Selasa, 10 Februari 2015

Wan Azizah: Pakatan akan bincang Ketua Pembangkang baharu

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan berbincang untuk menamakan penganti Ketua Pembangkang yang baharu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau juga menolak andaian Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilantik ke jawatan itu sekalipun beberapa penganalisis mencadangkan demikian.
“Terlalu awal untuk diputuskan. Kita akan bincangkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media sekitar 10 minit itu selepas mesyuarat parti malam ini.
Wan Azizah berkata, calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang kosong berikutan pemenjaraan Anwar juga belum diputuskan lagi.
Terdahulu, beliau berkata, PKR mengecam keputusan memenjarakan suaminya dan menganggapnya sebagai konspirasi politik bagi melemahkan kebangkitan rakyat.
“Keputusan itu memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman,” katanya.

Belum pasti Azmin jadi ketua pembangkang, kata Wan Azizah

Tidak dapat dipastikan sama ada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diangkat menjadi ketua pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana keputusan masih belum dibuat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu berkata, mesyuarat peringkat Pakatan Rakyat (PR) akan dibuat dalam masa terdekat bagi memutuskan pemimpin yang layak memegang jawatan tersebut. "Mana dengar berita itu? Kita tak putuskan apa-apa lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR, malam ini.

APAKAH FAEDAH YANG MENGEJAR NAMA DALAM 'BOOKS OF RECORDS' ???

Adakah kualiti perkhidmatan POS M'sia semakin canggih ??? atau penghantaran semakin cepat & cekap ???
APA ADA PADA NAMA beriya2 nak sumbat dalam Books of Records...
ADAKAH KOS SARA HIDUP RAKYAT semakin baik atau mutu pendidikan rakyat semakin berkualiti setelah NAJIB lebur duit rakyat RM2 JUTA PROMOSI GOLF di peringkat sekolah ???

Inilah kata2 HAKIM KES LIWAT II pada hari ini..

"Saiful seorang saksi yang BERWIBAWA"
..dan lagi..
"Dalam kes ini, ia memerlukan keberanian luar biasa bagi lelaki muda seperti Mohd Saiful" -kata Hakim Arifin
Beginilah rupa sistem kehakiman negara kalau korang nak tahu... Kes pengadilan lubang jubo Saiful lebih popular & dpt perhatian penuh serta 'SUPPORT' dari KERAjaan berbanding kes pembunuhan Altantuya...

Inilah Tanahairku...


BENARKAH ANWAR LUCUT kelayakan Ahli Parlimen ...


Wan Azizah: Kami tidak akan mengalah

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR, malam ini. - Foto SINAR HARIAN oleh ROSLI TALIB dan AFIQ RAZALI
PETALING JAYA - "Pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan semangat dan daya juang PKR," demikian ujar Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di ibu pejabat parti itu, di sini, malam ini.

Bercakap kepada pemberita, Wan Azizah menegaskan, kepimpinan dan jentera PKR akan terus diperkukuh untuk meneruskan perjuangan melaksanakan agenda rakyat demi negara yang lebih baik.

"Kes ini jelas adalah satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin mengancam kedudukan parti lawan. Kami juga tekad untuk memperkukuhkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat," tambahnya lagi.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu sekali gus menolak rayuan Anwar.

Sehubungan dengan itu, beliau akan dibawa ke Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara lima tahun bermula hari ini.

Fitnah 2: Perhimpunan solidariti setiap hari luar Penjara Sungai Buloh

Keputusan DSAI di Mahkamah persekutuan Putrajaya (9)ETALING JAYA, 10 FEB: PKR akan memfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Fitnah 2 yang mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR juga menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan solidariti di luar penjara Sungai Buloh setiap hari, bermula malam esok.
Katanya, PKR mengecam keputusan terbabit dan menganggap ia adalah konspirasi politik bertujuan melemahkan kebangkitan rakyat.
“Dapatan mahkamah bahawa Saiful Bukhari adalah saksi berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan semua bukti yang dibentang dan dihujahi pihak pembelaan.
“Kita juga menganggap keputusan itu memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini.
Hadir sama Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Wan Azizah juga mengarahkan setiap cabang seluruh negara mengadakan solat hajat setiap malam Jumaat.

Akta Hasutan: IGP sasar MP, kartunis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan bertindak mengikut Akta Hasutan ke atas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk menentang keputusan pemenjaraan ketua pembangkang itu.

Khalid dalam kenyataannya berkata, tindakan itu termasuk ke atas MP Taiping, Nga Kor Ming atas kenyataan di media sosial.

Nga dalam tulisan di Twitter menyebut: “Doa rakyat tidak dimakbulkan. Tiba masanya untuk menentang rejim kejam”.

Khalid yang memberi contoh komen tersebut berkata, Nga sengaja mencari masalah atas tindakan itu.

“Orang (ini) sengaja mengundang tindakan PDRM. Kita Akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan,” kata Khalid di Twitter.

Komen dari Nga itu muncul sebaik selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputsan bahawa Anwar bersalah atas tuduhan meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Persekutuan juga mengekalkan hukuman lima tahun penjara.

Khalid juga berkata polis akan menyiasat kartunis popular Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, kerana menyindir hakim atas keputusan tersebut.

Polis berpangkat ‘tiga paku’ tahan Zunar

Anggota polis memberitahu bahawa penahanan ini dilakukan atas arahan orang atasan kerana posting beliau di laman sosial, Twitter
zunar2PETALING JAYA: Empat orang pegawai polis berkumpul di hadapan rumah kartunis, Zulkiflee SM Anwar UlHaque untuk menahannya ekoran tweetnya di laman sosial Twitter.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zunar memberitahu wartawan Free Malaysia Today(FMT) bahawa akan ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi dan percaya akan tidur di lokap pada malam ini.
“Saya didatangi empat orang polis diketuai oleh seorang anggota berpangkat tiga paku bernama Muniandi.
“Mereka berpakaian preman kecuali seorang anggota polis berpangkat ‘tiga paku’ yang berpakaian ‘highlight’,”ujarnya.
Ketika dihubungi FMT pada lewat petang semalam, Zunar mengakui kesemua anggota polis berada di pintu pagar luar rumahnya yang terletak di Pantai Dalam.
“Anggota polis itu memberitahu bahawa penahanan ini dilakukan atas arahan orang atasan kerana tweet di Twitter,” ujarnya lagi.

Yang menang, yang tewas dalam Fitnah Liwat II

Yang menang, yang tewas dalam Liwat 2
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjalani hukuman lima tahun penjaranya selepas rayuan terhadap sabitan dan hukuman kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
Kes liwat kedua beliau ini, yang bermula pada 2008, tidak menarik perhatian sebegitu ramai orang seperti mana sokongan diterimanya ketika kes pertama pada 1998, tetapi sokongan terhadapnya dan Pakatan Rakyat (PR) meningkat dalam tahun-tahun yang lalu.
Walaupun dengan tuduhan liwatnya, Anwar dan PR meraih lebih banyak penyokong di kalangan pengundi semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13), merampas 52% undi popular dan sekali lagi menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen.
Berikut pandangan The Malaysian Insider mengenai mereka yang menang dan yang kalah susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.
YANG MENANG
1. Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat ini memecat Anwar pada 1998, kononnya kerana meliwat dan penyalahgunaan kuasa, walaupun ia dilihat sebagai satu langkah mengekang rampasan kuasa dalam parti.
Sejak itu, Anwar merupakan musuh politik nombor satu Dr Mahathir, dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 1999. Anwar dibebaskan pada 2004 apabila pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan.
Anwar dan sekutunya menguraikan pegangan BN pada PRU 2008 dan 2013, mengancam legasi Dr Mahathir dan meletakkan beliau dalam perdebatan sebagai bakal perdana menteri.
Bagaimanapun, sabitannya yang terkini dan hukuman penjara itu mengesahkan beliau tidak akan menjadi perdana menteri.
Ia juga memberi jalan untuk Dr Mahathir menumpukan kempennya bagi memastikan Umno kekal berkuasa, termasuk menghapuskan pemimpin parti yang dirasakannya tidak sesuai.
2. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Peguam Umno itu dipilih untuk mengetuai rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar atas dakwaan liwat oleh Mahkamah Tinggi pada 2012. Beliau berjaya mengetuai pihak pendakwa di kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Beliau memenangi kedua-duanya, walaupun popularitinya agak malap baru-baru ini apabila timbul berita mengenai surat jaminan menteri dalam negeri pada anak guamnya Paul Phua, yang menghadapi tuduhan di Amerika Syarikat, membuat pertaruhan Piala Dunia di Internet.
Terdapat spekulasi mengatakan kekalahan Anwar akan mengukuhkan peluang Shafee menyandang jawatan peguam negara apabila Tan Sri Abdul Gani Patail bersara tahun ini.
3. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS ini tidak pernah senang dengan Anwar sejak dahulu sewaktu mereka berada di dalam pergerakan pelajar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada akhir 70-an.
Dari segi politik juga, mereka tidak sehaluan apabila Hadi menyertai PAS pada 1978 dan Anwar menyertai Umno pada 1982. Anwar dilihat maju dalam Umno dan kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir sehingga tahun 1998 apabila beliau dipecat.
Pemecatan itu menyatukan mereka semula dalam menentang Umno tetapi persaingan antara mereka dan kelebihan Anwar dari segi kebolehannya mengendalikan kedua-dua politik antarabangsa dan dalam negeri, sentiasa meletakkan Hadi di belakang.
Perubahan kepimpinan Selangor yang dipanggil Langkah Kajang menyaksikan Hadi enggan melayan percaturan dirancang PKR, mengakibatkan kebuntuan dan ketegangan dalam hubungan mereka selama beberapa bulan.
Dengan Anwar dipenjara, Hadi, seorang yang ultra-konservatif, boleh meraih pengaruh yang lebih besar ke atas PR, yang mungkin akan diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk sementara waktu.

YANG TEWAS

Pemenjaraan Anwar, KEADILAN tidak akan mengalah

PCKEADILAN mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes Fitnah 2 hari ini. Kes Fitnah 2 ini jelas adalah satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin mengancam kedudukan Umno-Barisan Nasional.
Dapatan mahkamah (court finding) bahawa Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan kesemua bukti yang dibentang dan dihujah pihak pembelaan.
Keputusan hari ini memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Pemenjaraan saudara Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan semangat dan daya juang kami. Malah KEADILAN akan memperkukuh kepimpinan dan jentera parti untuk meneruskan perjuangan melaksanakan agenda rakyat demi Malaysia yang lebih baik. Kami juga tekad untuk memperkukuhkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.
Oleh itu, dalam masa terdekat, KEADILAN akan:

1) memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Fitnah 2 yang memenjarakan saudara Anwar Ibrahim

2) menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti (vigil) di luar Penjara Sg Buloh setiap hari, bermula malam esok (Rabu, 11 Feb 2015)

3) mengatur solat hajat pada hari Khamis malam Jumaat ini di setiap Cabang KEADILAN seluruh negara.

KEADILAN istiqamah dan komited untuk tidak mensia-siakan pengorbanan saudara Anwar.
Seperti saudara Anwar, KEADILAN juga tidak akan sekali-kali mengalah. “We will never surrender!”

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
10 Februari 2015

Anwar supporters condemn Malaysian court verdict


Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?

Setelah muktamad hukuman penjara lima tahun dijatuhkan keatas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, kesedihan rakyat hampir dapat dirasai di mana-mana.

Jika sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza sekali selepas hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh adik Najib Razak, beberapa kakitangannya turut meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya. Mereka terbuka tumpang kasihan dan menyatakan tidak wajar hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah kedai buku yang terkenal di ibukota, hukuman yang diterima Anwar turut menjadi perbualan ramai dan rata-rata tidak menyangka hukuman itu bakal diterima oleh Anwar.

Di sebuah jabatan kerajaan pula, ramai kakitangannya menyatakan rasa sedih yang sama. Ketika berkunjung ke sebuah cafe kemudiannya, tajuk perbualan juga tertumpu kepada hukuman lima tahun penjara itu.

Adalah dipercayai, sejak tengahari tadi, meskipun ada kelompok lain bergembira dengan hukuman keatas Anwar itu, tetapi secara umumnya rakyat dan pengundi biasa di mana juga berkongsi perasaan yang sama.

Luahan rasa sedih dan kasihan atas nasib yang diterima oleh Anwar dan penanggungan oleh keluarganya boleh didengari hampir di mana saja. Kebanyakannya bukan saja menempelak Najib, UMNO dan kerajaan atas hukuman itu, bahkan seperti tidak ternampak tanda-tanda pemenjaraan Anwar menyebabkan kembalinya sokongan rakyat.

Meneliti sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang bersifat politik juga.

Dengan dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik.

Penyokong boleh berkhemah depan penjara – Tian Chua

tian-chua-M1
Tian Chua menasihatkan penyokong yang mahu bermalam supaya menjaga perlakuan, mengawal kemarahan.
PETALING JAYA, 10 Februari :
Penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh berkhemah di luar Penjara Sungai Buloh bagi menunjukkan solidariti bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presidennya, Tian Chua berkata, parti tidak ada sebarang halangan untuk berbuat demikian namun beliau menegaskan ia bukan program rasmi parti.
“Siapa hendak turun bermalam untuk tunjuk solidariti di depan penjara, saya anggap silakan.
“Reformasi dimulakan dari rakyat dan parti tiada monopoli apa yang harus dilakukan,” katanya kepada penyokong PKR di ibu pejabat parti itu di sini.
Tian Chua menasihatkan penyokong yang mahu bermalam supaya menjaga perlakuan, mengawal kemarahan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang.
Kata Ahli Parlimen Batu itu, rekod baik parti yang dipegang selama 16 tahun jangan dicemarkan kerana telah berjaya mendapat banyak sokongan rakyat.
“Setiap tindakan mempunyai batasan dan kita kena sentiasa beringat supaya tidak melampau. Setiap satu tindakan perlu sentiasa dibuat dalam keadaan damai aman dan tertib.

Can Najib sleep well now that Anwar’s gone?

There's no sign that Anwar's conviction will return support for BN, says blogger Shahbudin.
Can Najib sleep well now that Anwar's gone?2PETALING JAYA: Najib Abdul Razak may think he has ended Anwar Ibrahim’s career as an active politician, but that doesn’t mean the Prime Minister can sleep any easier, says Shahbudin Husin, an analyst of Umno politics.
For one, Shabudin says in his latest blog posting, a renewed wave of sympathy for Anwar might translate into greater support for Pakatan Rakyat.
Reporting on the talk around town, he says there is sadness for Anwar and his family and disappointment over the Federal Court decision at discussions in coffee shops and office canteens, including in government offices and even a branch of CIMB, a bank headed by one of Najib’s brothers.
“The outpouring of sadness and sympathy for Anwar and his family can be heard nearly everywhere,” he writes. “Many blame Najib, Umno and the government. Indeed, there’s no sign that Anwar’s imprisonment will return the people’s support for them.”
He posed a series of questions, some of which are rhetorical.
“Will the support of the people, especially the younger generation, return massively to Barisan Nasional? Or will Anwar’s conviction result in an even braver uprising and rejection of BN?
“What will happen to Pakatan Rakyat and PKR? Will there be a break-up or a strengthening of the coalition?

Anwar dipenjara tiada kesan pada PKR - Johari


Johari Abdul 
PUTRAJAYA - Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, tidak memberi kesan kepada kelangsungan PKR.
 
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Dun PKR, Datuk Johari Abdul berkata, struktur parti itu masih kukuh.
 
"Struktur kita jelas. Kita ada Presiden dan majlis pimpinan. Saya rasa dengan memenjarakan Datuk Seri Anwar tidak mengubah struktur yang ada.
 
"Presiden masih ada. Naib Presiden masih ada. Timbalan ada. Jadi, saya rasa tak jadi masalah," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini.

Walaupun Anwar dalam penjara, semangat tetap bersama - PAS Selangor

ISKANDAR STRATAAMPANG, 10 FEB: PAS Selangor memberi jaminan akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak memihak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, semangat Anwar akan terus dibawa walaupun beliau bakal menjalani hukuman penjara selama lima tahun, berkuatkuasa hari ini.
“Kalau kita lihat BN mungkin mengharapkan PR akan lumpuh selepas keputusan itu. Saya rasa ini tidak akan berlaku walapun Anwar di dalam penjara, tetapi semangatnya ada bersama kita di luar.
“Keputusan itu tidak akan melumpuhkan semangat PR, perjuangan akan diteruskan,” katanya kepada Selangor Kini.
Suasana hiba menyelubungi perkarangan luar Mahkamah Persekutuan apabila Anwar yang juga Ketua Pembangkang didapati bersalah dan gagal menolak rayuan dalam tuduhan Fitnah 2.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap Anwar, sekali gus menyaksikan status beliau selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh terlucut secara automatik.

Polis siasat Zunar bawah Akta Hasutan

Kartunis Zulkiflee SM Anwar UlHaque berkata sepasukan polis muncul di kediamannya di Bangi malam ini untuk menahan beliau mengikut Akta Hasutan.

Zulkiflee yang lebih popular dengan nama Zunar berkata, pasukan tersebut tiba ke kediamannya di Pantai Dalam kira-kira jam 9 malam ini.

“Saya percaya akan terpaksa tidur di lokap pada malam ini,” kata ketika dihubungi Malaysiakini.

Operasi itu dijalankan susulan satu arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukannya untuk menyiasat Zunar dan juga dua orang MP.

Ia ekoran kenyatan kartunis dan MP berkenaan berhubung kenyataan mereka berhubung pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, kartunis itu dalam tulisannya di Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”

Satu lagi sejarah hitam negara - Presiden PAS

PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.
Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.
Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.
Presiden PAS

Kak Wan: Dia masuk penjara bermaruah

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah menyifatkan hukuman penjara kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “pengorbanan kepada masa depan negara”.

Azizah yang ditemubual pemberita selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar, berkata keluarganya sekarang mengharapkan “kekuatan rakyat”.

“Apa yang Anwar kata, sentiasa kuat, inilah pengorbanan kepada masa depan negara.

“Anwar kata, mereka boleh penjarakan dia, tapi dia akan masuk penjara dengan bermaruah.

“Kita akan sabar melalui keadaan ini. Kami ada air mata,” katanya.

Azizah berkata, sebarang keputusan mengenai tindakan seterusnya dan siapa ketua pembangkang baru akan diputuskan secara sebulat suara selepas ini.

Sementara itu, anak sulungnya, Nurul Izzah berkata keluarganya kini menyerahkan perkara itu kepada “mahkamah rakyat”.

“(Ia) sehingga rakyat menggulingkan kerajaan secara aman – melalui pilihan raya.

“Ya, kami sedih, kami hancur, tetapi kami akan teruskan perjuangan,” katanya.

“Sedih dan tragik tapi kami akan terus berjuang” – Dr Wan Azizah, Nurul Izzah

TRP-Wan Azizah-Nurul Izzah-Daniel-L
Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah (belakang) bersama seorang lagi anaknya (kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Persekutuan siang tadi.

PUTRAJAYA, 10 Februari:

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keluarganya akan meneruskan perjuangan parti walaupun mereka terpaksa berdepan dengan saat sedih susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat, tujuh tahun lalu.
“Alhamdulillah, ini salah satu daripada perjuangan kami, mungkin sedikit pengorbanan daripada saya, anak-anak dan cucu.
“Anwar pesan (kepada saya) supaya terus tabah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa keluar dari bilik bicara selepas mendengar keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan kes liwat suaminya yang juga Penasihat PKR, hari ini.
“Saya tidak kata yang kami kuat tetapi kami mendapat kekuatan daripada rakyat dan sokongan,” katanya.
Sementara itu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata keputusan mahkamah hari ini merupakan hari yang tragik bagi keluarganya.
“Ya kami rasa amat sedih … tetapi kami pastinya akan meneruskan perjuangan kami,” kata ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu.

Sodomy II: US embassy, Australia make statements

The United States Embassy in Kuala Lumpur has made a statement on the rejection of Datuk Seri Anwar Ibrahim's final appeal and conviction on the Sodomy II case.

In a statement on its website, the embassy said that it was "deeply disappointed and concerned" by the Federal Court's decision to uphold the Court of Appeal's March 7, 2014 decision and had conveyed to Malaysian officials that "fairness, transparency, and the rule of law are essential to promote confidence in Malaysia's judicial system and democracy."

The Australian Foreign Ministry released a similar statement on its website, saying that it had expressed its views to the Malaysian Government.
"As a friend of Malaysia, Australia encourages the Malaysian Government to consider the impact of recent decisions, including the Anwar verdict … on its international standing and its commitment to human rights," the statement said.

The US Embassy's statement in full:
The United States is deeply disappointed and concerned by the rejection of Anwar Ibrahim's final appeal and his conviction.
The United States has followed the trial of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim closely. The decision to prosecute Mr. Anwar, and his trial, have raised serious concerns regarding the rule of law and the independence of the courts.
The United States and Malaysia have a strong partnership, and in the context of this relationship, we have regularly raised our serious concerns regarding the Anwar case with Malaysian officials and emphasized that fairness, transparency, and the rule of law are essential to promote confidence in Malaysia's judicial system and democracy.

HANYA undang-undang Islam beri keadilan sebenar..



Anwar: "I will NEVER SURRENDER"


Suasana pensabitan Fitnah Liwat ll @ Mahkamah Persekutuan Putrajaya

Kata-kata akhir Anwar: Kekalkan kekuatan Pakatan

AP: Malaysian Opposition Leader Going to Prison

Reaksi Penyokong-Penyokong Anwar Ibrahim Selepas Keputusan Mahkamah

Nurul Izzah: All Malaysian To Focus On Removing An Oppressive Government Through Election

Nurul Izzah: Keputusan Ini Akan Dilihat Oleh Bukan Sahaja Di Malaysia Tetapi Seluruh Dunia

Dr Hatta Ramli: Walaupun Kita Datang Dengan Seribu Harapan,Tapi Konsipirasi Tidak Berhenti

Lensa 15: D-Day Istana Kehakiman








Keputusan mahkamah pengorbanan keluarga Anwar untuk rakyat dan negara

Keputusan ini dijangka akan menjadi penggerak dan pemangkin ke arah kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang.
PUTRAJAYA: Presiden Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tanpa berselindung menyatakan beliau sekeluarga sedih dan menganggap ia sebagai pengorbanan yang perlu dilalui oleh ahli keluarganya.
anwarkeluarga“Perjuangan ini bukan untuk Anwar sahaja tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhan, kita akan meneruskan perjuangan ini dan menghadapi situasi ini dengan tabah,” katanya.
Apabila ditanya siapa yang akan menggantikan Anwar dan meneruskan perjuangannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu berkata, Pakatan Rakyat akan bermesyuarat bagi menentukan perkara tersebut.
“Pakatan Rakyat merupakan konsensus yang dipersetujui dan bekerja secara berpasukan dan kita akan terus memperkukuh dan meneruskan perjuangan keadilan yang dibawa selama ini.
“Kita akan perkuatkan lagi Pakatan Rakyat sebab tahu bahawa sistem sekarang mesti diubah menggunakan apa sahaja cara,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nurul Izza Anwar pula berkata, keputusan mahkamah bukan sahaja menghina dan mencerca bapanya tetapi seluruh keluarga.
“Saya percaya rakyat Malaysia boleh menilai sendiri kebenaran keputusan tersebut,” katanya.

SPR akan umum kekosongan kerusi P44

Anwar lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh (P44) dalam tempoh 10 hari daripada tarikh surat rasmi diterima dari Dewan Rakyat.
spranwarPengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat pengumuman tersebut ekoran, Datuk Seri Anwar Ibrahim lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.
Bernama melaporkan Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen buat kali kedua setelah didapati bersalah oleh mahkamah.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar lakukan pengorbanan, kata Wan Azizah

PUTRAJAYA - Isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan menyifatkan hukuman lima tahun penjara yang dikenakan terhadap suaminya adalah merupakan pengorbanan besar yang dilakukan Anwar.
 
Menurutnya, ia adalah pengorbanan Anwar terhadap keluarga.
 
"Alhamdulillah, ini adalah perjuangan kita. Ini pengalaman kedua saya melihat Anwar terpaksa dipenjara," katanya sebak ketika ditemui media di luar mahkamah.
 
Wan Azizah berkata, perjuangan yang dilakukan adalah untuk semua rakyat.

Tanpa Anwar, jalan berliku di depan Kak Wan

Di mahkamah, perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya apabila beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah paling tinggi di negara ini.

Dalam politik, adakah ini juga bermaksud jalan mati untuk Pakatan Rakyat yang dipimpinnya selama ini?

Anwar, 67, nampaknya akan terketepi daripada arena politik hampir satu dekad.

Ini kerana, selepas merengkok lima tahun dalam penjara, beliau akan berdepan lagi sekatan daripada aktif berpolitik untuk tempoh sama.

Dengan umur 77 tahun apabila selesai menjalani hukuman penjara (75 jika berkelakuan baik), sudah pasti sukar sekali untuk beliau membuat penampilan kembali di arena politik.

Walaupun beliau pernah melakukannya pada 2008, keadaan selepas ini berbeza sama sekali.

Anwar sebelum ini menegaskan akan berjuang “tidak kira sama ada di luar atau di dalam penjara”.

Hudud, p'raya PBT

Bagaimanapun, dalam Pakatan, peranan Anwar bukan sahaja berjuang di barisan depan, tetapi juga menjadi pengikat untuk menggandingkan DAP dan PAS, selain memberi inspirasi kepada pemimpin muda PKR.

Penjarakan Anwar tidak patahkan semangat Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat malah parti gabungan PAS, PKR dan DAP itu akan terus bertekad dan beriltizam untuk melakukan perubahan politik di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat akan terus mengukuhkan hubungan antara parti dengan melaksanakan program-program yang akan diatur.

"(Sebagai contoh) mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat akan berlangsung malam ini manakala mesyuarat Majlis Presiden pula akan diadakan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sambil menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai sesuatu yang mendukacitakan, Mustafa bagaimanapun menegaskan ia tidak akan mematahkan semangat pemimpin Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan politik di negara ini dan menamatkan era pemerintahan BN.

MB Selangor: Keputusan mahkamah tak lemahkan PKR

1610878_10206068312577540_2968658873165640436_nPUTRAJAYA, 10 FEB: Akar umbi PKR merapat barisan di kala Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali juga berkata keputusan panel hakim lima anggota itu pada hari ini mengesahkan persepsi umum terhadap institusi kehakiman.
“Keputusan ini mengejutkan semua pihak, namun saya yakin rakyat Malaysia sedia maklum adakah keadilan telah diberikan dalam menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walau bagaimana pun keputusan ini tidak melemahkan semangat pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong malahan ia mengukuhkan lagi semangat kita membawa perubahan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia amnya,” kata beliau, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Persekutuan, sesuai keputusan dibacakan.

Wan Azizah: “Perjuangan ini bukan untuk Anwar tapi rakyat”

934784_10153202761861840_8738744460834084225_nPUTRAJAYA 10 FEB: Walaupun sedih dan kecewa, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengorbanan besar.
Dr Wan Azizah berkata pengalaman keduanya terpaksa berhadapan situasi melihat Anwar dipenjarakan adalah sebahagian daripada perjuangan yang perlu dilaluinya.
“Alhamdulillah, ini adalah perjuangan kita. Mungkin ini adalah sedikit pengorbanan Anwar terutamanya kepada saya serta keluarga, anak-anak, cucu…ini adalah perjuangan.
“Perjuangan ini bukan sahaja untuk Anwar tapi untuk semua rakyat,” katanya dipetik Mstar Online.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, pakatan pembangkang perlu terus diperkukuhkan walaupun tanpa Anwar.
“Kita akan perkukuhkan dan perkuatkan lagi pakatan. Kita mesti ubah sistem yang menggunakan apa sahaja cara untuk melawan kuasa politik,” katanya.
Ditanya megenai pengganti Anwar sebagai ketua pembangkang, Dr Wan Azizah berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini.

Penahanan Anwar kuatkan Pakatan menentang BN, kata Azmin

Keputusan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pembakar semangat Pakatan Rakyat (PR) menentang salah laku regim Barisan Nasional (BN), kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, PR akan mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi menentukan siapakah ketua pembangkang yang baru.

 "Saya percaya ini akan mengukuhkan hubungan PR bagi meneruskan perjuangan," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
 "Kita akan bermesyuarat secepat mungkin.
Kita akan tentukannya nanti".

Anwar hari ini gagal dalam rayuan kes Liwat II dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman lima tahun penjara sebagaimana yang ditetapkam Mahkamah Rayuan pada Mac 2014.
Mahkamah juga mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman".
Azmin berkata Anwar mengingatkan pimpinan dan anggota pembangkang supaya meneruskan perjuangan membawa perubahan. Katanya, reformasi total mesti dilakukan dalam negara untuk maju ke tahap lebih cemerlang.

Mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebaik sahaja keputusan mahkamah pagi tadi, Azmin berkata ia menunjukkan perancangan rapi di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan badan kehakiman.

Ini harga pengorbanan demi masa depan negara, kata Anwar kepada Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya Nurul Izzah meninggalkan Istana Kehakiman. Beliau mengakui bukan mudah mengumpulkan semula kekuatan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2015.   
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya Nurul Izzah meninggalkan Istana Kehakiman. Beliau mengakui bukan mudah mengumpulkan semula kekuatan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2015.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan untuk terus tabah kerana apa yang dilalui sebelum ini adalah harga sebuah pengorbanan membentuk masa depan sebuah negara, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isteri kepada ketua pembangkang itu berkata, bukanlah mudah untuk mengumpulkan semua kekuatan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini.
“Apa yang Anwar pesan untuk terus tabah kerana ini harga sebuah pengorbanan untuk masa depan negara kita.

“Kami mencari kekuatan itu kerana kita memikirkan masa depan, menuntut keadilan dan menentang kezaliman.“Kita di sini bersama sebagai warga Malaysia. Bukan hanya untuk Anwar tetapi kepada semua mangsa yang kita perjuangkan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini.
Dr Wan Azizah berkata, bukanlah satu jalan mudah meneruskan perjuangan suaminya itu selepas penahanan Anwar yang sangat tragik dan diiringi linangan air mata.
“Kami tidak mengatakan kami kuat tetapi kami mencari kekuatan dalam diri orang lain. Tolonglah bersama kami. Teruskan menyokong untuk masa depan kita,” katanya.

Video: Reaksi Peguam, Keluarga Dan Penyokong Anwar - Koleksi Dari Sumber


Lensa 14: D-Day Istana Kehakiman