Isnin, 9 Mac 2015

Forum 'Ke mana PAS tanpa Nik Aziz?'

Selepas tokoh utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia bulan lalu, ke manakah arah parti itu, yang kini dilanda pergolakan dalaman paling serius.

Bekas menteri besar itu sebelumnya pernah dengan jelas mendukung kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, termasuk cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangkan BN dalam projek '16 September' 2008.

Namun dalam krisis Selangor, sewaktu kesihatannya sering terganggu, kenyataan Nik Aziz dilihat tidak sejalan dengan pendekatan Anwar dalam menukar menteri besar.

Selain pernah dilihat dekat dengan Anwar, yang kini dipenjara selama lima tahun, Nik Aziz juga dikatakan mempunyai kelicikan berpolitik yang lebih tinggi berbanding beberapa pemimpin kanan lain.

Nik Aziz juga lantang mengkritik Umno, sekali gus membayangkan beliau tidak bersetuju dengan sebarang usaha sama dengan parti Melayu itu -- dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang menentang idea "kerajaan perpaduan"

Sebagai warisan pentadbirannya di Kelantan, isu hudud dijangka akan dibahaskan. Negeri itu akan membentangkan pindaan enakmen hudud minggu depan.

Malaysiakini cuba meneroka senario dalam PAS, menjelang pemilihan parti itu Jun ini, setelah perginya mursyidul am PAS yang disegani ramai ini.

Fakta masa perjalanan kewangan 1MDB

Oleh MOHD ARIF JUHANI
28 September 2009
SYARIKAT pelaburan strategi negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah melabur sebanyak USD1 bilion dalam satu usaha sama dengan syarikat persendirian dari Arab Saudi, PetroSaudi Holdings Cayman Ltd bernilai USD 2.5 bilion.
Anehnya, PetroSaudi dikhabarkan tidak menyuntik sebarang nilai kewangan dalam usaha sama itu walaupun memiliki 60 peratus ekuiti dalam bentuk nilaian aset berjumlah USD 1.5 bilion.
Dalam pada itu, 1MDB juga dilaporkan membayar ‘pinjaman misteri’ sebanyak USD700 juta kepada Petro- Saudi Holdings.

31 Mac 2010
Selepas enam bulan, seluruh usaha sama itu ditamatkan dan pegangan saham 1MDB sebanyak 40 peratus dijual kepada rakan niaganya sebanyak USD1.2 bilion pada 31 Mac 2010 iaitu tarikh terakhir audit akaunnya.
Khidmat juruaudit yang dilantik 1MDB, Ernst & Young (EY) juga ditamatkan dan digantikan dengan KPMG.
Menurut akhbar mingguan pelaburan, The Edge, khidmat EY ditamatkan kerana gagal memberikan penjelasan yang memuaskan dan akses berhubung maklumat mengenai usaha sama itu khususnya pinjaman yang bernilai USD700 juta.
Selepas KPMG selesai mengaudit, juruaudit itu mendapati status USD1.2 bilion telah berubah daripada ekuiti modal kepada pinjaman kepada PetroSaudi Holdings dalam bentuk nota Murabaha yang menjamin pulangan tahunan sebanyak 8.7 peratus.
Lapor akhbar itu lagi, ekuiti modal itu berubah daripada pinjaman supaya juruaudit 1MDB tidak perlu menyemak bagaimana wang itu digunakan.
Sekiranya ia kekal dalam bentuk ekuiti modal, KPMG mungkin berusaha me nyiasat ke mana wang USD700 juta itu digunakan. Tetapi kerana itu merupakan hutang kepada pihak luar (external party), ia hanya memerlukan salinan perjanjian pinjaman dengan PetroSaudi Holdings.

Kerugian 1MDB ancam ekonomi negara

Oleh MOHD ARIF JUHANI
KUALA LUMPUR: Tembelang kerajaan Umno-BN melindungi kerugian yang ditanggung syarikat pelaburan kontroversi, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai ‘memikul biawak hidup’ yang mengidap kanser tahap empat.
Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar, ia berikutan pendedahan oleh Reuters terus mengesahkan kerugian besar yang dihadapi oleh 1MDB sehingga terpaksa dibubarkan melalui pelan pembayaran semula semua hutangnya.

Mahfuz juga menuduh pentadbiran 1MDB yang hanya tahu menafikan kritikan kononnya berunsur politik dan spekulasi yang tidak berasas sehingga berpotensi menjejaskan ekonomi.“Hakikatnya kegagalan menguruskan 1MDB itulah yang akan membawa bencana kepada ekonomi negara kita.
“Syarikat pelaburan nasional ini telah mengalami kerugian pada tahun lalu dan hampir gagal membayar hutangnya sehingga melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia,” ujarnya pada kenyataan, 6 Mac lalu.
Tambahnya lagi, arahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB juga jelas membuktikan bahawa memang wujud keraguan integritinya.

1MDB garu kepala Najib, Husam buat laporan polis

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ada agen Umno bertauliah cuba memberi justifikasi terhadap ketidakhadiran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di majlis penerangan berhubung 1MDB dan sekaligus himpunan solidariti untuk Najib Razak yang diadakan di bangunan semalam.
Tulis beberapa agen bertauliah Umno itu sebagai menjawab ulasan beberapa pemerhati politik berhubung majlis berkenaan tanpa kehadiran Muhyddin.
Agen bertauliah Umno menulis kononnya ketidakhadiran TPM itu sesuatu yang bukan luar biasa dan tidak perlu dibangkitkan. Lebi ironisnya agen bertauliah Umno menuduh pemerhati pro-pembangkan sengaja menimbulkan kemelut itu.

Semasa Najib memberi penerangan kepada ketua-ketua Umno semalam, Muhyiddin bersama beberapa kira-kira lebih 40 ketua bahagian Umno tidak hadir. Mereka termasuklah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir. Alasan diberikan kononnya Mukhriz ada majlis lain.

Justeru pemerhati melihat kegagalan Muhyiddin dan lebih 40 ketua ketua Umno bahagian itu sebagai "protes" kepada himpunan solidariti kepada Najib itu. Ia juga mencerminkan bahawa ada sebilangan ketua-ketua bahagian tidak sedia mendengar penjelasan Najib berhubung syarikat 1MDB yang kini menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri itu dan juga risiko kepada kerajaan UBN.

1MDB benar-benar menjadi isu baru yang menggaru kepala Najib kini. Syarikat berkenaan mengalami kerugian lebih RM40 billion. Isu itu walaupun lama sebelum ini sudah dibangkitkan oleh pihak Pakatan Rakyat, tetapi kini ia benar-benar menekan Najib apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri membangkit dan tidak berpuas hati dengan penjelasan oleh pihak kerajaan.

Tindakan Mahathir mengambil serius terhadap isu berkenaan inilah menjadikan Najib tidak nyenyak tidur. Dan palung menjungkitkan Najib apabila ada maklumat mengatakan Najib akan diberkas dan diminta turun daripada kerusi Perdana Menteri dengan isu berkenaan. Najib telah diberi katakan dua sebelum ini sama ada berhenti atau terus menerima asakan sehingga terpaksa turun dengan sehelai sepinggang dari Putrajaya.

Mahathir dan golongan yang anti Najib dalam Umno sudah memberi deadline kepada Najib.

Apabila Muhyiddin tidak sedia untuk hadir semalam, atas alasan ada urusan lain, ia jadi tambah menarik dan mengiyakan desas desus sebelum ini yang Muhyiddin bersengkol dengan Mahathir. Apakah ketidakhadiran Muhyiddin itu sebagai tekanan simbolik kepada Najib. Sebelum ini Muhyiddin dilihat sudah bercanggah pandangan dengan Najib mengenai 1MDB. Muhyiddin semacam mahu lepas tangan daripada bertanggung dan memikul biawa hidup 1MDB itu.

Sebaik sahaja perjabat perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Kabinet tidak ada salah laku terhadap syarikat berkenaan dan Jabatan Audit Negara boleh menyiasat sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan tegas (bercanggah) mengatakan PAC boleh buat siasatan tanpa menunggu laporan Jabatan Audit Negara.
Muhyiddin juga dilaporkan beliau tidak setuju kalau kerajaan menyelamat (bailout) syarikat yang berhutang sebanyak RM42 billion itu.

1MDB cemaskan Najib : Siapa yang akan dimangsakan?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SKANDAL kewangan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad 1MDB pada peringkat awal pendedahan nya kurang mendapat perhatian umum.
Isu isu sebegini khasnya membabitkan ekonomi amat sukar difahami masyarakat khasnya kaum Melayu yang lebih berminat dengan isu berteraskan sentimen samada sentimen kaum mahupun agama atau lebih parah lagi mereka yang hanya minat kepada propaganda hiburan yang tidak berkesudahan.

Namun selepas beberapa tahun skandal 1MDB ini dimainkan di dada akhbar akhirnya umum mula melihat bertapa negara sedang berdepan satu lagi episod Malang andainya dana awam terpaksa digunakan untuk menanggung beban hutang syarikat berkepentingan kerajaan ini. Tidak mustahil kes 1MDB akan sekali lagi mengulangi kisah skandal PKFZ dan beberapa skandal kewangan terdahulu.
Ketika isu ini hangat didedahkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hanya mendiamkan diri meski diasak untuk menjawab setiap perkara yang dibangkitkan.
Hinggalah pada awal tahun ini apabila ada pihak yang mengaitkan skandal ini dengan beberapa pihak yang dekat dengan beliau lantas beliau mengambil langkah untuk memberi a maran bersurat menyatakan hasrat mengambil tindakan undang-undang.
Harakahdaily menjadi perhatian apabila adanya artikel yang ditulis pengarah urusannya Dr Rosli Yaakob berhubung beberapa perkara yang dilihat mencemaskan Najib.
Selang beberapa minggu Najib tampil pada 5 Mac dengan satu kenyataan meminta 1MDB diaudit walaupun Pejabat Perdana Menteri menegaskan tiada masalah berlaku dengan pengurusan kewangan syarikat pelaburan itu.

Apa status sebenar kewangan KWSP?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menjadi suara bagi pihak kerajaan (sepatutnya bagi pihak pekerja) apabila meminta kerajaan melanjutkan umur persaraan dari 60 kepada 62.

Terdahulu, umur persaraan wajib perkhidmatan awam di Malaysia ialah 55 tahun sebelum dirombak kepada kepada 58 dan 60 tahun.


Di antara hujah yang dikemukakan CUEPACS ialah:
  • Meniru beberapa negara seperti Thailand, Singapura dan Sri Langka yang menuju negara maju.
     
  • Kos melahirkan pegawai bertaraf tinggi seperti PhD yang mahal serta lama. Tidak berpadanan dengan jumlah masa perkhidmatan selepas berjaya mendapatkan PhD.
Untuk peringkat awal bahasan awam, PSM Kelantan mengutarakan persoalan sumber dan pengurusan ekonomi negara sejak merdeka yang kini menyebabkan kerajaan tidak berani menganggung persaraan ratusan ribu penjawat awam.
  • Sumber ekonomi negara. Sejak merdeka, Malaysia masih bergantung kepada sumber alam (kini petroliam) sehingga 40% KDNK negara. Kita tidak berjaya mencipta peluang dan kehendak baru dalam dunia, di mana pasaran dunia bergantung kepada pengeluaran Malaysia. Seperti gajet IT dan telekomunikasi, persenjataan atau sektor hiburan (filem, animasi, sebagainya). Kita masih memanipulasi alam secara langsung untuk bergantung ekonomi dengannya. Apabila ringgit Malaysia sangat bergantung kepada petroliam, maka sebarang sabotaj harga oleh kuasa dunia akan menyebabkan ringgit jatuh. Ini membuatkan pendapatan import berbanding eksport jatuh.
     
  • Pengurusan ekonomi negara. Sejarah, audit dan mahkamah menyaksikan Malaysia membazir, rasuah dan tiris dana awam setiap tahun sejak puluhan tahun selepas merdeka. Skandal dan pembaziran pengurusan kewangan ini, kini dibincangkan dalam akibat umur persaraan yang terpaksa dianjakkan sehingga 62 tahun.
Umur persaraan yang terlalu lama boleh menyebabkan peluang generasi muda menjadi tepu. Meningkatkan kadar pengangguran lepasan universiti.

Ditembak Polis: Saya ingin tuntut keadilan untuk Aminulrasyid - Ibu

Saya ingin tuntut keadilan untuk Aminulrasyid - Ibu
SHAH ALAM: Ibu Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang maut ditembak polis hampir lima tahun lepas, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau ingin menuntut keadilan untuk anaknya yang didakwa dibunuh dengan kejam serta menyalahi undang-undang pada usia 15 tahun.

Dalam pernyataan saksinya, Norsiah Mohammad, 66, berkata defendan pertama, Korporal Jenain Subi telah melakukan serang dan sentuh ke atas anak bongsunya itu yang tidak melakukan sebarang bentuk jenayah bagi menjustifikasikan penggunaan senjata api ke atasnya.

Mengenai reaksi pihak polis terhadap kejadian itu, beliau berkata pihak polis memberi liputan meluas mengenai kematian Aminulrasyid sehari selepas kejadian tembak itu yang berlaku pada 26 April 2010.

"Defendan ketiga, Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara) menyatakan bahawa anak saya cuba merempuh anggota polis dan ini menjustifikasikan anggota polis untuk menembak mati anak saya.

