Rabu, 4 Mac 2015

Peguam, ambulans disedia pada Himpunan #KitaLawan Sabtu ini

SOGO 307KUALA LUMPUR 4 MAC: Sekretariat #KitaLawan menyediakan khidmat guaman bagi membantu peserta jika berlaku tangkapan pada himpunan Sabtu ini.
Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang juga anggota Sekretariat itu, Akmal Nasir berkata, sekiranya ada peserta yang ditangkap polis, mereka boleh menghubungi Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Ahmad Syukri Razab di talian: 019 8013149.
“Kita sediakan khidmat peguam yang sedia membantu. Kalau ada kecederaan yang dialami oleh penyokong-penyokong, kita juga menyediakan ambulans dan kita juga sudah maklumkan kepada hospital-hospital berdekatan untuk bersiap sedia pada hari itu nanti,” jelasnya ketika dihubungi.
Akmal berkata, rakyat tidak perlu takut untuk menyertai perhimpunan tersebut kerana kebebasan bersuara dan hak berhimpun termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, Himpunan #KitaLawan yang dimulakan dari tiga lokasi berbeza sebelum peserta berarak ke Sogo, tidak melanggari undang-undang negara.
“Kita mengharapkan seramai mungkin untuk turun dalam himpunan ini dan mereka tidak perlu takut kerana mereka bebas untuk berhimpun dan bersuara demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” kata Akmal lagi.

Pak Samad seru rakyat Malaysia turun Himpunan #KitaLawan

KUALA LUMPUR 4 MAC- Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Malaysia berhimpun dalam himpunan #Kitalawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac ini , bagi menentang kezaliman terhadap saudara Anwar Ibrahim.
Jelasnya, tindakan kerajaan memenjarakan Anwar merupakan satu konspirasi politik semata-mata, ketika kerajaan gagal mengawal ekonomi negara dengan hutang yang semakin membumbung.
“Saya sudah bilang ( beritahu) sama teman-teman akan perkara ini. Setiap hari saya juga menulis di Facebook, di Twitter dengan memberitahu mereka (rakyat) tentang apa yang sedang berlaku sekarang ini dalam negara kita.
“Seruan saya setiap hari, biar mereka tahu akan kezaliman yang terjadi sama saudara Anwar Ibrahim dan kepura-puraan kerajaan.
“Apa yang jelas, amanat demi amanat diberikan namun hutang negara semakin menongkat, itu yang rakyat perlu tahu,” hujahnya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad ketika dihubungi Keadilan Daily.
Dalam pada itu, Pak Samad juga menjelaskan bahawa beliau melihat kemaraan anak-anak Anwar dalam membela dan mempertahankan bapanya yang dianggap sebagai seorang pejuang.
“Saya banyak melihat dari sinar mata anak-anaknya yang mara untuk membela nasib ayahnya yang berjuang demi rakyat.
“Saya ada menyebut Nurul Izzah, Nurul Nuha, membela nasib ayahnya, dan saya lanjut bermadah tentang pemimpin terdera,” ujarnya.

Bersih gesa penyokong turun Himpunan #KitaLawan

maria-chin-abdullahKUALA LUMPUR 4 MAC: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah menggesa penyokong Bersih untuk sama-sama hadir ke himpunan kemuncak #KitaLawan, Sabtu ini.
Jelasnya, ia menyampaikan mesej kepada kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Malaysia.
“Kita hendak beritahu bahawa institusi-intitusi kerajaan di Malaysia telah gagal.
“Mereka telah gagal memepertahankan hak dan kebebasan rakyat Malaysia.
“Kita hendak mempertahankan hak dan kebebasan rakyat,” katanya ketika berucap di hadapan peserta himpunan mingguan #KitaLawan, baru-baru ini.

AMK kerah anggota ke Himpunan #KitaLawan 7 Mac

SOGO 307KUALA LUMPUR 4 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyokong penuh usaha gerakan massa #KitaLawan yang akan berhimpun secara aman Sabtu ini, 7 Mac di Sogo, Kuala Lumpur.
Oleh itu, AMK akan bersama mengerahkan anggota untuk hadir beramai-ramai pada perhimpunan itu.
“Himpunan ini untuk menegakkan keadilan bukan sahaja buat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia yang dibelenggu dasar-dasar Umno Barisan Nasional yang lemah, yang tidak faham masalah rakyat, dan tidak pandai menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial negara,” kata Pimpinan AMK Malaysia dalam kenyataan.
Mereka akan berkumpul di Masjid Jamek, iaitu salah satu dari tiga lokasi. Dua lokasi yang lain adalah di Pasar Seni dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
“AMK turut mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, yang mahu menegakkan kebenaran, dan yang menginginkan masa depan yang lebih baik untuk negara kita untuk hadir di perhimpunan aman ini,” kata kenyataan itu lagi.

Jangan campur tangan siasatan Audit Negara ke atas 1MDB - PAC


Nur Jazlan Mohamed
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berharap tidak berlaku campur tangan mana-mana pihak semasa Jabatan Audit Negara mengaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyambut baik arahan Kabinet supaya 1MDB diaudit oleh Jabatan Audit Negara juga menaruh harapan agar kerja-kerja audit itu dapat dilakukan dengan segera.
“Saya berharap tiada campur tangan daripada mana-mana pihak agar Jabatan Audit Negara dapat melaksanakan audit terhadap 1MDB termasuk menentukan skop pengauditannya namun ia perlu merangkumi lima perkara," katanya dalam kenyataan sejurus selepas Perdana Menteri mengumumkan arahan tersebut.
Lima perkara pengauditan terhadap 1MDB yang difokuskan itu termasuk sumber dana kewangan berjumlah RM2 bilion yang diperoleh 1MDB semasa menjelaskan pinjaman kepada beberapa bank tempatan, suntikan dana kewangan baru daripada kerajaan/Kementerian Kewangan (MoF) berjumlah RM3 bilion, perjanjian pelaburan 1MDB dalam syarikat Petrosaudi, status wang hasil pelaburan 1MDB di Pulau Cayman - sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia dan perubahan firma audit antarabangsa untuk meluluskan akaun 1MDB.

Paras Empangan Gemencheh kritikal

dam-600x360
Kerajaan negeri telah melaksanakan pelan jangka pendek antaranya membeli air terawat daripada Syarikat Air Melaka Bhd
SEREMBAN, 4 Mac:
Paras air Empangan Gemencheh kini berada pada tahap kritikal apabila turun kepada 93.85 meter, sedangkan paras kritikal 95 meter dan paras minimum 86 meter.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelan jangka pendek antaranya membeli air terawat daripada Syarikat Air Melaka Bhd bagi mengatasi krisis air ini.
“Empangan lain di negeri ini berada pada paras yang baik. Hanya Empangan Gemencheh sahaja yang terjejas kerana empangan tersebut tidak menerima air yang secukupnya untuk dirawat,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.
Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) juga telah melaksanakan pelan jangka pendek iaitu membuat catuan air berjadual kepada penduduk di sekitar Tampin dan Rembau bermula hujung tahun lepas.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Sains, Empangan Sg Terip mencatatkan jumlah takungan sebanyak 100.98 meter, Kelinchi 201.68 meter, Talang (Ulu Muar) 145.65 meter, Sg Beringin 135 meter, Ulu Sepri 135 meter dan Teriang 182.15 meter.

Keputusan halang Anwar ke Parlimen dibuat secara salah – PKR


IMG_2163-600x360

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan penolakan permohonan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk membenarkannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Parlimen yang dijadualkan Isnin depan disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.
Malah keputusan itu juga dilihat telah dibuat secara sewenang-wenangnya.
Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya menerusi satu kenyataan bersama yang berkata, pihaknya menerima surat daripada Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.
“Amat memeranjatkan kerana kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan.
“Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat,” katanya, hari ini.
Katanya lagi, ini kerana Anwar merupakan ketua pembangkang yang mendapat undi popular sebanyak 52 peratus selain merupakan pemimpin Parlimen yang sah.
“Anwar Ibrahim adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” jelasnya.
Sebelum ini, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen pada 25 Februari lalu.
Namun permohonan itu ditolak oleh Jabatan Penjara Malaysia menerusi surat Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar yang dihantar kepada PKR dan Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

BENARKAH kehidupan Saiful DAH MUSNAH & HANCUR ???




Astaghfirullah.. sumber mana yang kamu ambil mengatakan kenduri Nabi Muhammad dengan roti jala dicelup dengan kuah kari ???

“Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-A’am : 144]

APA SUDAH JADI... Menteri UMNO kata, bila GST dilaksanakan harga barang TURUN !!!


TETAPI blom lagi GST dilaksanakan, HARI INI RINGGIT SUDAH TURUN lagi ke paras PALING TERUK dlm tempoh 6 tahun...

Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI" ini bagus untuk negara kita sebenarnya.. Ingat tak !!!

Makin lama makin jatuh/ susut nilai. Lain negara takde camni. Ni sebab apa ???

Sebab gatal tangan bagi undi kat sapa ???

12 sebab mengapa Najib perlu undur

SOGO 307KUALA LUMPUR 4 MAC: Himpunan #KitaLawan Sabtu ini bukan semata-mata bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Sekretariat #KitaLawan menjelaskan, tuntutan itu dibuat kerana Najib didakwa gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.
“Fokus utama kita adalah Najib perlu berundur sebagai Perdana Menteri, banyak bukti dan sebab kenapa dia perlu berbuat demikian. Rakyat khususnya anak-anak muda tidak mahu melihat negara akan lebih hancur di bawah pentadbirannya,” kata Anggota Sekretariat tersebut, Akmal Nasir yang juga Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMk).
Sehubungan itu, mereka menyenaraikan 12 ‘kegagalan’ Najib sebagai faktor mengapa beliau perlu berundur.
1. Memusnahkan kewibawaan institusi kehakiman dengan memenjarakan Anwar sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.
2. Meletakkan kedudukan kewangan negara dalam bahaya melalui skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana hutang 1MDB yang mencecah puluhan bilion ringgit bakal ditanggung oleh rakyat.
3. Hiprokasi beliau terhadap isu-isu hak asasi manusia yang mana akta-akta zalim dan drakonian seperti Akta Hasutan masih digunakan untuk menghukum rakyat demi melindungi kuasa dan kedudukan beliau.
4. Ketidakpedulian beliau terhadap ekonomi rakyat terutamanya dengan meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan beliau, keluarga mahupun pimpinan Umno Barisan Nasional yang lain terus bermewah dan berbelanja dengan boros.
5. Pengurusan ekonomi negara yang lemah dan tiada kekuatan menolak dasar ekonomi yang tidak adil kepada rakyat seperti masih mengadakan rundingan perjanjian TPPA, gagal menghapuskan cukai eksais kereta yang melampau dan sebagainya.

Harga ubat naik, bala GST dan TPPA?

Saya tegaskan sekali lagi bahawa beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini - kenaikan yang belum lagi mengambil kira kesan pengenalan GST dan perjanjian TPP nanti.

Media semalam melaporkan hasil sebuah kajian daripada Universiti New South Wales menunjukkan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat selepas perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani oleh negara yang terlibat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan Penyelidikan dan Penilaian Ekuiti Kesihatan Universiti tersebut mendapati bahawa perjanjian tersebut akan memberikan kuasa kepada syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memperbaharui paten ubat-ubatan secara berterusan dan menghentikan saingan daripada ubatan generik.

Laporan itu juga menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sedang cuba untuk menghalang syarikat ubatan generik daripada menggunakan data klinikal dari syarikat-syarikat farmaseutikal untuk kelulusan pemasaran, selain daripada perlindungan sepanjang 8 tahun untuk data klinikal, dan 12 tahun untuk ubatan biolijikal dan vaksin.

TPPA mengandungi klausa Intellectual Property Right (IPR) ataupun dikenali sebagai Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights Plus (TRIPS+) yang membolehkan syarikat farmaseutikal memanjangkan paten ubatan.

Dengan itu, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan termasuk menghalang pengimportan ubatan generik.

Malah kebocoran maklumat daripada Wikileaks mengenai perjanjian tersebut juga menyokong fakta ini. Berdasarkan kandungan teks yang bocor di laman tersebut mendakwa terdapat persetujuan bahawa cadangan ke atas lesen wajib ubat-ubatan telah dihapuskan.

Letak harga tinggi

Sekiranya lesen wajib itu dihapuskan dalam perjanjian maka harga ubat-ubatan akan menjadi mahal serta tempoh paten ubat-ubatan akan lebih lama.

Secara langsung ini membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal meletakkan harga yang jauh lebih tinggi untuk ubatan mereka.

DAP lapor polis dakwaan Jho Low larikan USD 700 juta dana 1MDB


tony_pua_gobind


PETALING JAYA, 4 MAC: DAP hari ini membuat laporan polis berikutan pendedahan portal Sarawak Report bahawa syarikat taikun Jho Low telah melarikan USD700 juta (RM2.55 bilion) dana 1MDB.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua ditemani Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara kira-kira jam 11 pagi tadi.
“Saya telah senaraikan fakta dalam laporan polis menyatakan konspirasi di belakang kehilangan dana USD 700 juta yang dilarikan dari 1MDB melalui syarikat Timur Tengah PetroSaudi.
“Kita mahu polis siasat email-email yang menunjukkan adanya beberapa pihak terlibat, termasuklah Jho Low memujuk 1MDB dan PetroSaudi melakukan satu ‘usahasama’, berakhir dengan USD700 juta disalurkan kepada akaun syarikat milik Jho Low,” kata Tony Pua.
Taikun Taek Jho Low adalah rakan kepada keluarga Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Beliau didakwa terlibat dalam jual beli dua hartanah bernilai lebih kurang USD180 juta di Amerika Syarikat (New York dan Beverly Hills) kepada anak tiri Najib, Riza Aziz.
Terkenal dengan gelaran “Paus Parti” di kelab-kelab mewah sekitar New York, Jho Low kini didakwa melarikan dana USD700 juta dari PetroSaudi melalui syarikat miliknya, Jynwel Capital Group, menerusi orang kanannya, seorang individu bernama Seet Li Lin.

Kabinet yakin tiada salah laku dalam 1MDB..!!

Kabinet yakin tiada salah laku dalam urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

PMO berkata jemaah menteri mengambil maklum bahawa tuduhan terhadap 1MDB baru-baru ini berkaitan urus niaga pihak ketiga yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan nasional.

"Kabinet diberitahu bahawa tuduhan-tuduhan terkini terhadap 1MDB berkaitan urus niaga pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.

"Pelaburan 1MDB yang relevan telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan selepas audit yang berbaloi.

"Selepas menerima penjelasan daripada 1MDB dan Deloitte, kabinet menzahirkan keyakinan mereka bahawa tiada sebarang salah laku dibuat oleh 1MDB," kenyataan PMO dipetik.


Sebagai langkah selanjutnya, kata PMO, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memaklumkan kepada Kabinet bahawa beliau telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Laporan itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.  
 
"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib.    

Fact Sheet - March 4: More on 1MDB, Pakatan to declare assets, Jho Low-Saudi link?

Penganjur ikrar himpunan #KitaLawan tetap diteruskan

Polis isytihar himpunan tolak Najib sebagai haram

Bekas setiausaha agung Umno dedah ‘skandal’ Bank Rakyat dalam buku baharu

Shahbudin Husin bersama Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015. 
Shahbudin Husin bersama Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015.

Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.

Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat. Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.

Forum Lucah: Mengapa perlu jelaskan kes ‘Liwat II’ kepada Pemuda Umno?

Oleh Hazlan Zakaria
Adakah ada rasa tidak puas hati berhubung keputusan mahkamah dalam gerakan Pemuda Umno? Adakah partinya sudah tiada wang untuk menganjurkan jelajah besar-besaran, atau untuk menyediakan bayaran tinggi kepada pendakwa paling hebat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah? Atau ini adalah manual latihan untuk langkah di masa hadapan?
Berikut adalah soalan yang mungkin ditanya sesetengah orang, jika memang ada keperluan jelas bagi Pemuda Umno meneruskan sesi penerangan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.

Ini berikutan pengumuman sayap pemuda itu bahawa ia akan meneruskan jelajah tersebut, walaupun dengan skala yang lebih kecil dan tanpa ciri-ciri pesta .
Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar yang mengesahkan perkembangan ini.
“Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.”
"Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim di luar.
“Tapi kita buat program penerangan ini secara dalaman untuk memberi kefahaman termasuk kepada ahli-ahli dan semua jentera penerangan Pemuda Umno,” katanya seperti dipetik.
Keputusan Pemuda Umno itu selepas dihujani kritikan oleh pengamal undang-undang, orang ramai dan malah seorang menteri kerajaan.
Ramai yang terkejut dengan jelajah yang amat menggemparkan sebelum ini, menampilkan pendakwa khas yang menceritakan maklumat terperinci a la “50 shades of grey” tanpa sebarang tapisan – termasuk kisah cubitan puting dan macam-macam lagi.

Himpunan #KitaLawan: Mengapa kami pilih Sogo

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan hari ini menjelaskan sebab kenapa mereka memilih kawasan Sogo sebagai lokasi himpunan #KitaLawan.

Menurut Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, lokasi itu dipilih kerana ianya sebuah tempat awam dan merupakan lokasi yang terbaik bagi meluahkan kebebasan bersuara.

“Kita percaya bahawa Sogo merupakan (lokasi) yang terbaik atas beberapa sebab, di antaranya pengangkutan awam, mudah dilihat dan berkumpul di tempat awam merupakan sebahagian dari kebebasan bersuara.

“Ia tentang usaha untuk menyampaikan sesuatu, oleh itu kami berada di tempat yang tersembunyi ia tidak masuk akal,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya pada Rabu.

Tambah Nik Nazmi, selain untuk menunjukkan kebebasan bersuara, ia juga antara tempat pilihan ‘bersejarah’ semasa himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu.

Beliau juga akui terdapat cadangan dari pihak polis supaya himpunan itu diadakan di lokasi-lokasi lain termasuk stadium.

Mengulas tentang himpunan Sabtu lalu, katanya himpunan tersebut telah berlangsung secara aman dan pihaknya akan terus berkomunikasi dengan pihak polis bagi memastikan ianya terus berjalan lancar.

Mokhzani Mahathir letak jawatan di SapuraKencana atas ‘sebab peribadi’

Datuk Mokhzani Mahathir hari ini melepaskan jawatannya sebagai naib pengerusi syarikat minyak SapuraKencana Petroleum Berhad, memberikan alasan "sebab peribadi".‎
Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan antara pengasas SapuraKencana selepas syarikat minyaknya, Kencana Petroleum bergabung dengan SapuraCrest pada 2012.
Majalah Malaysian Business bulan lalu meletakkan Mokhzani ke dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia, dengan tambahan nilai sebanyak RM1.59 billion dalam tempoh setahun.

PM arah ketua audit siasat 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengaudit akaun-akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata laporan audit itu akan diserahkan untuk diperiksa secara telus oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Kabinet juga sudah dimaklumkan tentang arahan Najib itu.

"Jika ada sebarang salah laku, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata PMO.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib memanggil 1MDB dan firma audit mereka, Deloitte bertemu Jemaah Menteri hari ini.

Sementara itu, firma pelaburan kerajaan itu petang ini turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan arahan Najib itu.

"Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan ketua audit negara dan berharap agar hasil daripada ini akan menamatkan segala spekulasi," kata Presiden 1MDB Arul Kanda.

Belasungkawa TGNA: Terima kasih Astro

Oleh HAMBALI AKRAM
TELAH hampir sebulan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik meninggalkan kita. Terlalu banyak jasa yang disumbangkan hingga tidak tertulis semuanya sama ada jasa secara langsung mahupun tidak langsung.
Di sini saya mengucapkan tahniah kepada Astro Awani kerana menyiarkan rancangan khas berkenaan Tuan Guru pada hari semalam. Walaupun tempohnya tidak lama iaitu setengah jam sahaja dan bertembung dengan waktu maghrib pula – tentunya ramai yang tidak sempat menonton – kecuali ada alat perakam.
Mungkin ada yang pernah berkempen memboikot atas alasan pemiliknya bukan Melayu dan beragama hindu pula. Namun, stesen TV itulah yang memberi ruang kepada kepada siaran langsung dan rancangan khas berkenaan Tuan Guru. Juga pelbagai rancangan berunsur Islam yang lain. Jika mahu mengharapkan stesen TV yang pemiliknya berbangsa Melayu dan beragama Islam, maaf cakaplah. Memang tidak ada harapan untuk menonton rancangan khas seperti itu. Sepatutnya, stesen TV yang dimiliki orang Melayu beragama Islamlah yang menjuarainya.
Jangan kerana terlebih berpolitik, kita sanggup menidakkan jasa dan sumbangan Almarhum. Mungkin Tuan Guru tidak meninggalkan kepada kita bangunan tertinggi di dunia atau jambatan terpanjang, tetapi menunjukkan contoh kehidupan seorang pemimpin yang zuhud dan amanah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW yang wajar dicontohi oleh semua pemimpin di rantau ini khususnya dan dunia amnya

PAS Kelantan henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka

PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - AtoryKUALA LUMPUR: Tindakan PAS tidak menyenarai pendek nama anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini dilihat langkah parti itu menghentikan legasi Nik Aziz di kerusi berkenaan.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, ia sekali gus usaha menghentikan politik kekeluargaan di kerusi berkenaan selain mengelakkan sebarang dakwaan unsur mengamalkan konsep 'dinasti' oleh pihak luar.

"Saya ingat itu keputusan PAS di pihak perhubungan yang dipersetujui semua pihak.

"Ia mengelakkan politik kekeluargaan dan membuktikan politik untuk diwarisi oleh ahli keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Atory mengulas pengumuman Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi PRK DUN Chempaka.

Kata Mohd Amar, senarai itu telah dihantar kepada PAS Pusat untuk penilaian terakhir dan calon yang layak akan diumumkan Ahad ini.

Bagaimanapun kata Atory, PAS juga boleh mempertimbangkan anak Allahyarham Nik Aziz jika melihat individu berkenaan mempunyai kebolehan untuk memimpin.

"Ia subjektif, kalau anak dia (Allahyarham Nik Aziz) lebih berketerampilan, bagus juga jika dipilih.

"Mungkin PAS mahu muka baharu di sana, angin baru selepas sekian lama Allahyarham Nik Aziz di sana," ujarnya.

Jabatan Penjara halang Anwar hadir ke Parlimen

Jabatan Penjara Malaysia menolak permohonan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir sidang Dewan Rakyat mulai minggu depan.

Salinan surat ketua pengarah penjara memaklumkan keputusan itu disampaikan kepada Yang Dipertuanya Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini, lapor portal penyokong kerajaan BNBBC.

Laporan itu menyebut surat itu sebagai menjawab permohonan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail  dan anaknya Nurul Izzah untuk membolehkan Anwar menghadiri persidangan mulai Isnin depan.

"Salinan diberikan kepada yang dipertua Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan (untuk) pengetahuan pihak-pihak berkenaan.

"Ia berikutan Anwar kini tertakluk akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia," laporan itu dipetik.

Portal berita pro-Umno Agenda Daily juga memuatkan berita ini dan ia kemudiannya ditweetkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Speaker dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan, lapor BNBBC lagi.

Jabatan Penjara semalam menegaskan semua banduan, termasuk Anwar, mendapat layanan yang sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara.

Hadis 'roti jala' punca Ustaz Kazim dihalang sertai forum

Gara-gara didakwa menyebarkan hadis "roti jala dicelup kuah kari", penceramah popular Datuk Kazim Elias dihalang menyertai forum agama sempena keputeraan Raja Perlis.

Mufti Perlis hari ini mendedahkan alasan ustaz Kazim, yang pernah ditawarkan jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno, di laman Facebook.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa penceramah tersebut sering memetik hadis palsu.

Selain surat rasmi penolakan ustaz berstatus 'selebriti' itu, Dr Mohd Asri juga memuatkan keratan dokumen yang menunjukkan Kazim pernah berkata nabi pernah menjamu "kurma dicelup tepung."

'Anwar kini di Hospital Penjara atas syor pakar'

DAP buat laporan dakwaan jenayah berbilion ringgit 1MDB

Clarify Phua’s citizenship, PKR urges Zahid

PKR nafi tawar wang untuk peserta himpunan #Kitalawan

Demo anti-Najib menakutan Umno, kata Pemuda PKR

APA CERITA DUIT-DUIT LEMBU RM250 JUTA ???


Adakah nak suruh rakyat redha jer tutup sebelah mata kes duit2 lembu RM250 juta itu ???

Kalau guna dana awam & hasilnya menguntungkan rakyat & harga2 daging lembu di M'sia murah, rakyat tak marah.. TAPI apa hasilnya skrg !!!

Menjawablah kamu di akhirat kelak. Akan kami tuntut hak kami kelak..

Ada tak pencacai UMNgOK nak komen & bela 'lembu' 1 Malaysia ???

WOWW !!!.. Betul ker Topup pon kena GST ???..


SYUKUR...
ALHAMDULILLAH...
YAHOOOOOO......

KERANA APA ??? kerana Najib Razak pernah kata dgn terlaksananya cukai GST, PENDAPATAN RAKYAT AKAN MENINGKAT !!!

Terima kasih la byk2 tgn2 PENGUNDI BN

APA SUDAH JADI...


KENAPA TAKUT nak laksanakannya ???
Takut sumber pendapatan industri pelancongan AKAN MEROSOT ka ???

Laaa.. U-turn la neh kiranya kan ?
Maka. Masih selamat la pelancong untuk berbikini tepi pantai, okay ?

Inilah akibatnya jika manusia lebih akur & patuh mencari redha manusia BERBANDING mencari redha Allah..

p/s: TAHUKAH ANDA.. artikel berkaitan Kod Etika Berpakaian di laman web tersebut telah DIPADAMKAN !!!.. KANTOI ler tu

Gaya hidup mewah taikun tarik perhatian pada 1MDB

Fakta-fakta di sebalik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan urusniaganya yang meragukan, mendapatkan perhatian di seluruh dunia ekoran gaya hidup mewah personaliti Taek Jho Low.

Pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berkata media antarabangsa menumpukan perhatian mereka terhadap urusan 1MDB  ekoran gaya hidup Jho Low yang mewah dan ranggi itu.

Ahad lalu, laman web pemberi maklumat Sarawak Report menerbitkan satu siri pendedahan mengenai 1MDB dan Jho Low, bersama-sama  dengan akhbar Britain, Sunday Times.

Rewcastle Brown memberitahu Malaysiakini bahawa gaya Jho Low memperlihatkan kekayaannya telah menarik minat media Barat terhadapnya dan dan mereka memberi tumpuan kepada hubungannya dengan 1MDB yang bermasalah. 1MDB merupakan cabang pelaburan nasional yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, Jho Low telah menayangkan kekayaannya dan kini 1MDB berada dalam kedudukan bahaya akibat hutang.

"Kedua-dua mereka (Jho Low dan 1MDB) dikaitkan dengan perdana menteri Malaysia dan kerana itulah media antarabangsa begitu berminat dengan perkara itu," kata Brown.

DAP mahu polis siasat 1MDB, gesa Peguam Negara campur tangan

KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail campur tangan di dalam kes siasatan terhadap syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo, ianya penting kerana isu ini dilihat sebagai isu antarabangsa.

“Kita juga perlu ingat bahawa kes ini telah menarik perhatian antarabangsa dan saya rasa adalah penting untuk pihak polis membuktikan bahawa mereka serius dan tindakan diambil dengan segera.

“Mereka juga perlu bersedia dengan jawapan secepat mungkin,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap syarikat itu di Balai Polis Damansara pada Rabu yang turut dihadiri oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Kata beliau, isu ini juga akan dibawa ke Parlimen minggu hadapan di mana pihaknya akan mengajukan soalan kepada polis berkenaan susulan terhadap kes tersebut.

“Kita akan bekerjasama dengan polis sebanyak mungkin dan ianya sesuatu yang kami pasti akan buat susulan,” kata Ahli Parlimen Puchong itu lagi.

Gobind Singh dan Tony Phua
Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo (kanan) dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua selepas membuat laporan polis hari ini.
Sementara itu, Pua ketika ditemui wartawan berkata, laporan polis yang dibuat kira-kira jam 11.00 pagi itu telah menggariskan dokumen yang didedahkan Sarawak Report baru-baru ini.

'Raja judi gadai tanah selamatkan kawan'

'Raja judi' Paul Phua Wei Seng - yang ditahan di Las Vegas pada Julai kerana didakwa menjalankan perjudian haram - didakwa mempunyai urusan bisnes terselindung di Montenegro dengan individu yang rapat dengan perdana menteri negara itu Milo Djukanovic, menurut sebuah laporan.

Beliau dikatakan malah membantu membayar hutang sebahagian daripada mereka dengan menawarkan sebidang tanahnya kepada bank, menurut dokumen disaksikan oleh Pusat Laporan Penyiasatan Montenegro (CIN).

Wartawan portal berita negara itu, Vijesti, sebuah syarikat yang dimiliki Phua mempunyai sebidang tanah yang 'diperoleh' bank, yang dimiliki bersama oleh rakan rapat Phua, Petros Stathis.

Stathis turut dinamakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam dokumen mahkamah apabila Phua dituduh menjalankan judi bola sepak haram secara atas talian di Ceasars Palace, Las Vegas.

Utrusan transaksi tanah di Montenegro, menurut laporan itu, melangsaikan hutang berjumlah 2.076 juta euro.

Caj Rawatan di Klinik Swasta Naik Tahun 2015 Doktor (RM30 – RM125) dan Doktor Pakar (RM125 – RM235)

kenaikan caj rawatan
Tidak lama sahaja lagi, rakyat Malaysia akn dihidangkan dengan satu lagi berita yang kurang menyenangkan apabila caj perkhidmatan dan rawatan di klinik swasta akan berlaku kenaikan dengan pemwartaan Akta kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 apada akhir tahun 2014.
  1. Jikalau sebelum ini caj konsultasi doktor di klinik swasta ditawarkan antara RM10 – RM35, selepas ini akan naik kepada RM30 – RM125. Sudah bersedia semua?
  2. Manakala caj konsultasi dari doktor pakar pula akan dinaikkan antara RM125 – RM235 manakala caj prosedur perubatan juga dinaikkan antara 14 hingga 18 peratus.
    caj tambahan 50 peratus akan dikenakan kepada anda jika anda sebagai pesakit mahu berjumpa dengan doktor di luar waktu puncak iaitu dari pukul 6 petang hingga pukul 8 pagi.
  3. Jika anda mahu doktor datang rumah, caj yang akan dikenakan kepada anda adalah 100% lebih mahal daripada caj dan harga kebiasaannya
  4. Caj minimum untuk proses bius di bilik kecemasan RM265.
  5. Rawatan asas untuk radiasi dan tumor (RM860 – RM1,715)
  6. Kenaikan bayaran untuk rawatan pergigian naik kepada antara RM30 hingga RM285.Kenaikan Caj cabut gigi naik antara RM40 – RM250 kepada RM45 – RM285

1MDB: Lebih penting untuk BNM dedah penemuannya - Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata kenyataan Kumpulan AmBank menafikan bahawa pengarah urusannya, Ashok Ramamurthy meletak jawatannya berhubung dakwaan berkaitan pinjaman berbilion ringgit kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), adalah "sudah dijangka".

Manakala beliau faham bahawa AmBank tidak boleh mendedahkan perkara dalaman, katanya, adalah lebih penting untuk Bank Negara Malaysia mendedahkan penemuannya.

Rafizi berkata, maklumat itu datang dari pemberi maklumat yang telah membantu pihaknya berkaitan dengan 1MDB sebelum ini dan sehingga ini maklumat itu adalah tepat.

Apa yang lebih penting, tegasnya, adalah untuk Bank Negara Malaysia mendedahkan penemuannya (berkaitan urusan Ambank berhubung 1MDB) dan pandangannya tentang paras hutang 1MDB.

Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mendakwa Bank Negara menemui hal yang tidak kena dalam pinjaman RM2 bilion AmBank kepada 1MDB sehingga membawa kepada pengunduran Ashok dan dua lagi pegawai atasan bank tersebut.

'Kami boleh isytihar harta tapi ia tak akan bantu PM'

Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi menegaskan bahawa ia tidak akan mengalih perhatian daripada soal kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini ekoran cabaran  Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee terhadap pemimpin Pakatan supaya berbuat demikian bagi membuktikan mereka bersih dan bukannya hanya mensasarkan Najib.

Secara peribadi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, beliau tidak ada masalah berbuat demikian dan begitu juga dengan pemimpin Pakatan yang lain.

“Kami perlu membawa perkara itu (ke mesyuarat kepimpinan) bagi mendapatkan satu konsensus,” tambahnya.

Rafizi berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dan majlis kepimpinan Pakatan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk  Mahfuz Omar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya.

Selain itu, beliau mahu Parlimen membuat keperluan bagi semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Rakyat Hanya Mahukan Penjelasan...

Oleh Abu Hassan Adam
Melihatkan kepada beberapa perkembangan dalam negara kini ( yang semacam membimbangkan ) menampakkan seolah-olah ada dikalangan pemimpin negara kini semacam sudah tidak berintegriti. Tidak menampakkan ada perasaan malu kepada masyarakat yang dipimpin oleh mereka. Tidak langsung ada segan silu untuk membohongi masyarakat yang dipimpin dengan fakta-fakta yang diadakan

Tidak ada langsung merasa takut kepada Tuhan diatas pembohongan yang dilakukan walaupun ada yang berlatarbelakngkan pendidikan agama. Seolah-olah mereka langsung tidak memikirkan ‘hati dan perasaan’ roh arwah ayahanda dan bonda yang sudah pergi. Langsung mereka tidak memikirkan hal yang sedemikian. Maruah diri adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dipelihara, apatah lagi bagi orang Melayu yang menganggap bahawa maruah diri adalah sesuatu yang amat berharga untuk dimiliki. Bagi orang Melayu (lama) maruah adalah lebih kurang sama dengan nyawa dibadan. Dan antara maruah dan budi pula mungkin sama-sama dipelihara dan dijaga oleh orang Melayu. Seolah-olah tidak adanya budi dan hilangnya maruah maka hilanglah orang Melayu itu sendiri.
Kini ada dikalangan pemimpin kita seolah-olah sudah tidak mempedulikan maruah yang terhakis kepada diri mereka. Rakyat semacam mempersoalkan tentang ‘apakah para pemimpin kita semacam tidak bermaruah”. Tentulah ada asasnya mengapa rakyat menuduh para pemimpin kita kini sudah tidak bermaruah. Ramai pemimpin semacam sudah tidak mempedulikan teguran dan kritikan rakyat terbanyak tentang tindak-tanduk yang mereka lakukan. Mereka seolah-olah tidak tahu bahawa rakyat terbanyak tahu dan sedar apa yang mereka lakukan. Hanya mereka yang merasakan baahwa rakyat kurun ke 21 masih bodoh dan tolol. Mereka seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata.
Para pemimpin hanya ‘menutup telinga’ apabila timbul ‘jeritan’ dan ‘kutukan’ yang dilimparkan terhadap mereka. Dan yang amat malang lagi ialah apabila ada jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya bertindak terhadap sesuatu penyelewengan juga melakukan tindakan yang serupa, ‘memekakkan telinga dan memejamkan mata’.
Banyak sangat aku baca dan aku dengar diperkatakan mengenai IMDB. Banyak sangat jumlah duit yang terlibat dalam perniagaan ini. Berbillion. Seperti juga orang Melayu miskin yang lain, aku tidak dapat membayangkan sebanyak mana atau ‘seberat’ mana wang kertas yang berjumlah satu billion ringgit itu. Disamping itu tidak dapat aku hendak membincangkan isu yang berkaitan dengan 1MDB disebabkan kejahilan aku mengenai ilmu ekonomi. Justeru tentulah aku mengharapkan sumbangan penulis lain untuk memberikan ‘input’ berkaitan dengan perjalanan 1MDB.

Apa perlu buat bila krisis ekonomi?

Oleh DR AZIZAN OSMAN
SAYA baru selesai sesi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama lebih 600 usahawan dan bakal usahawan serta jutawan selama empat hari termasuk sesi group coaching di Setia City Convention Center untuk program intensif pemasaran.

Pelbagai persoalan tentang perniagaan dan pemasaran diutarakan kepada saya tetapi ada satu soalan ini yang agak "hot" ialah tentang pandangan saya mengenai keadaan ekonomi sekarang dan persediaan yang perlu dibuat.

Ada beberapa isu yang perlu kita lihat di sebalik beberapa dimensi ataupun perspektif.

Secara keseluruhan, sentimen peniaga dan pengguna adalah agak berhati-hati dan beberapa feedback dari rakan-rakan peniaga cina yang saya kenali menyebut tentang sedikit penurunan jualan mereka akhir-akhir ini terutamanya di dalam bahan mentah untuk pembinaan dan permintaan hartanah juga agak lembap.

Pengaruh penurunan peluang bekalan dan kontrak kerajaan serta swasta juga agak jelas berlaku mungkin disebabkan kerajaan mengambil langkah berhati-hati di dalam perbelanjaan dan bajet.

Di dalam senyap atau nyata, beberapa buah syarikat "besar" ada yang telah atau sedang mengatur program-program VSS (Volunteer Separate Scheme) atau apa sahaja terma yang digunakan untuk mengurangkan kos dan ini mungkin langkah biasa bagi syarikat korporat tetapi saya lihat ia sebagai langkah untuk persediaan untuk mengurangkan kos operasi syarikat.

Apakah polisi Malaysia di Arab Saudi ditentukan Jho Low, soal DAP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu perjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara dengan Arab Saudi, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu perjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara dengan Arab Saudi, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.DAP hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara Malaysia dengan Arab Saudi seperti didedahkan laman sesawang Sarawak Report baru-baru ini.
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata campur tangan individu tertentu dalam polisi luar negara Malaysia demi kepentingan peribadi merupakan sesuatu "yang amat mengganggu".
"Polisi luar negara Malaysia seharusnya ditetapkan berdasarkan kepentingan rakyat di negara ini.

"Saya menggesa Najib menjelaskan semua pendedahan yang dibangkitkan dalam Sarawak Report pada 28 Februari lalu," kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini. Ong berkata, perdana menteri harus menjelaskan banyak persoalan yang mengaitkan ahli perniagaan itu dan mengesahkan adakah Jho Low diberi kebenaran menggunakan pengaruhnya menetapkan dasar luar negara Malaysia di Arab Saudi.
"Najib membuat lawatan rasmi pertama ke Arab Saudi sebagai perdana menteri pada Januari 2010 (asalnya dijadualkan pada Disember 2009) dan Sarawak Report mendakwa Jho Low dan rakannya bekerja keras dalam persediaan lawatan itu," katanya.
Ong berkata, Sarawak Report melaporkan rakan Jho low, Seet Li Lin menyediakan draf surat Najib untuk dihantar kepada Raja Abdullah.

Nasib Umno dan BN kini seperti pernah dialami kerajaan empayar Inca

 Nasib Umno dan BN kini seperti pernah dialami kerajaan empayar Inca
Oleh Nur Jazlan 

 Banyak yang diperkatakan mengenai Umno, satu-satunya parti politik yang ditubuhkan sebelum negara mencapai kemerdekaan dan kini menjejaki usia tujuh dekad serta sudah pasti bagi pucuk pimpinannya pada masa sekarang adalah dengan terus melaungkan kejayaan Umno mendapat 88 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Kejayaan Umno itu sudah berusia dua tahun dan hanya tinggal tiga tahun lagi sebelum parti orang Melayu ini akan berdepan semula dengan rakyat dalam PRU14 dan ketika ini, suasana di peringkat akar umbi terus resah gelisah dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan, situasi berbeza dengan peringkat atasan terutamanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Putrajaya yang berterusan dibuai mimpi indah.
‘Mimpi indah’ orang Melayu akan berterusan menyokong Umno dan keluarlah segala statistik dan perangkaan bagi membuktikan ‘mimpi indah’ itu sedangkan hakikatnya, sokongan orang Melayu di kawasan bandar dan luar bandar terus terhakis.
Terus juga dicanang yang Umno adalah parti akar umbi dan sentiasa mengutamakan suara akar umbi dalam perjuangannya tetapi ia hanyalah sekadar retorik yang disedari ahli akar umbi sendiri.
Saya sendiri dalam sebuah laporan sebuah akhbar baru-baru ini, ‘dicap’ sebagai bertindak di luar kebiasaan Umno oleh dua tokoh akademik kerana kerap mengkritik pucuk pimpinan terutama sekali Presiden parti secara terbuka dalam tulisan-tulisan di blog saya atau di portal berita.
Bagi dua tokoh akademik itu, Umno adalah sebuah parti feudal dan segalanya, perlu mengikut protokol dan suara kritikan seakan ‘haram’ dilakukan secara terbuka kerana ia akan mengundang persepsi negatif rakyat kepada pucuk pimpinan.

Terus terang saya amat sedih dengan kenyataan itu bukan disebabkan ia mengkritik saya tetapi sebab orang luar mungkin bukan ahli Umno juga melabelkan parti sudah menjadi institusi feudal di mana dalam sistem ini, yang berkuasa adalah raja, sultan atau pucuk pimpinnnya dan mereka tidak boleh dikritik dengan sesiapa yang mengkritik sistem berkenaan akan dikenakan hukuman.
Ingin saya tegaskan di sini, Umno adalah parti akar umbi dan tanpa ahli biasa bagaimana pucuk pimpinan mendapat kuasa, jika ahli sendiri sudah tidak boleh bersuara secara terbuka bagi mengkritik demi kebaikan, ia seakan sudah melanggar perjanjian penubuhan parti keramat ini sendiri.
Jadi seharusnya, sistem feudal tidak boleh dikaitkan dengan Umno kerana jika itu tanggapan orang luar terhadap parti terutama sekali jika ia datang daripada orang Melayu sendiri, natijahlah kepada perjuangan leluhur Umno yang menubuhkannya dalam memperjuangkan golongan akar umbi Bumiputera.
Persepsi mengenai Umno menjadi sebuah institusi politik feudal menyebabkan saya teringat kepada sejarah empayar Inca apabila berkesempatan ke Ecuador baru-baru ini, ketika menghadiri Forum Ahli Parlimen Asia Pasifik.
Sejarah menjelaskan empayar Inca terletak di sebuah negara yang memerintah daripada Peru hingga Ecuador daripada tahun 1438 hingga 1533 dan ia begitu makmur dengan dapat meluaskan empayarnya bukan melalui peperangan tetapi hanya dengan kemakmuran serta kepesatan ekonomi.
Malah peninggalan kemakmuran empayar Inca masih terdapat sehingga kini dengan pelbagai binaan yang mengagumkan, tetapi siapa menyangka kerajaan yang begitu mewah, begitu kuat ini akhirnya jatuh ke tangan penjelajah Sepanyol yang berjumlah hanya kira-kira 200 orang diketuai Francisco Pizzaro.
Pizzaro dalam ketika menemui pemerintah kerajaan Inca ini yang dipimpin Atahualpa menggunakan agama dalam mengadakan hubungan serta kerjasama dengan kerajaan Inca selain menabur kata-kata manis terhadap pemimpinnya.
Namun, beliau juga mengesan kelemahan kerajaan dan rakyat empayar ini yang terlalu taksub dengan adat istiadat serta upacara keagamaan dan ia adalah peluang untuk mereka menawan empayar yang terbesar di Amerika Selatan ketika itu.
Ini kerana segala apa yang hendak dilakukan kononnya perlu mendapat persetujuan daripada tuhan mereka dan lebih malang lagi rakyat menganggap pemimpin mereka sebagai dewa dan turut menyembahnya.

Is Jho Low the PM’s new foreign policy expert?

DAP’s Ong Kian Meng says an expose from the Sarawak Report reveals emails that point to Jho Low having a heavy hand in Malaysia’s foreign policy.
Jho-Low2KUALA LUMPUR: MP for Serdang, Ong Kian Ming has demanded that prime minister Najib Razak come clean as to how much of a hand Penang-born Jho Low had in dictating Malaysia’s foreign policy with Saudi Arabia.
In a statement issued today, Ong referenced the Sarawak Report, whose recent expose of a stream of emails involving Jho Low, his close associate Seet Li Lin, Najib and King Abdullah, all point to the fact that Malaysia’s foreign policy was in the hands of a small group of individuals.
“Malaysia’s foreign policy must be dictated by the best interests of Malaysian citizens.
“The fact that an individual or a small group of individuals can dictate the foreign policy interests of Malaysia for their own personal gain, as alleged by the Sarawak Report expose, is highly disturbing,” Ong remarked.
Ong detailed these allegations by first explaining how Jho Low and his associates worked hard to “prepare” Najib’s first official visit to Saudi Arabia in January 2010 with Seet Li Lin allegedly preparing the draft of a letter for Najib to send to King Abdullah, the then King of Saudi Arabia.

Tidak ada yang layak lawan Hadi kata Nik Zawawi

Orang yang buat kenyataan suruh Presiden PAS sekarang berundur adalah tidak senonoh.

Nik Muhammad Zawawi Nik SallehSHAH ALAM: Dewan Ulama Pas Pusat tidak melihat keseriusan dan keikhlasan pihak tertentu dalam Pas untuk mencabar jawatan presiden parti itu pada pemilihan akan datang sebaliknya melihat tujuan mereka hanya untuk mengeruhkan keadaan.
Pemangku Naib Ketuanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa, individu terbabit adalah mereka yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam malah tidak boleh bertahan lama hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.
“Saya merasakan bahawa kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengeruhkan suasana, bukan dia serius hendak bertanding, saya rasa tidak.
“Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai ‘tidak senonoh’ dalam perjuangan Islam,” katanya, lapor Sinar.
Beliau berkata demikian mempertahankan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam yang yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai Presiden Pas tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, Jun ini.
Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.
Ketika ditanya mengenai penerimaan ulama terhadap bakal presiden Pas yang baharu dari golongan bukan ulama, beliau bagaimanapun menegaskan jawatan itu perlu diisi oleh ulama sahaja dan ia menjadi polisi parti itu sejak 1983.

Mak Piah masak rendang daging, tunai permintaan Sirul

KUALA LUMPUR: Berada di Australia tidak menghalang Piah Samad, 74, menyediakan makanan kegemaran anaknya, Sirul Azhar Umar.
Permintaan untuk merasa rendang daging tetap ditunaikan apabila sejak awal pagi lagi beliau telah memasak makanan kegemaran Sirul.
Menurut pegawai yang mengiringi misi 'See For (C4) Yourself' ke negara kanggaru itu, Piah bersama-sama rombongan telah pergi ke bandar Lakemba bagi mencari daging halal di sana.
"Kami ke bandar Lakemba semalam, di sana ramai orang muslim dan makanan halal senang dapat.
"Segala barang keperluan untuk rendang daging semuanya di beli di sana," ujar seorang anggota rombongan kepada Harakahdaily melalui WhatsApp.
Sementara itu, Piah ketika ditanya berkata walaupun penyediaan rendang itu tidak seperti mana di Malaysia tetapi dia berharap rendang yang disediakan itu dapat menghilangkan kerinduan anaknya.
"Pedas sikit tadi terlebih cili tapi tak pa, Sirul boleh makan. Harap dengan rendang ni, kerinduan Sirul pada makanan kegemarannya dapat dipenuhi," katanya sambil memasak.
Hari ini merupakan hari kedua pertemuan beliau dengan Sirul yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) di Villawood, Sydney.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berharap pertemuan hari ini berjalan lancar seperti lawatan semalam.
"Semalam tidak ada sebarang masalah yang timbul dan hari ini kita mengharapkan situasi yang sama.
"Ibu Sirul dah menyediakan rendang, jadi biarlah Sirul dapat menikmati makanan kegemarannya," katanya.

Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.
"Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama. "Ini amat membimbangkan," kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.

Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung. "Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini.

"Mungkin akan ada perkiraan daripada segi sama ada seorang perwakilan ada hak atau tidak untuk memilih secara terbuka jawatan tertinggi, misalnya presiden, timbalan dan naib," katanya. Kamarudin berkata, daripada pemerhatiannya, wujud pemikiran yang jelas bagi menunjukkan PAS sebuah parti terbuka yang tidak sekali-kali menolak sebarang bentuk pertandingan.

 "Ini dibolehkan, dan ahli mempunya hak dalam perlembagaan untuk menjadi calon dan memilih jawatan dalam jawatankuasa PAS pusat," katanya. Sejak sekian lama, jawatan presiden PAS tidak dipertandingkan manakala bagi jawatan tertinggi lain seperti timbalan dan naib presiden, serta ketua dewan Pemuda dan Muslimat, menyaksikan perebutan.

Kemelut 1MDB: kerajaan perlu mulakan siasatan, jangan ancam media

Oleh K Kabilan
Kenyataan kerajaan bahawa mereka akan menguatkuasakan undang-undang tanpa pengecualian, jika dakwaan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membongkarkan apa-apa salah laku adalah perkara yang baik.
Menurut laporan The Sunday Times United Kingdom, kerajaan berkata mereka akan mengambil tindakan “tanpa pengecualian”, namun cepat menambah tentang kemungkinan ada “motif politik” di sebalik kritikan terhadap 1MDB.

Badan pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan itu menjadi tumpuan berita berikutan pendedahan berhubung dakwaan “kejanggalan” kewangannya.
“Pandangan sesetengah pihak terhadap 1MDB perlu dilihat berdasarkan pertimbangan motif molitik.
“Namun, jika ada salah laku dapat dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa pengecualian,” kata kerajaan, seperti dipetik akhbar UK itu Ahad lalu.
Harapnya kerajaan jujur dalam janjinya untuk bertindak mengikut undang-undang.
Pendirian Putrajaya dalam hal ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam operasinya.
Sebaliknya, ia mengatakan 1MDB diuruskan oleh kumpulan profesional dan berpengalaman.
Namun, pendedahan media telah membangkitkan pelbagai salah laku kewangan dalam 1MDB, terutama berhubung dakwaan peranan yang dimainkan oleh hartawan Jho Low.
Pada Ahad lalu, laman Sarawak Report dan The Sunday Times melaporkan dakwaan berhubung kaitan Jho Low dalam

kegiatan 1MDB dalam syarikat pengeluar dan eksplorasi minyak Petrosaudi International. Laporan itu memetik maklumat yang dikatakan daripada beribu dokumen bocor dan perhubungan emel melibatkan 1MDB.

Adakah Najib telah kehilangan keyakinan kabinetnya?

Oleh Ng Kee Seng
Sebuah laporan berita mendakwa bahawa Kabinet minggu lalu menolak cadangan supaya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang, diberi suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion.
Jika laporan The Malaysian Insider 27 Februari bertajuk "Cabinet rejects RM3 billion for 1MDB as debt repayment options narrow" (Kabinet menolak RM3 bilion untuk 1MDB sewaktu pilihan pembayaran balik semakin sedikit) adalah tepat, ia adalah salah satu berita yang paling buruk untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, laporan ini diterbitkan berdasarkan sumber-sumber dan ketepatan yang masih belum disahkan. Adakah mungkin bagi Kabinet untuk menolak cadangan Kementerian Kewangan (MoF) itu?
Penolakan itu, jika benar, adalah serupa dengan undi tidak percaya oleh anggota Kabinet terhadap Najib, sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.
Jadi, siapakah yang akan mengesahkan ketepatan laporan itu secara terbuka? Adakah terdapat mana-mana ahli Kabinet yang akan berani berbuat demikian?
Sehingga laporan itu disahkan, laporan itu boleh disifatkan sebagai hanya spekulasi semata-mata.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa majoriti menteri-menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas pada 25 Februari, tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya bagi amaun itu.
Sumber-sumber lain mengesahkan penolakan Kabinet, yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009, untuk melabur dalam sektor-sektor ekonomi utama di bawah pemerintahan Najib.
"Pilihan semakin kecil bagi Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak boleh mengumpul dananya sendiri sekarang. Ia pada dasarnya memerlukan wang dari pemegang saham sahaja, iaitu kerajaan," kata seorang sumber lain.