Selasa, 10 Mac 2015

Najib Razak Letak Jawatan dan Berundur Awal Perdana Menteri? Muhyiddin Intai Peluang?

najib razak letak jawatan
Ada masa kita dia atas, ada masa kita akan berada di bawah. Hidup ini ibarat roda. Ada masa kita dihormati dek kerana kuasa, pangkat dan wang.
Ada masa kita akan dicaci apabila kita kehilangan segala-galanya. Oleh itu beringatlah sesama kita, jangan mendabik dada. Berita Semasa difahamkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak semakin goyak selepas lepas satu-satu skandal yang dikatakan ada kaitan secara tidak langsung atau secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak.
Skandal 1MDB yang cukup kontroversi ini paling memberikan tekanan yang cukup besar kepada kedudukan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah mansor selaku isteri Perdana Menteri. Hayat Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak bertahan lama.

Najib Razak VS Muhyiddin Yaasin : Perdana Menteri Malaysia?

Pemimpin politik veteran, pemimpin yang berpengaruh dan kalangan ahli politik sudah mula memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib daripada luar dan dalam dan dalam pada masa yang sama Tan Sri Muhyiddin Yaasin dilihat sedikit demi sedikit mula diberikan kepercayaan dan sokongan untuk mencabar kedudukan bosnya, Datuk Seri Najib Razak
Semakan Berita Semasa sendiri kepada sokongan yang diterima oleh Datuk Seri Najib sejak PilihanRaya Umum ke 13 yang lalu telah jatuh merudum ke tahap 44% sahaja. Bertambah teruk lagi, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin bersama Sanusi Junid dan jaringan politik yang lain berterusan mengkritik Datuk Seri Najib Razak bagi menguruskan skandal 1MDB yang telah menanggung hutang sekitar RM42 bilion dan paling penting, mereka mahukan Datuk Seri Najib razak letak jawatan dan berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia.

PRK Chempaka: Selar ahli jadi calon bebas, satu usaha UMNO sekat demokrasi

sharifL
Sharif berpendapat UMNO sepatutnya tidak membiarkan kerusi DUN Chempaka dikosongkan tanpa meletakkan sebarang calon di situ.

KOTA BHARU, 10 Mac:

Bekas ahli UMNO yang merupakan calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06, Chempaka, Sharif Mahmood menyifatkan, langkah beberapa pimpinan parti berkenaan yang menyelar ahlinya daripada bertanding pada Pilihan Raya tersebut sebagai satu usaha menyekat amalan demokrasi.
Menurut beliau, UMNO sepatutnya terbuka dalam hal ini dan tidak menjadikannya sebagai satu isu untuk diperbesar-besarkan, sebaliknya, mereka harus menunjukkan kematangan dalam berpolitik.
“Baguslah kalau ada yang mahu bertanding. Dah pemimpin mereka tidak mahu meletakkan calon sendiri,  mengapa pula bila ada yang berani, kehendak orang itu hendak disekat-sekat.
“Bukan ke lebih baik sekiranya dibantu dan disokong, mudah-mudahan akan mendapat kemenangan yang mungkin tidak diduga,” katanya kepada The Rakyat Post pada Selasa.
Sharif berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyelar dan membuat bantahan terhadap ahli UMNO yang menjadi calon untuk bertanding pada PRK DUN Chempaka.
Shahidan yang merupakan Ahli Parlimen Arau dilapor berkata, mana-mana ahli UMNO yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya itu perlu memberi penjelasan kepada UMNO serta boleh dihadapkan ke pihak disiplin parti untuk tindakan.
Ini berikutan, langkah parti itu yang tidak meletakkan calon untuk bertanding selepas keputusannya dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

'Umno jumpa PM patutnya dialog tapi jadi sehala'

'Dialog' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin Umno bahagian berhubung isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu negara pada Ahad akhirnya berlangsung sehala.

Seorang pemimpin akar umbi Umno yang hadir ke program itu memberitahu Malaysiakini, program di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu menjadi taklimat sebelah pihak kerana penerangan disampaikan diterima baik.

Walaupun begitu, kata sumber, jika selepas ini audit mendapati benar-benar berlaku penyelewengan seperti didakwa pembangkang dan pembocor maklumat, tindakan undang-undang perlu diambil.

“Siapa sahaja tidak terkecuali (daripada undang-undang),” katanya.

Pertemuan dihadiri kira-kira 160 ketua Umno itu walaupun pada mulanya dilihat bakal menjadi medan menuntut penjelasan, ia sebaliknya berakhir dengan senyuman.

Malah, secara tidak langsung dilihat cuba menggambarkan dukungan akar umbi parti Melayu itu kepada Najib yang diasak hebat dalam isu 1MDB oleh pembocor maklumat dan pembangkang.

SYABAS NURUL IZZAH!.........

Seingat aku Nurul ‘tercampak’ di dalam kancah politik tanah air
(dalam keadaan terlalu awal) bukan atas kerelaannya tetapi semacam dalam keadaan terpaksa. Namun demikian bukanlah kehendaknya begitu tetapi seolah-olah telah ‘ditentukan’ dan ditakdirkan terjadi sedemikian. Beliau terpaksa terlibat secara aktif untuk memperjuangkan nasib ayahandanya Saudara Anwar Ibrahim yang terpaksa menghadapi berbagai dugaan yang datang pada akhir tahun-tahun 1990an.
Dalam usia yang begitu muda beliau telah menjadi ‘jurucakap’, ‘duta’, ‘peguambela’, ‘diplomat’ bagi pihak ayahnda dan juga bagi pihak rakyat Malaysia untuk menjelaskan sesuatu kepada masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengenai nasib yang menimpa Anwar Ibrahim pada ketika itu. Persepsi masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau terpaksa merengkok dalam penjara dan merupakan tanggungjawab Nurul pula untuk menjelaskan kepada masyarakat Malaysia dan dunia tentang keadaan sedemikian walaupun dibantu oleh pemimpin Pakatan rakyat lain.
Bak kata peribahasa Melayu,’ ke mana tumaphnya kuah jikalau tidak ke nasi’. Begitulah keadaan Nurul. Walaupun boleh dianggap sebagai ‘the reluctant politician’ pada ketika itu namun mungkin telah tersurat yang beliau terpaksa memikul tanggungjawab seberat itu demi untuk menyambung ‘agenda yang belum selesai’.
Kini sekali lagi Nurul Izzah berhadapan dengan suasana yang mungkin tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini ia itu menjalankan tanggungjawab sebagai ‘ketua pembangkang’ di parlimen tugas dan tanggungjawab yang begitu berat yang disandang oleh ayahandanya. Dengan sokongan yang kuat daripada parti DAP ( yang sentiasa mendapat jolokan seperti parti yang dimonopoli kaum Cina ) memberikan suatu isyarat yang jelas bahawa inilah tokoh yang betul-betul layak dan diyakini menjadi pemimpin negara Malaysia pada masa akan datang.
Nurul Izzah mungkin dianggap sebagai tokoh muda berbanding dengan TG Haji Hadi Awang dari segi umur. Nurul Izzah juga boleh dianggap sebagai kurang berpengalaman berbanding dengan YB Lim Kit Siang tetapi Nurul adalah merupakan ‘wakil’ masyarakat Kurun ke 21 yang terdiri dari golongan muda kini yang akan menempuh kurun berkenaan. Hanya pemimpin-pemimpin muda seperti Nurul yang tahu dan merasakan denyut nadi masyarakat yang akan menempuh kurun ini dengan agak berkesan.

Inikah sikap menteri pengampu Rosmah terhadap rakyatnya ??

 Kalau depan Rosmah SANGGUP kamu cium TETAPI berhadapan rakyat kamu lari...

WOWW !!! Hutang KERAjaan Pusat dah lepasi paras bahaya. MEMANG TERBAIK


Menurut Laporan Tahunan Audit Negara, ketirisan, pembaziran, korup, pecah amanah dan lain-lain kesalahan telah menyebabkan kerugian negara yang dianggarkan antara RM28 bilion hingga RM40 bilion setiap tahun.

CARA TERBAIK & CEPAT KERAjaan Najib Razaknak langsaikan hutang adalah dgn CUKAI GST !!!

Nik Nazmi dibebaskan, Rafizi juga keluar malam ini

Rafizi lapor isu 1MDB tapi kena tahan kes #KitaLawan

'Siasat Najib segera, tak perlu tunggu laporan audit 1MDB'

Forum Lucah: Lagi laporan qazaf ke 3 pada Shafee akan dibuat

Satu lagi laporan qazaf (tuduhan zina tanpa saksi) akan dikemukakan kepada Tan Sri Shafee Abdullah  berhubung kenyataan peguam itu mengenai kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dijadual membuat laporan itu petang esok di Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Ia akan menjadi laporan ketiga berkaitan isu itu susulan ucapan Shafee yang memperincikan aksi mesra sebelum perhubungan seks antara Anwar dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini laporan sama dibuat pada JAIS oleh pendakwah kontroversi Wan Ji Wan Wan Hussin berhubung perkara itu.

Laporan sama turut difailkan terhadap Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Presidenn ABIM Amidi Abdul Manan ketika dihubungi Malaysiakini berkata laporan itu akan dibuat kerana pihaknya tidak mahu masyarakat terbiasa dengan budaya mengaibkan seperti didakwa dilakukan Shafee.

Forum Lucah: 'Saya tak tambah bab Anwar cubit puting'

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan beliau menokok tambah cerita dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya sebagai peguam kanan beliau tidak melakukan kesalahan sebegitu.

Peguam pendakwaan dalam kes itu menegaskan bahawa terdapat bahagian menyebut Anwar "mencubit-cubit puting" bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam lantikan kerajaan dalam kes itu mengulas laporan Malaysiakini bahawa semakan transkrip mahkamah bagi prosiding tertutup (in camera) mendapati tidak ada insiden mencubit itu.

“Laporan kamu merapu,” katanya ketika ditemui semalam.

“Inilah sebabnya saya tidak mahu diwawancara oleh Malaysiakini. Perkara itu ada dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kamu baca atau tidak.”

Dalam ceramah pada 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Anwar, Shafee berkata: “Anwar mencubit-cubit dia punya puting”.

Shafee menceritakan perkara itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian liwat kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang disiarkan secara langsung.

Skandal 1MDB: DAP cadang jawatan Menteri Kewangan digantung


1mdb


KUALA LUMPUR, 10 MAC: Berikutan kesediaan Jabatan Audit Negara menyiasat penyelewengan skandal RM42 bilion 1MDB, DAP mencadangkan kepada Parlimen agar jawatan Menteri Kewangan digantung buat sementara.
“Jawatan Menteri Kewangan harus digantung sehingga siasatan ke atas 1MDB selesai dijalankan,” kata Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi ketika mencelah ucapan titah Diraja Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.
1MDB ditubuhkan pada tahun 2009 dan diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan penasihat kepada ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Bagaimanapun, kebelakangan ini skandal melibatkan 1MDB mendapat perhatian khususnya selepas maklumat penyelewengan didedahkan Sarawak Report.
Pada 8 Mac lalu, Sarawak Report turut mendedahkan percubaan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang cuba mempercepatkan pinjaman AS500 juta 1MDB kepada PetroSaudi pada tahun 2010.
Dalam usaha itu, Jho Low dilaporkan cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) dengan mengatakan bahawa Najib telah meluluskan pinjaman tersebut.

Siasat Jho Low dan bekas CEO 1MDB- Rafizi

Pihak berkuasa digesa menyiasat individu yang terbabit dalam jenayah 1MDB terutamanya yang bersabit pecah amanah dan pengubahan wang haram

rafizi 1mdbKUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat individu-individu utama yang terbabit dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi sebarang jenayah terutamanya bersabit pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Katanya setelah meneliti pendedahan oleh laman berita dalam talian, Sarawak Report di www.sarawakreport.org sejak dua minggu lalu apabila mendapati laporan tersebut memberikan perincian komunikasi antara seorang rakyat Malaysia bernama Jho Low dan bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Halmi telah berlaku.
“Perincian komunikasi di antara kedua mereka dan rakan perniagaan dari sebuah syarikat bernama PetroSaudi memberi gambaran bahawa ada beberapa pelaburan 1MDB dan pemindahan wang telah melanggar undang-undang Malaysia.
“Perincian komunikasi ini antaranya adalah dalam bentuk perutusan emel dan mesej pesanan ringkas Blackberry,” katanya kepada pemberita setelah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebentar tadi.
Jelasnya, kesalahan yang paling nyata ialah apabila sejumlah besar wang berjumlah USD700 juta dipindahkan tanpa mengisytiharkan penama akhir yang akan menerima wang itu.
“Ini telah melanggar peraturan anti pengubalan wang haram di bawah Akta Pengubahan Wang Haram di Malaysia dan di mana-mana negara di dunia.

Rafizi lapor isu 1MDB, kena tahan kes demo

Polis terus menahan pemimpin pembangkang yang datang ke balai polis dalam usaha menyiasat perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Terbaru Naib Presiden PKR Rafizi Rafizi ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat laporan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, yang ditahan dua hari lalu, dijangka akan dibebaskan malam ini, kata peguamnya.

Seorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa, ditahan hari ini dan belum dibebaskan.

Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan kira-kita jam 7 petang sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

Beliau dikatakan ditahan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman berkaitan Himpunan Kita Lawan pada 7 Mac lalu.

'Pencalonan Tuan Ibrahim buktikan keterbukaan PAS'

'Nik Nazmi kebuluran, digari dan tak berkasut dalam lokap'

Isu qazaf Shafee: Adakah JAIS akan bertindak? soal PKR

Dewan Rakyat larang Nurul Izzah wakili Anwar

MP PKR Lembah Pantai Bahas Titah Diraja 2015 - ( Part 1-6)


Saya juga akan isytihar harta, kata Azmin.....Ada yang takut nanti..!!!

Mohamed Azmin Ali akan membuat pengisytiharan harta terkininya selepas beliau dilantik Menteri Besar Selangor September tahun lalu.

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau pernah mengisytihar hartanya, selaras dengan ketetapan dalam Pakatan Rakyat (PR), pada sekitar tahun 2008 sebelum dilantik menjadi menteri besar. "Saya memang sudah buat, itu memang ketetapan dalam PR. Saya sudah buat pada 2008.

Selepas jadi menteri besar, belum lagi," katanya ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. "Ya, saya akan isytihar kepada umum." Azmin diminta mengulas tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mengisytiharkan hartanya secara terbuka kepada umum selepas didesak oleh pemimpin Umno.

Rafizi yang mengakui memiliki harta dan simpanan melebihi nilai hutangnya, menyarankan presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan kaedah sama bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan tidak berpadanan dengan gaji.
"Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak daripada Allahyarham Tun Abdul Razak seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu sepertimana saya memperincikan harta saya.

"Saya yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan itu beliau turut mendedahkan akuan berkanun pengisytiharan harta yang dilakukannya hari ini dengan memperincikan segala harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya sebagai ahli Parlimen.

Minggu lepas, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencabar pimpinan PR membuat pengisytiharan harta sebelum mengkritik kekayaan Najib dan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang lain. Syed Ali dilaporkan memberi contoh gaya hidup Azmin dan isterinya yang sebelum ini didakwanya "memiliki aset yang meragukan".

MB Selangor jumpa Speaker Dewan Rakyat minta iktiraf peranan Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen, hari ini.
azminspekaerMohamed Azmin tiba pada jam 2.05 petang dan menandatangani buku pelawat Parlimen sebelum masuk ke bilik utama untuk perbincangan ringkas.
Pertemuan berlangsung selama 50 minit itu adalah pertemuan rasmi pertama beliau selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, pada September lalu.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke sesi Dewan Rakyat.
“Oleh kerana Tan Sri Speaker mengeluarkan kenyataan Datuk Seri Anwar masih lagi seorang Ahli Parlimen yang sah, maka beliau kekal sebagai Ketua Pembangkang yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.
“Sebagai sebuah Parlimen yang mempertahankan prinsip demokrasi, maka ia harus mengiktiraf peranan Ketua Pembangkang dalam setiap sesi.
“Saya juga melahirkan kekecewaan apabila sehingga hari ini Datuk Seri Anwar tidak dibenarkan ke Parlimen sedangkan ada peruntukan yang membenarkan beliau keluar seperti ke mahkamah dalam kes saman terhadap Datuk Hanifah Aman.
“Mengapa di Dewan Rakyat menjadi halangan untuk beliau dibawa sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Dewan Rakyat larang Nurul wakili Anwar

Ahli parlimen Lembah Pantai yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.

Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagiannya ucapannya sendiri.

"Kita sudah putuskan bahawa ucapan Yang Berhormat adalah ucapan Yang Berhormat, bukan mewakili ketua pembangkang," kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kepada Nurul.

