Isnin, 16 Mac 2015

Tolak usul hak MP Permatang Pauh, Speaker langgar perlembagaan


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan tindakan Speaker Datuk Ronald Kiandee menolak usul berhubung hak Ahli Parlimen Permatang Pauh menghadiri sidang Parlimen sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Hanipa yang tidak berpuas hati usulnya bertarikh 12 Mac lalu ditolak di dalam kamar, bangun mempersoalkannya sebaik sahaja sesi soal jawab di Dewan Rakyat tamat jam 11.30 pagi tadi.
"Isu ini melibatkan perlembagaan. Kerusi Permatang Pauh belum kosong. Mengikut perlembagaan kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan.
"Saya rasa tidak adil, kita kena hormati ketinggian perlembagaan. Macam mana? Alasan apa lagi kalau kita tidak ikut perlembagaan,"soal Hanipa.
Hanipa terus bersuara dan berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Speaker.
"Ini perlembagaan, Speaker tidak boleh atasi perlembagaan. Ini pandangan perlembagaan,"tegas Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Bagaimanapun, Ronald yang mempengerusikan sidang dewan menegaskan bahawa usul yang telah ditolak tidak boleh dibacakan.
"Sekarang usul Sepang telah ditolak dalam kamar. Itu soalnya. Peraturan mesyuarat kata macam itu, usul ditolak,"ulang Speaker.

Keadilan kecam penahanan Nurul Izzah


Parti Keadilan Rakyat dalam kenyataanya mengecam tindakan penahananan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan, hari ini.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Nor berkata, ia merupakan satu ancaman untuk mengekang suara menentang kemungkaran terutama apabila ia menggugat kedudukan UMNO-Barisan Nasional.
“Nurul Izzah telah dengan rela hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi sebaliknya telah ditahan di bawah Akta Hasutan dan direman selama satu malam di lokap Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur.
“Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab Naib Presiden PKR itu membangkitkan isu dasar di Parlimen demi keadilan dan kebenaran untuk rakyat dan negara. Ini prinsip yang dipegang oleh beliau dan dijunjung oleh PKR.
“Apakah dengan membantah tindakan pemenjaraan ke atas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan membangkitkan soal kebebasan kehakiman menyalahi amanah dan tanggungjawab tersebut?” soalnya.
Pendengaran reman terhadap Nurul Izzah akan diadakan esok jam 10 pagi.
Pada masa yang sama satu perhimpunan solidariti di hadapan Balai Polis Jinjang, diadakan malam ini.

Jet baru untuk PM semasa rakyat sedang tertekan?

Semasa rakyat sedang bersiap sedia untuk menghadapi zaman yang lebih sukar menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup yang meningkat secara umumnya, kerajaan kita telah melakukan apa yang mana-mana pentadbiran "contoh" akan lakukan – berbelanja besar dengan membeli sebuah jet baru bagi kegunaan Perdana Menteri.

Ini adalah dakwaan terkini oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Rafizi, dalam sebuah sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, mengemukakan dokumen yang kelihatan mengesahkan perjanjian sewa beli oleh kerajaan Malaysia bagi sebuah jet baru – Airbus ACJ320, dari Jet Premier One (M) Sdn Bhd.
Syarikat itu juga menguruskan jet peribadi eksekutif semasa kerajaan, yang dengan kos RM28.8 juta setiap tahun dan menelan belanja servis sebanyak RM5.5 juta setiap tahun. Ini sudah tentu tidak termasuk kos bahan api untuk terbang ke seluruh dunia. 
Pembelian terbaru ini membawa jumlah keseluruhan jet milik kerajaan, kepada tujuh.
Rafizi juga menunjukkan kepada pemberita gambar jet terbaru, yang telah dicat logo 1Malaysia.
Beliau berkata yang beliau akan mendedahkan proses "manipulasi" yang berlaku di sebalik pembelian baru ini, dan juga kos jet ini yang terlalu tinggi, dalam tempoh satu atau dua minggu. 
Mengapakah kerajaan memerlukan tujuh buah pesawat peribadi? Memandangkan sebuah darinya adalah untuk kegunaan PM (dan isterinya), dan satu lagi untuk TPM, yang lima lagi untuk apa?
Adakah menteri-menteri kabinet memerlukan jet peribadi ini? Adakah mereka tidak mendapat keistimewaan yang cukup apabila diiringi di dalam kereta mewah oleh pengiring polis (walaupun dalam kesesakan lalu lintas yang paling teruk)?
Jika jet yang sedia ada sudah usang dan tidak selamat untuk digunakan, mengapakah perjanjian tidak dilakukan untuk melupuskan mereka dan menyewa pesawat baru sebagai ganti?
Pendedahan Rafizi seolah-olah tidak diterima baik, walaupun dalam kabinet Najib sendiri.

