembelian jet peribadi baharu menjimatkan kos dan mendedahkan kos pembelian jet peribadi baharu Datuk Seri Najib Razak itu bernilai RM465.4 juta.
Ahli Parlimen Pandan itu turut menyelar tindakan Jabatan Perdana Menteri semalam yang mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk "menghalalkan" pembelian jet peribadi baharu itu.
"Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang di-Pertuan Agong terlibat di dalam lawatan rasmi ke luar negara berbanding dengan perdana menteri," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 "Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Semalam, Rafizi mendedahkan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan, pentadbiran Najib membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya. Rafizi mendakwa, jet berkenaan ialah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.
"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.