Ahad, 8 Mac 2015

Harga baru gas memasak akan diumum esok


Harga baru gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.
Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baru itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.
“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baru LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.
“Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baru LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.
Ditanya sama ada harga baru LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut.
“Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok maka kita akan umumkan harga baru LPG ini,” katanya.


Azmin dakwa tangkapan pimpinan AMK motif politik

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengecam tindakan polis menahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana jelas ia melanggar Perlembagaan.

Menurut Azmin, tindakan itu bermotifkan politik kerana tiada sebab menerusi perundangan Nik Nazmi dan Saifullan Zulkifli ditangkap dan ditahan.

"Nik Nazmi hadir secara sukarela ke Balai Polis untuk memberi keterangan dan memberi kerjasama kepada polis.

"Sekiranya polis mahu mengambil keterangan, tidak wajar beliau ditahan semalaman," katanya dalam satu kenyataan media, berhubung penahanan Exco itu berkaitan siasatan himpunan rakyat di ibu negara kelmarin.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu berkata, polis sepatutnya membebaskan Nik Nazmi dengan segera dan tanpa syarat.

Malah katanya, tindakan polis mencabul kedaulatan undang-undang dan tangkapan dan penahanan itu juga tiada asas undang-undang.

AMK: Kami akan tetap lawan

Dr Afif Bahardin
SHAH ALAM - Angkatan Anak Angkatan Muda PKR (AMK) membidas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang setakat ini melakukan dua penahanan ke atas Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua AMK Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, ia hanya siri intimidasi PDRM yang bertujuan untuk menekan pimpinan dan penggerak himpunan #KitaLawan.

“Penahanan ini adalah salah dan melanggar prinsip hak asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia di dalam Perkara 10: Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, seperti Fasal (1)(b); semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

“Ternyata penahanan beliau berikutan perhimpunan #KitaLawan semalam adalah satu pencabulan hak asasi warganegara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Saifullah ditahan polis petang semalam di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman 2012, dipercayai mempunyai kaitan dengan Perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di pusat bandar semalam.

Perkara itu dimaklumkan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi pesanan WhatsApp kira-kira jam 8.10 malam tadi.

Sementara itu, Nik Nazmi pula ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram kerana didakwa gagal memberikan notis 10 hari lebih awal sebelum himpunan.

MB Selangor: Nik Nazmi datang sukarela ditangkap pula

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata tindakan polis menahan Nik Nazmi Nik Ahmad tidak wajar memandangkan exco kerajaan Selangor itu hadir secara sukarela untuk disoal siasat.

“Pihak berkuasa perlu membebaskan Nik Nazmi dengan segera dan tanpa syarat.

“Polis perlu menghentikan siasatan dijalankan ke atasnya dan yang lain kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan membebaskan Anwar semalam,” ujarnya yang juga timbalan presiden PKR.

Nik Nazmi, juga ketua Pemuda PKR (AMK), ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini.

Selain beliau, sorang pemimpin akar umbi AMK Saifullah Zulkifli turut ditahan polis di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Azmin juga melihat tangkapan itu sebagai “bermotif politik” kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

“Perhimpunan semalam benar-benar teratur, aman dan dalam batasan undang-undang.

“Kami lihat tidak mempunyai asas undang-undang bagi penangkapan Nik Nazmi dan juga Saifullah Zulkifli, selain bermotif politik,” kata Azmin.

'Speaker tolak Anwar hadir Parlimen esok'

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir sesi baru Parlimen bermula esok, kata PKR.

Ketua whip PKR Datuk Johari Abdul (bawah) berkata beliau menerima jawapan speaker yang menyandarkan keputusannya kepada pendirian penjara yang tidak membenarkan Anwar dibawa keluar.

“Saya mewakili Ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat merasa amat kesal dengan keputusan ini,” kata Johari dalam kenyataannya malam ini.

“Selama ini kita amat mengharapkan Tan Sri Speaker dapat membuka ruang seluasnya kepada seorang ahli Parlimen, mendapat hak dan perlindungan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Johari juga berkata beliau akan berjumpa dengan Pandikar untuk berbincang secara terperinci kenapa keputusan itu diambil.

