Ahad, 22 Februari 2015

Nik Nazmi pula ditahan polis malam ini, dibawa ke lokap berpusat Jinjang

Nik dan Isteri serta peguam
Ketua AMK Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis di rumahnya di Denai Alam pada malam ini.

Polis juga merampas komputer riba dan telefon bimbit milik Adun Seri Setia dan Exco Selangor itu.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin ditwitter menyatakan Nik Nazmi dibawa ke Balai Polis IPD Dang Wangi manakala isteri dan anaknya mengikut dalam kereta lain.

“Apabila regim UMNO/BN kalah hujah, gagal tadbir negara, mereka tangkap pemimpin Pakatan,” tulis Tze Tzin.

Laporan terbaru memaklumkan Nik Nazmi dibawa ke Balai Polis Lokap Berpusat Jinjang.


Chef Wan : Pihak yang tuntut popiah tidak pernah ke luar negara

Chef Wan
Chef Wan mengatakan adalah sukar apabila terdapat manusia yang memiliki akal fikiran yang cetek serta pendek.
KUALA LUMPUR, 22 Februari:
Isu tuntutan ke atas makanan bernama Lumpia Semarang atau popiah turut mendapat reaksi chef selebriti terkemuka negara, Datuk Chef Wan yang menyelar tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat negara jiran yang mendakwa ia adakah resepi ciptaan serta warisan mereka.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Chef Wan mengatakan adalah sukar apabila terdapat manusia yang memiliki akal fikiran yang cetek serta pendek.
Beliau berpandangan kebanyakan mereka yang melakukan protes berkenaan tidak pernah ke luar negara dan berkesempatan melihat popiah atau spring roll yang mereka kenali sebagai Lumpia Semarang itu berada di serata dunia dan direka sejak zaman-berzaman dengan menggunakan pelbagai nama.
Beliau berkata, dari negara China hingga Filipina, juadah yang mereka panggil Lumpia sehinggalah ke Mexico yang diberi nama Chimicanga dan macam-macam lagi.
“Ideanya adalah sama iaitu makanan yang dibalut dan digolong lalu digoreng.
“Di Thailand mahupun Vietnam turut mempunyai spring roll versi mereka sendiri dan tidak pula mereka itu menyalak ke negara Asing seperti yang Indonesia lakukan.
“Sungguh memalukan. Tidak ada isu lain ke hendak mencari pasal?
“Sudahlah dunia di luar kecoh dengan orang bergaduh disebabkan pelbagai isu dan Allah turunkan makanan enak-enak supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat bukannya suruh berperang.
“Islam ke orang-orang macam itu,” soal beliau.

Sirul case: PKR moves for TV interview

After PAS arranges telephone interview with media, PKR ups the ante
Sirul-Azhar_Altantuya_300_1KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat is expected to announce moves tomorrow for a television interview with convicted Altantuya killer Sirul Azhar Umar, who is scheduled to talk to Malaysia media by telephone from Australia under arrangements by PAS information director Mahfuz Omar.
A media conference will be held by PKR secretary-general Rafizi Ramli tomorrow morning at which he is expected to announce plans to approach the Australian government to allow a televised interview with Sirul, a former police commando, who has been sentenced to death for the killing but fled to Australia before the final appeal court judgement.
He is being held pending an Australian decision on whether to meet a Malaysian request for his extradition.

Sudahkah anda BERJIHAD hari ini.. ???

"Keluarlah dari kediaman kamu dan pandu kereta ke Plaza TOL. kerana bayar TOL itu juga JIHAD'...

"UMNO & LUCAH Berpisah TIADA"

BERTUAH & BERUNTUNG sungguh lubang dubur Saiful terus mendapat pembelaan & perhatian dari Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin & 'The Gang'

PITAS: Institusi pendidikan tahfiz tidak pernah sebar ideologi militan

Islamic-StateSHAH ALAM 22 FEB: Institusi pendidikan tahfiz di Selangor tidak pernah terlibat dalam sebarang penyebaran ideologi Islamic States (IS) di negara ini.
Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) , Ashri Lateh Al-Muqril berkata, 160 buah sekolah tahfiz yang berdaftar di negeri itu tidak pernah memberi galakan kepada pelajar mereka untuk menyertai mana-mana kumpulan militan.
“Kumpulan militan itu bukan hanya bercanggah dengan falsafah pendidikan tahfiz malah terpesong jauh dari ajaran agama Islam sebenar,” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata daripada jumlah sekolah tahfiz itu, 130 buah dengan bilangan pelajar kira-kira 10,000 orang bernaung di bawah PITAS.
Sekolah berkenaan menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Pendidikan tahfiz berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan ‘Rabani’ yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
“Selain berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
“Jihad dalam aliran tahfiz tidak sampai kepada tahap memikul senjata dan keluar berperang.
“Sebaliknya menuntut ilmu yang berguna seperti ilmu menghafal Al-Quran yang merupakan jihad yang lebih besar pada dunia akhir zaman ini,” kata Ashri.

Akta Hasutan: Rafizi hadir beri keterangan di Bukit Aman esok

rafizi-M
Rafizi akan turut mengulas tentang cabaran debat dengan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli setuju untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan beliau di laman Twitter selepas pengumuman keputusan Rayuan Kes Liwat II, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.
Ahli Parlimen PKR Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau akan hadir ke Bukit Aman selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, Isnin.
“Saya akan membangkit beberapa isu pada sidang media itu antaranya berkaitan dengan kes (bekas) Koperal Sirul Azhar (Umar) dan usaha bagi mendapatkan kebenaran kerajaan Australia untuk dia ditemuramah melalui stesen televisyen.
“Dalam sidang media itu juga kita akan mengumumkan kempen antarabangsa bagi membebaskan Datuk Seri Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara,” katanya.
Menurut Rafizi lagi, beliau juga akan menjelaskan kepada wartawan berhubung laporan polis yang akan dibuat di seluruh negara bagi mendesak polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Katanya, beliau akan turut mengulas tentang cabaran debat dengan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu menganjurkan siri jelajah yang disifatkan beliau untuk memfitnah Datuk Seri Anwar.

Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur TG Nik Aziz

sultan kelantan 2
Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.
KOTA BHARU, 22 Februari:
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berangkat mencemar duli menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.
Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.
Baginda meluangkan masa membaca surah Yasin dan menyedekahkan doa kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am PAS.
Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam, Khamis lalu.
Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumah beliau sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam, dan telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak.
Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

FGV: Dari Fantasi Kepada Cerita Ngeri

A Kadir Jasin
DALAM perbahasan tampalan (post) yang lalu, pembahas RAWA LANUN-BAHASA, mengulas (dalam bahasa Inggeris) berbunyi: “1MDB is not a big issue for UMNO; rather it is FGV. But you might not think so now. Think about it.
[1MDB bukan isu besar bagi UMNO; sebaliknya isu besar ialah FGV. Tetapi anda mungkin tidak berfikir begitu sekarang. Cuba fikirkan.]

Saya setuju. Isu Felda Global Ventures Berhad (FGV) umpama retak menanti belah. Setidak-tidaknya pun dalam jangka masa pendek dan sederhana.
Sama seperti 1Malaysia Development Berhad, FGV adalah gagasan Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Kalau dalam 1MDB Mohd Najib adalah pengerusi lembaga penasihatnya, dalam Felda beliau adalah mentornya. Beliaulah yang memutuskan penubuhan FGV bagi mengambil alih bahagian perdagangan Felda.
FGV adalah gagasan Mohd Najib
 Apa yang RAWA LANUN-BAHASA kata itu tepat. Sejak tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian sahamnya di Bursa Malaysia pada akhir Jun 2012, FGV telah bertukar menjadi satu lagi masalah rumit bagi Perdana Menteri dan orang kepercayaannya (Tan Sri) Mohd Isa Abdul Samad.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang amat berpengaruh ke atas Mohd Najib itu adalah pengerusi Felda dan FGV.
Mohd Isa amat berpengaruh ke atas Mohd Najib
Fantasi Bertukar Jadi Cerita Ngeri
Daripada cerita fantasi dewa-dewi pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012 FGV telah bertukar menjadi episod ngeri.

Bertuah & berbangga rakyat M'sia

Nampaknya media2 di Indonesia tidak mahu melepaskan peluang berita sensasi di M'sia dimuatkan di berita2 Indonesia..

Di M'sia boleh lah kamu kata "MENGARUT".. tetapi, ADAKAH NAJIB PERNAH atau berani kluarkan kenyataan MENGARUT kpd media2 antarabangsa tentang kaitan PM Najib terhadap kes pembunuhan Altantuya & skandal rasuah Scorpene ???

PKR tidak tunduk kepada tekanan - Fariz Musa

SHAH ALAM - Ketua Koordionator Jingga 13, Fariz Musa menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan untuk menunjukkan solidaritinya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menjadi tahanan politik.

Beliau berkata tindakan pihak polis yang menahannya bersama aktivis anak muda, Adam Adli ketika berhimpun secara aman di hadapan pusat beli-belah Sogo semalam membuktikan wujud desakan untuk mengekang kebangkitan rakyat.

"Saya ingin nyatakan pendirian untuk tidak akan tunduk terhadap apa jua tekanan dan akan terus bangkit bagi menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar dan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Terdahulu beliau dan Adam dibebaskan dari pusat tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.15 pagi selepas ditahan semalaman dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Forum Lucah: Muhammad Shafee hanya jelaskan perkara sebenar - Ahmad Maslan

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berpendapat tindakan Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan ceramah tentang kes itu hanyalah untuk menjelaskan perkara sebenar.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan Muhammad Shafee adalah untuk menjelaskan kes tersebut bukanlah satu konspirasi seperti didakwa.
Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berhak untuk menjemput beliau bagi memberikan ceramah, katanya.
"Saya kira itu terpulang kepada NGO untuk jemput beliau, dan beliau pula tidak boleh disekat, sebab pembangkang pun asyik tuduh (kes liwat Anwar) konspirasi.
"Kalau kebetulan (ceramah) dihebahkan di kawasan tertentu dan selepas itu orang UMNO nak datang, tidak ada siapa boleh halang," kata Ahmad kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua penerangan bahagian UMNO Kedah hari ini.
Ahmad berkata tindakan Muhammad Shafee melakukan siri ceramah tersebut juga bukanlah atas desakan UMNO mahupun kerajaan, sebaliknya bercakap atas jemputan NGO.
"Malaysia negara bebas, asal tidak sebar fitnah cukuplah, dan saya yakin dia (Muhammad Shafee) tidak sebar fitnah," katanya.
Semalam, Muhammad Shafee mengadakan siri jelajah dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah' di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.
Ceramah tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
-- BERNAMA

Forumn Lucah: Zaid kritik tindakan Shafee dedah keterangan secara tertutup di mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Hal-Ehwal Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengkritik tindakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendedahkan keterangan secara tertutup di mahkamah kepada umum.

Zaid berkata sebagai seorang peguam, Shafee sepatutnya tahu apa yang disebut di dalam mahkamah haruslah ditinggalkan di dalam mahkamah, terutamanya di dalam kes Liwat II yang sudahpun selesai dan diputuskan.

“Adalah tidak wajar untuk beliau mendedahkan butiran yang berlaku di dalam mahkamah. Beliau perlu menghentikannya.

“Ini seperti tidak menghormati keputusan mahkamah. Seperti beliau sedang cuba untuk memberi justifikasi kepada keputusannya itu,” kata Zaid kepada Astro AWANI.

Zaid berkata perkara seperti ini tidak pernah berlaku.

“Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Tiada peguam yang mewakili Peguam Negara pernah melakukan perkara ini.

“UMNO boleh menggunakan peguam-peguam lain sekiranya hendak memperjelaskan kes itu.

“Cuma jangan gunakan pendakwa raya kes tersebut untuk berbuat demikian,” katanya.

Sebelum ini, Shafee dikeritik hebat oleh sekumpulan peguam yang mengatakan tindakan tersebut sebagai menghina mahkamah.

Another Najib nightmare in Felda Global, says Kadir

Ex-NSTP editor questions the collapse of FGV's share value and effect on settlers 

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures (FGV), the listed agri-business giant company mooted by Najib Razak, is another nightmare waiting to be exposed, says former New Straits Times Press chief editor A Kadir Jasin.
Kadir-Jasin_najib_fgv_300Writing in his blog today, he concurred with a commenter who had remarked that the problems of troubled government investment company 1Malaysia Development Bhd were not the issue, but that FGV was.
Felda Global, formed out of plantations opened by the Federal Land Development Authority (Felda) and the companies it spawned, is the world’s third-biggest oil palm plantation company.
Kadir noted that Felda Global has become “another tricky issue” for Najib and his associate, Isa Samad, the FGV and Felda chairman, and a former menteri besar of Negeri Sembilan.
Since its listing on the stock exchange, where the share price shot up from RM4.55 to RM5.39 on the first day of trading, FGV has steadily fallen in value, closing at RM2.82 before the Chinese New Year holidays.
The shares have declined 38% from the initial offer price, Kadir said. “In simple language, those who bought shares during its public offer, including tens of thousands of settlers, has suffered a loss on paper of RM1,730 for each 1,000 shares that they hold.”