Zunar jadi panel di PBB, kartun ‘Komplot Penjarakan Anwar’ ditayang

Zunar-PBBKUALA LUMPUR 9 MAC: Kartunis politik Zunar menjadi panel di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada 6 Mac lalu.
Beliau dijemput dalam forum bertajuk “Defending Artistic Expression – Time for the UN to Act” (Hak Ekspresi Seniman – Masa untuk PBB Bertindak) yang diadakan di Palais des Nations, United Nations (UN).
Dalam ucapannya, Zunar mendedahkan kezaliman dan rasuah dilakukan BN serta menegaskan bahawa golongan artis tidak boleh bersikap neutral.
Beliau turut melontarkan gagasan “Berjuang Melalui Kartun” dengan slogan “How Can I be Neutral, Even my Pen has a Stand”.
“Saya katakan bahawa tindakan terhadap saya – penangkapan, pengharaman buku kerana kerajaan Malaysia takut kepada kartun. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan kartun – “A government of the cartoon, by the cartoon, for the cartoon”,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Zunar, wakil UN mahu bertemu dengannya untuk mendapat laporan penuh.
Muka depan buku kartun Zunar ‘Komplot Penjarakan Anwar’ yang ditayangkan semasa Zunar berucap, turut menarik perhatian PBB.
“(Malah) Ketika saya bercakap, gambar di belakang ditunjukkan kartun saya mengenai isu (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia), Anwar Ibrahim,” kata Zunar dalam kenyataan.

PAS Kota Bahru calon Tuan Ibrahim lawan Hadi di Muktamar ke-61


Ura-ura bahawa Kota Bharu akan menjadi kawasan pertama PAS mencalonkan pencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden menjadi kenyataan malam ini.

Perkara itu dimuktamadkan sebentar tadi apabila selesai mesyuarat jawatankuasanya bagi memutuskan perkara itu.

Seperti disebut-sebut, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bawah) dicalonkan bagi berdepan Hadi yang sudah menerajui PAS hampir 15 tahun selepas pemergian allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pemimpin kanan bahagian itu  ketika dihubungi petang tadi enggan mendedahkan siapa tokoh yang bermain di fikiran mereka tetapi hanya menjelaskan “bukan (naib presiden) Datuk Husam Musa”.

Mesyuarat agung tahunan kawasan itu sebelum ini memberi mandat kepada anggota jawatankuasa pusatnya untuk memutuskan pencalonan jawatan tertinggi untuk pemilihan PAS Jun ini.

Sidang media diadakan malam ini di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu.

Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding.

Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

Batal: Kerajaan Persekutuan telah ‘melanggar terma’ perjanjian penstrukturan air Selangor

Kerajaan Persekutuan telah ‘melanggar terma’ perjanjian ditandatangani pada September tahun lalu.

azminPETALING JAYA: Selepas KIDEX, Kerajaan Selangor menamatkan pula perjanjian penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan selepas Putrajaya meminta penangguhan buat kali ketiga.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Persekutuan telah ‘melanggar terma’ perjanjian ditandatangani pada September tahun lalu dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan selain daripada membatalkannya.
“Apabila saya menjadi Menteri Besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian, tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh.
“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan Kerajaan Negeri,” kata Azmin,
Menurut Azmin, perkara yang sama turut berlaku dalam Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang terlebih dahulu dibatalkan.
“Begitu juga dengan projek KIDEX, selepas kita batalkan, baru Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang berkenaan pelan pengangkutan awam,” katanya.
Kerajaan Selangor sebelum ini telah memberikan tempoh lanjutan kepada kerajaan Persekutuan sebanyak dua kali sejak Januari lalu.
Pada 12 September 2014, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air.
Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baru akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Laporan interim MH370 pelik, sukar diterima kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.
  
Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.
  
"Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.
 
Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
  
Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.
   

Serah diri atau kami buru "Kita Lawan" kata Polis

Polis memberi kata dua kepada penganjur perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur kelmarin supaya menyerah diri untuk disiasat atau menjadi buruan pihak berkuasa.

“Jika tidak kita akan cari mereka,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).

Kumpulan itu, dikenali “Kita Lawan”, pada Sabtu menganjurkan perhimpunan yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Selain menyatakan setiakawan dengan Anwar, mereka juga mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setakat ini dua orang ditahan polis, termasuk Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin akar umbi pergerakan itu Saifullah Zulkifli.

Sementara itu, Khalid juga diminta mengulas kritikan terhadap polis bahawa penangkapan itu dibuat menggunakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Ketika sesuatu isu itu sedang dirayu, kamu belum boleh kata ia bertentangan dengan perlembagaan, kecualilah ia dimuktamadkan,” katanya.

Mahkamah Rayuan dalam kes berkaitan perhimpunan Black 505, yang menyatakan tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum lalu, memutuskan seksyen itu bertentangan dengan perlembagaan.

Seksyen kontroversi itu memperuntukkan keperluan notis 10 hari untuk mengadakan sesuatu perhimpunan.

KENAPA HARGA MAKIN MAHAL ???


Macamaner nak kira ni.. Kalau cukai SST 16% diganti dgn cukai GST 6% sepatutnya harga makin murah, KENAPA HARGA MAKIN MAHAL ???

Pendokong & pengampu UMNO/BN tolong jawab..

Nikmat GST bakal menyusul besar2an TIGA MINGGU LAGI.. SYUKUR !!!

Nikmat GST bakal menyusul besar2an TIGA MINGGU LAGI.. SYUKUR !!!

Selagi UMNO/BN memerintah, duit2 dari poket rakyat akan dicekau MEREKA selagi boleh.. JANJI RAKYAT DISUAPKAN BR1M..

FAKTA utk harga gas LPG untuk tempoh 2002 hingga 2015....MENTERI UMNO KANTOI LAGI..!!


Macam mana seorang menteri dlm 'KABINET DAPUR' NAJIB boleh kata selama 16 tahun harga gas LPG "TIDAK DIKAJI".. sedangkan dlm tempoh 13 tahun yg lalu KERAjaan telah menaikkan harga gas LPG sebanyak 8 kali..

ADAKAH MENTERI SUDAH "MATI" makan gaji buta ???.. Sampai bila mahu TIPU & PUTAR BELIT kpd rakyat...

1MDB akan disiasat pasukan khas kata KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi menyiasat perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata pasukan itu akan melibatkan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara. 


SPRM sahkan tahan CEO anak syarikat Felda

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuat tangkapan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat Felda pada 1 Mac lepas.
  
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata CEO terbabit masih ditahan reman sehingga esok.
   
Beliau berkata, SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan pada 26 Februari lepas.
  
"Dia (ahli perniagaan terbabit) ditahan reman sehingga 5 Mac dan disambung reman selama empat hari sebelum dibebaskan pada 7 Mac lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Kedua-dua mereka yang berusia 44 tahun, ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menyeleweng wang anak syarikat Felda berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta.
  
Beliau berkata, sebanyak 23 individu diambil keterangan setakat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 a(A) Akta SPRM 2009.

