Isnin, 16 Februari 2015

Hajjah Rosmah Mansor TERsengaja mahu cari perhatian atau mmg suka menunjukkan kemewahan ???


BAIK ADA MAKNA TU...


Bila UMNO tersepit masa itu lah terhegeh2 & berbaik2 atas nama 'bersatu'...

TETAPI bila UMNO dah kuat, spt biasa UMNO akan TENDANG & BUANG mangsa yg terbabit..

SEJARAH TIDAK MENIPU...

Kemelut MIC: Palanivel sanggah Najib, anggap campurtangan BN tidak sah


Post Pic

KUALA LUMPUR: Presiden MIC  Datuk Seri G.Palanivel menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sebuah seketariat Barisan Nasional ditubuhkan bagi mengatasi kemelut parti itu dengan menguruskan pemilihan semula semua jawatan MIC. 
 
Dalam satu kenyataan, Palanivel menegaskan beliau tidak akan membenarkan pihak ketiga untuk campurtangan dalam urusan parti, merujuk kepada cadangan penubuhan seketariat berkenaan yang diumumkan oleh Setiausaha Agong BN Tengku Adnan Tengku Mansor. 
 
Tengku Adnan membuat pengumuman itu setelah Najib bermesyuarat dengan timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam manakala Palanivel tidak menghadiri mesyuarat itu atas alasan isterinya tidak sihat. 
 
Dalam satu kenyataan presiden MIC itu menyifatkan sebarang campurtangan MIC sebagai 'tidak sah'.
 
"Timbalan Presiden MIC mungkin bersedia membenarkan pihak ketiga menguruskan hal dalaman MIC sehingga sanggup menjual maruah diri tetapi saya tidak akan berbuat demikian," ujar beliau dalam satu kenyataan. 
 

Jangan jejas kerjasama PR Selangor angkara Pasma kata Iskandar

Iskandar A. Samad
SHAH ALAM - Pimpinan PR di negeri ini dinasihatkan tidak terlibat dengan mana-mana program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) memandangkan kerjasama perikatan itu di Selangor adalah baik.

"PR Selangor mempunyai tugas untuk memacu pembangunan negeri ini ke hadapan di samping memberi pembelaan kepada seluruh rakyat dan hanyalah kerjasama yang erat di kalangan parti-parti Pas, PKR dan DAP dapat menjadikan hasrat ini satu realiti," ujar Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad.

Tambah Iskandar, kerjasama baik itu diterjemahkan di kalangan menteri besar dan exco-exco termasuk Adun seperti di dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan.

"Juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di kalangan Ahli-Ahli Majlis. Mesyuarat PR di peringkat negeri juga diadakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan terbaru ini dilihat selepas nama Pasma kembali hangat diperkatakan, terbaru dikaitkan dengan gerakan mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kidex kata masih berpeluang penuhi syarat

Pemegang konsesi bagi projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) menegaskan bahawa mereka masih mempunyai masa untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dalam kontrak projek tersebut.

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Mohd Nor Idrus berkata mereka juga akan terus berbincang dengan kerajaan negeri Selangor, susulan pengumuman pembatalan projek berkenaan.

“Kami ingin nyatakan bahawa tempoh syarat duluan (CP) seperti yang ditakrif dalam perjanjian konsesi (CA) dilanjutkan lagi selama sembilan bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, tempoh lanjutan tersebut bermula pada 15 Februari lalu dan akan tamat pada 14 November 2015.

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Mejar Zaidi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad untuk mencabar keputusan Mahkamah Tentera yang meneruskan perbicaraan kesnya, tahun lepas.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan itu di dalam kamarnya dengan kos RM2,000 selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani atas kapasiti Pihak Berkuasa Sidang Mahkamah Tentera dan Mahkamah Tentera.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Azizool dan Mahkamah Tentera ketika ditemui pemberita berkata mahkamah bersetuju bantahan awal itu bersifat akademik kerana Mahkamah Tentera sudah membuat keputusan terhadap Zaidi pada 12 Januari lepas.

"Apa-apa yang dipohon (Zaidi) sudah tidak berguna lagi kerana keputusan terhadapnya sudah dibuat," katanya.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Zaidi berkata anak guamnya mempunyai remedi untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan itu juga mempunyai kebebasan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman yang baharu berhubung keputusan Mahkamah Tentera.

"Kami akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam sama ada akan merayu keputusan ini atau memfailkan semakan kehakiman yang baharu," katanya.

Pada 11 Disember, 2014, Zaidi, 45, memfailkan permohonan itu dengan menamakan Azizool dan Mahkamah Tentera sebagai responden.

KENAPA LIMA (5) PERSOALAN ini tidak di jawab !!!


ISIS Malaysia: Nora Danish buat laporan polis

PELAKON cantik, Nora Danish akan membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan dalam video sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini.
Nora yang mengetahui video tersebut menerusi seorang rakan tengah hari tadi, enggan memberi komen lanjut mengenai video terbabit.
ISIS Malaysia: Nora Danish buat laporan polis"Berita ini saya ketahui melalui rakan tengah hari tadi dan saya sendiri telah melihat video rakaman itu. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut nama saya malah perkara yang dibualkan tidak kena mengenai dengan saya. Cuma kelihatan gambar saya di pegang oleh mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, saya akan membuat laporan polis," katanya menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada Sinar Harian hari ini.

KDN: 23 pertubuhan diisytihar kongsi gelap

Kementerian Dalam Negeri (KDN) 
PUTRAJAYA - Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
  
KDN dalam kenyataan menyebut pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015.
  
Pertubuhan kongsi gelap tersebut adalah Geng 3821; Geng Ngo Sek Kee; Geng Gee Hor Sia; Geng Chong Woh; Geng Gee Long San; Geng Gee It Leng; Geng Gee Hon San; Geng Guat Sam Sia; Geng It Tiam Ang; Geng Lian Heng Siah dan Geng Ang Mor Low.
  
Turut disenaraikan ialah Geng Sio Or Leng; Geng Loong Foo Thong; Geng 969 (Kow Lak Kow); Geng 32 Sar Jee; Geng Chaun San; Geng Fong Hong San; Geng Jin Jee Tong; Geng Gee Lam Kok; Geng Hong Fah; Knight Right Keepers @ Kappa Rho Kappa (KRK); Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).
  

Haron Din: Siapa ganti Nik Aziz belum dipilih

 Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din 
SHAH ALAM - Isu siapa yang akan mengisi jawatan Mursyidul Am Pas yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak timbul sehingga habis tempoh sesi Majlis Syura Ulama  2011-2015. 
 
Timbalannya, Datuk Haron Din berkata, mengikut perlembagaan parti, jawatan dan tugas mursyidul am parti secara automatik akan dipangku oleh timbalannya apabila berlaku kematian sehingga  pemilihan dalaman dibuat bagi menentukan individu yang paling layak dipilih menduduki jawatan tersebut. 
 
“Pada ketika itu akan timbul siapa yang boleh dipercayai dan berkebolehan untuk dipilih sebagai mursyidul am dan timbalannya. Sama seperti ketika Ketua Dewan Ulama Pas Pusat meninggal dunia, jawatan itu dipangku oleh timbalannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 
 
Memberitahu buat masa ini belum diadakan sebarang mesyuarat rasmi oleh Majlis Syura Ulama berhubung kekosongan jawatan berkenaan, Haron berkata, tugas-tugas rasmi Allahyarham membabitkan jawatan dalam majlis itu sudah dipangku olehnya secara tidak rasmi. 
 
“Kita semua sedia maklum Allahyarham Tok Guru uzur syarie dan berulang-alik ke hospital sebelum ini. Beberapa kali juga saya mengadakan mesyuarat Majlis Syura di Kota Bharu bagi membolehkan beliau turut serta.
 
“Malah jika ada mesyuarat di Kuala Lumpur, saya sebagai timbalan akan bertindak sebagai pemangku,” kata Haron.
 

Kidex jawab isu pembatalan projek oleh MB Selangor

Kidex jawab isu pembatalan projek oleh MB SelangorKUALA LUMPUR: Kidex Sdn Bhd (KSB) hari ini memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumbalas dari Kerajaan Persekutuan berhubung pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) oleh kerajaan Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KSB, Datuk Mohd Nor Idrus, ini adalah kerana perjanjian konsesi yang ditandangani pada November 2013 melibatkan pihak KSB dan Kerajaan Malaysia.

"Pada November 2013, satu perjanjian konsesi (CA) telah ditandatangani untuk membina lebuhraya sepanjang 14.9 kilometer tersebut.

"Kita sekarang sedang menunggu maklumbalas dari pihak Kerajaan, kerana ia merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. Dalam pada itu, kami akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Nor turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang melanjutkan tempoh perjanjian terdahulu, seperti yang tertera pada CA, kepada sembilan bulan bermula 15 Februari 2014 dan akan berakhir pada 14 November 2015.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan oleh pejabatnya hari ini telah mengumumkan pembatalan pembinaan lebuhraya Kidex.

CJ: Tindakan pada pengkritik hakim

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria menggesa masyarakat umum agar tidak mengkritik badan kehakiman melalui media sosial kerana tindakan itu akan menghakis keyakinan ke atas badan itu.

Katanya, beliau mengesan banyak komen negatif ke atas badan kehakiman di media Internet.

Hakim Ariffin juga menegaskan bahawa badan kehakiman yang bebas merupakan perkara paling penting dalam pentadbiran negara.

Katanya lagi, perdana menteri telah diminta untuk menjamin perkara itu melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

"Kritikan yang tidak berasas ini mencemarkan institusi kehakiman.

"Mahkamah memandang serius tindakan ini – yang akan menjejaskan maruah dan integriti mahkamah – dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Hakim Ariffin.

Beliau berucap dalam satu majlis pelantikan empat orang hakim di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

'ABU JAHAL' & @UMNO spt adik beradik

KENAPA manusia2 ini sanggup bersumpah di depan kaabah demi memperjuangkan maruah lubang dubur Saiful ???

ADAKAH amalan bersumpah di depan ka'abah satu amalan yg dituntut oleh Islam ???.. atau AMALAN ABU JAHAL !!!

Apa nak heran dah pe'el spesis manusia sebegini yg suka ikut amalan ABU JAHAL.. Emotikon like Kenapa si sepol beriya2 benar ikut perangai ABU JAHAL !!!

RM200 JUTA ?.. RM500 JUTA ?.. RM800 JUTA ??

TIBA2.. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) panggil Ahmad Maslan utk jelaskan dari mana & bagaimana 'menteri bijak 3.85' buat kiraan RM800 juta itu..

ANTARA ketiga2.. Najib, Muhyiddin & Ahmad Maslan yg mana kaki kelentong ???

Awas taktik ‘pecah-belah’ BN guna PRK Chempaka dan Permatang Pauh

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Parti Pakatan Rakyat dinasihat berhati-hati dengan taktik pecah-belah dan menimbulkan kesangsian menggunakan pilihanraya kecil (PRK) DUN Chempaka di Kelantan, dan Permatang Pauh di Pulau Pinang.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, UMNO dijangka mendalangi plot baru untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan perpecahan dan kesangsian, antaranya melalui helah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Chempaka di Kelantan, manakala berusaha sedaya-upaya memenangi Parlimen Permatang Pauh.
Rancangan itu boleh ‘dibaca’ berdasarkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang diberi ‘lampu hijau’ untuk menyatakan secara terbuka berhubung cadangan agar BN tidak bertanding di DUN Chempaka.
“Saya tidak ragu-ragu. Itu strategi UMNO-BN merancang plot baru untuk cuba membawa perpecahan kepada Pakatan Rakyat.
“Ini memberikan semacam alasan untuk mengaburi gerakan politik berdasarkan kenyataan sedemikian,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan berasingan berkata, UMNO akan mengubah strateginya dengan menumpukan kekuatan ke PRK Permatang Pauh, dengan tujuan ‘menyelesakan’ PAS.
Antaranya melalui kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka, selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
Mustafa turut mencadangkan BN tidak bertanding DUN Chempaka, sebaliknya menumpukan kepada pemulihan pasca banjir di negeri itu.

Masyarakat India terpinggir akibat politik perkauman UMNO-BN


kit siang


PETALING JAYA, 16 FEB : Isu gangsterisme dalam masyarakat India berpunca akibat terpinggirnya kaum itu selama beberapa dekad akibat kegagalan pembinaan negara dan dasar kerajaan kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian dalam pelancaran buku Dr Carl Vadivella Belle berjudul ‘Tragic orphans:Indians in Malaysia’ di Petaling Jaya, semalam.
Menurutnya, banyak masalah membelenggu masyarakat India, namun paling utama adalah masalah ‘gangsterisme’.
“Masalah gangsterisme semakin parah beberapa tahun ini, baik dari segi bilangan, penjenayah dan banduan di penjara.
“Kemasukan gangster ke sekolah untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pelajar serta kekejaman dilakukan terhadap mangsa serupa dengan apa yang dilakukan kumpulan militan Islamic State.
“Mereka sanggup memotong anggota badan dan memancung kepala mangsa mereka,”ujarnya.
Dalam pada itu Kit Siang menyelar sikap Perdana Menteri dan barisan kabinet yang gagal mengurus keharmonian negara
Ini termasuk isu keceluparan Datuk Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan perkauman menuduh masyarakat Cina menindas orang Melayu.
“Ini bukan saja hal kesombongan Ismail Sabri, tetapi kita mempunyai Kabinet dan Perdana Menteri yang boleh dipaksa untuk menerima alasan keterlaluan.

1MDB: Arul kat mana? Arul, Arul kat mana? - Khairuddin

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda disifatkan cuba memperbodohkan rakyat dengan bersikap diam diri serta mengambil langkah tidak menjawab sebarang persoalan mengenai syarikat pelaburan negara itu.‎

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ‎selain mengelirukan masyarakat, kemasukan Arul di jawatan itu juga dilihat sia-sia dengan kenyataannya selama ini yang tidak memberi sebarang faedah kepada negara.

"Apakah Arul dibawa pulang menerajui 1MDB semata-mata hanya untuk membuat kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat mengenai isu ini?

"Kenapakah kita harus membuang masa untuk berjumpa dengan Arul untuk mendapatkan penjelasan? Dia sendiri entah di mana dan hanya memutarbelitkan fakta serta bukan menjawab persoalan yang ditimbulkan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini

Sebelum ini, Khairuddin meminta 1MDB menjelaskan secara terperinci dari sumber manakah mereka menggunakan wang RM2 bilion untuk membayar hutang bank tempatan sekali gus lebih awal daripada tarikh akhir mengikut syarat perjanjian.

Tegasnya, rakyat negara kini benar-benar mahu tahu 'asal usul' wang itu dan apa kedudukan sebenar syarikat yang mencetus kontroversi negara ini.

Khairuddin turut mempersoalkan adakah 1MDB menggunakan sebahagian daripada wang yang telah ditebus dari akaun pelaburan di Kepulauan Cayman ataupun adakah 1MDB meminjam dari mana-mana sumber kewangan yang lain‎ untuk membayar hutang berkenaan.

Ujarnya, rakyat mahu tahu mengapa  kini 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang.

"Di manakah duit-duit 1MDB berada sekarang?  Arul kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk membayar sejumlah RM2 bilion hutang.

"Ini maknanya serta signifikannya Arul kini cuba menegakkan benang yang basah," tegasnya.

Kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah memalukan

Amidi Abd Manan

Kesanggupan bersumpah hatta ke Mekah oleh peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah seperti yang dilaporkan media tertentu dan sekiranya benar laporan tersebut adalah amat memalukan.

Kenyataan sedemikian seperti yang dilaporkan media adalah satu penghinaan terhadap mahkamah.

Ia membawa maksud keputusan hakim itu amat lemah dan tidak mempunyai kredibiliti moral sehingga perlu disokong dengan perbuatan sumpah hingga ke Mekah. Kesanggupan seperti ini satu perbuatan yang tidak wajar dari seorang peguam kanan seperti beliau.

Seluruh rakyat mengetahui beliau mewakili institusi peguam negara dan ulasan seperti ini melampaui batasan fungsi tersebut.

Keadaan ini jauh berbeza daripada sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes pembunuhan warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Mengapa tiada sebarang komen ataupun kenyataan dikeluarkan peguam negara apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman bunuh kepada kedua-dua bekas anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan mendiang Altantunya?

Walhal kes ini berprofil tinggi serta melibatkan imej dan maruah negara di peringkat antarabangsa. Inilah sikap yang sewajarnya diambil seorang peguam negara atau sesiapa sahaja yang mewakili beliau.

Selain itu perlakuan ini bertentangan dengan peraturan dengan peraturan 13 Etika Guaman yang jelas melarang seorang peguam mendapatkan laporan atau publisiti daripada apa-apa perkara di mana seorang peguam terdapat secara profesional.

Perlakuan mengulas, satu perbuatan 'over kill' yang biasanya menjurus kepada gerak kerja politik.

Agaknya apa percakapan Najib - Tengku Razaleigh 45 minit di udara?

MSO

Ramai yang tidak tahu Jumaat lepas Perdana Menteri Mohd Najib Razak terbang untuk menghadiri pengembumian Tokguru Nik Aziz bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Jarang atau boleh dikatakan tidak ada kesempatan itu sama sekali untuk mereka berdua berada dalam satu pesawat. Walaupun atas kapal terbang itu ada beberapa menteri lain, tetapi ia bolehlah disifatkan penerbangan eksklusif mereka berdua.

Mungkin kejadian ini tidak mendapat perhatian dan sorotan meluas media massa kerana semua orang menumpukan kepada apa yang ada atau berlaku di Pulau Melaka. Media massa mungkin juga tidak sempat menghidu kerana peristiwa pengembumian Tokguru Nik Aziz itu lebih penting dan bermakna daripada apa-apa peristiwa lain pada hari itu.

Justeru tidak ada media massa memberi sorotan dan liputan penerbangan bersama mereka itu. Najib dan Tengku Razaleigh boleh disifatkan sebagai anak dengan bapa, atau pun murid dengan guru. Kerana Tengku Razaleigh lah orang diamanahkan Tun Razak Hussein mendidik dan mengajar Najib bermain politik dan juga berniaga.

Semasa Tengku Razaleigh menjadi pengerusi Petronas, beliau telah mengambil Najib dan meletakkan Najib menjadi salah seorang pegawai muda di syarikat nasional itu dalam masa sama juga diharap menjadi ahli politik.

Jadi apabila mereka tiba-tiba terbang bersama untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz ia sesuatu mengejutkan. Apakah Tengku Razaleigh tidak mampu untuk menyewa pesawat sendiri untuk ke Kota Bharu? Dan bukankah pesawat dinaiki Najib itu adalah pesawat rasmi perdana menteri?

Bagi saya ada maksud lain kenapa mereka berdua terbang bersama. Apa lagi ikut serta ialah Setiausaha Agung Umno Malaysia Teuku Adnan Mansor dan Mustapa Mohamed Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Apakah penerbangan itu bersekali dengan satu mesyuarat rengkas di antara mereka berempat? Khabarnya pada hari mereka ke Kota Bharu itu mereka berdua akan mengadakan satu pertemuan di Kuala Lumpur. Pertemuan itu katanya penting untuk masa depan negara dan juga ada kena mengena dengan perkembangan dalam Umno.

Tidak berani untuk dikatakan pertemuan itu atas kehendak Najib yang kini sedang diancam oleh Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin. Apakah pertemuan itu bagi membincangkan hal itu dan Tengku Razaleigh diminta membantunya?

Felda diperintah kembalikan tanah Orang Asal

Kerajaan Sabah telah melanggar tanggungjawab fidusiari kerana gagal menjaga dan mempertahankan kepentingan penduduk orang kampung di Tanjung Labian.

feldaKOTA KINABALU: Mahkamah Borneo mengisytiharkan pengasingan tanah seluas 650 ekar di Tanjung Labian yang terletak di Tungku, Lahad Datu kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah tidak mengikuti perlembagaan dan oleh itu, tidak sah.
Justeru, Pesuruhjaya Kehakiman, Douglas Primus mengarahkan Felda membayar pampasan kepada penduduk kampung yang merupakan pemohon yang berjaya bagi 650 ekar tanah itu.
Beliau memetik Artikel 8 dan 13 daripada Perlembagaan Persekutuan bahawa tindakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur serta Kerajaan Sabah adalah bertentangan dengan perlembagaan.
“Tanah seluas 650 ekar itu telah diluluskan untuk penduduk pada 1972 dan Kerajaan Sabah telah melanggar tanggungjawab fidusiari mereka kerana gagal untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan penduduk kampung di tanah itu,” kata beliau semasa membacakan keputusan.
Beliau memutuskan, tuntutan pemohon tidak boleh dihalang di bawah Ordinan Had atau Ordinan Pengambilan Tanah dan ganti rugi hendaklah dinilai daripada tarikh penghakiman.
Felda merupakan plaintif yang memfailkan kes ini pada 2011 untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi mengusir penduduk kampung dari tanah yang diagihkan kepada mereka dengan mendakwa penduduk kampung telah menceroboh tanah tersebut.

'Sedia atau tidak, Nuha ada di sini'


Hari itu, 48 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, kali pertama beliau diwawancara media.

Dalam hayatnya, dua kali Nurul Nuha melihat bapanya diheret ke tirai besi – kali pertama ketika remaja dan kedua selepas menjadi ibu muda kepada dua orang anak.

Seperti dijangka, pertemuan itu penuh air mata.

Bagaimanapun terdapat perbezaan ketara, tidak seperti sebelum ini – ketika beliau hanya menanti dan pasrah – Nuha kini tidak teragak-agak menetapkan pendirian.

“Sedia atau tidak, saya di sini,” kata Nuha yang tampak cantik dan sopan dengan baju kurung berwarna hijau, dipadankan dengan tudung kuning.

“Apabila seseorang yang kamu cinta diambil daripada kamu dua kali, dan dengan tidak adil, boleh kamu duduk saja tak buat apa-apa?”

Pemaju Kidex rujuk Putrajaya lepas Selangor batalkan projek

Pemaju projek Lebuhraya Kinrara Damansara Expressway (Kidex) akan merujuk pada Putrajaya berhubung tindakan seterusnya selepas Selangor membatalkan projek bernilai RM2.42 bilion itu hari ini, menekankan keadaan itu rumit apabila kerajaan persekutuan dan negeri bertentangan pendapat antara satu sama lain terhadap lebuh raya kontroversi tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Kidex Sdn Bhd Datuk Mohd Nor Idrus berkata, mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjawab terhadap keputusan yang diumumkan Selangor selepas mendapat maklum balas Putrajaya.

"Kami akan merujuk dengan kerajaan persekutuan tentang perkara ini," kata Mohd Nor, dalam jawapan ringkas kepada The Malaysian Insider selepas diberitahu pengumuman yang dibuat Selangor. 

Walaupun Selangor membatalkan projek tersebut, masih terdapat soalan sama ada ia masih boleh diteruskan memandangkan Kidex - sebuah syarikat konsesi yang dimiliki pihak yang berkaitan dengan Umno - masih mendapat kelulusan Putrajaya.

Sebelum ini dilaporkan kelulusan bagi projek lebuh raya perlu daripada kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri.

Dengan Kidex, pemaju mendapat kelulusan Putrajaya apabila ia menandatangani perjanjian konsesi (CA) pada November 2013. Sejak itu syarikat tersebut dapat menyambung CA sehingga November 2015.

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan projek tersebut dibatalkan selepas pemaju gagal memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri dengan tarikh tamatnya pada 15 Februari.

Apa! Rakyat Malaysia mahu Rumah Putih membantu turunkan harga teh tarik

Hazlan Zakaria
Sejurus selepas petisyen kontroversi di laman sesawang Rumah Putih yang menggesa Pentadbiran Obama membantu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan, satu lagi petisyen dibuat, kali ini menggesa Rumah Putih membantu usaha menurunkan harga roti canai dan teh tarik.
Mungkin ianya bersifat sarkastik dan lucu, sebagai tindakbalas terhadap usaha awal yang dimulakan bekas duta AS ke Malaysia John R Mallot yang dilihat berunsur campurtangan asing.

Atau mungkin juga ada rakyat Malaysia yang tinggal di dalam keadaan bergolak hari ini sekadar mahu menggunakan teknologi yang membuatkan mereka gembira, selain juadah yang menambat selera di negara ini.

Perdebatan bermula tentangnya baik di kedai-kedai kopi, serta di atas talian dengan pelbagai artikel yang tersiar di media.
Sementara itu, dalam menjawab soalan Malaysiakini, Mallot berkata beliau memulakan petisyen kerana kecintaannya terhadap negara Malaysia.
“Saya percaya kata-kata tidak cukup dan Pentadbiran Obama perlu mengambil perhatian tentang hak asasi manusia serta menghulur bantuan bagi menyemarakkan demokrasi di serata dunia, termasuk Malaysia.
“Tentu sekali, saya mengambil berat tentang Malaysia dan rakyatnya. Dan Anwar serta keluarga beliau merupakan rakan baik,” ujar Mallot.

Najib Razak Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Negara Malaysia Akan Bertambah Baik!

najib razak letak jawatan
Najib Razak Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Negara Malaysia Akan Bertambah Baik! Apa Kata Anda? : Figura politik di Malaysia yang sudah pun bertakhta sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh 22 tahun terus memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Secara terus terangnya, tampak Tun Dr Mahathir sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terus kepada Najib Razak untuk mentadbir sekeping tanah di bumi yang bernama Malaysia ini. Enough is enough!
Melihatkan kepada landskap ekonomi dan iklim perancangan kerajaan Malaysia pada masa ini, Tun Dr Mahathir amat berharap Najib Razak letak jawatan pada saat dan ketika ini ketika mengutarakan kata-kata dan pandangan sinisnya baru-baru ini semasa berlangsungnya forum ‘The Malaysian dilemma’.

Mahathir Mohamad : Berikan Jawatan Perdana Menteri Kepada Orang lain!

Tun Dr Mahathir yang terkenal dengan pandangan dan komen pedas dan sinisnya cukup jelas merasakan dengan pengunduran Najib Razak, keadaan ekonomi dan negara Malaysia keseluruhan akan bertambah baik lebih-lebih lagi melibatkan majoriti rakyat Malaysia di bawah sekarang ini.
Berdasarkan tinjauan responden Berita Semasa melibatkan ruang undian yang BS buka seperti di sini (Berpuas Hati Dengan Prestasi Datuk Najib Razak Sepanjang Menjadi Perdana Menteri Malaysia?), sejumlah 69.5% mahukan Najib Razak letak jawatan.
Jikalau sebelum ini, Tun Dr Mahathir pernah berpengalaman memberikan kritikan kepada Perdana Menteri sebelum-sebelum ini termasuklah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi tampaknya, episod ini akan berterusan sehinggalah terbitkan berita Najib Razak letak jawatan kelak. Mungkin?

CEO 1MDB cuba bodohkan rakyat – Khairuddin

Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang?
PETALING JAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.
ceoBeliau berkata, CEO 1MDB itu selalu memberikan kenyataan yang memutarbelitkan fakta dan bukan menjawab persoalan yang dibangkitkan.
“Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang? Di manakah duit 1MDB berada masa kini? ” soalnya dalam kenyataan media kepada Free Malaysia Today.
Beliau menambah, “Arul Kanda kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk bayar sejumlah RM2 billion hutang Maybank dan RHB Capital Bhd.”
Khairuddin turut mengulangi gesaannya sebelum ini berhubung status wang yang ditebus daripada pelaburan di Cayman Islands.
Menurut beliau, Lembaga Pengarah dan Presiden 1MDB gagal memberi jawapan berkenaan keberadaan wang berjumlah RM8.3 billion.
Sehubungan itu ujarnya, Arul cuba menegakkan benang basah apabila gagal memberi penjelasan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.

Rosmah ziarah keluarga Nik Aziz

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menziarahi keluarga Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka di Pulau Melaka di Kota Bharu.
  
Beliau yang tiba di kediaman itu pada 3.10 petang, turut diiringi Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.
  
Rosmah meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.
  
Beliau juga turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.
  
"Saya datang sebagai isteri dan juga seorang muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.

"Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu dengan merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami," katanya kepada pemberita di sini.

"HANYA YANG BODOH SAJA ADA DALAM UMNO"


BILA.. "kenaikan harga minyak boleh pula jadi asas kenaikan tambang bas..."

TETAPI... "Penurunan harga minyak tidak boleh dijadikan asas untuk turun tambang."

Sememangnya UMNO/BN & kuncu2nya SENTIASA PERBODOHKAN RAKYAT Dulu, Kini & Selamanya...

CERDIK TAK BOLEH DIIKUT, BODOH TAK BOLEH DIAJAR !!!

MOHON JANGAN KETAWA .... Ada juga manusia yg mau Lebuhraya KIDEX diteruskan..

Sekumpulan warga Selangor pencinta dan pendakap amalan membayar tol telah membuat demo dengan membawa beberapa sepandok 'KAMI MAU KIDEX' di depan banguan SUK Selangor desak agar pembinaan itu diteruskan.

Kalau tengok dari wajah-wajah pendemo hampir kesemuanya dikategorikan sebagai warga emas. Rupa-rupanya ada juga warga kita rasa seronok dan bangga membayar tol setiap kali menggunakan lebuhraya. Inilah contoh terbaik CERDIK TAK BOLEH DIIKUT, BODOH TAK BOLEH DIAJAR !!!

Indeks Syariah Islam di M'sia ???


Serius, retorik atau gimik !!!

Biar betul Najib.. kalau benar Indeks Syariah Islam itu dilaksanakan. APA AKAN JADI dgn..

1) judi 'halal' & judi HARAM.. 
2) pusat judi kasino TERBESAR DI DUNIA di genting Highlands
3) kilang2 arak Carlsberg & Guinness Stout 

ADAKAH AKAN DIBIARKAN SAHAJA !!!

Tiada layanan istimewa untuk Anwar, kata Jabatan Penjara

Nuha makes a stand: Ready or not, I'm here

Fahmi Zainol: Mahasiswa Melihat Anwar Ibrahim Sebagai Seorang Ayah, Seorang Atuk, Seorang Manusia

Nurul Izzah: Kenapa Anwar Ibrahim Jadi Sasaran?

Dr Dzulkefly Ahmad: Najib Memang Menghitung Hari-Hari Akhirnya, He Is Counting His Days

Kami sudah bosan dengan krisis air

Kami sekeluarga kerana terpaksa angkat air dari tingkat bawah dan naik tangga sehingga tingkat 10 setiap hari.
catuan airtSaya amat keliru dengan perjanjian jual-beli antara Puncak Niaga Holdings Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd kerana menurut surat khabar hari ini perjanjian ini dilanjutkan lagi ke bulan Mac. Bilakah lanjutan ini akan berakhir? Adakah lanjutan ini akan menjejaskan mutu perkhidmatan industri air?
Sekarang bulan Februari musim panas juga sudah mula. Kami sekeluarga yang tinggal di sebuah pangsapuri bertempat di Kuala Lumpur tingkat 10 amat bimbang bahawa berkemungkinan catuan air akan diamalkan lagi seperti tahun lepas seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengamalan pelan catuan pada tahun lepas amat menguji kesabaran kami sekeluarga kerana terpaksa angkat air dari tingkat bawah dan naik tangga sehingga tingkat 10 setiap hari. Walaubagaimanapun keadaan itu telah diatasi selepas beberapa bulan.
Jika keadaan ini berlaku lagi pada tahun ini adakah catuan ini dapat diselesaikan seperti tahu lepas atau ia akan memakan jangka masa yang agak lama berbanding dengan tahun lepas? Maklumlah, syarikat yang mengurus air pun tidak pasti siapa lagi. Sekarang ini pun sudah banyak berlaku paip pecah dan gangguan air.

Pemergian Tok Guru: Jangan ulangi kesilapan serupa

KUALA LUMPUR: Semasa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, ilmunya tidak dimanfaatkan oleh negara untuk membina minda masyarakat menerusi saluran tv dan radio.

AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyatakan demikian ekoran pemergian Tok Guru mendapat liputan luar biasa dari seluruh saluran radio dan tv.

Katanya, rata-rata membuat liputan hiba meratapi pemergian Tok Guru sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Tambahnya, tokoh akademik diundang untuk menganalisa jasa, pemikiran dan keperibadian Tok Guru secara langsung menerusi saluran tv.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, semuanya mengakui kehebatan peribadi, ketinggian ilmu dan ketokohan Tok Guru sebagai tokoh agama, pemimpin politik dan pentadbir yang baik.

Malangnya, kata beliau penyiaran negara hanya memanfaatkan ruang ini setelah Tok Guru selamat menemui Tuhannya Rabbul Jalil.

"Semasa hidup, ilmunya tidak dimanfaatkan oleh negara untuk membina minda masyarakat dan membasmi kejahilan melata di negara ini," ujarnya menerusi tulisan dalam facebook.

Ambiga tak gentar didakwa hina mahkamah

Datuk S Ambiga tidak gentar dengan amaran pihak pendakwaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyeret peguam kanan itu atas dakwaan menghina mahkamah.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu mengulas kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah, yang bertindak penolong pendakwa raya dalam rayuan kes liwat, yang menggesa Jabatan Peguam Negara berbuat demikian semalam.

"Saya langsung tidak berasa gentar," kata Ambiga, bekas pengerusi bersama BERSIH, dalam kenyataannya hari ini.

"Saya tiada apa-apa masalah untuk berdepan dengan dakwaan ini jika benar saya dituduh (di mahkamah). Biarkan kebenaran terbongkar."

PAS kepada BN: Kita jumpa di Chempaka

Dr Hatta yakin bukan ahli PAS bakar keretanya

Dakwat Tidak Kekal: Mahkamah tolak semakan kehakiman Mejar Zaidi

Seorang kolonel dan saya membincangkan perihal Mejar Zaidi

Oleh Rama Ramanathan
Sejak dua dekad yang lalu, sebagai seorang eksekutif korporat, saya terpaksa meyakinkan supaya kita melakukan perkara-perkara dengan cara yang sama di banyak negara lain. Saya terpaksa melaksanakan perubahan dan menguruskan mereka yang menentang perubahan.
Bentuk rintangan yang paling umum adalah "kita berbeza." Thailand dan Jepun canggih dalam cara mereka menunjukkan perbezaan. Mereka memanggil semua orang dengan "Khun" (Thailand) atau "San" (Jepun), sama ada orang itu warga Thai/Jepun ataupun tidak.

Di India dan China, rintangan ini berbeza bentuknya. Di India, orang ramai memaparkan perbezaan dengan merujuk kepada "Pusat" (Kerajaan Persekutuan) dan "Negeri" dan peraturan-peraturan dan pegawai-pegawai mereka yang berbeza. Di China saya sering diingatkan bahawa pengawal selia turut cuba untuk memberi saya cenderahati yang mewah, untuk mempengaruhi saya supaya mencadangkan pengembangan perniagaan ke wilayah mereka. 
Organisasi-organisasi juga berbeza. Dalam salah sebuah temuramah yang saya lalui sebelum saya memegang jawatan terakhir saya, akhir – jawatan yang paling penting – soalannya berbunyi: "apa yang membuat anda berfikir yang anda tidak akan gagal dalam organisasi kami, seperti ramai yang lain?" Jawapan saya adalah: "Saya hanya bersedia untuk bekerja dengan anda kerana budaya kerja anda sama dengan apa yang saya biasa." Saya diterima bekerja di situ. 
Saya menulis tentang budaya kerana ini sering kali muncul dalam perbincangan tentang Major Zaidi. Orang kata "itu bukan budaya angkatan tentera. Kami mempunyai budaya yang berbeza. Sebagai pegawai kanan, beliau sepatutnya tahu yang keputusannya untuk bercakap kepada media adalah tindakan ingkar.”
Seorang kolonel (bersara) mengingatkan saya bahawa juruterbang jet pejuang perlu menjawab soalan akhir ini sebelum mereka boleh mula menerbangkan pesawat: "Anda telah diarahkan untuk menggugurkan bom di lokasi yang dinyatakan oleh koordinat peta. Anda tiba. Anda sedari yang ianya adalah padang sekolah. Anda melihat kanak-kanak bermain di situ. Adakah anda akan patuh kepada arahan menggugurkan bom?"
Kolonel itu bercakap mengenai juruterbang Enola Gay yang menggugurkan bom atom terhadap ribuan warga Hiroshima, dan kemudian membantu menggugurkan bom atom terhadap ribuan warga Nagasaki. Beliau bercakap mengenai juruterbang yang menggugurkan bom-bom api di bandar-bandar semasa Perang Dunia Kedua. Beliau bercakap mengenai masa apabila "orang bawahan yang berfikir" menyebabkan kehilangan nyawa. Beliau tertanya-tanya sama ada Mejar Zaidi pernah meminta sesiapa pun untuk dibicarakan di mahkamah tentera kerana ingkar.

Mat Sabu mahu jawatankuasa disiplin PAS diperkukuh


Oleh MOHD ARIF JUHANI
KUALA LUMPUR: Menyedari keadaan PAS yang berhadapan krisis dalaman, Mohamad Sabu menegaskan akan memperkemaskan Jawatankuasa Disiplin bagi mengelak masalah berpanjangan.
 Usaha itu juga, kata Timbalan Presiden PAS, adalah bagi menghadapi pemilihan jawatankuasa parti pada tahun ini yang dikhabarkan akan berlangsung dalam keadaan yang sengit.

"PAS Pusat akan pastikan jawatankuasa itu benar-benar berfungsi terutama menjelang muktamar yang selalunya berlaku tuduh menuduh dan pembongkaran penyelewengan.
"Ahli-ahli samada individu, cawangan, kawasan atau dewan-dewan boleh membuat aduan kalau dilihat atau mendapat maklumat berlaku pelanggaran organisasi, aqidah dan disiplin," katanya ketika ditemui Harakah, 9 Februari lalu.
Mohamad berkata, ahli-ahli boleh membuat aduan itu kepada Jawatankuasa Disiplin dan Setiausaha Agung manakala bagi masalah yang bersangkut paut dengan aqidah pula, pengadu boleh terus berhubung dengan Majlis Syura Ulama parti itu.
"Aduan itu boleh dibuat terhadap mana-mana pimpinan termasuklah Presiden, Timbalan Presiden serta semua pimpinan Jawatankuasa PAS Pusat sehingga pemeriksa kira-kira sekiranya ada maklumat yang meragukan.
"Ahli-ahli jangan berasa takut untuk membuat aduan secara bertulis," ujarnya.
Mohamad turut menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan aduan dan tidak mengambil tindakan secara bersendirian sehingga boleh menjejaskan imej parti.

‘Siapa dapat apa, bila dan bagaimana’


Malaysia General Election 2013

oleh Mahdzir Ibrahim
Satu-satunya perkara yang boleh menenggelamkan gerakan kempen membebaskan Anwar atau gerakan reformasi PR adalah nafsu sekelompok politikus yang inginkan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO terbentuk.
Bagi UMNO pula, ini sajalah modal terakhir UMNO-BN (selepas agenda menganiaya Anwar) untuk meneruskan agenda mempertahankan korupsi politik mereka dan pada masa yang sama melumpuhkan tenaga PR untuk menumbangkannya.
Selama ini, usaha tersebut sukar dijayakan kerana adanya tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz yang berpengaruh dan kuat pula menentang usaha penuh bernafsu itu. Tetapi kini tidak lagi. Malah sejak ketiadaan tokoh itu, sudah ada beberapa pihak yang mula menggunakan nama Tuan Guru untuk menjayakan usaha licik mereka, antaranya mengedepankan hudud.
Untuk hudud, kunci untuk melaksanakannya ialah dengan jalinan kerjasama dengan UMNO-BN. Itu saja. Semudah itu politik kumpulan ulama politik ini.
Siapa dapat apa?
Politikus yang suka digelar ulama ini adalah satu-satunya entiti yang akan mendapat laba besar daripada kerjasama dengan UMNO-BN, bukan rakyat.
Apa laba itu? Pertama, jaminan kuasa di negeri Kelantan. Jaminan kekuasaan ini adalah selera bagi setiap manusia, lebih-lebih lagi mereka yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memimpin dan merencana penyelesaian masalah rakyat, tetapi nak jadi pemimpin.

Audit 1MDB: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diminta turut panggil KPMG


Tony Pua


PETALING JAYA, 16 FEB: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mencadangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil bukan saja firma audit Deloitte Malaysia tetapi juga firma KPMG untuk menjelaskan kedudukan kewangan 1MDB.
Menurut Tony, kewangan 1MDB yang tidak stabil telah menyebabkan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan memanggil juruaudit luar 1MDB Deloitte Malaysia. Tindakan ini menurutnya adalah langkah bijak.
“Ini adalah langkah yang sangat bijak oleh pengerusi PAC, kerana ia akan menjelaskan masalah kecairan 1MDB.
“Ia juga akan dilihat dapat memastikan semua jawapan yang diberi oleh 1MDB kepada PAC akan dapat disahkan oleh juruaudit bebas mereka,” ulas Tony.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mempersoalkan tindakan Deloitte Malaysia yang memberikan jaminan bahawa syarikat dana kerajaan itu berada dalam keadaan yang baik pada 3 November 2014.
“Bagaimana Deloitte Malaysia boleh kata 1MDB dalam keadaan baik tetapi setelah itu secara tiba-tiba dilanda masalah kecairan?
“Menurut laporan, 1MDB mempunyai baki tunai bank sebanyak RM 3.85 bilion sementara syarikat itu kononnya telah menebus kembali pelaburan mereka di Pulau Cayman sebanyak RM 3.9 bilion(USD1.1 bilion).

Nurul Nuha: Masih awal cakap isu calon

Spekulasi menjadi-jadi bahawa Nurul Nuha, anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bertanding mempertahankan kerusi di kubu kuat bapanya di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Ekoran sabitan kesalahan dan hukuman penjara terhadap ketua pembangkang, kerusi itu diisytiharkan kosong dan pilihan raya kecil akan dijalankan.

Nuha, bagaimanapun, dalam wawancara dengan Malaysiakini mengambil sikap mahu meredakan cakap-cakap itu.

“Masih awal untuk bercakap tentang perkara itu, biarlah begitu sahaja,” katanya.

“Sepanjang pengetahuan saya, tiada sebarang perbincangan berhubung perkara itu.”

Selepas Anwar dipenjarakan pada Selasa lepas, Nuha dikatakan akan memikul tanggungjawab bapanya itu di kerusi parlimen itu.

Terbukti Tok Guru terkaya antara pemimpin negara


KUALA LUMPUR: Ramai di antara kita yang beranggapan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang yang tidak kaya-raya dan tidak pula miskin.

Bagi Aspan Alias, ini kerana Tok Guru berbelanja mengikut keupayaaan dan tidak banyak menggunakan wang rakyat untuk kepentingan keluarga dan peribadi.

Menulis dalam blognya, semalam beliau menyatakan tetapi akhirnya terbukti Tok Guru merupakan orang yang terkaya di antara pemimpin-pemimpin negara.

Berikut ialah tulisan penuh beliau.

Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dihormati ramai sehingga akhir kalamnya. Sebabnya adalah ‘obvious’, iaitu kerana beliau seorang ulamak yang memainkan peranan membentuk dan landskap politik negara terutamanya sejaka 20 tahun terakhir dalam hidupnya. TGNA dianggap sebagai seorang yang merendah diri dan hidup begitu ‘simple’ dan beliau tidak memerlukan rumah yang besar seperti pemimpin-pemimpin UMNO dan sesetengah pimimpin PAS sendiri.

Di mana beliau tinggal sebelum memegang jawatan Menteri Besar di situ jugalah beliau duduk dan tinggal semasa memegang jawatan Menteri Besar itu. Bagaimana beliau berpakaian sebelum menjadi Menteri Besar begitu jugalah pakaiannya semasa dan sesudah menjadi Menteri Besar. Beliau tidak berubah cara hidup beliau walaupun beliau merupakan salah seorang pemimpin besar negara ini.

Beliau tidak ke sana ke mari dengan jet-jet mewah dan mempunyai isteri yang memegang pelbagai jawatan serta mempunyai pengaruh terhadap pimpinan beliau setiap masa. Malahan ramai yang tidak mengetahui nama isteri beliau. Di Singapura dahulu tidak ada siapa yang mengetahui nama isteri Lee Kuan Yew sampailah isterinya meninggal dunia, barulah namanya timbul. Itu pun sekarang ramai yang sudah lupa nama mendiang isterinya termasuk diri saya sendiri.

TGNA tidak mempunyai kehidupan yang glamour tetapi beliau tetap pemimpin besar kerana beliau betul-betul memilih cara hidup yang wasatiyah seperti saranan Dato' Seri Najib. Akhirnya yang bercakap tentang wasatiyah membelanjakan wang rakyat dengan begitu boros dan TGNA yang tidak melaungkan istilah wasatiyah tetap hidup dengan wasatiyah yang sebenarnya wasatiyah.

Ramai di antara kita yang beranggapan TGNA adalah seorang yang tidak kaya-raya dan tidak pula miskin kerana beliau berbelanja mengikut keupayaaan beliau dan tidak banyak menggunakan wang rakyat untuk kepentingan keluarga dan peribadi beliau.

YANG DICANANG vs YANG DISOROK !!!

W'pon sumber pendapatan negara meningkat TETAPI PERBELANJAAN BOROS & TIRIS KERAjaan BN masih tetap berlaku dan berterusan SETIAP TAHUN...

TAHUKAH ANDA.. semasa PM Najib mula2 jd PM hutang negara hanya RM263.6 bilion shj. TETAPI dgn kehebatan beliau mentadbir & urus kewangan negara hutang negara skrg TERUS MENINGKAT 182.5 PERATUS menjadi RM744.7 bilion...

ISIL says Christian Egyptian hostages killed in Libya

Is ISIS in control of affiliates in Libya and Syria?

Sekumpulan pemuda mirip ISIS ugut bakar mahkamah

ILMU mahu pemimpin contohi sikap Nik Aziz

Shafee told to quit leading Asean human rights body

DUN Chempaka: UMNO ada agenda tersembunyi?

Jika UMNO ingin menjaga hubungan pusat dan negeri, mereka tidak perlu bertanding di kedua-dua tempat.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat mempersoal tindakan parti UMNO yang enggan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tetapi mahu bertanding di Parlimen Permatang Pauh dengan alasan ingin menjaga hubungan kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
khairy umno“Kenapa pula nak bertanding di Permatang Pauh? Bukan Permatang Pauh itu duduk di sebuah negeri yang namanya Pulau Pinang?” soal beliau menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sekiranya, UMNO kononnya ingin menjaga hubungan kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri, mereka tidak perlu bertanding di kedua-dua tempat tersebut dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi membantu rakyat yang ditimpa musibah.
Suhaizan turut mempersoal tindakan UMNO yang tidak mahu bertanding dan mendakwanya tindakan tersebut mungkin mempunyai agenda tersembunyi di sebalik keputusan mereka.
“UMNO tiba-tiba jadi baik dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz sampai tak nak bertanding di Chempaka. UMNO tiba-tiba pijak semut, tak mati. Boleh percaya ke?,” Soalnya.
Semalam, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju jika Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di DUN Chempaka, namun BN wajib meletakkan calon di Permatang Pauh.
Katanya, beliau tidak melihat kepentingan bagi BN bertanding di DUN tersebut yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau bimbang pilihan raya kecil (PRK) tersebut bakal menganggu kerjasama erat antara pusat dan Kelantan dalam menangani isu pasca banjir.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyokong cadangan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed supaya parti itu tidak bertanding di Chempaka.

Former AG wants Anwar case lawyer booted out

Attorney General Abdul Gani Patail should not condone criticisms of convicted people.

Former Attorney General, Abu Talib OthmanKUALA LUMPUR: Former Attorney General, Abu Talib Othman, has called for lawyer Muhammad Shafee Abdullah’s deputy public prosecutor’s licence to be revoked following his continued attacks on Opposition Leader Anwar Ibrahim after the latter’s incarceration on a sodomy charge.
Shafee’s defensive remarks, in the wake of the Tuesday 10 February decision by the Federal Court, are inappropriate, and also lend credence to the perception that Anwar’s case was politically-motivated, said Taib, in remarks attributed to him by the Malaysian Insider.
Talib, the attorney-general from 1980 to 1993, said Anwar’s Appeal had closed on February 10 “and any further remarks were inappropriate and unnecessary”.
“The time has come for Attorney General Abdul Gani Patail to revoke the appointment of Shafee as further comments will not be necessary,” said Talib. “Such comments give credence to the perception that Anwar was prosecuted for political reasons.”
His remarks followed Puchong MP Gobind Singh Deo asking Gani on Sunday if he condoned criticisms of convicted people. Gobind, the DAP’s legal bureau chairman, said Shafee’s continuing attacks on Anwar was embarrassing and shameful to the Attorney General’s office.
Shafee had been quoted as saying in the New Straits Times on Friday that if Anwar had taken the stand, the torrent of questions would have been so unrelenting that Anwar would have “fainted in the witness box”.
He also claimed that Anwar “hid behind a skirt” by giving a statement from the dock when ordered to enter his defence at the trial stage of his sodomy case. A statement from the dock, being unsworn, cannot be cross examined.

Umno told not to dream of unity with PAS

Most PAS members share Nik Aziz's hatred of Umno, says blogger Shahbudin.

PETALING JAYA: Umno is mistaken if it expects Nik Aziz’s death to pave the way for its political cooperation with PAS, according to analyst Shahbudin Husin.
The majority of PAS members share their late spiritual leader’s loathing of Umno, Shahbudin says in his latest blog posting.
nik aziz umno pas2He says only a small minority of PAS leaders – those belonging to the so-called Unity Government Group – are sometimes “dazzled” by Umno. The term “Unity Government Group”, or its abbreviation “UG”, has become a term of disparagement in PAS.
He points out that this group was often shamed into silence by Nik Aziz’s dismissal of any notion of cooperation with Umno.
“Such is the strength of Nik Aziz’s influence in PAS. He was ever firm in his support of PAS’ continued membership of Pakatan Rakyat and was never shaken in his trust in Anwar Ibrahim.
“Now that he has passed away and Anwar is in prison, is it so easy for PAS to forget what Nik Aziz stood for? If PAS is now willing to cooperate with Umno, doesn’t it mean that it is betraying him?”
Shahbudin, whose blog is largely devoted to analysing Umno politics, says it is obvious that Umno is desperate to keep the political power that is slipping from its hands and that this is the only reason it tries to entice PAS to its fold, even as it speaks of Malay or Muslim unity.
“Umno shouldn’t be too quick to dream,” he writes. “Although Nik Aziz has gone away, his influence and his teachings are etched in the hearts of the majority of PAS members and leaders. It’s not so easy for PAS to change clothes and divorce from Pakatan.”

'Shafee tak mampu ketuai badan hak asasi Asean'

Pakatan Rakyat hari ini mendesak peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah meletakkan jawatan daripada mengetuai satu badan hak asasi dalam Asean.

Mereka "tidak menjangkakan" pengamal undang-undang - yang pernah berkhidmat dengan Umno - itu dapat menjalankan tanggungjawab membela hak asasi memandangkan rekod Umno yang "buruk" dalam isu itu.

Shafee mengetuai mesyuarat ASEAN Intergovernmental Commission on Human Right (AICHR) kali ke-17 pada 11 Februari - sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

"Bagaimana kita dapat harap Muhammad Shafee untuk menonjol dalam AICHR apabila secara prinsipnya sebagai contoh, parti pemerintah diketuai Umno, adalah pembela paling teruk terhadap pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia?

"Selain itu, selepas 58 tahun merdeka, kerajaan kita menarik diri daripada menandatangani konvensyen utama hak asasi PBB (Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu), seperti konvensyen hak sivil dan politik PBB.

"Dengan rekod buruk kerajaan dalam membela hak asasi dan hak kemanusiaan dalam negara, kami tidak jangkakan Muhammad Shafee akan menonjol (dalam badan itu)," kata Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Hatta Ramli (atas) dalam sidang media pagi ini.

Siapa tangan ghaib di sebalik judi tanpa lesen kata Utusan..??

Awang percaya dengan andaian itu. Malah ia bukan andaian tapi sudah menjadi satu hakikat.
PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia hari ini mengecam kewujudan tangan-tangan ghaib yang menyebabkan aktiviti judi tanpa lesen terus berleluasa di negara ini.
utrusanDalam rungan pojok Awang Selamat akhbar itu menyatakan, tangan-tangan ghaib terbabit yang memberi restu kepada kegiatan yang didakwa memberi keuntungan yang sangat besar.
Bagaimanapun ia tidak menuding atau menyatakan pihak-pihak yang menjadi tangan ghaib iterbabit, dan menambah, siapa makan cili dia yang merasa pedasnya.
“Awang percaya dengan andaian itu. Malah ia bukan andaian tapi sudah menjadi satu hakikat. Aktiviti haram itu, yang digerakkan oleh sindiket-sindiket besar akan menggunakan kekuatan wang haram mereka untuk menghalalkan cara,” kata Awang Selamat.
Tambahnya, aktiviti itu sudah pasti melibatkan rasuah di kalangan penguat kuasa dengan menyatakan, “Wang-wang suapan bertebaran. Kita percaya, jika itu semua tidak berlaku, maka tiadalah wujudnya semula aktiviti laknat itu.”

MB Selangor batalkan projek lebuh raya Kidex

Kerajaan Selangor membatalkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Menteri Besar Azmin Ali berkata ia dibatalkan kerana syarikat konsesi gagal memenuhi syarat ditetapkan dalam tempohnya.

Kidex adalah projek lebuh raya termahal yang pernah dicadangkan, kira-kira RM148 juta bagi setiap kilometer.

Projek sepanjang 14.9 kilometer, yang sepenuhnya dibina secara jejambat (fully elevated), menghubungkan Damansara di utara dengan Bandar Kinrara di selatan. Ia memakan kos sebanyak RM2.2 bilion.

Projek ini sejak dari awal mendapat bantahan penduduk di laluannya dan bantahan ini turut disokong oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh menteri besar seperti berikut:


Kerajaan Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh.

Selain daripada pembangunan ekonomi, pentadbiran Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Selangor.

Pertikaian mengenai kelulusan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebelum ini banyak berkisar kepada persoalan-persoalan ini.

Kerajaan negeri telah menggunapakai maklum balas orang ramai yang terbabit untuk menetapkan syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi.

Kerajaan negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina.