Selasa, 3 Mac 2015

Sirul, ibu berpelukan dalam tangisan

Suasana hiba dan sayu menyelubungi pertemuan antara Sirul Azhar Umar, bekas anggota pasukan elit polis yang dihukum mati, dengan ibunya di Sydney.

Pertemuan selama dua jam itu bermula dengan tangisan ibunya Piah Samad yang berpelukan dengan Sirul, kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, yang mengiring lawatan Piah bersama anak perempuannya Noriatin Umar, menceritakan saat-saat penuh emosi itu dalam kenyataannya dari Australia malam ini.

"Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib (Sirul) yang melanda," katanya.

Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menghukum gantung bekas koperal itu atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Sirul didapati bersalah bersama Azilah Hadri, seorang inspektor di Unit Tindakan Khas (UTK).

Mahfuz berkata dalam pertemuan antara jam 5.30 petang hingga 7.30 petang (waktu Sydney), Piah membawa sambal bilis yang dibawa dari kampungnya di Changkat Jering, Perak kepada Sirul.

Palanivel bukan anggota MIC lagi – Subramanian

palanivel1
Presiden Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak membawa masalah parti ke mahkamah, kata timbalan presiden MIC.

KUALA LUMPUR, 3 Mac:

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengaku bahawa Presiden Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak membawa masalah parti ke mahkamah.
Subramaniam berkata ia berdasarkan perlembagaan parti di bawah Perkara 91 dan 15.6 yang melarang mana-mana anggota parti daripada memfaillan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
“Mana-mana anggota parti yang berbuat demikian akan dilucutkan keahlian serta-merta,” katanya.
Subramaniam tidak berminat menurut langkah Palanivel dan memilih untuk menyelesaikan masalah parti dengan menyelesaikan isu melalui saluran betul seperti menurut arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pada 24 Februari lalu, bekas ketua setiausaha A. Prakash Rao bagi pihak Palanivel, ketua setiausaha MIC Datuk S. Sothinathan dan naib presiden Datuk S. Balakrishnan memfailkan tindakan undang-undang menyaman RoS selepas badan itu mengarahkan parti untuk mengadakan pilihan raya baharu atau parti itu dibatalkan.
Dr Subramaniam berkata, menyeret parti ke mahkamah tidak menyelesaikan masalah kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan selain daripada implikasi lain dan perkara ini turut akan memberi kesan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14.

Najib & Rosmah boleh tidur lena ???


HAKIKATNYA, skrg anda boleh lihat situasi skrg dgn pendedahan isu2 panas spt isu 1MDB & pendedahan Sirul..

Sama2 kita doakan agar Najib & Rosmah panjang umur..

Scramble for scapegoats begins as 1MDB scandal deepens

Analyst says it looks like PMO has started trying to distance Najib from a possible scandal.

1mdb scapegoats2PETALING JAYA: It appears that the Prime Minister’s Office (PMO) has begun the process of trying to wash PM Najib’s hands clean of what may turn out to be the biggest political and financial scandal in recent Malaysian history, according to analyst Shahbudin Husin.
Tied to that process may be a search for a scapegoat, he writes in a blog entry that indicates his belief that the 1MDB controversy is close to reaching a climax.
He refers to a recent report in London’s Sunday Times which quoted the PMO as saying that Najib was not involved in the day-to-day operations of the company.
“It’s obvious that this was an attempt to distance Najib from any problems 1MDB may now be facing,” he says.
“But it’s not so easy to lift the burden off Najib’s shoulders for he is the Prime Minister, the Finance Minister and chairman of the company’s board of advisors. Can we believe that funds in such large amounts can be invested or disbursed without Najib’s knowledge or consent?”
If 1MDB had been successful, he adds, there’s no doubt that the success would have been attributed to Najib’s acumen in his day-to-day involvement with the company.
Shahbudin wonders who will become the scapegoat or scapegoats in the event the 1MDB affair unravels and turns out to be a major scandal or, as DAP’s Tony Pua has put it, “the heist of the century”.

Polis panggil sekali lagi Sekretariat #KitaLawan, himpunan kekal di Sogo

SOGO 307KUALA LUMPUR 3 MAC: Sekretariat #KitaLawan sekali lagi dipanggil untuk bertemu Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Tuan ACP Zainol Samah, pada esok, 4 Mac.
“Kami mengambil pendirian terbuka untuk memberi kerjasama sepenuhnya demi keselamatan dan kelancaran perhimpunan.
“Kami akan memaklumkan kepada pasukan beliau bahawa Himpunan #KitaLawan akan tetap diadakan pada 7 Mac 2015 di mana para peserta akan berkumpul di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat PAS bermula jam 3.00 petang sebelum bergerak ke Sogo,” kata Sekretariat itu dalam kenyataan petang ini.
Pada 27 Februari lalu, pertemuan mereka bersama pihak polis IPD Dang Wangi menjurus kepada soal keselamatan peserta dan pengurusan lalu lintas ketika himpunan tersebut yang bakal berlangsung pada Sabtu ini di hadapan pusat beli belah Sogo, di ibu negara.

Kadir: Cerita dana datuk rugikan Najib

Laporan akhbar berhubung pembiayaan pendidikan Datuk Seri Najib Razak oleh datuknya, pengasas bersama pusat peranginan Genting, didakwa tidak menguntungkan perdana menteri.

Berita di Utusan Malaysia dan Berita Harian semalam dipertikaikan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, dengan menyifatkan pendedahan itu boleh mencemar imej perdana menteri.

Laporan itu dipercayai sebahagian cubaan pihak kerajaan membetulkan tanggapan tentang kekayaan Najib yang menjadi fokus sejak ia menjadi isu dalam laporan The New York Times awal bulan lalu.

"Adakah perlu Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal (datuknya) Tan Sri Mohamad Noah Omar membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?" kata Kadir dalam blognya hari ini.

"Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih?"

Akhbar milik Umno itu melaporkan semua anak Tun Razak Hussein dibiayai oleh Mohamed Noah dan perdana menteri kedua tidak pernah menggunakan dana awam.

Pakatan Rakyat jangan terjerat muslihat strategis UMNO


Malaysia General Election 2013


KUALA LUMPUR, 3 MAC: Pakatan Rakyat jangan terjerat dengan tipu muslihat pemimpin dan strategis Umno ketika ini, di saat Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bergulat demi hayat politiknya sendiri.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, dinamik politik dan ketidakseimbangan dari dalam dan luar Umno akan menambah kesengitan, dengan tumpuan kepada mesyuarat pemimpin bahagian Umno 8 Mac ini dan persidangan DUN Kelantan pada 18 Mac.
Menurutnya, semakin besar tekanan politik ke atas Najib akibat skandal ekonomi, kewangan dan keluarganya, semakin bertambah politik ‘matlamat menghalalkan cara’ ala Machiavellian untuk mengalih perhatian umum daripada permasalahan tersebut.
Justeru itu, komplot dan konspirasi untuk menggugat, memecahbelah dan menghancurkan Pakatan Rakyat dibuat, termasuk mendukung Kerajaan Perpaduan (UG), serta umpan palsu sokongan ADUN Umno Kelantan terhadap pelaksanaan undang-undang hudud PAS di DUN Kelantan.

Nik Abduh bertegas ada pihak yang berhasrat musnahkan PAS

nik abduh
Nik Abduh ingatkan kepada mereka yang menyebar fitnah bahawa kebenaran tetap akan terbongkar.

KUALA LUMPUR, 3 Mac:

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bertegas tidak akan berhenti untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi di dalam parti Islam itu.
Malah beliau juga mengingatkan kepada mereka yang berkenaan untuk tidak terus menabur fitnah kerana menurut beliau, kebenaran akan tetap terbongkar.
Kenyataan ini dibuat berhubung konflik dalaman PAS yang juga memperlihatkan usaha untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TGHH).
“Siapa pun boleh berkata, tiada sebarang usaha gulingkan TGHH sebagai presiden PAS. Tetapi tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.
Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.

NGO antirasuah gesa 1MDB disiasat

NGO antirasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa siasatan dilakukan terhadap firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gesaan ini dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa membuat audit terbuka, sementara anggota badan itu mahu pendengaran awam dibuat.

TI-M berkata pasukan petugas khas harus dibentuk susulan dakwaan terdapat RM2.5 bilion (AS$700 juta) wang 1MDB disalur kepada syarikat yang dikaitkan dengan jutawan kontroversi Jho Low.

"Kewangan 1MDB adalah isu besar yang melibatkan kepentingan awam dan kepentingan negara kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

"(1MDB juga mempunyai) potensi memberi kesan buruk terhadap sistem perbankan dan ekonomi negara," kata TI-M dalam kenyataanya hari ini.

Pembocor maklumat: Banyak lagi data 1MDB

Terdapat "ribuan lagi dokumen" berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penglibatan hartawan Taek Jho Low didakwa dalam milik laman web pembocor maklumat Sarawak Report.

Dalam wawancara e-mel dengan Malaysiakini, editor dan pengasasnya Clare Rewcastle Brown mendakwa terdapat banyak dokumen berkaitan berhubung 1MDB, melebihi apa yang didedahkan.

Sarawak Report mendedahkan komunikasi e-mel berkaitan usahasama 1MDB dengan Petrosaudi Limited yang didakwa mempunyai penyelewengan.

E-mel itu menunjukkan bahawa usahasama itu dengan suntikan AS$1 bilion (RM3.6 bilion) daripada 1MDB digunakan sebagai syarikat “muka depan” untuk menyalurkan wang kepada syarikat Jho Low.

Hartawan itu didakwa rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Suasana pilu, akhirnya Sirul dalam dakapan ibu

Sydney: Penantian sejak sekian lama Piah Samad, 74, yang ingin bertemu dengan anaknya Koperal Sirul Azhar Umar akhirnya tercapai.
Piah bersama rombongan misi 'See For (C4) Yourself' tiba di Pusat Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.
Pegawai yang mengiringi misi tersebut memberitahu Harakahdaily melalui WhatsApp hanya suasana sayu dan hiba itu yang boleh digambarkan ketika melihat pertemuan antara Sirul dan ibunya termasuk adik perempuan beliau, Noriatin Umar, 37.
"Gembira itu yang digambarkan oleh Piah, pertemuan hampir 2 jam itu digunakan sepenuh masa oleh Sirul sekeluarga untuk melepaskan rindu.
"Kami yang melihat turut sebak ketika seorang anak berada dalam dakapan ibu yang terpisah beribu kilometer dari tanah kelahirannya.
"Misi pertemuan lebih kepada misi kemanusiaan, pertemuan seorang anak dengan ahli keluarga dan tiada maksud lain," katanya.
Sementara itu, Piah ketika ditanya berasa gembira dan lega setelah hasrat untuk bertemu dengan anaknya akhirnya tertunai.
"Lega dan gembira dapat bertemu Sirul, kalau sebelum ini makcik tak tahu keadaan dia di sini.
"Tetapi setelah lihat dia dalam keadaan sihat hilang kerisauan makcik, harap beliau dapat jaga diri baik-baik.
"Makcik tetap risaukan masa depan dia, sebagai ibu makcik hanya mampu berdoa agar Sirul dilindungi selalu," katanya.

Sirul anak yang baik, kata ibu

Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015. 
Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.

 Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, menyifatkan anaknya yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu ialah seorang yang baik,  lapor Harakah Daily.
Katanya, anaknya yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu itu tidak pernah menceritakan apa yang terjadi padanya sehinggalah beliau ditangkap pada 2006.
"Sirul ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi. Dia tak ada cerita apa pun kat makcik sehinggalah dia ditangkap.

"Cuma sebelum dia ditangkap, dia ada balik kampung dan ziarah saudara-mara minta maaf," kata Piah, 72, kepada akhbar rasmi PAS itu di Australia ketika bersama rombongan misi khas 'See For (C4) Yourself' anjuran PAS itu. Piah yang ditemani adik perempuan Sirul, Noriatin, 37, dalam misi kemanusiaan itu disambut media Australia setibanya di Sydney pada 2 Mac jam 11.30 pagi waktu tempatan.
Beliau tidak lupa membawakan makanan kegemaran anaknya, yang difahamkan berlepas ke Australia Oktober tahun lepas, sambal bilis dan rendang limpa.
Bagaimanapun, Piah terpaksa akur dengan undang-undang negara itu yang tidak membenarkan rendang limpa dibawa keluar dari lapangan terbangnya.
"Tak apalah, dah tak dapat bawa keluar, Sirul suka sangat rendang limpa ini. Nanti kita masak yang lain pula.
"Dapat bagi sambal ikan bilis ini pun dah elok sangat," katanya.

Azilah, Sirul tidak cabar saman RM100 juta bapa Altantuya, kata peguam

Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar tidak akan bertindak balas terhadap saman RM100 juta yang difailkan oleh bapa Altantuya Shaariibuu (gambar). – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015. 
Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar tidak akan bertindak balas terhadap saman RM100 juta yang difailkan oleh bapa Altantuya Shaariibuu (gambar). – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.

Bekas komando polis Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak akan bertindak balas terhadap saman RM100 juta yang difailkan bapa mangsa.
Peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah, dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul, semasa perbicaraan jenayah, berkata mereka masih belum menerima sebarang arahan daripada mereka berdua berhubung saman sivil itu.
"Saya menulis surat kepada firma guaman (Karpal & Co) memaklumkan mereka yang saya tidak menerima arahan untuk bertindak bagi pihak Azilah," kata Hazman.

Kamarul memberikan jawapan yang sama apabila ditanya sama ada beliau akan membela diri dalam saman yang difailkan bapa Altantuya, Setev Shaariibuu. Azilah kini dikurung bersendirian di penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan mereka.
Sirul berlepas ke Australia sebelum mahkamah tertinggi itu menyampaikan keputusan akhir tetapi ditangkap di Queensland pada 20 Januari dan kini ditahan di Pusat Imigresen Villawood di Sydney susulan amaran merah dikeluarkan Interpol terhadapnya.
Sementara itu, peguam Ramkarpal yang mewakili Setev berkata, mendapatkan penghakiman ingkar ialah satu pilihan yang ada pada anak guamnya.
Setev memfailkan saman itu pada 2007, setahun selepas anak perempuannya yang ketika itu berusia 28 tahun, dibunuh.
Kedua-dua anggota polis tidak membela diri, tidak seperti kerajaan Malaysia dan kekasih Altantuya, Abdul Razak Baginda.

Keluarga gembira dapat jumpa Sirul


Misi 'C4 your self' berjaya kata Mahfuz


Syukur NEGARA MASIH AMAN..


W'pun semalam ada 4 kes tembakan dalam SEHARI..

TAHUKAH ANDA.. Malaysia berada di ranking TOP-15 di dunia & JUARA di Asia Tenggara dlm "Indeks Jenayah Seluruh Negara bagi tahun 2015".

PKR anjur protes jika Anwar tak dibenar ke Parlimen – Rafizi


Tinggal tiga hari sebelum pembukaan sesi pertama sidang Parlimen bagi tahun ini pada Isnin, PKR hari ini seolah-olah mengancam untuk mengadakan protes jika Ketua Umumnya yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan menghadiri persidangan.
Tindakan protes itu akan diambil selain daripada memfailkan notis bantahan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.
Bentuk tindakan protes itu akan didedahkan kepada umum pada minggu hadapan oleh Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul, kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
“Memang sudah ada cadangan khusus tetapi biarlah Johari sendiri yang umumkan bentuk tindakan yang akan diambil.
“Keputusan untuk mengadakan protes itu telah dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Rakyat sebelum pengampunan diraja dipohon oleh keluarga Anwar,” katanya lagi.
Johari semalam berkata, PKR telah mengemukakan permohonan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen bermula Isnin depan atas alasan teknikal bahawa Anwar masih anggota Parlimen PKR Permatang Pauh memandangkan proses petisyen pengampunan diraja belum diselesaikan.

Hanya sambal ikan bilis ibu dibenarkan untuk Sirul

Rendang limpa tidak dibenarkan dibawa keluar dari lapangan terbang

PETALING JAYA: Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 74, terpaksa akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Australia iaitu tidak membenarkan rendang limpa dibawa keluar dari lapangan terbang, lapor Harakah daily.
sirul mumWalaubagaimanapun, sambal ikan bilis yang dibawanya pula dibenarkan dibawa masuk ke negara yang terkenal dengan haiwan Kanggaru itu.
“Tak mengapa tak dapat bawa keluarpun, Sirul memang suka rendang limpa. Kita akan masak yang lain, saya gembira dapat bagi sambal bilis pada Sirul,” katanya memetik apa yang dikatakan oleh salah seroang ahli ‘See For (C4) Yourself’ melalui aplikasi Whatsapp kepada Harakah Daily.
Dia yang tiba di Sydney pada jam 11.30 pagi waktu tempatan pada 2 Mac (semalam) terus diserbu oleh media di negara tersebut.
Piah turut menyatakan bahawa anaknya yang juga bekas anggota polis dari Unit Tindak Khas (UTK) itu merupakan seorang anak yang baik.
“Sirul ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi, dia tidak ada cerita apa-apa pun dekat makcik sehinggalah dia ditangkap. Cuma sebelum dia ditangkap, dia ada balik kampung dan ziarah saudara-mara minta maaf,” ujarnya.

Peguam: Ketua Pengarah Penjara ada kuasa benar Anwar ke Parlimen

SHAH ALAM, 3 MAC: Keputusan akhir bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke sidang parlimen minggu depan terletak pada kuasa Menteri Dalam Negeri.
Dalam kenyataan bersama, Peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya memaklumkan berdasarkan undang-undang, Seksyen 31 Akta Penjara 1995 memperuntukkan Ketua Pengarah (Jabatan Penjara) mempunyai kuasa mengarahkan individu dipenjara boleh dibawa ke tempat difikirkan munasabah.
Katanya, pihaknya menghantar surat kepada Datuk Seri Zahid Hamidi pada 25 Februari, namun beliau memilih untuk bertindak balas melalui media.
“Kenyataan Zahid mengejutkan, tidak boleh difahami dan bercanggah dengan Akta Penjara 1995.
“Ia bukan tanggungjawab atau bidang kuasa Yang di-Pertua, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan untuk membawa Anwar dari penjara ke Parlimen.
Katanya, hanya Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa undang-undang untuk melepaskan Anwar untuk menghadiri Parlimen.
“Seksyen 31 Akta Penjara 1995 mengatakan Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengarahkan orang menjalani hukuman penjara diambil ke mana-mana tempat jika terdapat alasan munasabah.
“Ketua Pengarah Penjara adalah di bawah kawalan dan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam kenyataan itu.

Harga tidak turun kerana nilai ringgit jatuh - Rafizi

DALAM keresahan orang ramai dan pengguna yang tertekan dengan harga barang yang tinggi, sehingga sekarang menteri dan kementerian yang terbabit tidak memberi jawapan yang empirikal apakah punca-punca kenaikan harga barang ini. Penurunan harga minyak bagi tempoh dua bulan iaitu Januari hingga Februari 2015 pun gagal diterjemahkan kepada penurunan harga barang.

Setakat ini, satu-satunya alasan yang diberikan oleh menteri ialah menuduh peniaga Cina memanipulasi harga dengan tidak menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun.

Saya menunggu sehingga laporan Indeks Harga Pengeluar (atau “Producer Price Index”) bagi bulan Januari 2015 dikeluarkan dahulu oleh Jabatan Statistik sebelum membuat komen terperinci mengenai perkara ini. Indeks Harga Pengeluar mengukur perubahan harga barang berasaskan harga yang dijual oleh kilang. Ia penting untuk memantau sama ada harga dari kilang benar-benar tidak turun seperti yang didakwa oleh menteri terbabit.

Saya merujuk rumusan ringkas laporan Indeks Harga Pengeluar bagi Januari 2015 yang baru dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada 27 Februari 2015 (Jumaat lalu). Laporan bagi Januari 2015 ini adalah penting kerana ini adalah bulan pertama yang mana harga minyak diturunkan.

Fakta-fakta berikut adalah penting:

1. Pada akhir Januari 2015, Indeks Harga Pengeluar menunjukkan bahawa harga dari kilang bagi barang-barang yang dikilang di Malaysia telah menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding Disember 2014. Jika dibandingkan dengan harga pada Januari 2014 (setahun lalu), harga barang-barang yang dikilang di Malaysia telah turun sebanyak 7 peratus.

Mujahid: Kembali jadi 'PAS untuk Semua'

Ketika cakap-cakap tentang “perpaduan Melayu” dan kerjasama PAS dengan Umno, muncul persoalan sama ada slogan “PAS untuk Semua” masih diguna pakai.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu harus diingatkan untuk mempromosi agenda seluruh rakyat Malaysia jika mahu mengekalkan slogan bagi mendekati golongan bukan Islam itu.

Katanya, 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan PAS adalah mempromosi agenda pelbagai budaya, pelbagai agama dan pelbagai kaum.

Hanya dua, kata ketua biro perpaduan kaum PAS itu lagi, berkaitan perjuangan dan perpaduan Islam.

“Malah dalam dua perkara itu juga, terdapat peringatan supaya tidak lupa membentuk perhubungan rapat dengan semua masyarakat,” kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Katanya, walaupun semua ini disebut dalam perlembagaan, mereka bertindak bercanggah dengan inisiatif itu.

“Saya hendak berita anggota PAS, kembalilah kepada semangat perlembagaan (PAS),” kata anggota Parlimen Parit Buntar itu.

Forum Lucah Pemuda Umno: Enggan debat Rafizi, Khairy dituduh 'bacul'

Setiausaha agung PKR menyifatkan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin seorang yang "bacul" selepas enggan berdebat dengannya berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli berkata isu debat antara kedua-duanya tidak berbangkit lagi kerana beliau sudah menunjukkan bahawa menteri itu seorang yang bacul.

"Saya hanya mahu tunjukkan kepada semua jenis manusia yang bagaimana memimpin Umno sekarang," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.

"Beliau kini berada di Amerika Syarikat, mungkin sedang berdebat dengan kanak-kanak lelaki di sana."

Demo pro-Anwar bertegas himpun di Sogo

Penganjur himpunan #KitaLawan yang bakal berlangsung Sabtu ini menegaskan untuk tetap berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

Bagaimanapun polis juga berkeras tidak membenarkan perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar itu diadakan di tengah ibu kota.

Penyelaras himpunan itu Fariz Musa berkata polis tiada hak menentukan tempat himpunan itu akan berlangsung.

"Itu hak kami, bukan hak mereka (polis) untuk tentukan.

"Keputusan kita buat hari itu masih kekal iaitu berhimpun di Sogo," kata Fariz kepada Malaysiakini.

Beliau turut memberi jaminan yang himpunan itu akan berlangsung dengan aman.

Himpunan 7 Mac menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Himpunan #KitaLawan: 3 lokasi berkumpul sebelum ke Sogo

SOGO 307KUALA LUMPUR 3 MAC: Peserta Himpunan #KitaLawan diminta berkumpul di salah satu daripada tiga lokasi yang ditetapkan pada 3 petang, Sabtu ini sebelum berarak ke Sogo.
Lokasi tersebut adalah Pasar Seni, Masjid Jamek dan bangunan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
“Seterusnya, pimpinan akan mengetuai kumpulan dari tempat berkumpul menuju ke Sogo,” kata Sekretariat #KitaLawan dalam kenyataan.
Kata mereka, ini bagi melancarkan pergerakan peserta himpunan.
Menurut sekretariat itu lagi, peserta juga digalakkan memakai tema hitam.
“Petugas keselamatan Unit Amal dan Skuad AMK (Angkatan Muda KEADILAN), kecemasan (medic team) dan peguam (urgent arrest) turut akan diaktifkan,” katanya.
Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui Facebook: https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial dan Twitter @KitaLawan_my.

Mahu Najib undur kerana gagal laksana PRU bersih, bebas & adil

KUALA LUMPUR 3 MAC: Himpunan kemuncak #KitaLawan Sabtu ini antara lain menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur ekoran kegagalannya memastikan pilihan raya bersih dan adil.
PRU“Saya mahu Najib Razak undur kerana gagal melaksanakan PRU bersih, bebas da adil.
“(Ayuh) #Kita Lawan – Sogo, Sabtu, 4 petang,” tulis tuntutan yang dikongsikan dalam Facebook rasmi #Kita Lawan.
Terdahulu, Sekretariat #KitaLawan dalam kenyataan mengajak rakyat Malaysia mengambil langkah pertama untuk memperbetulkan hala tuju masa depan negara dengan bersama-sama menyertai anak muda untuk turun beramai-ramai pada 7 Mac ini bagi mendesak Perdana Menteri meletak jawatan dengan segera.
“Kami percaya terdapat banyak lagi bukti-bukti kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jika dibiarkan, lebih banyak lagi kerosakan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” kata sekretariat itu lagi.

Kita tahu siapa menyebabkan Melayu jadi begini...

KUALA LUMPUR: UMNO diberi kuasa sejak merdeka hingga kini. Sudah lebih setengah abad. Sejak zaman Perikatan hingga zaman Barisan Nasional. Dari dulu dan kini kesemua Perdana Menterinya Melayu. Sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak, semuanya Melayu. Tetapi pencapaian orang Melayu dalam banyak sektor masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan.

“Setiap kali saya round kampung-kampung Melayu dalam daerah Raub, saya akan menemui cerita sedih. Dari Ulu Semantan, Gesing, Cheroh, Ulu Lepar, Batu Malim, Ulu Sungai, Ulu dong, Pamah Rawas, Pamah Kulat, Tanjung Putus, Ulu Lepar, Gali, Sega, Ulu Atok, Kuala Atok, Chenua, masaalahnya sama - janji kerajaan dan nikmat syurga-loka hasil pemerintahan kerajaan Melayu tidak kesampaian.” Ulas Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz atau dikenali juga sebagai Sakmongkol AK47 dalam blognya sakmongkol.blogspot.com hari ini.

Komen ini dibuat sebagai mengulas janji bulan bintang Najib dalam perhimpunan Melayu beberapa hari lalu.

“Ini kerajaan Melayu, kulit sawo matang, beragama Islam. Pengalaman saya satu penggal bersama kerajaan menyedarkan saya bahawa segala peruntukan yang diterjemahkan dalam bentuk projek dan program - semua nya 100% akan dicukai sebahagiannya oleh pembuat polisi dan pelaksana projek dan program. Itulah punca asas sekali mengapa polisi memajukan Melayu gagal.

Mat Sabu, Hatta tunggu surat siasatan PAS


Dua pemimpin kanan PAS termasuk timbalan presidennya Mohamad Sabu masih menunggu surat arahan memberikan keterangan berhubung dakwaan menggerakkan usaha menjatuhkan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

Pembantu peribadi Mohamad, Tajuddin Othman berkata, pihaknya masih belum menerima surat tersebut dan hanya mengetahui perkara itu melalui media.

“Surat masih belum dapat, keluar dalam berita (sahaja),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tajudin juga menambah, Mohamad kini berada di luar negara dan akan pulang sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Chempaka pada 10 Mac.

Sinar Harian melaporkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (kiri) sebagai akan memanggil dua pemimpin kanan itu dalam masa terdekat.

Mohamad dinamakan antara pihak dalam PAS yang didakwa mahu menjatuhkan Hadi selain tiga lagi pemimpin parti itu yang diketuai oleh Pengarah pilihan raya PAS Hatta Ramli.

Dakwaan itu dibuat secara terbuka pertama kali oleh Pemuda PAS Kuantan melalui demonstrasi di hadapan pejabat agung PAS bulan lalu.

Bahaya Apabila PM Hilang Jalan Cerita

Oleh A Kadir Jasin
PEMBAHAS “berasiam” dalam komen kepada tampalan bertajuk “A Cabinet Snub For 1MDB?” antara lain, berkata:

“Nampaknya telah disebut secara jelas siapa yang membiayai pengajian anak-anak almarhumTun Abdul Razak. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bahawa arwah Tan Sri Mohamed Noah (Beirut) sebagai datuk (sebelah ibu) kepada merekalah yang menanggung semuanya. Disebut juga kaitannya dengan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Genting.

Beliau menambah: “....telah beberapa kali juga jasa baik DAKJ dipohon untuk mengulas mengenai yayasan berkenaan sebelum isu pewarisan ini menjadi hangat. Sebagai orang lama yang terlibat dalam kewartawanan DAKJ pasti mempunyai maklumat lebih banyak mengenai yayasan berkenaan. Dedah fakta takkan nak kena saman kot. Kalau saman pun gerenti yang kena saman tidak kalah. Boleh kan.”

Terima kasih. Selain “berasiam”, beberapa orang pembahas lain turut menyebut mengenai (Tan Sri) Mohamad Noah Omar. Sebagai jawapan, sila 
pertimbangkan hujah dan fakta berikut:

1. Siapa yang membiayai pendidikan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak bukanlah isunya. Tidak ada siapa pun yang bertanya atau mempersoalkan pembiayaan pendidikan Mohd Najib.

2. Yang menjadi isu dan pertikaian ialah dakwaan mengenai gaya hidup mewah yang dipamerkan oleh Mohd Najib, isterinya (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz – anak Rosmah dengan suami pertamanya.

3. Turut dipersoalkan ialah hubungan mereka bertiga  dengan orang misteri Jho Taek Low dan dakwaan hubungan sulit Jho Low dengan 1Malaysia Development Berhad seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Times pada 8 Feb lalu.

4. Antara lain, NYT memetik seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai berkata  “…neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.” (“…sama ada mana-mana wang yang digunakan untuk perjalanan atau barang kemas, atau dakwaan kandungan mana-mana peti besi adalah tidak luar biasa bagi mana-mana orang yang sama kedudukan dengan perdana menteri, tanggungjawab dan harta peninggalan keluarga.”

5. Media masa bebas dan atas lain terperanjat dengan kenyataan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa bapa beliau, Allahyarham (Tun) Abdul Razak Hussein, meninggalkan harta pusaka yang banyak.

6. Empat orang adik beradik Mohd Najib - (Datuk) Johari, (Datuk) Nizam, (Datuk) Nazim and (Datuk Seri) Nazir -mengeluarkan kenyataan pada 24 Feb menyesali hujah Pejabat Perdana Menteri itu. Mereka berkata: “Kami amat bimbang yang beberapa berita dan tampalan sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan spekulasi mengenai bentuk dan jumlah harta yang ayahanda kami, Tun Abdul Razak, tinggalkan.

"Kami ingin menyatakan secara bertulis bahawa Tun Abdul Razak adalah seorang yang sangat berprinsip dan dikenali oleh semua orang yang akrab dengan beliau sebagai sangat berjimat cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau kesimpulan yang bercanggah dengannya adalah bohong dan menyeleweng daripada memori, sumbangan beliau serta pengorbanan beliau kepada negara.

'Jika bukan bapa, dari mana kekayaan itu, PM'

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyokong adik beradiknya bahawa bapa mereka Tun Razak Hussein berjimat dan hidup sederhana, mengundang persoalan lain.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kenyataan perdana menteri di Utusan Malaysia dan Berita Harian itu menjadi penolakan halus terhadap penjelasan pejabatnya sendiri bahawa ia berpunca daripada harta pusaka.

“Dari mana sebenarnya semua wang ini datang?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Pua (kanan) membangkitkan laporan New York Times bahawa keluarga Najib berbelanja untuk mendapatkan aset di peringkat global yang bernilai jutaan ringgit, walaupun pendapatannya hanya RM350,000 setahun.

Beliau mahu Najib menjelaskan perkara itu kerana beliau hanya pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri kabinet (1986-2004), timbalan perdana menteri (2004-2009) dan perdana menteri (2009-kini).

“Saya yakin perdana menteri akan setuju dengan saya bahawa kurangnya ketelusan dan pendedahan berhubung kekayaan tersembunyi dan kabur hanya menggalakkan spekulasi tidak sihat berhubung punca kekayaan besar keluarganya,” katanya.

‘Ustaz Haraki’, terimalah cabaran debat

Oleh Abd Shukur Harun
Belum pernah seingat saya, terjadi krisis setajam ini di dalam PAS sepanjang 63 tahun penubuhannya, sehingga telah muncul pelbagai tuduhan seperti sesat, barua, songsang, liberal dan pelbagai kata-kata kesat yang sangat tidak elok disebutkan.
Ini menggambarkan bahawa tahap krisis di dalam PAS ini sudah sampai ke peringkat parah di mana Umno/BN – musuh politik PAS selama ini – mendapat "keuntungan politik" daripada krisis dalaman PAS ini.

Krisis ini telah bertambah marak dalam program Multaqa Ulama baru-baru ini, iaitu apabila tercetus serangan bertubi-tubi dari yang menggelar dirinya "Ustaz Haraki" terhadap golongan yang bukan ustaz, khususnya golongan profesional. Mereka melancarkan pelbagai tuduhan, persepsi yang salah, melemparkan kata-kata kesat yang tidak disebut mereka yang bergelar ustaz, tetapi telah keluar dengan bebasnya dari mulut "Ustaz Haraki". Mereka menuduh kononnya beberapa pimpinan PAS di peringkat pusat bersekongkol menjatuhkan presiden PAS.
Ada pula yang berdemonstrasi di depan pejabat agung mempertahankan presiden. Hampir setiap hari isu ini dipaparkan di pelbagai media di mana "Ustaz Haraki" silih berganti membuat kenyataan, walaupun kenyataan mereka itu sangat merosakkan imej PAS sendiri.
Apakah sebenarnya yang telah terjadi di dalam PAS? Ramai yang bertanya.
Krisis ini sukar reda, malah terus membara. Kita masih ingat apa yang berlaku dalam Muktamar Pemuda dan muktamar penuh PAS yang lalu di Johor, iaitu pemuda berjeket hitam bertulis "Kami menyokong Presiden" keluar beramai-ramai ketika timbalan presiden, Mohamad Sabu berucap di Muktamar Pemuda.
Bukan itu sahaja, bahkan ada doa panjang mencaci pemimpin tertentu PAS yang dibencinya, di samping sorakan "boo" kepada pemimpin yang tidak disukainya.
Tiada jaminan kekecohan seperti ini tidak akan berlaku lagi dalam muktamar PAS Jun ini.
Semua ini sangat memalukan, sesuatu yang tidak pernah berlaku di zaman kepimpinan Yusuf Rawa dan Ustaz Fadhil Mohd Noor.

NFCorp: Rafizi Ramli akan dipanggil beri keterangan

Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Saman itu difailkan Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution berhubung pembelian 8 unit hartanah di KL Eco City, Bangsar. Peguam Syed Ismat Syed Muhammad, yang mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp, ketika ditemui pemberita berkata selain Rafizi, Mohamad Salleh dan Nurul Izzah, yang selesai memberi keterangan pada 5 dan 7 Januari lepas, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam kes saman itu. 

Syed Ismat berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng turut menetapkan 15 April untuk pengurusan kes ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri peguam Joshua Kevin yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin selaku defendan.

Pada 4 Februari lepas, Hue membenarkan permohonan Mohamad Salleh untuk meminda jawapan kepada pernyataan pembelaan kedua-dua defendan dengan memasukkan butiran berniat jahat dalam kes saman fitnah itu.

BNM perlu dedahkan laporan audit 1MDB - Rafizi

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) diminta mendedahkan laporan audit pematuhan (compliance audit) ke atas semua bank tempatan yang memberi pinjaman kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia dilihat memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen dan orang ramai untuk menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB memberi risiko kepada kestabilan sektor perbankan negara.

"Pada 29 Januari 2015 lalu, Ambank Group Berhad (AMMB) mengumumkan secara mengejut peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ashok Ramamurthy.

Beliau diumumkan akan kembali ke Australia and New Zealand Banking Group (ANZ) iaitu pemegang saham terbesar dalam AMMB.

"Saya dibekalkan dengan maklumat dalaman bahawa selain daripada Ashok Ramamurthy, dua orang lagi pegawai kanan Ambank juga telah meletakkan jawatan bersama-sama beliau.

"Berita pertukaran mengejut kepimpinan di Ambank ini berlalu dengan senyap tanpa mendapat perhatian media dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi memberitahu, dia dimaklumkan bahawa keputusan untuk menukar CEO oleh pengurusan AMMB itu bersabit dengan satu hutang berjumlah RM2 bilion yang diberikan kepada 1MDB bagi projek harta tanah Bandar Malaysia yang diusahakan oleh syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan ini.

Mesyuarat Umno bukan solidariti untuk Najib, kata Shafie

DAP gesa SPRM siasat 'pusaka' Najib


PKR: Pinjaman 1MDB punca CEO Ambank undur


Shafie Apdal membisu kabinet tolak suntikan RM3b bagi 1MDB


5 sebab Anwar wajib ke Parlimen

ParlimenDua minggu selepas Anwar Ibrahim berada di Sungai Buloh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong (YDPA).
Tindakan Kak Wan dilihat sebagai langkah yang sangat signifikan dan telah menyelamatkan Anwar daripada dilucutkan hak sebagai Ahli Parlimen mengikut Perkara 44 (4) c Perlembagaan Persekutuan.
Sekarang, kedudukannya sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan. Ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengisytiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan. Justeru, tidak timbul soal pilihanraya kecil di Permatang Pauh buat masa ini.
Masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang. Namun, ramai yang berpendapat Anwar wajib dibenarkan hadir. Ada 5 sebab besar untuk itu.
Wakil rakyat sah dipilih rakyat
Dalam PRU ke-13 yang lepas, Anwar menang besar dengan meraih 37,090 undi menewaskan pencabar tedekatnya daripada Barisan Nasional dengan majoriti 11,721 undi. Pengundi Permatang Pauh telah membuat pilihan yang jelas bagi mendapatkan khidmat Anwar sebagai wakil mereka di Parlimen. Dan adalah sangat tidak wajar jika hak pengundi-pengundi ini dinafikan.
Sekalipun Anwar dihukum, hukuman itu harus berhenti setakat Anwar dan tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah. Biarpun beliau kini seorang banduan, Anwar masih seorang Ahli Parlimen. Justeru, setidak-tidaknya beliau perlu dibenar hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawabnya dan selepas beliau boleh dihantar semula kepenjara.
Tiada pengumuman kekosongan
Tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Secara tidak langsung, ini mengesahkan Anwar masih Ahli Parlimen dan oleh itu berhak hadir semasa parlimen bersidang.
Anwar perlu jalan tugas Ketua Pembangkang
Anwar bukan sahaja seorang Ahli Parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur Parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia. Ketua Pembangkang berperanan dalam menentukan ‘check and balance’ dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat Anwar untuk hadir samalah seperti mencacatkan struktur Parlimen.
Tiada peruntukan yang menidakkan

Siapakah Kambing Yang Bakal Dicat Hitam Dalam Isu 1MDB?

Pendedahan demi pendedahan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang kini sudah menjadi tajuk berita antarabangsa semakin menunjukkan kemungkinan ianya bertukar menjadi skandal kewangan terbesar dalam era Najib Razak.

Bermula dengan hutangnya yang tinggi, pelaburan yang diragui dan simpanan di Pulau Cayman yang tidak pasti, 1MDB kini memasuki episod pendedahan bagaimana wangnya didakwa dilarikan untuk kepentingan peribadi.

Selain itu, bagaimana hutang 1MDB  berjumlah RM2 bilion daripada dua bank tempatan dikatakan turut dibayar oleh  bilionaire terkemuka, Ananda Krishnan dan cubaan pinjaman tambahan RM3 bilion daripada kerajaan juga ditolak kabinet kerana ramai menteri tidak menyetujuinya, menambah-parahkan lagi imej dan persepsi awam terhadap syarikat anak emas Perdana Menteri itu.

Secara langsung ia mengesahkan bahawa kecaman bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengenai syarikat itu ada benarnya. Ramai juga ketika ini yang bersetuju dengan Mahathir bahawa "tiada 1MDB pun tak apa".

Walaupun dalam banyak urusniaga, pelaburan dan kecurangan yang menjadi isu dalam 1MDB, nama Jho Low sering dikaitkan, tetapi kaitannya dengan Najib tentu saja sukar dielakkan kerana ahli perniagaan playboy yang mengamalkan gaya kehidupan rambu-ramba di Hollywood itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Riza Aziz, anak lelaki Rosmah Mansor.

Selain Jho Low dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri melalui Riza, Najib sendiri dilaporkan beberapa kali bertemu dengannya di luar negara, termasuk ketika bercuti di Eropah tahun lalu.

Dengan pendedahan terbaru yang semakin menyentap hati rakyat berkaitan dakwaan RM2.5 bilion wang 1MDB cuba dilarikan oleh Jho Low dalam urusniaga dengan PetroSaudi beserta pelbagai bukti komunikasi yang disertakan,  tuntutan agar kebenaran diperjelaskan kepada umum, termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja semakin kuat bergema sekarang ini.

CEO Ambank undur kerana pinjaman 1MDB

Bank Negara menemui ketidakaturan dalam pinjaman RM2 bilion Ambank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Dakwanya, isu itu membawa kepada pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Ashok Ramamurthy dan dua lagi pegawai atasan bank itu.

Memetik pembocor maklumat, Rafizi berkata pengunduran itu berlaku selepas Bank Negara menjalankan audit pematuhan pada Ambank dan menemui ketidakaturan itu.

“Berita berhubung pertukaran kepimpinan Ambank berlalu senyap tanpa perhatian media dan orang awam,” kata Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

Pinjaman itu dikatakan untuk projek pembangunan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas daripada Ambank dan Bank Negara berhubung dakwaan itu.

Harta Pusaka: DAP minta Najib jelaskan kekayaan luar biasa

Dari mana sebenarnya semua wang itu, tanya DAP kepada Datuk Seri Najib Razak hari ini selepas perdana menteri menafikan kekayaannya datang daripada peninggalan harta keluarga seperti penjelasan awal unit komunikasinya.
 Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, soalannya itu - meminta Najib menerangkan sumber kekayaan keluarganya yang berjumlah ratusan juta ringgit - sesuatu yang mendesak susulan pendedahan artikel New York Times (NYT) bulan lalu berhubung 'kekayaan luar biasa' keluarga terdekat perdana menteri.

"Saya yakin perdana menteri setuju dengan saya yang tiadanya ketelusan dan dengan pendedahan dibuat mengenai kekayaan tersembunyi dan tidak begitu tersembunyi milik keluarganya, hanya akan menggalakkan banyak spekulasi tidak sihat tentang asal usul kekayaan luar biasa keluarganya," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Kekayaan perdana menteri menjadi tumpuan pada tahun-tahun kebelakangan ini selepas anak tirinya Riza Aziz melibatkan diri dalam dunia perfileman Hollywood dan menjadi penerbit bersama bagi filem Wolf of Wall Street, dibintangi pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.
Riza menjadi perhatian apabila membeli beberapa hartanah walaupun sebelum ini hanya seorang pegawai rendah di sebuah bank di London.

Pua berkata, berikutan pendedahan itu, Pejabat Perdana Menteri memberi respons kepada laporan NYT itu mengatakan: 'tidak ada sebarang wang dibelanjakan untuk berjalan, atau barang kemas yang dibeli, atau dakwaan kandungan peti besi, yang pelik bagi seseorang yang berada pada kedudukan, tanggungjawab dan warisan aset keluarga perdana menteri'.

GERAMM: Kempen gaji wartawan RTM, BTV malam ini

Kumpulan aktivis media bebas melancarkan kempen maya setiakwan bersama wartawan RTM dan Bernama TV (BTV) yang menghadapi masalah pembayaran gaji mulai malam ini.

Kempen Gerakan Media Marah (GERAMM) itu akan dijalankan jam 9 malam ini dan 12 tengah hari esok supaya mendapat perhatian mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Justeru, GERAMM ingin menyeru semua penggiat media untuk turut menyokong kempen 'Solidariti Media Untuk Media' bagi menunjukkan solidariti dan keprihatinan terhadap nasib dan kebajikan rakan-rakan media terbabit serta memperkasakan organisasi media berkenaan untuk jangka masa panjang.
 

Selepas Johor, Melaka pula tawar hartanah kepada Singapura


Kejatuhan ringgit, projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura dan pengenalan beberapa langkah meredakan industri hartanah Singapura menyebabkan pemaju-pemaju Malaysia di luar Johor Bharu turut mengintai peluang untuk memikat pelabur daripada republik itu.
Terbaharu, pemaju pembangunan bercampur di Melaka cuba memikat pelabur-pelabur daripada Singapura.
Dengan lebihan bekalan hartanah di Malaysia, penganalisis menjangkakan para pemaju akan terus memperolehi pelaburan daripada negara di seberang tambak itu.
Menawarkan projek merangkumi taman tema seluas 500,000 kaki persegi, pusat membeli-belah dan tiga buah hotel, Hatten Group berjaya mencairkan hati rakyat Singapura.
Biarpun hanya mengadakan dua 'roadshow' sahaja, Hatten Group mampu menarik lebih 60 rakyat Singapura untuk membeli kedai dan suite hotel di Harbour City@Pulau Melaka.
Kedai-kedai tersebut berharga di antara RM150,000 sehingga RM3.7 juta sementara suite hotel berharga di antara RM270,000 sehingga RM1.2 juta.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah ditembak


Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.
Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.
Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.
Beliau berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik.
- BERNAMA

Forum Lucah: Sesi penerangan pemuda Umno dibuat tertutup


Jamawi Jaafar 


SHAH ALAM - Pemuda Umno akan tetap meneruskan sesi penerangan kes liwat II kepada orang ramai yang mahukan penjelasan lanjut secara tertutup tanpa publisiti.

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, siri jelajah seluruh negara yang diadakan secara besar-besaran di Kelana Jaya dan Permatang Pauh itu merupakan sesi terakhir yang diadakan secara terbuka.

Menurutnya, jentera Pemuda Umno akan bergerak memberi penjelasan kepada mana-mana pihak yang mahukan penjelasan hanya dalam skala kecil.

"Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim di luar.

"Tapi kita buat secara dalaman program penerangan ini untuk memberi kefahaman termasuk kepada ahli-ahli dan semua jentera penerangan Pemuda Umno," katanya kepada Sinar Online.

Bulan lalu, siri jelajah yang berlangsung di Permatang Pauh kecoh apabila penyokong BN dan pembangkang bertikam lidah, menjerit dan maki-hamun antara satu sama lain di luar pekarangan Politeknik Seberang Perai.

Belasungkawa Tuan Guru Nik Aziz | Astro Oasis