JPM mengaku beli pesawat eksekutif ACJ320 seperti dakwaan Rafizi

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
  
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
  
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
  
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

Asal penyangak, perompak, penyamun, penipu mesti pakai baju tue..


Apa sebab polis perlu tahan Nurul Izzah



KUALA LUMPUR: DAP mengutuk sekeras-kerasnya salah guna kuasa oleh pihak polis dalam soal penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; serta menggesa supaya beliau dilepaskan dengan serta merta.
"Ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh pihak polis," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.
Malah, katanya pihak polis pula menyatakan bahawa Ismail seorang yang ‘sibuk’ dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.
"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam Dewan?" ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya tidak ada sebab untuk menahan Nurul Izzah kerana beliau bukannya seorang perompak atau penjenayah yang telah membunuh sesiapa.
"Beliau tidak akan melarikan diri. Apa sebab pihak polis perlu menahan Nurul Izzah semalaman?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Tegasnya, DAP akan tetap setia bersolidariti dan menyokong Nurul Izzah, walau apa pun yang terjadi dan menggesa kerajaan pusat berhenti menjadikan pihak polis budak suruhan mereka untuk menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahan Nurul Izzah memalukan, kata pemerhati hak asasi antarabangsa


Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia turut mengutuk tindakan pihak berkuasa Malaysia itu.
Timbalan Pengarah ‎Human Rights Watch Asia Phil Robertson yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan apabila kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta Hasutan bagi menjatuhkan pemimpin pembangkang.

"Penahanan Nurul Izzah menunjukkan kerajaan Malaysia seperti tidak mengenali batas dalam usaha me‎nyekat kebebasan bersuara dan jenayah dialog yang menjadi sebab kemunduran dunia. 
 "Perdana menteri dan kerajaannya patut berasa malu menggunakan Akta Hasutan seperti kapak untuk menjatuhkan ahli pembangkang, aktivis dan sesiapa sahaja yang lantang menyuarakan kritikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robertson berkata, Najib harus sedar setiap tindakan menahan pembangkang‎ menggunakan Akta Hasutan umpama satu langkah ke arah penghapusan hak demokrasi di negara ini sekali gus dianggap sebagai satu kempen penderaan sehingga bila-bila.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Nurul Izzah serta tahanan aktivis lain termasuk Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang pukul 9 malam ini.

"Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti beliau selaku ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali. "Penahanan yang boleh dilanjutkan sehingga tempoh 7 hari ini hanyalah suatu bentuk intimidasi pihak kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

DAP kutuk penahanan Nurul Izzah, solidariti nyalaan lilin depan lokap Jinjang malam ini

KUALA LUMPUR, 16 MAC: DAP mengutuk sekeras-kerasnya salahguna kuasa pihak polis menahan Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan dan menggesa Naib Presiden PKR itu dibebaskan segera.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, tiada sebab untuk menahan Nurul Izzah, kerana Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak akan melarikan diri.
“Beliau bukannya seorang perompak atau penjenayah yang telah membunuh sesiapa.Apa sebab pihak polis perlu menahan Nurul Izzah semalaman?
“Ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh pihak polis.
“Malah pihak polis pula menyatakan bahawa Ismail seorang yang ‘sibuk’ dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.
“Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam Dewan? kata Guan Eng.
Ujarnya, DAP akan tetap bersolidariti dan memberikan sokongan walau apa pun yang terjadi dan menggesa kerajaan pusat berhenti menjadikan polis budak suruhan untuk menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Nurul Izzah ditahan hari ini ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Kenapa pemimpin Pakatan sahaja ditahan? - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyoal langkah polis yang hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya ahli UMNO yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Katanya individu seperti Ketua Wanita UMNO Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berunsur keagamaan dan juga perkauman.

