Khamis, 5 Mac 2015

Korang tau tak.. Najib dah kata....!!


"GST BAIK UNTUK RAKYAT"
"GST tidak bebankan rakyat"
"GST cukai yang adil"
"GST boleh tingkatkan pendapatan rakyat"

sebenarnya... GST boleh kurangkan hutang kerajaan yg KERAjaan BN buat hutang selama ini !!!

SAMPAI BILA NAK BOHONG RAKYAT !!!


KENAPA RTM TIDAK BERANI siarkan keseluruhan & keadaan sebenar asrama SMK Kundasang yg HANYA bertilam & karpet shj ???

KENAPA hanya ambil bilik yang 'TERPILIH' shj yg ada katil utk disiarkan di tv ???..

Johari perlu jumpa Speaker, bincang nasib Anwar

SHAH ALAM - Satu perjumpaan antara Speaker  Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincang kehadiran Anwar ke Parlimen.

Ia susulan daripada tindakan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke persidangan tersebut yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

"Petang tadi (hari ini) saya singgah di Parlimen di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Speaker bagi membincangkan masalah ini. Tetapi beliau masih belum kelihatan di Parlimen. Mungkin masih sibuk dengan persiapan untuk persidangan itu nanti.

"Namun saya telah maklumkan kehadiran saya ini kepada beliau untuk mendapatkan kata putus dari Speaker mengenai perkara ini," katanya dalam sidang media hari ini.

Anwar hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang sekiranya petisyen pengampunan yang difailkan isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, bagi pihak Anwar pada 24 Februari lalu diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sidang Parlimen lebih 'banyak konflik' tanpa Anwar

Johari Abdul 
PETALING JAYA - Sidang Parlimen kali ini akan lebih 'kecoh' tanpa kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Johari Abdul. 
 
Menurut Ketua Whip Ahli Parlimen PKR itu, lebih banyak perkara akan dibangkitkan pembangkang sekiranya Anwar benar-benar dihalang hadir ke persidangan Dewan Rakyat bermula pada 9 Mac ini.
 
"Ya, semestinya kalau dia (Anwar) tidak dapat hadir, pihak lawan akan wujudkan lebih banyak konflik. 
 
"Sidang Parlimen akan lebih rancak dari sebelum ini, itu saya boleh jamin.. Tapi kita sudah bersedia untuk segala kemungkinan," katanya pada sidang media, hari ini. 
 
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dalam satu surat yang dihantar kepada Peguam Anwar, N Surendran memutuskan untuk tidak membenarkan Anwar hadir ke Parlimen.
 
Bagaimanapun keputusan tersebut didapati bercanggah dengan Fasal 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen selagi petisyen pengampunan yang dibawa oleh keluarganya belum diputuskan.
 

Nurul nuha: Kami tak sangka ini berlaku


Nurul Nuha Anwar 

SHAH ALAM - "Kami tak sangka keputusan dibuat secepat ini kerana petisyen pengampunan masih diputuskan!" demikian ujar Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar bagi mengulas penolakan permohonan Anwar untuk hadir ke persidangan Parlimen menjelang Isnin depan.

"Kami sekeluarga amat hampa dengan keputusan yang telah dibuat. Penolakan ini dibuat tanpa alasan kukuh," katanya kepada Sinar Online.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dalam satu surat yang dihantar kepada Peguam Anwar, N Surendran tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke persidangan Parlimen.

Bagaimanapun keputusan tersebut didapati bercanggah dengan Fasal 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Anwar masih kekal sebagai ahli Parlimen selagi petisyen pengampunan yang dibawa oleh keluarga Anwar tidak diselesaikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

PERKASA label PAS 'lucu, dungu dan jumud'


Perkasa mengecam keras tindakan pemimpin PAS yang melarang anggota-anggota parti itu menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Presidennya Datuk Ibrahim Ali menyifatkan sikap Majlis Syura PAS itu sebagai "tidak demokratik, bodoh, lucu, dungu dan jumud."

Beliau mengulas kenyataan setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang menggesa PasMa dibubarkan sebelum anggota-anggotanya dibenar bersama parti Islam.

Nik Zawawi (kiri) berkata demikian sebagai menjawab hasrat PasMa mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat.

PasMa digerakkan oleh anggota-anggota PAS dan muncul tahun lalu sewaktu memuncak krisis Selangor.

Waktu itu sebilangan pemimpin atasan PAS mengambil sikap berbeza daripada keputusan PKR dan DAP.

Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata PasMa bukan sebuah parti politik dan PAS tidak berhak mengambil tindakan kepada ahli sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

PAS kini setaraf MIC, sah lebih teruk berbanding zaman Asri...

Keadaan PAS kini lebih teruk berbanding era bekas presiden parti Islam itu, Tan Sri Asri Muda ditendang keluar, kata pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015.Keadaan PAS kini lebih teruk berbanding era bekas presiden parti Islam itu, Tan Sri Asri Muda ditendang keluar, kata pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015.Kejadian pukul terhadap Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini mengukuhkan lagi dakwaan keadaan PAS kini lebih teruk berbanding 1982 ketika bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda ditendang daripada PAS, kata pemimpin PAS.
Bahkan, ia kini setaraf, kalau tidak lebih teruk, dibandingkan dengan apa berlaku dalam MIC atau Umno yang tidak mempunyai ideologi sedangkan PAS mengaku sebagai parti berasaskan Islam, kata penganalisis, pemerhati serta aktivis PAS sendiri.
PAS yang mengaku mengamalkan konsep kepimpinan ulama kini dilihat turut terlibat dalam kejadian ganas seperti memukul dan membakar harta benda membabitkan pimpinan parti selain menggunakan perkataan kesat dan kasar terhadap satu sama lain.

"Mereka (pemimpin PAS) selalu membaca surah Al-Hujurat yang bermaksud, 'apabila datang berita dari orang fasik, selidik dulu'. Tetapi ini tidak berlaku dalam amalan mereka," kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, pakar sejarah dari Universiti Malaya. Dzulkefly yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, pemimpin PAS selama ini menyerang Umno dengan mendakwa hati pemimpin dan pengikut parti itu tidak bersatu.
Beliau berkata, bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor selalu membaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".
"Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.

Haram bina monumen peringatan MH370 – Mufti

TRP-MH370-L
Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung, sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
KUALA LUMPUR, 5 Mac:
Hukum membina monumen peringatan adalah haram, kerana Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan berunsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung, sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
“Tidak dinafikan, negara kita Malaysia telah mengalami banyak ujian dan kesengsaraan, seperti kemalangan MH370, MH17 dan banjir besar di Kelantan yang menjadi peristiwa hitam dan sejarah yang sukar dilupakan.

Tumbuk Dr Dzul: PAS Selangor kutuk serangan, yakin bukan dilakukan ahli parti


Post Pic

SHAH ALAM: PAS Selangor mengutuk kejadian serangan ke atas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang berlaku awal pagi ini.
 
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad menggesa pihak polis segera melakukan siasatan agar si pelaku dapat dikenalpasti.
 
"PAS Selangor akan mengarahkan agar kawalan keselamatan ke atas pimpinan PAS Selangor dipertingkatkan agar pihak-pihak yang cuba mencetuskan provokasi dapat dihalang.
 
"Dalam apa jua keadaan sekalipun, tindakan ganas seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku," demikian menurut Iskandar dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sementara itu, PAS Selangor yakin suspek kes tumbuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad bukanlah daripada ahli parti Islam itu, terutamanya di Selangor.
 
Dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpendapat suspek kes tumbuk ini sengaja mencetuskan situasi panas dalam parti.
 
"Kita tahu ia adalah tindakan provokasi orang tertentu dengan motif tertentu dan kita yakin ia tidak melibatkan ahli kita di Selangor.
 

Polis sedang siasat insiden tumbuk Dr Dzulkefly

Post Pic
SHAH ALAM: Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden serangan ke atas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang berlaku awal pagi tadi.
 
Menurut beliau, laporan berkenaan dibuat pada jam 8.45 pagi tadi. 
 
"Saya sahkan ada report dibuat pada jam 8.45 pagi ini. Insiden (berlaku) pada jam 7.15. Dikatakan dua suspek menaiki motosikal, pukul guna tangan sahaja dan berlalu pergi. Tiada kecederaan serius," katanya dalam satu kenyataan.
 
Ujar Azisman, motif serangan tidak diketahui dan siasatan sedang dijalankan. 
 
Pihak polis juga pergi ke rumah pemimpin berkenaan untuk melakukan siasatan dan mengambil keterangan.
 
Dalam kejadian awal pagi tadi, Dr Dzulkefly diserang dan ditumbuk oleh dua lelaki bermotosikal selepas pulang daripada menunaikan solat Subuh.
 
Serangan itu yang berlaku di hadapan rumahnya itu, dikatakan ada kaitan dengan kenyataan terbaharu beliau yang mengatakan 'sudah hilang hormat terhadap golongan ulama'. 

Ditumbuk: Dr Dzul enggan buat spekulasi, serah kepada pihak polis

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menolak sebarang spekulasi berhubung insiden beliau diserang, awal pagi tadi. 
 
Kata Dr Dzulkefly atau Dr Dzul, beliau tidak mahu mengaitkan insiden berkenaan sebagai maklum balas kepada rasa tidak puas hati sesetengah pihak berhubung kenyataan kontroversinya sebelum ini.
 
Malah, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lebih selesa menyerahkan hal berkenaan kepada pihak polis.
 
 
"Saya tak boleh nak kata apa-apa pasal sebarang spekulasi. Yang secara jelas politik saya adalah melawan Barisan Nasional.
 
"Kalau ada pihak yang mengandaikan ada yang tercabar dengan kenyataan saya, itu saya tidak mahu buat sebarang spekulasi.
 
"Saya tidak mahu buat apa-apa tuduhan atau andaian. Saya juga tidak mahu menyokong mana-mana teori yang hendak dikaitkan dengan apa yang telah berlaku. Saya mahukan pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih teliti," katanya yang dipetik mStar Online. 
 
Dalam kejadian awal pagi tadi, Dr Dzulkefly diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan mukanya ditumbuk selepas beliau pulang menunaikan solat Subuh.
 

1MDB: Najib 'U-turn' selepas didesak?

KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit ke atas 1MDB mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia dan pembangkang.

“Saya mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia yang berterusan menekan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga akhirnya beliau tidak ada pilihan untuk beralah sedikit dengan mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit ke atas 1MDB,” ulas Rafizi Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR dalam satu kenyataan medianya.

Sebelum ini Rafizi menyatakan bahawa beliau pernah mengutus surat sebagai Ahli Parlimen pada 26 November 2014 kepada Ketua Audit Negara menggesa beliau untuk menjalankan audit ke atas 1MDB memandangkan sejumlah RM4 bilion dana dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah dipinjamkan kepada 1MDB dalam tahun 2011. Surat itu tidak pernah dijawab oleh Ketua Audit Negara dan beliau juga membuat kenyataan rasmi menolak keperluan audit dijalankan ke atas 1MDB.

Makanya, keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuktikan sekali lagi bahawa desakan-desakan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini ada asasnya. Seperti juga dalam skandal yang lain (contohnya NFC), perkara yang ditimbulkan pada awalnya dinafikan mentah-mentah oleh Barisan Nasional tetapi akhirnya terpaksa membuat “U-Turn” dan melaksanakan juga apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat dari awal.

“Pun begitu, saya tidak yakin audit itu diarahkan dengan objektif untuk memastikan segala urusan 1MDB didedahkan kepada orang awam mengikut prinsip tata kelola dan ketelusan. Malah, saya bimbang audit itu hanyalah satu helah untuk mengheret Ketua Audit Negara mengiakan bahawa operasi 1MDB tidak membawa risiko kewangan kepada negara, seperti mana suatu ketika dahulu Ketua Audit Negara pernah dilibatkan untuk membersihkan nama NFC.

Rafizi gesa skop dan terma audit ke atas 1MDB didedahkan di Parlimen

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menyeru supaya skop dan terma audit yang bakal dijalankan oleh Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dibentangkan di Parlimen.

Rafizi berkata, perkara itu penting supaya audit yang akan dibuat itu, benar-benar menyeluruh dan bermatlamatkan ketelusan.

Rafizi berkata antara skop dan terma audit yang harus dilakukan adalah mengenalpasti ke mana dana telah dilaburkan, berapa yang dibelanjakan dan siapa penerima akhir bagi setiap satu sen dana yang digunakan oleh 1MDB.

Beliau turut berkata skop dan terma itu harus mengenalpasti sama ada keputusan bagi setiap pelaburan dan perbelanjaan telah menepati tata kelola dan berpatutan dengan harga atau nilai pasaran.

“Audit tersebut harus memastikan setiap pelaburan dan perbelanjaan membawa pulangan yang berpatutan yang melebihi nilai hutang yang telah diambil oleh 1MDB dan mengenalpasti risiko kewangan yang dibawa 1MDB kepada ekonomi negara khususnya sektor perbankan dan pasaran bon atau ekuiti serta langkah-langkah segera membendungnya.

Tanggungjawab 1MDB pindah ke Kabinet, kata wartawan veteran

 Tanggungjawab 1MDB pindah ke Kabinet, kata wartawan veteran
Ketika Putrajaya mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat ia tanda Kabinet mengambil tanggungjawab bersama atas dana pelaburan strategik milik negara itu.
Beliau berkata, ini juga menunjukkan, kuasa ke atas 1MDB, yang penubuhannya diilhamkan Najib, tidak lagi merupakan bidang eksklusif perdana menteri.
"Ini sesuatu yang mungkin berguna untuk perdana menteri. Beliau kini mengalihkan sebahagian tanggungjawab atas 1MDB kepada jemaah menteri. Sesuatu yang bermula sebagai hasil kerja seorang individu, kini menjadi beban kolektif Kabinet," tulisnya dalam blognya malam tadi.
Najib semalam mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun kontroversi 1MDB, selepas Kabinet diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan dimaklumkan dakwaan mengenainya adalah berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi International.
Dalam kenyataan sama, perdana menteri berkata selepas taklimat 1MDB dan juruauditnya Deloitte itu, Kabinet yakin 1MDB tidak terlibat dalam sebarang salah laku, dan Kabinet masih berhasrat 1MDB melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.
"Sekiranya terbukti terdapat sebarang salah laku, undang-undang akan dikenakan tanpa pengecualian," kata Najib sebelum ini.
Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan ketelusan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang tidak memihak mana-mana parti politik dan mencerminkan komposisi Parlimen, kata perdana menteri.

Selesai hutang dan bon, 1MDB mungkin dibubar..?

1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini dilanda kontroversi dan hutang RM42 bilion, mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran baik hutang-hutangnya, lapor Reuters.

Syarikat pelaburan nasional, cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan jumlah aset US$ 14 bilion (RM51 bilion), mengalami kerugian dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya.

Kegagalan itu melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia, sementara pemimpin pembangkang mendesak akaun syarikat itu lebih telus.

Hutang 1MDB termasuk jualan bon RM11 bilion pada 2013, antara terbitan bon global terbesar dari Asia Tenggara.

Disekat Penjara: Ucapan menjunjung kasih Anwar tetap berkumandang di Parlimen

Ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap berkumandang di Dewan Rakyat walaupun beliau tidak mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi Parlimen yang bermula pada 9 Mac.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah mengesahkan ucapan Anwar tetap akan disampaikan di Dewan Rakyat.

Malaysiakini difahamkan PKR akan melantik salah seorang ahli Parlimen untuk membaca ucapan bagi pihak Anwar dan Nurul Izzah, dijangka menyampaikannya.

Setiausaha penganjur kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu bersetuju dengan perkara itu.

Anwar masih seorang ahli Parlimen dan ketua pembangkang sementara menunggu keputusan permohonan pengampunan diraja.

Leave Kak Mah alone

The nation must learn to appreciate Rosmah's hair.

rosmah-mansor2Kak Mah’s hair is the stuff of legends. The silhouette of the First Lady would not be the same without her voluminous, jet-black locks, which are the topic of Internet comments all over Malaysia. Love her or hate her, Kak Mah’s hair is iconic. It is like a signature, an instant identifier of the eminence it represents. It is something close to a national treasure and should be treated as such, and that’s why it’s so troubling to see so much criticism against this gentle, kind-hearted lady over the little issue of a hairdressing house call.
To steal a phrase from Chris Crocker of Leave-Britney-Alone fame, leave Kak Mah alone.
After all, RM1,200 for maintaining the sleek blackness of Kak Mah’s coiffure is well worth the money when she has so many obligations to meet for the uplifting of our country. From speaking at forums to meeting some of the world’s most important people, Kak Mah’s appearance should be a matter of national concern and pride as every time she steps into a room, that magnificent mountain of hair commands the attention of everyone within. It lets everyone know who the alpha of the pack really is, and we should embrace the hair and not hate it.
To be fair to Kak Mah, who hasn’t paid RM1,200 for something really important? When it comes to matters of pride, of your crowning glory, no sum is too much. Indeed, Kak Mah is willing to uphold the glory of her womanhood even through adversity and challenge, and we as Malaysians must lend her our support. Down with the overcharging hairdressers. They should not charge more than RM1,200 for a house call. Any more would be arrogant, preposterous, and presumptuous, among many other adjectives that could adequately describe the situation.
Nevermind that the sum of money mentioned feeds entire families in Malaysia, those poor, hardworking souls, scraping up just enough to put rice in the tummies of their families. They understand money’s true worth, just like Kak Mah. They spend that money on nothing but the essentials, nothing but what is necessary to survive.

Rafizi Ramli sedia isytihar harta...pemimpin Umno ada berani..!!!

IMG-1550-940x470
Rafizi nyatakan kesediaan untuk mengisytiharkan aset miliknya dengan disertakan surat akuan sumpah.
KUALA LUMPUR, 5 Mac:
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sedia untuk mengisytiharkan aset, pendapatan dan perbelanjaan secara terperinci dengan salinan kenyataan bersumpah untuk diedarkan di lobi Parlimen pada 10 Mac.
Terdahulu, Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Alhabshee mencabar Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan untuk mengisytiharkan asetnya berikutan kritikannya terhadap kedudukan kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya mengalu-alukan cabaran Syed Ali kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) seperti saya untuk mengisytiharkan aset sebelum mengkritik Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah katanya, dia sendiri percaya setiap ahli politik perlu menjalani kehidupan sederhana tanpa mengetepikan nasib rakyat Malaysia.
Rafizi berkata kenyataan bersumpah beliau itu termasuklah status terkini harta dan hutangnya.
“Kenyataan ini termasuklah latar belakang pendapatan saya termasuk dalam karier sebelum menyertai politik, bersama pendapatan bulanan dan perbelanjaan sebagai ahli politik.
“Bila saya dah buat pengisytiharan, saya harap Syed Ali tidak lagi memberi alasan untuk meminta pemimpin UMNO dan menteri buat perkara yang sama,” katanya.

Sekat Anwar: KP penjara didakwa lakukan kesalahan besar – Abdullah Sani

554343_101755043299494_1587183175_n
Abdullah Sani mendakwa ketua pengarah penjara itu tidak mempunyai hak untuk menyekat Anwar daripada menghadiri sidang Parlimen.
PETALING JAYA, 5 Mac: 
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar didakwa telah melakukan satu kesalahan apabila membuat tindakan menyekat seorang Ahli Parlimen dari menghadiri sidang Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Beliau membuat kenyataan itu dengan merujuk tindakan Zulkifli apabila tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 9 Mac ini.
Menurut beliau, ketua pengarah penjara itu tidak mempunyai hak untuk menyekat Anwar daripada menghadiri sidang Parlimen kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih lagi mempunyai kelayakan sebagai seorang yang mempunyai suara di Dewan Rakyat.
“Saya rasa Zulkifli ini terlepas pandang kepada siapa beliau mengeluarkan surat itu. Sepatutnya surat itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri dan bukannya oleh beliau.
“Saya rasa Zulkifli ini tidak berapa faham dengan diskripsi tugasnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana di sini pada Khamis.
Tambah beliau, dalam hal ini Zahid perlu memainkan peranannya dan Speaker Dewan Rakyat perlu memberi jawapan kerana sekiranya tidak, ia jelas menunjukkan bahawa telah berlaku pelanggaran Perlembagaan paling drastik dalam negara ini.

Apabila nama tokoh negara tercemar, diam bukan pilihan


Razak dan Hussein

oleh Al Mustaqeem M Radhi

Hal kaum-kerabat orang bukan sesuatu yang patut menjadi perhatian umum, termasuk soal dalam kain orang besar negara. Namun prinsip asas ini tidak boleh dipakai dalam kes keluarga Perdana Menteri Najib Razak kerana ia mungkin melibatkan wang rakyat dan mencemarkan pula nama tokoh negara seperti Tun Razak Hussein.
Tokoh dan pemimpin seperti Tun Razak tidak lagi menjadi milik keluarganya semata-mata. Seorang pemimpin ‘dimiliki’ juga oleh rakyat. Maka apabila ada pihak cuba mencemarkan nama baiknya, kita berhak marah.
Akhbar New York Times mendedahkan pada 9 Februari lalu tentang apa yang didakwanya sebagai kekayaan luar biasa ahli keluarga terdekat Najib. Laporan itu menimbulkan persoalan: dari mana sumber kekayaan berkenaan?
Antara ‘beli-belah’ didakwa akhbar tersebut ialah pembelian secara tunai kondo di New York berharga USD33.5 juta (RM122 juta) oleh anak tiri Najib dan sumber pembiayaan filem Hollywood The Wolf of Wall Street yang diterbitkan oleh sebuah syarikat yang dikatakan miliknya.
Akhbar Sydney Morning Herald pula mendakwa Rosmah Mansor berbelanja sebanyak RM325,000 di sebuah butik di Sydney. Sejumlah foto juga beredar dalam media yang mendakwa Rosmah dengan sekurang-kurangnya sembilan beg tangan yang dilihat seperti jenama Birkin yang setiap satu biasanya berharga antara RM32,000 dan RM530,000.
Terbaru, isteri perdana menteri itu mengadu tentang kos penjagaan rambutnya yang mencecah RM1200 sekali dandan.
Berbalik kepada laporan New York Times, ia turut memuatkan penafian oleh Pejabat Perdana Menteri yang menjelaskan bahawa dana yang digunakan ahli keluarga PM untuk beli-belah, termasuk barangan kemas Rosmah yang nilainya jutaan ringgit, bukan wang kerajaan atau wang rakyat.
Dengan itu, timbul persoalan adakah perbelanjaan keluarga Najib itu adalah warisan harta Tun Razak yang tidak terhingga jumlahnya?

DAP cabar Najib dan menteri kabinet jawab skandal 1MDB di Parlimen


kit siang parlimen


KUALA LUMPUR, 5 MAC: DAP mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan jemaah menterinya untuk tidak mengelak dari menjawab soalan pada sidang Parlimen akan datang mengenai 1MDB jika benar syarikat pelaburan itu langsung tidak melakukan sebarang kesalahan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib dan menterinya mesti memberikan komitmen penuh kepada setiap persoalan mengenai 1MDB dan tidak cuba melarikan diri dengan mendakwa semua persoalan tentang 1MDB harus menanti siasatan Ketua Audit Negara terlebih dulu.
“Kabinet telah menyatakan bahawa rekod 1MDB bersih, maka Najib dan jemaah menterinya mesti bersedia untuk bangun dan mempertahankan syarikat itu sepanjang satu bulan Parlimen bersidang bermula 9 Mac hingga 9 April nanti.
“Kesemua 35 menteri kini terlibat secara kolektif dan secara individu dalam hal ehwal 1MDB serta tidak boleh lagi memberi alasan bahawa mereka tidak tahu apa-apa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada hasil mesyuarat kabinet kerajaan semalam yang nampaknya seakan telah diatur oleh pakar publisiti utama Najib Paul Stadlen dengan satu objektif iaitu untuk menghindar akauntabiliti daripada skandal RM42 bilion 1MDB dari dibahaskan pada sidang Parlimen nanti.

Skandal 1MDB: Paul Low, Wahid Omar digesa nyatakan pendirian

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini menggesa dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk menyatakan secara terbuka apakah mereka bersetuju dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesilapan.
“Paul yang juga bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) perlu menjawab berikutan TI-M sendiri dulu telah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan sebuah badan bertindak peringkat tertinggi untuk menyiasat apa yang disifatkan sebagai skandal jenayah komersial bernilai berbilion ringgit melibatkan 1MDB.
“TI-M juga menyatakan bahawa firma Ernst & Young dan KPMG harus dilibatkan memandangkan dua firma itu pernah menjadi juruaudit luaran 1MDB sebelum menarik diri.
“Abdul Wahid pula wajar menyatakan pendiriannya memandangkan beliau satu-satunya menteri yang mempunyai pengalaman dalam industri perbankan, terutama yang melibatkan hutang, sebagai bekas CEO Maybank.
“Sekiranya mereka berdua enggan menyatakan pandangan, maka kita tahulah bahawa mereka termasuk menteri kabinet lain hanyalah ‘rubber stamp’ yang tunduk patuh kepada arahan Najib,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun demikian, Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu menyatakan kenyataan Pejabat Perdana Menteri jelas mengesahkan bahawa 1MDB tidak akan diambil sebarang tindakan walau apa pun hasil selepas siasatan dijalankan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).
“Nampaknya kabinet sekarang telah mengambil alih tugas PDRM, SPRM, Bank Negara, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Peguam Negara.
“Kenyataan tersebut jelas merupakan jaminan rasmi kepada semua pelabur dari dalam dan luar negara yang terlibat dengan 1MDB bahawa tindakan tidak akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap sesiapa jua yang terlibat,” ujarnya.

Dakwaan ke atas 1MDB tidak berasas, fitnah kata Menteri KDN

Deloitte juga menyatakan bahawa mereka telah berpuas hati dengan akaun 1MDB itu dan bersetuju memperakuinya.
KOTA BAHARU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didorong pihak tertentu yang mempunyai agenda kepentingan politik.
Beliau berkata serangan, spekulasi dan khabar angin yang sedang berlaku itu bukan hanya memberi kesan negatif kepada 1MDB, malah juga kepada sentimen para pelabur asing.
ahmad-zahid-hamidi“Sebarang serangan terhadap 1MDB merupakan satu bentuk serangan ke atas negara juga dan mereka seharusnya bertanggungjawab bagi setiap tuduhan palsu dan fitnah terhadap 1MDB,” katanya, lapor Bernama.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Deloitte, salah sebuah syarikat perakaunan ternama telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri semalam bahawa disebabkan dakwaan tidak berasas itu, mereka telah menjalankan pengauditan lebih terperinci (extra scrutiny) bagi akaun 1MDB.
“Ini termasuk membawa masuk pakar-pakar forensik untuk memeriksa dokumen yang berkaitan. Deloitte juga menyatakan bahawa mereka telah berpuas hati dengan akaun 1MDB itu dan bersetuju memperakuinya,” katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kiranWang Negara (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

Politik saya lawan BN – Dr Dzulkefly

Tidak mahu buat sebarang spekulasi atau sokong mana-mana teori yang dikaitkan dengan insiden dipukul
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyerahkan kepakaran pihak polis untuk melakukan siasatan dan menolak sebarang spekulasi berhubung insiden beliau diserang pada pagi Khamis.
dzulkeflyhospBeliau menegaskan tidak mahu menyokong sebarang andaian atau teori yang mengaitkan serangan itu dengan kewujudan pihak yang berasa tercabar atau kurang senang dengan kenyataannya sebelum ini.
“Saya tak boleh nak kata apa-apa pasal sebarang spekulasi. Yang secara jelas politik saya adalah melawan Barisan Nasional.
“Kalau ada pihak yang mengandaikan ada yang tercabar dengan kenyataan saya, itu saya tidak mahu buat sebarang spekulasi.
“Saya tidak mahu buat apa-apa tuduhan atau andaian. Saya juga tidak mahu menyokong mana-mana teori yang hendak dikaitkan dengan apa yang telah berlaku. Saya mahukan pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih teliti,” katanya, lapor mStar Online, Khamis.
Pada pagi Khamis, Dr Dzulkefly diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan mukanya ditumbuk selepas beliau pulang menunaikan solat Subuh.
Timbul spekulasi serangan itu berpunca daripada kenyataan beliau pada Isnin lalu mengenai krisis dalaman PAS berkaitan dengan hubungan kerjasama antara ulama dan profesional di dalam parti itu.
Menurut kenyataan itu, katanya: “sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan keburukan tadbir urus kewangan dan ekonomi negara, ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat ‘menyerang’ kami dan nak menjatuhkan kami.
“Telah kami katakan cukuplah…tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi. Kerja-kerja ini hanya memberi peluru kepada seteru dan lawan politik kita,” katanya.

Dr Dzul sambut tumbukan dengan takbir


Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad "menyambut" tumbukan oleh individu yang tidak dikenali dengan laungan takbir.

Menceritakan kembali kejadian Dzulkefly dipukul, isterinya Azlin Hezri berkata, pada jam 6.30 pagi, pemimpin PAS itu dihampiri dua lelaki yang menunggang motosikal.

Ketika meletakkan kereta di kawasan rumah, Azlin berkata, salah seorang lelaki tersebut membuka pintu kereta Dzulkefly dan menumbuk di bahagian kanan muka Dzulkefly.

Selepas ditumbuk, Dzulkefly kemudian melawan kembali sambil bertakbir sekuat hati beberapa kali, kata Azlin.

"Sebenarnya semasa dia balik daripada masjid dan meletakkan kereta di perkarangan rumah, belum sempat pintu pagar ditutup, ada dua orang lelaki.

"Seorang daripadanya memakai topi keledar terus menuju ke kereta Dr (Dzulkefly) dan buka pintu kereta dan terus tumbuk muka Dr sebelah kanan.

"Kemudian Dr turun (kereta) dan lawan balik, dia takbir kuat-kuat banyak kali sehingga orang tersebut tergamam dan lepas itu dia (individu tersebut) pukul Dr dengan besi.

"Alhamdulillah, tiada jahitan yang dikenakan terhadap Dr," kata Azlin ketika dihubungi Malaysiakini.

Bibir bengkak, dahi luka

Ditanya mengenai kenyataan  “kenapa kurang ajar sangat” yang ditujukan kepada pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu, Azlin berkata, Dzulkefly tidak sempat untuk berkata apa-apa.

Menurut Azlin lagi, Dzulkefly yang hanya mengalami luka di dahi dan bengkak di bibir dan kini baru selesai memberi kenyataan kepada pihak polis yang datang ke rumah berhubung kejadian itu.

REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???


Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

BILA DAH MAKAN 'BERAS UMNO' inilah hasilnya...

JANJI NEGARA MASIH AMAN ???..


Malaysia NEGARA PALING SELAMAT ???

Memang Sah !!.. Malaysia NEGARA PALING SELAMAT untuk kroni-kroni & penyangak perompak duit rakyat !!!

Nak buat camner, negara lebih sibuk nak jaga hati & 'backup' PANDA dan Rosmah daripada keselamatan negara...

p/s: KENAPA M'sia tergolong dgn negara2 AFRIKA ???.. 

APA KEPERLUAN APCO DI DALAM PENTADBIRAN NEGARA !!!

Lihatlah wajah sebenar HIPOKRIT UMNO/BN terutamaFriends of BN - Barisan Nasional yg lantang mencanang erti kemerdekaan supaya pihak luar jgn campuri pentadbiran negara jika melibatkan DS Anwar Ibrahim..

TETAPI jika melibatkan PM Najib Razak mahupun KERAjaan BN sanggup perabih RM76.8 JUTA bayar kpd yahudi APCO.

#SchoolWithNoWall [Kupas]


PKR Pertimbang KP Penjara Ke Mahkamah

PKR Tuntut KDN Benar Anwar ke Parlimen


Apa Khabar Sdr Anwar?


DAP alu-alukan siasatan Ketua Audit ke atas 1MDB


tony pua 2


PETALING JAYA, 5 MAC: DAP mengalu-alukan tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara jalankan siasatan ke atas 1MDB setelah mesyuarat jemaah menteri semalam.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menyelar kenyataan melulu Perdana Menteri bahawa 1MDB tidak mempunyai masalah kewangan dalam keadaan siasatan belum pun bermula.
“Kabinet ingat rakyat Malaysia bodoh, bagaimana 1MDB ini boleh dikatakan bersih sebelum siasatan menyeluruh Ketua Audit Negara dijalankan?
“Bagaimana kabinet boleh dengar penjelasan dari 1MDB dan auditor luarannya kurang dari dua jam sebelum mendengar sendiri daripada pihak lain sekaligus terima bulat-bulat semua penjelasan daripada mereka tanpa ada apa-apa soalan?” soal Tony.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut menambah, Kabinet tiada hak mengatakan 1MDB ‘bersih’ kerana sebenarnya ia sendiri tidak memahami kekusutan masalah kewangan dalaman 1MDB.
“Jika benar 1MDB diuruskan dengan baik, kenapa syarikat itu berhutang RM42 bilion dan terpaksa meminjam RM 2 bilion dari Ananda Krishnan?” soal Tony lagi.

PAS, ‘GU’ dan politik realistik

Oleh Huzaifah Ahmad Yamani
Dalam kamus ada satu istilah disebut realisme. Makna mudahnya, fahaman yang berpijak di bumi nyata. Apabila seseorang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, kita memanggilnya realistik. Misalnya, apabila kita berjimat cermat dek kerana kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ertinya kita seorang yang realistik. Dunia realisme perlu difahami, termasuklah dalam dunia politik.

Apa yang menjadi perdebatan dalaman PAS, antara golongan GU – Erdogan atau sebut sajalah apa pun namanya, bagi saya bertitik tolak dari ‘realisme politik’ inilah. Satu pihak masih mahu mempertahankan ‘status quo’, dan satu pihak lagi mahu berubah dan menjadi ‘realistik’ dengan keperluan zaman.
Nah, ada beberapa persoalan ingin saya ajukan. Satu, salahkah PAS berubah dan menjadi realistik? Dua, apa ‘status quo’ PAS yang sebenarnya? Tiga, antara kumpulan GU – Erdogan ini, mana lebih diperlukan dalam dunia politik Malaysia?
Satu, saya yakin 100% berubah itu tidak salah. Malah, kita disogokkan dengan ajaran Islam Allah dan Rasul-Nya juga meraikan perubahan. Kekal dalam ‘status quo’ atau kejumudan yang merugikan diri, adalah sangat ditegah. Malah, orang yang berusaha berubah, mereka bakal mewarnai kejayaan. Pepatah Melayu pun memberi petua dan ibarat, misalnya ‘jika ruyung tidak dipecahkan, bagaimana sagu bisa dimakan?’ Ertinya, perubahan perlu dijana, diusahakan baru boleh dikecapi.
Al-Quran sendiri dalam beberapa ayat menyuruh manusia berubah, antaranya dalam surah al-Ra’d ayat 11: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya. Qada atau ketentuan dan pelaksanaannya itu milik Allah. Dalam bicara ilmu tauhid, qada boleh berubah dengan kehendak Allah. Maka, manusia wajib berubah, dari negatif kepada positif, dan di sana menjadi asbab Allah mengubah nasibnya.
Saiyidina Umar al-Khattab sendiri ada menyatakan, didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka, kerana mereka dilahirkan bukan di zaman kamu. Ertinya, perubahan diri bagi menghadapi arus zaman yang terus berubah itu hakikatnya satu keperluan. Maka, bagi saya PAS wajar berubah. Ini zaman ‘realistik’, bukan ‘retorik’ atau zaman di mana, PAS menang sorak di medan ceramah, tapi kalah di medan pilihan raya termengah-mengah.
Dua, apakah ‘status quo’ PAS yang sebenarnya? Bagi saya, ‘status quo’ PAS ialah, sebuah parti Islam yang dasarnya Al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Empat elemen itulah dasar PAS dan itu jugalah ‘status quo’ PAS. Kempimpinan dalam PAS bukanlah ‘status quo’. Dulu, yang memimpin PAS bukanlah ulama, namun dasarnya sama. Jika ulama sekali pun memimpin PAS, namun melanggar 4 dasar dan ‘status quo’ PAS, maka dia akan terkeluar dari PAS.
Maka, dalam perkelahian – GU vs Erdogan – apakah geng Erdogan ini menolak dan mengganggu gugat ‘status quo’ PAS? Saya melihat tidak ada gangguan langsung. Sebaliknya geng Erdogan ini dilihat sangat konsisten dengan apa yang ada, dan mereka hanya berbicara isu dan soal pendekatan, bukan dasar. Mereka meyakini, PAS di dalam PR lebih baik berbanding PAS di luar PR. Tidak ada satu kenyataan pun mereka untuk mengetepikan dan mengecilkan ‘status quo’ PAS.

Politik damai pesan Tuan Guru

Oleh Abd Shukur Harun
HAMPIR sebulan kepergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abd Aziz, namun kata-katanya masih terus diingat. Malah pelbagai pesannya itu menjadi panduan dalam meneruskan perjuangannya.

Ketika warga PAS akan berkumpul untuk menyertai Muktamar Tahunan PAS Jun ini, saya kira, sangat wajar bagi mereka mengingati kembali pesan-pesan Almarhum Tuan Guru ini.

Pertamanya, pesannya supaya pendukung PAS terus menggamalkan prinsip ‘Muwjahah Silmiyah’, iaitu  pejuangan politik cara damai, sesuai dengan sifat Islam sebagai rahmat seluruh alam. Politik damai inilah yang membawa kejayaan besar PAS.

Politik ‘Muwjahah Silmiyah’ ini telah digariskan mulanya pada zaman Almarhum Tuan Haji Yusuf Rawa, kemudian diteruskan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Moh Noor hingga kini, di mana Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah melaksanakan dengan jayanya konsep politik damai ini.

Maka itu Almarhum dapat diterima oleh semua kaum dan agama, menjadikan PAS sebagai parti terpandang dan sangat dihormati oleh rakyat pelbagai kaum.

Namun begitu Almarhum sangat menentang perkauman dan parti yang mendukung perkauman, iaitu Umno/BN.

Di sini saya masih ingat pesan Almarhum Tuan Guru dalam beberapa ceramahnya:

“Sudah berkali-kaki saya sebutkan kepada pemimpin Umno, agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup supaya PAS dibubarkan untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam. Di manakah duduknya roh Islam di dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuj dijawab oleh umat Islam di Malaysia.”

Kemudian kita amati pesan Almarhum kepada pengundi Malaysia  menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Almarhum mengingatkan pengundi supaya memberi sokongan penuh calon dari Pakatan Rakyat, iaitu PAS, PKR dan DAP. Antara lain, Almarhum menyebut:

“Saya dengan rendah hati merayu agar saudara/saudari sekalian dapat mengundi calon Pakatan Rakyat. Jika di Dun/Parlimen itu calon PAS, maka undilah PAS. Begitulah di mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding, undilah PKR dan di mana ada calon DAP, maka undilah DAP.

Adakah wakil rakyat Pakatan akan turun Sabtu ini?

"Ini tidak boleh diterima. Pemimpin anda di penjara dan anda mahu agih ang pow," kata satu posting di sebuah laman Facebook dalam bahasa Cina yang menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya mengingati matlamat asal perjuangan mereka.

Laman yang baru dibuat itu mendakwa wakil rakyat PKR tertentu menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu ini ketika perhimpunan besar-besaran dirancang di Kuala Lumpur untuk menuntut pembebasan pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas sabitan tuduhan liwat.

Juga dipaparkan di laman Facebook itu adalah risalah yang menyatakan bahawa wakil DAP Johor akan menghadiri satu majlis pada hari Ahad.

"Tak pasti sama ada wakil rakyat Johor akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sama ada mereka mengharapkan ia berakhir dalam tempoh yang singkat seperti SOP (prosedur operasi standard) dan supaya mereka boleh menjadualkan majlis pada hari berikutnya," kata posting yang lain.
 

#KitaLawan tidak haram – Christopher Leong

Christopher Leong
Christopher berkata perhimpunan aman adalah hak perlembagaan yang tidak boleh dinafikan atau dimansuhkan oleh akta Parlimen.

KUALA LUMPUR, 5 Mac:

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong bersetuju dengan Lawyers for Liberty bahawa polis tidak boleh melabel bahawa perhimpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac ini sebagai perhimpunan haram.
Katanya, Mahkamah Rayuan sebelum ini bersetuju bahawa kegagalan memberi notis atau memberi notis pada masa yang ditetapkan tidak dianggap sebagai kesalahan jenayah.
“Maka melabel bahawa perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram kerana notis yang diperlukan tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan pada masa sepatutnya, tidak boleh digunapakai.
“Keputusan mahkamah rayuan berkata bahawa anda tidak boleh menghukum ia sebagai jenayah kerana notis tidak dikeluarkan atau lewat dikeluarkan,” katanya kepada The Rakyat Post di Straits Trading Building, malam Rabu.
Pada bulan April tahun lalu, mahkamah rayuan memutuskan bahawa peruntukan yang mengenakan denda sehingga RM10,000 untuk pelanggaran notis 10 hari yang diperlukan untuk mengadakan perhimpunan aman adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlu dikeluarkan daripada Akta Perhimpunan Aman (PPT).
Christopher berkata perhimpunan aman adalah hak perlembagaan yang tidak boleh dinafikan atau dimansuhkan oleh akta Parlimen.

GST : Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat!


gst malaysia 2015
Pejam celik, pejam celik. Tidak lama sahaja lagi sekitar kurang 1 bulan daripada sekarang, rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelaksanaan terbaru GST Malaysia 2015 6% bermula 1 April 2015 ini.
Ketika rakyat marhaen mula merasa risau dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan harga rumah naik dek kerana GST Malaysia 2015 ini ditambah dengan nilai ringgit Malaysia yang dicatatkan pada hari ini ditahap yang cukup rendah dan lemah iiatu RM3.65 untuk setipa Dolar Amerika, namun Timbalan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampil menenangkan keadaan dan suasana.
gst malaysia
Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat untuk melaksanakan GST malaysia 2015 kerana ia mampu ekonomi merosot dek kerana kejatuhan ringgit Malaysia.

Kerajaan Malaysia Dapat RM24 Bilion Pelaksanaan GST Malaysia 2015

Perebutan jawatan Presiden Pas mustahil kata Ulama Terengganu

Perebutan jawatan Presiden Pas mustahil 
KUALA TERENGGANU – Pemimpin ulama menyifatkan pertandingan dalam pemilihan jawatan Presiden Pas adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pemilihan parti itu di negara ini. 
 
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Abu Bakar Abdullah yakin, pertandingan bagi merebut jawatan Presiden Pas tidak akan berlaku buat masa ini dan menganggap tiada keperluan mewujudkan pertandingan di peringkat itu.
 
Menurutnya, walaupun Pas mengamalkan dasar pemilihan secara terbuka, namun beliau yakin ahli-ahli tidak akan sampai ke tahap untuk mencabar presiden parti sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
“Saya tidak fikir begitu (ada pertandingan di peringkat jawatan presiden). Saya yakin kekal presiden tidak bertanding,” katanya.
 
Tidak menafikan peranan Pas kawasan, Abu Bakar bagaimanapun menyerahkan keputusan itu kepada pihak terlibat.
 
Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu berharap, Pas kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agungnya boleh berfikir secara bijaksana dalam menamakan calon presiden, dengan menilai peranan Abdul Hadi yang menonjolkan ketokohan dan kewibawaan dalam mengepalai parti Pas sebagai sebuah gerakan Islam.

Dr Asri gopoh dan memalukan, kata Kazim


Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”,

Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Asri (kiri) sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.

'Hanya perbandingan'

Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” yang disampaikannya hanya perbandingan.

Mahfuz: Saya bayar sendiri misi 'kemanusiaan' Sirul

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, dalam mempertahankan ”misi kemanusiaan" untuk menemukan Sirul Azhar Umar dengan ibunya Piah Ahmad berkata, ia dibiayai oleh beliau sendiri.

Mahfuz telah membawa ibu Sirul Azhar bersama anak perempuannya, Noriatin Umar, dan empat yang lain bersamanya untuk mengunjungi Sirul di Pusat Imigresen Villawood di Sydney.

"Saya bayar sendiri," Mahfuz kepada Malaysiakini.

Misi itu telah mendapat banyak kritikan, dengan ramai yang mempersoalkan mengapa PAS menghabiskan begitu banyak wang untuk melihat Sirul yang dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Mahfuz mempertahankan tindakannya itu dan mengulangi bahawa misi kemanusiaan itu adalah demi seorang ibu yang sudah tua.

"Yang kedua (objektif) misi saya adalah untuk mencari di mana motif, yang tidak diberitahu oleh mahkamah...," katanya.

Sirul cerita pengalaman dalam PDRM - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Hampir dua jam masa digunakan untuk berbual-bual dengan Koperal Sirul Azhar Umar di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) Villawood, Sydney semalam.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata jika pertemuan sebelum ini Sirul hanya berbual-bual dengan ibunya tetapi kali ini beliau menceritakan pengalamannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Hampir dua jam kami berbual dan banyak perkara beliau ceritakan terutamanya pengalaman beliau di dalam PDRM.
"Beliau seorang yang berani dan taat kepada kerja serta arahan yang diberikan, saya cukup kagum dengan keberanian yang beliau ada," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, sikap berdisiplin dan tanggungjawab yang dimiliki Sirul membolehkan beliau rapat dan diberi tugas untuk mengiringi Perdana Menteri sebelum ditahan.
"Hanya berkisar kepada pengalaman beliau dan bagaimana beliau boleh dipilih menjadi anggota Unit Tindakan Khas (UTK).
"Selain bercerita tentang pengalamannya, perbualan kami lebih terjurus kepada keluarganya," kata beliau lagi.
Menurut Mahfuz lagi, semasa pertemuan itu Sirul bersama rombongan sempat makan bersama-sama dengan rendang daging dan nasi yang dimasak oleh ibunya, Piah Samad.

Dr Dzulkefly ditumbuk selepas balik dari solat Subuh

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk, dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas balik daripada solat Subuh pagi ini.
Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, selepas menumbuk, penjenayah itu berkata 'kenapa kurang ajar sangat'.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Malaysia sangat dukacita dengan kejadian itu.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.
"Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," ujarnya yang menghubungi Dr Dzulkefly pagi ini.
Katanya, Dr Dzulkefly turut memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
Sementara itu, Dr Dzulkefly tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi sebentar tadi.

Penyokong Najib mahu jawapan dari himpunan solidariti hujung minggu ini

Bagi seseorang yang digelar presiden Umno paling kuat, perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak hujung minggu ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebenar beliau yang dikatakan tidak dapat dikalahkan.
Pengkritik utama beliau, mengenai pelbagai isu daripada ekonomi ke 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang, ialah musuh politik beliau di Parlimen.
Penyokong beliau bagaimanapun, lebih berminat mempamerkan  kekuatannya dalam parti yang menguasai Barisan Nasional (BN).

Walaupun dengan serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kedudukan Najib terus kukuh dalam Umno, malah merupakan presiden paling kuat dengan kedudukannya sebagai nombor satu dalam parti tidak ditentang sesiapa. Jadi, apa perlunya satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadapnya?
Penganjur acara, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, menafikan pandangan yang perhimpunan itu bertujuan menangani perpecahan dalam parti, tetapi pemimpin Umno lain berpendapat, ia akan menjadi peluang kepada pemimpin akar umbi menyoal perdana menteri dan mendesak beliau menjawab beberapa kritikan.
Ia masih satu isyarat yang parti itu tidak berada dalam keadaan 100% baik, dan persoalan yang dibangkitkan terhadap kepimpinan Najib dan perbelanjaan keluarganya menimbulkan kebimbangan yang ia akan menghakis sokongan rakyat terhadap parti itu.

Krisis dalam PAS paling teruk sejak 1982, kata bekas setiausaha agung


Post Pic

SHAH ALAM: Krisis dalam PAS dan bahasa pedas digunakan dalam kempen pilihan raya pada tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah parti itu, berbanding juga semasa pemimpin parti menggulingkan presiden pada 1982, kata seorang pemimpin kanan.
Bekas setiausaha agung parti Datuk Kamarudin Jaafar berkata, budaya politik parti Islam itu juga mencapai tahap paling rendah apabila puak bersaing saling caci mencaci dan buruk-memburukkan lawan menjelang sidang muktamar PAS ke-61.
“Dalam kajian saya, krisis Asri tidak seteruk ini. Ini lebih buruk,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini ahli jawatankuasa pusat PAS kepada Malaysian Insider.
Kamarudin merujuk kepada krisis pada 1982, ketika presiden Tan Sri Asri Muda terpaksa meletak jawatan berikutan pemberontakan oleh pemimpin-pemimpin muda yang kini mengemudi PAS.
Peletakan jawatan Asri membolehkan PAS diambil alih dan ditadbir oleh golongan ulama melalui doktrin kepemimpin oleh ulama.
Sejak itu, doktrin ini mempengaruhi arah tuju PAS, siapa yang boleh dipilih bagi jawatan presiden dan ahli majlis syurah, badan pembuat dasar paling tinggi.
Kamarudin berkata, walaupun Asri dipaksa meletakkan jawatan, beliau sentiasa bertindak profesional dan memelihara imej parti.
"Asri sangat berdisiplin apabila mengendalikan hal-ehwal parti walaupun ketika dia sedang diserang," kata Kamarudin mengenai Asri, yang dipersalahkan kerana kegagalan PAS untuk menawan semula Kelantan pada pilihan raya umum 1982.
Apabila ditekan setiap hari daripada pemimpin muda parti termasuk Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Asri akhirnya meletakkan jawatan selepas muktamar parti pada 1982.
Begitu juga, muktamar tahun ini dijangka menyaksikan pertembungan di antara dua puak, iaitu puak pro-Pakatan Rakyat dan yang lain-lain yang merasakan PAS tidak mendapat apa-apa manfaat dari pakatan berkenaan.

Sabbaruddin Chik persoal kekosongan jawatan pengerusi Bank Rakyat selama setahun.

Berikutan tindakan Sabaruddin yang enggan menerima arahan Hasan Malek, kontraknya sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung serta kosong sehingga ke hari ini.

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mempersoalkan tindakan pihak Bank Rakyat yang masih belum melantik pengerusi bank tersebut selepas hampir setahun ia dikosongkan.
Sebaliknya, pihak Bank Rakyat hanya melantik pihak perbendaharaan untuk menerajui bank tersebut walapun jawatan pengerusi sepatutnya diberikan kepada individu bebas.
Tan Sri Sabbaruddin Chik_300
“Sudah hampir setahun, masih tiada perlantikan dibuat malah, bilik untuk pengerusi juga sudah tidak ada lagi dan dijadikan bilik pengarah urusan.
“Memang pelik dan sesuatu di luar jangkaan apabila sebuah bank, tidak mempunyai bilik untuk pengerusi,” ujarnya dalam satu sidang media selepas melancarkan buku ‘Membongkar Skandal Deepak dan Bank Rakyat, Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik’ yang ditulis oleh penulis blog, Shahbudin Husin.
Beliau juga berkata, sepanjang sejarah Bank Rakyat selama ini tidak pernah bank tersebut tidak pernah mempunyai pengerusi.
Bukan itu sahaja, Sabbaruddin turut mendedahkan jawatan pengerusinya yang disandang sebelum ini tidak disambung hanya kerana beliau tidak bersetuju arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk membenarkan bayaran balik pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan menggunakan cek ‘post dated’ yang akan menyebabkan kerugian sehingga RM14.6 juta kepada Bank Rakyat.
“Kalau dia (Hasan Malek) minta untuk saya pertimbangkan permintaanya itu, mungkin saya akan pertimbangkan. Tetapi sebaliknya dia mengarahkan saya untuk bersetuju dengan permintaannya itu. Saya tidak boleh bersetuju dengan perkara sedemikian kerana ia membabitkan wang 980,000 orang ahli bank itu.”
“Sebagai pengerusi Bank Rakyat, saya harus membuat pertimbangan yang bebas tanpa dipengaruhi atau dikuasai mana-mana pihak,” ujarnya lagi.