Rabu, 18 Februari 2015

Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin

Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan.
Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama.
"Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider.
Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.
Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz.
"Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Road show, debat dedah Liwat II Anwar?

Walaupun ramai menjangkakan kisah Anwar Ibrahim sudah terkubur sementara waktu sebaik hukuman penjara dijatuhkan, namun ramai pihak yang cuba merancakkan kisah seks di luar tabii beliau dengan menjamunya kepada khalayak secara halal.

Nila Kanna
khairy_ahmad shabery_anwar_300Kesungguhan Pemuda UMNO yang dipimpini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan ‘road show’ dan terkini cabaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek yang mengajak pihak lawan berdebat, semuanya berkaitan kes Liwat II, Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim agak menjengkelkan.
Kes sudah selesai, yang bersalah sudahpun dijatuhkan hukuman, lima tahun di penjara, tanpa sebarang kemudahan ekstra, katanya sebagai mengimbangi hukuman yang sama kepada semua pesalah, tiba-tiba ada pula ramai pihak yang cuba ‘berjuang’.
Malangnya, motif perjuangan itu seperti tidak jelas memandangkan hukuman pun sudah dikenakan.
Kalau mahu sangat sekalipun untuk menyedarkan rakyat tentang kebenaran di sebalik kes liwat, mungkin itu bukan caranya.
Ini kerana ia seolah-olah bakal dijadikan hiburan 18 SX oleh sesetangah orang yang sudah sedia mendengar secara langsung atau daripada pihak ketiga tentang betapa dialog Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah saban hari agak ‘terbuka’. Atau haruskah ia dikalsifikasi sebagai lucah?
Berkenaan keterujaan Khairy dalam mengadakan ‘road show’ kes liwat II, mungkin usaha ini paling gah pun sekadar akan dilapor oleh agensi berita antarabangsa, tetapi bukankan ia sudah cukup memalukan?
Lazimnya, roadshow diadakan apabila sesebuah syarikat memperkenalkan produk baharu, misalnya, sabun, pencuci pakaian, makanan, minuman ataupun filem baharu, kalau tidakpun kempen kesedaran. Apa kena-mengena kes liwat dan roadshow?
Apa agaknya kandungan roadshow itu nanti? Kalau ada keterangan bergambar, apa agaknya gambar-gambar yang akan dipaparkan?… eee… jijik benar bila memikirkannya.
Hanya kerana mahu membuktikan kebenaran dan memecah kesunyian UMNO selama enam tahun yang lalu, tiba-tiba mereka mengambil tindakan yang aggresif (?).
Dibandingkan dengan apa yang sedang dilakukan oleh pihak pembangkang (walaupun bukan semua) yang menyokong Anwar dalam kes ini, tindakan road show agak melampau, bukan?
Ini kerana, kebanyakkan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, hanya kuat membebel dalam laman sosial. Tetapi masalah itu sekurang-kuangnya dapat dikawal oleh pihak polis dengan mengambil langkah bijak terhadap mereka yang celupar berlebihan terhadap mahkamah, badan kehakiman ataupun negara.
Di sini saya sokong sahaja tindakan pihak berkuasa polis (walaupun ramai yang tidak bersetuju) kerana bagaimana lagi hendak mengawal keceluparan melampau ini?
Sebilangan lagi, geng-geng demonstrasi, menunjukkan rasa tidak puas hati dengan berkumpul di bawah pelbagai ‘payung’, solidaritilah, kekejamanlah, keadilan untuk Anwarlah, paling-paling pun, apabila Anwar keluar penjara sewaktu prosiding, mahkamah kes saman Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman saban hari.

Selamat Tahun Baru Cina semoga lebih bermakna

Salam sejahtera kepada semua rakyat Kelantan di kalangan masyarakat Tionghua. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2015, semoga kedatangan tahun baru ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelum ini.
Tahun Kuda sebelum ini bagi masyarakat Tionghua mempunyai seribu satu makna kegembiraan dan ianya telahpun berlalu. Manakala pada tahun kambing ini yang sesuai sebagai binatang yang jinak dan berhabitat baik diharapkan ianya membawa sinar harapan ke arah membina masyarakat pemurah, adil, kasihan belas dan sentiasa pedulikan antara satu sama lain. Tahun kambing bagi masyarakat Cina membawa erti kedamaian dan kemakmuran semoga ianya dapat diterapkan sepenuhnya dalam masyarakat di negeri ini.
Masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di negara kita dengan dukungan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan sumbangan ke arah lahirnya sebuah negara yang lebih adil dan aman buat semua. Kita mengharapkan nilai demokrasi dan keadilan dalam negara kita dapat dipenuhi seluruhnya.
Islam sebagai agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa. Lantaran itu, Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama. Semua pihak mendapat hak di sisi Islam. Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain melainkan dengan berlaku baik dan ikut agama atau takwa.

Perutusan Tahun Baru Cina 2015 Presiden KEADILAN

wan-azizah-390x300Sebagaimana biasa Tahun Baru Cina bakal diraikan oleh masyarakat Tiong Hua di samping keluarga serta sahabat handai.
Uniknya di Malaysia ia diraikan dengan kesantunan dan toleransi bersama-sama masyarakat Melayu, India,Sikh Iban, Kadazan, Dayak, Orang Asli dan Orang Asal dengan penuh semangat kekeluargaan.
Tahun ini menyaksikan Tahun Kambing Kayu yang merupakan zodiak ke-8 daripada 12 zodiak Kalendar Cina, yang pastinya sinonim dengan keuntungan kemakmuran dan pendamaian.
Tahun Kambing membawa signifikan tersendiri, diasosiasikan dengan keadilan dan kesejahteraan. Sanak saudara dan ahli keluarga akan berkumpul memeriahkan suasana, menghangatkan lagi kemeriahan perayaan.
Namun di sebalik kemeriahan ini, cabaran besar sedang menanti kita. Kita sedang dan bakal berhadapan dengan pelbagai rencam permasalahan: baik dari aspek ekonomi yang kurang memberangsangkan; politik yang masih dibelenggu mentaliti perkauman; kebebasan institusi kehakiman yang terus dipersoal dan jurang keadilan sosial yang semakin menampakkan kesenjangan.
Komitmen masyarakat dalam menempuh perubahan untuk dilaksanakan adalah amat signifikan, dan pastinya dengan semangat Tahun Kambing ini komitmen tersebut digarap dengan lebih ampuh untuk mendorong keadilan terus ditegakkan buat seluruh rakyat Malaysia melangkaui perbezaan agama, ras dan perbezaan politik.

Anwar dipaksa nyanyi ‘Negaraku’, ucap ‘Selamat Pagi Cikgu’ - Nurul Nuha

_MG_8852KUALA LUMPUR 18 FEB: Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.
Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu.
Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.
“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang.
Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.
Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat.
“Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.
“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.
“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.

Tiada lagi projek baru untuk 1MDB

1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memutuskan untuk tidak lagi melaksanakan projek-projek baru, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulannya. Arul Kanda, selepas kajian semula strategik perniagaannya.

Beliau berkata, syarikat tersebut kini akan memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya dan tiada projek atau pelaburan baru akan dilaksanakan.

Seterusnya, kata beliau, tiada sebarang hutang baru akan diperolehi kecuali untuk membiayai semula hutang sedia ada, bagi memenuhi tanggungan yang sedia ada, dan/atau projek asas kewangan, seperti yang diperlukan.

Arul menegaskan demikian dalam satu kenyataan rasmi.

Syarikat tersebut menjadi sasaran kritikan sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana hutangnya yang besar - sehingga RM42 bilion pada Mac 2014.

Minggu lepas, syarikat itu menyelesaikan hutang RM2 bilion kepada beberapa bank. Pinjaman ini telah dilanjutkan beberapa kali.

Visa mak Sirul ke Australia sedang diuruskan

PAS kini sedang menyiapkan urusan visa dan pembelian tiket ibu bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar untuk ke Australia bagi melihat perkembangan anaknya di sana.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, segala urusan termasuk pasport milik ibu Sirul, Piah Samad, 74, telah selesai dan kini hanya tinggal urusan pembelian tiket dan visa untuk ke Sydney.

