KUALA LUMPUR, 12 Mac:
Akta Hasutan 1948 yang digunakan meluas kini lebih mempraktiskan pendakwaan terpilih dan bersifat double standard.
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen berkata akta itu telah disalah guna dan tidak lagi relevan untuk masyarakat zaman kini memandangkan ianya telah digubal sejak tahun 40-an lagi.
“Jadi Akta Hasutan sekarang digunakan secara meluas seperti machine gun, menembak sesiapa sahaja yang menyatakan sesuatu walaupun tidak keterlaluan, tidak membangkitkan keadaan yang sangat keruh tetapi hanya sedikit terbuka.
“Selain pendakwaan terpilih dan double standard, perbincangan akta hasutan lebih menekan dan menutup ruang daripada menutup ruang,” katanya.
Jelasnya melalui akta ini, penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang tidak boleh membezakan persepsi politik menyebabkan penggunaan akta itu semakin tidak relevan.
Katanya, walaupun akta berkenaan dikatakan lebih cenderung menyerang pembangkang dan dikawal oleh orang-orang yang mempunyai kuasa namun ia tetap perlu dimansuhkan sekiranya pentadbir Malaysia bertukar kerajaan.
“Ia jelas terdapat double standard dan salah guna kuasa walaupun kerajaan kata ia neutral tetapi undang-undang ini memang lapuk dan tidak lagi relevan di masa kini.
“Undang-undang lapuk, tidak releven, menindas dan AG (Peguam Negara) serta IGP (Ketua Polis Negara) depoliticized dan mereka jelas disalahgunakan jadi kalau ia dimansuhkan sekurang-kurangnya tiada undang-undang yang boleh digunakan untuk menekan pihak pembangkang.
Perkara itu turut disokong oleh Pengerusi Gerakan Mansuh Akta Hasutan 1948, Syahredzan Johan yang berkata sekurang-kurangnya ada persepsi terdapatnya pendakwaan terpilih dan penggunaan terpilih dalam isu membabitkan akta itu.