Isnin, 23 Februari 2015

Tahanan Politik: Anwar bakal hilang kelayakan ahli parlimen esok

KUALA LUMPUR - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai esok, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.
 
Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi yang disandang Anwar itu mungkin diisytiharkan "secara rasmi kosong" tidak lama lagi.
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memberitahu media hari ini bahawa PKR tidak akan memohon pengampunan Diraja bagi pembebasan Anwar, sambil menambah bahawa tiada arahan daripada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian.
 
Hari ini adalah hari terakhir bagi Anwar untuk mengemukakan permohonan bagi pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
 
Penyandang kerusi Permatang Pauh itu mempunyai tempoh 14 hari bermula dari tarikh dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara kerana meliwat, untuk memfailkan petisyen bagi pengampunan tetapi setakat ini, Anwar tidak mengambil apa-apa langkah ke arah itu.
 
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun. 
 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini, berkata pihaknya hanya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, sebaik sahaja tempoh Anwar hilang kelayakan sebagai anggota parlimen berkuat kuasa.

HANYA ROSMAH & Najib saja yang Mengetahuinya...

Mewahnya hidup seorang FLOM ROSMAH MANSOR.. berbanding ada segelintir rakyat M'sia terpaksa mencuri utk menyara anaknya yang masih bersekolah..

Nampak macam komplen. Nampak macam merungut. Tapi betul ke Rosmah sebenarya kondem cas yang makin mahal atau saja nak tayang kehidupan mewah bagai kamu itu sebenarnya ???

Isu Dandan Rambut 1,200 Pon Nak Heboh Satu Malaysia !!!

Harap rakyat Malaysia terutama pencacai2 UMNgOK simpati terhadap keresahan 'IBU' Malaysia FLOM Rosmah Mansor...

JHEAT: Penguatkuasa wanita, periksa wanita seksi

JHEAT menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan peraturan berikutan kekangan anggota penguatkuasa wanita.

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengisi segera kekosongan jawatan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.
jheat_terangganu_300Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kekosongan jawatan penguatkuasa wanita perlu diisi segera bagi membolehkan rondaan dan tindakan secara menyeluruh terhadap umat Islam yang ponteng solat Jumaat.
Katanya, pegawai dan anggota penguatkuasa wanita juga boleh melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atas remaja wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata sehingga boleh mendatangkan keghairahan orang ramai, lapor Berita Harian Online.Selepas kerajaan negeri menguatkuasakan penutupan semua pasar raya selama dua jam mulai jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat, tindakan ke atas golongan remaja lelaki yang ponteng solat Jumaat sukar dilakukan.
“Pegawai dan anggota penguatkuasa lelaki yang mengadakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain juga sukar untuk mengambil tindakan dan pemeriksaan ke atas wanita berpakaian seksi dan mencolok mata serta lelaki berlagak wanita,” katanya kepada BH.

Tekanan Hidup: 'Curi lima paket Nescafe untuk sara anak’

Kes curi
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang didakwa mencuri lima paket Nescafe, menjadikan alasan kehidupannya yang terdesak untuk menyara anaknya yang masih bersekolah, sebagai rayuan untuk meringankan hukuman.
 
Noorul Zaman Mohd Amin, 38, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, kelihatan sugul di kandang tertuduh. Dia turut menyatakan baru sahaja bercerai dengan isteri yang menghidap penyakit mental. 
 
Bagaimanapun alasan sedemikian dibantah Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi yang kemudiannya memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang dapat memberi pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu. 
 
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mencuri lima paket Nescafe Classic yang kesemuanya bernilai RM132 milik pusat beli-belah Sogo di sini, kira-kira pukul 9 malam pada 19 Februari lepas.
 
Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim yang mendengar kes itu memerintahkan Noorul Zaman dipenjara sebulan bermula dari tarikh dia ditangkap, 19 Februari lepas.
 
Menurut fakta kes, Noorul Zaman ditahan selepas pengawal keselamatan Sogo melihat dia memasukkan bungkusan Nescafe Classic tersebut ke dalam beg silangnya dan menuju ke arah pintu keluar pusat beli-belah itu tanpa membayar.

Najib, MB Kelantan bertemu lagi di Putrajaya

Najib, MB Kelantan bertemu di Putrajaya KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.
    
Perdana menteri dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.
    
"Insya-ALLAH, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya. 
    
Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung. - Bernama

MIC saman ROS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


K. Ramalingam menunjukkan buku perlembagaan MIC pada sidang media di Kuala Lumpur.foto FAREEZ FADZIL 23 Feb. 2015.
K. Ramalingam menunjukkan buku perlembagaan MIC pada sidang media di Kuala Lumpur.
 
Pengarah Strategik MIC, K. Ramalinggam memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini walaupun tiga perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah mencapai persetujuan untuk menurut arahan ROS dengan mengadakan pemilihan semula bermula April ini.
 
Writ saman itu dikemukakan oleh Tetuan Selvam Shanmugam & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi itu terhadap Ketua Pengarah ROS behubung tindakan dan kenyataannya terhadap parti itu.
 
Menurut Ramalingam, beliau bertindak demikian kerana ketidakpuasan terhadap cara ROS mengendalikan siasatan pemilihan MIC yang diadakan pada 30 November 2013 di Melaka.
 
"Kami kesal terhadap ROS yang mengambil masa selama setahun menyiasat kes selain segala surat ROS kepada MIC bertarikh 5 Disember 2014 diikuti tiga lagi surat bertarikh 31 Disember 2014, 5 Januari 2015 dan 6 Februari 2015 yang jelas berbeza kandungannya dan bercanggah," katanya pada sidang media di Jalan Ipoh di sini hari ini.
 

Guna Akta Hasutan, telefon MP Pembangkang dirampas

Sepanjang sisatan dibuat saya langsung tidak menjawab soalan yang diajukan, namun apa yang dibuat pihak polis adalah merampas telefon

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman hari ini merampas telefon bimbit dua Ahli Parlimen Pembangkang, Rafizi Ramli (PKR) dan Nga Kor Ming (DAP) ketika hadir memberi keterangan atas dakwaan menghasut menerusi laman Twitter mereka, berhubung keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
akta hasutanMenurut Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pihak polis telefon mereka akan dikembalikan dalam masa dua hingga tiga minggu.
Tambah Rafizi, selama hampir dua jam disiasat, beliau langsung tidak memjawab soalan yang diajukan oleh pihak polis.
“Soalan yang ditanya ialah pendirian saya terhadap penghakiman terhadap Anwar, saya bersetuju atau tidak dengan penghakiman yang dibuat terhadap Anwar,” katanya kepada pemberita selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Pada masa sama Rafizi juga turut mempersoal tindakan PDRM yang terus mengunakan Akta Hasutan apabila beliau disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) di bawah akta yang sama.
“Nampaknya PDRM akan terus mendakwa mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Demi negara dan rakyat, PAS perlu reformasi

Aiman Athirah al-Jundi

Tidak banyak yang boleh saya ulas mengenai Multaqa Ulama PAS yang berlangsung baru-baru ini. Kerana saya melihat multaqa itu tidak lebih daripada himpunan melepas kemarahan kumpulan yang disebut sebagai ulama dalam PAS.

Tidak ada resolusi yang merakyat, tidak ada perbincangan yang kritikal demi negara, yang tertonjol hanyalah sikap sebenar golongan berserban dalam PAS yang gemar mensyaitankan orang yang tidak sepandangan dengan mereka.

Oleh itu saya lebih gemar untuk berbicara mengenai masa depan PAS dan perkara yang perlu dibuat bagi memastikan parti Islam ini terus bertahan dalam arus politik nasional.

 Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemergian pemimpin agung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semestinya memberikan kesan besar kepada perjalanan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PAS. Nik Aziz individu yang cukup keras mempertahankan maruah PAS daripada usaha segelintir individu yang mahukan PAS bergabung semula dengan Umno.

Saya berani katakan usaha ini sememangnya wujud tambahan pula baru-baru ini bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mad Isa mengesahkan beliau diarahkan untuk bertemu dengan pimpinan Umno bagi memastikan usaha penggabungan ini terus berlaku.

Pengkhianatan dalaman sebegini perlu segera ditangani oleh kepimpinan Parti jika mahukan PAS terus relevan sebagai pendokong utama gabungan PR. PAS dan masa depan Malaysia PAS sebuah parti yang paling lama ditubuhkan di Malaysia.

Oleh itu PAS seharusnya menjadi contoh rujukan buat parti lain khususnya yang bernaung di bawah PR. Tetapi malangnya PAS bukan sekadar gagal menjadi contoh bahkan lebih malang PAS dilihat sebagai beban yang banyak menyumbang konflik dalam PR.

"Biarlah dia mampu. Rosmah menabung sejak kecil... KO ADO.."

Apa pandangan Ular Mak UMNO Fathul Bari Asraf Wajdi dan Urtazah Mashitah mengenai perihal Rosmah tidak menutup aurat..?? tidak berani ker membuka mulut kerana syaitan bergayut .. ?? atau sbb makan gaji UMNO..

PRN Sarawak: DAP taruh 30 kerusi

Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen menjelaskan langkah yang diambil itu sebagai membantu mengurangkan beban Pakatan Rakyat (PR) dalam PRN.
dr rundiKUCHING: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Stephen Rundi, sedia berdepan dengan Parti Tindakan Democratik (DAP) yang akan menempatkan beberapa kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang (PRN).
“Setiap parti bebas menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi, menang atau tidak, pengundi yang tentukan,” katanya membalas pengumuman DAP yang pertaruhkan 30 kerusi dalam PRN akan datang.
Manakala, Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen pula menjelaskan langkah yang diambil itu sebagai membantu mengurangkan beban Pakatan Rakyat (PR) dalam PRN.
Beliau mengesahkan 30 kerusi itu adalah daripada 71 kerusi sedia ada, tidak termasuk 11 kerusi baharu yang akan dimasukkan menjadikan 82 kerusi kesemuanya.
Manakala, difahamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di beberapa kawasan luar bandar.

Mana untung usahasama 1MDB?


MP DAP Tony Pua berkata, penjelasan oleh CEO 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak memadai dan “jelas cuba mengelak” dari isu melibatkan dana firma pelaburan tersebut.

“Arul Kanda (Kandasamy) jelas sekali mengelak dari menjawab mengenai usaha menyalurkan AS$700 juta dari 1MDB kepada Petrosaudi atau pemegang saham atas namanya,” kata Pua.

Beliau menambah, ini jelas merupakan kegagalan pengarah syarikat tersebut “dalam menjalankan tanggungjawab fidusiari dan tatakelola korporatnya”.

Pua merujuk kepada perjanjian usaha sama bertarikh 29 Sept 2009 di antara 1MDB dengan Petrosaudi International Limited.

Dalam perjanjian itu, 1MDB melanggan kira-kira 40 peratus daripada saham 1MDB Petrosaudi Limited berjumlah kira-kira AS$1 bilion.

Rosmah merungut terpaksa bayar RM 1,200 untuk dandan rambut

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor saran Putrajaya pertimbang penguatkuasaan kawalan harga caj perkhidmatan di rumah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor saran Putrajaya pertimbang penguatkuasaan kawalan harga caj perkhidmatan di rumah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.Isteri kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Yang Di‎pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata,  ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.
Kebimbangan itu diluahkan Rosmah ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya. "Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.
Program tersebut merupakan anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hadir untuk memberi penerangan mengenai GST.

RM1,200: Amboi mahalnya dandan rambut kata Rosmah

Putrajaya disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal.

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban.

“Kita ini suri rumah tangga sering menjadi mangsa kepada orang yang seperti ini.

“Dulu kita buat baju kurung RM500 boleh dapat, sekarang itu pun dah mahal,” kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).

Rosmah berkata demikian dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah.

“Sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya!

Rakyat dan ‘mengarut’

Oleh Timmy Say
Rakyat Malaysia hari ini dijaja 360 darjah dengan pelbagai isu.Di barat, ada seorang peguam terkenal yang menjadi pendakwaraya sibuk mengendalikan “roadshow” untuk menceritakan kemenangannya dalam kes liwat.
Bibit-bibit adegan seks, yang dikhabarkan cerita benar, yang diceritakannya menjadi liputan media.

Pertama kali dalam sejarah, pendakwaraya perlu berjelajah menyakinkan rakyat bahawa mahkamah persekutuan tidak membuat silap. Hakim-hakim yang terlibat tidak sibuk, tapi pendakwaraya yang kelihatan sihat. Peliknya ialah ada para pemimpin Umno yang menyokongnya. Tertanya-tanya, apakah ada orang Umno yang tak percaya cerita itu ke?
Di sebelah satu lagi pula cuba mengadakan demo jalanan untuk menyakinkan dan menanam pemikiran di dalam rakyat, bahawa yang dipenjara itu ialah tahanan politik dan bukan penjenayah.
Percayalah, rakyat tahu siapa yang mengarut.
Di timur pula, tiba-tiba muncul konspirasi melibatkan pegawai penyiasat kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DSP Jude Blacious Pereira, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi badan mencegah jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan.
Cerita pendeknya ialah selepas Anwar dipenjara, Jude muncul dan mendakwa bahawa dia diminta untuk membuat satu kenyataan media mengakui bahawa kes berkenaan memang satu konspirasi politik ke atas Anwar – yang melibatkan Musa dan Sanjeevan.
Cerita itu kini menjadi Jude kata begini, Musa kata begitu dan Sanjeevan kata apa itu.
Percayalah, rakyat juga boleh bau siapa yang mengarut.
Di selatan pula, konspirasi yang berumur 9 tahun membabitkan pembunuhan kejam Altantuya kembali hangat selepas kes tersebut tamat di mahkamah pada 13 Januari 2015.

“Dasar Bersama PR patut diberi keutamaan, contohilah Nik Aziz” -Lim Kit Siang


Malaysia General Election 2013

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini sekali lagi memohon semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kembali kepada agenda tunggal Dasar Bersama.
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, agenda tunggal harus diberikan tumpuan dengan menitikberatkan usaha menyelamatkan ikatan bersama dan menghentikan sebarang usaha menjejaskan kestabilan serta merosakkan PR seperti hudud.
“Tugas utama kini adalah bersama-sama menyelamatkan PR dengan menerima pakai ‘Peta’ sepanjang lapan tahun yang merupakan resepi kejayaan dalam Pilihanraya Umum (PRU) 2008 dan 2013 iaitu pematuhan terhadap Dasar Bersama yang mengikat ketiga-tiga pihak.
“Kita juga harus kembali kepada prinsip operasi konsensus yang memerlukan persetujuan ketiga-tiga pihak sebelum sebarang dasar atau isu boleh mewakili PR.
“Saya amat berharap pemimpin PR kembali kepada agenda tunggal dengan memikirkan formula untuk menyelamatkan ikatan, pada masa sama menyelamatkan negara termasuk Anwar daripada lima tahun penjara yang bererti juga penafian hak sivil serta hak kewarganegaraannya selama lima tahun lagi sebagai wakil rakyat mahupun untuk mengundi.

ADAKAH JAIS BERANI nak terima & teruskan laporan ‘Qazaf’ terhadap Shafee ???

Apakah sebenarnya akan terjadi jika kes pertuduhan liwat Anwar-Saiful jika diadili di Mahkamah Syariah ???.. TETAPI di negara Islam-M'sia MUSTAHIL akan berlaku kerana M'sia ada UMNO !!!

Itulah sebabnya mengapa puok, pendokong UMNO begitu takut Hukum Allah Hudud mahu dilaksanakan di negara tercinta kita...

SUDAH PASTI segala kemungkaran yg dilakukan UMNO tak dpt dilakukan sewenang-wenangnya jika Hukum Allah Hudud & martabat Mahkamah Syariah dipertingkatkan & sama taraf dgn mahkamah2 sivil2 yg lain..

BUKANKAH ringgit jatuh BAIK UNTUK NEGARA...

APA LAGI ALASAN Ahmad Maslan cukai GST dilaksanakan... Selamanya rakyat diperbodohkan agar cukai GST 6% baik utk rakyat & RINGGIT !!!

BUKANKAH ringgit jatuh BAIK UNTUK NEGARA...
Kalau adanya GST 'habislah' ringgit akan naik pula...
Kalau ringgit naik DAH TAK BAIK UNTUK NEGARA !!!

Beginilah sikap & perangai pemimpin UMNgOK utk perbodohkan rakyat agar rakyat telan cukai GST sampai kenyang..

Rafizi denies Jude's Anwar trial conspiracy claim

'Just ban Twitter, Facebook, cheaper than policing it' - Rafizi

Kubur Masih Merah: Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud

Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.

Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.
"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno.
Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya. Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.

Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.

 "Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?

"Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan.

UMNO tidak perlu Majlis Ulama - Syed Mehdhar

UMNO tidak perlu Majlis Ulama - Syed MehdharKUALA LUMPUR: UMNO tidak perlu mewujudkan Majlis Ulama sepertimana yang telah dilakukan oleh PAS kerana khuatir akan berlaku perpecahan dalam parti, kata Setiausaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Menurut beliau, jika Majlis Ulama ditubuhkan ia seolah-olah memberikan persepsi bahawa selama ini UMNO tidak menghargai dan menyisihkan peranan golongan ulama di negara ini.

"Mengapa kita (UMNO) nak tiru apa yang telah PAS buat, lagi pun selama ini UMNO tidak pernah pun meminggirkan golongan ulama dan tokoh-tokoh agama.

"Majlis Ulama PAS sekarang ini pun sedang bergolak sehingga mengatasi kuasa kepimpinan parti (presiden), mengapa pula kita nak tiru acuan mereka?" tegasnya dalam catatan terbaharu di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Tambah beliau, hari ini PAS sedang berdepan dengan krisis kepimpinan serius apabila Majlis Ulama dengan kuasa mereka mahu memecat Timbalan Presiden parti.

Malah tegas Syed Mehdhar, perjuangan UMNO selama ini sudah jelas iaitu memperkasakan syiar dan syariat Islam sehingga kedudukannya tidak boleh dipertikaikan lagi sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, falsafah penubuhan UMNO ialah berteraskan kepada perjuangan masa depan orang Melayu, mengekalkan kedaulatan negara dan mempertahankan kesucian syariat agama Islam.

Pendakwah bebas buat laporan ‘Qazaf’ Shafee kepada Jais


Peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah jelas melanggar jenayah syariah (Qazaf) apabila menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 orang saksi, kata pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.

Pendakwah bebas yang mencetuskan kontroversi apabila ditahan Jais pada Jumaat lalu berkata, peguam Umno itu melakukan kesalahan dengan membuat kenyataan terbuka menuduh Anwar dalam program “Jelajah liwat" anjuran Pemuda Umno pada 17 Februari lalu, di Kelana Jaya.

"Ia jelas merupakan kesalahan jenayah syariah di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995," katanya kepada pemberita di hadapan Bangunan Jais, Shah Alam selepas membuat laporan tersebut‎.

 Wan‎ Ji yang hadir di Jais kira-kira jam 3 petang ditemani peguamnya Rifahmi Abdul Musikin, dan rakannya Ahmad Auzaie Arshad yang turut bersama membuat laporan.

Anwar tidak akan buat permohonan pengampunan Diraja – Rafizi

Tanpa pengampunan Diraja yang akan berakhir esok, Anwar akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh. 

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengemukakan permohonan pengampunan Diraja.
Menurutnya, hingga kini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan Diraja yang akan dilakukan oleh Anwar.
Rafizi Ramli_anwar“Anwar tidak akan mengemukakan permohonan pengampunan Diraja kerana Anwar tidak bersalah,” ujarnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas gagal membatalkan sabitan liwatnya dan tanpa pengampunan Diraja, beliau akan kehilangan kerusi Parlimen di Permatang Pauh.
Tempoh permohonan pengampunan Diraja bermula sejak Anwar dijatuhkan hukuman pada 10 Februari dan akan berakhir pada 24 Februari (esok).
Selain itu, Rafizi turut menyatakan satu kempen juga akan dilakukan agar pihak polis membuka semula siasatan bermula minggu ini terhadap kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu.
“Cabang-cabang PKR, dan wakil-wakil rakyat PKR akan membuat laporan polis mendesak supaya siasatan dibuka semula. Kemudiannya, kami akan mengemaskini laman Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan nombor-nombor laporan polis.
“Ia dilakukan supaya beliau turut sama memberi tumpuan kepada isu pembunuhan Altantuya, bukannya memantau laman Twitter dan Facebook rakyat kebanyakan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Pandan itu juga memberitahu bahawa beliau telah berbincang mengenai kedudukan Sirul Azhar Umar dengan beberapa rakan Ahli Parlimen dari Australia.

Ibu temui Sirul di Australia minggu depan

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau akan ke Australia untuk bertemu Sirul Azhar Umar pada minggu hadapan.

Katanya, beliau akan ke Sydney bersama ibu Sirul, Piah Samad, seorang adik Sirul, seorang pegawai Mahfuz dan peguam.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai perlepasan itu akan diberitahu pada Jumaat ini, kata Mahfuz.

"Saya akan beritahu semua maklumat Jumaat ini.

“Kita akan pergi ke Australia minggu depan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap agar Piah dapat bertemu dengan Sirul dan seterusnya membuktikan bahawa selama ini beliau sememangnya berkomunikasi dengan bekas polis itu.

"Kita harap perjalanan kami akan selamat dan dia (ibu Sirul) dapat bertemu dengan anak yang disayangi kerana ibu dia sangat rindukan anak dia.

PasMa pulangkan paku buah keras pada PAS

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang membidas kembali kritikan keras Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada NGO itu kelmarin.

Timbalan Pengerusi II PasMa negeri itu Zainulfaqar Yaacob hari ini memulangkan paku buah keras terhadap kenyataan Mohd Amar bahawa PasMa ibarat “beras hampa”.

Mengaitkan dengan kerjasama Kelantan-Pusat yang sering menjadi modal kritikan pengkritik dalaman PAS, Zainulfaqar (kiri) berkata kerajaan negeri juga tidak mendapat manfaat sebaiknya daripada perkara itu.

Beliau malah menyindir Kelantan sebagai “kerajaan sukarelawan” apabila apabila misi kemanusiaan selepas banjir oleh NGO lebih cepat sampai ke kawasan bencana.

“Justeru, kalau Mohd Amar berasa jijik dengan kerja buat sukarelawan NGO PasMa yang diibaratkan sebagai 'beras hampa', saya lihat Mohd Amar sendiri pun sebenarnya tidaklah makan 'beras berkualiti' atas nama kerjasama politik peringkat PAS Kelantan dan Umno Putrajaya hingga kini,” katanya.

Mohd Amar semalam menyertai kempen menghentam keras PasMa dalam Multaqa Ulama PAS pada Sabtu selepas NGO itu dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Nazmi: Kenapa polis begitu dramatik datang ketika anak saya tidur?

1MDB-Petrosaudi deal 'a scam', says Pua

YB Tony Pua 1MDB Press Conference

DAP: Where is the "paper" profit Arul speaks of?

APA SUDAH JADI gagasan Najib Razak 1MDB !!!

APA SUDAH JADI gagasan Najib Razak 1MDB !!!
Makin lama makin terserlah kepincangan pengurusan kewangan 1MDB wpun CEO baru dilantik.. Apa yg hebatnya yg dicanang2 pengampu2 BN Friends of BN - Barisan Nasional..

Baru LAPAN MINGGU CEO baru dilantik inilah hasilnya.. DAHLAH BERHUTANG RM38.66 bilion, Ananda Krishnan kasi pinjam RM2 bilion.. (tolong bayar hutang)

TERKINI !!!.. 1MDB nak 'cash injection' RM3 BILION dari Kementerian Kewangan (MOF) plok !!!

ROSMAH TAK BACA BERITA KA !!!

ROSMAH kata..

"Sebab sekarang ini susah kita nak buat baju (tempah). Harga naik sampai RM500, saya bercakap sebagai wakil suri rumah yang mesti hendak tempah baju."

"Kita mesti nak buat baju cantik-cantik nak pergi function (acara) tapi harga pula melambung tinggi."

ROSMAH TAK BACA BERITA KA !!!
Ahmad Maslan dah kata.. "apabila GST dilaksanakan HARGA BARANG AKAN TURUN".

Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul

Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.30 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya yang bercakap selama kira-kira tiga minit melalui pembesar suara telefon bimbit Mahfuz.

Selepas itu, Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit.

Setelah talian telefon diganggu sekitar pejabat PAS, Sirul hubungi kembali Mahfuz selepas 2 jam

Selepas hampir 2 jam, pembunuh Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar berjaya dihubungi Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Ketua Penerangan PAS itu berkata, Sirul membuat 'missed call' padanya dan apabila Mahfuz cuba menelefonnya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu memberitahu sudah bersiap sedia menunggu panggilan ahli Parlimen Pokok Sena itu sejak pagi tadi untuk telesidang yang dijanjikan pada 11.30 pagi tadi.

Dalam perbualan telefon itu, Sirul mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepadanya dan turut berterima kasih pada kerajaan Australia kerana melindungi dirinya. "Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia. "Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz berkata, Sirul hanya akan memberitahu perkara selebihnya pada waktu yang sesuai. Minggu lepas, Sirul memberitahu Malaysiakini beliau bersama Ketua Inspektor Azilah Hadri hanya menerima arahan dan pembunuh sebenar masih bebas.

"Walaupun kebanyakan pihak media yang sudah pulang dan hanya tinggal beberapa saja, tetapi bagi saya inilah masanya untuk menelefon Sirul kerana pagi tadi kebanyakan daripada kami tidak berjaya menghubunginya disebabkan gangguan talian.

Sirul: Saya selamat, tunggu masa sesuai beri kenyataan


Akhirnya Mahfuz dapat hubungi Sirul 23 Feb ( Jam 1.28pm.)


PKR lobi Australia benar Sirul diwawancara

PKR merancang melobi kerajaan Australia, melalui beberapa wakil rakyat negara itu, bagi membolehkan wawancara Sirul Azhar Umar bersama media dijalankan daripada tempat tahanan imigresen di Sydney.

Setiausaha Agung parti itu Rafizi Ramli berkata mereka sudah mula mendekati golongan itu supaya meminta kebenaran kerajaan Australia untuk meluluskan penyiaran wawancara itu.

Rafizi juga berkata, PKR turut berusaha untuk menemui Sirul sendiri bagi “memastikan keselamatannya”.

Sekarang ini, hanya rakan parti itu – PAS – dilihat mempunyai perhubungan langsung dengan Sirul.

Telesidang PAS dengan Sirul gagal, talian telefon tiba-tiba hilang

Telesidang anjuran PAS dengan Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, gagal walaupun percubaan berkali-kali dibuat.

Dalam telesidang dijadual di pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar cuma menghubungi Sirul di Australia kira-kira 40 minit tetapi tidak berjaya.

“Talian telefon tiba-tiba tidak ada,” kata seorang pemberita yang membuat liputan acara itu.

Untung & Bertuah Jadi Samseng Umno.....

Jika protes dari PR yg tiada kekacauan & keganasan berlaku dlm perhimpunan itu sepantas gila pihak polis sanggup pergi ke rumah buat tangkapan.

TETAPI BILA SAMSENG2 UMNO serang & BUAT UGUTAN BAKAR pejabat KEADILAN serta merosakkan harta benda, Balai Polis YANG HANYA selang dua pintu dari pejabat tersebut, TIADA seorang pun anggota menghalang serangan tersebut. APATAHLAGI NAK BUAT TANGKAPAN !!!

Ada tak mana2 akhbar atau mediamassa yg menyatakan samseng2 UMNO tersebut itu telah ditangkap mahupun didakwa ???

Profil PAS: Dahulu vs sekarang

Oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Dahulu meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergik kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama adalah sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS.

Dahulu menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya bagi membina Malaysia baru, sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari, tetapi keredhaan Allah.

Dahulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, sekarang menuntut ketaatan ahli (wala) kepada pemimpin.

Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri.

Alahai PAS.

Rafizi cabar KJ debat kes Liwat II

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengadakan debat terbuka di kaca televisyen berhubung perbicaraan dan penghakiman kes Liwat II.

Cabaran itu diajukan kerana tidak puas hati dengan siri jelajah ketua pasukan pendakwaan kes itu Tan Sri Shafee Abdullah.

Rafizi dan Khairy pernah berdebat di London dan dalam sebuah program anjuran Sinar Harian di Shah Alam sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Rafizi berkata, program melibatkan Shafe itu dimulakan oleh Pemuda Umno, malah dihadiri Khairy sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 18 Februari bersedia menyediakan platform untuk debat terbuka antara Shafee dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, peguam PAS Hanifa Maidin juga menawarkan diri untuk berdebat dengan Shafee berhubung kes itu.

TINDAKAN PEMIMPIN YANG MEMILUKAN

Akhir-akhir ini kelihatan dengan jelas di negara kita bahawa ada terdapat pemimpin  kita yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dengan jelas menampakkan ketidakcerdikan mereka dalam menangani sesuatu isu. Kelihatan bahawa kenyataan yang dikeluarkan hanya sebagai melepaskan batuk ditangga tanpa membuat penyelidikan dan rujukan yang rapi sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Justeru begitu senang sekali ‘dipatahkan’ apa saja fakta dan hujah yang dikeluarkan oleh mereka.
Kesilapan yang sebegini yang dilakukan oleh setengah pemimpin kita mungkin juga disebabkan ada diantara mereka yang masih ‘bermimpi’ dan ‘berkhayal’ merasakan bahawa mereka masih berada dalam Kurun ke 20 atau mungkin juga mereka merasakan bahawa masyarakat Malaysia masih berada zaman penjajahan di mana masyarakat Melayu khususnya masih bodoh, tongong dan tidak boleh berfikir secara kritikal. Mereka mungkin sudah lupa bahawa masyarakat Malaysia kini telah mempunyai pencapaian yang luar biasa. Bukan sahaja mereka terdiri dari golongan terpelajar yang mendapat pendidikan tinggi dalam negara tetapi sudah ramai anak-anak kita yang telah mendapat pendidikan di luar negara.
Apatah lagi dengan  kehadiran internet dan media sosial yang telah menyebabkan dunia dapat ‘digenggam’ melalui hujung jari. Dengan demikian segala maklumat sampai kepada mereka dalam keadaan yang begitu pantas. Keadaan sebeginilah yang menyukarkan ‘kehidupan’ setengah pemimpin negara kita yang masih tinggal dan terkebelakang dari segi pencapaian maklumat. Ramai para pemimpin kita yang masih berada ‘di bawah tempurung’ dan masih tidak begitu sedar bahawa dunia kini bergerak amat pantas, walaupun setiap tahun mereka berpeluang bercuti di luar negara menggunakan wang kerajaan tetapi malangnya apabila berada di luar negara mereka tidak langsung mahu mempelajar dan mengkaji apa yang telah berlaku di negara-negara yang telah maju.
Apabila mereka pulang dari bercuti, semacam tidak ada langsung pengajaran yang dapat ditimba oleh mereka ketika berada di luar negara. Kenyataan ‘mendabk dada’ yang mengatakan bahawa taraf university kita di Malaysia sama dengan taraf university di United Kingdom atau di Australia tentulah agak memalukan, bukan sahaja kepada pelajar luar negara tetapi juga kepada rakyat Malaysia yang tahu selok belok kedudukan ‘ranking’ university di Malaysia.

Pendidikan tinggi: Perangkaan Kementerian Pendidikan menidakkan kenyataan Menteri


zairil_steven_sim


KUALA LUMPUR, 23 Feb: DAP hari ini mempersoalkan mengapa hanya segelintir pelajar dari United Kingdom, Australia, dan Jerman belajar di Malaysia jika benar dakwaan Menteri Pendidikan bahawa pengajian tinggi Malaysia setaraf dengan pengajian tinggi di negara-negara tersebut.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, sebaliknya sekitar 30,000 pelajar Malaysia sedang meneruskan pengajian di negara-negara tersebut.
“Berlawanan dengan dakwaan menteri bahawa universiti kita setaraf dengan universiti-universiti British, Jerman, dan Australia, perangkaan kementerian beliau sendiri jelas membuktikan bahawa kaitan antara Malaysia dan negara-negara yang kononnya setaraf itu hanya sehala.
“Menurut perangkaan yang sama, 28,869 atau lebih sepertiga pelajar Malaysia di luar negara pada tahun 2013 belajar di UK (15,020 termasuk Ireland), Jerman (452 orang walaupun ada hambatan bahasa) dan Australia (13,397),” ujar Zairil.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan oleh Bernama pada 21 Februari mendakwa bahawa pengajian tinggi Malaysia adalah setaraf dengan pengajian tinggi di tiga negara maju tersebut dan buktinya ialah 10% pelajar institut pengajian tinggi dalam negara ini terdiri daripada pelajar asing.
Zairil bagaimana pun mempersoalkan ‘bukti’ tersebut memandangkan pelajar asing terbanyak di Malaysia kebanyakannya bukan datang dari negara maju.

UMNO, teladani kepimpinan Tok Guru – Ridhuan Tee

Jangan ukur kemajuan hanya dengan kaca mata dunia semata, lihatlah sama dari kaca mata akhirat.
PETALING JAYA: “Ketika wacana di Kota Bharu, suatu ketika dahulu, saya ditanya kenal atau tidak dengan Tok Guru Nik Aziz (TGNA) dan saya jawab kenal tetapi tidak taksub,” kata selebriti dakwah, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Katanya, beberapa perkara yang beliau tidak sependapat dengan TGNA terutama mengenai ultra kiasu, tetapi itu bukan bermakna beliau menolak segala kebaikan TGNA.
ridhuan tee“Saya mengkagumi sifat tawaduk, zuhud dan gaya kepimpinan TGNA,” tulisnya di dalam ruangan rencana di akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau yang juga merupakan Pensyarah Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, Unisza menolak dakwaan yang mengatakan negeri Kelantan tidak maju.
“Jauh di lubuk hati saya berkata bandar raya Kota Bharu, jauh lebih membangun dari bandar raya yang lain.
“Jangan ukur kemajuan hanya dengan kaca mata dunia semata, lihatlah sama dari kaca mata akhirat,” tambahnya.
Katanya lagi, tidak ramai pemimpin boleh ‘menolak dunia’ ketika berkuasa seperti TGNA kerana ramai “yang baru menjadi pemimpin sudah menjadi kaya.”
Ridhuan juga menyeru kepada semua umat Islam mencontohi gaya kepimpinan TGNA, walaupun tidak semua mampu untuk diikuti.
Selain itu, beliau juga menyarankan UMNO tidak perlu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka kerana Kelantan tidak akan rugi di bawah PAS.

PKR mahu 'bom' Twitter ketua polis

PKR merancang untuk membanjiri akaun Twitter Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan dengan laporan polis menggesa kes pembunuhan Altantuya Shariibuu dibuka semula.

Setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli berkata laporan polis besar-besaran akan dibuat minggu ini ekoran kesediaan pesalah Sirul Azhar Umar untuk mendedahkan segala-galanya berkaitan kes pada 2006 itu.

“Kita tengok macam mana IGP beri reaksi, kerana dia aktif di Twitter,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khalid sebelum ini mengarahkan beberapa siasatan bawah Akta Hasutan 1948 terhadap aktivis pemimpin politik, termasuk Rafizi, di Twitter beliau baru-baru ini.

Kapitalis, kaum pemodal antarabangsa dan Sirul

Oleh Amirrul Jeffery Igai
Kapitalis, kaum pemodal antarabangsa dan Sirul
Naskah ini disusun beberapa jam sebelum telesidang selama 15 minit yang dikatakan akan tetap berlangsung untuk semua media pada Isnin (esok) bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Seperkara yang bakal menjejaskan telesidang tersebut ialah tiadanya kelulusan daripada pihak berkuasa pusat tahanan imigresen Australia di mana Sirul kini ditahan. Dan seperkara yang lain yang mengarut ialah blackout, walaupun nampak mustahil tetapi boleh berlaku.
Apa benar telesidang ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang? Apa benar isi kandungan telesidang ini akan diharapkan dapat mendedahkan sebahagian isi penting tentang peristiwa gelap tersebut? Jangan terlalu berharap. Ianya tidak mudah. Tidak akan lancar berlaku dan permainan masih lagi panjang.
Dengan Surul mahu mendedahkan siapa dalang yang masih bebas yakni manusia yang mengarahkan beliau menterjemahkan arahan kepada tindakan bermakna beliau bermain dengan keselamatan sendiri. Ini belum termasuk dengan keselamatan keluarga beliau yang berada di Malaysia. Tulisan ini seperti mahu memberikan idea dan ilham kepada si dalang sebenar yang mengarahkan Sirul malakukan kerja gelap, tetapi bukan dan tidak sama sekali. Ianya sekadar pencerahan. Tidak lebih dari itu. Dalang di sebalik peristiwa tersebut mampu dan mahu melakukan apa sahaja asalkan rahsia tidak bocor.
Surul melalui kenyataan beliau sebelum ini jelas masih mengharapkan pertolongan daripada dalang yang mengarahkan beliau seperti yang disebut semua orang. Mendedahkan rahsia besar seperti ini, ditukar ganti kepada keselamatan diri dan keluarga. Kalau benar pihak imigresen Australia memberikan kelulusan kepada telesidang tersebut apakah telesidang tersebut seperti yang diharapkan? Nyata sekali tidak. Yang ada cuma permainan tarik tali. Drama masih lagi berterusan babak demi babak.
Pihak yang berkuasa dan berkepentingan mampu melakukan apa sahaja. Baik mengarahkan hujan turun dari langit dan mengarahkan kemarau yang berpanjangan. Tiada yang mustahil, ini adalah realiti. Pihak dalang yang mengarahkan Sirul tidak akan dicekup selagi kekal berkuasa.
Ya, dalang sebenar akan didedahkan. Tetapi bukan dalang yang mempunyai kuasa. Dalang yang didedahkan boleh sahaja pihak yang tidak mempunyai kuasa , kurang duit dan tiada kedudukan politik atau pihak ketiga. Ini boleh berlaku. Apakah aku terikat dengan teori konspirasi? Mungkin ya dan mungkin tidak.
Siapa pula pihak yang mendapat manafaat besar daripada berita gelap ini. Pihak pembangkang nasional untuk kepentingan politik? PKR? PAS? DAP?. Semua bukan. Ibrahim Ali?, juga bukan. Zulkifli Nordin dengan kopiahnya? Juga bukan. Kalau semua bukan siapa?
Negara kuasa besar amat suka dengan cerita seperti ini. Negara kuasa besar ini dipacu ekonomi kapitalis dan kaum pemodal antarabangsa. Lagi lagi berita gelap seperti ini dikaitkan dengan individu yang memimpin Malaysia. Berita gelap ini akan membuka jalan kepada malapetaka. Malapetaka yang dimaksudkan ialah malapetaka ekonomi. Mereka menari samba, berjoget dan bertandak di hadapan mata kita semua.

Jatuhkan pemimpin dalam muktamar - Azman Shapawi

Azman Shapawi Abdul Rani
KUALA TERENGGANU - Pengkhianat juga didakwa turut wujud dalam Pas, demikian kata Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani.

Katanya, beliau tidak menolak perkara itu wujud berikutan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan sebagaimana berlaku kebelakangan ini, dan tidak mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang melemahkan perjuangan parti.
Sehubungan itu katanya, mereka yang mengkhianati parti perlu ‘dibersihkan’ dalam Pas kerana disifatkan membawa penyakit yang boleh memberi kesan yang parah.
“Kalau ada nawaitu untuk jatuhkan kepimpinan dengan cara tidak betul, mereka boleh dianggap pengkhianat.
“Sepatutnya kalau tidak setuju gunalah muktamar pada Jun ini untuk jatuhkan pemimpin dan bukan mendedahkan keburukan serta keaiban secara terbuka. Mesti beradab dan berakhlak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau menjelaskan, isu pengkhianatan terhadap parti tidak dapat dielak dan karakter itu sering wujud dalam sejarah perjuangan Islam untuk melemahkan kekuatan dalaman dan perjuangan yang dibawa.
Sehubungan itu katanya, tindakan tegas termasuk ‘pembersihan’ perlu dilakukan segera bagi mengelak keadaan lebih buruk.
Jelasnya, sikap tidak mengikut saluran yang betul dan menghentam kepimpinan secara terbuka adalah keluar daripada adab berjemaah yang perlu ditangani segera.

Bukit Aman panggil exco Pulau Pinang beri kenyataan

Exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin diminta memberikan kenyataan kepada polis di Bukit Aman pada Jumaat ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu berkata beliau dihubungi seorang pegawai polis berpangkat ASP pada minggu lepas berkaitan laporan sebuah portal berita.

Katanya, laporan itu didakwa memetiknya sebagai mempersoal keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Awnwar Ibrahim dan menggesa orang ramai turun ke jalan raya.

Afif bagaimanapun berkata beliau tidak bercakap pun dengan pemberita itu atau memberikan kenyataannya kepada akhbar itu.

Kalau tanda hormat yg ikhlas & sebenar , BAYAR ROYALTI MINYAK RAKYAT KELANTAN !!!

ALASAN BN tak mau bertanding PRK kerana tanda hormat ???
Tanda hormat atau TAKUT KALAH LAGI !!!

Kalau tanda hormat, KENAPA BN sentiasa berusaha untuk mengalahkan TGNA SEBELUM INI !!!

Khairy JANGAN BUTA SEJARAH & cermin diri tu dulu, kamu tu lahir 1976... Allahyarham Tok Guru kami dah bertanding kerusi di Kelantan sejak 1967 lagi !!!

Masih adakah ruang penyatuan selepas multaqa, soal AJK PAS Pusat

Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS yang berlangsung seharian pada Sabtu, 21 Februari mengundang persoalan sama ada masih ada lagi harapan untuk menyatukan puak yang berlainan pendapat dalam parti Islam itu atau tidak.

 Jika selama ini PAS boleh bermegah kerana barisan kepimpinan mereka dikuatkan oleh kedua-dua golongan ulama dan profesional, mendengar perbahasan dan kertas kerja dibentangkan perwakilan semasa multaqa itu, timbul keraguan mungkin keadaan kini berubah.

"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

 Inilah tanggapan awal salah seorang pemimpin PAS yang menjadi sasaran golongan ulama yang berhimpun di Stadium Tertutup MPSJ di Serdang, Selangor pada Sabtu. Multaqa itu diadakan menjelang Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 pada Jun yang bakal menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan.

Ini kali kedua multaqa sebegini diadakan bermula dengan yang pertama pada 2013 di Alor Star sebelum Muktamar PAS tahun itu. Di akhir multaqa yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan, ia menyenaraikan 16 resolusi yang dibuat selaras dengan tema multaqa iaitu 'Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama'.

Semasa perhimpunan itu, peserta multaqa mensasarkan serangan mereka kepada golongan yang dianggap sebagai pengkhianat kerana mengkritik presiden PAS dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama. Mereka yang bernaung dan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS dan yang menjadi pelobi utama agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga menjadi sasaran utama.

Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob seperti mengisytiharkan perang ke atas PasMa dan memberikan amaran sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu.

Masa untuk kepimpinan baharu PAS

PAS dikatakan memerlukan kepimpinan yang mampu menghasilkan idea-idea baharu untuk memimpin politik baharu berteraskan ilmu dan moral.
aiman athirah_300PETALING JAYA: Multaqa’ Ulama PAS yang berlangsung baru-baru ini hanya himpunan melepas kemarahan kumpulan Ulama dalam PAS.
Ini berikutan tiada sebarang resolusi yang merakyat atau perbincangan demi negara diketengah, yang tertonjol hanya sikap PAS yang gemar ‘mensyaitankan’ orang yang tidak sepandangan dengan mereka.
Itu pandangan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Aiman Athirah Al-Junndi yang mahu masa depan PAS itu diutamakan selain hala tuju parti Islam demi kelangsungannya dalam arus politik nasional.
“Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemergian pemimpin agung PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) memberikan kesan besar kepada perjalanan Pakatan Rakyat terutamanya PAS.”
“TGNA adalah individu yang cukup keras mempertahankah maruah PAS daripada usaha segelintir individu yang mahukan PAS bergabung semula dengan UMNO,” kata Aiman.
Tambahnya, usaha tersebut lama wujud lebih-lebih lagi apabila Bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mad Isa mengesahkan beliau diarah bertemu kepimpinan UMNO bagi memastikan usaha penggabungan berlaku.
“Pengkhianatan dalaman seperti ini perlu segera ditangani oleh kepimpinan Parti jika mahu PAS terus relevan sebagai pendokong utama gabungan Pakatan Rakyat,” katanya.
Sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Aiman melihat PAS bukan sekadar gagal menjadi contoh bahkan lebih malang apabila dilihat sebagai beban yang banyak menyumbang konflik dalam Pakatan.

Forum Lucah: Saya akan terus beri penerangan kata Shafee

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
SHAH ALAM - Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan terus memberi penerangan mengenai kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Shafee, yang juga Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Anwar berkata, beliau akan menyertai mana-mana sesi penerangan bagi menangkis tanggapan salah berkenaan kes itu.

“Saya tiada masalah nak teruskan dan balas hujah kerana rakyat berhak tahu kebenaran. Penjelasan ini bukan kerana kita marah (kepada) Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

“Saya nak perbetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita dan menghina mahkamah. Selagi ia berterusan, saya akan terus bercakap dan cerita yang benar,” katanya, semalam.

Malam kelmarin, kekecohan tercetus di luar dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di mana beliau memberi penerangan mengenai kes itu melalui program Jelajah Liwat II.

Kelmarin, dua kumpulan berjumlah kira-kira 500 orang, dipercayai penyokong BN dan pembangkang, bertikam lidah dan memaki hamun antara satu sama lain, sejak sesi penerangan itu bermula jam 8.30 malam.

Kekecohan dipercayai tercetus setelah berlaku provokasi antara kedua-dua pihak dan turut disertai wakil-wakil beberapa NGO dan berlarutan hingga jam 11.30 malam.
Keadaan kembali tenang selepas itu setelah Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang juga Exco Pulau Pinang dan polis, meminta kedua-dua kumpulan bersurai.

Forum Lucah: Pemimpin Umno akui jelajah Shafee makan diri

Seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan peguam kanan Tan Muhammad Shafee Abdullah menjaja kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan diri.

“Perkara itu sudah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya,” kata pemimpin itu yang enggan namanya disebut.

“Saya fikir sudah sudahlah.

“Saya setuju bahawa tindakan itu memakan diri dan mereka patut kasihan pada (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya untuk biarkan perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan tertutup.”

Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan.

Sumber juga menjelaskan bahawa ceramah itu dianjurkan oleh NGO dinamakan Bona Fide Friends (BFF), yang dipimpin oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

“Umno tidak terlibat,” katanya sambil berkata BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.

Nik Nazmi: Penahanan bawa 'YNWA' ke peringkat baru

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dibebaskan pada jam 2 pagi tadi selepas kenyataannya dirakamkan oleh polis.

Pembebasannya disambut gembira oleh sekumpulan penyokong ketua Pemuda PKR (AMK) itu di balai polis Jinjang, di ibu negara.

“Sungguh ikonik dibebaskan semasa perlawanan Liverpool.

"Bawa (slogan) #YNWA (You Never Walk Alone) ke satu peringkat lagi,” tulisnya di Twitter.

Beliau malam tadi ditahan polis di rumahnya di Shah Alam.

Beliau terlepas daripada ditahan pada Sabtu selepas pergelutan dengan polis dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin PKR Fariz Musa ditahan ketika itu.