Sabtu, 14 Mac 2015

Dua lagi kawasan calonkan selain Hadi sebagai presiden PAS

 Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut. Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Sah," katanya ketika ditanya sama ada benar Husam dicalonkan untuk jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan itu hari ini.

Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan.

Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden. Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu.

"Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada The Malaysian Insider.
Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan. "Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi.

Pada Selasa, Tuan Ibrahim menolak pencalonan PAS Kota Baru mengatakan beliau tidak layak menggantikan tempat Hadi. Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata, "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, 'Kalau Husam berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'." Menurut Khairudin, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan PAS Kota Tinggi selepas ini.

Dua amaran dalam masa seminggu oleh Dr M, dan ianya boleh menjadi lebih buruk buat Najib

Dalam kurang dari seminggu selepas menjamin sokongan dari 160 ketua bahagian Umno, presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan kritikan baru daripada orang lama Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ini menimbulkan persoalan sekali lagi adakah gelombang sokongan telah beralih daripada perdana menteri.

Mahathir mengulangi kegusaran beliau ke atas dakwaan penyelewengan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan memberi amaran bahawa Barisan Nasional bakal berdepan kekalahan pada pilihanraya umum akan datang jika Putrajaya gagal untuk menjernihkan dakwaan yang dibuat ke atas buah fikiran Najib itu, 1MDB.

Menulis dalam blognya pada 12 Mac, Mahathir berkata keputusan Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk melihat pada akaun 1MDB tidaklah mencukupi.

Malahan, bekas perdana menteri itu mahu polis melakukan penyiasatan forensik ke atas dakwaan yang dibuat kepada beberapa orang yant terlibat dengan pengurusan kewangan 1MDB.

Jika gagal berbuat demikian, tambah Mahathir, bakal membuatkan BN kehilangan sokongan dalam PRU akan datang. Beliau turut menegaskan bahawa orang awam akan menyingkirkan BN, walaupun pemimpin Umno menyokong dan berpuas hati dengan penjelasan terhadap 1MDB yang dibuat Najib.

Mahathir adalah pengkritik tegar terhadap 1MDB, yang sebelum ini telah meminta Najib untuk menjelaskan bagaimana 1MDB dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Beliau sekali lagi berkata bahawa, tiada keperluan langsung untuk dana berdaulat 1MDB yang mana telah mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion dalam masa lima tahun beroperasi.

Dana ini dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan, di mana Najib adalah menterinya. Beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Awal minggu ini, kerajaan telah melanjutkan ‘standby credit’ sebanyak RM950 juta kepada 1MDB, menimbulkan persoalan adakah kerajaan sedang menggali lebih dalam ke dalam perangkap 1MDB.

Mahathir turut menghentam apa yang dipanggil pusaka keluarga Najib, terutamanya terhadap anak tiri Najib, Riza Aziz yang memasuki Hollywood dan didakwa membeli hartanah di UK dan AS.

Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta Hasutan

Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta HasutanKUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-69 Badan Peguam hari ini meluluskan usul bagi mendesak Kerajaan agar memansuhkan Akta Hasutan 1948.

"Ini bukan satu isu baharu yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam kerana kami telah menjalankan kempen berterusan agar Akta Hasutan dimansuhkan," kata Presiden Majlis Peguam yang baharu, Steven Thiru dalam satu sidang media pada Sabtu.

Selain itu, AGM berkenaan turut mengundi menolak usul untuk mendesak bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menarik balik dan meminta maaf atas kenyataannya yang dibuat pada 11 Februari lalu kerana mempersoalkan keputusan mahkamah terhadap kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Steven, dalam pengundian usul tersebut, sebanyak 1,194 ahli telah mengundi untuk menolak usul tersebut manakala hanya sebanyak 161 ahli mengundi untuk menyokong usul itu.

"Dalam perbahasan mengenai usul ini... telah dinyatakan bahawa Christopher bukannya mempersoalkan institusi kehakiman, sebaliknya (mempersoalkan) pihak pendakwaan kes tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Steven turut mengulas tentang keputusan AGM yang akur dengan injuksi mahkamah yang menghalang sebarang usul mengenai peguam, Muhammad Shafee Abdullah berkaitan dengan kes liwat Anwar.

Kelakuan: Shafee mungkin dirujuk ke lembaga disiplin

Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu mempertimbang merujuk peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah ke lembaga disiplin ekoran perkara berkaitan kelakuannya.

“Kami sudah pun melihat ke arah itu,” kata Steven (bawah) dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa Majlis Peguam sedang mengkaji kes itu dan belum membuat keputusan.

Katanya, walaupun AGM telah berlalu, keputusan mencabar injunksi itu akan dibuat kerana berkaitan dengan prinsip.

Majlis Peguam hari ini menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan Shafee daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini ekoran terdapat injunksi daripada mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injunksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kritikan Tun M bukti rakyat tolak Najib

KUALA LUMPUR - Gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat polis membuktikan bahawa penjelasan  kerajaan mengenainya telah ditolak rakyat.
 
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan pendirian Dr Mahathir itu semalam jelas menunjukkan maklumat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menimbulkan keresahan rakyat.
 
"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Dr Mahathir berhubung 1MDB, malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama.
 
"Bezanya beliau BN dan saya PR, tetapi kesepakatan mengenai 1MDB ini menunjukkan isu 1MDB adalah isu besar yang melangkaui perbezaan politik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Semalam, selepas Dr Mahathir memuat naik kritikan pedas terhadap 1MDB dan perdana menteri, blognya chedet.cc tidak boleh diakses dan didakwa telah digodam oleh pihak tertentu kerana kurang senang dengan artikel tersebut.
 
