Isnin, 9 Februari 2015

"Saya bersedia membayar apa-apa sahaja harganya jika inilah harga yang perlu dibayar untuk reformasi Malaysia,"

Anwar menutup amanat perdananya dengan ayat berikut:

"Saya bersedia membayar apa-apa sahaja harganya jika inilah harga yang perlu dibayar untuk reformasi Malaysia," katanya.

 
Pengerusi majlis, koordinator Jingga 13 Fariz Musa kemudian memimpin hadirin untuk melaungkan "Reformasi!" sebanyak tiga kali.

Anwar bergerak turun ke padang dari pentad ceramah dan bersalam-salaman dengan penyokongnya.

Sementara itu, anaknya, Nurul Izzah memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menghadapi keputusan mahkamah ke atas bapanya dengan tenang.

"Saya cuba sedaya upaya untuk melihatnya dari segi tindakan yang boleh dilakukan, kerana ia bawah kawalan anda,” katanya.

Beliau sedar bahawa sistem kehakiman sebelum ini mengecewakan beliau dan keluarganya.

"Maka, sedaya upaya saya, saya akan cuba tenang sehabis boleh,” kata MP Lembah Pantai.

Anwar kata tak gentar jika dipenjara

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji keberanian Anwar menghadapi perbicaraan esok walaupun beliau bukanlah seorang yang sempurna.

"Saudara Anwar kita boleh kritik dia. Kita boleh puji dia.

"Tapi satu perkara kita tak boleh buat, Datuk Seri Anwar seorang yang berani," kata Mohamad Sabu.

Seorang penyokong Anwar, Kashminder Singh, 34, yakin bahawa Anwar akan kekal bebas esok.

“Saya boleh lihat ramai yang masih menyokong beliay,” katanya.

Seorang lagi, jurutera, Alex Wong pula menjangkakan bahawa Anwar akan dipenjarakan untuk tempoh sekurang-kurangya lima tahun.

Sementara itu, seorang warga emas yang hadir ke ceramah malam ini berkata, beliau menjangkakan Anwar akan dibebaskan esok.

"Jika beliau tidak dibebaskan, tiada kebebasan dalam kehakiman,” katanya.

Anwar memulakan ceramah. Katanya beliau tidak risau seandainya dipenjarakan kerana pemimpin muda dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mengemudi perikatan itu.

Beliau juga yakin pemimpin muda Pakatan tidak mudah termakan dengan tindakan melaga-lagakan sesama mereka seperti yang berlaku ke atas pemimpin kanan antara gabungan parti itu.

"Penting kita bagi ruang kepada anak-anak muda dalam Pakatan Rakyat kerana mereka ini lebih terkehadapan.

"Mereka ini melihat masa depan dengan pemikiran baru dan pemikiran lapuk yang bukan melaga-lagakan kita," kata Anwar.

Hanya doa Anwar tidak bersalah, kata Wan Azizah

PETALING JAYA - Sebagai isteri, hanya doa menjadi bekalan dan berharap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan berharap Anwar tidak bersalah.

"Hanya doa mampu saya pohon daripada ALLAH SWT supaya memberikan kekuatan kepada saya untuk menempuhi dugaan berat ini," katanya ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 4,000 penyokong Anwar yang berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya.

Seawal jam 8 malam penyokong-penyokong membanjiri padang bagi mendengar ceramah terakhir Anwar bagi siri jelajah Rakyat Hakim Negara yang sebelum ini di adakan di Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Antara pemimpin PR yang hadir seperti, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan PKR, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang patut disegani kerana keberanian berhadapan hukuman.

"Dengan pelawaan daripada negara luar kepada Anwar yang mahu beliau tinggal di sana tetapi Anwar balik ke Malaysia untuk menerima keputusan dari mahkamah. "Saya yakin keputusan akan memihak kepada Anwar," katanya.

Ini kampung saya, saya perlu pulang, kata Anwar

  • Anwar berucap pada Majlis Makan Malam bersama Anwar Ibrahim di Padang Dataran Petaling Jaya, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
  • Anwar berucap pada Majlis Makan Malam bersama Anwar Ibrahim di Padang Dataran Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini.

Anwar dalam ucapannya sekali lagi menyebut tentang pelawaan daripada beberapa pemimpin negara luar untuk menyelamtkannya daripada dipenjara.

"Saya hanya menjawab, Malaysia adalah kampung saya, saya perlu pulang untuk menegakkan keadilan.

"Saya bukan penakut, saya akan melawan ketidakadilan di negara ini demi generasi akan datang," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim di Padang Timur, hari ini.
Katanya lagi, generasi muda negara ini perlu tampil menegakkan keadilan.

"Keadilan ini bukan untuk saya tetapi untuk masa depan mereka sendiri," katanya lagi.

PM tak berani penjara Anwar, kata Rafizi

MP Subang, Sivara Rasiah membuka pentas ceramah malam ini dengan ucapan di hadapan hadirin yang sebilangannya bersila di atas padang.

"Saiful Bukhari ini kata dia diliwat banyak kali.

"Tapi dia ini banyak lubang. Banyak lubang dalam cerita dia," kata Sivarasa.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mandor tentunya tidak berani memenjarakan Anwar.

"Saya yakin Rosmah ada dengar ceramah kita sebab bulan lepas ceramah saya di Bandar Tun Razak tentang tarikan subsidi oleh kerajaan.

"Lepas itu dia kata nak saman kita, tapi surat saman belum sampai lagi.

"Sebab tu saya kata dia tak berani penjara Anwar.

"Tapi kalau Anwar dipenjarakan, ratus ribu akan turun ke jalan raya!," katanya.

MB Selangor Azmin Ali menggesa penyokong Anwar yang beragama Islam menunaikan solat hajat untuk memohon pembebasan Anwar.

"Yang beragama Islam, malam ini bangun solat hajat mohon Anwar dibebaskan," kata Azmin.

Sasterawan Negara Pak Samad mendeklamasi sebuah puisi berjudul 'Malam Anwar', khas buat ketua pembangkang itu.

Beliau menyeru orang ramai kumpul ramai-ramai esok dengan keazaman yang kuat seperti besi.
 

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji keberanian Anwar menghadapi perbicaraan esok walaupun beliau bukanlah seorang yang sempurna.

"Saudara Anwar kita boleh kritik dia. Kita boleh puji dia.

"Tapi satu perkara kita tak boleh buat, Datuk Seri Anwar seorang yang berani," kata Mohamad Sabu.

“Saya minta semua ke Putrajaya, doakan Anwar bebas” - Azmin

B9aHhs9CQAICsILPETALING JAYA 9 FEB: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata tidak ada sebab Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa dalam kes Fitnah 2 kerana ia hanya menghabiskan duit rakyat.
“Ini hanya membuang duit rakyat, manusia yang ada di Putrajaya tidak peduli dengan masalah rakyat.
“Hutang negara sudah hampir RM1 trilion tetapi mereka tidak peduli,” kata Mohamed Azmin di Padang Amcorp Mall di sini dalam Ceramah Perdana Grand Finale Anwar Ibrahim Himpunan Hari Penentu.
Katanya, rakyat perlu mempertahankan Anwar bukan kerana namanya Anwar, tetapi dasar kepedulian rakyat yang ditunjuk oleh beliau.
“Saya minta semua rakyat Malaysia turun ke Putrajaya, maka tunjukkan kesetian kepada perjuangan dan doakan Anwar bebas.
“Kemudian kita kerja kuat semoga dalam pilihan raya kita buat perubahan yang akan disaksikan dalam masa terdekat, ” kata Mohamed Azmin.

