Rabu, 11 Februari 2015

Polis ada tugas yang lebih mustahak daripada jaga perhimpunan di luar penjara - Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta agar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya agar tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor yang dicadang diadakan malam ini.

Khalid juga  berkata beliau akan meminta pegawainya untuk berunding dengan pihak Wan Azizah supaya perhimpunan itu tidak diteruskan.

"Bila mereka berhimpun, polis terpaksa memperuntukkan sumber untuk kawalan. Jika perhimpunan ini berterusan, kita terpaksa menggunakan banyak sumber kita untuk memastikan keadaan aman.

"Jadi polis ada tugas yang lebih mustahak untuk kita laksanakan daripada menjaga Wan Azizah dan kumpulannya di luar penjara. Saya harap Wan Azizah berfikiran rasional dalam isu ini," tambah Khalid.

Khalid juga berkata pihak Wan Azizah tidak memohon sebarang permit untuk berhimpun.

"Perhimpunan mesti di tempat yang sesuai. Ini, dia (perhimpunan) akan mengganggu lalu lintas dan juga mengganggu penugasan Jabatan Penjara. Untuk permit diluluskan, tuan punya tempat mesti beri kebenaran berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam satu sidang media ibu pejabat parti itu malam tadi, Wan Azizah mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula hari ini (Rabu) sebagai menunjukkan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cahaya lilin solidariti Anwar di Penjara Sungai Buloh

SUNGAI BULOH - Seramai kira-kira 300 penyokong Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh malam ini.

Mereka berkumpul sambil memegang lilin menunjukkan tanda solidariti terhadap Anwar.

Beberapa pemimpin PR turut sama memberikan ucapan antaranya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail dan anak ketiga Anwar, Mohd Ehsan.

Tian Chua dalam ucapannya berkata, himpunan tersebut akan diadakan sepanjang malam sehingga Anwar dibebaskan.

"Ini bukan sahaja bertujuan untuk menuntut pembebasan Anwar tetapi juga untuk menunjukkan rakyat marah terhadap sistem perundangan negara," katanya.

Laungan "Reformasi" dan "Bebas Anwar" terus berkumandang namun himpunan berlangsung dengan aman.

Pihak keselamatan penjara berkawal seawal jam 8 malam dan himpunan bersurai jam 10.45 malam.

Hakim tinggalkan kamar masa Anwar berucap, pertama kali dalam sejarah


KUALA LUMPUR: Keputusan sebulat suara panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menghina khidmat patriotik Anwar selama 47 tahun kepada negara dalam memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah insani dan pembinaan negara-bangsa Malaysia, ia juga merupakan suatu perbuatan yang merugikan reputasi antarabangsa negara dan juga Wawasan 2020 di mana Malaysia diharapkan mencapai status negara maju dalam masa lima tahun lagi.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, akibat keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, Malaysia sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa bersabit persoalan kedaulatan undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia - tiada permulaan yang lebih buruk buat Malaysia pada tahun ini, sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB dan sebagai negara Pengerusi Asean.
Menurutnya, Amerika Syarikat, United Kingdom, kerajaan Kanada dan Australia, Kesatuan Eropah dan juga media antarabangsa serta badan hak asasi manusia semuanya telah menyatakan amaran terhadap keadaan Malaysia yang kian terjerumus menjadi sebuah negara ‘samseng’.
Tambahnya, jurucakap Majlis Keselamatan Dalam Negeri White House Bernadette Meehan berkata bahawa Amerika Syarikat amat runsing dengan pendakwaan Anwar dan resah dengan perihal kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Hutang RM2 Billion: 1MDB mungkin kena status ingkar

Firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin mungkin merangkul status pembayar ingkar jika tidak menunaikan bayaran pinjaman RM2 bilion menjelang akhir Februari, lapor Wall Street Journal.

Menurut laporan itu, bank di negara ini mengeluarkan kata dua itu apabila hilang sabar kerana 1MDB sudah dua kali melanggar tarikh akhir pembayaran pada November dan Januari.

"Individu yang mengetahui proses tersebut berkata, konsortium kreditor – termasuk Malayan Banking Bhd dan RHB Capital Bhd – memberitahu 1MDB untuk mengemukakan pelan pembayaran, jika tidak (mereka) akan menghadapi 'akibat keingkaran',” lapor akhbar bisnes itu.

1MDB ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

1MDB sebelum ini tetap dengan pendirian bahawa ia tidak pernah gagal membayar hutangnya.

Ancaman itu timbul susulan kenyataan Fitch Ratings bahawa status kewangan 1MDB menimbulkan “ketidakpastian” kerana kerajaan menjamin sebahagian daripada pinjaman itu.

Pinjaman RM2 bilion itu hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan liabilitinya berjumlah RM41.9 bilion setakat 31 Mac 2014.

Vigil for Anwar


Anwar Ibrahim: Reformasi! Kebangkitan Rakyat Malaysia


Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bincang atur program penerangan


anwar ibrahim


KUALA LMPUR, 11 FEB: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat (PR) berbincang untuk mengatur program penerangan kepada rakyat, dan perkara itu akan dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
“Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang bermesyuarat semalam membincangkan beberapa program penerangan kepada rakyat dan akan membentangkannya dalam Majlis Pimpinan akan datang yang akan dibuat pada petang Jumaat 13 Februari 2015.
“Mesyuarat kali ini akan dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” menurut kenyataan bersama dikeluarkan Majlis Setiausaha Pakatan PR yang terdiri daripada Anthony Loke Siew Fook, Datuk Mustafa Ali dan Rafizi Ramli.
Dalam pada itu, majlis tersebut menegaskan, Pakatan Rakyat tetap kukuh dan akan meneruskan perjuangan rakyat melawan kepincangan sistem dalam negara ini.

“March to Freedom” adalah kesinambungan perjuangan ini.

Oleh Nurul Nuha Anwar

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.
Semalam merupakan sebuah hari yang penuh dengan ujian. Harapan kami untuk tertegaknya keadilan musnah sama sekali. Setelah 17 tahun bergelumang dengan tekanan, fitnah, gangguan-gangguan dan penganiayaan berakhir dengan sebuah lagi hukuman penjara.
 Serangan demi serangan dilakukan untuk menamatkan karier politik ayahanda yang kami cintai. Penganiayaan jahat seperti ini ke atas ayahanda kami tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita ini. Dalam tempoh 17 tahun yang lepas, Ayahanda kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan kesungguhan serta erti keberanian, perjuangan, sifat belas kasihan dan yang paling utama, erti kasih sayang. Dialah contoh yang terbaik seorang yang berjuang menongkah arus melawan kezaliman. Nilai-nilai ini akan kekal bersama kami sehingga ke akhir hayat. Sebagai anak-anak, kami perlu mengambil alih, dan meneruskan perjuangan, harapan serta cita-cita ayahanda kami.

Penyatuan PR adalah kebebasan untuk Anwar

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ekoran pemulangan semula Anwar Ibrahim ke pangkuan peratah kuasa menerusi proses undang-undang yang dipertikaikan umum, PKR dan Pakatan Rakyat harus mencari hikmah disebalik tragedi itu dan bukannya cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dan kumpulan masing-masing atau menjadi jaguh musuh dalam selimut.
Keunggulan Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga berjaya mendapat 52% sokongan rakyat untuk menguasai Parlimen harus dikekalkan. Ketiadaan Anwar diluar bersama rakyat selama lima tahun hendaknya tidak menjadi alasan untuk menurunkan darjat dan wibawa Pakatan Rakyat.
Apa lagi kehilangan sosok hebat itu yang dilindungi dibalik tembok bukan bermakna semua indera nafas perjuangannya tamat, situasi itu bukan waktunya untuk diambil kesempatan bagi meluaskan lubang halus perpercahan yang kini ditebuki oleh rasa dan nafsu atau ego seseorang lantaran terpedaya dengan umpan terpasang jerat. Jangan jadikan hukuman lima tahun ke atas Anwar itu untuk melebarkan sengketa sesama sendiri atau terus menggerakkan gunting dalam lipatan atau merobahkan seluruh bulu (musang) menjadi ayam, sebaliknya semua harus berusaha menyumbat lubang kecil itu dengan keazaman yang membuak-buak. Berhentilah daripada menjadi musang tanggalung dan kembalilah kepada asal seekor ayam sejati.
Ada dua pihak atau entiti yang harus mengambil iktibar di atas tragedi yang berlaku. Pertamanya dari kalangan PKR sendiri. Ketiadaan Anwar yang menjadi teraju dan pengobar semangat menghidupkan PKR sebagai sebuah parti besar hendaknya tidak terbantut. PKR harus digemburkan dengan kekuatan dan persefahaman yang mantap. Jikalau ada percikan api perbalahan dan dengki yang wujud sebelum ini ia hendaklah dihembus secepat mungkin sampai asap pun jangan kelihatan lagi.
Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden parti harus memainkan peranan dan bertindak bijaksana memanggil segera barisan kepimpinan untuk mengejepkan jabatan salam dan kesatuan parti menghadapi lima musim yang penuh tercabar itu. Lima tahun mendatang akan menjadi musim ujian kesetiaan, kesungguhan dan perpaduan dalam PKR. Kemasukan Anwar ke dalam penjara ini adalah musibah yang menzahirkan ujian terbesar buat semua.

Sejarah 1999 berulang, hari malang buat rakyat Malaysia

Oleh Teo Kok Seong
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes beliau pada hari ini, begitu mengejutkan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, tetapi seluruh warga dunia yang mengikuti perbicaraan yang bermotif politik ini. Kami, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), merasa amat kecewa dengan keputusan para hakim.
Kami DAPSY bertekad akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menerajui gerakan reformasi rakyat hingga mencapai kemenangan dan menumbangkan parti Barisan Nasional yang korup dan kotor ini. Kami mahu membina politik dan demokrasi matang, bukan politik murahan dan berunsur fitnah. Buat keluarga Anwar, semoga tabah dan cekal hati menghadapi detik yang amat sukar ini. Kami rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan terus berdiri teguh bersama keluarga anda dan calon pilihan kami sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu Anwar.
Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan melakukan reformasi dengan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang yang mampu mengubah nasib dan masa depan Malaysia, negara kita yang tercinta. Lawan tetap lawan. Membujur lalu melintang patah.

Perjuangan Anwar Ibrahim Tidak Ada Titik Noktahnya

Oleh Abu Hassan Adam

Gadis belasan tahun yang bernama Malala pernah menyatakan, ‘you can shoot my body but not my dream’. Beliau merupakan manusia bertuah dar Pakistan yang sudah ‘mati’ dan hidup semula. Beliau telah ditembak dari jarak dekat dari sekpumpulan pelampau agama yang menentang pendidikan dikalangan anak perempuan. Dengan izin Allah beliau telah dapat diselamatkan oleh para doktor dari Birmingham apabilau beliau dibawa ke sana. Dan ketika ditemuramah oleh Christiana Amanpour beliau telah melafazkan kata-kata hikmat itu.
Dan mungkin begitu jugalah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang tidak akan berjumpa dengan titik noktahnya selagai hayat dikandung badan. Perjuangannya adalah ibarat seperti dian yang tidak kunjung padam yang akan sentiasa menerangi alam perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan di bumi bertuah ini. Walaupun jasadnya dipenjarakan, namun idealisme yang diperjuangkannya akan terus menjalar dan meresapi sanubari rakyat yang mahu meneruskan perjuangan beliau yang belum selesai. Slogan ‘ the consciense of the majority’ yang masih terngiang-ngiang di telinga para mahasiswa University Malaya tahun 1970an akan terus berkumandang untuk memantak telinga para anak muda awal Kurun ke 21, walaupun Anwar Ibrahim terpenjara. Idealisme perjuangannya akan terus menyala seperti menyalanya matahari pagi yang menerangi alam Malaysia ini.
Sebagai pemimpin rakyat yang sentiasa memperjuangkan keadilan pastinya penjara adalah merupakan ‘mainan’nya. Kajilah sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin agung dunia pasti akan terjumpa persamaan antara perjuangan mereka dengan yang dilalui oleh Anwar Ibrahim. Tentulah tidak lengkap rencana ini sekiranya tidak disebutkan nama-nama pemimpin agung seperti Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi. Tentulah tidak perlu diulang-ulang tentang kisah Mandela yang merengkok selama 27 tahun dalam penjara di Afrika Selatan tetapi akhirnya muncul juga untuk menerajui kepimpinan Afrika Selatan. Dan tentulah tidak perlu diulang-ulang kisah perjuangan Mahatma Gandhi menegakkan keadilan dan menentang penjajah British di India.

Konsisten Anwar dalam perjuangan

Oleh Abd Shukur Harun

PELBAGAI pihak, baik pemimpin Pakatan Rakyat, mahupun para penyokong, serta para penganalisis politik tidak merasakan perjuangan Pakatan akan terjejas dengan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan mereka merasakan perjuangan menegakkan keadilan akan bertambah hebat.

Ini adalah keazaman dan komitmen pimpinan Pakatan Rakyat seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Presiden PKR, Muhd Azmin Ali, Setiausaha Agung PAS, Datuk Haji Mustafa Ali dan lain-lain, yang percaya bahawa perjuangan Pakatan Rakyat akan diteruskan meskipun Anwar meringkuk dalam penjara selama lima tahun. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah terhadap Datuk Seri Anwar susulan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Presiden PAS itu berkata hanya undang-undang Islam mampu memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan kekeliruan.
"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya undang-undang syariah saja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
"Maka, perlulah semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam," katanya.
Presiden PAS itu menyatakan simpati kepada Anwar dan menyifatkan keputusan mahkamahh itu "satu lagi sejarah hitam negara".
Katanya, keputusan itu mengulangi tragedi yang ditanggung oleh Anwar sebelum ini, merujuk keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat pertamanya pada 1999 di mana Anwar dihukum penjara selama 9 tahun, tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan dan hukuman itu
"Untuk itu, rakyat perlu melihat konsisten politik Anwar untuk terus menjadi pejuang rakyat," kata beliau sambil menasihatkan Anwar, ahli keluarganya dan seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat (PR) supaya terus sabar dan istiqamah untuk kekal meeruskan perjuangan menegakkan keadilan bagi negara.
Sementara itu, buat sementara waktu ini, dalam suasana yang masih sedih dan kecewa dengan keputusan mahkamah itu, pemimpin Pakatan belum bersedia untuk memikirkan hal-hal lain, kecuali memikirkan segera siapakah ganti Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan dan juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

PAS Kelantan pertahan, bela Dr. Hatta

Borhanuddin mengajak rakan-rakan Dewan Pemuda Negeri dan Kawasan beristighfar serta tidak menanam sikap membenci pemimpin parti itu.
hattaPETALING JAYA: Setelah dituduh mengetuai gerakan komplot jahat menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Pemuda Pas Kuantan Isnin lalu, Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli mendapat pembelaan daripada Pemuda PAS Kelantan.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu digambarkan oleh Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Borhanuddin Ahmad sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan pendekatan sederhana dan cermat dalam segala tindakan.
Beliau yang pernah bekerja sebagai pembantu peribadi pemimpin itu dari tahun 2000 hingga 2014 mengenali Dr. Hatta sebagai seorang yang mencintai perjuangan PAS sehingga sanggup meninggalkan kerjaya doktor untuk menjadi petugas sepenuh masa di Pusat Penyelidikan parti itu.
“Dr. Hatta sanggup tinggalkan kerjayanya sebagai doktor dengan gaji yang besar semata-mata hendak berkhidmat kepada parti ketika di zaman Allahyarham Datuk Fadzhil Noor.
“Semua elaun, kenderaan dan kehidupannya serba sederhana dan PAS ketika itu pula sebahagian besarnya adalah golongan ulama. Itulah memikat jiwanya untuk berjuang bersama PAS.
“Kalau ada yang menuduhnya sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan Presiden PAS, saya amat bersimpati dengan tuduhan yang amat berat ini,” katanya, lapor MalaysiaGazette.
Isnin lalu, kira-kira 300 penyokong PAS diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim berkumpul di hadapan ibu pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mendesak parti mengambil tindakan ke atas Dr. Hatta.

Hukuman ke atas Anwar keterlaluan, tidak adil – Wanita KEADILAN

zuraidaKUALA LUMPUR 11 FEB: Hukuman penjara lima tahun yang dikekalkan ke atas Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim adalah keterlaluan dan tidak adil, tegas Wanita KEADILAN.
“Sabitan mengekalkan Anwar adalah keterlaluan dan sama sekali tidak adil.
“Bagaimana pejabat PM (Perdana Menteri) boleh mengeluarkan kenyataan mengatakan badan kehakiman adalah bebas ketika jelas kes ini adalah pendakwaan politik dengan agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat?” soal Ketuanya, Zuraida Kamaruddin pada kenyataan.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pertuduhan kes sodomi ke atas Anwar berlanjutan selama lebih 15 tahun dan beliau dibebaskan pada pertuduhan kali pertama kerana pengaruh yang semakin meningkat daripada Pakatan Rakyat.
Sebab itu katanya, Barisan Nasional tidak mempunyai pilihan, mereka mahu menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun.
“Wanita KEADILAN amat kecewa dengan keputusan mahkamah dan terkejut dengan cara keadilan itu dikompromi.
“Hakim-hakim yang memilih untuk berada di pihak yang gelap akan dihakimi oleh Allah.
“Rakyat akan ingat dan menghukum BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 atas ketidakadilan yang tidak boleh dimaafkan ini,” tegas Zuraida.

Wan Azizah rayu Anwar tidak lagi dipukul seperti 1998

WawiKUALA LUMPUR 11 FEB: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap suaminya, Anwar Ibrahim selamat dan tidak lagi dipukul seperti yang diperlakukan oleh mantan Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini.
“Moga Anwar tidak diapa-apakan di penjara seperti pukulan bekas KPN pada tahun 1998 yang lalu,” tulis Wan Azizah di twitter.
Hari ini, Wan Azizah sekeluarga dikunjungi saudara mara dan rakan seperjuangan yang berterusan memberi sokongan.
“Dikunjungi sahabat handai dan pendukung keadilan…mereka hadir berikan sokongan,” kata Wan Azizah lagi.
Sebagai rekod, Anwar hadir di mahkamah pada 29 September 1998 dengan keadaan mata lebam akibat ditumbuk KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Imej itu menjadi simbol kezaliman Umno BN dan penentangan rakyat ketika era reformasi.

PAS akan siasat demo, Mustafa minta Zuhdi tidak ‘cirit birit’ mulut

PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".
"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider. 

Mustafa minta  Zuhdi tidak ‘cirit birit’ mulut
Zuhdi dalam kenyataannya semalam mempertikaikan tindakan Mustafa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang menafikan adanya komplot menggulingkan presiden PAS itu. Menurut Zuhdi, beliau sudah bersemuka dengan Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan melihat dakwaan dalam bentuk akuan berkanun dan bukti daripada aplikasi Whatsapp berhubung perkara itu.

Beliau menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes itu.
"Penafian simplistik Salahuddin dan Mustafa yang tiada komplot untuk menggulingkan presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini.

"Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru', disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah," kata Zuhdi dalam kenyataan medianya semalam.

Mkini anjur forum 'politik tanpa Anwar' esok

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, rakyat terus tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi pada Pakatan Rakyat dan bagaimana bentuk politik negara jika gerakan pembangkang menjadi lemah.

Keluarga Anwar menganjurkan kempen 'Berarak demi kebebasan' dan PKR pula menganjurkan protes nyalaan lilin mulai malam ini di depan penjara Sungai Buloh.

Apakah siri kempen ini akan mendapat sambutan dan apakah pemenjaraan Anwar itu membangkitkan kemarahan rakyat?

Bagaimana pula impaknya terhadap Umno dan BN - sama ada positif atau sebaliknya?

Semua pertanyaan seumpama ini akan terjawab dalam forum 'Anwar dipenjara: Masa depan politik Malaysia' esok.

Selain bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan aktivis politik Hishamuddin Rais, tokoh-tokoh lain yang akan membahaskan topik ini termasuklah naib presiden PKR Tian Chua, ahli jawatankuasa PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dan ahli jawatankuasa DAP, Liew Chin Tong.

Forum ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Malaysiakini setelah berpindah ke bangunan barunya di Petaling Jaya tahun lalu.

Fitnah Liwat II: PMO jawab isu kenyataan tangkasnya

Tindakan pantas Pejabat Perdana Menteri dalam mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kritikan baru.

Kritikan tersebut timbul kerana tindakan perdana menteri tidak setangkas itu apabila menghadapi tragedi seperti kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perdana Menteri hanya mengadakan sidang media pada malam kejadian pada 8 Mac.

Dalam kes penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai lalu, para pengkritik mendakwa PMO mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kenyataan.

Najib mengadakan sidang media pada dinihari berhubung kes pesawat malang tersebut.

Dalam kes bencana banjir yang melanda pantai timur semenanjung pada Disember lalu, PMO juga hanya memberi reaksi beberapa hari kemudian.

Najib juga dilaporkan bergegas pulang selepas gambar menunjukkan beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii muncul di Internet.

Namun, PMO tangkas mengeluarkan kenyataan berhubung sabitan kes Liwat II semalam hanya dalam tempoh 15 minit, malah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar.

Petisyen untuk Obama bebaskan Anwar

Sebuah petisyen terhadap Barrack Obama sedang diusahakan supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen orang ramai itu mensasarkan kutipan 100,000 tandatangan supaya gesaan mereka layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Kenyataan rasmi harus dikeluarkan selepas itu.

Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Baru 24 jam, petisyen di laman khas disediakan Rumah Putih itu kini sudah berjaya mengumpulkan hampir 20,000 (ketika berita ini ditulis) sokongan pelbagai pihak.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas “tuduhan yang direka-reka”.

"Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan.

“Pembebaskan Anwar Ibrahim dari penjara harus menjadi keutamaan dalam dasar AS terhadap Malaysia, untuk menjadikan maju dalam pelbagai bidang,” menurut petisyen itu.

Antara paling banyak sokongan

Menurut undang-undang AS, hak mempetisyen presiden termaktub dalam perlembagaannya supaya orang ramai dapat mengetengahkan pelbagai isu untuk perhatian negara itu.

Sejarah berulang, Anwar kembali meringkuk di penjara


Tiga Kes Di Era Najib Yang Menjadikan Api Lebih Membakar Dalam Sekam

Walaupun barangkali ada yang terlalu gembira dengan perginya Anwar Ibrahim ke penjara, termasuk ada yang berura-ura mahu bersedekah pisang di masjid pada Jumaat ini, realitinya hukuman itu lebih merugikan Najib Razak yang masih tersembam dalam persepsi buruk di mata rakyat ketika ini.

Selain beberapa negara luar seperti termasuk AS, Australia dan Kesatuan Eropah yang nyata tidak gembira dengan hukuman tersebut, kesedihan rakyat dalam negara yang bercampur simpati dengan hukuman itu juga sudah boleh dirasai di mana-mana.

Kesedihan dan simpati rakyat ini walaupun tidak diluahkan secara terbuka sebagaimana kali pertama Anwar dihantar ke penjara dulu, namun mereka seolah-olah sedang memendamnya dalam perasaan dan hanya menunggu tarikh pilihanraya akan datang untuk meluahkan segala-galanya.

Untuk itu, janganlah terlalu bergembira dengan hukuman yang diterima Anwar dan boleh jadi pisang yang mahu disedekahkan itu adalah juga untuk meraikan sebuah kejatuhan yang lain di masa akan datang.

Sementara Anwar sekali lagi bertegas dalam ucapannya di mahkamah semalam bahawa beliau tetap tidak bersalah dan kejadian itu tidak pernah berlaku, yang lebih membimbangkan rakyat kebanyakan waktu ini ialah semua keraguan yang ditimbulkan sepanjang perbicaraan telah ditolak sama-sekali.

Dengan itu, walaupun ada yang berhujah bahawa perbicaraan ini telah berlangsung hampir tujuh tahun serta berlaku 70 kali penangguhan dan ini bermakna aspek keadilan tidak seharusnya berbangkit lagi, tetapi yang nyata di mata rakyat semua keraguan yang ditimbulkan semasa  perbicaraan telah ditolak sama-sekali.

Keadilan yang seperti tidak tertegak sepenuhnya dalam kes Anwar ini juga segera mengingatkan rakyat kepada dua kes mahkamah lain yang berlaku sepanjang era pentadbiran Najib sebelum ini iaitu Razak Baginda yang dituduh bersuhabat dalam pembunuhan Altantuya dan Azilah Hadri serta Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh model atau penterjemah kelahiran Mongolia itu.

Dalam kes Razak, beliau telah didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan kesnya tidak dirayu langsung ke mahkamah yang lebih tinggi. Anwar juga bebas di peringkat Mahkamah Tinggi tetapi kesnya segera dirayu.

Nuha berkempen, Izzah minta jaminan.

Nuha bangkit hentikan kezaliman ke atas bapanya melalui kempen 'March to Freedom".
nurul nuha2KUALA LUMPUR : Anak kedua Ketua Pembangkang PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar Ibrahim mahu terus memperjuangkan hak bapanya melalui kempen “March to Freedom” yang dilancar hari ini selepas ayahnya dikenakan hukuman penjara semalam.
“Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami dan memberi suara kepada rakyat yang berhadapan dengan kezaliman di Malaysia.
Selepas mengharungi hari yang penuh cabaran dan tidak berpihak kepada Anwar, Nuha masih tidak penat malah kelihatan lebih bersemangat untuk menentang kezaliman yang berlaku ke atas bapanya.
Dia mengajak ahli parti bersama-sama dia dalam memperjuangkan ketidakadilan dan menghentikan kezaliman ini daripada terus berlaku.
“Kempen ini adalah untuk mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa keadaan sistem kehakiman negara dan kami ahli parti akan sentiasa memperjuangkan kebebasan untuk beliau,” katanya yang ditemui dalam sidang media di kediaman keluarga itu sebentar tadi.
“Peguam kami juga sedang berusaha untuk menyemak kembali keputusan semalam di mahkamah,” katanya apabila ditanya tentang langkah lanjut yang sedang diusahakan.

Keluarga Anwar mahu jaminan keselamatan, elak kes mata lebam & arsenik

PC Nuha Ibrahim March of Freedom (1)KUALA LUMPUR 11 FEB: Nurul Nuha, anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa memberi jaminan bapanya tidak berdepan dengan kemungkinan berdepan risiko kes racun arsenik di penjara Sungai Buloh.
Nurul Nuha dalam sidang media pertamanya berkata kejadian yang berlaku ketika pemenjaraan Anwar dalam kes Fitnah I itu menjadikan mereka sekeluarga risau dan khuatir memikirkan keadaannya.
“Kami terpaksa menghantar sampel kencing dia ke Australia dan dinafikan oleh pihak berkuasa penjara Sungai Buloh bahawa dia tidak diracuni.
“Sampai makmal di Australia mengesahkan dia diracuni arsenik dan keputusan itu dihantar ke HUKM,” kata Nurul Nuha.
10400002_10153206644801840_4109864929052264175_nBeliau dan keluarga tidak dapat tidur malam tadi, mengenang kembali memori keadaanya ayahnya di penjara.
“Adakah keadaan di sana selesa atau ada banyak lipas,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya dan keluarga hanya mengharapkan jaminan dari pihak berkuasa penjara mengenai keselamatan ayah mereka.
Beliau berkata demikian kerana merasa terkesan dengan kejadian pada 1998 apabila Anwar dipukul Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.
anwar-lebam-01-copy-736880“Masalahnya kita bukan tidak percaya, bukan soal untuk menolak. Soalnya kita letakkan kepercayaan pada malam 20 September 1999, saya dan ibu saya minta jaminan daripada Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu dengan penuh hormat.
“Tetapi apa yang berlaku? Ketua Polis Negara memukul Datuk Seri Anwar sedang beliau bergari dan tertutup matanya.
“Kita setakat ini tidak mendakwa sesuatu yang di luar lingkungan, hanya mengatakan berikanlah sedikit jaminan kepada kami supaya kami merasa yakin,” katanya.
Beliau berkata, beliau sekeluarga semalam mahu melawat ayahnya di penjara namun tidak diberi kebenaran.

Anwar Dipenjara: Saya sukar tidur malam - Nurul Nuha

Nurul Nuha ketika menceritakan perasaannya dan keluarga ketika ini. 
KUALA LUMPUR – “Terlalu banyak memori, sejujurnya kami memang tidak boleh tidur,” demikian luahan puteri kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha ketika menceritakan perasaannya dan keluarga ketika ini.

Nuha berkata, perasaan sukar tidur itu datang kerana mereka sering memikirkan bagaimana keadaan bapanya di dalam penjara.

“Mungkin ada lipas dan sebagainya, entah papa boleh tidur atau tidak.

“Kami mahu kembali sebagai satu keluarga, pelukan terakhir papa sebelum meninggalkan kami, menyebabkan segala memori tahun 1998 ‘muncul semula’,” katanya lagi pada sidang media, di sini, hari ini.

 Mahkamah Persekutuan semalam,  memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bermula semalam di Penjara Sungai Buloh.

Berkata lanjut, Nuha menegaskan, walaupun sesukar mana kehidupan mereka sekarang, mereka sekeluarga akan terus kuat untuk meneruskan kehidupan.

“Jangan tunjukkan yang kita lemah, sebab nanti mereka akan kalahkan kita, kami akan teruskan perjuangan ini,” katanya lagi.

Susun gerak kerja terancang melalui PBB, negara asing untuk bebaskan Anwar - Nurul


“Tak mahu sejarah arsenik berulang pada papa,” kata Nurul Nuha

nurul  nuha
Nurul Nuha Anwar tidak dapat menahan kesedihan ketika bercakap mengenai situasi bapanya dan keluarganya ketika sidang media di rumah kediaman mereka di sini pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 11 Februari: 
Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan kejadian yang sama berulang kepada ayahnya ketika berada di dalam penjara Sungai Buloh.
Nurul Nuha Anwar, di dalam sidang media berkata kejadian tersebut menjadikan mereka sekeluarga risau dan khuatir berkenaan keadaan bapanya di dalam penjara.
“Masa dulu dia diracuni arsenik, masa di penjara Sungai Buloh. Kami terpaksa menghantar sampel kencing dia ke Australia dan dinafikan oleh pihak berkuasa penjara Sungai Buloh bahawa dia tidak diracuni.
“Sampai makmal di Australia mengesahkan dia diracuni arsenik dan keputusan itu dihantar ke HUKM.
“Kami tak dapat tidur malam tadi, mengenang kembali memori kami sekeluarga dan memikirkan apa yang dibuat papa di sana, adakah keadaan di sana selesa atau ada banyak lipas,” katanya di dalam sidang media yang diadakan di kediaman Anwar di Segambut awal pagi tadi.
Menjelaskan berkenaan perkara itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya dan keluarga hanya mengharapkan sedikit jaminan dari pihak berkuasa penjara mengenai keselamatan ayah mereka.
Beliau berkata demikian kerana merasa terkesan dengan kejadian yang pernah berlaku pada tahun 1999 yang mana Anwar dipukul Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.

Kak Wan tidak keseorangan - Siti Zailah

KOTA BHARU: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak keseorangan melalui kesedihan kedua yang berulang dalam keluarga mereka, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Beliau berkata, rakyat bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas Ketua Pembangkang.

“Bagaimanapun kita yakin rakyat sentiasa bersama Datuk Seri dan Kak Wan merasai kesedihan di atas hukuman yang menimpa,” katanya di sini.

Semalam Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat, dengan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadap beliau.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, Anwar boleh dipenjarakan, namun mereka tidak boleh memenjarakan semangat rakyat dan perjuangan mereka.

“Sebenarnya kami sudah menduga sejak awal lagi usaha memenjarakan semula Anwar semata-mata bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Oleh itu beliau merakam ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

'You can't underestimate wisdom of the masses' says Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim


Anwar's daughter's distraught, but undefeated


Anak-anak Anwar rayu sokongan rakyat


Nurul Izzah keeps mum on sister joining politics


Tears as Anwar's daughter launches 'March to Freedom' campaign


BRACE FOR MORE NAJIB SHENANIGANS: 1MDB in default if RM2 bil loan unpaid by Feb 18 - bankers

Malaysian bankers will trigger an event of default (EOD) if state strategic investor 1Malaysia Development Bhd (1MDB) fails to repay a RM2 billion loan for its power unit taken in May 2014, say sources.
The loan has been rolled over twice with the last deadline being last month and is part of a RM5.5 billion debt taken by a unit of the company wholly owned by the Finance Ministry.
The 1MDB subsidiary, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, took the loan last May to refinance a RM6.17 billion bridging loan taken in 2012 to part finance the purchase of power assets.
The remaining RM3.5 billion has been converted into a 10-year term loan due in August 2024.
"A line has been drawn in the sand and its February 18 or the EOD will be triggered," a source familiar with the matter told The Malaysian Insider.
Maybank has 58.99% of the RM2 billion loan while RHB has 32.41%. The other lenders are Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) and Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
Other sources have confirmed that a letter to that effect has been sent to 1MDB, which has been negotiating a loan with tycoon T. Ananda Krishnan to repay the debt.
It is not known if the media-shy billionaire has agreed to provide the loan. But critics say it is unprecedented for a government-owned firm to be indebted to a citizen.
EOD is an action or circumstance that causes a lender to demand full repayment of an outstanding balance sooner than it was originally due.
Maybank has 58.99% of the RM2 billion loan while RHB has 32.41%. The other lenders are Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) and Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
Other sources have confirmed that a letter to that effect has been sent to 1MDB, which has been negotiating a loan with tycoon T. Ananda Krishnan (pic, left) to repay the debt.
It is not known if the media-shy billionaire has agreed to provide the loan. But critics say it is unprecedented for a government-owned firm to be indebted to a citizen.
EOD is an action or circumstance that causes a lender to demand full repayment of an outstanding balance sooner than it was originally due.

Penglibatan Jho Low dalam 1MDB, Najib didesak berlaku jujur kepada rakyat

DAP sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan masalah sebenar dihadapi 1MDB, selain penglibatan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam syarikat milik penuh kerajaan itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, laporan terbaru yang didedahkan New York Times semalam menunjukkan 1MDB dan Jho Low sememangnya mempunyai urusan antara satu sama lain.
“Pendedahan New York Times semalam bahawa Low ‘kerap berunding mengenai tindakannya’ seperti mana dinyatakan tiga individu yang sentiasa berurusan dengan 1MDB, tetapi tidak mahu dikenali bagi memelihara hubungan adalah amat mengejutkan.
“Ini fakta bahawa Low dan 1MDB sejak beberapa tahun kebelakangan ini menipu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Jho Low sebelum ini bermati-matian berulang kali menafikan penglibatannya dengan 1MDB dan pernah mendakwa beliau ‘tidak pernah menerima pampasan’.
Dalam satu kenyataan 5 Mei tahun lalu, Low mempertahankan dirinya tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan dengan 1MDB atau sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA)
Jurucakapnya mengatakan, Low dan syarikatnya tidak pernah menerima pampasan atau naungan secara terus daripada mana-mana entiti milik kerajaan.
Kenyataan yang dipetik menyatakan Low tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB, dan hanya dilantik sebagai penasihat dalam TIA setelah diundang pemegang saham bermula Januari hingga Mei 2009.
Pada tahun 2012, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu Datuk Shahrol Halmi turut menafikan peranan Low yang disifatkannya sebagai ‘sifar’.
Namun tegas Tony, kini pembohongan tersebut dengan sendirinya terdedah bahawa peranan Low tidak pernah menghampiri angka ‘sifar’.

Siapa sebenarnya hartawan Jho Low?

Siapa sebenarnya hartawan Jho Low?
KUALA LUMPUR: Awal minggu ini, The New York Times (NYT) telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk 'Jho Low, Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New York' mengenai seorang ahli kewangan muda yang berasal dari Malaysia.

Artikel mengenai Jho Low atau nama sebenarnya Taek Jho Low di NYT turut mengeluarkan artikel berbahasa Melayu.

Persoalannya sekarang adalah siapa Jho Low dan kenapa namanya disebut-sebut di media antarabangsa termuka itu?

Taek Jho Low

Jho Low membesar di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan elit di Harrow School, England dan melanjutkan pelajarannya di Wharton School of the University of Pennsylvania di Amerika Syarikat.

Jho Low kini berusia 33 tahun. Berdasarkan laporan NYT tersebut, Jho Low mula mendapat perhatian umum semasa beliau dalam usia 20-an di mana beliau menghabiskan ribuan US dollar bersama rakan-rakannya di kelab malam sekitar Manhattan.

Dari situ, dalam laporan tersebut timbul spekulasi tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang.

The New York Times
Hartawan Jho Low bersama artis Hollywood, Alicia Keys di satu acara di luar negara. - Sumber Foto Facebook Jho Low

Anomali yang nyata mendorong persepsi Anwar dianiaya, kata Majlis Peguam

Persepsi yang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dianiaya menerusi kes Liwat II beliau didorong "anomali yang amat nyata," termasuk tiada tindakan dikenakan terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Majlis Peguam hari ini.
Presidennya Christopher Leong berkata, pertuduhan terhadap Anwar dibuat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan yang jarang digunakan.
"Oleh itu, adalah luar biasa Anwar didakwa dan disabitkan dua kali bagi kesalahan yang dikatakan perbuatan seks antara orang dewasa, di mana pertuduhan itu tidak mengandungi unsur-unsur paksaan.
 "Kita hidup dalam dunia yang aneh. Anomali yang ketara ini didorong persepsi yang Anwar dianiaya, dan bukan didakwa," kata Leong dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat Saiful di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jun 2008.

DAPSY bertekad teruskan perjuangan tegakkan keadilan


teo kok seong


KUALA LUMPUR, 11 FEB: Biarpun kerajaan zalim UMNO-BN telah berjaya dalam misi mereka memenjarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ia bukan satu pengakhiran bagi perjuangan untuk menegakkan keadilan dan melakukan reformasi, kata Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong.
Teo berkata, perjuangan menegakkan keadilan tetap akan diteruskan sehingga kerajaan zalim UMNO-BN dapat ditumbangkan.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat untuk bangkit melakukan reformasi dengan memilih kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang agar nasib mereka dapat diubah dari pemerintahan kotor kerajaan sedia ada.
“Keputusan Mahkamah Persekutuan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes beliau begitu mengejutkan bukan saja kepada rakyat Malaysia malah seluruh dunia yang mengikuti perbicaraan bermotif politik itu.
“DAPSY berasa amat kecewa dengan keputusan para hakim. Kami bertekad akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menerajui gerakan reformasi rakyat hingga mencapai kemenangan menumbangkan BN yang korup serta kotor ini.
“Kami mahu membina politik dan demokrasi matang, bukan politik murahan yang berunsur fitnah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tweet kecam hakim, Zunar direman 3 hari

Polis mendapat perintah reman tiga hari terhadap kartunis Zunar yang ditahan malam tadi ekoran tweet mengecam pihak “berjubah hitam” selepas kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Zunar disiasat bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan ekoran tweet yang dibuat selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Tulisan di Twitter itu berbunyi: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar malam tadi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menujukan tweet itu kepada semua hakim di seluruh dunia dan tidak spesifik pada pihak tertentu.

Bukti Saiful Bukhari Azlan Sangat Menderita Bak Kata Peguam.

Ada banyak perkara yang aku tak dapat faham dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim sebagai tertuduh (dan telah pun dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun) dengan mangsa yang mengfailkan aduan kerana diliwat, Saiful Bukhari Azlan.

Antara yang aku tak faham ialah bagaimana Saiful dengan begitu mudah sanggup menyalin seluarnya kepada tuala semata-mata mahu memudahkan proses liwat paksa itu berlaku atas nama dia takutkan insan bernama Anwar Ibrahim.

Aku pun pernah juga jumpa Anwar Ibrahim.

Dan ramai di antara kita pernah berjumpa Anwar Ibrahim.

Sebangang-bangang manusia itu sekalipun, aku tak fikir kalau Anwar suruh salin kepada tuala untuk meliwat, kita semua akan bebal-bebal pergi ikut saranan tersebut. Apatah lagi ketika itu hanya berdua. Tiada orang ketiga, tiada pistol diacukan, tiada pula tekanan yang memaksa kita tunduk kepada saranan tersebut.

Aku juga tak faham. Punya la bersepah-sepah kes jenayah di Malaysia ini. Yang menindas ramai di kalangan rakyat biasa. Tetapi barisan peguam terbaik, peguam berpengalaman, barisan peguam senior, pendakwaraya semuanya bersedia untuk beri yang terbaik bagi membela Saiful Bukhari Azlan yang diliwat.

Bagaimana pula dengan kes rakyat biasa yang tertindas, dirompak, dizalimi, kena ragut apa semua? Prosesnya sangat cikai. Lapor kes, buat aduan dan kalau ada bukti, dapatla tangkap penjenayah dan berbicara la kesnya di mahkamah. Pendakwaraya yang ditugaskan pula standard biasa dari segi pengalaman dan kemampuan untuk memenangi kes.

Kalau takde bukti, lantak la disitu. Bertahun2 atau sampai mati apa yang tertimpa ke atas kita tidak dapat diselesaikan.

Masih ingat kes yang mana satu keluarga dari Kedah, yang kehilangan 3 anak sekaligus? 2 perempuan dan satu lelaki? Kes tue sebenarnya buat aku rasa sayu sampai sekarang. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana ibu bapa yang sudah la dihimpit masalah hidup, orang susah, orang miskin, takde duit, anak2 yang ada pula mati dibunuh begitu saja, bukan satu, bukan dua tapi ketiga-tiga anak yang keluarga itu ada mati dibunuh.

Aku tak nampak kerajaan Malaysia beria2 menyelesaikan kes tersebut. Barisan peguam terbaik atau pendakwaraya terbaik pun tidak diberikan kepada keluarga tersebut sebagai tanda kita bersolidariti. Jauh sekali kerajaan kita mahu mencurahkan rasa simpati dan prihatin. Takde sesiapa mahu bersimpati kepada keluarga tersebut atas nama kerajaan. Yang ada orang perseorangan dan rakyat biasa seperti kami. Bagi aku, dalam banyak2 kes jenayah yang berlaku di Malaysia, kisah di Kedah itu antara yang memberikan kesan dalam hidup aku. Ia terlalu sedih sampai aku tak boleh lupa.

Tapi ini berbeza dengan Saiful. Dia ada penyokongnya tersendiri. Bajunya tersendiri. Di angkat melalui pelbagai portal pro BN bahkan peguam Shafee pun siap kata hidup Saiful musnah dan hancur kerana kes tersebut. Katanya lagi, Saiful menderita.

Owh. Ye ke Saiful menderita?

Anwar mangsa penganiayaian politik UMNO- Nurul Izzah

Nurul Izzah semasa sidang akhbar di kediaman ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur hari ini.
Penganiayaan politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi badan kehakiman berlaku kerana beliau merupakan ancaman nombor satu kepada kekuasaan UMNO.
 
Itu dakwaan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kes liwat yang akhirnya membawa bapanya dipenjara semalam.
 
"Kes ini bukan sahaja mengenai Anwar Ibrahim tetapi dunia harus tahu bahawa terdapat penganiayaan yang jauh lebih besar dan tersusun yang sedang berlaku di Malaysia. Dunia perlu tahu bahawa suara-suara kebebasan sedang dianiaya menggunakan undang-undang keji zaman penjajah sementara puak ekstremis dan isu perkauman dimainkan serta dilindungi," ujarnya dalam satu sidang media bersama adik-adiknya di kediaman ayah mereka dekat sini  hari ini.
 
Menurut Nurul Izzah, dunia perlu tahu di Malaysia juga tiada kebebasan media, tiada pilihanraya bebas dan adil.
 

'Atasi segera perselisihan yang timbul' - Majlis Setiausaha PR


Ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yakin sebarang perselisihan yang timbul akan segera diatasi demi kelangsungan perjuangan rakyat.
 
"Inilah masanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat merapatkan saf untuk berdepan dengan cabaran semasa negara," katanya.
 
Sehubungan itu, majlis tersebut mengutuk keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan ketua pembangkang itu dan mengekalkan hukuman hukuman lima tahun penjara.
 
"Buat kesekian kalinya sistem perundangan di Malaysia hilang kredibilitinya. Kes ini akan menambahkan lagi senarai bukti kukuh segala jenis penganiayaan dan tekanan kepada pembangkang di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Majlis itu menegaskan bahawa Pakatan tetap kukuh dan akan meneruskan perjuangan rakyat melawan kepincangan sistem dalam negara ini. 
 

Dalam tangis, Nuha kempen bebas papa

Sepanjang bapanya aktif dalam politik, Nurul Nuha Anwar tidak pernah terlibat sama.

Bagaimanapun, seperti ibu dan kakaknya yang terheret ke dunia itu tanpa mereka duga, Nuha juga kini tiada lagi pilihan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memandang.

Begitu mungkin perasaan Nuha hari ini ketika mengumumkan usaha anggota keluarganya buat Anwar.

“Kami akan bentuk urus setia untuk ketuai kempen menuntut pembebasan Anwar dan melawan ketikadilan,” kata Nuha sambil menangis.

Nuha dilihat bakal memainkan peranan penting menggantikan tugas lobi melobi dan perang saraf, termasuk di peringkat antarabangsa, seperti dilakukan kakak sulungnya Nurul Izzah, ketika Anwar ditangkap pada 1998.

Izzah, ketika itu remaja belasan tahun, kini merintis peranan lebih besar dalam PKR sebagai naib presiden PKR.

“Puteri Reformasi” ketika itu menjadi lambang remaja cekal yang selalu memakai tag “Justice for Papa” (Keadilan buat Papa) dan sering melambai daripada bumbung kereta kepada penyokong bapanya.

Dalam sidang media hari ini, anggota keluarga Anwar mendedahkan mereka akan menganjurkan kempen “Berarak Demi Kebebasan” yang diketuai Nuha.

Kempen itu termasuk pertemuan dengan rakyat Malaysia di luar negara bagi menggembleng setiakawan terhadap bapanya yang kini di balik tirai besi penjara Sungai Buloh.