PKR juga, katanya, mahu tahu sama ada masih ada lagi kaedah yang boleh diperhalusi agar Anwar boleh mengambil bahagian dalam sesi Parlimen memandang beliau masih seorang wakil rakyat.

Ustaz Ahmad Fathan calon PAS PRK Dun Chempaka

KOTA BAHRU: Bekas Timbalan Pengetua Institut Dakwah Islamiah Perkim (Idip), Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, mewaliki PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka.
 
Biodata Calon PAS PRK N.06 Chempaka
 UST AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD
Tarikh Lahir : 4 April 1973

Umur : 42 Tahun

Isteri : Azizah Hanim bt Mohd Daud @ Ali

Anak : 7 orang
 Pendidikan : BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, MA Syariah Universiti Malaya
Pekerjaan : 

- Timbalan Pengetua & Pensyarah IDIP (Institut Dakwah Islamiah Perkim)

- Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar
Jawatan Parti: 

- Ketua PAS Cawangan Baung

- Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka

- Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa

Kalau sebelum ini minyak pon BOLEH NAIK, agak2 harga gas naik ka turun...


Kalau nak NAIK pon tak mengapa kerana pilihanraya lambat lagi.. KAMI ADA BR1M !!!

TAHUKAH ANDA, sebelum ini PETRONAS (GAS) telah mengaut rekod keuntungan selama 3 tahun berturut2 (2012-2014) dgn jumlah keuntungan RM7.88 bilion !!!

Bila menteri BN bersuara, 'kurang cerdik' yg keluar..


Kalau menguntungkan, kenapa hutang keliling pinggang sehingga berpuluh2 bilion ringgit. Malah hampir 3 kali gagal bayar hutang tertunggak.. Dah la tu ada hati lagi nak suntikan RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan.

Memang betullah 1MDB, asal aja Najib buat..
1 Malaysia Di Bongokkan
1 Malaysia Dalam Bahaya

(#KitaLawan Rally) Tian Chua: Kita Akan Kembali Dengan Jumlah Yang Jauh Lebih Besar


Harga gas petroleum cecair akan naik?

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.

Datuk Hasan MalekKUALA PILAH: Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok (Isnin).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.
Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.
“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.
“Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundigan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd.

#KitaLawan: Pimpinan PKR kecam penahanan Nik Nazmi dan Saifullah

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin kanan PKR hari ini mengecam penahanan Ketua Pemuda parti itu Nik Nazmi Nik Ahmad di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan oleh pihak polis.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, tindakan itu adalah tidak wajar kerana perhimpunan #KitaLawan yang diadakan petang Sabtu itu berlangsung dengan aman.

"Ini cara ugutan yang tidak wajar kerana perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman. Mengapa pihak polis hendak mengambil tindakan sedemikian?

"Kini mereka kembali kepada zaman lapuk di mana hak asasi manusia dikekang," kata Ahli Parlimen Batu itu ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis itu sebagai ingin mencetuskan rasa takut di kalangan rakyat yang ingin berjuang menuntut hak mereka.

"Sangat tidak wajar... saya kecam tindakan sedemikian," katanya lagi.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya oleh PKR, Tian Chua berkata pihaknya akan menyerahkan kepada peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, N Surendran ketika dihubungi turut merasakan tindakan penahanan itu tidak wajar.

Katanya, pihak polis tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menahan Nik Nazmi mahupun Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli.

"Mereka tidak sepatutnya ditahan... tiada alasan untuk penahanan tersebut," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Penahanan Nik Nazmi bercanggah undang-undang, kata MB Selangor

Tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan exco negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan kerana perhimpunan #KitaLawan semalam berlangsung secara aman, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

 Dalam satu kenyataan lewat petang tadi, Azmin berkata, pihaknya mengutuk tindakan PDRM tersebut.
"Saya mengutuk tindakan menahan Nik Nazmi. Tindakan polis bercanggah dengan undang-undang," kata Azmin dalam kenyataannya.

