Ahad, 15 Mac 2015

Jom Keluar Mengundi PAS, Teruskan Kepimpinan Ulamak- Ustaz Ahmad Fathan

Hadiah teristimewa sebelum GST...


Caj Air Jabatan Bekalan Air Sabah dinaikkan pada 2015..
Undilah Barisan Nasional 
Emotikon like
 utk kesejahteraan rakyat semua !!!

p/s: Rakyat di negeri naungan BN juga yang untung merasai kenaikan bil air kerana "BN BERI NIKMAT" !!!

1Malaya Kena Kencing: RON97 tetap kena GST, kata ketua setiausaha kementerian

Putrajaya setakat ini tidak ada perancangan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikenakan atas harga jualan runcit petrol RON97 seperti diumumkan dalam bajet tahunan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Katanya, pengguna masih mempunyai pilihan alternatif dengan menggunakan petrol RON95 yang tidak akan dikenakan GST 6%, sebaliknya hanya dikenakan cukai secara pukal seperti diesel. "Kita ada pilihan, kerana ada alternatif RON95. Sebab, RON 95 tidak dikenakan GST," katanya pada satu sidang media sempena Sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia di Dewan KPDNKK, Putrajaya hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST mulai April tidak akan membabitkan RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
Dalam perkembangan lain, Alias memberitahu pemberita, satu operasi besar-besaran dinamakan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) akan diadakan pada 2 April bertujuan melihat impak selepas GST dilaksanakan. "Pihak KPDNKK akan bekerjasama dengan pihak kastam dan ia akan terus dilakukan sehingga harga barang dan ekonomi negara stabil," katanya.

Pergi ke kedai nak beli milo...


Milo TIRUAN.. Kah! Kah! Kah!

p/s: logo BN & 1 Malaysia ???

Kritikan Tun M tidak jejas sokongan terhadap Najib


Di sebalik kritikan keras Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia itu terus menerima sokongan daripada pemimpin-pemimpin UMNO.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata Tun Mahathir dan pengkritik-pengkritik Najib yang lain perlu memberi kebebasan kepada ahli Parlimen Pekan itu untuk mentadbir negara.
Kata Hasan, Najib mempunyai sokongan kukuh yang diperlukan dari UMNO ketika ini setelah menunjukkan kemampuan mentadbir kerajaan dan parti dengan baik di sepanjang perkhidmatannya.
“Najib telah memperkenalkan pelbagai strategi yang berkesan dan telah banyak berjasa kepada negara.
“Beliau telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin dan telah menjalankan tugas dengan baik.
“Sekiranya Tun Dr Mahathir ingin suarakan sesuatu dan kurang senang (dengan tindakan Najib), beliau sepatutnya bersemuka dengan Najib dan bukan (mengkritik) di media sehingga mengeruhkan hubungan dalam UMNO.
“Cukup cukuplah, kita memerlukan sokongan penuh untuk mencapai Wawasan 2020,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula menganggap kritikan-kritikan Tun Dr Mahathir sebagai nasihat seorang ayah kepada anaknya.
“Marah seorang ayah ini ada macam-macam cara. Ada yang memberi nasihat malah ada juga yang sehingga memukul.
“Apa yang penting sekarang ini ketua-ketua bahagian UMNO memainkan peranan dalam membantu pentadbiran Perdana Menteri.
“Kalau kita tengok sekarang ini, sokongan ketua-ketua bahagian UMNO terhadap Perdana Menteri dan parti berada pada tahap terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir merasakan tidak semua perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir mempunyai asas terutamanya yang melibatkan dasar Melayu.
Jelasnya, secara keseluruhan beliau melihat tindakan-tindakan yang dibuat oleh Najib memerlukan masa untuk melihat hasilnya.
“Dari segi dasar beliau (Najib) yang kononnya dilihat Tun Mahathir sebagai tidak beri penekanan kepada ekuiti Melayu, itu tidak betul.

Tengku Razaleigh tidak yakin Mahathir berjaya jatuhkan Najib

Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin usaha Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib Razak dalam masa terdekat atas alasan bekas PM itu tidak cukup power. "Saya tidak kira Mahathir berjaya untuk menjatuhkan Najib kerana beliau sendiri tidak cukup kuasa untuk berbuat begitu," begitulah kata Tengku Razaliegh Hamzah.

"Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya menerusi parlimen, ia sukar menjadi kenyataan," katanya.

Menurut ahli parlimen Gua Musang itu lagi, jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, ia semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib. Menurutnya Najib telah mengikat orang-orang itu agar menjadi penyokong dengan mengikat mereka dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit.

"Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50 ribu sebulan, malahan setengahnya ratus juta... jadi dengan kedudukan itu sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik Umno ialah politik perut," ujarnya sambil ketawa.

Jelas Tengku Razaleigh lagi, sebagai membuktikan yang kedudukan Najib masih kuat ialah bila dilihat kepada pertemuan yang diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Najib 8 Mac lalu. Katanya mereka yang hadir itu walaupun bukan seratus peratus orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir juga hadir sama.

"Atas dasar itu saya tengok sukar untuk Najib dijatuhkan," tegas Tengku Razaleigh dalam satu pertemuan lewat petang semalam.

Tun M enggan ulas dakwaan 'jatuhkan Najib'

Tun M enggan ulas dakwaan 'jatuhkan Najib'
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak yakin dengan 'usaha' beliau yang didakwa ingin menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Oh, lain kali lah... lain kali," kata bekas Perdana Menteri itu ketika ditemui pemberita pada acara penutup Le Tour de Langkawi di Dataran Merdeka hari ini.

Semalam, dalam blog msomelayu.blogspot.com, Tengku Razaleigh telah menyatakan bahawa Mahathir tidak mempunyai cukup kuasa untuk menjatuhkan Najib.

Ini berikutan kenyataan Mahathir baru-baru ini dalam blognya, chedet.cc yang menggesa agar polis melakukan siasatan forensik terhadap tuduhan yang dibuat ke atas beberapa pihak yang didakwa terlibat dengan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam blog tersebut, Mahathir menyatakan kebimbangan sekiranya perkara itu tidak dilakukan secepat mungkin, Barisan Nasional (BN) mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum 2018 akan datang.

Pas Shah Alam mahu Hadi, Mat Sabu kekal jawatan

Hadi, Mat Sabu
SHAH ALAM - Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Shah Alam di sini hari ini sebulat suara mengekalkan kesemua penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan dibawa ke Muktamar Pas ke-61, Jun depan.
Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof berkata, pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.
"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.
Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden Pas, bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dan bekas anggota Majlis Syura Pas. - Bernama

Skandal 1MDB - henti berpura-pura yang semuanya baik

Minggu baru, lagi pendedahan baru. Kali ini, laman pemberi maklumat, Sarawak Report menulis tentang dakwaan hubungan melibatkan dana Malaysia yang dilanda masalah 1MDB, tokoh perniagaan Jho Low dan pengurus dana terkemuka Abu Dhabi yang dikenali sebagai Khadem Al-Qubaisi.

Di dalam laporan bertarikh 14 Mac, Sarawak Report mengajukan soalan-soalan ini - kenapa syarikat Jho Low membayar Khadem US$20.75 juta pada Februari 2013, dan adakah bayaran ini melibatkan dana 1MDB dalam apa saja cara?
Laporan itu menyatakan bahawa Khadem, yang mempengerusi dana Aabar Investments, Abu Dhabi, memainkan peranan penting di dalam projek pelaburan usaha sama yang dibanggakan antara Emeriah Arab Bersatu dan Malaysia pada Mac 2013.

Mengikut laporan ketika itu, negara Arab itu telah komited tida kurang dari RM39 bilion pelaburan di Malaysia, dengan RM18 bilion untuk usaha sama dengan 1MDB.

 Sarawak Report berkata ia ternyata, tiada wang yang dikeluarkan oleh Abu Dhabi dalam usaha sama ini. Ia juga memetik Tony Pua dari DAP sebagai berkata bahawa 1MDB mengeluarkan US$3 bilion melalui pinjaman, atas nama projek ini, tetapi ianya tidak sepadan dengan Aabar.