“Gesaan saya cuma satu, kenapa tindakan diambil terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dan bukannya Dr Mashitah, Ismail Sabri yang sehingga hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang benar-benar membangkitkan kemarahan?

“Kita mahu PDRM bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya UMNO, Najib dan kuncu-kuncunya,” soal Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi pada Isnin.

Bagaimanapun kedua-dua individu tersebut juga pernah sebelum ini dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

Dr Mashitah Ibrahim pada Disember 2014 lalu, pernah tampil beri keterangan di IPD Dang Wangi petang susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran.

Beliau telah membangkitkan isu tersebut dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu.

Ismail Sabri pula telah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Februari lalu, berhubung kenyataannya menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina, di mana kenyataan itu menjadi viral dan menimbulkan kekecohan di media sosial.

UNDANG2 untuk tangkap SIAPA ?? MENGAPA pemimpin UMNO 'kebal' ??


Jika melibatkan pemimpin2 PR dgn pantas pihak2 berkuasa ambil tindakan tetapi BERBEZA PULA LAYANAN terhadap pemimpin2 UMNO. KENAPA menteri-melayu-UMNO Ismail Sabri sehingga kini tiada penahanan dibuat yg terang2an keluar kenyataan hasutan ke arah wujudnya susasana tegang antara kaum ???.. Malah masih berkeliaran bebas ke sana ke mari..


Inilah tanahairku... BILA NEGARA DIKUASAI UMNO!!!

MP DAP Raub Bahas Titah Diraja 2015 - Isu FELDA, KPF, FGV

MP PKR Sungai Petani Bahas Titah Diraja 2015 - Kebangkitan Anak Muda

MP PAS Rantau Panjang Bahas Titah Diraja 2015

1MDB - The Ultimate Low Down | Tony Pua

Kerana Umno@Bn: Nurul Izzah bermalam di lokap Jinjang

Wan Azizah Wan Ismail pula dalam Twitternya berkata anak sulungnya akan dibawa ke lokap penjara pada bila-bila masa.
Nurul Izzah Anwar1_gari_300KUALA LUMPUR: Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sebentar tadi mengesahkan bahawa Ahli Parlimen, Pantai Dalam yang juga anak kepada Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar ditahan reman satu malam di lokap Jinjang.
“Pendengaran reman akan diadakan pagi esok jam, 10 pagi,” petik kata kenyataan ringkas oleh Fahmi.
Dalam pada itu, anak kedua Anwar, Nurul Nuha didapati membawa masuk dua orang anak Izzah, Raja Safiyah Raja Shahrir,7 dan Raja Haris Raja Shahrir, 6, untuk bertemu dengannya sebelum dibawa ke Jinjang.
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang juga ibu kepada Izzah dalam Twitternya berkata anak sulungnya itu akan dibawa ke lokap penjara pada bila-bila masa.
Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming dalam Twitter mengutuk sehabis-habisan penahanan terhadap Izzah berikutan ucapannya di Parlimen.
Nurul Dibawa Ke Lokap Jinjang

“Ini tindakan yang zalim!” katanya.
Beberapa pemimpin DAP dan Keadilan tampil menentang penahanan Izzah melalui media sosial yang dianggap kejam dan tidak adil memandangkan sebarang ucapan dalam Dewan Rakyat di Parlimen mempunyai imuniti atau kekebalan daripada dipersoal pihak luar.

