Jumaat, 13 Mac 2015

Hishammuddin, perdana menteri Malaysia ketujuh?

Walaupun tajuk ini menarik bunyinya, ia tidak mungkin akan berlaku bila-bila masa tidak lama lagi. Orangnya sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bukan sekadar tidak mempedulikan kaji selidik Merdeka Centre yang meletakkannya sebagai pilihan utama sebagai perdana menteri akan datang, tetapi juga mengecamnya sebagai satu percubaan untuk mencetuskan ketidakstabilan dalam Umno.

"Ini adalah satu percubaan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Umno antara satu sama lain," kata beliau sambil menjelaskan bahawa keputusan kaji-kaji selidik adalah tidak menentu, dan oleh itu tidak boleh dipercayai. Dia membandingkan sebuah hasil kajian terdahulu yang dilakukan oleh firma yang sama semasa Perhimpunan Agung Umno 2014, yang menunjukkan bahawa beliau tidak layak menjadi naib presiden parti itu.

Ada betul penjelasan Hishammuddin itu. Jika kaji selidik itu boleh dipercayai, bagaimanakah seorang naib presiden Umno yang kononnya tidak cekap, menjadi pilihan utama Malaysia sebagai Perdana Menteri yang akan datang dalam masa tidak sampai setahun?
Adakah generasi pemimpin Umno masa kini begitu tidak cekap tidak kekurangan kepimpinan dan visi? Adakah keyakinan orang ramai terhadap Perdana Menteri sekarang begitu rendah, sehingga ke tahap mereka bersedia untuk menerima sesiapa sahaja sebagai pengganti?

Adakah keadaan di Malaysia telah berubah begitu drastik sehinggakan ABU (Asalkan Bukan Umno/Anything But Umno) telah ditukar kepada ABN (Asalkan Bukan Najib/Anything But Najib)?

Apa pun yang Pakatan Rakyat kehendaki, kenyataannya adalah Umno – dan Barisan Nasional – kekal berkuasa ke atas negara ini. Umno tidak mungkin akan menjatuhkan Najib bila-bila masa tidak lama lagi, lagi-lagi selepas sokongan yang ditunjukkan oleh 160 orang ketua bahagian Umno berbaju merah, dan sudah tentu bukan melalui pemberontakan yang diketuai oleh sepupunya yang dikasihi.

Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib....Adakah dia menabung macam Rosmah..???

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.

"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,”," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.
 “Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana?
Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?” Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.

Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza. Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.
Low membeli sebuah apartment mewah di Manhattan dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui satu syarikat dan kemudian menjualnya kepada Riza.

Perlukah Malaysia gubal undang-undang tangani jenayah ilmu sihir?

witchcraft-M-600x360
Selepas menjalankan kajian teliti, Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir UMP menghasilkan satu SOP untuk mengendalikan kes berkaitan ilmu sihir.
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Kerajaan digesa menggubal undang-undang berkaitan ilmu sihir dengan segera, bagi memastikan tiada pihak yang mengamalkan ilmu terlarang itu di negara ini.
Gesaan itu yang dibuat Universiti Malaysia Pahang (UMP), melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir, kerana terdapat kes membabitkan ilmu sihir yang tidak dapat disabitkan hukuman, ekoran tiada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-undang Sihir UMP, Dr Mahyuddin Ismail ketika dihubungi The Rakyat Post berkata, kebanyakan kes membabitkan ilmu sihir, termasuk pembunuhan, hanya disabitkan kesalahan membunuh, jika mempunyai bukti mencukupi dan bukannya atas kesalahan mengamalkan sihir.
“Sebagai contoh, terdapat satu kes di Temerloh, Pahang di mana seorang bomoh meminta seorang lelaki membawa kepala seorang lelaki untuk menjalankan aktiviti ritual.
“Jadi, lelaki tersebut memenggal kepala seorang lelaki Bangladesh.
“Dia kemudiannya didakwa di mahkamah kerana membunuh, tetapi dalang di sebalik kes ini, iaitu bomoh berkenaan terlepas begitu sahaja. Oleh itu, perlu ada Undang-undang Sihir.
“Kita ambil contoh kes Mona Fandey, dia dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh, tapi apa tindakan yang diambil kerana mengamalkan ilmu hitam?
“Kes ini disebut dalam mahkamah, tetapi tertuduh tidak didakwa mengamalkan ilmu sihir. Mereka hanya didakwa kerana membunuh,” kata Mahyuddin.
Menurutnya, selepas menjalankan satu kajian teliti, beliau dan pasukannya menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk mengenal pasti jika sesorang itu mengamalkan ilmu sihir.
Mahyuddin dan pasukannya turut menyenaraikan beberapa kaedah dan soalan, bagi mengendalikan kes-kes berkaitan amalan sihir.
IMG-20150313-WA0010
Persoalannya, apakah Malaysia memerlukan undang-undang untuk menangani kes jenayah membabitkan amalan sihir. – Foto Twitter
Jelasnya, selepas seseorang itu mendakwa terkena sihir, beberapa soalan perlu ditanya bagi membuktikan jika benar orang itu terkena sihir atau hanya menghidapi skizofrenia.

#KitaLawan tiap Sabtu: 700 anggota DBKL dikerah pantau keselamatan

Penguatkuasa DBKL
Ahmad Phesal berkata, biasanya DBKL akan menempatkan 250 hingga 300 anggota penguat kuasa, tetapi kali ini, pihaknya perlu lebih bersiap sedia, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
KUALA LUMPUR, 13 MAC:
Kira-kira 700 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, berikutan penganjur perhimpunan #KitaLawan yang berikrar akan mengadakannya setiap minggu, di luar pusat beli-belah Sogo, di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi, bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai serta merosakkan harta benda awam, disebabkan perhimpunan berkenaan.
Menurut beliau, biasanya DBKL akan menempatkan 250 hingga 300 anggota penguat kuasa, tetapi kali ini, pihaknya perlu lebih bersiap sedia, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Himpunan kali ini, mereka (pembangkang) tidak membuat permohonan. Peserta himpunan ini bukan sahaja berada di sebuah kawasan, malahan mereka akan bergerak ke tempat-tempat lain.
“Walaupun menghadapi sedikit kesukaran dalam keadaan seperti itu, namun kami akan beri perhatian terhadap kesiapsiagaan anggota (penguat kuasa) DBKL, ” katanya selepas merasmikan Pertubuhan Kesepakatan Anak Watan (SEPAKAT), di Plaza Underground, Dataran Merdeka, pada Jumaat.

Tony Pua | Forum Isu Semasa | 1MDB

Dr Mahathir, pakar tumbangkan PM, pemimpin politik


“Jangan hanya jadi pemerhati, libatkan diri dan lakukan perubahan” - Rafizi


rafizi_ramli


SUBANG, 13 MAC: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak sekadar menjadi pemerhati terhadap isu-isu ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku di negara ini, sebaliknya melibatkan diri secara langsung untuk melakukan perubahan.
“Antara pesanan yang paling saya ingat ketika di sekolah dahulu ialah, jangan sekadar menjadi pemerhati. Jangan hanya tengok.
“Dalam hidup ini kita kena terlibat (melakukan perubahan). Kadang-kala kita salah. Salah tak mengapa. Kena ambil pendirian.
“Dan kita kena cakap pada kawan-kawan, (bahawa) kamu takkan melakukan apa-apa perubahan dengan hanya menangis,” kata Rafizi dalam ‘Ceramah Isu Semasa’ di Dewan MPSJ semalam.
JpegKira-kira 600 hadirin memenuhi Dewan MPSJ sempena program ‘Ceramah Isu Semasa’ anjuran DAP Subang Jaya.
Tambah Naib Presiden PKR itu, rakyat Malaysia perlu bangun, menyatakan pendirian dan melibatkan diri melalui cara masing-masing bagi menyebarkan maklumat dan pendedahan bermula dari lingkungan paling hampir.
Beliau turut memberikan contoh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada semua golongan, sedangkan prinsip percukaian adalah bagi membela golongan tertindas melalui sistem perkongsian dan pengagihan.
“Apa prinsip moral tentang cukai? Percukaian adalah bagi mengangkat (kehidupan) orang-orang paling miskin.
“Tetapi GST ini terbalik. Orang-orang kaya yang jumlahnya 10 peratus ini pula yang akan ‘ditaja’ oleh 90 peratus yang lain. Apa akan jadi kepada mereka (orang miskin)? kata Rafizi.
“Dalam masa tiga minggu dari sekarang, Najib akan melaksanakan GST. Orang ramai pasti akan terasa kesannya mulai 1 April nantii.
“Ketika saya buat laporan polis tentang 1MDB, peliknya, saya pula yang ditahan,” kata Rafizi disambut ketawa hadirin.

Gunakan suara anda untuk henti salahguna kuasa – Sangeet Kaur


Jpeg


SUBANG JAYA, 13 MAC: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghapuskan undang-undang zalim termasuk Akta Hasutan hanya retorik politik bertujuan meraih undi dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Sangeet Kaur Deo, anak kepada mendiang Karpal Singh berkata, adalah lebih berbahaya apabila kerajaan menggunakan akta tersebut dengan pelbagai hujah, antaranya bagi mempertahankan keharmonian kaum di negara ini.
“Najib kata nak kaji Akta Hasutan. Tapi kata-kata itu diucap hanya ketika sebelum pilihan raya umum (ke-13),” kata Sangeet dalam ‘Ceramah Isu Semasa’ di Subang Jaya semalam.
Ujar Sangeet yang juga pengamal undang-undang, masalah berhubung Akta Hasutan berlaku apabila pemerintah hanya menafsir kenyataan mengikut versi mereka sendiri, dan tidak menekankan atau menyiasat kepada niat atau tujuan sesuatu pandangan.
“Niat (intention) tidak relevan. Sama ada apa yang dikatakan itu betul atau tidak, ia boleh menjadi tidak relevan,” ujar Sangeet,
Dalam ‘Ceramah Isu Semasa’ anjuran DAP Subang Jaya semalam, Sangeet mengimbas kembali dua dakwaan di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap mendiang bapanya, Karpal Singh.
“Pertama, pada 2002 ketiika kes fitnah pertama (ke atas Anwar Ibrahim). (Mendiang) Karpal berpandangan bahawa Anwar terkena racun. Dia kemudiannya didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Kedua, pada 2012 apabila beliau membuat sidang media. Beliau mengeluarkan kenyataan bertulis dan diedarkan kepada media berhubung krisis politik di Perak dan pertukaran Menteri Besar.
“Itu pandangan undang-undang. Mereka sepatutnya faham bahawa posisinya sebagai pengamal undang-undang, yang memberi pandangan sebagai undang-undang.

Mutu pendidikan makin merudum, apa Muhyiddin buat?

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, selaku Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan kerana gagal meningkatkan prestasi pendidikan negara dan bertindak segera selepas hasil penilaian Program Penilaian Pelajar Internasional (PISA) dikeluarkan lebih setahun lalu.
“Berdasarkan rekod menyedihkan sepanjang sepuluh tahun beliau bergelar Menteri Pendidikan, Muhyiddin seharusnya meletakkan jawatan.
“Ramai lagi rakyat yang mampu menjadi Menteri Pendidikan bagi memulakan usaha membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Masalah pendidikan negara dibawah pentadbiran Muhyiddin bukan hanya sekadar penurunan prestasi pelajar, malah tiga lagi masalah lain telah disebut dalam PISA dan kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).
“Malaysia tersekat di kedudukan sepertiga terbawah dari kalangan negara yang terlibat dalam penilaian antarabangsa dan tidak membuat sebarang peningkatan menuju tingkat sepertiga teratas dari kalangan negara-negara yang dinilai.
“Walaupun berada di kedudukan sepertiga terbawah, Malaysia sedang dipintas oleh negara-negara lain seperti Kazakhstan dan Thailand,” tegasnya.
Kata Kit Siang, keputusan yang paling tidak menyenangkan ialah bertambahnya jurang antara Malaysai dan negara-negara berprestasi cemerlang.
Ia berdasarkan kesenjangan dalam skor antara murid berumur 15 tahun di Malaysia berbanding rakan seusia di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai berdasarkan penilaian PISA sebelum ini.

Halang ADUN PKR lawat Anwar, DAP kecam tindakan kerajaan

BUKIT MERTAJAM, 13 MAC: Pengarah Pendidikan DAPSY Steven Sim menyelar tindakan kerajaan menghalang permohonan ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin untuk melawat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara.
Dr Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang telah memohon kepada Jabatan Penjara untuk melawat Anwar bagi menyelesaikan urusan rasmi melibatkan peruntukan dan keputusan dasar di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Namun, permohonan itu ditolak melalui telefon, dan menyatakan kononnya ia ditolak atas faktor keselamatan.
“Sudahlah UMNO bawa pendakwa kes Anwar Ibrahim (berceramah ke seluruh negara) untuk aibkan dia. Kini tak beri dia berjumpa kenalan dan keluarga pula?
“Anwar ini bahaya sangatkah? Adakah dia ini pengganas Zionis dan Al-Qaeda sampai banyak sangat usaha kerajaan UMNO nak patahkan Anwar?” soal Steven.
Beliau kesal dengan tindakan dilakukan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dalam masa sama hanya mendiamkan diri terhadap kecurian berbilion ringgit wang rakyat.
“Rakyat sedang lihat dan nilai kerajaan ini. Ini bukan tahun 1998, ini tahun 2015.
“Mereka mahu patahkan Anwar. Yang curi duit negara berbilion ringgit dan berfoya-foya di Hollywood, apa cerita?
“Saya mahu nasihat Perdana Menteri, rakyat adalah hakim kepada negara ini.
“Jangan main-main dengan amanah yang ada pada kamu,” tegas Steven lagi.

1MDB: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan

Suntikan dana RM950juta "kredit tunggu sedia" untuk firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jelas sebuah tindakan penyelamatan (bailout), kata PKR.

Naib presidennya Rafizi Ramli berkata tindakan itu bertujuan melegakan kedudukan kewangan 1MDB yang tertekan dengan beberapa bayaran balik pinjaman dan faedah pinjaman yang perlu dilangsaikan segera.

Katanya, jika 1MDB mempunyai kedudukan kredit dan kewangan kukuh, mereka tidak perlu mengambil pinjaman atau suntikan sebaliknya hanya menyenaraikan beberapa anak syarikat untuk mendapatkan suntikan ekuiti pelabur awam atau menerbitkan bon.

Bagaimanapun, katanya, rekod kredit dan status kewangan 1MDB sangat lemah dan menyukarkan firma itu mendapat apa-apa pinjaman baru pada terma pinjaman biasa daripada institusi kewangan atau pasaran bon.

"Oleh yang demikian, tindakan mendapatkan suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan adalah jelas merupakan tindakan bailout.

“Kerajaan Persekutuan tidak memberi pinjaman sewenang-wenangnya kepada mana-mana syarikat kerana pinjaman sewajarnya diperoleh dari institusi kewangan," katanya.

Hanya Untuk PR: Tak Sampai 24 jam, polis sampai ke rumah Nurul

Tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat, pihak polis hari ini melawat rumah Nurul Izzah Anwar untuk merakamkan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun Nurul ketika itu dalam perjanalan ke Kota Bahru.

“Tinggalkan penjara. Empat anggota polis berada di rumah. Malangnya dalam perjalanan ke Kota Bharu.

“Sudah pun buat temujanji di IPD (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi pada 16 Mac,” katanya di Twitter.

Semalam, selepas lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Nurul ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.

Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata  hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.

Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak tolak 1MDB kepada Audit Negara

Sekeping gambar menunjukkan dua polis di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Komuniti Mak Mandin di Pulau Pinang yang sedant tidur ketika bertugas telah dimuatnaik ke Facebook.

Bukanlah mengejutkan sangat, namun tetap mencerminkan tahap produktiviti pasukan polis secara umum.

Apa yang dapat anda harapkan apabila polis peringkat tertinggi kelihatan terlalu sibuk dengan “isu-isu lain” berbanding menggiatkan usaha mencegah jenayah?

Tentulah tidak adil untuk mensasarkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahaja, kerana penjawat awam kanan yang lain juga sibuk bermain politik berbanding mencari akar punca hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencecah RM42 bilion.

 Bukankah ironi apabila semua pihak, daripada KPN kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan malah Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menyanyikan nada yang sama:
“Kita akan menunggu hasil siasatan Audit Negara sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.”

Sejak bila sebuah siasatan memerlukan hasil keputusan daripada Audit Negara? Jelas, mereka kini “menggeletar” dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan berhubung kemelut 1MDB.
Membuat siasatan bermakna menyoalsiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Dan 1MDB adalah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan. Jadi, siasat Najib? Adakah Najib akan benar-benar disiasat?

Berapa jumlah wang rakyat yang digunakan tampung jet kerajaan semasa percutian PM?

Mengapakah kerajaan mengelakkan sebuah soalan mudah yang dikemukakan oleh ahli parlimen PKR, berkenaan kos penggunaan jet kerajaan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya, antara 22 Disember tahun lalu dan 7 Januari tahun ini?
Ini adalah tempoh masa di mana Najib telah mencampurkan urusan kerja dengan keseronokan semasa bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii sewaktu tempat-tempat tertentu di negara ini di sini mengalami banjir teruk.
Najib terpaksa memendekkan percutian beliau untuk pulang ke rumah bagi memantau usaha menyelamat pada 27 Disember, tetapi persoalan timbul tentang mengapa jet kerajaan itu masih terbang di seluruh AS sebelum mendarat di London, Dubai dan Bangkok selama tempoh 12 hari sebelum akhirnya pulang ke negara pada 7 Januari.
Pengkritik juga ingin mengetahui identiti pengguna misteri jet kerajaan itu apabila Najib kembali semula rumah, dengan ramai menimbulkan persoalan jika isteri Perdana Menteri telah menggunakan jet itu untuk kegunaan peribadinya.
Atas sebab inilah Ahli Parlimen PKR-Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah menimbulkan persoalan bertulis di Parlimen, mengenai kos yang dikenakan bagi penggunaan jet dan senarai penumpang.
Yang mengejutkan, jawab balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berdolak-dalih, mengabaikan keperluan bagi kerajaan bersifat telus mengenai penggunaan kemudahan kerajaan dan dana awam.
Shahidan hanya menjawab bahawa jet itu digunakan dalam tempoh itu oleh Perdana Menteri untuk tujuan rasmi, dan semua kos yang ditanggung adalah di dalam had yang berhak digunakan Perdana Menteri, tanpa menyatakan jumlah sebenarnya.
Shahidan juga enggan mendedahkan senarai penumpang, hanya menyatakan bahawa mereka adalah pihak yang berhak berada di dalamnya, seperti pasukan keselamatan Perdana Menteri.
Oleh itu, kita tidak akan tahu jika isteri dan anak-anak Perdana Menteri berada dalam jet kerajaan itu apabila ia meninggalkan Hawaii dan terbang ke Los Angeles, New York, dan kemudiannya ke London, Dubai dan Bangkok.
Telah dilaporkan sebelum ini bahawa Najib telah membuat lawatan ringkas ke Bangkok untuk menyertai semula keluarganya, dan pulang menggunakan pesawat kerajaan itu pada 7 Januari.
Kalau tidak ada sebarang penyalahgunaan dalam penggunaan jet kerajaan itu, mengapakah mereka mengelak dari menjawab soalan yang diajukan oleh ahli parlimen PKR itu?

Jangan main kaset bacaan Al-Quran dalam masjid - Mufti Perlis

Jangan main kaset bacaan Al-Quran dalam masjid - Mufti Perlis
KANGAR: Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.

Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya' Masjid di Masjid Behor Empiang di sini malam tadi.

Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.

"Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam," ujarnya.

GST: Rakyat Terbeban, Barisan Nasional (BN) Bakal Hilang Undi Pilihanraya Umum PRU ke 14?

gst tax
Pejam celik pejam celik, 1 April 2015 GST Tax Malaysia akan tetap dilaksanakan untuk anda semua merasainya “bahangnya” sepertimana dicanang sudah 160 negara telah mengaplikasikan GST tax ini di negara mereka. Sekarang, tiba giliran Malaysia pula. Sudah bersedia semua?
Jikalau ditanya konsep dan pelaksanaan GST tax Malaysia ini kepada satu kumpulan, apabila GST mula dibuat, mereka menjangkakan :

Manfaat dan Faedah GST Tax Malaysia?

  • Apabila GST dilaksanakan
  • Pendapatan kerajaan akan bertambah…
  • Apabila pendapatan kerajaan bertambah…
  • boleh tambah gaji,elaun & bonus pejawat awam….
  • boleh tambah nilai BR1M untuk rakyat yang berpendapatan rendah…
  • boleh tambah projek untuk kemudahan2 asas untuk rakyat…
  • boleh tambah merancakkan ekonomi negara…
  • boleh tambah pendapatan pihak swasta…
  • tidak perlu terlalu bergantung kepada pendapatan petroleum minyak daripada Petronas
  • dan seterusnya boleh menambah undi..
  • Setuju?
Jikalau ditanya pula kepada kumpulan yang satu, mereka akan mengatakan GST tax Malaysia yang akan dilaksanakan bakal
  • membebankan rakyat Malaysia
  • mengurangkan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia
  • dan lain-lain lagi
  • Setuju?

Rumah Putih beri maklum balas terhadap petisyen bebaskan Anwar

US-WhiteHouse-Logo-600x360
Menurut Washington keputusan akhir Anwar yang berbeza dengan keputusan awal telah membangkitkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.

KUALA LUMPUR, 13 Mac:

Rumah Putih hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung petisyen dalam talian yang menggesa Amerika Syarikat campurtangan membantu membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
“Amerika Syarikat sangat kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan Anwar yang pada mulanya didapati tidak bersalah namun keputusan bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.
“Kami telah menjelaskan berkenaan perkara ini melalui kenyataan dengan kerajaan Malaysia dan kami akan terus berbuat demikian,” menurut kenyataan tersebut.
Petisyen itu yang telah mengumpulkan 113,800 tanda tangan, melebihi paras 100,000 tanda tangan dimuatnaik ke laman web ‘We the People’ selepas Anwar dihukum lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Washington turut menambah bahawa keputusan akhir Anwar yang berbeza dengan keputusan awal telah membangkitkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.
Kebimbangan itu ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi penguatkuasaan Akta Hasutan.
“Amerika Syarikat dan Malaysia telah membina satu hubungan yang baik dan kami akan kekal komited untuk memperluaskan kerjasama kami melibatkan cabaran ekonomi dan keselamatan negara berdasarkan kepentingan di Asia dan di seluruh dunia.

PAC mahu audit menyeluruh ke atas ATM

Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara perlu melakukan pengauditan menyeluruh terhadap tatacara perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelak berlaku unsur salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan rasuah.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia susulan tangkapan beberapa pengawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas, baru-baru ini.
  
"Jabatan Audit Negara perlu melakukan pengauditan terhadap tatacara dan prosedur perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi memastikan imej pihak berkuasa keselamatan ini sentiasa dihormati rakyat.
  
"Penahanan beberapa pegawai dan anggota TLDM oleh SPRM yang didakwa berlaku rasuah membabitkan perolehan pasukan keselamatan berkenaan adalah sesuatu yang mengejutkan memandangkan ia dilaporkan sudah berlaku sejak beberapa tahun lamanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata, operasi SPRM itu membuktikan berlaku kelemahan dalam tatacara perolehan ATM dan pengauditan segera secara menyeluruh amat kritikal dalam menentukan penambahbaikan yang boleh diambil bagi mencegah perkara berkenaan berulang.

PPS: Guan Eng minta Zahid jangan cakap 'kosong'

Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menulis surat rasmi mengenai sebarang cadangan atau tawaran untuk Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini, pihaknya tidak pernah menerima sebarang surat rasmi melainkan surat pengisytiharan haram pertubuhan itu yang dikeluarkan tahun lalu.

"Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Zahid) apabila mengatakan Kerajaan Pulau Pinang tidak membalas atau memberi jawapan rasmi berhubung cadangan itu sedangkan kita tidak pernah terima surat rasmi.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah terima sebarang surat rasmi dari KDN melainkan surat pengharaman PPS yang dikeluarkan tahun lalu. Itu saja, yang lain (cadangan lain) hanya secara lisan," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang medianya semalam menyatakan sudah menawarkan PPS diletakkan bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai sebahagian pasukan pencegahan jenayah di negeri ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah menawarkan perkara itu kepada Guan Eng, namun sehingga kini Kerajaan Pulau Pinang belum mengeluarkan maklum balas rasmi mengenainya.

Guan Eng berkata, selama ini, Zahid kerap membuat tawaran namun hanya secara lisan tanpa surat rasmi.

HUTANG KERAjaan BN Melaka berhutang RM861 JUTA ???


Apa nak heran "Bapa borek anak rintik". Kalau Najib boleh buat hutang negara RM744.7 bilion apa salahnya pemimpin UMNO yg lain buat hutang.. Tak salah bukan...

Yang penting...
JANJI NEGARA AMAN dan boleh dapat BR1M..

Shafee @ Peguam RM1K peroleh injuksi halang Majlis Peguam bincang kelakuannya

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini berjaya menghalang Majlis Peguam daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee nagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.

Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian.

Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee.

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte.

#KitaLawan: DAPSY selar penahanan, solidariti jika Teo Kok Siong ditahan


DAPSY


KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa menghentikan tindakan zalim terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis yang terlibat dalam Himpunan #KitaLawan.
Majlis Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) berkata, kebebasan berhimpun merupakan hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan dan tindakan keterlaluan PDRM merupakan penghakisan hak asasi kepada seluruh warga Malaysia.
“Kami menyeru PDRM menghentikan pemangsaan politik ke atas aktivis dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dengan menahan mereka di balai polis tanpa alasan munasabah,” kata Setiausaha DAPSY Tan Hong Pin.
Pihaknya turut menyatakan sokongan padu kepada Ketua DAPSY Teo Kok Seong yang difahamkan akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran himpunan #Kita Lwan 7 Mac lalu.

Kelantan mahu masukkan 14 persoalan dalam perbicaraan kes saman royalti minyak

Kerajaan negeri Kelantan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memasukkan 14 persoalan dan isu undang-undang, dalam pendengaran kes samannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang didakwa melanggar kontrak royalti minyak.
Antara persoalan berkenaan adalah hak yang dimiliki kerajaan negeri Kelantan terhadap petroleum di kawasan darat dan luar pantai Kelantan, sebelum Akta Pembangunan Petroleum 1974 dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1974 serta pelaksanaan Perjanjian Petroleum Kelantan dan Geran Kelantan, pada 9 Mei 1975.
Isu lain adalah sama ada keengganan Petronas menjelaskan bayaran secara tunai kepada Kelantan, bagi petroleum yang diperolehi di luar pesisir Kelantan, syarikat itu melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub menetapkan 10 April ini sebagai tarikh untuk memberi keputusan mengenai permohonan kerajaan negeri Kelantan, kerana beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah peguam, Tommy Thomas yang mewakili kerajaan negeri Kelantan.
Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan mewakili Kerajaan Malaysia.
Petronas dan Kerajaan Malaysia mengemukakan enam persoalan serta isu undang-undang yang akan didengar mahkamah, pada perbicaran yang ditetapkan kemudian.
Rosnaini meminta pihak terbabit membincangkan tarikh pendengaran itu dan mencadangkan kepada mahkamah pada 10 April nanti.

JPM sorok kos penggunaan jet kerajaan

KUALA LUMPUR 13 MAC: Kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu apabila enggan berterus terang mengenai kos dan tujuan sebenar jet kerajaan yang digunakan untuk mengelilingi dunia sebelum ini.
Demikian respon Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung soalan lisan beliau pada persidangan Dewan Rakyat 11 Mac lalu.
“Saya meminta jawapan Perdana Menteri tentang perjalanan dan jumlah kos penggunaan jet kerajaan 9M-NAA dari 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015 selain senarai penumpang.
“Jawapan amat mengecewakan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjawab sepanjang tempoh itu, jet 9M-NAA digunakan untuk urusan rasmi Perdana Menteri (PM).
“Malah segala kos yang tertanggung berdasarkan had kelayakan PM, manakala para penumpang adalah mereka yang berkelayakan menaikinya seperti pasukan keselamatan yang ditugaskan melindungi PM.
“Ini adalah kali pertama kerajaan enggan berterus terang menjawab soalan sedemikian dan menjawab
dengan sambil lewa,” kata Sim dalam kenyataan.
Beliau merujuk penggunaan jet milik kerajaan jenis Airbus A319-115X yang dilaporkan merantau dunia dalam tempoh kira-kira 12 hari meliputi penerbangan dari Hawaii ke Los Angeles, New York, kemudian ke London, Dubai, Bangkok sebelum berpatah balik ke Malaysia yang dianggarkan menelan belanja lebih RM500,000.
Sim turut mempersoal siapa penumpang misteri yang menaiki pesawat tersebut.
“Media melaporkan bahawa PM telah kembali ke Malaysia selepas bermain golf dengan Presiden Barack Obama pada 27 Disember 2014.
“Dari 27 Disember sehingga 7 Januari lalu, PM bukan lagi penumpang jet kerajaan tersebut, penumpangnya kini menjadi misteri, adakah penumpang VVIP itu lebih layak daripada PM?” soalnya.

#KitaLawan: Waran tangkap Nurul Izzah, Umno bacul perguna PDRM – Dr Afif

OLYMPUS DIGITAL CAMERABUKIT SEGAMBUT 13 MAC: Empat sekumpulan anggota polis menyerbu ke kediaman Nurul Izzah Anwar di sini kira-kira 5.10 petang tadi dengan membawa waran tangkap ke atas Naib Presiden KEADILAN itu.
Perkara itu disahkan Nurul Izzah di twitter sambil memaklumkan beliau ketika itu tiada di rumah kerana dalam perjalanan ke Kota Bharu.
Nurul Izzah pada Himpunan #KitaLawan 7 Mac lalu memberitahu, beliau menerima surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memintanya hadir pada Isnin ini, 16 Mac bagi membantu siasatan polis berkait kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, tindakan polis yang mahu menahan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menunjukkan polis sebagai perkakas Umno.
“Polis kini di hadapan rumah Nurul Izzah dengan waran tangkap. Kebaculan Umno mempergunakan PDRM sudah sampai tahap baru!” kata Afif dalam respon ringkasnya di twitter.

Semak semula fatwa GST, saya sedia dipanggil JK Fatwa - DR MOHD KHAIRUDDIN

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Semasa menyampaikan ucapan Menjunjung Kasih Titah YDPA semalam di Dewan Rakyat, saya telah mendesak agar fatwa keharusan GST yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-106, yang bersidang pada 21-22 Oktober lalu disemak semula.
Dalam ucapan tersebut, saya telah menyatakan beberapa hujah bahawa GST bercanggah dengan prinsip percukaian Islam. Boleh teliti ucapan saya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=kK2MCBXd96I.
Secara ringkasnya, ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam iaitu:
I) Kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara.
Apabila disemak belanjawan negara ternyata realitinya kerajaan masih mempunyai sumber selain cukai GST yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara tanpa perlu mengenakan cukai GST.
II) Keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan.
Realitinya ialah kerajaan masih berboros dalam berbelanja sehingga berlaku belanjawan defisit 18 tahun berturut-turut dan masih berlaku ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun sebagaimana semakan berdasarkan Laporan Audit Negara.
III) Hanya dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.

Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan kelemahan kepemimpinan perdana menteri, termasuk isu isterinya dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dakwa seorang penulis blog pro-Umno.

Shahbudin Husin, penulis empat buku anti-Najib, mendakwa kesimpulannya itu selepas berbual dengan Dr Mahathir selama hampir sejam di pejabat mantan perdana menteri itu di bangunan KLCC semalam.

Tambah bekas pemimpin Pemuda Umno Wangsa Maju itu, butiran lain perbualan beliau itu tidak dapat didedahkan buat masa sekarang. Beliau juga tidak menyatakan siapa lagi terlibat dalam pertemuan itu.

"Tetapi dalam bahasa yang mudah, Mahathir tetap tidak bersetuju dan kekal dengan pendiriannya tidak lagi menyokong Najib sebagai perdana menteri," tulis ahli Umno itu di blognya hari ini.

Tuntutan saman sivil RM100 juta keluarga Altantuya mungkin dipinda

Tuntutan saman sivil RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita Mongolia itu berkemungkinan besar dipinda berdasarkan keterangan terbaharu yang terkandung dalam rekod rayuan Mahkamah Persekutuan.
Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan 3 anggota keluarganya berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Asyida Abd Rahim@Ibrahim hari ini menetapkan tarikh pengurusan kes tuntutan saman sivil berkenaan pada 23 April depan.

 Beliau berkata pihaknya menerima dokumen dan rekod rayuan relevan bersabit kes jenayah pembunuhan kejam wanita itu oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada Mahkamah Persekutuan, minggu lepas.

"Banyak rekod yang kita terima berhubung kes berkenaan dan memerlukan masa untuk penelitian sebelum berkemungkinan besar meminda saman sivil itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Pada 4 Jun 2007, Setev dan ibu Altantuya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia. Dalam saman itu, keluarga Altantuya menuntut pampasan RM100 juta.

 Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006. Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009. Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Akaun Tunku Azizah tutup lepas sindir Rosmah

Akaun Instagram yang dikatakan milik Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ditutup selepas beliau memuat naik status yang kelihatan menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Akaun itu, yang menggunakan nama 'Tengku Puan Pahang', tidak lagi ditemui di laman sosial berasaskan gambar itu.

Tunku Azizah sebelum ini memuat naik gambar sebungkus nasi dengan tulisan:

"There goes my diet (Ini diet saya)… Oleh kerana nak bayar hairdresser (pendandan rambut) mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!"

Status itu kemudian dikongsi meluas di Internet yang rata-rata penggunanya berpandangan ia ditujukan kepada Rosmah, yang pernah membangkitkan soal bayaran upah mewarna rambut dalam perkhidmatan rumah ke rumah.

Rosmah dalam taklimat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di pejabat Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) mengeluh soal bayaran mahal perkhidmatan rumah ke rumah.

Beliau, antaranya, membangkitkan caj mewarnakan rambut yang mencecah angka RM1,200.

Blog CheDet digantung, artikel 1MDB gagal dibaca

Blog popular milik Tun Dr Mahathir Mohamad kini digantung, beberapa jam selepas satu artikelnya mengkritik keras pentadbiran perdana menteri dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Apabila cuba diakses, tertera perkataan "this account has been suspended" atau akaun blog ini telah digantung. Puncanya masih belum dapat dipastikan.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi pegawai Dr Mahathir berhubung masalah ini.

Perkara ini mula disedari menjelang jam 4.30 petang apabila semakan Malaysiakini mendapati blog popular itu CheDet.cc tidak dapat diakses.

Dr Mahathir, antaranya, mengungkit kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, menggesa siasatan forensik polis terhadap 1MDB serta memberi amaran BN mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang akibat masalah syarikat pelaburan tersebut.

Tulisan panjang itu bagaimanapun telah beredar secara meluas di Internet.

'Ringgit lemah, hutang 1MDB dijangka naik'

Walaupun sudah membayar lebih RM2 bilion sejak awal tahun ini, hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kemungkinan besar akan bertambah kerana ia kebanyakannya dalam bentuk dolar Amerika Syarikat (AS).

Ekoran keadaan ringgit yang melemah berbanding dolar, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menganggarkan hutang 1MDB akan menghampiri angka RM50 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, Pua juga mendakwa 1MDB membuat pinjaman tambahan.

Berdasarkan laporan kewangannya sehingga 31 Mac 2014, 1MDB mempunyai hutang keseluruhan RM42 bilion dengan RM22.25 bilion daripadanya bentuk dolar AS.

Ringgit kini bernilai RM3.69 sedolar berbanding RM3.26 sebelum ini.

1MDB punca BN akan kalah PRU?


Walaupun penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterima oleh akar umbi Umno, besar kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

“Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

“Ingatlah undi orang Umno  sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 8 Mac lalu, kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian dikatakan berpuas hati dengan penjelasan Najib sebagai presiden parti berhubung isu 1MDB.

Menulis di blog hari ini, Mahathir (kiri) berkata jika tiada siasatan forensik oleh polis dibuat susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.

“Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi,” katanya.

Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB

Meningkatkan tekanannya kepada kerajaan berhubung kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat pelaburan nasional bukan saja perlu diaudit tetapi perlu disiasat polis.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya di blognya hari ini.

"Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

"Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu," tambah mantan perdana menteri.

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

Paul Phua: DAP cabar Zahid Hamidi kemuka bukti surat bekas menteri

KUALA LUMPUR, 13 MAC: DAP mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar menunjukkan surat yang ditulis oleh Menteri Dalam Negeri sebelum beliau kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai kes Paul Phua.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, Zahid tidak boleh mendiamkan diri jika benar beliau memiliki lambakan surat dan perjanjian yang ditandatangani menteri terdahulu kerana ia mesti ditunjukkan sama ada kepada umum atau Parlimen dalam kadar segera.
“Perkara ini melibatkan kepentingan awam dan negara yang memberi kesan secara langsung bukan saja atas kredibiliti Kementerian Dalam Negeri (KDN) tapi terhadap Zahid dan pemimpin di jabatan itu sebelum dirinya.
“Sebagai menteri, Zahid terikat untuk membuktikan rekod tersebut dan secara peribadi beliau perlu bersuara untuk membersihkan namanya.
“Tapi jika surat itu tidak wujud, maka Zahid tidak boleh lagi terus kekal sebagai pemimpin untuk KDN dan perlu sedia meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ketua Biro Undang-Undang DAP itu juga mengingatkan Zahid supaya sedar bahawa terdapat perbezaan ketara antara surat biasa yang ditulis kepada negara-negara asing dari surat yang beliau tandatangani.

1MDB: Ketua Polis Negara perlu jelas percanggahan

GELANG PATAH, 13 MAC: Percanggahan kenyataan Ketua Polis Negara dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) tentang siasatan 1MDB menunjukkan pentadbiran badan-badan kerajaan sudah semakin celaru.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan percanggahan antara kedua-dua badan PDRM dan SPRM itu dalam isu penubuhan pasukan khas gabungan polis, SPRM dan Jabatan Peguam Negara di samping mendesak penjelasan benarkah adanya penubuhan pasukan khas itu.
“KPN kata pasukan khas itu yang juga akan siasat Perdana Menteri, namun disangkal Ketua SPRM Abu Kassim Mohamed yang berkata pada hari yang sama bahawa SPRM akan menunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sebelum memulakan siasatan sendiri.
“Abu Kassim seolah-olah tidak tahu-menahu adanya pasukan siasatan khas yang ditubuhkan (menurut KPN) pada minggu sebelumnya bagi menyiasat 1MDB.
“KPN dan SPRM perlu jelaskan benarkah ada penubuhan gabungan tiga agensi untuk siasat 1MDB itu, atau ia hanya imaginasi KPN?” soal Kit Siang.
Percanggahan ini memperlihatkan seolah-olah KPN membuat kenyataan tiada fakta dalam siasatan 1MDB yang didakwa turut melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sementara pihak SPRM pula seperti tidak ada maklumat tentang perkembangan terbaru 1MDB yang berhutang RM42 bilion itu.
Namun, menurut Kit Siang belum pun sempat ada penjelasan dari pihak KPN mengenai percanggahan kenyataan itu. Keesokan harinya iaitu 10 Mac, Khalid secara tiba-tiba mengumumkan bahawa pasukan khas gabungan tiga agensi yang diumumkan tempohari hanya akan memulakan siasatan mereka ke atas 1MDB hanya selepas Ketua Audit Negara selesai dalam penelitian mereka jika ada salahlaku.

Bossman Najib dan Husni meludahi Kabinet. 1 Malaysia Dalam Bahaya.

Rakyat kena tahu duplicity atau klentongan  pemimpin2 kerajaan BN. Mereka akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat.
Beberapa hari yang lalu, Husni Hanadzliah , menteri kewangan 2 menyatakan bahawa wang RM950 juta yang diketepikan untuk 1MDB adalah standby credit bukan pinjaman atau bailout.
Silalah nyatakan apa bezanya- bila RM950 juta benar2 digunakan oleh 1MDB?  Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutang lah yang diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda yang mengesahkannya. Ia nya pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial.
Siapa yang cakap benar dan siapa yang tipu? Dan saya mahu semua pembaca tahu bahawa Husni ini lagi seorang pemimpin umno yang tidak bertulang belakang- The Oracle of Syed Putera pernah beritahu saya, bahawa Husni tidak akan berani buat keputusan apa2 kecuali mendapat clearance dari boss. He’s a weak fellow.
Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit- mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib.  Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu- orang nya blur.
Bahkan, sebelum itu apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli mendedahkan bahawa perbendaharaan telah menyuntik RM950 juta kepada 1MDB- yang sudah membebankan negara dengan potential bailout berbilion Ringgit, orang tidak percaya dan menuduh Rafizi membuat fitnah dan pembohongan.
Yang paling vocal dan keras mengutuk pendedahan Rafizi Ramli itu ialah Syed Ali Al-Habshee yang sememangnya berkerja dan beroperasi sebagai pengampu Najib dan Rosmah. Itulah kerja nya sebagai sumbangan untuk dapat bisnes dan kontrak dari kerajaan BN.
Malah dia adalah seorang dari dua yang menggerak dan menganjurkan himpunan ikrar taat setia dan sokongan kepada Najib tempoh hari . ya- itulah maksud himpunan solidarity bersama Najib. Ianya himpunan menjeritkan sokongan dan ikrar taat setia tenggelam atau berenang bersama Najib. Kepada saya, tenggelam bersama itu kurang, berenang menyelamakan diri masing2 itu tabiat UMNO. Bila datang ujian, orang UMNO akan lari.
Oleh kerana ianya bukan anjuran rasmi parti UMNO tapi dianjurkan oleh 2 orang yang mahu menempah dan mengekalkan relevance- yang lagi satu Fatmi Salleh, ramai ketua bahagian dan pemimpin UMNO tidak hadir.

Ringgit merudum, hutang 1MDB dijangka cecah RM50b


HARGA HARTANAH KEDIAMAN DIJANGKA NAIK SELEPAS GST !!!"


Sejarah ekonomi di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah HUTANG ISI RUMAH yang sangat tidak mampan telah menjadi TERAS UTAMA disebalik tragedi kemelesetan dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008... MAKSUDNYA, anda sendiri tahu jawapannya 
Emotikon like

TAHUKAH ANDA.. Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana DATA SEBEGINI. So, berwaspadalah rakyat Malaysia...

Peguam Umno @ RM1K cuba henti usaha debat tindakannya dalam AGM Majlis Peguam esok

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah beralih kepada mahkamah dalam usaha untuk menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibahaskan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam Malaysia esok.
Sumber berkata Shafee berkemungkinan akan memohon injunksi ex-parte. Dalam permohonannya, Shafee menamakan peguam Perlembagaan Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George, yang mencadangkan serta menyokong usul masing-masing, Majlis Peguam Malaysia dan presidennya Christopher Leong sebagai responden.
 Kes itu disenaraikan didengar hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad. The Malaysian Insider cuba menghubungi Shafee untuk mendapatkan pengesahan.

Kalau bukan Najib, siapa guna jet rasmi dari 22 Dis 2014 hingga 7 Jan 2015..???

Penjelasan Putrajaya mengenai penerbangan jet rasmi kerajaan 9M-NAA yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya pada Disember lalu amat mengecewakan, kata PKR. Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata ini adalah kali pertama Putrajaya enggan berterus terang menjawab soalan tersebut, seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

 "Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab sepanjang 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015, jet 9M-NAA digunakan untuk tujuan urusan rasmi perdana menteri.  "Segala kos yang tertanggung adalah berdasarkan had kelayakan perdana menteri manakala para penumpang yang menaiki pesawat tersebut adalah mereka yang berkelayakan menaikinya seperti pasukan keselamatan yang ditugaskan melindungi perdana menteri," katanya memetik jawapan Parlimen.

Sim berkata pada sesi Parlimen lepas, soalan sedemikian dijawab dengan penuh apabila didedahkan perjalanan Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar menggunakan jet kerajaan pada 2014, menelan belanja lebih RM400,000. Katanya, fakta yang dijawab Putrajaya mengenai perjalanan jet 9M-NAA pada Disember tahun lalu juga salah apabila media melaporkan Najib kembali ke Malaysia selepas bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii pada 27 Disember 2014. "Maka, dari 27 Disember sehingga 7 Januari, Perdana Menteri tidak lagi menumpang jet kerajaan tersebut. Penumpang VVIP menjadi misteri.

 Adakah penumpang VVIP itu lebih layak daripada perdana menteri? Rakyat berhak tahu segala kebenaran. "Sebagai ahli Parlimen, saya amat khuatir terhadap kebajikan penumpang VVIP ini. Adakah beliau sihat? Adakah beliau selamat sampai ke destinasi? Adakah beliau berjaya menjalankan tugas keselamatan negara? Adakah beliau puas membeli belah? VVIP berkenaan adalah tunjang negara.

Jangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada beliau," katanya. Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, jawapan Jabatan Perdana Menteri itu harus dikecam kerana tidak berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen.

Dana Besar: Muhyiddin terkejut Malaysia corot dalam ranking pendidikan antarabangsa...Apa tidak percaya eh..!!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata laporan ujian di peringkat  antarabangsa seperti Pisa dan TIMSS membuktikan prestasi  pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli , 13 Mac, 2015. 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata laporan ujian di peringkat antarabangsa seperti Pisa dan TIMSS membuktikan prestasi pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli , 13 Mac, 2015.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan terkejut apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan corot dalam ujian piawaian antarabangsa meskipun Putrajaya memperuntukkan dana besar dalam sistem pendidikan negara.
Beliau berkata, laporan ujian di peringkat  antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) membuktikan prestasi  pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang.
"Isu yang kita hadapi bukan sahaja kementerian namun sebagai menteri pendidikan kenapa dengan sumbangan besar kerajaan dalam bidang pendidikan pencapaian anak kita tidak setinggi berbanding negara maju?

"Pandai, namun diletakkan dalam ujian antarabangsa seperti TIMSS dan Pisa, ia bukan satu rahsia dan kedudukan kita dikatakan satu pertiga di bawah dan bukan di atas. "Saya selaku menteri pendidikan terperanjat dilapor begitu, namun saya perlu terima walaupun sudah dikatakan baik namun belum cukup baik," katanya ketika berucap melancarkan Majlis Perasmian Karnival Warna Warni di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam hari ini.
Ini merupakan kali pertama timbalan perdana menteri itu memberikan reaksinya mengenai prestasi pendidikan Malaysia dalam ranking piawaian antarabangsa.
Sebelum ini, laporan pendidikan seperti Pisa dan TIMSS mendedahkan rangking Malaysia pada tahap tercorot dan berada di belakang ‎Vietnam.
Dalam ujian Pisa yang dikeluarkan pada Disember lalu, Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara.
Ini menyebabkan Putrajaya termasuk Muhyiddin dikecam hebat oleh pemimpin Pakatan yang menyifatkan kejatuhan prestasi  sebagai krisis pendidikan negara.

1MDB: 'Kroni dapat telur emas, rakyat dapat tahi itik'

Menteri Ku Nan marah kenapa ramai yang kritik ‪#‎1MDB‬ sedangkan ia ibarat itik yang bertelur emas! Baik untuk rakyat, katanya. Semalam Menteri Kewangan II sahkan Najib Razak dah bagi RM950 juta dana baru disuntik ke dalam #1MDB untuk bantu legakan tekanan kewangan. Ini ibarat pepatah moden: Ibarat kroni dapat telur emas, rakyat dapat tahi itik!