"Siasatan masih berterusan," katanya.  - Bernama

Rasuah menjadi-jadi, BN dan SPRM patut henti bersandiwara

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ahli Parlimen BN disaran supaya berhenti bersandiwara mahu memerangi rasuah padahal mereka gagal menghalang beberapa skandal kewangan dalam negara.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini berkata antara kegagalan tersebut termasuklah skandal RM42 bilion 1MDB, skandal kehilangan RM52 bilion saham bumiputera dan skandal RM13.5 bilion Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
“Wakil rakyat BN hanya pandai bercakap untuk memerangi rasuah tapi tidak mengotakan apa yang dikatakannya. Inilah dia jenis sandiwara yang telah membawa kepada rentetan siri skandal kewangan.
“Sudahlah mereka gagal untuk menyelesaikan skandal RM52 bilion bumiputera yang bertujuan untuk diagihkan kepada warga miskin hilang dan tidak melakukan sebarang tindakan terhadap skandal RM13.5 bilion PKFZ, kini rakyat Malaysia dibebankan pula dengan skandal RM42 bilion 1MDB.
“Masalah rasuah tidak akan selesai dengan mengambil pendekatan hipokrit dan sikap burung unta yang menyembunyikan kepalanya ke dalam pasir,” ujar beliau.
Tegas Guan Eng lagi, tidak hairan kenapa laporan Global Integrity Report yang berpengkalan di Washington mengganggarkan sebanyak RM1.4 trilion wang dana haram telah mengalir keluar dari Malaysia secara rahsia sejak 10 tahun lalu.

Najib Goyang: Negara Kini Sudah Aman Dan Selamat

8-3-2015
 
Dalam pertemuan dengan kira-kira 160 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara hari ini, Najib Razak yang di pandangan mata kasar semakin goyang kedudukannya dari persepsi rakyat telah diberikan harapan dan keyakinan untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh lebih lama lagi.

Ketua-ketua bahagian yang hadir bukan saja memperbaharui ikrar dan sokongan, malah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Najib untuk menyelesaikan isu 1MDB yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Maknanya kini terserah kepada Najiblah bagaimana mahu menyelesaikan isu 1MDB ini. Apa pun bentuk dan cara penyelesaian yang bakal diusahakan oleh Najib, ketua-ketua bahagian ini akan akur dan patuh saja.

Begitu juga sama ada audit akan dilakukan atau tidak atau sama ada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) akan melakukan penelitian atau sebaliknya terhadap akaun 1MDB, semuanya juga sudah tidak bermakna lagi.

Ini kerana belum pun audit dilakukan dan tidak pun lagi diketahui ada  penyelewengan atau tidak, Najib sudah pun memperolehi sokongan daripada 160 Ketua Bahagian.

Ini sekaligus membuatkan Najib sudah boleh tidur lena dan tidak perlu risau apa-apa lagi. Dengan 160 daripada 191 Ketua Bahagian hadir serta memberi sokongan kepadanya, bermakna majoriti daripada lebih 3.5 juta ahlinya juga turut sudah memberi sokongan kepada Najib.

Tiadalah lagi selepas ini sebarang rungutan, perbincangan atau sosek-sosek di kedai kopi atau lobi hotel berkenaan rasa tidak puas hati berkenaan 1MDB ini.

Agaknya siapa hilang kerja apabila ekonomi capai tahap terburuk

Oleh Ng Kee Seng
Banyak yang telah ditulis dan dibahaskan berhubung kemerosotan nilai Ringgit dalam tukaran wang antarabangsa, namun kerajaan persekutuan masih tidak menyedari kebimbangan yang dibangkitkan rakyat ini.
Adakah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberi respon secara jelas dan serius tentang kejatuhan nilai Ringgit?

Setakat ini, mereka hanya memberikan jaminan kosong bahawa “semuanya baik sahaja”, dan rakyat Malaysia tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Tentulah mereka berdua tidak perlu bimbangkan apa-apa, apabila kekal di kerusi empuk di bilik berhawa dingin mereka.
Sama ada kedua-duanya tidak cekap dalam soal ekonomi dan kesannya kepada orang kebanyakan, atau pun mereka memang tidak peduli.
Jika mereka cekap dan mengambil berat, mereka tidak akan terus mengeluarkan kata-kata kosong atau menggunakan semantik untuk cuba menyedapkan hari rakyat, yang berterusan bergelut dengan inflasi untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga.
Pada 1 April ini (dan ini bukan lawak April Fool), ketika sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula melanda rakyat dan negara, bukan golongan miskin bandar dan pedalaman sahaja yang akan berhadapan dengan mimpi negeri kewangan dan eonomi, malah golongan pertengahan dan eksekutif muda yang mula bekerja pada dekad lalu turut merasa bahangnya.
Bukankah sudah jelas bagi Najib dan Zeti, bahawa masalah ekonomi dan kewangan yang membengkak tidak boleh ditangani tanpa mengambil kira secara efektif kemerosotan Ringgit?
Sebanyak mana penurunan harga minyak atau tarif elektrik sekali pun, ia tetap tidak akan mengurangkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan.
Adakah Najib dan Zeti pernah cuba menjelaskan dengan serius dan terperinci; mengapa nilai Ringgit melemah dengan begitu cepat? Dan adakah mereka pernah benar-benar menjelaskan berhubung hutang persekutuan yang sekurang-kurangnya berjumlah RM800 bilion?
Harga minyak global mula menurun dengan pantas pada suku keempat tahun lalu, dan Ringgit menjadi mata wang paling teruk prestasinya di rantau Asia.

SAMPAI BILA NAK TIPU, PUTAR BELIT kpd rakyat ..!!!

Sampai bila nak jadi pengampu kpd KERAjaan..
Sekejap kata 14 tahun, lps tu kata plok 16 tahun.
Ya Allah, Kami berdoa & berserah kepadaMu balasan utk kerajaan yang suka MENIPU kepada rakyatnya..
BENARKAH si menteri Hasan Malek kata selama 16 tahun tidak dikaji atau harga gas LPG tidak naik ???
FAKTA.. TAHUKAH ANDA..
1) Kali terakhir harga gas LPG naik adalah pada 4 Disember 2010.

2) Selama 13 TAHUN kerajaan telah menaikkan harga gas LPG sebanyak 8 kali semenjak 1 Mei 2002 hingga skrg..
SIAPA PEMBOHONG & MENGAPA TERUS MEMBOHONGI RAKYAT !!!

Muhyiddin gentar pula setelah berani soal pengurusan 1MDB?

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dilihat gentar setelah tempoh hari berani mengeluarkan kenyataan yang jelas menunjukkan beliau menyanggah Perdana Menteri dalam isu 1MDB.
Kenyataan terbarunya semalam menyatakan bahawa saranan beliau menyeru supaya audit menyeluruh dijalankan sambil melarang dana awam digunakan untuk menyelesaikan hutang RM 42 bilion Jumaat lalu tidak bercanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya mendesak Muhyiddin agar tidak menarik balik kenyataan awalnya pada Jumaat lalu.
“Muhyiddin tak boleh tiba-tiba gentar pula seolah-olah dijangkiti sindrom tarik diri.
“Dia kena terus berani untuk berterus-terang bagi pertahan kepentingan rakyat dan prinsip akauntabiliti juga tadbir urus yang baik dalam mengurus skandal RM 42 bilion 1MDB,” tegas Kit Siang.
Kit Siang juga berkata bahawa situasi yang berlaku antara Najib dan Muhyiddin ini menyebabkan rakyat semakin bertanya-tanya.
“Rakyat Malaysia mahu jawapan jelas, adakah sidang kabinet Rabu lalu mengiktiraf bersihnya integriti 1MDB atau tidak?
“Jika tidak, bagaimana Pejabat Perdana Menteri keluarkan kenyataan yang berbohong tentang apa sebenarnya yang terjadi dalam mesyuarat kabinet?

SPRM akan siasat 1MDB jika wujud unsur penyelewengan

SPRM akan siasat 1MDB jika wujud unsur penyelewengan
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu daripada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebelum mengambil tindakan susulan.

"Cuba lihat semula kenyataan kerajaan oleh perdana menteri. Pihak audit akan masuk (dan menyiasat), memeriksa, dan mereka akan mengemukakannya (laporan) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)(Parlimen).

"Jika ada kes (penyelewengan), maka mereka akan membawa perkara ini kepada badan penguatkuasaan undang-undang (SPRM)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(Puspakom) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Puspakom merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom.

Dalam pada itu, Abu Kassim turut mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung status akaun 1MDB sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.

SPRM siasat 1MDB selepas laporan audit siap, kata pengerusi

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya akan berjalan selepas siap laporan audit, kata Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

 Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, mereka perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas syarikat kontroversi itu sebelum mengambil langkah seterusnya.
 "Pihak audit akan masuk (siasat), kemudian bentang kepada PAC, dan jika terdapat kes, baru pihak berkuasa akan siasat," kata Kassim ringkas kepada wartawan semasa ditemui selepas majlis Ikrar Integriti di Puspakom, Shah Alam pagi ini.

 Beliau sebelum itu beberapa kali mengelak daripada memberi komen tentang soalan wartawan tentang 1MDB, syarikat dimiliki Kementerian Kewangan yang sarat dibebani hutang itu.
Kassim bagaimanapun tidak memberi komen lanjut tentang status beberapa laporan polis yang dibuat ke atas 1MDB sebelum ini, mendesak supaya dana yang menanggung hutang kira-kira RM42 bilion itu disiasat.

1MDB menerima kritikan hebat berpunca daripada beberapa pelaburan yang dijalankan mereka, termasuk yang didakwa tidak menguntungkan kerajaan.
Minggu lalu, laman web pemberi maklumat Sarawak Report mendedahkan ia memiliki akses kepada ribuan dokumen dan e-mel berkaitan transaksi kontroversi 1MDB, termasuk perjanjian meragukan dengan sebuah syarikat minyak yang tidak diketahui ramai, PetroSaudi International, pada 2009.

Turut menjadi persoalan, peranan dimainkan usahawan terkenal Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, yang dikatakan mempunyai kepentingan dalam beberapa pelaburan yang dijalankan 1MDB.
Penubuhan 1MDB diilhamkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi lembaga penasihatnya.

PAS seru Najib undur untuk siasatan 1MDB

Datuk Seri Najib Abdul Razak didesak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan sementara menunggu selesai siasatan terhadap syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa juga berkata perdana menteri harus berundur daripada jawatannya sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dilanda hutang RM42 bilion, sehingga siasatan itu selesai.

Bercakap kepada media selepas membuat aduan polis terhadap 1MDB hari ini, Husam berkata penting bagi Najib berbuat demikian bagi melancarkan proses siasatan.

1MDB: Maklumat tersirat kenyataan Muhyiddin

Oleh Timmy Say
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebegitu tegas dan jelas mengenai sikap sepatutnya yang ada pada kerajaan terhadap 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mengejutkan ramai, termasuk Umno dan bosnya Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Muhyiddin yang selama ini berdiam diri membuka mulutnya sehari selepas Najib mengarahkan ketua audit negara menyiasat 1MDB.

Dalam kenyataannya, Muhyiddin menyarankan “lembaga pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urus niaga 1MDB”. Untuk makluman, Najib bukan salah seorang ahli lembaga pengarah 1MDB.  Najib hanya pengerusi barisan penasihat 1MDB. Beliau dibantu 9 ahli lain termasuk bekas Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim selaku penasihat khas, Pengerusi Abu Dhabi Executive Affairs Authority Khaldoon Khalifa Al Mubarak, bekas Menteri Kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Tidak pasti sama ada Muhyiddin juga akan menyarankan agar tindakan diambil kepada barisan penasihat 1MDB juga sekiranya didapati ada penyelewengan di 1MDB?
Pertanyaan ini dibuat atas hakikat menyedari mereka di barisan penasihat ini lebih berkuasa daripada lembaga pengarah kerana mereka yang menjadi penasihat 1MDB terdiri daripada mereka yang boleh membuat keputusan di peringkat kerajaan persekutuan dan juga Kementerian Kewangan.
Bukan itu saja, di dalam kenyataannya, Muhyiddin turut mendedahkan kerajaan akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperoleh pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.
Persoalan menarik yang timbul ialah - apakah kerana adanya tanah TRX dan Bandar Malaysia, maka bank di Malaysia tidak segan silu meluluskan pinjaman berbilion kepada 1MDB selama ini sehingga hutang 1MDB menjadi sebegitu besar?
Sekiranya 1MDB bermasalah, apakah kerajaan berhak membeli balik tanah TRX dan Bandar Malaysia ini pada kadar yang dijual kepada 1MDB? Ataupun 1MDB mempunyai hak mutlak untuk menjualnya kepada sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, termasuk syarikat asing?
Apakah penyerang 1MDB di luar sana sebenarnya sedang menunggu 1MDB untuk menjual tanah TRX dan Bandar Malaysia untuk menutup hutangnya bagi memiliki aset berharga tersebut?
Kenyataan Muhyiddin menjadikan persoalan ini lebih menarik perhatian daripada sebelumnya.

1MDB: The Edge sedia bantu siasatan

PAS mahu Muhyiddin ganti Najib jadi menteri kewangan

Najib-Muhyiddin bergeser isu 1MDB?

1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Oktober lagi berada dalam sasaran kritikan -- dan kepemimpinan Umno yang dekat dengan presidennya turut dilanda tekanan isu tersebut.

Sejak isu itu dibangkitkan dengan konsisten beberapa bulan lepas, termasuk oleh Dr Mahathir Mohamad, muncul desas-desus penyokong kerajaan di Dewan Rakyat tidak bersedia membelanya.

Kelihatannya, waktu itu, hanya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang ghairah membela 1MDB, termasuk memberi jaminan lebih RM7 bilion dari pelaburan pesisir pantai di Cayman Islands akan dipulangkan ke Malaysia tahun ini.

Sejak isu ini tidak bertambah reda, malah terus menggugat 1MDB dan Najib, sekumpulan besar pemimpin Umno bahagian menyatakan sokongan kepada presiden mereka dalam satu pertemuan di bangunan Umno semalam.

Tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tidak hadir -- dengan itu membuka spekulasi baru wujudnya pergeseran antara dua pemimpin atasan negara ini.

Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan berani dan tegas Jumaat lalu, sehari selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan kabinet yakin tiada salah laku pada syarikat itu.

Jabatan Audit Negara boleh menyiasat 1MDB sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata PMO lagi.

Tetapi Muhyiddin pula berkata PAC boleh menyiasat kontroversi 1MDB tanpa perlu menunggu hasil audit Jabatan Audit Negara.

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan tidak bersedia menyelamatkan (bailout) syarikat pelaburan itu yang berhutang RM42 bilion.

Timbalan perdana menteri juga tidak bersetuju dengan penjualan tanah projek-projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutang 1MDB.

Menariknya, walaupun kenyataannya dilihat berani dan berbeza daripada PMO, Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercanggah dengan perdana menteri.

Boikot atau bukan boikot?

Hadir Parlimen: Permohonan Anwar ditolak berdasar Seksyen 31(1)(a)

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara tidak meluluskan permohonan bagi membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13.
  
Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar berkata ia diputuskan selepas pertimbangan dibuat, dan berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995.
  
"Saya dengan ini mengesahkan surat penolakan telah dihantar kepada pemohon pada Rabu, 4 Mac 2015," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Zulkifli berkata bahawa Jabatan Penjara sebelum ini telah menerima permohonan daripada Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan Tetuan Daim & Gamany bagi membolehkan Anwar, Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadiri sesi pertama sidang Parlimen tahun ini dari 9 Mac hingga 9 April.
  
Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995 memperuntukkan bahawa Komisioner Jeneral Penjara boleh mengarahkan supaya banduan dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia melalui perintah bertulis, setelah berpuas hati terdapat alasan munasabah yang menghendaki kehadiran seseorang banduan di tempat itu.
  
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. - BERNAMA

1MDB bom jangka buat Najib, kata Husam

KUALA LUMPUR: "Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong tindakan berani Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, semalam.
Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia juga, beliau tidak hanya ingin mendengar laporan audit kosmetik dengan spesifikasi tugas yang sangat terhad untuk memberikan gambaran yang salah terhadap kedudukan sebenar 1MDB.
Berikut tulisan penuh beliau.
Sebulan dua yang lalu, saya telah menjangkakan bahawa isu 1MDB ini akan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari takhta kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Perkara ini menjadi semakin serius setelah timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengeluarkan kenyataan seolah-olah menampar Perdana Menteri buat kali pertama mengenai isu 1MDB.
Kenyataan terbuka ini, jelas telah melontarkan batu ke dada politik Datuk Seri Najib. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin dibuat setelah Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan pada Rabu lalu bahawa kabinet sebulat suara berpendapat penjelasan 1MDB adalah perlu dan elok serta satu perhimpunan khas Umno akan dibuat pada hari Ahad ini untuk menyokong Datuk Seri Najib.
Setelah menilai dua kenyataan yang bercanggah itu, saya melihat jelas dan nyata bahawa kabinet tidak sebulat suara menyokong isu ini seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Menerusi kenyataan Tan Sri Muhyiddin kita boleh fahami bahawa pengauditan ke atas 1MDB yang dibuat oleh firma Audit, Deloitte hanya untuk tahun 2013 di mana wang pelaburan yang dipersoalkan telah pun dipulangkan atau diganti dengan wang lain untuk menunjukkan segala-galanya adalah teratur. Bagaimana pelaburan itu diuruskan sebelum itu gagal disentuh oleh Deloitte kerana tugas spesifik yang terhad yang diberikan kepada mereka.

Tiada seteru dalam PAS, musuh saya Umno-BN, kata Dr Dzulkefly

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ditemubual di rumahnya di Shah Alam, selepas insiden diserang 2 pemuda awal pagi Khamis minggu lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Mac, 2015.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ditemubual di rumahnya di Shah Alam, selepas insiden diserang 2 pemuda awal pagi Khamis minggu lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Mac, 2015.Selepas diserang 2 pemuda tidak dikenali pada awal pagi Khamis minggu lalu, Dr Dzulkefly Ahmad menafikan mempunyai musuh dalam PAS kerana musuh utamanya selama ini hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, sukar baginya untuk menuduh pihak tertentu secara spesifik kerana jika tersilap ia pastinya akan mencemarkan imej parti dan keluarga sendiri.
“Musuh saya hanyalah Umno dan BN. Kalau orang dalam PAS menganggap saya musuh, minta maaf, saya tidak boleh buat apa-apa. Tetapi sikap dan iktikad saya, saya tidak ada musuh dalam PAS. Saya cuma ada perbezaan pandangan.

“Berdepan dengan prospek pemilihan, kami sebagai pimpinan PAS Pusat mesti sedar kalau silap menyebut perkara itu, media menunggu peluang. Peluangnya memburukkan parti dan memburukkan imej kita.“Cukup bagi mereka mengatakan dua kali lima sajalah walaupun PAS parti Islam. Bahkan lebih teruk lagi jika MIC angkat kerusi tetapi ini sudah sampai fizikal dan ganas dengan tidak ada apa-apa amaran,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam minggu lalu.
Dzulkefly berkata walaupun ramai yang membangkitkan teori mudah berhubung insiden serangan itu namun tidak mudah baginya cenderung kepada pandangan tertentu.
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah memberi imej yang baik kepada PAS kerana ia tidak mudah diperbaiki apabila sudah dicemari.
“Bila sudah jatuh seperti Umno sekarang, hendak bangkitkan balik melibatkan jururunding antarabangsa, pakej semula, menstrukturkan dan reformasi tetapi bila sudah rosak ia tidak boleh diperbaiki.

Nurul Izzah akan baca ucapan perbahasan Ketua Pembangkang

Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar untuk membacakan ucapan Ketua Pembangkang.