Najib beli jet peribadi baru ketika rakyat tersepit gara-gara GST dan bencana banjir

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Ketika negara di ambang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) yang memberikan kesan domino ke atas harga keperluan, Perdana Menteri Najib Tun Razak sekali lagi membangkitkan kemarahan rakyat dengan membeli jet peribadi baru.
Pembelian jet peribadi yang dianggarkan berharga lebih USD 70 juta itu didedahkan ahli parlimen pembangkang pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Dengan pembelian terbaru tersebut, ia menambah jumlah jet pribadi dimiliki pentadbiran Najib sebanyak tujuh buah.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini melahirkan rasa terkejut dengan pembelian tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan melampau ketika negara menanggung hutang besar.
“Saya terkejut dengan pembelian jet terbaru Najib ini. bagaimana dia boleh bertindak sedemikian sewaktu Malaysia sedang menanggung hutang dalam negeri sebanyak RM 580 bilion.
“Jika dibahagi kepada setiap rakyat, seorang akan Tanggung RM 19,000.
“PM kena jawab apa sebenarnya yang sedang berlaku (mengenai aliran tunai) ini,” tegas Teresa.
Selain menyatakan Najib tidak sensitif atas kesengsaraan rakyat Kelantan yang terkesan akibat banjir, Teresa berkata, pembelian jet tersebut adalah pembaziran wang pembayar cukai.
“Rakyat Kelantan sedang menderita dengan banjir, tetapi PM tidak fikir tentang rakyat bawahan. Kita kecewa dengan pentabiran yang membazir ini.
“Ini bukan duit Najib, ini duit pembayar cukai,”ujar Teresa.
Najib boros beli Airbus ACJ 320

Semua rakyat Malaysia dalam keadaan bahaya akibat 1MDB

1MDB telah memberi kesan terhadap penyusutan mata wang Ringgit Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pasaran saham
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyalahkan kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai pendedahan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya Guan Eng menyarankan Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah 1MDB itu sendiri.
Sebelum ini Najib telah memfailkan tuntutan fitnah di mahkamah terhadap Tony Pua di atas komen mengenai 1MDB.
Berucap di dewan rakyat hari ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata jika masalah 1MDB tidak diselesaikan, kesemua rakyat Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya.
Guan Eng juga berpandangan 1MDB telah memberi kesan terhadap penyusutan mata wang Ringgit Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pasaran saham.
“Sebelum ini, banyak pelabur berasa bimbang dengan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat yang telah meningkat dari RM266 juta pada 2007 kepada RM582 bilion pada akhir 2014,” katanya.
Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah rakyat Malaysia mempunyai kuantiti tertinggi dalam hutang isi rumah.

Kerajaan perlu nafi pembelian jet peribadi Najib - Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.

"Jika jet baru kerajaan ini tidak ada, nafikan segera sebelum khabar angin menjadi kenyataan, penjelasan segera diperlukan," katanya di laman berkenaan.


Pada Isnin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib.

Sidang media oleh Rafizi Ramli

Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.

Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet.

Najib perlu gantung tugas Lembaga Pengarah 1MDB - Khairuddin

KUALA LUMPUR: Satu siasatan dan audit forensik bebas secara menyeluruh perlu dilakukan ke atas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa sebarang bentuk pengaruh dari mana mana pihak sekalipun, termasuk daripada Kementerian Kewangan.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, siasatan ini mestilah digembelengkan sebagai satu pasukan dan secara kolektif yang meliputi Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Bank Negara.

"Menteri Kewangan mesti mengarahkan pembekuan serta penggantungan tugas secara sementara ke atas keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB, Presiden dan Pengarah Eksekutifnya agar satu siasatan secara bebas, mendalam dan menyeluruh dapat dilaksanakan.

"Perlu tindakan menggantung kerja dan jawatan secara sementara sehinggalah siasatan berakhir yang akan berjaya memulihkan keyakinan rakyat tehadap modus operandi pihak yang terlibat untuk mengendalikan kes ini secara penuh integriti," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang memaklumkan 1MDB telah menggunakan sejumlah RM600 juta daripada RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan tawaran awam permulaan (IPO).

Kata Ahmad Husni, 1MDB dijangka pulih daripada masalah aliran tunai yang dihadapi ketika ini pada penghujung tahun 2015.

