Khamis, 12 Februari 2015

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kembali ke rahmatullah - Al Fatihah

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Anaknya, Nik Abduh mengesahkan perkara itu di Facebook.

"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung.

"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," katanya dalam rakaman di laman itu.

Bekas MB Kelantan itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Gambar yang dirakam pada malam ini menujukkan ratusan penyokong berhimpun di perkarangan rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Terdahulu, beliau dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Nik Abduh dalam tulisan terdahulu di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

Allahyarham, 84, meninggalkan seorang isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.

Seorang daripadanya, Nik Abduh menjadi ahli politik PAS dan kini menjadi MP Pasir Mas.

Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani di kalangan masyarakat Islam.

Nik Abdul Aziz memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (kini Pengkalan Chepa) dalam pilihan raya kecil 1967, selepas menyertai PAS pada tahun itu.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada 1990 dan menamatkan pentadbiran BN selama 12 tahun.

Beliau seterusnya dilantik menjadi menteri besar dan kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada 2013.

YB Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia di rumahnya pada jam 9.40 malam tadi.- Al Fatihah

Sebelum itu, beliau telah dibawa pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 8.45 malam.
إنا لله وإنا اليه راجعون
"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pm pada malam Jumaat yang agung.
"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," tulis Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook.
Beliau akan memaklumkan masa solat jenazah ayahanda itu malam ini, insya Allah.

Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 1

Ianya sudah pun bermula. Pemenjaraan Anwar hanya memberi sebab untuk meningkatkan usaha. Ia nya percikan api pemula yang membakar padang rumput kering yang luas. Biarkan sejuta bunga kesedaran menyeri.

Saya terjemahkan suatu tulisan yang disiarkan oleh sahabat saya Walla. Tidak sedikit jejaka UMNO yang menalipon saya mahukan nombor talipon Walla yang mempunyai wajah lebih cantik dari Neelofa dan Siti Nurhaliza.

Saya kata- jangan buang masa. Sudah lama si cantik Walla jadi makanan ketua bahagian dan ketua pemuda UMNO.

Terjemahan.

Sejak bertahun, mereka mahu benamkan Anwar. Sekarang mereka telah menggunakan insitusi kehakiman yang nampak dengan angkuh menepikan isiu2 yang dibangkitkan oleh pihak pembela.

Keputusan hakim yang diberi terdengar seperti suatu monolog pihak pendakwa. Jika Mr Spock dari SS Enterprise mendengar nya, telinga nya yang menegak akan kendur penuh kehairanan.

Tapi apalah yang mahu dihairankan apabila system kehakiman yang sama telah gagal memberi keadilan kepada kes yang melibatkan seorang bangsa Mongol?

Kerakusan untuk menghumban sesetengah orang dari kandang mahkamah tanpa perbicaraan adil membayangkan motif politik.

Dalam kes si Mongolia, motif nya ialah menyembunyi. Dalam Kes Anwar, motif nya ialah mendedah. Memburaikan. Lagi terperinci lagi bagus. Nampak sangat tidak konsisten nya.

Ia membawa kita kepada persoalan mengapa Dr Mahathir menyeru supaya orang ramai menerima keputusan mahkamah sebelum ianya diumumkan?

Kumpulan Pas tolak PR perlu ditangani – Khalid Samad


Khalid Samad
“Memang telah wujud dua jalur pemikiran dalam Pas iaitu satu mahu kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dan satu lagi mahukan Pas kembali kepada asal bergerak secara sendirian seperti sebelum ini.”
Itu kata Ahli Parllimen Shah Alam, Khalid Samad ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini sebentar tadi.
“Masalah ini perlu ditangani segera walaupun kumpulan yang mahukan Pas bergerak semdiri itu hanyalah kumpulan minoriti. Pun demikian, kalau mereka rasa tak sehaluan dengan PR, lebih baiklah keluar dari parti. Tapi saya nasihatkan supaya terus kekal dan akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan Pas dalam membuat apa juga keputusan,” katanya.
Antara punca yang dipercayai telah mengubah pendirian kumpulan minoriti ini adalah mungkin mereka telah dipengaruhi oleh puak-puak tertentu dalam UMNO sendiri.
“Saya agak sahaja mungkin mereka telah berjaya memujuk kumpulan ini dengan janji-janji manis yang hanya mereka sahaja yang tahu. Apa yang harapkan, mereka dari kumpulan kecil ini bangkit dan lihat semula kenapa Pas bergabung dengan PR.
"Mereka kena ingat bahawa PR bukan parti milik sesiapa tetapi adalah gabungan yang ditubuhkan untuk memastikan kekuatan pembangkang sehingga dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” jelasnya.

Oust BN for Anwar’s sake, says Ariff Sabri

The Raub MP calls on opposition supporters to begin by ensuring a win in Permatang Pauh.

PETALING JAYA: Raub MP Ariff Sabri believes that the government will be adamant on keeping Anwar Ibrahim in jail even if one million Malaysians sign a petition for his release and even if world leaders intervene.
“I believe the government will not budge,” he says in his latest blog posting. “They will say this has been the outcome of a lengthy legal process.”
ariff-sabri---anwar2He also speculates that Anwar will not ask for a royal pardon. “Anwar Ibrahim will never entertain such an idea, I think. Asking for a pardon would amount to admitting that the crime for which he was accused and now sentenced did take place.”
Ariff believes that it is more important for Anwar to “affirm and fortify” his innocence.
However, he acknowledges that he can’t be certain whether Anwar and his family think the way he does. It may be more important for them to secure his personal freedom, he says.
Commenting on the judgment on Anwar’s sodomy case read out at the Federal Court last Tuesday, Ariff says, “It sounded like a prosecution monologue.”
Ariff says he shares the grief felt by Anwar and his family, but he seems resigned to accepting that Anwar will remain in jail unless the current ruling regime is overthrown.
“I think we have no more legal recourse,” he says. “We must do it the political way. Maybe Najib can be thrown out earlier.
“We kick out Najib and his gang. They will then know that life as they have known before, consisting of private parties and soirees, gallivanting on private and government owned jets, thriving on governmental dishonesty and incompetence, will come to an end.”
He says the process of overthrowing Najib’s regime should begin with the upcoming Permatang Pauh by-election and climax at the next general election.

Pejabat PM tiada hak isytihar kehakiman bebas, kata peguam


Tiada janji daripada Putrajaya akan meningkatkan imej institusi kehakiman sebagai sebuah badan bebas dan keyakinan terhadap institusi keadilan mesti datang daripada orang ramai dan tuntutan guaman, kata segelintir peguam.

Para peguam yang mengulas respons pantas Pejabat Perdana Menteri terhadap keputusan bersalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa dan berkata, ia adalah luar biasa dan tidak diperlukan.

 Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu cuba mempertahankan badan kehakiman dengan mengatakan ia adalah bebas dan barisan hakim "mencapai keputusan mereka hanya selepas menimbangkan keterangan dengan cara yang seimbang dan objektif". 

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata tidak ada keperluan untuk Pejabat Perdana Menteri berbuat demikian walaupun rayuan Anwar dianggap sebagai kes berprofil tinggi yang menarik perhatian antarabangsa.

"Tidak ada kenyataan dikeluarkan apabila Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran permohonan Gereja Katolik untuk membuat rayuan terhadap hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya," kata Amer kepada The Malaysian Insider.

Katanya, tidak ada tindak balas daripada Putrajaya bulan lepas apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas dua komando polis ke atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Amer berkata, satu-satunya cara institusi kehakiman boleh menegaskan ia adalah pengadil yang bebas adalah menjalankan perbicaraan atau rayuan yang akhirnya digambarkan dengan baik dalam penghakimannya.

Beliau berkata, sejak mahkamah mengambil lapan hari untuk mendengar rayuan kes liwat Anwar dan lebih kurang daripada dua bulan untuk menyampaikan keputusan, kesemua lima hakim harus menulis penghakiman yang berasingan.

KANTOI LAGI: APA SUDAH JADI Ismail Sabri..

Inikah standard pemikiran menteri UMNO, DAH 2 KALI KANTOI dlm 2 kenyataan berasingan TIBA2 'DIHILANGKAN'

Jika sebelum ini kenyataan berbau rasis pemimpin UMNO suh boikot peniaga Cina TELAH DIPADAMKAN setelah mndapat kecaman pelbagai pihak.

KALI INI PULA kenyataan TEMBERANG menteri UMNO yg mngatakan beliau mengeluarkan kenyataan media bersama Liow Tiong Lai TETAPI DINAFIKAN SENDIRI Liow Tiong Lai...

'Memang kami trauma dengan pembangunan Kampung Baru' - Shamsuri

'Memang kami trauma dengan pembangunan Kampung Baru' - ShamsuriKUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru kini disifatkan berada dalam ketakutan selagi kerajaan tidak memberi perincian terhadap pembangunan kawasan tersebut.

Bagaimana tidak, Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi memberitahu, pihak berkaitan termasuk Perbadanan Kampung Baru (PKB) masih tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai pembangunan yang dikatakan akan dilakukan segera itu.

"Apa yang diceritakan dan apa yang dilaksanakan berbeza sangat. Bagaimana mereka minta kita tidak bimbang sedangkan pembangunan itu melibatkan kediaman kami?

"Di mana kita hendak tinggal jika pembangunan yang hendak dilakukan itu memerlukan kami untuk berpindah? Buktikan siapa yang berada di dalam senarai 90 peratus setuju untuk pembangunan ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shamsuri mengulas kenyataan Timbalan PNB, Datuk Seri Matshah Safuan di dalam slot Agenda AWANI pada Rabu yang meminta penduduk Kampung Baru tidak bimbang mengenai pembangunan kampung tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa pembangunan semula Kampung Baru tidak akan meminggir atau mengabaikan hak milik serta pewaris asal kampung berkenaan.

Kata Muhyiddin, ini kerana penggubalan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) sebelum ini melibatkan proses yang ketat serta melalui beberapa siri perbincangan bersama pemilik dan pewaris tanah.

Dalam pada itu kata Shamsuri, beberapa badan yang tidak berkenaan dengan pembangunan Kampung Baru kini dilihat cuba menunjuk pandai dan memberi versi berlainan dengan kemahuan penduduk.

Kerajaan peralat institusi kehakiman – PR Johor


pr-johor


JOHOR BAHRU, 12 FEB: Pakatan Rakyat (PR) Johor dalam satu kenyataan bersama mengecam keputusan pemenjaraan keatas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan bersama Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan hukuman tersebut jelas bermotif politik menghalang kemaraan Anwar melakukan perubahan di Malaysia.
“PR Johor ingin menyatakan kekesalan di atas keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dan kami menganggap Anwar seorang ‘prisoner of conscience’.
“Kami mengecam keputusan mahkamah yang bersifat politik di mana institusi kehakiman diperalatkan untuk menghalang Anwar daripada terus membawa perubahan reformasi di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan pantas Pejabat Perdana Menteri, bukti Anwar telah dianiaya


najib-razak-unga-2014


KUALA LUMPUR, 12 FEB: DAP hari ini mempersoalkan kenyataan awal yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat sebelum hukuman tersebut dijatuhkan di dalam prosiding Mahkamah Persekutuan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kenyataan awal tersebut yang menuduh Anwar melakukan ‘serangan seksual serius’ kini menimbulkan lagi persoalan mengenai kebebasan badan kehakiman negara.
“Bolehkah kerajaan menjelaskan bagaimana PMO mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar beberapa minit sebelum Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria menjatuhkan hukuman dengan mendakwa bahawa ‘semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif’ apabila ia sebenarnya tidak selesai?
“Apakah PMO ini begitu genius berbanding Tun Ariffin yang mengambil masa dua jam membaca penghakimannya sedangkan pihak mereka sekadar mengambil masa beberapa minit saja untuk mencerna jargon undang-undang, kerumitan teknikal dan hujah-hujah dalam penghakiman?
“Adakah kenyataan PMO yang mendahului sabitan terhadap kes liwat Anwar dikeluarkan berikutan ‘anomali yang amat nyata’ yang menimbulkan syak wasangka bahawa kes ini sebenarnya adalah penganiayaan politik dan bukannya pendakwaan jenayah,” soal Kit Siang dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan siapakah sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap kenyataan PMO tersebut.

“Hakim lebih takut kepada pemerintah dari berkata benar”


candle-light-vigil


SUNGAI BULOH, 12 FEB: “Hanya nama sahaja Melayu dan Islam. Tetapi hakim mahkamah lebih takut kepada pemerintah dari berkata benar.
“Mereka boleh penjarakan Anwar, tetapi bukan semangat kami. Ini adalah permulaan perjalanan panjang yang kita tidak tahu berapa lama.
“Namun, malam ini adalah langkah bermakna untuk kita bermula bagi perjuangan menuntut kebebasan.
Demikian ucapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam perhimpunan nyalaan lilin ‘Solidariti Bersama Anwar Ibrahim’ di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Di hadapan ratusan penyokong, Setiausaha Agung PKR itu mengingatkan, gerakan Reformasi yang bermula pada 1998 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi pendidikan politik langsung kepada rakyat Malaysia.
Justeru itu katanya, pemenjaraan kedua keatas Anwar kali ini dari kes fitnah yang sama akan membuka mata generasi muda hari ini selain memberi kesedaran politik baru.
“Sebab itu kita jangan takut. Perjuangan kita adalah bagi menuntut negara yang bebas dari kemiskinan, yang bebas dari rasuah dan adu domba yang melaga-lagakan kita.
“Ketika itu semua pemimpin UMNO lari. Mana Hishamuddin Hussein, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi? Tidak ada.

“Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri”


Mahathir

oleh LIM KIT SIANG

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang “autoritarian”.
Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan ‘komunis’ yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.
Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.
Jika saya seorang ‘komunis’, maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.
Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang “autoritarian” dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.
Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.
Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.
Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya ‘menamatkan pengajian’ dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?

Kepimpinan Pakatan Rakyat: Patah tumbuh hilang berganti

Oleh Dr Awang Azman Awang Pawi
Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tenang berbisik dengan Mohamed Azmin Ali tidak berapa lama selepas keputusan Mahkamah memutuskan Anwar bersalah. Perlakuan ini menarik perhatian pihak media dan menimbulkan beberapa persoalan.
Bahasa badan tersebut menunjukkan hubungan rapat dan keselesaan antara satu sama lain dalam belantara politik. Lantaran itu, timbullah spekulasi Azmin mungkin akan diberi mandat menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun Azmin menolak spekulasi tersebut dan menyatakan itu hanyalah pesanan Anwar agar  pimpinan dan anggota parti meneruskan perjuangan. Dengan rendah diri beliau berkata, ramai lagi pemimpin lain yang berwibawa  yang layak ke jawatan tersebut. Perdana menteri bayangan Dalam kerusi parlimen Pakatan Rakyat, DAP merupakan penyumbang terbesar dengan 37 buah kerusi, diikuti PKR sebanyak 28 buah kerusi manakala PAS hanyalah mempunyai 21 buah kerusi parlimen. Dari segi kuasa tawar-menawar politik dalam PR, ternyata DAP mempunyai suara yang kuat dan bukannya PKR dan PAS. Dalam dunia demokrasi dunia, ketua pembangkang merupakan ketua pakatan atau boleh terdiri daripada  parti politik terbesar dalam kalangan parti-parti  pembangkang. 
Lazimnya, ketua pembangkang dilihat sebagai perdana menteri bayangan. Justeru, pelantikan ini akan memberikan bayangan politik kepada rakyat yang semakin celik politik. Bak kata peribahasa "sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina".  Selain Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Ustaz Fadzil Nor, Burhanuddin Al-Helmy adalah antara  tokoh yang pernah Ketua Pembangkang tanahair.
PAS kini dalam ambang keretakan apabila Whatsapp Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS tentang senario keluar dari PR, isu hudud dan ketidaksetujuan pilihan raya tempatan. Penubuhan PASMA dilihat seakan-akan wujud kumpulan yang dilabel sebagai erdogan PAS yang dilihat lebih pro Anwar manakala selebihnya dilihat sebagai pro golongan Hadi atau golongan ulama.
PAS seolah-olah sedang mengalami pergolakan dalaman dan pernah juga kehilangan negeri Kedah. Penyertaan PAS dalam PR kini lebih dilihat seolah-olah sebagai kahwin paksa. Yang lebih bermanfaat ialah DAP dengan suara dan kuasa yang terbanyak dalam PR.
Azmin Perdana Menteri Bayangan?
Kedudukan Azmin selaku Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR dianggap strategik dan sesuai untuk mengambil alih Ketua Pembangkang. Kedudukan tinggi dalam PKR ini menjadikan beliau lebih dihormati. Walaupun Azmin mungkin menolak, namun persepsi luar akan mentafsirkan ada usaha yang tidak mahu beliau menjadi calon Perdana Menteri bayangan. Bukankah sebelum ini ada usaha yang pernah cuba menyekat nama Azmin sebagai calon menjadi Menteri Besar Selangor?
Ahli Parlimen Gombak yang berkelulusan bidang ekonomi dan matematik ini dihormati kerana pakar dalam percaturan strategi politik sesuai untuk ciri-ciri PM pada masa akan datang. Tambahan pula, Anwar merupakan mentor langsung Azmin dan beliau tidak pernah meninggalkan Anwar terkapar-kapar ketika kejatuhan Anwar dalam politik Umno hingga kini.
Kesetiaan luar biasa Azmin terhadap Anwar merupakan kesetiaan tanpa bandingan dalam mana-mana tokoh baru dalam PKR.
Dari segi penampilan politik, Azmin kelihatan cermat dalam wawancara media. Beliau dilihat tokoh berpendidikan barat tetapi tidak bersikap liberal terutama dalam isu agama.
Ketika Negeri Sembilan yang dipimpin Barisan Nasional melaporkan akan membuat peraturan baharu yang memerlukan mana-mana individu bukan Islam membubarkan perkahwinannya sebelum memeluk agama Islam, kerajaan Selangor di bawah PR tidak bercadang melakukan hal yang sama kerana menurut Azmin tindakan memerlukan perbincangan teliti dengan semua pihak termasuk pihak akademik dan ilmuan agama.

Anwar Ibrahim: Sosok besar dalam politik Malaysia

Oleh Raja Ahmad Kamil Raja Sulaiman
Mahkamah Persekutuan memutuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat 2 yang berlarutan sejak 2008, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Pelbagai reaksi yang diberikan kawan mahupun lawan, termasuk rakyat marhaen yang bercampur baur perasaan dan harapan.
Ulasan ini ingin dimulakan dengan satu ayat al-Quran yang agak menarik untuk difikirkan, yang merupakan keterangan Allah SWT tentang Permaisuri Saba’ semasa menyuarakan kekhuatiran beliau berkenaan kedatangan Nabi Sulaiman AS, maksudnya: “Dia (Permaisuri Saba’) berkata: Sesungguhnya raja-raja apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya, dan menjadikan golongan terhormat di negeri itu terhina. (Hakikat sebenarnya, memang) demikianlah kebiasaannya yang raja-raja itu lakukan!”[Surah an-Naml, QS 27: 34]
Setia dengan kebenaran
Ayat ini adalah satu bentuk tarbiah yang penting dan besar untuk kita garap, hadam dan amalkan dalam kehidupan seharian. Kehidupan ini adalah satu perjalanan dalam mencari dan setia bersama dengan kebenaran. Benar kita berada atas petunjuk apabila kita menerima dan yakin dengan Islam, tetapi terdapat cabaran dan rintangan dalam beramal mengikut ajaran agama Tuhan itu sendiri. Adakalanya kebenaran itu diungkapkan seorang yang dikatakan kafir, tetapi ia diiyakan kerana ia memang benar. Itulah apa yang Allah sebutkan dalam ayat di atas. Bukannya ditolak dengan sangkaan buruk yang ditolak Islam. Firman Allah Ta’ala, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu semua dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa..” [Surah al-Hujurat, QS 49:12]
Siapa Anwar?
Saya secara peribadi bukanlah peminat tegar insan yang mendapat liputan ramai 2-3 hari ini, jauh sekali pembencinya. Namun, nama Anwar tidaklah asing dalam kancah politik tanah air tercinta ini yang dikenang sepanjang zaman.
Seorang yang pernah seketika dahulu menjadi tunjang dan akar dalam gerakan mahasiswa pada zaman mudanya, terutama apabila menjadi presiden Abim (1974-1982), yang mana kemudiannya berijtihad membuat keputusan untuk bersama Umno.
Berkecimpungnya beliau selama 16 tahun dalam parti yang memerintah, memberikan pengalaman yang berharga dalam karier politik beliau. Pernah berjawatan sebagai Timbalan Menteri, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (1982-1998) banyak mengundang kontroversi terutama terhadap masyarakat bukan Melayu, tidak kurang berkaitan jasa dan sumbangan beliau (walaupun ada perbezaan pendapat) kepada pembangunan modal insan, seperti penghantaran pelajar cemerlang SPM untuk mengambil bidang agama.
Sikap "diktaktor" Tun Dr Mahathir Mohammad ketika memegang jawatan Perdana Menteri melahirkan individu-individu yang membentuk kumpulan yang ingin melakukan perubahan. Ia tidalah lain, melainkan salah satu misi pemberontakan sebagai tindak balas kepada sikap penguasa yang mengawal fikiran masyarakat sehingga individu terkepung dalam kongkongan budaya kolektif yang buruk ini.
Gerakan reformasi di Malaysia yang muncul daripada proses permodenan menemui saat klimaksnya, ketika mana berlaku pemecatan beliau dari kerajaan pada 1998, yang kemudiannya dituduh dengan kes liwat.
Pada ketika itu, gerakan masyarakat madani yang sebelumnya kelihatan kurang menyerlah mula memberikan impak yang agak jelas dengan wujud kerjasama pemimpin masyarakat dengan parti-parti pembangkang yang membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-10, yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan BA selain Kelantan kekal di bawah PAS, dan peningkatan kerusi di dewan rakyat daripada 30 ke 45.
Selain itu, sikap beliau yang menjaga hubungan dengan para ilmuan Islam seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi sangat menarik untuk kita muhasabah dalam kehidupan kita. Apakah ustaz dan agamawan hanya untuk kita mendengar ceramah, kemudian kalau persoalan feqah, barulah kita akan hubungi atau tunggu kuliah mereka untuk bertanya. Setakat itukah peranan mereka?

Tak Salah: Anwar mungkin tak mohon keampunan kata MP Pas


Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berpendapat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak akan memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ini kerana sekiranya Anwar berbuat demikian, ia seperti membuktikan bahawa ketua pembangkang itu bersalah di atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Saya tak tahu maklumatnya tetapi saya yakin Anwar tidak akan membuat permohonan (pengampunan) kerana ia membawa pengertian seperti dia bersalah," katanya kepada pemberita selepas sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Isu Anwar akan dibawa ke PBB

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menolak untuk membawa usul solidariti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke peringkat masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengarah Strateginya, Akmal Nasir bagaimanapun berkata pihaknya akan berbincang dengan kartunis Zulkiflee SM Anwar UlHaque sebaik sahaja dia dibebaskan daripada tahanan polis.

"Saya rasa sekarang ini parti sendiri tengah usahakan, kalau kita tengok semalam ada sidang media oleh anak-anak Datuk Seri Anwar mereka lancarkan March to Freedom, usaha itu secara tidak langsung merayu kepada masyarakat antarabangsa.

"AMK tidak tolak kemungkinan tersebut malah peguam yang mewakili Zunar ialah seorang Exco AMK dan beliau sendiri telah berhubung dengan media antarabangsa seperti New York Times dan The Guardians.

"Kalau perlu kita akan bincang dengan Zunar sekiranya kita boleh bawa kes ini lebih jauh ke peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Flashmob solidariti Anwar diadakan esok


Nik Nazmi 
PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menggerakkan pimpinan sayap PKR itu di setiap negeri untuk meneruskan solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi flashmob yang akan diadakan selepas solat Jumaat, esok.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, himpunan solidariti itu akan dilakukan di masjid-masjid di setiap negeri yang menjadi tumpuan utama.

"Sebagai permulaan, kami menyahut seruan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk berhimpun solidariti (vigil night) di hadapan penjara Sungai Buloh setiap hari yang telah bermula sejak malam semalam.

"Tiga aktiviti utama AMK ialah flashmob, vigil night dan jelajah ceramah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Hutang 1MDB: Maybank tak terjejas

Biarpun enggan mengulas mengenai hutang 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB) kerana terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Farid Alias memberi bayangan kumpulan perbankan tersebut tidak akan terjejas akibat isu hutang firma pelaburan berkenaan.
Ini menurutnya, kumpulan tersebut mempunyai modal yang mencukupi selain memiliki asas yang sangat kukuh.
“Saya tidak boleh memberi sebarang komen dan mengeluarkan kenyataan atau data mengenai 1MDB atau mana-mana pelanggan lain.
"Tetapi menjawab sedikit persoalan anda, apa yang boleh saya katakan Maybank melakukan banyak ujian risiko (stress testing), kami melakukan ujian terhadap perkara atau situasi yang khusus dan kami juga melakukan ujian terhadap perkara atau situasi umum.
"Maybank mempunyai modal yang cukup dan kedudukan yang kukuh,” katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut.
Farid ditemui media di luar Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Modal Asean yang dianjurkan Maybank Investment Bank Bhd. dan Bursa Malaysia Bhd.
Terdapat laporan sebelum ini yang memetik sumber sebagai berkata, institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada 1MDB memberi tempoh sehingga 18 Februari ini untuk firma berkenaan membayar hutang berjumlah RM2 bilion yang digunakan untuk membiayai pembelian loji janakuasa pada Mei tahun lalu.

Ananda Krishnan sedia bayarkan hutang 1MDB sebelum tarikh akhir, kata sumber

Hartawan Malaysia, T Ananda Krishnan bersedia menyelesaikan hutang US$550 juta (kira-kira RM2 bilion) pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata empat sumber yang dekat kepada isu itu.
Dana itu yang portfolio terbesarnya dimiliki oleh syarikat janakuasa gagal membayar pinjaman pada Disember dan firma memberikan pinjaman mahu hutang itu dibayar sebelum kira-kira suku pertama ditutup.
Media tempatan melaporkan tarikh akhir pembayaran hutang itu pada 18 Februari. 
Ananda yang menjual pegangan janakuasanya kepada 1MDB, kini dalam perbincangan bersama syarikat itu menjadi pelabur asas walaupun kelewatan penyenaraian US$3 bilion aset kuasanya. Pinjaman RM2 bilion diberikan oleh bank terbesar negara, Malayan Banking Bhd dan syarikat pinjaman yang lebih kecil RHB Capital Bhd serta dijamin oleh syarikat Ananda, Usaha Tegas, kata mereka yang mengetahui perbincangan itu.
"Bank berkenaan tahu Ananda membayar segalanya yang kini dalam proses," kata salah satu sumber itu. Sumber enggan mendedahkan identiti kerana perbincangan itu adalah sulit. Bank berkenaan tidak menjawab ketika diminta mengulas isu itu.
1MDB juga enggan mengulas dan Usaha Tegas tidak dapat dihubungi. 1MDB yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya mempunyai keseluruhan hutang US$11.6 bilion. – Reuters

Gelagat tweet IGP tarik perhatian dunia

Kerancakan ketua polis negara 'mengawal' laman sosial mikro Twitter mengundang perhatian dunia.

Akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat, New York Times semalam menyiarkan laporan Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan anggotanya menyiasat seorang kartunis dan dua ahli politik pembangkang kerana didakwa menghasut.

Kelmarin Kartunis Zunar ditahan ekoran satu posting dalam twitternya yang mengkritik hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala dua anggota parlimen pembangkang itu ialah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan MP Taiping Nga Kor Ming.

Ini ekoran Rafizi mempromosikan kempen Rakyat Hakim Negara di Twitter sebagai membantah tindakan terhadap Anwar, manakala Nga dalam tulisan di Twitter menyebut: “Doa rakyat tidak dimakbulkan. Tiba masanya untuk menentang rejim kejam”.

Laporan New York Times menyebut: "Kerajaan selama beberapa dekad telah dituduh menggunakan undang-undang zalim dan kuno untuk meminggirkan dan menakut-nakutkan pengkritiknya.

"Tetapi kes-kes terbaru datang dengan sentuhan moden: pegawai polis tertinggi negara, Khalid Abu Bakar, menggunakan akaun Twitternya untuk mengeluarkan amaran kepada para pengkritik kerajaan dan untuk mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengesan dan menyiasat suara yang menentang," kata laporan itu lagi.

Dr M: I'd quit if I were PM now, and no 1MDB

Mahathir: Chinese still supported me despite Anwar's black eye

I'm not good at picking successors, says Mahathir

Mahathir: I think I am perfect

Ketua pembangkang: PAS T'ganu cadang semua jawatan untuk Hadi

Zalimi Anwar: Malott tidak mahu Obama main golf dengan Najib lagi


'Jangan bagi Anwar nikmati teh tarik, roti canai' kata Zulkifli Nordin

Anwar tak salah, tak perlu pengampunan Agong kata Khalid


Anwar masih ahli Parlimen Permatang Pauh, kata speaker Dewan Rakyat


Kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dapat diumumkan buat masa ini dan perlu menunggu 14 hari dari tarikh sabitan Mahkamah Persekutuan, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen pengampunan dalam t‎empoh tersebut maka status kelayakannya akan diketahui selepas keputusan petisyen itu diumumkan.

"Di bawah perenggan (a) Fasal (4)‎ Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh YB Permatang Pauh disabitkan dan dihukum.

 "Sehubungan itu, saya hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen mula berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat Saiful di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jun 2008. Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Too Much Partying By Najib’s PR Guru Paul Stadlen?

The ex-APCO Malaysia boss, Paul Stadlen, who now manages Najib Razak’s massive press operation, appears to be losing his touch.
Many are asking if his well-known party lifestyle, fuelled by what seems to be an outrageous income courtesy of the Malaysian taxpayer, could have something to do with it?
Yesterday was a bit of a classic, with the issuing of a Government statement by the Prime Minister’s Office (where Stadlen controls communications) which maliciously stuck the knife into the opposition leader Anwar Ibrahim, just controversially imprisoned for alleged sodomy.
Stadlen’s short statement sanctimoniously referred to an “exhaustive and comprehensive due process” in this case of blatant political persecution and then went on to describe the plaintiff as the “victim of a serious sexual assault”.
Ooops! ……
As commentators as far away as the New York Times pointed out, even the Malaysian prosecutors had had to give up on their attempt to convict Anwar of forcing sex upon his burly young aide, who had long since changed his story to one of consensual sex between the two men:
“..the statement read. “As the victim of a serious sexual assault, he had every right to have his case heard in court.”
That characterization, however, was at odds with the case brought by the prosecutors, who used a section of the law that deals with consensual sodomy” [New York Times]
So why was Stadlen falsely accusing the opposition politician at this very delicate moment (in a formal Government statement) of committing brutal rape?
Stadlen's business card
Stadlen’s business card
Was it because he was seeking to find sympathy from an international audience, which is largely shocked at the primitive decision to imprison someone just for being allegedly gay?  If so, surely this experienced PR operator would have realised that too much is known about the case for such false accusations to gain currency?
Or had Stadlen just being doing too much partying the night before and not really been on the ball?
Because, to misrepresent the situation in such a vicious and deceptive manner can only bring opprobrium onto his boss, who presumably had hired him (at huge cost) for his supposed understanding of the international press and how to manage it.
Partying and a bloody beating for fun-loving Stadlen

Sedia letak jawatan jika saya PM – Dr Mahathir

Seorang penjawat perlu meletakkan jawatan jika orang berpandangan beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi gambaran penolakannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika beliau yang menjadi Perdana Menteri pada masa ini.
“Saya akan letak jawatan sekiranya saya masih menjadi Perdana Menteri masa ini”, kata mantan Perdana Menteri itu.
mahat najibDr Mahathir menegaskan, seorang penjawat perlu meletakkan jawatan jika orang berpandangan beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik.
“Jika orang (rakyat) berkata anda tidak bagus dan tidak menjalankan tugas dengan baik, sila letak jawatan,” katanya menjawab soalan salah seorang peserta forum The Malaysian Dilema, di sini.
Dr Mahathir mengaku beliau juga bukannya seorang yang baik dalam memilih penggantinya.
Jelasnya, beliau tidak boleh menjangka sama ada penggantinya yang dipilih itu baik atau tidak sebelum mendapat kuasa.
“Rakyat masa ini boleh menilai sendiri sama ada mereka bagus atau tidak. (Perdana Menteri) Najib telah melakukan tugas dengan baik atau tidak, saya tak pasti,” katanya lagi.
Ujarnya, beliau akan menyokong jika pemimpin negara itu melakukan perkara yang betul dan baik.
“Jika baik saya akan sokong, kalau salah saya akan cakap tak betul,” tegas beliau.

Ihsan Anwar expresses gratitude outside prison

Anwar has opened door to political change, says Nazmi.

Ihsan AnwarSUNGAI BULOH: Braving the presence of prison guards in riot attire, a gathering of some 300 hundred people led by the family members of Anwar Ibrahim and several other PKR leaders took place outside the Sungai Buloh prison last night to protest his conviction and to call for his immediate release.
Addressing the gathering, Batu MP Tian Chua urged the people to voice their opposition to Anwar’s imprisonment to secure his release.
We want the light to overcome the darkness,” he is quoted by the Malaysian Insider as saying, assuring the crowd that Anwar would know of their presence and would draw encouragement from it.
Also present was Selangor State Exco Member Nik Nazmi Nik Ahmad, who described the gathering as “the smallest sacrifice” Anwar’s supporters could make to show their solidarity with him.
Saying that Anwar had “opened the door for a change in the country’s political scene,” he urged the youth to become agents of the change needed.
Members of Anwar’s immediate family who were in attendance expressed their gratitude for the support of those present.
Speaking publicly for the first time, Anwar’s only son, Mohd Ihsan Anwar, thanked the crowd on behalf of the family for their presence.
“This gathering is not only for [Anwar’s] freedom, but this is for the people’s freedom and [to] restore the country’s flawed judiciary,” he is quoted as having said.
Following Anwar’s conviction by the Federal Court on Tuesday, PKR announced that it intended take several measures, which include nightly rallies and the tabling of a motion in Parliament to censure the judiciary.

Anwar tidur berlantaikan simen

Tiada kelebihan, lantai diperbuat daripada simen, dan pintu jeriji daripada besi.

anwarjailSHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilayan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh, lapor Sinar Harian.
Menurut Sumber dalaman Penjara Sungai Buloh yang enggan namanya didedahkan berkata, Anwar hanya akan dibekalkan bantal dan tilam di dalam sel yang menempatkannya.
“Anwar akan dapat layanan sama seperti banduan yang lain. Tiada kelebihan, lantai diperbuat daripada simen, dan pintu jeriji daripada besi.
“Memang ada sel yang ada katil dan sebagainya, tetapi itu kebiasaannya diberikan kepada banduan yang sakit atau tidak sihat,” katanya.
Pada 10 Februari mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.
Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Waris mangsa MH370 dari China akan protes di hadapan pejabat MAS

Ahli keluarga penumpang MH370 dari China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah malam tadi bercadang untuk melakukan protes di hadapan pejabat Malaysia Airlines (MAS).

Mereka akan berbuat demikian dengan harapan untuk berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman bagi menuntut penjelasan mengenai pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac tahun lepas yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.‎ 15 ahli keluarga yang dilihat memakai baju merah dengan tulisan "Pray for MH370" dan memegang sepanduk "Today it's us, tomorrow it could be you" dan " MH370: Who can tell us what happened? Please help us! Come back MH370!"

 Mereka juga dikatakan bersedia untuk bercuti Tahun Baru Cina di sini. " Kami akan cuba untuk berjumpa dengan pengurusan MAS," kata Kelly Wen, isteri kepada salah seorang penumpang pesawat yang hilang tersebut.
"Kami mahu tahu kenapa pesawat MH370 diisytiharkan sebagai satu kemalangan dan bagaimana keputusan itu dibuat." Beliau berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan berita terkini mengenai pesawat tersebut serta data Immarsat yang mempercayai ia berakhir di Lautan Hindi.

Waris Dari China mangsa MH370 tiba di KL tuntut keadilan

MP lodges report against Saiful over 'consensual sodomy'


Masa depan Pakatan Rakyat setelah Anwar terpenjara

SUHAIZAN KAIAT

RAKYAT Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan sedih dengan keputusan mahkamah mengekalkan hukuman penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada 10 Februari 2015 yang lalu.

Apa juga sikap kita kepada DSAI, sesuatu yang tidak dapat kita nafikan adalah peranan beliau menyatukan tiga parti politik PAS, PKR dan DAP dalam PR.

Hasilnya ialah penguasaan 51% sokongan rakyat dalam Pilihan raya Umum 2013.

Berdasarkan kepada graf turun naik prestasi kumpulan pembangkang dalam pilihan raya sejak 1990 hingga 2013, maka pilihan raya akan datang adalah masanya rakyat memberikan sokongan kepada PR untuk memerintah negara.

Syaratnya PR mesti berjaya mengekalkan sokongan sedia ada dan meningkatkan sokongan pengundi Melayu.

Ramai rakan-rakan saya bertanya apakah perpecahan dalam Pakatan Rakyat akan berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan? Ringkas saya katakan jika parti-parti dalam PR rasional, mustahil PR akan berpecah.

Perpecahan boleh berlaku dalam PR jika parti-parti di dalam PR sudah tidak lagi rasional.

5 hujah berpecah bukan pilihan rasional

Pertama: PAS dan DAP parti yang lama dalam politik Malaysia. Telah hadapi hadapi saat jatuh dan bangun. PKR pula parti baru yang ditubuh selepas DSAI dipecat daripada parti dan kerajaan tahun 1998.

Prestasi terbaik ketiga-tiga parti adalah semasa berada dalam PR dengan 51% sokongan dalam PRU13. Berjaya kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Berpecah dalam keadaan rakyat memberikan sokongan adalah pilihan yang tidak rasional.

Kedua: DS Najib dan komponan BN dalam keadaan sangat lemah. Diakui oleh Dr Mahathir.

Ekonomi merudum disebabkan penurunan harga minyak. Ringit Malaysia tidak pernah jatuh seteruk ini. Kes Altantuya menghambat Najib. Model Mongolia dibunuh tanpa sebab sedangkan yang dihukum adalah Pegawai Khas Najib.

Rakyat semakin curiga. Kelemahan BN adalah peluang yang ditungguh-tunggu oleh PR. Serangan kepada BN sebelum ini memang itulah tujuannya. Adalah tidak rasional jika PR memilih untuk berpecah bila BN telah lemah.

Ketiga: Realiti di Malaysia, tiada satu parti politik boleh memerintah bersendiri. Dalam sejarah Malaysia tiada satu parti politik yang boleh mendapat kepercayaan majoriti rakyat Malaysia dalam satu masa. Setiap parti politik punyai kelebihan dalam masa sama juga punyai kelemahan.

Dr M: Kalaulah saya PM, saya letak jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya masih memegang jawatan perdana menteri saat ini.

Bekas presiden Umno itu berkata seseorang perdana menteri sepatutnya "memudahkan sesuatu perkara" dan melepaskan jawatan jika gagal mentadbir.

Tanpa menyebut nama, kenyataannya jelas menempelak Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini makin kerap dikritiknya.

Bercakap di forum 'The Malaysian dilemma' di Kuala Lumpur pagi ini, bekas perdana menteri itu juga berkata:

"Tiada ada sesiapa yang mendesak saya apabila saya melepaskan jawatan, kerana saya rasa 22 tahun (pentadbiran saya) itu cukup lama.

"Tapi jika kamu gagal mentadbir dan rakyat mengkritik kamu, tolong buat susuatu itu jadi mudah kepada negara."

1MDB ‘syarikat miskin’ yang tak patut wujud, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya diwujudkan kerana melambangkan syarikat yang miskin. Katanya sekiranya masih menjadi perdana menteri Malaysia, syarikat seperti 1MDB tidak akan ada.
 "Kita tidak perlu ada langsung 1MDB. Itu bukan duit kita, kita pinjam bank. Sekarang kita hutang duit dengan bank. Itu bukan kaya, saya tidak akan ada 1MDB, mudah," kata bekas perdana menteri itu pada forum anjuran Centre for a Better Tomorrow di Kuala Lumpur, hari ini.
 Mengambil contoh "ceti" ketika zaman sebelum merdeka, peminjam akan berhutang dengan ceti, dan menggunakan duit yang bukan milik mereka. "Adakah kita pinjam daripada ceti, kita kaya? Tidak, itu duit ceti," katanya.

DAP desak polis siasat Saiful Bukhari dalam kes Liwat II


Polis perlu menyiasat pengadu kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, kata ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng itu merujuk kenyataan Majlis Peguam semalam yang mempersoalkan mengapa Saiful tidak didakwa sedangkan dia turut bersubahat di bawah akta sama. "Saya minta polis menyiasat dalam tempoh 24 jam, sama ada tindakan undang-undang harus diambil terhadap Saiful. 

 "Saya mahu polis menjawab sama ada wujud unsur subahat atau sebaliknya. Jika tidak, kes itu maksudnya tiada mangsa," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentul hari ini.

Semalam, Majlis Peguam berkata persepsi yang Anwar sedang dianiaya menerusi kes Liwat II didorong "anomali yang amat nyata," termasuk tiada tindakan dikenakan terhadap Saiful yang merupakan pengadu kes tersebut. Presidennya Christopher Leong berkata, pertuduhan terhadap Anwar dibuat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan yang jarang digunakan.

Katanya, apa yang ketara ialah Anwar tidak didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dengan liwat paksa atau rogol liwat, walaupun semasa prosiding kelihatan seperti terdapat tuduhan mengenai unsur paksaan. "Oleh itu, adalah luar biasa Anwar didakwa dan disabitkan dua kali bagi kesalahan yang dikatakan perbuatan seks antara orang dewasa, di mana pertuduhan itu tidak mengandungi unsur-unsur paksaan.

"Ini juga menimbulkan persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu, yang dikatakan turut melakukan perbuatan liwat itu, tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dibaca bersama Seksyen 109, Kanun Keseksaan," kata Leong. Lim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada Isnin tidak menjawab banyak persoalan sebaliknya menimbulkan lebih persoalan.

Sejarah Berulang: Reformasi 1998 Kini Reformasi 2.0





Reformasi 2.0

Lee Boon Heng

Tanpa sangsi, kes Liwat 2.0 Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi yang jelas untuk menamatkan karier politik beliau. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan tidak mengambil kira bukti-bukti teknikal yang dihujah peguam bela Anwar tetapi hanya berdasarkan kepercayaan mereka terhadap keterangan pengadu Saiful Bukhari.

Anwar dipenjara, apakah nasib PKR dan Pakatan Rakyat! Ini akan menjadi tanda-tanya ramai pihak. Tanpa perlu disembunyikan, PKR ada masalah dalaman ia, terutama faction fighting yang menyebabkan ramai ahli dan pemimpin berasa kecewa dengan parti yang berpaksikan Perubahan ini.
PR juga ada masalah, perbezaan ideologi ketiga-tiga parti komponennya masih tidak nampak penyelesaian dan kehilangan Anwar untuk menjadi “pendamai” antara DAP dan PAS sudah pasti akan menyemarakkan perbezaan ini.

Anwar, menggunakan riwayat hidupnya untuk berjuang memperkukuhkan demokrasi dan sistem dwi parti di Malaysia. Kecimpungan beliau selama 16 tahun di sebelah kerajaan sebagai Timbalan Menteri, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (1982-1998) banyak mengundang kontroversi terutama terhadap masyarakat bukan Melayu.
Tetapi pada tahun 1999, beliau tekad dengan penubuhan Parti Keadilan yang berbilang bangsa adalah salah satu “penebusan” terhadap kesalahan yang beliau lakukan terutama “Operasi Lalang” pada tahun 1989. Beliau juga pernah meminta maaf kepada rakyat pada tahun 2007, kerana merelakan berlakunya “Operasi Lalang”.

Dalam senario politik hari ini, sebenarnya tiada jalan untuk kebebasan Anwar, sudah nampak jelas, beliau akan meringkup di jeriji besi Sungai Buloh sehingga umur 73. Dunia antarabangsa hanya mampu mengkritik tindakan kejam kerajaan Malaysia, tiada apa yang mampu mereka lakukan terutama di saat Datuk Seri Najib Razak dianggap pemimpin Islam yang moderate kuasa barat.

Kita tidak boleh harap kuasa asing untuk membantu kita, ini tanah air kita, disebabkan itu, hanya kita sahaja yang mampu membebaskan diri kita daripada rejim pemerintahan. Kebangkitan gerakan Reformasi pada tahun 1998 banyak mengegarkan minda rakyat di negara ini. Mereka sedar akan ketirisan dan kerakusan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengajaran yang diterima Mahathir ialah kekalahan paling drastik dalam pemerintahannya pada PRU 1999.

Nescayalah, untuk lawan satu sistem yang rakus, jangan pilih jalan mengikut lunas undang-undang ini tidak akan mendatangkan kejayaan, sejarah membuktikannya. Hanya kebangkitan rakyat sahaja mampu digeruni puak pemerintah. Kejatuhan Suharto ialah satu penunjuk yang jelas, kebangkitan rakyat adalah satu-satunya cara untuk jatuhkan rejim yang zalim. Kalau hari ini Anwar selaku bekas Timbalan Perdana Menteri boleh dilayan sebegitu rupa, apakah kita rakyat marhaein di bawah ini. Detik 10 Februari 2015 sepatutnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan Reformasi 2.0, jalan raya adalah pilihan terbaik untuk tunjukkan kuasa rakyat.

Ramai yang risau, keadaan hari ini tidak sama dengan tahun 1998 dan 1999. PR menjadi pemerintah di beberapa negeri, PR sudah mempunyai ramai wakil rakyat, adakah mereka ini sanggup menggadaikan dan mengorbankan segala yang ada untuk turun ke jalan raya?
Saya percaya, pemimpin PR mampu membuat penilaian yang tepat, kalau rakyat bangkit, tiada alasan untuk mereka mahu berselindung di sebalik jawatan yang dimiliki. Tidak bermakna menjadi seorang menteri besar, ketua menteri, Exco, Adun dan ahli Parlimen di bawah sistem yang rakus. Pengamalan sistem Persekutuan menghadkan kuasa-kuasa kerajaan negeri, jikalau nak berubah sistem, kita bangkit dan lawan sehingga kita berjaya menampuk pemerintahan kerajaan pusat.

Reformasi 2.0: Mahasiswa UIAM diseru berhimpun di Masjid Negara esok

Azkar Zahidie



Berikutan keputusan mahkamah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Januari 2015, terdapat seribu satu sebab yang kukuh untuk mahasiswa segera bangkit dan mempersoalkan kredibiliti institusi kehakiman negara Malaysia.
Berdasarkan kepada semangat negara sivil yang bertamadun, institusi kehakiman negara mestilah bersifat bebas dan merupakan organ yang berlepas diri daripada mana-mana pengaruh atau kepentingan kuasa politik lain.
Namun apa yang berlaku pada sesi prosiding mahkamah kes Anwar yang lalu adalah sebaliknya. Mahasiswa mendapati terlalu banyak kepincangan dan disiplin undang-undang yang “dibakul sampahkan” oleh mahkamah dan kerajaan berdasarkan keputusan juri yang tempang dan berat sebelah pada hari tersebut.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 377A. Dan pada masa yang sama, Seksyen 377B memperuntukkan individu yang melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam Seksyen 377A boleh dihukum untuk tempoh yang mungkin dilanjutkan sehingga 20 tahun, dan boleh dirotan. "Penting untuk diperhatikan Anwar tidak didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol, walau mungkin terdapat dakwaan berlaku paksaan semasa dalam persidangan.
“Ini juga menyebabkan timbul persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang didakwa menyertai perlakuan liwat itu tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dan dibaca bersama dengan Seksyen 109 Kanun Keseksaan," kata Christopher Leong, presiden Majlis Peguam di dalam Malaysiakini.
Tuntasnya, mahasiswa secara keseluruhannya tidak berpuas hati terhadap keputusan, disiplin keadilan dan tatacara prosiding yang dilaksanakan, jelas terlihat satu usaha dan niat yang jahat untuk membunuh karier Anwar sebagai ahli politik amnya dan sebagai ketua pembangkang secara khususnya.

Pasca Anwar : Semangat kerjasama PR semakin utuh atau runtuh?

KUALA LUMPUR: Selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada Selasa, tidak pelik jika banyak persoalan berlegar di minda kita terutamanya persoalan jika semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal bersatu semakin utuh atau semakin runtuh.

Orang ramai mahu mengetahui apakah perancangan PR selepas keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Anwar semalam dapat mengekalkan kerjasama politik antara mereka.

Penganalisis politik Prof James Chin berkata kerjasama PR akan terus bertambah kuat, melainkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) melaksanakan undang-undang syariah Hudud di negara ini.

“Solusi yang terbaik untuk semua bagi PR adalah kesemua pemimpin utama PR yang sedia ada ini meletak jawatan dan memberi peluang kepada generasi yang baru untuk memimpin,” kata beliau yang kini merupakan Pengarah Asia Institute di University of Tasmania, Amerika Syarikat.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Madya Dr Shaharuddin Badarudin berkata kerjasama PR masih kuat jika dilihat berdasarkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan, baru-baru ini.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ahad bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu enakmen jenayah syariah atau hudud serta isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan, PBT.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu yang bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu enakmen jenayah syariah atau hudud serta isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan, PBT.

Kartunis Zunar lancarkan buku baru tentang isteri Najib

Poster buku ‘ROS di Tanah Kangkong’ karya Zunar yang hanya boleh dibeli melalui Internet. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Februari, 2015.

Walaupun terikat dalam pertempuran undang-undang dengan Putrajaya atas pengharaman dua buah bukunya dan kini ditahan mengikut Akta Hasutan, kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, bersedia untuk melancarkan sebuah lagi buku kartun – kali ini menumpukan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 "ROS di Tanah Kangkong" (RIKL) akan menjadi koleksi kartun Zunar yang hanya boleh dibeli melalui Internet.

Buku ini juga hanya dijual secara atas talian kerana kedai-kedai buku berada di bawah "tekanan besar daripada kerajaan," kata kartunis itu dalam satu kenyataan. Beliau kini direman polis kerana menulis tweet yang dianggap menghasut.

 "Mengapa saya memilih beliau (Rosmah)? Kerana ia adalah satu rahsia terbuka yang beliau adalah lebih dominan dan lebih berkuasa daripada perdana menteri sendiri. "Kartun bijak, saya amat kagum dengan beliau.

Beliau memberikan idea untuk saya dan beliau sangat kekartunan...sehinggakan, buku ini ditujukan khas kepadanya.

"Saya tidak boleh hidup sebagai kartunis jika bergantung kepada suaminya sahaja," kata Zunar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui isterinya Fazst Alin Adan, hari ini.

Zunar berkata akan memberikan Rosmah salinan eksklusif buku itu yang ditandatangani "untuk menunjukkan rasa terima kasih". Lebih daripada 140 kartun dalam buku ini akan merangkumi isu-isu seperti Akta Hasutan dan "membeli-belah dan bermain golf oleh PM dan isteri".

Najib must EXPLAIN his family wealth of hundreds of millions when he earn less than RM500K a year

Najib must EXPLAIN his family wealth of hundreds of millions when he earn less than RM500K a year - Tony
The New York Times (NYT) exposé published on 8 February 2015 entitled “Well connected at home, young Malaysian has appetite for New York” dealt not just with the billions of ringgit of Jho Low’s wealth and his connection with the troubled 1Malaysia Development Bhd (1MDB) which has accumulated RM42 billion of debt.
The exposé also surfaced the incredible wealth of Dato’ Seri Najib’s immediate family and raised questions on how this wealth has been accumulated.
The NYT report highlighted that the Malaysian Prime Minister, “who earns an annual salary of about $100,000 (RM350,000) as prime minister, has been battered by news media reports of his wife’s lavish spending”. It pointed out the example of a series of photos which showed the Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor holding at least nine different Birkin handbags which typically cost between US$9,000 (RM32,000) and US$150,000 (RM530,000) apiece.
My colleague Datuk Ariff Sabri, the Member of Parliament for Raub had alleged that the prime minister kept “piles and piles” of ringgit bills stacked in his safe. Invoices and other documents obtained by The Times show millions of dollars in jewelry ordered for Ms. Rosmah in Hong Kong in 2008 and 2009 — diamond and emerald rings, and diamond, emerald and ruby bracelets.
The Prime Minister’s Office defended Najib’s wealth by claiming that “neither any money spent on travel, nor any jewelry purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.”

Jho Low (left), Well Connected in Malaysia, Has an Appetite for New York
The NYT story also unearth the previously secret transactions of Dato’ Seri Najib’s 38 year old step-son, Riza Aziz who bought an apartment in Park Laurel, New York for US$33.5 million (RM117.5 million) and a house in Beverly Hills worth at least US$17.5 million (RM61.5 million) in hard cash. Both of these properties are curiously enough, purchased from Jho Low, whose wealth is similarly somewhat unexplained.
Riza Aziz has confirmed these transactions. In fact the Beverly Hills house has been demolished and will be rebuilt from ground for more millions of Dollars. All these funds appear to be at Riza’s disposal despite the fact that he had previously only been a junior-level banker at HSBC.