 Dan dengan sejumlah amaun itu, hanya separuh boleh diumum secara umum. “Malahan, ianya cukup jelas langsung tidak melabur di Malaysia, ‘rakan usaha sama’ seperti Aabar dari Abu Dhabi telah mengambil keuntungan dari 1MDB,” kata Sarawak Report.

Laporan itu turut mendakwa mereka telah memperolehi dokumen yang menunjukkan syarikat yang dikawal Jho Low, Good Star Limited telah membayar US$20.75 juta kepada akaun sebuah syarikat milik Khadem di Edmund de Rothschild Private Bank (BPERE),

 Luxembourg pada 20 Feb, 2013. “Sarawak Report telah mengenal pasti, sejak beberapa bulan ini, kaitan antara Aabar Investments dan ahli perniagaan Jho Low.

 “Secara kebetulan, kebanyakan kaitan ini turut melibatkan 1MDB.” Jika apa yang didakwa Sarawak Report itu adalah benar, ianya mustahak buat pihak berkuasa Malaysia mula melakukan siasatan mendalam terhadap dakwaan penyelewengan wang melibatkan 1MDB.

Pelajar pinjam utk belajar dikenakan faedah, TETAPI kroni pinjam utk memenuhkan kantong2 mereka TIADA FAEDAH..

BN kan sayangkan rakyatnya. Sebab itu lah BN sentiasa 'IKAT HUBUNGAN' dengan rakyat lama2 agar boleh menindas & cekau duit rakyat....

1MDB: 'Kadir, aku belum pekak lagi' - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A Kadir Jasin diminta membetulkan fakta terhadap Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di dalam catatan terbaharu di blognya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegas Syed Ali, dia masih belum nyanyuk dan meneliti setiap butir isu yang diucap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perjumpaan bersama ketua bahagian parti di PWTC baru-baru ini.

"Jangan buat andaian, saya ada masa itu sehingga selesai majlis dan akan mempertahankan parti demi kebenaran.

"Kadir, aku belum pekak lagi, kalau tidak percaya pergi tanya ketua bahagian lain adakah Najib ada sebut isu suntikan RM900 juta itu kepada 1MDB tempoh hari.

"Ini pelaburan kerajaan, tidak ada kena mengena dengan UMNO langsung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Ali mengulas catatan terbaharu Kadir yang mempertikaikan kenyataannya mengenai bantuan kewangan RM900 juta kepada 1MDB yang dibangkitkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Di dalam blognya juga, Kadir turut menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak terus membisu dalam isu melibatkan 1MDB.

Kadir turut mencabar anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar dalam isu sekitar syarikat pelaburan negara itu.

Kadir turut melemparkan pertanyaan apakah Najib tidak menyebut isu itu semasa perjumpaan bersama ketua bahagian baru-baru ini atau Syed Ali sendiri yang tidak menyedarinya.

Dalam pada itu kata Syed Ali, Kadir diminta memahami isu peruntukan tambahan hanya boleh diumum semasa perjumpaan Najib bersama menteri kebinet dan bukan pada majlis perjumpaan parti.

"Kenapa Najib hendak maklum semasa perjumpaan bersama ketua bahagian, itu bukan duit parti, kalau isu itu harusnya dibincangkan di Kabinet.

Skandal 1MDB bakal hantui pasaran modal negara, menyumbang kejatuhan nilai ringgit

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Skandal 1MDB akan menghantui pasaran kewangan modal negara, malah menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit jika menteri BN masih enggan mengakui ada usaha menyelamat (bailout) 1MDB.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ini kerana RM600 juta daripada RM950 juta peruntukan kerajaan digunakan oleh 1MDB sebagai kredit tersedia.
Kata Guan Eng, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah seperti burung unta yang menyembunyikan kepalanya ke dalam tanah apabila berdepan masalah.
“Beliau berkeras menyatakan suntikan RM950 juta itu sebagai kredit tersedia kepada 1MDB bukan usaha menyelamat , kerana 1MDB bukan sebuah organisasi yang gagal tetapi hanya mengalami masalah aliran tunai jangka pendek sahaja.
“Jelas Ahmad Husni lupa dengan asas perakaunan sekolah menengah yang mengajar bahawa kebankrapan biasanya disebabkan oleh insolvensi, iaitu tidak mempunyai cukup tunai untuk membayar hutang, walaupun akaun kewangan menunjukkan keuntungan.
“Sudah banyak syarikat rugi dan bankrap kerana gagal menunaikan janji membuat bayaran tunai jangka pendek walaupun akaun mereka menunjukkan mereka mempunyai aset bernilai berbilion ringgit.
“Pada masa sama, apabila Ahmad Husni mengakui 1MDB gagal membayar hutang tunai jangka pendek, ia bererti beliau mengakui bahawa 1MDB boleh bankrap jika tiada kredit tersedia RM950 juta itu,” kata Guan Eng.
Menurut Guan Eng, tanpa kredit tersedia 1MDB tidak mampu membayar hutang tunai jangka pendeknya, dan akan bankrap.
Kenyataan Ahmad Husni turut bercanggah apabila berkata di Parlimen bahawa nisbah hutang ekuiti (gearing ratio) 1MDB – berbanding modal di mana semakin tinggi nisbah hutang ekuiti, semakin teruk keadaan syarikat.
Manakala keadaan tersebut adalah 17 kali ganda dan gagal dikekalkan pada tahapnya sekarang.
Bursa Malaysia paling teruk di kalangan negara Asia Pasifik

“Atas sebab ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tahun ini dijangka terus kekal dengan rekod buruknya sebagai pasaran saham paling teruk di rantau Asia Pasifik.

DEEPAK SAMAN RM1.1 BILION...

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa buku "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik" tidak boleh dijual dan diedar kepada umum buat sementara waktu ini.

Ia berikutan Deepak telah memperolehi perintah ex-parte atau sebelah pihak daripada mahkamah yang melarang sebarang penjualan dan pengedaran buku tersebut.

Sejak dilancarkan oleh Tan Sri Sanusi Junid pada 4 Mac lalu, buku itu hanya sempat berada di pasaran selama beberapa hari saja kerana kami menerima perintah mahkamah itu pada petang 10 Mac lalu.

Selain memperolehi perintah ex-parte, Deepak juga memfailkan saman berjumlah RM1.1 bilion terhadap Tan Sri Sabbaruddin Chik dan saya sebagai penulis buku itu.

Kepada yang menghantar pesanan melalui email, whatsapp, mesej di Facebook dan sebagainya bertanyakan bagaimana mahu memperolehi buku itu, dimaklumkan bahawa tertakluk dengan arahan mahkamah itu, segala penjualan dan pengedaran telah dihentikan buat seketika.

Bagaimanapun, Tan Sri Sabbaruddin dan saya telah pun melantik peguam untuk mengenepikan perintah ex-parte yang melarang penjualan dan pengedaran itu dalam waktu terdekat ini.

#KitaLawan: Ketua Pemuda DAP dibebaskan


#KitaLawan: Ketua Pemuda DAP dibebaskan 

SHAH ALAM – Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong dibebaskan pihak polis lewat petang tadi selepas keterangannya direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.
Perkara itu disahkan peguamnya, Wong Kah Woh menerusi laman mikro Twitternya sebentar tadi.
Kok Seong dibebaskan selepas 32 jam berada dalam tahanan pihak polis.
“Saudara Teo Kok Seong akhirnya dibebaskan. Rakaman kenyataan mengambil masa lebih kurang 45 minit tetapi tempoh tahanan sehingga kini ialah 32 jam,” tulisnya.
Beliau bagaimanapun mempersoalkan tempoh tahanan melebihi 24 jam seperti yang dibenarkan Majisret Erry Shahriman, hari ini.
“Adakah ini SOP atau KPI yang perlu diperhatikan? Perkara ini jadi tidak munasabah apabila senjata penguatkuasaan adalah mempersendakan dengan menggunakan motif politik,” tulisnya lagi.

Mahathir 'berkerat rotan berpatah arang' dengan Najib

JIKA dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB.

Bagi mereka yang mengikuti siri serangan dan kecaman Mahathir, terutama sejak beliau menarik balik sokongannya daripada Najib, inilah pertama kali sasaran kritikannya ditujukan kepada ahli keluarga Najib.

