Sabtu, 7 Februari 2015

Menjawab kenyataan Noor Farida berkait isu hudud

MOHD NASAIE ISMAIL
Saya merujuk kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin jurucakap G-25 berkait isu hudud.
1. Kenyataan beliau bahawa, "pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan kerana di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa".
Kenyataan ini sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah. Sepatutnya beliau yang berucap mewakili golongan cendikiawan G-25 berhujah secara rasional dan bukan dengan sentimen yang penuh buruk sangkanya terhadap hudud. Rujukan beliau bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak, jauh menyimpang daripada maksud sebenar. Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti takzir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. Tambahan pula empat saksi hanya diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes yang berlainan. Ia boleh disabitkan dengan:

Ajaib PAS terima Umno, keluar Pakatan

SUBKY LATIF


DALAM dialog segera saya dengan PAS yang dihadiri sama oleh Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling, saya ditanya oleh dua orang tentang dua persoalan.
   
Pertama adakah PAS akan bergabung dengan Umno seperti yang banyak diperkatakan sekarang dan kedua, adakah PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat yang juga banyak diperkatakan sekarang?
   
Pada saya ia ada isu ajaib. Kedua-dua isu amat dimimpikan Umno. Sejak muafakat Pakatan wujud tahun 2008, siang malam Umno mendakwa ia hendak sangat Umno dan PAS dipertautkan semula seperti tahun 1973. Baik masa jaga mahupun masa tidur. Siang ia meraban hendakkan percantuman, malam ia mimpi.
   
Di samping meraban dan mimpinya, ia hendak sangat PAS keluar Pakatan dan tinggalkan DAP. Jika mahu PAS tinggalkan DAP, maka kekallah propaganda Umno sesungguhnya DAP itu dimusuhi orang Melayu di dunia dan akhirat.
   
Jawab saya kepada penyokong PAS Sabah itu, ialah jangan ada dalam kalangan ahli dan penyokong PAS berfikir barang sesaat jua untuk bercerai dengan Pakatan Rakyat khususnya berpisah dengan DAP.
   
Andainya ditakdirkan terpisah PAS daripada Pakatan, biarlah yang mentalaknya itu Pakatan/DAP. Tidaklah PAS yang menjatuhkan talak itu. Jika PAS ditalak, ia bukanlah pilihan PAS. Apa jua punca talak dijatuhkan, jangan ia dilafazkan oleh PAS.
  
Yang PAS dapat buat jika ia ditalak. Janganlah jadi pihak yang mencerai.
  
Adapun untuk menyertai muafakat politik dengan Umno ia adalah perkara yang ajaib. Tidak boleh sama sekali kita bercakap tidak akan berlaku sama sekali hal itu hingga hari kiamat. Ia hanya akan berlaku dengan kehendak Allah, tetapi amat ajaib jika PAS sendiri memilih untuk berumah tangga dengan Umno.
     

Hadir mesyuarat MPPR bukan paksaan tapi tanggungjawab - A. Samad Said


Post Pic

SHAH ALAM: Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh menganggap gesaan agar beliau hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) esok sebagai 'paksaan', ujar Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
 
Presiden PAS itu perlu menerima hakikat bahawa kehadirannya pada mesyuarat itu adalah tanggungjawab, tegasnya yang lebih mesra dengan gelaran Pak Samad.
 
“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Pak Samad dipetik portal The Malaysian Insider.
 
“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.
 
“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”
 
Hadi semalam membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana memaksa beliau hadir pada mesyuarat yang hampir tujuh bulan tidak diadakan itu.
 

Boikot: MCA tetap mahu Ismail mohon maaf

MCA tetap bertegas agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon maaf atas kenyataan “salah, ekstrem dan rasis” agar pengguna memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga.

Setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kenyataan kontroversi Ismail di Facebook mengheret negara ke kancah “krisis yang tidak pernah berlaku”.

Katanya, beliau bimbang BN akan ditimpa “kesan amat buruk” jika Ismail tidak menarik balik kenyataan tersebut.

Pada masa sama, Ong turut menyelar DAP kerana mensasarkan serangan ke atas MCA atas kontroversi itu.

“Sebabnya berpunca dari kenyataan menteri itu, jadi serangan patut dihalakan pada beliau dan bukannya ke atas MCA.

"Serangan ke atas (presiden parti, Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) atau MCA hanya akan mengaburi kontroversi ini dan menyebabkan pesalah sebenar terlepas, dan orang lain pula yang jadi mangsa,” katanya.

“Jika saya ke penjara, kita menang lebih 60 peratus undi PRU14,” kata Anwar

anwar ibrahim ceramah
Anwar Ibrahim memberikan ucapan yang mendapat tepukan gemuruh pada satu perhimpunan di tapak pasar malam di Sungai Dua di sini, hari ini. 

Pakatan Rakyat akan mendapat 60 peratus undi selamat dan lebih undi popular dalam pilihan raya umum akan datang jika dia dikenakan hukuman penjara pada Selasa ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan takut dengan ancaman daripada sabitan kesalahan dan hukuman penjara.
“Saya tidak akan lari. Saya akan tinggal dan berjuang untuk rakyat Pulau Pinang, rakyat Malaysia dan negara ini. Tak ada jumlah wang yang boleh beli saya keluar.
“Jangan ancam saya dengan penjara dan hukuman. Saya tidak akan berkompromi mahupun menyerah.
“Jika saya ke penjara sekali lagi, kita menang lebih 60 peratus (undi),” katanya yang mendapat tepukan gemuruh pada satu perhimpunan di tapak pasar malam di Sungai Dua di sini, hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus atau 5,489,000 undi popular berbanding dengan BN yang hampir 48 peratus atau 5,220,000 undi.

DAP sedia kerjasama dengan semua pihak, termasuk BN, demi perpaduan nasional


LKS


KUALA LUMPUR, 7 FEB: Usaha ke arah perpaduan nasional sudah lama dibawakan oleh DAP tetapi sering mendapat halangan akibat amalan politik perkauman dan keagamaan yang sempit.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata DAP yang berteraskan kepada prinsip kepelbagai kaum dan agama telah berkali-kali meminta kepimpinan negara, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk duduk bersama bagi membincangkan isu-isu bersama.
Katanya, sudah beberapa kali DAP mengajak penatdbiran Najib untuk bersama-sama tanpa mengira parti politik duduk semeja membincangkan isu-isu besar seperti perpaduan kaum dan banjir di Pantai Timur Semenanjung.
Sehubungan dengan itu, apabila aktivis hak asasi dan kedaulatan undang-undang, Datuk Ambiga Sreenivasan mencadangkan ‘Projek Rakyat’ sebagai langkah ke arah perpaduan nasional, Kit Siang dengan tangan terbuka menyokong usaha tersebut.