KUALA LUMPUR: “Saya akan bacakan ucapan Ketua Pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di dalam dewan esok”,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Ucapan Ketua Pembangkang itu membahaskan titah DiRaja yang berlangsung esok di Dewan Rakyat.
nurul izzah, anwar, malaysia copy“Saya tak nampak ada halangan untuk saya mewakilil beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar untuk membacakan ucapan Ketua Pembangkang.
“Saya tidak rasa ada masalah melainkan ada halangan politik lain yang tidak menginginkan perkara itu berlaku,” katanya ketika mengesahkan perkara berkenaan kepada wartawan lobi Parlimen.
Sementara itu beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berhenti berusaha untuk memastikan Anwar dapat menyertai sidang Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.
“Kita terus menerus berusaha agar beliau diberikan ruangan untuk hadir dalam sesi kali ini. Pada saya bila jelas beliau seorang tahanan politik berkait dengan permohonan agar Yang di-Pertuan Agong mengambil kira satu pelanggaran prinsip keadilan telah berlaku kita akan teruskan dengan apa juga cara sekali pun,” tegas beliau.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Hukuman tersebut menyebabkan Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Langat 2 terjejas lagi, perjanjian air Pusat-S'gor tak disambung

Kerajaan Persekutuan Langgar Perjanjian Air?

Usaha Hadirkan Anwar Di Parlimen Diteruskan

MP PR Berbaju Hitam Protes Di Parlimen

1MDB: DAP cabar Najib nafi beri kelulusan RM1.8 bilion kepada PetroSaudi


1mdb feat


KUALA LUMPUR, 9 MAC: DAP hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menjawab sama ada beliau telah memberi lampu hijau terhadap 1MDB untuk memberi pinjaman berjumlah RM1.8 bilion kepada PetroSaudi International Limited.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Najib harus memastikan bahawa beliau sememangnya telah berbuat demikian pada tahun 2010 berdasarkan satu lagi pendedahan dari Sarawak Report semalam.
“Sarawak Report semalam telah mendedahkan satu emel berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan Najib dan kemungkinan penglibatan beliau dalam kemelut kerjasama dalam PetroSaudi International (PSI),” katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Tony, jika benar pendedahan tersebut adalah satu pembohongan, Najib mesti menafikannya dengan bertindak segera terhadap Jho Low yang telah menipu dan menyalahguna nama beliau sebagai Perdana Menteri dalam skandal 1MDB.
“Najib perlu membuat laporan polis untuk menuntut siasatan segera terhadap Jho Low yang telah melakukan dakwaan palsu terhadapnya.
“Saman sivil juga perlu dimulakan terhadap Jho Low, bukan hanya kerana menipu tapi telah mencemarkan imej dan nama baik Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
“Jika Najib tidak mengambil tindakan serius terhadap Jho Low, maka beliau tidak boleh menyalahkan rakyat untuk terus membuat spekulasi mengenai penglibatannya dalam penipuan 1MDB-PSI,” tegasnya.
Sarawat Report semalam telah mendedahkan urusniaga melalui emel antara individu yang terlibat dalam perjanjian antara 1MDB dan PSI.

Husam: Kabinet tak sebulat suara isu 1MDB?

PAS membangkitkan sama ada kabinet tidak sebulat suara dalam isu 1MDB yang dihimpun asakan bertali arus laman pembocor maklumat Sarawak Report dan pembangkang.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan keperluan pengauditan telus, bebas dan menyeluruh menunjukkan kabinet tidak sebulat suara dalam isu itu.

“Perkara ini menjadi semakin serius setelah timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengeluarkan kenyataan seolah-olah menampar Perdana Menteri buat kali pertama mengenai isu 1MDB.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong tindakan berani Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Muhyiddin pada 6 Mac berkata, pengauditan telus, bebas dan menyeluruh terhadap akaun 1MDB penting untuk membersihkan nama syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Katanya, audit forensik hendaklah dilaksana untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga, seterusnya memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur, lapor Bernama.

Audit itu perlu dibuat, katanya, ekoran tuduhan penyelewengan, termasuk usahasama dengan PetroSaudi, dibuat berhubung urusniaga pada 2009, yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit firma Deloitte.

Dalam kenyataannya hari ini, Husam berkata Muhyiddin melangkah setapak ke hadapan dengan meminta audit lebih meluas dilakukan.

Cukup bukti untuk dakwa Jho Low, Najib dan Shahrol, kata PKR

Pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan cukup bukti bagi ahli perniagaan Low Taek Jho dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi didakwa mengikut 2 undang-undang, kata PKR hari ini.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB juga dianggap bertanggungjawab dan beliau akan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka esok.
"Bukti setakat ini menunjukkan Low dan Shahrol boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya 2 kesalahan iaitu melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah. "Oleh itu, saya menggesa supaya mereka segera disiasat dan didakwa.
"Saya sendiri akan membuat satu laporan polis terhadap Low, Shahrol dan Najib pada hari esok 10 Mac, 2015 jam 3 petang di IPD Dang Wangi supaya kes ini dapat disiasat segera dengan bukti yang jelas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB: Rafizi akan buat laporan polis terhadap PM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dua lagi individu, Low Taek Jho dan Datuk Shahrol Halmi berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya Jho Low, seorang ahli perniagaan dan juga Shahrol, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB perlu disiasat kerana melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah.

"Lebih mengejutkan, dalam satu komunikasi dengan PetroSaudi, Jho Low secara berani menyatakan bahawa pemindahan wang dari PetroSaudi ke 1MDB tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia yang secara jelas melanggar Akta Pengubahan Wang Haram.

"Ini menguatkan lagi saranan saya sebelum ini bahawa Jho Low dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi telah terbukti melanggar Akta Pengubahan Wang Haram apabila memindahkan wang tanpa menyatakan siapa penerima akhir seperti yang terkandung di dalam email yang didedahkan oleh Sarawak Report," kata beliau yang juga Setiausaha Agung PKR dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Rafizi, persetujuan Najib dengan urusniaga 1MDB sebagaimana yang didakwa oleh laman Sarawak Report, telah turut mengundang kontroversi.

"Saya sendiri akan membuat satu laporan polis terhadap Jho Low, Datuk Shahrol Halmi dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari esok 10 Mac 2015 jam 3.00 petang di IPD Dang Wangi supaya kes ini dapat disiasat segera dengan bukti-bukti yang telah jelas," kata Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Jumaat lalu, Najib, atas kapasiti peribadinya telah memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu 1MDB ini.

Anwar sanggup mati di penjara kerana peribadi?