Sebelum ini, Mahathir hanya menumpukan serangannya kepada pelbagai aspek kelemahan kepimpinan Najib semata-mata dan beliau tidak pernah menyentuh sesiapa selainnya walaupun perkara mengenai isteri dan anak tiri Perdana Menteri itu sudah menjadi percakapan umum yang kian merata di mana-mana.

Dengan membangkitkan mengenai 1MDB tetapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan kekayaan anak tiri Najib serta harta peninggalan Tun Razak, serangan Mahathir ini jika difahami tidak lain ialah ditujukan kepada Rosmah Mansor yang sudah sekian lama dianggap beban paling berat kepada Najib, Umno dan kerajaan.

Sultan Perak tegur terlalu bergantung pada hutang

Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire, pada Sabtu.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."

#KitaLawan: 'Risiko lari' alasan aktivis direman 3 hari

Anggota Parlimen Rasah Teo Kok Seong akan dibebaskan hari ini manakala dua lagi aktivis muda yang ditahan dalam perhimpunan Kita Lawan pada Sabtu lalu akan dibebas Selasa ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memutuskan perintah reman sehari kepada Teo memandangkan beliau harus hadir ke sidang Parlimen esok.

Dua lagi aktivis, Adam Adli Abd Halim dan Mandeep Sigh Karpall, mendapat perintah reman tiga hari atas alasan “berisiko untuk lari”.

Perkara itu mengejutkan peguamnya Eric Paulsen yang mendakwa tiada bukti terhadap dakwaan dilontar pada anak guamnya itu.

Sedangkan, katanya, kedua-dua aktivis itu memberikan kerjasama dengan polis untuk siasatan sebelum ini.

Selain Paulsen, peguam Melissa Sasidaran. Teo pula diwakili oleh Gobind Singh Deo dan  Ramkarpal Singh.

Adam dan Mandeep ditahan dalam perhimpunan kecil Kita Lawan di Kuala Lumpur semalam.

Teo ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berkaitan perhimpunan Kita Lawan minggu lalu.

Beban Hutang: 'Fail injunksi halang wang awam untuk IPO 1MDB'

PKR berikrar mendapatkan injunksi mahkamah jika kerajaan cuba mengarahkan agensi negara mengambil bahagian dalam tawaran awam permulaan (IPO) aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata injunksi akan dipohon bagi memberhentikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan badan awam lain daripada mengambil bahagian dalam IPO itu.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan wang pembayar cukai digunakan untuk melancarkan masalah aliran tunai 1MDB.

Rafizi berkata demikian dalam forum berkaitan syarikat pelaburan negara itu di Petaling Jaya hari ini yang dihadiri kira-kira 700 orang.

Menteri: Kurangkan beban hutang

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam berkata masalah aliran tunai 1MDB ini dijangka pulih menjelang akhir tahun ini.

Kuasa berpusat, institusi lemah, benarkan 1MDB terjadi, kata Clare Rewcastle Brown

Kuasa yang terlalu berpusat, institusi awam yang lemah, media yang terus ditekan dan kurangnya ketelusan membolehkan Jho Low menyalurkan berbilion ringgit keluar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa, kata Clare Rewcastle Brown hari ini.
Pengarang laman web pemberi maklumat Sarawak Report itu berkata, semua faktor itu menghalang pendedahan dibuat lebih awal mengenai Low, walaupun pada hakikatnya, dia hanya seorang "ahli perniagaan pada usia 20an."

"Dalam sistem yang lebih terbuka, kuat, mempunyai 'check and balance' (periksa dan imbang), dia tentu sudah dikeluarkan, diselesaikan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya lama dahulu," kata Rewcastle Brown pada satu forum hari ini.

 Bercakap menerusi Skype kepada kira-kira 1,000 hadirin pada forum yang diadakan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya itu, Rewcastle Brown berkata, di Malaysia, kuasanya terlalu berpusat. Beliau merujuk kepada keadaan di mana Datuk Seri Najib Razak mengawal dua portfolio paling penting dalam kerajaan iaitu sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

 "Sistem 'checks and balances' negara ini terhakis sehinggakan perdana menteri ialah menteri kewangan. "Maksud saya, kenapa anda rasa ada dua kedudukan? Kenapa agaknya ia satu idea yang baik apabila orang yang sama memegang kedua-dua jawatan?" soalnya pada forum bertajuk: "1MDB: The Ultimate LOW down".

Katanya, institusi di Malaysia juga kurang teguh, walaupun negara ini mempunyai ramai mereka yang berbakat dan tenaga kerja yang besar. "Seperkara lagi yang menarik perhatian saya kurangnya ketelusan.
Ahli politik seperti Tony Pua, Rafizi Ramli dan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Umno sendiri menanyakan soalan yang sah, dan jawapannya perlu diberi dalam kertas kerja umum." Sebaliknya, katanya, soalan tersebut terus tidak dijawab dan mereka yang mengorek lebih dalam akan dilayan seperti pengkhianat.

Pengarang Sarawak Report sifatkan arahan semak akaun 1MDB satu ‘langkah klasik’

Arahan Perdana Menteri kepada Jabatan Audit Negara supaya memeriksa akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap satu 'langkah klasik' oleh mana-mana pemimpin politik untuk menenggelamkan sesuatu kontroversi, kata Clare Rewcastle Brown hari ini.

Pengarang laman web pemberi maklumat Sarawak Report itu berkata, rakyat seharusnya menggagalkan langkah Datuk Seri Najib Razak itu dengan terus mengekalkan tekanan ke atas keseluruhan skandal tersebut. "Bagi saya, ia satu langkah klasik untuk menyembunyikan kes itu.

 "Satu siasatan yang kita boleh kawal dan mengambil masa lama ialah kaedah melindungi diri seorang ahli politik yang mempunyai skandal yang benar-benar janggal yang perlu dikekang untuk seberapa lama yang boleh," Rewcastle Brown memberitahu satu forum di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya melalui Skype hari ini.

Beliau meramalkan kerajaan akan selepas ini enggan melayan sebarang pertanyaan berhubung 1MDB sehingga audit itu selesai, dan pada masa sama akan menggunakan pengaruhnya terhadap entiti itu bagi memastikan hasilnya memihak kerajaan. "Ini bukan hanya berlaku di Malaysia, saya boleh fikirkan contoh keadaan yang serupa di Britain. Saya rasa tekanan perlu diteruskan.
Kerana orang yang buat apa yang mereka buat selama ini perlu didedahkan dan orang tertentu wajar meletak jawatan."

 Beliau berkata tekanan harus diberikan ke atas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan polis supaya mereka menjalankan siasatan yang menyeluruh dan menemubual semua yang terlibat dalam kes itu.
 Beliau juga melahirkan harapan agar pihak berkuasa Malaysia melihat kepada 'fasilitator asing' skandal itu, sambil menambah yang ramai profesional seperti pengurus bank dan akauntan dari luar negara turut membantu kegiatan rasuah yang didakwa.

"Rakyat Malaysia berhak mendapat jawapan yang jujur dan siasatan yang profesional dijalankan oleh pihak berkuasa yang tidak dipengaruhi oleh mereka yang berkuasa supaya melanggar undang-undang atau lakukan yang lebih teruk lagi," kata Rewcastle Brown.
"Saya rasa terdapat bukti yang beberapa orang pada kedudukan dan profesion yang tinggi mengecewakan pelanggan 1MDB, iaitu rakyat Malaysia yang membiayai 1MDB."

Hebat ramalan Menteri Cerdik 3.85 kata bila GST dilaksanakan harga barang akan turun.


Seluruh negara dicanang iklan berkempen GST bahawa bila GST 6% menggantikan SST 16% HARGA BARANG AKAN TURUN !!!

KERANA APA... kerana dulu SST16%, slps GST pula hanya 6% shj.. sudah pasti harga turun bukan !!!

Kalau tidak percaya, dulu RM2.40, bila diGSTkan harga menjadi murah RM2.54.. Betul tak pencacai UMNO..

Najib kata.. "SAYA TAK LINDUNGI KESALAHAN" BOLEH PERCAYA ka kata2 suami Rosmah ini ???


Tetapi penyamun RM250 juta duit lembu masih berkeliaran ke sana ke mari. Masih belum nak ditangkap ditambat. malah dapat Anugerah SPDK di Istana Negeri Sabah lagi... Hebat bukan kalau masuk UMNO..