Najib anggap percutian urusan rasmi, khianat duit pembayar cukai

KUALA LUMPUR, 16 MAC: DAP menuntut penjelasan terperinci mengenai percutian yang dianggap urusan rasmi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika beliau ke Hawaii untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Ekoran tidak menjawab soalan kenapa jet rasmi dirakam FlightRadar24 singgah di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok sewaktu beliau meninggalkan Hawaii menggunakan pesawat TUDM.. Najib dilihat cuba menyembunyikan fakta di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menyifatkan penyembunyian fakta terhadap perjalanan kapal terbang rasmi model Airbus ACJ 319 ke beberapa buah negara itu sebagai ‘dasar baru’ kerajaan.
“Persoalannya, kenapa Najib tak naik kapal terbang rasminya untuk pulang dari Hawaii selepas main golf dengan Obama?
“Dan kenapa kapal terbang itu pergi ke beberapa negara lain tidak pernah dijelaskan.
“Apa tujuan kapal terbang itu pergi ke London, Dubai dan Bangkok?” soal Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang berada di dalam pesawat tersebut ketika Perdana Menteri tidak menggunakannya untuk pulang ke tanah air.
“Semua maklumat ini tak pernah dinafikan Pejabat Perdana Menteri.
“Namun siapa yang berada dalam pesawat tersebut dan mengapa ia terbang ke destinasi itu tak pernah dijelaskan,” ujar Anthony lagi.
Tahun lalu, media tempatan dan antarabangsa melaporkan penerbangan tersebut dinaiki isterii Perdana Menteri, datin Seri Rosmah Mansor untuk membeli-belah di bandar-bandar di mana tempat kapal terbang itu mendarat.
‘Shahidan jadi posmen’

Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB kata Najib

jho low1
Low Taek Jho  tiada sebarang kaitan dalam syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1MDB, kata perdana menteri yang menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju di Parlimen, hari ini.

KUALA LUMPUR, 16 Mac:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan ahli perniagaan, Low Taek Jho tiada sebarang kaitan dalam syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
“Encik Low Taek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,” kata Najib.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju yang meminta Menteri kewangan menyatakan adakah wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan usahawan popular, Low Taek Jho.
Mengulas mengenai soalan ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara meminta kerajaan menyatakan sama ada akan membayar pinjaman sebanyak USD 3bilion yang dibuat oleh 1MDB Global Investment Limited (1MDBGIL), Najib mengesahkan perkara itu.
“1MDBGIL perlulah menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua aset-asetnya terlebih dahulu.
“Sekiranya kesemua langkah-langkah tersebut telah diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif,” ujarnya.

Umno@Bn Tertekan: Nurul Izzah Jadi Tahanan Politik











Pemimpin Pakatan ke Istana Negara setiap hari desak Anwar bebas

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen akan bergilir-gilir ke Istana Negara setiap hari dalam usaha menyerahkan petisyen rakyat yang dilancarkan hari ini di Parlimen bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, desakan itu akan dibuat pemimpin PR dan menyerahkan petisyen berkenaan mewakili rakyat yang mereka wakili.

 "Setiap ahli Parlimen dan Adun akan ke Istana bawa petisyen ini mewakili kawasan yang diwakili mereka," kata Samsul pada sidang media di Parlimen hari ini. PR bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan Petisyen Rakyat dan menyasarkan 1 juta sokongan menjelang 1 Mei depan.

"Ini hari ke-35 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kita akan menubuhkan inisiatif untuk membuat petisyen rakyat mengumpul tandatangan dan akan kita majukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta dan merayu baginda dapat menggunakan kuasanya untuk memberi pembebasan kepada Anwar," kata Shamsul.
Turut hadir pada pelancaran itu ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengerusi NGO Himpunan Hijau Wong Tack, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta beberapa ahli Parlimen PR.

Jet peribadi baharu untuk jimatkan kos, kata macai Umno

Sejurus selepas Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan pembelian jet rasmi baharu oleh Putrajaya, blog pro Umno Mykmu.net  tampil mendedahkan keputusan membeli jet peribadi itu untuk menggantikan pesawat tetamu paling kehormat (VVIP)  jenis BBJ373-700NG yang berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan tinggi.
Mykmu.net yang memetik sumber kerajaan berkata, jet peribadi baharu itu bukan hanya untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi akan turut digunakan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan lain.
"Penggantian seperti ini amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia bukan perdana menteri sahaja VVIP, tetapi ada juga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

"Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana kerajaan mempunyai 6 buah jet tidak tepat, sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang uzur, " tulis Mykmu.net. Menurut blog pro Umno itu, sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong layak mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada segi teknologi dan keselamatan.
"Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn Bhd kerana syarikat itu yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat kerajaan ACJ319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit," tulis blog tersebut.
Menurut Mykmu.net, sistem tender secara terbuka tidak sesuai diguna pakai dalam pembelian jet kerana ia membabitkan ciri-ciri spesifik tertentu.

1MDB: Masalahnya bermula dari TIA lagi



KUALA LUMPUR: Masalah kewangan 1MDB tidak akan berlaku jika kerajaan mengambil iktibar dari kecelaruan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kerugian beratus juta tanpa satu projek dimulakan, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah.

Menurut Raja Bahrin, TIA dengan modal aset permulaan RM5 bilion telah mengalami masalah dari awal kerana perancangan yang lemah dan tidak cekap sehingga diambil alih oleh 1MDB kurang setahun selepas ditubuhkan.

"Apa yang dipersoalkan..., mengapa orang yang sama gagal di TIA menerajui semula 1MBD. Nampaknya kerajaan tidak mengambil iktibar atas kegagalan TIA," soalnya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, tiga individu yang sama menjadi penggerak utama TIA iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli perniagaan Jho Low dan Datuk Shahrul.

"Di sinilah permulaan tangan-tangan ghaib dan penglibatan Jho Low menyebabkan kecelaruan kedua bernama 1MDB. Inilah sebenarnya permulaan penggerak utama Jho Low dalam TIA dan seterusnya 1MDB," katanya.

Jelasnya, inilah yang sepatutnya menjadi pengajaran tetapi sudah menjadi trend mengulangi perbuatan yang sama di dalam 1MDB dengan kerugian lebih besar, RM42 bilion.

Petisyen bebaskan Anwar sasar sejuta tandatangan


Pakatan Rakyat akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi merayu pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Petisyen itu digelar sebagai 'Petisyen Rakyat' dan gabungan tersebut mensasarkan untuk mengumpulkan satu juta tandatangan rakyat Malaysia.
 
Proses pengumpulan tandatangan itu akan berlangsung sehingga 1 Mei, dan selepas itu petisyen berkenaan akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri).
 
Katanya, inisiatif membuat petisyen bagi mengumpul sejuta tandatangan rakyat itu adalah sebagai usaha untuk merayu kepada Seri Paduka menggunakan kuasa-kuasa baginda bagi membebaskan Anwar.
 
Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat hari ini, Shamsul berkata satu "perhimpunan" juga akan diadakan pada 1 Mei, sempena berakhirnya pengumpulan tandatangan tersebut.
 
Ahli Parlimen pembangkang yang lain turut hadir semasa pelancaran petisyen itu ialah Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong.
 
Hanipa berkata petisyen itu akan membolehkan rakyat untuk mengutuk penganiayaan politik terhadap Anwar.

Nurul Izzah ditahan semasa beri keterangan

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan.


Anak sulung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengesahkan perkara itu dalam tulisan di Twitter.

Peguamnya, R Sivarasa ketika keluar dari balai memberitahu pemberita bahawa Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan atas ucapannya di Parlimen hari Selasa lalu.

"Mereka (polis) masih lagi dalam proses mendokumentasi. Mereka enggan beritahu jika (Nurul Izzah) akan ditahan atau tidak.

Dengan sinis, beliau juga berkata kerajaan sepatutnya terus memansuhkan parlimen sekiranya MP tiada kekebalan.

"Mungkin mereka patut mansuhkan parlimen dan guna rejim autoritarian dan bukannya demokrasi,” katanya.

Tambahnya, polis turut merakam kenyataan Nurul Izzah berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Sementara itu, seorang lagi MP PKR, N Surendran berkata, polis tidak sepatutnya menyiasat Nurul Izzah.

“Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kekebalan daripada apa-apa persidangan mahkamah atas apa sahaja yang dituturkan oleh seseorang MP di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Nurul Izzah tidak sepatutnya disiasat, melainkan jika beliau menyentuh isu sensitif, katanya.

"Tindakan hanya boleh diambil ke atas MP atas kata-kata yang meliputi Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948, termasuk soal kerakyatan, kedudukan Raja-Raja, bahasa kebangsaan atau kedudukan istimewa orang Melayu,” kata peguam itu dalam kenyataannya.

Siasatan ke atas Nurul Izzah itu dijalankan susulan laporan polis oleh bekas MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa kritikan ke atas badan kehakiman merupakan kenyataan yang menghina dan menghasut.

Ia berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

PKR gesa siasatan Akta Hasutan terhadap Nurul Izzah digugurkan

Nurul-Izzah
KUALA LUMPUR, 16 MAC : PKR menggesa supaya siasatan jenayah di bawah Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung ucapannya di Parlimen minggu lalu digugurkan ekoran ia tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
Ia berikutan kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan imuniti ke atas sebarang perkara yang disampaikan oleh seorang Ahli Parlimen semasa persidangan Dewan Rakyat.
Beliau berkata siasatan polis terhadap Nurul Izzah membabitkan campur tangan serius berhubung hak dan keistimewaan Parlimen serta menegaskan ia tidak menyentuh isu sensitif yang disenaraikan di bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan bangsa, kewarganegaraan atau kedudukan Raja-Raja di negara ini.
“PKR menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggugurkan siasatan polis terhadap Nurul Izzah dan juga meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memulakan siasatan ke atas perkara yang dikatakan melanggar hak dan kebebasan Parlimen.
“Ahli Parlimen tidak boleh dikenakan tindakan untuk berucap sesuatu perkara di Parlimen kecuali mereka mempersoalkan perkara-perkara yang sensitif,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah ditahan polis kerana ucapan di dalam Parlimen

10247196_872600322782671_4852727422494267063_nKUALA LUMPUR 16 MAC: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ditahan Polis berhubung ucapan dibuatnya pada Selasa lalu di Parlimen.
“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitter memaklumkan penahanannya itu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan.
“Nurul Izzah ditahan bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan jam 3.30 petang di IPD Dang Wangi. Sedang dibawa polis untuk diambil cap jari dan gambar,” tulis Fahmi ditwitternya.
Nurul Izzah hari ini hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.
Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.
Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.
Setakat ini, enam orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

MP DAP Bagan Bahas Titah Diraja 2015

MP PKR Pandan Bahas Titah Diraja 2015

MP: 1MDB merely repeating TIA’s mistakes

PKR dakwa speaker tolak soalan kesihatan Anwar

PSM: We dont want to see Pakatan breaking up

Pakatan lancar petisyen rakyat bagi bebaskan Anwar

Polis tangkap Nurul Izzah ikut Akta Hasutan ketika hadir beri keterangan

Nurul Izzah ditangkap kerana ucapan dalam Parlimen, kata peguam

Malaysia Kita: 'Tiada pekerjaan, Orang Asli terpaksa jadi pelacur'

Darurat Bah Besar: Pandai lah ko Najib nak putar belit & perbodohkan rakyat...


Inilah alasan seorang pemimpin negara bagi alasan mengapa tidak isytihar darurat terutamanya di negeri pembangkang khususnya di Kelantan yg teruk dilanda banjir berbanding isytihar darurat jerebu di negeri2 BN sebelum ini.

Alasan Najib lagi di Parlimen hari ini.. "...tanggungjawab itu MESTI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI "

KALAU BEGITU, kenapa masa jerebu di negeri BN, KERAjaan Pusat boleh plok isytihar darurat !!!.. Bukankah tanggungjwb itu MESTI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI !!!

PEMBOROSAN NAJIB-ROSMAH dgn jet mewah baru mereka Airbus A320 ACJ (9H-AWK).


Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1 Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

TAHUKAH ANDA...
Sebelum ini dah ada Airbus A319 ACJ (9M-NAA)
SEKARANG TAMBAH SATU LAGI Airbus A320 ACJ (9H-AWK)

MALAYSIA MEMANG KAYA & RAKYATNYA MEMANG BAIK HATI BAYAR CUKAI GST UNTUK KESENANGAN & KEMEWAHAN 'MEREKA'

WOWW.. betul2 genGSTer pau ni...


Orang yang terdesak, sesak dan sempit hidup ini orang yang susah dan kurang berkeupayaan .. terpaksalah pajak barang kemas yang sedia ada kerana tiada cara jalan lain untuk meneruskan kehidupan seharian demi membesarkan anak-anak dan keluarga.

ITU PON NAK PAU GST GAK KA !!!
Ini dinamakan susah sesak disepak pula.

Apa boleh buat. Fatwa KERAjaan BN dah kata hukum GST itu harus..

1MDB, Dr M, hudud, DAP, PAS, Pakatan

1Malaysia Development Berhad (1MDB) – kemelut yang sedang melanda Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi satu isu yang membolehkan rakyat menolak Umno-BN selain Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tuduhan rasuah dan salah guna dana awam yang sering dibangkitkan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).
PR perlu terus percaya kepada perjuangan mereka Umno-BN akan tumbang kerana isu rasuah, 1MDB, kos sara hidup, GST dan cukai-cukai baru yang akan diketengahkan jika perbendaharaan negara terus bocor.
Jangan ragu isu yang bakal tenggelamkan Umno-BN. Lebih-lebih lagi, perkara ini disahkan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tangan dan mulutnya baru-baru ini.
Umno-BN sudah tersepit. Tali yang digunakan untuk memancing kekayaan kini terjerut di leher sendiri hasil serangan bertubi-tubi PR.
Tali itu kini diketatkan ke leher Umno-BN oleh Dr Mahathir yang dahaga mengetahui asal usul kekayaan anak tiri Datuk Seri Najib Razak
Dr Mahathir mungkin hanya berminat hendak melihat Najib mengalami nasib yang sama dengan Pak Lah
Tapi jangan pandang kecil pada usaha Dr Mahathir, yang sering kali menguntungkan PR
Ketika beliau berusaha menghalau Pak Lah, BN kehilangan 2/3 majoriti buat kali pertamanya di PRU12, satu perkara yang tidak pernah berlaku lagi di Malaysia ketika itu
Pada PRU13, bilamana Dr Mahathir mula merungut mengenai Najib, BN kehilangan 7 kerusi lagi kepada PR
Bayangkan apa yang akan berlaku pada PRU14 dengan soalan serangan Dr Mahathir terhadap kekayaan ahli keluarga Najib
PR, terutamanya DAP, perlu terus percaya dan percaya betul-betul tanpa sebarang was-was asakan Dr Mahathir dan isu seperti 1MDB, GST dan lain-lain isu penyelewengan yang duit awam seperti Pembinaan PFI yang mempunyai hutang berpuluh bilion dengan KWSP dan SRC International yang mengambil RM4 bilion hutang daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menumbangkan Umno-BN

Husam paling layak ganti Hadi

Husam 
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat layak menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.

“Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.

“Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa,” katanya.

Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.

Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.

“Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.

“Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas,” katanya.

Ada kawasan sengaja adakan mesyuarat agung lebih awal - PJ Pas Terengganu

Satiful Bahri MamatKUALA TERENGGANU – Dua kawasan yang mencalonkan nama selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon presiden disifatkan cuba memberi gambaran berlaku gelombang penolakan terhadap kepimpinan presiden sedia ada.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, keadaan itu boleh dilihat apabila kedua-dua kawasan tersebut seolah-olah sengaja mengadakan mesyuarat agung kawasan lebih awal berbanding tempat lain yang kebanyakannya bermula awal April ini, termasuk semua kawasan di Terengganu.

Bagaimanapun katanya, keputusan dibuat Pas Kota Bharu dan Kota Tinggi itu langsung tidak mengejutkan kerana pendirian pemimpin di kedua-dua kawasan tersebut memang dikenali agak bertentangan berbanding pemimpin Pas kawasan lain.

Najib PM ‘boros’ beli jet peribadi baru – Rafizi

KUALA LUMPUR 16 MAC : Sikap ‘boros’ Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.
Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.
“Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi.
page1
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.
Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.
“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” ujarnya lagi.

MP PKR Gombak Bahas Titah Diraja 2015