Isnin, 2 Mac 2015

ONLY IN MALAYSIA..


Hina ulama, hina & perlekeh Nabi dan kesucian agama Islam tiada seorang pon mahupun NGO's nak buat laporan polis, KENAPA ???

KERANA 'mereka' ini lebih takut kpd undang2 dunia & lebih mencari redha manusia drpd redha Allah...

Semuanya di tangan Umno

Asy Syabli

Usai Multaqa Ulama seMalaysia anjuran ulama PAS minggu lalu, banyak komentar diberikan. Ada yang positif, ada yang negatif, ada yang sinis, ada yang konstruktif dan tidak kurang juga yang destruktif.

Hal itu normal dalam kehidupan manusia moden yang diwarnai dengan keindahan pluralisme kehidupan, pemikiran dan politik. Tambah lagi, ia merupakan acara politik yang diwarnakan dengan terma agama, maka sudah pasti akan mengundang seribu satu reaksi. Apa yang penting, multaqa tersebut perlu dilihat dalam konteks politik semasa.

Ia berlangsung di dalam satu suasana yang begitu kondusif sebagai pencetus perubahan dan juga berpotensi menjadi 'game changer'. Kematian tokoh penyatu Pakatan Rakyat (PR), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tersumbatnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara, isu Altantuya yang timbul kembali dan juga konflik PAS-DAP berhubung isu hudud tidak boleh dinafikan menjadi pencorak kepada atmosfera multaqa tersebut.

Premis yang perlu dipersetujui, program berkenaan merupakan satu pengisytiharan manifestasi politik. JIka diamati, laungan agar PAS dan Umno bersatu di bawah payung BN bukan lagi satu klise ataupun laungan kosong.

Banjir mega, ataupun tsunami darat yang melanda Kelantan memperlihatkan riak ke arah perbincangan yang lebih intensif di kalangan ramai pihak. Perselisihan DAP-PAS berhubung isu hudud dan pilihan raya PBT menambahkan lagi kekeruhan hubungan di antara dua parti komponen PR.

Keadaan ini semakin menjadi mukadimah selanjutnya agar perbincangan mengenai usaha penyatuan Umno-PAS menjadi kenyataan. Resolusi multaqa sebenarnya mempunyai mesej politik yang sarat.

Selain menyatakan kesediaan PAS meninggalkan PR dan juga menyingkirkan mereka di dalam PAS yang berpotensi menghalang usaha berkenaan, multaqa itu juga membawa mesej besar golongan ulama muda PAS kepada Umno.

Mesej tersebut merupakan political bargain dan political challenge PAS kepada Umno menguji sejauh mana kejujuran mereka inginkan perpaduan atau penyatuan di antara dua parti Melayu terbesar itu.

Para ulama muda (baca selepas ini sebagai golongan multaqa) PAS dan seluruh pesertanya menekankan kepada umum PAS masih seperti dulu, tidak berubah dan jauh sekali ingin menjadi PAS yang baru seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

Pemilihan: Ketua Pemuda PAS sedia dicabar

Suhaizan Kayat
Menurut Suhaizan, beliau melihat pertandingan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai sesuatu perkara yang sihat dan akan mematangkan sayap parti tersebut.
KUALA LUMPUR, 2 Mac:
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menjelaskan beliau bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja yang akan bertanding menentangnya dalam pemilihan parti berkenaan pada Jun depan.
Menurut Suhaizan, beliau melihat pertandingan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai sesuatu perkara yang sihat dan akan mematangkan sayap parti tersebut.
“Saya tak boleh halang pencalonan daripada Pemuda PAS kawasan kerana mereka berhak untutk mencalonkan sesiapa jua pun dan saya hormat pencalonan daripada pemuda kawasan.
“Peluang saya untuk menang saya serahkan kepada para perwakilan yang matang untuk membuat keputusan,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita hari ini yang mengatakan jawatan Ketua Pemuda PAS yang kini dipegang Suhaizan Kayat bakal dicabar oleh Mohd Khalil yang merupakan anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Laporan berkenaan mengatakan Suhaizan dikatakan tidak disenangi dengan pendekatan ‘politik budiman’ yang dilihat lebih tunduk kepada Pakatan Rakyat (PR) selain kurang mempertahankan Presiden PAS apabila menerima serangan, lapor sumber yang dipetik Berita Harian.

Pemuda Pas tolak andaian Pas berpecah

SHAH ALAM –  Andaian Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang meramalkan perpecahan Pas selepas Muktamar Tahunan Pas 2015 disifatkan tidak benar dan agak keterlaluan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, masalah yang ada dalam parti tersebut hanya bersifat sementara dan bakal selesai tidak lama lagi.

“Pas tidak akan boleh berpecah… Masalah yang ada kini hanyalah serpihan sahaja.. Semua pihak perlu mengambil pendekatan bijaksana dalam menyelesai masalah yang ada sekarang.

“Jika kita teliti, perpecahan Pas sebelum ini tidak pernah berlaku walaupun pelbagai masalah dan krisis yang timbul.

Dr Mohd Zuhdi sebelum ini meramalkan perpecahan dalam Pas selepas berakhirnya muktamar tahunan yang akan berlangsung pada Jun depan.

Menurutnya seperti yang dipetik dari laporan akhbar Sinar Harian hari ini, beliau yakin perkara tersebut akan berlaku selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

'Nik Aziz tidak ajar saya hentam Umno' kata Nik Abduh

"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.

"Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."

Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.

Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN."

Semalam Nik Abduh dilaporkan mendedahkan wujudnya "barua" dalam parti itu yang lebih pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan ini dulu pernah "cuba memisahkan pemikiran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Nik Aziz".

Saya sedia jumpa PM di mahkamah, kata pengarah urusan Harakah

Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015. 
Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015.
Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob sedia berjumpa Datuk Seri Najib Razak di mahkamah berhubung tulisannya yang disiarkan Harakahdaily bulan lepas.
Jumaat lepas, akhbar milik Umno Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri menyaman portal tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita setuju untuk jumpa perdana menteri di mahkamah," kata Rosli kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi petang ini selepas beliau menerima surat saman Najib. Keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga ahli Parlimen Sepang, Sabtu lepas.
"Biarlah mahkamah yang membuat keputusan sama ada tulisan itu memfitnah beliau atau tidak," kata Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berhubung artikel bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" yang dikeluarkan lidah rasmi PAS itu pada 19 Februari.
Najib menyifatkan artikel Rosli itu, yang mempersoalkan sama ada Riza – anak kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor – mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

Beranikah Najib masuk mahkamah jika kes saman beliau terhadap Harakah diteruskan ???


Pemilihan Pas: Jaga emosi ketika kempen - Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR - Calon yang bertanding pada pemilihan Pas diminta menjaga emosi dan tidak melakukan perkara yang boleh memburukkan imej parti dalam kempen mereka, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Dr Dzulkefly Ahmad.
 
Beliau berkata, para perwakilan pula diharap membuat keputusan bijak dalam memilih barisan pimpinan baharu menjelang Muktamar Pas yang dijangka berlangsung awal Jun ini.
  
"Saya sebagai pimpinan Pas Pusat sangat positif bahawa perwakilan akan bijak membuat pemilihan kerana mereka menilai kami (jika dicalonkan) berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan kami, bukan hanya berdasarkan cakap-cakap," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pas di sini, hari ini.
 
Katanya, tumpuan utama kini adalah memperkukuhkan parti dengan barisan pimpinan baharu untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
  
Semua Pas bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini dan seterusnya membuat pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat bagi sesi 2015/2017.
 

Anak saya lebih selamat di Australia, kata ibu Sirul

Ibu kepada Sirul Azhar Umar hari ini merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Media Australia melaporkan Piah Samad sebagai berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," kata Piah, 72, yang turut ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar.

Sirul, yang kini ditahan pihak imigresen Australia di Sydney, sebelum ini memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau cuma menjalankan arahan "orang atasan" dalam pembunuhan Altantuya pada 2006. Sirul dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari.
Sebelum berlepas ke Australia semalam, Mahfuz berkata rombongannya merupakan misi kemanusiaan.
"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu  yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.
"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz.

Dr Zuhdi cadang pihak bertelagah dalam PAS berpisah, bentuk parti baharu

Pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan, pihak yang bertembung dalam parti Islam itu supaya berpisah secara baik dengan menubuhkan parti baharu kerana bukan semua perpecahan dan perceraian itu negatif.

Dalam tulisannya hari ini, Zuhdi berkata jika pihak yang bertelagah dalam PAS mahu terus bersama, ia juga tidak semestinya positif.

 "Saya melihat dari sudut lain yang lebih kreatif, penubuhan parti baru oleh PasMa adalah sebagai sebuah inovasi politik, meskipun natijahnya PAS akan berpecah dua," kata Zuhdi merujuk kepada Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa.

Zuhdi berkata beliau pernah menyebut perkara itu kepada presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, dan setiausahanya Taib Ahmad, sewaktu berwacana di Kedah. "Kedua mereka menyambut baik saranan saya supaya ada keberanian politik tersebut," katanya. Zuhdi berkata, kemungkinan kumpulan yang membentuk sebuah entiti politik baharu menjadi seumpama AK Party pimpinan Recep Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul di Turki. "Tidak mustahil mereka akan menguasai Putrajaya dan bukan PAS yang masih mengekalkan pegangan dan pendekatan yang asal.

"Boleh jadi inilah yang dinamakan sebagai inovasi politik, sehingga membenarkan apa yang disebut sebelum ini, perpecahan dan perceraian itu bukan semuanya negatif," kata Zuhdi yang sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila mencadangkan kerjasama antara PAS dengan Umno melalui perbincangan dalam kumpulan WhatsApp. Menurut Zuhdi, sejak 1998 apabila PAS menjadi begitu terbuka menerima ahli pelbagai latar belakang, sedikit demi sedikit situasi normal yang berlaku dalam PAS berubah menjadi "abnormal".

Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan kata Menteri KDN

PUTRAJAYA: Status permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat hanya akan diketahui selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berhubung petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau  menerima surat permohonan daripada peguam Anwar, S. Sivarasa mengenai perkara itu dan telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Sebagaimana yang diketahui, ia tertakluk kepada interpretasi perundangan tetapi yang lebih penting ialah Lembaga Pengampunan belum bersidang maka tentunya keputusan kita juga tertangguh.

"Lembaga Pengampunan hanya akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status permohonan Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Mac ini.

Saman Perdana Menteri Tidak Lagi Ditakuti, Tapi Dinanti-Nanti

Biasanya antara perkara yang paling ditakuti dalam kehidupan moden ini ialah tindakan saman oleh seseorang keatas kita berkaitan perbuatan, percakapan atau tulisan yang kita lakukan yang tidak menyenangkan dan dianggap fitnah.

Saman bukan saja boleh membuatkan kita terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak jika akhirnya kalah di mahkamah, bahkan juga kena memperuntukan duit yang bukan sedikit untuk mengupah peguam.

Jika tidak mampu membayar denda yang ditetapkan pula, kekalahan di mahkamah mungkin juga menyebabkan  kita diisytiharkan muflis dan tidak berharta lagi. Ada juga kes yang menyebabkan mereka yang kalah terpaksa merengkok di penjara kerananya.

Lebih ditakuti lagi jika yang mengemukakan saman itu ialah individu berpengaruh, dikenali ramai dan diketahui mempunyai wang yang banyak.

Kalau Perdana Menteri yang mahu mengemukakan saman itu, lagilah berganda ketakutan seseorang itu kerana ia bukan saja menjadikan potensi kalah lebih terbuka luas, gantirugi yang terpaksa dibayar juga tentulah besar jumlahnya.

Tetapi senario ini berbeza dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau seolah-olah langsung tidak ditakuti apabila beliau mengancam untuk menyaman dan membawa Harakahdaily serta Pengarah Urusannya, Dr Rosli Yaakob ke mahkamah, malah pihak lain turut tampil mencabar agar Najib menyamannya terlebih dahulu.

Dalam kes ancaman saman atau mahu disaman oleh Najib, sudahlah ia tidak digeruni, bahkan bagai ditunggu-tunggu pula kerana ia dianggap peluang terbaik untuk mendedahkan lebih banyak perkara lagi.

PKR mohon Anwar dibenar hadir sidang parlimen

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memohon membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Parlimen yang bermula Isnin depan.
Ketua Whip Anggota Parlimen PKR Datuk Johari Abdul berkata tindakan tersebut berpaksikan peruntukan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Malah Pandikar Amin juga telah mengesahkan bahawa Anwar masih merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang, kata Johari.
"Oleh kerana petisyen telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan belum dibereskan, maka saya memohon Pandikar Amin menggunakan kedudukan beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat menguruskan kehadiran Anwar.
Bercakap pada sidang media di Ibu pejabat PKR di sini, Johari berkata, "Perkara 48 (4)(c) juga menjelaskan Anwar cuma hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah petisyen yang dikemuka dibereskan (ditolak)".
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-13 akan bersidang hingga 9 April 2015.
Menurut Johari, beliau sendiri menyerahkan surat permohonan itu kepada Pandikar Amin pagi ini, manakala salinannya diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

1MDB: Najib patut saman New York Times - Hanipa

KUALA LUMPUR: Peguam PAS Hanipa Maidin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan namanya di peringkat antarabangsa dengan bertindak menyaman akhbar The New York Times sebelum bertindak ke atas Harakahdaily.

Katanya, Najib perlu bertindak sama ke atas akhbar antarabangsa itu kerana mempersoalkan integriti beliau sekaligus mencemarkan maruahnya dan keluarga.

"Jika dia (Najib) hendak jaga integriti, tolong saman (New York Times). Kenapa takut? Kenapa Dr Rosli? Ini PM bukannya Ketua Pemuda Baling," soal Hanipa.

Bahkan katanya, jika Najib mahu menjaga nama keluarganya sepatutnya anak tiri beliau juga boleh bertindak menyaman New York Times.

"Barulah nampak Najib begitu serius untuk menjaga nama baik keluarganya," jelas Hanipa.

Sebagai pengamal undang-undang Hanipa menyifatkan Najiblah sebagai Perdana Menteri buat julung kalinya mahu menyaman kes fitnah ke atas musuh politik.

"Selemah lemah Pak Lah tidak saman, seteruk teruk Tun Mahathir pun tidak saman. Takkanlah tak bertanding di Dun Chempaka tiba-tiba saman media PAS! Sebab Apa? kena jawablah," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Come out for #kitalawan rally, DAP youth chief


Kerajaan Perpaduan Ummah KARUT- Dato' Mustafa Ali

Fakta Tidak Betul- Dato' Mustafa Ali

Saya Yakin Presiden Akan Kekal- Dato' Mustafa Ali

PAS Tidak Akan Berpecah- Dato' Mustafa Ali

Siasat segera 1MDB sebelum bukti dimusnahkan, kata ahli PAC Pakatan

Tony Pua, sebahagian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyeru mereka yang terlibat dengan 1MDB dipanggil menjawab dakwaan mengenai syarikat itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015. 
Tony Pua, sebahagian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyeru mereka yang terlibat dengan 1MDB dipanggil menjawab dakwaan mengenai syarikat itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat segera sebelum semua bukti yang berkaitan dimusnahkan.
Mereka berkenaan menggesa bekas ketua eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, syarikat audit KPMG dan Deloitte Malaysia, serta pegawai Kementerian Kewangan dipanggil menghadiri sesi pendengaran.
“PR memandang serius dakwaan dikeluarkan Sarawak Report mendakwa mendapat salinan dokumen yang membuktikan terdapat urus niaga mencurigakan dalam projek usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International di mana sekurang-kurangnya AS$700 juta sudah diselewengkan kepada syarikat berkaitan dengan Jho Low.

Hadi dijangka menang tanpa bertanding pemilihan PAS, Mat Sabu dicabar kata Mustafa Ali

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai presiden PAS tanpa bertanding pada pemilihan parti Jun ini.
Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Hadi. "Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kutipan Dana Pasca Banjir di Kota Baru, hari ini.
 Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood. Mengenai jawatan timbalan presiden yang disandang Mohamad, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.
 Mustafa berkata Mohamad juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot menjatuhkan Hadi. Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Hadi akan kekal sebagai presiden tanpa dicabar oleh mana-mana pihak. "Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Hadi).
Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita. Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir," katanya. – Bernama

TERBAIK & TERMURAH DI DUNIA..


ADAKAH berita sebegini disiarkan di media2 massa seluruh M'sia mahupun di page pengampu BN No.1Friends of BN - Barisan Nasional ???

Lihatlah sendiri betapa SYOK SENDIRI Najib Razakselama ini "Masuk Bakul Angkat Sendiri" canang satu M'sia yg sistem pendidikan & sistem kesihatan negara kita TERBAIK & TERMURAH DI DUNIA..

Nama MALAYSIA sudah terkenal di serata dunia..

Apa dah jadi peranan APCO yg dibayar oleh KERAjaan umno/BN sebanyak RM76.8 JUTA itu !!!

DAPSY seru seluruh rakyat turun himpunan #KitaLawan Sabtu ini


DAPSY_KitaLawan


KUALA LUMPUR, 2 MAC: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menyeru seluruh rakyat untuk turun ke perhimpunan #KitaLawan Sabtu ini sebagai tanda setiakawan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua DAPSY Teo Kok Seong dalam kenyataan hari ini mengatakan perhimpunan itu melibatkan semua parti Pakatan Rakyat, pelbagai NGO, terutamanya anak-anak muda bagi mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
“Kami menyokong penuh 12 fakta yang dikemukakan oleh #KitaLawan berkaitan kegagalan Perdana Menteri Najib tun Razak menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara.
“Kami menggesa beliau untuk letak jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa syarat,” ujar Kok Seong.
Himpunan aman #KitaLawan akan diadakan di depan Pasaraya Sogo, Jalan Raja Laut, pada hari Sabtu, 7 Mac.
Untuk tujuan itu, DAPSY turut meminta kerjasama pihak berkuasa agar perhimpunan itu nanti berjalan dengan jaya tanpa sebarang gangguan dari pihak polis.
“Kami ingin ingatkan pihak PDRM agar hormat kebebasan rakyat untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan yang telah dijamin oleh perkara 10, perlembagaan Malaysia.
“Sebaliknya kami mengalu-alukan bantuan pihak berkuasa untuk lancarkan pergerakan acara pada 7 Mac itu nanti sesuai semangat perlembagaan,” jelas Kok Seong lagi.
“Dianggarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang akan datang Sabtu ini.
“Tentang penyusunan perhimpunan pula, kita akan maklumkan kemudian,” kata Kok Seong kepada pemberita.

Hala tuju politik negara dilihat kalut – Prof Madya Dr Mohammad Agus

MOHAMMAD AGUS YUSOFF FB
Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata selepas berlakunya gerakan 'Reformasi 1998' dan tsunami politik 2008, masih ada yang tidak belajar daripada pengalaman tersebut.

Rakyat perlu bangkit menentukan hala tuju politik negara yang dilihat semakin kalut.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata selepas berlakunya gerakan ‘Reformasi 1998′ dan tsunami politik 2008, masih ada yang tidak belajar daripada pengalaman tersebut.
Menurut Agus, politik negara masih lagi terikat kepada tiga isu utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, agama dan Melayu.
“Biarpun Anwar telah dihukum penjara, masih ada pihak yang mengadakan roadshow untuk menambahkan aib beliau.
“Di pihak lain pula, masih ada demonstrasi dan bakar lilin untuk mencari keadilan untuk Anwar,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Jelas Agus, kecelaruan politik negara juga ditambah dengan PAS dengan dakwaan partinya sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam.
“Sokongan kepada parti selain PAS dianggap menolak Islam, seolah-olah hanya PAS sahaja yang mempedulikan Islam,” katanya lagi.
Malah, Agus berpandangan UMNO pula berterusan ghairah dengan agenda Melayu susulan penganjuran pertemuan Renaisans Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.
“Maka, diulang-ulanglah sumpah pemimpin untuk menjadikan Melayu hebat.
“Memerhatikan ucapan pemimpin ini, ia hanya retorik semata kerana saya tidak melihat produk baru yang ditawarkan untuk menjadikan Melayu hebat,” jelasnya lagi.
Agus juga menjelaskan sudah pasti pandangannya mungkin akan mengundang pelbagai reaksi yang beremosi, namun perbincangan itu harus bersifat rasional.
“Yang saya mahukan ialah kita membincangkan caranya untuk menjadikan Islam hebat, Melayu hebat dan Malaysia hebat,” ujarnya.

Halau ahli keluar PAS tak boleh selesai krisis

Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti perlulah dihentikan, ia sangat memalukan dan seolah-olah membuat pengakuan bahawa Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyyah PAS.

PETALING JAYA: Pemuda PAS Malaysia tidak setuju dengan cadangan sesetengah pimpinan parti yang mahu ahli-ahli yang berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan supaya keluar daripada parti.
pas2Pengarah Jabatan Pendidikan Politiknya, Mohd. Hasbie Muda berkata, ‘menghambat’ ahli keluar parti bukan jalan terbaik menyelesaikan konflik dalaman dan tidak bijak, lapor MalaysiaGazette.
“Seruan meminta ahli-ahli PAS keluar parti adalah suatu tindakan yang tidak bijak, apatah lagi jika ia dibuat oleh pemimpin tinggi parti. Seruan ini tidak selari dengan prinsip demokrasi di dalam parti di samping bercanggah dengan perlembagaan parti dan sangat bertentangan dengan usaha para pemimpin terdahulu yang bekerja dengan penuh jerih mengajak rakyat Malaysia menyertai PAS,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria baru-baru ini yang mahu ahli-ahli PAS yang tidak sebulu dengan pucuk pimpinan ditunjuk jalan keluar daripada parti.
Selaku sebuah parti yang memperjuangkan hak asasi rakyat, Mohd. Hasbie berkata, di dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat, ahli di dalam PAS sepatutnya menghormati hak asasi ahli untuk kekal menjadi ahli apa lagi hak untuk memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti di samping hak untuk memberikan pendapat dan pandangan.
“Fasal 15(1) Perlembagaan PAS menyebut “keberhentian ahli ialah disebabkan (a) permintaan sendiri (b) dipecat (c) mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.

Hanipa: Siapa agaknya 'barua' PAS itu?

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

Nik Abduh (kanan) yang juga anggota parlimen Pasir Mas mendakwa, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanipa hari ini menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.

"Bila berlaku pemilihan ia semakin rancak.

“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,”katanya.

Hanipa ketika ditanya sama ada menjadi antara individu yang mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjawab “tidak mahu melayan khabar angin”.


'C4 Your Self': Ibu harap Sirul terus berada di Australia

KUALA LUMPUR: Piah Samad, 74, mengharapkan agar anaknya koperal Sirul Azhar Umar terus berada di Australia kerana ia lebih selamat.
Beliau ketika ditemubual di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney berkata agar pertemuan dengan anaknya berjalan dengan baik.
Perkara itu dimaklumkan anggota pengiring rombongan 'See For (C4) Yourself' dalam WhatsApp kepada Harakahdaily.
"Saya tidak mengharapkan anak saya kembali ke Malaysia dan biarlah dia berada di sini kerana keselamatannya lebih terjamin.
"Saya harap Kerajaan Australia memberi perlindungan sebaiknya kepada anak saya," kata Piah kepada media di Australia sejurus tiba di Sydney jam 12 tengah hari tadi.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi berkata, misi utama kedatangan ke Australia adalah untuk menemukan Sirul dengan ibunya.
"Kita mengharapkan keselamatan rombongan ini selamat dan diberi jaminan oleh pihak Australia.
"Isu ini memang menimbulkan kontroversi tetapi itu terpulang kepada Sirul untuk mendedahkan bila dia rasa sesuai.
"Apa yang pasti matlamat untuk ibu bertemu anak tercapai," katanya.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang mengetui misi 'See For (C4) Yourself' ini berharap urusan pertemuan keluarga dapat dilaksanakan secepat mungkin.

'C4 Your Self': Ibu tiba di Sydney, jumpa Sirul esok

Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu dijadual bertemu ibunya Piah Ahmad, 74, dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar esok.

Bendahari PAS Asmuni Awi, yang turut mengikuti rombongan itu, berkata pertemuan itu akan berlangsung di pusat tahanan imigresen di Villawood, dekat Sydney.

“Kami sudah mendaftar masuk ke hotel dan dijadual bertemu Sirul esok,” kata Asmuni, yang bertindak sebagai peguam Mahfuz, kepada Malaysiakini melalui SMS.

Asmuni berkata mereka sampai ke Sydney kira-kira jam 11,30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan panjang.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Beliau kini menjadi perhatian dunia selepas mengugut untuk membongkar “segala-galanya” berhubung kematian wanita Mongolia itu.

Ini kerana, walaupun hukuman dijatuhkan, motif pembunuhan itu sehingga ini masih tidak terungkai.

1MDB: PAS tak sabar nak asak PM di mahkamah

PAS bersedia terhadap kemungkinan akhbarnya Harakah disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan tulisan berkaitan 1Malaysia Development Fund (1MDB).

“Bagi pihak kita, kita sedia terima saman itu dan berhadapan dengan PM di mahkamah,” kata peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin.

Najib Razak mengancam menyaman susulan tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub yang mengaitkan 1MDB dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Khamis lalu, Najib menerusi peguamnya mengemukakan notis tuntutan kepada Rosli supaya memohon maaf, menarik balik dan membayar ganti rugi.

Dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara, Hanipa melihat saman itu sebagai “kesempatan” untuk menyoal Najib dalam mahkamah.

Anggota parlimen Sepang itu juga berkata beliau selama ini tidak berpeluang untuk bertanya soalan kepada Najib dalam sidang parlimen.

“Jadi apabila PM bersedia untuk pergi ke mahkamah, kita syukran jazilan, terima kasih banyaklah,” katanya.

1MDB: Harakahdaily sedia ke mahkamah jika Najib saman

KUALA LUMPUR: Harakahdaily bersedia ke mahkamah sekiranya akhbar 'online' milik lidah rasmi PAS itu disaman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut Peguam PAS Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, notis tuntutan yang dihantar kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop pada 26 Febuari lalu adalah atas kapasiti individu bukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Di dalam notis tersebut dinyatakan beberapa tuntutan antaranya tuntutan meminta maaf, menarik balik artikel terbabit dan ganti rugi bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah.

"Di dalam notis itu kita diberi masa 48 jam untuk minta maaf. Saya tidak pasti mungkin peguam akan arahkan Najib untuk saman atau tidak. Kita bersedia terima saman itu. Kita bersedia berdepan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.

Hanipa berkata, pihaknya menghormati hak Najib untuk menyaman tetapi jika hanya melibatkan penulisan mengapa beliau sehingga kini tidak mengeluarkan kenyataan untuk menyaman New York Times.

Ini kerana katanya, artikel yang ditulis Dr. Rosli pada 12 Februari lalu, beliau mempersoalkan sama ada anak tiri Najib Riza Aziz mendapat manfaat daripada 1MDB.

Artikel yang bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" ditulis berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times.

Universiti kita bertaraf dunia?


zairil

oleh Zairil Khir Johari

Saya tidak tahu sama ada harus ketawa atau menangis membaca kenyataan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini, yang dengan megahnya menguar-uarkan kononnya tahap pengajian tinggi negara kita adalah bertaraf dunia dan setanding dengan negara maju seperti United Kingdom (UK), Jerman dan Australia.
Kenyataannya telah menarik kritikan daripada pelbagai pihak. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, umpamanya menyatakan bahawa universiti-universiti di Malaysia tidak layak dibandingkan dengan universiti dari UK, Jerman dan Australia. Berdasarkan laporan QS World University Rankings 2014 yang turut digunakan oleh Idris Jusoh, tidak ada sebuah universiti Malaysia pun yang tersenarai dalam lingkungan 100 terbaik dunia. UK pula mempunyai 19 universiti dalam senarai 100 teratas termasuk empat dalam senarai 10 teratas, manakala Australia diwakili lapan universiti. Sementara itu, Jerman mempunyai tiga universiti dalam lingkungan 100 terbaik dunia. Sebaliknya, universiti terbaik Malaysia merupakan Universiti Malaya (UM) yang menduduki tempat ke-151 di dunia. Yang pastinya, walaupun 151 itu tidak lah tercorot, ia juga tidak boleh dianggap sebagai “bertaraf dunia.”
Siapa sebenarnya pelajar asing di Malaysia?
Antara hujah yang digunakan untuk menyokong kenyataan Idris Jusoh itu adalah hakikat bahawa terdapat 135,000 orang pelajar asing di Malaysia, iaitu 10 peratus daripada jumlah pelajar semasa di seluruh negara.
Jumlah ini memang ramai, namun barangkali ia memerlukan penelitian. Menurut statistik terkini Kementerian Pendidikan, iaitu laporan Perangkaan Pendidikan Negara: Sektor Pengajian Tinggi 2013, kita mendapati bahawa perincian negara asal pelajar asing di Malaysia adalah seperti berikut:

Negara Asal  (Universiti awam) Jumlah pelajar Negara Asal  (Universiti Swasta) Jumlah Pelajar
Iran 5,009 China 4,398
Indonesia 3,942 Nigeria 3,134
China 2,382 Indonesia 4,059
Iraq 1,854 Iran 3,593
Yemen 1,726 Pakistan 2,084
Nigeria 1,692 Yemen 2,200
Libya 1,226 Bangladesh 1,382
Bangladesh 1,060 Sudan 1,750
Pakistan 867 Sri Lanka 1,271
Thailand 799 Botswana 1,143
(Jadual: Negara Asal Pelajar Asing)
Nyata dari senarai di atas, majoriti pelajar antarabangsa di Malaysia tidak datang dari negara-negara maju tetapi dari dunia membangun di mana universiti mereka sendiri adalah jauh lebih keterbelakang. Maklumlah, sedangkan kita sendiri berlumba-lumba untuk memenangi biasiswa ke luar negara bagi anak-anak kita, agar mereka dapat menyambung pengajian di universiti yang lebih hebat.
 Migrasi pelajar sehala dari Malaysia ke UK, Jerman dan Australia

Pilihanraya kerajaan tempatan dan kuasa lebih besar untuk negeri


election_

oleh LIEW CHIN TONG

Lima puluh tahun lalu, pada 1 Mac 1965, kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah menggantung semua pilihanraya kerajaan tempatan untuk “sementara” sebagai sebahagian daripada respons terhadap Konfrontasi yang dilancarkan oleh kerajaan Indonesia di bawah Sukarno. Tunku juga telah berjanji untuk mengembalikan pilihanraya berkenaan setelah ketegangan dengan negara jiran itu berakhir.
Namun, langkah yang sepatutnya hanya sementara itu menjadi kekal kerana sepanjang lima puluh tahun lalu tiada tanda-tanda pilihanraya kerajaan tempatan (PKT) akan kembali diadakan.
PKT penting walaupun ia bukan satu-satunya penyelesaian bagi semua masalah yang sedang dihadapi negara Malaysia.
Meski pun begitu, pendemokrasian di peringkat tempatan terbukti menjadi pendorong kepada peningkatan mutu kehidupan di banyak negara yang baru menempuh demokrasi sepanjang tiga dekad yang lalu, khususnya di Korea Selatan, Taiwan dan Indonesia.
Malaysia kini terperangkap keadaan di mana sebarang perbincangan tentang pembaharuan yang benar-benar ‘berisi’ sering dibingkaikan secara salah menurut kerangka perkauman. Nasib yang sama juga menimpa perbincangan tentang PKT. Padahal sepatutnya tidak begitu.
Untuk mendorong Malaysia maju, kita perlu menilai semula kerangka kelembagaan yang menjadi ruang bergerak kita. Keutamaan paling atas ialah untuk membentuk dan memantapkan lembaga-lembaga demokratik yang berintegriti dan bebas korupsi.

Pendedahan email ‘rompakan terbesar’ dana 1MDB, DAP gesa Najib jangan lepas tangan


tony pua


PETALING JAYA, 2 FEB: DAP hari ini mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk bertanggungjawab atas kecuaian dan kegagalannya memantau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ekoran pendedahan terbaru Sarawak Report berkaitan dana RM3.5 bilion kepada 1MDB Petrosaudi.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini menyatakan, pendedahan email komunikasi antara semua pihak yang terlibat dalam transaksi 1MDB Petrosaudi itu membuktikan bahawa wang 1MDB telah disalurkan secara haram ke akaun bank syarikat milik Jho Low, rakan baik keluarga Najib.
Menurut Tony, sekiranya dokumen-dokumen yang didedahkan itu tulen, kerajaan perlu menjelaskannya kerana 1MDB adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
“Dalam keadaan sedemikian, Dato’ Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB perlu dipertanggungjawabkan kerana 1MDB adalah projek beliau sendiri sejak awal.
“Perdana Menteri tidak boleh menghindari tanggungjawab dengan mendakwa bahawa beliau ‘tidak terlibat dalam perjalanan harian 1MDB,” tegas Tony dalam sidang akhbar hari ini yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Sejauh ini Najib dilihat cuba menjarakkkan diri daripada 1MDB yang beban hutangnya telah mencecah RM42 bilion.
Akhbar UK The Sunday Times yang turut melaporkan pendedahan bukti penyelewengan itu menerbitkan respons daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 Mac yang menyebut “Kerajaan Malaysia berkata bahawa perdana menteri tidak terlibat dalam operasi harian 1MDB yang dikendalikan oleh sepasukan kakitangan profesional dan berpengalaman. Akaunnya diaudit oleh Deloitte.”

Sejak bila Najib berani nak masuk Mahkamah ???

APA DAH JADI DENGAN SAMAN NAJIB terhadap portal Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) - Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) - namun ia SENYAP SEHINGGA KINI..

Kalau kes saman dijalankan, BERANIKAH NAJIB MASUK MAHKAMAH ???.. Najib pun kecut dgn bini sendiri disenggol Rosmah inikan pula nak masuk mahkamah...

Ibu harap Sirul terus tinggal di Australia


BENARKAH INI SEMUA ???

Pendedahan Sarawak Report dan media-media di UK menyenaraikan bukti-bukti bagaimana Jho Low menggunakan 1MDB untuk memindahkan dana rakyat USD700 juta (bersamaan RM2.4 bilion) ke syarikat yang dia ada kepentingan. Sarawak Report pernah menemubual Tun Mahathir sebelum ini mengenai 1MDB jadi ini mungkin sebahagian dari hasil temuramah itu. Mana Khairy Jamaluddin Pemuda Umno ISMA PERKASA yang mahu menghunus keris menuntut kembali wang rakyat dari rakan karib Perdana Menteri ini?

Anwar jawab ingin hadir undangan sidang Parlimen


DAP: Najib tidak boleh pisahkan dirinya dari 1MDB

1MDB 'subahat' dalam 'penipuan' aset, kata DAP

1MDB: Harakahdaily sedia ke mahkamah


PAS sedia kutip derma untuk Najib bayar peguam


Najib,kita jumpa di mahkamah, kata peguam PAS


PJ Perak: Tinggalkan Pas, tubuh parti baharu!

IPOH - Pas Perak menggesa mana-mana ahli Pas supaya meninggalkan parti dan menubuhkan parti baharu sekiranya tidak mampu untuk wala’ (taat) kepada ketetapan yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan tersebut disifatkan lebih berprinsip sekali gus mampu meredakan konflik dalaman yang dihadapi Pas pada ketika ini.

“Kalau tak setuju dengan apa yang diputuskan, sila adukan pada saluran yang berkenaan dan sekiranya keputusannya tetap sama, maka adalah lebih baik kita keluar dan buat parti baharu.

“Tindakan itu lebih baik daripada terus duduk dalam jemaah (Pas) tetapi pada masa sama  cuba memecahbelahkannya secara terancang,” katanya.

Menurutnya, penubuhan parti baharu juga bukan suatu perkara luar biasa memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

“Tiada masalah tentang perkara itu, sesiapa sahaja berkelayakan, bebas untuk tubuhkan parti baharu dan kami dari Pas sendiri pun tidak akan halang perkara berkenaan

DAP terkejut agenda pemimpin PAS Dr Zuhdi


liew-chin-tong-at-final-rally


BATU PAHAT, 1 MAC: DAP hari ini bimbang terhadap usaha pihak tertentu dalam PAS yang cuba memecahbelahkan parti itu dengan menyingkirkan sesiapa saja tidak sehaluan dengan kepimpinan ulama selepas Muktamar mereka Jun nanti.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki agenda penyingkiran itu nampaknya sudah dirancang dan tersedia.
“Sebagai rakan kepada PAS dan bekas ahli akademik yang banyak menghabiskan masa menyelidik mengenai sejarah parti itu, saya berharap kita dapat bersama dalam Pakatan Rakyat untuk mengalahkan UMNO.
“Namun, kenyataan terbaru dari Zuhdi semalam adalah amat mengejutkan apabila dia seorang Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan menyeru kepada penyingkiran ahli lain yang tidak mengikut kepimpinan ulama.
“Kenyataan sedemikian belum pernah dibuat sebelum ini dan ia amat membimbangkan bagi sesiapa juga yang berharap melihat PAS baru muncul dari perlawanan ideologi semasa untuk bersatu melawan UMNO,” katanya dalam ucapan sempena majlis Rumah Terbuka PR di Batu Pahat.

Dr Zuhdi ramal PAS pecah lepas muktamar..kejayaan agen Umno dalam PAS..!!!

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki meramalkan berlakunya perpecahan dalam parti Islam itu  selepas muktamar tahunan yang akan dijadual berlangsung pada 1 Jun depan.

Beliau berkata ramalannya itu dibuat selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti, lapor Sinar Harian hari ini.

"Sebagai contoh, isu menteri besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam PAS sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.

"Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baru iaitu PasMa," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu meyebut, Mohd Zuhdi menyifatkan NGO PasMa sebagai "duri dalam daging" dalam PAS sementara golongan ulama dan profesional dalam parti itu bukan merupakan ancaman kepada perpecahan dalaman.

Aset bernilai AS$1.5 bilion PetroSaudi tidak wujud, dakwa DAP

Aset PetroSaudi International (PetroSaudi) bernilai AS$1.5 bilion yang disuntik dalam kerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 tidak wujud, dakwa DAP hari ini, malah syarikat pengurusan dana milik kerajaan tersebut mengetahui tentang perkara tersebut.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata, walaupun 1MDB melabur sebanyak AS$1 bilion dalam kerjasama tersebut, yang dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi sebaliknya sekadar menggunakan lapangan minyak kepunyaan kerajaan Turkmenistan sebagai aset mereka.

Kerajaan Turkmenistan menandatangani Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA) dengan Buried Hill Energy (Cyprus) Public Company Limited untuk mendapatkan lesen pencarian bagi membolehkan mereka membangunkan pesisir luar Blok 3, yang merangkumi Serdar Field di Laut Kaspian.  Buried Hill kemudiannya menandatangani perjanjian masuk dengan PetroSaudi pada 4 Julai, 2009 untuk membangunkan telaga minyak. "Oleh itu, telaga tersebut tidak pernah menjadi hak milik PetroSaudi.

Tambah lagi, 1MDB PetroSaudi, melalui anak syarikat PetroSaudi Turkmenistan 1 Limited menamatkan perjanjian masuk pada November 2009," kata Pua pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini. "Ini bermakna 1MDB sedar selama ini bahawa ini semua adalah palsu,” katanya.

Kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Inilah puncanya, Najib!

Oleh Alyaa Alhadjri

Sejurus Datuk Seri Najib Abdul Razak menjadi perdana menteri pada 2009, beliau mengumumkan motto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sementara rakan sejawatnya di Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo dilantik berdasarkan kepercayaan yang beliau akan menjadi “presiden rakyat.”
Ketika kedua mereka kelihatan berkongsi falsafah yang hampir sama untuk pentadbiran mereka, pengasas badan pemikir Inisiatif Serantau untuk Tadbir Urus, Hak Asasi & Keadilan Sosial (RIGHTS), Yusmadi Yusoff berpendapat manifestasi kepimpinan mereka sering dilihat sama sekali bercanggah di antara keduanya.
Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau ini memberitahu Theantdaily, reaksi mereka kepada penentangan rakyat ke atas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan bekas Ketua Polis Nasional Indonesia Budi Gunawan boleh digunakan sebagai titik perbandingan antara dua pemimpin ini.
Felo Pembangunan & Demokrasi dari Universiti Stanford, California ini berkata, secara amnya Malaysia dipandang sebagai lebih progresif di dalam pembangunan institusi demokrasinya di rantau ini, diwarisi dari penjajah British.
“Malaysia bermula dengan baik (sejak dari Merdeka pada 1957) tetapi sekarang kita sebenarnya semakin merosot.
“Rakyat secara amnya tidak bimbang dengan bentuk demokrasi itu tetapi perkara pentingnya adalah bagaimana Najib atau Jokowi boleh menyerlahkan aspirasi rakyat melalui institusi demokrasi,” kata Yusmadi.
Beliau menggambarkan pentadbiran Malaysia oleh BN mirip kepada model “autokrasi berdaya saing” di mana institusi demokrasinya - sebagai contoh pasukan polis negara, badan kehakiman dan suruhanjaya bebas - telahh “dieksploitasi dan dikompromi” melalui individu yang dilantik untuk mengetuai mereka.
Ini, Yusmadi berhujah, adalah terutamanya kerana kurangnya mekanisme periksa dan imbang untuk memastikan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti yang boleh ditegakkan di dalam demokrasi.

'Hanya tanya, Rosmah tidak bayar RM1,200' ampu Mat Maslan...!!

Isteri perdana menteri tidak menggunakan khidmat dandanan rambut RM1,200 tetapi hanya bertanyakan harga daripada penyedia khidmat tersebut, jelas Datuk Ahmad Maslan.

Datin Seri Rosmah Mansor hanya merungut tentang harga tersebut selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu, kata timbalan menteri kewangan.

"Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata 'amboi mahalnya'.

"Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya," kata Ahmad hari ini.

"Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif."

Kelemahan sistem tarbiah punca Pas retak - KP Pemuda


Suhaizan Kaiat 
SHAH ALAM - Fungsi sistem tarbiah yang sepatutnya menyatukan ummah kesemua ahli Pas tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalam Pas.
 
Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, kelemahan sistem tersebut melebarkan lagi jurang yang terdapat dalam Pas.
 
"Kelemahan itu saya tidak boleh sebut sebab ia melibatkan beberapa pihak," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Suhaizan dalam pada itu menafikan dakwaan keterbukaan Pas sebagai punca keretakan parti berkenaan.
 
"Memang sifat Pas terima semua (golongan) untuk masuk ke dalam Pas, tapi kita ada sistem tarbiah yang berfungsi untuk menyatukan semua pihak.
 
"Sistem itu diamalkan sejak tahun 1980-an dan itulah punca sebenar masalah kita (Pas). Itulah yang perlu diperbaiki," katanya lagi.
 
Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menerusi laporan akhbar Sinar Harian mendakwa, sifat keterbukaan Pas menerima ahli dan pemimpin dari luar pada tahun 1998 merupakan punca keretakan parti berkenaan.

Guna ruang Perlembagaan, bukan Anwar bersalah

KAJANG - Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terus mempertahankan tindakannya sekeluarga yang mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan sepenuhnya ruang dalam Perlembagaan.

Beliau berkata, usaha itu bagaimanapun tidak bermaksud Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam sabitan kes liwat II sebaliknya menyifatkannya sebagai berlaku pengguguran keadilan.

"Ruang yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan pengampunan, bukan kerana Anwar bersalah, pengampunan itu kerana 'miscarriage of justice' iaitu satu penguguran keadilan.

"Sebab itu kita guna ruang dalam Perlembagaan kita, kita mohon pengampunan daripada Agong sebagai payung negara," katanya dalam ceramah March to Freedom di pekarangan Pusat Khidmat Dun Kajang, di sini, semalam.

Pada 24 Februari lepas, Wan Azizah serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada YDPA berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat II.

Anwar kini dipenjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

'C4 Your Self' : Ibu bawa sambal bilis rendang limpa untuk Sirul

KUALA LUMPUR: Sebekas sambal bilis dan rendang limpa mengiringi misi 'C4 Your Self' ke Australia malam tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, misi itu lebih kepada isu kemanusiaan dalam menemukan koperal Sirul Azhar Umar dengan ibunya Piah Samad.

Beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut berharap misi itu berjalan dengan lancar.

"Misi ini lebih kepada misi kemanusiaan untuk menemukan ibu dengan anak dan kita pergi ini bukan untuk sesuatu yang kontroversi.

"Kita harap perjalanan ini lancar tanpa ada sebarang halangan," katanya pada sidang media ringkas.

Katanya lagi, kebenaran telah diperoleh daripada pihak Kerajaan Australia apabila kelulusan visa bagi perjalanan itu telah diluluskan.

"Kelulusan visa telah diberikan dan di sana nanti kita dibenarkan berjumpa Sirul tetapi tidak dibenarkan membawa ap-apa peralatan elektronik termasuk telefon mahupun kamera.

"Lagi pun tidak ada pendedahan dilakukan selain pertemuan anak dengan seorang ibu," sambung beliau lagi.

Ibu Sirul, Paih yang ditemani anaknya Noriatin Umar, 37 mengharapkan pertemuan itu lancar tanpa gangguan.

Beliau yang tiba di KLIA kira-kira jam 8 malam, Ahad dari kediaman beliau di Changkat Jering.

"Apabila diberitahu untuk ke Australia, ibu rasa gembira, untuk bertemu anak.

Himpunan Solidariti #KitaLawan 7 Mac peringkat antarabangsa

Kita Lawan 1Sekretariat #KitaLawan mengalu-alukan keprihatinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutamanya anak muda yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan di negara masing-masing sebagai solidariti bersama Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac 2015.
Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik (prisoner of conscience) serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia.
Sehingga kini, himpunan solidariti peringkat antarabangsa pada 7 Mac 2015 akan diadakan di lokasi-lokasi seperti berikut:-
i. Old Palace Yard, London (berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom) bermula jam 11 pagi waktu tempatan
Kitalawan2ii. Hadapan Bangunan Parlimen Australia, Canberra bermula jam 4 petang waktu tempatan
iii. Hadapan Bangunan Parlimen South Australia, Adelaide bermula jam 4 petang waktu tempatan
iv. Liberty Square (Freedom Square) di Taipei, Taiwan bermula jam 7 malam waktu tempatan
Himpunan solidariti 7 Mac 2015 juga akan diadakan di bandar New York serta beberapa bandar di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand dan negara-negara Eropah dimana lokasi himpunan akan dimaklumkan kelak.
Ikuti perkembangan terkini melalui Facebook Rasmi #KitaLawan di https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial. Bagi mereka yang menetap di luar negara dan ingin sama-sama menganjurkan himpunan solidariti sila emel kitalawanofficial@gmail.com. Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Akmal Nasir +60 12 742 8738.

Sekretariat #KitaLawan