Antara kritikan itu adalah, satu siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1MDB kerana audit biasa saja tidak mencukupi.

Saksi lain 1MDB bermula dengan Najib, kata sumber


KUALA LUMPUR: Saksi-saksi lain, kata sumber-sumber itu bermula dengan Mohd Najib sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diikuti oleh semua ahli lembaga penasihat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sama ada mereka masih berkhidmat atau telah meletakkan jawatan.
"Sumber-sumber itu berkata lagi, ramai anggota pengurusan kanan 1MDB telah meletak jawatan atau diberhentikan. Tentu ada sebab mereka meletak jawatan atau diberhentikan," tulis Datuk A Kadir Jasin dalam blognya.
Berikut ialah tulisan penuh beliau yang bertajuk '1MDB: Ketua Juruaudit Negara Wajib Cepat'.
JIKA Ketua Juruaudit Negara (KJN), (Tan Sri) Ambrin Buang benar-benar berkuasa dan mempunyai kebebasan untuk menyiasat akaun 1MDB, beliau hendaklah dengan segera memecahkan ruyung sebelum maklumat dan bukti kering atau dirosakkan.
Inilah pendapat beberapa orang pakar undang-undang, kehakiman dan ekonomi veteran yang saya temui sejak tersiar berita mengatakan KJN telah diberi mandat “mengesahkan” akaun syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Mereka berkata, KJN dan pihak-pihak lain yang terbabit seperti Polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC) perlu menyelidik akaun dan urus niaga syarikat itu mulai tarikh penubuhannya sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2008.

Ini, kata mereka adalah kerana dari awal lagi TIA/1MDB telah mewujudkan pembiayaan melalui hutang (debt financing) dengan meminjam dari dalam dan luar negara dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Mengikut sumber yang mengetahui dan mengenali rapat pengasas-pengasas TIA/1MDB, pinjaman permulaan syarikat itu sebanyak RM5 bilion dikatakan merosot sebanyak RM500 juta secara “misteri” dalam masa tidak sampai setahun.
Sumber-sumber itu percaya “orang misteri” Jho Low muncul dalam urus niaga TIA/1MDB sejak awal lagi dan menjadi “pemudah” perhubungan di antara pengasas-pengasas TIA/1MDB dengan pelabur, khususnya dari negara-negara Teluk.
Apabila (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau mengubah TIA daripada syarikat kerajaan negeri menjadi syarikat pelaburan strategik negara dengan nama 1Malaysia Development Berhad.

1MDB: Tokoh wartawan harap TPM tak terus jadi 'tunggul'

Selepas Dr Mahathir Mohamad, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, yang dilihat sebagai orang bekas perdana menteri itu, pula hari ini melancarkan serangan dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu hari ini mencabar anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar dalam isu sekitar syarikat pelaburan negara itu.

“Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul,” katanya.

Menulis di blognya hari ini, Kadir (kiri) berkata Muhyiddinakan hilang kewibawaan dan mengecewakan ramai penyokongnya kalau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan dakwaan penyelamatan.

Muhyiddin pada 6 Mac berkata, pengauditan telus, bebas dan menyeluruh terhadap akaun 1MDB penting untuk membersihkan nama syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Steven Thiru presiden baru Majlis Peguam

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong akan digantikan oleh naibnya Steven Thiru.

Thiru dipilih sebagai presiden baru dalam mesyuarat majlis itu selepas perhimpunan agung tahunannya di Kuala Lumpur hari ini.

Naib presiden baru disandang oleh George Varughese manakala Karen Cheah dan Fareed Abdul akan menjadi setiausaha dan bendahari.

Ketua polis negara isytihar perang atas Pakatan, kata DAP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang mengisytiharkan perang atas Pakatan Rakyat (PR), kata DAP hari ini, susulan tangkapan demi tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan 7 Mac lalu.

 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, polis seperti menggunakan satu set undang-undang yang lain terhadap pakatan pembangkang selepas Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan kerana pembabitan dalam perhimpunan tersebut hari ini.

"Malah, ketua polis perlu menjawab kenapa beliau mengisytiharkan perang atas pemimpin PR dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang komited terhadap proses pertukaran politik yang aman dan demokrasi ketika beliau sepatutnya mengisytiharkan perang atas Negara Islam (Isis) yang menggunakan tekanan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya menyertai kekejaman yang mereka lakukan.

GST 6% menggantikan SST 16% HARGA BARANG AKAN TURUN !!!


KERANA APA... kerana dulu SST16%, slps GST pula hanya 6% shj.. sudah pasti harga turun bukan !!!

Kalau tidak percaya, dulu RM119.90, bila diGSTkan harga menjadi murah RM127.09.. Betul tak pencacai UMNO..

80 peratus pekerja Malaysia berakhir dengan kemiskinan. Salah siapa?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata 80% daripada pekerja Malaysia akan berakhir di bawah paras kemiskinan selepas mencapai usia 55 tahun.
 Ia tentunya mengejut dan membimbangkan. Secara am, ini bermakna pekerja Malaysia dibayar gaji yang rendah. Ia juga bermaksud gaji tidak dinaikkan selari dengan kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Bagaimana ini boleh berlaku di Malaysia, selepas 58 tahun Merdeka? Adakah Malaysia negara miskin?
Bukankah Malaysia kaya dengan hasil buminya termasuk minyak dan gas asli? Apa yang terjadi kepada kekayaan di negara kita? Rakyat Malaysia miskin dan telah berusaha gigih dalam tempoh empat puluh tahun bagi memberi makan minum kepada keluarga.

 Hutang negara pula mencecah RM800 bilion dan semakin meningkat. Kesusahan yang ditanggung rakyat memberi gambaran kerajaan BN pimpinan Umno telah gagal di dalam dasar dan fokusnya semenjak Merdeka.
 Jelas, dasar ini gagal menghasilkan pengagihan kekayaan kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Bukankah kerajaan pusat dan ahli politik kita perlu dipersalahkan?
The Malaysian Insider melaporkan 80% pekerja pada usia 55 tahun tidak akan memiliki pendapatan mencukupi hasil simpanan KWSP. Ini menurut perangkaan yang diberi ketua pegawai eksekutif KSWP sendiri.

Hutang: 1MDB dijangka pulih penghujung tahun ini - Husni

IPOH: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka pulih daripada masalah aliran tunai yang dihadapi ketika ini pada penghujung tahun 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu, 1MDB kini sedang mengambil beberapa langkah strategik termasuk mengkaji perasionalan tanah-tanah yang berada di bawah milik syarikat itu.

Menurut beliau, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu juga dijangka akan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai ini.

Jelas beliau, sebaik sahaja IPO dan perasionalan tanah itu selesai, sumber kewangan jangka pendek itu akan digunakan untuk penstrukturan semula pinjaman 1MDB dan memastikan operasi syarikat itu berjalan lancar.

Husni turut memberitahu, setakat ini 1MDB telah menggunakan sejumlah RM600 juta daripada RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran pekebun-pekebun limau bali Tambun di Ipoh pada Sabtu.

#KitaLawan: Adam Adli, Mandeep Singh ditangkap

Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan sekretariat #KitaLawan Mandeep Singh ditangkap sebentar tadi selepas mengadakan protes senyap di hadapan kompleks membeli belah Sogo di tengah ibu kota hari ini.
Kedua-dua mereka ditangkap oleh kira-kira 10 pegawai polis selepas protes itu selesai dan dibawa menaiki van yang akan menghantar mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Tangkapan itu dibuat kurang 12 jam selepas Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan di balai yang sama dalam satu siri tindakan polis terhadap penganjur perhimpunan pada 7 Mac itu, yang menyeru pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Ya Mahathir, BN akan hilang undi kata Rafizi

Pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kontroversi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya, dipersetujui pengkritik lantang syarikat itu Rafizi Ramli.

"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Tun Mahathir berhubung 1MDB.

"Malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama.
"Saya bersetuju dengan penulisan Tun Mahathir bahawa isu 1MDB ini akan membuatkan BN hilang undi dalam PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," kata Rafizi (kiri) merujuk kepada tulisan di blog Mahathir semalam.

Menurut Rafizi lagi, tulisan Mahathir itu juga menunjukkan bahawa penjelasan demi penjelasan yang dibuat kerajaan dan 1MDB diragui oleh orang ramai.

"Ia menunjukkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan 1MDB ini.

"Maklumat yang sampai setakat ini juga telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga mereka mencari-cari maklumat mengenai 1MDB.

"Itu bermakna penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri sekarang mengenai 1MDB ditolak oleh rakyat," kata Rafizi lagi.

Mahathir dalam tulisannya semalam menggesa agar siasatan forensik dan bukannya audit semata-mata, dilakukan ke atas syarikat pelaburan negara itu.

Sindrom penafian kerajaan musnahkan mutu pendidikan negara

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Peruntukan berbilion ringgit kerajaan kepada pendidikan negara tidak membuahkan hasil akibat sebahagian besar daripadanya dibelanjakan untuk infrastruktur yang tdak diperlukan, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Beliau berkata, tiada guna kerajaan meningkatkan peruntukan pendidikan namun mengabaikan keperluan mendesak untuk melatih dan meningkatkan kemahiran guru.
“Dalam Belanjawan 2015, sebagai contoh, jumlah peruntukan bagi perkembangan profesional para guru dikurangkan dari RM1.54 bilion tahun 2014 kepada hanya RM961 juta.
“Ini termasuk pengurangan latihan pra-perkhidmatan daripada RM948 juta pada tahun 2014 kepada RM851 tahun ini.
“Latihan kepimpinan pula telah dipotong dua pertiga daripada jumlah RM181 juta kepada RM62 juta danpaling teruk adalah latihan dalam perkhidmatan iaitu dari RM410 juta kepada hanya RM48 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zairil berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ‘terkejut’ dengan keputusan akademik pelajar Malaysia yang lemah dalam penilaian Program Penilaian Pelajar Internasional (PISA) kerajaan setelah kerajaan melabur berbilion ringgit dalam sektor pendidikan.
“Sebenarnya prestasi lemah pelajar kita dalam PISA tidak mengejutkan.
“Tapi apa yang paling mengejutkan adalah sindrom penafian dan keutamaan yang tidak kena pada tempatnya dengan menyalurkan wang pembayar cukai kepada perkara yang tidak produktif.
“Ini seperti projek infrastruktur besar yang hanya memberi faedah kepada pembekal teknologi swasta dengan mengorbankan rakyat khususnya guru dan pelajar itu sendiri,” tegasnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP menyatakan, kerajaan ternyata lebih cenderung menghabiskan berbilion-bilion ringgit kepada komputer dan perisian yang kemudiannya terbengkalai selepas dilaksana.

"Obama terpedaya janji Najib"

Sebab sebenar di sebalik sikap berlembut Barack Obama terhadap Malaysia adalah kerana presiden Amerika Syarikat itu percaya bulat-bulat dengan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata bekas duta, John Malott.

"Obama percaya dengan perkara yang diberitahu Najib kepadanya. Beliau terpedaya dengan kata-kata Najib.

"Beliau benar-benar percaya yang Najib mahu mereformasikan negaranya tetapi ia dihalang oleh elemen konservatif di dalam partinya," tulis Malott (kiri) dalam ulasan yang disiar Asia Sentinel semalam.

Menurut Malott, mereka yang arif dengan perkara tersebut mendedahkan bahawa Obama enggan menekan Najib dalam isu hak asasi manusia dan demokrasi termasuklah sewaktu kunjungannya ke Malaysia pada April tahun lepas.

Ini kerana, kata Malott lagi, Obama bimbang tekanan itu akan menjadikan pendekatan Najib dalam dua isu tersebut bertambah keras.

Tambahnya, atas sebab yang sama jugalah kecaman Amerika Syarikat ke atas pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya disalurkan melalui pegawai pertengahan.
 

Pengarang buku skandal Bank Rakyat sedia lawan saman Deepak

Buku Shahbudin Husin tentang skandal Bank Rakyat dengan Deepak Jaikishan yang menyebabkan peniaga permaidani itu memfailkan saman terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015.  
Buku Shahbudin Husin tentang skandal Bank Rakyat dengan Deepak Jaikishan yang menyebabkan peniaga permaidani itu memfailkan saman terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015.

Blogger dan pengarang buku skandal Bank Rakyat, Shahbudin Husin tidak gentar dengan saman RM1.1 bilion difailkan usahawan permaidani Deepak Jaikishan, malah bersedia melawan kes itu di mahkamah.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, beliau berkata sudah mengupah peguam Adnan Seman, bagi menghadapi tindakan saman tersebut.
"Kami akan lawan dan sudah melantik peguam untuk berdepan dengan Deepak," katanya mengulas writ saman yang dihantar Deepak bagi menghentikan pengedaran bukunya yang bertajuk 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' yang dilancarkan baru-baru ini.

Selain kepada Shahbudin, writ saman juga turut dihantar pada Isnin kepada bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik. Menurut Shahbudin, tindakan Deepak mengejutkan kerana tidak pernah dalam sejarah ada individu yang mengemukakan jumlah saman sebegitu besar.
"Belum pernah saya dengar orang disaman dengan jumlah sebesar ini," katanya.
Menurut dokumen yang diberi kepada The Malaysian Insider, Deepak menamakan Sabbaruddin dan Shahbudin sebagai defendan dalam permohonan injunksi secara ex-parte pada 6 Mac.
Injunksi itu difailkan menerusi Tetuan Leela A Sanghrajka and Associates.
Peniaga permaidani itu memohon injunksi untuk menghentikan kedua-dua defendan daripada terus mencetak, menerbitkan, menghasilkan atau mengedarkan buku berkenaan yang memasukkan versi Sabbaruddin, menerangkan punca beliau kehilangan jawatan pengerusi bank berkenaan pada Mei lalu.

Saya tak akan izin Perlembagaan & keputusan Muktamar PAS dilanggar – Dr Haron Din

DatukDrHaronDin-L
Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

BANGI, 14 Mac:

Seluruh ahli PAS diingatkan supaya mereka tidak boleh menukar kepimpinan parti itu sewenang-wenangnya daripada kepimpinan ulama kepada kepimpinan golongan profesional kerana perkara itu melanggar Perlembagaan parti itu serta ketetapan muktamar PAS yang dibuat sejak 1982.
Peringatan itu diberikan oleh Mursyidul Am PAS baharu, Datuk Dr Haron Din.
“Saya tidak izin untuk melanggar perlembagaan dan saya tidak izin dilanggar keputusan yang kita buat secara ramai yang kita panggil sebagai muktamar,” tegas Dr Haron Din.
Menurut beliau, apabila seseorang membuat keputusan menyertai sesuatu parti, maka individu berkenaan perlu menyumbang untuk memperkuatkan parti.
“Sebaliknya kalau ada pihak yang sengaja tidak mahu menguatkan parti, melemahkan parti dengan melanggar perlembagaan yang jelas dan nyata, maka itulah punca berlaku pergeseran,” kata beliau yang baru dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia 12 Februari lalu.
Menurut Dr Haron, memang bukan rahsia lagi ada dua kumpulan dalam PAS iaitu ulama dan profesional, malah perkara itu sudah sering disebut-sebut secara terbuka.
Bagaimanapun, sebelum ini dua golongan terbabit dikatakan gandingan yang cukup mantap dengan setiap satu menampung kekurangan antara satu sama lain, jelas beliau dalam temu bual yang dipetik daripada laporan portal berita rasmi PAS, Harakah Daily, Sabtu.
“Tapi sekiranya ada, tetapi saya harap tidak adalah golongan yang sengaja nak mengenepikan ulama, kalau ada golongan profesional ambil alih kepimpinan, itulah yang akan menimbulkan masalah, yang saya sebut awal tadi seperti telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Muktamar sendiri pada tahun 1982, di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usul kecam presiden Majlis Peguam gagal

Usul untuk mengecam Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu oleh sekumpulan peguam 100 peguam, yang digelar G100, gagal.

Usaha itu hanya disokong oleh 161 peguam berbanding jumlah besar 1,194 yang menentangnya.

Usul itu bertujuan menggesa Leong menarik balik kenyataannya dan meminta maaf berhubung ulasannya terhadap sabitan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbahasan usul itu mengambil masa kira-kira 2 jam, termasuk penjelasan Leong sendiri.

Seorang peguam yang enggan namanya disebut berkata Leong tegas enggan memohon maaf.

“Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap salah faham pengkritiknya.

“Kenyataannya tidak pernah menyerang kehakiman seperti apa difikirkan oleh G100,” katanya.

Jangan Ketawa: Saya tidak akan lindungi apa-apa kesalahan kata Najib

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Bercakap ketika merasmikan Konvensyen Umno Kedah selama dua hari bermula hari ini, Najib, yang juga Presiden Umno, berkata kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

"Saya sebagai perdana menteri dan presiden parti akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara. Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu kita buat secara telus, kita buat cara telus.

"Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan," kata beliau pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Konvensyen Umno Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 Umno Bahagian di negeri itu.

Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata kerajaan pusat perlu menunggu terlebih dahulu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.

Hanya Di Malaysia: Pecah masuk DUN hanyalah kesalahan kecil?

Wah! Lima belas orang, kebanyakannya ahli Umno dan termasuk seorang Datuk, yang menceroboh masuk ke dalam dewan undangan negeri tahun lepas, telah dikenakan denda RM1,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh.

 Jika mana-mana daripada mereka merupakan wakil rakyat, dia tidak akan kehilangan kerusinya pun. Jadi, duluannya telah ditetapkan. Ceroboh masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atau Parlimen, dan anda akan hanya didenda RM1,500? Tidak sama sekali.

Di Malaysia Darul Boleh, tidak ada perkataan "duluan" dalam kamus. Jika anda bukan penyokong Barisan Nasional (BN) atau Umno, jangan cuba-cuba berkelakuan yang sama dengan samseng Umno. Jika anda tidak percaya, cubalah dan lihat sendiri hukumannya. Sabitan anda mungkin tidak sebegitu ringan! Terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan apa dakwaan yang mereka ingin kenakan kepada samseng-samseng ini.

Apabila samseng Umno turun ke jalanan di Pudu, merobohkan papan tanda DAP dan mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP, apakah tindakan telah diambil terhadap mereka? Apa agaknya yang akan berlaku jika anda melakukan perkara yang sama di ibu pejabat Umno?

Seorang lagi yang terlibat dalam pencerobohan itu didenda RM1,000 oleh majistret Catherine Nicholas pada 11 Mac, selepas peguamnya berhujah bahawa anak guamnya hanyalah penonton semata-mata dalam kejadian itu. 16 lelaki ini menghadapi pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya.

Samseng-samseng ini, yang telah mengaku bersalah ialah Jasmin Noordin, 41; Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 55; Hisham Ahmad Sabri, 44; Afriz Mohd Noor, 36; Rosesarwandi Saad, 33; Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37; Hisham Abdul Hamid, 38; Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 39; Azmeal Abu Bakar, 42; Mohd Yusmadi Mohd Yusuf, 35; Mohd Hilmie Ibrahim, 37; Nordin Wahab, 41; Mohamed Ghani Abdul Jiman, 48; Wan Abidin Zain, 51; dan Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31. Wan Norazman Ariffin, 41, telah didenda RM1,000.

Perebutan jawatan presiden bakal tentukan masa depan PAS di politik arus perdana

Kunci kejayaan bagi mana-mana organisasi tentunya terletak pada pemimpin yang kuat.
Kuat tidak semestinya dari sudut tenaga, tetapi kebolehan meraih rasa hormat semua ahli, sekutu mahupun lawan.
Hiraki sesebuah organisasi mungkin dijelaskan dengan baik, namun dinamik di kalangan pemimpinnya kadang-kala agak kabur.
Walaupun mungkin mempamerkan perpaduan, apa yang berlaku di sebalik tabir mungkin tidak menggambarkan peranan masing-masing.
Seseorang pemimpin tertinggi adakalanya tidak mampu membawa perubahan atau dia tidak dapat melakukannya kerana beberapa faktor luaran.
Sekiranya terdapat ketidakseimbangan, kekeliruan mungkin timbul di kalangan ahli yang mahukan pendekatan berbeza di dalam mencapai matlamat yang sama.
Di dalam PAS, pemimpin yang berkebolehan mendapati diri mereka sukar diangkat selaku peneraju kerana tidak sealiran dengan gerakan akar umbi serta sentimen di kalangan sayap serta pelbagai pecahan. Manakala yang kurang layak pula memiliki pengaruh di dalam parti lalu mendapati diri mereka dipilih menjawat kedudukan tinggi.
Inilah sentimen yang dikongsi ahli jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin yang menggesa pemimpin partinya itu berhenti menafikan bahawa PAS sedang dilanda krisis dalaman.
Masalahnya, menurut Hanipa, berkisar tentang dinamik di antara golongan ulama dan profesional di dalam PAS terutama selepas pemergian mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Tuan Guru melihat golongan profesional di dalam PAS sebagai aset dan bukannya ancaman. Keadaan sekarang berbeza,” kata ahli parlimen Sepang itu di satu forum yang dianjurkan portal berita Malaysiakini pada 12 Mac.
Forum tersebut dibuat selepas sebulan Nik Aziz meninggal dunia, dan diberi tema “Ke mana tujuan PAS tanpa Nik Aziz?’
Menambah kepada masalah tersebut, kata Hanipa, terdapat ramai daripada ahli ulama yang sering terperangkap dengan isu hudud yang dimainkan Umno dan mereka tidak melihat isu lain yang lebih penting.

Jangan Ketawa: Ketepikan 'batu ronson' dan 'tukang kipas', pesan Najib

ALOR SETAR: Perdana Menteri hari ini meminta anggota Umno mengetepikan 'jemuan' dan 'tukang kipas' dalam parti yang sering mengadudombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, berkata Umno berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya 'jemuan-jemuan' (berperangai buruk) ini tiada dalam parti.

"Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka yang mengadudombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan dalam parti.

"Ketepikan benda-benda ini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan Umno akan menang," katanya pada ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Konvensyen Umno Kedah yang berlangsung selama dua hari sehingga esok itu dihadiri perwakilan Umno daripada kesemua 15 bahagian parti di seluruh negeri.

Hudud: MB Kelantan harap Adun BN sokong

Ahmad Yakob KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap Adun BN yang akan mengikuti sidang Dun Rabu ini akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu nanti.

Menurutnya, sokongan tersebut amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

“Kita harap Adun BN pun sokong kita, masa bentang sebelum ini pun 39 orang, dua dari BN, harap selepas ini jumlah penyokong (dari BN) akan bertambah, Insya-ALLAH kita doakan yang terbaik untuk pelaksanaan hukum ini,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Sari, Pengkalan Chepa, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, calon PRK Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood dan kepimpinan tertinggi negeri.

Menurutnya, kerajaan Pas Kelantan akan membentangkan pindaan kepada beberapa klausa termasuklah klausa yang menyatakan orang bukan Islam tidak akan terlibat dalam hukum Islam itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menjelaskan berhubung kepentingan pindaan undang-undang Islam itu dilakukan sebelum pelaksanaannya dibuat.

“Bak kata arwah Tok Guru Nik Aziz, kita hidupkan enjin dan bergerak sampai ke lampu isyarat, merah, kita berhenti dahulu, jangan matikan enjin, sama juga dengan hudud, kita buat dan bentang, ada halangan, kita berhenti dulu, tapi enjin masih hidup, maka sekarang bila lampu hijau, kita tidak boleh masih di situ (lampu isyarat) nanti kena langgar belakang, maka kita pun masuk lah ‘gear’ balik, itulah yang berlaku pada hudud sekarang.

1MDB tak pinjam RM2b duit Ananda Krishnan untuk bayar hutang kata MOF

1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak meminjam sebarang wang daripada hartawan Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutangnya, kata Kementerian Kewangan.

Jawapan bertulis Parlimen dikeluarkan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) berhubung dakwaan pinjaman daripada Ananda itu.

Jawapan bertulis pada Rabu itu menyatakan bahawa laporan berkaitan tidak benar.

1MDB sebelum ini didakwa menerima RM2 bilion daripada Ananda untuk menyelesaikan hutang kepada CIMB dan Maybank.

Pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga sebelum ini menolak dakwaan itu sebagai spekulasi dan khabar angin semata-mata.

Jawapan bertulis juga menyebut bahawa 1MDB mengeluarkan wang US$2.318 bilion dalam simpanan luar pesisir di kepulauan Cyamen dalam dua trance – yang pertama digunakan untuk membayar semula hutang.

Kementerian Pendidikan boros – Zairil Khir Johari

Zairil1_L
Zairil: "Katanya, kerajaan sepatutnya memotong peruntukan untuk pembelanjaan teknologi maklumat kerana 'komputer canggih tidak mampu menutup kelemahan guru-guru'."

KUALA LUMPUR, 14 Mac:

Walaupun mendapat peruntukan yang besar dalam sektor pendidikan, prestasi pelajar Malaysia masih lagi di bawah standard anatrabangsa kerana peruntukan yang diterima digunakan untuk ‘projek besar’ yang tidak perlu.
Perkara ini disentuh oleh Penolong Setiausaha Publisiti Nasional DAP Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini mengenai cara Kementerian Pendidikan tidak menggunakan dengan baik peruntukan tahunan yang diterima.
Antaranya, Zairil berkata mengenai pelaburan tidak perlu dalam infrastruktur, pengurangan bajet untuk latihan guru dan meletakkan kepentingan di tempat sepatutnya.
“Saya tidak percaya laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata beliau ‘terperanjat’ dengan prestasi pelajar Malaysia dalam ujian penilaian antarabangsa walaupun ‘peruntukan besar diberi untuk sektor pendidikan’.
“Pelajar Malaysia mendapat kedudukan ke-52 antara 65 negara dalam laporan Pisa terbaharu sementara laporan TIMSS terbaharu menunjukkan 38 peratus pelajar kita gagal mencapai tahap minimum dalam Matematik dan Sains.
“Lebih mendukacitakan, trend standard yang semakin menurun berterusan walaupun Kementerian Pendidikan menerima bajet paling tinggi setiap tahun. Untuk 2015 sahaja, bajet untuk Kementerian Pendidikan berjumlah RM566.6 bilion, atau hampir 21 peratus daripada bajet Persekutuan.”
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu merujuk kepada pelaburan kerajaan mencecah RM3 bilion dalam perkakasan dan perisian komputer untuk program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kini dihentikan.

#KitaLawan: Ketua Pemuda DAP ditahan polis selepas sukarela hadir beri keterangan

Pemimpin DAP Teo Kok Seong ditahan pihak berkuasa serta-merta hari ini sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan penyertaannya dalam demonstrasi #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.
Ketua Pemuda DAP itu, yang juga ahli Parlimen Rasah, tiba di balai polis tersebut kira-kira jam 11 pagi ditemani peguamnya, Yong Kah Woh, dan beberapa penyokong. Yong memberitahu media, polis mengesahkan anak guamnya itu ditahan. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenainya masih belum dimaklumkan pihak polis.

 Perhimpunan #KitaLawan diadakan bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat. Selepas perhimpunan tersebut, beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan kerana penganjurannya didakwa tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

 Beliau pemimpin keenam Pakatan Rakyat (PR) yang ditahan polis kerana perhimpunan Sabtu lepas menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak. Rabu lepas, Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar ditahan sewaktu memberi keterangan di balai polis yang sama.

Tanya IGP sendiri tentang kes Nurul kata Menteri KDN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada ketua polis negara untuk menjelaskan tindakan segera polis muncul di rumah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk merakam kenyataannya dalam masa 24 jam selepas laporan dibuat terhadapnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tindakan tersebut berbanding masa yang diberikan polis kepada Menteri Pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri untuk tampil memberi keterangan berdasarkan kesesuaian masanya sendiri.

"Itu soal berkaitan operasi yang boleh dijawab dengan baik oleh ketua polis.

"Itu boleh ditanya kepadanya pada majlis yang dihadirinya.

"Saya jaga soal polisi sahaja. Kalau tidak, lebih baik saya jadi ketua polis," kata Zahid (kanan) menjawab soalan wartawan.

Tuan Ibrahim sedia lawan Mat Sabu

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Selepas menolak pencalonan Pas Kawasan Kota Bharu menamakannya sebagai calon presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersedia bertanding jawatan timbalan.
Petang tadi, di Rusila - kawasan Abdul Hadi di Terengganu - Pesuruhjaya Pas Pahang isytihar akan bersaing dengan Mohamad Sabu pada pemilihan Jun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka itu menekankan dua elemen utama sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut sekiranya dicalonkan oleh mana-mana Pas kawasan.
"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan Timbalan Presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya.

Mohd Amar sedia tanding jawatan Timbalan Presiden Pas

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bakal mempertimbangkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas jika dicalonkan.

Namun begitu, menurutnya, ia terpulang kepada perwakilan untuk menentukannya memandangkan setakat ini Pas Kawasan Kota Bharu sahaja yang sudah adakan mesyuarat, minggu lalu.

“Setakat ini tidak ada lagi (pencalonan), terlalu awal untuk mengulas perkara ini,” katanya kepada media di JKR10, di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Pas Pusat yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan kepimpinan pusat serta negeri parti Islam itu.

'Ini ujian ALLAH kepada saya' - Ahmad Fathan

Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad 
KOTA BHARU - Ketika ramai beranggapan pencalonannya sebagai calon Pas PRK Dun Chempaka satu tuah, lain pula pandangan peribadi Bendahari Pas Kawasan Pengkalan Chepa,  Ahmad Fathan Mahmood@ Mahamad, 42, apabila menganggap amanah yang dipikulnya itu satu ujian.

Menurutnya, ALLAH SWT sentiasa menguji hambanya dari satu tahap ke tahap yang lain, untuk melihat tindakan hambanya dalam menangani ujian diamanahkan kepada mereka.

“Ambo (saya) lihat amanah ini (sebagaimana ayat yang ambo baca tadi) tidak lebih melainkan ujian ALLAH SWT kepada ambo.

“Dari satu tahap ALLAH SWT uji, kemudian ALLAH SWT uji lagi, untuk melihat manakah dalam kalangan hambanya paling elok kerja buatnya di dunia, jika dilakukan dengan sempurna, maka ganjarannya di akhirat nanti, jika sebaliknya akan binasalah,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat, di sini, semalam.

Menurutnya, kehidupan manusia tidak lebih daripada ujian, manusia dijadikan ALLAH SWT buat dengan tujuan iaitu untuk diuji, dan dilihat kualiti diri, sebab itu semuanya perlu melalui ujian.

Ahmad Fathan mengisi slot kedua kuliah Jumaat semalam, yang sebelum itu disampaikan Ketua Pemuda Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi dan diikuti pendakwah, Haslin Baharin atau Ustaz Bollywood.

Ahmad Fathan ada persamaan dengan Tok Guru – Mat Sabu

fathan
Mat Sabu walaupun tidak begitu mengenali Ahmad Fathan (gambar), menyifatkan calon PAS itu mempunyai perwatakan hampir sama dengan Allahyarham Tok Guru.

PENGKALAN CHEPA 14 Mac:

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka mengundi calon mereka, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad kerana dia mempunyai banyak persamaan dengan bekas penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika berucap di hadapan hampir 200 hadirin ketika ceramah di padang dekat Sekolah Menengah Agama Al-Istiqamah, Badang, malam tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, walaupun dia tidak begitu mengenali Ahmad Fathan, dia percaya perwatakannya sebagai ilmuan Islam dan bekas imam merupakan persamaan hampir dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu.
“Saya hanya bertemu calon ini beberapa hari sebelum penamaan, tetapi ketika saya berbual dan memegang tangannya ketika berjalan menuju ke pusat penamaan calon, saya dapat melihat sikapnya yang rendah diri, mudah dihampiri, hampir sama dengan Tok Guru,” katanya kepada hadirin.
Namun begitu, walaupun ada persamaan, Allahyarham Nik Abdul Aziz tetap menjadi ikon, kata Mat Sabu lagi.
“Pengundi di Chempaka beruntung mempunyai Tok Guru sebagai ADUN. Beliau merupakan pemimpin dan seorang yang hebat, juga di mata lawannya.
“Saya pernah bertanya kepada mendiang Karpal Singh, apa pendapatnya mengenai Tok Guru. Karpal menjadi dan berkata ‘dia orang tuhan’. Dalam konteks Kristian, ia hampir sama dengan seorang nabi, tapi kita sebagai orang Islam hanya percaya Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi sebelumnya.
“Maksud saya, walaupun dalam lawan politik, dengan pandangan berbeza, Tok Guru dilihat sebagai seorang yang amat dihormati,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam ucapannya menolak peluang empat calon bebas untuk menrampas lebih banyak undi di kubu kuat PAS.

Haron Din perlu bangkit, ubah cara bertindak demi survival parti

Haron Din perlu ubah cara bertindak dan mainkan peranan lebih menonjol kerana beliau Mursyidul Am PAS. - Foto arkib TRP/Azrol Ali
Haron Din perlu ubah cara bertindak dan mainkan peranan lebih menonjol kerana beliau kini Mursyidul Am PAS.
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Sebagai Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din adalah pemimpin kerohanian dan perlu menjadi tempat rujukan bagi penyokong PAS seluruh negara.
Pendapat ini disuarakan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Shaharuddin Badaruddin yang menyatakan pengganti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dilihat sebagai sumber harapan untuk parti berkenaan.
Bercakap kepada The Post Rakyat, Shaharuddin berkata, Dr Haron Din memiliki kedua-dua pengalaman akademik dan politik yang mana menurut beliau adalah kriteria sangat penting dalam menerajui parti Islam berkenaan.
“Dia perlu bangkit demi partinya. Haron Din perlu mengubah caranya bertindak kerana beliau kini menyandang jawatan Mursyidul Am PAS, peranannya perlu lebih menonjol.
“Pendapat beliau akan dipandang tinggi, beliau merupakan kunci kepada asas perpaduan PAS terutama ketika PAS berhadapan dengan krisis,” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan pelantikan Dr Haron Din sebagai keputusan terbaik kerana beliau merupakan seorang yang berani, berkarisma dan berpengetahuan.
“Beliau mempunyai persona tersendiri dan berdasarkan pengetahuan saya, Haron Din seorang yang baik. Beliau dihormati oleh semua dan kemahiran kepimpinan beliau adalah terpuji.

Zahid puji perisytiharan harta Rafizi....!!!

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik perisytiharan harta yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan menyeru anggota-anggota Parlimen lain agar mempertimbang untuk meneladani langkah itu.

Jelas Zahid, beliau dan menteri-menteri kabinet yang lain turut mengisytiharkan harta mereka setiap tahun namun, ia diisytiharkan kepada perdana menteri.

"Pihak kerajaan sendiri terutama anggota pentadbiran ertinya timbalan menteri, menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri juga mengisytiharkan harta.

"Saya juga isytiharkan harta setiap tahun kepada perdana menteri.

"Kalau semua MP bukan sahaja Rafizi dapat mencatatkan ketelusannya dan mengisytiharkan hartanya, saya fikir itu satu langkah positif yang kita harus alu-alukan," kata Zahid pada sidang media di Shah Alam, pagi ini.

1MDB settled RM2 billion debt with Caymans funds, says Finance Ministry

1Malaysia Development Bhd (1MDB) used its own Cayman Island funds to settle its RM2 billion debt last month and not a loan from T. Ananda Krishnan, the Finance Ministry said.
The ministry said on Wednesday in a parliamentary written reply to Tian Chua (PKR-Batu) that 1MDB’s RM2 billion loan was settled early last month from its Caymans funds and not reportedly with the billionaire's help.
"Regarding the loan which 1MDB allegedly received from millionaire Ananda Krishnan, the report is not true," the Finance Ministry said in its written reply.

On February 13, The Malaysian Insider reported that the government-owned strategic investment fund had settled the loan with funds from Ananda Krishnan, six days before bankers were to trigger a default. The loan was settled on February 12 with intervention from the tycoon, whose company Usaha Tegas had guaranteed it, according to those with knowledge of talks between Ananda Krishnan and 1MDB.
The lenders were Maybank, which had 58.99% of the RM2 billion loan, while RHB had 32.41%. The others were Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) and Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
However, 1MDB president Arul Kanda Kandasamy has dismissed talk of Ananda Krishnan's assistance as speculation.

Tahanan Poilitik: 'Tekanan darah Anwar rendah, berat turun 3kg'

Keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh membimbangkan selepas tekanan darahnya menurun ketara sejak dipenjarakan, dakwa anaknya keduanya Nurul Nuha.

Nuha (kanan) menjelaskan, bacaan tekanan darah Anwar, 67, kini  87-50.

Bacaan normal tekanan darah orang dewasa sepatutnya antata 120-80 kepada 140-90.

Beliau juga berkata bapanya hilang berat badan 3kg selepas dipenjara kira-kira sebulan.

“Kami sangat bimbang ekoran kesihatannya,” katanya kepada Malaysiakini selepas lawatan kedua ke penjara semalam.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Majlis Peguam tarik balik usul kelakuan Shafee kerana injunksi

Majlis Peguam menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini.

“Kami diberikan injunksi (mahkamah), kami terikat dengannya.

“Usul itu tidak akan dibentangkan,” kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada Malaysiakini sebelum perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu di Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injuksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr M, are you ready to answer for your corrupt ways too?

While it is good that Mahathir Mohamad is needling Najib Razak over 1MDB, he himself has yet to admit to his many corrupt practices while PM.

By Rahman Mohd Irwan
Former Prime Minister Mahathir Mohamad has declared war for all intents and purposes against the Malaysian Government in his blogsite Chedet, with multiple attacks against 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and current Prime Minister Najib Razak in a 29-point posting.
dr m corruptionSince he feels it is alright for him to ask so many questions based on what others are claiming to be shady dealings by 1MDB and Najib, maybe it’s time for him to also answer so many claims of corruption made against him.
Dr M should start by replying to one of his most vocal critics – hedge fund manager George Soros – who outlined a very long list of the former PM’s wrongdoings in an article published in The Bangkok Post in 2012. Soros has made his opinion of Dr M clear. “Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption.”
“You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions.”
“You have more foolishness than most people would believe. Billions are used to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.
“What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course your benefit is 20%.”
“And the bridge from Malacca to Sumatra across international waters? Why not build a bridge to the moon? I am sure you still can get your 20%.”
“You called me a moron. How can a moron make so much money? By allowing short selling and borrowing millions of shares from your banks, we fund managers made millions out of your inexperience and poor regulations.”
“You lose all Malaysians’ money, therefore you are the moron.”
And then there’s Barry Wain, former editor of the Asian Wall Street Journal and a Writer-in-Residence at the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore.