Sabtu, 7 Mac 2015

SIAPA PENIPU & PUTAR BELIT ???


FAKTA:

1) Kenyataan Najib Razak (The Star, 25 Sept. 2011)
"NAJIB: NO HUDUD IN M'SIA"

2) Kenyataan Najib Razak (TV3, Sept. 2011)
"Undang-undang Hudud kita TIDAK AKAN laksanakan... di Malaysia ini"

TETAPI DUKE tetap pertahankan kenyataan Najib, kononnya katanya "belum melaksanakannya".. Tak ada pun Najib ckp sebegitu di TV3 mahupun di akhbar ???.. 

Adakah "TIDAK AKAN" & "BELUM" membawa erti yang sama ???.. ANDA nilaikanlah sendiri mengapa DUKE beriya-iya, bermati-matian pertahan Najib...

(#KitaLawan Rally) Terima Kasih Rakyat Malaysia


#KitaLawan: Saifullah ditahan, Nik Nazmi dipanggil IPD Dang Wangi

Seorang pemimpin Pemuda PKR (AMK) ditahan polis, dipercayai berkaitan perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran 'Kita Lawan” di Kuala Lumpur hari ini.

Saifullah Zulkifli, ketua AMK Kelana Jaya, itu dibawa ke Balai Polis Jinjang, menurut maklumat daripada pihak komunikasi PKR.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini, Saifullah ditahan di Masjid Jamek di ibu negara kira-kira jam 7.45 petang tadi.

Tiada maklumat lanjut berhubung penangkapannya setakat ini.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.

Nurul Nuha dan kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’ (Bahagian 1)


IMG_8559
Nurul Nuha, 31, anak keempat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyangka mimpi ngeri berulang sekali lagi menimpa keluarganya akibat rekayasa dan pertuduhan fitnah.
Namun, ibu kepada dua anak ini menegaskan, pemenjaraan lima tahun ke atas Anwar seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan tanggal 10 Februari lalu tidak lain adalah kerana kelantangan bapanya menentang ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah dan penindasan pemerintah UMNO-BN.
Justeru itu, graduan Ijazah Teknologi Seni dan Tampak dari Universiti Georgemason, Amerika Syarikat ini berkata, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai anak bagi mengepalai kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’ (March To Freedom)‘ bagi menuntut pembebasan bapanya.
IMG_8696Ikuti temubual eksklusif Roketkini.com bersama Nurul Nuha Anwar yang dibuat 5 Mac lalu.
Bagaimana reaksi orang ramai sepanjang hampir sebulan kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’?
Alhamdulillah. Reaksi penyokong dari dalam dan luar negara amat-amat menggalakkan. Setakat ini kita mendengar begitu banyak kritikan mengenai kes Anwar dari pemimpin di luar negara termasuk dari United Kingdom, Australia, Jerman. Ini kerana Anwar memiliki pengaruh, manakala hukuman ke atasnya jelas mengenepikan sistem keadilan.
Kami juga telah bertemu dengan Duta dari pelbagai negara. Mereka prihatin dengan kes Anwar. Beliau telah disifatkan sebagai tahanan politik. Malah, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) turut membincangkan kes ini. Kami juga akan akan adakan perjumpaan dengan mereka. Kakak, Nurul Izzah, banyak mengendalikan pertemuan.
Dari segi sokongan di luar negara, memang tak pernah sedikit. Malah di ruang media sosial semakin meningkat.
Ada yang menyatakan bahawa kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’ hanya semata-mata kerana isu Anwar. Apa pandangan saudari?
Tak dinafikan bahawa tuntutan lain turut penting. Sistem (pentadbiran) di Malaysia semakin menekan dan hal berkenaan peminggiran sistem keadilan menjadi isu besar di Malaysia. Kehakiman (yang pincang), penggunaan Akta Hasutan (dilakukan) hanya kerana rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Anwar, memperjuangkan hak kita sebagai rakyat. Akibatnya, dia dihumban ke dalam penjara oleh rejim. Saya pasti rakyat sudah tahu perkara ini. (Sebab itu) apa yang dikatakan oleh mereka – bahawa kempen ini melangkaui isu Anwar (semata-mata).
Agenda Reformasi mesti diteruskan. Mereka (orang ramai) bukannya hendak mengenepikan kes Anwar. Kita jangan lupa bahawa 52 peratus undi popular menyokong kita (Pakatan Rakyat).
Kempen yang digerakkan sudah tentu mencukai masa dan ruang bersama keluarga. Adakah saudari tidak terasa penat? Bagaimana dengan anak-anak dan suami?

(#KitaLawan Rally) Kita Lawan Bersama Rakyat Sampai Menang


#KitaLawan: Lensa Part 33






#KitaLawan: Ketua AMK Kelana Jaya ditahan polis

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli telah ditahan polis dipercayai berkaitan perhimpunan #Kitalawan yang diadakan di bandaraya Kuala Lumpur petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi pesanan Whatsapp kira-kira jam 8.10 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu, pihaknya sudah pun menghubungi peguam yang dalam perjalanan ke Balai Polis Jinjang di mana Saifullah kini dilaporkan berada.

"Betul... dia ditangkap, dan kita sudah menghubungi peguam," katanya sambil memaklumkan bahawa penahanan Saifullah berlaku sejurus selepas perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui sebab penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penangkapan Saifullah ada kaitan dengan perhimpunan #KitaLawan.

Peguam, Khairul Anwar dalam pada itu memaklumkan Saifullah telah ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman 2012.

#KitaLawan: Rakyat sudah muak dengan Najib


11021365_10153086821874192_3281884825582257880_o


KUALA LUMPUR, 7 MAC: Kehadiran lebih 10,000 rakyat yang membanjiri jalanraya Kuala Lumpur merupakan bukti bahawa rakyat sudah bosan dengan kepimpinan zalim kerajaan UMNO-BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong.
“Selain menunjukkan solidariti kepada Anwar, perhimpunan ini juga bertujuan untuk menyatakan bahawa kita semua sudah muak dengan Najib dan mahu beliau berundur dengan segera,” katanya di luar perkarangan KLCC, petang tadi.
Beliau turut mengisytiharkan perhimpunan yang dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum tersebut sebagai berjaya dan berlangsung dengan aman serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan hadirin yang datang walaupun terpaksa menempuh hujan.
“Himpunan ini berjaya dan dijalankan secara aman. Kita semua berkumpul atas dasar kesedaran sebagai rakyat Malaysia serta tidak didorongi orang tertentu mahupun parti politik.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya anak-anak muda yang mengambil bahagian dari segenap sudut,” ujarnya.
Menyokong Teo, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menegaskan, sudah tiba saat untuk Najib berundur dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri kerana telah banyak melakukan tindakan salah sekaligus menyebabkan rakyat semakin sengsara.

#KitaLawan: Anwar bebas jika rakyat bersatu – Dr Hatta


SUFI3994


KUALA LUMPUR, 7 MAC: Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata Himpunan aman #KitaLawan adalah solidariti Pakatan Rakyat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, Anwar Ibrahim adalah tahanan politik yang menjadi mangsa kecurangan sistem kehakiman yang dilihat disalah guna oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Berucap kepada kira-kira 10,000 orang penyokong di hadapan Pasaraya Sogo, beliau menyelar Ketua Pendakwa Shafee Abdullah dalam kes liwat II Anwar Ibrahim.
“Sistem perundangan Malaysia sudah berada di peringkat memualkan.
“Seorang pendakwa raya boleh menghina mereka yang di penjara (Anwar Ibrahim) dengan perkataan-perkataan yang keji dan lucah,” ujar Hatta.

#KitaLawan: DAP dan PAS akan pastikan Anwar bebas


13894_10152860623504542_6582333137952986883_n


KUALA LUMPUR, 7 MAC: Walaupun cuba dilagakan dengan pelbagai isu oleh media tajaan UMNO namun DAP dan PAS tetap bersatu hati menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Teng Chang Khim menegaskan, biar apa pun taktik yang digunakan, DAP akan memastikan usaha membebaskan Anwar tetap tercapai.
“Kita semua hadir ke sini bukan untuk shopping tapi demi memastikan Anwar dibebaskan.
“Kita akan pastikan matlamat itu berjaya dijayakan,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 1,000 rakyat berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.
ADUN PAS Saari Sungib pula menyatakan, tujuan himpunan juga adalah untuk mendesak hak-hak rakyat dapat dikembalikan.
“Tahniah kepada kesungguhan rakan-rakan semua yang datang untuk menuntut bukan saja pembebasan Anwar tapi hak kita yang telah dirampas selama ini,” katanya.

#KitaLawan: Pelancong puji polis Malaysia


Cara pihak berkuasa memastikan perhimpunan #KitaLawan yang sistematik, menunjukkan Malaysia membenarkan rakyatnya mempraktikkan hak dan suara mereka untuk didengari.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen memberitahu The Rakyat Post bahawa kerjasama yang diberikan oleh anggota polis hari ini memberu ruang kepada orang ramai menyatakan rasa tidak puas hati mereka dalam keadaan terkawal dan ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Thailand atau Indonesia.
“Negara di seluruh dunia mengiktiraf kebebasan bersuara sebagai hak demokrasi. Perhimpunan yang terkawal hari ini mungkin dapat menaikkan imej kita di platform antarabangsa kerana ia menunjukkan kerajaan Malaysia boleh menerima protes, walaupun ia ditujukan kepada kerajaan yang memerintah.
“Kita turut melihat pihak polis mampu mengawal penunjuk perasaan walaupun tanpa notis. Beribu-ribu orang menyertai kami dan berarak di sekitar Kuala Lumpur dan walaupun berlaku sedikit kesesakan lalu lintas, semuanya berjalan lancar.”
Seorang warga Amerika Syarikat, Amer Awar, 46 yang baru tiba di Kuala Lumpur berkata dia kagum dengan rakyat dan kerajaan mempraktikkan demokrasi.
Katanya walaupun dia berita mengenai kecelaruan politik yang didengar mengenai Malaysia nampaknya salah.
“Ia sesuatu yang jarang dilihat di mana negara membenarkan beribu-ribu rakyatnya berhimpun dan berarak untuk mempertahankan hak mereka. Apabila saya mendengar banyak protes dan demonstrasi diadakan di Malaysia, saya ingatkan keadaan ini tidak selamat.
“Tapi saya silap. Perhimpunan ini seperti satu pesta yang menarik dengan muzik dan menunjukkan perpaduan antara rakyatnya,” kata Amer yang berada di sini untuk percutian singkat.
Seorang lagi pelancong Amerika Syarikat yang mahu dikenali sebagai Lauren berkata, perhimpunan itu sebagai tanda bahawa rakyat berpendapat terdapat banyak masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui saluran biasa.

PAS ajak ahli kutuk kejadian pukul Dr. Dzulkefly

Tuduh menuduh antara satu sama lain boleh merosakkan perpaduan umat Islam.

PETALING JAYA: PAS mengajak ahlinya mengutuk keras kejadian Dr. Dzulkefly Ahmad dipukul oleh sekumpulan dua individu tidak dikenali selepas keluar dari sebuah masjidepada pagi Khamis lalu.
Parti tersebut menyifatkan kejadian seperti itu tidak harus dibiarkan berlaku demi keselamatan dan nyawa pemimpin.
Dr Dzulkefly AhmadAhli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, semua wajib mengutuk kejadian pukul pemimpin PAS itu dan jangan biarkan budaya itu subur di negara ini, lapor MalaysiaGazette.
“Jangan pula ada tuduh menuduh dan membuat telahan yang pukul itu orang PAS atau ini hanya lakonan semata-mata.
“Jangan biarkan sejarah selepas pembunuhan Saidina Osman RA berulang, puncanya tuduh menuduh antara satu sama lain sehingga merosakkan perpaduan umat Islam,” katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5 Mac lalu, Dr. Dzulkefly cedera ringan di bibir dan luka di dahi akibat dipukul individu tidak dikenali selepas pulang menunaikan solat Subuh berdekatan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam.
Selepas menumbuk, individu berkenaan dikatakan memberi amaran ‘kenapa kurang ajar sangat?’ kepada AJK PAS Pusat itu.

Perginya satu zaman?

Oleh LIM HONG SIANG
                                                         I
PEMERGIAN Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dua hari selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan menambah kesayuan. Sudah tentu kita semakin merasai kederasan masa mengalir. Pahlawan veteran gugur seorang demi seorang. Suasana puluhan ribu manusia tampil memberi penghormatan terakhir kepada TGNA mencungkil ingatan saya bagaimana kita menangisi pemergian mendiang Karpal Singh pada tahun lalu.

Malah suasana sedemikian membuatkan saya merenung panjang. Mengapa kita tidak tampil di mahkamah untuk bersama Karpal Singh ketika mendiang didakwa di bawah Akta Hasutan? Mengapa kita berpusupusu memberi penghormatan terakhir, sedangkan mendiang lebih memerlukan sokongan kita ketika beliau lantang menentang kezaliman rejim Umno-BN sewaktu hidup?
Begitu juga, apakah makna sesetengah pemimpin untuk memberi pengiktirafan setinggi langit kepada TGNA, sedangkan untuk puluhan tahun allahyarham TGNA dicerca dan dimaki oleh musuh dengan cara yang biadab?
Jika benar TGNA seorang pemimpin dan ilmuan Islam yang banyak berjasa dari kaca mata Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, mengapa tidak tokoh sedemikian diberi ruang dan layanan yang setimpal sebagai seorang menteri besar Kelantan, ketika Allahyarham menerajui tampuk kerajaan negeri Kelantan?
Bukan untuk bersangka buruk, tetapi inilah realitinya. Bagaimana penilaian rasmi kerajaan Umno- BN suatu hari nanti, apabila tibanya waktu Anwar kembali ke pangkuan Allah? Seorang tokoh pembangkang yang memainkan peranan besar dalam proses pendemokrasian? Sedangkan hari ini pelbagai tohmahan dilemparkan semata-mata untuk mengaibkan diri dan keluarganya.
Dan apakah kita sebagai pendukung gerakan reformasi akan tampil untuk memberi penghormatan terakhir sehingga lautan manusia membanjiri Segambut Dalam, sedangkan pada saat-saat beliau paling memerlukan kita - kita memberi alasan Sungai Buloh terlalu jauh, Sogo terlalu sesak dan sebagainya?

Tok Guru tepis tohmahan agamawan tidak mampu berpolitik

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan kita dalam tanah air Malaysia tercinta ini insan bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bak kata pepatah; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah ungkapan yang mampu kita lafazkan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik mat (TGNA) yang telah meninggalkan nama baik, bukan sahaja di persada tanah air ini, malah di seluruh pelusuk dunia.

Justeru, nama al-marhum TGNA dimasukkan dalam kategori 500 individu muslim berpengaruh seluruh dunia seperti yang terakam dalam buku The 500 Most Influential Muslims In The World tahun 2009 terbitan The Royal Islamic Strategic Studies Center yang berpengkalan di Amman, Jordan yang memperlihatkan TGNA disebut sebagai pemimpin Islam yang amat berpengaruh kerana kesederhanaan dalam tindak-tanduk dan akhlaknya. Bukan senang untuk menceburi bidang politik terutama mereka yang bergelar agamawan, apatah lagi politik sering dikaitkan dengan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya. Namun TGNA tetap mampu bertahan hingga mencecah 23 tahun menerajui politik negeri Kelantan, antara beberapa negeri yang ditadbir oleh pembangkang menghadapi politik Barisan Nasional yang sering dikaitkan dengan politik tidak bersih dan berat sebelah terutama dalam pilihan raya seperti yang dilaporkan berita dunia sebagai pemerhati.
Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu langsung mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan.
Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebihlebih lagi tiada mana negaranegara umat Islam di dunia ini yang menjalankan sistem politik yang berasaskan ‘Siasah Syar’iah’ sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senorio politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan lain-lain.
Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projekprojek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.

1MDB - saman: Apa motif Najib?

Oleh SHAHBUDIN HUSIN
BERIKUTAN Saman Terhadap Tony Pua, Apakah Jeritan "Hidup Najib" Akan Lebih Bergema Pada 8 Mac Nanti?

Sesiapa pun dapat merasakan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah mulai "goyang" ketika ini. Serangan dan penolakan terhadapnya bukan lagi sekadar mainan media atau cakap-cakap di kedai kopi saja, malah sudah menular menjadi denyut nadi dan kehendak majoriti rakyat.

Semua kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.

Isu-isu yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan penyelesaiannya.

Daripada kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib tidak lagi senyenyak dulu.

Meskipun demikian dan walaupun semakin digegak-gempitakan bahawa isu-isu yang semakin sarat kebelakangan ini, disertakan dengan kepimpinannya yang lemah, lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya akan datang, Najib masih belum menampakkan tanda-tanda ingin berundur.

Forum Lucah: Shafee aibkan perundangan negara, hina mahkamah

Oleh RAYUSA
WALAUPUN membuat kesimpulan sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan atau dipenjarakan dalam kes Liwat II adalah atas arahan “tangan ghaib,” saya seperti ramai rakyat Malaysia lain berharap episod mual bertahuntahun itu selesai sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, seolaholah ada pemimpin Umno-BN memang suka ia berterusan, cerita liwat berprofil tinggi itu tidak (boleh) ditamatkan. Ketika demonstrasi ala Reformasi 1998 setiap petang Sabtu walaupun dalam skala kecil di pusat belibelah Sogo, Kuala Lumpur mulai 14 Februari lalu, peguam kanan, Tan Sri Shafee Abdullah pula tampil dalam siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes Liwat II terhadap Anwar.

Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu, yang didengar oleh panel hakim, iaitu Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, dan Datuk Ramly Ali, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria. Seminggu selepas Anwar dipenjarakan, Shafee bercakap dalam sebuah forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Forum itu menjadi pentas pertama Shafee bercakap mengenai keputusan kes Liwat II sebagai tanda memulakan siri jelajah penjelasan dan justifikasi ke seluruh negara.
Pada 22 Februari lalu, Shafee bercakap pula dalam ceramah di Permatang Pauh. Yang menarik, media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis mengenainya.
Ceramah tersebut yang dinamakan Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.
Penganjur ceramah itu meminta wartawan meninggalkan dewan di Politeknik Seberang Perai sebelum acara bermula.
Beberapa ratus hadir untuk mendengar Shafee memberi penjelasan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.
Wartawan terbabit memberitahu mereka diminta keluar. Jika tidak, mereka akan diiringi berbuat demikian.
Bagaimanapun, mereka kemudian dibenarkan mendengar, dan gambar mereka diambil.
Kumpulan pro dan anti Anwar pula berhimpun di pintu masuk.

#KitaLawan: Lensa Part 32






EDISI LAWAK pada 7 MAC 2015


PM mahu contohi kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

ADAKAH kepimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq;

1) yang MAKAN RASUAH?
2) yang TOLAK HUKUM HUDUD ?
3) yang isterinya TIDAK MENUTUP AURAT ?
4) yang amal SISTEM RIBA ?
5) yang amal PENTADBIRAN BOROS & TIRIS ?

#KitaLawan: Pemimpin AMK ditahan polis

Seorang pemimpin Pemuda PKR (AMK) ditahan polis, dipercayai berkaitan perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran 'Kita Lawan” di Kuala Lumpur hari ini.

Saifullah Zulkifli, ketua AMK Kelana Jaya, itu dibawa ke Balai Polis Jinjang, menurut maklumat daripada pihak komunikasi PKR.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini, Saifullah ditahan di Masjid Jamek di ibu negara kira-kira jam 7.45 petang tadi.

Tiada maklumat lanjut berhubung penangkapannya setakat ini.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.

Anwar dan penyokongnya bagaimanapun menolak sabitan kes itu atas alasan beliau menjadi mangsa konspirasi.

#KitaLawan: Lensa Part 31







#KitaLawan: Lensa Part 30






#KitaLawan: Lensa Part 29






#KitaLawan: Lensa Part 28






#KitaLawan: Lensa Part 27