Gobind: KPN pilih kasih, hanya tangkap pemimpin Pakatan Rakyat


gobind singh deo

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menyelar sikap pilih kasih Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang hanya melakukan tangkapan keatas pemimpin Pakatan Rakyat atas dakwaan tertentu, dalam masa sama melepaskan pemimpin BN.
Ketika mencelah ucapan perbahasan titah Diraja Ketua Pempangkang yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Gobind menyentuh isu penangkapan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat ekoran perhimpunan #KitaLawan di hadapan pasaraya Sogo, Sabtu lalu.
“Penangkapan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat oleh pihak polis ini jelas adalah satu tindakan pilih kasih.
“Sedangkan menteri-menteri kerajaan yang jelas melanggar undang-undang dibiarkan,” kata Gobind di Dewan Rakyat yang turut disokong Nurul Izzah.
Beliau turut memberikan contoh bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri tidak ditangkap selepas jelas mengeluarkan kenyataan menghasut dan berbaur perkauman kerana menyeru orang Melayu untuk memboikot perniagaan orang Cina.
“Pimpinan Pakatan Rakyat (merujuk Ketua AMK PKR Nik Nazmi) ditangkap ketika memberikan kerjasama dengan polis.
“Tetapi Ismail Sabri dilepaskan begitu sahaja. Ya betul, ini adalah tindakan pilih kasih oleh KPN,” kata Nurul Izzah.

DAP persoal kemana RM800 juta peruntukan bantuan banjir?


pix for wawancara anthony loke DALAM


KUALA LUMPUR, 10 MAC: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan ke mana peruntukan banjir yang kononnya didakwa berjumlah RM800 juta oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
“Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa peruntukan untuk mangsa banjir baru-baru ini adalah sebanyak RM97 juta.
“Pendedahan beliau ini amat memeranjatkan, kerana bukankah Ahmad Maslan dulu cakap jumlahnya RM800 juta?
“Mana perginya RM800 juta ini? Apakah kerajaan sebenarnya telah menipu mangsa banjir khususnya warga Kelantan yang paling terjejas teruk,” soalnya dalam Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan titah Diraja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.
Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP menyatakan, jelas kerajaan langsung tidak memberikan bantuan yang konkrit kepada mangsa banjir, sehingga kini masih ada mangsa yang hidup penuh kesengsaraan.
“Jika peruntukan yang disalurkan kepada mangsa banjir menyeluruh seperti didakwa, mengapa masih ada penduduk di Gua Musang yang tinggal dalam khemah?” soalnya.
Shahidan ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pagi tadi menyatakan kerajaan memperuntukkan RM97 juta untuk agihan kepada 194,280 mangsa banjir.

ANDA NAMPAK TAK.. Lapar duit punya kerajaan !!!

Baru nak apply masuk IPTA/ UPU dah kene cekau duit awal2 lagi. Belum lagi dgn PTPTN..

Inilah nasib rakyat M'sia. Nak belajar pun KERAjaan menggila lapar cekau duit rakyat.

TAHUKAH ANDA.. nak apply PTPTN pun ada caj bayarannya.. baru tahu rupanya rakyat M'sia ni MEMANG KAYA RAYA..

p/s: Nasib baiklah zaman Admin masuk U dulu xder PTPTN, ada MARA.. Tapi apa dah jadi ngan MARA skrg ???

Jho Low ambil alih syarikat Taib Mahmud guna duit siapa?


jho-low


KUALA LUMPUR, 10 MAC: DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Taek Jho Low yang mengambilalih syarikat bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud menggunakan dana 1MDB.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua syarikat Utama Banking Berhad (UBG) sebelum ini dimiliki Taib Mahmud kini menjadi milik Jho Low setelah membeli semua saham UBG melalui anak syarikat PetroSaudi International, Javace Sdn Bhd.
Kata Tony, pembelian semua saham oleh Javace Sdn Bhd yang bernilai RM 1.4 bilion dibuat pada 2010.
“Semua saham yang dibeli Javace menggunakan wang yang disediakan oleh AmInvestment Bank Bhd sebanyak RM 700 juta.
“Manakala bakinya diambil dari syarikat PetroSaudi International (PSI)l sebanyak RM 850 juta.
“Sebenarnya, duit yang diambil dari PSI itu adalah berasal dari 1MDB PetroSaudi Limited pada 8 September 2010, dua minggu sebelum itu melalui pinjaman Murabahah,”ujar Tony.
Katanya, pinjaman itu diubah 1MDB dari syarikat “1MDB PetroSaudi Limited” kepada pinjaman murabahah bernilai USD1.2 bilion, dan 1MDB PetroSaudi akhirnya menjadi hak milik PetroSaudi Cayman yang memberikan jaminan kepada pinjaman tersebut.
“Walaubagaimanapun, sejumlah USD160 juta dari USD500 juta dipindahkan ke dalam satu akaun di Switzerland dimiliki Good Star Limited, syarikat permodalan yang dikawal Jho Low dan rakan-rakan.
“Apa yang lebih membimbangkan adalah pendedahan dokumen oleh Sarawak Report yang mengatakan dana di bawah PSI itu sebenarnya dikawal oleh Jho Low.

Dewan Rakyat lulus usul larang cukur rambut

Usul itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut meminta Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar agar sentiasa peka dalam memastikan keselamatan di sekitar bangunan Parlimen.

KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen hari ini dikejutkan dengan usul larang cukur rambut di laluan menuju ke Parlimen.
Usul, tiada sebarang halangan di laluan menuju ke bangunan Parlimen itu nampaknya dituju khas terhadap protes membotakkan kepala yang disertai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pagi tadi, mendapat kelulusan Dewan.
MP-botakUsul itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut meminta Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar agar sentiasa peka dalam memastikan keselamatan di sekitar bangunan Parlimen.
“Majlis ini memerintahkan ketua polis negara menjaga selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang jalan dan lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli pergi dan balik dari Dewan ini,” kata Zahid.
Beliau menegur supaya tidak ada kacau-bilau yang berlaku di jalan menuju ke Dewan dan berhampiran bangunan Dewan Rakyat.
Justeru, setiausaha Dewan Rakyat diminta menyampaikan perintah tersebut kepada KPN.
Pagi tadi, beberapa pemimpin dan penyokong parti pembangkang bertindak mencukur rambut sebagai tanda protes mereka terhadap sistem perundangan yang tidak membenarkan Anwar menyertai sidang Parlimen kali ini.

Indeks saham M'sia terburuk jika tak dedah skandal 1MDB

KUALA LUMPUR: Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) 2015 akan kekal sebagai pasaran saham paling teruk di rantau Asia Pasifik jika kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak serius menyelesaikan skandal 1MDB.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, 1MDB bakal mengulangi apa yang berlaku terhadap saham Bumiputera bernilai RM52 bilion dan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM13.5 bilion.
Katanya, kejatuhuan nilai di bursa Asia Pasifik tidak mengejutkan berikutan pengukuhan nilai dolar Amerika dan pengurangan kadar pengangguran Amerika, memungkinkan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve Amerika dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Bagaimanapun Malaysia akan menanggung akibat yang tak setara kerana lemahnya pasaran modal dan saham, walaupun negara mencatat pertumbuhan ekonomi di antara 5.7 peratus dan 6 peratus tahun lalu,” katanya dipetik Roketkini.

800,000 Pati miliki kad pengenalan tidak sah di Sabah

Jimmy Wong
Terdapat lebih 800,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah memiliki kad pengenalan yang tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terdapat kemungkinan semua dakwaan Jimmy Wong hanyalah rekaan semata-mata kerana tidak puas hati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu menegaskan, dia tidak ada sebab untuk mengadakan cerita jika tidak mempunyai bukti kukuh.
"Kenapa mahu reka cerita? Saya pemimpin DAP Sabah dan saya orang Sabah telah lama melihat pendatang-pendatang asing ini dengan senangnya memiliki kad pengenalan Malaysia.
"Mereka bukannya warganegara tetapi kenapa mereka boleh memiliki kad pengenalan dan seterusnya mendapat hak untuk mengundi pada pilihan raya?
"Kami ada bukti bahawa semua kad pengenalan yang mereka miliki tidak didaftarkan dengan JPN dan hal ini mesti diselesaikan segera untuk membersihkan Sabah," katanya kepada MalaysiaGazette di luar bangunan Parlimen pagi tadi.
Tegasnya, semua pendatang asing yang memilik kad pengenalan tidak sah itu bebas menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, sebagai mana yang dinikmati oleh warganegara Malaysia.

Nafi hak Ketua Pembangkang, BN kejam

anwarSHAH ALAM, 10 MAC: Tindakan  kerajaan menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir berbahas pada Sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga, semalam seakan menafikan hak beliau sebagai Ketua Pembangkang.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata,  PAS kesal dengan keangkuhan Kerajaan Barisan Nasional yang menafikan hak kehadiran itu, sedangkan Anwar belum hilang kelayakan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh selagi Lembaga Pengampunan tidak membuat keputusan.
“Tindakan kerajaan menyekat hak demokrasi yang dijamin di sisi Perlembagaan ini bukan sahaja mengecewakan kami Ahli Parlimen pembangkang tetapi seluruh rakyat yang memilih Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
mahfuz omarBeliau berkata, pelbagai alasan diberi untuk menghalang kehadiran Ketua Pembangkang, sedangkan hakikatnya Komisioner Penjara berhak menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Penjara 1995.
Sekeyen itu memperuntukan Komisioner Jeneral Penjara boleh mengarahkan banduan dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia melalui perintah bertulis selepas berpuas hati dengan alasan munasabah yang mengkehendaki kehadiran seseorang banduan di tempat itu.
“Saya melihat tindakan ini memburukkan imej Malaysia di mata dunia,” katanya.
Katanya, PAS berharap permohonan untuk Ketua Pembangkang hadir berbahas sebagai tanda menjunjung kasih kepada Yang DiPertuan Agong dipertimbang secepat mungkin.
Semalam, dilihat sebagai satu satu institusi legislatif apabila majlis perasmian sidang Dewan Rakyat berlangsung tanpa kehadiran Ketua Pembangkang.

Tak benar Anwar ke Parlimen dikaji semula - Azmin

Speaker Dewan Rakyat akan mengkaji semula keputusan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, kata MP Gombak, Azmin Ali.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku menteri besar Selangor yang baru.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat pembantunya pada tahun 2008.

Usahasama 1MDB direka agar rumit - Tony Pua

MP Petaling Jaya Utara menggesa pihak berkuasa agar memulakan siasatan ke atas taikun Taek Jho Low atas dakwaan penggubahan wang untuk membeli Utama Banking Group (UBG Bank) pada tahun 2010.

Dakwa Pua, struktur usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi pada tahun 2009 direka agar menjadi rumit untuk membolehkan Jho Low dan rakan-rakannya "menyalurkan berbilion ringgit dari Kementerian Kewangan".

"Struktur usaha sama yang rumit ini membayangkan bahawa ada orang cuba menyembunyikan sifat sebenar dana yang digunakan untuk membeli UBG," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Sarawak Report dan The Edge, PetroSaudi menerusi anak syarikatnya di Malaysia, Javace Sdn bhd membeli UBG pada harga RM1.4 bilion pada tahun 2010.

Wang itu dipercayai datang daripada hasil usahasama 1MDB dan PetroSaudi.

Ada Berani: Rafizi cabar Najib isytihar harta

Selepas bertindak mengisytiharkan harta sepertimana didesak pemimpin Umno, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama. Beliau yang mengakui memiliki harta dan simpanan melebihi nilai hutangnya, menyarankan presiden Umno itu menggunakan kaedah sama bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan tidak berpadanan dengan gaji.

