Jumaat, 20 Februari 2015

Arul dibebaskan, aktivis KKI pula ditahan bawah Akta Hasutan

Polis dilaporkan menahan seorang lagi aktivis Kumpulan Kartunis Independent (KKI) hari ini kerana didakwa menghasut.

Lawrence Jeyaraj, 45, telah ditangkap di rumahnya di Taman Cuepaces kira-kira jam 6.30 petang oleh pasukan lima anggota polis sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Peguamnya, Michelle Yesudas mengesahkan bahawa Jeyaraj disiasat di bawah Akta Hasutan kerana beberapa posting Facebook.

Beliau berkata polis akan memohon perintah reman ke atasnya pagi esok.

Polis, ketika dihubungi petang ini, enggan mengesah atau menafikan penangkapan Jeyaraj.

Isteri Jeyaraj, Agnes Padan, ketika dihubungi, berkata pasukan polis itu tidak merampas apa-apa dari rumah mereka dan menahan Jeyaraj selepas menyoal suaminya itu.

Jurucakap KKI, Zulkiflee Awar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai kartunis Zunar, mengesahkan bahawa Jeyaraj merupakan ahli KKI.

Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB - Khairuddin

Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB - Khairuddin
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah disifatkan masih tidak faham persoalan rakyat terhadap urus tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa amat tidak telus.

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, selagi Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mengelirukan rakyat dan memutarbelitkan fakta, selagi itu rakyat akan menganggap isu itu tidak selesai.

"Kenyataan Ahmad Husni hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Arul baru-baru ini. Kini, Ahmad Husni kata dalam jangka panjang, 1MDB bakal menjana pendapatan kepada kerajaan seterusnya kepada rakyat.

"Ia bercanggah dengan kenyataan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang yang menyatakan 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan mahupun rakyat," katanya ketika menghubungi Astro AWANI hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Ahmad Husni yang menyifatkan 1MDB beroperasi seiring dengan matlamatnya.

Kata Ahmad Husni, matlamat penubuhan 1MDB jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan.

Ujar Khairuddin, Ahmad Husni dinasihat untuk duduk 'diam-diam' daripada beretorik dan cuba menyakinkan rakyat mengenai cara urus tadbir 1MDB.

"Kita tanya di mana 1MDB letak duit pelaburan yang telah ditebus sepenuhnya dari Kepulauan Cayman? Ia jumlah yang amat besar dan rakyat ingin tahu di mana wang-wang pelaburan tersebut berada kini.

Jelajah penerangan kes Anwar ke seluruh negara, bukti UMNO makin terdesak

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Usaha Pemuda UMNO mengadakan jelajah seluruh negara bagi menjelaskan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan bukti parti itu semakin hilang sokongan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Katanya, walaupun Anwar kalah di Mahkamah Persekutuan, namun tetap menang di mata rakyat, sekaligus menyebabkan UMNO semakin hilang pengaruh sehingga terpaksa melakukan sesuatu seperti kempen jelajah untuk mendapatkan semula sokongan.
“Siri jelajah yang bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bukan sahaja belum pernah terjadi sebelum ini, malah menimbulkan banyak persoalan.
“Usaha terdesak ini juga merupakan satu pengakuan bahawa biarpun Shafee menang di Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 5-0, ,tetapi beliau sebenarnya kalah di mahkamah pendapat awam,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mencabar Shafee yang mewakili negara dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) supaya mengadakan kempen untuk memenangi pihak antarabangsa.

Siapa yang bohong, polis atau Sirul? dibawah ini adalah keterangan Sirul semasa ditahan pada 2006

Pertama. Jangan tangguh lagi. Nak dedah apa, cepat dedahkan sekarang. Jangan main tarik tali dan jangan berpropaganda apa semua. Aku meluat.

Kedua. Fikir sama kat anak2 dan ibu serta keluarga. Disebabkan kes neh betapa mereka semua dilibatkan secara tak langsung. Ko sendiri juga yang kata anak2 ko sampai tak dapat bersekolah. So, tak kesian ka? Selesaikan cepat2 supaya keluarga ko tak terheret sama.

Ketiga. Dengan penafian berkenaan, maka ko kena recall balik statement awal ko kepada pihak polis. Jika pihak polis fitnah, buat cerita atau apa, kau kena dedahkan semua.

Berikut adalah kenyataan yang disiarkan oleh Asia Sentinel yang melaporkan bahawa keterangan ini ialah keterangan yang keluar dari mulut Sirul sendiri. Jika Sirul tak pernah mengaku dia bunuh Altantuya, kenapa keterangan yang direkodkan ini berbeza dari kenyataan terkini Sirul? Siapa yang paksa dia untuk menipu dan mempermainkan pasukan penyiasat bagi kes neh?

Baca ;


Report No : 7380/06
Station : Travers
Name : Sirul Azhar bin Haji Umar
IC No : RF125591
Race : Malay
Date/Place of Birth : 29-1-1971
Age : 35 years male
Occupation : Police officer
Address of workplace : UTK, Bukit Aman
Name of father : Haji Omar bin Haji Hassan
Address of father : Deceased
Recording Officers : Insp Nom Phot a/l Prack Dit at Office D6, 3rd Floor, Bukit Aman on 9th November 2006 at 1307 afternoon.
Interpreter-from-to-

On 19th (sic) November 2006 I was asked by the investigating officer K/ASP Tony Anak Lunggan to record the statement of a Malay inmate named Sirul Azhar Bin Haji Omar Kp RF 125591. The inmate was then brought to me and I ordered the release of his handcuffs.
I then interviewed the inmate who appeared to be proficient in Malay. I also found the inmate in good health. I then read out the warning under Section 113(1)(a)(2) of the Criminal Procedure Code to the inmate as follows;-

IT IS MY RESPONSIBILITY TO WARN YOU THAT YOU ARE NOT OBLIGED TO SAY ANYTHING OR TO ANSWER ANY QUESTIONS. BUT WHATEVER YOU SAY WHETHER IN ANSWER TO A QUESTION OR NOT SHALL BE GIVEN AS A STATEMENT.

S. Do you understand the warning that has been read and explained to you?

J. Yes I understand.

S. Do you have any questions about the warning?

J. No.

S. Do you want to give a statement?

J. Yes I want to give a statement.

S. What do you want to tell me?

J. As a member of the Special Action Unit (UTK) on an undetermined date 5 or 6 days before the incident on 19thOctober 2006 while I was in my office I received a telephone call from Tuan Azilah (Azilah) the officer above me requesting that I meet him in Central market. I could not meet him at the time because I was together with Tuan Khairy as his driver.

At that time, I was driving Tuan Khairy to deliver hampers in Selayanga and Batu Caves. On my way to there roughly after 12 noon I received another call from Azilah who asked me where I was and I told Azilah I may be late coming back as I was assisting an officer and I replied I would call him back after completing my duties.

At around 3.00pm, after dropping off the officer at the office in Bukit Aman, Azilah telephoned me again and told me to meet him in Central Market.

At about 3.15pm I met Azilah at Central Market. He instructed me to observe Malaya Hotel where the woman who was disturbing the businessman [sic] stayed. Azilah also informed me there were three women staying in a room on the 8th floor, the number of which I am unable to recollect.

After that I went together with Azilah in my car, a Satria bearing registration number WEA 4717 to look for Malaya Hotel. On the way there, Azilah talked about a reward of between RM50,000 and RM100,000 if the case was settled. Azilah and I however failed to locate the hotel after circling the area many times.

After failing to locate the hotel, Azilah and I returned to Central Market and while we were there, Azilah asked an artist at Central Market for directions to Malaya Hotel.
The artist, who was Malay, drew a plan of the location of Malaya Hotel.

After that Azilah and I walked towards Malaya Hotel. We reached Malaya Hotel at 4.00pm.
When we arrived at Malaya Hotel, Azilah invited me to go to the 8th floor of the hotel. After we reached the 8thfloor Azilah showed me the room that was occupied by the woman who was disturbing Razak.

Hentikan penganiayaan politik atau tinggalkan PBB, kata Nurul Izzah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menamatkan siri penganiayaan terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi, atau melepaskan jawatan Malaysia di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagai pengerusi Asean, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib Presiden PKR itu berkata, kerajaan seharusnya mempamerkan kuasa yang bermoral dan keberanian yang berprinsip apabila ia mengambil alih jawatan pengerusi Asean tahun ini, tetapi sebaliknya, ia mensasarkan individu yang berkaitan pembangkang menggunakan Akta Hasutan yang kuno, sementara menteri yang bersifat perkauman terlepas daripada hukuman.

"Sebagai anggota PBB dan kini duduk dalam Majlis Keselamatan, kita rasa malu kerana Malaysia dengan sengaja mencemar kedaulatan undang-undang melalui pendakwaan terpilih dan penyiasatan yang seolah-olah memihak kepada kerajaan," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

"Kelihatannya seperti tiada penghujungnya kepada minat pihak berkuasa mewujudkan budaya takut dan penindasan dengan melakukan 'sedition witch hunt' (memburu mangsa tuduhan hasutan) memantau rapi perdebatan umum, termasuk di media sosial!"

Nurul Izzah merujuk kepada penangkapan politik kartunis satira Zulkifli Anwar Ulhaque, atau Zunar pada 11 Februari dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan semalam.

Kedua-dua mereka disiasat kerana menghasut susulan komen mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, walaupun polis pantas bertindak terhadap Zunar dan Arutchelvan, mereka dengan selamba mengabaikan tweet yang berbau perkauman dibuat para menteri dan dakwaan terdapatnya penglibatan golongan pemerintah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

PSM's Arutchelvan released from police custody


Najib tidak perlu risau jika Sirul dedah - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu risau jika  Koperal Sirul Azhar Umar ingin membuat pendedahan berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berkata Sirul tidak pernah menyebut nama Najib sepanjang beliau ditahan, sebaliknya hanya berkata beliau hanya menjalankan arahan.

"Sungguh menghairankan apabila Najib memberi respon dengan mengatakan pendedahan Sirul berkenaan kes Altantuya mengarut.

"Mengapa perlu dia membuat kenyataan sedemikian rupa, Sirul tidak pernah menyebut nama beliau dan sepatutnya Najib tidak perlu gelisah," katanya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Mahfuz turut berpendapat, sewajarnya Najib menyatakan pendirian untuk menyiasat semula kes tersebut apabila Sirul berani untuk membuat pendedahan.

"Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

"Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes ini hanyalah kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa yang sama beliau mengaku mengenali dan pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi," kata beliau lagi.

Jelajah Liwat: Benarkan perdebatan dalam kerangka Islam

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
SAYA diminta untuk memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bahawa pergerakan itu sedang mempertimbangkan untuk melakukan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan isu Liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suka untuk saya menyatakan bahawa saya sangat mengalu-alukan langkah Pemuda Umno untuk mengadakan siri jelajah berhubung isu tersebut. Namun, adalah diyakini bahawa penjelasan yang akan dilakukan kelak pastinya akan lebih menimbulkan persoalan daripada jawapan terhadap isu-isu yang berbangkit. Terlalu banyak kemustahilan dan fakta-fakta yang tidak munasabah berlegar di kalangan masyarakat yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap instituti kehakiman.

Hakikatnya, terlalu banyak persoalan yang ingin dibangkitkan oleh rakyat. Jika Pemuda Umno mula menjelajah kelak, saya mencabar agar dibenarkan komunikasi dua hala dalam kerangka debat. Pemuda PAS sendiri mempunyai ramai individu berwibawa untuk berdepan dengan Pemuda Umno secara terbuka di atas pentas berhubung isu ini.

Saya pohon, jika dipersetujui, benarkan debat dalam kerangka pandangan Islam terhadap jenayah liwat. Adakah hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati kehendak syarak atau merupakan satu penghakiman yang tidak selari dengan Islam? Inilah yang perlu diperjelaskan oleh Pemuda Umno kepada masyarakat.

Setiap langkah UMNO berstrategi – Suhaizan Kaiat





suhaizan-kayat_M
Suhaizan berkata ia strategi UMNO melalui satu-satunya jalan untuk menyelamatkan BN selepas PR menguasai 51 peratus undi popular dalam PRU ke 13.
KUALA LUMPUR, 20 Februari:
UMNO didakwa mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) yang kononya menjadi ancaman terbesar BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sambil menyeru rakyat memahami bahawa strategi sebenar UMNO dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka merupakan pepecahan kepada PR.
Katanya strategi UMNO melalui satu-satunya jalan untuk menyelamatkan BN selepas PR menguasai 51 peratus undi popular dalam PRU ke 13.
“Maka pelbagai agenda telah dirangka dan dilaksana. Antaranya mensensasikan pertembungan PAS dan DAP serta pertembungan PAS dan PKR.
“Perbezaan pendirian parti dalam PR dipergunakan semaksima mungkin. Maka perbezaan 10 peratus dalam PR disensasikan menjadi 99 peratus,” katanya.
Katanya alasan menghormati Allahyarham dan menjaga hubungan antara negeri dan pusat serta mengelakkan pembaziran yang digunakan UMNO hanya politik tersurat.
Jelas Suhaizan, tindakan UMNO membuat pusingan U secara tiba-tiba tidak mahu bertanding di Chempaka dilihat mempunyai agenda tersirat.

Reformasi 1998 sukar berulang, kata penganalisis

Berbeza sekali dengan perhimpunan besar-besaran dan protes Reformasi tahun 1998, pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu gagal memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia berarak di jalanan di ibu negara beramai-ramai, dan sokongan kepada pemimpin pembangkang itu hanya setakat suam-suam kuku.
Tunjuk perasaan yang dianjurkan di luar Sogo dan penjara Sungai Buloh menarik kehadiran yang jauh lebih kecil berbanding 16 tahun lalu, apabila Anwar pertama kali ditangkap dan Dataran Merdeka dibanjiri penyokong yang membuak kemarahannya.
Penganalisis politik berkata, perubahan ini kerana orang ramai tidak lagi merasakan demonstrasi akan membawa sebarang perubahan, dan mereka mempunyai kebimbangan lain yang lebih mendesak daripada hukuman penjara Ketua Umum PKR itu.

"Orang ramai sudah muak dan letih dengan perbicaraan Anwar. Juga berhadapan masalah ekonomi, mereka lebih bimbang tentang pekerjaan dan punca rezeki mereka," kata pengarah Institut Asia Universiti Tasmania Dr James Chin. Beliau memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak melihat episod demonstrasi jalanan  seperti tahun 1998 akan berulang dan ia bukan satu lagi budaya untuk rakyat Malaysia  ikuti.
"Tidak, tidak untuk masa ini. Ketika ini, demonstrasi bukan lagi satu fesyen. Ia mungkin  berubah pada masa depan," katanya.
Berkongsi sama pandangan tersebut, penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee berkata,  berbanding pada 1998, apabila Anwar sekali lagi dipenjarakan sekarang, orang ramai mula berfikir yang protes jalanan semata-mata tidak mampu mengubah sistem dalam negara.
"Pada 1998, kumpulan pertengahan turun memberi tekanan. Bagi kebanyakan orang, ia satu  pengalaman baru dan mereka mungkin menyertainya kerana mahu merasai pengalaman tersebut dan berharap dapat membuat perubahan ke atas sistem negara.
"Sekarang, realitinya, protes jalanan tidak dapat membawa perubahan dan ia memerlukan lebih daripada itu," katanya.
Walaupun sokongan diperlihatkan rakyat tidak sehebat pada 1998, Lim yang juga  pengarah Pusat Inisiatif Dasar berkata, ia tidak bermakna sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semakin kuat.
"Dan ini juga tidak bermakna kecenderungan anti-Barisan (BN) sudah berkurangan.
"Orang ramai mungkin tidak keluar dan berada di jalanraya tapi ketidakpuasan hati mereka akibat salah tadbir dan salah guna kuasa (termasuk kes Anwar), mula mendapat momentum sekiranya petunjuk seperti bacaan undian awam dan seumpamanya diambil kita," katanya.
Beliau juga tidak melihat pemenjaraan Anwar memberi kelegaan kepada parti pemerintah. Ini dibuktikan dengan serangan berterusan menerusi propaganda yang digunakan oleh mereka.
"Saya tidak rasa ia menandakan kelemahan.

2,600 rumah mangsa banjir siap sebelum Ramadan – MB Kelantan

MACHANG: Sebanyak 2,600 keluarga yang kehilangan kediaman akibat banjir pada Disember lepas, akan menduduki rumah baharu yang dibina oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan sebelum Ramadan ini.
  
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 rumah akan dibina oleh kerajaan Persekutuan dan bakinya akan dibina oleh kerajaan Kelantan.
  
"Kita akan bina (rumah) tanpa mengira fahaman politik dan agama, semua rakyat Kelantan yang terlibat dengan bencana itu akan memiliki rumah secara percuma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan kunci rumah kekal mangsa banjir di Desa Rahmat di sini, hari ini.
  
Seramai 10 mangsa banjir yang kehilangan rumah di Temangan masing-masing menerima kunci rumah mereka hari ini, yang membabitkan peruntukan pembinaan sebanyak RM400,000.
  

Tanya Iskandar siapa musuh PasMa, Pas atau UMNO? – Phahrolrazi

Kecewa dengan Iskandar kerana ahli PAS yang menyertai PasMa dilayan dingin oleh kepimpinan parti itu
Mohd_ZawawiPETALING JAYA: Presiden Persatuan Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, beliau sepatutnya bertanyakan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A. Samad, sama ada PAS atau UMNO yang memusuhi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) politik itu.
Beliau mahu Exco Kerajaan Selangor itu menjawab secara jujur mengapa mengambil sikap bermusuh dengan PasMa yang matlamat penubuhannya adalah untuk mengukuhkan sokongan rakyat di atas kerjasama antara PAS dengan DAP dan PKR selama ini.
Beliau yang memberitahu terbaca laporan media mengenai pertanyaan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berhubung siapa musuh PasMa, PAS atau UMNO berkata, “Sepatutnya saya yang bertanya soalan itu kepada Iskandar, kenapa beliau yang memusuhi PasMa,” katanya dalam kenyataan balas kepada media di sini.
Portal Malaysia Gazette pada Rabu lalu melaporkan Iskandar sebagai berkata, penubuhan PasMa dilihat lebih menumpukan serangan terhadap PAS, bukan UMNO.
Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka itu, ianya dilihat sedang menjalankan usaha untuk menjatuhkan PAS sehingga timbul tanda tanya mungkinkah wujud komplot antara PasMa dan UMNO.
Menurut Phahrolrazi, beliau kecewa dengan Iskandar kerana ahli PAS yang menyertai PasMa dilayan dingin oleh kepimpinan parti itu.

DUN Chempaka permulaan 'kerajaan perpaduan' Umno-PAS, kata Muafakat


Post Pic


KUALA LUMPUR: Tidak timbul soal menang atau kalah jika Umno-Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac depan.
Malah, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), berpendapat pencalonan Umno-BN pada pilihan raya itu nanti hanya akan membuang masa selain merugikan wang rakyat.
Sebaliknya, presidennya Ismail Mina Ahmad berkata lontaran pandangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed agar Umno-BN memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini adalah yang terbaik.
"Ini bukan soal kalah atau menang. Buang masa, buang tenaga, buang duit ringgit dan yang lebih besar lagi...politik kita tahulah pasti akan ada ucapan-ucapan yang negatif.
"Kita perlu tumpukan masa, wang ringgit kepada pembangunan semula rakyat Kelantan tanpa mengira parti Umno atau PAS dan seumpamanya," tegasnya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini dilaporkan berkata secara peribadi beliau berpandangan mungkin Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri.
Bagaimanapun Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Hanafi Mamat berkata parti itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut selain menegaskan pihaknya sentiasa bersedia walaupun keputusan bertanding belum ditetapkan.
Katanya lagi, tindakan Umno itu juga disifatkan sebagai permulaan "kerajaan perpaduan" Umno dan PAS selain mengelak daripada menabur politik kebencian.
"Elok juga dalam keadaan di mana sudah ada sedikit kerjasama Umno-PAS atau kerajaan negeri Kelantan dan pusat dalam isu banjir, elok juga ada satu toleransi yang baik dan tinggi di kalangan Umno bahawa kita tidak bertanding di situ.

NAJIB'S POLITICAL HARAKIRI: Shafee's roadshow shows Umno knows public support is with Anwar

Shafee’s unprecedented and most questionable road-show an admission that although he had won in the Federal Court with 5-0 verdict in his favour on Anwar Sodomy II trial, he has lost out in the court of public opinion.
Its really so pathetic – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah going on a UMNO-sponsored national roadshow to have a second “ bite of the cherry” in his prosecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim on Sodomy II case.
Yes, Shafee has won in the Federal Court on Feb. 10 with a shocking 5-0 unanimous decision to dismiss Anwar’s appeal and to sent him back to jail for five years, Anwar’s fourth incarceration.
Even those who were most pessimistic about Anwar’s chances and had believed before the Federal Court decision that he would lose in the Federal Court appeal had expected either a 3-2 verdict or at worst a 4-1 decision.
Everybody was floored when there was an unanimous 5-0 decision and there were not only no dissenting judgment, there was no other judgment from the five-member Federal Court quorum, apart from the single judgment by the Chief Justice, Tun Arifin Zakaria!

Although Anwar had lost in the court of the Malaysian judiciary, he had won in two other courts –the court of public opinion in Malaysia and the court of international opinion, as it will not be easy to find another Federal Court judgment in the past two decades which had met with such instant universal condemnation, not only inside the country but also outside.
The decision for UMNO to go on a national roadshow featuring Shafee, Anwar prosecutor-by-fiat, is not only unprecedented and questionable, raising grave and vexing ethical questions about Shafee’s role as prosecutor-by-fiat as well as a practising lawyer, but is as good as an admission that although Shafee had won in the Federal Court with 5-0 verdict in his favour, he has lost out in the court public opinion.

FAM tak profesional, TMJ letak jawatan

Tunku Ismail tidak mahu kerjasama dengan organisasi yang tidak adil
Tunku Ismail Sultan Ibrahim_0PETALING JAYA: Disebabkan kecewa dengan pengurusan yang tidak adil dan tidak profesional, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.
“Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan,” titahnya di dalam satu kenyataannya di laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.
Tunku Ismail juga mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bola sepak, permainan yang indah, tiada politik.
“Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya,” tambahnya.
Katanya lagi beliau berharap suatu hari nanti badan pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik.
“Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bola sepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri,” ujarnya.
Tunku Ismail dilantik FAM menjadi penasihat pada Oktober tahun lalu.

Bencana kehilangan ulama kepada umat manusia

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

 
DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab Ilmu daripada Abdullah bin Amru bin Al-aas, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak memegang ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, akan tetapi Allah memegang ilmu dengan memegang (mematikan) ulama sehingga tidak ada lagi orang alim lalu manusia mengambil ketua-ketua yang jahil (sebagai) rujukan; orang bertanya kepada mereka dan mereka memberikan fatwa (dalam perkara agama) mereka sesat dan mereka menyesatkan orang lain”.

Hari ini cukup seminggu pemergian Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang alim yang menghabiskan riwayat hidupnya untuk Islam sama ada menyebarkan ilmu kepada masyarakat atau berjuang untuk memastikan Islam terlaksana di dalam masyarakat.

Jika sekiranya kematian seorang doktor perubatan ditangisi kerana ilmu dan jasanya kepada masyarakat yang boleh menyelamatkan jasad daripada penyakit apatah lagi kehilangan seorang ulama yang jasanya bukan sahaja untuk menyelamatkan jasad manusia bahkan menyelamatkan jasad, akal dan rohaninya daripada azab neraka.

Kehilangan seorang ulama tidak sama dengan hilangnya wang ringgit dan harta benda. Ia boleh dicari ganti. Kehilangan seorang ulama bermakna hilangnya satu cahaya yang boleh membawa manusia kepada hidayah ilahi.

Kematian seorang ulama tidak sama dengan kematian manusia biasa; kematian seorang ulama bermakna hilangnya mutiara-mutiara ilmu yang dibawa bersama-samanya.

Oleh sebab itulah kehilangan ulama adalah satu bencana kepada umat manusia. Bencana yang akan menyebabkan manusia berada di lembah kejahilan yang gelap gelita sehingga kemuncaknya apabila tiba masa hampirnya berlaku kiamat maka tiada lagi ulama bahkan manusia yang mengaku Islam pun tiada.

ADAKAH DATA & FAKTA ini disiarkan di media2 UMNO

Sejarah ekonomi di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah HUTANG ISI RUMAH yang sangat tidak mampan telah menjadi TERAS UTAMA disebalik tragedi kemelesetan dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008... MAKSUDNYA, anda sendiri tahu jawapannya Emotikon like
TAHUKAH ANDA.. Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana DATA SEBEGINI. So, berwaspadalah rakyat Malaysia...

Najib usahlah gelisah, kata Mahfuz

Datuk Seri Najib Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai ‘mengarut’ kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.

Mahfuz berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.

“Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.

“Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Forum Lucah: Khairy patut fokus masalah golongan belia, kata ahli Umno

Seorang ahli Umno hari ini menegur Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menasihatkan beliau menumpukan kepada masalah yang dihadapi golongan belia daripada menganjurkan jelajah mengenai kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata tindakan tersebut hanya akan “back fire” (makan diri) parti Melayu  itu sendiri memandangkan kini ramai yang simpati kepada nasib ketua pembangkang tersebut.
Lebih daripada itu, beliau yang merangkap penolong setiausaha Pemuda Cawangan berkata, penganjuran program jelajah itu satu tindakan mengaibkan bagi Anwar dan keluarganya, tambahan pula ketua umum PKR tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara.

"Road show ini juga akan 'back fire' kepada Umno kerana ramai juga antara mereka yang rasa simpati terhadap keluarga Anwar, dan jalan terbaik bagi Umno melalui Pemuda ialah meredakan suasana. "Khairy sepatutnya lebih fokus kepada masalah yang sedang dihadapi golongan belia seperti masalah perumahan mampu milik, kos sara hidup, pendidikan yang murah, masalah mat rempit, sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Rosli berkata, prestasi sukan negara juga dilihat hambar dan tidak mencapai prestasi membanggakan tanpa sebarang pingat emat dalam temasya sukan antarabangsa semenjak Khairy memegang portfolio menteri belia dan sukan.

Dun Chempaka: Kalau simpati BN tak perlu tanding - Mahfuz

Mahfuz: Siapa mengarut, Najib atau Sirul?

IGP demam, patut jumpa doktor, saran Mahfuz

Najib kata Sirul mengarut, polis kena siasat - Mahfuz

Gerakan mahasiswa bidas ‘arahan’ letak jawatan Usim

Tiga justifikasi Universiti Sains Islam Malaysia terhadap tindakan meminta pelajarnya melepaskan jawatan mereka melepaskan jawatan dalam Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dianggap cubaan ‘menodai’ hak asasi mahasiswa serta mencemarkan nama universiti tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015. 
Tiga justifikasi Universiti Sains Islam Malaysia terhadap tindakan meminta pelajarnya melepaskan jawatan mereka melepaskan jawatan dalam Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dianggap cubaan ‘menodai’ hak asasi mahasiswa serta mencemarkan nama universiti tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015.

Gerakan mahasiswa yang menggelar diri mereka 'We Unite For Islam ' (Wufi) membidas tindakan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang menghantar surat meminta pelajarnya meletakkan jawatan dalam Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
Aktivis Wufi, Zul Asraf berkata tindakan Usim itu bukan sahaja dilihat sebagai cubaan “menodai” hak asasi mahasiswa malah turut mencemarkan nama universiti tersebut.
"Perlantikan presiden dan timbalan presiden Gamis daripada kalangan mahasiswa Usim tidak sedikit pun memalukan dan mencemarkan nama baik Usim.

"Adapun tindakan hal ehwal pelajar (HEP) Usim yang mengarahkan mereka meletakkan jawatan pula yang mencemarkan nama Usim," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan Wufi itu susulan laporan The Malaysian Insider hari ini berhubung surat peringatan daripada Usim yang menasihatkan pelajarnya meletakkan jawatan dalam Gamis kerana dianggap melanggar peraturan dan undang-undang Usim.
Menurut salah seorang ahli jawatankuasa Gamis, Saiful Mujahid Mohd Fadzil, pengurusan Usim menyerahkan surat tersebut pada Rabu kepada Mohd Imran Md Ishak, selaku presiden Gamis sesi 2015 dan timbalannya Ahmad Fahmi Mokhtar.
Dalam surat tersebut, Usim memberi tiga justifikasi kepada tindakannya meminta mereka melepaskan jawatan.
Pertama kerana Usim mendakwa Gamis merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan kedua kerana  penglibatan mereka secara tidak langsung mengaitkan nama Usim dengan pertubuhan tidak berdaftar.

Reman batal, Arul dibebaskan petang ini

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan yang ditahan polis semalam akan dibebaskan sebelum jam 7 petang ini.

Ia susulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menarik balik arahan reman terhadap Arutchelvan, atau lebih dikenali sebagai Arul, dan dijangka dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Arutchelvan ditahan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di internet  yang didakwa berbaur hasutan berkaitan keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 Februari lalu.

Arul diwakili barisan peguam terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Datuk Ambiga Sreenivasan, Latheefa Koya and New Sin Yew.

psm arul bebas
Penyokong Arul berkumpul di hadapan Balai Polis Dang Wangi bagi menyatakan sokongan.

15 minit telesidang dengan media bersama Sirul pada Isnin

PAS akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang berada di Australia pada Isnin ini, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Melalui sesi tersebut, yang menghubungkan komunikasi antara peserta di tempat yang berasingan, Mahfuz berkata, Sirul akan berkomunikasi secara terus dengan media tempatan.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenainya masih belum diketahui, katanya pada satu sidang media di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya, Ketua Inspektor Azilah Hadri, kerana bersalah membunuh Altantuya pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam.

Pada masa sama, Mahfuz turut mengumumkan yang ibu kepada Sirul akan ke Australia melawat anaknya di pusat tahanan tidak lama lagi.

Kes Altantuya wajar disiasat semula

Pendedahan Sirul hanya mengatakan dia 'menjalankan arahan' dan tidak pula mengaitkan nama Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihati supaya tidak berasa gelisah dengan pendedahan bekas komando polis, Sirul Azhar Omar yang mengatakan hanya menerima arahan untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.
mahfuz omar_azilah sirul_300Kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar merujuk kepada kenyataan Najib semalam mengatakan pendedahan terbaru Sirul itu satu perkara yang mengarut dan menghairankan.
Beliau berkata pendedahan yang dibuat oleh Sirul seperti yang dilaporkan dalam portal Malaysiakini Selasa lalu, itu tidaklah menyebut mahupun mengaitkan Najib.
“Sirul mendakwa dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula Najib memberi respon sedemikian rupa?,” soalnya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut sebentar tadi.
Mahfuz berkata, wajarnya apabila Sirul berani membuat pendedahan terbaru dalam kes misteri ini, maka Najib juga wajar menyatakan kepentingan untuk menyiasat dan membicarakan semula kes ini.
“Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu mungkin kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan pihak berkuasa Malaysia,” katanya.
Tambah Mahfuz, Sirul juga mendakwa “orang penting yang mempunyai motif masih bebas” dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam.
Sehubugan itu, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar menyiasat kesahihan kenyataan Sirul ini dan bukan menafikan begitu sahaja demi mempertahakan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa memilih bulu.
“Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalankan siasatan semula terhadap kes ini,” ujarnya.

Sirul ready to talk Monday

PAS leader says Sirul Azhar Umar who is facing a death sentence for murder will talk to Malaysian media for 15 minutes on Monday.
mahfuz omar_azilah sirul_talk_300KUALA LUMPUR: After the rocking revelations recently that he acted under orders in the Altantuya Shaariibuu murder, former police commando Sirul Azhar Umar has agreed to speak with members of the Malaysian media on Monday, a PAS leader has announced.
Mahfuz Omar, the MP for Pokok Sena, said Sirul would speak in a teleconference arranged by his party PAS, the Malay Mail Online reported.
“I don’t think he will make the expose then… but he will speak to the media and the media can ask him what they want.
“It will be a 15 minute teleconference,” said Mahfuz, who is also PAS information chief, to the news portal.
In 2006 Altantuya was shot in the head, then blown up with C4 explosives. Her former lover Abdul Razak Baginda was acquitted without his defence being called and no motive was established or revealed as to why Corporal Sirul and Chief Inspector Azilah Hadri of the Special Action Unit (UTK), who was with Sirul at the time of her murder, would want to kill her.
Sirul, who left the country for Australia before the Federal Court verdict, was arrested by Australian immigration authorities after a red notice was issued on him by Interpol and is currently detained at the Immigration and Border Protection Department’s facility in Villawood, Sydney.
Last week, Sirul told another news portal that he acted under orders and those with real motive were still free.

KPN jangan sibuk main twitter, perlu tahu beza khabar angin dengan laporan media


khalid_abu_bakar_igp


KUALA LUMPUR, 20 FEB: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu tahu membezakan antara khabar angin (hearsay) dengan laporan media, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Ini kerana Khalid begitu cepat melatah dan mendakwa kononnya laporan polis dibuatnya semalam bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengenai bukti terbaru kes pembunuhan Altantuya ‘berasaskan khabar angin’.
“Mungkin Khalid sudah lama tidak melayari Twitter, dan tidak membaca laporan eksklusif Malaysiakini mewawancara Sirul Azhar Umar yang kini sedang ditahan pihak imigresen Australia.
“Ini membuatkan saya sangsi, apa sebenarnya motif Ketua Polis Negara begitu pantas menolak laporan yang saya buat, ketika kertas laporan belum siap disiasat pegawai penyiasat,” kata Lip Eng.
Ujarnya, khabar angin adalah seperti fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr Ko Chung Sen yang kononnya ‘mengarahkan supaya subjek tamadun Islam dihapuskan’ di laman Facebook.
Malah kata Lip Eng, Khalid beria-ia menyatakan bahawa kenyataan Dr Ko itu wajar disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Ini tidak banyak beza dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membakulsampahkah soalan media mengenai hal tersebut, seolah-olah beliau sudah mengetahui perkara sebenar,” kata Lip Eng.

Pembunuhan Altantuya ada kepentingan awam, DAP cabar Najib dedah motif


gobind


KUALA LUMPUR, 20 FEB: DAP mencabar Datuk Seri Najib Razak menjelaskan motif sebenar pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu jika benar dakwaan Koperal Sirul Azhar Umar adalah mengarut seperti yang beliau perkatakan.
Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo berkata, Najib perlu menjelaskan tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
“Najib menyatakan kenyataan Sirul bahawa beliau bertindak mengikut arahan adalah mengarut.
“Jadi bagaimana Najib tahu ia adalah mengarut? Jika dakwaan Sirul itu tidak benar, apakah dia kebenarannya?” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Puchong itu menyatakan, jawapan Najib kononnya kenyataan Sirul itu adalah mengarut juga meletakkan dirinya kini berada dalam keadaan ‘check mate’ dan kini tidak ada pilihan lagi selain menjelaskan motif pembunuhan kepada umum.
“Najib mesti memberitahu apakah yang telah didedahkan dalam siasatan sebagai motif pembunuhan itu. Siapa yang mengarah dan mengapa ia dilakukan.
“Jika tidak tahu, mengapa beliau menafikannya secara terbuka?
“Apakah beliau bersedia menarik balik kenyataannya itu dan mengarahkan siasatan terbuka dan telus dilakukan?” soal Gobind.
Pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat MCA semalam menafikan kenyataan Sirul dan mendakwa ia sebagai mengarut sama sekali.

Enggan siasat dakwaan Sirul, KPN gadai keselamatan negara


charlessantiago


KUALA LUMPUR, 20 FEB: Laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat jika Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdegil tidak mahu menyiasat bukti baru dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
“Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguakuasaan (EAIC),” kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago
“Laporan dibuat kerana Khalid jelas telah mengabaikan tugasnya untuk melindungi keselamatan negara dan kepentingan awam,” tegasnya dalam satu kenyataan, semalam.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu turut mengecam kenyataan Khalid bahawa pihak tidak dapat menyiasat kerana memerluakan ‘alasan yang mencukupi’.
“Kenyataan ini jelas ‘double-standard’ kerana sebelum ini pemimpin politik pembangkang, ahli akademik dan aktivis telah ditahan untuk siasatan hanya berdasarkan laporan polis sahaja,” ujarnya.
Pada 19 Februari, semalam, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

S Arutchelvam akan dibebaskan – Latheefa

arul
Arutchelvam ditahan kerana mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.

KUALA LUMPUR, 20 Februari:

Peguam kepada Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Latheefa Koya memberitahu bahawa S Arutchelvam yang ditahan di bawah Akta Hasutan akan dibebaskan pada jam 8 malam ini.
Beliau berkata, tahanan reman terhadap Arutchelvam telahpun ditolak dan akan dibebaskan setelah ditahan seharian (24 jam) untuk siasatan berhubung kritikannya terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut NGO Lawyers for Liberty melalui laman twitternya semalam, pegawai polis dari IPD Dang Wangi telah merampas komputer, modem dan telefon bimbit miliknya untuk siastaan.
The Star Online pula melaporkan Arutchelvam ketika dihubungi kira-kira jam 6 petang tadi berkata, kira-kira 10 anggota polis menunggu di luar kediamannya di Kajang untuk menahannya.

Wan Ji gesa JAIS bukti kuliahnya 'ajaran sesat'


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuktikan sejauhmana kuliahnya di surau dan masjid di negeri itu dianggap sebagai menyebar ajaran sesat.

Dalam tulisannya di Facebook hari ini, beliau menyuarakan harapannya supaya pihak berkuasa agama itu memberi penjelasaan bagaimana Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkaitan ajaran sesat memberi kesan pada pengajarannya.

Beliau turut menjelaskan terdapat selebriti yang bertaubat memberi ceramah di masjid dan surau di negeri itu, tetapi tidak dianggap bersalah kerana mereka bukan penyebar ajaran sesat.

"Jadi saya perlukan bukti sejauh mana selama saya mengajar ini, dikira sebagai ajaran sesat, sedangkan semasa kuliah tadi, kitab yang saya bawa adalah Fathul Bari, syarah kepada Sahih al-Bukhari," tulisnya dalam Facebook.

Fathul Bari adalah antara kitab yang memberi komentar dan tafsir kepada koleksi hadis Nabi Muhammad SAW yang dikumpul oleh sarjana hadis terkenal Imam Al-Bukhari.

Malam tadi, JAIS dilapor menahan Wan Ji selepas beliau memberi kuliah tanpa tauliah di sebuah surau di Seksyen 17 Shah Alam.

Mahfuz to host teleconference with Sirul on Monday


Kes Sirul: Telepersidangan isnin ini


Altantuya: Boleh buka semula siasatan, kata Musa Hasan

SHAH ALAM - Polis perlu membuka semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya ada keterangan baharu dikeluarkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, siasatan semula itu bagi mengesahkan kebenaran pendedahan tersebut.

“Tengok apa yang didedahkan Sirul Azhar, siasat kebenaran dan kesahihannya.

“Dia perlu sahkan apa yang dicakapkan itu. Mungkin boleh jadi, dia hanya buat tohmahan sahaja,” katanya, semalam.

Baru-baru ini, dalam satu temu bual dengan portal Malaysiakini, Sirul yang kini berada di Australia mendakwa dia mendapat arahan pihak atasan untuk membunuh Altantuya.

Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara semasa kes itu dimulakan pada 2004.

Menurutnya, beliau tidak tahu sama ada Sirul pernah memberi keterangan mengenai diarah pihak lain untuk membunuh Altantuya.

“Semua (keterangan) telah (diberikan) di mahkamah dahulu, jika ada keterangan baharu polis perlu membuat siasatan semula,” katanya.

Legasi Pemikiran Ekonomi TG Nik Aziz (Bahagian 2)

Syahir Sulaiman

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Pendahuluan
Bahagian ke-2 daripada penulisan ringkas ini akan menilai kejayaan pelaksanaan dasar dan program ekonomi sepanjang pentadbiran Al-Marhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015) (“TGNA”) sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013).

Dasar & Program Ekonomi TGNA i)    Ekonomi Berkebajikan
Memetik ucapan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2013 TGNA:
“KDNK Negeri Kelantan pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM11.14 bilion dengan kadar pertumbuhan 6.9%, manakala pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2013 dijangka pada kadar 4.0% sehingga 5.0%. Sektor Perkhidmatan, Pertanian dan Pembuatan dijangka akan terus menjadi penyumbang utama KDNK Negeri Kelantan bagi tahun 2013 iaitu masing-masing sebanyak 80.4%, 17.9% dan 4.%. Bagi menyokong hasrat kerajaan, Bajet 2013 turut meliputi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menggalakkan aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Kerajaan akan terus menyediakan bantuan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.”
Jika disorot pengalaman negeri Kelantan yang ditadbir selama 22 tahun berteraskan dasar Membangun Bersama Islam, selayaknya untuk negeri Kelantan diiktiraf sebagai model mini ke arah pembentukan sebuah Negara Berkebajikan di Malaysia. Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan model ekonomi yang mengutamakan pembangunan seiring di antara aspek material dan rohani, meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan dan penafian hak pihak kerajaan Persekutuan, termasuklah hak terhadap royalti minyak untuk dinikmati anak jati negeri Kelantan (Syahir Sulaiman, 2013).
Selain peranan pihak Kerajaan Negeri sebagai penggubal dasar dan pengawalselia aktiviti pembangunan dan kebajikan, kerancakan dan dayatahan ekonomi negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut disokong kekuatan kuasa beli (purchasing power) dan permintaan tempatan (domestic demand) di kalangan rakyat negeri Kelantan, khususnya dalam aspek perniagaan kecil dan sederhana, ditambah pula dengan budaya sedeqah, zakat dan waqaf yang sinonim dengan rakyat negeri Kelantan, berteraskan prinsip fastabiqul-khairat (berlumba-lumba ke arah kebaikan).
ii)    Amalan Berjimat Cermat
Di awal pentadbirannya, TGNA yang lebih mementingkan kehidupan yang sederhana mengumumkan behawa beliau akan menyumbangkan sebanyak 45% daripada elaun bulanannya kepada tabung kebajikan Negeri dan Parti. Langkah ini tidak pernah dibuat mana-mana pemimpin negeri dan negara sebelum ini, malah berjaya menyuntik semangat untuk rakyat Kelantan berlumba-lumba melakukan amalan sedekah.
Selain daripada itu, TGNA juga mengumumkan beliau tidak akan mengambil peruntukan majlis berbuka puasa dan jamuan hari raya yang biasa disediakan untuk Menteri Besar sebanyak RM15,000, malah perbelanjaan bagi kedua-dua majlis tersebut adalah dengan menggunakan duit peribadi beliau. Tindakan beliau untuk tidak berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan (JKR 10), malah terus mendiami rumahnya di Kampung Pulau Melaka menunjukkan TGNA lebih gemar mengikut gaya hidupnya yang sederhana dan dengan ini hubungannya dengan rakyat kekal erat. Langkah seterusnya adalah beliau hanya menggunakan kenderaan rasmi untuk perjalanan yang ada kaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat negeri Kelantan sahaja (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).
Malah, budaya memberi hadiah kepada dif kehormat pada upacara rasmi kerajaan dihapuskan. TGNA merasakan amalan seumpama itu adalah satu perbuatan yang membazirkan wang rakyat dan dengan menghapuskan amalan ini, perbelanjaan tahunan untuk kos hadiah tersebut boleh disalurkan untuk kebajikan rakyat yang lebih memerlukan. Amalan pemberian dan penerimaan hadiah ini juga secara tidak sedar akan membenihkan bibit-bibit amalan rasuah dalam kerajaan. Pendirian TGNA dalam perkara ini menjadi ikutan kepada Ahli Exco Kerajaan yang lain dan mereka menganggap langkah yang dilakukan ini adalah selaras dengan kehendak Islam yang menganjurkan umatnya supaya menjauhi perbuatan membazir (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).
Menarik untuk disorot ungkapan TGNA dalam persoalan ini, “Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya” (Syahir Sulaiman, 2013).
iii)    Pengurangan Kemiskinan
Dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan, TGNA mengemukakan pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemiskinan, sebagaimana yang dinyatakan beliau kepada Surtahman dan Norfadzilah (2004), antaranya:
(a)    Peranan ilmu: Ilmu, jasmani, rohani dan emosi adalah elemen-elemen yang penting dalam diri manusia. Di sini, TGNA menekankan bidang ilmu sebagai jalan untuk mengelakkan daripada wujudnya kemiskinan dalam jangka masa panjang. Menurutnya, ilmu adalah penyuluh kepada kehidupan manusia, maka orang yang berilmu ialah orang yang bijak dalam menyelesaikan masalah masyarakat khususnya yang melibatkan umat Islam. Antara legasi TGNA dalam membangunkan budaya ilmu di kalangan rakyat negeri Kelantan adalah penubuhan Maahad Tahfiz Quran Pulai Chondong pada tahun pertama pentadbirannya (1990) diikuti penubuhan beberapa buah Maahad Tahfiz Sains di negeri Kelantan, di samping penerusan peruntukan biasiswa pendidikan dan zakat di bawah Yayasan Islam Kelantan, dan pembudayaan ilmu di segenap peringkat masyarakat;

Malaysia rocked by Najib-linked MURDER, SEX and MONEY scandals

Malaysia rocked by Najib-linked MURDER, SEX and MONEY scandalsIndeed the first day of the Chinese Ram Year has started with a big ram on the leadership in Malaysia. The first day of Chinese New Year is rocked not by deafening fireworks but by the Malaysian prime minister – rather, by what he uttered. As reported in the online news portal, Malaysiakini, the prime minister of Malaysia was gracing a Chinese New Year Open House reception hosted by his coalition political party the Malaysian Chinese Association (MCA) in Kuala Lumpur. After Datuk Seri Najib Abdul Razak had delivered his well wishes, the Malaysiakini journalist is said to have asked for his response to the claims being made by the police commando Sirul Azhar Umar (who is now detained by Australian authorities) namely that he (Sirul) acted under orders and that those who had a motive to kill her are still free. As reported by Malaysiakini, ‘Najib, who was accompanied by his wife Rosmah Mansor, shook his head in disapproval and started to leave.’ And ‘when pressed, he said "utter rubbish" and left.’ Prime Minister Najib Abdul Razak has described former police commando Sirul Azhar Umar's claim that he acted under orders as "utter rubbish". The Malaysian Prime Minister’s reaction to the media probe is rocking the country. Everyone – from members of parliament to the man in the street are shocked at the prime minister’s statement. People are now even more suspicious. They are asking logical questions. They want to know how come the prime minister can so abruptly dismiss the claim as “utter rubbish”. Does he know more than the courts? Does he know more than all that has been published so far on the murder of the helpless, unarmed, fragile and lone female Mongolian citizen who is reported to have been shot and then blown away into tiny bits and pieces by military grade C4 explosives? People are shocked. Would a prime minister not direct an immediate investigation and provide all the necessary efforts in ensuring that the whole truth is unearthed in the wake of one of the condemned murderer’s claim? The days and weeks ahead are set to be extremely vulnerable times for all those who may have had a hand, a mind, a heart in the brutal killing of the woman, mother and daughter. The entire judiciary is also placed in an awkward dilemma, given the prime minister’s two-word response, “utter rubbish”.

WHAT IS SIRUL'S GAME? Is he playing for more money or setting up another huge UMNO COVER-UP?

by M. Manogaran
I have this question to Sirul Azhar Umar who was convicted of the Altantuya Shaariibuu murder.
Now that you are more or less safe in Australia, why keep everyone in a state of suspense?
It is clear that you were involved in the murder of Atlantuya. It does not matter if you were convicted based on circumstantial evidence as there are numerous cases where the accused was found guilty, for example, the former minister Dato Mokhtar Hashim.
What is your game Sirul? You are playing tug of war from Australia with the real culprits here in Malaysia. You are actually bargaining for your own selfish interest while the whole world is waiting to know who gave you the command to kill.
The manner you killed her and the game you are still playing show that you are an evil man who will not repent and atoll for your sins.
You deserve no mercy. You have children and they will live to bear witness to having such a heartless and cruel man for a father.
You still can save the situation for yourself, repent now and tell the truth and seek forgiveness especially from Atlantuya's family.

Then perhaps, people will be sympathetic to your plight for having to take orders to do such a heinous crime, though I believe doing a crime cannot be part of your job scope.

How is Najib 100% sure Sirul is talking 100% rubbish?

Rather that deny Sirul’s claims outright, the PM should direct the IGP to get to the bottom of this case once and for all.

khalid_najib_300
Ravinder Singh
It is strange, very strange, the way the Prime Minister reacted to reporters’ questions about the possibility of Sirul opening up a closet of skeletons.
For him to dismiss former police commando Sirul Azhar’s claim that he acted (to kill and blast Altantuya to smithereens) under orders as “utter rubbish” is unbelievable.
What makes him 100% sure that it is 100% rubbish? When did it become the PM’s job to make such a declaration?
As head of the country which is under the world’s scrutiny right now, is he not in the least interested in restoring the dignity of the country and its law enforcement?
Why is the PM reinforcing the IGP’s stance that he will not open a fresh investigation into this case to determine the truth or otherwise of Sirul’s statement?
The IGP said that there must be “sufficient grounds” for him to proceed with investigations. He cited Section 110 (1)(b) of the Criminal Procedure Code (CPC) saying that this section actually prohibited the police from proceeding further if there were no sufficient grounds for an investigation.
There might be no sufficient grounds if it was a tweet from some unknown person, from a child, or from a person with a known mental problem.
But in this case, the statement is from someone who was charged with murder and found guilty, and is not insane. The person is on death row, and at the very least, he must be given the benefit of the doubt created by his statement of having been under orders to do the dastardly act. Justice requires that.
The PM, by his defence of the IGP’s closure of the case, appears to be either covering up for their inefficiency or is perhaps aware of the orders that were given to Sirul and for reasons best known to him, wants to keep things under wraps.
As a responsible PM, Najib should have held his head high and calmly answered that he will liaise with his Australian counterpart to allow our IGP to have access to Sirul to record the latter’s statement to start investigating his claim.
And at home, he should have directed the IGP to commence investigating Sirul’s claim immediately and leave no stone unturned until the person(s) who gave the order to annihilate Altantuya are found and brought to justice. This would have brought much respect to him at home and from around the world.