Khamis, 26 Februari 2015

Tahniah kepada mereka YANG KAYA BERTAMBAH KAYA..

Rakyat bagaimana ??? Rakyat, sendiri mau ingat...

JANGAN RISAU, slps GST dilaksanakan pendapatan rakyat akan meningkat. Siapa kata camtu.. Ayahanda PM Najib Razak...

InsyaAllah slps 100 tahun GST dilaksanakan di M'sia rakyat M'sia akan jadi 'billionaire' spt mereka...

Bom jangka 1MDB: Kata dua buat PM Najib

DR DZULKEFLY AHMAD


Benar 1MDB akhirnya telah melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada konsortium perbankan yang diketuai oleh Maybank Berhad dan RHB Bank Berhad pada 13 Februari lalu. Hutang itu hampir diisytihar sebagai ‘hutang tak berbayar’ atau NPL andainya sekali lagi 1-MDB ‘defaulted’ atau culas membuat bayaran.
Persoalan yang masih jadi tandatanya pelbagai pihak ialah siapa yang membayarnya? Lebih menekankan lagi ialah apakah 1MDB mampu membayar hutang-hutangnya selepas ini? 1MDB tidak akan lagi diberi pinjaman oleh institusi perbankan mengikut penegasan pihak bank kerana risiko ‘default’ yang terlalu tinggi.
Membayar hutang bon sebanyak RM2b itu, tidak meletakkan 1MDB keluar dari kemelut, sebab hutang korporatnya hampir RM42b. Ansuran bayaran faedah dan kupon bon setiap tahun adalah sebanyak RM2.31b, sementara aliran tunai 1MDB adalah dalam negatif - RM2.25b mengikut laporan kewangan yang berakhir 31 Mac 2014.
Aset dari Penjana Tenaga Bebas yang mereka perolehi tidak cukup untuk menjana aliran-tunai, seperti yang diajngka pelbagai pihak kerana membuat perolehan denga harga yang teralu mahal. 1MDB minggu lalu juga mengakui mungkin terpaksa menjual aset-asetnya.
Meskipun telah diberitakan bahawa jutawan Tan Sri Ananda Krishnan telah membuat suntikan sebanyak RM2 bilion, berita tersebut dinafikan oleh Arul Anand Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Perkara tersebut tidak dapat disahkan kerana Arul enggan membuat penjelasan bahkan menafikan berita tersebut sebagai khabar angin.
Arul juga menggunakan hak ‘kerahsian’ atau ‘confidentiality’ akan segala urusan kewangan 1MDB seperti amalan lazim yang berkuatkuasa keatas semua entiti korporat, khasnya yang punya perjanjian ‘NDA’ atau Non-Disclosure Agreement’ dengan institusi kewangan atau bank.
Ada sumber dalaman menyebut bahawa 1MDB memerlukan suntikan tunai RM3 bilion dari Kementerian Kewangan (MOF) dan mungkin MOF tidak punya banyak pilihan kecuali untuk menyelamatkan 1MDB. Mengikut sumber pasaran kewangan, pihak kerajaan telah pun menerbitkan dua kertas perbendaharaan (treasury bills) pada jumlah yang besar dalam waktu terdekat.
Pada 2 Februari lalu YB Pandan, Rafizi Ramli telah mendedahkan tentang satu lagi hutang 1MDB kepada satu konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank. Hutang tersebut sebanyak RM3.6 bilion perlu dibayar menjelang September 2015 ini.
Pengambilan hutang ini disandarkan kepada dana yang bakal diperolehi dari pasaran saham apabila penyenaraian anak-anak syarikat tenaga bebas 1MDB dilakukan. Dengan terbatalnya cadangan itu, 1MDB sekali lagi berdepan kemelut hutang. 1MDB tidak lagi mampu ‘mengorek lubang baru bagi menutup lubang lama’.

SENANG JADI PEMIMPIN, buat muka tebal songlap duit rakyat !!!

WOWW !!!.. kadar pengangguran negara kita lebih tinggi dari Vietnam, S'pore, Laos, Brunei, Thailand & Kemboja Emotikon like
JANGAN RISAU, dgn adanya cukai GST 6% nanti kadar pengangguran 'DAPAT DIKURANGKAN' kerana Najib pernah kata " dgn pencukaian GST ..
1) bantu jamin masa depan negara
2) boleh tingkatkan pendapatan rakyat
3) bantu KERAjaan kurangkan hutang negara..

HERO PENYELAMAT NEGARA kerana dgn GST NEGARA TAK AKAN BANGKRAP !!!

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA untuk pertingkatkan pendapatan ANDA !!!.. Sudah pasti GST lah pilihan terbaik..

Pemimpin yang berjiwa rakyat SANGGUP KENAKAN GST TERHADAP RAKYAT.. Inilah satu cara nak pertingkatkan pendapatan rakyat.

Najib juga HERO PENYELAMAT NEGARA kerana dgn GST NEGARA TAK AKAN BANGKRAP !!!

Sokonglah saya, kerana sokongan anda DAPAT MERINGANKAN BEBAN ISTERI SAYA BERDANDAN RAMBUT RM1,200

KALAU TAK PUTAR BELIT Bukan UMNO Namanya..


Adakah rakyat mudah diperbodohkan oleh pemimpin2 UMNO yg bersifat lidah bercabang ???

Anda nilaikanlah sendiri bila pemimpin UMNO menipu membelit sudah menjadi makanan ruji seharian mereka...

Australia beri pertimbangan ekstradisi Sirul

Peter Dutton menekankan bahawa permohonan ekstradisi melalui proses perundangan yang rumit.

datton-sirul2PUTRAJAYA: Kerajaan Australia akan memberi pertimbangan terhadap sebarang permohonan ekstradisi termasuk yang melibatkan bekas anggotapasukan elit polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati ataskesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Peter Duttonmemberitahu, kerajaan Australia akan memberi pertimbangan terhadapsebarang permohonan dan nasihat tetapi menekankan bahawa ia melaluiproses perundangan yang rumit.
Ketika mengesahkan kepada para pemberita bahawa soal ekstradisi Sirulmenjadi topik yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Menteri DalamNegeri, Datuk Seri Ahmad Zajid Hamidi, Dutton berkata: “Berhubungperkara ini, ia mungkin mengambilsedikit masa. Kami perlu menghormatiundang-undang negara kamu.”
“Ada sistem perundangan yang perlu dilalui,” tambahnya, lapor Bernama.
Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada2006 dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Selepas rayuan, pada 23 Ogos 2013 Mahkamah Rayuan membebaskankeduanya, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu mengekalkansabitan bersalah dan hukuman mati.
Sirul bagaimanapun tidak hadir pada sesi pendengaran terakhir diMahkamah Persekutuan, dipercayai melarikan diri ke Ausralia.

Harta Pusaka: Akhbar arus perdana tidak siar kenyataan adik Najib

Akhbar arus perdana hari ini didapati tidak menyiarkan kenyataan oleh empat orang adik beradik Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan harta pusaka peninggalan bapa mereka, Tun Abdul Razak Husin.

Semakan Malaysiakini mendapati kenyataan yang membela Tun Razak sebagai seorang yang berjimat-cermat tidak dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star.

Rata-rata akhbar berbahasa Cina bagaimanapun mengambil sikap bertentangan dengan menyiarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dihantar menerusi emel Datuk Seri Nazir Razak pada Selasa lalu sekitar jam 8.30 kepada pengarang kanan media, namun didapati masih tidak diterbitkan dalam akhbar yang disebutkan itu sehingga hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar atas nama Nazir Razak, Johari Razak, Nizam Razak, Nazim Razak – tanpa disertai nama Najib Razak.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan spekulasi bahawa berlaku keretakan dalam hubungan keluarga perdana menteri.

Kenyataan itu diedarkan kepada media susulan laporan New York Times yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tentang sumber kekayaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

New York Times menyebut, PMO memaklumkan kepada mereka bahawa sumber kekayaan Najib dan isterinya sebahagiannya datang daripada harta pusaka peninggalan keluarga.

Majlis Peguam tolak tawaran debat Shafee kerana melanggar etika

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menolak tawaran untuk berdebat dengan ketua pendakwa dalam kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Katanya, seorang pendakwa raya tidak sepatutnya tampil untuk berdebat seperti itu kerana ia satu tindakan yang melanggar etika.

Leong berkata demikian bagi mengulas tawaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek untuk menganjurkan debat di antara beliau dan Shafee.

Katanya, seorang pendakwa raya mewakili kerajaan dan rakyat, maka setiap penjelasan mengenai berkenaan perlu dibuat secara “tanpa emosi, berhati-hati dan tenang”.

“Tentu sekali tidak bertempat kalau diadakan jelajah atau debat,” katanya.

Katanya, program seperti itu mungkin akan “memalukan atau menjejaskan keyakinan umum” ke atas institusi badan pendakwaan.

“Adakah sesuatu perintah kepada seseorang pendakwa untuk menjalankan pendakwaan memberi lesen untuk menjalankan kecaman secara umum ke atas seorang individu yang disabit kesalahan dan dipenjara?

“Adakah pendakwa yang diberi perintah ini turut diberi kuasa untuk menjalankan aktiviti sebegini?,” soalnya.

Rosmah Mula Menyusahkan Semua Orang

Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor akan mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung mereka, Nooryana Najwa pada penghujung Mac depan.

Beberapa majlis  sudah diatur iaitu untuk tetamu diraja, jemputan luar negara, pemimpin kerajaan, korporat, pemimpin dan ahli UMNO serta pengundi di Pekan.

Tetapi kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai mengenai kekayaan dan sumber kewangan Perdana Menteri semakin menjadi perbualan, bukan saja dalam negara bahkan sudah merebak seantero dunia.

Ia tidak lagi mengenai kos cat rambut (sebagaimana yang disebut oleh Rosmah walaupun istilah yang sebenarnya ialah mewarnakan rambut) atau upah menempah baju, pemilikan barang kemas, beg tangan atau pembelian hartanah mewah di AS, tetapi kini turut berjangkit kepada isu harta peninggalan Almarhum Tun Razak, bekas Perdana Menteri kedua yang juga merupakan bapa kepada Najib.

Berikutan jawapan Pejabat Perdana Menteri atau PMO kepada New York Times bahawa kekayaan dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan dalam pelbagai media, sebahagiannya adalah merupakan harta pusaka bapanya, keempat-empat adik Najib lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak tanggapan tersebut.

Keempat-empat adik Najib secara jelas menyatakan bahawa bapa mereka terkenal dengan sifat jimat-cermat dan intergeriti yang tinggi serta melahirkan rasa bimbang mengenai spekulasi harta peninggalan itu.

Jika difahami kenyataan bersama empat adik Najib itu jelas tertumpu kepada semakin meningkatnya pelbagai pendedahan mengenai kemewahan dan gaya hidup yang diamalkan oleh kakak ipar mereka, Rosmah Mansor.

Ini kerana yang ternampak bermewah bukan Najib dan anak-anaknya tetapi lebih melibatkah Rosmah dengan anaknya bersama suami terdahulu, Reza Aziz yang merupakan anak tiri Perdana Menteri.

Sebaliknya anak-anak Najib, sama ada daripada perkahwinan terdahulu atau dengan Rosmah, tidak pula kedengaran mengamalkan gaya hidup mewah dan memiliki hartanah yang mahal-mahal.

Sirul persulit komplot pembunuhan Altantuya

Oleh Subky Latif
PEMIKIRAN polis dilihat tak sekata tentang perkembangan baru berhubung dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu berikutan Sirul Azhar Umar, seorang daripada dua yang dijatuhi hukum bunuh membunuhnya melepaskan diri ke Australia.
    
Sirul yang lari itu dikatakan mahu memberi cerita tambahan atas kes itu. Dipercayai boleh melengkapkan rahsia pembunuhan. Semua menyangka kisah pembunuhan itu belum terdedah sepenuhnya sekalipun mahkamah lama membicarakan kes itu.
   
Apa cerita yang Sirul simpan menyebabkan kerabat polis tidak sekata. Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan berpendapat, patut dibuka semula kertas penyiasatan. KPN sekarang kata tak perlu, memadai dipantau saja.
    
Gara-gara Sirul terlepas daripada kerajaan dan polis Malaysia, kes pembunuhan Altantuya jadi tidak selesai lagi.
   
Percanggahan pandangan antara pemimpin polis sekalipun Musa bukan polis lagi tetapi dia adalah pemimpin polis dulu. Jika polis berbeza pendapat tentang sesuatu dalam kes bunuh itu, maka apa lagilah orang bukan polis yang memerhatikan perkara itu sejak awal yang mengesyaki banyak perkara yang belum terbongkar.
    
Sirul kini bukan sekadar orang yang sudah dijatuhkan hukuman bunuh, tetapi dia boleh menjadi saksi yang amat penting dalam kejadian itu.
   
Orang bukan tidak percaya Sirul terlibat dalam pembunuhan itu tetapi orang mahu tahu apa yang menyebabkan Sirul boleh terlibat dalam pembunuhan itu sedang dia adalah seorang warga polis yang tugasnya pula spesyel.
      

Ahli PAS lega tiada gabungan

Oleh Abd Shukur Harun
Penegasan pemimpin kanan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang disiarkan dalam pelbagai media sangat melegakan.
“Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti,” kata Naib Presiden itu dalam kenyataannya untuk menjelaskan keadaan sebenar bagi meredakan kebimbangan pelbagai pihak mengenai kemungkinan PAS dan Umno bergabung.
Saya kira, penegasan Tuan Ibrahim itu sangat tepat pada waktunya di mana khabar angin PAS-Umno bakal bergabung - dalam facebook, twitter, dan WhatsApp, serta percakapan umum di mana saja – sedang rancak diperkatakan mengenai isu ini.Media yang dikuasai parti Umno/BN pula memainkan isu ini, malah melaga-lagakan di antara sesama pendukung PAS untuk keuntungan politik.
Kenyataan bijaksana Tuan Ibarhim telah meredakan keadaan dan sekaligus menyelamatkan PAS sendiri dari pelbagai andaian, tuduhan dan teka teki.
Maknanya di sini bahawa PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan ini adalah suatu yang sangat wajar.
Kata Tuan Ibrahim: “Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.
Katanya, sudah banyak kali ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. “Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini saja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal”.
Bahkan, Presiden PAS, katanya, telah menegaskan di dalam Muktamar PAS yang lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Perkara dasar begini, kata Tuan Ibrahim, mesti melalui keputusan muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.
“Jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.
“Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?

Kerajaan Umno Terengganu Jangan Guna Imej Agama Untuk Sorok Pembaziran


GANTI menyokong segala usaha pentadbiran kerajaan negeri Terengganu di bawah YAB MB Terengganu menguatkuasakan undang undang kawalan pakaian mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) 2001 bagi membendung gejala tidak sopan dan masalah sosial.
Undang undang yg diusahakan oleh PAS itu sudah terlalu lama wujud tanpa dikuatkuasakan. Sekarang dengan kesedaran serta kecenderungan rakyat, semakin ramai yg menginsafi hanya dengan kembali menghayati syariat agama lah adalah diharap dapat membendung merebaknya permasalahan sosial.

Dalam pada kecenderungan kembali ke landasan agama cuba dizahirkan, GANTI ingin menegur ketirisan perbelanjaan wang rakyat yang berterusan, diskriminasi agihan bantuan bermotifkan politik hingga menjadikan mereka yg lemah sebagai mangsa, pengurusan agihan kutipan wang zakat kpd asnaf yg masih lemah dan menyusahkan, penerusan projek projek ratusan juta yang membazir, kenaikan dalam bayaran bayaran seperti lesen perniagaan yang melambung berlipat kali ganda. Dalam keadaan negara dikatakan kekurangan wang, Majlis Bandaraya dan lain lain PBT dikatakan tidak cukup wang, sudah kedengaran pelbagai projek baru yg membazir sedang dirancang.
Antara lain adalah cadangan merobohkan mercutanda di Bukit Besar Kuala Terengganu iaitulah binaan struktur lampu ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU untuk memberi laluan pembinaan yg baru mengikut cita rasa YAB Menteri Besar sekarang pula. Binaan ini dijangka bernilai jutaan ringgit.

Putrajaya trying to kill any kind of opposition

Its shotgun approach is initiated by Umno and is probably not supported by other BN parties.

By Koon Yew Yin
malaysian flag2This morning I listened to a local business station which carried an interview with Tom Greatex. He is a British Labour Party politician who is head of the All Party Committee on Malaysia of the UK Parliament. In the interview, although cautious, Greatex expressed great concern with the recent human rights record of the Malaysian Government, especially after all the big talk by the Prime Minister of doing away with the Sedition Act, of political reform and being moderate.
His visit follows the recent statement by the British Foreign Minister who, immediately after the Federal Court’s confirmation of Anwar Ibrahim’s conviction, said that Anwar’s case “raises worrying questions about the independence of the judiciary and rule of law in Malaysia. … The integrity of the rule of law is a key part of its success, as are the values of moderation and tolerance. We encourage Malaysia to recognise the importance of international confidence in its judicial system and to restore trust in its commitment to human rights.”
This is diplomatic language for saying that there is little or no international confidence in our judicial system when it comes to dealing with the opposition. It is also a polite way of saying that the Brits do not trust our commitment to human rights.
Britain is not the only country that has expressed concern. Our printed media has tried to minimize or even suppress them, but strong words have also come from European Union countries, the United States, Canada, Australia, New Zealand, etc. Stronger criticism on the Anwar case has come from human rights groups such as Amnesty International and the International Federation for Human Rights, which have called the verdict “disgraceful” and a “black day” for justice.
But what happened in the Anwar case is really the tip of the iceberg in terms of the government’s attempt to kill off the opposition. To date, this drive has netted a wide range of government critics, not just among politicians. Thus we have student leaders such as Adam Adli Abdul Halim , Fariz Musa, human rights lawyer Eric Paulsen, Bersih activist Hishamuddin Rais and cartoonist Zunar being charged with sedition.

Satu lagi gelombang kemewahan Rosmah bakal ditayang

Jadi, Shahbudin khuatir kemewahan yang mengaitkan harta peninggalan Tun Razak, bakal mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri yang juga dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.

pmdaughterPETALING JAYA: Sebaik berita mengenai majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa diuar-uarkan, para penulis seakan-akan sudah mendapat satu lagi menu untuk dikunyah.
Kini, kita hanya perlu menunggu satu lagi pusingan berita mengenai gelombang kemewahan Rosmah yang kini pasti sedang khusyuk dengan persediaan memeriahkan perkahwinan anaknya yang bakal bersuamikan warga Kazhakstan.
Penulis dan Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menerusi entri terbaru di shahbudindotcom.blogspot.com., menyatakan beliau melihat perkahwinan ini selain mendedahkan kemewahan kekayaan Rosmah, ia turut berpotensi menjadikan hubungan kekeluargaan di antara Najib dan adik-beradiknya juga retak.
Ini berikutan pengakuan Najib kepada New York Times bahawa kekayaan dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan dalam pelbagai media, sebahagiannya adalah merupakan harta pusaka bapanya yang terus mengundang penafian daripada keempat-empat adik Najib yang lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak tanggapan tersebut.
Shahbudin menyatakan keempat-empat adik Najib secara jelas menyatakan bahawa bapa mereka terkenal dengan sifat jimat-cermat dan intergeriti yang tinggi serta melahirkan rasa bimbang mengenai spekulasi harta peninggalan itu.
Malah istilah bermewah yang sering kali dijaja tidak pernah dikaitkan dengan Najib atau anak-anaknya tetapi hanya melibatkan Rosmah dan anaknya bersama suami terdahulu, Reza Aziz yang merupakan anak tiri Perdana Menteri.
Jadi, Shahbudin khuatir kemewahan yang mengaitkan harta peninggalan Tun Razak, bakal mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri yang juga dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.
Antara rujukan rekod bapa Najib yang dikongsi ialah dalam penulisan beliau ialah bagaimana Tun Razak pernah menolak pembinaan kolam renang untuk kegunaan anak-anaknya menggunakan duit kerajaan di Seri Taman atas alasan berjimat cermat dan tidak mahu menyalahgunakan wang kerajaan.

Audit segera dana 1MDB, gesa PAC

Jawatankuasa Parlimen mendesak Jabatan Audit Negara menjalankan segera audit terhadap syarikat pelaburan yang dilanda kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ia menyiasat.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenal pasti isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion seperti dilaporkan.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC juga ingin siasatan pada perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan status wang yang disimpan di Cayman Islands.

Audit itu juga akan menggali punca sebenar pertukaran firma  antarabangsa yang bertanggungjawab meluluskan akaun tahunan 1MDB.

PKR cuba sekat suntikan RM3 bilion pada 1MDB

PKR merancang menyekat suntikan dana baru RM3 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga pengendalinya bertanggungjawab atas masalah hutang syarikat pelaburan nasional itu.

Naib presidennya Rafizi Ramli bercadang mengusulkan langkah sedemikian dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan untuk memaksa semua yang terlibat meletakkan jawatan.

"Pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan keputusan 1MDB wajarlah meletakkan jawatan sebelum kerajaan bersetuju untuk menyuntik RM3 bilion tambahan," kata ahli parlimen Pandan hari ini.

"Saya akan memfailkan usul dalam sidang Parlimen akan datang supaya tidak ada sebarang suntikan dana baru ke dalam 1MDB sehinggalah ada pertanggungjawaban atas kegagalan 1MDB."

Dalam kenyataannya, Rafizi menggesa mereka ini berundur daripada syarikat itu, milik penuh Kementerian Kewangan:

- Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mengosongkan jawatan menteri kewangan,

- Semua ahli lembaga pengarah 1MDB

Rafizi juga mencadangkan agar pengarah 1MDB, yang meletakkan jawatan, tidak dilantik semula di lembaga pengarah anak syarikat atau agensi milik kerajaan.

PM mahu saman Harakah isu 1MDB, anak tiri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam untuk mengemukakan saman ke atas lidah rasmi PAS berhubung tulisan yang mengaitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan anak tirinya.

Surat tuntutan Najib diserah kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakub jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Laporan sama menyebut surat tuntutan itu dibuat Najib atas kapasiti peribadinya berhubung artikel 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?'.

Artikel bertarikh 12 Februari lalu yang ditulis Rosli mengaitkan syarikat pelaburan nasional itu dengan filem anak isterinya Rosmah Mansor.

Selain Rosli, turut dinamakan dalam surat tuntutan itu adalah Ketua Pengarang Harakah, Taufik Yahya.

Surat tuntutan itu difailkan oleh firma Hafarizam Wan Aishah dan Mubarak.

Ia antara lain menuntut dua individu tersebut serta Harakah untuk menarik kembali artikel itu, berhenti daripada mengulangi kenyataan fitnah dalam artikel itu, menyiarkan permohonan maaf mengikut syarat Najib dan berjanji untuk tidak mengulangi kenyataan tersebut.

Bagaimana pun, tiada sebarang jumlah saman dinyatakan dalam surat itu.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan satu saman difailkan terhadap mereka.

Rosli dalam artikel itu memetik laporan New York Times baru-baru ini yang menghuraikan tentang aktiviti hartawan Jho Low di New York.

Memetik persahabatan Jho Low dan Riza, Rosli mempersoalkan sumber kewangan Riza dalam membikin dua buah filem di New York.

Selain surat tuntutan ini, Najib sebelum ini juga menghantar surat tuntutan kepada MP Pandan, Rafizi Ramli dan MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Tony dan Rafizi juga menerima surat itu berhubung kenyataan mereka tentang 1MDB.

Selain itu, Najib juga pernah mengemukakan tuntutan sama di atas kapasiti peribadinya terhadap Malaysiakini berhubung krisis menteri besar Terengganu.

Perginya seorang murabbi, Terhentikah perjuangannya?


Media arus perdana pulaukan kenyataan adik-adik Najib


Bukan mudah bagi Anwar dapatkan pengampunan Agong


Putin arah pasukan khas Russia rampas MH370, kata pakar

Rambut Rosmah terus jadi sindiran pembangkang


Uji minda khas buat rakyat Malaysia YANG MASIH AMAN...

Ini tiada kena mengena sama ada yang jimat ataupun yang boros...

Qazaf ke atas Shafee: Nik Zawawi kata Wan Ji budak-budak..!!

PAC mahu Jabatan Audit Negara segera audit 1MDB

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Jabatan Audit Negara menjalankan audit segera terhadap syarikat pelaburan milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum jawatankuasa Parlimen itu memanggil syarikat berkenaan tidak lama lagi.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti isu utama yg memerlukan audit segera daripada Jabatan Audit Negara iaitu sumber dana berjumlah RM2 bilion bagi menjelaskan pinjaman daripada bank tempatan, suntikan dana baru daripada kerajaan berjumlah RM3 bilion, perjanjian pelaburan dalam syarikat Petrosaudi selain percanggahan kenyataan mengenai wang hasil pelaburan di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia atau tidak.

Jazlan berkata, ia juga termasuk perubahan firma audit antarabangsa untuk meluluskan akaun 1MDB.

 "PAC mahu Audit Negara menjalankan audit terlebih dahulu ke atas 1MDB sebelum kita memanggil mereka di hadapan jawatankuasa ini tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Nur Jazlan berkata, PAC berpendapat sudah sampai masanya Jabatan Audit Negara menjalankan audit terhadap isu berkenaan memandangkan terdapat pelbagai khabar angin dan persepsi negatif timbul hingga membabitkan imej kerajaan.
Katanya, perlu diingatkan 1MDB merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan segala wang yang digunakan bagi tujuan operasi dan pelaburan syarikat itu adalah milik rakyat.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar dan kerajaan perlu telus dalam hal 1MDB, jika benar segala pelaburan dan operasi syarikat ini sah, biarlah ia disahkan sendiri jabatan kerajaan iaitu Jabatan Audit Negara," katanya.

Hari ini, DAP mempersoalkan Juruaudit KPMG yang didakwa gagal melindungi kepentingan Putrajaya dan rakyat Malaysia kerana cuai menjalankan tugasnya memberi amaran berhubung usaha sama yang diragui antara 1MDB dan PetroSaudi International (PSI).

Keuntungan CIMB dah merosot ???..

KENAPA berita ini tak disiarkan di media massa seluruh negara agar rakyat tahu....

TETAPI abangnya si Najib kata ekonomi negara bertambah kukuh & stabil... Kukuh & stabil tang mananya ??? Kukuh & stabil untuk MEMBOROS & TIRIS dlm perbelanjaan negara lah gamaknya...

Yang KERAjaan UMNO/BN sibuk adalah dlm siri Jelajah Kes Liwat II itulah modalnya..

Motif Pembunuhan Altantuya: Siapa Arah UTK Sirul Azhar? Najib Razak Terlibat?

Hantu Altantuya bangkit langi. Kali ini berkeliaran mencari “watak-watak penting” disebalik pembunuhan ke atas dirinya. Kali ini semakin meningkat apabila akhbar di seluruh dunia terutamanya di Australia sudah mula menunjukkan minat dan memerhatikan secara dekat bagaimana pengakhiran kes pembunuhan Altantuya yang cukup berprofil tinggi di Malaysia ini.
Ini kerana sehingga ke hari ini motif pembunuhan Altantuya masih lagi tersimpul rapi dan “masih kabur berjerebu”. Sehingga Berita Semasa terfikir sejenak, siapa sebenarnya yang paling mendapat manfaat disebalik kematian Altantuya ini?
Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan jawapan yang agak kontroversi di mana kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dilihat memperlekehkan tindakan figura yang bernama Sirul Azhar pada ketika ini di Australia yang bagi Berita Semasa sendiri, tindakan Datuk Seri Najib Razak akan terus memberikan persepsi buruk terhadap dirinya dalam memebrikan jawapan kepada media.
Walaubagaimanapun, bagi Berita Semasa sendiri, jujur untuk mengatakan di sini yang mana Berita Semasa merasakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini.
  • Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu
  • Najib Razak hanya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Bagi Berita Semasa, jika ingin benar bermain dengan spekulasi, kita perlu kembali semula ke masa berlakunya pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 :

Siapa Yang Beruntung Disebalik Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?

  1. Apakah keadaan politik negara pada tahun 2006 ketika itu?
  2. Yang berkuasa?
  3. Yang tidak berkuasa?
  4. Yang hampir kehilangan kuasa?
  5. Yang hendak dinaikkan pangkat bagi mendapatkan kuasa?\Yang akan mendapat manfaat paling besar iklim politik pada ketika itu?
UTK adalah bertanggungjawab mengawal ketat keselamatan Perdana Menteri. Dikawal oleh siapa? Adakah sesiapa sahaja boleh mengangkat telefon dan memberikan arahan kepada pihak keselamatan UTK Perdana Menteri untuk pergi ke sana dan sini? Berita Semasa yakin dan percaya Perdana Menteri tidak mempunyai keberanian untuk terlibat dalam sesuatu yang rumit seperti ini. Apatah lagi beliau hanya selangkah sahaja lagi untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu.
Dan kita semak semula iklim politik hari ini pada tahun 2015?

PKR kecam tindakan SPR teruskan inkuiri awam


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang masih mahu meneruskan inkuiri awam terhadap persempadanan semula negeri Sarawak.
Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata, SPR sewajarnya menunggu keputusan semakan kehakiman ke atas cadangan itu.
“Sewajibnya SPR menunggu keputusan semakan kehakiman ke atas cadangan persempadanan semula oleh SPR sebelum ini.
“Lebih-lebih lagi memandangkan kredibiliti SPR yang tercalar teruk sehingga memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Jawatankuasa Parlimen Khas Reformasi Pilihan Raya pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, terdapat kelemahan dalam proses pelaksanaan Persempadanan negeri Sarawak.
“Kelemahan itu termasuklah proses persempadanan semula negeri Sarawak yang bermula pada 5 Januari 2015 merupakan proses penambahan kerusi pertama di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dilaksana tanpa penambahan kerusi Parlimen.
“Tindakan SPR yang mengubah Daerah Mengundi daripada satu kawasan parlimen ke satu parlimen yang lain juga bercanggah dengan seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19),” katanya.
Selain itu katanya, penukaran paparan maklumat dalam persempadanan kali ini di mana senarai lokaliti tidak disertakan di dalam notis SPR, berbeza dengan proses sebelumnya pada tahun 2005, mengundang dakwaan bahawa ada maklumat yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.

UMNO dinasihat selesaikan tuntutan royalti - Syed Rosli

Syed-Rosli-Syed-Harman-al-Jamalulail-600x360
Syed Rosli menasihatkan pemimpin UMNO supaya jangan buat baik kerana ada udang sebalik batu.

KUALA LUMPUR, 26 Februari:

UMNO dinasihat menyelesaikan dan memberi tuntutan royalti kepada rakyat Kelantan terlebih dahulu jika benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat negeri itu.
Perkara itu digesa oleh bekas calon Ketua Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail berikutan keputusan pucuk pimpinan UMNO yang memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.
Menurut Syed Rosli, tindakan itu membuktikan kepimpinan UMNO sememangnya tidak ikhlas membantu rakyat Kelantan.
“Jikalau ikhlas mahu membantu rakyat Kelantan, Kerajaan UMNO harus memberi tuntutan royalti minyak yang setelah berkurun lamanya dituntut oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang bertujuan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat Kelantan itu sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, selain menjejaskan amalan demokrasi, Rosli juga mendakwa PRK juga mampu menjana ekonomi rakyat Kelantan semasa tempoh kempen itu berjalan.

Hadir Parlimen: Anwar perlu rujuk peguam negara, bukan KDN, kata Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara bagi membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Kenyataan menteri dalam negeri itu bertentangan dengan kenyataan dibuat timbalannya Datuk Ser Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam yang mengatakan Anwar perlu membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Itu biarkan peguam negara buat tafsiran.

 Saya berbeza pendapat dengan kenyataan timbalan menteri saya yang membuat kenyataan sebegitu.
"Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik.

 "Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas perjumpaan dengan ahli Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran dan Lajnah Tahseh Al-Quran di Marina Putrajaya.

Semalam, Wan Junaidi memberitahu The Malaysian Insider, ketua pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara itu perlu membuat permohonan kepada Jabatan Penjara dan Parlimen sebelum KDN boleh membuat keputusan menimbangkan sama ada beliau boleh hadir ke Dewan Rakyat atau sebaliknya.
Menurutnya, ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih belum hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja pada Selasa.

Komplot guling Presiden Pas, Mat Sabu sedia beri keterangan jika dipanggil

Komplot guling Presiden Pas, Mat Sabu sedia beri keterangan jika dipanggil
BUTTERWORTH: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedia memberi keterangan kepada jawatankuasa khas parti berhubung dakwaan terlibat dalam komplot menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau hanya akan memberi keterangan kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Presiden Pas memandangkan perkara itu membabitkan masalah dalaman parti.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana masih belum dipanggil oleh jawankuasa khas tersebut untuk memberi keterangan.

“Saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas siasatan yang dipengerusikan Datuk Seri Abdul Hadi berkenaan segala tuduhan kepada saya kerana ia masalah dalaman parti, sekiranya diminta,” ujar Mohamad.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas penyebaran rakaman audio yang didakwa melibatkan komplot antara beliau dengan pemimpin Pas lain untuk menyingkirkan Abdul Hadi daripada jawatan Presiden.

Ketika ditanya mengenai kesahihan audio tersebut, Mohamad mendakwa beliau tidak tahu dan belum mendengarnya kerana berada di luar negara ketika rakaman audio itu mula tersebar di laman sosial.

MP Putatan: Banyak ‘buaya’ dalam BN

Marcus Mojigoh lebih rela terjun dari jambatan atau bangunan kerana buaya pembangkang lebih berbahaya

KOTA KINABALU: Wakil rakyat Putatan dan Naib Presiden Upko, Marcus Mojigoh bersedia terjun dari jambatan atau bangunan daripada menyertai pembangkang jika terus diberi tekanan atau gangguan oleh Barisan Nasional atas kenyataanya baru-baru ini tentang dasar kerajaan,
bnsabahprMarcus berkata menyertai parti pembangkang jauh lebih bahaya daripada Barisan Nasional, tetapi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak selesa dengan apa yang dikatakan, Marcus memberi amaran dalam nada sindir bahawa dia aka menunggu surat untuk terjun dari jambatan.
“Semakin mereka kacau saya, semakin saya akan buat kecoh. Jangan main-main dengan saya. Jika mereka mengacau saya, saya juga boleh membuat kacau,” tambah beliau.
Beliau membayangkan BN parti yang penuh dengan buaya tetapi masih boleh berhadapan dengannya manakala, buaya-buaya dalam pembangkang jauh lebih berbahaya dan boleh menelan saya.
Marcus berkata demikian selepas menyertai sambutan Tahun Baru Cina Unit Kebajikan UTC pada hari Rabu.
Marcus mengulas kenyataan Adun Petagas yang juga Timbalan Ketua Menteri, Yahya Hussin, bahawa beliau patut menyertai pembangkang kerana “mempersoalkan dasar kerajaan”.
Beliau juga menyentuh tentang debat di laman media sosial, Facebook, tentang sama ada beliau akan melompat dari periuk (BN) ke dalam api (Pakatan Rakyat) atau sebalinya.
Beliau menambah bahawa apa yang dikatakan oleh beliau dalam mengkritik BN adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kaitan dengan parti beliau Upko.
“Mereka boleh memberikan surat tunjuk sebab kepada saya kerana pandangan saya? Adakah mereka berani? Mereka tahu siapa saya. Saya tidak peduli sama ada mereka suka saya atau tidak. Saya dipilih oleh rakyat,” kata beliau.

PAS sokong pengampunan kepada Anwar

KUALA LUMPUR: PAS menzahirkan simpati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh keluarga beliau atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan kepada beliau.

"Pihak kami memahami bebanan berat dan perasaan yang ditanggung oleh keluarga  Anwar," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan pihak keluarga Anwar yang membuat permohonan pengampunan Yang di-Pertuan Agong itu bukanlah suatu perkara yang salah kerana hak itu dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia juga tidak bermakna mereka telah mengaku kalah dan bersalah tetapi ia adalah salah satu langkah yang diambil dalam perjuangan panjang menegakkan keadilan di Malaysia," katanya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Tambahnya, ia bolehlah diibaratkan seperti take one step backward in order to jump to two steps forward.

"PAS berharap semoga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan yang akan bersidang kelak akan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan bebas, berani dan seadilnya," ujarnya.

Ubat Tahan Lama - KUASA [Kupas]

Zahid: AG tentukan Anwar boleh hadir sidang parlimen

Zahid: IGP sudah jawap, dia tak gentar ugutan bunuh

AI jangka hak asasi Malaysia terus dicabuli

Actress Zahida told to pay former driver RM150,000

Hubungan Rosmah dengan adik-beradik Najib retak?


MANA SATU NAK PERCAYA.. kata pakar ekonomi atau pakar BOROS NEGARA (BN) ???

TAHUKAH ANDA...pada sumber 'IMF, World Economic' yg bertarikh Oktober 2012 hutang KERAjaan BN sudah melangkaui ramalan IMF dlm statistik Hutang KERAjaan bermula era pemerintahan Najib.. Berbanding hutang2 kerajaan di bawah pemerintahan PM sesebelum ini menunjukkan di bawah ramalan IMF.

Ini memberi satu gambaran hutang negara akan melampaui atau sama dengan GDP negara seterusnya yg boleh membawa negara ke arah muflis.

Walau tak tanding di Chempaka, Presiden Umno tetap kena jawab skandal 1MDB, Altantuya

razak, anak razak, altantuyaPengumuman Presiden Umno bahawa Umno BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Chempaka membuktikan kekuatan Umno BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.
Sekaligus membuktikan kata-kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: ‘Tak dok sebab demo nak lawan kawe’ menjadi kenyataan hari ini.
Selepas pemergian Tok Guru, Umno BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau – Islam dan bukan kebangsaan – adalah benar. Alhamdulillah.
Sekalipun tanpa penyertaan Umno BN, isu negara yang melibatkan DS Presiden Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.
Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1MDB dan isu jenayah seperti Altantuya.
Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek untuk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.
Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa-apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Datuk Husam Musa
Naib Presiden PAS

Bukit Kepong: Alasan tangguh kes Mat Sabu tak munasabah - Hanipa

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.
  
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kerana saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim tidak dapat hadir untuk memberi keterangan.
  
Katanya mahkamah mempunyai kuasa penuh untuk memerintahkan mana-mana saksi yang tidak hadir ditangkap. Bagaimanapun, mahkamah akur kuasa yang ada hendaklah digunakan secara berhemah.
  
"Berdasarkan kepada pertimbangan yang diambil kira dan faktor kes kepentingan awam di mana kes ini mendapat liputan meluas media, saya membenarkan penangguhan yang dimohon.
  
"Saya sendiri berpendapat keterangan daripada seorang pakar sejarah dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang mantap dalam kes ini," katanya pada perbicaraan kes itu di sini hari ini.
  
Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 60, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Genji Buskers: Kutipan bertambah waktu demo

Kumpulan penyanyi jalanan, Genji Buskers mengakui jumlah kutipan wang diterima daripada pengunjung bertambah sewaktu demonstrasi jalanan berlangsung khususnya depan pusat membeli belah Sogo.

Vokalisnya Mustam Mustapa berkata sebelum ini mereka beberapa kali mengadakan persembahan depan pusat membeli-belah itu ketika demonstrasi berlangsung dan mendapat jumlah kutipan yang lebih berbanding hari biasa.

"Saya telah melalui beberapa episod perhimpunan aman sebelum ini termasuk yang tidak aman.

"Bila berlaku himpunan aman sebenarnya, ia impak yang bagus (pendapatan meningkat). Saya juga pernah lalui benda yang sama, waktu ada kereta polis terbalik, waktu itu saya busking," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini Astro Awani melaporkan kumpulan Caliph Buskers mempertikaikan perhimpunan 'Kita Lawan' yang dianggotai aktivis Adam Adli sebagai mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan.

Pada Sabtu lalu perhimpunan 'Kita Lawan' bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Sogo yang menyaksikan aktivis Adam Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa ditahan.

Mereka ditahan bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan itu berkaitan dengan Akta Himpunan Aman 2012 bagaimanpun dibebaskan keesokkan harinya.

Menurut Mustam lagi, ketika perhimpunan itu berlangsung Sabtu lalu, Caliph Buskers tidak berada di situ kerana mengikut stesen radio Hot FM ke Port Dickson.

Dapat kaw kaw

"Saya pun tak tahu dia bercakap bagi pihak siapa," katanya yang sudah lima tahun menjadi penyanyi jalanan.

Zunar lancar buku ‘Ros in Kangkong Land’ sekali lagi

KANGKONGKUALA LUMPUR 26 FEB: Kartunis politik Zunar yang sering ditekan kerajaan mengumumkan pelancaran semula buku kartun politik ke-17, bertajuk “ROS in Kangkong Land” (RIKL).
Majlis pelancarannya akan diadakan Sabtu ini, 28 Februari di Brickfields, Kuala Lumpur.
RIKL sepatutnya dilancar pada 14 Februari lepas, 24 jam selepas Zunar dibebas dari lokap di bawah Akta Hasutan, tetapi tidak dapat dilaksana kerana pihak polis telah merampas ratusan buku-buku tersebut dari lori milik pencetak yang sedang membawanya ke majlis pelancaran.
“Sebelum ini, tujuh judul buku saya diharamkan oleh kerajaan kerana kandungannya “mengancam ketenteraman awam” manakala buku lain “Cartoon-O-Phobia” dan “Conspiracy to Imprison Anwar” disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Saya masih bergelut selama lima tahun mencabar kerajaan kerana mengharamkan buku-buku saya “1Funny Malaysia” dan “Perak Darul Kartun”, dan ia sekarang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.
“Manakala, lebih 1,000 buah buku kartun saya dengan judul yang berbeza dirampas dalam tiga serbuan berasingan di pejabat saya,” jelas Zunar dalam kenyataan.
Salah satu buku Zunar sebelum ini, “Pirates of Carry-BN” diterima sebagai sebuah koleksi The Library of Congress di Washington – salah sebuah perpustakaan yang terbesar dan tertua di dunia.
Mahu hadiah buku kepada Rosmah 
Walaupun RIKL adalah koleksi karya-karya beliau dalam internet, tetapi ia lebih memfokus kepada satu watak utama, Ros iaitu isteri kepada Perdana Menteri.
“Kenapa watak ini dipilih? Sebab telah menjadi rahsia umum bahawa beliau lebih dominan dan berkuasa dari Perdana Menteri sendiri!

Bekas pemandu menang saman terhadap pelakon Zahida Rafik

Noor Azman bersama peguamnya, Latheefa Koya (kiri). KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi hari ini menang dalam kes saman fitnah beliau terhadap pelakon itu.

Beliau dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati Zahida bertanggungjawab memfitnahnya.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng dilapor The Malaysian Insider sebagai berkata, Noor Azman berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.
Siew Kheng turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.
Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.
Dalam saman malu yang difailkan Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.
Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro pada 3 Mac 2012 bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu.’

Rambut Rosmah terus jadi sindiran

PKR terus menempelak Datin Seri Rosmah Mansor susulan rungutan isteri perdana menteri berhubung harga tinggi dandanan rambutnya.

Selepas dua pemimpin kanannya mengkritik Rosmah, hari ini setiausaha agung PKR pula menyindir isteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan mempermain-mainkan logo kempen penurunan harga.

Rafizi Ramli, juga naib presiden PKR, mengedarkan imej rambut dengan perkataan "turun harga dandan rambut" di akaun Twitternya hari ini.

Selain imej tersebut, beliau menulis tweet: "Saya sokong #turunhargadandanrambut bantu DS Rosmah jimat dandan rambut. (Kalau) tidak pun, dia patut tutup aurat, lagi senang."


Dihubungi Malaysiakini selepas itu, Rafizi berkata beliau "berjenaka melalui grafik" untuk mengkritik Rosmah.

Ahli parlimen itu juga mendakwa Rosmah tidak memahami kesengsaraan orang ramai sewaktu mengeluarkan kenyataan bahawa khidmat dandanan rambutnya yang dibuat di rumah meningkat kepada RM1,200.

"(Kenyataan) ini menunjukkan Rosmah tidak faham kesusahan rakyat. Ia menunjukkan keluarga perdana menteri hidup terlalu mewah, maka tidak lagi tersentuh dengan (keperitan) orang ramai," kata Rafizi.

Ditanya sama ada imej kempen rambut Rosmah ini berkaitan dengan perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac, Rafizi berkata ia tidak kena-mengena dengan demonstrasi #KamiLawan.

"Tetapi kalau ada orang mahu mempromosika logo ini semasa perhimpunan tersebut, terpulanglah kepada mereka.

"Sejak 2012, kita membuat pelbagai kempen harga seperti kempen turunkan harga kereta dan minyak.

NFC: Suami Shahrizat gagal lagi batal tuduhan pecah amanah

nfc shahrizat familyKUALA LUMPUR 26 FEB: Ketua Pegawai Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sekali lagi gagal membatalkan dua tuduhan pecah amanah terhadapnya dalam rayuan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Rayuan itu didengar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin.
Memetik MalaysiaKini, tahun lalu, Mohamad Salleh gagal dalam percubaan pertama beliau untuk membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan berkaitan penggunaan dana untuk projek kontroversi fidlot nasional.
Kegagalan projek NFC diuruskan Salleh yang juga suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka didedahkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara, yang kemudiannya penyelewengan itu dibongkar satu demi satu oleh Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Gagal bayar hutang, Lembaga Pengarah 1MDB perlu letak jawatan

Pengurusan 1MDB akhirnya mengakui bahawa syarikat milik penuh kerajaan itu tidak akan mampu melunaskan tanggungjawab khidmat hutangnya (“debt servicing”) kerana pendapatan dari pelaburan yang dibuat setakat ini tidak mencukupi berbanding dengan bayaran faedah dan kupon bon yang perlu dibayar setiap tahun.
Dalam kenyataan minggu lepas, 1MDB mengakui bahawa ia terpaksa bergantung kepada suntikan dana baru dari kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM3 bilion untuk melunaskan tanggungjawab khidmat hutang itu. 1MDB juga terpaksa menjual aset-asetnya melalui satu proses rasionalisasi operasi seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya minggu lalu.
Awal tahun ini, 1MDB berhadapan dengan masalah untuk membayar hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB yang akhirnya diselesaikan dalam keadaan misteri. Pendedahan saya sama ada 1MDB menggunakan dana kerajaan melalui penerbitan bil perbendaharaan (“treasury bill”) yang terbesar dibuat oleh kerajaan sebanyak RM2.1 bilion sehingga kini tidak dinafikan.
Saya juga telah mendedahkan pada 2 Februari 2015 bahawa 1MDB juga mempunyai satu lagi hutang jangka pendek sebanyak RM3.6 bilion kepada 6 bank yang diketuai oleh Deutsche Bank. Hutang tersebut perlu dibayar menjelang September 2015. Ketika 1MDB mengambil hutang ini di tengah-tengah kontroversinya meletup tahun lalu, ia menyandarkan hutang RM3.6 bilion ini kepada dana baru yang bakal diperolehi dari pasaran saham melalui penyenaraian anak syarikat IPPnya.
Kini dengan pembatalan penyenaraian tersebut, sudah tentu 1MDB akan berhadapan masalah untuk melangsaikan hutang RM3.6 bilion ini menjelang tarikh matang September 2015.
Oleh yang demikian, kegagalan 1MDB sudah ternyata dan tidak boleh disembunyikan lagi. Pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan keputusan 1MDB wajarlah meletakkan jawatan sebelum kerajaan bersetuju untuk menyuntik RM3 bilion tambahan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

TAKUT rakyat tahu ker pendedahan tersebut..

Tak kanlah Berita Harian nak 'cover-line' Utusan kot.. Mcm adik-beradik plak. 

KENAPA artikel Berita Harian di linkhttp://www.bharian.com.my/node/36926DIHILANGKAN dlm pendedahan UTUSAN TELAH RUGI 3 KALI GANDA ???

TAKUT rakyat tahu ker pendedahan tersebut..
SIAPA tak kenal lidah siar UMNO-UTUSAN yg banyak kali kalah saman FITNAHNYA.. Mana nak berkatnya bisnes JIKA siar berita berunsur fitnah-JAHAT...

Kalau nak fokus perpaduan ummah yg sebenar, BAYAR ROYALTI MINYAK RAKYAT KELANTAN terlebih dahulu !!!

ALASAN Najib Razak & BN tak mau bertanding PRK kerana nak fokus perpaduan ummah ?? atau TAKUT KALAH LAGI...

Kalau nak fokus perpaduan ummah, KENAPA KERAjaan BN menafikan hak royalti minyak rakyat kelantan ???

MAIDAM nafi kenakan hukuman denda terhadap pesalah

MAIDAM
MAIDAM hanya menyediakan khidmat kaunseling dan bukan mengenakan denda sebagaimana mesej yang tersebar di media sosial.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menafikan kenyataan berhubung hukuman yang bakal dikenakan ke atas individu yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam.
MAIDAM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, hanya tindakan kaunseling akan dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.
“Buat masa ini MAIDAM hanya menyediakan khidmat kaunseling bagi kesalahan berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam.
“Ia termaktub dalam Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, satu mesej yang menyatakan tindakan akan dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berkenaan tersebar di media sosial.