 "Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak daripada allahyarham Tun Abdul Razak seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu sepertimana saya memperincikan harta saya.

 "Saya yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kenyataan itu beliau turut mendedahkan akuan berkanun pengisytiharan harta yang dilakukannya hari ini dengan memperincikan segala harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya sebagai ahli Parlimen. "Saya juga memberikan latar belakang pendapatan dan kedudukan harta saya sebelum saya menjadi ahli politik dan wakil rakyat," kata Rafizi.

Dalam akuan itu, ahli Parlimen Pandan itu menyatakan tidak menerima sebarang imbuhan selain gaji dan elaun tetap sebagai seorang ahli Parlimen. Selain gaji dan elaun biasa sebagai ahli Parlimen, katanya beliau memperolehi pendapatan sekitar RM4,000 sebulan dan mendapat keuntungan daripada simpanan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji.

PAS: Muhyiddin perlu gesa GLC tidak bantu 1MDB

Timbalan perdana menteri digesa menasihati kabinet agar mengeluarkan arahan kepada semua syarikat besar berkaitan kerajaan (GLC) untuk tidak membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga siasatan selesai.

Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat gesaan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru syarikat pelaburan nasional itu.

"Rakyat mengharapkan timbalan perdana menteri jangan sekadar berhenti setakat mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.

"Amaran dan saranannya perlu disusuli dengan tindakan untuk tidak mengecewakan rakyat yang mulai bimbang," katanya.

Selain saranan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Petronas dan Khazanah agar tidak melabur di dalam 1MDB atau membeli aset 1MDB, Tuan Ibrahim juga menggesa:

1. Muhyiddin mendapatkan sokongan kabinet bagi membolehkannya menggantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai menteri kewangan buat sementara waktu bagi memastikan tiada dana awam digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

1MDB: SPRM mesti tunggu laporan, baru bertindak?

Khairuddin merasakan segala usaha dan kerjasama yang diberikannya kepada SPRM, hanya kerja buang masa

PETALING JAYA: Pengkritik tegar kemelut 1 Malaysia Development Berhad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempertikai keperluan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu hasil siasatan badan lain terlebih dahulu.
Khairuddin Abu Hassan“Saya amat kecewa dengan sikap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan kes 1MDB harus disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum bertindak.
“Kenyataan Tan Sri Abu Kassim tidak berasas langsung! Ia menampakkan kepada rakyat jelata seolah-olah SPRM takut untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB!” tambah beliau melalui kenyataannya kepada FMT hari ini.
Khairuddin yang merupakan Bekas Naik Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan menegaskan bahawa Tan Sri Abu Kassim Mohamed sepatutnya memberi penjelasan serta justifikasi berikutan kenyataan tersebut.
Beliau juga mempersoalkan jika langkah tersebut adalah prosedur operasi standard (SOP) SPRM yang memerlukan ketua audit negara menyiasat akaun 1 MDB terlebih dahulu sebelum SPRM boleh memulakan siasatannya?
Khairuddin juga meminta Abu Kassim supaya menunjukkan sebarang peruntukan berkaitan perkara tersebut sekiranya terdapat akta di dalam SOP SPRM.
Terdahulu, beliau mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana telah mempamerkan ketelusan, integriti dan tiada sikap memilih bulu di dalam apa saja siasatan PDRM.
“Tan Sri Khalid berjaya mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kepolisian tanah air dengan siasatan kes 1 MDB yang amat memberangsangkan,” tambah beliau.

Pakatan Rakyat kecam layanan kasar polis terhadap Exco Kerajaan Selangor

PETALING JAYA, 10 MAC: Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC Selangor) mengecam tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berhubung siasatan perhimpunan aman #KitaLawan yang diadakan 7 Mac lalu.
ADUN Kampung Tunku Lau Weng San yang juga Setiausaha BBC Selangor menyelar layanan PDRM terhadap Nik Nazmi semasa beliau ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.
“BBC Selangor ingin menyarankan kepada PDRM dan Kamar Peguam Negara (AGC) bahawa wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat tidak akan melarikan diri daripada tanggungjawab kami.
“Sebagai wakil rakyat, kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa walaupun kami terpaksa menghadapi pelbagai pendakwaan bermotif politik.
“Layanan ini bukan sahaja mengejutkan kami malahan juga sangat memalukan Malaysia kerana tidak mengikut piawai masyarakat antarabangsa terhadap hak asasi manusia,” kata Weng San.
Terdapat gambar yang disiarkan dan beredar di dalam laman sosial menunjukkan Nik Nazmi digari dan berkaki ayam.
Menurut twiter peguam Melissa Sasidaran, Nik Nazmi dibawa dari Lokap Berpusat Jinjang ke Ibu Pejabat Polis daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan berhubung himpunan flash mob di Sogo pada 14 Februari.
Tegas Weng San, PDRM dan AGC perlu bertindak secara profesional dan tidak diperalatkan UMNO dengan prosedur yang menganiaya tahanan.

Ketua Audit Negara mesti lebih cergas, segera siasat 1MDB


1mdb


Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mesti lebih cergas menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, kerana enam hari tanpa sebarang usaha menyiasat skandal RM42 bilion 1MDB adalah satu kelalaian tugas yang amat berat.
Rakyat Malaysia ingin mengetahui sebab kenapa Ketua Audit Negara tidak segera bertindak menyiasat skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan beliau hari Rabu lalu untuk memeriksa kira-kira 1MDB secara bebas.
Rakyat Malaysia masih ingat akan alasan-alasan lemah dan tidak boleh diterima yang diberikan Ambrin November lalu tentang kenapa beliau tidak mengaudit akaun 1MDB.
Dalam satu sidang media pada 12 November 2014, bersempena penerbitan laporan audit siri ketiga, Ambrin berkata bahawa akaun 1MDB telah diaudit oleh salah satu daripada empat firma audit terbesar, maka tidak ada sebab untuk pihak memeriksa kira-kira 1MDB memandangkan kerja tersebut jenuh kerana melibatkan pemeriksaan dokumen dan sebagainya.
(“My answer is as far as their accounts are concerned, it has already been audited by one of the big four (audit firms), so there is no reason why we should ask them to open up their books because auditing financial statements is very laborious (with) examination of documents and things like that.”)
Ambrin dikritik hebat kerana telah menuding jari ke arah The Big Four, dan diberitahu bahawa sekiranya juruaudit tidak boleh berbuat salah, tidak akan wujud skandal kewangan di dunia ini.
Sebagai Ketua Audit Negara, Ambrin juga dimalukan apabila diperingatkan bahawa banyak skandal kewangan terjadi walaupun menggunakan khidmat firma audit terkemuka, seperti:
*Enron yang diaudit oleh Andersen;
*BBMB diaudit oleh Touche Ross (yang kemudiannya diambil oleh Deloitte, yang kini merupakan juruaudit 1MDB), dan Deloitte juga merupakan juruaudit dalam skandal Transmile;
*Lehman Brothers, anak emas bank pelaburan yang jatuh bankrap pada 2008 walaupun diaudit oleh salah satu daripada The Big Four, Ernst & Young
Malah sebenarnya 1MDB telah melalui tiga daripada empat firma The Big Four dalam tempoh lima tahun – mulanya Ernst & Young, yang berhenti tanpa meluluskan walau satu pun set akaun, kemudian diikuti KPMG yang berhenti lewat 2013 tanpa meluluskan sebarang akaun, dan kini Deloitte.

Siasatan 1MDB tertumpu kepada rekod akaun sejak 2009, kata Ambrin

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata siasatan ke atas 1MDB akan bermula dengan rekod akaun yang terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015. 
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata siasatan ke atas 1MDB akan bermula dengan rekod akaun yang terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.

Siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertumpu kepada rekod akaun terdahulu sejak 2009 selepas didakwa tidak pernah diaudit, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini.
Syarikat pelaburan dana negara itu tersebut didakwa terlibat dalam beberapa pelaburan meragukan, malah audit ke atas urusniaga yang dijalankan firma Deloitte bagi tahun kewangan 2013  tidak termasuk sejak awal penubuhannya pada 2009.
"Fokus adalah dalam trek akaun, kita akan teliti rekod akaun yang terdahulu," kata Ambrin pada sidang media di Putrajaya hari ini.

1MDB ditubuhkan pada 2009 diilhamkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga penasihat kepada ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. Bagaimanapun, kebelakangan ini skandal melibatkan 1MDB mendapat perhatian khususnya selepas pendedahan laman web pededah maklumat Sarawak Report baru-baru ini dan beberapa pelaburan seperti di Pulau Cayman serta PetroSaudi International.
Ambrin tidak menolak akan membawa pakar daripada luar sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan dalam 1MDB.
"Kami akan lakukan apa saja diperlukan dalam audit ini walaupun terpaksa membawa pihak luar untuk menyiasat, lagipun kami sudah lakukannya sebelum ini jadi ini perkara biasa," katanya.
Apabila ditanya mengapa baru hari ini Jabatan Audit Negara mengumumkan akan menyiasat 1MDB, Ambrin berkata mereka selaku sebuah badan bebas mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat mana-mana agensi kerajaan sekiranya diperlukan.

Siapalah punya otak yg malang tulis & buat buku penerangan GST camni..


ANDA PERCAYA jika GST dilaksanakan anda akan DAPAT BERBELANJA LEBIH kerana harga barang (dikenakan GST) akan murah ???

Sama-sama kita nantikan & buktikan...

Rafizi isytihar aset RM1.56 juta.....Adakah pemimpin Umno@Bn berani..???

Mengotakan kata-katanya, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya hari ini.

Ia menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Bagaimanapun, beliau juga dipercayai menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan berkata perbelanjaan menggunting rambutnya cuma RM10.





BENARKAH POLIS AKAN SIASAT NAJIB ???


Buktinya.. Pernahkan Najib disiasat dlm kes pembunuhan Altantuya ???.. kes Scorpene ???.. mahupun kes Liwat II ???

Masalah paling utama.. keyakinan rakyat terhadap badan-badan kerajaan spt SPRM & polis berada di paras terendah sekali... lihat saja siasatan SPRM terhadap Taib Mahmud yang hampir masuk 10 tahun.. tapi sampai sekarang masih blom selesai lagi..

Begitu juga dgn keengganan polis dan AG utk membuka kembali kes pembunuhan Altantuya yg sambil ke hari ni.. tidak diketahui motifnya.. jadi mcm mana utk kembalikan keyakinan rakyat ???

PAS KB: Tuan Ibrahim dicalonkan kerana Hadi uzur

Parlimen tolak usul bahas ancaman IS di Malaysia

Kenapa pejanjian Langat 2 berubah?

Dewan Rakyat 10 Mac 2015: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Azmin: Perjanjian lupus kerana pusat mahu rampas tanah Selangor

MB: K'jaan pusat ingin rampas kedaulatan S'gor?

MB: Perjanjian batal demi kedaulatan S'gor

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan lupus secara automatik apabila kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah Selangor.

Menurut Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum ini hanya melibatkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan Persekutuan, dan bukannya tanah.

Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak selaras dengan semangat perjanjian itu.

"Percanggahan dari perjanjian utama yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Selangor.

"Kedaulatan Selangor adalah nombor satu," kata Azmin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 


#KitaLawan: Tangkapan polis hina mahkamah - Peguam

Ketua AMK dibawa dari Lokap Berpusat Jinjang ke IPD Dang Wangi tanpa memakai sebarang kasut atau selipar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar didakwa bertindak menghina mahkamah dengan menguatkuasakan Seksyen 9(5)  Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam menyiasat perhimpunan 'Kita Lawan'.

Peguam Eric Paulsen membangkitkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu bahawa seksyen itu bertentangan dengan perlembagaan, justeru tidak sah dan terbatal.

“Tiada arahan penangguhan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

“Perkara ini jelas menghina mahkamah,” kata ketua eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty itu kepada Malaysiakini malam tadi.

Khalid semalam berkata keputusan pada 25 April tahun lepas sedang dirayu dan oleh itu seksyen yang digunakan polis masih sah di sisi undang-undang.

Undang-undang itu menetapkan polis perlu dimaklumkan sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan diadakan.

#KitaLawan: Seorang lagi pemimpin PKR ditangkap

Seorang anggota kepimpinan tertinggi PKR Fariz Musa hari ini ditahan polis susulan penglibatannya dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwari Ibrahim Sabtu lalu.

Fariz, dalam Twitter, mengesahkan penangkapan itu.

Pemimpin NGO Jingga 13 itu juga berkata beliau ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Beliau pada mulanya berkata dipanggil ke ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pada jam 10 pagi tadi.

Perhimpunan Sabtu lalu terbesar dalam siri-siri protes terhadap keputusan mahkamah itu.

Selain mendesak pembebasan Anwar, mereka juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

PRK Dun Chempaka: PAS ditentang 4 calon Bebas

KOTA BHARU: Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.
Pegawai Pengurus PRK Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di dewan Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa sebentar tadi.
Calon PAS, Ustaz Fathan Mahmood berhadapan dengan empat calon Bebas iaitu Izzat Bukhari Ismail Bukhari, Fadzillah Husin, Aslah Mamat dan Sharif Mahmood.
Lambang yang digunakan empat calon Bebas itu ialah Fadzillah (kunci), Izzat Bukhari (pen), Aslah (buku) dan Sharif (gajah).
Hari mengundi ditetapkan pada 22 Mac sementara pemilihan awal 18 Mac.
PRK Dun Chempaka diadakan berikutan kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku penyandang pada 12 Februari lalu.
Pada PRU13 lalu, Tuan Guru memenangi kerusi Dun Chempaka menewaskan calon BN dengan majoriti 6,500 undi.
Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS yang diiringi kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bermula dari Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sehingga ke MRSM Pengkalan Chepa, sejauh kira-kira 1.6 km.
Sebelum itu, solat dihajat diadakan di madrasah Putik yang diimamkan oleh adik Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Pertembungan 5 penjuru di PRK Chempaka

Pilihan raya kecil DUN Chempaka ada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon PAS dan empat lagi calon bebas selepas mereka menyerahkan borang pencalonan pagi ini.

Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Bernama.

Calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad bakal dicabar empat calon Bebas iaitu Fadzillah Hussin, 55; ahli perniagaan Aslah Mamat, 64; dan Naib Yang Dipertua PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59;

Imam Masjid Baung itu turut dicabar Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

'Rasa ganjil bila UMNO@BN tak bertanding'

PRK Dun Chempaka 
 Calon bebas, Aslah Mamat, 64, dari Sungai Petai, Pasir Puteh ketika mengambil pas masuk untuk penyokongnya pagi tadi.

KOTA BHARU - Rasa 'ganjil' setelah BN tidak meletakkan calon bagi PRK Dun Chempaka mendorong calon bebas, Aslah Mamat, 64, menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, di sini.

Aslah yang juga pesara Kementerian Kesihatan berasal dari Sungai Petai, Pasir Puteh seolah-olah 'menceriakan' perarakan penamaan calon bersama 10 penyokongnya, pagi tadi.

"Saya rasa ganjil dan hairan kerana biasanya setiap kali PRK, ada calon dari parti pemerintah dan parti pembangkang.

"PRK kali ini berbeza dan saya terpanggil untuk masuk bertanding, ia penting kerana saya juga ada 'mesej tersirat' yang dipendam sejak 30 tahun lalu," katanya kepada pemberita di pekarangan Pusat Penamaan Calon MRSM Pengkalan Chepa.

Ahli Parlimen PR botak kepala demi Anwar

IMG_6267KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dan seorang Adun Pulau Pinang secara sukarela membotakkan kepala mereka sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan bangunan Parlimen.
Tiga pemimpin yang memulakan acara itu adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin; Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Machang Bubuk, Lee Kai Loon.
Protes cukur rambut yang berlangsung secara aman selama 15 minit itu turut disertai hampir 20 Ahli Parlimen sambil melaungkan ‘Bebaskan Kehakiman’, ‘Bebas Anwar’ dan Bebaskan Perundangan’.
Pada masa sama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan Petisyen Rakyat untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk membebaskan Anwar daripada hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas beliau.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat botakkan kepala simbolik tuntut Anwar dibebaskan

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat botakkan kepala simbolik tuntut Anwar dibebaskan
KUALA LUMPUR: Seramai 15 orang penyokong Pakatan Rakyat termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen membotakkan kepala sebagai simbolik menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Protes yang diadakan di hadapan pintu masuk Parlimen turut disertai wakil rakyat gabungan pembangkang.

"Kami buat ini adalah untuk memaklumkan kepada dunia bahawa ketua pembangkang perlu bebas dan juga perlu dibenarkan berada di dalam Parlimen.

"Beliau seharusnya tidak disekat untuk bersama di dalam Parlimen adalah kerana dia masih Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang yang sah," kata Ketua Whip PKP, Datuk Johari Abdul ketika ditemui di perkarangan Parlimen semasa protes itu berlangsung.

"Saya akan simpan rambut ini sebagai bukti pengorbanan mereka."

Protes ini juga bertujuan untuk mengumpul sokongan bagi menuntut supaya Anwar dibebaskan dan petisyen tersebut akan diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.