Oleh Subky Latif

SAYA tidak rapat dengan Dato’ Seri Anwar ibrahim sejak dia mencebur diri dalam politik. Sebelumnya saya memang mendekatinya.Semasa dia jadi menteri, ada dua/tiga kali terserempak dengannya. Selepas bebas penjara dua–tiga kali juga bertemunya sekalipun dia mengetuai pakatan yang parti saya PAS menjadi sekutunya.
Saya terharu dia dipenjara lagi dan saya bangga dia sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penindasan dan cengkaman kezaliman sejak merdeka.
Jika dia dikatakan berjuang untuk jadi perdana menteri, sedikit saja betulnya. Tetapi jika dikata dia hendak jadi perdana menteri, ia adalah betul. Tetapi mengapa untuk jadi perdana menteri sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara sedang harapan jadi perdana menteri belum tentu jadi?
Lalu ada yang mengata tinggalkanlah dia jadi laksana haiwan raksasa yang dikatakan wujud zaman purba justeru perjuangannya demi peribadi saja, bagi yang bersamanya hanya memikul liabiliti. Dari masa ke semasa seteru politik akan menubi kelemahan yang dipaksa ke atasnya.
Jika dia hendak jadi Perdana Menteri biarkan dialah justeru perlembagaan membenarkan setiap rakyat yang lahir di Malaysia berhak bercita-cita untuk menjadi Peerdana Menteri dan perlembagaan juga tidak melarang setiap laki-laki ingin kahwin dengan Siti Nurhaliza sekalipun yang dapat mengahwininya hanya seorang saja.
Saya mahu bersama Anwar bukan sekadar hendak menjadikan perdana menteri saja tetapi dia mampu mengembleng tenaga dan pengaruh bagi meruntuhkan belenggu kezaliman dan penindasan golongan lintah darat sejak merdeka.
Kata Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, Umno sudah jadi kurafat dan ia perlu diruntuhkan. Saya termakan dengan mantiknya, justeru kurafat boleh membelenggu kepercayaan rakyat dan selagi ia tidak dirunuhkan, maka sekalian terus menerus dibelenggu kurafat itu.
Kerana Umno yang menindas itu tidak dapat diruntuhkan, bukan saja sekalian jadi pencarum kurafat, maka banyaklah keroskan berlaku di alam kita, pada politik, ekonomi, sosial, akhlak, akidah dan lain-lain. Jika dibenarkan mustakbirin ini berterusan, maka tiada jaminan masa depan negara dan generasi terkemudian.
Banyak yang sudah kita laku dan korbankan bagi menghalang semua keruntuhan, tetapi belumlah banyak yang dapat dibuat, bahkan belum nampak kezaliman dan penindasan itu dapat dicegah.
Harapan meruntuhkan monopoli mustakbirin khurafat BN ini hampir dapat dilakukan dengan kita dapat bersama Anwar Ibrahim. Anwar sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Kita saja pun belum dapat buat apa-apa juga, tetapi dengan kita bersama Anwar tembok besi Putrajaya itu sudah digoncang.
Ia sekadar belum diroboh tetapi sudah pernah digegar.

Halang Anwar: Demo YB Pakatan di Parlimen pula pagi esok

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan mengadakan protes terhadap penahanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan pintu Parlimen esok pagi.

N Surendran (PKR-Padang Serai) menggelar tindakan itu sebagai keputusan bersama wakil rakyat pembangkang.

Bantahan itu bagi menuntut pembebasan Anwar dan bagi membolehkannya hadir ke sidang dewan kerana beliau masih berstatus ketua pembangkang.

Kumpulan itu bagaimanapun akan hadir ke sidang parlimen pada jam 10 pagi.

#KitaLawan: Polis tahan reman Nik Nazmi tiga hari

Parlimen: Dua kali digantung, Surendran tak gentar terus bersuara

Ahli Parlimen Pakatan berpakaian hitam tanda protes Anwar dipenjara

Anwar tetap ketua pembangkang, kata DAP

PARLIMEN MALAYSIA : TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGUNG


Jangan polemik perbezaan pendapat dalam isu agama, titah Agong

Perbezaan pandangan dalam isu keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa dan tidak wajar dipolemikkan, menurut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini. Titah baginda, konsep kebebasan bersuara juga perlu diamalkan dengan bertanggungjawab dan tidak menimbulkan sebarang ketegangan di kalangan rakyat.
"Selain itu, sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kita sentiasa berpegang kepada prinsip keluhuran dan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," titahnya di Dewan Rakyat hari ini.

Berucap merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13, Agong mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang mesti dipatuhi dan juga menghormati agama lain yang bebas diamalkan.
Pada masa sama, baginda bertitah, terdapat segelintir pihak yang cuba menggugat perpaduan dengan mengadu domba dan menyebarkan fitnah di kalangan masyarakat, termasuk melalui media sosial.

Justeru itu, baginda menasihatkan golongan tersebut menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan mengingatkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.
 "Beta menyeru agar semua pihak faham yang sistem pemisahan kuasa di antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

Nurul Izzah jadi ‘ketua pembangkang’ di Parlimen esok

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau akan menjadi "ketua pembangkang" di Sidang Dewan Rakyat esok, menggantikan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan titah diraja.
 Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tidak ada sebab beliau tidak boleh mewakili bapanya dalam membahaskan titah Agong di Parlimen esok, kecuali dihalang pihak tertentu. "Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (kawasan Parlimen diwakili Anwar) di dalam Dewan esok.
 "Saya tidak nampak ada halangan saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar membacakan ucapan ketua pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Cara Memangil Rezeki Yang Tak Terduga


BENGKEL REZEKI LAA YAHTASIB
Bengkel Mengapai Rezeki Laa Yahtasib Ini merupakan satu keilmuan istimewa dalam menggapai hajat yang berbentuk rezeki dan kewangan. Bengkel ini sangat ampuh dan berkesan. Ianya merupakan satu-satunya cara yang mujarab dan ampuh untuk menarik, melapangkan, mempermudahkan, memperlancarkan, dan mempercepatkan datangnya rezeki dan kekayaan dengan kaedah SOQAS, antara ilmu yang akan dikongsikan adalah seperti di bawah:-

1) Rahsia Membuat Ibu Duit La Yahtasib
2) Rahsia Membuahkan Wang La Yahtasib
3) Rahsia Memanggil Rezeki La Yahtasib
4) Rahsia Pembukaan Khazanah La Yahtasib
5) Rahsia Memangil Rezeki Secara Tak Terduga
6) Kaedah Menarik Rezeki Yang Berlimpah Ruah, Berkat Dan Memiliki
7) Ilmu Membuahkan Wang Ghaib - 21 Hari Untuk Melihat Hasilnya
8) Kaedah Menarik Tender, Bisnes, Proposal Dan Lain Lain
PENGIJAZAHAN:
Amalan Selawat Taqiyuddein (Selawat Sayyidi Al 'Arif Billahi Muhammad Taqiyuddein Ad Damasyqi Al Hambali)
Perhatian: InsyaAllah, dengan berkat usaha yang anda lakukan maka rezeki anda akan bertambah dari sehari ke sehari. Ilmu ini adalah amalan guru-guru pondok zaman dahulukala dan masih diamalkan pada zaman ini.

Amalan ilmu-ilmu di atas adalah bersih dan DIJAMIN Bebas unsur-unsur syirik, tahyul, khurafat, atau unsur-unsur jahat jin, syaitan, iblis, khadam dan makhluk halus. 
Yuran:  RM180 seorang                      
Tarikh: 29 Mac 2015 (Ahad)                     
Hubungi: