Rabu, 25 Februari 2015

Utusan suara Umno alami kerugian lebih teruk

Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada  RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Umno umum tidak bertanding di PRK DUN Chempaka

Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.

"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.

Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.


KALAU TAK MEROMPAK Bukan UMNO Namanya !!!

Inilah cara mereka merompak, menyamun kekayaan rakyat yang berhempas pulas berkerja... TETAPI si penyangak keris telanjang dok dlm bilik air-cond bertali leher dgn selamba mengaut keuntungan hasil titik peluh org lain..

KALAU TAK MEROMPAK Bukan UMNO Namanya !!!
Kalau kerjanya merompak buat apa saja lah saham itu ini tak kan berkat akhirnya... Last2 FGVH kerugian 96 peratus drpd RM499.4 juta berkurangan menjadi RM20.21 juta shj..

Johor diramal bakal jadi 'Singapura' kedua ???


KERAjaan mana yg memrintah Johor selama ini, PAS ka? PKR ka? DAP ka?

Kalau dahulu S'pore berpisah dari M'sia siapa punya angkara, PAS ka? PKR ka? DAP ka?

Pulau Batu Puteh & Tanah KTM Tanjung Pagar tergadai siapa punya angkara, PAS ka? PKR ka? DAP ka?

ANDA KENAL SIAPA PENGKHIANAT NEGARA sebenarnya...

Mempertikai Petisyen Rayuan Anwar Samalah Seperti Menolak Kehadiran Agong

Ramai benar yang tidak senang dan gelabah bila Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan untuk mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong atas hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya.

Kenapa marah dengan Anwar  yang berbuat demikian sedangkan ia adalah peruntukan yang dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan?

Dua Ahli MT UMNO, Fuad Zarkashi dan Irmohizam Ibrahim seperti meroyan dan meraban tidak tentu arah apabila keluarga Anwar membuat kejutan di saat-saat akhir dengan mengemukakan petisyen itu petang semalam.

Fuad dilaporkan berkata, Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya hanya pesalah yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup saja yang memohon petisyen pengampunan.

Katanya, jika diampunkan oleh Agong, ia akan menjadi duluan yang buruk bagi pesalah rogol dan liwat yang lain. 

Beliau lalu berfantasi, "bayangkan selepas ini ramai pesalah rogol dan liwat akan memohon pengampunan daripada Agong."

Irmohizam pula berkata, permohonan petisyen itu menunjukkan Anwar telah mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman di negara ini.

"Bagaimana seorang peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "bad precedent" terutama kalau diampunkan oleh Agong," katanya.

Sekali imbas memanglah nampak hujah mereka seolah-olah betul dan boleh diterima, tetapi jika diperhalusi ia juga menunjukkan ketidakcerdikan mereka dalam memahami sistem kerajaan yang sedang  diamalkan.

Mempertikaikan hak Anwar mengemukakan petisyen rayuan samalah seperti menolak apa yang dibenarkan dalam undang-undang dan Perlembagaan kerana ia adalah sebahagian daripada sistem kerajaan yang diamalkan sejak dulu lagi. 

SAMPAI BILA MAU TIPU RAKYAT !!!

Dalam didikan Islam Wasatiyyah HALAL HARAM sama2 bantai JANJI RAKYAT DIPERBODOHKAN..

Ada lagi spesis UMNO yang buta sejarah...

Rajin2lah baca sejarah bekas menteri UMNO/BN yang 'cemar sistem keadilan negara' terlebih dahulu..

Asal aja isu yg ditimbulkan dari kelompok pemimpin2 UMNO mesti DAH LUDAH JILAT BALIK.. KENAPA ???

Duit lembu RM250 juta dah terkorban BILA LAGI SETEM LEMBU nak dikeluarkan...

Terima kasihlah kpd pasangan suami isteri ini kerana bersusah payah perabih berpuluh2 juta ringgit utk bawa panda ke M'sia...

Dr Mahathir 'Laris' Di Mesir - Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman

Anwar Sertai Umno 1982, Elak Konfrontasi - Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman

Kadir: Kenyataan PMO aibkan Tun Razak

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengenai kekayaan yang diwarisi Datuk Seri Najib Razak merupakan tindakan yang mengaibkan almarhum Tun Abdul Razak.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu berkata, PMO tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa, walau untuk menggilap imej perdana menteri.

"Melainkan jika PMO berpatah balik dan menafikan membuat kenyataan kepada (New York Times) mengenai warisan harta itu, ia berdepan dengan tuduhan mencemarkan ingatan pada tokoh besar itu.

"Jentera propaganda PMO boleh lakukan apa saja, malah hingga menggadai etika dan moral untuk melindungi PM dan isteri.

"Bagaimanapun, tindakannya mengaibkan dan menghina ingatan pada Tun Abdul Razak adalah dosa yang tidak boleh ditebus," kata Kadir.

Kadir merujuk kenyataan PMO di akhbar Amerika Syarikat itu bahawa gaya hidup Najib tidak menghairankan "untuk seorang individu dengan kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga warisan harta pusaka (yang diperolehinya)".

New York Times memetik kenyataan PMO itu dalam laporan mengenai perniagaan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

54,000 sertai petisyen kepada Obama, anda bila lagi?

KUALA LUMPUR 25 FEB: Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Akmal Nasir menyeru rakyat Malaysia menyertai petisyen atas talian terhadap Barack Obama supaya Presiden Amerika itu (AS) itu memainkan peranan membebaskan Saudara Anwar Ibrahim.
Katanya, penyertaan itu bukan hanya untuk pembebasan Anwar tetapi melibatkan soal prinsip demokrasi serta hak asasi yang memerlukan sokongan rakyat khususnya golongan muda.
“Keadilan inilah yang perlu diberikan penumpuan bagi membebaskan individu yang menjadi tahanan politik kepada kerajaan Barisan Nasional,” kata Akmal dihubungi.
Petisyen yang dimulakan oleh bekas duta AS ke Malaysia, John Malott itu sehingga berita ini ditulis berjaya mengumpulkan hampir 54,000 tandatangan daripada 100,000 jumlah yang disasar.
Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati dengan kes Fitnah II itu layak disemak White House sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.
Mengulas lanjut, Akmal menegaskan, perbicaraan Fitnah II dan sabitan bersalah ke atas Anwar bermotifkan politik bagi menjatuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu.
“Kami berpendirian teguh bahawa Anwar hanyalah mangsa kepada kezaliman dan inilah yang perlu ditentang rakyat Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, kata beliau, kebangkitan dan sokongan rakyat diharap dapat mengembalikan prinsip negara demokrasi sebagaimana prinsip perlembagaan negara ini yang dikatakan tidak mengenepikan suara rakyat.
Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.
Antara lain, petisyen itu menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas ‘tuduhan yang direka-reka’.
Orang ramai boleh menyertai petisyen tersebut DI SINI.

Hubungan Rosmah dengan adik Najib retak?

Perdana menteri tidak hanya berdepan tekanan daripada musuh-musuh politiknya, dalam dan luar Umno. Mungkin juga Datuk Seri Najib Abdul Razak mengalami masalah dalam hubungan kekeluargaan.

Spekulasi ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan empat adik beliau malam tadi yang berasa tidak selesa dengan tanggapan negatif terhadap bapa mereka dan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Portal Asia Sentinel awal bulan ini mendakwa hubungan antara adik-beradik Najib dengan ipar mereka Rosmah Mansor tidak mesra.

Rosmah, sejak Najib dilantik perdana menteri pada 2009, sehingga berdepan kontroversi, khususnya gaya hidup mewahnya.

Memetik satu sumber, yang tidak dinamakan, portal berita di Hong Kong itu mendakwa adik-adik Najib secara terbuka melahirkan rasa tidak senang mereka pada gaya hidup Rosmah.

Namun, penulis-penulis blog pro-Umno pula mengedarkan penafian yang dikatakan daripada Rosmah. Beliau menafikan laporan tersebut dan menegaskan tidak mungkin menimbulkan keretakan dalam keluarga suaminya.

Mungkin bagi keluarga ipar Rosmah, laporan New York Times dua minggu lepas mengenai kekayaan Najib menjadi pencetus terakhir kemarahan mereka.

Laporan itu, menumpukan pembelian hartanah mewah di New York oleh seorang ahli perniagaan yang rapat dengan ahli keluarga Rosmah, memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kenyataan itu menjelaskan kekayaan keluarga Najib, termasuk jutaan dolar perbelanjaan barang kemas untuk Rosmah, bersumberkan harta pusaka warisan Abdul Razak.

Malaysiakini masih menunggu jawapan daripada PMO dan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Abdul Razak, berhubung perkembangan ini.

Anwar Janji Nak Datang Tapi Apakan Daya - Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan

Pro-Anwar rally to also seek Najib's resignation

Pengampunan buat Anwar

Abdullah Ahmad

FEBRUARI 25 — Sudah sah Anwar memohon pengampunan atas sabitannya. Datin Seri Wan Azizah telah mengemukakan petisyen pengampunan ke istana negara pada 24 Februari, iaitu hari terakhir ianya boleh dibuat.

 Tindakan ini tentulah dengan persetujuan Anwar sendiri setelah pilihan ini dihalusi dan diberi pertimbangan teliti dari berbagai sudut.

Ramai mengharapkan agar usaha ini berhasil kerana inilah satu-satunya jalan terakhir untuk memperbetulkan segala ketidakadilan dan penganiayaan terhadap Anwar.
Apa pun, sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan, sekurang-kurangnya Permatang Pauh masih kekal bersama PKR.

 Dalam pada itu, pelbagai reaksi timbul ekoran dari tindakan ini. Rata-ratanya mempersoalkan apakah memohon pengampunan itu bermaksud Anwar mengaku bersalah? Dalam kes liwat 2, Anwar telah dibicarakan di-tiga peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan terakhir, Mahkamah Persekutuan.

Disemua peringkat perbicaraan tersebut Anwar bukan sahaja tetap dengan pengakuan tidak bersalahnya tetapi tegas menyatakan dirinya telah teraniaya oleh konspirasi politik jahat yang ingin menamatkan karier politiknya.

Diperingkat “mitigation” pun Anwar tidak pernah memohon supaya hukumannya diringankan. Tetapi beliau terus menyatakan dirinya tidak bersalah, teraniaya dan tidak mendapat keadilan sewajarnya dari mahkamah, satu tindakan yang dilihat sebagai menyerang badan kehakiman.

Secara keseluruhannya, perlakuan serta ketegasan Anwar sepanjang perbicaraan sangat konsisten dengan seseorang yang teraniaya dan sesungguhnya tidak bersalah.

Anwar bertindak atas dasar berani kerana benar. Mungkinkah mahkamah telah menghukum orang yang sebenarnya tidak melakukakan kesalahan seperti yang didakwa?

Memohon pengampunan tidak wajar dilihat sebagai pengakuan bersalah. Lembaga Pengampunan bukan menentukan sama ada seseorang perayu itu bersalah atau tidak kerana soal itu telah diputuskan oleh mahkamah.

Minggu hadapan GENAP 7 TAHUN batu asas Hospital Rembau dipacakkan.. MANA HOSPITAL REMBAU ???

Setiap kali nak PRU... sewa khemah.. jemput orang kampung, kencing...... tu ker rutin kamu ka !!!

Aset kepentingan rakyat buat sambil lewa. Bila tang isu liwat... orang dah ke penjara pon sibuk lobi jaja aib orang sana sini ..

Bersungguh sungguh pulak tu. Kalaulah bersungguh lobi dana untuk bina hospital Rembau seperti yang kamu kencing untuk dapat undi bagi menjadikan hospital ni berjaya dibina kan lebih baik...

KENAPA byk berlaku kes seperti ini di negeri 'FIXED-DEPOSIT BN' Sabah ???


Adakah hanya kebetulan atau TAK SENGAJA...

Yang membeli dipenjara, TETAPI pihak yg menjualnya apa cerita !!!

Tinggal 4% jer lagi nyawa Felda ???

SYUKURI !!!.. Felda FGVH kerugian 96 peratus daripada RM499.94 juta kepada RM20.21 juta shj.. Emotikon like

JANGAN BOHONGLAH NAJIB !!!.. depan peneroka yg kurang celik IT boleh lah kamu kencing & maki HARAM JADAH..

Ada keluar kat tv & media2 massa ke tak berita KERUGIAN FGVH MENJUNAM JATUH TERUK ni.. APA DAH JADI NAJIB !!!!..

Silap2 tanah2 peneroka MELAYU Felda (yg signed) BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO ADALAH PEMBELA & PEJUANG MELAYU

Jingga 13 gesa menteri umno belajar undang-undang Islam

Lim Kit Siang: Dalam Mahkamah Rakyat, Anwar Ibrahim Tidak Bersalah

Suaram mohon IGP beritahu: Tharmalingam - hidup atau mati?

Himpunan #KitaLawan 7 Mac desak Najib undur, bebaskan Anwar

Kita LawanSekretariat #KitaLawan memutuskan bahawa himpunan di hadapan Sogo pada setiap hari Sabtu jam 4.00 petang akan diteruskan walaupun terdapat penangkapan yang dibuat oleh pihak polis terhadap peserta himpunan pada minggu lepas.
Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi.
Maka, himpunan besar akan diadakan pada 7 Mac 2015 dengan tumpuan khusus supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan segera dan seterusnya membebaskan saudara Anwar Ibrahim.
Gesaan kami dibuat bersandarkan fakta-fakta yang menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara seperti berikut:

1. Memusnahkan kewibawaan institusi kehakiman dengan memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.

2. Meletakkan kedudukan kewangan negara dalam bahaya melalui skandal 1MDB dimana hutang 1MDB yang mencecah puluhan bilion Ringgit bakal ditanggung oleh rakyat.

3. Hiprokasi beliau terhadap isu-isu hak asasi manusia yang mana akta-akta zalim dan drakonian seperti Akta Hasutan masih digunakan untuk menghukum rakyat demi melindungi kuasa dan kedudukan beliau.

4. Ketidakpedulian beliau terhadap ekonomi rakyat terutamanya dengan meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan beliau, keluarga mahupun pimpinan Umno Barisan Nasional yang lain terus bermewah dan berbelanja dengan boros.

5. Pengurusan ekonomi negara yang lemah dan tiada kekuatan menolak dasar ekonomi yang tidak adil kepada rakyat seperti masih mengadakan rundingan perjanjian TPPA, gagal menghapuskan cukai eksais kereta yang melampau dan sebagainya.

6. Meminggirkan nasib golongan muda yang berhadapan dengan kos sara hidup tinggi, pengangguran, kualiti pendidikan yang merudum dan mahasiswa tiada kebebasan akademik.

Permainan belum berakhir, masa tambahan masih ada

Osama

Semua menganggap permainan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak berakhir bila Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara.
Langit politik Malaysia menjadi gelap, suram dan hancur. Tidak semudah itu. Saya sendiri agak terkejut dengan keputusan tersebut. Saya menjangkakan Anwar dibebaskan. Saya memandang rendah kelicikan politik Najib.

Semalam keluarga Anwar memfailkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Langkah terakhir ini menjadi kejutan kepada semua pihak. Saya sepenuh yakin Anwar akan mendapat pengampunan itu.
Najib menjadikan perumpamaan "seperti menarik rambut dalam tepung" dengan begitu baik.

Rambut ditarik dengan penuh hati-hati tanpa kelihatan tepung berterabur. Tepung seakan dilihat seumpama tepung yang masih baru dibeli dari kedai. Sebagai ahli politik, Najib bukan entengan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi janganlah cuba bermimpi. Mimpi pun anda tidak mampu menggantikan Najib.

Begitu juga dengan legasi Dr Mahathir si Mukhriz. Lainlah jika Dr Mahathir sendiri yang mengimpikan untuk kembali ke persada kuasa. Mungkin hantu Altantuya satu-satunya jalan terakhir.
Cuma untuk mengolah dan menghidupkan kembali hantu Altantuya, ia agak sukar.

Australia tidak akan semudah itu memberi jampi serapah. Sirul dipegang erat dan kemas agar tidak bersuara. Selain itu, apakah peranan Sirul besar dalam kes ini.

Ampunkan Anwar, buktikan kita ada perikemanusiaan - Zaid Ibrahim

Ampunkan Anwar, buktikan kita ada perikemanusiaan - Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR: "Sebagai sebuah negara Islam yang mendapat rating tinggi dalam maqasid as syariah, perikemanusiaan perlu dijadikan teras. Maafkan Anwar bagi membuktikannya."

Itu kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim dalam tweet-nya yang menggesa para pemimpin dan sarjana Islam memberi sokongan terhadap langkah memohon pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mencabar ulama PAS untuk menyokong langkah memohon pengampunan diraja itu.

Zaid juga menamakan dua ahli politik, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris yang pernah diberi pengampunan diraja sebelum ini.

Anwar perlu memohon untuk hadir sidang Parlimen, kata KDN

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan permohonan bagi membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disabitkan hukuman penjara selama lima tahun yang menyebabkannya jawatannya terlucut akan tetapi masih belum hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja semalam.

 “Sekiranya ada permohonan, kita (KDN) akan pertimbangkan,” kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.

 Wan Junaidi menjelaskan, kes membabitkan Anwar adalah suatu yang berbeza kerana ia kali pertama situasi tersebut berlaku dalam negara dan penelitian daripada sudut perundangan serta peraturan penjara perlu dilihat terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Anwar perlu membuat permohonan kepada dua badan iaitu pihak penjara dan Parlimen sebelum KDN boleh membuat keputusan untuk menimbangkan sama ada boleh hadir ke Dewan Rakyat atau sebaliknya, kata Wan Junaidi.

 “Anwar perlu membuat permohonan kepada Jabatan Penjara Malaysia dan kepada Parlimen, kemudian jika sudah diluluskan baru KDN akan pertimbangkan,” katanya.

Himpunan #KitaLawan tak jejas pengampunan Anwar

PETALING JAYA - Sekretariat Himpunan #KitaLawan menegaskan, perhimpunan anak muda pada 7 Mac depan tidak akan menjejaskan proses permohonan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Yang Dipertuan Agong.
 
Ketua Koordinatornya, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, rayuan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu juga hanya menumpu kepada dakwaan berlaku ketidakadilan dalam proses penghakiman kes liwat II.
 
"Jadi saya tidak lihat ada kontradiksi di antara apa yang dilakukan oleh gabungan NGO dan parti politik dengan insiatif yang diambil oleh keluarga tersebut," katanya kepada pemberita di ibu pejabat NGO Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan sekretariat itu yang mahu meneruskan himpunan tersebut walaupun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga mengemukakan permohonan pengampunan itu berhubung sabitan kes liwat II di Istana Negara, semalam.
 
Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga menegaskan pihaknya akan meneruskan himpunan besar-besaran itu meskipun tanpa kebenaran pihak berkuasa.
 

Anwar wajar dibenar hadir Parlimen Mac ini

KUALA LUMPUR 25 FEB: Selaku Ketua Pembangkang, Saudara Anwar Ibrahim wajar dibenarkan hadir ke sidang Parlimen bulan depan, kata Rafizi Ramli.
rafizi_pkrHQ_MostiJelas Setiausaha Agung KEADILAN itu, ia ekoran kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan Diraja selesai.
“(Bermakna) persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul.
“Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir sidang Parlimen bermula 9 Mac 2015 ini,” kata Rafizi dalam kenyataan.
Menurut Naib Presiden itu lagi, Sekretariat Parlimen KEADILAN bersama pasukan peguam Anwar akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran tersebut.

PKR mohon Anwar hadir ke Parlimen bulan depan

Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh, PKR akan memohon beliau dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat mulai 9 Mac.

"Sebagai ketua pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang," kata setiausaha agung PKR dalam satu kenyataan.

Rafizi Ramli, yang juga naib presiden parti itu, menambah PKR dan kumpulan peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan.

Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat oleh keluarga Anwar, kata Rafizi lagi, PKR memberikan sokongan penuh.

KEADILAN sokong penuh permohonan pengampunan Diraja terhadap Anwar

KEMPEN ANWARBiro Politik KEADILAN dalam mesyuarat mingguan pada 24 Februari 2015 telah menyatakan sokongan penuh kepada permohonan pengampunan diraja (“royal pardon”) yang dibuat oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas ketidakadilan ketara (“gross miscarriage of justice”) yang telah berlaku terhadap beliau.
KEADILAN juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami.
Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berunsur politik bertujuan untuk menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik (“political prisoner”) yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diwar-warkan.
Oleh itu, saya memberi amaran bahawa apa-apa percubaan oleh Umno/Barisan Nasional untuk meneruskan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ini akan terus mengundang kemarahan rakyat terhadap pemerintah seperti mana yang diakui oleh beberapa pimpinan Umno yang dipetik laporan media setakat ini. Umno/Barisan Nasional sewajarnya menangani masalah ekonomi negara yang meruncing dan mencekik rakyat bukannya menumpukan tenaganya membunuh kerjaya politik orang nombor satu yang ditakutinya.

Caj ‘cat’ rambut mahal, Rosmah setuju GST bebankan rakyat?

SHAH ALAM, 25 FEB: Kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi viral di laman sosial sejak dua hari lalu dengan kebanyakannya memberi reaksi negatif.
Kenyataan yang dibuat Rosmah pada 23 Februari lalu, tersiar di portal Malaysia Kini yang mempersoalkan kadar perkhidmatan rumah ke rumah semakin meningkat dengan memberi contoh dandanan serta warnaan rambutnya mencecah RM1,200.
Ia mendapat respon 1,328 suka (like), 223 komen dan 159 kongsi dalam kalangan pemain media sosial, facebook apabila kebanyakannya berpandangan kenyataan itu tidak menggambarkan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup.
rosmah1“Amboi. Dandan rambut pun dah gaji aku sebulan. Itu pun dia kata suri rumah macam kita yang tak berduit ni. Haha,” tulis Ah Chong yang mendapat 61 suka.
Pengguna dengan nama samaran Nasir Lgkwi berpandangan negara mampu berjimat jika Datuk Seri Najib Razak tidak menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Kalau kak Mah dan Pak Jib tak jadi PM negara boleh menyelamat banyak wang Malaysia,” katanya.
“So basically, Rosmah setujulah pelaksanaan GST akan bebankan rakyat?,” soal Syahmi Khadari pula.
Marissa Christine pula dengan nada menyindir membandingkan kos dandanan rambut Rosmah dengan pendapatan bulanannya yang kurang daripada itu.

Harga ubat naik mendadak lepas GST, k’jaan abai tanggungjawab sosial

gstKUALA LUMPUR 25 FEB: Kerajaan tidak mengambil langkah serius terhadap kebimbangan pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan farmasi dan perubatan berkenaan kebimbangan peningkatan harga ubat-ubatan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, kebimbangan serupa turut disuarakan pihak penerbitan buku mengenai harga bahan bacaan itu turut naik setelah GST diperkenalkan.
“Perlu diingatkan bahawa beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada tahun 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini.
“Lebih memburukkan keadaan adalah apabila buku-buku dan ubat-ubatan juga tidak disenaraikan sebagai barangan berkadar sifar di bawah rejim GST.
“Di manakah hilangnya slogan rakyat didahulukan?” soal Nurul Izzah dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berjanji untuk menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang menurutnya mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat melalui pelaksanaan cukai tersebut.

Pasca Banjir: Kelantan belum terima bantuan pusat

KOTA BHARU: Biar pun sudah dua bulan banjir besar berlalu, namun kerajaan negeri sehingga kini belum menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan pusat bagi membantu mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, belum ada bantuan secara khusus yang diberi kepada kerajaan Kelantan.

“Cuma bantuan secara umum diisytihar melalui Majlis Keselamatan Negara. Kita berada dalam jawatankuasa pasca banjir bersama.

“Kerajaan negeri hanya menyelaras. Kelantan hanya mampu membina 600 unit rumah kekal dan selebihnya dibina kerajaan pusat dengan segala keupayaan yang ada pada mereka,” katanya di sini.

Menurutnya kerajaan negeri akan menyediakan tanah bagi membolehkan kerajaan pusat membantu mangsa-mangsa banjir yang belum ada lot sendiri.

Kata beliau juga kerajaan negeri akan membina 600 unit, di mana separuh daripada jumlah itu dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

'Balak haram RM47 juta dirampas tapi dalangnya?'

Balak bernilai lebih RM47 juta tahun lalu dan awal tahun ini berjaya dirampas tetapi di mana dalang yang menebang secara haram di Sarawak?

Perkara itu ditimbulkan oleh Naib Ketua Wanita PKR Voon Siak Ni dalam sidang media hari ini yang mahukan penjelasan daripada jabatan perhutanan dan syarikat pengurusan hutan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

"Kempen itu mungkin berjaya jika dilihat daripada aspek rampasan balak tetapi di mana pembalak haram yang bersalah dan pengendali kilang papan?" soalnya.

Beliau juga membangkitkan kenapa balak haram dapat dijejak tetapi tidak mengesan "dalangnya".

Voon mengingatkan bahawa pembasmian pembalakan haram tidak boleh dilihat berjaya tanpa ketelusan dan tanggungjawab penuh.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak, Sapuan Ahmad, dilaporkan sebagai berkata usaha membanteras pembalakan haram berjaya dibuat susulan kerjasama rapat badan kerajaan berkaitan.

Tahun ini sahaja balak bernilai RM6 juta berjaya dirampas, tambahnya.

Beliau mendedahkan bahawa jabatan itu merampas 4,552 batang balak pada serbuan pada 27 Januari; 1,050 batang dari kilang papan (2 Februari); 28,713 batang (17 Februari); 220 batang di Kapit (menjelang Tahun Baru Cina) dan rampasan bernilai RM446,000 dalam dua serbuan di Sarikei pada 8 Februari.

Upacara Mengarut Selepas Bersalin - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Iddah Untuk Cerai Talak TIGA? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Buat 'Wiring' Pasang Lampu Tempat Hiburan - UAI

Makmum Sujud Lama Ketika Imam Membaca Tahiyyat - UAI

'Berdoa agar Rosmah tidak boros'


Respons DHPP T'ganu kepada kenyataan Gobind


Rambut Rosmah dapat liputan berita antarabangsa


Keluarga Anwar yakin terhadap institusi Raja Berperlembagaan

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha, 31, dalam satu kenyataan berkata petisyen itu dibuat ‘bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.’

“Kami meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan tindakan isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen tersebut untuk Yang di-Pertuan Agong kepada pegawai Istana Negara di sini petang tadi.
Sementara itu, kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh hanya akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Anwar masih lagi kekal sebagai ahli Parlimen selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja selepas dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan kes liwatnya,
“Dimaklumkan bahawa saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan pada 24 Februari 2015 yang difailkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Maka kehilangan kelayakkan Yang Berhormat Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Rambut Rosmah lebih penting daripada rakyat?

SHAH ALAM, 25 FEB: Ahli Parlimen Lembah Pantai mempersoalkan tindakan pantas Kerajaan Pusat dalam menangani rungutan harga dandanan rambut di rumah yang dibuat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Nurul Izzah Anwar berkata, Kerajaan Pusat pada masa sama masih belum bertindak terhadap gesaan untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas buku dan ubat-ubatan.
Naib Presiden PKR itu merujuk kenyataan timbalan menteri kewangan yang berikrar untuk meneliti rungutan Rosmah berkenaan kemungkinan harga khidmat mendandan rambutnya yang berharga RM1,200 akan melonjak dengan pelaksanaan GST.
“Sikap Datuk Ahmad Maslan yang lebih mementingkan aduan daripada isteri menteri melihatkan betapa kerajaan BN tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai paling utama,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini.
Sementara itu,  Wanita PKR turut menasihati Rosmah untuk lebih peka dengan beban kos sara hidup masyarakat dan tidak membandingkannya dengan gaya hidup mewah beliau selaku isteri perdana menteri.

Rambut RM1,200, Rosmah pamer gaya hidup mewah

bik_mama _rosmahDatin Seri Rosmah Mansor tidak peka dengan rakyat berpendapatan rendah apabila terus mempamerkan gaya hidup mewah, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Katanya, setelah seronok membeli belah di Bangkok bulan lalu, Rosmah kini tampil penuh bangga dengan model rambutnya bernilai RM1,200 dan baju kurung mahal.
“Gaya hidup yang terlalu tinggi dan mewah oleh Rosmah tidak mencerminkan sesuatu yang positif kepada rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan ekonomi dalam isi rumah serta hutang negara yang semakin membebankan,” katanya.
Menurut Zuraida, Rosmah  telah beberapa kali menyalahgunakan kedudukannya seperti menggunakan jet untuk kegunaan peribadi dan menghadiri mesyuarat rasmi bagi pihak Perdana Menteri.
Semalam, media melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan penjagaan diri dari rumah ke rumah dengan caj dandanan rambut berharga RM1,200.
Bercakap dalam program penerangan GST anjuran BAKTI, Rosmah juga ‘mengeluh’ kerana  tidak lagi dapat menempah baju kurung berharga RM500 seperti dahulu.
Zuraida berkata, adalah lebih kelakar apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Mazlan berjanji untuk meneliti caj perkhidmatan rumah ke rumah yang disebut Rosmah.
“Rosmah seharusnya lebih peka dan fikir bagaimana boleh menurunkan harga perkhidmatan rumah ke rumah yang boleh mengurangkan beban orang ramai bukannya memikirkan dirinya yang mempunyai segala kemewahan berbanding mereka yang kurang bernasib baik seperti beliau,”
“Apakah dengan gaji minima RM900 rakyat Malaysia boleh dibandingkan dengan RM 1,200 simbolik model rambut Rosmah yang besar itu?,” soalnya.

Rambut RM1,200 Rosmah tarik perhatian global

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, sekali lagi menjadi perhatian dunia, kali ini berkaitan perbelanjaan dandanan rambutnya.

Laporan agensi berita AFP berkaitan kos dandanan rambut RM1,200 itu disiarkan kembali oleh tabloid Britain The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning Post (Hong Kong).

Agensi berita antarabangsa itu menyebut bahawa Rosmah, yang "sering diperolok-olok ekoran cita rasa mewah", mendapat kritikan baru susulan kenyataannya pada Isnin.

Kebanyakan kritikan daripada rakyat Malaysia itu dipetik daripada media sosial.

Portal isu serantau Asian Correspondent (United Kingdom) dan Today Online (Singapura) juga melaporkan bagaimana komen itu memberi masalah kepada Rosmah.

Rosmah dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada isteri-isteri menteri dan timbalan menteri kelmarin mengeluh tentang perkhidmatan rumah ke rumah yang semakin mahal.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan pengalamannya dikenakan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk dandanan rambut.

Rosmah sudah berulang kali menjadi bahan kritikan selepas dikaitkan dengan kehidupan mewah.

Baru-baru ini The New York Times melaporkan ia mempunyai dokumen menunjukkan pembelian barang kemas jutaan dolar yang dikaitkan dengan Rosmah.

Heret MIC ke mahkamah, keahlian Ramalingam boleh terlucut

K. Ramalingam
Mana-mana ahli MIC yang mengheret isu atau urusan parti ke mahkamah secara automatik akan terlucut keahliannya, kata ahli politik veteran, Tan Sri. G. Vadiveloo.
 
Ini bermakna Pengarah Strategik MIC, K. Ramalingam sepatutnya terlucut keahlian.
 
Bekas Setiausaha Agung MIC itu berkata, Artikel 91 Perlembagaan MIC sangat jelas menyebut bahawa mana-mana individu baik pemimpin tertinggi atau ahli biasa parti akan terlucut keahliannya secara automatik jika merujuk sebarang masalah baik parti termasuk pengurusan parti ke mahkamah.
 
"Tetapi, mana-mana ahli boleh merujuk sebarang perkara dalam parti termasuk (MIC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk diselesaikannya secara baik.
 
"Ia diguna pakai untuk semua pihak dalam parti termasuk pemimpin peringkat tertinggi hinggalah ahli biasa sesebuah parti," katanya ketika dihubungi MalaysiaGaztte bagi mengulas tindakan Ramalingam yang memfailkan writ saman sebagai tindakan menyemak semula keputusan dan kenyataan ROS terhadap parti itu yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan MIC dan Akta Pertubuhan.

Ancaman letup kereta KPN: CTD Bukit Aman pandang serius

AMAD IGP
Video bertarikh 23 Januari bertajuk "Peringatan kepada IGP " meraih tontonan sebanyak 5,600 pengguna setakat ini.

KUALA LUMPUR, 25 Februari:
Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) bertindak memuat naik klip video ugutan bunuh ala militan Islamic State (IS) terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai desakan untuk beliau meletakkan jawatan.
Dalam reaksi kepada video itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Memerangi Keganasan (CTD) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebarang ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas IS adalah serius dan tidak boleh dipermainkan atau digunakan untuk menarik perhatian yang tidak perlu.
Ayob Khan bercakap kepada The Post Rakyat berikutan penerbitan video kedua menyerupai video militan IS yang mengancam untuk membunuh KPN
Sebelum itu dua minggu selepas video serupa mengancam untuk meletupkan mahkamah di seluruh negara telah dimuat naik di laman YouTube YouTube menggunakan akaun “ISIS Malaysia 69″.
“Adalah mengancam bukan sahaja keselamatan negara, tetapi juga keselamatan serantau dan global untuk bermain-main dengan imej mereka (IS) semata-mata untuk mendapatkan perhatian adalah tidak sesuai dan tidak sensitif.
“Kami pihak berkuasa mmemandang serius perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab untuk menerbitkan kedua-dua video akan dikenakan tindakan serius,” kata Ayob.

Politik Malaysia perlu berpaksi kepada bangsa Melayu

Dahulunya, pemimpin Melayu begitu dihormati dan mampu menterjemah semangat perlembagaan, dianggap sebagai ketua semua kaum dan terbukti berjaya mengendalikan kepimpinan dengan aman dan saksama serta harmoni walaupun berlainan bangsa dan cara hidup serta agama.

Aspan Alias
Happy-MalaysiansPerspektif perlembagaan
Politik negara ini tidak boleh disamakan dengan politik negara lain. Mahu tidak mahu, negara ini terdasar kepada perspektif Melayu dan itulah yang kita lakukan dari mula sejak mencapai kemerdekaan.
Ini disebabkan, negara ini didiami lebih 62 peratus bangsa Melayu dan bumiputera, selebihnya kaum dan bangsa lain. Jika ada di antara pimpinan politik mana-mana parti dan pihak lain yang tampil mengubahnya, mereka akan berhadapan dengan tentangan. Akhirnya, ia akan membawa keresahan rakyat dan hilang segala keharmonian yang telah terbentuk selama ini.
Itu sebabnya wujud pelbagai masalah dan isu apabila ada pihak mempersoalkan kandungan yang diperuntukan oleh perlembagaan kepada orang Melayu.
Apabila peruntukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dipersoal, wujud pertubuhan dan pemimpin sayap kanan Melayu yang bercakap tentang keistimewaan orang Melayu dan isu lain yang berkisar di sekeliling isu ini.
Apabila ada pihak mempersoalkan isu orang Melayu, ia juga mengaitkan isu terhadap agama Islam kerana orang Melayu itu beragama Islam. Daripada lebih dua ratus negara yang berkerajaan di dunia ini hanya bangsa Melayu sahaja didefinasikan oleh perlembagaan negara.
Dalam perlembagaan negara kita, disebut Melayu itu mesti beragama Islam, menjalankan kehidupan seharian dalam budaya dan cara Melayu. Manakala, jika seseorang Melayu itu meninggalkan agamanya atau murtad, maka dia bukan lagi dianggap sebagai berbangsa Melayu.
Oleh kerana ia disebut dan diperuntukan dalam perlembagaan, maka isu Melayu adalah isu yang amat sensitif. Ia bukanlah isu yang mudah dipermainkan oleh mana-mana pihak yang juga memiliki sentimen perkaumannya sendiri.
Jika ada pihak yang mahu mengalih perspektif ini, ia bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua kaum sebelum mencapai kemerdekaan.
Hak Melayu dipersoal
Sekarang masing-masing mempersoal bangsa dan kaum lain. Pemimpin Melayu mempersoalkan permainan politik bangsa Cina melalui pertubuhan dan NGO-NGO bersayap kanan manakala parti politik Cina pula mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu.

Sirul bina kehidupan baru di Brisbane

"Mereka (Imigresen di Brisbane) telah menjaga saya dengan begitu baik dengan menyediakan tempat yang cukup selesa di samping membantu saya membina kehidupan baru di sini.

Sirul Azhar_Altantuya_300_1PETALING JAYA: Belum bersedia untuk mendedahkan apa-apa mengenai tuduhan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu, tetapi bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK) Sirul Azhar Umar mempunyai perkara lain untuk dikongsi bersama.
Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan memberitahu bahawa dia sangat selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh Imigresen di Brisbane di Australia.
Menurutnya keadaan di pusat tahanan di situ jauh berbeza dengan pusat tahanan di Malaysia kerana di sana, pelbagai kemudahan untuk kegunaan tahanan disediakan.
“Ia dilengkapi tempat riadah, gimnasium, peralatan komputer dan kemudahan telefon yang mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sirul juga memberitahu pusat itu lengkap dengan kemudahan sukan seperti gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, kemudahan perpustakaan, bilik muzik, dapur sendiri, televisyen, video, sauna dan banyak lagi yang ternyata cukup hebat.

PKR sokong tindakan keluarga Anwar mohon pengampunan Diraja

PKR menyokong langkah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan pengampunan Diraja terhadap sabitan liwat. Naib presiden PKR Chua Tian Chang berkata, kepimpinan parti itu menghormati dan memahami keputusan keluarga Anwar meminta campur tangan Diraja.

"Sejak awal lagi, PKR menegaskan Anwar tidak bersalah dan diperangkap dengan dakwaan yang direka. Pemenjaraan beliau tidak adil. Beliau dianiaya kerana mencabar pemerintah elit yang berkuasa.

"Anwar itu adalah banduan politik dan tidak sepatutnya berada di dalam penjara," katanya yang lebih dikenali sebagai Tian Chua dalam satu kenyataan hari ini.

"Penahanan ketua pembangkang dan wakil yang sah di Parlimen bukan sahaja tidak adil tetapi menimbulkan persoalan tentang integriti sistem kehakiman."

 Ahli Parlimen Batu itu berkata, di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah penaung integriti undang-undang dan mempunyai kewajipan moral untuk campur tangan apabila keadilan terjejas.

"Oleh itu, kami menyokong sepenuhnya usaha Nurul Nuha untuk menyatakan ketidakadilan yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim," katanya dalam merujuk kepada anak perempuan kedua Anwar yang menerajui kempen “March to Freedom”.

 Menyeru pihak istana mengakui "pelanggaran terang-terangan" dalam proses kehakiman dan segera campur tangan untuk membetulkan keadaan, Chua berkata tidak ada penawar kepada pelaksanaan ketidakadilan kecuali pembebasan segera untuk Anwar.

Anwar boleh hadir ke Parlimen jika diberi kebenaran KDN, kata pakar perundangan


Walaupun masih menjadi ketua pembangkang Parlimen sementara menunggu pengampunan Diraja, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat bulan depan melainkan jika Menteri Dalam Negeri memberi kebenaran kepadanya, kata seorang profesor undang-undang.

Profesor Gurdial Singh Nijar (kanan) daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata, Anwar adalah banduan yang disabitkan oleh mahkamah dan perlu ditahan dalam penjara.
 "Beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana semua penjara terletak di bawah kuasa beliau. Anwar tidak mempunyai hak mutlak untuk hadir di Parlimen tetapi boleh membuat permohonan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata permohonan ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh diberi perhatian kerana Anwar tidak mendatangkan risiko keselamatan.
Gurdial berkata demikian mengulas pengumuman Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang Anwar masih seorang ahli Parlimen sementara menunggu keputusan petisyen yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan pengampunan Diraja.

Keluarga Tun Razak sangkal spekulasi harta pusaka

Mereka akan berdepan dengan sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan memorinya dengan apa motif sekali pun
PETALING JAYA: Empat anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak menyangkal spekulasi berhubung harta pusaka yang ditinggalkan oleh bapa mereka yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia.
Najib_Tun-RahahDalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Johari Razak, Datuk Nizam Razak, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Nazim Razak telah merujuk bapa mereka sebagai seorang yang berprinsip, dan terkenal dengan sifat kesederhanaan.
“Kami amat bimbang dengan beberapa ‘posting’ dan artikel berita baru-baru ini yang telah menimbulkan spekulasi tentang harta pusaka peninggalan arwah bapa kami, Tun Abdul Razak, lapor mStar Online.
“Kami secara rasmi ingin menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang berprinsip, terkenal dengan sifat kesederhanaan dan penuh integriti buat semua yang mengenali beliau dan sebarang kenyataan atau kesimpulan sebaliknya adalah sama sekali tidak benar dan akan membawa kepada kekeliruan terhadap beliau sebagai seorang yang menjadi memori kerana jasa dan pengorbanan untuk negara, ” kata kenyataan itu.
Keluarga itu seterusnya berkata mereka akan berdepan dengan sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan memorinya dengan apa motif sekali pun.
“Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini,” kata keluarga itu.
Kenyataan dibuat ekoran artikel di dalam The New York Times, yang telah membuat spekulasi mengenai kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung Tun Abdul Razak.

PAS berkonflik dalaman, UMNO juga yang salah kata Roslan Kassim

Blame Asignment Syndrome atau BAS merupakan satu sindrom yang menjadi wabak penyakit di dalam kepimpinan pembangkang.
gerakanumnoKUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim berkata, mustahil atau pelik bagi pihak ketiga, khususnya UMNO akan menjadi mangsa untuk dipersalahkan dalam situasi terkini konflik di dalam PAS yang dilihat semakin tidak terkawal.
Menurut beliau, pendedahan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Timbalannya, Muhammad Sabu jelas memperlihatkan keretakan di dalam parti tersebut sukar untuk diselamatkan lagi.
“Sebab itu bagi saya, tidak mustahil akan ada puak-puak tertentu daripada golongan ini yang akan menyalahkan pihak lain, khususnya UMNO sebagai punca perpecahan di dalam parti itu,” katanya.
Beliau, menambah, “Kita jangkakan perkara ini akan berlaku memandangkan selama ini, itulah cara dan pendekatan yang mereka gunakan untuk menutup kelemahan sendiri serta mengaburi mata rakyat dengan memindahkan kesalahan kepada pihak lain terutamanya UMNO.”
Jelas Ruslan, sudah terang lagi bersuluh bahawa UMNO tidak ada kena mengena dengan sebarang konflik dan pertelagahan yang berlaku di dalam parti itu sehingga menyebabkan PAS kini terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan proAnwar dan pro-ulama.

Petisyen kepada Agong kerana yakin Anwar tidak bersalah

_MG_9048KUALA LUMPUR 25 FEB: Keluarga Anwar Ibrahim menghantar petisyen memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana yakin Ketua Umum KEADILAN itu tidak bersalah dan merupakan tahanan politik.
“Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atasnya.
“Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” kata anak kedua Anwar, Nurul Nuha dalam kenyataan.
Penyelaras Kempen March 2 Freedom itu berkata, mereka juga yakin tanpa campur tangan politik, keadilan akan ditegakkan dalam kes bapanya.

Rambut isteri PM lebih penting daripada ilmu dan kesihatan rakyat?

Saya merujuk kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang dilaporkan MalaysiaKini, yang menyatakan: “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil perhatian hal yang dibangkitkan itu.”
Datuk Ahmad Maslan merujuk kebimbangan Datin Sri Rosmah Mansor, berkenaan ketiadaan pemantauan khusus buat perkhidmatan-perkhidmatan langsung ke rumah ketika ini. Datin Sri Rosmah Mansor mengeluarkan kebimbangan ini selepas dikenakan bayaran RM1200 untuk perkhidmatan dandanan rambut yang diterima beliau di rumah.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam satu Majlis Penerangan GST yang dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Ternyata, keutamaan Datuk Ahmad Maslan dan Kerajaan yang pincang sebegini amat mengecewakan.
Sebelumnya, kerajaan sedar bahawa pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan farmasi dan perubatan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berkenaan kebimbangan peningkatan harga ubat-ubatan selepas pengenalan GST. Di samping itu pihak-pihak penerbit juga telah melahirkan kebimbangan mengenai harga buku-buku.
Januari lepas, Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA), Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya hanya 320 jenis ubat sahaja yang dikadarkan sifar di bawah GST. Ini disebabkan walaupun dalam Senarai Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) terdapat 4200 jenis ubat, namun sebenarnya ubatan yang sama yang dihasilkan oleh syarikat berlainan dikira beberapa kali. Sebagai contoh, paracetamol yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat dikira sebagai 17 ubatan yang berlainan oleh Kerajaan.

NAMA TUN ABDUL RAZAK TERCEMAR

Rakyat Malaysia yang berada dalam era pentadbiran Tun Abdul Razak merasa begitu ‘terguris’ apabila nama baik beliau seolah-olah dicemari dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang menjelaskan tentang diri DS Mohd Najib Abdul Razak sebagai " …..seorang individu dengan kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga warisan harta pusaka (yang diperolehinya)".
Kenyataan itu membayangkan bahawa seolah-olah DS Mohd Najib telah mewarisi harta yang ‘bertimbun’ hasil peninggalan ayahanda beliau Tun Abdul Razak. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri itu juga telah menimbulkan rasa ‘kecil hati’ adik beradik DS Mohd Najib sendiri yang merasa ‘terhina’ dengan kenyataan sedemikian. Seolah-olah Tun Abdul Razak semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengumpulkan harta yang begitu banyak yang ditinggalkan kini.
Lantas waris Tun Abdul razak telah menafikan berita berkenaan.
"Kami sangat bimbang kerana beberapa laporan berita terkini dan tulisan (di Internet) menimbulkan spekulasi berhubung bentuk dan tahap warisan yang ditinggalkan arwah bapa kami, Abdul Razak.
Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah dan integritinya.
Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama sekali tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta pengorbanannya pada negara," kenyataan ringkas empat beradik itu. ( Malaysiakini 24 Februari 2015)

Rakyat Malaysia yang berada dalam era pentadbiran Tun Abdul Razak tahu dan terlalu menghargai sumbangan yang diberikan oleh Tun Abdul Razak kepada negara. Walaupun tidak ada sumber maklumat seperti hari ini namun rakyat tahu dan yakin bahawa Tun Abdul razak tidak melakukan perbuatan sepertimana yang digambarkan. Apatah lagi dengan sikap dan perwatakan Toh Puan Raha (ibu DS Mohd Najib ) yang begitu dihormati dan disayangi oleh rakyat Malaysia dan tentunya tidak ada rakyat yang akan cuba mencemarkan nama Tun Abdul Razak.
Sebagaimana Tun Syarifah Rodziah ( isteri Perdana Menteri Pertama), Toh Puan Raha juga adalah merupakan ibu mithali. Tidak terdengar suara-suara sumbang dari rakyat jelata yang menyentuh tentang watak dan keperibadian beliau melainkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia sentiasa memuji dan menyanjung keperibadian isteri pemimpin yang disayangi itu pada ketika itu.