Selasa, 24 Februari 2015

ADAKAH ANDA TAHU... Beranaknya UMNO di Tanah Melayu dahulu ???

Sejarah yg kita semua patut tahu dan sedar...

Apa perlu nak dibimbangkan jika kamu di pihak benar...

Buktikan & yakinkan kepada rakyat dgn mengisytiharkan aset2 KAMU serta menjelaskan perbelanjaan keluarga KAMU dengan barangan dan hartanah mewah..

BAGAIMANA Najib yang berpendapatan lebih kurang $100,000 (RM360,000) sebagai perdana menteri, bininya ROSMAH MANSOR boleh berbelanja mewah sehingga RATUS-RATUSAN RIBU RINGGIT ???.. Adakah Rosmah berbelanja guna duit tabungnya simpan sejak dari kecil ???

MENGAPA Presiden AS boleh & tampil berani mengisytiharkan aset serta perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah undang-undang negara polis dunia itu !!!

MASIH ADA LAGI SEBEGINI ???

Pemimpin BN & kroni kaya raya ROMPAK kekayaan hasilbuminya tetapi rakyat tetap miskin & daif...

SIAPA sebenarnya bodoh, pemimpin BN atau pengundi2 BN ???.. Kami simpati kpd yg masih tertipu dgn BN... Apa boleh buat.. Sendiri pangkah sendiri tanggung... 

Bangunlah wahai rakyat Sabah. Sedarlah cepat2 & buktikan kuasa undi di tangan anda di PRU14 kelak..

Anwar kekal ahli Parlimen sehingga Agong buat keputusan, kata Speaker

Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja.

Pandikar berkata, perkara itu selaras dengan peruntukkan undang-undang mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

“Dimaklumkan saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan pada 24 Februari 2015 yang difailkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh ke Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Pandikar dalam satu kenyataan hari ini.

“Maka kehilangan kelayakan Yang Berhormat Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."


Anwar tak bersalah, kata Nurul Nuha selepas mohon pengampunan Agong

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana yakin ketua pembangkang itu tidak bersalah dan berlaku penganiayaan terhadapnya, kata anak keduanya Nurul Nuha.

Penyelaras kempen #March2Freedom itu berkata, apa yang mereka lakukan hari ini merupakan inisiatif keluarga selepas berlakunya pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Anwar.

"Mahkamah mungkin sudah menjatuhkan hukuman bersalah, tetapi ayahanda kami tidak bersalah"Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Nuha berkata mereka yakin tanpa campur tangan politik, keadilan akan ditegakkan dalam kes bapanya.

"Kami meletakkan keyakinan kepada proses Perlembagaan ini, serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh, tanpa campur tangan politik mahu pun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan.

"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara," katanya.

Petisyen Pengampunan kepada Agung inisiatif keluarga — Nurul Nuha

Assalamualaikum dan salam hormat.
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom

Politik diketepikan dalam pengampunan Anwar, kata penganalisis

Keputusan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja bagi kesalahannya menunjukkan mereka bertindak mengikut kebimbangan terhadapnya berbanding kesan politik, dan ini mungkin membawa kesan kepada ketua pembangkang itu, kata penganalisis hari ini.

Mereka berkata, permohonan pengampunan Diraja pada saat akhir itu boleh dilihat sebagai pengakuan bersalah kepada sesetengah rakyat, dan Barisan Nasional (BN) tentunya akan menggunakan perkara itu sebagai senjata untuk menyerang kredibilitinya.

"Saya berasa mereka bertindak sebagai ahli keluarga yang bimbang akan keadaannya.
 Kesannya tentulah besar terhadap kedudukan politik Anwar, kerana pengampunan Diraja selalunya dikaitkan dengan mereka yang mengaku bersalah, sebab itulah mereka meminta pengampunan daripada Agong," kata Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center.

 "Ini bertentangan dengan bagaimana mereka sering mengatakan yang daripada mulanya ia memang satu kes mahkamah politik, yang Anwar merupakan seorang banduan politik dan semua ini merupakan penganiayaan politik.
"Ini akan mengelirukan lagi kedudukan politik Anwar dan menambah satu lagi lapisan atas beban yang beliau sedang pikul, memandangkan beliau bertahun-tahun menafikan beliau meliwat."

Ibrahim berkata Anwar dan partinya PKR akan mendapati susah untuk memenangi hati rakyat selepas langkah sebegini, terutamanya kerana media tidak cenderung kepada pihak mereka dan lawan mereka juga bekerja keras untuk mencemarkan namanya dengan jelajah negara yang diketuai peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Namun Ibrahim berkata, Anwar masih boleh menyelamatkan reputasinya dengan menggelar langkah tersebut satu langkah "humanitarian" oleh keluarganya.

"Mereka perlu menampakkannya seperti keputusan untuk memohon pengampunan Diraja tidak datang daripada Anwar sendiri, tetapi daripada keluarganya yang mahukan beliau bersama mereka yang tersayang.
 Dr Lim Teck Ghee bagaimanapun berkata, tindakan keluarga Anwar boleh difahami secara positif bagi sesetengah yang mungkin berkelakuan sedemikian sekiranya ia melibatkan ahli keluarga mereka sendiri.

Pengarah Center for Policy Initiatives (CPI) itu berkata, jelas keluarga Anwar bertindak akibat bimbang beliau tidak akan bertahan hukuman penjara 5 tahun.
"Oleh itu mereka mengetepikan apa-apa motif politik dan merendah diri dengan meminta pengampunan Diraja.

Mohon pengampunan kerana Anwar tidak bersalah

Nurul Nuha Anwar 
SHAH ALAM – Tindakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar permohonan pengampunan Diraja hari ini adalah kerana mereka yakin Anwar tidak bersalah atas sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut anak kedua Anwar, Nurul Nuha Anwar, petisyen tersebut membuktikan bahawa pihaknya masih yakin kepada proses perlembagaan dan prinsip keadilan di negara ini.

Katanya, petisyen tersebut telah diserahkan pada pihak Istana tepat jam 3.30 petang ini.

“Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi kami sekeluarga yakin bahawa ayahanda kami tidak bersalah.

“Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong ini adalah atas keputusan keluarga.

“Kami memutuskan untuk menghantar petisyen berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas ayah kami.

“Ia bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan,” katanya lagi.

Speaker Dewan Rakyat sahkan terima sesalinan petisyen pengampunan diRaja oleh keluarga Anwar


Berita gembira.. Rizab Bank Negara SUSUT LAGI buat 4 bulan berturut-turut..


JANGAN RISAU.. Cukai GST bulan April ini menggembirakan buat rakyat sekali lagi..

KATA MENTERI UMNgOK, Adanya cukai GST 6% :
- hutang negara dpt dikurangkan..
- ringgit dapat diselamatkan..
- harga barang akan turun..
- boleh tingkatkan pendapatan rakyat..
- TIDAK BEBANKAN RAKYAT !!!

Program jelajah bebaskan Anwar ke seluruh negara

Syed Ibrahim Syed Noh 

Hari ini merupakan hari ke-15 Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sebagai tahanan politik. Selama 15 hari dan hari-hari berikutnya obor perjuangan membebaskan Anwar dan rakyat daripada belenggu kezaliman dan kebobrokan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus disemarakkan.

PKR terus komited dan tekad dalam meneruskan perjuangan demi rakyat dengan mengumumkan pada hari ini siri program Jelajah #BebasAnwar ke seluruh negara iaitu di sekurang-kurangnya 60 buah lokasi.

 Gelombang pertama jelajah akan berlangsung dari 1 Mac 2015 hingga 6 Mac 2015 dan diikuti dengan kemuncak perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015. Tema yang akan digunakan sepanjang jelajah ialah #BebasAnwar, #March2Freedom dan #KitaLawan.

Objektif jelajah ialah untuk memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan tentang isu-isu semasa selain sudah tentunya menyentuh kes fitnah II pemenjaraan Anwar serta lain-lain kepincangan kerajaan Umno-BN akibat tata kelola lemah, salah guna kuasa dan undang-undang serta kepimpinan yang hilang punca.

Rakyat boleh menyaksikan sendiri ketidakadilan dalam kes Anwar, pendakwaan terpilih khususnya siasatan di bawah akta hasutan, sentimen perkauman sempit, skandal 1MDB, rasuah, perbelanjaan boros dan tiris.

Ia bukan sahaja menindas ahli politik, ahli profesional, golongan sarjana, peguam, kartunis, mahasiswa dan aktivis untuk bebas mengislah suasana tetapi juga menjatuhkan maruah institusi yang dihormati seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), institut pengajian tinggi dan institusi kehakiman ke tahap paling rendah. Lebih malang lagi, kehidupan rakyat terhimpit dan imej negara tercemar apabila dunia menyaksikan satu demi satu kebobrokan yang terjadi.

Rakyat sendiri sedari isu besar di hadapan bukan semata-mata berkenaan peribadi Anwar tetapi perjuangan kental dan beraninya menegakkan keadilan, kebenaran dan kebebasan untuk rakyat ke arah politik berprinsip dan demokrasi lebih matang. Rakyat sendiri boleh bertanggungjawab membetulkan suasana jika maklumat diperoleh dan difahami.

Sirul buat panggilan telefon atas pilihan sendiri kata Imigresen Australia

KUALA LUMPUR: Bekas anggota komando yang menunggu hukuman mati dan kini dalam tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Sirul Azhar Umar mempunyai kebebasan untuk menghubungi media atau membuat panggilan telefon mengikut kehendaknya sendiri pada bila-bila masa.

Perkara itu disahkan oleh seorang Pegawai Perhubungan Awam jabatan tersebut sewaktu menjawab pertanyaan Astro AWANI melalui kiriman e-mel rasmi.

“Secara amnya, jabatan ini tidak akan mengelolakan sesi temu bual dalam kawasan penahanan atas faktor operasi. Namun, individu yang ditahan bebas untuk menghubungi media mengikut kehendak mereka,” ujar pegawai yang hanya menamakan diri sebagai David tersebut.

Apabila ditanyakan mengenai status penahanan Sirul Azhar, David memberitahu bahawa jabatan tersebut menahan ‘seorang bukan warganegara yang melanggar undang-unadng di pusat penahanan imigresen.

Dalam pada itu, pada 20 Februari lalu, jabatan tersebut telah menafikan pihaknya telah memberi izin kepada sebuah stesen televisyen Australia untuk menjalankan temu bual pendedahan dengan Sirul Azhar.

Bagaimanapun, sebarang pertanyaan mengenai ekstradisi, kata David, perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

'Entah dengan siapa Mahfuz bercakap' kata peguam Sirul

'Entah dengan siapa Mahfuz bercakap' - peguam SirulKUALA LUMPUR: Telepersidangan antara Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan juga seorang tahanan Jabatan Imigresen Australia, Sirul Azhar Umar menimbulkan banyak tanda tanya mengenai status identiti panggilan, termasuk oleh peguamnya sendiri.

“Entah dengan siapa Mahfuz bercakap, saya pun tidak tahu. Mungkin Sirul, mungkin bukan. Saya tidak tahu nombor apa yang digunakan Mahfuz untuk menghubunginya,” ujar peguam yang mewakili Sirul, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Hasnal Rezua, Mahfuz telah bertindak sendiri dalam usaha menghubungi Sirul dan itu dilakukan di luar pengetahuannya mahupun seorang lagi peguam yang mewakili bekas komando itu, Khairul Hisham Kamaruddin.

“Dia (Mahfuz) tidak merujuk atau bertanya kepada kami tentang hal itu,” jelasnya.

Ditanyakan mengenai suasana di tempat Sirul ditahan, Hasnal memberitahu bahawa kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi.

“Sirul ditempatkan di sebuah bilik. Namun, jangan dibayangkan seperti penjara kerana ia adalah pusat tahanan. Sirul bebas bergerak di beberapa ruangan lain di dalam kawasan pusat tersebut.

“Saya difahamkan, selain dibenarkan membuat panggilan telefon, dia juga memiliki akses kepada internet,” ujar Hasnal.

Kuasa pengampunan terletak bawah Agong, kata timbalan menteri

Kuasa pengampunan terletak bawah Yang di-Pertuan Agong tanpa campur tangan politik, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan mengejutkan untuk memohon pengampunan daripada pemerintah tertinggi negara hari ini.

Timbalan menteri dalam negeri itu menjelaskan, proses itu perlu melalui Lembaga Pengampunan yang bertindak sebagai penasihat kepada Agong selepas permohonan dibuat. "Lembaga ini berada di bawah (bidang kuasa) Agong dan Istana, ia tidak ada kena mengena dengan politik," kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.
Lembaga tersebut, menurut Wan Junaidi, merupakan sebuah badan bebas, bahkan perdana menteri sendiri tidak mempunyai kuasa atau pengaruh politik.

 "Ia bukan sebuah badan politik, bahkan dalam mana-mana badan peringkat persekutuan, perdana menteri tidak boleh berada di dalamnya, jadi tidak ada sesiapa pun boleh mempengaruhi keputusan dalam badan tersebut," kata beliau yang juga bekas timbalan speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-12.
Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata ia bukan proses yang pendek dan perlu menjalani beberapa peringkat sebelum Agong membuat keputusan ke atas mana-mana permohonan pengampunan.

 "Saya ingat beliau (Anwar) sudah ambil kira semua perkara untuk buat permohonan pengampunan, tetapi proses ini bukan secepat yang kita jangkakan," katanya.
Hari ini isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya pergi ke Istana Negara untuk menghantar permohonan pengampunan.

Kemuka Rayuan Di Saat Akhir, Apa Muslihat Anwar?

Tindakan keluarga Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja kepada Yang Dipertuan Agong pada saat-saat akhir hari ini bagi hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya, tidak syak lagi merupakan kejutan yang tidak disangka-sangka kepada semua orang.

Sebelum ini beberapa pemimpin PKR, termasuk Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution juga menyatakan Anwar tidak bercadang untuk memohon pengampunan, sebaliknya kekal dengan pendirian tidak bersalah atas pemenjaraan yang dikenakan terhadapnya.

Sehubungan itu, menjelang berakhirnya tempoh akhir mengemukakan rayuan hari ini, PKR telah menyatakan kesediaan untuk menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.

UMNO juga mengharapkan Anwar tidak mengemukakan rayuan dengan menghebohkan bahawa ianya merupakan tindakan yang memalukan kerana ia dikatakan bermaksud beliau mengakui semua kesalahannya.

Lebih dari itu, UMNO yang mungkin tidak meletakkan calon di Dun Chempaka berikutan kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, ternampak lebih ghairah untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh  di mana bukan saja ramai pemimpinnya sudah bercakap mengenai pilihanraya itu, bahkan peguam Shafee Abdullah juga sudah pun "turun padang" berceramah ke kawasan itu.

Bagi UMNO, bertanding di Permatang Pauh adalah medan untuk menunjukkan keberanian manakala tidak bertanding di Chempaka adalah tanda berbuat baik dan ingin bercanda-candaan dengan Pas.

Tetapi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha muncul di Istana Negara petang ini bagi mengemukakan rayuan, semuanya jadi tersangkut dan kelam-kabut.

Rayuan ini difahamkan dikemukakan atas nama keluarga dan bukannya atas nama parti berdasarkan tiga alasan iaitu prinsip keadilan diketepikan, Anwar dizalimi dengan fitnah dan ketiga kerana berpegang semua pertuduhan adalah konspirasi politik.

Dengan petisyen rayuan ini dikemukakan, bermakna kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh belum boleh diumumkan sehingga ada jawapan mengenainya. Jika setahun baru ada keputusan, bermakna dalam tempoh itu tiadalah pilihanraya kecil akan diadakan.

MEMANG SEPADAN..

BENARKAH bakal menantu Najib seorang penipu & penjenayah yg dikehendaki di mana sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta) ???

Rambut Rosmah lebih mahal daripada gaji sebulan


rosmah (1)KUALA LUMPUR 24 FEB- Banyak perkara boleh dibelanjakan dengan wang berjumlah RM1,200, tetapi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selamba membelanjakannya untuk mendandan rambut.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaikh Ismail berkata, Rosmah sepatutnya tahu bahawa kos tersebut lebih tinggi daripada pendapatan pekerja bawahan yang menerima gaji RM900 sebulan.
“Sebab itu Rosmah seperti menyindir rakyat bawah kerana bagi contoh (perbelanjaan) yang tidak munasabah. Dia harus tahu gaji minima mereka hanya RM900 dan tidak mampu melakukan itu (mendandan rambut),” ujarnya.
Siti Aishah berkata, dengan jumlah kos sebanyak itu, banyak barang keperluan penting boleh dibeli rakyat biasa, namun Rosmah dengan tanpa rasa bersalah membelanjakan hanya untuk mendandan rambut.
“Banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan kos RM1200 dan baju kurung berharga RM500.
“Makcik-makcik di kampung hanya tempah baju kurung berharga puluhan ringgit sahaja.
“Saya sarankan untuk Rosmah berhenti menggunakan perkhidmatan mewarna rambut yang bernilai RM1200. Pergi sahaja beli pewarna rambut di pasaraya yang hanya berharga RM30,” katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, ini menunjukkan Rosmah gemar mempamer gaya hidup mewah, termasuk menggunakan barangan  berjenama mahal seperti beg dan cincin yang didakwa berharga jutaan ringgit.

Kenaikan pangkat hakim disekat Putrajaya?

Satu siri kenaikan pangkat untuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan baru sahaja berlalu.

Namun hakim paling kanan di Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sekali lagi 'tertinggal' dalam siri kenaikan pangkat ini.

Apakah sebab sebenar di sebalik perkara ini?

Malaysiakini difahamkan nama Hakim Hishamudin tiada dalam senarai kerana satu pekeliling daripada Pejabat Perdana Menteri.

Ia boleh diimbas seawal tahun 2013 lagi apabila cadangan kenaikan pangkatnya dipanjangkan kepada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Dan kini, nama Hakim Hishamuddin sekali lagi tiada dalam senarai kenaikan pangkat pada 16 Februari lalu dan beliau didahului Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Hakim Hishamudin akan mencecah usia 66 tahun pada September depan - umur persaraan wajib bagi hakim.

Di kalangan pemerhati badan kehakiman, Hakim Hishamudin dikenali sebagai seorang hakim yang berfikiran terbuka.

Pada Januari 2013, beliau mengetuai panel tiga orang hakim yang memutuskan bahawa pemimpin Hindraf P Uthayakumar (atas) dan M Manoharan boleh memfailkan saman kelompok terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya.

Saman itu difailkan susulan tuduhan pengabaian 523 buah sekolah aliran Tamil oleh kerajaan walaupun ia mendapat separa bantuan dari kerajaan.

Bon 1MDB dianggap tahap rendah, pelabur gelisah

Bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didagangkan seolah-olah bon berkualiti rendah sewaktu pelabur masih menanti gambaran lebih jelas tentang masa depan pelaburan syarikat nasional itu.

Menurut indeks JPMorgan Chase & Co, pelabur menuntut premium lebih tinggi, 439 mata asas, berbanding 415 mata bagi bon yang tidak dijamin kerajaan sepenuhnya.

Bon US$3 billion (RM10.9 bilion) dengan nota 4.4 peratus yang matang pada 2023 ditutup dengan harga 86.72 sen (dolar) pada 16 Feb, tahap terendah harga bon itu.

Ia didagangkan dengan harga 87.62 sen (dolar) semalam, lapor agensi berita niaga Bloomberg hari ini.

Menurut Philip Capital Management, 1MDB perlu mempamerkan peningkatan dalam jualan aset mereka dan mengelakkan jualan harga runtuh jika mahu mengembalikan semula keyakinan pasaran.

Keluarga Anwar mohon pengampunan Diraja

KUALA LUMPUR - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengemukakan petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kesalahan kes liwat II Ketua Pembangkang itu. 
    
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata petisyen itu telah diserahkan kepada pihak istana di Istana Negara pada kira-kira pukul 3.30 petang ini.
 
Petisyen telah dikemukakan di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
    
Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri seberapa segera selepas sabitan. Kemudiannya selepas tiga tahun dari tarikh sabitan dan selepas itu, lat dua tahun.


Sementara itu, pihak Istana Negara mengesahkan telah menerima petisyen itu petang ini. 
 
Tian Chua berkata petisyen itu dibuat atas faktor bahawa keluarga Anwar percaya ada penyelewengan dalam sistem pengadilan ketika dia (Anwar) disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 34. 
 
"Dengan ini petisyen berkenaan meminta pihak istana campur tangan bagi memberi pengampunan kepada Anwar," katanya.
 
Tian Chua berkata satu salinan petisyen telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini petang ini.

YANG DICANANG vs YANG DISOROK !!!

W'pon sumber pendapatan negara meningkat TETAPI PERBELANJAAN BOROS & TIRIS KERAjaan BN masih tetap berlaku dan berterusan SETIAP TAHUN...

TAHUKAH ANDA.. semasa PM Najib mula2 jd PM hutang negara hanya RM263.6 bilion shj. TETAPI dgn kehebatan beliau mentadbir & urus kewangan negara hutang negara skrg TERUS MENINGKAT 182.5 PERATUS menjadi RM744.7 bilion...

Pengampunan Agong: Keluarga Anwar muncul di Istana Negara

 
Anggota keluarga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.

Laporan portal themalaymailonline.com menyebut, anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara hari ini bagi mengemukakan permohonan itu.

Menurut laporan itu, isteri Anwar, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seorang anak perempuan mereka, Nurul Nuha Anwar tampil untuk mengemukakan permohonan itu.

Laporan itu memetik kenyataan anak sulung mereka, Nurul Izzah yang membangkitkan bahawa langkah sama pernah dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Kit Siang dan Guan Eng memohon pengampunan ketika dipenjara sebelum ini.

Sementara itu, pengarah komunikasi parti, Fahmi Fadzil berkata parti itu tidak tahu menahu mengenai perkembangan mengejutkan itu.

Tambahnya, keputusan untuk memohon pengampunan itu mungkin keputusan oleh keluarga Anwar.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s family members are seeking a royal pardon for his sodomy conviction. ― Picture by Saw Siow FengOpposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s family members are seeking a royal pardon for his sodomy conviction. ― Picture by Saw Siow FengKUALA LUMPUR, Feb 24 — Datuk Seri Anwar Ibrahim’s family members are currently seeking a royal pardon for his sodomy conviction, despite an initial denial from the opposition leader’s lawyers.
Malay Mail Online understands that Anwar’s wife, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah and his second daughter Nurul Nuha Anwar are currently at the Istana Negara to submit the application for the royal pardon that could free the Penangite from his Sungai Buloh cell and allow him to retain his Permatang Pauh parliamentary seat.
“We are seeking a royal pardon on behalf of our father.
“There is a precedence for this,” Anwar’s eldest daughter Nurul Izzah Anwar told Malay Mail Online when contacted, pointing to DAP’s father-and-son duo Lim Kit Siang and Lim Guan Eng had also similarly applied for a royal pardon when they were in prison previously.
Nurul Izzah said she is currently in Parliament submitting an official letter on the royal pardon to Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Nurul Nuha confirmed to Malay Mail Online that the request for a royal pardon had been submitted.
“An appeal for a royal pardon has been submitted. The courts may have pronounced a guilty verdict but our father, and we as a family continue to state that he is innocent.
“By virtue of Article 42 of the Federal Constitution, we hope that the Royal institution would in the name of justice based on all the facts grant an appeal,” she said in a statement, adding that the family would continue to pursue and exhaust all available legal means to free Anwar.
Yesterday was the deadline for Anwar to file a petition for a royal pardon, which would have delayed his disqualification resulting from his five-year sentence on February 10 that is effective today.
Sivarasa Rasiah, who is one of Anwar’s defence lawyers, said yesterday they will instead apply for a review of the decision under Rule 137 of the Federal Court Rules as a judicial review is not possible for a criminal conviction.
Parliament Speaker Pandikar previously said Anwar will only be barred from being a federal lawmaker 14 days from February 10, based on Article 48 Clause 4 (a) of the Federal Constitution.
On February 10, the Federal Court upheld the Court of Appeal’s 2014 ruling that reversed Anwar’s acquittal of sodomising former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, and sentenced the Permatang Pauh lawmaker to five years’ jail.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/at-11th-hour-anwars-family-submits-royal-pardon-to-prevent-disqualification#sthash.QxvMkqZ8.dpuf

Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.
Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.

"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.
 Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

 Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.
 Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.

IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?


steven_sim


BUKIT MERTAJAM, 24 FEB: Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pengajian tinggi Malaysia bertaraf dunia bersifat ‘syok sendiri’ kerana hakikatnya kadar pengangguran graduan IPT Malaysia sangat tinggi kerana kurang kemahiran.
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Pemuda DAP Steven Sim hari ini mempersoalkan kenyataan menteri UMNO itu di samping menyifatkannya sebagai satu gejala penyakit kerajaan yang selalu ‘percaya kepada penipuannya sendiri’.
“Jika benar IPT kita bertaraf dunia, 40 peratus graduan tempatan masih lagi menganggur, kenapa?
“Ini, menteri kena jawab,” kata Steven.
Mengikut peratusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan sekitar 30 hingga 40 peratus graduan masih menganggur atau berada di bidang kerja yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka, ujar Steven.
“Bank Dunia pula menyatakan pada 2013 kadar pengangguran pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia adalah yang paling tinggi, satu dari lima orang graduan muda berusia bawah 25 tahun adalah penganggur.
“25.6 peratus dari 220,527 graduan tidak mempunyai kerja walaupun setelah enam bulan selesai pengajian mereka.
“Paling terkini laporan dari jabatan perangkaan 2014 mendedahkan 31 peratus dari penganggur Malaysia mempunyai ijazah pengajian tinggi mewakili jumlah 130,000 orang,” jelas Steven.
Graduan IPTA kurang kemahiran

WOWW !!!.. nilai ringgit terus jatuh berbanding matawang Thailand..

KENAPA JADI BEGINI ???.. Kerana di Thailand TAK ADA UMNO !!!.. Malah matawang mereka lebih kukuh & lebih baik daripada matawang US Dolar skrg...

JANGAN RISAU.. kita sama2 lihat apa akan jadi dgn ringgit slps cukai malaun GST 6% dilaksanakan 1 April nanti..

p/s: Kalau dulu pencacai UMNgOK kata, pi keluar pindah ke S'pore. Skrg kata pi keluar pindah ke Thailand plok

Putrajaya ingkari perjanjian struktur air

struktur semula air grafik SHAH ALAM, 24 FEB: Perjanjian penstrukturan air di Selangor bakal terjejas apabila Putrajaya mengingkari perjanjian sebelum ini.
Jawatankuasa Air Selangor Pakatan Rakyat berkata, perjanjian yang dibuat secara janji mulut itu dicabuli apabila Putrajaya mendakwa kemudahan seperti paip air di Selangor milik mereka.
“Perbalahan mula tercetus apabila tiba-tiba Kerajaan Persekutuan mendakwa empangan Semenyih dan Bukit Nanas serta ribuan kilometer paip air di Selangor adalah di bawah pentadbiran juga milik Putrajaya.
“Sementara Pakatan Rakyat menuntut bahawa semua itu adalah hak kerajaan Selangor,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan yang dipetik Malaysia Kini.

TERISTIMEWA & KHAS untuk UMNO dan kuncu2nya..

JANGAN bermimpilah PAS nak bergabung dgn parti korup UMNO yg selamanya menindas rakyat dgn akta2 zalim & berat sebelah & menentang hudud serta memperlekehkan hukum Allah..

SILA BACA point2 yg diutarakan Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. HARAP pencacai UMNgOK faham bahasa Melayu...

Qazaf kes Anwar: Menteri Umno minta kaji dulu enakmen

'I thought you understand Bahasa', DPM teases local reporter

Muhyiddin disinterested in Najib-Anwar DPM deal claims

Muhyiddin: Shafee a smart man, Sodomy II roadshow his right

Tarikh tutup pencalonan PAS Pusat 30 April - Asmuni Awi

Tak masuk akal PAS gabung dengan Umno, kata Tuan Ibrahim

'Umno-PAS unity gov't will benefit all Malaysians' - DPM

Pemilihan PAS: Ahli NGO boleh jadi calon - Asmuni Awi

Bersih 2.0, Suaram lancar kempen singkir ketua polis negara

  Post Pic SHAH ALAM: Bersih 2.0 dan kumpulan hak asasi Suaram kini bergabung tenaga untuk berkempen menyingkir Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dari jawatannya kerana didakwa menyekat kebebasan bersuara dengan menangkap ahli politik pembangkang dan aktivis.
Ketika mengumumkan kempen itu hari ini, kedua-dua kumpulan berkata, mereka berusaha ke arah memaksa KPN meletakkan jawatan dan ia termasuk mengadakan perhimpunan aman, lapor The Malaysian Insider.
Sebagai permulaan, perhimpunan itu akan diadakan setiap Sabtu di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur sebagai melaksanakan hak bersuara mereka menuntut KPN meletakkan jawatan, kata mereka.
“Bagi mendapatkan peletakan jawatannya, kami akan mengusahakannya sama ada melalui petisyen atau mengadakan pertemuan dengan menteri dalam negeri dan membentangkan kes kami,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Aktivis Bersih Hishamuddin Rais berkata, bantahan di luar Sogo akan diadakan setiap minggu.

Forum Lucah: Umno tidak marah pendedahan Shafee

Umno tidak marah dengan pendedahan butiran intim insiden liwat seperti yang disampaikan oleh ketua pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dalam siri jelajahnya.

"Kita tidak pernah marah, siapa yang kata kita marah?" kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengulas berita Malaysiakini semalam.

Portal ini melaporkan pandangan seorang pemimpin Umno, yang enggan dikenali, yang berpandangan siri jelajah peguam kanan itu boleh "memakan diri" susulan pendedahan perinci Shafee di Kelana Jaya minggu lepas.

Muhyiddin juga berkata siri penerangan itu sebahagian hak Shafee kerana beliau seorang pengamal undang-undang yang arif tentang isu tersebut.

"Itu hak beliau. Beliau diundang oleh beberapa organisasi. Beliau mahu menjelaskan (kes itu) kerana beliau berkelayakan," katanya di Putrajaya hari ini.

"Shafee seorang yang pandai, beliau lagi pakar daripada (kita) semua. Jika ada pihak yang mengundangnya, terpulanglah kepada beliau. Kenapa kami (Umno) perlu gusar."

Qazaf kes Anwar: Kaji dulu enakmen, kata Jamil

Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.

"Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ada seksyennya.

"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf.

"(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Baharom.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015 sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Masjid Negara di ibu kota hari ini.

Kos dan Harga Dandan Rambut Rosmah di Rumah RM1200, Tempah Baju Kurung RM500? Rosmah Mansor Tertekan dan Sokong GST 6%!

dandan rambut rosmah
Amboi sekali dandan rambut sahaja di rumah bernilai RM1,200? Ibarat…sebulan gaji kebanyakan rakyat marhaen di Malaysia dihabiskan terus untuk kecantikkan rambut sahaja?

Rintihan dan Aduan Kenaikan Harga di Malaysia oleh Rosmah Mansor?

Rosmah Mansor mengadu dan menyokong penuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% bermula 1 April 2015 dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur :
  1. Suri rumah sering menjadi mangsa dan terbeban dengan peniaga yang meletakkan harga sesuka hati
  2. Pendandan rambut kenakan caj RM1,200 untuk cat rambut Rosmah mansor di rumah
  3. Harga baju Rosmah Mansor sukar mendapat RM500 lagi
  4. Rosmah Mansor mendakwa beliau hanya suri rumah “tidak berduit dan tiada pendapatan” melihat ditekan peniaga ketika ini
Tampak berbeza sungguh tahap pemikiran dan kebimbangan orang ada-ada dengan golongan marhaen
  • golong marhaen, risau kos sara hidup meningkat, perbelanjaan keluarga bertambah
  • golongan ada ada ini risau pasal kos rawatan rambut dan tempahan baju
Sejujurnya, rakyat “tidak buta” mata dan hati. Bagi berita Semasa sendiri realitinya golongan VVIP hari ini, baju rm500 itu selayaknyalah bagi seorang isteri PM. Tiada yang mengejutkan. Ini gaya VVIP hari ini. Tetapi….
Tetapi apabila bercakap gunalah lingo marhaen.
Ini bagi contoh set rambut dia RM 1,200 sambil berlakun terkejut ‘mahalnyerrr….’. Tepuk dahi Berita semasa mendengar gelagat dan telatah seperti ini. Kelihatan Rosmah Mansor “out of touch” dengan kehidupan rakyat marhaen.

P/S : Cat rambut kena caj rm1200, tempah baju kurung pun RM500, berapa agaknya kos penyelenggaraan dan penjagaan diri sebagai seorang First Lady of Malaysia (FLOM) ini?

P/S : Mengapa tidak Rosmah Mansor mahu mengeluh dengan caj mahal dandan rambut anda di rumah? Perlu diingat kedai sudah rugi berapa pelanggan di kedai semata-mata mahu melayan karenah dandan rambut anda di rumah? Jadi logik, mereka caj begitu.

P/S : Kepada Rosmah Mansor, nak selesaikan masalah caj dandan rambut yang dikenakan mahal di rumah anda dengan cara melaksanakan GST 6%? Mengapa tidak anda (Rosmah mansor) pakai tudung?

PAS Serik 'Ditendang' Umno - Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: PAS mengulangi pendirian untuk tidak bersama Umno kerana mendakwa serik dengan pengalaman lalu 'ditendang' keluar daripada muafakat apabila Umno kembali kuat.
Malahan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun untuk mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu, isu penggabungan dengan Umno tidak akan timbul.
Beliau turut merujuk isu royalti minyak, pembangunan, lebuhraya dan lapangan terbang  yang didakwanya suatu penindasan Umno terhadap Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan.
"Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baharu berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.
"Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan. Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Tuan Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung penggabungan PAS dan Umno selepas mendapati isu berkenaan diviralkan menerusi media sosial kebelakangan ini.
Kepimpinan PAS juga mengakui pemilihan parti itu pada Jun akan menentukan hala tuju parti itu termasuk mengenai kedudukan dalam gabungan Pakatan Rakyat atau bekerjasama dengan Umno.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya untuk membincangkan hal berkaitan negeri berkenaan.
"PAS tidak akan bersama Umno, inilah pendirian kami. Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.

KERJASAMA PAS-UMNO : APAKAH PISANG AKAN BERBUAH DUA KALI?

Nampaknya sudah terdengar suara-suara yang agak lantang (dan tidak lagi sembunyi-sembunyi menyarankan agar PAS bergabung dengan UMNO. Berbagai alasan dikemukkakan. Tetapi yang nampak jelas hujahnya ialah tentang ‘keuntungan’ yang akan diperolehi  orang Melayu sekiranya penyatuan sebegini dapat diwujudkan. Orang Melayu dapat bersatu semula.
Tetapi jikalau diperhalusi pula dan dikemukakan pertanyaan tentang bilakah orang Melayu yang dalam keadaan berpecah-belah. Dan ramai juga yang mengatakan bahawa perpaduan UMNO-PAS akan menyelamatkan orang Melayu daripada ‘serangan’ orang asing di Malaysia. Ini juga merupakan kenyataan dan persolan yang ‘memeningkan’ ramai orang. Ingin juga aku mempersoalkan tentang bilakah tergugatnya orang Melayu? Aku tidak nampak keadaan sedemikian berlaku.
PAS dan UMNO telah pun bergabung pada tahun 1973. Telah pun terbentuk kerajaan campuran atas nama Barisan Nasional yang disertai oleh PAS pada zaman kepimpinan Dato Asri Haji Muda dulu. Dan pada ketika itu juga telah diwar-warkan hasrat penggabungan itu – untuk menyelamatkan orang Melayu. Tetapi nampaknya sekiranya dilihat dari hasrat sedemikian orang Melayu kini masih juga tidak maju dan masih juga tergugat mengikut setengah pihak di Malaysia kini sehinggalah berlaku ‘penceraian’ antara UMNO dan PAS.
Aku agak setuju sekiranya dikatakan bahawa orang Melayu masih mundur berbanding dengan kaum lain di Malaysia. Itupun bukan semata-mata disebabkan oleh kaum Cina. Orang Melayu itu sendiri yang patut dipersalahkan disamping pihak kerajaan yang juga patut dipersalahkan. Tetapi untuk menyatakan bahawa orang Melayu tergugat dan terancam di negara ‘kepuk padi’ ini, aku kurang bersetuju. Sekiranya dikatakan bahawa orang Melayu tergugat, pastilah ada pihak yang menggugatnya. Dan jikalau dikatakan orang Melayu dalam keadaan terancam, maka tentulah ada kumpulan yang mengancamnya.
Dan sekiranya pihak UMNO  (yang menjadi teras pemerintahan negara ini ) mengatakan bahawa orang Melayu terancam, maka UMNO itu yang patut dipersalahkan kerana kelemahannya sebagai kerajaan untuk menyelamatkan orang Melayu. Mengapa perlu menuding jari ke arah orang lain untuk melindungi kesalahan sendiri?
Aku masih yakin dengan pandangan dan penelitian aku ia itu sekiraanya betul orang Melayu tergugat ( sekiranya betul pandangan sedemikian) maka yang menyebabkan keadaan terjadi demikian adalah disebabkan orang Melayu itu sendiri. Samada itu merupakan kesalahan dan sikap negatif orang Melayu ataupun ada terdapat golongan orang Melayu yang ‘kuat’ menindas golongan Melayu ‘lemah’ ataupun ada terdapat golongan Melayu yang ‘berkkuasa’ menindas golongan Melayu yang ‘tidak berdaya’.
Seingat aku semenjak zaman berzaman  orang Melayu sentiasa dalam ‘ketakutan’. Sistem feudal yang mencengkam masyarakat Melayu semenjak zaman berzaman sentiasa menyebabkan orang Melayu hidup dalam ketakutan. Orang Melayu menjadi satu bangsa yang sentiasa takut dan terasa seperti selalu terancam, walaupun tidak ada sesuatu yang boleh menakutkan. Sekiranya sememangnya tidak ada yang mengancam mereka, orang Melayu akan mewujudkan satu ‘lembaga’ atau bayangan yang boleh menyebabkan orang Melayu lain rasa takut dan terancam. Orang Melayu akan mewujdukan ‘hantu’ untuk menakutkan dirinya…….

Anwar tak mohon pengampunan diraja

Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan megambil tindakan itu.

Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepada Malaysiakini.

Tindakan memohon pengampunan diraja boleh membawa maksud seakan-akan Anwar mengaku bersalah dalam kes yang disabitkan pada 10 Februari lalu.

Anwar terus mempertahankan beliau tidak bersalah dan mendakwa terdapat konspirasi dalam kes itu.

Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat

Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS PusatKUALA LUMPUR: Ahli PAS yang menganggotai PasMa atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) dibenarkan bertanding pada pemilihan parti itu Jun nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata ahli-ahli parti bebas untuk menyertai mana-mana NGO dan layak bertanding jika mendapat cukup pencalonan.

"Peraturan (parti) tidak menghalang mana-mana ahli PAS yang menganggotai mana-mana NGO untuk bertanding.

"Setakat ini tiada sebarang larangan dikeluarkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tok Guru Ku Sayang Ulama' yang Mentadbir


Antara inti pati perjumpaa MB Kelantan Dengan PM Semalam

Pada 23 Februari 2015, isnin saya telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia bagi perbincangan dua hala antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara:

1. Persiapan akhir migrasi air yang dijangka majlis menandatangani perjanjian akan di adakan pada

2. Membincangkan tentang Jajaran 'Central Spine Road' sepanjang 417 km bermula dari Kota Bharu sehingga ke Simpang Pelangai di sempadan Pahang/Negeri Sembilan.

Kunjung hormat ini adalah tanggungjawab saya sebagaimana termaktub dalam jadual tahunan bagi menyatakan beberapa tuntutan serta memenuhi keperluan kesejahteraan Negeri Kelantan yang dicintai.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Penolong Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Timbalan Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Doakan semoga Allah mempermudah segala usaha saya dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan demi berkhidmat untuk rakyat.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Nik Nazmi persoal cara 'aneh' polis ambil keterangan

Nik Nazmi persoal cara polis ambil keterangan  
Nik Nazmi (tengah) dibebaskan dengan seorang penjamin di Balai Polis Jinjang, semalam.

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan cara 'aneh' digunakan polis untuk menahan dan mengambil keterangannya malam kelmarin berhubung perhimpunan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menurutnya, kira-kira 10 pegawai polis berada di sekitar rumahnya pada malam kelmarin untuk memaklumkan beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan niat melakukan jenayah.

Katanya, polis kemudian menahan dan membawa beliau menaiki kereta polis tidak bertanda walaupun sehari sebelum itu beliau telah memaklumkan sedia bekerjasama dengan polis yang mahu merakam keterangannya.

"Pada mulanya saya dimaklumkan saya akan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, tetapi di tengah-tengah perjalanan (polis) diminta ke (Balai Polis) Jinjang.

"Di balai, pegawai penyiasat mengambil kenyataan mengenai Himpunan #KitaLawan pada 21 Februari sekitar tengah malam. Saya kemudian dibebaskan atas jaminan polis pada jam 2 pagi," katanya.

Sejuta calon 
mohon sertai PDRM...

SHAH ALAM 23 Feb. - Kira-kira sejuta permohonan diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengisi 10,000 kekosongan jawatan pelbagai pangkat termasuk 2,000 bagi Inspektor di seluruh negara.

 Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah permohonan tersebut menunjukkan sambutan daripada orang ramai untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu amat menggalakkan.

Menurutnya, permohonan ber­kenaan termasuk dalam kalangan calon bukan Melayu yang menunjukkan ada peningkatan. Advertisement“Sambutan permohonan daripada bukan Melayu amat menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pengambilan pegawai Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) ke jawatan kadet Inspektor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said. AdvertisementSementara itu, Acryl Sani menjelaskan, lepasan Kor Suksis mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam bidang kepolisan apabila habis pengajian kelak. Pelancaran tersebut merupakan langkah pertama PDRM untuk merealisasikan pelantikan pegawai Kor Suksis sebagai Inspektor dalam pasukan berkenaan.

National Geographic dakwa MH370 sengaja diterbangkan ke Antartika


Post Pic

KUALA LUMPUR: Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.
 
Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengambil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.
 
Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.
 
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.
 
Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehilangan Boeing 777 itu ditemui.
 
Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan,  dipetik sebagai berkata pusingan itu "dipercayai" dilakukan seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.
 

Rakaman audio usaha jahat lagakan pimpinan – Khalid Samad

khalid_samad_L-940x470
Khalid berkata beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi tetapi ketidakpuasan hati dengan Presiden atas isu-isu tertentu sememangnya ada.

KUALA LUMPUR, 24 Februari:

Penyebaran rakaman audio yang didakwa ucapan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu bagi menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan usaha jahat untuk mengeruhkan hubungan antara pimpinan tertinggi parti itu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau telah mendengar rakaman berkenaan dan pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya dilihat berniat melaga-lagakan serta menjatuhkan pimpinan tertentu.
Menurut Khalid, beliau tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan rakaman berkenaan dan sejauh mana kebenaran rakaman berkenaan juga tidak dapat dipastikan.
“Saya tak tahu tetapi setakat ini rakaman berkenaan baru menunjukkan bahagian satu dan mungkin kena tunggu semua keluar baru boleh faham,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi tetapi ketidakpuasan hati dengan Presiden atas isu-isu tertentu sememangnya ada.

Jika sayang dan hormat, wajib dengar apa kata Tok Guru


Antara Rosmah buat rambut dengan BR1M

Sebagai rakyat yang hidup aman damai di bumi Malaysia yang dicintai ini, saya mahu mengajak semua pihak merenung laporan di bawah sebagai persediaan menghadapi keputusan kerajaan yang akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan.
Di bawah ini adalah petikan laporan portal berita The Malaysian Insider, semalam dengan tajuk 'Rosmah merungut terpaksa bayar RM1,200 dandan rambut'.
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor saran Putrajaya pertimbang penguatkuasaan kawalan harga caj perkhidmatan di rumah.
Isteri kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Yang Di‎pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.
Kebimbangan itu diluahkan Rosmah ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.
"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.
"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya.