Sabtu, 14 Februari 2015

Anwar is in pain, thin but in high spirit

"Twitter": Nik Nazmi Perli Ketua Polis Negara

400 Penyokong Anwar Berarak Ke Pudu

You Can't Never Run Away Najib Tun Razak - Nurul Izzah

Perarakan “Justice for Anwar” bermula hambar

Tidak takut dengan ugutan Ketua Polis Negara yang dilihat bekerja secara terus melalui laman sosial di twitter.

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan apabila mendapati perhimpunan “Justice for Anwar” yang dianjurkan parti pembangkang di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, didapati hambar.
Terdahulu, kumpulan penyokong Anwar diuar-uar akan berhimpunan di pusat beli-belah Sogo. Namun, kelihatannya perhimpunan yang bermula pada 4.30 petang di kompleks beli-belah itu tidak mendapat sambutan.
imagesHanya kira-kira 80 orang termasuk beberapa pemimpin yang hadir bagi menyokong himpunan yang diketuai bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.
Antara yang hadir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol, Ahli DAP, Syefura Othman (Rara), Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia, Safwan Anang dan Aktivis Mahasiswa, Adam Adli.
Nasib baik ada pembesar suara dan penyokong yang bergendang yang meriuhkan keadaan, serta sejumlah wartawan dari dalam dan luar negara, selain para pengunjung pusat beli-belah berhampiran yang kebetulan “meramaikan suasana”.
Perhimpunan tersebut bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara lterhadap kepada Anwar.
Mereka kemudiannya berarak dari Sogo ke kawasan Pudu walaupun pada asalnya merancang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka, terpaksa mengubah haluan kerana dataran tersebut ditutup.
Sewatu berarak, tidak ada polis yang menghalang perarakan tersebut, mungkin kerana jumlah masih terkawal.
Bercakap kepada pemberita, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berharap rakyat akan turun pada Selasa depan untuk memberikan sokongan kepada Anwar.
“Selasa depan, Anwar akan ‘keluar’ semula, untuk memberikan keterangan bagi kes beliau dan Datuk Seri Anifah Aman.

Hundreds march for Anwar in KL

Auntie Bersih joins the crowd as Pakatan supporters chant 'no surrender'.

KUALA LUMPUR: Several hundred supporters of Pakatan Rakyat, among them Auntie Bersih and student leaders, took part in a protest demonstration in support of jailed opposition leader Anwar Ibrahim today, marching from the Sogo shopping centre in Batu Road towards Merdeka Square.
sogo izzah copyAnwar’s daughter, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, who is MP for Lembah Pantai, PKR youth chief Nik Nazmi Nik Ahmad, assemblyman for Seri Setia, and student leaders Fahmi Zainol and Adam Adli Abdul Halim were among those at the rally. The DAP’s Syefura Othman, political aide to Lim Kit Siang, was also among those who spoke.
The protestors, dressed in black T-shirts and carrying placards and banners demanded justice for Anwar and the restoration of an independent judiciary, gathered outside Sogo from about 4.30pm, chanting “Reformasi”, “Bebas bebas, bebas kehakiman (Free the judiciary)” and “Lawan Tetap Lawan”.
Speakers at the rally demanded that justice prevail for Anwar, sentenced to five years of jail for alleged sodomy, calling the trial a political conspiracy to end the political career of the opposition leader.

JAILING ANWAR: The Mahathir floodgates have opened, Najib may be OUT by end of 2015

JAILING ANWAR: The Mahathir floodgates have opened, Najib may be OUT by end of 2015
A suggestion has been mooted by a member of Anwar Ibrahim’s defence team in the Sodomy 2 case whereby a judicial review of the jailing of the opposition leader be done to try and save him from his five-year jail term imposed by the apex court of Malaysia.
While this is a good idea, it is, like all other avenues previously attempted to save him, end up in a cul-de-sac. This is because there is wide speculation and belief that there is a tinkering of the judiciary by the executive in this country.
This therefore brings into focus a serious question: Are Malaysian courts competent and free of interference? Even an iota of doubt casts aspersions on the judiciary and this is why a case of this nature needs to be studied and dissected by legal experts from an international panel.
The only way justice is to be served fairly for Anwar and his accuser Saiful is for both parties to contest in an international tribunal and the reason is simply because the Malaysian government of the day has an obvious interest in wanting to put away Anwar from the local political scene.
The very fact that the Malaysian government has a vested interest in this matter means that there is every chance and likelihood that the judiciary will be under tremendous pressure to do the executive powers a favor.
Najib-Dr M fight for control of Umno sharpens
Former premier Dr Mahathir Mohamad, ever the wily politician, was quick to issue a statement on the eve of the verdict's announcement that Malaysians should 'accept' the court's decision if Anwar was acquitted.

Mahathir, whom Anwar blamed for 'fabricating' the sodomy charges that led to his first incarceration from 1998 to 2004, was perhaps at his hypocritical best when he made that statement.
It was clearly aimed to distance himself from the fallout of an Anwar jailing in the Sodomy II case, which Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor have been accused of initiating.
A day after Anwar's conviction and amid massive outpouring of public rage towards Najib and the judiciary for the alleged blatant injustice of Sodomy II, Mahathir fired a direct shot at Najib, his rival in Umno.
With aplomb, the still agile 90-year-old said 'If I were PM now, I would resign'. Indeed, the stodgy and less savvy Najib, despite being nearly 30 years younger, has only himself to blame if he gets ousted from the PM's chair. Umno insiders are already betting that this will happen before the end of 2015.
Dangerous verdicts

Anwar di Penjara, ke Mana PR dan BN?

A Kadir Jasin

BELUM pun sempat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memanaskan ranjangnya di Penjara Sungai Buloh, isu siapa akan mengetuai Pakatan Rakyat sudah menjadi tajuk berita.

 Dalam sidang akhbar selepas keputusan Mahkamah Persetujuan 10 Februari, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata belum ada kepastian yang Mohamed Azmin Mohd Ali akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar kerana keputusan belum dibuat.

Katanya, mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan pemimpin yang layak memegang jawatan tersebut.

"Mana dengar berita itu? Kita tak putuskan apa-apa lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR.
Tidak dinafikan yang isu pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen sangat penting kalau PR berhasrat menggunakan pemenjaraan Anwar sebagai pemangkin baru kawat cepat mereka ke Putrajaya.
Pertama, PR memerlukan ketua yang berwibawa bagi meneruskan kelangsungan (survival) dalam suasana di mana parti-parti anggota masih berbalah mengenai isu-isu ideologi dan dasar.
Kedua, PR memerlukan ketua yang boleh meyakinkan pengundi dan rakyat jelata mengenai kelayakannya memimpin negara.

Perdana Menteri Bayangan

Di negara-negara demokrasi matang yang berasaskan model Westminster, jawatan Ketua Pembangkang sangat penting kerana penyandang akan dilihat sebagai Perdana Menteri bayangan (shadow Prime Minister) atau Perdana Menteri menanti.

Sejak Anwar keluar penjara pada tahun 2004 dan kembali menjadi Ahli Dewan Rakyat pada tahun 2008, beliau adalah pilihan natural sebagai Ketua Pembangkang Parlimen. Beliau dilantik Ketua Pembangkang pada Ogos 2008.

Sebelum itu jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang (PAS) 2002–2004,  Lim Kit Siang (DAP) 2004–2008 dan (Datuk Seri) Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) Mar–Jul 2008.

Jadi pengganti Anwar tidak semestinya dari PKR. Dr Wan Azizah tidak layak kerana beliau bukan Ahli Parlimen dan Mohd Azmin Ali mungkin “tidak sesuai” kerana masih “junior” dan mempunyai beban berat sebagai  Menteri Besar Selangor walaupun beliau juga Ahli Parlimen (Gombak).

Yang lebih layak adalah Lim Kit Siang kerana partinya mempunyai paling ramai anggota dalam Parlimen di kalangan komponen PR, iaitu 38. Tetapi kalau Abdul Hadi tidak dipertimbangkan, ahli PAS pula akan berasa disisihkan.

Konvoi motor ziarah pusara Nik Aziz

konvoi motor
Pemilik-pemilik motorsikal berkuasa tinggi berkonvoi untuk menziarahi pusara Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Pulau Melaka.
Pemilik-pemilik motorsikal berkuasa tinggi pastinya tidak akan melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk menunggang jentera mereka.
Aktiviti secara konvoi ini dilakukan sama ada dalam kumpulan kecil atau mengikut persatuan atau kelab.
Destinasi yang kebiasaannya memakan jarak ratusan kilometer dengan alasan remeh seperti hanya untuk bersarapan.
Bagaimanapun, berbeza pada minggu ini, Kelab SBK MiniGP mempunyai tujuan yang lebih murni.
Tujuh ahli mereka diketuai Setiausaha Kelab, Wan Adrian Wan Adib, 38, berkonvoi untuk menziarahi pusara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Pulau Melaka.

Jangan buat spekulasi punca kereta saya terbakar - Dr Mohd Hatta

Jangan buat spekulasi punca kereta saya terbakar - Dr Mohd HattaKUALA LUMPUR: Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kereta Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya pada pagi Sabtu.

Dr Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, dia dimaklumkan pengawal di kawasan perumahannya, ia disyaki dilakukan dua orang yang menaiki sebuah kereta.

"Saya diberitahu kereta terbakar dan dua orang di dalam sebuah kereta disyaki melakukannya.

"Bagaimanapun atas tujuan apa dan kenapa itu tidak ada sesiapa yang tahu. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Mohd Hatta mengulas kejadian terbakar yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Sebuah portal hari ini melaporkan kenyataan sahabat rapat Dr Mohd Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad yang yakin kejadian tersebut adalah angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman parti itu.

PKR tempang tanpa Anwar....

SHAH ALAM - Pemerhati politik berpendapat perjalanan PKR tempang selepas tulang belakangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan lima tahun selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
 
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kehebatan PKR selama ini adalah kerana sosok Anwar Ibrahim.
 
PKR tanpa Anwar memang tempang. Selama ini, kehebatan PKR itu adalah kerana Anwar. Jadi, sekarang menjadi cabaran dan ujian kepada pemimpin yang tinggal di belakang ini untuk memastikan mereka mengurangkan konflik dalam parti.
 
“Anwar itu harus jadi inspirasi kepada mereka untuk memantapkan lagi PKR dan bergerak ke hadapan,” katanya kepada Sinar Online.
 
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman pula mencadangkan agar PKR segera melaksanakan penyusunan semula pemerintahan.
 
“Saya kira untuk beberapa ketika yang terdekat ini, mungkin PKR perlu melaksanakan susunan semula dan ‘realignment’ pemerintahan dan kepimpinan.
 

Kehilangan 2 tokoh besar namun perjuangan perlu diteruskan - Azmin

anwar nik azizSHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Februari sebagai bulan yang menyedihkan buat Pakatan Rakyat ekoran kehilangan dua tokoh besar.
Namun begitu, Mohamed Azmin berkata peristiwa itu tidak melemahkan sebaliknya lebih membakar semangat untuk Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan.
“Februari ini bulan yang cukup menyedihkan buat Pakatan Rakyat kerana kita kehilangan dua tokoh besar.
“Namun, perjuangan perlu diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Tahun Baru Cinadi Plaza Tol Batu Tiga, di sini, hari ini.
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah 2.
Dua hari kemudiannya, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meninggal dunia.
“Bagi generasi (pemimpin) muda hari ini perlu berpegang kepada prinsip dan idealisme perjuangan mengikut kerangka yang dipersejui bersama dalam Pakatan Rakyat.
“Saya yakin, Anwar Ibrahim dan Armarhum Nik Aziz telah meletakan asas perjuangan yang cukup kuat dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Ikut sunah ketika ziarah pusara Nik Aziz

Orang ramai masih tidak putus-putus menziarahi pusara bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu, hari ini. - Foto Sinar Harian  
Orang ramai masih tidak putus-putus menziarahi pusara bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu, hari ini. 
 
KOTA BHARU - Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.
  
Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.
"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.
"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

“Janganlah kita bercakap mengenai politik sekarang,” – Nik Abduh

image (3)
Nik Mohamad Abduh berkata keluarganya akan terus menegakkan Islam dan perjuangan itu dianggap sebagai satu hasrat terakhir ayahnya.

KOTA BHARU, 14 Februari:

Anak Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa sebarang isu berhubung politik ataupun gabungan penggantian kepimpinan parti wajar diketepikan seketika sekurang-kurangnya seminggu sebagai tanda menghormati bapanya.
Bercakap kepada The Rakyat Post di kediaman keluarganya di Pulau Melaka hari ini, Nik Mohamad Abduh berkata pada masa ini keluarganya masih cuba untuk berurusan dengan kehilangan bekas Menteri Besar yang paling lama berkhidmat untuk Kelantan.
“Janganlah kita bercakap mengenai politik sekarang, sama ada dari segi yang bertanding dalam pilihan raya kecil atau perkara kepimpinan parti.
“Kita boleh membincangkan hal-hal tersebut (pilihan raya kecil Chempaka) apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kerusi itu kosong,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Beliau juga berkata keluarganya akan terus menegakkan Islam dan perjuangan itu dianggap sebagai satu hasrat terakhir ayahnya.

Rakyat Diliwat Najib..!!


Nurul Nuha: We're not seeking VIP treatment for dad

Mujahid: Pakatan must stay strong and united

'Government will regret incarceration of Anwar'

Ambiga disappointed with Shafees 'attack' on Anwar

Pusara Tuan Guru Nik Aziz terus diziarah



Mejar Zaidi akan sertai PAS kerana berminat tegakkan Islam

Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia Zaidi Ahmad (tengah) bersama berdemonstrasi untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zaidi akan menyertai PAS selepas menerima MyKad sebagai rakyat biasa.

Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.

Bercakap kepada The Malaysian Insider pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam. "Saya akan menjadi ahli PAS.
 Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Kumpulan anak muda protes aman mahu Anwar dibebaskan

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap semasa protes oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kompleks Sogo di Kuala Lumpur.

Protes menentang keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu, diteruskan hari ini dengan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat (PR) di hadapan kompleks membeli belah Sogo di ibu kota.
Protes yang digelar "Kita Lawan" itu bermula kira-kira jam 4.30 petang, dengan majoritinya terdiri daripada golongan muda yang hadir berpakaian hitam, bertujuan membantah sabitan kesalahan kes liwat atas ketua pembangkang itu, mendakwa ia bermotifkan konspirasi politik.
Dianjurkan kumpulan mahasiswa, mereka memegang sepanduk dengan slogan seperti "lawan tetap lawan" dan "hakim berat sebelah" sambil diiringi dengan nyanyian "kita lawan".
 Protes tersebut juga turut menampilkan beberapa pemimpin PKR yang menyampaikan ucapan seperti Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan pemimpin pelajar Universiti Malaya Fahmi Zainol serta aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Kenang jasa Tok Guru, Anwar kekalkan Pakatan - DAP

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tokoh yang disegani oleh semua rakyat Malaysia, disayangi oleh umat Islam dan amat dihormati oleh warga bukan Islam atas integriti peribadinya.
Almarhum juga dihormati atas keberanian dan gaya hidup rendah diri serta sifat manusiawi yang begitu mendalam dan menghormati keharmonian pelbagai agama, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menyatakan demikian dalam satu kenyataan mengenai resolusi yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam mesyuarat malam semalam, sebagaimana di bawah.

1. DAP menitipkan belasungkawa buat anggota keluarga, organisasi parti dan ahli PAS atas pemergian mantan Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2014. Almarhum Tok Guru adalah tokoh yang disegani oleh semua rakyat Malaysia, disayangi oleh umat Islam dan amat dihormati oleh warga bukan-Islam atas integriti peribadinya, keberanian dan gaya hidup rendah diri serta sifat manusiawi yang begitu mendalam dan menghormati keharmonian pelbagai agama. Tok Guru pastinya akan dirindui atas iman dan taqwa terhadap Islam, keazaman yang utuh ketika berhadapan dengan kekuatan Barisan Nasional dan Umno; kepercayaannya terhadap masa depan Pakatan Rakyat dan iltizamnya untuk memperkukuhkan Pakatan demi berjuang melawan salahguna kuasa dan korupsi oleh BN yang berleluasa.

Lebih 400 sertai permulaan demo sokong Anwar di Sogo

 
Lebih 400 orang gabungan mahasiwa dan anak muda berhimpun di pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir di perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.30 petang ini ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Safuan Anang dan Fahmi Zainol.

Mereka turut berucap dengan Nurul berkata mereka adik beradik akan berjaga di luar penjara setiap malam.

Manakala Nik Nazmi pula mengedarkan poskad “Much 2 Freedom’ yang dialamatkan kepada Anwar di penjara.

Pada kira-kira jam 5.40 petang, mereka mula berarak menuju ke Dataran Merdeka sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya beralih menuju ke arah Pudu kerana Dataran Merdeka ditutup.

Sambil berjalan, mereka menyanyikan lagu anak muda dan  lagu mahasiswa.

Terdapat 10 anggota polis yang kelihatan mengawal trafik. Kumpulan itu memenuhi dua lorong jalan di depan sogo, dan satu lagi untuk laluan kereta.

Mana Lebih Wajar, Anwar Kemuka Petisyen Rayuan Atau Tidak?

Perhimpunan Depan Sogo 14-2-2015
Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kini sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan untuk menghuni Penjara Sungai Buloh untuk tempoh lima tahun akan datang, ruang untuk beliau bebas lebih awal sebenarnya tidaklah tertutup sama-sekali.

Satu-satunya jalan terakhir yang boleh dilakukan olehnya untuk memendekkan tempoh hukuman itu ialah dengan mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

Setelah dihukum pada 10 Februari lalu, Anwar sebenarnya mempunyai ruang selama 14 hari  iaitu sehingga 24 Februari depan untuk memikir sama ada mahu mengemukakan petisen rayuan atau sebaliknya.

Jika petisyen rayuan tidak dikemukakan sehingga 24 Februari itu, bermakna kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diisytiharkan kosong dan suatu pilihanraya kecil wajib diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Bagaimanapun jika Anwar memutuskan untuk mengemukakan rayuan, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan terus kekal sehingga ada keputusan berhubung rayuan itu.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia, baru-baru in tampil dengan kenyataan bahawa kerusi Parlimen itu belum boleh diisytiharkan kosong lagi buat waktu ini.

Katanya, pengumuman rasmi sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya hanya boleh dibuat selepas 14 hari daripada tarikh hukuman dijatuhkan, tetapi tempohnya akan menjadi lebih panjang jika Anwar mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

Menurut beliau, petisyen rayuan mesti dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas hukuman dijatuhkan dan jika ia dikemukakan oleh Anwar, kekosongannya hanya dapat disahkan selepas rayuan diputuskan sama ada diterima atau ditolak oleh Yang Dipertuan Agong.

Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan oleh Anwar, mengemukakan rayuan atau tidak?

Bagi kalangan yang kental dengan perjuangan PR, lebih ramai yang mahukan beliau tidak mengemukakan petisyen rayuan kerana jika merayu bermakna Anwar mengakui kesalahan liwat yang dihadapkan kepadanya.

Mereka berhujah bahawa menolak rayuan lebih mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap PR serta memperteguh lagi pengakuan tidak bersalah yang sering dilaungkan oleh Anwar sebelum ini.

Kata mereka lagi, dengan simpati, kemarahan rakyat serta tekanan antarabangsa yang diterima Najib ketika ini, beradanya  Anwar terus berada dalam penjara dan memainkan peranannya daripada Sungai Buloh adalah lebih baik bagi PR.

Sebaliknya, jika bersetuju mengemukakan rayuan, imej dan kredebilitinya akan hancur dan musnah di mata rakyat.

Sebaliknya, ada pula yang berpendapat, jika yakin rayuan itu boleh mendapat pertimbangan, terutama kerana Anwar pernah berjasa kepada negara semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, di tambah dengan usianya sudah menjangkau 67 tahun, ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan karier politiknya di samping menikmati kehidupan sebagai manusia yang bebas.

Soal ia bermakna mengakui bersalah atas perlakuan liwat jika mengemukakan rayuan, dianggap hanyalah tafsiran teknikal semata-mata.

Selain itu, dalam berhadapan dengan pendirian Mahathir yang terus menyerang dan mengasak Najib bahkan mula menyindirnya tentang perletakan jawatan walaupun setelah Anwar dipenjarakan, Perdana Menteri dinilai banyak pihak sudah tentu lebih suka jika ada rayuan dan berkemungkinan memberi lebih pertimbangan terhadapnya.

Dalam sistem Raja Berperkembagaan yang kita amalkan, walaupun rayuan dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong tetapi sudah tentulah sebarang keputusan yang dibuat seharusnya mendapat nasihat daripada Perdana Menteri juga.

Ini menjadikan jika pengampunan diberi, Anwar akan terhutang budi bak "segunung intan" kepada Najib kerana dapat bebas lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya. Dalam masa yang sama, bukan saja pilihanraya kecil dapat dielakkan, malah kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen juga tidak terjejas.
Dikatakan juga melalui pengampunan itu Najib seterusnya mampu meredakan kemarahan dalam negara dan mematikan segala kritikan dari beberapa negara luar yang kecewa dengan hukuman penjara keatas Anwar sebelum ini.

Sekiranya terus menerima kritikan daripada Mahathir pula, tidak mustahil selepas itu Najib akan menawarkan kerjasama dengan Anwar yang sudah terhutang budi dengannya. Seiring dengan tindakan Najib yang lebih lunak dengan Pas sejak kebelakangan ini, lebih mungkin juga kerjasama itu turut melibatkan BN dengan PR atas nama rekonsilasi nasional yang sering disebut sebelum ini.

Mungkinkah ini penutup tirainya kes Anwar ini?

PR tidak akan berubah walau tanpa Nik Aziz - Khoo Kay Kim


PR tidak akan berubah walau tanpa Nik Aziz - Khoo Kay KimKUALA LUMPUR: Tidak banyak yang dijangka berubah dalam pimpinan Pakatan Rakyat selepas ketiadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, ini kerana setiap entiti parti dalam parti gabungan itu hanya mahu berjuang mengikut kelompok berasaskan kepentingan kaum masing-masing.

“Tidak ada sebab untuk mengharapkan apa-apa perbezaan dalam hala tuju perjuangan Pakatan Rakyat selepas pemergian Nik Aziz.

“Hakikatnya, antara DAP dan PAS sendiri sehingga kini masih belum dapat mencapai satu persetujuan tentang platform gabungan mereka.

“PAS lebih condong untuk orang Melayu dan agenda Islam manakala DAP masih menumpukan kepada kaum Cina. Itu sudah sekian lama berlaku dan nampaknya tiada apa-apa perubahan,” ujar Khoo.

Tambahan lagi, menurut Khoo, keadaan tersebut menjadi rumit kerana rakyat Malaysia sendiri secara keseluruhannya hanya mengikuti politik berpaksikan isu-isu melibatkan sentimen serta survival kaum tertentu.

Khoo berkata, negara ini memerlukan generasi politik yang baharu untuk menggantikan barisan pejuang politik yang ada sekarang ini, namun usaha ke arah itu juga sangat mencabar.

Menurutnya, generasi sekarang ini yang sepatutnya menjadi pelapis tidak banyak yang mendalami situasi politik negara, bahkan ada yang tidak faham langsung dan hanya terikut-ikut.

Khoo mempunyai pendapat tentang keadaan yang menjadi sebegitu rupa.

“Kalau berbalik kepada pengisian sistem pendidikan sahaja, kita ini terlalu hendak mengutamakan subjek sains, matematik dan teknologi.

“Sedangkan generasi muda harus memberi tumpuan dan penekanan dalam bidang kemasyarakatan serta sosiobudaya. Itu kekurangan mereka,” jelas Kay Kim.

"March to Freedom": Giliran Nurul Nuha pula


Nurul Nuha Anwar (duduk, dua dari kanan) bersama beberapa pemimpin PKR dan DAP berkumpul di depan Penjara Sungai Buloh sambil memegang lilin dalam kempen Bebaskan Anwar.
Nurul Nuha Anwar (duduk, dua dari kanan) bersama beberapa pemimpin PKR dan DAP berkumpul di depan Penjara Sungai Buloh sambil memegang lilin dalam kempen Bebaskan Anwar.
 
Selepas Nurul Izzah yang dilihat amat menonjol dalam gerakan mempertikaikan keputusan mahkamah terhadap bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini giliran anak kedua ketua pembangkang yang kini dipenjarakan iaitu Nurul Nuha.
Wanita berusia 31 tahun itu kini menjadi 'senjata' keluarga Anwar dan Parti Keadilan Rakyat untuk memimpin siri bantahan dan demonstrasi bagi membebaskan pemimpin yang didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Nurul Nuha dilihat mengetuai perhimpunan di depan Penjara Sungai Buloh pada malam Anwar dibawa ke penjara 10 Februari lalu, selain memanggil sidang media untuk memaklumkan akan melancarkan kempen 'March to Freedom'.
Menurut Presiden PKR yang juga ibunya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika Anwar ditangkap dan dipenjara kali pertama tahun 1998, anak-anaknya masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.
"Kali ini mereka sudah dewasa dan mampu memimpin reformasi," katanya ringkas menerusi laman sosial facebook beliau hari ini.
Dr. Wan Azizah turut memuatnaikkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Nurul Nuha bersama pemimpin dan penyokong PKR memegang lilin berkumpul di hadapan pintu masuk penjara Sungai Buloh malam tadi.

Apa jadi jika Anwar dibicarakan di Mahkamah Syariah?

Oleh Zainal Salleh
Mungkin komentar paling menarik berhubung hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu, dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. 
 
Pada reaksinya itu beliau mengingatkan betapa tragedi yang menimpa Anwar bukan lagi satu perkara baru dalam senario kehakiman dan politik Malaysia. Beliau membayangkan seolah-olah bahawa musibah sebegini akan berulang.
 
"Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau (Anwar) sebelum ini,” kata Hadi apabila pecah khabar bahawa Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengesahkan bahawa beliau memang bersalah.
 
Namun pada masa yang sama, beliau menyelitkan harapan bahawa sebenarnya memang ada cara dan pilihan lain bagi rakyat Malaysia umumnya untuk mengelak dan menghindar 'penganiayaan' seumpama itu daripada berulang.
 
"Ia juga mengingatkan kita semua hanya undang-undang syariah dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan," kata Hadi.
 
Sekilas pandang mungkin Hadi kelihatan mahu mengambil kesempatan berkempen tentang perjuangan besar parti yang dipimpinnya itu untuk melaksanakan hukuman hudud di negara ini.
 
"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam," tambah beliau.  
 
Perkara ini juga disentuh oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yaakob yang menegaskan bahawa penghakiman menggunakan hukuman syarak adalah lebih wajar dalam kes seumpama liwat kerana ia memberi keadilan kepada tertuduh.  
 
"Pada hakikatnya kita lebih selesa dengan hukuman syarak berbanding hukuman sivil dalam kes seumpama ini yang mana hukuman syarak lebih cermat dan terlalu memberi keadilan kepada yang dituduh," ujar Ahmad yang dipetik daripada Facebooknya.
 
Memang setiap insan yang dituduh melakukan sebarang jenis jenayah, terutama yang membabitkan nama baik dan maruahnya, berhak membela diri dan atau mendapatkan pihak yang berwibawa untuk mempertahankan kebenarannya di muka pengadilan. 
 
Dalam hubungan ini apakah perlindungan undang-undang terbaik selain daripada ketetapan Allah yang sudah dianugerahkanNya pada manusia dan kemanusiaan sejak lebih 1,400 tahun lalu.
 
Islam meletakkan asas yang amat jelas berhubung penghakiman kes-kes fitnah dan tuduhan masalah kesalahan moral yang serius seperti zina dan apatah lagi kegiatan homoseksual.
 
Sebab itu, kes tuduhan skandal isteri Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah r.a diabadikan dalam Quran sebagai asas dan garis sempadan menangani isu fitnah dan yang membabitkan maruah seseorang insan. 
 

Tribut buat sang pencerah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR


SEAKAN petir menyambar relung hati apabila mesej kepulangan abadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aku terima saat sedang berforum memperingati as-syahid Hasan al-Banna di masjid al Azim Pandan Indah. 12 Februari 1949, umat Islam kehilangan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan 12 Februari 2015, dunia Islam kehilangan pula Mursyidul Am PAS. Air mata mula bergenang dan aku menamatkan forum malam itu tanpa ada sesi soal jawab, terasa jasad longlai dan kehilangan patah-patah kata. Terpanar!

Aku mula merasakan kehadiran Ayah Ziz dalam hidupku pada tahun 1986, apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu memberikan kuliah subuh di Masjid Rusila sempena Muktamar PAS Pusat. Sejujurnya aku tertidur culas semasa kuliah subuh berlangsung, suara perlahan yang penuh mutiara ilmu itu tak mampu dicicip oleh aku dan teman-teman remaja berseluar jeans lusuh dan berbaju T. Kami mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun tersebut. Pada malam itu hujan turun ketika kami melabuhkan badan di perkarangan Masjid Rusila, kami berlari masuk menyambung dengkuran dalam masjid dan menyambung tidur lagi semasa kuliah subuh berlangsung. Aku merenung kembali nostalgia ini dengan dada sebak dan air jernih mengalir dipelupuk mata, merasa beruntung kerana jamaah ini dipandu oleh ulama dan tidak meminggirkan kami anak-anak remaja yang jahil.

Pada tahun 1990 pula bersama teman-teman yang mengambil peperiksaan STPM, kami bertakbir kegembiraan di perkarangan Pejabat Daerah Marang, bukan sahaja meraikan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, juga kerana keberhasilan PAS menawan kembali Kelantan melalui pemuafakatn politik APU.

Nama Tuan Guru Nik Aziz mulai diratib oleh rakyat negara ini apabila menjadi Menteri Besar Kelantan, dengan penampilan sederhana, alumni Deoband dan al-Azhar ini mula mendapat sorotan lensa dan menjadi tajuk utama berita. Sosok ini menjadi fenomena politik dan dakwah tanah air, ribuan manusia menghadiri kuliah dan ceramahnya di mana sahaja beliau hadir. Paling menarik, kejayaan almarhum melintasi garisan politik kepartian, sosok dan aura sebagai negarawan mengiringi pelbagai  ilmu yang beliau miliki.

Tidak letak calon DUN Chempaka keputusan terbaik bagi Umno - Prog Dr Mohammad Agus

Tidak letak calon DUN Chempaka keputusan terbaik bagi Umno - Mohammad Agus
KUALA LUMPUR: Cadangan Umno Kelantan untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang disandang Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan petanda baik mengekalkan keharmonian landskap politik di negeri itu.

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, langkah itu sekali gus merapatkan hubungan dua parti selain membuktikan sikap hormat Umno kepada PAS.

"Itu langkah terbaik dan paling strategik di atas faktor mengharmonikan suasana PAS dan Umno.

"Kita lihat Umno menghormati kawasan Pas di mana ia membina platform gandingan politik erat di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr. Mohammad Agus mengulas cadangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berpandangan tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.

Bagaimanapun kata Mustapa, keputusan itu masih terlalu awal memandangkan kekosongan kerusi itu masih belum diumumkan.

Dalam pada itu kata Dr. Mohammad Agus, kerjasama Pas dan Umno di Kelantan disifatkan makin erat selepas bencana banjir akhir tahun lepas.

"Ia semakin rapat selepas banjir besar lepas dan jika Umno tidak bertanding di DUN Chempaka, hubungan itu pasti akan menjadi semakin erat," jelasnya.

Hudud amanah Nik Aziz mesti diteruskan, kata Hadi


Susulan pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden PAS menegaskan parti Islam itu akan meneruskan cadangan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi melaksanakan hudud di Kelantan, sekali gus menolak usul DAP yang mahu ia ditangguhkan sehingga 2023.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan mengingatkan agar PAS menyambung warisan Mursyidul Am PAS itu, termasuk dalam menegakkan hukum Islam yang diperjuangkan beliau selama ini.

"Pemergian Almarhum meninggalkan tapak kukuh dan jasa yang mesti dilangsungkan oleh generasi Islam hari ini dengan itqan (bersungguh-sungguh) sebagaimana diteladaninya.
"Antaranya untuk melaksanakan Enakmen Syariah dalam perundangan negeri Kelantan, menjadi amanah dan warisan yang wajib disambung," katanya dalam kenyataan yang diletakkan di laman Facebook beliau malam tadi.

Hadi menyifatkan Nik Aziz sebagai seorang pemimpin, guru, bapa dan sahabat yang mendamba dan memperhambakan diri kepada Allah dengan teguh menyambung usaha Rasulullah dan para Nabi menegakkan risalah agama Islam.
"Dunia dan umat kurun ini menyaksikan Almarhum meletakkan bumi Serambi Makkah yakni Kelantan ke peta dunia dalam istiqamahnya, beliau memartabatkan Islam di negeri itu.

Bersemadilah dengan tenang wahai murabbi ummah

Firman Allah Taala:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Maksudnya: Di kalangan orang yang beriman itu adanya pejuang hebat yang benar terhadap janjinya kepada Allah. Dikalangan mereka ada yang telah syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu sebagai syuhada’ dan mereka sesekali tidak menukar prinsip perjuangan mereka. (Al-Ahzab: 23)
Hari ini terasa sangat hiba, baharu sehari rakyat di Negeri Kelantan kehilangan sosok Rijal yang agung dalam harakah islamiyah dan pengasas Kerajaan Membangun Bersama Islam. Saya pernah diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Besar oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pada 23 Mac 2004. Tok Guru banyak mengajar serta memberi pengalaman kepada saya dan hari ini saya sangat terasa kehilangan beliau dengan pemergian buat selamanya ini. Dialah bapa dialah sahabat saya dalam mengemudi bahtera Kerajaan Kelantan.
Masih saya ingat ketika Tok Guru meminta saya menjadi wakil rakyat pada tahun 1995 bagi sama-sama membantu beliau dalam menegakkan perjuangan Islam di Kelantan, saya terus meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru siswazah selama 15 tahun hanya matlamat saya semata-mata untuk berbakti kepada perjuangan islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sebelum itu saya telah diberi amanah untuk menjawat jawatan Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang dan juga Bendahari PAS Kawasan Tumpat pada tahun 1986 demi untuk mengurus tentang kewangan kawasan secara lebih teratur.
Tok Guru kemudian meminta saya bersama berjuang dengan beliau dan sahabat-sahabat pada masa itu untuk membangunkan pentadbiran Negeri Kelantan secara lebih menepati kehendak islam dan Tok Guru memberi mandat kepada saya untuk menumpukan kepada bahagian pengurusan dan tadbir urus Kerajaan Negeri. Jawatan saya yang pertama ditugaskan oleh Tok Guru sebagai Exco Kerajaan Negeri ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia iaitu pada tahun 1997.

Tok Guru buktikan pemimpin tidak semestinya membazir

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuktikan yang pemimpin tidak semestinya menunjukan sikap membazir dan hidup melebihi dari keadaan mereka sendiri.
Bagi Aspan Alias, kata perbilangan tidak hilang bisa ular menyusur akar, begitulah keadaannya bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama ini.
Beliau menyatakan demikian menerusi tulisan dalam bognya, semalam dengan tajuk 'Perginya seorang tokoh yang sukar dicari ganti'.
Tulisan penuh seperti di bawah.
Semasa sedang berehat malam semalam, saya diberitahu oleh ramai, ratusan jumlahnya SMS yang Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (TGNA) telah tiada lagi dan telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 84 tahun. TGNA sememangnya telah menghadapi keuzuran sejak akhir-akhir ini tetapi pemergiannya buat selama-lamanya itu membuatkan saya dan tentu ramai lagi merasakan kehilangan seorang yang sepanjang hayatnya berjuang dalam politik tanah air tanpa jemu.
TGNA adalah seorang yang tidak ada siapa yang tidak mengenalinya kerana beliau merupakan seorang pemimpin ‘spiritual’ parti PAS yang telah merintasi batasan persempadan negara dan namanya dikenali di seluruh dunia bukan sahaja di kalangan negara Islam malahan di kalangan negara dan pemimpin bukan Islam di merata negara.
Kita tidak perlu menyentuh apa sumbangan beliau terhadap negara dan Islam, kerana itu sudah menjadi pengetahuan awam. Tetapi apa yang jangan dilupakan tentang diri TGNA ini ialah sifat kesederhanaan hidup beliau walaupun beliau merupakan seorang pemimpin besar malahan menjadi idola besar kepada ramai rakyat negara ini tanpa mengira parti dan politiknya.

Khutbah sempena pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Allah ta’ala berfirman,
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.” [Al-Mujadilah ayat 11]
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,
يرفع الله المؤمن العالم على المؤمن غير العالم ورفعة الدرجات تدل على الفضل إذ المراد به كثرة الثواب وبها ترتفع الدرجات ورفعتها تشمل المعنوية في الدنيا بعلو المنزلة وحسن الصيت والحسية في الآخرة بعلو المنزلة في الجنة
1) Allah mengangkat darjat seorang mukmin yang berilmu melebihi mukmin yang tidak berilmu.
2) Terangkatnya darjat menunjukkan keutamaan, iaitu banyaknya pahala yang dengan itu terangkatlah darjat.
3) Ketinggian darjat mencakupi ‘maknawiyah’ di dunia, seperti kedudukan yang tinggi dan disebut dengan kebaikan, dan juga mencakup ‘hissiyah’ di akhirat iaitu kedudukan yang tinggi di syurga.
Maka ayat yang mulia ini menunjukkan keutamaan ilmu agama dan keutamaan orang-orang yang memilikinya dan selalu berusaha mempelajarinya. Oleh kerana itu Allah ta’ala tidaklah memerintahkan kepada Rasul-Nya shallallahu’alaihi wa sallam untuk meminta suatu tambahan selain ilmu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt,
Sejarah umat manusia tidak pernah mengenal suatu agama yang menaruh keperihatinan yang begitu besar dan sempurna terhadap ilmu pengetahuan. Islam sentiasa menganjur dan mendorong umatnya menuntut ilmu dan mengimarahkan segala kegiatan keilmuan.
Oleh kerana pentingnya ilmu itu Saidina Umar berkata:
"Wahai manusia! Haruslah bagi kamu berilmu!"
Islam juga menghormati golongan cerdik pandai, para ulama dan intelektual. Ia menyeru agar golongan ini menyebarluaskan ilmu sehingga terhapus kejahilan di tengah kehidupan umat. Hal ini disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Rahmat Allah diturunkan kepada khalifahku! seorang bertanya : Siapakah khalifah tuan? Baginda menjawab : Mereka yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada hamba Allah."
Muslimin sidang Jumaat sekalian,
Dalam Ash-Shahiihain, dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:
من أشراط الساعة أن يُرْفَعَ العلم، ويَثْبُتَ الجهلُ.
“Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya kebodohan”.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiiq, ia berkata: “Aku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa. Mereka berkata : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
إن بين يدي الساعة لأيَّاماً يُنزَلُ فيها الجهلُ، ويُرْفَعُ العلم.
“Sesungguhnya menjelang hari kiamat kelak, akan ada hari-hari yang diturunkanya kebodohan dan diangkatnya ilmu”.
Diangkatnya ilmu terjadi dengan diangkatnya (diwafatkannya) para ulama, sebagaimana ditunjukkan dalam hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”.
Imam An-Nawawiy berkata:-

Pemergian Nik Aziz amat dirasai rakyat K'tan

Pemergian tokoh politik dan agamawan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pastinya sesuatu yang sangat dirasai oleh rakyat Kelantan.

Ketika ditemui Malaysiakini, rata-rata penduduk berpendapat, keperibadian bekas menteri besar selama 23 tahun itu yang sering merendah diri, menjadi simbol yang akan diingati.

Bagi Khadijah Che Lan, 61, yang sangat berdukacita dengan kematian Nik Aziz berkata, pemergian mursyidul am PAS itu pastinya akan dirasai bukan sahaja dirinya tetapi seluruh rakyat Kelantan.

"Saya berdukacita dengan pemergian Nik Aziz. Memang saya sedih. Semua sayang  dekat dia. Oleh kerana dah sampai masa dia, kita tak boleh buat apa.

"Saya tahu berita itu memang saya menangis. Dia seorang tokoh agama yang tinggi. Dia memang baik. Susah nak cari orang macam itu. Rakyat Kelantan sayang dekat dia," katanya dengan wajah sebak.

Seorang pemandu teksi, Mat Zamri Mat Zin, 58, pula berpendapat, Nik Aziz merupakan menteri besar yang paling jujur sehingga beliau sukar untuk dicari ganti.

"Memang kita berasa sedih. Menteri besar kita, menteri besar yang paling jujur  sekali. Takde siapa sama dengan dia," katanya.

Bagi Ching Koh Fong, 57, dari Kok Lanas pula berkata,  sebagai rakyat, dia sedih kerana Nik Aziz yang lebih dikenali sebagai Tok Guru itu banyak membantu masyarakat yang dalam kesusahan.

Katanya, sifat Nik Aziz yang suka membantu orang itu juga membuatkannya rasa sedih dengan kematian tokoh tersebut.

Jangan sebar, tiada majlis tahlil untuk Nik Aziz

SHAH ALAM – Mohon tidak sebarkan jemputan palsu majlis tahlil untuk Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian kenyataan terbaru ahli keluarga Allahyarham yang dibuat melalui laman Facebook rasmi pemimpin ulung itu, hari ini.

Menurut kenyataan ringkas itu, tiada sebarang majlis tahlil dibuat untuk Nik Aziz seperti yang tersebar di aplikasi WhatsApp.

“Tiada sebarang majlis tahlil untuk Al-Marhum Ayahanda Tuan Guru.

“Mohon tidak sebarkan jemputan majlis tahlil yang menjadi viral di Whatsapp. Pesanan daripada Keluarga Al-Marhum Tuan Guru,” bunyi kenyataan itu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pagi semalam dengan diiringi puluhan ribu rakyat Malaysia di Pulau Melaka, Kelantan.

"Ros in Kangkong Land": Belum sempat lancar, buku kartun mengenai Rosmah dirampas polis

_MG_8318 
PETALING JAYA 14 FEB: Buku baru Zunar, ‘Ros in Kangkong Land’ yang dijadual dilancarkan hari ini dirampas polis dalam perjalanan ke majlis pelancaran.
Pelancaran itu sepatutnya diadakan di Tasik Taman Jaya di sebelah Amcorp Mall, di sini.
zunar-rosmah-cover_art-12022015 
“Oleh kerana itu majlis pelancaran tidak dapat disempurnakan.
“Sekarang hanya dapat dijual online iaitu www.zunar.my atau online secara manual di Facebook ‘Zunar Book Store’,” kata isteri Zunar, Fazlina Rosley dalam kenyataan sebentar tadi.

UMNO sakit tua yang kritikal...

BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yang dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.
PETALING JAYA: “UMNO memerlukan rawatan antipenuaan yang radikal,” kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengenai keperluan pengukuhan Barisan Nasional (BN) yang harus bermula dengan UMNO dengan melakukan transformasikan untuk menjadikannya lebih kontemporari.
“Tanpa rawatan UMNO akan mati sakit tua,” katanya, sambil menambah, “Tetapi kalau menjalani rawatan ‘stem cell’ yang radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel-sel baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.”
Katanya, ia perlu bagi menarik sokongan generasi muda dan membebaskan diri daripada kongkongan hierarki, feudalisme dan dinasti yang menjadi imej buruk kepada UMNO selama ini.
Sehubungan itu katanya, UMNO perlu melakukan pembedahan besar bagi memotong dan mengubati anggotanya yang lumpuh, kelemayuh (gangrenous) dan berkanser.
“Atau UMNO boleh terus percaya kepada jampi mantera para bomoh, tukang tilik, ahli sihir dan tukang karut politik yang akan menceritakan apa yang para pembesar UMNO mahu dengar dan bukan apa yang mereka perlu tahu,” soalnya secara sinis dalam entri terbaru blog beliau, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times itu, ramai ahli dan penyokong UMNO sekadar mengagak dan mengandai ketika memperkatakan parti itu dalam keadaan yang membimbangkan.
“Tetapi di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat UMNO mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan,” ujarnya.
Menurut Kadir, UMNO berdepan masalah besar untuk berdepan PRU-14 kerana dapatan kajian menunjukkan ia kemungkinan gagal mempertahankan 88 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 2013 lalu.
“Wujud kebimbangan yang bilangan kerusi Umno akan jatuh kepada 70 malah 60 sahaja kalau keadaan sekarang berterusan,” jelas beliau.
Tambahnya, BN pada masa ini menghadapi sindrom PPP (People Progresive Party) yang teruk kerana di sebalik disertai 13 komponen, sebahagiannya tidak mampu menyumbang kepada kekuatannya.

Berita Gembira Untuk Perubahan

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang mahukan perubahan. Hanya setelah dua hari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara Sungai Buloh atas kesalahan liwat yang dihadapinya, beliau hari ini menyatakan pendirian yang jelas dapat difahami sebagai terus menolak kepimpinan Najib Razak.

Mahathir berkata, jika menjadi Perdana Menteri ketika ini, beliau pasti akan meletakkan jawatan kerana gagal memberi pentadbiran yang baik, selain semakin meningkatnya kritikan daripada rakyat.

Kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, seseorang Perdana Menteri sepatutnya memudahkan sesuatu perkara dan meletakkan jawatan sekiranya gagal mentadbir dengan baik.

Walaupun tidak menyebut secara khusus nama Najib, adalah jelas kenyataan terbaru Mahathir ini ditujukan dengan tepat kepada Najib yang sudah ditarik balik sokongan dan dikritiknya sejak beberapa bulan lepas.

Ia secara langsung memberi gambaran bahawa Mahathir kekal dengan pendirian tidak lagi menyokong serta tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib. Malah mengandaikan kesediaan meletakkan jawatah jika masih menjadi Perdana Menteri adalah sindiran yang boleh difahami dengan mudah oleh sesiapa saja bahawa Najib sepatutnya berundur segera ketika ini.

Selain itu, Mahathir juga terus mengkritik kewujudan 1MDB yang banyak bermasalah dengan pinjaman dan hutang, sambil mengatakan ia adalah "syarikat miskin"  yang tidak sepatutnya wujud.

Katanya lagi, 1MDB umpama seseorang yang meminjam wang daripada ceti dan perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai telah bertukar menjadi kaya.

Mahathir juga meneruskan kritikannya dengan mengatakan kerajaan yang ada sekarang semakin terpinggir daripada rakyat kerana tidak sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh orang awam.

Apabila Anwar Ibrahim dipenjara selama lima tahun sejak 10 Februari lalu, kemampuan rakyat melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang mulai disangsikan.

Walaupun ada keyakinan bahawa pemenjaraan itu akan meningkatkan rasa simpati serta menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, tetapi kemungkinan berlakunya perpecahan dalam PR berikutan ketiadaan Anwar tetap amat membimbangkan.

Dengan ketiadaan nakhoda yang berwibawa seperti Anwar, ditambah perpecahan dan bercakaran sesama sendiri, ia tentu saja memberi kelebihan kepada BN untuk terus mengekalkan kuasanya.

Selama ini juga, kritikan, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Mahathir kepada Najib, secara tidak langsung turut memberi kelebihan kepada PR kerana pengaruh Mahathir memang terbukti masih kukuh jika beliau bersuara.

'Orang bukan Islam seperti saya senang dengannya' - Ng Suee Lim


KUALA LUMPUR: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim tidak akan melupakan kenangan bersama-sama Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam membantu petani.
Ia berikutan beliau kerap ke Kelantan membawa rombongan petani antara 2000 hingga 2004, dan menziarah rumah Allahyarham menjadi acara wajib, lapor SelangorKini.
“Teruja. Seorang Menteri Besar begitu senang dan berlapang dada menerima tetamu walapun tanpa sebarang temu janji.
“Saya banyak belajar dari tok guru. Perwatakannya lembut, beradab dan mudah menerima dan bertemu rakyat membuatkan orang bukan Islam seperti saya senang dengannya.
“Pendekatan tok guru begitu luar biasa. Tegurannya tepat. Nasihatnya berasas. Pandangannya luas. Saya akan sentiasa mengingati semua itu,” katanya kepada SelangorKini.
Justeru, Suee Lim tersentuh dengan pemergian Allahyarham kelmarin mengenangkan keperibadian tinggi Mursyidul Am PAS itu dan mahu meneladaninya.
“Nasihat dan pandangan tok guru sentiasa jadi asas pertimbangan saya selaku wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya yang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Palanivel timbang tindakan mahkamah terhadap ROS...ha..ha...baru tau ROS "ketidakadilan"

Bosan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Presiden MIC Datuk G Palanivel sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap dakwaan "ketidakadilan" badan kerajaan itu ke atas partinya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Palanivel berkata mereka akan ke mahkamah melainkan jika ROS tidak menarik balik semua surat bertarikh 5 Disember 2014, 31 Disember 2014 dan 6 Februari 2015.

Katanya, ROS perlu berbuat demikian sebelum pukul 5 petang hari Selasa (17 Februari), dan menerima cadangan penyelesaian seperti yang dinyatakan dalam suratnya yang bertarikh 5 Februari.

Menurutnya lagi, tindakan ROS yang didakwanya prejudis dan menyalahi undang-undang perlu dihentikan serta-merta.

Minggu lepas, ROS mengeluarkan surat mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua cawangan itu, sayap, bahagian dan kepimpinan pusat.

Cukuplah menyerang Anwar, kata peguam kepada Tan Sri Shafee

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terus menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau kini tidak dapat mempertahankan dirinya selepas dihukum penjara 5 tahun mengundang kritikan peguam.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2015. 
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terus menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau kini tidak dapat mempertahankan dirinya selepas dihukum penjara 5 tahun mengundang kritikan peguam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2015.

Tindakan peguam yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menyerang pemimpin pembangkang itu walau beliau kini di penjara, mengundang kritikan para peguam.
Peguam menyifatkan perbuatan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah itu tidak boleh diterima dan sangat tidak profesional memandangkan beliau dianggap sedang menganiaya seorang yang tidak dapat mempertahankan dirinya.
Mereka berkata, Shafee tidak perlu terlalu banyak bercakap mengenai kes itu sekarang kerana beliau sudah memenangi kes mahkamah itu dan tidak seharusnya membincangkan kes itu memandangkan beliau juga di pihak yang berkepentingan.

Peguam Syahredzan Johan berkata, sebagai seorang pendakwa raya, Shafee hanya boleh bercakap bagi pihak kerajaan, bukan berhujah atas dasar peribadi. "Shafee tidak sepatutnya membuat temu bual dengan media dan menggunakannya untuk menyerang seorang yang disabit bersalah," katanya sambil menambah tindakan itu sangat tidak profesional.
Syahredzan meluahkan kekecewaan kerana seorang anggota kanan Majlis Peguam seperti Shafee sanggup membuat kenyataan yang memperkecilkan orang lain, sedangkan katanya, beliau boleh membatasi kenyataannya dengan memuji pihak pendakwaan kerana memenangi kes itu.
"Bukan begitu tahap profesionalisme yang kita jangkakan dari seorang peguam kanan dan terkemuka seperti Shafee," katanya merujuk kenyataan dibuat Shafee melalui media milik Umno, akhbar Berita Harian dan New Straits Times semalam.
Shafee memberitahu Berita Harian, mereka yang mengkritik keputusan kes Liwat II silap kerana tidak berhujah berdasarkan fakta melalui merit kemenangan pihak pendakwaan.
“Mereka tidak berani berdepan dengan situasi sebenar dengan menilai fakta yang ada. Kami melihat terus kepada perkara yang kritikal ketika berhujah. Malah, turut mengambil langkah berani dengan memanggil Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pendakwaan pada hari pertama perbicaraan,” katanya.
Sementara itu, bercakap kepada akhbar The New Straits Times, Shafee mendakwa Anwar "bersembunyi di sebalik kain" apabila beliau memilih untuk tidak disoal balas.
Shafee juga "puas hati" Anwar didapati bersalah dan kalau boleh, beliau sendiri mahu memberitahu Anwar "hentikan tabiat ini dan bertaubatlah".

BN tak perlu letak calon tanding Dun Chempaka kata Tok Pa

Mustapa 
KOTA BHARU - Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan melalui pandangan peribadinya, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mustapa berkata, sebagai pimpinan negeri, beliau mahu lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman dan harta benda dalam banjir Disember lalu.

"Buat masa ini saya, belum membuat perbincangan dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa namun segala keputusan akan ditentukan selepas perjumpaan nanti.

"Lagipun masih terlalu awal dan tidak sesuai untuk kita bincangkan hal ini memandangkan Nik Aziz baru sahaja meninggal dunia kelmarin.

Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT

Zaharuddin Abdul Rahman
SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

“Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

“Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.

TG Nik Aziz memang 'bekeng' tapi penyayang

Nik Aziz  
KOTA BHARU - Nik Din Nik Mat berkata, pada tahun 1962, adiknya, Nik Aziz pernah dianggap sebagai 'kacang butir' (tidak tahu apa-apa) walaupun belajar sehingga ke India.

Mengimbau nostalgia yang tidak dapat dilupakan, Nik Din berkata, tanggapan itu berlegar selepas Nik Aziz pulang ke tanah air setelah memperoleh ijazah sarjana dalam jurusan Bahasa Arab pada usia 34 tahun.

Bagaimanapun, ilmu yang dimiliki oleh adiknya itu dengan izin ALLAH membuktikan ia bermanfaat kepada semua apabila Nik Din memberitahu pernah suatu ketika dalam ceramahnya, Nik Aziz pernah melontarkan pandangan yang bernas.

“Pandangan dan juga perumpamaan yang dilontarkan sangat berlainan menyebabkan masyarakat boleh menerima dan melekat dalam hati mereka yang mendengarnya.

“Sehingga tidak ada yang menolak kata-katanya. Masa dia mengajar ketika itulah semua melihat bakat yang ada pada Nik Aziz sebagai seorang petah berkata-kata,” katanya.

Dalam masa sama, Nik Din memberitahu, pemergian Nik Aziz sangat dirasai oleh ahli keluarga dan sanak-saudara kerana beliau menjadi tempat mengadu.

Katanya, biarpun berlainan ibu, namun jiwa Nik Aziz sangat murni dan beliau tidak pernah berkira dengan adik-beradik dan saudara-maranya.