Jumaat, 27 Februari 2015

Inilah wajah-wajah pemimpin UMNO berpaksikan Islam Wasatiyyah-Najib..

PERINGATAN... Jangan cabar ilmu agama mereka, klu tidak anda akan dikenakan Akta Hasooootan...

PLEASE DON'T USE PUBLIC MONEY! Najib's daughter to wed Kazakh beau on March 28?

PLEASE DON'T USE PUBLIC MONEY! Najib's daughter to wed Kazakh beau on March 28?
There is buzz on social media about a wedding between Prime Minister Najib Abdul Razak's daughter Nooryana Najwa and her Kazakh beau Daniyar Kesikbayev.
The speculation intensified after photographs of their purported wedding invitation was circulated.
While the Prime Minister's Office has remained tightlipped on the matter when queried, Daniyar's mother, however, declined to confirm or deny the wedding.
In an email response to Malaysiakini, Maira Kesikbayev, through her New York-based spokesperson, said: "We have no comment at this time."
As for the wedding invitation, it comes in a gold and white box, which includes a scroll as well as a card for those invited to confirm their attendance.
The card stated that the wedding will be held at the Kuala Lumpur Convention Centre on March 28 at 8pm.
Nooryana and Daniyar reportedly met in the United States, where the couple pursued their tertiary education.

A check by Malaysiakini revealed that the KLCC venue for March 28 has already been booked but it could not be confirmed for whom.
Nooryana, 26, is the eldest of Najib and Rosmah Mansor's two children. Najib also has three other children from his previous marriage with Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
The prime minister's future son-in-law is related to Kazakhstan president Nursultan Nazarbayev, who is the brother of Daniyar's stepfather.
In 2012, Daniyar became embroiled in controversy amid his mother's legal tussle with his stepfather Bolat Nazarbayev.
Bolat, in a suit against Maira at the Manhattan Supreme Court, had accused his ex-wife of cheating him of a US$20 million New York apartment and spending US$75 million of his money on jewellery.
He also accused Maira of being wanted by Interpol for kidnapping and extortion.

Hanya 18% responden Cina puas hati prestasi Najib


Satu kajian oleh Merdeka Centre mendedahkan bahawa hanya 18 peratus responden dari kalangan masyarakat Cina berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala hanya 13 peratus percaya negara ini sedang menuju ke arah yang betul di bawah kepimpinannya.

Secara keseluruhan, 39 peratus responden dari semua kumpulan etnik, berkata negara ini menuju ke arah yang betul manakala 47 peratus lagi berpendapat sebaliknya.

Bagi persepsi terhadap kerajaan mengikut garis etnik pula, tinjauan itu mendapati hanya 11 peratus responden Cina menyatakan "gembira".

Daripada 1,800 orang responden, 30 peratus adalah dari kalangan masyarakat Cina.

Peratusan itu mungkin lebih rendah sekiranya tinjauan itu - yang dijalankan pada bulan Januari - dijalankan bulan ini, ekoran gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk SeriIsmail Sabri Yaakob supaya orang Melayu memboikot peniaga Cina.

 
 

Bekas hakim: Bekas CJ langgar etika hakim

Seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan mendakwa, bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin melakukan tindakan melanggar etika kehakiman kerana cuba mempengaruhi seorang hakim dalam satu perbicaraan pada 1995.

Bekas Hakim Datuk KC Vohrah membangkitkan mengenai kes rayuan Ayer Molek Rubber Company lwn kes Insas Bhd pada tahun itu.

Vohrah – yang menganggotai panel tiga hakim yang mendengar kes rayuan Ayer Molek – dalam satu tulisannya mendedahkan bahawa salah seorang hakim dalam panel itu telah diminta bertemu dengan Eusoff.

Selain Vohrah – yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi yang terpilih untuk duduk di Mahkamah Rayuan – hakim-hakim lain yang mendengar kes itu ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan dan Tan Sri Siti Norma Yaakob, yang kemudiannya menjadi wanita pertama dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Dalam tulisan itu Vohrah menyatakan bahawa salah seorang hakim dalam panel itu telah diminta bertemu dengan Eusoff.

Vohrah mendakwa dalam artikelnya - bertajuk - ‘In the Court of Appeal, during the winds of change’ bahawa Eusoff telah memanggil hakim tersebut ke kamarnya sebelum rayuan itu didengar dan apabila hakim itu masuk, CJ menunjuk ke arah timbunan fail di atas mejanya.

"Beliau (Eusoff) berkata ianya berkaitan dengan kes Ayer Molek dan beliau (CJ) membayangkan bahawa rayuan itu tidak mempunyai merit," dakwa Vohrah.

Vohrah, bagaimanapun, tidak menamakan hakim yang bertemu dengan Eusoff.

Artikel beliau yang mengejutkan itu muncul dalam buku komplikasi artikel mengenai Mahkamah Rayuan Malaysia, 1994-2014 - sempena ulang tahun ke-20 mahkmah itu yang diterbitkan pada tahun lepas.

Dalam kes Ayer Molek, Insas diwakili oleh peguam terkenal VK Lingam manakala Ayer Molek diwakili Loh Siew Cheang. Lingam kemudiannya dikaitkan dengan kes terkenal mengenai klip video dan juga kemudiannya didapati bercuti bersama dengan Eusoff di New Zealand.

Sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam klip video itu, telah mengesyorkan tindakan diambil terhadap Lingam dan Eusoff dan lima yang lain termasuk bekas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sejarah Ayer Molek lwn Insas

Dalam menjelaskan kes Ayer Molek itu, Vohrah – yang kini merupakan seorang konsultan di Lee, Hishammuddin, Allen dan Gledhill – menulis bahawa kes itu melibatkan satu perintah ex-parte untuk memaksa Ayer Molek menguatkuasakan pemindahan 540,000 saham biasa Ayer Molek kepada Insas dalam daftar saham syarikat itu dan mengeluarkan sijil baru atas nama Insas dalam masa dua hari kerja selepas mereka menerima sijil saham.

Ada Berani: DUN Chempaka bukan tempat saya kata Ibrahim Ali...cover line ke tok him...!!

Ibrahim tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya.

ibrahimkelantanKOTA BAHARU: “Saya tidak mempunyai penyokong di kawasan DUN Chempaka kerana ia bukan tempat saya, tempat saya di Pasir Mas,” kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu menambah, “Kalau di Pasir Mas berlaku kekosongan sudah tentu saya bertanding.”
Ibrahim mengulas sama ada beliau berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.
Katanya, beliau tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya kerana tidak menjadi anggota mana-mana parti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.
Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

SAYA MAHU DIA UNDUR...!!!




Tanda Najib Tergolek Makin Dekat...

Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dijangka akan berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 8 Mac depan, iaitu sehari sebelum majlis pembukaan Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong.

Menurut Ketua Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, seramai 170 daripada 191 Ketua Bahagian sudah menyatakan kesediaan untuk hadir dan ia bertujuan untuk membuktikan kepada pembangkang dan juga pihak luar bahawa mereka sentiasa menyokong Najib.

Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Najib masih mempunyai sokongan yang kuat, jadi mereka perlu berhenti menyerang BN, katanya lagi.

Jika mengikut logik dan hukum akal, adanya perhimpunan solidariti ini tidak lain menunjukkan bahawa kedudukan Najib sedang atau semakin goyang sekarang ini.

Hanya pokok yang sudah hendak tumbang saja perlu diletakkan penongkat atau sokongan, manakala pokok yang masih kukuh biasanya tidak memerlukan apa-apa bantuan untuk terus tegak berdiri.

Begitulah juga sebenarnya kedudukan Najib sekarang. Apabila sudah ada usaha mengadakan perhimpunan mempertahankan kedudukannya, bermakna makin goyanglah kerusi yang didudukinya itu.

Lihat saja di zaman Pak Lah dulu, berbagai perhimpunan atau gerakan telah diadakan untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan kedudukannya, namun akhirnya tergolek juga.

Bahkan lagi banyak pernyataan sokongan dizahirkan, ia secara tidak langsung menandakan semakin terhakisnya sokongan yang diterima.

Akhirnya, sama ada pokok akan tumbang kerana asakan yang makin kuat atau kayu yang menjadi penongkat atau sokongan itu akan patah disebabkan tidak mampu lagi menjadi penahan yang kukuh.

Polis cadang lokasi baru demo pro-Anwar

Polis menawarkan lokasi baru kepada penganjur perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac, kata ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Menurutnya, polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di depan kompleks beli-belah Sogo.

"Kami ditawarkan tempat di Padang Merbok atau Stadium Merdeka oleh ketua polis daerah Dang Wangi (Zainol Samah)," katanya.

Bercakap selepas pertemuan dengan polis hari ini, beliau menambah, polis berpendapat lalu lintas lebih mudah dikawal jika ia diadakan di lokasi alternatif.

Pertemuan kira-kira sejam turut disertai ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar Adam Adli.

Teo menambah, Nik Nazmi memberitahu polis bahawa kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat masih berminat meneruskan perhimpunan itu, yang dikenali #KitaLawan, depan Sogo.

Himpunan #KitaLawan sebahagian demokrasi, elakkan provokasi

Dang WangiKUALA LUMPUR 27 FEB: Rakyat diseru hadir ke Himpunan #KitaLawan bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjarakan sebagai tahanan politik.
Himpunan tersebut yang bakal diadakan 7 Mac ini di pusat membeli belah Sogo di ibu negara dijadual bermula jam 4 petang.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Teoh Kok Seong berkata, perhimpunan aman itu merupakan sebahagian daripada proses demokrasi dan oleh itu katanya, rakyat tidak perlu bimbang untuk menyertainya.
“Tak perlu risau akan berlaku apa-apa kekecohan, ini satu perhimpunan aman.
Kita Lawan“Kerana ini sebahagian proses demokrasi, jadi kita galakkan rakyat untuk hadir dan tunjuk solidariti kepada Datuk Seri Anwar,” katanya sebaik selesai perjumpaan di antara Sekretariat Himpunan #KitaLawan dan pihak polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Perbincangan tersebut yang menjurus soal keselamatan peserta himpunan dan pengurusan lalu lintas ketika himpunan tersebut berlangsung turut disertai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir
Hadir sama, aktivis Adam Adli dan Ketua Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh.
Sementara itu, Mohd Faizul mengingatkan peserta supaya mengutamakan keselamatan serta mengelakkan dari terlibat dengan provokasi yang mungkin ditimbulkan pihak tertentu.

Is Najib facing a rebellion?

Kadir Jasin speaks of two recent developments that indicate not everyone in Putrajaya supports 1MDB.
kadir najib2PETALING JAYA: Veteran journalist and persistent 1MDB critic A Kadir Jasin appears to be suggesting that some kind of rebellion, maybe not amounting to a revolt, may be brewing in the halls of power against Prime Minister Najib Abdul Razak.
In a blog entry today, he refers to two recent developments related to 1MDB – the reported Cabinet rejection of the company’s request for a cash injection to the tune of RM3 billion and the Public Accounts Committee’s call for an immediate audit of the company.
He offers conditional congratulations to the Cabinet. “A big thanks and kudos to the Cabinet if indeed it has rejected a request by 1Malaysia Development Berhad for a RM3-billion financing from the government,” he says.
Recent online media reports say the Cabinet rejected the proposal at its weekly meeting on Wednesday by not approving the minutes of the previous week’s meeting on the subject.
Kadir says he is trying to get confirmation of the reports from his contacts in the government.
“I am yet to receive any response to two SMS messages I sent to a minister and press secretary to a senior minister seeking confirmation of the Cabinet decision,” he writes.
“If the online media reports are true, the Cabinet action could be seen as signalling that the Prime Minister … no longer holds sway, at least not on the issue of 1MDB.
“This is a huge setback for him. I would not, at this point, speculate that there is an emerging revolt against his leadership.

WILL THE REAL SIRUL PLEASE STAND UP? Altantyua killer now HOTTEST bargaining chip in Umno

WILL THE REAL SIRUL PLEASE STAND UP? Altantyua killer now HOTTEST bargaining chip in Umno
The question has been raised a number of times. Was it Sirul or someone else who spoke during the press conference organised by PAS Information Chief and MP for Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Koperal Sirul Azhar Umar belonged to the special unit, which operates on the orders of the superior, without a question asked.
In the delayed press conference held at PAS’ headquarters recently, a voice claiming to be Sirul is heard saying that he had been made a scapegoat. It remains to be seen, given that this is the Year of the Goat, whether Sirul will spring back to “life” again.
Will he fight back, or will he just remain silent and in custody? Would he not want to return to his homeland as a free man? Would he not want to save his colleague, Chief Inspector Azilah Hadri? After all, both were only bodyguards to the then Deputy Prime Minister, Najib Abdul Razak.
Both Sirul and Azilah had someone they were reporting to, one Deputy Superintendent Musa Safri, who was also Najib’s former aide-de-camp. Understandably, Sirul felt “lost” when he and Azilah have to languish in prison cells, the people behind the murder of the Mongolian model are still at large.
Bargaining Chip or Part of A Bigger Scheme?
What has come across to the people is that Sirul had made a feeble attempt at the revenge, but critics who follow through the latest development, claim that Sirul was merely using the PAS platform to achieve a bigger objective.
After all, before Sirul’s press conference, there was another Pakistani carpet merchant who threatened to expose the skeleton in the closet, but critics are fast to point out that, since some deals had been struck, the merchant has disappeared into thin air.

Sirul and Azilah Hadri - Najib's former bodyguards sentenced to hang for killing Altantuya - a woman they did not know and had no motive to kill
Could Sirul be attempting to do the same thing? Or, could he be part of a bigger scheme of things? Is someone trying to use Sirul as the bargaining chip to pressure Najib to step down as prime minister?
After all, why is it that Sirul’s passport was not surrendered to the courts, especially since the case was pending the Federal Court’s decision?

Mahfuz bawa ibu jumpa Sirul di Australia Ahad ini

Datuk Mahfuz Omar bersama ibu dan adik perempuan Sirul Azhar Umar akan berangkat ke Australia untuk bertemu bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu pada Ahad ini jam 11 malam.

Turut menyertai misi khas ke Australia itu ialah seorang pegawai Mahfuz dan peguam, kata ketua penerangan PAS itu mengesahkan satu kenyataan media yang diedarkan hari ini memaklumkan mengenai perkara itu.
PAS sebelum ini dilaporkan berhasrat membawa ibu Sirul, Piah Samad, 74, ke Sydney di mana Sirul ditahan Jabatan Imigresen negara itu.

 Difahamkan, mereka bertemu kali terakhir pada tahun lepas sebelum Sirul berlepas ke Australia pada Oktober. Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebelum ini dilaporkan berharap Piah dapat bertemu Sirul dan seterusnya membuktikan selama ini beliau sememangnya berkomunikasi dengan bekas polis yang disabitkan dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau turut ditanya mengenai hebahan palsu yang tersebar melalui pesanan Whatsapp mengatakan beliau memanggil satu sidang media yang akan turut dihadiri ibu Sirul di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. "Siapa yang sebarkan mesej tu? Saya pun tidak tahu apa-apa," katanya.

Isnin lalu, Sirul dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS pada jam 11.30 pagi, tetapi beliau gagal dihubungi Mahfuz selepas beberapa kali cubaan.

Bagaimanapun, hampir 2 jam kemudian kira-kira jam 1.10 petang, beliau berjaya dihubungi Mahfuz yang mengatakan Sirul terlebih dulu membuat ‘missed call’ padanya.

Tahap penerimaan Najib jatuh kepada 44%, kata Merdeka Center

Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari lepas berbanding 48% pada bulan Oktober 2014 kerana ramai yang merasakan kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu baik, menurut tinjauan pendapat terbaru Merdeka Center .

 Pengumpul suara bebas itu berkata, kadar kelulusan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38% pada bulan Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas.

Akan tetapi bagi Najib, 46% daripada orang yang ditinjau pada Januari 2005 menolak caranya bekerja. 47% yang ditinjau juga merasakan Malaysia "bergerak ke arah yang salah" sementara 39% mengatakan kerajaan melakukan perkara betul.

Menurut Merdeka Center, mereka yang bersikap positif terhadap negara mengatakan sedemikian berdasarkan keamanan dan keselamatan, keadaan ekonomi dan penyediaan infrastruktur dan bantuan kebajikan kerajaan. Bagaimanapun, 38% responden mengatakan mereka "tidak berpuas hati" dengan pencapaian kerajaan dan 5% mengatakan mereka "marah".

Harta Pusaka: Najib dapat mesej jelas dari adik-adiknya


RANKING KE-49 adalah antara terbaik dunia ???

PM kita "SYOK SENDIRI" ka bila canang satu negara sistem kesihatan M'sia antara yang terbaik di dunia.. Apa punya malang dpt PM sebegini rupa.. Jahanam, jahanam....

TETAPI Najib boleh kata hospital dan klinik kerajaan di M'sia menggenakan bayaran perubatan semurah RM1 YANG TERMURAH DI DUNIA...

Najib, jgn berbohong pada rakyat. Di negara luar contohnya di Dubai (ranking ke-27), kebanyakan hospital di sini standard 'private hospital' (bukan ala2 hospital kerajaan M'sia) yg mana SATU SEN PUN TAK KENA BAYAR jika pesakit luar mahupun berjumpa dengan doktor, atau masuk wad ataupun kena pembedahan sekalipun.. KENAPA admin berkata demikian, kerana admin pernah mengalaminya & tinggal di Dubai beberapa tahun yg lalu..

p/s: Tahukah anda, di Dubai kebanyakan rakyat tempatan mahupun 'expat' (pekerja dari luar) yg bekerja di Dubai MEMANG AKAN dibekalkan insurans termasuk keluarganya.. DI MALAYSIA, KO ADA BUAT SEBEGINI untuk rakyatnya !!!

Politik baru tanpa Umno@BN bertanding pilihan raya

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Umno untuk tidak bertanding di dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka yang dikatakan atas faktor mewujudkan perpaduan ummah.
"Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar Umno tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui Umnolah punca utama perpecahan yang berlaku di dalam kalangan masyarakat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, apabila Umno bertanding di dalam pilihan raya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana Umno sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekaligus mewujudkan padang permainan yang tidak rata.
Justeru, kata beliau PAS menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno kelmarin dan berharap ia akan terus diguna pakai pada masa akan datang.
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS menambah, Umno bolehlah meneruskan agenda perjuangan parti mereka dengan menceburi lapangan dan bidang yang lain selain politik.
Pastinya, ujar beliau Malaysia akan mengalami politik baru yang lebih aman damai tanpa perlunya lagi Umno BN bertanding di dalam pilihan raya.

'Pertikaian hudud dengan DAP boleh diselesaikan' - Pemuda PAS

Pemuda PAS bertemu dengan Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo untuk berbincang mengenai isu hudud yang berlangsung dengan tenang semalam.

Dalam pertemuan yang diadakan semalam, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata Gobind bertegas dengan pendirian partinya berhubung isu tersebut.

Suhaizan berkata MP Puchong itu menerangkan kepadanya mengapa DAP menentang pindaan undang-undang pelaksanaan hudud di Kelantan yang dijadualkan akan dibentang dalam sidang DUN negeri itu pada 18 Mac depan.

Bagaimanapun, pemimpin muda PAS itu percaya masih terdapat ruang konsensus untuk mencapai resolusi berhubung pertikaian itu.

"Saya yakin, kita akan mencapai penyelesaian yang terbaik bagi pertikaian mengenai Rang Undang-undang Hudud,"  kata Suhaizan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Walaupun DAP tetap dengan pendirian mereka, Pemuda PAS melihat ada ruang besar bagi kedua-duanya untuk mencapai kata sepakat pada akhirnya," katanya lagi.

PAS: Lebih baik Umno tidak tanding PRK dan PRU

Ketua penerangan PAS menyindir keputusan Umno yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka bulan depan dengan alasan "perpaduan ummah".

Dalam kenyataannya, Datuk Mahfuz Omar berharap Umno tidak bertanding dalam pilihan raya kecil atau umum selepas ini.

"Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar Umno tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui Umnolah punca utama perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat," katanya.

"Apabila Umno bertanding di dalam pilihan raya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana Umno sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekali gus mewujudkan padang permainan yang tidak rata," katanya.

Exco Pulau Pinang mangsa terbaru Akta Hasutan

Audio Rosmah: Amboi mahalnya RM1,200 cat rambut


Bukan hanya ulama dan profesional yang penting dalam PAS - Abby Abadi

Anak Najib&Rosmah kahwini tunang 28 Mac?

Spekulasi mengenai majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak – Nooryana Najwa – dengan tunangnya Daniyar Kesikbayev kini semakin giat diperkatakan di kalangan pengguna Internet.

Spekulasi itu bertiup kencang selepas gambar yang dikatakan kad jemputan perkahwinan mereka, tersebar luas di media sosial.

Pejabat Perdana Menteri – apabila ditanya – masih membisu mengenai perkara itu. Ibu Daniyar juga enggan mengesah atau menafikan mengenai perkahwinan itu.

Dalam reaksi melalui emel kepada Malaysiakini, Maira Kesikbayev, melalui jurucakap di New York itu, berkata: "Kami tidak ada komen pada masa ini."

Jemputan perkahwinan itu diletakkan dalam kotak warna emas dan warna putih, termasuk skrol serta kad untuk mereka yang dijemput bagi mengesahkan kehadiran masing-masing.

Kad itu menyatakan bahawa perkahwinan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada jam 8 malam 28 Mac.

Nooryana dan Daniyar dilaporkan bertemu di Amerika Syarikat, di mana pasangan itu melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

Tinjauan Malaysiakini mendedahkan bahawa tempat KLCC untuk 28 Mac telah pun ditempah tetapi ia tidak dapat disahkan untuk siapa.

'#KitaLawan diteruskan pada 7 Mac' - kata Nik Nazmi, Adam Adli

'#KitaLawan diteruskan pada 7 Mac' - kata Nik Nazmi, Adam AdliKUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi mengesahkan perhimpunan #KitaLawan akan diteruskan pada 7 Mac.

Nik Nazmi ditemui setelah perbincangan beliau bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah dan lebih kurang 10 pegawai polis yang lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

“Setelah perbincangan dengan pihak polis, kita teruskan perhimpunan.

“Yang paling penting kita minta orang ramai untuk turun dan berhimpun esok (28 Februari) tapi kemuncaknya adalah pada 7 Mac.

Ditanya berapa ramai yang dijangka hadir, Nik Nazmi jawab dengan ringkas: "Seramai mungkin."

Turut hadir di IPD Dang Wangi adalah aktivis Anak Muda Adam Adli yang berkata perhimpunan akan diteruskan tanpa sebarang perubahan.

“Ia tetap akan diadakan di Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Sogo. Pihak polis sudah sedia maklum dengan apa yang akan berlaku. Hasil perbincangan itu, perhimpunan akan diteruskan tanpa sebarang perubahan,” katanya.

Anwar terima jemputan minum petang Diraja

Zahid cuba untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau dan seolah-olah menghalang tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mempersoal tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan bahawa hanya peguam negara bertanggungjawab untuk melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ini kontra dengan surat jemputan yang diterima Anwar selaku Ketua Pembangkang untuk menghadiri sesi minum petang Diraja bersama Agong. Surat itu diterima sehari selepas penghukuman diputus.
“Anwar sudah menerima surat jemputan minum petang Diraja dan ia adalah surat yang harus dihadiri oleh Anwar kerana beliau merupakan Ketua Pembangkang Parlimen,” kata Izzah yang juga memberitahu bapanya sepatutnya duduk bersebelahan Agong pada waktu itu.
Jelas Izzah, ini membuktikan Zahid cuba untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau dan seolah-olah menghalang tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang.
“Jabatan Penjara adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya Peguam Negara.
“Hanya KDN atau Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen.
“Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Kebenaran Anwar ke Parlimen bawah kuasa Zahid, bukan Peguam Negara

IMG_1824PETALING JAYA 27 FEB: Hanya Menteri Dalam Negeri atau Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Parlimen.
Oleh itu tegas Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Zahid Hamidi wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara.
“Datuk Seri Zahid telah diminta secara rasmi untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen pada 9 Mac hingga ke 9 April.
“Bagaimanapun, semalam, beliau menyatakan bahawa Peguam Negara yang perlu membuat keputusan dalam hal ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, tindakan Zahid itu salah dan satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau.
Ini kerana katanya, Jabatan Penjara adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Peguam Negara.
Jelas Nurul Izzah, selaku Ketua Pembangkang, Anwar perlu dibenar menjalankan tugas-tugas beliau ketika negara menghadapi pelbagai cabaran termasuk ekonomi malap, kejatuhan harga minyak mentah sehingga merudumnya nilai mata wang.

Benarkan Anwar ke Parlimen – MP Pakatan

PC PRPETALING JAYA 27 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibenarkan hadir ke Parlimen yang mula bersidang 9 Mac ini dan menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang, tegas Pakatan Rakyat.
Hari ini masuk hari ke-18 Anwar dipenjarakan, dan berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, beliau masih memegang kerusi Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang, tegas MP Padang Serai, N Surendran.
“Ini sudah pun disahkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sendiri.
“Jawatan Ketua Pembangkang diakui undang-undang dan perlembagaan. Ia merupakan bahagian penting sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan. Ketua Pembangkang wajib tidak dihalang dari menjalankan tugas-tugas beliau,” kata Surendran di ibu pejabat parti.
Sidang media itu juga dihadiri MP Pakatan yang lain – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Khalid Samad (Shah Alam merangkap Timbalan Whip PAS), Teresa Kok (Seputeh merangkap Timbalan Whip DAP) dan Tian Chua (Batu).

Ahli Parlimen Pakatan desak Anwar dibenar hadir Parlimen

18Hari ini masuk hari ke-18 pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara, warga antarabangsa dan juga Pakatan Rakyat bersatu mengecam pemenjaraan beliau dan menggesa agar beliau dibebaskan segera.
Jangan sesekali kita lupa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memimpin Pakatan Rakyat untuk memenangi 52 peratus undi popular dalam pilihanraya umum ke-13. Walau dipenjara, beliau masih mewakili suara dan harapan rakyat.
Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar masih memegang kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang. Ini sudah pun disahkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sendiri.
Apabila Parlimen bersidang pada 9 Mac 2015, Datuk Seri Anwar perlu dibenarkan hadir ke Parlimen dan menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Pembangkang. Inilah kehendak rakyat. Kehadiran Datuk Seri Anwar di Parlimen akan memastikan kepentingan rakyat akan terus diperjuang dan dipertahan.
Jawatan Ketua Pembangkang diakui undang-undang dan perlembagaan. Ia merupakan bahagian penting sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan. Ketua Pembangkang wajib tidak dihalang dari menjalankan tugas-tugas beliau.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah diminta secara rasmi untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen pada 9 Mac ke 9 April. Walau bagaimanapun, pada 26 Februari 2015 Datuk Seri Zahid telah membuat kenyataan bahawa Peguam Negara yang perlu membuat keputusan dalam hal ini.
Ini teramat salah dan satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau. Jabatan Penjara adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Peguam Negara. Hanya Menteri Dalam Negeri/Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen. Datuk Seri Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara.

'Solidariti ketua bahagian bukan tutup tekanan dalaman Umno'..???

Himpunan solidariti Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama barisan pemimpin Umno bahagian tiada kaitan dengan tekanan dalaman parti termasuk isu berkaitan keluarga pemimpin BN itu.

Sebaliknya ia diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada perdana menteri bagi berdepan tekanan antarabangsa dan pembangkang, kata seorang pemimpin Umno.

Sambil menegaskan "tiada perpecahan dalam Umno", ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata pertemuan 8 Mac ini bertujuan bertukar-tukar fikiran demi keutuhan parti dan pentadbiran negara.

"Tidak (ada kena mengena dengan perkara itu). Sebenarnya kami mencadangkan supaya pertemuan itu diadakan setahun dua kali. Kami mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan maklumat untuk mempertahankan parti.

Ahmad Awang: Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'

 Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

Di mana hasilnya?

Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.

Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.

My Dream for Malaysia and the World. Opposition Leader Anwar Ibrahim

'Izinkan Anwar minum teh bersama Agong'

Peguam: Menteri berkuasa izin Anwar ke Parlimen bukan AG

Polis minta penganjur 'Kita Lawan' tak himpun di Sogo, perhimpunan tetap diteruskan...


Harta Najib: Adakah benar ia warisan keluarga, atau bukan?

oleh Ng Kee Seng
Sebuah kenyataan yang didakwa ditandatangani empat adik lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi meletakkan Najib dalam kedudukan sukar.
Apakah seterusnya yang menimpa Najib apabila empat adiknya sendiri pun menafikan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM)  yang mendakwa kekayaan Najib datang daripada warisan keluarga.
Empat adik Najib iaitu Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir berkata: “Kami memandang serius apabila ada artikel dan berita baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi berhubung warisan harta yang ditinggalkan bapa kami Tun Abdul Razak.
“Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara.
"Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka. Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini.”
The Malaysian Insider mendakwa kenyataan itu dihantar kepada mereka pada malam 24 Februari.
Siapakah yang rakyat Malaysia akan percaya? Najib atau empat adiknya?

Hutang: Mampukah siasatan PAC beri impak sebenar kepada 1MDB?


Penelitian terhadap dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin rapi apabila pertama kali Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta Ketua Audit Negara menjalankan audit terhadap syarikat yang mendapat sokongan kerajaan itu yang kini menanggung hutang, tetapi wakil rakyat pembangkang mempersoalkan sama ada pihak yang menyebabkan syarikat itu berhutang akan dipertanggungjawabkan.

 Walaupun mengalu-alukan tindakan siasatan itu, apa yang terbaik dapat rakyat harapkan daripada siasatan rasmi terhadap 1MDB itu ialah syarikat itu tidak menyusahkan negara dengan hutang lagi, kata wakil rakyat PKR Rafizi Ramli.

Berdasarkan kepada trend sebelum ini, tindakan audit negara yang tidak meliputi pembaziran, ketirisan dan prosedur diragui dalam badan kerajaan menyebabkan kemarahan rakyat, tetapi hanya sedikit tindakan punitif dan pemulihan diambil.

 Dalam satu kenyataan PAC semalam berkata ia juga akan melancarkan siasatan terhadap 1MDB, selepas Ketua Audit menjalankan audit terhadap syarikat bermasalah itu.

Tetapi persoalannya ialah sejauh mana keberkesanan PAC dalam mengendalikan masalah 1MDB sejak siasatannya terdahulu tidak menyaksikan pihak yang bertanggungjawab dihukum.

Kumpulan perkenal cara baru kenali wakil rakyat


Bolehkah anda bergantung kepada ahli Parlimen untuk mengundi sesuatu yang penting bagi anda, contohnya untuk meluluskan pelaksanaan hukum Islam di negara ini atau cukai baru kepada pengguna?
Satu kumpulan menamakan diri mereka Kuasa, merancang membantu rakyat mengenali kecenderungan politik ahli Parlimen, sebaik ia selesai menjalankan satu kajian baru tahun ini yang meneliti pendirian individu setiap ahli Parlimen Malaysia berhubung isu tertentu.

Kajian tersebut bertujuan menggubal satu peta kedudukan politik bagi setiap 165 ahli Parlimen di Semenanjung, yang diharap akan memaklumkan pengundi berkenaan wakil rakyat yang mereka undi, kata Ketua Eksekutif Kuasa, Praba Ganesan.

Kajian mereka itu bagaimanapun menerima kritikan daripada pemimpin atasan Barisan Nasional Perak yang mempertikaikan hasil satu kajian berbeza dibuat kumpulan itu sebelum ini berkenaan wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam kajian mereka pada Mac dan Oktober 2014, Kuasa mengkaji kadar respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak dan Selangor terhadap aduan yang dihantar melalui emel, Facebook dan Twitter.

 Kajian mendapati 16 daripada 59 dan 6 daripada 56 Adun Perak dan Selangor masing-masing gagal memberi respons kepada aduan yang dihantar melalui tiga saluran itu.
Ini termasuk wakil rakyat terkemuka seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kajian pusingan ketiga berhubung perkara itu akan dijalankan bulan depan, kata Praba, tetapi kali ini ia akan melibatkan ahli Parlimen pula. Kumpulan tersebut kemudiannya akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang kedudukan politik ahli Parlimen di Semenanjung bermula Jun.

"Kami ingin menunjukkan kepada pengundi yang terdapat pelbagai pandangan yang diambil pemimpin politik dan politik bukan hanya tentang Barisan Nasional melawan Pakatan Rakyat," kata Praba kepada The Malaysian Insider.

Hasil dipertikaikan Dalam kajiannya tentang kadar respons tahun lepas, sukarelawan Kuasa menyamar sebagai pengundi yang memerlukan bantuan, dan menghantar mesej kepada semua 115 Adun Perak dan Selangor sama ada melalui emel, Facebook atau Twitter.
Wakil rakyat itu kemudiannya digredkan dengan warna hijau, oren atau merah, bergantung kepada tahap efektif mereka memberi respons melalui sekurang-kurangnya satu saluran.

Pas Batu mahu Abdul Hadi jadi Mursyidul Am

Ishak Surin
Di tengah-tengah kemelut Pas dengan PasMa tiba-tiba ada satu bahagiannya menyarankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi presiden.
Pas Kawasan Batu melalui Yang Dipertuanya, Ishak Surin mahu Abdul Hadi berbuat demikian pada pemilihan Muktamar Pas ke 61 Mei ini.
Katanya, ia bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar itu.
"Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ishak seterusnya memberitahu, sesuai dengan kedudukan Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.
Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini, katanya.
"Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yang positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas," ujarnya.
Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

Paul Phua warganegara Montenegro....kenapa Menteri KDN sebok hantar surat ke FBI..!!!

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan fail rasmi di Montenegro, Paul Phua, secara teknikalnya, bukan lagi warganegara Malaysia.

Bukti baru berkaitan dengan rangkaian perniagaan Phua di Montenegro dan hubungan dengan pegawai tinggi kerajaan di negeri Balkan itu, menunjukkan dia telah menjadi warganegara Montenegro.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan dua kerakyatan, dan sesiapa yang menerima kewarganegaraan negara lain, secara otomatik, hilang kerakyatan Malaysia.

Menurut laporan siasatan oleh portal berita popular Montenegro, Vijesti, Phua telah diberikan kewarganegaraan Montenegro selepas dicadangkan secara peribadi kepada Perdana Menteri di negara ini, Milo Đjukanović.

Phua, yang didakwa seorang anggota kanan kongsi gelap antarabangsa, menerima kerakyatan Montenegro kerana beliau adalah seorang yang "berkepentingan khas bagi negeri itu, saintifik, ekonomi dan lain-lain kepentingan Montenegro."

Dia dianugerahkan kewarganegaraan Montenegro antara Oktober 2013 dan Oktober 2014.

Harta Pusaka: Kenapa media arus perdana nafi adik PM hak untuk menjawab?

Dengan tidak menyiarkan kenyataan oleh empat adik beradik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, maka media arus perdana telah melanggar peraturan asas kewartawanan, iaitu hak untuk menjawab.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin (kanan, bawah) berkata empat adik beradik Najib itu hanya menjawab apa yang telah diterbitkan mengenai bapa mereka di akhbar-akhbar berkenaan dan di tempat lain.

"Adalah jelas bahawa media arus perdana telah tidak mengamalkan hak untuk menjawab," katanya kepada Malaysiakini berhubung sekatan media terhadap kenyataan adik beradik Najib itu.

Dalam kenyataan itu, Nazir, Johari, Nizam, dan Nazim Razak menyuarakan keprihatinan mereka terhadap penjelasan Pejabat Perdana Menteri kepada New York Times (NYT) bahawa kekayaan Najib datangnya daripada peninggalan arwah bapa mereka, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Kadir berkata sekiranya akhbar-akhbar berkenaan tidak menyiarkan kenyataan PMO, maka mereka tidak ada obligasi untuk menyiarkan jawapan adik beradik Najib itu. Bagaimanapun, jika sebaliknya, maka mereka harus berbuat demikian.

"Apa yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah mesti ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan kenyataan PMO itu untuk mendorong mereka, bukan setakat menjauhkan diri dari isi kandungan kenyataan itu, tetapi juga untuk menuduh ianya telah mencemarkan imej arwah bapa mereka," katanya. 

Hutang: Kabinet tidak lulus pinjaman RM3 bilion untuk 1MDB

Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sarat dengan hutang, menyempitkan lagi pilihan pembiayaan bagi pelabur strategik itu untuk membayar balik hutang pada masanya.

The Malaysian Insider difahamkan, majoriti menteri semasa mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.
"Kabinet menolak cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1MDB," sumber memberitahu The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi. 

Sumber lain turut mengesahkan keputusan Kabinet itu, yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2009 bagi membuat pelaburan dalam sektor ekonomi utama di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pilihan makin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak boleh mengumpul dananya sendiri sekarang.
Ia pada dasarnya memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang sahamnya, iaitu kerajaan," kata sumber lain.

Najib, yang juga menteri kewangan, mengetuai lembaga penasihat 1MDB, yang setakat ini menceburi dalam dua pembangunan hartanah yang besar di Kuala Lumpur dan memiliki 15 loji tenaga dan air di rantau Asia.

Berita buruk buat 1MDB Keputusan Kabinet itu merupakan satu lagi berita buruk bagi 1MDB, beberapa hari selepas agensi berita Bloomberg melaporkan bon syarikat itu diniagakan seperti sampah ketika pelabur tiada maklumat jelas berhubung rancangan syarikat itu menutup perniagaannya dan menjual asetnya.

1MDB berkata minggu lalu ia tidak akan menjalankan sebarang pelaburan baru selepas ia membentuk entiti yang berasingan bagi projek hartanah dan memperoleh pulangan tunai daripada penjualan perniagaan tenaganya.

Ia membayar balik hutang RM2 bilion pada 13 Februari dengan pinjaman daripada hartawan Malaysia T Ananda Krishnan tetapi itu tidak menyelesaikan masalah bagi firma itu, yang mempunyai jumlah hutang melebihi RM42 bilion, khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan juga aliran tunai negatif RM2.25 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014.

UMNO & "Taubat Secukupnya"


Bila si JAHIL agama ingin berbicara ttg agama..

Bolehkan ostad aji Ismail Sabri huraikan apa yg dimaksudkan dgn "Taubat Secukupnya". Bagaimana kita nak tahu taubat itu dah secukupnya ???.. Hebat ilmu2 pemimpin UMNO berpaksikan Islam Wasatiyyah...

Pernahkah ostad aji Ismail Sabri nasihat kpd PM Najib Razak & ROSMAH supaya "Taubat Secukupnya".. Cuba bandingkan antara keluarga Anwar & Najib, siapakah yang sepatutnya disuruh "Taubat Secukupnya" !!!