Kita perlu kepimpinan berteladan Tunku dan Pak Samad, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Sikap pimpinan UMNO-Barisan Nasional yang selalu mencetus ribut kontroversi perkauman dan agama perlu ditangani dengan sikap kepimpinan berteladan seperti yang ditunjukkan oleh negarawan Tunku Abdul Rahman dan sasterawan A. Samad Said.
Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan dua tokoh itu sebagai ‘quintessential leaders’ (pemimpin yang mewakili sifat berteladan unggul) dalam forum anjuran Roketkini.com hari ini.
“Tunku Abdul Rahman dan Pak Samad betul-betul sebuah lambang kepimpinan berteladan untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Lebih-lebih lagi Malaysia sekarang ribut dengan masalah perkauman dan ektremis agama,”ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Forum bertajuk ‘Tunku dan Pak Samad; Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan’ dianjurkan Roketkini.com bagi mengenang tarikh lahir dua tokoh itu yang ditakdirkan berkongsi 8 Februari walau pada tahun yang berbeza. Tunku lahir tahun 1903 manakala Samad 1932.

Ketepikan perbezaan untuk berdepan empat isu mendesak, kata Ambiga

Ketepikan perbezaan untuk berdepan empat isu mendesak, kata Ambiga
KUALA LUMPUR: Seruan ke arah perpaduan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama seperti visi Almarhum Tunku Abdul Rahman perlu diberi perhatian demi menghadapi cabaran semasa, kata Pengerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ambiga berkata demikian dalam forum ‘Tunku dan Pak Samad: Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan’ yang dilangsungkan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

“Kita harus lakukan sesuatu bersama sebagai sebuah bangsa seperti ketika kita berdepan dengan isu besar seperti bencana banjir baru-baru ini.

“Saya mengesyorkan barisan pemimpin kerajaan, pihak pembangkang dan orang awam supaya ketepikan perbezaan sekarang juga dan bersatu dalam berdepan empat isu mendesak di negara ini,” ujar beliau.

Empat isu tersebut adalah situasi banjir dan kaitannya dengan penebangan hutan; mencari penyelesaian ekonomi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi rakyat; keharmonian antara kaum dan agama; dan ancaman denggi.

Ambiga turut memetik kata-kata Perdana Menteri pertama tersebut iaitu: ‘Kita tidak boleh membiarkan sebarang unsur yang bertentangan dengan perpaduan untuk memecah-belahkan atau mengganggu-gugat hidup kita. Jika wujud sedemikian, kitalah yang gagal.'

Dr Mujahid: Utamakan kes banjir, bukan hudud

MP Parit Buntar dari PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa menyeru agar parti itu lebih mengutamakan proses memulih dan membangunkan Kelantan berbanding pembentangan undang-undang hudud di Parlimen, bulan depan.

"Saya amat bersetuju yang masalah di Kelantan bukanlah tentang memperkenalkan undang-undang hudud.

"Sebaliknya tumpuan adalah membangunkan semula Kelantan pasca banjir - itu perlu lebih diutamakan," katanya kepada wartawan selepas satu forum di Kuala Lumpur, petang ini.

Mujahid berkata, beliau bagaimanapun tidak pasti jika pendiriannya itu turut dikongsi oleh partinya sendiri.

"Saya tidak tahu jika ini mewakili pendirian parti saya atau tidak tapi kita akan bincangkan pada mesyuarat jawatankuasa PAS pusat esok," tambahnya.

Mujahid membuat kenyataan itu selepas ditanya jika beliau berhadapan dilema dengan rancangan PAS untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen, bulan depan.

Anwar: 60% win for Pakatan if they jail me

Ahead of crucial court verdict, opposition leader sounds a warning to Barisan Nasional

GEORGE TOWN: Just days before a crucial court verdict, Anwar Ibrahim fired a warning salvo today with a bold prediction that Pakatan Rakyat would score a 60% victory at the next general election if he was to be jailed by the Federal Court on Tuesday.
anwar60Speaking at a pasar malam rally in Sungai Dua here, part of his pre-verdict national road show, Anwar said he would not be cowed by threats of conviction and imprisonment neither would he be lured by money.
“Lawan tetap lawan,” he said. He would stay put without fear and would not flee the country.
“I won’t run away. I will stay and fight for Penangites, Malaysians and the country. No amount of money can buy me out. Don’t threaten me with jail and conviction. I will not compromise and never surrender,” he said.
“If I go to jail again, we win over 60% (votes),” Anwar predicted. (In 1998 he was sentenced to six years’ jail for alleged abuse of power. Two years later he was convicted and sentenced to jail for alleged sodomy with his driver, which was overturned on appeal in 2004.)
Pakatan secured nearly 52% or 5.489 million of the total popular vote, at the 2013 general election. However, the opposition coalition failed to secure a majority of seats in Parliament because of differences in seat distribution.

Pakatan tawan Putrajaya jika saya dipenjara, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika dia dipenjarakan minggu depan, Pakatan Rakyat (PR) akan menang pada pilihan raya umum akan datang dan menawan Putrajaya. Beliau berkata di sebalik semua serangan terhadap PR, gabungan pakatan masih memperoleh 52% undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

 “Rakyat sokong kita. Kita dapat 52%.
Jika saya diletakkan dalam penjara sekali lagi, kita akan menang 60% (undi),” katanya di majlis minum petang bersama rakyat di Sungai Dua, Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini.

Dia mengulang lagi kenyataannya, berdasarkan kepada undang-undang dan keterangan saksi, dia pasti boleh dibebaskan. “Jika itu semua tidak diikut, maka ‘lawan tetap lawan’,” katanya.
Anwar berkata dia ditanya berulang kali oleh media mengenai hukuman penjara.

 “Saya tidak bersalah. Kenapa saya kena penjara?
 “Adakah ekonomi akan jadi lebih baik jika di dipenjarakan?
Adakah ia akan mengurangkan rasuah?
Adakah ia akan menjaga kebajikan rakyat?

 “Kita ada isu dengan kaum, agama dan ekonomi.
Jangan belanja jutaan ringgit untuk cuba meletakkan saya di penjara,” katanya.

Anwar berkata dia ditawarkan suaka di luar negara tetapi menolaknya kerana dia mahu terus berada di sini dan berjuang.
 Katanya tidak ada apa yang boleh menghalangnya daripada terus melawan terhadap penindasan demi negara dan rakyatnya. “Tidak ada nilai wang boleh beli saya. Jangan ugut saya dengan penjara atau sabitan. Saya di sini untuk menyokong keperitan rakyat dan Malaysia.

Menteri bila nak semak harga barang?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terus didesak memantau harga barangan di pasaran yang masih tinggi walaupun penurunan harga petrol sudah berkuatkuasa, awal Februari lalu.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, terdapat dua kuasa pada menteri bertanggungjawab yang boleh membantu menurunkan harga barang, antaranya menetapkan harga bagi barangan utama yang dikawal kerajaan seperti minyak, makanan utama dan sebagainya.
Selain itu, katanya, tindakan keras perlu dikenakan terhadap peniaga yang melanggar undang-undang penetapan harga barangan sehingga membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
“Penyokong tegar Umno bersuara mendesak saya berkempen? turunkan harga barang? sedangkan kuasa itu ada dalam tangan menteri.
“Tugas utama Datuk Hasan Malek adalah kawal dan pantau harga, bukan rasmikan ‘hypermarket’ je kerjanya,” katanya di laman sosial Facebook.
Rafizi secara sinis turut mempersoalkan tindakan Hasan dalam urusan pengawalan harga barangan yang masih belum menunjukkan tanda penurunan sehingga hari ini.
“Saya pernah berdebat dengan beliau di Parlimen berkenaan harga gula, ayam dan barangan lain.
“Yang gula pun dia tak boleh jawab, yang ayam pun dia tidak boleh kawal. Menteri cap apa macam ini?” katanya.

Hamas: Musuh kami zionis Israel, bukan sesama muslim



RATUSAN warga Palestin berdemonstrasi di luar Pejabat Perwakilan Mesir di Bandar Gaza, semalam mengecam keputusan mahkamah Mesir yang menuduh sayap organisasi bersenjata Hamas, Briged Izzudin al-Qassam sebagai kumpulan pengganas.
Mereka melambaikan bendera hijau Hamas dan melaungkan sokongan untuk Brigad al-Qassam: "Qassam adalah kebanggaan bangsa, bukan pengganas!"
Mahkamah Mesir telah memasukkan sayap bersenjata Hamas tersebut ke dalam kategori organisasi terlarang pada 31 Januari lalu lantaran kumpulan itu dianggap membantu kumpulan pemberontak di Semenanjung Sinai yang bersempadan dengan Jalur Gaza.
Menyiarkan Gulf Times, hubungan Mesir dan Palestin terutamanya Hamas memang terus merenggang.
Tuduhan itu membuat Kerajaan Mesir menutup sempadan Rafah yang menjadi akses satu-satunya bagi warga Gaza dalam mengambil bahan bangunan serta ubat-ubatan dari luar Gaza di tengah sekatan Zionis-Israel yang sudah berjalan selama lapan tahun.
"Kami menyeru kepada Kerajaan Mesir untuk membatalkan keputusan yang menindas ini," ujar tokoh senior Hamas Salah al-Bardawil dipetik Eramuslim.com.

'Saya tak mahu hidup di bawah undang-undang hudud' kata Noor Farida

'Saya tak mahu hidup di bawah undang-undang hudud' - Noor Farida
KUALA LUMPUR: Dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan di dalam negara, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum hari ini, beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya di dalam forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima.

Tambah Noor Farida lagi, untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.

"Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.

"Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya.

"Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.


Noor Farida
Panelis forum: (dari kiri) Dr Razeen Sally, Pengerusi Unit Politik, Ekonomi dan Urus Tadbir Kerajaan IDEAS; Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Konsultan luar Institut Perdagangan Dunia (WTI), Dr Sufian Jusoh; Noor Farida and Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan. - Astro AWANI/Haider Yutim

Kos Hidup Semasa: Jawi naikkan bayaran yuran kursus kahwin bermula Februari

Ketika heboh sorang menteri Kabinet menggesa orang Melayu memboikot peniaga Cina untuk menurunkan harga barang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menaikkan kadar bayaran Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan bermula Februari ini.

Dalam surat yang diedarkan Jawi, kadar bayaran RM85 sebelum ini dinaikkan kepada RM130, iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.
"Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut peningkatan kos hidup semasa.

 "Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga kursus kahwin ini dinaikkan," tulis pekeliling itu seperti dilaporkan portal MyNewshub.
Keputusan Jawi menaikkan kadar bayaran kursus kahwin itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ahmad Saufi berkata di Facebook, sepatutnya kursus tersebut semakin murah ataupun dilaksanakan secara percuma. Izza Sulaiman pula melihat kenaikan kadar bayaran itu hanya akan meningkatkan perbuatan zina dan menambahkan kelahiran anak luar nikah.

Katanya, urusan berkenaan seharusnya dipermudahkan supaya tidak ramai yang akan lewat mengakhiri zaman bujang mereka ekoran kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
 "Tidak semua rakyat mewah hidup, senang makan pakai, sedangkan lulusan diploma dan ijazah pun boleh digelar miskin dengan taraf gaji empat angka.

 Inikan pula golongan bawahan," katanya menerusi Facebook. Seorang lagi pengguna Facebook Itew Zue berkata: "Lepas ni makin banyak la maksiat..
Nak kahwin pun makin mahal. Payah-payah."

Kontroversi berhubung harga barang tercetus selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menulis kenyataan di Facebooknya, membuat gesaan agar orang Melayu memboikot peniaga Cina dalam usaha menurunkan harga barang ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.

Patutkah kerajaan teruskan pelaksanaan GST April ini?

oleh Sonia Ramachandran
Tibanya 1 April, sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula menjadi sebahagian daripada hidup kita.Apa yang kelakar adalah pengilang dan peniaga kelihatan cuba menaikkan harga barang sebelum sistem itu berjalan, yang akan menjadikan barangan semakin mahal bagi pengguna.
Lihat sahaja harga kepada susu Tetra 1 liter.Satu jenama terkenal yang menjualnya pada harga RM5.20 kini menaikkan harga kepada RM5.70.
Malah harga itu sebelum kejatuhan harga minyak, yang seperti tidak memberikan apa-apa kesan kepada harga barangan.
Dengan semuanya bakal menjadi semakin mahal, adakah ini masa yang sesuai bagi kerajaan melaksanakan GST?

Bagi pakar ekonomi Profesor Datuk Dr Amr Hussin Baharudin, jawapannya adalah “ya”.
“Ya, kita tidak boleh tunggu lagi. Ia perlu dilakukan sekarang, terutama memandangkan trend harga minyak mentah masa ini,” katanya kepada Semut Harian.
Apabila ditanya tentang harga barangan lain yang tidak turut jatuh, Amir Hussin berkata: “ Itu adalah masalah peniaga, bukan kerajaan. Peniaga memang degil. Pengguna perlu memainkan peranan dan menyuarakan ketidakpuasan hati tentang harga barang yang kekal tinggi. Pengguna dan koperasi mesti bertindak sekarang.”
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata, barang keperluan tidak turun walaupun dalam keadaan harga minyak yang rendah kerana industri dan entiti komersial perlu membeli minyak yang dicukai. Ini bermakna mereka membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan – cukai jualan yang dimumkan secara bulanan, serta cukai petrol atau diesel yang tersembunyi.
Namun, Amir Hussin berkata kenyataan Rafizi itu tidak perlu diambil serius.
“Ada banyak jenis cukai di negara ini. Yang mana satu rahsia? Percukaian perlu diluluskan di Parlimen. Ia bukannya boleh dibuat mengikut sesuka hati,” katanya.
Amir Hussin berkata lagi, hanya selepas GST dilaksana, isu dan masalah dalam perlaksanaannya boleh dikenal pasti.
“Ada 944 barangan yang dikecualikan. Kita ingin lihat sama ada peniaga benar-benar mematuhi pengecualian ini. Kita perlu laksanakannya dulu untuk memastikan rakyat tidak menerima kesannya. Jika tidak, ia akan terus menjadi tanda tanya buat kita,” katanya lagi.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan bagaimanapun memiliki pendirian berbeza, dan merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk GST.

Kenyataan Tg Haji Hadi- Ibarat Retak Menuggu Belah

Oleh Abu Hassan Adam
Aku teringat ketika aku masih kanak-kanak dulu. Ada seorang kawan aku sentiasa melafzkan kata-kata seperti yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi itu apabila beliau ditanya tentang samada dia mahu bersama atau tidak untuk pergi ke suatu tempat. Jawapannya hampir sama dengan apa yang disuarakan oleh TG Haji Hadi, ‘….Terpulang kepada saya nak hadir ke, tak hadir….”

Aku tidak pula mengatakan yang TG Haji Hadi berperangai seperti kanak-kanak. Dan kebetulan TG Haji Hadi juga menyatakan, ‘….Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah….” Namun apa yang dapat aku perhatikan bahawa tindakan TG Haji Hadi itu tidak menampakkan ketokohanya sebagai seorang pemimpin yang dewasa yang matang dalam menjelaskan sesuatu apatah lagi kredibilitinya sebagai seorang pemimpin parti berasaskan Islam di negara ini. Sebagai seorang pemimpin yang berada dalam satu pakatan maka TG Haji Hadi seharusnya berfikrian sebagai satu pakatan yang memperjuangkan sesuatu berdasarkan persefahaman dalam suatu pakatan.
TG Haji Hadi semangnya boleh mengikut sesuka hatinya sekiranya beliau bukan Presiden PAS, sekiranya beliau hanya seorang nelayan dari Rusila Terengganu, sekiranya TG Haji Hadi seorang guru agama pondok. Tetapi secara kebetulan TG Haji Hadi adalah seorang ketua parti PAS maka kehendak ahli perlu di hormati.
Dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini maka mungkin rakyat merasa lega kerana negara ini tidak jatuh ke tangan PAS sekiranya begitu tindakan pemimpinnya. Dan mungkin juga pemipin PAS yang lain tidak sebegitu sikapnya. Mungkin. Mungkin ramai lagi pemimpin PAS di luar sana yang begitu rasional dan matang sikap mereka untuk memimpin parti yang sudah sekian lama wujud di negara ini.
Kenyataan TG Haji Hadi yang mengatakan,’ “Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” merupakan kenyataan seorang yang bersifat sebagai seorang diktator. Beliau perlu sedar bahawa beliau teratkluk kepada keputusan parti dan tidak harus berdasarkan keputusan sendiri. Aku termenung juga memikirkan hal ini. Aku terfikir juga. Apakah Rasulullah pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika beliau memimpin umat Islam terutama pada peringkat awal pemerintahan Islam di Madinah? Apakah ada ‘ajaran’ Rasulullah yang menunjukkan tentang keangkuhan baginda ketika menjadi pemimpin umat Islam dan bukan Islam di Madinah itu. Sekiranya ada Baginda mengeluarkan kenyataan yang sedemikian sudah pasti pengikutnya akan lari meninggalkan Baginda.

Kenyataan Ismail Sabri ibarat ‘buruk muka, cermin dibelah’


ismail sabri


MUAR, 7 FEB: Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan DAP dan pembangkang kerana kenaikan harga barang membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tidak membuat kerja.
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor Ahmad Anwar Asyraf dalam satu kenyataan berkata, sebagai menteri Ismail bertanggungjawab menjadikan negara ini berada dalam keadaan kondusif buat semua warganya, termasuklah dalam isu harga barang.
“Ismail Sabri ini ibarat pepatah Melayu, ‘buruk muka, cermin dibelah’.
“Cukuplah memalukan diri sendiri setelah mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan kenaikan harga barang dengan aspek perkauman sempit.
“Saya menasihatkan Ismail Sabri untuk kurangkan bercakap dan mula membuat kerja,” kata Anwar dalam kenyataannya hari ini.
Ismail hari dilaporkan berkata, pembangkang sering menggunakan isu kenaikan harga barang untuk menyalahkan kerajaan.
Anehnya, Ismail meminta pula rakyat Malaysia untuk melupakan kenyataan perkaumannya yang dikirim ke laman Facebook minggu lalu.
Sedangkan, parlimen Malaysia sendiri meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dan mula menguatkuasakannya pada 1 April 2011.
“Melalui akta ini pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dan akan menjadi satu platform penting yang menjaga hak dan kepentingan pengguna,” kata Anwar.

Isu boikot lonjak 'saham' Ismail Sabri jadi Naib Presiden UMNO?

Bukan hendak mengampu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini dianggap hero orang Melayu kerana isu memboikot peniaga Cina tetapi sokongan yang ditunjukkan oleh ketua-ketua bahagian UMNO secara tidak langsung layak untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.
Itu pandangan beberapa ahli UMNO peringkat cawangan dan bahagian yang mungkin sukar diterima oleh naib-naib presiden sedia ada tetapi kenyataannya, tidak mustahil sokongan terhadap Ismail Sabri untuk jawatan tersebut akan menjadi miliknya.
Kalau dilihat secara rambang, memang isu yang membabitkan Ahli Parlimen Bera ini agak panas namun tindakan yang tidak disengajakan itu memperlihatkan perjuangannya ke atas orang Melayu adalah jujur dan berani.

Ismail Sabri tak bercakap berdasarkan fakta, kata pengerusi PAC


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed bercakap di ulang tahun kelima IDEAS bersama peringatan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di memorialnya di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2015.  
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed bercakap di ulang tahun kelima IDEAS bersama peringatan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di memorialnya di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2015.

Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak bercakap berdasarkan fakta apabila mengatakan peniaga kaum Cina punca kepada harga barangan meningkat pada ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu yang kini tidak lagi mengakui mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu.
"Apa yang Ismail lakukan tidak berdasarkan fakta, sekarang beliau mengatakan tidak mengatakannya, kepimpinan atasan perlu mengambil pendirian tegas," katanya pada sidang media selepas forum "Malaysia, Kebebasan Ekonomi, dan Globalisasi" anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersempena kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-112 di Kuala Lumpur hari ini.
Nur Jazlan turut kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil tindakan tegas terhadap menteri Ismail berhubung kenyataan perkauman menggesa orang Melayu memboikot peniaga Cina jika mahu harga barang diturunkan.

DAP anggap menteri Umno dangkal kerana banding Ismail Sabri dengan ISIS

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Perbandingan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob tidak seburuk tindakan militan ISIS nyata dangkal.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, apakah Hishamuddin mahu melihat peniaga Cina dibakar hidup-hidup seperti dilakukan militan ISIS ke atas juruterbang Jordan, untuk mewajarkannya mengecam kenyataan perkauman Ismail Sabri.
“Nampaknya trend mengarut menteri Kabinet telah merebak dan menjangkiti Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein pula,” kata Lip Eng dalam kenyataannya hari ini.
Media antarabangsa minggu ini melaporkan sebaran klip video yang menunjukkan ahli kumpulan militan ISIS membakar juruterbang warga Jordan Maaz al-Kassasbeh.
Agensi berita AFP melaporkan pihak berkuasa di Jordan mengesahkan kematian juruterbang yang berusia 26 tahun itu, manakala kesahihan video ini masih belum ketahui.
Lip Eng mempersoalkan tindakan ganas kumpulan ISIS itu tidak ada apa kena mengena dengan seruan Ismail Sabri Yaakob yang menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina.
“Sewajarnya sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, beliau patut lebih bijak dan menggesa supaya proses undang-undang dihormati dan Ismail diberi peluang memberi kenyataan kepada polis supaya kebenaran dapat ditegakkan.

AMK Kedah kerah seluruh anggota ke Putrajaya 10 Feb

POSTER
SUNGAI PETANI 7 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah akan menggembleng seluruh anggota untuk berhimpun di Istana Kehakiman, Putrajaya Selasa ini bagi menzahirkan sokongan kepada Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim.
Ketuanya, Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, komitmen dan solidariti tersebut mampu membuktikan kepada Umno Barisan Nasional (BN) mengenai penolakan rakyat terhadap campur tangan mana-mana pihak dalam sistem perundangan negara.
“Pendakwaan ke atas beliau adalah satu konspirasi politik yang amat terancang dan licik bagi membunuh karier politik Anwar sebagai pemimpin yang tidak pernah letih dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebebasan di Malaysia.
“Justeru, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan memberi kesan besar serta bakal mencipta pelbagai persepsi terhadap institusi kehakiman negara.
“Sehubungan itu, AMK Negeri menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat turun ke Istana Kehakiman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang dan juga untuk membuktikan bahawa Pakatan tetap utuh meskipun seringkali dicanang media arus perdana dengan menggambarkan ketidakharmonian dalam Pakatan,” katanya dalam kenyataan.
AMK kata Mohd Ridhwan, juga yakin keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada Anwar berdasarkan kepada kekuatan hujah, bukti serta fakta-fakta yang dikemukakan pasukan pembelaan sepanjang perbicaraan kes Fitnah II ini.

Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.
Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.
“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”
Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.
"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.
“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

PKR gesa Bank Negara siasat dana RM3 bilion 1MDB tak dibawa pulang

CEO 1MDB Arulkanda Kandasamy sebelum ini mengesahkan wang tersebut sudah dikembalikan dari Pulau Cayman.
Bank Negara Malaysia (BNM) perlu menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Arulkanda Kandasamy mengesahkan wang berjumlah RM3 bilion dari Pulau Cayman tidak dibawa pulang, kata Rafizi Ramli.
 Setiausaha agung PKR itu berkata, ini bertentangan dengan kenyataan awal 1MDB yang mengesahkan wang tersebut sudah dibawa balik selepas 1MDB dikecam kerana terlibat dalam urus niaga yang tidak telus di Pulau Cayman.
"Saya mendesak supaya satu siasatan segera dibuat oleh BNM berikutan pengesahan bahawa dana dari Pulau Cayman tidak kembali ke Malaysia.
 "Kenyataan CEO 1MDB hari ini bukan sahaja menunjukkan pelaburannya bermasalah, lebih teruk ia memberi gambaran pengurusan 1MDB tidak telus dan menyembunyikan perkara daripada rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ustaz Ahmad Jailani: Bolehkah bakar pesalah dengan menggunakan api

Ustaz Ridzwan Abu Bakar: Suruhan memberi peringatan perkara yang baik

Dr.Asri Zainul Abidin: Allah, tuhan untuk sekalian Alam

Hukum Minat Lagu 'Jiwang' - Ustaz Azhar Idrus

Pembahagian Harta Cara Faraid..'Harta Allah Bagi Pinjam' - UAI

Makanan Daripada Masakan Orang Fasiq/Kafir - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Ada Yang Kata Puak Tolak HUDUD Toghut? - UAI

Hukum Imam Memanjangkan Rukun - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Melambatkan Solat - Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah Kata 'Aku Tak Mahu Pahala Ni!' - Ustaz Azhar Idrus

Ada Orang Kata Kita Solat Sembah Dinding? - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Ustaz Selalu Sebut 'JKKK!' - UAI

Hukum Sendawa...'Bini Kentut Strawberry' - Ustaz Azhar Idrus

Kalau nak mati cepat…

Ketagihan internet ancaman baru kepada kehidupan.
Ketagih-Internet-520x245GEORGETOWN: Penduduk Malaysia tidak menikmati tidur yang cukup setiap hari apabila hanya mendapat 6.4 jam berbanding lapan jam yang disarankan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, kekurangan 1.6 jam masa tidur boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka akibat leka dengan peralatan telefon bimbit dan menghabiskan masa secara online.
Beliau berkata, tinjauan menunjukkan, ketagihan internet adalah ancaman terbaharu kepada kehidupan.
“Sungguhpun penggunaan Internet di Malaysia tidak tinggi berbanding sesetengah pasaran di rantau ini tetapi 73 peratus orang dewasa Malaysia ditemubual bersetuju aktiviti online dan rangkaian sosial membuat mereka ketagihan,” katanya, lapor Sinahr Harian.
Menurutnya, kira-kira 80 peratus daripada mereka melihat amalan menghabiskan masa secara online menjadi penghalang bagi kebanyakan orang dewasa mendapat tidur secukupnya.
Beliau berkata, trend ketagihan itu akan diwarisi oleh kanak-kanak yang membesar bersama internet sebagai bahagian penting dalam kehidupan mereka.
Kajian itu menunjukkan, kekurangan tidur yang kronik bukan sahaja menyebabkan prestasi buruk dan produktiviti menurun tetapi memberi kesan terhadap kesihatan.
“Corak tidur yang buruk membuatkan seseorang itu berisiko mengalami masalah kesihatan serius seperti obesiti,  penyakit jantung dan diabetes yang boleh memendekkan jangka hayat.
“Antara kemungkinan kesan tidak cukup tidur ialah lapar diikuti berat badan bertambah, fungsi imun menurun, kawalan glukosa yang kurang baik (menyumbang kepada perkembangan diabetes), tekanan darah naik dan peningkatan kes jantung,” katanya.

Presiden IDEAS bidas golongan berpura-pura patriotik

Presiden IDEAS bidas golongan berpura-pura patriotikKUALA LUMPUR: Presiden Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain Al-'Abidin Tunku Mukhriz hari ini menyelar golongan yang sering berpura-pura menjadi patriotik sedangkan tidak mengetahui apa-apa tentang perjuangan masa dahulu.

"Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai suara-suara liberal tampil ke hadapan; mereka yang berpura-pura patriotik sedangkan tidak mengetahui apa-apa tentang perjuangan, tidak tahu apa-apa tentang prinsip yang didokong pejuang-pejuang dahulu," katanya pada majlis ulangtahun ke-5 IDEAS serta peringatan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke-112.

Menurut Tunku Zain, apa yang menyedihkan ialah golongan tersebut tidak mempunyai pegangan tetapi hanya mengambil kesempatan bagi kepentingan diri mereka sendiri.


tunku abdul rahman
Tunku Abdul Rahman menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sungai Besi pada 6 Julai 1963 untuk ke Singapura dan seterusnya ke London bagi menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. -Sumber Arkib Negara
 
Bagaimanapun, katanya kumpulan-kumpulan seperti kumpulan 25 tokoh professional Melayu telah banyak membantu dalam menyuarakan teguran terhadap golongan tersebut bagi memastikan Malaysia terus berada di landasan demokrasi.

Tunku Zain berkata demikian dalam ucapan pembukaan majlis tersebut.
 

Malaysia bakal terjerat dengan Bank Dunia di negara...

myKhilafah


Pada 27 Januari 2015, Bernama melaporkan Bank Dunia bakal membuka cawangannya di Kuala Lumpur yang akan berfungsi sebagai hab pengetahuan dan penyelidikan di rantau ini selain manfaat lain yang dapat diperoleh daripada Kumpulan Bank Dunia itu.
Ini rentetan perjanjian kesefahaman (MoU) antara Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dengan wakil Bank Dunia di Spring Meetings of the World Bank Group and the International Monetary Fund (IMF) di Washington pada April 2014.
Matlamat jangka panjang penubuhan pejabat itu adalah untuk membantu perkongsian pengalaman Malaysia yang berjaya dalam bidang seperti pembasmian kemiskinan dan pembangunan sektor kewangan yang baik dengan negara membangun lain di seluruh dunia.

Hanadzlah dalam satu kenyataan berkata, sebagai negara yang  mengambil langkah besar untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan penduduk miskin, Malaysia berada pada kedudukan sesuai untuk bekerjasama dengan Bank Dunia bagi mencapai matlamat bank itu membasmi kemiskinan tegar dan menggalakkan perkongsian kemakmuran di seluruh dunia. Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Timur, Axel van Trotsenburg berkata, penubuhan pejabat itu mengiktiraf kejayaan Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan peranannya sebagai pelanggan serta rakan kongsi dalam memajukan pembangunan global. Malaysia menjadi ahli Bank Dunia pada tahun 1958 dan  menerima pelbagai kemudahan pinjaman dan bantuan teknikal daripada institusi kewangan tersebut.
Sejak tahun 1958, Bank Dunia  meluluskan pinjaman dan bantuan teknikal dalam pelbagai bidang. Bagaimanapun, Malaysia tidak lagi menerima pinjaman dari Bank Dunia selaras dengan keputusan yang dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 12 Oktober 1999, kerana Malaysia mempunyai dana yang mencukupi untuk membangunkan negara.

Namun begitu, bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih sistematik dan tersusun, Jemaah Menteri pada 23 Oktober 2009 bersetuju supaya Malaysia mewujudkan program kerjasama dengan Bank Dunia bagi mendapatkan khidmat nasihat.
Satu Country Partnership Programme  diwujudkan merangkumi bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Bank dalam tempoh pelaksanaan program serta pembiayaan projek. Satu Framework Agreement for Advisory Services yang memperincikan terma dan syarat kerjasama ini ditandatangani Ketua Pengarah UPE, JPM pada 20 November 2009.
Bank Dunia: Membantu atau membinasa
Bank Dunia ditubuhkan pada 27 Disember 1945 berdasarkan ratifikasi Internasional atau proses terima pakai (adoption) daripada perjanjian Internasional melalui sebuah persidangan pada 1-22 Julai 1944 di bandar Bretton Woods.
Daripada persidangan tersebut dihasilkan keputusan yang akhirnya mendasari sejarah berdirinya Bank Dunia yang beribu pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat. Secara teknik dan strukturnya, Bank Dunia sebahagian daripada PBB, namun daripada segi operasinya, ia sangat berbeza dari badan-badan rasmi PBB yang lain.
Ketika Persidangan Bretton Woods ini berlangsung, ia dihadiri delegasi 44 buah negara, namun yang berperanan paling penting ketika itu adalah Amerika Syarikat dan Britain.
Daripada sejarah, Bank Dunia awalnya bertujuan untuk kononnya mengatur kewangan dunia selepas Perang Dunia II dan membantu negara-negara mangsa perang agar ekonomi mereka dapat dipulihkan kembali.
Secara fakta, Bank Dunia institusi yang sering menggunakan istilah seperti ‘bantuan’, ‘pelarasan struktur’, ‘pengurangan kemiskinan’ dan istilah indah lainnya dalam menzahirkan peranan dan “kebaikan” mereka.
Namun hakikatnya, Bank Dunia sebuah institusi yang dikendalikan negara kapitalis kaya yang membenarkan negara membangun dieksploit badan-badan korporat dan juga kapitalis lain. Kepentingan penduduk dalam negara-negara membangun bukannya untuk dijaga, tetapi dieksploit.
Pihak-pihak yang mendapat manfaat dari Bank Dunia hanyalah beberapa orang penguasa dan kroni mereka yang korup yang terlibat dalam proses kerjasama dengan bank antarabangsa ini, manakala rakyat terus sahaja hidup dalam kesengsaraan.

Pakaian berkait budaya boleh, tetapi tidak agama, kata mufti Perlis


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam perlu tahu perbezaan antara pakaian agama dan pakaian kaum, supaya tidak kelihatan merayakan perayaan bukan Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. 
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam perlu tahu perbezaan antara pakaian agama dan pakaian kaum, supaya tidak kelihatan merayakan perayaan bukan Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.

Umat Islam dilarang hadir ke upacara agama lain tanpa sebab yang jelas dan mengenakan pakaian beridentitikan agama bukan Islam, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas dikritik hebat berhubung kenyataannya berhubung pemakaian Datuk Seri Najib Razak.
Mufti Perlis itu berkata, hukumnya tidak sama dengan pakaian yang berasaskan kaum, yang pemakaiannya dibenarkan, termasuk semasa urusan harian seperti ke tempat kerja.
“Pakaian agama berkaitan dengan agama, tidak sama dengan yang berkaitan kaum. Cheongsam atau pakaian Punjabi bukan pakaian agama. Itu pakaian kaum. Pakaian agama itu maksudnya dipakai menzahirkan amalan agama.

“Pakai cheongsam bukan perayaan agama, maka ia tidak nampak merayakan agama. Pakai ke tempat kerja, tidak ada masalah. Apabila pakaian menampakkan kita merayakan upacara, itu tidak boleh,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam. Asri berkata umat Islam sememangnya dilarang menghadiri upacara agama lain apatah lagi mengenakan pakaian sama yang melambangkan agama tertentu.
Katanya, walaupun mereka yang bertugas atau mempunyai peranan seperti menjaga keselamatan, diberi kelonggaran hadir ke upacara tersebut, tetapi tidak boleh turut meraikan upacara agama itu.
“Boleh hadir, tetapi perlu mengelak dari penyamaan itu. Sebagai jururawat, wartawan, pegawai keselamatan dan pemimpin, boleh hadir tetapi bukan merayakan upacara agama.

Guan Eng mahu polis tegas terhadap lelaki lempar daging babi di masjid


Kerajaan DAP Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah tidak bertamadun melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke perkarangan Masjid Telaga Air, di Butterworth awal hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pihak polis mesti mengambil tindakan tegas terhadap suspek yang dipercayai mengalami masalah mental dan menunjukkan sikap tidak menghormati agama serta mengancam keharmonian agama dalam masyarakat.

 “Tindakan tegas dan pantas perlu diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan yang tidak diingini itu kerana ia mengancam keharmonian agama dan rumah-rumah ibadat.

 “Kerajaan negeri Pulau Pinang memuji jemaah Masjid Telaga Air atas kejayaan mereka memberkas lelaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di Butterworth awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.

Geramm: Tindakan JPM calar imej M'sia

NGO Gerakan Media Marah (Geramm) mengecam tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyekat Malaysiakini daripada membuat liputan ke atas lawatan rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo bangunan jabatan tersebut semalam.

Apatah lagi, JPM sendiri meluluskan pas kepada wartawan Malaysiakini untuk membuat liputan acara tersebut, kata Geramm dalam kenyataannya.

Geramm juga kesal kerana media yang hadir ke majlis bersama Joko Widodo (Jokowi) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilarang dari bertanya sebarang soalan.

“Jokowi dikenali sebagai pemimpin yang mesra media dan selalu berani berhadapan soalan dari wartawan-wartawan di Indonesia, selaras dengan komitmen untuk mempertahankan prinsip kebebasan akhbar di republik itu.

“Walaupun jika pihak kerajaan Malaysia seakan agak keberatan mengiktiraf kebebasan akhbar, sekurang-kurangnya pihak berwajib patut menghormati sikap lebih mesra media tetamu dari negara jiran terbabit.

“Tentunya insiden ini akan mencalar imej Malaysia dan mencorotkan lagi kedudukan negara dari segi menghormati kebebasan akhbar,” kenyataan itu dipetik.

Polis siasat dakwaan N Gobalakrishnan


Polis siasat dakwaan N Gobalakrishnan


SHAH ALAM – Polis akan memanggil bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya berlaku salah guna kuasa anggota polis di Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan tersebut adalah serius dan akan disiasat.

“Ini satu tomahan yg serius terhadap Polis Pulau Pinang. Kita akan siasat. N Gobalakrishnan akan di panggil bantu siasatan,” tulisnya melalui laman mikro Twitter, hari ini.

Khalid turut menyertakan paparan skrin kemas kini status N Gobalakrishnan.

N Gobalakrishnan melalui laman mikro Twitternya, semalam, mendakwa anggota polis Pulau Pinang ‘menjaga’ kumpulan gangster yang berkaitan dengan dadah.

Boikot: Ismail jumpa polis lepas lawatan Jokowi

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau akan memberi kenyataan kepada polis selepas lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo selesai.

"Saya dah beritahu polis, selepas lawatan Jokowi selesai saya akan bertemu polis," katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di Hulu Kelang hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata polis akan merakam keterangan Ismail berhubung kenyataan beliau menggesa orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina.

Namun, kata Khalid, proses itu tertangguh kerana Ismail "sibuk".

Ismail turut ditanya wartawan jika beliau menyokong kempen melalui satu laman Facebook untuk memboikot perniagaan milik peniaga Cina yang didakwa mempunyai kaitan dengan DAP.

Mengulas perkara itu, Ismail berkata perkara sebegitu harus diabaikan kerana ia akan mengganggu tumpuan sebenar pengguna iaitu menurunkan harga barangan.

"Kita sepatutnya bergerak ke hadapan.

Boikot: Ismail kata jangan panjangkan lagi

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri terus mempertahankan kenyataannya agar pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.

Bercakap dalam satu forum pada malam tadi, Ismail berkata isu tersebut tidak harus dipanjangkan lagi sehingga menjadi isu kaum.

Sebaliknya, tumpuan harus diberikan pada hasratnnya – agar pengguna bersatu dan memboikot peniaga yang tetap enggan menurunkan harga barang walau dengan kejatuhan harga minyak.

“Kabinet telahpun setuju bahawa kita tidak perlu memanjangkan lagi isu ini, sebab kita perlu tahu bahawa kita memanjangkan lagi isu kaum, kita perlu tanya apa kesudahan yang kita cari. Kita perlu tanya.

“Jadi lebih baik kita kembali pada kepada niat (mesej tersebut) demi kepentingan semua pengguna; gunakan kuasa bersama untuk lakukan sesuatu ke atas peniaga ini agar mereka turunkan harga dan kesannya dirasai oleh semua kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI).

Boikot: 'MCA, Gerakan bincang kenyataan Ismail'

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak apabila ditanya jika parti komponen BN menerima pendirian Kabinet berhubung kenyataan kontroversi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau sekadar mengakui bahawa menteri daripada MCA, MIC dan Gerakan menyertai mesyuarat dan membincangkan perkara itu.

"Kami bincangkan dalam Kabinet – MCA, MIC, Gerakan juga anggota Kabinet,” kata Hishammuddin dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diasak pemberita yang mahu beliau menyatakan jika wakil parti komponen itu menerima keputusan berhubung kenyataan menteriu pertanian dan industri asas tani itu.

Hishammuddin seterusnya berkata: “Mereka dalam Kabinet dan turut membincangkannya”.

Ismail Sabri main politik rasis untuk tutup kegagalan sebagai Menteri, kata DAPSY


DSC_0732


KLUANG, 7 FEB: Datuk Seri Ismail Sabri cuba menutup kegagalannya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta kelemahan pengurusan ekonomi kerajaan Barisan Nasional, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman anti-Cina.
Menurut Setiausaha Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Tan Hong Pin, kenyataan rasis Ismail dilontarkan sebagai silap mata untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada menyedari kelemahan kerajaan UMNO-BN.
Katanya, Ismail yang kononnya mahu menjadi juara Melayu telah gagal menaikkan pendapatan dan mutu hidup kaum nelayan dan petani yang kebanyakannya adalah orang Melayu.
“Walaupun setiap tahun di bawah Kementarian Pertanian dan Industri Asas Tani, jutaan ringgit diperuntukkan untuk pelbagai agensi dan projek pembangunan pertanian, golongan petani dan nelayan tidak dimanfaat sepenuhnya dan hidup mereka masih susah.
“Walaupun harga ikan, sayur, dan padi semakin mahal, keuntungan tersebut tidak pula mengalir ke petani dan nelayan biasa. Pernahkah pihak kerajaan terutamanya kementerian yang bertanggungjawab dalam isu ini mengkaji punca masalah ini dan menyelesaikannya?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Hong Pin berkata, pada masa yang sama, kerajaan juga gagal menstabilkan harga makanan di pasaran dan mempelbagaikan bekalan makanan.

PEMBOHONGAN BN !!!.. Sampai Bila Mahu Tipu Rakyat.. CERITA LAMA, SKRIP BARU...

9 TAHUN YG LEPAS, di dlm Dewan Negara telah dinyatakan bhw LebuhRaya Pan Borneo hampir 95.2 PERATUS SIAP !!!.. Tiba2 tahun ini KERAjaan Najib Razak kata 'baru' NAK buat LebuhRaya Pan Borneo Mac ini & dijangka siap tahun 2022..

Kegilaan PENIPUAN apakah KERAjaan yg ada skrg !!!
TAHUKAH ANDA, Lebuhraya Pan Borneo SEPATUTNYA dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), BUKANNYA BARU NAK BUAT DI PENGHUJUNG Rancangan M'sia Ke-10 (2011-2015) !!!

Ismail Sabri salahkan DAP pula berhubung kenaikan harga barang

Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang berdepan kontroversi berhubung kenyataan boikot peniaga Cina hari ini menyalahkan DAP kerana kenaikan harga barang, selain menggesa rakyat Malaysia melupakan kenyataannya perkaumannya di Facebook minggu lalu.

 Ismail berkata, pembangkang sering menggunakan isu kenaikan harga barang untuk menyalahkan kerajaan.

"Apabila harga barang tidak turun, DAP akan menggunakannya untuk manipulasi rakyat," katanya menjawab dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) patut disalahkan kerana kenaikan kos kehidupan.

PAS Tidak Akan Sertai Demonstrasi Sokong Anwar kata Mustafa Ali

PETALING JAYA: PAS mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.

"PAS tidak akan turut serta walaupun kami menyokong Anwar. Kami akan serahkan (keputusan) kepada mahkamah," Kata Setiausaha Agungnya Datuk  Mustafa  Ali.

Hal ini disahkan selepas PAS menegaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu memberi kata dua kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadirkan diri dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila rekod kehadiran beliau sendiri dipersoalkan.

"Lim juga tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat," kata Datuk Mustafa.

Mustafa berkata Abul Hadi tidak bertanggungjawab untuk menjawab kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP apabila ia melibatkan soalan sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran Lim bahawa mesyuarat Pakatan tidak akan diteruskan pada Ahad sekiranya Hadi tidak menghadirkan diri.

"Presiden PAS akan hadir tetapi bukan kerana desakan DAP," kata Mustafa.

Rotan pilihan terakhir mendidik anak.....

Isu rotan
KUALA TERENGGANU – Rotan adalah salah satu kaedah untuk mendidik anak-anak, bagaimanapun, ia adalah pilihan terakhir yang boleh digunakan terhadap anak-anak yang telah mumayyiz, iaitu telah pandai membezakan perkara baik dan buruk.

Pegawai Psikologi Unit kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Hepa, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Rosni Mohammad berkata, pendekatan mendidik dengan pukulan adalah kaedah terakhir, iaitu setelah semua cara diplomasi tidak berjaya.

“Merotan atau memukul anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan anak adalah diharuskan dalam Islam, iaitu ketika anak mula berumur 10 tahun sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun”. (Hadis Riwayat Abu Daud).

“Hakikatnya dari segi psikologi, budaya merotan untuk mendidik  yang diamalkan oleh masyarakat timur dalam memberi didikan dan asuhan kepada anak supaya akur serta patuh kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Islam mengharuskan memukul atau merotan anak bagi tujuan mendidik, ia perlulah dilakukan dengan syarat yang ketat.

“Sekiranya ia kesalahan pertama, ibu bapa hendaklah memberi peluang untuk anak dan memaafkan kesalahan mereka dengan membuat perjanjian tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Ibu bapa juga perlulah memberi kaunseling terlebih dahulu agar anak celik akal kenapa perkara itu salah dan ibu bapa wajib memberikan pemahaman berhubung gaya tingkah laku positif dalam kehidupan mereka,” katanya.


Tak boleh pukul anak belum muamyyiz

Rosni berkata, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, tidak boleh memukul anak yang belum mumayyiz, iaitu belum mampu membezakan antara yang baik dan buruk dan jangan memukul anak ketika ibu atau bapa berada dalam keadaan sangat marah.

Katanya, ia dititikberatkan  kerana khuatir ibu bapa tidak dapat mengawal diri dan pukulan akan melampaui batas yang diharuskan syarak, justeru, ibu bapa perlu mengelak daripada memukul kawasan badan yang menyakitkan dan menimbulkan kesan sampingan seperti kepala, muka, dada dan perut.

“Merotan bagi kesalahan pertama seharusnya tidak keras dan tidak memedihkan. Pukulan itu pula hendaklah pada tangan dan kaki menggunakan rotan yang lembut.

Pukulan mendidik cukup sekali atau tidak melebihi tiga kali kepada anak-anak,” katanya.

Menurut Rosni, kanak-kanak yang kerap dirotan akan mengalami perasaan trauma apabila berdepan dengan ibu bapa mereka kerana mereka akan menganggap bahawa rotan sebagai satu hukuman kepada mereka bukannya pengajaran.

“Oleh itu, ibu bapa perlu menyatakan sebab mengapa mereka merotan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa merotan disebabkan oleh anak tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun.

“Tak perlu ragu hak rakyat Malaysia memilih rakyat Malaysia yang lain”


WIRA7702


KUALA LUMPUR, 6 FEB: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata ahli dan pimpinan PAS tidak seharusnya takut jika pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan kerana ia merupakan sebahagian proses dalam negara demokrasi.
Berucap dalam forum Benarkah Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Hakis Hak Melayu di Mandarin Court Hotel, semalam katanya, rasa takut tersebut seharusnya dibuang jauh dan dibiarkan hanya menyelebungi kelompok ekstremis seperti Perkasa dan ISMA.
“Saya tidak nampak sebarang masalah dalam usaha mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.
“Mengapa kita perlu meragui hak rakyat Malaysia memilih rakyat Malaysia yang lainnya dalam satu proses pemilihan di dalam Malaysia sendiri?
“Pada saya, pilihan raya kerajaan tempatan merupakan langkah terbaik dalam kerangka demokrasi ke arah akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran,” katanya.
Tambah Hanipa, PAS sebelum ini bersetuju untuk menghormati polisi bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai prinsip utama yang terkandung antaranya usaha pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan.
Sehubungan itu, beliau amat berharap perbezaan pandangan dalam PR berhubung isu ini dapat diselesaikan segera, selok-eloknya pada mesyuarat majlis pimpinan PR, Ahad ini.
“Persoalannya kini adakah kita (PR) benar-benar serius? Jika kita serius mengukuhkan demokrasi, pilihanraya kerajaan tempatan tidak wajar ditolak.

BUSTING THE ALTANTUYA BOGEY: If Sirul 'only following orders', who gave the orders - the IGP, AG, Baginda, Najib's aide Musa Safri?

BUSTING THE ALTANTUYA BOGEY: If Sirul 'only following orders', who gave the orders - the IGP, AG, Baginda, Najib's aide Musa Safri?
Adolf Eichmann was a German Nazi SS-Obersturmbannführer (lieutenant colonel) and one of the major organisers of the Holocaust. After the war, when he was finally captured, and brought to trial in Israel, it was finally established that “blindly following orders to commit wrong-doing” is against the human conscience and violates human dignity.
For those interested to read more, please read ‘Eichmann in Jerusalem: A Report on the Banality of Evil’ by Hannah Arendt. The phrase ‘the banality of evil’, refers to Eichmann's (right) deportment at the trial, displaying neither guilt nor hatred, claiming he bore no responsibility because he was simply ‘doing his job’ (‘He did his duty...; he not only obeyed orders, he also obeyed the law.’ p. 135).
Eichmann was found to be guilty of ‘murder’.
The Altantuya case and intentionality
In any first degree murder trial, ‘intentionality’ for the crime committed is an essential component for consideration by the courts.
William Blackstone (citing Edward Coke), in his Commentaries on the Laws of England set out the common law definition of murder, which by this definition occurs: “when a person, of sound memory and discretion, unlawfully kills any reasonable creature in being and under the king's peace, with malice aforethought, either express or implied.”

eichmann adolf
The elements of common law murder are:
1. Unlawful
2. killing
3. of a human
4. by another human
5. with malice aforethought.
The words, ‘with malice afterthought’ define the intentionality requisite for a first degree murder conviction. In Malaysia, such a conviction by the courts always carries a mandatory death sentence.
The lack of ‘malice aforethought’
The Free Malaysia Today report of the above case was recorded in the following way: The Court of Appeal had on Aug 23, last year allowed the appeal brought by the two policemen to set aside the 2009 Shah Alam High Court’s decision in finding them guilty for the woman’s murder and sentenced them to death.