Oleh itu, barangsiapa nak selamat di dunia khususnya di Malaysia cepat2lah daftar ahli UMNO..

Kekalkan tradisi tak tanding Presiden - Ulama Terengganu


KUALA TERENGGANU – Pemimpin ulama Pas berharap ahli-ahli mengekalkan tradisi untuk memastikan jawatan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan Muktamar Tahunan Pas, Jun depan.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, pertandingan melibatkan jawatan presiden tidak pernah berlaku selepas Pas melaksanakan kepimpinan ulama sejak 1980-an.
“Kalau ada yang hendak buat lain daripada itu, tidak ikut tradisilah. Kita yakin ahli-ahli akan guna cara syura,” katanya.
Beliau turut menyokong kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din supaya Pas peringkat kawasan tidak menamakan calon selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawat jawatan presiden Pas pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas nanti.
Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, menyifatkan kurang manis sekiranya kawasan-kawasan mencalonkan nama lain selain presiden sedia ada dan lebih baik tiada pertandingan bagi jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tetap terbuka jika kawasan menggunakan ruang demokrasi dengan mencalonkan nama lain sebagaimana dibuat Pas Kawasan Kota Bharu yang mencadangkan nama Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan presiden, baru-baru ini.

Henti ugut rakyat, PDRM perlu hormat hak berhimpun

10346534_1094175280608186_5507039629448218181_nSHAH ALAM, 15 MAC: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam keras ancaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas ahli politik dan aktivis yang terlibat dengan Himpunan #KitaLawan melalui siri penangkapan serta soal siasat yang tidak berasas.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru PDRM menghentikan taktik ugutan sebaliknya menghormati hak rakyat untuk berhimpun menyuarakan pandangan.
“Perhimpunan di Sogo pada 7 Mac lalu yang dihadiri lebih 10,000 orang adalah dijamin Perlembagaan Persekutuan dan dianjurkan dengan aman tanpa sebarang permasalahan atau gangguan,” katanya dalam satu kenyataan.
Terbaru, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong; aktivis muda, Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh ditahan berkenaan himpunan #Kita Lawan, semalam.
10685_10153096892202418_419962115554005141_nSebelum ini, selain Nik Nazmi, Ketua AMK Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR; Faris Musa, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Bendari Dewan Pemuda PAS Perak, Fakhrul Razi Mokhtar turut ditahan berkenaan himpunan sama.
“Ketika perhimpunan berlangsung, PDRM membantu menjaga trafik dan kelancaran program.
“Selepas perhimpunan, PDRM menggunakan undang-undang yang tidak relevan untuk mewajarkan tindakan mereka. Peruntukan 9(5) Akta Perhimpunan Aman terus diguna pakai walaupun keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkannya bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Kenyataan MB Kelantan "memudaratkan" Presiden Pas....

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan di jawatannya didakwa hanya “memudaratkan” presiden PAS itu sendiri.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata kenyataan Ahmad itu menunjukkan seolah-olah Hadi tidak mendapat sokongan daripada ahli PAS.

“(Ahmad) tak patut keluarkan kenyataan sebegitu, ia akan memudaratkan presiden lebih dari mempercayai beliau (Hadi).

“Niat untuk menunjukkan sokongan tetapi kenyataan seperti itu menunjukkan kesan negatif,”katanya di Shah Alam.

Ahmad semalam dilapor mahu Hadi dikekal sebagai presiden PAS kerana mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik menghadapi pelbagai situasi.

Setakat ini belum ada sesiapa tampil secara terbuka menyatakan hasrat mencabar Hadi pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun ini.

Bagaimanapun PAS kawasan setakat ini telah menamakan dua naib presidennya iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa  sebagai calon pemimpin nombor satu PAS.

Ditemui pemberita, Khalid hari ini menegaskan bahawa anggota PAS sendiri akan membuat keputusan siapa yang mereka mahukan sebagai presiden.

Isu kesihatan

Muhyiddin akan hilang kewibawaan jika tidak tegas dalam isu 1MDB - A.Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A Kadir Jasin menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak terus membisu dalam isu melibatkan syarikat dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam tulisan diblo gnya semalam, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu turut mencabar anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar dalam isu sekitar syarikat pelaburan negara itu.

"Khusus mengenai Muhyiddin, beliau akan hilang kewibawaan dan akan mengecewakan ramai penyokongnya kalau beliau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan penyelamatan (bail-out) syarikat itu," tulis beliau.

Pada 6 Mac lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, pengauditan telus, bebas dan menyeluruh terhadap akaun 1MDB penting untuk membersihkan nama syarikat tersebut daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Bernama melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, audit forensik hendaklah dilaksana untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga, seterusnya memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur.

Katanya, audit itu perlu dibuat, ekoran tuduhan penyelewengan, termasuk usahasama dengan PetroSaudi, dibuat berhubung urusniaga pada 2009, yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit firma Deloitte.

Najib mula perlekeh Muhyiddin?

oleh Shahbudin Husin

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menulis di twitter pada 27 Februari lalu meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa menyiasat keadaan sebuah sekolah di Sarawak yang tidak berdinding dan membantunya jika benar, ia sebenarnya adalah petanda jurang komunikasi yang semakin jarak antara beliau dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau sepatutnya memberitahu perkara itu secara "direct" dan senyap-senyap kepada Tan Sri Muhyiddin yang juga merupakan Menteri Pelajaran.

 Tetapi dengan memilih memuatkan gambar sekolah yang tidak berdinding dan meminta Ketua Setiausaha Negara menanganinya, ia bukan saja suatu sindiran halus terhadap Tan Sri Muhyiddin, tetapi juga cubaan memperlekehnya. Apabila kemudian dilaporkan mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB, ia hanya menyebut bahawa ia adalah berasaskan bahawa ramai menteri tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Sebenarnya yang paling kuat menentang perkara itu ialah Tan Sri Muhyiddin sendiri. Melihat bahawa 1MDB sudah dibebani dengan banyak hutang dan kontroversi yang berlarutan sehingga ke peringkat antarabangsa, pertimbangan beliau ialah dana awam tidak harus terus digunakan untuk menyelamatkan syarikat tersebut.

Pendirian Tan Sri Muhyiddin itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan akhbarnya beberapa hari selepas itu mengenai langkah-langkah penyelesaian yang seharusnya dilakukan terhadap 1MDB. Selain mahukan pengauditan secara telus dan menyeluruh sejak awal penubuhannya dan meminta Jawatankuasa Kira-Kira Awam atau PAC menyiasat terlebih dahulu tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara, Timbalan Perdana Menteri itu juga menyatakan tidak seharusnya dana awam digunakan untuk menyelamat atau " bailout" syarikat itu.

Pendirian Tan Sri Muhyiddin itu secara umumnya adalah selari dengan kehendak majoriti rakyat yang tidak henti-henti dihidangkan dengan pelbagai kontroversi dan masalah berkaitan syarikat itu.
Bagi pandangan umum, 1MDB yang sudah dibebani hutang sebanyak RM42 bilion di samping dakwaan adanya caca-marba dalam beberapa pelaburannya, ia tidak seharusnya lagi dimanjakan dengan duit rakyat untuk meneruskan jangka hayat kehidupannya.

Sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan, Tan Sri Muhyiddin juga menunjukkan pendiriannya yang konsisten terhadap 1MDB sebagaimana yang diucapkannya dengan tidak menghadiri perjumpaan menyatakan sokongan oleh Ketua-ketua UMNO bahagian terhadap Perdana Menteri di PWTC, baru-baru ini.

Daripada 191 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara, hanya seramai 154 yang menghadiri perjumpaan itu dan Tan Sri Muhyiddin adalah dalam kelompok 37 orang yang tidak menghadirinya. Tetapi baru-baru ini dilaporkan Kementerian Kewangan telah menyuntik RM950 juta kepada 1MDB sebagai "kredit tunggu sedia" dan ini jelas merupakan suatu tindakan "bailout" bagi tujuan melegakan kedudukan kewangan syarikat tersebut.