 "Perhimpunan semalam berlangsung dengan aman dan tidak menyalahi batas undang-undang. Kami melihat tiada asas untuk penahanan beliau selain bermotifkan politik," katanya.
Nik Nazmi hari ini ditahan semalam di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur selepas diarahkan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10 pagi tadi.

Beliau yang juga ketua Pemuda PKR kemudiannya dibawa ke Jinjang pada pukul 12.20 tengahari. Peguam, Melissa Sasidaran berkata, pihak polis menahan beliau kerana dipercayai melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal mengemukakan notis 10 hari kepada PDRM sebelum Perhimpunan #KitaLawan dilaksanakan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
 "Sekiranya polis ingin merekod kenyataan beliau, sudah pasti tidak perlu untuk menahan beliau untuk semalaman," kata Azmin, dan menambah, lebih-lebih lagi Nik Nazmi hadir ke balai polis berkenaan secara sukarela.

Putrajaya tahu apa yang terjadi kepada MH370, kata Ambiga

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mendakwa kerajaan Malaysia mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang setahun lalu akan tetapi tidak mendedahkannya kepada umum.
Ambiga bagaimanapun berkata, kerajaan Malaysia mungkin tidak mengetahui di mana pesawat malang yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu berada.
 "Mereka mungkin tidak tahu di mana pesawat itu berada tetapi mereka tahu apa yang terjadi pada hari kejadian. Sekurang-kurangnya berikan beberapa fakta mengenainya," katanya pada satu forum "Malaysia Mengharungi Cabaran" di Menara PKNS, Petaling Jaya hari ini.
 Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu mendakwa kehilangan pesawat MH370 dikendalikan dengan amat teruk oleh kerajaan Malaysia. "MH370 dikendalikan dengan amat teruk kerana sehingga kini mereka tidak mahu mendedahkan mengenainya kepada semua orang. "Kenapa kami tidak boleh tahu perkara yang sebenar?" soalnya.

Ketua Umno bahagian puas hati penjelasan Najib tentang isu 1MDB

Kesemua 154 ketua Umno bahagian yang menghadiri perjumpaan bersama Datuk Seri Najib Razak hari ini berpuas hati dengan penjelasan presiden Umno itu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Johari Abdul Ghani. Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, perjumpaan yang berlangsung selama lebih satu setengah jam itu bersetuju masa perlu diberikan agar siasatan lanjut dijalankan kepada 1MDB.
"Beliau turut membangkitkan isu 1MDB dan isu itu dibincangkan panjang lebar. Ketua bahagian memberi kepercayan penuh kepada perdana menteri untuk menyelesaikan isu itu.
 "Beliau meminta ketua bahagian memberi masa kepada ketua audit negara dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) untuk menganalisis setiap aspek 1MDB.
"Ketua bahagian menerima penjelasan itu dan memberi jaminan isu 1MDB tidak akan memecahkan Umno dan BN," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini. Di antara yang kelihatan hadir hari ini naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib jamin pesalah 1MDB tidak akan dilindungi, kata Ismail Sabri

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada ketua bahagian parti itu Putrajaya tidak akan melindungi sesiapa yang didapati bersalah dalam kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendirian itu disampaikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang media selepas pertemuan Najib bersama lebih 150 ketua bahagian seluruh negara.
"Beliau berkata ketua audit negara sendiri akan memeriksa 1MDB dan keputusannya akan diberikan kepada PAC.
 "Tiada apa yang disembunyikan dan tiada yang akan dilindungi," kata Ismail pada satu sidang media di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini. Ismail berkata Najib memaklumkan kepada ketua Umno bahagian akaun 1MDB sudah melalui audit forensik oleh firma perakaunan Deloitte yang mengesahkan syarikat itu bebas daripada penipuan dan salah guna dana.

Ketiadaan Anwar di Parlimen beri kelebihan pada BN

Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian
SHAH ALAM - Seandainya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok akan memberikan kelebihan buat BN.

Bagaimanapun, penganalisis politik, Sivamurugam Pandian berkata, ia tidak akan menjadi faktor yang boleh membantu BN mematahkan serangan PKR di persidangan nanti.

“Saya rasa tanpa Anwar sudah pasti ada kesannya dalam suasana dalam sidang Dewan Rakyat nanti. Ini kerana beliau dilihat sebagai perisai yang melindungi PR dan juga bagi PKR, DAP dan Pas.

“Walaupun (sebelum dipenjarakan) beliau dilihat masih gagal untuk tangani isu Selangor, hudud serta PBT, saya tidak tolak bahawa ketiadaan Anwar akan beri kelebihan kepada BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menolak permohonan Anwar untuk hadir ke sidang Parlimen.

Oleh yang demikian, satu perjumpaan antara Speaker  Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul  akan berlangsung dalam masa terdekat bagi membincang kehadiran Anwar ke Parlimen.

1MDB: Ketua bahagian terima penjelasan PM

Seramai kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian berpuas hati  dengan penjelasan yang diberikan presidennya, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu-isu kontroversi termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah, tiada juga pihak yang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap Najib dan isu-isu melibatkan parti semasa pertemuan selama lebih sejam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sehubungan itu, menurut Pengerusi Penyelaras Solidariti Ketua-ketua Umno bersama presiden, Datuk Seri Ismail Sabri, selepas pertemuan itu pihaknya memberi seluruh sokongan  dan komitmen kepada Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri.

"Semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan oleh presiden.

"Ini perjumpaan biasa kerana kita juga nak dapatkan maklum balas isu semasa. Dan selain daripada itu kita semua ketua bahagian nyatakan sokongan tak berbelah bahagi pada presiden parti kerana akhir-akhir ini presiden di hina dan difitnah.

1MDB: Tiada liputan media pertemuan Najib bersama ketua Umno bahagian

Media tidak dibenarkan membuat liputan perjumpaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bersama ketua bahagian parti Melayu itu pada petang ini.

Kira-kira 50 pengamal media berkumpul di lobi Menara Dato Onn, Kuala Lumpur sejak 2 petang tadi, namun kecewa selepas dimaklumkan setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh tiada media dibenarkan membuat liputan perjumpaan itu. Papan tanda diletakkan di lobi Menara Dato Onn yang tertulis: "Majlis Tertutup: Tiada sebarang liputan media. ; Perjumpaan ini dijangka menjadi medan penjelasan dan penyataan sokongan ketua Umno bahagian selepas Najib terpalit dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu mengumumkan ketua audit negara sudah diarahkan untuk menyiasat akaun 1MDB. Pada mesyuarat Kabinet itu, pengurusan 1MDB dan juruaudit Deloitte turut hadir memberi taklimat kepada jemaah menteri, menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.
Arahan Najib untuk menyiasat 1MDB itu berikutan pendedahan portal Sarawak Report yang mendakwa mempunyai bukti dana AS$700 juta (RM2.58 bilion) daripada 1MDB disalurkan kepada pihak ketiga.

#KitaLawan: DAP, PAS mahu pastikan Anwar bebas

UMNO menyalahgunakan undang-undang untuk memenjarakan lawan politik mereka.
KUALA LUMPUR: Walaupun cuba dilagakan dengan pelbagai isu oleh media tajaan UMNO, DAP dan PAS tetap bersatu hati menuntut agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Teng Chang Khim menegaskan, biar apa pun taktik yang digunakan, DAP akan memastikan usaha membebaskan Anwar tetap tercapai.
“Kita semua hadir ke sini bukan untuk shopping tapi demi memastikan Anwar dibebaskan.
“Kita akan pastikan matlamat itu berjaya dijayakan,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 1,000 rakyat berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.
ADUN PAS Saari Sungib pula menyatakan, tujuan himpunan juga adalah untuk mendesak hak-hak rakyat dapat dikembalikan.
“Tahniah kepada kesungguhan rakan-rakan semua yang datang untuk menuntut bukan saja pembebasan Anwar tapi hak kita yang telah dirampas selama ini,” katanya.

#KitaLawan: Bukti anak muda tidak rela diperalat Umno@BN

KUALA LUMPUR: Perhimpunan #KitaLawan yang disertai lebih daripada 10,000 orang petang semalam membuktikan rakyat khususnya anak muda bersama menuntut keadilan.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata himpunan itu juga membuktikan golongan anak muda tidak rela diperalat oleh pemerintah BN.
Menurutnya, BN terancam dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan raya Umum ke-13 lalu, maka mereka memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempastikan BN terus berkuasa.
"BN akan terus membuli PR dan memujuk PAS bersama mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, ujar beliau merupakan konsep pecah dan perintah BN.
Selain beliau, turut serta pada perhimpunan semalam ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad.
Himpunan dan perarakan #KitaLawan anjuran Pemuda PKR itu diadakan bagi mendesak Anwar yang dikini menjalani hukuman penjara lima tahun dibebaskan.

#KitaLawan: Lensa Part 37







#KitaLawan: Lensa Part 36






#KitaLawan: Lensa Part 35







#KitaLawan: Lensa Part 34







CAYOKLAH NAJIB..US$1 BILION..!!!

Rakyat tak heran pon kalau setakat US$1 bilion tu ala celah taik gigi Najib & Rosmah aja.. INGAT, US$1 BILION bukannya RM..
Lepas April nanti GST kan ada.. rakyat sama2 boleh TOLONG BAYAR hutang kerajaan & negara.. Kata nak menuju negara maju kan.. kan... kan... !!!!

Kita Lawan mahu 'serbu' balai malam ini

Tidak puas hati dengan penangkapan Ketua Pemuda PKR (AMK), 'Kita Lawan', gabungan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, merancang berkumpul di balai polis Jinjang di ibu negara malam ini.

Sekretariat gabungan itu dalam kenyataannya hari ini berkata mereka akan mengadakan majlis nyalaan lilin sebagai tanda setiakawan dengan Nik Nazmi Nik Ahmad selain mengamalkan hak berhimpun.

“Lagi anak muda ditekan, lagi kita bangkit dan #KitaLawan!” menurut kenyataan itu.

Nik Nazmi, yang juga exco kerajaan Selangor, hari ini ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan.

Beliau disiasat kerana penglibatannya dalam perhimpunan besar pro-Anwar dan mendesak pengunduran perdana menteri di ibu negara semalam.

Nik Nazmi dipercayai dibawa ke balai polis Jinjang untuk siasatan lanjut. Semalam seorang pemimpin akar umbi AMK Saifullah Zulkifli turut ditahan polis di Kuala Lumpur.

Siapa ganti Anwar di Parlimen?

Sidang Dewan Rakyat pertama pada 2015 menyaksikan ketiadaan ketua pembangkang, perkara tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, susulan keputusan Jabatan Penjara ‎tidak meluluskan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, tempoh pemilihan jawatan ketua pembangkang yang terganggu separuh jalan akan digantikan secepat mungkin oleh rakan mereka. Datuk James Wong daripada ‎Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) merupakan ketua pembangkang pada Ogos 1974, akan tetapi dua bulan kemudian beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tempoh beberapa tahun.  ‎

Beliau digantikan rakan partinya Edmund Langgu Saga sehingga Snap menyertai gabungan pemerintah Barisan Nasional pada 1976. ‎Insiden sama berlaku kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, ketua pembangkang paling lama dalam sejarah Malaysia (1975-1999) yang ditahan di bawah ISA selama 18 bulan semasa Operasi Lalang 1987. ‎

Pada ketika itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang Tan Sri Lee Lam Thye mengambil peranan sebagai pemangku ketua pembangkang sementara pemangku ketua digalas Sim Kwang Yang, juga daripada DAP. Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagaimanapun keluarganya memfailkan petisyen pengampunan kepada Yang Dipertuan Agong.

Ringgit jatuh Lagi !!!


Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI" ini bagus untuk negara kita sebenarnya.. Ingat tak !!!

Nilai ringgit tahun,bulan, harian.... makin lama makin apa?

Makin lama makin jatuh / susut nilai. Lain negara takde camni. Ni sebab apa?

Sebab gatal tangan bagi undi kat sapa?

Sebab apa murid2... ?????

KENAPA TIBA-TIBA kenyataan/ artikel ustaz Kazim Elias di Berita Harian yg bertarikh 25 April 2014 DIPADAMKAN ???


Anda sendiri tahu & faham...

#KitaLawan: Reformasi menjelma kembali?

oleh Zahid M. Naser
KITALAWAN
Demonstrasi #KitaLawan menghimbau kenangan 1998, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali dijatuhkan dari tahta nombor dua negara gara-gara fitnah liwat dengan Azizan Abu Bakar. Cuma kita akan tertanya-tanya apa yang akan ia jadi? ‘Reformasi’ sekali lagi?
Aku kira ini kali pertama aku berada dalam perhimpunan aman rakyat atau dengan kata lain ‘ritual demokrasi’ di Malaysia. Di Kaherah dulu, sewaktu demo-demo revolusi – kalaupun aku ada kisah parah di sana – lain suasananya, walaupun tuntutannya persis sekali – rakyat mahu orang nombor satu negara berundur diri. Di Kaherah, rakyat mahu Mubarak, Morsi dan el-Sisi berundur. Di Malaysia orang mahu Najib dan Rosmah Mansor berundur.
Aku ke demo bersama seorang teman wartawan, Alep, yang separa macho dan malu-malu bersemangat mahu pergi awal. Ditemani seorang lagi pemuda, Haziq namanya, yang baru saja dapat keputusan SPM, yang katanya mahu tengok reformasi.
Kira-kira jam 2.30 tengahari penyokong Pakatan Rakyat sudah mengerumuni pintu masuk Masjid Jamek sambil menyorak “Undur, Najib, undur!” beramai-ramai. Aku mencari-cari ruang untuk aku bikin berita. Waktu itu, aku tidak nampak apa-apa bayang reformasi. Yang ada hanya orang ramai bersorak “Undur Najib, undur!”
Kelihatan pemimpin DAP seperti Exco Selangor Tan Cheng Khim, Adun Pasir Pinji Howard Lee, Ahli Parlimen Rasah yang juga Ketua DAPSY Malaysia Teo Kok Seong bersama penyokong himpunan #KitaLawan beramah mesra dengan orang-ramai sambil berbincang mengenai himpunan hari ini.
Himpunan #KitaLawan sebelum ini katanya dijadualkan akan menuju ke Pasaraya Sogo di Jalan Raja Laut. Aku pun tanyalah sama Kok Seong, “Bila kita nak pergi Sogo, orang sudah terlompat-lompat tu!” kata aku sambil tunjuk ke arah orang ramai. Howard di sebelahnya hanya senyum saja.
Namun, menurut Kok Seong semua peserta himpunan #KitaLawan yang berhimpun di Masjid Jamek akan bergerak ke pasaraya itu pada jam 3.30 petang. Aku tanya lagi diri aku apa betul akan ada Reformasi?
Belum sempat aku jawab. Hujan pula turun. Mungkin hujan sengaja buat aku fikir yang bukan-bukan-tentang bini, tentang gaji dan filem Kingsman yang ada di wayang.
Hujan yang mulai turun kira-kira jam 3 petang tidak mematahkan semangat para penyokong himpunan nampaknya. Tidak menghiraukan hujan yang semakin lebat, para penyokong mula bersiap bergerak bersama pimpinan Pakatan Rakyat.
Kira-kira 2,000 atau lebih penyokong himpunan yang mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat di Masjid Jamek tetap menyorak kalimah keramat “Reformasi” ketika mula bergerak ke Sogo. Kalimat Reformasi itu aku katakan keramat, sebab ada tanggungan berat jika kita mahu cerita reformasi. Kita akan bercerita tentang pembunuhan pemimpin politik, pembunuhan orang Cina, pembunuhan mahasiswa dan ‘kerennya’ seorang diktator (merujuk reformasi di Indonesia).