WSJ Interview: Anwar Confident Sodomy Conviction Will be Reversed


Putrajaya Bakal Ditawan Jika Anwar Dipenjara - A Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin meramalkan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan terjejas meskipun Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekiranya keputusan liwat II membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan diketahui esok tidak berpihak kepadanya.
Sebaliknya menurut A Kadir, tindakan ‘menyumbat’ Anwar dalam penjara berkemungkinan menyebabkan Putrajaya ditawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Jika beliau (Anwar) dipenjara, PR akan menang pilihan raya umum dan mengambil alih Putrajaya. Saya ingin berkongsi kecenderungan beliau. PR tidak akan mengalami pertembungan apabila beliau dipenjarakan,” katanya dalam entri terbaru blognya, kadirjasin.blogspot.com, semalam.
Bekas Ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu menambah, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesalahan dengan tindakan memenjarakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ia juga menyebabkan ahli-ahli parti terus bersatu meskipun terdapat perbezaan ideologi.
Malah kata A Kadir, beliau menjangkakan sokongan kepada Anwar akan dizahirkan oleh golongan muda.
“Remaja yang berusia 10 atau 15 tahun pada tahun 1999 – dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar – kini berusia 25 atau 35 tahun, dan mereka adalah orang-orang muda yang pemarah.
"Mereka tidak begitu tahu tentang apa yang berlaku pada abad yang lalu. Tetapi mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Malah kebanyakan penyokong setia UMNO mengakui Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan pengundi muda dengan hanya menjatuhkan Anwar dan PR," katanya.

'Ada masa untuk sembahyang lagi, agar esok Anwar bebas'

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Padang Timur di sini malam ini untuk menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat.

Lebih 2000 menghadiri majlis makan malam tersebut dan dijangka lebih ramai yang akan muncul sebagai tanda solidariti kepada pemimpin berusia 67 tahun itu.

Ceramah ini merupakan jelajah terakhir  `Kempen Rakyat Hakim Negara' sebelum keputusan kes liwat membabitkannya esok di Mahkamah Putrajaya.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Tian Chua memberikan ucapan yang antaranya berkata keputusan esok boleh merubah landskap politik Malaysia di masa hadapan.
"10 Februari merupakan hari yang penting dalam sejarah moden Malaysia. Esok saudara Anwar akan sekali lagi menghadap keputusan Mahkamah yang berkemungkinan boleh memberi kesan kepada  kebajikan dan kesejahteraaan beliau.

"Kami akan menentukan hala tuju negara ini. Kita mahu melihat hak asasi manusia dan demokrasi," kata Tian Chua.

Keputusan Anwar beri kesan kepada politik negara

PETALING JAYA - Naik Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan keputusan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok bakal memberi kesan kepada lanskap politik negara.

"Kita berkumpul pada majlis makan malam pada malam ini (semalam) adalah untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Anwar.

"Esok adalah (hari ini) penting buat masa hadapan politik moden negara kita," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim di Padang Timur Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, Anwar merupakan pemimpin yang menghabis satu perempat umurnya bagi memperjuangkan keadilan di negara ini.

"Anwar mempunyai pendirian teguh untuk menegakkan keadilan, bukan untuk dirinya tetapi untuk generasi akan datang.

"Kalau dia mahu selamat, mungkin Anwar boleh melarikan diri ke mana-mana tetapi tidak berbuat demikian," katanya.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya rakyat di negara ini membuat keputusan menuntut keadilan, hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia di negara ini.

Anwar: 'Tinggal Kit Siang tak susah, tapi Azizah...'


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetahui nasibnya esok – sama ada beliau kekal bebas atau meringkuk di penjara.

Pada malam ini, beliau mengambil peluang untuk menyampaikan ceramah, yang mungkin buat kali yang penghabisan kepada para pengikutnya.

Ceramah di Padang Timur, Petaling Jaya itu merupakan program kemuncak kepada siri jelajahnya di seluruh negara.

Anwar akan menggunakan peluang ini untuk menyeru kepada para pengikut untuk kekal memberi sokongan kepadanya.

Minggu lepas, Anwar sempat berjenaka dengan wartawan yang membuat liputan acaranya agar tidak sugul dengan sebarang keputusan.

Beliau turut berkongsi kisah dirinya memberitahu cucunya yang "orang jahat mahu sumbat atuk ke penjara".

10 Feb: Najib Berani Atau Tidak?

Apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan esok iaitu sama ada Anwar Ibrahim akan didapati bersalah atau sebaliknya, perbualan rakyat sebenarnya lebih tertumpu kepada berani atau tidaknya Perdana Menteri, Najib Razak.

Meskipun kes Anwar ini melibatkan undang-undang dan bermula dengan aduan yang dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat, tetapi majoriti rakyat lebih percaya ia mempunyai kaitan yang dekat dengan politik dan percaturan kuasa.

Tanggapan demikian bukan saja kerana nama Najib terkait sejak awal kes ini lagi iaitu bila mana Saiful didapati turut mengadu dan berkunjung ke kediamannya untuk mengadu diliwat oleh Anwar, bahkan tindakan kerajaan meletakkan peguam terkenal yang rapat dengan UMNO, Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaraya dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan ini juga menimbulkan tanda-tanya.

Bagi kebanyakan rakyat, jika benar kes liwat ini hanya semata-mata berkaitan undang-undang antara Anwar dengan Saiful, kenapakah tidak dibiarkan saja pasukan daripada Jabatan Peguam Negara mengetuai pendakwaan?

Apa perlunya dijemput Shafee Abdullah mengetuai pendakwaan sedangkan Jabatan Peguam Negara bukanlah kekurangan kakitangan yang menguruskannya?

Peguam Negara, Gani Patail sendiri pun boleh mengetuai pasukan pendakwaan bagi pihak kerajaan. Bukanlah asing Peguam Negara mengetuai pendakwaan kerana dalam kes jenayah seksual melibatkan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu, Allahyarham Mokhtar Abdullah pernah mengetuainya.

Sebelum itu pula, tarikh keputusan Mahkamah Rayuan turut dipercepatkan sebelum pilihanraya kecil Kajang bagi mengelakkan Anwar bertanding dalam pilihanraya itu dan seterusnya dijadikan Menteri Besar Selangor.

Oleh itu, menjelang keputusan esok, perbualan ketika ini lebih tertumpu kepada sama ada Najib berani atau tidak menghukum Anwar? Rakyat lebih melihat dan berminat menyudutinya dari segi politik berbanding undang-undang kerana sejak awal unsur-unsur politik begitu ketara sekali kaitannya.

Kebebasan mahkamah Malaysia diadili esok, kata DAP


istana_kehakiman
KLANG, 9 FEB: Malam ini ramai yang akan melihat ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ucapan selamat tinggal jika mahkamah mendapati beliau bersalah esok, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
“Setelah lebih tiga tahun, drama politik perbicaraan liwat Anwar Ibrahim akan tamat esok.
“Jelas sekali ia pendakwaan bersifat politik dengan bukti-bukti yang lemah di samping penglibatan gergasi-gergasi politik,”ujar Charles dalam satu kenyataan.
Memberikan responnya kepada perbicaraan esok, Charles menambah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sangat obses untuk memburukkan nama Anwar dengan tuduhan salah laku seksual.
“Sejak pemerintahan Mahathir sehinggalah Najib Razak, tuduhan melampau ini terus berjalan tanpa ada rasa sedikit pun rasa malu oleh mereka itu.
Kes Anwar Ibrahim dibicara di mahkamah ekoran laporan polis yang dibuat Saiful Bukhari Azlan setelah kemenangan besar Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008, yang menafikan majoriti dua pertiga UMNO/BN di Parlimen.

Anwar’s ‘farewell speech’ this evening means . . .

Tomorrow, said Klang MP Charles Santiago in a statement, the independence of the judiciary will be on trial.
anwar-rakyat-hakimKLANG: Opposition Leader Anwar Ibrahim is set to give a thunderous speech later this evening.
Tomorrow, said Klang MP Charles Santiago, the independence of the judiciary will be on trial. “If Anwar is found guilty despite the trail of weak evidence, it would only spell more doom for the country”.
“The country is also grappling with crucial economic issues, especially the weakening of the ringgit.” Again, Malaysia has recently come under the spotlight for trafficking, lack of freedom for the media and religious and racial intolerance, among others.
Many tout Anwar’s speech this evening as a farewell speech, as a guilty verdict from the country’s top court will seal his political career.
“After more than three years, the political high drama of Anwar’s sodomy trial will be over tomorrow,” reiterated Santiago. “And clearly that’s what it has been, a political persecution, spiced with weak evidence and the involvement of top political figures.”
The MP notes that only seven such cases have ever been heard in the country, with two of them being Anwar’s. “We hardly hear the police going after anyone for homosexuality, a so-called crime which needs to be decriminalized in the first place.”
But the government, from former Prime Minister Mahathir Mohamad to current premier Najib Abdul Razak, was obsessed with smearing Anwar’s name with allegations of sexual misconduct, he alleged. “And this has been shamelessly going on for years.”
Revisiting the case, Santiago said that Anwar’s former aide, Mohd Saiful Bukhairy Azlan, first said he was raped but subsequently changed his plea to consensual sex of an unnatural nature. It was two days before he was examined for sodomy and two hospitals concluded there was no tearing or scarring to show any anal sex.

NYT: Invois barang kemas Rosmah bernilai jutaan dolar

KUALA LUMPUR 9 FEB-  Akhbar The New York Times hari ini mendakwa ia memiliki salinan invois pesanan barang kemas oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Hong Kong pada 2008 dan 2009 bernilai berjuta-juta dolar.
Perkara itu dinyatakan dalam artikel panjang disiarkan akhbar berkenaan mengenai kekayaan jutawan muda, Taek Jho Low – yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Episod ketara melibatkan beg Birkin, satu siri gambar yang menjadi viral di laman sosial Malaysia menunjukkan Rosmah memegang sekurang-kurangnya sembilan beg tangan. Ia biasanya berharga antara $ 9,000 dan $ 150,000 seunit.
‘Invois dan dokumen lain yang diperoleh oleh The Times menunjukkan berjuta-juta dolar dalam pesanan Rosmah di Hong Kong pada tahun 2008 dan 2009 – berlian dan zamrud cincin, dan berlian, zamrud dan gelang delima,” lapor akhbar itu.
Akhbar itu turut melaporkan Najib  ”menerima harta pusaka” sebagai sumber kekayaannya, dengan memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh politik itu.
The New York Times turut menyiarkan kenyataan PMO dalam laporannya berkaitan  Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.
Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang dilakukan Riza.
“Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London.
“Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan Dumb and Dumber To,” akhbar itu dipetik.

Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya.!!


Time Warner Center, dua menara bercahaya di sebelah kanan, menjadi tumpuan utama banyak urusan pelaburan asing dalam industri hartanah mewah yang dirahsiakan di Manhattan. Credit Todd Heisler/The New York Times
Taek Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan. “Spekulasi mulai timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New York Post.
Namun, sejak itu, persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika Syarikat. (Read in English.)
Walaupun Low mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan, namun begitu, terdapat sebuah keluarga yang terus-terusan dikaitkan dengan Low, iaitu keluarga perdana menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London. Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street” dan “Dumb and Dumber To.” (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
Jho Low Credit Illustration by Michael Hoeweler
Unit kondo mewah dan syarikat perfileman tersebut kini dipaparkan di dalam sebuah siri projek siasatan global oleh New York Times yang meneliti aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat, dengan menjadikan unit-unit kondominium di dalam bangunan “Time Warner Center” sebagai titik fokus.

SPEAK UP SONS OF TUN RAZAK: Did your dad squirrel away BILLIONS to pass to Najib?

SPEAK UP SONS OF TUN RAZAK: Did your dad squirrel away BILLIONS to pass to Najib?
WHO ARE THE PEOPLE BEHIND JHO LOW?
In early 2010, a young Malaysian financier named Jho Low began making some very expensive real estate deals in the United States.
First, a shell company connected to Mr. Low, famous back home for partying with the likes of Paris Hilton, purchased a $23.98 million apartment in the Park Laurel condominiums in Manhattan. Three years later, that shell company sold the condo to another shell company, this one controlled by someone even more prominent in Malaysia: the film-producing stepson of the prime minister.
A similar transaction was playing out on the other side of the country. Mr. Low bought a contemporary mansion in Beverly Hills for $17.5 million, then turned around and sold it, once again to the prime minister’s stepson. (Read a summary of this article in Malay.)
Mr. Low also went shopping at the Time Warner Center condominiums overlooking Central Park. He toured a 76th-floor penthouse, once home to the celebrity couple Jay Z and Beyoncé, then in early 2011 used yet another shell company to buy it for $30.55 million, one of the highest prices ever in the building.
At the time, Mr. Low said he represented a group of investors, according to two people with direct knowledge of the transaction. Mr. Low recently told The New York Times that he had not purchased the penthouse for investors, and that it was owned by his family’s trust.
One thing is clear: As with nearly two-thirds of the apartments at the Time Warner Center, a dark-glass symbol of New York’s luxury condominium boom, the people behind Penthouse 76B cannot be found in any public real estate records. The trail ends with Jho Low.
Jho Low Credit Illustration by Michael Hoeweler Mr. Low, 33, is a skillful, and more than occasionally flamboyant, iteration of the sort of operative essential to the economy of the global superrich. Just as many of the wealthy use shell companies to keep the movement of money opaque, they also use people like Mr. Low. Whether shopping for new business opportunities or real estate, he has often done so on behalf of investors or, as he likes to say, friends. Whether the money belongs to others or is his own, the lines are frequently blurry, the identity of the buyer elusive.
Mr. Low’s lavish spending has raised eyebrows and questions from Kuala Lumpur to New York, where he has made a boldface name for himself as a “whale” at clubs like the Pink Elephant and 1Oak. The New York Post once called him “the mystery man of city club scene,” adding, “Speculation is brewing over where Low is getting his money from.”
LINK TO M'SIAN PM
One answer resides at least indirectly in his relationship, going back to his school days in London, with the family of Malaysia’s prime minister, Najib Razak. Mr. Low has played an important role in bringing Middle Eastern money into numerous deals involving the Malaysian government, and he helped set up, and has continued to advise, a Malaysian sovereign wealth fund that the prime minister oversees.
Now, that relationship has become part of an uproar gathering around Mr. Najib and threatening his already shaky hold on power. In Parliament, in political cartoons and in social media, Mr. Najib’s critics tend to argue that he is too close to Mr. Low.
Much of the concern, even in Mr. Najib’s own long-ruling party, involves questions about the Malaysian sovereign wealth fund. More broadly, though, the prime minister’s trappings of wealth and the widely broadcast tales of his wife’s outsize spending — the diamond jewelry, the collection of extravagantly costly Hermès Birkin bags — have become a focus of Malaysians’ rising unease with their government’s institutionalized culture of patronage and graft.
“We are very concerned,” Tengku Razaleigh Hamzah, a member of Malaysian royalty and an independent-minded elder statesman of Mr. Najib’s party, said in an interview in Kuala Lumpur last summer. “We want people of integrity to be up there.”
NAJIB'S FAMILY INHERITANCE?
Increasingly, the glare turns to Mr. Najib’s stepson, Riza Aziz, and so to Mr. Aziz’s friendship with Mr. Low. With Mr. Low’s help, Mr. Aziz runs a Hollywood company that produced the films “The Wolf of Wall Street” and “Dumb and Dumber To.” He has spent tens of millions more on the homes in Manhattan and Beverly Hills, transactions that involved Mr. Low, The Times found.
“That’s a lot of money,” Sivarasa Rasiah, an opposition lawmaker, said of Mr. Aziz’s spending. He added, “Every U.S. report on him talks about family wealth. Family who?”
While Mr. Aziz has previously said he is personally wealthy, he declined to explain how he had acquired his money. Mr. Najib’s office, in a statement, said, “The prime minister does not track how much Mr. Aziz earns or how such earnings are reinvested.” As for the prime minister himself, the statement said he had “received inheritance.”
In a statement provided by a spokesman, Mr. Low, whose full name is Low Taek Jho, said he “is a friend of Mr. Riza Aziz and his family.” His real estate transactions with Mr. Aziz were made “on an arm’s-length basis,” he said, adding that he had never purchased real estate in the United States for the prime minister’s family or “engaged in any wrongful conduct regarding any financial matters for the prime minister and his family.”
SOURCE OF FUNDS
At the Time Warner Center, The Times found, the 76th-floor penthouse, purchased through a shell company called 80 Columbus Circle (NYC) L.L.C., is one of at least a dozen that can be traced to people with close ties to current or former high-ranking foreign officials, or to the officials themselves.
According to one member of the condominium board there, while the board understood that the penthouse had been bought for investors, it did not ascertain their identities. At the Park Laurel, where Mr. Najib’s stepson owns, the board did not respond to questions about whether it had examined the financing of the purchase.
In fact, in-depth scrutiny of real estate deals is not required. International anticorruption organizations have criticized this lack of inquiry — not just by real estate brokers and condo boards, but by banks, lawyers and the federal government.
“People should ask the questions, ‘Why is it that this individual is bringing in millions of dollars into America, and how was it acquired?’” said Charmian Gooch, co-founder of Global Witness, a nongovernmental organization that works against corruption around the world.

THE MAKING OF A FINANCIER

To mention Mr. Low in Malaysia is to conjure the image of a baby-faced young man in rimless glasses and a loose black V-neck, holding a magnum of Cristal and surrounded by celebrities. But if he is sometimes derided as a tabloid party boy who once flew a group of bottle girls from New York to Malaysia, the reality is that the clubbing life, for Mr. Low, was actually a way to build a booming business managing money for his friends.
“I think a relationship with an investor is not just about managing their money well,” he said in an extensive interview with The Star, a Malaysian newspaper, in 2010. “Although it is not in my job scope, but if my friend says he wants a flight urgently to somewhere or he wants a dinner reservation at a well-known place, I’ll do my best to make it happen.” He also said, “I am usually the concierge service that arranges everything, and thus my name is all over the place.”
Around George Town, on Penang Island, where Jho grew up, the Lows were seen as a family of somewhat deflated affluence, according to several businessmen who have known them for years. The father, Larry, was an executive for an investment holding company called MWE Holdings, but he split with his partner in the mid-1990s and faded from the local business scene. Still only a teenager, Jho, the youngest of three children, emerged as the family’s best hope for the future.

There was money for education abroad, and in London, while attending the ancient and elite Harrow school, Mr. Low became friends with Mr. Najib’s stepson, Mr. Aziz, who was studying at the London School of Economics. He also grew close to Mr. Aziz’s mother, Rosmah Mansor, who stayed for months at a time in an apartment she kept there.

In college, at the Wharton School of the University of Pennsylvania, Mr. Low kept up his ties back home by running a Malaysian student group. But he also came to know the children of prominent Jordanian and Kuwaiti families. Even before graduating, he was managing money for what he later described as “my family and close Middle Eastern and Southeast Asian friends.”
After college, many of his early business deals were based in Malaysia — helping a Kuwaiti bank purchase a high-rise complex called the Oval, and bringing Middle Eastern money into the country to finance a commercial zone in the south and a new financial district in the capital. By 2007, he had formed an investment group that included a Malaysian prince, a Kuwaiti sheikh and a friend from the United Arab Emirates who went on to become ambassador to the United States and Mexico.
Two years later, he was pitching his idea for a Malaysian sovereign wealth fund. His plan was to invest public money for the public good through a fund tied to one of the country’s oil-producing states, and so he began wooing the sultan of Terengganu, who was also Malaysia’s king under the nation’s rotating monarchy.
It was all about making connections, making friends. Success, he told The Star, is “attributable to being at the right place and right time and meeting the right people coupled with a trusting relationship.”
In April 2009, those ingredients all came together for Mr. Low. The stepfather of his friend Mr. Aziz became prime minister of Malaysia.
A POLITICAL LEGACY
Prime Minister Najib Razak of Malaysia, center, leaving the Time Warner Center in September 2014. Mr. Najib met Mr. Low briefly there that week. Credit Michael Appleton for The New York Times
Mr. Najib, 61, has a deep pedigree in Malaysian politics. His father, Tun Razak, was the country’s second prime minister, in the 1970s. His uncle was its third. His cousin is now defense minister.
Mr. Najib has risen through the political ranks: member of Parliament at 23; chief minister of his home state; minister of education, defense and finance; and deputy prime minister.
The family is tightly intertwined with Malaysia’s leading political party, the United Malays National Organization, whose long hold on power owes much to its close relationship with the country’s business elite. That closeness, in turn, has helped engender a culture of corruption, said Zaid Ibrahim, a former minister of legal affairs and judicial reform who served alongside Mr. Najib. Inflated government contracts are the norm, widely accepted because recipients simply turn around and donate to the party, he said.
“You know why corruption is very high in Malaysia?” he said. “It’s because the party in power is synonymous with the state.”
CORRUPT WITH IMPUNITY

Penyokong cetus kekecohan esok akan diambil tindakan – KPN

khalid-600x360
Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak tidak melakukan sebarang kekecohan, dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

Polis akan mengambil tindakan perundangan terhadap sesiapa yang cuba mencetuskan kekecohan, berikutan keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, di Putrajaya, esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.
“Kita memang bersiap sedia dengan kekuatan anggota yang mencukupi, untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Tidak kira penyokong Anwar atau Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan), keputusan mahkamah perlu dihormati,” katanya.
Sehubungan itu, Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan sebarang kekecohan, dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.
Esok, Anwar yang disabitkan Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk di penjara atau bebas.
Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Menanti keputusan Anwar esok

Oleh  Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan KEADILAN
 
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah akhirnya dapat dijalankan semalam 8 Februari 2015 setelah pelbagai spekulasi timbul sebelumnya. 

Hakikat bahawa mesyuarat tersebut menjadi topik dan bualan hangat media, penganalisis politik dan rakyat menunjukkan betapa pentingnya majlis tertinggi demikian kepada lanskap politik negara. 


Apa pun pandangan yang timbul namun jelas Pakatan Rakyat tetap utuh dan memahami harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan yang lebih baik buat negara. 

Melalui kenyataan yang telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP jelas menegaskan komitmen kepada perjuangan Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat. 

Malah juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enakmen Jenayah Syariah 2 dan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan, yang dianggap dua isu hangat sejak akhir-akhir ini. 

Walaupun begitu, saya sedar ada pengkritik yang mungkin mempersoal dan meramalkan akan berlakunya percanggahan antara keputusan dalam mesyuarat dan tindakan atau kata-kata di luar. 

Pandangan begini pandangan biasa dan tidak seharusnya dipersalahkan malah saya percaya pimpinan ketiga-tiga Parti harus bersikap terbuka, positif dan menerimanya sebagai muhasabah untuk kebaikan bersama. Atas prinsip tatakelola yang baik dan adab kesetiakawanan maka ketiga-tiga Parti wajib berpegang kepada keputusan bersama, sama ada di dalam mahupun luar mesyuarat. 

Jadikan golf sukan rakyat, mampukah?

KUALA LUMPUR: Masih banyak agenda sukan yang perlu difikirkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak bagi mengangkat Malaysia di mata dunia bukannya sukan golf semata-mata.
Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh berkata, sukan sedia ada seperti bola sepak yang diminati rakyat negara ini masih lagi ketinggalan berbanding negara lain.
"Apa yang ada (sukan) sekarang ini kita angkat mereka hingga ke peringkat dunia, kita perkuatkan seperti bola sepak. Tetapi hari ini kaedah yang kita ada lemah dan ianya perlu disuntik oleh kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga memberi contoh sukan squash negara yang begitu hebat sehingga berjaya menaikkan nama negara di persada dunia.
Begitu juga dalam sukan sepak takraw, katanya pendekatan baru yang diperkenalkan akhirnya membuahkan kejayaan kelmarin, setelah bertahun-tahun kemenangannya oleh negara jiran.
"Kita berjaya buat sedikit pembaikan, kesan yang baik sudah nampak. Kalau kita tumpukan sepenuhnya pada satu-satu sukan ia tidak mungkin mengecewakan," katanya.
Tambahnya, memandangkan sukan golf salah satu sukan untuk golongan elit sudah tentu memerlukan kos yang tinggi termasuk logistik dan penyediaan infrasturktur.
"Buat masa sekarang ianya tidak sesuai dilaksanakan, ianya akan dilihat lebih kepada pembaziran semata-mata," katanya.

Gaji tak berbayar, bos RTM, Bernama 'kunci mulut'

Adakah Sunnah Azan 3 Pagi Untuk Bangunkan Orang Solat Tahajjud? - UAI

Perlukah Menunaikan Nazar Yang Memudharatkan Diri? - UAI

Bunuh Binatang Perosak Dengan Cara Membakar - UAI

Zakat Madu Lebah? - Ustaz Azhar Idrus

Bayar Hutang Lama Ikut Jumlah Hutang Atau Nilai Semasa? - UAI

Rasa Bersalah Terlanggar Anak Kucing - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Makan Ayam Yang Memakan Najis - Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah Percaya Kepada SIHIR? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pergi Haji Guna 'Kabel' - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tilik Nasib - Ustaz Azhar Idrus

Dimarah Sebab Tegur Pakaian 'Misi' - Ustaz Azhar Idrus

Apakah Makna SEKULAR? - Ustaz Azhar Idrus

Batal Wuduk Ketika Tawaf - Ustaz Azhar Idrus

Batas Aurat Sesama Jantina - Ustaz Azhar Idrus

Kit Siang 'bukan komunis' boleh jadi PM, kata Mahathir


‘Rekod hak asasi saya teruk, tapi tak seburuk Amerika’ kata Mahathir

Buang Dinosaur, Lantik Muka Baharu - Mufti Perlis

ROS arah MIC buat pemilihan semua jawatan sebelum Mei

Mahfuz: Tiada gerakan dalam PAS untuk jatuhkan Hadi

Tiada siapa yang nak jatuhkan Hadi - Salahuddin Ayub

Pak Samad | "Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan"

Sdri Maria Chin | "Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan"

Sdri Ambiga Sreenevasan | "Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan"

Sdr Lim Kit Siang | "Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan"

Politik dalam kehakiman: Hakim perlu mengakuinya

Oleh Dr Abdul Aziz Bari

Ramai di pihak pentadbiran Britain, terutamanya para hakim, yang kecewa apabila John Griffith menerbitkan Politics of the Judiciary buat kali pertama pada 1977.

Mereka termasuk penjawat kanan seperti Lord Denning. Tetapi kemudian, apabila profesor undang-undang umum di London School of Economics (LSE) itu meninggal dunia pada 2010 bukunya laris terjual. Edisi  terbaru termasuk perkembangan lain. Antara lain ia mengandungi kisah keadilan yang tidak terlaksana serta kritikan ke atas langkah kerajaan yang memberi kesan kepada kehakiman.

Menariknya, para hakim di Amerika, berbanding rakan sejawat di Britain lebih lantang bersuara tentang kegagalan kehakiman keluar dari belenggu politik. Saya ingat lagi ketika sesi Fullbright yang saya hadiri, apabila seorang hakim tidak menafikan perlantikan kehakiman bersifat politik di Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya bukan seperti yang dilakukan para hakim kita.

Perlu disedari bahawa di kedua-dua Amerika Syarikat dan United Kingdom, tiada perbicaraan seperti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembunuhan Altantuya. Dalam kes ini, kita saksikan bagaimana mahkamah mengadilinya dengan dipengaruhi eksekutif. Perlu kita sedar Peguam Negara dan PDRM duduk di bawah telunjuk kerajaan.

Mahu perubahan atau BN kekal

Oleh SUBKY LATIF
MOGA-moga perselisihan antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga bos parti dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali sebagai penasihat pertama bos partinya sudah selesai atau sekurang-kurangnya telah reda setelah pemimpin utama Pakatan Rakyat tampil bagi meleraikan perbezaan antara keduanya.
   
Sekalipun ia melibatkan dua individu penting PAS dan DAP belum dikira masalah bagi kedua-dua parti, tetapi menyentuh integriti pimpinan parti masng-masing, jika ia lambat dan tersalah urus boleh menjejas jihad menawan Putrajaya.
   
Urusan dan pengendalian integriti pimpinan antara parti amat perlu dijaga oleh mana-mana tahaluf siyasi. Kepentingan dan keutamaan itu tentu diketahui semua pihak.
    
Oleh sebab masing-masing sudah bergaduh, sekecil mana pun, ia perlu ditangani segera dan elakkan daripada berlanjutan.
   
Keutamaan Pakatan Rakyat dan setiap komponennya adalah jihad menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional. Jihad bukan suatu yang mudah. Ia penuh ranjau dan enau. Ia ada syaratnya. Semua tentu sudah tahu syarat-syarat itu iaitu menjauhkan banyak perbezaan.
   
Jika masing-masing melayan perbezaan yang ada, maka natijahnya ialah kita membenarkan BN meneruskan penyelewengan - jenayah politik, jenayah ekonomi, sosial dan lain-lain.
   
Setakat ini yang menghantui jihad mengambil Putrajaya itu adalah hudud, suatu perjuangan asal PAS. Ia sudah diketengahkan sebelum kewujudan DAP. Semua tahu PAS memperjuangkannya sebelum ia mengikat tahaluf dengan DAP dan semua tahu DAP tidak pro-hudud sebelum ia menyertai tahaluf.
   
Isu baru yang mengganggu pengambilan Putrajaya ialah pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang DUN Pulau Pinang luluskan tanpa rojok awal kepada PAS. PAS belum  bersedia menerima kehendak itu sekalipun tidak mentakwil dasar Malaysian Malaysia DAP.
   
Orang Melayu di luar PAS belum menerima gagasan Malaysian Malaysia DAP itu. Jika PAS menerima pilihan raya PBT dalam suasana orang Melayu belum menerimanya, maka ia menyukarkan PAS unuk meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRU menawan Putrajaya nanti. Jika PAS tidak dapat meraih undi majoriti Melayu, maka jihad mengambil Putrajaya tidak berjaya.
    

'Buang dinosaur, lantik muka baharu'

Oleh DARINA OSMAN
DALAM apa sahaja kapasiti - mufti, pensyarah atau pendakwah - beliau menarik perhatian ramai. Sebagai Mufti Perlis pertama kali (2006 - 2008), kemudian sebagai pensyarah universiti, beliau lantang bersuara.

Ramai menyokong, tetapi ada juga yang tidak menerima pandangannya. Mulai awal bulan ini, beliau kembali menduduki kerusi Mufti Perlis, jawatan yang beliau tinggalkan tujuh tahun lalu. Dengan pengalaman dan pendedahan yang makin banyak, beliau tentunya ada banyak perkara yang ingin dikongsikan dengan masyarakat.

Ikutilah temu bual Timbalan Pengarang Berita Farush Khan, Editor Rencana DARINA OSMAN dan jurugambar ROSLI TALIB dengan DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.


Datuk pernah jadi Mufti Perlis dahulu, dan kini kembali ke pejabat mufti setelah beberapa tahun menjadi pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM). Apa perasaan Datuk?

Saya mungkin agak lebih teruja atau berdebar nak jadi mufti pertama kali dulu, sebab saya tidak ada pengalaman dan tak tahu bagaimana cara pengurusan. Lepas jadi mufti, saya balik semula sebagai pensyarah, (dan) pergi merata-rata di dunia ni.

Saya terdedah kepada banyak pengalaman, alhamdulillah. Semasa jadi mufti dulu, umur saya 35 (tahun), dengan semangat orang muda, darah muda masa tu (tersenyum).

Selepas jadi mufti kali pertama, saya kira rakyat lebih mengenali saya (melalui) sebahagian besar isu yang saya bangkitkan. Mungkin banyak isu tertentu dan saya kira sebahagian mengenali saya dengan cakap-cakap (saya).

Kemudian saya dapat peluang pergi ke beberapa tempat. Tamat jadi mufti, saya diberi peluang ke Wales ketika jadi pensyarah di USM (Universiti Sains Malaysia).

Kemudian saya jadi felo di Oxford, kemudian balik lagi (ke tanah air), kemudian pergi menuntut di London selama enam bulan. Jadi agak banyak pengalaman, yang saya rasa alhamdulillah, walaupun ketika saya tidak jadi mufti, perkataan-perkataan saya masih diambil oleh media dan mendapat liputan.

Apabila nak jadi mufti semula (mulai awal bulan ini), apabila Tuanku Raja Perlis (berkenan) panggil menghadap dan memaklumkan bahawa (Mufti Perlis sebelum ini) Datuk Dr Juanda (Jaya) nak balik ke Sarawak menjadi penasihat kerajaan negeri sekarang, maka saya berfikir, istikharah dan membuat keputusan menerima tawaran tersebut.

Untuk kali ini saya masuk pejabat mufti, saya dah tahu apa yang nak buat, boleh lihat dari pelbagai sudut. Apabila umur kita meningkat, pengalaman bertambah, pertimbangan-pertimbangan kita (pun) lebih baik.


Ketika pertama kali menjadi mufti dahulu tentu banyak perkara yang Datuk rancang untuk pentadbiran Islam di Perlis. Sejauh mana apa yang Datuk rancang itu dilaksanakan oleh pengganti Datuk? Kalau masih tidak dilaksanakan apakah Datuk bercadang meneruskan semula kali ini?

Walaupun saya jadi Mufti Perlis dua tahun, saya dengan Perlis agak rapat. Bila saya datang ke Perlis ini, alhamdulillah, tak jadi mufti pun (saya) masih (jadi) Ahli Majlis Agama Islam Perlis.

Apa yang saya fikirkan ialah mufti menjadi rujukan agama. Oleh kerana rakyat mencari satu sumber atau tempat merujuk, sekurang-kurangnya mereka mencari garis panduan, maka mufti patut dikenali rakyat dan senang dihubungi serta (dapat) memahami banyak isu.

Akan jadi masalah jika mufti itu tidak dikenali, tidak bersuara, tidak bercakap, hanya dikenali untuk acara-acara rasmi tetapi tidak menyelesaikan isu yang pelbagai. Dalam masa sama, kita kata Islam itu lengkap, syumul, tetapi bila ada isu yang membabitkan agama kita tak mahu bercakap.

Dan orang-orang politik bercakap, orang itu bercakap. Akhirnya kita tanya kenapa semua orang nak bercakap.


Sebagai penceramah selama ini Datuk dilihat sebagai berani dan amat terbuka dalam menjelaskan isu-isu Islam, walaupun ada pihak berasa tersinggung. Kini Datuk menjadi pegawai kanan kerajaan dan terikat dengan peraturan. Apakah keberanian dan kelantangan Datuk akan diteruskan?

Impian Kelantan alu-alukan lebih ramai sukarelawan


Rara


PASIR TUMBOH , 9 FEB: Penyelaras Impian Kelantan Syefura Othman mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan untuk menyertai program Impian Kelantan.
Syefura ketika dihubungi Roketkini.com berkata demikian selepas tinjauannya ke Kampung Pasir Tumboh di Kelantan, minggu lalu.
“Kami perlukan lebih ramai sukarelawan untuk bantu roboh rumah yang telah rosak teruk bagi membina semula rumah-rumah baru.
“Buat masa ini, enam buah rumah sudah siap dibaiki dan sedang dicat.
“Manakala 14 buah rumah lagi masih dalam pembinaan, dengan 20 buah rumah menunggu giliran untuk dibaiki,” kata aktivis muda DAP itu.
Tambah Syefura, pihaknya juga masih memerlukan bantuan dari orang ramai dan dermawan, antaranya bagi menampung kos bagi membaikpulih tandas.
“Kos untuk baiki 57 buah tandas yang rosak berjumlah kira-kira RM 85,500. Kos boleh dikurangkan jika kita dapat tajaan bahan-bahan untuk bina tandas.
“Sekarang penduduk membuang air di sungai kerana tandas di rumah tak boleh digunakan,” jelasnya lagi.

GST akan membebankan NGO dan badan amal


GST_naik


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 ini pasti mempunyai kesan yang besar ke atas ekonomi Malaysia, kerana pada dasarnya akan mengakibatkan peningkatan enam peratus cukai dalam semua sektor.
Walau bagaimanapun, sementara kesan ekonomi akibat GST ini telah dibincangkan secara meluas, tidak ramai yang menyedari kesan sosial GST, khususnya berkaitan dengan impaknya terhadap badan-badan amal dan sektor bukan bermotifkan keuntungan.
Kerja amal juga dikenakan GST
Kerja amal adalah satu usaha sosial yang secara lazimnya dijalankan oleh sukarelawan yang melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, keperluan kerja amal ini timbul akibat kekurangan atau kelemahan sistem kebajikan yang sedia ada. Oleh itu, aktiviti-aktiviti amal perlu disokong dan digalakkan oleh pihak berkuasa.
Sebaliknya, pelaksanaan cukai pengguna sejagat akan mewujudkan banyak halangan dan kerumitan kepada badan amal. Menurut buku Garis Panduan Pendaftaran Pertubuhan Atau Organisasi Yang Serupa oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, hampir semua aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan kebajikan, organisasi bukan bermotifkan keuntungan serta badan bukan kerajaan – termasuk mereka yang kini menikmati status dikecualikan cukai – turut akan dikenakan GST.
Sumbangan tunai
Di bawah rejim GST, hanya sumbangan wang tunai “tanpa apa-apa manfaat” kepada penderma tidak dianggap sebagai suatu pembekalan bercukai, justeru tidak dirangkumi oleh GST.1  Namun begitu, sumbangan wang tunai adalah tertakluk kepada GST sekiranya ada “manfaat” kepada penderma, dengan manfaat ditakrifkan sebagai:
  1. mengiklankan nama atau produk penaja dalam buku program;
  2. menamakan acara itu atas nama penaja;
  3. memaparkan nama penaja pada baju yang dipakai oleh suatu pasukan (penerima).2
Hal ini menimbulkan kebimbangan kerana amalan seumpama ini adalah kebiasaan di Malaysia, khususnya dalam kalangan penaja korporat yang secara lazimnya merupakan penyumbang terbesar badan-badan amal.
Sumbangan bukan tunai
Sementara itu, sumbangan dalam bentuk barangan adalah tertakluk kepada kekangan lain. Bagi penajaan “tanpa manfaat” kepada penderma, hanya barang-barang yang tidak melebihi RM500 setahun dianggap sebagai “hadiah perniagaan” dan oleh itu dikecualikan daripada GST. Namun, jika barangan yang ditaja berjumlah lebih daripada RM500 setahun, ia akan dianggap sebagai bekalan dan diambil kira untuk GST.3
Bagi sumbangan dalam bentuk barangan yang mendatangkan manfaat kepada penderma, seperti cawan kopi yang mempunyai logo korporat penderma, maka GST perlu diambil kira berdasarkan nilai pasaran terbuka bagi penyediaan ruang iklan.4
Acara mengumpul Dana
Badan amal yang menganjurkan acara mengutip dana layak mendapat pelepasan daripada GST pada bekalan mereka. Walau bagaimanapun, pihak penganjur perlu bukan sahaja mengemukakan senarai bekalan yang akan digunakan dalam acara kutipan dana itu kepada Ketua Pengarah Kastam untuk kelulusan terlebih dahulu, tetapi juga menyimpan rekod-rekod atau akaun bekalan secara sepenuhnya. Ini bermakna kos operasi akan bertambah untuk penganjuran acara tersebut.
Tambahan pula, pelepasan cukai untuk acara mengumpul dana adalah terhad kepada hanya empat acara setahun. Kadar GST standard akan dikenakan untuk acara kelima dan seterusnya pada tahun yang sama. Di samping itu, pelepasan cukai juga tidak akan diberi jika acara ini dianjurkan oleh pengumpul dana profesional.5
Aktiviti-aktiviti lain
Adalah kebiasaan bagi bagi badan amal dan pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti lain untuk menambah pendapatan mereka bagi menampung perbelanjaan operasi. Walau bagaimanapun, semua perkhidmatan tersebut seperti sewaan dewan, jualan produk, dialisis atau rawatan perubatan lain, bengkel latihan, kerja terjemahan, dan penjualan ruang iklan akan dikenakan GST, walaupun kutipan digunakan sepenuhnya untuk tujuan amal.

Jenis aktiviti
Kadar GST
Derma tunai tanpa manfaat
Tiada GST
Derma tunai dengan manfaat
Dikenakan GST
Sumbangan bukan tunai tanpa manfaat
Tiada GST sehingga RM500 setahun. Jika lebih, akan dikenakan GST.
Sumbangan bukan tunai dengan manfaat
Dikenakan GST.
Acara mengumpul dana
Pelepasan GST terhad kepada empat acara setahun. GST dikenakan untuk acara kelima dan seterusnya
Keuntungan daripada sewa dewan, jualan barangan, bengkel latihan, ruang iklan, perkhidmatan ambulans dibayar dan lain-lain.
Dikenakan GST.
Jadual: Ringkasan kadar GST untuk kerja amal
Kesan negatif terhadap kerja amal

MCA tak berani gesa kabinet pecat Ismail Sabri


loke


KUALA LUMPUR, 9 FEB: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook menyelar kenyataan MCA yang mendakwa DAP lebih menumpukan serangan terhadap sekutu parti ‘ketuanan Melayu’ itu berbanding mengecam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri.
Anthony berkata, kenyataan Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan itu langsung tidak ada kebenarannya, kerana DAP secara konsisten menekan supaya Ismail dipecat dari kabinet jika berdegil enggan menarik balik serta memohon maaf atas kenyataan perkaumannya.
Malah menurut Anthony, DAP bersedia berdiri bersama MCA dan menandatangani kenyataan bersama menggesa Ismail menarik balik kata-katanya dan memohon maaf.
“Dengan syarat Menteri MCA mesti meletakkan jawatan jika kabinet gagal mengarahkan Ismail menarik balik dan memohon maaf pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

Tuduh DAP ‘bapak rasis’, Ismail Sabri disaran segera mohon maaf


teo kok seong


SEREMBAN, 9 FEB: Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong mendesak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri agar segera memohon maaf terhadap tuduhan tidak berasasnya bahawa DAP ‘bapak rasis di Malaysia’.
Beliau berkata, tuduhan itu sama sekali tidak masuk akal sedangkan Ismail sendiri yang menyarankan orang Melayu supaya memboikot peniaga Cina mengenai isu harga.
“DAP mempertahankan hak semua pengguna di Malaysia melawan ‘musuh bersama’ iaitu harga barang yang melambung tinggi dan saya tidak memahami bagaimana Ismail boleh memutarbelitkan pandangan ini dan menuduh kami rasis.
“Ismail perlu meminta maaf terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Pada 7 Februari lalu, seperti dilaporkan The Malaysian Insider, Ismail telah menyalahkan DAP berhubung kenaikan harga barang.
Dalam sebuah program di Pasar Tani Taman Melawati itu, Ismail mendakwa DAP dan parti pembangkang lain sengaja memanipulasi rakyat serta mengambil kesempatan untuk menentang kerajaan berhubung harga barang.

Anwar mangsa ketidakadilan politik – Estrada

estradaKUALA LUMPUR 9 FEBRUARI : Datuk Bandar Manila, Joseph E. Estrada menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II sebagai ketidakadilan politik.
Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkannya, Estrada menyifatkan Anwar sebagai mangsa dan meyakini beliau tidak bersalah.
“Saya ingin merakamkan sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang terpaksa melalui satu lagi masa yang mencabar di dalam kehidupan dan kerjaya politik beliau.
“Saya mempunyai keyakinan penuh dalam kes ini Anwar tidak bersalah, saya tahu dia pemimpin yang dihormati dan seorang yang sangat baik.
“Anwar adalah mangsa ketidakadilan politik seperti yang telah dilalui pemimpin hebat yang berjuang untuk demokrasi negara mereka,” ujar bekas presiden Filipina itu.
Estrada melalui kenyataan media itu turut mengharapkan Anwar dibebaskan dan terus dapat memimpin Malaysia.
Terdahulu, Tokoh pemikir Islam, Sheikh Rashid al-Ghannushi dilapor turut mendoakan kesejahteraan Anwar yang kini bakal berhadapan dengan keputusan kes Fitnah II yang disifatkan ramai sebagai konspirasi bagi membunuh karier politik pemimpin reformasi itu.

Kain rentang provokasi budak UMNO?

Satu bentuk provokasi murahan, kononnya Anwar didewa-dewakan sampai sebegitu rupa.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa penyokong UMNO terlibat dalam usaha untuk membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
kain rentangKhalid berkata demikian ketika diaju soalan oleh Free Malaysia Today mengenai kain rentang berbentuk provokasi yang digantung oleh pihak yang tidak dikenal pasti berhampiran Pusat Perniagaan World Wide, Seksyen 13 Shah Alam.
“Ini kerja budak-budak UMNO,” dakwanya.
Kain rentang yang tertera ayat “Anwar Ibrahim imam kita ke syurga” itu berkemungkinan dilakukan bagi menghangatkan suasana ketika keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kurang 24 jam.
Khalid turut menyifatkan kejadian itu sebagai satu bentuk provokasi murahan, kononnya Anwar didewa-dewakan sampai sebegitu rupa.
Bagaimanapun, pada pukul 12. 30 tengah hari, tinjauan Free Malaysia Today ke lokasi tersebut mendapati kain rentang berkenaan telah ditanggalkan.
Esok merupakan hari penentu bagi keputusan kes liwat Anwar bersama bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sekiranya didapati bersalah, Anwar, terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya kini berdasarkan Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Pemerhati tak nampak siapa pengganti Anwar

SHAH ALAM – Pemerhati politik tempatan mengakui masih samar-samar dengan sosok pengganti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memandu pakatan itu sekiranya beliau dijatuhkan hukuman penjara, esok.

Meskipun ada yang menyebut nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon pengganti, namun pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, kekangan utama Azmin adalah jawatannya sebagai orang nombor dua parti.

“Yang itu saya tak pasti sebab nak ganti Anwar perlu mempunyai ciri-ciri seseorang yang boleh memainkan peranan menjadi pengantara untuk Pas, PKR, dan DAP. Tapi saya tak nampak siapa yang boleh ganti.

“(Walaupun Azmin?) Ia lah, Azmin Timbalan Presiden PKR. Jadi, (jika Azmin mengganti Anwar) akan menjadi seolah-olah melangkaui Presiden (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan calon pengganti dari parti selain PKR, beliau menyifatkan kemelut dalaman PR menjadi penghalang kepada kemungkinan itu.

“Dalam keadaan kemelut sekarang, saya tak tahu sama ada wakil Pas boleh diterima DAP dan wakil DAP boleh diterima Pas memandangkan ada isu yang mereka perlu atasi sekarang,” katanya.

Pasca Banjir: Adun PAS tidak diberitahu bantuan kerajaan pusat


KUALA KRAI: “Saya tidak pernah diberitahu berapa peruntukan yang telah diagih kerajaan pusat kepada mangsa-mangsa banjir di Dun Manek Urai,” kata wakil rakyat kawasan itu, Mohd Fauzi Abdullah.

Kata beliau khabarnya peruntukan lebih RM800 juta sudah diagih kepada mangsa banjir, namun tidak tahu ke mana jumlah itu telah disalurkan.

Menurutnya biar pun beliau sebagai wakil rakyat tempatan di kawasan yang paling terjejas akibat banjir akhir Disember lalu, namun tidak ada wakil rakyat pusat datang menemuinya.

“Tidak pernah sesen pun bantuan daripada pusat datang melalui pejabat wakil rakyat di sini. Segala bantuan kepada rakyat di sini disalur kerajaan negeri, NGO-NGO dan PAS dari luar Kelantan,” katanya di sini.

Sejak banjir besar melanda hulu Kelantan akhir tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak sudah dua kali datang ke Manek Urai.

Kali terakhir minggu lepas Perdana Menteri mengagihkan mangsa-mangsa banjir tilam dan batal berjenama Putera 1Malaysia.

Sebelum itu ada mangsa banjir menerima khemah daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penempatan sementara mangsa banjir di Kampung Manek Urai Baru pula diusahakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Mohd Fauzi.

'Harta pusaka sumber kekayaan Najib' - The New York Times

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "menerima harta pusaka" sebagai sumber kekayaannya, pejabatnya dilaporkan berkata.

Akhbar berpengaruh The New York Times memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh politik itu.

Akhbar itu juga menyebut beberapa keping gambar isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan pelbagai jenis beg tangan mahal yang tersebar meluas di media sosial.

Ia juga mendakwa ia memperolehi salinan invois bernilai berjuta-juta dolar pesanan barangan kemas beliau di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times menyiarkan kenyataan PMO dalam laporannya hari ini berkaitan ahli perniagaan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang dilakukan Riza.

"Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London.

"Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan Dumb and Dumber To," akhbar itu dipetik.

Menariknya, akhbar tersebut turut menyiarkan berita yang sama di dalam bahasa Melayu.

Lelaki dari Cherok Tok Kun

Rizuan Abdul Hamid

Ada apa dengan seorang lelaki dari Cherok Tok Kun? Sebuah pekan kecil yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Namun kehadiran seorang lelaki bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berasal dari pekan tersebut amat signifikan dalam dunia politik Malaysia.
 Penulis bukanlah seorang peminat tegar lelaki tersebut – dalam sebutan popular politik Malaysia – penulis bukanlah Anwariyyun, Anwaris, Anwarinas ataupun Anwarista.

Lelaki dari Cherok Tok Kun tersebut sudah tentu cuma salah satu nama tersohor daripada deretan nama seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain nama lagi.
Secara peribadi juga penulis, yang lahir pada awal 1980an tidak pernah mengalami era semasa beliau aktif dalam persatuan Siswa dan Abim.

Kisah-kisah keramat mengenai demonstrasi Baling dan sebagainya cuma penulis dengar dari mulut ke mulut dan melalui bahan sejarah.
Namun kisah yang rapat di dalam hati penulis ialah sewaktu beliau banyak berjasa ketika memegang jawatan dalam kerajaan pusat (bukan dalam Umno) dan era Reformasi 1998 serta rentetannya.

Dari pandang sisi peribadinya, penulis melihat Anwar sebagai seorang yang flamboyan tetapi bersahaja dan merendah diri – segak berpakaian namun tidak canggung untuk duduk bersama orang ramai di atas tar atau tanah sambil menunggu giliran menyampaikan ceramah.
 Walau ada yang menggelarkannya "sesumpah", tetapi bagi saya Anwar menguasi fekah dakwah atau berceramah – da’i yang mengenal mad’u (pendakwah yang mengenali orang yang didakwahnya).

Beliau adalah seorang orator yang baik dan mengenal audiensnya. Beliau juga seorang pemikir dan saintis sosial yang rencam dan rentas ilmunya yakni Islam, timur dan barat malah mempunyai hubungan baik dengan semua golongan yakni ulama, aktivis hak asasi, pemimpin barat dan sebagainya.
Namun dalam penulisan kali ini, saya ingin menyentuh tentang betapa signifikannya idea beliau dalam rencah politik Malaysia.

I. Sintesis Politik Jika membaca mengenai Georg Wilhelm Friedrich Hegel yakni ahli falsafah terkenal Jerman itu, maka kemungkinan besar kita juga akan terbaca tentang dialektikanya tentang "tesis-antitesis-sintesis".

Maka Anwar boleh disifatkan seperti sintesis politik yakni jawapan kepada tesis politik Umno/Barisan Nasional dan antitesis politik PAS dan DAP.
Jika Umno/BN bersifat tesis politik dengan "ketuanan Melayu" dan "negara sekular"-nya, maka PAS dan DAP-lah antitesisnya.

Kendati begitu, PAS dan DAP itu sendiri bersifat saling bertentangan sesama sendiri kerana PAS mendasari isu "Negara Islam" bagi menentang kesekularan Umno/BN.
DAP pula mendasari isu "Malaysian Malaysia" bagi menangani isu "Ketuanan Melayu".

Namun selepas Reformasi 1998 mengubah lanskap politik Malaysia.
Bukan untuk menafikan usaha besar daripada sosok lain seperti Ustaz Fadzil Noor, Lim Kit Siang dan ramai lagi, namun figur utamanya ialah Anwar.

Kalau nak free sila pindah ke luar negara... - Pencacai Ameno

ADAKAH TAHUN 2015 tahun kesukaan rakyat ???
ADAKAH TAHUN 2015 poket rakyat semakin kembung atau kempis ???

Kita sama2 tunggu kesannya CUKAI GST 6% bermula 1 April 2015 nanti..

PATUTLA PASANGAN BAHAGIA INI HIDUP MEWAH...

Bertuah rakyat Malaysia rupa2nya Perdana Menteri kita hidup mewah lahir dari golongan bangsawan & HARTAWAN !!!..

Rosmah pula hidup mewah kerana MENABUNG SEJAK KECIL LAGI...

BERBEZA dgn Presiden Indonesia Jokowi.. Yang hanya berasal dari orang kampung yang tak reti main GOLF (Golongan Orang Lemah Fikiran)

"SISTEM TAK UPDATE LAGI.."


BERHATI-HATILAH bila shopping kat Tesco or kat mana2 sekali pun, lepas bayar pastikan harga dekat resit sama dengan harga kat label.

Tak mustahil jika dah terkantoi akan ada alasan.. "SISTEM TAK UPDATE LAGI.."

p/s: DALAM SATU HARI dah berapa ratus, ribu orang tertipu & berapa byk diorang leh BUAT UNTUNG atas angin...

Apa kata buka cawangan kat Cayman Island..1MDB bleh "Pinjam Lagi"..!!


Nikmat GST bakal menyusul besar2an.. SYUKUR !!!

Selagi UMNO/BN memerintah, duit2 dari poket rakyat akan dicekau MEREKA selagi boleh.. 
JANJI RAKYAT DISUAPKAN BR1M..

'Jangan hidup di bumi ALLAH kalau tolak hudud' kata Khalil Hadi

Muhammad Khalil Abdul Hadi
SHAH ALAM  - "Sesiapa yang mahu hidup di tempat yang tidak melaksanakan hukum hudud dipersilakan dengan syarat jangan hidup di bumi ALLAH", demikian kenyataan terbaru Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Memuat catatan itu di laman sosial Facebooknya, Muhammad Khalil menambah, bumi ini adalah milik ALLAH SWT dan makhluk yang menghuni perlu mengikut peraturan sang penciptanya.

"Bumi ini adalah milik ALLAH kenapa kita nak hidup dan tak mahu ikut peraturan ALLAH.

“Pelik dan ajaib! Sama seperti orang tumpang berteduh di rumah kita tiba-tiba tak nak ikut cakap tuan rumah,” tulisnya.

Tegasnya, pelaksanaan hudud ini tidak boleh diukur hanya dengan akal semata-mata malah pertambahan kes jenayah di negara ini berlaku ekoran masyarakat sudah tidak menghormati undang-undang sedia ada.

'PAS jamin tak bawa hudud ke parlimen lagi' kata Mahfuz

PAS memberi jaminan tidak akan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke parlimen selagi perkara berkaitan tidak diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar (bawah) berkata hudud itu tidak boleh dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan bersama gabungan pembangkang.

“Apa yang dibincang dalam mesyuarat semalam, jangan bawa ke Parlimen lagi.

"Jadi bawa setakat dewan negeri (Kelantan) saja, sehingga diputuskan oleh Majlis (Presiden) Pakatan Rakyat,” katanya.

Mengulas pengumuman Kelantan untuk mengadakan sidang khas berkaitan Undang-undang Enakmen Syariah II, Mahfuz menjawab:

“Ia bukan undang-undang baru, enakmen itu sudah ada. Mereka nak buat pindaan sahaja.

“Mereka nak pinda beberapa perkara untuk dikemaskini,” katanya menjawab soalan pemberita.

Semalam, mesyuarat Pakatan tidak membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan (PBT) serta akan membawanya ke mesyuarat khas.

Namun selang beberapa jam selepas itu, menteri besar Kelantan mengumumkan akan meneruskan sidang kas DUN berkaitan hudud yang ditangguhkan sebelum ini.