‘Tujuh amanat’ Najib dedahkan kegagalan DEB

Ahli politik seperti Datuk Seri Najib Razak semestinya tidak sedar kesusahan yang dihadapi rakyat biasa. Beliau merupakan produk sekolah berasrama penuh di England. Beliau tidak pernah berjalan ke sekolah melintasi titi kecil atau bangun seawal jam 4.30 pagi untuk menanti bas ke pekan. Inilah yang dilakukan pelajar sekolah di pedalaman Sarawak atau di luar bandar di Semenanjung Malaysia, sekiranya mereka tekun ingin menuntut ilmu.

Pendidikan Najib dan latar belakang keluarganya memberinya keyakinan, yang dinafikan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu. Najib bertutur bahasa inggeris dengan mudah tetapi ramai pelajar Melayu yang ingin mengasah kemahiran mereka di dalam bahasa tersebut dianggap tidak patriotik dan mempromosi bahasa kafir.

Selepas melengkapkan pelajaran di luar negara, Najib digaji Petronas sepantas kilat, dan terjun ke dunia politik dengan menang besar ketika mempertahankan kerusi yang disandang bapanya. Ada yang berkata, kemenangan tersebut disebabkan sentimen simpati terhadapnya. Apa yang diketahui Najib, daripada baka keluarga ternama di Pahang, tentang usaha rakyat jelata? Ramai graduan sukar mendapatkan pekerjaan. Adakah beliau sedar tentang pengangkutan ke tempat kerja? Rakyat menghabiskan masa yang lama di dalam kesesakan lalulintas, berbanding bersama keluarga.

Adakah beliau sedar nasib pengangkutan awam di Malaysia? Ketika mengunjungi Perak pada 2011, menteri besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir membawa Najib menaiki bas dalam perjalanan 50km daripada Ipoh ke Sungai Siput.

Najib berkata beliau mahu menemui rakyat dan merasakan bagaimana keadaan tanpa protokol. Najib mengaku tidak pernah menaiki bas dan Zambry lantas menyediakan bas khas, dengan kelengkapan terbaik. Ianya bukan bas buruk yang tidak mencapai mana-mana piawaian.

Najib tentunya sukakannya, dan selepas itu berkata, beliau tidak gentar menaiki bas di masa hadapan. Wartawan tidak melaporkan pengiring mengawal lalulintas supaya perjalanan Najib lancar. Penjagaan kesihatan di Malaysia dianggap yang termurah di rantau Asia Tenggara tetapi Najib sedarkah cabaran yang dihadapi rakyat biasa? Golongan lanjut usia tentunya berdepan masalah.

Tinggal berjauhan daripada keluarga, yang mencari rezeki di kota, mereka tiada tempat bergantung. Perjalanan ke hospital sukar. Pihak berkuasa tempatan tidak menyediakan kemudahan bagi komuniti. Aduan dibuat bahawa sektor pelancongan kesihatan lebih diberi tumpuan.

Apa Najib tahu tentang pinjaman perumahan, atau cabaran memiliki rumah oleh golongan lulusan universiti? Rumah di bandaraya tidak mampu dimiliki. Kebanyakan rakyat tanpa harta warisan tidak berharta sebagaimana yang dimiliki Najib. Ini menjadi laporan The New York Times. Kereta merupakan keperluan tetapi pembeliannya menyebabkan golongan muda terbeban.

Pinjaman walau dengan nama lain, tetap pinjaman ....

oleh Hazlan Zakaria

“Ianya kisah yang dicerita si bebal dengan berdegar-degar, tanpa memberi apa-apa maksud,” ini malangnya merupakan kesimpulan saya bagi penerangan yang dibuat pegawai kerajaan dan menteri di dalam menutup kegagalan bencana yang disebabkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu. Secara tepat, menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah harus berhenti memberi penafian dan terus menjelaskan perkara sebenar tentang Lembaga Pembangunan 1Malaysia.

Beliau dipetik pada laporan 12 Mac menafikan laporan media asing tentang pinjaman RM970 juta kepada 1MDB yang diberi kerajaan Malaysia. Husni bagaimanapun menafikan dakwaan dengan menegaskan laporan tersebut tersasar, dengan jumlah sebenar RM950 juta dan bukannya RM970 juta. Ianya bukan pinjaman tetapi “kredit tersedia”.

Di sini saya perlu menepuk bahu beliau dan memohon dipertimbangkan semula. Pertama, beza mana sangat RM950 juta dengan RM970 juta (pada jurang RM20 juta), kalau bukan beberapa tong berisi wang ringgit? Sudah tentu RM20 juta banyak bezanya, tetapi kita bukan bercerita tentang amaunnya. Perbezaannya di antaranya, dengab meminjam kata-kata Shakespeare ialah “kecil sahaja”.

Batalkan GST!

gst“Gomen sudah takde wang. BR1M pun diberi secara berperingkat,” kata seorang lelaki yang bekerja sebagai despatch rider untuk sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Rakan setugasnya pula melabelkan kerajaan sebagai hampir gulung tikar kerana hutang negara yang terlalu tinggi.
Mereka berdua berpendapat bahawa kerajaan berdegil melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST kerana simpanan wang negara semakin menurun.
Tinjauan penulis ini mendapati bahawa ramai orang berasa amat marah terhadap perlaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April.
Seorang peguam yang diwawancara berkata kerajaan yang telah dan masih boros ini sepatutnya mengawal perbelanjaan dulu sebelum memaksa rakyat, termasuk golongan yang miskin, membayar cukai yang lebih tinggi.
“Memaksa golongan miskin untuk membayar lebih cukai ialah langkah terakhir yang terpaksa digunakan apabila sesebuah kerajaan sudah menghadapi jalan buntu untuk memperolehi dana dan ini jelas membuktikan bahawa kantung negara sudah kontang,” kata seorang juruukur.
Tiada satu orang pun yang diwawancara yang memuji kerajaan sebagai melaksanakan belanjawan yang berhemah.
'Rasa kecewa'
Mereka semua telah menyatakan rasa kecewa mereka terhadap kerajaan atas sebab pengurusan ekonomi yang penuh dengan kepincangan dan kecelaruan.

Ketua Polis Negara bekerja hanya untuk UMNO-BN?

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Tindakan polis menahan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong termasuk aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukti jelas bagaimana badan penguatkuasaan itu telah menyalahguna kuasa mereka demi kepentingan pihak tertentu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pihak polis yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar kini jelas lebih cenderung menjadi polis kepada UMNO-BN dan bukan lagi rakyat.
“Saya ingin bertanya kepada Khalid, adakah beliau Ketua Polis Negara (KPN) untuk UMNO-BN atau rakyat?
“Jika Khalid adalah KPN hanya untuk UMNO-BN, baik dia minta UMNO-BN saja yang bayar gajinya dan bukan lagi dari Parlimen,”kat Kit Siang dalam satu kenyataan.
Teo Kok Seong yang juga Ahli Parlimen Rasah semalam telah ditahan selepas beliau dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi berikutan penglibatannya dalam Himpunan Kita Lawan baru-baru ini.
Beliau telah ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Teo adalah mangsa keenam selepas Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Angkatan PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa dan Bendahari Pemuda PAS Fakhulrazi Mokhtar.
Pada hari yang sama semalam, aktivis Adam Adli dan Ahli Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh turut ditahan di luar perkarangan pusat beli belah Sogo kerana meneruskan himpunan mingguan Kita Lawan.
Difahamkan, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula akan menjadi mangsa seterusnya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menggesa Khalid menjelaskan mengapa pimpinan UMNO-BN seperti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri serta yang lainnya tidak pernah langsung ditahan walaupun terbukti telah melakukan kesalahan.

Penahanan Ketua DAPSY cemar semangat demokrasi, rosakkan imej PDRM


teo_dapsy


KUALA LUMPUR, 14 MAC: Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan kecewa dengan tindakan polis menangkap Ketua Pemuda DAPSY Teo Kok Sing yang secara sukarela hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung siasatan himpunan #KitaLawan 7 Mac lalu.
Teo yang juga Ahli Parlimen Rasah telah ditahan dibawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Akta Kanun Keseksaan ketika menghadirkan diri di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.
Menurut kenyataan Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan, sehingga kini Teo masih belum direkodkan kenyataannya.

UMNO dan BOHONG Berpisah Tiada... KENAPA asal aja dari pemimpin UMNO negara semakin JAHANAM ???

 BENARKAH sebelum ini sistem pendidikan negara kita 'WORLD CLASS" atau antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik berbanding negara maju di dunia spt Amerika Syarikat, Britain mahupun Jerman..???

HAKIKATNYA... anda lihatlah sendiri skrg..
SIAPA pembohong & kaki ampu KERAjaan selama ini..

Adakah Mahathir akan disingkir dari UMNO sekali lagi?

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kedah pada Sabtu bahawa UMNO mampu mengekalkan kuasa jika 'jemuan-jemuan' (watak jahat) tidak berada dalam parti merupakan serangan balas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kata DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, nama yang terlintas di fikiran sebaik Najib berkata demikian ialah, bekas Presiden UMNO, Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

"Najib telah memilih Kedah untuk melakukan serangan, berucap di hadapan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, apabila semua orang yang ada di konvensyen itu dan di luar tahu bahawa yang dimaksudkan "jemuan jemuan",  yang diselar oleh Najib adalah tidak lain daripada bapa Mukhriz, Tun Mahathir.

"Apakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO paling lama berkhidmat disenaraikan sebagai "watak-watak jahat yang tidak dimahukan dalam UMNO" oleh Najib?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Najib dengan jelas membalas kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini, dengan menegaskan UMNO mampu untuk kekal berkuasa jika 'watak jahat' tidak berada dalam UMNO.

"Adakah Najib cuba untuk mengusir Mahathir dari UMNO, yang akan menjadi satu isu lain untuk Mahathir - berada di luar UMNO tiga kali, dua kali dipecat daripada UMNO dan sekali keluar dengan sendiri," katanya lagi.

Polis reman ketua Pemuda DAP, 2 aktivis #KitaLawan

 Polis hari ini menahan reman Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong kerana penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu, dan dua aktivis, Adam Adli Abdul Halim serta Mandeep Singh, kerana terlibat dalam “protes senyap” #KitaLawan semalam.
 Peguam Wong Kah Woh memberitahu The Malaysian Insider, pihak polis memohon reman selama 4 hari bagi ketiga-tiga mereka di balai polis Jinjang hari ini. "Polis meminta 4 hari untuk mereman mereka," katanya ketika dihubungi.

 Wong berkata, Teo akan diwakili Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Lim Lip Eng sementara Melissa Sasidaran dan Eric Paulsen pula mewakili Adam dan Mandeep. Pagi semalam, Teo ditangkap sejurus selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberikan keterangan tentang penyertaannya dalam perhimpunan #KitaLawan.
Kurang 12 jam selepas itu, Adam dan Mandeep pula ditangkap selepas mengadakan himpunan duduk yang “kecil dan aman” di hadapan kompleks membeli belah Sogo di tengah ibu kota. Teo merupakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ke-6 ditahan selepas perhimpunan #KitaLawan mega yang diadakan pada 7 Mac itu.

Turut ditahan sebelum ini ialah Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR Pusat Mohd Fariz Musa, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli. Selain mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, protes itu juga mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Polis pada mulanya membenarkan himpunan itu tetapi kemudiannya mula menahan pemimpin PR yang terlibat seorang demi seorang. Himpunan itu dianggarkan menarik sekitar 5,000 hingga 10,000 peserta.

Will Mahathir be sacked again from Umno?

After Najib takes the fight to Mahathir and Mukhriz in their home state, is the former PM on a hit list?

najib_mahathir_umno_300
By Lim Kit Siang
The Prime Minister and Umno president, Najib Razak went into a political offensive yesterday when opening the two-day 2015 Kedah Umno convention, calling on Umno members to ignore “jemuan-jemuan” (bad characters) and apple-polishers as these people cause disunity in the ranks.
He said Umno was capable of remaining in power and win elections if these “unwanted people” were not in the party.
Who are these “bad characters” that Najib was referring to?
The persons who immediately come to mind are Umno’s longest-serving president and prime minister, Mahathir Mohamad, his two-time Finance Minister, Daim Zainuddin and his “hullubalangs” like former Information Minister and Utusan Malaysia editor-in-chief Zainuddin Maidin.
It is most noteworthy that Najib has chosen Kedah to go on the offensive, making the speech before the Kedah Menteri Besar, Mukhriz Mahathir, when everybody at the convention and outside knew that heading the “jemuan-jemuan” slammed by Najib is none other than Mukhriz’s father, Mahathir.
Is the longest-serving Umno Prime Minister and President leading the list of “bad characters not wanted in Umno” by Najib?
After his blog on Feb. 10 quoting Shakespeare’s Hamlet about “something rotten in the State of Denmark”, Mahathir said he would quit “if he was the Prime Minister today” and suggested that Najib should “make things easy” and resign if he cannot perform.
Mahathir had not been quiet in the past month, but had waded into the RM42 billion 1MDB scandal which has put all the mega financial scandals in Mahathir’s 22-year premiership to shame in scale and scope, warning that Umno/BN may just lose in the next general election unless the whole truth about the 1MDB is revealed.
Mahathir supported the proposal by deputy prime minister Muhyiddin Yassin for a forensic investigation into the 1MDB since its formation in 2009, but went beyond the DPM’s suggestion that the Public Accounts Committee (PAC) should immediately conduct its investigations into 1MDB without having to wait for the outcome from the Auditor-General’s audit.
Mahathir wanted not just “an ordinary audit of the accounts” but an immediate forensic investigation by the police, independently of the Auditor-General’s audit, on allegations made against several people who were involved in 1MDB’s financial management.
Mahathir also called on Najib to explain the source of his huge wealth, that his office had declared as a family inheritance, but which his own brothers vehemently denied.
Najib was clearly responding to Mahathir when he said in Kedah yesterday that Umno was capable of remaining in power and winning elections if the “bad characters” were not in the party; he said the “the ‘jemuan’ are worse than apple-polishers and ‘batu ronson’ (instigators) because they try to pit us against each other, so much so our shortcomings are amplified, party harmony is affected”.
Najib said getting rid of these negative elements was important to secure Umno’s future.

Shafee mungkin ‘pengsan’ jika disoal balas - Nik Nazmi

SHAH ALAM – Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mungkin akan ‘pengsan’ sekiranya disoal balas kerana tindakannya yang tidak profesional menghina pasukan pembelaan dan mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Muhammad Shafee sanggup berkongsi butiran perlakuan lucah dalam kes Anwar kepada umum namun sesetengah maklumat itu tidak terkandung dalam transkrip mahkamah.

“Amat aneh ketika mana Shafee secara bebas mengutuk pihak lain namun ketika giliran tindakannya diadili, beliau memilih untuk pada saat akhir mendapatkan injunksi interim mahkamah menghalang anggota Majlis Peguam membincangkannya.

“Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang di penjara namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Shafee pada Jumaat berjaya menghalang Majlis Peguam Malaysia daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Anwar pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu, semalam.

'Kata macam-macam, tapi ahli PAS sudah sejuta' - Hadi


PAS hari ini menolak dakwaan bahawa sokongan pada parti Islam itu merosot ekoran pelbagai kritikan diterimanya akhir-akhir ini.

Malah, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awan, keanggotaan parti itu kini sudah mencecah lebih sejuta orang, termasuk penyertaan terkini 8,000 anggota baru.

“Dalam keadaan orang sibuk kata pada PAS macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang.

“Ini menjadikan keahlian PAS sudah mencecah seramai 1,000,300 orang,” menurut status Facebook pemimpin nombor satu PAS itu.

Kenyataan itu juga menyebut ramai golongan muda berpendidikan tinggi menjadi golongan teramai menyertai PAS.

“Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS,” katanya.

Hadi juga berkata mereka masih mendapat sokongan bukan Islam walaupun “dikepung dan disekat dengan pelbagai cara oleh Umno”.

Harapan saya pada Lim bapa perpaduan - Aiman Athirah Al Jundi

DAP menerusi Sdr Lim Kit Siang sudah pun membayangkan kemungkinan musnahnya Pakatan Rakyat menjelang Rabu ini dengan terbentuknya kerjasama antara ADUN PAS dan ADUN Umno di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) diluluskan bersama.

Sdr Lim Kit Siang turut mendakwa bahawa MCA dan Gerakan akan berkongsi kegembiraan dengan peristiwa Rabu ini kerana baginya itulah yang selama ini disebut-sebut oleh MCA dan Gerakan terhadap masyarakat Cina agar berhenti menyokong DAP.

Justeru kerana DAP berpakat dengan PAS, sedangkan PAS pula memperjuangkan pelaksanaan Hudud.

Jelas, secara sedar semua pihak membiarkan diri masing-masing terkepung dengan permainan licik Umno khususnya. Maka, formula paling mujarab menghadapi kelicikan Umno ini sebenarnya ialah terus bersatu dan jangan berpecah, kerana langit Umno tidak akan selamanya cerah! Percayalah.

Umno untuk menjayakan misi memusnahkan Pakatan, mereka sanggup bekerjasama dengan PAS untuk laksanakan hudud di Kelantan.

Di satu misi yang lain pula, Umno menolak pelaksanaan Hudud di Terengganu meskipun Kerajaan PAS Terengganu telah pun meluluskannya suatu ketika dahulu di persidangan DUN Terengganu.

Manakala di Selangor pula Umno menarik semula usulnya berkaitan Hudud bilamana Speaker DUN Selangor ketika itu, Hannah Yeoh daripada DAP menerima usul tersebut untuk dibahaskan. Ironis bukan? Tetapi sangat licik.

Peristiwa Rabu 18 Mac 2015 nanti jika gagal diurus dengan baik khususnya oleh rakan-rakan Pakatan daripada DAP akan mengakibatkan fenomena perpecahan BA berulang semula, dan sebenarnya ia tidak menguntungkan sesiapa selain Umno BN – si licik itu.

Bukan kerana beza

Saya percaya bukan itu yang kita semua mahu. Dalam Pakatan ini, seringkali kita bertelingkah bukan kerana kita berbeza tetapi adalah kerana kita gagal menguruskan perbezaan itu dengan sebaiknya.

Ini cabaran politik moden yang kita sudah janjikan perubahan kepada rakyat.

Kerjasama Pakatan melangkaui sebuah kedunguan yang disengajakan. Menolak politik pembodohan yang terkepung akibat kegagalan mengurus perbezaan.

Apatah lagi Pakatan itu semulusnya terbentuk hasil daripada harapan generasi muda Malaysia untuk melihat Malaysia yang lebih aman, sejahtera, berkeadilan dan berkebajikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama masing-masing.

Generasi muda Malaysia yang mendambakan pengurusan politik bijak dan saling hormat, saling sepakat, bukan politik jerat peninggalan jua kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan berdekad lama sejak zaman penjajah.

Mengapa Shafee tak konsisten?

Nik Nazmi Nik Ahmad 

 Saya baru-baru ini mengulas tindakan tidak profesional Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana turut serta di dalam jelajah Pemuda Umno berkaitan kes Fitnah II.
Hakikat bahawa beliau merupakan pendakwa di dalam kes itu dan bertungkus-lumus menyerang dan memfitnah watak Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kes itu selesai adalah suatu insiden yang luar biasa di dalam sejarah sistem keadilan kita.
Semasa program itu beliau menghina pasukan pembelaan, mengecam Anwar dan secara angkuhnya menyatakan Anwar akan “pengsan di mahkamah” sekiranya Anwar memilih untuk disoal balas oleh pihak pendakwa – tuduhan-tuduhan yang tidak boleh dijawab oleh Anwar. Malah, Shafee sanggup berkongsi kononnya butir-butir lucah dalam kes tersebut – yang mana sesetengahnya tidak ada pun di dalam transkrip mahkamah.
Tindakan menjijikkan beliau bukan sahaja menarik kritikan daripada ahli-ahli politik malah juga pengamal dan pengkaji undang-undang.
Ramai peguam mengecam tindakannya – sehingga dua anggota terkemuka dan kanan iaitu peguam perlembagaan Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V.C George yang membawa usul di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam terbaharu terhadap Shafee untuk “mengecam sekeras-kerasnya” tindakan memalukan beliau.
Amat aneh ketika mana Shafee secara bebas mengutuk pihak lain – namun ketika giliran tindakannya diadili – beliau memilih pada saat-saat akhir mendapatkan injunksi interim daripada mahkamah menghalang anggota Majlis Peguam membincangkannya.
Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya sebagai seorang pendakwa di dalam kes Fitnah II dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang dipenjara – namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya.
Mungkin Shafee sendiri yang akan “pengsan” sekiranya dipersoal.

CGPA bukan lagi berdasarkan pencapaian akademik


KUALA LUMPUR - Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).
Sebaliknya, kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA dalam PPPM-PT akan mengambil kira penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, kemahiran dan kepimpinan.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu akan dilaksanakan di bawah lonjakan pertama PPPM-PT bagi melahirkan graduan keusahawanan, holistik dan seimbang.

"Sekarang pelajar cemerlang dalam akademik yang memperoleh semua A akan mendapat CPGA 4.0 tetapi melalui kaedah baharu ini, pelajar perlu cemerlang secara keseluruhan sebelum mendapat CGPA 4.0," katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat PPPM-PT bersama pengarang kanan media cetak dan elektronik, baru-baru ini.

Sesi taklimat tersebut pada Khamis lepas itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sesi itu diadakan menjelang pelancaran pelan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 7 April ini.
Idris menjelaskan pelaksanaan kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu mungkin mengambil masa yang lama kerana perbincangan mengenai perkara itu sedang dijalankan di peringkat universiti awam.

Di bawah PPPM-PT, Program Pendidikan, Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) akan diperkasakan dengan menjadikan bidang tersebut dipacu pihak industri serta menjadi pilihan 'premier' untuk pelajar.

Nik Nazmi: Hentikan ugutan ke atas ahli politik

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak polis menghentikan segera taktik ugutan ke atas ahli politik dan aktivis yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan 7 Mac lalu melalui penangkapan serta siasatan yang tidak berasas.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan pihak berkuasa itu perlu menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman untuk menyuarakan pandangan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan itu bukan sahaja memberi persepsi negatif ke atas kedaulatan undang-undang tanah air, malah ia juga memberi ancaman kepada teras prinsip demokrasi negara.

“Selepas perhimpunan, pihak polis telah menggunakan peruntukan 9(5) Akta Perhimpunan Aman meskipun keputusan Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkannya bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong, aktivis muda, Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan di pekarangan pusat beli-belah Sogo.

Nik Nazmi antara pemimpin PR yang terawal ditahan pihak polis selepas perhimpunan #KitaLawan dan dikenakan tahanan reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Daerah Jinjang, Kuala Lumpur.

HABISLAH.. Ringgit jatuh Lagi !!! Kali ini dah melepasi RM3.72 (11/3/2015)..


Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI" ini bagus untuk negara kita sebenarnya.. Ingat tak !!!

Nilai ringgit tahun,bulan, harian.... makin lama makin apa?

Makin lama makin jatuh / susut nilai. Lain negara takde camni. Ni sebab apa?

Sebab gatal tangan bagi undi kat sapa?

Saya ambil alih, sama seperti diperjuang Tok Guru Nik Aziz - Haron Din

BANGI: Kelompongan yang ditinggalkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam PAS terlalu besar untuk ditampung.
"Tetapi penampungan mesti berlaku, kalau dibiar ianya jadi lebih besar. Kena tampung walaupun tidak boleh sepenuhnya," ujar Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ketika diwawancara Harakah, kelmarin.
Berikut penjelasan selanjutnya ketika ditanya selepas beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS, mungkin ada pendekatan yang berbeza daripada Almarhum Tok Guru atau ada yang baru untuk melihat PAS lebih ke depan.
Jasa yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu, namanya sudah cukup besar. Dia seorang yang ikhlas dalam perjuangannya, seorang yang amat amat sederhana. Pengalaman duduk di Malaysia ini, saya belum nampak lagi tahap ketawadukan, tawaduknya dalam semua hal. Itu yang menyebabkan ramai orang kagum.
Kedua ilmunya, yang diasah setiap hari. Kata orang belakang parang kalau diasah hari-hari ianya menjadi tajam. Dia (Tok Guru) guna ilmu dan asah ilmunya setiap saat. Dia menulis, dia mengajar harian, ceramah berkuliah. Itu semua orang tahu. Terkumpul semua personaliti, insan muslim yang ikhlas, yang guna ilmunya untuk kebaikan dan dia tidak termakan dengan pujukan-pujukan yang namanya keduniaan. Yang difikir apa yang boleh mendatangkan keredhaan Allah SWT. Dia insan kecil, berjiwa besar. Dia mahu Islam dimartabatkan. Apa sahaja untuk Islam, dia akan buat. Antaranya ialah Tahaluf Siyasi untuk memartabakan Islam.
Saya banyak berbincang dengan dia. Visinya jelas dan sama yang diperjuangkan oleh PAS. Oleh kerana PAS ini sudah ada dasar, dasar yang perlu ditanggung oleh semua ummah, bukan PAS sahaja.
PAS telah mendahului zaman. Kita lama dah ke hadapan. Orang lain baru nak dekat dengan Islam. Bagi macam-macam gelaran penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari, sekarang ini kesederhanaan, wasatiyah dan sebagainya. Ada yang baru lagi nanti, diganti dengan nama lain pula.
Maknanya, orang yang menjadi opponent kepada parti Islam ini, tahu PAS perjuangkan ini betul, mungkin cara kita mereka tidak suka sedangkan matalamat kita betul. Jadi mereka cuba nak beat dan lawan PAS dengan mengemukakan beberapa teori tadi hadharilah dan sebagainya. Semuanya dapat kita tangkis. Macam Presiden PAS ada menulis dan keluarkan buku Hadharah Islamiyah, bukan Islam Hadhari.

Nurul Izzah sedia beri keterangan tak perlu jemput dirumah

izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kedatangan empat anggota polis ke rumahnya petang kelmarin, berhubung laporan polis dibuat bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, tidak wajar.

Menurutnya, beliau sudah membuat temu janji untuk memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung laporan itu, esok.

“Sebaik tiba di rumah selepas melawat bapa (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di penjara (Sungai Buloh), empat anggota polis datang ke rumah saya dan memaklumkan saya disiasat mengikut Akta Hasutan susulan laporan polis yang dibuat Zulkifli.

“Saya dah bersedia beri keterangan berhubung laporan Zulkifli, yang dibuat tidak kurang 24 jam terhadap saya, Isnin ini,” katanya ketika ditemui pada Forum Solidariti Untuk Anwar, kelmarin.

Menurutnya, dia juga memaklumkan kunjungannya ke Kelantan bagi menghadiri forum dan akan menghadirkan diri ke Balai Polis Dang Wangi seperti dijanjikan.

Terdahulu, laporan polis dibuat oleh Zulkifli berhubung kenyataan Nurul Izzah yang didakwa mempertikai penghakiman dibuat terhadap panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang menolak rayuan kes liwat Anwar 10 Februari lalu.

Kerajaan Umno@Bn tidak bimbang 45,000 golongan muda muflis?

Amin Iskandar

Pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam hampir 45,000 rakyat Malaysia yang berumur bawah 35 tahun berdepan dengan tindakan dirampas pasport antarabangsa kerana diisytiharkan muflis amat membimbangkan.
Menteri dalam negeri itu berkata, sejak tiga tahun lalu, pihak berkaitan mengemas kini maklumat tersebut secara terus kepada Jabatan Imigresen. “Golongan muda adalah antara kelompok tertinggi yang diisytiharkan muflis di negara ini.

“Trend ini semakin meningkat dalam kalangan anak muda dan hampir 30% gaji yang diperoleh digunakan untuk membayar hutang manakala 37% membelanjakan wang di luar kemampuan dan 15% tidak mempunyai wang simpanan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Ini bermakna, hampir 45,000 golongan muda muflis ini sudah tidak bermakna lagi hidupnya kerana terlalu banyak yang tidak boleh dilakukan.

Apabila diisytiharkan muflis, golongan ini tidak boleh lagi memegang apa-jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam. Selain itu, golongan muflis juga tidak boleh meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah.

Mereka juga tidak boleh menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa kebenaran mahkamah. Seseorang yang muflis juga tidak boleh melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka.

 Jika diisytiharkan muflis mereka tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaftar dan tidak boleh membuat sebarang pinjaman melebihi RM1,000 tanpa memaklumkan kepada pemiutang tentang status kebankrapan.

Apakah kerajaan tidak bimbang dengan peningkatan angka golongan muda bawah 35 tahun menjadi muflis? Apakah yang dilakukan untuk membantu golongan ini membebaskan diri mereka daripada status muflis?

 Apa yang perlu dikaji ialah apakah benar golongan muda ini berbelanja di luar kemampuan mereka sehingga tidak mampu membayar hutang atau terpaksa berbuat demikian kerana peningkatan kos kehidupan? Malaysia juga sudah kehilangan hampir 45,000 pemimpin masa hadapan dan sumber tenaga yang seharusnya membantu membangunkan lagi negara.

Apakah Najib, Seperti Selalu, Hanya Mampu Diam Dan Bisu Juga?

Jika dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB.

Bagi mereka yang mengikuti siri serangan dan kecaman Mahathir, terutama sejak beliau menarik balik sokongannya daripada Najib, inilah pertama kali sasaran kritikannya ditujukan kepada ahli keluarga Najib.

Sebelum ini, Mahathir hanya menumpukan serangannya kepada pelbagai aspek kelemahan kepimpinan Najib semata-mata dan beliau tidak pernah menyentuh sesiapa selainnya walaupun perkara mengenai isteri dan anak tiri Perdana Menteri itu sudah menjadi percakapan umum yang kian merata di mana-mana.

Dengan membangkitkan mengenai 1MDB tetapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan kekayaan anak tiri Najib serta harta peninggalan Tun Razak, serangan Mahathir ini jika difahami tidak lain ialah ditujukan kepada Rosmah Mansor yang sudah sekian lama dianggap beban paling berat kepada Najib, UMNO dan kerajaan.

Ini juga menunjukkan bahawa Mahathir "sudah berkerat rotan berpatah arang" dengan Najib dan akan terus menekannya sehingga terasak ke dinding. 

Perkiraan Mahathir ialah Najib yang dibebani isu 1MDB dan pelbagai perkara yang berkait dengan Rosmah adalah halangan utama untuk UMNO meraih sokongan rakyat dan seterusnya menipiskan peluang memenangi pilihanraya umum akan datang.

Kritikan Mahathir yang terbaru ini seharusnya mendapat reaksi segera daripada Najib. Beliau tidak boleh lagi seperti selalu dengan mengambil sikap berdiam diri, senyap dan membisu saja.

Sudah sampai masa sebenarnya Najib mengambil tanggungjawab penuh  terhadap kritikan Mahathir kali ini kerana ianya ditujukan secara tepat kepada diri dan keluarganya. Menyerahkan 1MDB kepada pengauditan semata-mata barangkali tidak memadai kerana aspek kekayaan anak tiri Najib yang diragui itu tentunya tidak akan ditemui dalam siasatan terhadap syarikat itu.

Kerajaan perlu respons kenyataan White House


Kerajaan perlu respons kenyataan White House 

SHAH ALAM – Kerajaan Malaysia perlu memberi maklum balas segera berhubung kenyataan yang dibuat White House kelmarin mengenai petisyen sokongan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (Just), Dr Chandra Muzaffar berkata, sebaiknya menteri luar atau timbalannya perlu melakukan maklum balas tersebut dengan kenyataan lebih rasional bagi membuktikan segala proses kehakiman telah dilakukan dengan seadilnya.

“Jika kenyataan rasmi diperoleh dari negara luar, maka tugas menteri luar untuk membalas semula kenyataan White House itu yang menunjukkan kebimbangan negara itu mengenai sistem kehakiman negara ini.

“Secepat mungkin dalam masa sehari dua ini ia perlu dilakukan agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai pendirian negara terhadap penghinaan atau tuduhan yang dilemparkan kepada sistem pentadbiran negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, White House mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung petisyen ‘Bebaskan Anwar’ yang diwujudkan dalam web We The People milik negara Uncle Sam itu.

Menurut kenyataan itu, Amerika Syarikat (AS) sangat kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan Anwar yang pada mulanya didapati tidak bersalah, namun keputusan bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.

Mengulas lanjut kata Dr Chandra, AS mengeluarkan kenyataan rasmi itu setelah mereka berjaya mengumpul jumlah petisyen tandatangan yang di sasarkan sebagai bukti sokongan kepada Anwar.