PAS, Umno mesti bersatu selamatkan Islam dan Melayu, kata bekas ketua hakim ..!!!

PAS dan Umno perlu bersatu bagi menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerana DAP akan memusnahkan hak orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam jika ia mendapat kuasa, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini.
Beliau menggesa PAS mengetepikan perbezaan dengan Umno dan sedar yang melindungi orang Melayu daripada DAP melalui BN bermakna melindungi umat Islam dan Islam daripada kehancuran di Malaysia.
PAS, Umno mesti bersatu selamatkan Islam dan Melayu, kata bekas ketua hakim"Jika selepas PRU14, didapati kerajaan BN di peringkat Persekutuan akan tumbang, PAS hendaklah menyertai kerajaan BN, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan untuk menyelamatkannya," tulisnya dalam akhbar milik Umno Mingguan Malaysia.
"PAS mesti sedar yang kerjasama dengan DAP dan PKR akan mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam,” katanya.
Hamid mendakwa orang Cina merasa lebih kuat sekarang kerana mereka bersatu di belakang DAP, dan mereka mula membuat tuntutan melampau dan mencabar Islam, termasuk berkenaan khutbah Jumaat.
"Mereka tidak puas hati dengan 'keistimewaan' yang dinikmati orang Melayu. Mereka mahu semuanya dibahagikan secara 'sama rata'.
"Mereka tahu jika dibuat demikian, merekalah yang akan membolot segala-galanya kerana mereka mengawal ekonomi, kaya dan lebih maju dalam semua bidang. Sebenarnya mereka mahu hak orang Melayu tanpa mengorbankan hak mereka," katanya.
Hamid berkata, kerajaan PR akan membenarkan DAP mendominasi dalam pentadbiran dan memberikan kaum Cina lebih daripada apa yang diberi BN.
"Kerajaan PR semestinya akan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Orang Cina bersatu di belakang DAP kerana DAP menjanjikan sesuatu yang lebih dan kerana mereka mahu lebih daripada yang diperoleh di bawah pemerintahan BN.
"Dari mana bahagian 'yang lebih' itu akan datang? Semestinya daripada bahagian orang Melayu," katanya.

NGO sasar bina 80 rumah untuk mangsa banjir

PASCA BANJIR
GUA MUSANG - Badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Cakna Untuk Tetamu Negeri Kelantan (CUT) menyasarkan pembinaan 80 buah rumah jenis bertiang setinggi 0.5 meter untuk mangsa banjir di Kampung Pasir Tumbuh, Bertam, menjelang Oktober ini.

Setiausaha Agungnya, Helmi Mat Ail berkata sejak sebulan memulakan projek itu, pihaknya telah menyiapkan 15 rumah manakala bakinya akan dilaksanakan secara berperingkat dengan menetapkan 10 rumah disiapkan setiap bulan. 

"Pembinaan rumah untuk mangsa banjir itu juga tidak menelan belanja yang tinggi, sebaliknya antara RM15,000 hingga RM25,000 sebuah.

"Kos itu meliputi perbelanjaan menyediakan bahan binaan dan upah pekerja serta meroboh rumah sedia ada yang rosak untuk dibina baharu di tapak sama,” katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu di sini hari ini.

Helmi berkata rumah berkeluasan 7.3 meter x 9.7 meter itu mempunyai tiga bilik tidur, tandas, dapur dan ruang tamu sebagaimana yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Isu rumah: NGO bidas k'jaan Kelantan

Sebuah NGO hari ini menolak dakwaan kerajaan Kelantan bahawa projek perumahan mereka di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang gagal dan ditinggalkan mangsa banjir.

Kelab Cakna Untuk Tetamu Negeri Kelantan (CUT), sebuah NGO bawah projek “Gabungan Impian Kelantan” kelolaan DAP, berkata kenyataan Menteri Besar Ahmad Yakob pada Jumaat lalu tidak berasas.

“Tiada kebenaran pada dakwaan itu.

“Mereka (kerajaan negeri) tidak buat kajian betul-betul atau lihat sendiri apa yang yang berlaku sebelum bercakap,” kata Setiausaha Agung CUT Helmi Mat Ail kepada Malaysiakini.

NGO itu sudah berada di Kelantan lebih sebulan dan membina 15 daripada 80 rumah disasarkan untuk mangsa banjir.

“Bila kami mula-mula sampai dulu semua orang duduk dalam khemah.

Membazir saja tangkap saya, kata Lawrence Jeyaraj

Dua hari di lokap semata-mata kerana komen di Facebook berkaitan kes Liwat II, aktivis Lawrence Jeyaraj hari ini dibebaskan.

Beliau dibebaskan tengah hari tadi atas jaminan polis selepas direman di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, kata peguamnya Michelle Yesudas.

Mengulas penahanannya, Lawrence berkata kerajaan hanya membazirkan sumber negara dengan tindakan itu.

“Saya gembira keluar tetapi mereka tahan saya hanya kerana tulisan Facebook

“Mereka bazirkan banyak masa, usaha dan wang untuk menyiasat perkara bodoh sedangkan ia boleh digunakan untuk menyiasat penjenayah lebih besar,” katanya.

Telesidang dengan Sirul esok diteruskan

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.

Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.

"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.

"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, seorang jurucakap imigresen Australia memberitahu, jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temubual televisyen dengan Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Australia tidak menolak kemungkinan Sirul memberi temubual kepada media jika proses permohonan yang sepatutnya, dipenuhi.

Tubuh suruhanjaya diraja tangani keterangan baru Sirul

Tiba-tiba PM Najib Razak mengeluarkan perkataan sensasi ‘mengarut’ apabila sekumpulan wartawan mengasak soalan mengenai pendedahan terbaharu yang akan dilakukan oleh korporal Sirul Azhar Umar di Australia berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Seluruh negara hairan dengan ungkapan yang terlalu peribadi daripada Najib itu. Sekiranya PM India atau presiden Indonesia ditanyakan soalan serupa tentulah jawapan birokrasi yang dikeluarkan. Mereka tentunya memberi komen akan menyerahkannya kepada kebijaksanaan polis dan pihak Peguam Negara kerana kes itu pernah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Tetapi Najib menjawab seolah-olah beliau mengikuti kes itu secara dekat sehingga mampu membezakan yang mana fakta dan yang mana mengarut. Dakwaan yang boleh dijawab ‘mengarut’ bagi PM ialah berkenaan hal-hal peribadi beliau, misalnya pengumpulan harta, penyelewengan, skandal atau sebagainya yang beliau amat tahu dan yakin mengenainya.

Kes pembunuhan yang beliau tidak mempunyai kaitan dan bukan melibatkan peribadi wajib dijawab secara birokrasi.
Inilah yang menimbulkan tanda tanya sehingga Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar menyindir Najib, siapa mengarut, Sirul atau PM?.

Najib sebagai PM, apabila berhadapan dengan situasi yang mempertikaikan institusi kepolisian dan mahkamah sebaik-baiknya mencontohi apa yang dilakukan oleh ketua-ketua kerajaan di negara-negara maju. Apabila mahkamah tidak mampu menjamin keadilan kepada yang dituduh dan yang menuduh maka satu Suruhanjaya DiRaja wajib dibentuk untuk mendedahkan keadaan sebenar.

"TAHANAN POLITIK"

“ Sebagai korban dari pertimbangan-pertimbangan politik istana, dimasukkanlah dan meringkuklah Yusuf dalam penjara. Entah berapa lama dia akan terpendam di sana, tidaklah diketahuinya. Karena yang menentukan ialah orang-orang yang berkuasa belaka. Dan di atas dari semuanya itu ialah ketentuan Allah.
Menurut riwayat yang dibawakan oleh Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, yang diterima dari as-Suddi, bahawasanya setelah beliau jadi penghuni penjara, lekaslah masyhur namanya kerana sukanya menolong orang lain dan memegang amanat dengan setia, jujur berkata-kata, lagi baik tingkah laku dan banyak sekali melakukan ibadat. Dalam pada itu dia pun sanggup menta’birkan mimpi dan sudi berbuat baik kepada penghuni-penghuni penjara ini. Kalau yang ada yang sakit dilawat, kalau ada yang minta tolong, akan ditolongnya……”
Ulasan Prof. Dr Hamka mengenai Surat Yusuf dalam “ Tafsir Al-Azhar”

UMNO perlu ada majlis ulama sendiri - Fathul

UMNO perlu ada majlis ulama sendiri - FathulKUALA LUMPUR: UMNO dilihat perlu mempunyai sebuah majlis ulama sendiri untuk menolak persepsi negatif parti itu selama ini menolak kepimpinan ulama.

Penasihat Eksekutif Pertubuhan ilmuan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, walaupun dakwaan itu sedikit tersasar, ia dilihat membesarkan bidang kuasa biro agama UMNO sendiri.

"Saya terima secara positif teguran sebahagian pihak bahawa UMNO hanya ada biro agama tetapi ia tidak dilihat memiliki satu bidang kuasa yang besar.

"Saya berharap cadangan saya beberapa tahun lalu dapat difikirkan semula oleh pihak pengurusan parti iaitu penubuhan Majlis Ulama UMNO.

"Setidak-tidaknya dapat meluruskan persepsi negatif sebahagian pihak yg mendakwa UMNO menolak kepimpinan ulama walaupun dakwaan tersebut tersasar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fathul mengulas kenyataan Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan ahli-ahli UMNO yang sayangkan ulama perlu mencalonkan golongan tersebut menjadi presiden parti mereka.

Pada muktamar PAS  2011, isu sama pernah dibangkitkan oleh Mohamad Sabu sebaik sahaja dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden pada waktu itu.

Kenyataan Wan Saiful itu dikeluarkan ketika mengulas sikap beberapa ahli dan pemimpin UMNO yang sering mengeluarkan kenyataan membidas perkembangan dalam PAS yang didakwa meminggirkan ulama.

Adam Adli tidak terganggu dengan tangkapan polis


Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim tidak bimbang dengan tindakan polis menangkapnya semalam, mengatakan "perkara biasa" baginya ditangkap pihak berkuasa kerana menyuarakan pendapat.

Beliau berkata demikian kepada media di luar lokap polis Jinjang di Kuala Lumpur, beberapa minit selepas polis melepaskannya dan Koodinator Jingga 13 Fariz Musa yang juga ahli PKR, dengan jaminan polis hari ini.

Kedua-dua mereka ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di bandaraya kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan "Kita Lawan" menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 “Jalan macam biasa. Perkara ini (tangkapan) biasa bila kita bawa satu-satu agenda,” katanya. Adam juga memberi amaran yang polis akan membuat lebih banyak tangkapan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan semalam yang dianggap polis melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

 "Bukan saya dan Fariz saja. Ramai lagi akan kena," katanya. Susulan penahanannya, Adam berkata dia bertanya kepada pegawai yang menangkapnya kenapa dia ditangkap. Tetapi, mereka cuma memberitahunya yang mereka hanya menjalankan tugas.

 "Mereka juga enggan memberitahu apabila saya bertanya siapa yang mengarahkan tangkapan itu," kata Adam. Beliau berkata polis mengambil kenyataannya mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan 5 orang atau lebih dengan niat jenayah.

Akta salah laku jalan terbaik selamat wang negara


Datuk Akhbar Satar

SHAH ALAM – Transparency International Malaysia (TI-M) menyambut baik cadangan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya satu peruntukan berkaitan salah laku penjawat awam digubal dengan segera.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, peruntukan baharu itu bukan sahaja akan membantu meningkatkan keberkesanan tindakan SPRM, bahkan dapat memperbaiki sistem pengurusan kewangan agensi-agensi kerajaan.

“Saya juga percaya peruntukan salah laku penjawat sudah pasti akan menyumbang ke arah membantu menyelamatkan wang negara dan mengelakkan ketirisan.

“Jika mengambil kira pandangan panel itu, peruntukan ini sangat penting bagi mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang tidak berintegriti, amanah dan sambil lewa dalam menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Minggu lalu, pengerusi panel itu, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil mencadangkan supaya satu peruntukan berkaitan salah laku penjawat awam digubal dengan segera.

Katanya, peruntukan itu dilihat membolehkan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan holistik dan menyeluruh.

Jihad atau Jahat ???

Lepas ini sesiapa yang ingin MATI SYAHID boleh lah menggunakan LEBUHRAYA bertol, kerana menteri kata bayar tol itu SATU JIHAD jadi orang yang mati dalam keadaan berjihad maka matinya dikira MATI SYAHID... -Sheikh Imam One Facebook Al-Google

Serangan 'gila' dan 'syaitan' pada PasMa


Multaqa Ulama PAS semalam menjadi medan menghentam Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia dibangkitkan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan gelaran-gelaran seperti “pengkhianat” dan “perosak” parti.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) sebagai menyifatkan pihak mempertahankan PasMa sebagai “gila”.

"PasMa ini boleh diibaratkan seperti beras hampa, barang rosak ini kalau di Kelantan, kita jual di pasar malam pun tiada siapa yang nak beli.

"Kita mengetahui latar belakang orang PasMa, mereka ini bermasalah, jadi tidak betul jika ahli melayan pertubuhan ini hingga mengetepikan nasihat Majlis Syura dan Dewan Ulama," beliau dilapor sebagai berkata.

Sementara Sinar Harian pula melaporkan perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan PAS segera membersihkan parti daripada pengkhianatan yang “syaitan dalam jemaah”.

"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (PAS) berapa banyak syaitan yang wujud.

"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.

"Sebab itu walak kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya.

'Islam Liberal serapi PAS'

Tingkah laku kitalah yang menggagalkan perjuangan

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF 


PADA hari inilah dalam tahun 1303 telah tercatat satu tarikh pada batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Satu kenyataan yang tidak harus kita lupa Islam telah menjadi sistem yang berdaulat di bumi Malaysia 97 tahun sebelum pembukaan Kota Melaka oleh Parameswara.
Sejarah membuktikan sistem dan kedaulatan Islam yang telah sekian lama bertapak di bumi ini dihapuskan oleh penjajahan sedikit demi sedikit dengan cukup terancang dan sistematik. Bermula dengan penaklukan Portugis di Melaka pada 1511, Belanda pada 1641, seterusnya campur tangan Inggeris pada 1786 menyempurnakan permulaan tindakan menyahkan Islam dari system kenegaraan bumi Malaysia.
Inggeris yang datang menguasai bumi ini dengan permulaan Perjanjian Pangkor tidak sekaligus menyahkan Islam dari takhta kedaulatan. Sedikit demi sedikit dan secara halus usaha dirancang dan dilaksanakan agar dapat diterima oleh masyarakat Islam.
Sultan yang dahulunya memegang kuasa politik dan pemerintahan disogok dengan keamanan dan damai atas takhta tanpa diganggu gugat dengan syarat baginda hanya berkuasa kepada hal-ehwal Islam dalam negeri. Apa maknanya hal-ehwal Islam di mata Inggeris pada waktu itu?
Islam hanya mula dijadikan upacara rasmi kerajaan dengan Inggeris terus memelihara tulisan jawi sebagai pengantara utama. 1830 telah mula diperkenal Undang-undang Sivil di negeri-negeri selat yang kemduiannya dipaksa untuk diterima oleh negeri-negeri bersekutu pada 1937.
Urusniaga perdagangan mula dihalakan menurut cara mereka dan tidak lagi cara syariah. Pada masa yang sama telah mula diperkenal jabatan yang menjaga hal-ehwal Islam dengan harapan orang Islam merasa bangga betapa Islam ada jabatan yang menjaganya.
Islam kian diinstitusikan menurut cara pemerintah. Islam tidak lagi berada pada tahap menguasai pemerintahan sebagaimana sistem kesultanan awal sebelum penjajahan.
Itu hanya sebahagian kecil teknik dan taktik penjajah dalam usaha mereka mensekularkan Malaysia yang dulu dipanggil Tanah Melayu. Kini sistem sekular dalam perundangan telah kejap dan jitu berada pada tampuk penguatkuasaan.

Kenapa tidak calonkan ulama jadi presiden UMNO? - Wan Saiful

Kenapa tidak calonkan ulama jadi presiden UMNO? - Wan Saiful
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli UMNO yang sayangkan ulama perlu mencalonkan golongan tersebut menjadi presiden parti mereka, kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful berkata demikian ketika mengulas sikap beberapa ahli dan pemimpin UMNO yang sering mengeluarkan kenyataan membidas perkembangan dalam PAS yang didakwa meminggirkan ulama.

"Kalau mereka (ahli UMNO) betul sayang dan mahu kepimpinan ulama, mereka sepatutnya menjadi ahli PAS bukan sertai UMNO.

"Dan jika ahli UMNO mahu mempertahakan kepimpinan ulama, sepatutnya mereka menuntut supaya jawatan utama seperti presiden UMNO diisi oleh ulama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Perkara yang sama pernah dibangkitkan oleh Mohamad Sabu sebaik dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS tahun 2011.

Adam Adli, Fariz Musa dibebaskan

Selepas bermalam di lokap Jinjang, polis hari ini membebaskan aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa.

“Tiada permohonan reman dipohon,” kata peguam mereka Michelle Yesudas di Facebook pagi tadi.

Telesidang bersama Sirul tetap dijalankan esok, kata Mahfuz


Sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar akan tetap diadakan esok walaupun pihak berkuasa imigresen Australia dilaporkan masih belum meluluskannya.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata telesidang itu tetap akan berlangsung untuk semua media pada Isnin (esok) bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai kelulusan daripada pihak berkuasa pusat tahanan imigresen Australia di mana Sirul kini ditahan, beliau berkata: "Saya tak tahu pasal tu," ketika dihubungi The Malaysian Insider.

 Beliau berkata, kerana kekangan masa, sewaktu telesidang selama 15 minit itu, wakil media hanya dibenarkan bertanya beberapa soalan kepada Sirul, yang disabitkan bersalah membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya butiran terperinci yang akan disampaikan Sirul sewaktu telesidang tersebut. "Saya tidak tahu (butirannya). Saya bukan bertujuan untuk dia bercakap atau buat sesuatu. Saya pun tidak tahu. Saya hanya hendak bagi peluang kepada media.

 "Kalau sebelum ini, (portal) Malaysiakini saja mendapat akses (berkomunikasi) dengannya, sekarang saya hendak beri supaya dia boleh bercakap dengan semua media, walaupun sekadar mengulangi apa yang disampaikan kepada Malaysiakini," katanya.

Mahfuz berkata, PAS yang sebelum ini pernah berhubung dengan Sirul di Australia dan sedang membuat persiapan bagi membawa ibu Sirul ke sana, hanya berniat untuk berlaku adil dengan memberi peluang kepada semua media membuat liputan.

Jumaat lalu, PAS mengumumkan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.

Jihad dan mati syahid untuk IS bukan 'jalan singkat' masuk syurga - Siti Mariah


Post Pic

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan tindakan menyertai kumpulan Militan Negara Islam (IS) untuk berjihad bukan tindakan yang diajar dalam Islam malahan ia juga bukan 'jalan singkat' untuk memasuki syurga.
 
Ini kerana jelas beliau, gerakan berkenaan tidak berperikemanusiaan selain membunuh dengan kejam setiap mangsanya.
 
Selain itu tambah Siti Mariah, tindakan itu bukan saja bertentangan dengan Islam tetapi boleh menimbulkan keresahan dunia serta merosakkan imej suci agama tersebut. 
 
"Ini adalah masalah politik, jadi bagi saya ulama-ulama negara kita termasuk dari PAS, Umno, Majlis Fatwa dan banyak lagi dah mengatakan ini bukan jihad dalam erti kata yang dimaksudkan oleh agama kita.
 
"Pembunuhan sesama Islam dan sebagainya, ia disebabkan politik antara kuasa Timur Tengah, Amerika dan sebagainya.
 
"Ia mengenai minyak, mengenai pimpinan-pimpinan Timur Tengah," katanya kepada Antarapos.
 
Kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ini, mereka yang terlibat dengan kegiatan IS menganggap ia jalan singkat menebus kesalahan dengan mati syahid dengan harapan dapat memasuki syurga.
 
"Jadi bagi saya kejahilan kita tentang situasi politik menyebabkan orang muda kita yang memang berkobar-kobar untuk berjihad.
 
"Mungkin jalan singkat nak ke syurga tanpa mengetahui latarbelakang sebenar, terus terpujuk dan kemudian pergi ke sana bunuh-membunuh sesama Islam," katanya.

PR perlukan pengganti Anwar, Nik Aziz

Anwar Ibrahim, Nik Aziz
KOTA BHARU - PR perlu mempunyai pemimpin yang boleh menyatukan semua pihak sebagaimana dilakukan ketika era kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Presiden Pasma, Muhammad Hussin berkata, PR masih boleh dikekalkan namun dengan syarat sikap penyatuan wujud dalam diri kepimpinan yang bakal mewarisi aura hampir sama dengan dua tokoh tersebut.

“Kalau kita hendak menyatukan orang, kita mesti ada sikap penyatuan. Kalau ada ciri-ciri itu, kepimpinan pakatan boleh dikekalkan tetapi jika kita tidak mempunyai pemimpin seperti itu, PR  hanya muafakat di bibir sahaja, tidak muafaqah,” katanya semasa berucap pada Bual Bicara Politik Semasa: Hala Tuju PR Pasca Anwar & TGNA di sini semalam.

Majlis anjuran PKR Kelantan tersebut turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Biar Cakna Rakyat (Bicara), selain turut dibarisi panel lain iaitu bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Menurutnya, jika berlaku perpecahan antara komponen PR, maka Umno dianggap berjaya menawan sepenuhnya, selain turut mendakwa parti lawan itu mempunyai strategi sendiri terutama menawan Kelantan selepas ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Jangan heret ulama perangi PasMa

Saya pun ada terbaca berita ketegasan Pamangku Ketua Urusan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakub dalam majlis Multaqa' Ulamak pada Sabtu lepas, yang mahu parti masa depan itu memerangi PasMa.

Katanya, PasMa berfahaman liberal dengan menyerang dasar PAS, hatta dituduh merosakkan parti dari dalam.

Telah lama PAS mengamalkan kaedah muwajahah silmiyah (pendekatan keamanan) dengan menyertai proses demokrasi berpilihan raya, walaupun ada zahir nas al-Quran yang mewajibkan perang bunuh-membunuh atas tujuan menghilangkan fitnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Baqarah: 193]

Dalam konteks demokrasi di Malaysia, Ahmad Yaakob akan menggamit fitnah yang baru seperti Islam dilihat sebagai ganas, sekiranya mahu PAS berpegang pada faham literal nas yang menuntut “wajib berperang”.

Politik ekstrem

Sesungguhnya, perang itu sendiri bukan satu-satunya kaedah untuk menghilangkan fitnah, sebaliknya merupakan salah satu cara untuk menghentikan kezaliman sehinggalah menaikkan satu-satu kepemimpinan yang berkualiti.

Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama keamanan, sebenarnya ada banyak lagi kaedah keamanan seperti dialog, debat ilmiah, musyawarah, seminar dan banyak lagi.

Bukan kerja buat PasMa mengukuhkan doktrin melampaui seperti melarang hampir lima juga penyokong Pakatan Rakyat untuk tidak menasihat atau mengkritik kepemimpinan oposisi ini, atas sentimen ulama dan sebagainya.

Fokus PasMa adalah mengukuhkan sokongan hampir lima juta pengundi PRU13 kepada kerjasama PAS, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat hingga ke PRU14, dan kita ambil semua kaedah muwajahah silmiyah seperti di atas ini.

Sebab itu, saya ingat multaqa' ulama PAS semalam berani untuk mengambil kaedah muwajahah silmiyah yang PAS amalan selama ini, dengan pergi menegur tindak-tanduk Ahmad Yaakub yang pergi merasmi program pertubuhan pelampau di Kelantan baru-baru ini.

Tindak tanduk Ahmad Yaakub itu hanya mengakibatkan amalan muwajahah silmiyah kian terhakis dalam jemaah, hatta lima juta pengundi Pakatan tidak mustahil akan melihat PAS pun seperti Umno yang turut menyokong politik ekstrem.

Janji kosong Umno

Implisitnya, Ahmad Yaakub bukan sahaja mendatangkan fitnah yang baru sampai keburukan imej Islam sebagai agama sederhana, bahkan turut memusnahkan imej muwajahah silmiyah yang selama ini diamalkan oleh PAS, disebabkan perasaan tidak senang beliau dengan kerja buat PasMa.

Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu

Media Umno Kini Bersuara Untuk PAS..??
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam PAS ekoran desakan perwakilan Dewan Ulama PAS Perak supaya melepaskan jawatan kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

"Terserah kepada perwakilan," kata Mohamad ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan sering bertindak membelakangi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama ketika krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas.

Berucap di Multaqa Ulama SeMalaysia, perwakilan Dewan Ulama PAS, Sidek Noor menyelar Mat Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

Manakala Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui bahawa beliau pernah menegur sikap Mat Sabu yang didakwa sering tidak sealiran dengan Presiden parti.

Akhbar Mingguan Malaysia menerusi laporan muka depannya hari ini melaporkan Dewan Ulama PAS mengaitkan Mat Sabu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai dalang yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi.

Usaha Astro Awani untuk mendapatkan Dr Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS setakat ini masih gagal.

Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Mustafa Ali merupakan pemimpin yang menggerakkan usaha untuk mewujudkan kepimpinan ulama pada awal tahun 80-an.
Media Rasmi Umno Mesra Pas Kini..!!!

Jika Sirul Azhar ‘kambing hitam’, siapa gembalanya?


ALTANTUYA


KUALA LUMPUR, 22 FEB – Pembunuh Altantuya Shaariibuu yang kini dalam pelarian di Australia, Sirul Azhar Umar, digesa menyatakan kebenaran tentang apa yang telah terjadi di sebalik kes pembunuhan tersebut.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyatannya menggesa Sirul untuk benar-benar menyesali apa yang telah berlaku serta membantah hukuman mati terhadapnya dalam keadaan dalang pembunuhan tersebut masih bebas.
“Sirul patut berhenti bersembunyi dan melarikan diri seperti yang dibuatnya sepanjang sembilan tahun lalu dan menyatakan pendirian secara jujur dan benar mengenai pembunuhan pada tahun 2006 itu,” ujar Kit Siang.
“Masanya telah tiba untuk Sirul membuat pengakuan awam mengenai akuan salahnya kepada pihak polis pada 9 November 2006,” tambah Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.
Pengakuan salah Sirul dalam percakapan beramaran yang dirakamkan ketika siasatan tidak dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Sirul pada Julai 2007.
“Sirul mesti mendedahkan sekarang sama ada pengakuannya itu adalah benar atau sebaliknya,” kata Kit Siang lagi.
Pada 3 Februari 2009, Sirul memberitahu mahkamah bahawa beliau merupakan ‘kambing hitam’ yang perlu dikorbankan demi melindungi pihak-pihak tertentu yang tidak dihadapkan ke mahkamah untuk memberi keterangan.
Pada 9 November 2006, dalam percakapan beramarannya kepada polis, Sirul menyatakan bahawa rakannya Azilah Hadri yang turut didapati bersalah membunuh Altantuya pernah menyebut tentang ganjaran antara RM50,000 ke RM100,000 sekiranya kes tersebut selesai.

Berapa ramai anak menteri belajar di luar negara?


lim lip eng


KUALA LUMPUR, 22 FEB – Sukar bagi Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng untuk mempercayai kenyataan kononnya mutu pendidikan tinggi negara sudah setaraf negara maju seperti United Kingdom, Jerman dan Australia.
Lip Eng dalam kenyataannya hari ini justeru itu menggesa Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh untuk menunjukkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaan tersebut, termasuk hasil penilaian oleh institusi antarabangsa.
“Walaupun kenyataan tersebut dihujani komen negatif dan sinis, saya sebaliknya benar-benar teringin mahu percaya.
“Saya mahu percaya bahawa Idris Jusoh bukan sekadar berjenaka, walaupun seluruh warga internet menyambut kenyataannya dengan gelak ketawa,” ujarnya sinis.
Beliau meminta Idris mengemukakan penilaian oleh institusi antarabangsa untuk menunjukkan bahawa universiti tempatan berada di kedudukan yang sama dengan universiti di UK, Jerman dan Australia.
Ini kerana menurutnya ranking QS World University 2014 menunjukkan Malaysia masih jauh ditinggalkan institusi pengajian tinggi di United Kingdom dan Australia.

Idris Jusoh mengarut, tipu diri sendiri mengenai mutu IPT negara

KUALA LUMPUR, 22 FEB – Adalah amat dangkal untuk mendakwa bahawa mutu pengajian tinggi di Malaysia sudah setaraf universiti negara-negara maju dengan hanya berdasarkan peratusan pelajar antarabangsa di universiti tempatan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh semalam menyatakan perkara demikian berdasarkan bilangan 135,000 pelajar antarabangsa yang membentuk 10% daripada bilangan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam negara.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming justeru itu bertanya berapa ramai pula pelajar antarabangsa tersebut yang sanggup menolak tawaran universiti bertaraf dunia di UK dan Australia untuk datang belajar di Malaysia.
“Bukti yang digunakan oleh Idris Jusoh untuk menipu dirinya sendiri supaya percaya bahawa sistem pendidikan negara sudah setaraf negara maju wajar diketawakan,” ujar Dr Ong dalam kenyataannya hari ini.
Malah katanya, berdasarkan ranking QS World University 2014 pun Malaysia masih jauh ditinggalkan institusi pengajian tinggi di United Kingdom dan Australia.
“Sebagai contoh, 19 universiti UK berada dalam ranking 100 teratas, dengan empat daripadanya berada di kedudukan sepuluh teratas – Cambridge, Imperial, Oxford dan University College London,
“Malah Jerman pun, yang universitinya kurang dikenali di arena antarabangsa, mempunyai tiga universiti di ranking 100 tertinggi. Sebaliknya Malaysia tidak ada langsung universiti di kedudukan sedemikian,” ujarnya.
Menurut ranking tahunan itu, hanya Universiti Malaya yang layak berada dalam kedudukan 200 teratas, pada tangga ke 151.
“Kecualilah jika menteri mempunyai akses kepada ranking 2015 yang menunjukkan kedudukan yang jauh berbeza bagi universiti Malaysia, adalah amat dangkal untuk membuat kesimpulan bahawa mutu pendidikan kita setaraf UK, Jerman dan Australia,” tambah beliau.

Hold inquest to get truth about Altantuya

Law lecturer reminds Attorney-General that magistrate's inquiry is required by law, 

KUALA LUMPUR: A law lecturer, blaming the Attorney-General’s Chambers for an incomplete investigation into the Altantuya Shaariibuu murder, has urged the AG to order an inquest to be conducted into the death of the Mongolian woman in 2006.
AG-altantunya2Shamsher Singh Thind, who teaches at a private college, said in an open letter to the Attorney-General that an inquest was mandatory under the law when someone dies while under the custody of the police.
He said an inquest would have helped to uncover many of the unanswered questions in the case, such as possible motives, and would also have helped to establish whether anyone else was involved, besides the two policemen convicted of her murder.
Quoting the Criminal Procedure Code, he said it stated that “a magistrate holding an inquiry shall inquire when, where, how and after what manner the deceased came by his death and also whether any person is criminally concerned in the cause of the death.”
Two police commandos, Cpl Sirul Azhar Umar and Chief Inspector Azila Hadri, both members of a VIP protection unit, have been convicted and sentenced to death for killing Altantuya and blowing up her body with explosives.
Sirul, who fled to Australia before the final court judgement, has said he was merely acting under orders from above. He is scheduled to be interviewed by reporters by telephone tomorrow from an Australian immigration detention cell, where he is being held pending an Australian government decision of Malaysia’s request to extradite him.
Last week, he had told Malaysiakini that he was being made a scapegoat, and that he had never admitted to killing her. In court testimony, he had spoken of promised payment of between RM50,000 and RM100,000 for carrying out the murder.
Shamsher Singh pointed out that the motive for killing Altantuya was never established. “No one seems to know until today why the two police officers abducted and murdered a foreigner.”
He noted that it was not necessary to establish a motive in order to obtain a conviction in court. “However, without knowing the motive, how was it possible for the police to conclude that only Sirul Azhar and Azilah Hadri, with the exclusion of all others, were responsible for the brutal killing of Altantuya Shaariibuu?”

Forum Lucah: Jelajah Liwat II Anjuran NGO Pro Umno Kecoh

Program Jelajah Liwat II kecoh

PERMATANG PAUH - Program Jelajah Liwat II kecoh apabila penyokong BN dan pembangkang bertikam lidah, menjerit dan maki-hamun antara satu sama lain di luar pekarangan Politeknik Seberang Perai, di sini, malam semalam.

Kekecohan itu berlarutan kira-kira tiga jam sejak kedua-dua penyokong mula berhimpun di luar pekarangan kampus berkenaan jam 8 malam sebelum memasuki dewan di mana berlangsungnya program itu yang dihadiri ketua pendakwa raya kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hingga jam 11.15 malam, keadaan di sekitar Dewan Seri Mutiara politeknik itu bertambah kecoh dengan jumlah orang ramai semakin bertambah.

Dianggarkan lebih 400 anggota polis, termasuk daripada Unit Simpanan Persekutuan, berada di antara kumpulan penyokong untuk mengelakkan sebarang insiden yang lebih mencabar.

Pertikaman lidah dan maki-hamun itu tercetus apabila timbul cabar-mencabar serta provokasi antara kedua-dua pihak terbabit yang turut disertai wakil-wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada pihak penyokong BN dan pembangkang.

Sirul hidupkan kembali ‘hantu Altantuya’

Walaupun sudah hampir 9 tahun Altantuya Shariibuu dibunuh, perbicaraan di mahkamah sudah selesai dan hukuman sudah dijatuhkan, nama warga Mongolia itu terus menjadi sebutan.

Esok salah seorang pembunuh Altantuya, Sirul Azhar Umar dikatakan akan membuat telesidang selama 15 minit secara langsung dari Australia bersama media Malaysia.

Mungkinkah identiti “orang penting yang mempunyai motif agar Altantuya dibunuh” akan didedahkan Sirul esok?

Atau Sirul akan terus bermain tarik tali? Menurut bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, apa saja yang bakal didedahkan Sirul perlu disiasat pihak berkuasa.

"Polis kena siasat apa saja dakwaan mengenai siapa yang menyuruhnya selain mengesahkan ia betul atau tidak.

 “Setiap perkara baru yang didedahkan perlu disiasat semula,” kata Musa yang berkhidmat sebagai ketua polis negara sejak 12 November 2006 sehingga 12 September 2010 seperti dilaporkan Astro Awani Online.

 Sirul sebelum ini melarikan diri ke Australia dan tidak menghadiri perbicaraan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu yang menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dan rakan setugas Ketua Inspektor Azilah Hadri, kerana bersalah membunuh Altantuya pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Australia dan tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana negara kanggaru itu tidak mengiktiraf hukuman maut.

Reaksi Najib jadi tanda tanya Ketika ditemui pemberita semasa sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kenyataan Sirul sebagai mengarut.

"Mengarut semua tu, mengarut," katanya sambil menggelengkan kepala apabila ditanya mengenai dakwaan Sirul pembunuh Altantuya yang mempunyai motif masih bebas.

Nurul Izzah terlalu muda sebagai Ketua Pembangkang - Dewan Ulama PAS

SERDANG: Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan dari beberapa pihak yang mahu menjadikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah... dia orang muda," kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed pada sidang media yang diadakan selepas persidangan Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 anjuran PAS yang diadakan di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya pada Sabtu.

Kata Mahfodz, mereka lebih menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau lebih berpengalaman dan lama di dalam PAS.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas rayuan terakhir kes liwatnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Katalah apa saja Shafee, kami akan terus lawan, kata Nurul Nuha

Nurul Nuha Anwar bersama dua anaknya, Sulaimaan dan Yahya ketika ditemubual The Malaysian Insider di rumahnya di Segambut, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Februari, 2015.

Pertama kali melihat bapanya berjalan sebagai lelaki 'bebas' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 17 Februari lalu, Nurul Nuha Anwar tidak dapat menahan perasaannya.

Tubuh cekung itu dipeluknya erat - rindu, syukur dan gembira kerana keluarganya dapat bersatu kembali walaupun seketika cuma sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa semula ke Penjara Sungai Buloh.

"Dia minta doakan untuk dia, jangan bersedih, banyakkan bersabar dan teruskan perjuangan," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider, baru-baru ini. 

Kata-kata itu menjadi pegangan buat Nurul Nuha, 31, terus berdepan dengan ranjau politik pihak yang menentang ayahnya, termasuk pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mula sibuk dengan Jelajah Liwat II ke seluruh negara.

Bagi Nurul Nuha, tindakan Shafee yang terus menyerang Anwar walaupun proses mahkamah selesai, sama sekali tidak menggugat keluarganya untuk terus menyambung perjuangan Anwar.

Katanya, dakwaan Shafee itu tidak berdasarkan fakta mahkamah dan hanya mereka-reka cerita yang tidak wujud mengikut keterangan dalam kes.

 "Apa pun yang terjadi, kami sekeluarga semakin kuat. Dia boleh kata apa saja tetapi dia tidak boleh diamkan suara kebangkitan rakyat," katanya.

 Buktinya, anak kedua Anwar itu mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai ketika pertama kali muncul di atas pentas ceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 16 Februari lalu.

 "Saya sangat terharu. Saya tak fikir sambutan itu untuk saya, tapi untuk ayah. Rakyat datang beri sokongan kepada keluarga saya dan kasih untuk Anwar," katanya.

Namun, katanya ia masih belum dapat membuka hatinya membuat keputusan untuk terjun dalam dunia politik secara serius.

 "Buat masa ini fokus saya ialah March To Freedom (MTF). Jika saya masuk politik atau tidak, itu isu lain.

"Sekarang kami sedang berjuang membebaskan ayah yang sedang menerima hukuman yang tidak adil," katanya sekali gus menolak desas-desus dirinya calon Permatang Pauh kerana masih tidak ada lagi keputusan daripada PKR berhubung status kerusi Parlimen itu.