Selasa, 17 Februari 2015

Kenapa Anwar Wajib Dibebaskan





ANDA KENAL UMNO ???


Sejahat ular sawa, makan kambing sekali kenyang sebulan, SEBURUK-BURUK MANUSIA, SETIAP MINIT ROMPAK TAK PERNAH KENYANG !!!

Mana lebih bahaya, ular sawa atau keris telanjang...

Fitnah Liwat II: 6 tahun Umno senyap, hormati mahkamah kata KJ


Khairy Jamaluddin


KELANA JAYA - Selepas enam tahun dituduh sebagai perancang 'konspirasi politik' terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno kini akan memberi penjelasan habis-habisan kepada rakyat berhubung kes liwat membabitkan Anwar.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ada pihak yang mempertikai mengapa Umno atau kerajaan pimpinan BN perlu memberi penerangan mengenai kes itu.

"Ada yang tanya bukankah cukup rakyat baca penghakiman, mengapa perlu penerangan lanjut?

"Jawapannya mudah. Selama enam tahun, inilah asas yang digunakan pasukan peguam bela Anwar, bahawa kes ini adalah konspirasi politik. Sehingga hari terakhir pun peguam bela kata ini konspirasi politik.

"Dan tuduhan ini dibuat terhadap Umno dan BN. Jadi sebagai parti politik, jangan anggap kami akan berdiam diri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Dialog bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di sini, malam ini.

Muhammad Shafee adalah ketua pendakwaan dalam kes liwat Anwar.

Fitnah Liwat II: KJ kata BN takkan diam lagi

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, BN hanya berdiam diri dalam menghadapi tuduhan bahawa kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.

Khairy berkata, BN berdiam diri sebelum ini untuk membiarkan kes itu diputuskan dengan bebas di mahkamah.

"Kini, perlu bagi seorang yang bertauliah menjelaskan, untuk melawan tuduhan konspirasi politik.

"Hingga ke hari terakhir (perbicaraan), peguam pendakwaan masih mengatakan ia satu konspirasi politik.

“Jadi jangan ingat kami akan berdiam diri. Kami menjemput (Tan Sri Muhammad) Shafee (Abdullah) untuk menyatakan kebenarannya,” katanya.

Beliau berucap bagi mengalu-alukan Shafee di forum anjuran Pemuda Umno di Kelana Jaya pada malam ini.

Malaysians keeping millions in offshore accounts

Swiss leaks prompt call for asset declaration.
KUALA LUMPUR: A student movement today demanded that the government make it mandatory for top officials to publicly declare their assets in the wake of news about Malaysian public figures keeping millions of ringgit in offshore accounts.
swissleaks2Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM) said in a press statement that wealth declaration by members of the Cabinet, MPs, officials of all political parties and senior civil servants was crucial in the effort to plug the illicit outflow of funds, a phenomenon that Malaysia is notorious for.
In a recent report citing leaked HSBC documents, the Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) said Malaysian public figures were keeping millions in offshore accounts.
The so-called Swiss Leaks give details of 77 client accounts that Malaysians had opened in HSBC’s Swiss banks between 1982 and 2006. They are said to be worth about US$174 million.
“We call upon the Prime Minister and Bank Negara Malaysia to show concern and announce actions to be taken to counter these illicit financial outflows,” AMHM said.
It said the leaks underscored how severe the problem of corruption was and how urgent it was for the government to punish the culprits.
It called on the government to make public the results of its actions against the culprits, to prohibit them from buying assets for five years and to suspend their passports.
It also demanded the extensive use and intensive enforcement of the Anti-Money Laundering Act.

Sirul may tell all…

Sirul Azhar Umar claims he acted under orders.
PETALING JAYA: Sentenced to hang for the murder of Altantuya Shaariibuu, former police commando Corporal Sirul Azhar Umar is now contemplating revealing all.
Sirul, who left the country for Australia before the Federal Court verdict, said several Australian television stations had approached him for a tell all interview, Malaysiakini reported.
sirul i was under orders“I haven’t decided (on whether) to do the interview,” he said, while confirming that he was giving it serious thought all the same.
Sirul was arrested by Australian immigration authorities after a red alert was issued on him by Interpol and is currently detained at the Immigration and Border Protection Department’s facility in Villawood, Sydney.
Sirul has maintained that he was only acting under orders, something he has reiterated time and again and added that “the important people with motive are still free”.
He also said he did not know the victim or Abdul Razak Baginda, her lover, but merely carried out the order when it was given to him.

Siswa: Kerabat juga harus isytihar harta

Kumpulan mahasiswa hari ini menggesa semua pihak, termasuk pemimpin politik dan kerabat diraja mengisytiharkan harta bagi membendung masalah aliran keluar wang haram.

Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM), sebuah kumpulan baru mahasiswa, menujukan gesaan itu kepada kakitangan kanan kerajaan, menteri, ahli parlimen dan semua parti politik.

“Kami di AMHM percaya bahawa hanya penguatkuasaan yang ketat akan menangani fenomena membimbangkan ini,” kata Presiden AMHM Fahmi Zainol yang digantung pengajian kerana menganjurkan ceramah Anwar di Universiti Malaya.

“Kami menyeru perdana menteri dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil perhatian mendalam dan mengumumkan tindakan yang akan diambil untuk menangani aliran keluar kewangan haram ini,”

Semalam, Sultanah Kalsom Abdullah, permaisuri Sultan Ahmad Shah, muncul dalam senarai rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank HSBC Switzerland, lapor Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

PRK Permatang Pauh perlukan 'wakil rakyat' bukan hanya wakil parti - Yusmadi

PRK Permatang Pauh perlukan 'wakil rakyat' bukan hanya wakil parti  - Yusmadi
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) dicadangkan supaya mengambil peluang di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh untuk mengembalikan semangat gabungan tersebut yang bermula sejak awal gerakan reformasi.

Pengasas Kumpulan WRIGHT, Yusmadi Yusoff berkata, untuk mencapai tujuan tersebut PR mencari calon yang sebenar-benarnya 'wakil rakyat' bukan wakil parti.

"Calon tersebut tidak semestinya dari PKR atau mana-mana parti dalam PR tetapi mana-mana calon yang diangkat oleh rakyat.

"Calon-calon yang dipilih rakyat itu mungkin tidak mewakili mana-mana parti seperti Fahmi Zainol, Adam Adli, Mejar Zaidi, Sidiq Fadhil atau mungkin dari kalangan sasterawan seperti Pak Samad atau Pyanhabib.

"Mereka yang saya sebutkan itu dilihat mewakili suara perubahan rakyat," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh mempunyai beban moral politik yang tinggi bagi menjawab persoalan yang lebih penting mengenai masa depan politik Pakatan Rakyat.

"Kerana pilihan raya kecil ini diadakan selepas isu kematian Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz serta kes Anwar Ibrahim itu sendiri.

"Bagi saya, Pakatan Rakyat itu jiwanya pada gambaran muafakat ketiga-tiga pemimpin itu bukan semata-mata pada dasar bersama parti dalam gabungan tersebut," katanya lagi.

Kami rakyat Malaysia mahukan cerita & motif sebenar "Pembunuhan Altantuya"..!!!


“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas. Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” - Sirul Azhar 

APA LAGI.. DEDAH JANGAN TAK DEDAH..
Kami rakyat Malaysia mahukan cerita & motif sebenar Pembunuhan Altantuya..

SIAPA yang akan panas punggung & tak leh tido lena 

Tak mahu bertanding PRK Dun Cempaka taktik halus UMNO pecahkan PR - Aiman Athirah


Aiman Athirah Al Jundi
Pas menganggap niat UMNO untuk tidak bertanding di DUN Cempaka sebagai satu taktik halus merosakkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Pengarah Pilihan Raya Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya sudah fasih dengan taktik UMNO.
"Mengisytiharkan tidak akan menghantar calon di DUN Chempaka tetapi terus mengisytiharkan semacam "perang" di Parlimen Permatang Pauh ternyata satu usaha berhelah UMNO dan BN dalam meneruskan serangan persepsi ke atas rakyat khususnya jentera PR bahawa kononnya PR sedang berpecah dan umno dengan PAS sedang menjalinkan kerjasama.
"Inilah yang cuba dilakukan UMNO dan juak-juaknya sebagai membendung kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam PRU14 yang akan datang, insyaAllah," ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Aiman Athirah yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat itu percaya hanya mereka yang mudah lupa akan terpedaya dan terpukau dengan madah berhelah berkenaan.
Menurutnya, di DUN Cempaka, pihaknya bersedia dengan segala persiapan walaupun UMNO tidak bertanding sekali pun.
"Apatah lagi dalam misi mempertahankan kerusi DUN yang merupakan legasi Almarhum Mursyidul Am yang kita kasihi, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang baru beberapa hari meninggalkan kita.
"Demikian juga bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, memandangkan kerusi tersebut adalah amanah kita bersama dalam Pakatan Rakyat maka Pas juga tentunya akan sama-sama mempertahankan kerusi tersebut untuk kekal menjadi milik PR tidak kira siapa pun calon yang akan dihantar.
"Secara peribadi saya mahu bersangka baik tetapi apa yang telah mereka lakukan ke atas almarhum Mursyidul Am kita sehingga ke akhir hayatnya tidak diberi keadilan, tidak pernah ditunaikan haknya bahkan terus dipandang sinis adalah suatu yang amat melukakan.

Tahun Baru Cina pula diboikot Ismail Sabri

Layakkah Ismail Sabri menjadi menteri apabila beliau memboikot untuk hadir majlis perayaan Tahun Baru Cina.
sabrichinGELANG PATAH: Isu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri berterusan apabila beliau kini dilaporkan enggan hadir majlis perayaan Tahun Baru Cina kerana risau akan dibaling objek oleh penyokong DAP, kata Lim Kit Siang.
Penasihat DAP menyifatkan dakwaan terbaru Ismail Sabri sebagai tidak bertanggungjawab dan satu tuduhan melulu terhadap parti itu.
“Beliau mendakwa memperoleh nasihat supaya tidak menghadiri majlis Tahun Baru Cina di Bera kerana gentar penyokong DAP akan baling objek kepadanya.
“Ia menimbulkan persoalan jika beliau masih layak menjadi seorang menteri untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini,” katanya seperti yang dilapor portal rasmi DAP Roketkini.
Pada masa sama, Kit Siang menambah, Ismail Sabri juga merupakan menteri pertama yang mengeluarkan kenyataan enggan menyertai majlis perayaan tahun baru Cina.

Sirul pertimbang dedah semua kes Altantuya...Jeng...Jeng ada yang panas kini..!!!


Selepas ke Australia, bekas polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh wanita itu?

Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya.

“Saya belum putuskan untuk diwawancara,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:

“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”

Difahamkan bahawa beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul, yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.

'Bertindak atas arahan'

Sementara itu, Sirul memberitahu bahawa dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.

DAPSY seru semua anak muda turun himpunan Reformasi Mac depan


yu hui


BENTONG, 17 FEB: Pemuda DAP (DAPSY) menyeru seluruh anak muda yang cintakan tanah air agar menggembeling tenaga dan turun beramai-ramai dalam himpunan Reformasi pada 7 dan 8 Mac akan datang.
Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Chow Yu Hui berkata, pihaknya menyokong penuh usaha Resolusi Anak Muda Malaysia dan akan menggerakkan seluruh ahli bagi menjayakan himpunan yang bakal berlangsung di Sogo nanti.
“DAPSY menyokong penuh Resolusi Anak Muda Malaysia atas sebab 52 peratus undi popular yang dimenangi Pakatan Rakyat tidak dapat mengembalikan keadilan dan kesaksamaan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jadi, jalanraya merupakan tempat di mana rakyat menunjukkan perasaan kemarahaan terhadap pemerintah.
“Himpunan ini juga akan menunjukkan kezaliman UMNO-BN kepada seluruh dunia bagi menuntut kebebasan dan keadian bukan saja kepada Anwar tapi dalam usaha mereformasikan sistem kehakiman negara bagi menjamin kebebasan serta kewibawaan institusi itu,” kata ADUN Bilut itu dalam satu kenyataan.
Dua hari lalu, Gabungan Anak Muda Malaysia ‘Kita Lawan’ yang terdiri dari sekumpulan anak muda pelbagai latar belakang termasuk parti politik, NGO, profesional dan aktivis telah merancang untuk mengadakan himpunan rakyat besar-besaran awal Mac nanti.

Ahmad Awang boleh ditimbang jadi Musyidul Am

MSO

Ahmad Awang
Pas jangan memandang mudah untuk mencari seorang tokoh agamawan setanding dengan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am Pas kerana jawatan itu penting dan merupakan lambang Pas sebagai sebuah parti agama. Justeru orang yang hendak dilantik biarlah setanding, bersih dan ikhlas dalam perjuangan bukan saja dilihat bersih dan warak.

Dia juga mestilah bukan sahaja fakeh agama tetapi mempunyai daya dinamik.

Bukan bermakna apabila Tokguru meninggal maka pengisi jawatan itu secara mutlaknya timbalannya Dr Haron Din. Haron boleh memangku sementara keputusan mutakamd dibuat.

Tempoh perlantikan anggota Majlis syura Ulamak (MSU) akan berakhir tahun ini 2015. Bertepatan dengan penyusunan semula kepimpinan Pas selepas muktamar Jun nanati maka tempoh itu berakhir dan MSU juga akan disusun semula.

Haron Din ada ciri-ciri melayakan dia memegang jawatan itu, tetapi dari sudut-sudut tertentu menyebabkan perlantikannya ke jawatan itu boleh dipertikaikan. Seorang yang menjadi Mursyidul Am bukan saja perlu warak, berprinsip tetapi dia mestilah bergerak seiring dengan naluri parti. Pas adalah parti politik dan bukannya badan agama yang boleh diuruskan secara veto.

Yang lebih penting lagi tokoh itu bukanlah yang bertindak berat sebelah apa lagi kalau terlibat dengan menyusun strategi yang bertentangan dengan kehendak ramai. Pemimpin yang kurang biajsana politik dalam mepersaudarakan sesama ahli serta menunjuk-nunjuk kehebatan dan kewarakan juga sangat tidak layak.

Apabila merujuk kepada Haron Din ada beberapa kesilapan (khilaf) beliau sebagai ulamak yang dilakukan telah meletakkan dirinya sedikit tercalar. Salah satu ialah apabila beliau menjadi mediator parti untuk meminta Anwar Ibrahim bersetuju bagi memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Peranan dimainkan Haron ini satu kesilapan dan mencemarkan martabatnya sebagai ulama. Beliau boleh memberi pandangan tetapi bukan turun ke lapangan sendiri.

Anwar tabah untuk terus lawan – Wan Azizah

Ketua Umum PKR itu juga mahu rakyat meneruskan perjuangannya “menentang kezaliman”

wan azizah300PETALING JAYA: “Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kuat semangat dan sihat. Dia tabah untuk terus lawan,” kata Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata demikian ketika menemui para penyokong Ketua Umum PKR itu di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Wan Azizah, Anwar juga mahu rakyat meneruskan perjuangannya “menentang kezaliman”.
Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar kini semakin kurus sejak seminggu berada di penjara.
Hari ini, Anwar dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh bagi menghadiri kes beliau menyaman Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.
Pada minggu lalu, Anwar didapati bersalah kes liwat Mohd Shaiful Bukhari Azlan di mahkamah Putrajaya dan dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar mengadu ketidakselesaannya di penjara kerana tidak ada meja untuknya membaca dan tidur di atas tilam nipis.
Timbalan Presiden PKR itu ditemui ketika hadir menemui Anwar. Beliau ditemani Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin semasa menghadiri kes mahkamah pagi tadi.

MBPJ kemuka alternatif ganti Kidex

PuasaPETALING JAYA, 17 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengemukakan beberapa cadangan alternatif kepada Kerajaan Negeri bagi mengantikan projek Kidex.
Pemangku Datuk Bandar MBPJ, Puasa Md Taib berkata, cadangan alternatif itu akan diutarakan kepada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat termasuk penyediaan jalan alternatif atau penambahbaikan infrastruktur.
Katanya, MBPJ memerlukan jalan keluar dari Petaling Jaya 52 ke Lebuhraya Pantai Baru (NPE) ketika ini.
“Keperluan itu sangat mendesak dan setakat ini hanya ada satu jalan keluar masuk sahaja.
“Kita akan kemukakan masalah dan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Pusat. Namun, terpulang kepada mereka untuk putuskan masa depan dan keperluan penduduk,” katanya kepada Selangor Kini.
Puasa berkata, MBPJ akan meneruskan perkhidmatan PJ City Bus sebagai alternatif kepada salah satu masalah terbabit pada masa ini.
“Projek ini sudah kita laksanakan lebih dari empat bulan dan ia kejayaan besar dilakukan MBPJ. Ia akan mengambil kira beberapa pendekatan baru dan membuat dua pusingan bas serta mengekalkan perjalanan setiap 15 minit sekali,” katanya.

INILAH CARA MEREKA PERBODOHKAN & MEROSAKKAN minda rakyat !!!


Nampak tak permainan media penjilat UMNO serta 'pelakon2' dlm memburukkan kerajaan PR.. 

SKRIP MEREKA yg sentiasa memutar belit..
SEBELUM DIBATALKAN...
- Tuduh kerajaan PR tidak perihatin kpd penduduk setempat

SELEPAS DIBATALKAN pula..
- Tuduh kerajaan PR tidak prihatin dengan kesengsaraan penduduk..

- TERUSKAN PROJEK KIDEX, Tak Perihatin Nasib Rakyat?
- BATALKAN PROJEK KIDEX, Tak Perihatin Nasib Rakyat?

Danger signs for the Malaysian economy

We are facing critical times if not yet a crisis.

By Ramon Navaratnam
ramon navaratnam copyBank Negara Governor Zeti Akhtar Abdul Aziz did well to give an uncharacteristic press conference on our economic performance based on data from the Fourth Quarter of 2014. She said she was addressing “the misconceptions surrounding the impact of the fall in oil prices and the significance of the oil and gas industries to the Malaysian economy.”
She agreed that we are adversely affected by the drop in oil prices, but said our economic growth could have been only within the 2%-3% range had we not diversified our economy. This raises the question of whether we have diversified enough and taken enough measures to face the challenges of these critical times.
Minister in the Prime Minister’s Department Idris Jala said much the same thing in an interview with The Economist. He said it was a “big misconception” that “Malaysia will suffer the brunt of the oil price slide because we are a major oil exporter.” Malaysia, he stressed, is not a major oil exporter.
Actually, Malaysians generally refer to our oil and gas earnings together and recognise the major impact the industry has on our growth prospects. After all, as Idris has carefully pointed out, the “oil, gas and energy sector” constitutes 17% of the Gross Domestic Product (GDP). That is a large chunk of our economy. There will definitely be a major impact on our economy if oil and gas prices remain low and slide further. So we must appreciate the deep concern of Malaysians over the falls in oil and gas prices. We cannot afford to play down the problems or ignore concerns about our future.
When we hear talk of “diversifying our economy”, we ask how successful economic diversification has been. The residual “Other Industries” constitute 30% of our GDP. Education and Health make up only 1% of the GDP. The rest of the sectors, like Tourism , Electronics, Agriculture and Financial Services, constitute only 5% to 7 % of the GDP each.
Couldn’t we have done better after 58 years of Merdeka? Couldn’t we have pursued wider diversification and gone into much greater value-added productivity?
Sluggishness
We may not be in crisis now, but I dare say that we are facing critical times ahead. The major world economies are generally slowly recovering or are still struggling to recover. Malaysia has done better, with its 6% growth registered for last year. But how long can this high growth last in this sluggish world economy?
Here are some danger signs:
  1. Inflation is reported at 2.8 % in the fourth quarter of 2014. This will rise when the GST is introduced. In any case, do Malaysians really believe that our inflation rate is only 2.8 %? My Mee Mamak has already become smaller and less tasty. The government has long had a credibility problem with its release of figures related to the cost of living.
  2. The Malaysian Ringgit , according to Bank Negara, declined by about 12% against the US Dollar between September last year and February 10 this year. Will the Ringgit continue to weaken with the soft market sentiments and low confidence? There have been large non-resident portfolio capital outflows, reportedly amounting to US$18.6 billion, since last September. Will this trend continue and will it dampen the ringgit further and cause imported inflation to rise higher? There may have been “no dislocation to the underlying economic activities”, but hasn’t there been adverse effects on business confidence and the medium-to-long-term investment potential?

5 Jun keputusan saman fitnah Anwar terhadap Anifah


Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 5 Jun ini untuk membuat keputusan berhubung kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar keterangan Anwar yang dipanggil semula bagi menjawab soalan berkaitan tawaran RM100 juta oleh individu yang dikatakan kroninya.
Pada prosiding perbicaraan hari ini, Anwar memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah menghantar bekas timbalan pengerusi KFC Holding (M) Bhd, Datuk Ishak Ismail sebagai ejen untuk berjumpa Anifah dan meminta beliau melompat parti.
Anwar juga berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Ishak adalah pada 2004 apabila Ishak bertemu dengannya di Munich, Jerman.
Perbicaraan yang bermula jam 9.35 pagi Selasa, berakhir kira-kira sejam kemudian, dan keluarga Anwar serta petugas media meninggalkan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.
Manakala jumlah penyokong yang memberi sokongan moral kepada Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu juga jauh merosot hari ini dengan hanya kira-kira 30 orang dilihat hadir berbanding ketika bicara kes Liwat II di Putrajaya 10 Februari lalu.
Sebelum ini Anwar telah selesai memberi keterangan dalam kes saman tersebut pada 27 Ogos tahun lepas.
Beliau bagaimanapun dipanggil semula hari ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anifah bagi meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu menawarkan RM100 juta kepada beliau untuk melompat parti.

Penglibatan BN dalam MIC menjijikkan- Palanivel

Palanivel yang tidak dapat menghadiri mesyuarat yang diaturkan oleh PM kerana membawa isterinya yang sakit ke hospital mendakwa mesyuarat itu tidak sah dan batal mengikut perlembagaan parti MIC.

PETALING JAYA: Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Sri G.Palanivel kesal dan kecewa dengan pembabitan pihak ketiga dalam hal ehwal berkaitan partinya itu.
palbn
Menamakan Barisan Nasional (BN) sebagai pihak ketiga, Palanivel dalam satu kenyataan media, menyampaikan kesal apabila wakil yang dihantar ke mesyuarat yang diaturkan oleh Perdana Menteri berkenan isu dalaman parti itu, tidak dibenarkan masuk.
“Saya tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana terpaksa membawa isteri ke hospital dan perkara itu telah dimaklumkan kepada PM.
“Justeru, saya telah menghantar Ketua Setiausaha MIC, Datuk S Sothinathan, untuk mewakili saya dan beliau tidak dibenarkan berada dalam mesyuarat itu,” katanya dalam kenyataan media itu.
Jelas beliau lagi, Ketua Setiausaha Barisan Nasional, Tengku Adnan Tengku Mansor, telah membuat beberapa cadangan kepada media mengenai isu-isu antara MIC dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Palanivel memandang semua cadangan yang dibentangkan sangat membimbangkan.
“Saya, sebagai Presiden MIC, saya tidak bersedia untuk membiarkan pihak ketiga (Barisan Nasional) untuk menjalankan Parti yang kita cintai. Timbalan Presiden MIC mungkin bersedia untuk membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan MIC dan sedia hilang maruah diri tetapi bukan saya,” katanya.
Jelas beliau lagi, MIC mempunyai Perlembagaan Parti dan semuanya akan dijalankan mengikut undang-undang termasuk pilihan raya.
Sebarang tindakan lain yag diambil, menurutnya menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
“Saya juga terhutang budi kepada ahli-ahli MIC yang merupakan penyokong akar umbi, Cawangan, Bahagian Kongres, Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan pemimpin peringkat Kebangsaan MIC yang tidak membenarkan ketidakadilan berlaku,” katanya lagi.
Palanivel dalam kenyataan media yang sama sekali lagi menekankan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk bertindak atau membuat keputusan dan memberi arahan seperti yang mereka telah lakukan dengan MIC baru-baru ini.

Kini polemik solat hajat kes Anwar pula

Isu sama ada solat hajat dapat mengubah nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi polemik baru sekitar pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) hari ini turut menyentuh isu itu dengan berkata soal makbul atau tidak bukan kuasa manusia.

“Yang penting, di sebalik solat hajat itu adalah mahu meletakkan diri kita sebagai hamba di hadapan Allah,” katanya yang mengaitkan amalan itu dengan konsep merendah diri di hadapan Allah.

Exco pendidikan Selangor itu berkata “memaksa doa agar dimustajabkan dengan segera” tidak disukai Allah, seperti dinyatakan dalam sebuah hadis.

“Jadi, ia tidak sewajarnya dipandang hina.

"Ia bukan kerana tidak dimustajabkan, tetapi ia dilarang dalam hadis bergopoh untuk doa itu dimustajabkan,” katanya.

Seperti tolak takdir, kata MP

Empat Matlamat UMNO Berhubung Pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Hari ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir buat pertama kali di khalayak ramai setelah seminggu dipenjarakan sekali lagi. Beliau senyum dan terus bersemangat walaupun pada umur 67 tahun dan mengalami sakit tulang belakang berpunca dari kecederaan akibat dipukul dalam tahun 1998.
Pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu agenda politik untuk menghentikan kemaraan Pakatan Rakyat. Hakikat bahawa ini adalah agenda politik tidaklah diragui oleh majoriti rakyat negara ini.
Ada empat matlamat lawan politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ingin dicapai melalui pemenjaraan beliau iaitu:
1) Pakatan Rakyat berpecah dengan tiadanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) KEADILAN bergolak dan melalui tempoh masalah dalaman
3) Serangan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional di dalam isu berhubung salah guna kuasa, rasuah dan isu-isu rakyat akan berkurangan
4) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilupakan dengan desakan agar beliau berundur dari politik untuk memberi ruang kepada pemimpin yang lebih muda
Jika keempat-empat matlamat ini dicapai, maka agenda pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh lawan politik beliau telah berjaya dan Umno/Barisan Nasional akan terus berkuasa.
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang cintakan kebebasan dan keadilan di negara ini untuk menggembleng tenaga memastikan keempat-empat matlamat itu tidak tercapai. Apabila KEADILAN dan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan muafakat dan terus menumpukan fokus kepada menewaskan Umno/Barisan Nasional dalam isu-isu rakyat, ketika itulah Umno/Barisan Nasional hilang punca dan akan tewas.

Hutang RM2 Bilion 1MDB: Kerajaan “Bailout” 1MDB Sekali Lagi?

Kegagalan 1MDB menjelaskan bayaran hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB sebanyak dua kali berturut-turut menjejaskan kestabilan sistem perbankan negara. Ia juga menimbulkan risiko kepada pasaran saham dan bon Malaysia yang jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa kesan buruk kepada negara.
Oleh yang demikian, semua pihak yang arif mengenai sistem kewangan negara tahu bahawa 1MDB tidak boleh dibiarkan terus gagal membayar hutang tersebut.
Laporan berita sejak sebulan lalu memetik sumber dalaman bahawa 1MDB berunding dengan Ananda Krishnan untuk meminjam dana dari hartawan itu. Rundingan dilaporkan berkisar tentang imbuhan yang bakal diperolehi Ananda Krishnan sekiranya menyelamatkan 1MDB.
Namun, baru-baru ini CEO 1MDB menyebut bahawa pinjaman RM2 bilion dari Ananda Krishnan itu hanyalah “spekulasi” semata-mata. Itu menimbulkan tanda tanya dari manakah 1MDB mendapat dana untuk membayar hutang, sedangkan selama berbulan-bulan ia tiada dana bagi tujuan tersebut. Sudah tentu dana itu bukan dana dalaman 1MDB kerana jika 1MDB mempunyai wang, ia sudah tentu mampu membayar hutang itu terlebih dahulu.
Saya meneliti siri hutang kertas baru yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Semua hutang bon yang diterbitkan disiarkan di dalam web Bank Negara Malaysia melalui “Fully Automated System for Tendering/Issuing” atau FAST di laman http://fast.bnm.gov.my
Dalam tempoh dua minggu yang lepas, Kerajaan Malaysia telah menerbitkan dua siri hutang Malaysian Treasury Bill (MTB) atau Kertas Perbendaharaan Malaysia pada jumlah yang besar dan diluar amalan biasa.
Pada 11 Februari 2015, MTB bernombor 201500000242 berjumlah RM1 bilion. Kertas hutang ini berjangka pendek dan perlu dibayar pada 13 Mei 2015, maka faedah yang perlu dibayar pada kadar 3.2% bagi tiga bulan adalah setanding dengan kadar “overdraft”.
fastbnm1
Pada 13 Februari 2015, MTB bernombor 201500000264 berjumlah RM1.1 bilion dengan tarikh matang (perlu dibayar balik) pada 14 Ogos 2015 telah diterbitkan, juga dengan kadar faedah sekitar 3.2% bagi tempoh itu.

Hari Ke-8 Anwar Sebagai Tahanan Politik







Cukup-cukuplah dengan drama MIC, Bollywood pun kalah!

Oleh V Shuman
Tamak haloba, pecah amanah, penentangan terhadap apa yang didakwa sebagai “tirani”, pemberontakan, mogok lapar dan ancaman maut. Tidak, ini bukan plot dalam filem “blockbuster” Hollywood atau drama Sepanyol.
Ini adalah ramuan dalam MIC – sebuah parti yang ada lebih banyak drama berbanding berkhidmat terhadap masyarakat. Sekurang-kurangnya ketika di bawah pimpinan kini.

Parti itu terjunam ke dalam krisis selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkannya untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC), berikutan kejanggalan dalam pemilihan parti pada November 2013.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran parti itu dibatalkan.
Krisis itu telah menyaksikan bermacam jenis insiden dramatik berlaku, termasuk Presiden Datuk Seri G Palanivel bertindak secara “auto pilot”, mengunci ibu pejabat parti bagi menghalang mereka yang tidak berpihak kepadanya menyertai satu mesyuarat khas.
Beliau juga secara bebas melantik orangnya sendiri memegang jawatan tertinggi, di saat kesahan parti itu sendiri dalam keadaan terancam.
Ini menyebabkan pertandingan jerit menjerit, carut mencarut, tolak menolak dan aksi bertumbuk di antara ahli daripada kem berbeza.
Tidak lupa juga sidang media baru-baru ini oleh seorang timbalan menteri, yang mana beliau kononnya menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon. Malah panggilan itu “kebetulan” diterima ketika sidang berlangsung dan beliau membiarkan semua media mendengar panggilan itu.
Ada juga mogok lapar oleh Datuk G Kumar Amman yang tidak bertahan lama. Sama seperti protes itu, lantikannya sebagai Setiausaha Agung juga tidak bertahan lama.
Terlalu banyak drama. Mungkin penulis skrip Bollywood boleh datang ke sini jika mereka kehabisan idea nanti.

Kena bawa sokmo kertas dan pen - TGNA

"WAHAI jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka masuklah dalam kalangan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Al- Fajr: 27-30)
1995 – Darjah 6

“Baik murid-murid, sila tulis karangan bertajuk, Tokoh Yang Saya Kagumi”, ujar guru kami.

Hampir separuh rakanku memilih Perdana Menteri dengan Wawasan 2020, dan hampir separuh lagi menulis tentang ketokohan Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Seperti biasa, hanya pemimpin yang dijadikan idola, bukan artis mahupun ahli sukan, kerana pada zaman itu, tiada lagi fenomena Akademi Fantasia dan K-Pop, apatah lagi tablet dan internet di tangan.

Seminggu kemudian, karangan kami dipulangkan oleh guru dengan markah dan pembetulan, namun aku mendapat satu teguran, “Jangan berpolitik di sekolah”.

1996 – Tingkatan 1

“Baik pelajar-pelajar, sila tulis karangan bertajuk, Tokoh Yang Saya Kagumi”, ujar guru kami.

Seperti biasa, hampir separuh memilih (Tun) Dr Mahathir dan sebahagian lagi tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala beberapa rakan yang kreatif menulis tentang datuk dan ayah masing-masing.

Seminggu kemudian, karangan kami dipulangkan oleh guru dengan markah dan pembetulan, namun aku mendapat teguran yang sama, “Jangan berpolitik di sekolah”. Malah, pada malamnya, aku dipanggil senior tingkatan tiga untuk menegur perkara yang sama, mujur tidak disentuh (baca: buli), hanya diberi amaran keras agar “Jangan berpolitik!”.

Pada hujung tahun, pada hari penyampaian rekod pelajar, guru kelas sempat menegur ibuku, “Dia ini bijak, tapi gemar berpolitik di sekolah”. Ibuku hanya tersenyum.

2013

Aku berkesempatan menziarahi tokoh yang sangat aku kagumi ini bersama beberapa sahabat.

Pada awal bicara beliau menyebut, “Ana tenang sekarang walaupun uzur”. Satu lafaz yang sangat dalam maknanya, terbit dari sanubari yang damai di hujung usia, sambil berkongsi tertib medikasi yang perlu dilalui badannya, selepas tidak lagi menjawat jawatan penting yang disandangnya selama 23 tahun.

Ke Manalah Rakyat Hendak Mengadu ?

Oleh Abu Hassan Adam
Ketika masih kanak-kanak aku masih teringatkan suasana di kampung yang aman damai. Tahun 1950an. Masih zaman pemerintahan British. Zaman penjajahan. Tetapi aku tidak pun merasakan bahawa zaman itu sebagai zaman penjajahan. Tidak pun merasakan kesusahannya berada di bawah penjajahan British walaupun sentiasa diselubungi kemiskinan.

Suatu perkara yang aku masih ingat dan masih mengimpikan suasana sedemikian ‘datang kembali’ ialah suasana tenang dan harmoni di kampung. Jarang sangat berlaku pergaduhan di kampung aku yang boleh membawa kepada pertumpahan darah. Tidak pernah berlaku pergaduhan seperti itu. Jikalau ada pun, hanya merupakan pergaduhan kecil yanhg melibatkan isu-isu kecil. Pendek kata setiap penduduk kampung merasa selesa dan sentiasa merasa selamat tinggal di desa yang aman damai itu. Apa tidaknya. Semangat kejiranan dan bergotong royong sentiasa diamalkan sehinggakan boleh dikatakan setiap penduduk di kampung aku menikmati suasana kehidupan yang hampir sama. Tidak ada yang terlalu kaya dan tidak pula ada yang terlalu miskin
Kami tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain, apatah lagi pertolongan dari kerajaan. Penjajah British pada ketika itu tidak menghulurkan sebarang pertolongan kepada penduduk kerana yang dipentingkan oleh mereka tentulah ‘pertolongan’ yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Tetapi kini kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung tetapi ada pula kedengaran tentang amalan pilih kasih yang diamalkan oleh pihak yang memberikan pertolongan. Terdengar juga khabar yang mengatakan sebarang bantuan hanya diberikan kepada penyokong kerajaan semata-mata. Mungkin tak betul berita berkenaan. Mungkin juga betul….
Selepas mencapai kemerdekaan kehidupan di kampung aku masih menyeronokan. Ikatan kekeluargaan masih terus diamalkan. Walaupun sudah mencapai kemerdekaan dan sudah ada pilihan raya, namun wakil rakyat yang kami pilih jarang sekali datang ke kampung. Malah hampir tidak pernah menjenguk langsung kawasan yang diwakilinya. Hendak berjumpa dengan beliau pun adalah seperti berjumpa dengan Sultan atau pembesar lain. Payah benar. Keadaa kini pun begitu juga, kata orang kampung aku. Terlalu sukar untuk berjumpa dengan wakil rakyat kecualilah apabila menghampiri suasana pilihan raya.

Hargai sewaktu masih ada agar tidak sesal setelah tiada

Oleh DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
RAMAI yang bersedih dan melahirkan dukacita dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga pelbagai penulisan, banner, dan ucapan diterima dari pelbagai pihak sama ada dari kalangan rakan Pakatan Rakyat atau dari BN, mahupun dalam dan luar negara.
Sikap hormat dan menyanjung seseorang pejuang merupakan suatu amalan yang sangat baik, apatah lagi kalau luahan ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas.

Namun kekaguman kita kepada sesuatu tokoh tentulah bermanfaat seandainya kita bersama perjuangan yang dibawanya, bukan hanya mengagumi mereka setelah ketiadaannya.

Apa yang penting kita memahami gagasan besar yang dibawa oleh Tuan Guru ialah menanti keyakinan terhadap ajaran Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Kemelut moral, kegawatan ekonomi, masalah perpaduan kaum, dan lainnya mesti kembali kepada asas bahawa manusia adalah hamba Allah dan kita mesti mengambil panduan dari Allah demi kebaikan sejagat.
Kehebatan pemikiran beliau dan gagasan besar yang dibawa membuktikan bahawa beliau merupakan ulamak haraki yang berjaya mempraktikkan ajaran dan syariat Ilahi khasnya sewaktu beliau mentadbir kerajaan Kelantan.

Kuliah Jumaat TGNA itu memberi kesan dalam jiwa saya


Oleh AFRIADI SANUSI
SAYA hanya sekali mengikuti kuliah Dhuha hari Jumaat di dataran ilmu Kota Baru Kelantan. Namun kehadiran pertama dan terakhir itu sangat memberi kesan dalam jiwa saya. Pertama, kuliah itu dihadiri oleh ribuan hadirin yang diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat baik golongan bawah, menengah dan atas.

Kedua dalam ceramah beliau mengatakan lebih kurang seperti ini, “Berkah itu adalah hak milik Allah... hanya Allah yang berhak memberi. Manusia tidak mampu memberi barokah, kerana hanya Nabi sahaja yang maksum tanpa dosa.

Melihat dari fenomena masyarakat Nusantara hasil peninggalan campuran agama Hindu-Budha (Singkritisma), dan melihat begitu ramainya pengikut yang sangat mencintai beliau, sebenarnya TG Nik Aziz boleh memanfaatkan keadaan itu untuk menjadi manusia yang “disakralkan” “didewakan” “dikaromahkan dan “dianggap” mampu memberi berkah sebagaimana Ayah Pin, Ashaari, Gusdur atau seperti raja-raja dan pimpinan agama lainnya dalam budaya kuno masyarakat Melayu Nusantara. Namun beliau tidak mau melakukan itu, dan bahkan tidak suka di saat diberi penghormatan yang berlebihan oleh masyarakat.

Sebagai pengurus Muhammadiyah saya melihat apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz adalah seiring dengan perjuangan Muhammadiyah sejak tahun 1912 lalu. Jika kita menziarahi kuburan KH. Ahmad Dahlan, ia adalah sama dengan kuburan masyarakat lainnya tanpa bangunan yang menyolok mata dan tidak ada orang yang datang kekuburnya minta berkah, banyak rezeki, jodoh, keselamatan sebagaimana beberapa kuburan yang disakralkan saat ini di Nusantara. Menjadi pemimpin Muhammadiyah, jangankan akan dicium tangan saat berkunjung ke daerah, baru datang dari jauh sahaja kita sudah dikritik kerana Muhammadiyah mengamalkan kesamaan menurut pimpinan Muhammadiyah Prof. Dr. Din Syamsuddin.

Kematian yang menghidupkan

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Kematian ulama tersohor nusantara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menjadi sebuah wacana (discourse), teks dan kumpulan tanda-tanda untuk dimaknai setiap orang. Ia dapat ditatapi dalam segenap media. Bahkan kematian itu kini menjadi imagologi kematian (imagology of death): keprihatinan, kedukaan, dan empati yang dibangun melalui citra-citra media.
Di samping itu kematian Allahyarham turut dimuati pula dengan tafsir-tafsir politik, sosial bahkan spiritual. Isu-isu seperti penyatuan Umno-PAS, masa depan Pakatan Rakyat dan masa depan politik PAS di Kelantan dan pengganti kerusi Chempaka di Kelantan turut dibincangkan, bahkan turut diberitakan mengenai parti Umno yang tidak akan menghantar calon di pilihan raya kecil nanti. Jika diteliti dalam media sosial, kematian Ulama unggul ini dinarasikan dari hari ke sehari, detik ke detik, minit ke minit dalam format citra virtual-digital dalam kepelbagaian bentuk dan wahana media Internet.
Semasa Tuan Guru sakit, kesakitan itu menjadi narasi dari hari ke sehari detik ke sedetik berserta gambar dan siapa yang melawatnya. Ia menjadi citra awam, seakan-akan kesakitan Tuan Guru menjadi kesakitan awam; harapan-kecemasan awam, doa keluarga menjadi doa awam, Sakit dan kematian Tuan Guru itu sendiri membangunkan sebuah ruang awam, menjadi duka, keprihatinan dan doa rakyat jua.
Akhbar Cina menyebut Allahyarham sebagai "Yi Tai Zhong Si" atau "Tok Guru Sepanjang Zaman".
Begitu tinggi penghormatan untuk Mursyidul Am PAS itu. Apa yang sebenarnya menjadi duka dan keprihatinan awam, narasi detik ke detik sama ada penyokong PAS ataupun yang bukan PAS adalah kerana kita, umat Islam di Malaysia kehilangan seorang murabbi.

Jika benar sanjung TGNA, serah royalti kepada Kelantan - PAS

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Persekutuan agar menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan jika ikhlas simpati dan menyanjungi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar berkata, menuntut royalti petroleum agar dikembalikan kepada rakyat Kelantan menerusi kerajaan negeri merupakan antara perjuangan Nik Abdul Aziz ketika masih hidup.

Perkara itu ditunjukkan Nik Abdul Aziz apabila hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas.

"Alangkah lebih baik sekiranya PM Datuk Seri Najib menunaikan hak yang dituntut oleh rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata hasrat Nik Abdul Aziz perlulah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga berharap perasaan simpati dan sanjungan terhadap Mursyidul Am PAS itu bukan satu kepura-puraan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Rafizi: Gov't bailed out 1MDB with RM2.1b treasury bills

'Kenapa larang sertai PasMa, bukan Umno?

PAS tak mustahil gabung dengan UMNO kata PasMa

'Letter for Phua, but no mattress for Anwar'

BN jailed Anwar to halt Pakatan's advance, claims Rafizi

Rafizi confirms earlier DPM offer to Anwar

HANYA UMNO TEMPAT BERGANTUNG??..

BUKANKAH HANYA ALLAH TEMPAT KITA BERGANTUNG.
Sebagai seorang Islam, kita tidak sewajarnya ANGKUH dan BONGKAK jadi pemerintah, sehebat mana kedudukan kamu dengan kekuasaan dan pangkat yang kamu miliki.
Di mana suara mufti BUGHAH, ustaz & ustazah UMNO, Ularmak UMNO?? KAMU TAKUT MENEGUR PEMIMPIN SPT INI ??? KAMU LEBIH TAKUT DGN PEMIMPIN UMNO BERBANDING ALLAH ???
Firman Allah Ta'ala;
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” An-Nisa’:116

KENAPA KERAjaan UMNO/BN hapuskan subsidi minyak dan digantikan dgn kaedah pengapungan ???..

ANDA FIKIRLAH SENDIRI.. 

BERITA GEMBIRA !!!.. nampaknya trend harga minyak dunia SUDAH MENAIK SEKARANG !!!... Bersiap sedialah anda semua dgn harga baru pada bulan depan & seterusnya.. Inilah AKIBATNYA guna kaedah pengapungan yg menghapuskan subsidi minyak rakyat..

p/s: JANGAN LUPA isi minyak byk2 menjelang akhir bulan ini

Nurul Nuha: Bukan soal siapa ketuai siapa

Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, menjelaskan kempen pembebasan bapanya sebuah inisiatif bersama yang melampaui politik.

Justeru, katanya, tidak timbul soal siapa ketuai siapa dalam kempen dinamakan “Berarak Demi Kebebasan” itu.

“Saya rasa tidak penting siapa yang mengetuainya.

“Matlamat masih lagi sama - melawan ketidakadilan, itulah bagaimana (idea) Berarak Demi Kebebasan muncul. Ia bukan soal siapa ketuai siapa.

“Semua kita secara kolektif berganding bahu," kata Nurul Nuha, ibu muda kepada dua anak itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Nuha berkata idea kempen menghantar poskad sokongan pada Anwar itu tercetus pada malam hari 10 Februari ketika Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh.

Nuha kini sedang mendapatkan sokongan pelbagai pihak, termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO bagi melawan apa yang digelarnya “ketidakadilan” itu.

Sel Anwar uzur, tilam hanya satu inci

SHAH ALAM, 18 FEB: PKR membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sel tempat Anwar dipenjara ‘uzur’ , tidak selesa dan tiada kemudahan membaca.
“Kalau Menteri Dalam Negeri boleh hantar surat sokongan kepada gengster, kenapa tidak diberi kemudahan kepada Anwar?
“Dia (Anwar) menjalani pembedahan besar sebelum ini, tapi dibiarkan atas lantai dengan tilam hanya satu inci. Tidak ada meja dan kerusi untuk membaca,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.
Mohamed Azmin menyatakan kebimbangannya terhadap kesakitan tulang belakang yang dideritai Anwar.
Beliau berkata, PKR sudah menghantar permohonan kepada penjara supaya Anwar diberi kemudahan asas.
Penjara semalam sudah menjelaskan bahawa Anwar akan dilayan setara dengan banduan lain dan tiada keistimewaan.