"Kini sedang menyiapkan proses visa dan tiket. Pasport (ibunya) juga telah siap.

"Dalam masa terdekat saya akan maklum. Memang dah agak dekat tapi nanti saya beritahu (bila akan berlepas)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Selain itu, Mahfuz (kanan) juga mengakui pernah beberapa kali berhubung dengan Saiful melalui telefon.

“Kadang-kadang saya telefon, kadang-kadang SMS. Saya hanya bercakap mengenai mak dia. Dia ucap terima kasih pada saya dan PAS yang ambil berat tentang mak dia dan diri dia.

“Saya tak bercakap langsung tentang kes ini. Tak nak dilihat seperti ambil kesempatan,” katanya.

'Dedah dengan kerelaan'

Mengulas soal tindakan Sirul mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya sekitar kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Mahfuz berkata terpulanglah kepada bekas anggota polis itu.

Biar kelemahan Najib jatuhkan Umno-BN

Oleh RAYUSA
WALAUPUN pelbagai telahan dilontarkan oleh pemerhati politik tanah air mengenai maksud tersirat kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, tindakan tersebut tetap tidak salah dan memang wajar.
Sebabnya, pentadbiran perdana menteri Malaysia yang keenam itu memang lemah, malah lebih lemah daripada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) seperti yang kerap disebut oleh Mahathir.

Ada yang berpendapat Mahathir akan terus menghentam Najib dan tidak berpuas hati dalam segala perkara sehinggalah anaknya, Dato’ Seri Mukhriz menjadi perdana menteri. Khabarnya, Mukhriz yang kini menteri besar Kedah akan dibawa kembali ke pentadbiran pusat.
Meskipun antara sebabnya ialah kegagalan sebagai pentadbir negeri, ia semakin menguatkan spekulasi tersebut. Cuma, yang kelakarnya, kalau sudah gagal mentadbir, bagaimana mungkin mentadbir negara.
Mahathir juga pernah menegaskan kerajaan Umno-BN akan tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti selagi Najib masih perdana menteri. Ertinya, Najib akan menyebabkan kerajaan tua dan korup itu tumbang.
Secara logik, perkara tersebut memang sangat baik bagi Pakatan Rakyat dan para penyokongnya kerana potensi memenangi PRU14 sangat besar. Jadi, sesiapa pun jangan meminta atau menyuruh Najib meletakkam jawatan!
Lebih baik Najib terus menjadi perdana menteri dengan segala keburukannya dan tidak berubah agar kebencian rakyat bertambah.
Menggantikannya dengan orang lain (meskipun tidak lebih baik) barangkali membawa kebaikan kepada Umno-BN. Sokongan mungkin akan kuat beralih semula kepada Umno-BN sebagaimana yang berlaku semasa Pak Lah menggantikan Mahathir pada 2003.
Namun, itu hanya andaian yang juga kata-kata licik Mahathir agar Najib ditukar. Yang penting, Pakatan tidak boleh mengharapkan Najib terus menjadi perdana menteri sehingga PRU14.
Pergolakan dalaman yang dihadapinya mesti diselesaikan, apatah lagi selepas ketiadaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sama ada Najib, Muhyiddin ataupun Mukhriz menjadi perdana menteri atau tidak. Jika terus bercakaran, harapannya untuk menguasai Putrajaya akan t inggal harapan sahaja. Anwar sendiri berpesan pada 10 Februari lalu sebelum dibawa ke Penjara Sungai Buloh agar parti komponen Pakatan berhenti berbalah sesama sendiri.

Fitnah Liwat II: Tahu rakyat tidak percaya, Shafee takut berdepan realiti- AMK

KUALA LUMPUR 18 FEB: Kesediaan peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah untuk bersama pemuda Umno dalam siri jelajah berhubung kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat merendahkan martabat sistem kehakiman di negara ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, seolah-olah penghakiman kes tersebut begitu lemah sehingga perlu dipertahankan sebegitu rupa walaupun keputusan tersebut memihak kepada mereka.
“Ini adalah satu yang tindakan yang cukup tidak profesional. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang ‘pendakwaraya’ daripada Peguam Negara keluar untuk membuat pelbagai kenyataan terhadap tertuduh lebih-lebih lagi melalui ‘roadshow’.
“Malah ketua pendakwaraya dalam kes Fitnah 1 terdahulu dan kes-kes berprofil tinggi yang lain juga tidak pernah dilihat mencanang penjelasan mereka di media Umno apatah lagi melalui satu roadshow selepas keputusan kes mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan dengan itu, Nik Nazmi yang juga merangkap Exco Negeri Selangor melihat tindakan Shafee ini seperti kebudak-budakan dan takut untuk berdepan dengan kritikan masyarakat berhubung dengan kes tersebut.
“Saya melihat kelakuan Shafee Abdullah lebih-lebih lagi dengan kesediaannya untuk bersama Pemuda UMNO dalam jelajah tersebut sebagai tindakan kebudak-budakan beliau dalam berdepan dengan kritikan oleh masyarakat berhubung penglibatannya dan sekaligus keputusan kes tersebut yang dikecam hebat oleh masyarakat dan negara-negara luar.
“Sekali lagi saya mengulangi cabaran kepada Shafee untuk berdebat secara terbuka, dan bukan menyorok di belakang hujah agama cetek mahupun tuan politiknya dalam hal ini,” desaknya.

TELAH SEDIA MAKLUM senjata utama UMNO ialah LUCAH & RASIS...


Bila diajak berdebat isu2 rakyat & ekonomi semasa bersama Anwar pelbagai helah & seribu alasan diberi utk tidak berdebat.

TETAPI bila Anwar sudah dipenjara & ISU LUCAH dijaja semula pantas & cekap menteri & puok2 UMNO nak berdebat..

Sirul Azhar Bongkar Kronologi Misteri Motif Bunuh Altantuya, Guna Bom C4 di Malam Kejadian?

altantuya shaariibuu
“Saya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan”. Begitulah antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada mulut anggota UTK Koperal Sirul Azhar pada tanggal 4 Februari 2009 dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor.
Macam-macam tuduhan dan dakwaan yang terkait disebalik kes pembunuhan Altantuya Shariibuu ini yang mana Berita Semasa boleh katakan di sini kes pembunuhan berprofil inggi ini cukup sarat elemen drama seperti rasuah, seks, penyelewengan, pembunuhan, penganiayaan.
Figura yang bernama Sirul Azhar Omar yang berhadapan hukuman gantung sampai mati ini, hari ini beliau berada di Australia suatu negara yang menentang keras hukuman mati.
Sehinggakan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengatakan usaha membawa pulang Sirul sangat sukar dan amat mustahil.

Wawancara Sirul Azhar di Australia : Butiran Pembongkaran Kes Bunuh Altantuya?

Berita terkini yang Berita Semasa terima pada ketika ini yang mana Sirul Azhar sedang “dipancing dan dipinang” oleh stesen media terkemuka Australia bagi membongkar apa sebenarnya yang berlaku disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini berdasarkan pengakuan Sirul sendiri yang mana besar kemungkinan beberapa perkara penting seperti di bawah ini akan didedahkan secara terperinci :
  1. Kenapa dia (Sirul) dan Azilah bunuh Altantuya Shaariibuu
    Sirul dan Azilah akan menjelaskan bagaimana mereka menerima arahan untuk bunuh Altantuya Shaariibuu
  2. Mengapa dan kenapa beliau mengatakan dirinya menjadi “kambing hitam” ketika berlangsung perbicaraan ke atas dirinya dan Azilah
  3. Sirul Azhar akan meluahkan ketidakpuashatiannya secara terprinci bagaimana orang penting yang mempunyai motif disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas
Isu ini menjadi perhatian dan menjadi buah mulut apabila kes disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu ini dikaitkan dengan :

Siapa Arah Bunuh Altantuya: Buru mereka, gesa peguam Shaariibuu

Polis patut membuka semula siasatan ke atas pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu berikutan pendedahan terkini oleh Sirul Azhar Umar yang disabit membunuh wanita Mongolia itu, kata peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal, yang juga peguam keluarga Altantuya, berkata adalah menjadi tugas polis untuk membuka semula siasatan ekoran pendedahan Sirul itu.

Siasatan baru perlu memberi fokus kepada siapa yang mengarahkan dua anggota polis itu membunuh Altantuya, katanya, memandangkan pendedahan Sirul bahawa dia diarah dan orang dengan motif untuk membunuh, masih bebas.

"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Sirul dan Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya tetapi motif pembunuhan itu tidak dinyatakan.

Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

 Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar mendakwa beliau hanya mengikut arahan apabila membunuh Altantuya Shaariibuu.
 

 Dia ketika itu percaya semua itu dilakukan demi kepentingan negara. Tetapi atas kepercayaan itu, dia berdepan tali gantung.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah.

"Dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini ketika diwawancara melalui telefon dari Australia.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesnnya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Tiada siasatan baru kecuali Sirul bongkar kata Polis

Polis belum merancang membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu sehingga Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.

"Kita tidak ada sebab mahu buka kertas siasatan baru kerana terpengaruh dengan desakan pihak-pihak tertentu.

"Kita lihat dulu apa yang dia mahu dedahkan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).

Beliau mengulas kesediaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, untuk membongkar rahsia di sebalik tabir kematian wanita Mongolia itu kepada media negara tersebut.

Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul bagaimanapun belum memutuskan untuk ditemubual tetapi sedang mempertimbangkannya dengan serius.

Beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul, yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Khalid juga menempelak sikap bekas anggota komando polis itu yang tidak mendedahkan perkara tersebut dalam siasatan awal kes itu.

"Kenapa sekarang baru hendak cakap semua pasal ini? Kalau dulu dia tidak mahu bercakap, kenapa sekarang baru hendak bercakap, hendak cakap pula perkara baru pula. Ini tidak logik," katanya.

Menteri: Sirul berhak buat pendedahan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bekas komando polis, Sirul Azhar Umar berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Itu hak dia,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Hishamuddin bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu apa yang dia ingin katakan, jadi bagaimana saya nak ulas apa-apa?,” katanya lagi.

Sirul mungkin terpengaruh dengan pihak tertentu kata KPN

Dulu tak nak bercakap sekarang nak bercakap
kpPETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan kenyataan bekas komando, Sirul Azhar Umar di Australia dipengaruhi oleh pihak tertentu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak ada sebab pihaknya kena membuka semula kertas siasatan.
“Sirul sebelum ini diberi peluang tiga peringkat untuk dia tell all tapi tidak tell all. Saya bimbang dia dipengaruhi pihak berkepentingan..orang-orang tertentu dan pihak tertentu.
“Dulu tak nak bercakap sekarang nak bercakap,” ujarnya selepas menghadiri Ops Selamat di Tol Jalan Duta hari ini, lapor MalaysiaGazette.
Beliau mengulas kenyataan Sirul kepada sebuah portal yang mendakwa dia akan mempertimbangkan untuk membongkar kes Altantuya baru-baru ini.
Sirul Azhar kini dalam tahanan polis Australia tetapi tidak akan dihantar pulang ke Malaysia memandangkan negara berkenaan tidak menyokong hukuman mati kepada pesalah.
Sebelum itu, Sirul Azhar dan seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shariibuu, ditolak.
Panel lima hakim sebulat suara mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan hukuman gantung berkenaan dikekalkan.

Isteri Kahwin Lain Kerana Suami Hilang Tapi Suami Kembali Selepas Itu - UAI

Hukum Sapu Muka Selepas Salam - Ustaz Azhar Idrus

Imam Gerakkan Badan Ketika Qiam - Ustaz Azhar Idrus

Aqiqah Daripada Bahagian Daging Qurban & Niatnya - UAI

Jari Telunjuk Diangkat Sampai Ke Salam - Ustaz Azhar Idrus

Bercukur Sebelum Mandi Wajib - Ustaz Azhar Idrus

Umno veep: Shafee not using party to attack Anwar

Sirul Berhak Buat Pendedahan - Hishammuddin

Banjir Kelantan 2014, Satu Muhasabah

KERAjaan UMNO/BN lantik penasihat yahudi-APCO jaga maruah M'sia ka !!!


MASIHKAH ANDA INGAT atau sudah lupa !!!
BERPULUH JUTA RINGGIT dgn selamba dibelanjakan ke atas yahudi-APCO..

Janji KUNCU2 ISRAEL DAPAT NAIKKAN NAMA MALAYSIA (NAJIB) DI MATA DUNIA... Nak selamat di dunia kenalah KAMCING DENGAN ISRAEL-AS... tak gitu

BONGKAR No. (1)


Baru-baru ini Swissleaks mendedahkan senarai nama yang mempunyai akaun rahsia di HSBC bagi mengelakkan cukai.

Friends of BN - Barisan Nasional, tolong jelaskan kenapa anak Mahathir, MIRZAN tersenarai dalam skandal tersebut dan sila dedahkan berapa jumlah wang yang tersimpan serta sumber kekayaan tersebut.

KENAPA nama MAHATHIR tiada dalam senarai ???|
Nama anak-anak ada pula ??? (ada satu nama lagi bakal didedahkan)

Anda boleh klik link ini untuk melihat sendiri bukti pendedahan ini:

ADA 3 NAMA ???

APA LAGI NAK PUTAR BELITNYA Hishammuddin..


Alahai.. beriya-iya nak pertahankan tindakan Shafee tu ada apa2 ker...Menteri sendiri pun dah cakap merapu..

Forum tu anjuran Pemuda UMNO, TETAPI BUKAN PENTAS UMNO ???.. abes tu pentas apa...

Agaknya Pentas MaharajaPenipu kot... 
Emotikon upset

MEMANG TEPAT kata Mahathir... "Pemimpin UMNO & Penyokong UMNO Sama-sama Bodoh" dan "HANYA YANG BODOH SAHAJA ADA DALAM UMNO"

Bermatian2 menteri UMNO pertahankan projek KIDEX..


Ini baru namanya perjuangkan KETUANAN KRONI, sanggup mengautkan keuntungan gila2 DAN baham lagi duit rakyat kutip tol SELAMA 48 TAHUN !!!

Sejahat ular sawa, makan kambing sekali kenyang sebulan, SEBURUK-BURUK MANUSIA, SETIAP MINIT ROMPAK TAK PERNAH KENYANG !!!

Mana lebih bahaya, ular sawa atau keris telanjang...

JPN harus ingat 'UMNO' adalah KERAjaan !


Janganlah buat camni..
Buruklah nama KERAjaan 'UMNO' kalau begini.

JPN haruslah berhati2 jangan sampai TERKANTOI & bocor maklumat isu seperti ini sampai ke pengetahuan umum. SUSAHLAH 'UMNO' MAU HIDUP CARI MAKAN... Tanpa BN di Sabah, apa akan jadi Sabah nanti...

Road Show Fitnah Liwat II: Kami 'kagum' dengan Pemuda Umno kata AMK

Siapa sangka usaha Pemuda Umno untuk menjaja kisah Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh negara mengundang rasa 'kagum' lawannya Pemuda PKR (AMK).

Ini kerana, kata mereka, Pemuda Umno beriaya-iya “mempertahankan sistem bobrok dan pelaksanaan hukum yang dikritik hebat” termasuk di peringkat antarabangsa.

“Sedang Malaysia mengalami masalah ekonomi yang boleh disifatkan sebagai antara yang paling teruk dalam sejarah pembinaan Negara, amat malang jika sayap pemuda yang mewakili pemerintah meletakkan sebaran fitnah sebagai agenda utama mereka,” kata Setiausaha AMK Nor Hizwan Ahmad.

Khairy semalam berkata, BN tidak akan berdiam diri lagi bagi menghadapi dakwaan pembangkang bahawa kes itu sebuah konspirasi.

Program sulungnya di Kuala Lumpur bagi menjelaskan perkara itu malam tadi, menampilkan peguam utama pendakwaan kes Liwat II Tan Sri Shafee Abdullah (atas) untuk “menyatakan kebenaran”.

Peguam kanan itu, menceritakan butiran perbicaraan tertutup kes itu menyebabkan terdapat kalangan hadirin tidak senang dan merah muka.

Cabar debat

Perkara dibangkitkan, antaranya, tentang tindakan Anwar “mencubit puting dada Saiful” dan bertanya soalan "can I f**k you today?” (boleh saya adakan hubungan seks dengan kamu hari ini)".

Badan kehakiman di Malaysia perlu terus dibicarakan

Oleh Amin Ahmad
Sekonyong-konyong, selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun, peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah nampaknya mempunyai tugasan lanjut, iaitu meyakinkan orang ramai terhadap keputusan kontroversi ini.
Bagi yang mengikuti perbicaraan kes ini, kita maklum bahawa sebaik sahaja keputusan dibuat, sebuah tulisan bertajuk ‘Anwar Ibrahim verdict’ oleh Tan Sri Shafee sendiri telah disiarkan oleh sejumlah media.

Beliau turut membenarkan diri diwawancara. Tidak cukup dengan itu, laporan berita semalam turut menyatakan kesanggupan beliau untuk bersumpah di Mekah. Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga teguran telah diberikan kepada beliau. Yang pertama daripada Datuk Ambiga, mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia dan Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam; Kedua daripada Tan Sri Abu Talib Othman, mantan Peguam Negara dan ketiga daripada Profesor Gurdial Singh Nijar, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM). Dalam jawapan balasnya, Tan Sri Shafee berkata setiap pertikaian dan persoalan berbangkit perlu dijelaskan. Beliau juga menggesa Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara, mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap sesiapa yang cuba mengaitkan isu ini dengan politik.
Mahkamah, politik dan persepsi umum
Sebenarnya, sistem kenegaraan di Malaysia hampir sama dengan amalan negara demokrasi lain, iaitu pemisahan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan yudikatif (baca: kehakiman).
Peruntukan mengenai kebebasan kehakiman tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia selaras dengan Prinsip-prinsip Asas Kebebasan Kehakiman Bangsa Bersatu, yang telah diterima-pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Milan pada tahun 1985 yang  disokong oleh resolusi-resolusi Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu bertarikh 29 November 1985 dan 13 Disember 1985. Semua prinsip ini telah digubal untuk membantu semua Negara ahli dalam tugasan mereka untuk melindungi dan menggalakkan kebebasan badan kehakiman.
Maka tidak hairanlah, Tun Ariffin Zakaria, Ketua Hakim Negara, dalam mengulas dakwaan hakim-hakim meninggalkan bilik mahkamah semasa Dato’ Seri Anwar masih menyampaikan kenyataan dari kandang tertuduh, menyatakan “perjalanan kehakiman di negara ini perlu diserahkan sepenuhnya kepada badan kehakiman tanpa gangguan.”
“Badan kehakiman mestilah dilihat sebagai institusi yang bertugas memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan dalam menegakkan prinsip pemisahan kuasa yang demokratik.”
"Badan kehakiman mestilah juga dilihat sebagai pemelihara Perlembagaan dan pelindung hak rakyat,"
Dalam laporan yang sama, beliau turut menyebut “bahawa mahkamah memandang serius sebarang tingkah laku yang mencemar kemuliaan dan integriti badan kehakiman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.”
Kenyataan-kenyataan Ketua Hakim Negara di atas boleh ditafsirkan secara terbuka.
Ia bukan sahaja membayangkan wujudnya gangguan tertentu, tetapi juga kegagalan badan kehakiman memberi keadilan kepada semua, memelihara Perlembagaan dan melindungi hak rakyat.
Yang jelas, dalam menyatakan bahawa peguam mesti berperanan membantu hakim dalam proses keadilan, ia adalah pengakuan bahawa hakim memang tidak sunyi daripada berbuat kesilapan.
Ketua Hakim Negara, dalam ucapannya semasa majlis pembukaan Tahun Perundangan 2015, menegur peguam-peguam yang menggunakan media untuk melakukan kritikan tidak berasas terhadap badan kehakiman sebarang kecaman terhadap badan tersebut “akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap institusi tersebut, malah boleh menjadi serangan terhadap pengurusan keadilan di negara ini”.
Mengulas aduan peguam mengenai sebahagian hakim yang tidak memahami Perlembagaan, beliau berkata “Tugas peguam ialah membantu kita membuat keputusan dan tanggungjawab utama mereka ialah terhadap proses pengadilan, bukannya terhadap anak guam sahaja.”
Mengambil kira kenyataan beliau mengenai prinsip pemisahan kuasa yang demokratik, aspek kelemahan hakim, gambaran gangguan yang diterima serta pelbagai persepsi negatif yang lain, maka kritikan terhadap badan kehakiman tidak seharusnya lekas dianggap sebagai satu perbuatan menghina mahkamah.
Pencemaran institusi

Muslimat PAS tak terpukau madah berhelah UMNO@BN


Oleh Aiman Athirah
Kita menyambut baik hasrat Umno untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka yang akan datang atas apa pun alasannya. Bagaimanapun jentera pilihan raya PAS sentiasa siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan keperluan semasa.

Apatah lagi dalam misi mempertahankan kerusi DUN yang merupakan legasi almarhum mursyidul am yang kita kasihi, yang baru beberapa hari meninggalkan kita.

Demikian juga bagi kerusi parlimen Permatang Pauh, memandangkan kerusi tersebut amanah bersama dalam Pakatan Rakyat, maka PAS juga tentunya akan sama-sama mempertahankan kerusi itu kekal menjadi milik Pakatan tidak kira siapa calonnya.

Saya percaya pemimpin parti dan kepimpinan jentera pilihan raya parti bersama semua penggerak PAS sudah sangat matang dan fasih dengan permainan halus Umno/BN.

Mengisytiharkan tidak akan menghantar calon di DUN Chempaka tetapi terus mengisytiharkan semacam "perang" di Permatang Pauh ternyata satu usaha berhelah Umno/BN untuk meneruskan serangan persepsi kepada rakyat khususnya jentera Pakatan bahawa kononnya gabungan pembangkang itu sedang berpecah. Dan Umno denga PAS sedang menjalinkan kerjasama.

Inilah yang cuba dilakukan Umno dan juak-juaknya sebagai membendung kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14.

Ia satu taktik dalam usaha berterusan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Saya percaya hanya mereka yang mudah lupa akan terpedaya dan terpukau dengan madah berhelah ini.

Secara peribadi, saya mahu bersangka baik tetapi apa yang telah mereka lakukan terhadap almarhum mursyidul am kita sehingga ke akhir hayatnya tidak diberi keadilan, tidak pernah ditunaikan haknya bahkan terus dipandang sinis adalah suatu yang amat melukakan.

Gembira cuti Tahun Baru Cina diganti risau sambut GST

Oleh DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Tahun Baru Cina 2015 adalah hari peristiwa yang disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. Kaum Tionghua meraikannya sebagai adat dan budaya untuk menyambut kedatangan musim bunga yang dipercayai membawa kemakmuran.
Kaum lain-lain di Malaysia pula menyambutnya sebagai hari cuti umum yang boleh dihabiskan bersama keluarga dan anak-anak yang turut cuti sekolah.

Namun, bagi kebanyakan rakyat, kegembiraan ini akan diganti dengan kerisauan mengenai cabaran menangani kos hidup, kerana dalam 40 hari lagi mereka akan melangkah masuk ke dalam zaman GST. Kerajaan telah memberikan pelbagai janji dan jaminan bahawa GST tidak akan menyebabkan kos sara hidup meningkat secara mendadak. Bahkan, kata kerajaan, ada harga barangan yang bakal menurun.
Persoalannya ialah setakat mana rakyat akan percaya pada jaminan dan janji kerajaan ini setelah gagalnya kerajaan menurunkan harga barangan meskipun harga minyak telah diturunkan sebanyak 60 sen sejak September 2014.
Lebih teruk lagi, kegagalan itu mendorong seorang menteri untuk memainkan isu perkauman dengan panggilan boikotnya – yang pada pemikiran simplisistiknya, akan menyelesaikan masalah harga barangan tidak turun.
Kini, harga minyak pasaran mulai pulih, dan menurut pemimpin veteran Umno Tun Daim Zainuddin, harga minyak akan pulih ke US60-US75 menjelang Jun.
Jika begitu, berapakah sen yang bakal dinaikkan oleh kerajaan kepada harga minyak RON95 sekarang yang bernilai RM1.70 sen seliter?
Apakah kerajaan sudah ada mekanisme untuk menghalang para peniaga daripada menggunakan alasan itu untuk menaikkan harga barangan yang sudahpun tinggi hari ini?
Perlu diingatkan bahawa laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges” telah menyatakan inflasi meningkat dua kali ganda sekurang-kurangnya dalam dua tahun pertama GST mula dilaksanakan di Australia, China dan Singapura.
Apakah kerajaan sudah membuat jangkaan nilai inflasi dan kesannya kepada rakyat sekiranya harga minyak naik mendadak pada bulan Mac 2015 disusuli dengan GST dilaksanakan pada 1 April 2015?
Dengan prestasi kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak, rakyat Malaysia tidak perlu terkejut jika tiba waktunya kerajaan nampak tidak bersedia.

Pemikiran sekitar Nik Aziz selepas pemergiannya

Oleh Dinsman
Dia seorang pemimpin ummah bagi zaman ini. membangunkan sesuatu yang sangat berharga di negeri Kelantan, sebagai model untuk dunia. Juga menyiapkan tafsir al-Quran dengan pendekatan baru, yang kalau dibukukan kuliah-kuliah berkenaan akan menjadi beberapa jilid, duduk sebaris dengan Tafsir Syed Qutb, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Qurthubi dan lain-lain.

Tetapi sayangnya – para pimpinan partinya sendiri (PAS) tidak dapat membaca mutiara kebaikan yang mereka sendiri cari sekian lama, lalu matlamat perjuangan yang berjaya dicapai oleh Tok Guru Nik Aziz, iaitu sebuah pentadbiran kerajaan Islam dalam suasana dunia moden abad ke-21 ini, dibiarkan begitu saja sedangkan mereka asyik berpolitik dan bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan tanpa memahami/menghayati matlamat perjuangan politik mereka sendiri. Maaflah kalau saya seperti bersuara sumbang dan sumbing, menyatakan secara yang barangkali dianggap kasar oleh sesetengah pihak yang mungkin beranggapan waktunya amat tidak sesuai untuk menyuarakan perkara seperti ini.
Tetapi entah mengapa saya pula terasa hendak menyatakannya pada saat ini. Ketika tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru saja disemadikan di perkuburan Pulau Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi, Jumaat, 13 Februari 2015. Kita menghormati Tok Guru Nik Aziz bukan dengan berpantang dan memendamkan pemikiran untuk mengangkat dan memajukan idea dan hasil jihadnya selama ini. Ya memang aktiviti riuh seperti Baca Puisi Madrasah Seni (BPMS) yang dijadualkan pada malam 13 Februari itu (Solidariti dengan Mejar Zaidi) kita batalkan, untuk dibuat ganti pada 27 Februari.
Tetapi pemikiran seperti mempersoalkan kenapa sistem pentadbiran unik Nik Aziz yang dibinanya secara beransur-ansur selama 23 tahun dia menjadi menteri besar itu tidak direkod-susun dalam bahasa pengurusan moden dan diangkat sebagai bukti suatu kejayaan dan pencapain besar seorang pemimpin Islam abad ini – tidaklah perlu didiamkan.
Ini bukan pertama kali perkara ini disuarakan. Sebelum inipun berulang kali saya suarakan perkara ini. pentadbiran Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz sebagai menteri besar sejak 1990 itu adalah suatu pencapaian besar.
Pentadbiran Kelantan oleh Tok Guru Nik Aziz itu adalah model pentadbiran kerajaan Islam yang selama ini diperjuangkan oleh para pejuang Islam di seluruh dunia. Tok Guru Nik Aziz berjaya membangun dan melaksanakannya di Kelantan.
Amat menghairankan saya – kenapakah selama ini para pemimpin atasan PAS sendiri tidak pernah mengangkatnya. Tidak pernah menyebutnya sebagai suatu kejayaan dan pencapaian penting dalam perjuangan PAS.

TG Nik Aziz dalam pentas dan jalur perjuangan ‘Political Islam’

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
INI eulogi khas buat almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (10 Januari 1931- 12 Februari 2015). Tanggal malam Jumaat serta disemadikan pada penguhulu segala hari adalah merupakan penyudah kehidupan yang baik (husnul khatimah) bagi insan istimewa ini.
Puluhan ribu manusia yang membanjiri bumi Kelantan persis pengkebumian almarhum Ustaz Fadzil Noor, pada usia lebih muda, 65 tahun (13 Mar 1937 - 23 Jun 2002) ketika memimpin Parti Islam SeMalaysia, PAS selaku Presidennya (1989-2002).

Telah banyak naratif tampil daripada pelbagai sisi tumpuan pengkisahan hidupnya. Pelbagai istilah molok cuba untuk dipakaikan kepada sosok tubuh ulama hebat ini. Penulis tidak perlu mengulang atau menambah.Satu jilid besar sirah hidup Tok Guru juga tidak mencukupi untuk diabadikan riwayat sang murabbi-murshid-‘abid ini.
Lalu penulis tidak malu dan silu untuk memohon pihak berkuasa mahupun pihak korporat ataupun individu supaya cuba memperuntukkan dana yang selesa menerbitkan autobiografi pemimpin ulama-umara ini.
Pentingnya, kualitinya tidak harus dikompromikan setanding autobiografi founding fathers, bahkan tokoh-tokoh pemimpin dunia yang pernah tampil di muka bumi ini.
Penulis bukan jenis manusia ‘pengkagum’ tetapi untuk Tok Guru, hujahnya ketara dan nyata. Belasungkawa atau eulogi ini hanya satu usaha kecil untuk memberi makna sebenar tentang nilai pemikiran seorang ulama-umara ini.
Ya, penulis sedar Tok Guru bukan maksum.
Walaupun bukan dari parti pemerintah persekutuan, pemikiran, tata kelola politik yang bersih serta penuh integriti dan juga kehidupannya yang serba sederhana, amat wajar dikaji untuk diteladani oleh generasi pewaris.
Pelbagai sisi dan dimensi kajian ilmiah perlu ditekuni dan didalami. Fokusnya bukanlah untuk periwayatan dan penonjolan naratif, tetapi maqasid utamanya adalah pencerakinan sebuah pemikiran, bertema-teraskan “Politikal Islam Dalam Sebuah Masyarakat Majmuk”.
Atas pengamatan penulis yang telah berpeluang bukan sahaja hidup dibawah pimpinan Tok Guru, malah juga bekerja dan ‘belajar’ secara langsung dengan Tok Guru, mahu sahaja penulis syorkan dengan penuh yakin agar Tok Guru dinobatkan sebagai “Mujaddid Zaman”, sekiranya diizinkan Ilahi dan disokong umat Islam terkini.
Dunia kontemporari telah menyaksikan penampilan Politikal Islam dalam pelbagai model dan eksperimen (tajribah) di serata dunia. Politikal Islam, takrif ringkasnya, disepakati sebagai “projek menjayakan Islam dan penghayatan syariat sebagai teras pemerintahan di dalam kerangka negara moden:. Satu snapshot mutakhir kedudukan gerakan Islam wajar dirakamkan.
Tentunya kejayaan berserta kegagalan Dr Morsi dan Ikhwan Muslimin mendepani ujian demokrasi serta kecurangan-kebobrokannya, menjadi naratif ilmiah yang didambakan generasi pemimpin gerakan Islam yang mendatang.
Erdogan dan AKP pula pastinya tampil sebagai gerakan Islam yang cukup moden dan sofistikated. AKP tidak mempedulikan sangat status “gerakan Islamnya” berbanding perlaksanaan program, agenda dan objektif mereka. Berpandukan road-map partinya, Erdogan lantas merintis jalan-jalan baru yang tidak konvensional yang penuh risiko.Kini AKP mula meraih pulangan pelaburan berisiko tinggi itu.
Satu lagi keterampilan gerakan Islam yang turut mewarnai naratif Politikal Islam kontemporari dipimpin Sheikh Rachid Ghanoushi. Suaka politik di United Kingdom diakhir tahun 80an tamat apabila kembali memimpin an-Nahdah. Beliau menang pada pilihan raya umum tahun 2011, tetapi kemudian kalah ketika menyerah kuasa pemerintahan kepada rakyat ketika didesak seteru pada 2014 secara damai dan demokratik.

Tok Guru bukan milik Kelantan dan PAS sahaja

Oleh SUBKY LATIF
ORANG kata mati hari Jumaat baik. Sebagai orang dikenali baik oleh semua, maka Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS yang kedua menemui ajalnya pukul 9.40 malam di kediaman serba sederhananya sejurus dibawa pulang dari hospital.
    
Pertama kali ulama besar itu diberitakan mati tujuh bulan dulu semasa saya bermukim di Birmingham, England. Dua hari kemudian saya terima telefon Hussam dari Kelantan menyampaikan salam Tok Guru. Beliau menyatakan tahniah atas rencana saya tentang politik TPM Muhyiddin Yassin.
    

Beliau tidak jadi mati masa itu. Dalam keadaan semi nazak pun Tok Guru sempat membaca akhbar dan menghantar mesej pula tentang apa yang dibaca. Luar biasa otaknya, tua dan uzur yang bukan kepalang masih sempat dan sanggup berpolitik.
   
Tok Guru adalah legenda ulama Kelantan selepas Tok Janggut dan Tok Kenali. Jika Kelantan itu dikira negeri Cik Siti Wan Kembang, dan negeri Tok Kenali dan Tok Janggut, dalam era merdeka ini Kelantan adalah negeri Tok Guru Nik Aziz.
    
Beliau bukan milik Kelantan, Islam dan PAS saja, tetapi kuasa auranya merentas sempadan Malaysia, ulama terpenting Asia Tenggara buat zaman dan kurunnya. Mungkin namanya setanding dengan Syaikh Daud Patani dan Hamka. Lebihnya Tok Guru dari lain-lain ulama tersohor selepas keruntuhan penjajahan barat ialah beliau ketua kerajaan dan pemimpin politik yang dapat mencorak wilayahnya yang boleh dikira sebagai khalifah umat di abad ini.
    
Lebihnya Tok Guru dari lain-lain pemimpin politik dan pemimpin kerajaan ialah beliau adalah seorang ulama.
    

Semoga Tok Guru tenang berkelana di alam abadi


Oleh SYAHIR SULAIMAN 

"WAHAI jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka masuklah dalam kalangan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Al- Fajr: 27-30)
1995 – Darjah 6

“Baik murid-murid, sila tulis karangan bertajuk, Tokoh Yang Saya Kagumi”, ujar guru kami.Hampir separuh rakanku memilih Perdana Menteri dengan Wawasan 2020, dan hampir separuh lagi menulis tentang ketokohan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Seperti biasa, hanya pemimpin yang dijadikan idola, bukan artis mahupun ahli sukan, kerana pada zaman itu, tiada lagi fenomena Akademi Fantasia dan K-Pop, apatah lagi tablet dan internet di tangan.

Seminggu kemudian, karangan kami dipulangkan oleh guru dengan markah dan pembetulan, namun aku mendapat satu teguran, “Jangan berpolitik di sekolah”.

1996 – Tingkatan 1

“Baik pelajar-pelajar, sila tulis karangan bertajuk, Tokoh Yang Saya Kagumi”, ujar guru kami.

Seperti biasa, hampir separuh memilih (Tun) Dr Mahathir dan sebahagian lagi tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala beberapa rakan yang kreatif menulis tentang datuk dan ayah masing-masing.

Seminggu kemudian, karangan kami dipulangkan oleh guru dengan markah dan pembetulan, namun aku mendapat teguran yang sama, “Jangan berpolitik di sekolah”. Malah, pada malamnya, aku dipanggil senior tingkatan tiga untuk menegur perkara yang sama, mujur tidak disentuh (baca: buli), hanya diberi amaran keras agar “Jangan berpolitik!”.

Pada hujung tahun, pada hari penyampaian rekod pelajar, guru kelas sempat menegur ibuku, “Dia ini bijak, tapi gemar berpolitik di sekolah”. Ibuku hanya tersenyum.

2013

Status kerusi Permatang Pauh selepas 24 Februari, kata SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan status kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas 14 hari Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempoh tersebut bagi menanti keputusan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong dan semakan kehakiman yang akan dilakukan ketua pembangkang itu.
"Kalau tiada rayuan, SPR akan mengadakan mesyuarat khas selepas itu (24 Februari)," katanya pada satu sidang media di Putrajaya pagi ini.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada 10 Februari (Selasa) lalu, selepas disabitkan bersalah dalam pertuduhan liwat melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. 

Polis tahan dua pelajar IPT disyaki muat naik poster berunsur provokasi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang disyaki memuat naik poster berunsur provokasi di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata poster provokasi yang dimuat naik dua pelajar tersebut berkaitan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah.

Menulis di laman Twitter peribadinya, Khalid memaklumkan pelajar dari Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Sains Malaysia (USM) itu akan ditahan reman.

"PDRMsia semlm telah menahan 2 Penuntut, Unisel dan USM kerana muat naik berikut. Mereka akan di reman," tulis beliau.

PRK DUN Chempaka: 10 Mac Hari Penamaan, Pengundian Pada 22 Mac

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil DUN Chempaka, diadakan pada 22 Mac ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac.

Tarikh itu diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada minggu lalu akibat kanser prostat.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
  
Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Serangan Shafee buatkan Anwar terus relevan

Dalam Wag the Dog yang dibintangi oleh Dustin Hoffman and Robert De Niro, seorang pakar putar belit dan penerbit Hollywood bekerjasama mencipta perang olok-olok untuk menutup skandal seks presiden sebelum pilihan raya.

Produser itu, yang kemudian mahukan penghargaan atas kerja-kerjanya itu dibunuh pagi memastikan mulutnya terus terkunci rapat.

Alasan rasmi untuk kematian itu – serangan jantung.

Memang terdapat orang yang mengalami masalah sebegitu, yang disebut pepatah Melayu sebagai rumah siap pahat berbunyi.

Selepas menyelesaikan tugas, golongan seperti ini tidak dapat keluar daripada perhatian ramai, hidup di luar perhatian.

Perasaan mereka meluap-luap untuk terus diperhatikan.

Kelihatannya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghadapi masalah itu, selepas berjaya memastikan kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

Seorang peguam terkemuka berkata, “Kes Anwar ini seperti seorang bayi, dia tidak boleh berhenti bercakap tentang perkara itu. Mungkin ini simptom penarikan.”

Bagaimanapun, telatah Shafee membuatkan banyak pihak tidak senang. Pengamal undang-undang lain turut terkejut.

Wawancaranya dengan media memberikan gambaran negatif sehingga mengundang luahan pendapat bekas Peguam Negara Abu Talib Othman.

Rafizi: Pakatan akan pastikan agenda musuh politik Anwar gagal


PETALING JAYA 17 FEB: Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim merupakan agenda politik Umno bagi menyekat karier politik Ketua Umum KEADILAN itu sekaligus menghentikan kemaraan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli merungkai empat matlamat sebenar di sebalik pemenjaraan Anwar oleh musuh politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Jelasnya, musuh politik Anwar berharap gabungan Pakatan Rakyat yang menafikan majoriti Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu bakal berpecah dengan ketiadaan Anwar.
Malah kata Ahli Parlimen Pandan itu, mereka juga berharap KEADILAN yang diterajui Anwar bakal bergolak dan melalui tempoh masalah dalaman yang sukar sehingga melemahkan parti itu.
Bebas“Media Umno boleh main isu, tetapi majoriti rakyat percaya ia merupakan agenda politik bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti, selepas berkesempatan bertemu Anwar, yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
Sambungnya, hukuman penjara ke atas Anwar itu dilakukan ketika negara sedang berhadapan krisis ekonomi yang meruncing serta dalam situasi Umno bergolak.
“Mereka juga berharap serangan Pakatan Rakyat kepada BN dalam isu-isu berhubung salah guna kuasa, rasuah dan isu-isu rakyat akan berkurangan kerana fokus akan beralih kepada menuntut pembebasan Anwar.
“Dan matlamat utama mereka adalah supaya Anwar dilupakan dengan desakan demi desakan agar beliau berundur dari politik bagi memberi ruang kepada pemimpin muda,” jelas Rafizi lagi.
Justeru, beliau mengingatkan jika keempat-empat matlamat tersebut tercapai, bermakna agenda sebenar di sebalik pemenjaraan Anwar oleh lawan politiknya itu berjaya dan mereka terus akan berkuasa.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua pihak yang cintakan kebebasan dan keadilan di negara ini untuk terus menggembleng tenaga bagi memastikan keempat-empat matlamat tersebut tidak tercapai.

Road Show Fitnah 2: Elakkan Perbicaraan Di Luar Mahkamah


Laporan berkaitan hasrat Pemuda UMNO untuk membuat 'road show' fitnah 2 adalah dirujuk. Hasrat ini dilaporkan dalam laporan beberapa media arus perdana dan portal berita. Ia disebut dalam ucapan ketika majlis penerangan dan taklimat kes yang disampaikan oleh Tan Sri Shafee Abdullah seorang peguam kanan.
ABIM amat menghormati YB En. Khairy Jamaludin sebagai seorang pemimpin muda UMNO yang bijak, berkaliber dan berfikiran terbuka. Beliau juga tegas dalam mengemukakan pandangan dan sentiasa cuba untuk mengelak kenyataan yang bersifat peribadi. Dalam hal ini, hasrat beliau selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat sempit dan membahayakan masa depan negara. Langkah ini adalah langkah 'perbicaraan di luar mahkamah'.
Perbicaraan di luar mahkamah mengundang ulasan-ulasan di luar konteks. Jika Pergerakan Pemuda UMNO memulakannya, sudah tentu nanti ada pihak lain yang akan bangkit menjawab dan melakukan majlis yang serupa. Perkara ini secara jelas berupaya menjejaskan kredibiliti sistem kehakiman negara. Perbicaraan di luar mahkamah akan berlangsung secara liar, tanpa etika dan keterlaluan. Mungkin akan berlaku tambahan-tambahan fakta secara semberono dan mengelirukan masyarakat.
Selain dari itu, beliau juga seharusnya peka dengan perkembangan kelompok yang mula muak dan hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara. Ini terbukti apabila satu rakaman video dimuatnaik baru-baru ini dengan ugutan mahu memusnahkan mahkamah. Seharusnya sebagai seorang pemimpin muda beliau perlu lebih berhati-hati, berpandangan jauh dan bertanggungjawab.

Rindu kata-kata mutiara ayah

Rindu kata-kata mutiara ayah
LIMA hari berlalu pemergian Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak-anaknya mula meluahkan kerinduan terhadap kata-kata mutiara daripada ayahnya.

Anak bongsunya, Nik Asma’ Salsabila, berkata, sepanjang hayat ayahnya itu sentiasa memberikan pesanan yang selama-lamanya akan melekat di dalam hati dan sanubari sebagai seorang Muslim.

“Ketika ini saya rindu untuk mendengar kata-kata ayah dalam ceramah- ceramah yang mempunyai maksud mendalam, perumpamaan mudah untuk difahami dan membawa kebaikan kepada diri saya sendiri dan semua.

“Di saat-saat akhir ayah tidak berpesan apa-apa, tetapi paling saya ingat dan ayah sentiasa pesan ketika hayatnya jangan tinggalkan solat, selalu berselawat dan bacalah ayat Kursi apabila keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di Pulau Melaka semalam.

Biarpun ayah tidak berbahasa puitis dengan anak-anak, namun Nik Asma’ Salsabila memberitahu tutur kata arwahlah dalam memberi nasihat paling diingati untuk pegangan hidup.

Anak ke 10 hasil perkongsian hidup Nik Aziz bersama pasangannya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak itu juga memberitahu, ayahnya itu memang mengutamakan pendidikan agama dalam diri anak-anak.

“Saya masih ingat lagi, semasa saya hendak makan di sisi ayah dan ketika itu ayah sedang membaca kitab, ayah akan berkongsi manfaat bacaannya itu kepada saya,” katanya.

Nik Asma’ Salsabila yang berusia 31 tahun dan mempunyai dua cahaya mata itu juga mengakui sebagai anak bongsu dia lebih rapat dengan arwah bekas menteri besar Kelantan itu.

“Ayah memang tegas, tetapi seorang ayah yang penyayang. Masih teringat lagi ketika zaman kanak-kanak dahulu semasa ayah pulang dan mendapati saya tidur di katilnya, ayah tidak kejutkan saya, sebaliknya ayah yang tidur di bawah,” katanya sambil tersenyum.

Nik Aziz bukan hanya MB, tapi...

Nik Aziz bukan hanya MB, tapi...
PASIR PUTEH - ‘Jaga maruah, jangan sampai bila ALLAH SWT benci maka semua aib kita ditelanjangi yang menyebabkan kita hilang harga diri’, itulah antara pesanan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) yang tidak akan dilupakan Setiausaha Pas Kawasan Pasir Puteh, Zainuddin Awang Hamat.

Zainuddin berkata, walaupun ketika menjadi Menteri Besar (MB), arwah bersifat seperti bapa kepada wakil-wakil rakyat dan pimpinan Pas.

“Sebagaimana bapa menasihati anak-anak agar berkelakuan baik, begitulah sikap Tok Guru terhadap saya dan mungkin juga kepada pimpinan lain.

“Dia agak telus, tak suka berahsia kepada rakyat kecuali perkara membabitkan dasar parti dan kerajaan yang menyebabkan kita mengetahui isi hatinya,” katanya.

Zainuddin yang juga bekas Adun Limbongan berkata, Tok Guru merupakan seorang pemimpin bersahaja tetapi berpendirian tegas dan berani menghadapi apa jua situasi dalam menegakkan kebenaran.

Tetap ada hubungan baik

Katanya, walaupun tidak lagi bergelar Yang Berhormat, dia dan Tok Guru tetap mempunyai perhubungan baik sehinggalah Tok Guru menghembuskan nafas terakhir.

“Tok Guru pasti meluangkan masa menziarahi saya di hospital dan detik paling menyentuh hati bila melihat Tok Guru sendiri terlantar di wad.

“Dia tokoh abad ini. Pemergiannya merupakan kehilangan besar bagi pejuang Islam, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang dirahmati ALLAH,” katanya.

MB Kelantan akui sunyi selepas Tuan Guru tiada

KOTA BHARU: “Saya terasa begitu kesunyian selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipanggil mengadap Ilahi.
“Kita berasa sunyi kerana keilmuannya. Allahyarham seorang ulama yang penuh dengan ilmu agama di dada. Beliau bagaikan sebutir mutiara yang menerangi masyarakat dengan ilmu.
“Biar pun beliau berkhutbah Jumaat namun isinya penuh dengan ilmu dan isu-isu semasa yang berlaku,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka pada malam 12 Febuari lalu selepas menjalani rawatan barah prostat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Almarhum dimasukkan ke wad pada 19 Januari. Dan sehari selepas itu dimasukkan ke wad ICU bagi menjalani rawatan rapi. Beliau dibawa pulang ke rumahnya kira-kira jam 8.40 malam dan meninggal dunia sejam kemudian.
Menteri Besar berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz membawa pendekatan politik Islam yang syumul, berbanding teori politik yang dibawa dari barat.
“Arwah berusaha mendaulatkan Islam di Kelantan dengan meluluskan di persidangan Dun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada 1993.
“Usaha itu ditinggalkan kepada saya sebagai penggantinya. Kita teruskan usaha dengan mengemaskini lagi enakmen tersebut yang akan dibawa pada persidangan Dun 16 Mac ini,” katanya.

Tok Guru sepanjang zaman

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA 


SIAPA yang sangka sosok tubuh kecil ini telah menempa nama sebagai pemimpin yang disayangi rakyat berbilang kaum. Sepanjang karier politik beliau kenyataannya sering menjadi bahan kontroversi mendapat reaksi daripada musuh politiknya, malah jikalau tersiar namanya di dada akhbar atau di kaca TV pasti ia bertujuan untuk mengeksploitasi dan bukan menceritakan yang sebenarnya.
Namun pada waktu pemergiannya, media perdana seolah mahu ‘menebus’ perbuatannya selama ini dengan menyiarkan berita pemergiannya sebagai pemimpin besar negara. Malah Astro Awani membuat liputan dari awal berita kematian sehinggalah majlis penyempurnaan jenazah sehingga ke malam harinya.
Akhbar berbahasa Mandrin pula menyiarkan sepenuh muka surat tentang kehadiran berpuluh ribu rakyat menziarahi dan mengiringi jenazah. Terpampang tajuk besar berbahasa Mandarin “Tok Guru Sepanjang Zaman”.
Mendapat Berita Sedih
Berita pemergian Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ke seluruh negara 10 atau 15 minit setelah allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada pukul 9.40 malam.
Saya berada dalam majlis forum anjuran MalaysiaKini sebagai salah seorang panelis membicarakan masa depan politik selepas Anwar dipenjarakan apabila Fathi Aris selaku moderator mengumumkan kepada orang ramai berita mengejutkan ini.
Saya terus menghubungi anak Tok Guru, sahabat saya Ustaz Nik Omar untuk mendapat kepastian lalu mendapat balasan whatsapp ringkas, “Tok Guru meninggal jam 9.40”. Saya sudah hilang fokus dan hanya tertumpu untuk ke Kota Bharu sejurus majlis walaupun saya terpaksa menyelesaikan dahulu baki masa berforum. Usai forum, malam itu juga saya bertolak ke Kota Bharu.
Bersama Tok Guru Semasa Pelajar
Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, saya hanya mampu menahan sebak kesedihan kerana beliau adalah pemimpin tertinggi parti saya. Peranan kepimpinan Tok Guru kepada orang PAS bukan sahaja sebagai ketua tetapi sifat kebapaan beliau yang melihat kami dengan penuh kasih sayang dan senantiasa berjiwa besar.
Saya terkenangkan semua itu sehingga membawa saya kepada ingatan beberapa pertemuan saya dengan Tok Guru sepanjang karier saya dalam PAS. Pertemuan awal ialah semasa saya masih menuntut di Mesir sekitar awal 90an.
Kali pertama saya diberi penghormatan bersama Tok Guru ialah ketika beliau berkunjung ke Mesir pada tahun 1991. Melalui Nik Omar anaknya, saya meminta jasa baiknya supaya ayahnya mentahnikkan anak sulung saya yang baru sahaja lahir ketika itu. Saya bukan sahaja mendapat persetujuan bahawa Tok Guru akan mentahnik (sunnah membelah mulut bayi kecil) anak saya malah beliau akan berkunjung ke rumah sewa saya pada pagi hari.
Saya dan isteri teruja kerana Tok Guru akan makan pagi di rumah kami. Pertemuan pagi itu dalam kedinginan cuaca musim sejuk Mesir bersama Tok Guru akan saya ingat selamanya. Malah saya sering mengingatkan anak sulung saya Nidhal bin Mujahid bahawa betapa beruntungnya anak saya didoakan oleh tokoh hebat ini.
Bimbingan dan Nasihat

Siapa musuh PasMa, UMNO ke Pas? - Iskandar


Datuk Iskandar A. Samad
PasMa perlu nyatakan kepada rakyat siapa musuh mereka, Pas atau UMNO?
Pesuruhjaya Pas, Datuk Iskandar A. Samad, setakat ini, pertubuhan bukan kerajaan itu dilihat menumpukan serangan mereka terhadap Pas bukan UMNO.
"Ianya dilihat sedang menjalankan usaha untuk memastikan Pas sebagai parti politik tidak lagi stabil. Oleh yang demikian, terdapat yang bertanya adakah terdapat satu komplot di antara PasMa dan UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Iskandar, di Selangor, hubungan di dalam Pakatan Rakyat (PR) telah kembali pulih setelah berakhirnya krisis Menteri Besar dan sekiranya tidak ada hubungan yang baik dalam kalangan parti-parti PR maka sudah tentu agenda membangunkan negeri dan membela nasib rakyat tidak akan tercapai sepenuhnya.
"PasMa perlu mengambil kira realiti politik berkerajaan sebelum mengambil keputusan untuk menggempur Selangor. Kecuali memang hasrat PasMa untuk melihat PR kucar-kacir di Selangor dan kerajaan negeri gagal mencapai sasaran-sasarannya.
"PR perlu terus kukuh di Selangor dengan menjadikannya negeri contoh agar impian menawan Putrajaya menjadi realiti," ujarnya.

Bayar bekas pengarah Apco jutaan ringgit? PMO kunci mulut

Pejabat Perdana Menteri (PMO) kini berdiam diri ke atas dakwaan bahawa ia membayar "jutaan" ringgit kepada kontraktor swasta untuk menguruskan perhubungan awamnya.

PMO juga tidak menjawab dakwaan bahawa kontraktor, Paul Stadlen, sebelum ini bertugas dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Kerajaan membayar RM76.8 juta kepada Apco untuk menggilap imej Malaysia untuk tempoh antara 15 Julai 2009 hingga 4 Jun 2010.

Kontrak itu juga dilaporkan disambung semula pada 2010 walau menerima kritikan meluas.

Stadlen dan Pasukan Komunikasi Kebangsaan PMO tidak mengulas mengenai emel, panggilan telefon dan juga kiriman teks daripada Malaysiakini berhubung dakwaan itu.

Laman Sarawak Report sebelum ini mendakwa, firma Stadlen diupah oleh PMO dengan bayaran sekurang-kurangnya RM3 juta setahun dan khidmatnya turut digunakan untuk projek berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang bernilai RM1.5 juta.

Selepas batal Kidex, batalkan juga Langat 2 dan Datum Jelatek - SAMM

Selepas batal Kidex, batalkan juga Langat 2 dan Datum Jelatek - SAMM
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor meminta kerajaan negeri untuk mengambil langkah sama terhadap Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Datum Jelatek selepas pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) oleh menteri besar, Mohamed Azmin Ali pada Isnin.

Penyelaras Bersama SAMM Selangor, Khairooll Anuar Al-Megat berkata pembatalan perjanjian air dan Datum Jelatek disifatkan harus dibuat kerana ia merupakan faktor penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim satu masa dahulu.

"Keputusan pembatalan Kidex adalah langkah prihatin yang membuktikan Azmin mendengar suara rakyat.

"Namun selepas Kidex, perjanjian air dan Langat Dua juga merupakan alasan yang dikemukakan untuk menyingkirkan pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini. Meneruskan Langat Dua dilihat agak mengelirukan dan menipu rakyat.

"Jika perjanjian Kidex dibatalkan demi kepentingan penduduk dan pengundi elit di Damansara, maka isu-isu berkaitan rakyat yang lain juga harus dipandang Azmin," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.