Ahad, 8 Februari 2015

APA NAK JADI KAT NEGARA KITA SEKARANG !!!

Sukan golf pula nak disibukkannya untuk dijadikan sukan rakyat... Masa depan rakyat dirisikokan dengan kebodohan yang dimiliki oleh otak yang ada dalam kepala Najib Razak.

Penting promosikan golf di sekolah ke atau penting tingkatkan kualiti prasarana sekolah awam di Malaysia ???

RM2 JUTA ooiii... Agak2 syarikat mana yg akan dapat tender promosi golf tu.. Memang hebat & lumayan jika buat bisnes dgn KERAjaan UMNO-APCO..

Gamaknya Najib kau neh dah hilang kawalan brek bodoh dia kot.. terlajak jauh dah...

Bukan pembangkang kata, TETAPI orang UMNO kata !!!


TANPA IDEA BERNAS Najib rakyat tak dapat merasai main golf kelak..


Sapa2 nak main golf, undilah BN pd PRU14 nanti..
Mudah2an dgn main golf kualiti & taraf hidup ANDA bertambah baik serta menikmati NIKMAT cukai GST 6% nanti...

Selangor tiada cadangan pinda Enakmen Pentadbiran Agama Islam - Azmin

azmin pampasanSHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Selangor belum bercadang meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam berhubung pembubaran perkahwinan sebelum berdaftar sebagai mualaf seperti dilaksanakan di Negeri Sembilan.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara berkenaan memerlukan perbincangan menyeluruh membabitkan pihak berkaitan jika ingin dikuatkuasakan di Selangor.
“Itu cadangan Negeri Sembilan, kita tidak ada cadangan untuk pindaan.
“Jika perkara ini ingin dilaksanakan, ia memerlukan perbincangan dengan semua pihak yang ada kuasa dalam hal ini kerana tidak semudah itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ketua Kampung Tradisi Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.
mualaf 1Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di negeri itu.
Selain itu, Mohamad berkata, mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan sudah memeluk Islam.
Beliau berkata, dua perkara itu adalah antara cadangan peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

PR kekal bersatu, fokus atasi kemelut kaum dan ekonomi

7933KUALA LUMPUR 8 FEBRUARI : Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju untuk menumpukan tindakan bagi mengatasi masalah perkauman dan ekonomi yang meruncing di negara ini.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang dihubungi selesai mesyuarat di ibupejabat PAS memberitahu dua masalah ini menjadi topik perbincangan dan sangat memerlukan komitmen ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat untuk mengatasinya.
Menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai berjaya dalam suasana musyawarah dan Pakatan Rakyat kembali bersetuju untuk kembali kepada landasan mesyuarat dan dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini dalam memperjuangkan hak dan agenda rakyat.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat tadi ialah mengesa kerajaan mengadakan perjumpaan dengan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) bagi membincangkan masalsh yang dibangkitkan diatas.
“Sudah tiba masanya, BN, PR dan NGO berlapang dada untuk bertemu bagi membincangkan isu-isu yang melibatakan kepentingan rakyat seperti kemelut ekonomi yang meruncing dan masalah perkauman yang makin melebar,” katanya.
Tian juga memaklumkan, PR juga tetap menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang berdepan dengan hukuman zalim dalam kes fitnah 2 selasa ini.

Sirul: PAS jumpa Kedutaan Australia esok

KUALA LUMPUR: PAS akan bertemu Kedutaan Australia, dekat sini esok bagi mengetahui perkembangan lanjut Koperal Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 10.30 pagi.
"Esok kita akan mengunjungi Kedutaan Australia pada jam 10.30 pagi bagi mengetahui perkembangan terkini Sirul.
"Kita harap perbincangan esok akan memberikan gambaran jelas apa yang berlaku di sana," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Pada 13 Januari lalu, Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu, kerana gagal hadir ke mahkamah.

Agak-agak.. Najib terasa tak dengan apa yang Jokowi cakap ni ???..


Bezanya orang kampung (rakyat biasa) bila dilantik menjadi pemimpin negara BERBANDING 'golongan bangsawan' diangkat pemimpin negara..

SIAPAKAH 'golongan bangsawan' itu ???
Hang Tuah ka?
Hang Jebat ka?
Hang Kebun ka?....

SIAPA yang tak faham Bahasa Melayu ni ???

SIASATAN BELUM DIBUAT...
Ismail Sabri pon belum lagi jumpa polis..
TETAPI.. big boss UMNO pertahan kenyataan Ismail Sabri... 

DI MANA kenyataan Ismail Sabri yg menunjukkan ditujukan kepada semua peniaga. Yang HANYA ditujukan adalah Cina.

Paling ketara tulisan Ismail Sabri menuduh MP cina ialah.. "Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti Islam.".. Harap pihak PDRM Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dapat menyiasat kenyataan beliau...

Anwar's Date With Justice: Will PR Break Up?

By A Kadir Jasin
THE clock is ticking for Parliamentary Opposition Leader and the Ketua Umum of Parti Keadilan Rakyat, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
On Tues, Feb 10, if the Federal Court keeps its date, Anwar will either be a free man or a prisoner.
If he is set free, his supporters will say justice prevails. His detractors will say the judges erred and the conspiracy theorists will say Obama has a role.


If he is sent to prison, his supporter will say that justice is perverted and some Umno guys will jump with up and down like flea-infested primates believing that this is the end of PKR and Pakatan Rakyat.

Sodomy Verdict: Ominous Clouds Over Palace of Justice
But the man himself believes that, based on the law and the testimony of witnesses, he would surely be found not guilty.

But if he is send to jail, he said, the PR would win the next election and take over Putrajaya.

I am inclined to share his optimism. The PR is unlikely to suffer instantaneous combustion upon his second sodomy jailing.

On the contrary, his imprisonment could increase the resolve of the alternative coalition and encourage the member parties to stay together in spite of their deep ideological differences.

Dalam kilang, tindakan Mejar Zaidi akan dipuji

Oleh Rama Ramanathan
Di kilang-kilang, kami sering meraikan pekerja yang mengambil tindakan menghentikan pergerakan produk yang mungkin gagal untuk melakukan apa yang sepatutnya. Dalam masa beberapa hari selepas tindakan ini, kami akan mengumpulkan semua orang, memuji dan memberikan ganjaran kepada pekerja yang telah melakukan perkara yang betul itu.
Selalunya tindakan seorang "pekerja bawahan" akan mengakibatkan produk tidak terjual. Ini seterusnya akan menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, dan kakitangan jualan dan pemasaran juga tidak berpuas hati.
Tetapi, sebaik sahaja orang-orang yang tidak berpuas hati mengetahui yang ketiadaan produk berlaku kerana kilang melakukan perkara yang betul, yang tidak berpuas hati akan menjadi gembira. Tiada siapa mahukan produk yang cacat. 
Apabila kita memberikan anugerah kepada pekerja, kami memastikan ketua mereka juga dipuji secara terbuka. Kami memuji mereka kerana mewujudkan persekitaran di mana pekerja berasa "cukup selamat" untuk melaporkan kegagalan yang boleh menyebabkan semua orang kehilangan insentif prestasi mereka.
Itulah yang membuatkan nasib Mejar Zaidi Ahmad kelihatan tidak munasabah bagi kami yang bekerja dalam industri itu. 
Mejar Zaidi tidak didapati bersalah kerana membuat laporan palsu. Semua orang bersetuju bahawa dakwat kekal itu tidak berkesan. 
Oleh itu kami terkejut dengan ketiadaan perbincangan mengenai reaksi rakan-rakan terdekat dan pegawai atasan Major Zaidi dalam kes dakwat itu. 
Beribu-ribu pegawai tentera, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengundi awal seperti Mejar Zaidi. Berapa ramai daripada mereka menyedari yang dakwat itu tidak berkesan? Berapa ramai daripada mereka melaporkan kegagalan itu kepada ketua mereka atau kepada polis? Bagaimana mereka yang menerima laporan itu bertindak balas? 
Ramai yang terkejut bahawa Menteri Pertahanan (Datuk Seri Zahid Hamidi pada masa itu) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada masa itu), tidak mendedahkan apa tindakan yang telah diambil oleh mana-mana pegawai atasan dan rakan-rakan Mejar Zaidi, apabila telah diketahui bahawa dakwat itu tidak berjaya. 
Perdana Menteri juga telah menolak kegagalan dakwat itu; dia tidak menyuruh Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab. Sebaliknya, kabinet bersalah kerana menutup sebelah mata. 
Mejar Zaidi telah dihukum, manakala seluruh perkhidmatan beruniform terlepas walaupun mengabaikan kegagalan dakwat itu.

Di sebalik dakwaan rasis, kerusi naib presiden UMNO menunggu Ismail Sabri

Oleh Shahbudin Husin
Hanya kerana status tulisan di laman sosial Facebook berkaitan penurunan harga barang yang kemudian dianggap rasis oleh sesetengah pihak, nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus melonjak dengan pantas dalam UMNO.
Memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, satu kerusi yang selama ini dianggap "kurang ong" kerana ramai yang pernah memegang jawatan itu akhirnya terkandas di tengah pendakian hireaki parti,  Ismail Sabri seperti sedang membuktikan sebaliknya.
Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin UMNO yang cemerlang tetapi akhirnya tidak sampai ke puncak pendakian dalam UMNO. Ramai yang percaya ianya kerana kedua-duanya pernah menjadi Menteri Pertanian suatu ketika dahulu.
Datuk Seri Najib dan Tun Abdullah Badawi pula dipercayai berjaya menjadi Perdana Menteri kerana tidak pernah menjadi Menteri Pertanian. Tun Mahathir Mohamad juga dikatakan berjaya menjadi Perdana Menteri kerana turut tidak pernah menjadi Menteri Pertanian.
Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, maka hampir sahlah bahawa kerusi Menteri Pertanian bukanlah loncatan yang baik untuk mana-mana pemimpin UMNO yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri berjaya melonjakkan namanya melalui jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang disandangnya ketika ini. Melalui status tulisan di Facebook yang kemudian dianggap rasis, berhadapan kemungkinan saman oleh  pemimpin DAP Perak, didesak menarik balik kenyataannya serta diminta meletakkan jawatan oleh sesetengah pihak, Datuk Seri Ismail sebaliknya telah dianggap sebagai "hero baru" dalam UMNO.
Pandangannya mengenai penurunan harga barang dianggap tindakan yang berani dan mencerminkan watak sebenar seseorang yang mahu berjuang dalam UMNO. Lantaran itu, ketika beliau diasak atas kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman dan tidak mencerminkan jiwa Malaysia, seramai 92 Ketua UMNO Bahagian menyatakan sokongan terbuka terhadapnya.
Berikutan sokongan 92 Ketua Bahagian itu juga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut bersama dan sekata dengan beliau dengan turut mendesak peniaga agar bersikap lebih adil terhadap pengguna berikutan penurunan harga minyak ketika ini.

Kepincangan pertahanan negara di mata Mejar Zaidi

BERSEMUKA mendengar luahan isi hati Mejar Zaidi Ahmad, 45, tentang cabaran pertahanan negara bagai menjawab apa dorongan utama penyebab juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini tampil mendedahkan kepincangan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) lalu.

Ikuti pengalaman Mejar Zaidi serta situasi mutakhir dirinya selepas dihukum diberhentikan kerja dalam wawancara eksklusif beliau bersama Ketua Pengarang Harakah,AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan, ARIF ATAN di kediaman beliau di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang
WARTAWAN: Bagaimana status dan tindakan tuan selanjutnya selepas keputusan Mahkamah Tentera pada 12 Januari lalu?
MEJAR ZAIDI AHMAD: Pihak peguam, Hanipa Maidin buat kesimpulan bahawa panel hakim berat sebelah. Jadi, kita buat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Sepatutnya kalau ikut prosedur, Mahkamah Tentera perlu tangguh keputusan. Semakan kehakiman telah ditetapkan bulan depan. Sebabnya, Mahkamah Tentera juga tertakluk pada Mahkamah Sivil. Jadi, apa mampu saya buat setakat ini, kita hanya tunggu keputusan 5 Februari nanti.
Saya mahu bersihkan nama saya sebelum tindakan selanjutnya seperti saman akan dilakukan.
Buat masa ini, secara rasmi kalau diikutkan, saya belum diberhentikan tetapi saya diarah buat persiapan untuk berhenti. Ada borang-borang perlu diisi, hantar dokumen tertentu. Kalau diikutkan hukuman yang dikenakan dibuang kerja daripada perkhidmatan patutnya pencen dan faedah lain dapat cuma jumlahnya akan ditentukan pihak atasan. Saya difahamkan ada kes sebelum ini pegawai tentera yang diberhentikan kerana masalah disiplin, jumlah pencen diperolehnya dikurangkan.
Saya berkhidmat dalam tentera sudah 26 tahun. Kami selepas 21 tahun boleh mohon untuk bersara awal tapi dah jadi begini.
Saya memang berhasrat untuk pencen pada 2013 tapi saya sebagai jurulatih ada dua orang pelatih baru yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Cadangnya tahun 2014 nak submit permohonan untuk bersara awal.
Tugas sebagai jurulatih jet pejuang TUDM?
Tujuan utama kami di TUDM tentunya mempertahankan negara daripada serangan musuh. Kalau ada pesawat musuh ceroboh, kita mesti bersedia untuk memintas cuma masa negara aman ini kita biasa memantau pesawat Singapura di selatan tanahair. Mereka boleh lalu sebab itu laluan antarabangsa tapi dekat dengan pusat latihan kita. Mereka tak masuk kawasan Malaysia tapi kita mesti bersiapsiaga.
Ikut pergerakan mereka sampai mereka keluar.
Tugas kita di Selat Melaka tidak kritikal sangat tapi di Laut China Selatan pergerakan sukar dijangka, kawasan luas. Singapura ini banyak aset tapi kawasan tiada.
Kita pantau pesawat Singapura selain daripada itu kita buat latihan-latihan tertentu. Setiap tahun ada latihan peperangan.
Ada juga latihan dengan negara luar. Selain daripada itu, kita buat latihan biasa, sesama kita termasuk melatih juruterbang baru.
Boleh tuan ceritakan sedikit tentang pengalaman sepanjang 25 tahun berkhidmat?

Suhaizan hormat, Tuan Ibrahim tak tahu menahu memo Pemuda Pas Kuantan

Suhaizan Kaiat dan Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menghormati memorandum pimpinan pemuda parti termasuk dakwaan ada dalang cuba menjatuhkan presiden oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan hari ini. 
"Saya hormati pandangan mereka (Dewan Pemuda Pas Kuantan). Saya dah kata biar ada pandangan, cadangan dan kritikan. Kita tak halang.
"Malah saya memastikan memorandum itu diterima oleh wakil pejabat Pas Pusat," ujarnya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan sekumpulan ahli-ahli Dewan Pemuda Pas Kuantan yang berkumpul di Ibu pejabat Pas Pusat di sini pagi ini dan mahu pimpinan Pas yang berkomplot mahu menjatuhkan presidenperlu meletakkan jawatan.
Mereka juga menamakan Bendahari Pas yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli salah seorang dalangnya.
Suhaizan menambah, dia dimaklumkan mengenai perkara itu hari ini tetapi menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan pandangan Pemuda Pas Pusat.
Mengulas perkara yang sama, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula tidak tahu menahu mengenainya. Malah selepas dimaklumkan, beliau akan bertanyakan perkara itu kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali. 
"Saya tak tahu (ada demonstrasi ahli dari Kuantan). Setiausaha Agung pun tak diberitahu. "Biarlah dakwaan itu disiasat jawatankuasa disiplin," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

'Bah berlalu tapi khemah masih berdiri'

Banjir besar sudah sebulan berlalu tetapi orang ramai masih tidur dalam khemah.

Perkara itu dibangkitkan oleh pengarah filem dokumentari Jules Ong yang membuat penggambaran berhubung kawasan bencana di Kuala Krai, Kelantan, yang paling teruk terjejas.

Masih terdapat keluarga didakwa masih berkhemah di kawasan rumah mereka yang rosak dibadai bah dan ada juga yang berkhemah di kawasan perkuburan Kubur Dala.

“Sebulan selepas itu di Kuala Krai, rumah-rumah masih rosok.

“Gambarnya nampak sama dengan apa yang saya ambil sebulan lalu,” tulisnya di Facebook.

Bekas pemberita itu berkata banyak khemah disalurkan oleh NGO seperti Shelterbox UK sementara Mercy Malaysia pula membina rumah pasang siap.

“Keluarga lapan anggota, termasuk enam kanak-kanak, ditanya sama ada menerima bantuan kerajaan.

“Satu tilam, dua bantal dan sekilogram beras. 'Tetapi kami terima bantuan daripada NGO dan orang biasa',” tulis Ong.

Senda Ahad: Golf harus jadi sukan rakyat kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan sahaja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf, kata beliau sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf terkemuka pada masa akan datang.

"(Dalam hal ini) saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf di peringkat sekolah dengan 11 buah sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini.

"Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mudah-Mudahan Anwar Dipenjara...!!

Oleh Shahbudin Husin

Tanggal 10 Februari 2015 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tarikh itu begitu ditunggu-tunggu untuk melihat sama ada Anwar Ibrahim akan bebas atau didapati bersalah.
Mudah-mudahan Anwar dipenjara…
Jika bebas, ia adalah peluang terakhirnya untuk berjuang menawan Putrajaya bersama PR dengan imejnya yang sudah dibersihkan tetapi jika didapati bersalah pula, beliau mungkin menghuni penjara sekali lagi.
Bedasarkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara keatas Anwar, jika bersalah, ada kemungkinan hukuman itu akan dikekalkan tetapi ramai juga menjangka lebih berat daripada itu.
Sejak Anwar dipecat daripada kerajaan pada 1998 dan menggerakkan kekuatan pembangkang, isu yang paling utama ialah mengajak rakyat melakukan reformasi dan perubahan.
Jika dilihat apa yang berlaku hari ini, hasrat kepada perubahan itu sudah meresap ke dalam jiwa dan keinginan majoriti rakyat. Hampir semua kelompok masyarakat bercakap tentang perubahan dan yakin dengan adanya perubahan saja negara ini menjadi lebih baik, perangai pemimpin lebih baik dan kekayaan negara diurus dengan lebih baik.
Tidak cukup dengan rakyat biasa, pengundi atas pagar dan penyokong PR yang mahukan perubahan, ahli dan penyokong Umno juga semakin ramai yang "letih" dengan kerajaan yang ada.
Dalam PRU 13 lalu, memang rakyat menunjukkan keinginan untuk berubah. 52 peratus yang menolak kerajaan adalah bukti ke arah itu tetapi BN kekal memerintah hanya kerana sistem pilihanraya yang digunakan dan pecahan kawasan Parlimen yang tidak seimbang.
Menjelang detik 10 Februari dan berhadapan dengan PRU 14 akan datang, isu perubahan sekali lagi menjadi bualan. Ada yang percaya dengan memenjarakan Anwar menjadikan peluang BN lebih cerah untuk mengekalkan kuasa.
PR dikatakan akan pecah dan tiada lagi lagi pemimpin yang boleh menyatukannya sebagai Anwar berjaya melakukannya selama ini.
Tetapi pemenjaraan Anwar juga menjadikan simpati rakyat lebih tinggi dan perbualan mengenai hukuman itu dan sistem kehakiman tidak terhenti sampai bila-bila. Ia mungkin sama seperti rakyat terus bercakap tentang motif pembunuhan dalam kes Altantuya walaupun mahkamah paling tinggi memutuskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar bersalah.
Dalam masa yang sama, jika sudah dipenjara juga akan menjadikan Umno dan BN tidak boleh lagi mempergunakan kelibat Anwar untuk menakut-nakutkan rakyat seperti menggambarkan beliau sebagai ejen Amerika, ejen Yahudi, pejuang plural dan sama rata dalam agama, pro Cina, alat DAP dan pelbagai kaitan yang lain.
Cabaran pertama yang bakal dihadapi Umno dan BN jika Anwar dipenjara ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh serta perbualan antarabangsa mengenai hukuman yang diterimanya. Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang dihantar ke penjara juga boleh mengundang persepsi negatif seantero dunia mengenai sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi.

Pengganti Anwar ditentukan 10 Februari ini

Sidang media Pakatan Rakyat selepas Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM 
KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan PR akan diadakan pada 10 Februari ini bagi membincangkan pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sekiranya beliau didapati bersalah dalam penghakiman kes Liwat II.
 
Anwar bagaimanapun berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR, hari ini tetapi hanya menetapkan 10 Februari ini sebagai mesyuarat khas ketiga-tiga parti pembangkang itu.
 
"Tidak (tentang pengganti Anwar), mesyuarat hari ini hanya membincangkan untuk mengadakan mesyuarat khas selepas keputusan Mahkamah Persekutuan.
 
"Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu enakmen jenayah syariah dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas tentang pengganti beliau sebagai ketua pembangkang jika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes Liwat II pada 10 Februari ini.
 

'Kami dah tawar pun pendamaian pada BN' - Anwar

Pakatan Rakyat hari ini menyokong secara umum gesaan pendamaian yang dibuat oleh penaung NEGARAKU Datuk S Ambiga.

Gabungan PKR, DAP dan PAS itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada akan memperbaharui usaha dengan BN dalam isu itu.

Bercakap selepas mesyuarat Pakatan di Kuala Lumpur, Anwar berkata mereka menyokong semua usaha parti politik dan NGO untuk mencapai kesepakatan terhadap isu semasa.

Ini terutamanya, kata Anwar, dalam isu ekonomi dan ketegangan kaum.

Ditanya sama ada Anwar akan menulis secara rasmi kepada BN untuk menawarkan pendamaian, ketua pembangkang berkata bahawa tawaran itu telah dibuat sebelum ini.

Kami sokong... saya sudah keluarkan kenyataan lebih awal, sejak Ogos tahun lalu (sic) (2013),” katanya.

PR adakan mesyuarat khas selepas 10 Februari

IMG_5764KUALA LUMPUR, 8 FEB: Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bahawa perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik dan satu mesyuarat akan diadakan sejurus keputusan Mahkamah Persekutuan dibacakan, pada 10 Febuari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti dalam PR mengulangi tekad untuk terus bersama dalam perjuangan.
“Menjelang keputusan Fitnah 2 membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan perjuangan bersama dalam PR akan terus dipertahankan.
“Kami menegaskan perbicaraan ini bermotifkan politik. Majlis pimpinan bersetuju untuk bermesyuarat semula selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, pada 10 Febuari,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.
Katanya, tidak ada sebarang perbincangan yang dibuat bagi menggantikan Anwar jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

DAP komited bersama Pakatan, isu hudud dan pilihanraya PBT ke mesyuarat khas


meeting_PR


KUALA LUMPUR, 8 FEB: Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat (MPR) hari ini mengulangi komitmen untuk terus bersama dalam gabungan pakatan berasaskan dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
“Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mengulang komitmen untuk terus bersama dalam satu gabungan.
“Tentang isu Enakmen Hudud Kelantan dan Pilihanraya PBT, mesyuarat khas akan disusuli selepas ini,” kata Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Hadir sama, Ketua Parlimen DAP LIm Kit Siang, Presiden PKR Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Setelah empat bulan tidak bermesyuarat, Pakatan Rakyat hari ini duduk semeja difahamkan bagi membincangkan pelbagai isu termasuk keputusan perbicaraan Anwar, cadangan enakmen hudud Kelantan dan pilihanraya PBT.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti-parti komponen Pakatan Rakyat akan terus bersama sebagai sebuah pakatan, walau apa pun keputusan perbicaraaan kes Fitnah 2 ke atas Anwar..
“Walaupun menjelang perbicaraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang berkemungkinan dipenjarakan. Pembangkang akan terus bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat,” kata Guan Eng.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan isu enakmen hudud dan pilihanraya PBT, Anwar berkata perkara tersebut akan dimaklumkan selepas tarikhnya ditetapkan.
“Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas akan datang,” kata Anwar.

MPPR: Pakatan rai perbezaan pendapat



Anwar Ibrahim: "Saya Tak Boleh Diugut, Tak Boleh Dibeli"


RHN: Ucapan sulong Mejar Zaidi di pentas politik


Tiada konspirasi jatuhkan Presiden PAS - Salahuddin Ayub



salahuddin ayub
Tidak ada sebarang konspirasi dalam pimpinan tertinggi PAS untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata perkara berkenaan juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada sebelah pagi tadi.
Jelasnya, isu berkenaan tidak sepatutnya berbangkit kerana agenda untuk menjatuhkan presiden tidak pernah wujud.
“Tidak ada siapa yang hendak jatuhkan Datuk Seri Presiden di kalangan pimpinan parti.
“Secara rasminya ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat tadi sebaliknya hanya memfokuskan mengenai perkara yang dibincangkan dalam Muktamar yang lalu serta pemilihan parti akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dewan Pemuda PAS Kuantan hari ini mendakwa wujud komplot terancang sekumpulan pemimpin kanan parti itu untuk menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.
Ketuanya, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot itu dipercayai menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan Abdul Hadi seperti boneka.
Katanya, beliau mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini supaya meletakkan semua jawatan dalam parti.

Perbalahan isu Pas, DAP dianggap selesai hari ini

"Dia (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) hadir hari ini..dia hadir.Itu yang penting," ujar Lim Guan Eng.
Itu jawapan ringkas Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ketika diserbu wartawan sejurus keluar dari Ibupejabat Pas Pusat di sini hari ini.
Sebelum itu, Guan Eng mempertikaikan komitmen Hadi yang didakwa selalu 'ponteng' mesyuarat PR.
Perbalahan itu berlanjutan sehingga kepada kes hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan dan mendorong Setiausaha Pas, Datuk Mustapha Ali mencabar Guan Eng berdebat.
Terdahulu, Guan Eng bersama Hadi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di tempat yang sama.
Terdahulu, semasa sidang akhbar, Guan Eng tidak mahu menjawab soalan sama ada cabaran Mustapaha untuk berdebat.
Mustapha Ali ketika ditemui kemudiannya menganggapnya cabaran berdebat itu sudah selesai selepas pihaknya bermesyuarat hari ini. "Semuanya selesai.Selesai dah," ujarnya.

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PR

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengesahkan komitmen kepada perjuangan Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat.
Mesyuarat hari ini bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dibuat berteraskan prinsip muafakat bersama. Atas semangat saling menghormati, keputusan yang dimuktamadkan sebegini menjadi asas keutuhan Pakatan Rakyat selama ini.
Pun begitu, Pakatan Rakyat juga akan terus meraikan perbezaan pendapat di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enakmen Jenayah Syariah 2 dan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi memperbaharui dokongan para penyokong, kita bersetuju agar Konvensyen Pakatan Rakyat dianjurkan pada 10 Mei 2015.
Pakatan Rakyat mendokong semua langkah mewujudkan permuafakatan membabitkan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan bagi mencari penyelesaian berkaitan isu-isu semasa terutamanya ekonomi dan ketegangan hubungan kaum.
Menjelang hari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes Fitnah II, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan bahawa perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat akan terus dipertahankan. Kami menegaskan bahawa perbicaraan ini adalah perbicaraan bermotifkan politik. Majlis Pimpinan juga bersetuju untuk bermesyuarat semula sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari 2015.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

TG Hj Abdul Hadi Awang
Presiden​ PAS


Apa makna 10 Februari buat rakyat Malaysia?

Oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew

Dr Tan Yee KewAda yang mengatakan 10 Februari akan menjadi tarikh yang akan memeteraikan nasib Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang dahulunya juga pernah menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri di negara ini. Tetapi kebanyakan rakyat Malaysia fikir ini bukan sahaja akan menentukan nasib Anwar tetapi juga nasib negara ini.

Adakah negara ini akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi sebenar, di mana suara-suara yang menentang adalah dibenarkan? Adakah Malaysia yang mengamalkan sistem Parlimen ‘Westminster’, membenarkan parti pemerintah untuk memecahkan semua peraturan dan tradisi untuk menghantar pemimpin pembangkang ke penjara dalam usaha untuk kekal berkuasa? Adakah rakyat negara ini tunduk kepada kuasa kerajaan dan memilih untuk berdiam diri?
Ini adalah soalan-soalan yang akan dijawab pada 10 Februari.
Anwar berkata, beliau begitu yakin akan dibebaskan. Beliau meletakkan ramalan optimistik itu adalah berdasarkan kepada kepercayaannya terhadap prinsip undang-undang yang akan dipatuhi oleh para hakim yang berprinsip.
Bagaimanapun, ada ramai orang kurang keyakinan kerana terdapat degradasi sistem badan kehakiman selepas pemecatan seorang Ketua Hakim Negara dan ramai Hakim-Hakim Kanan oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1988.
Baru-baru ini, negara telah digemparkan dengan beberapa keputusan mahkamah yang menyebabkan orang ramai mempertikaikan badan kehakiman negara.
Dua anggota polis telah dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh Altantuya Shaaribuu walaupun motif kes pembunuhan itu adalah tidak jelas.

PR akan adakan mesyuarat khas bincang isu hudud dan pilihan raya PBT

PR akan adakan mesyuarat khas bincang isu hudud dan pilihan raya PBT
KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu enakmen jenayah syariah (hudud)  dan juga isu berkaitan cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Majlis pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan serta merangka penyelesaian yang menyentuh isu-isu enakmen jenayah syariah dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media selepas mesyuarat diantara kepimpinan ketiga-tiga parti - PAS, PKR dan DAP.

Bagaimanapun tarikh mesyuarat tersebut masih belum ditentukan lagi.

Selain itu, Anwar juga memaklumkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen pakatan tersebut pada 10 Mei ini dan berkemungkinan besar akan diadakan di ibu negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut memaklumkan, PR juga akan mengadakan satu mesyuarat tergempar sejurus selepas keputusan rayuan kes liwat 2 yang melibatkan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada hari yang sama iaitu 10 Feb 2015.

Sidang media serta mesyuarat majlis pimpinan PR tadi telah diadakan di Ibu Pejabat Agung PAS pada Ahad kira-kira jam 2.30 petang.

MPPR: Hadi pulang awal sebelum sidang media

Sidang media selepas Mesyuarat Tertinggi PR di Ibu Pejabat Pas. - Foto Sinar Harian oleh  SHARIFUDIN ABDUL RAHIM 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menimbulkan seribu persoalan apabila beliau pulang lebih awal sebelum Majlis Pimpinan PR mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Sidang media itu bagaimanapun berlangsung tanpa kehadiran pemimpin tertinggi Pas itu dan tempatnya diambil alih oleh Timbalannya, Mohamad Sabu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mengetuai sidang media itu dan disusuli kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Abdul Hadi datang dari awal sampai akhir (mesyuarat Pimpinan PR) dan beliau memohon maaf kerana pulang sebelum sidang media.

"Hadi sampaikan salam, dan sebenarnya dia tangguhkan program dia, dia sepatutnya meninggalkan majlis lebih awal tetapi dia sampai akhir mesyuarat," katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, lagi mesyuarat Majlis Pimpinan PR membincangkan beberapa perkara termasuk Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Debat Guan Eng-Mustafa: Sama-sama selesai

MPPR: 'Pakatan Rakyat masih bersatu, bincang kemudian isu panas'



MPPR: Pakatan setuju adakan 2 mesyuarat bincang isu berbangkit, kata Anwar

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersetuju untuk mengadakan 2 mesyuarat berasingan bagi menyelesaikan isu yang menyelubungi gabungan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata 2 mesyuarat itu akan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya Selasa ini dan satu konvensyen PR pada Mei ini.
"Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu Enakmen Jenayah Syariah II dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 "Bagi memperbaharui dokongan penyokong kita bersetuju agar Konvensyen PR dianjurkan pada 10 Mei 2015," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur hari ini.

MPPR: Isu hudud, PBT dibawa ke mesyuarat khas

Pakatan Rakyat hari ini belum membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan.

Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas akan datang, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Pakatan hari ini.

Siapa PM Malaysia sebenarnya ???


NAJIB LEMAH ???.. Tang mana lemahnya ???
Mengapa bini2 PM terdahulu tidak BERPERANGAI spt FLOM Rosmah yg ada skrg ???

Hadi, Guan Eng hadir mesyuarat PR

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.  
 
KUALA LUMPUR - Pertelagahan antara pemimpin DAP dan Pas hari ini semakin reda apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh duduk semeja dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang berlangsung kira-kira jam 2 petang tadi.
 
Walaupun Guan Eng sebelum banyak kali mengingatkan supaya Abdul Hadi hadir pada mesyuarat itu, namun hari ini terjawab apabila kedua-dua pemimpin boleh berlapang dada.
 
Mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu dijadualkan bermula jam 2.30 petang tadi di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, Pas mengadakan mesyuarat pimpinannya pada sebelah paginya di tempat yang sama.
 
Antara isu yang dijangka akan hangat dibincangkan ialah pelaksanaan hudud di Kelantan oleh Pas dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang oleh DAP.

MPPR: Semua Pimpinan Tertinggi Parti Hadir, Berita Sedih Buat Macai Umno@Bn....







"KEKALAHAN UMNO Adalah Lebih Baik Untuk Malaysia" - Ku Li


Memang tepat lagi benar kata2 Mahathir.. 
"Pemimpin & Penyokong UMNO Sama-Sama Bodoh"
"Hanya Yang Bodoh Saja Ada Dalam UMNO"

Kenyataan Farida prejudis, menghina dan tidak ilmiah - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: "Kenyataan tersebut sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah," itu pandangan Mohd Nasaie Ismail selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia terhadap kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin berkaitan hudud semalam.

Menurut jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25) itu, golongan pedofil dikhuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu.

Datuk Noor Farida membuat kenyataan tersebut di forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima.

Tambah Mohd Nasaie, sebagai orang yang mewakili golongan cendekiawan G-25, dia sepatutnya berhujah secara rasional dan bukannya dengan sentimen yang penuh buruk sangka terhadap hudud."

Katanya lagi, rujukan Farida bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak, jauh menyimpang daripada maksud sebenar.

"Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti takzir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. Tambahan pula empat saksi hanya diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes yang berlainan. Ia boleh disabitkan dengan: a. Had zina (Hudud), b. Had Hirabah (Hudud) - kerana memeras, c. Qisas (jika mencederakan atau menyebabkan kematian), d. Diat (denda gantirugi) dan e. Ta'zir (hukuman mengikut budi bicara mahkamah).