Jumaat, 6 Februari 2015

Bukan Cina, Bukan Melayu.. tetapi puak Politikus sebenarnya yang RASIS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Menjadi viral video Ustaz Kazim Elias kritik bangsa cina. Beliau sendiri sudah buat laporan polis sebelum orang lain buat apabila mengetahui video tersebut tersebar.
2) Dalam video tersebut, secara ringkasnya beliau mengherdik orang Cina yang mempersoalkan ketuanan Melayu. Orang melayu jadi askar, jadi bomba, jadi cleaner bergadai nyawa menjaga keamanan, sedangkan orang Cina bersukaria dikelab-kelab malam, minum arak dan sebagainya.
3) Ustaz Kazim Elias menggambarkan bahawa orang Cina seolah-olah menjadi tuan disebabkan kebaikan orang Melayu bertolak ansur memberi Tanah, memberi kerakyatan, dan sebagainya.
4) Orang Cina melihat isi video itu sebagai perkara yang ofensif dan menghina kaum Cina. Dengan cepat mereka melabel Ustaz Kazim Elias sebagai rasis.
5) Saya Nampak ada kebenaran kata-kata Ustaz Kazim Elias, tetapi sangat tidak tepat jika ditujukan kepada seluruh kaum Cina. Maka Cina yang tidak bertepatan dengan contoh yang diberi oleh Ustaz Kazim akan bangun menentang kenyataan tersebut.

6) Jika pun hanya 5 % orang Cina memprotes, ia sudah cukup untuk menghuru-harakan keadaan. Orang Cina ada berapa juta dalam Negara kita? katakana ada 5 juta. 5% daripada 5 juta = 250ribu orang yang memprotes.
7) Mereka tampil membuat kenyataan balas yang saya selalu sebut reverse Rasism. Orang Cina bayar cukai itu dan ini, dan pembayar cukai terbesar dalam Negara, tetapi biasiswa dan bantuan kerajaan semuanya dapat kepada bumiputera.
8 ) Orang Cina memajukan Negara dalam pelbagai sector, tetapi Cina menjadi seolah-olah warganegara kelas kedua. Di mana adilnya?
9) Melayu akan jawab balas, kami sudah kasi Tanah, kerakyatan, jawatan politik dan macam-macam lagi, tarak cukup kaaa?!

Bekas CEO Tekun Disiasat Kes Rasuah, Pecah Amanah

PETALING JAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang tamat tempoh tahanan remannya baru-baru ini disiasat membabitkan dua kes iaitu meminta suapan dan pecah amanah.
Suspek bergelar Datuk itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun, sebaik tamat tempoh berkenaan dan dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek ditahan semula pada keesokannya.
Sumber memberitahu mStar Online, bekas pegawai kanan berusia 60 tahun itu seterusnya direman enam hari lagi untuk membolehkan siasatan berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan nilai ratusan ribu terhadapnya dijalankan.
"Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM untuk kali kedua pada 28 Januari lalu dan sehingga kini siasatan membabitkan kedua-dua kes berkenaan masih dijalankan," katanya.

Buruknya perangai!

Padahal sekolah ada ajar matapelajaran Sivik...

Aku tengah tension. Tension yang teramat. Tapi ketensionan aku ni tak disebabkan oleh PM yang menyokong kenyataan rasis Ismail Sabri mahupun kepincangan hubungan PAS dan DAP yang tidak habis-habis tak sehaluan. Tension aku ni juga tak berpunca daripada kerisauan aku tatkala kita mendekati tarikh keramat 10 Februari. Tapi yang pastinya tension aku ni bersebab.
tension2Ceritanya begini. Semalam aku pandu kereta MyVi aku yang dah berbulan tak basuh (nak tolong jimatkan air la katakan) menuju ke Federal Highway. Dalam pada kereta tersangkut-sangkut tengah sesak, kereta aku yang comel lote kena pula langgar dari belakang dek kereta gergasi Hilux. Apa lagi, aku pun matikan enjin dan segera keluar. Nasib baiklah kemeknya sikit saja. Aku pun bukan dari spesis Kiki ‘Si Penyerang Berstering’, jadi aku maafkan sajalah. Tapi yang sakitnya hati, pemandu Hilux tu sekadar menjenguk dari tingkap seraya meminta maaf. Buruknya perangai!
Selepas bereskan kerja di Damansara Intan, aku pun bergegas nak pulang ke rumah. Alangkah sakitnya hati bila aku dapati ada si mangkuk hayun yang double parking depan kereta aku sedangkan banyak lagi tempat letak kereta yang kosong. Hon punya hon. Pon pon pon pon pon sampai aku tak larat nak pon pon dah. Akhirnya datang la seorang perempuan (aku tak nak sebut kaum apa sebab nanti orang akan ingat aku ni rasis macam Kelab Penyokong Ismail Sabri). Senyum meleret-leret macam biawak kena belacan. Apa dia ingat angkat tangan saja cukup, tak payah minta maaf? Buruknya perangai!

Saya yakin Anwar menang – Dr Dzulkefly

Keyakinan yang berdasarkan kewibawaan Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: “Berpandukan bukti dan segala pemerhatian yang saya ikuti, Anwar Ibrahim akan memenangi kes liwatnya itu,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
yakinanwarSokongan itu disuarakannya berdasarkan kewibawaan yang ada pada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keyakinannya bahawa Anwar tidak bersalah.
Menurut beliau, apa jua keputusan yang akan disabitkan terhadap Anwar nanti, “Pakatan Rakyat (PR) akan terus membawa perjuangan misi dan visi parti serta perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.
Sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari ini untuk keputusan rayuan kes liwat Anwar.
Dr Dzulkefly juga sangat optimis walaupun PR berhadapan pelbagai isu mencabar seperti Hudud, masalah di dalam PR akan dapat diatasi.
Namun, beliau menegaskan perbincangan yang lebih besar perlu dilakukan bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Polis siap sedia kemungkinan keputusan Fitnah Liwat II..!!

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga berdepan dengan apa jua kemungkinan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memantau rapi keadaan di sana pada hari berkenaan.
"Saya percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana saya rasa semua orang dah matang, dan akan menerima keputusan mahkamah," katanya kepada   pemberita selepas merasmikan Edisi Khas Kenderaan-kenderaan mainan PDRM oleh syarikat pengeluar peralatan permainan Daisheng (M) Sdn Bhd (Daisheng) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas persiapan PDRM berkaitan hari keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Tuduhan anti-Islam, Ngeh akan saman Ismail Sabri


Ngeh-Koo-Ham

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menuduh beliau dan keluarganya sebagai anti-Islam.
Menurut Ngeh, tindakan undang-undang itu dibuat berikutan kedegilan Ismail memohon maaf atas seruannya kepada orang Melayu untuk memboikot perniagaan Cina, selain tuduhan jahat bahawa beliau anti-Islam.
“Tindakan Ismail menarik semula tulisan di Facebook dan mengelak mengenalpasti saya serta keluarga bukan individu yang beliau maksudkan adalah bukti beliau bersalah.
“Pada 3 Februari lalu, saya mencabar Ismail membuktikan bahawa individu yang dimaksudkan itu bukan saya, tetapi sehingga hari ini beliau gagal melakukannya.

“UMNO yang beruntung dari pilihanraya PBT, bukan DAP”


ong_kian_ming


SERDANG, 6 FEB: UMNO Selangor seolah-olah takut ditewaskan sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan diadakan di kawasan Melayu, sedangkan ‘undi ketiga’ itu menguntungkan UMNO di Selangor.
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam kenyataannya hari ini menyelar tuduhan melulu ADUN Permatang Sulaiman Razak terhadap DAP ‘mahu memonopoli kerusi dan jawatan bandaran sekaligus mengenepikan hak kaum lain.
“Ini tuduhan tak berasas. Sebenarnya, pihak yang paling beruntung daripada pilihanraya PBT di Selangor adalah UMNO, bukannya DAP,” katanya.
Jelas Kian Ming, UMNO menang 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor bersamaan 21 peratus, dan empat kerusi parlimen bersamaan 18 peratus.
Dengan jumlah itu UMNO mempunyai peratusan sokongan yang besar.
“Walaupun ada sokongan 18 peratus, UMNO tak ada wakil dalam mana-mana PBT. Kalau ada pilihanraya dengan sokongan sebanyak itu UMNO boleh menang jawatan di PBT.
“Sekurang-kurangnya 50 dari 100 ahli majlis dapat diwakili UMNO jika mereka menyertai pilihanraya PBT,” tambah Kian Ming.
Mengikut bancian penduduk 2010, 10 dari 12 PBT Selangor mempunyai komposisi penduduk majoriti Melayu, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Audit bebas boleh rungkai masalah kewangan 1MDB


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini digesa agar melakukan audit bebas bagi merungkai segala persoalan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Harakahdaily berkata, Perdana Menteri perlu memulakan satu 'Audit Khas' oleh Auditor General atau melibatan Badan Audit Bebas begi meneliti segala urus tadbir syarikat itu.
"Badan Audit Bebas yang berwibawa ini akan meneliti dan membedah segala kegiatan tadbir urus kewangan termasuk pelaburan yang telah menjadi sasaran kritik pelbagai pihak.
"Ia secara langsung dapat memberi jawapan yang jelas mengenai kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya.
"Kita tidak boleh meletakkan hujah bahawa1MDB yang telah diaudit tidak perlu diaudit lagi kerana terlalu rumit dan sukar (massive), seperti yang disebutkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tempuh hari," katanya.
Menurut beliau, contoh Enron yang diaudit oleh Anderson dan Transmile oleh Deloitte di negara kita sendiri, sudah cukup mengingatkakan kita bagaimana sebuah firma antara the ‘Big 4’ di dunia melakukan pelbagai ‘accounting fraud’ dalam kes skandal Transmile Berhad.

Beliau yang turut mempertikaikan hutang 1MDB sebanyaj RM2 bilion yang kini telah tertunggak sejak 30 November tahun lepas telah diberikan lanjutan dua kali.
"Kini telah melepasi tarikh lanjutan pada 31 Januari lalu, informasi yang saya ada ialah hutang 1MDB ini akan dianggap sebagai hutang tak berbayat atau NPL oleh bank-bank terlibat.
"Maybank Berhad dan RHB Capital adalah bank utama (lead lenders) sebanyak 58.99 peratus dan 32.41 peratus, disamping yang lain seperti Alliance Investment Bank Bhd (4.06 peratus), Malaysia Building Berhad (3.24 peratus) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29 peratus)," sambung beliau.
Menurut beliau lagi, hutang RM2 bilion adalah sebahagian dari hutang RM5.5 bilion dibuat oleh anak syarikatnya, Powertek Investment Holding Sdn Bhd (PIH) pada May 2014 untuk membiayai pinjaman sebanyak RM6.17 bilion 'bridging loan’ yang dibuat ketikan 1MDB membeli PIH dari Tan Sri Ananda Krishnan pada 2012.

Tifo dan budaya protes


tifo

oleh MUHAMMAD NAZREEN

Bola sepak merupakan budaya popular yang difahami hampir di seluruh dunia. Tak hairan jika belia-belia Palestin di Tebing Barat menyokong pasukan Manchester United di dalam Liga Barclay Inggeris ataupun warga tua di Iran mengetahui kenapa pertemuan pasukan Argentina dan England di dalam Piala Dunia 1986 begitu bersejarah.
Baru-baru ini penulis terpanggil dengan gambar Tifo yang digunakan oleh sebahagian penyokong JDT dalam pertemuan Piala Sumbangsih di Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.
Gambar Tifo merupakan luahan protes penyokong tim JDT terhadap tindakan FAM ; mungkin kerana penggantungan pemain Pahang Gary Steven Robart kerana didakwa melanggar kontrak. Pemain tersebut akan berhijrah masuk ke JDT musim ini.
Komen Hadi Khalid, seorang aktivis sosial dan penyokong bola sepak yang dilaporkan portal Malaysiakini sedikit memberi perhatian. “Mereka berhak buat, jika merasakan (pengurusan) bola sepak di Malaysia pincang dan tidak cekap.
“Saya rasa peminat ketika ini, guna cara ini (untuk mengkritik). Kita nak kritik cara apa lagi? Kalau demonstrasi di pejabat FAM atau (persatuan) negeri, kita ada Akta Perhimpunan Aman (menyekat).”
Rata-rata penyokong bola sepak di Malaysia kritikal dengan kondisi bola sepak negara. Ini berikutan daripada kekangan-kekangan FAM terhadap persatuan bola sepak negeri. FAM juga dilihat sebagai badan yang tidak professional kerana kesilapan – kesilapan teknikal yang menyusahkan penyokong bola sepak di negara ini.
Tifo merupakan sebahagian bahasa protes yang difahami oleh penyokong bola sepak seluruh dunia. Tifo juga adalah protes moderat dan beradab ; jika dibandingkan dengan tindakan pergaduhan, membakar suar atau vandalisme.

Mahathir mahu terus kuasai Umno dan kerajaan

Oleh JOHARI M
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus menunjukkan yang beliau seorang yang berkuasa dalam Umno, walaupun selepas beliau lama meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Sebelum berundur, Mahathir kelihatan menyusun pewaris-pewarisnya, seperti menyediakan laluan yang selesa untuk Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk menjadi perdana menteri, selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat  jawatan itu.

Mahathir selepas memerintah dengan gaya kuku besi sepanjang pemerintahannya selama dua dekad ingin memastikan Umno dan kerajaan yang dikuasai Umno kekal dapat dikuasai atau dipengaruhi. Ini semua jelas kelihatan melalui tindakannya sejak Abdullah dan kemudian Najib memegang jawatan perdana menteri dan presiden Umno. Mahathir melalui blognya dan pasti juga saluran-saluran lain akan mempengaruhi dan mengkritik tindakan-tindakan yang dilihatnya sebagai salah.
Semasa Abdullah menjadi perdana menteri, Mahathir mengkritik kuat Abdullah hingga menjejaskan populariti perdana menteri dan pentadbirannya pada masa itu, yang kemudian menyumbang kepada keputusan pilihan raya umum yang teruk bagi Umno dan BN pada 2008.
Mahathir kemudian menyokong dan “menjaga” Najib yang menggantikan Abdullah, dengan harapan Najib “mematuhi nasihat-nasihatnya” dan menjelankan agenda yang selari dengan apa yang difikirkan sebagai betul.
Tetapi Mahathir kemudian mendapati beliau bukan penasihat paling dipercayai dan diikuti, dan yang paling berpengaruh terhadap Najib, menjadikannya tidak puas hati dengan perdana menteri yang diharapkan tidak seperti Abdullah itu.

Ramli Sarip lebih prihatin daripada legenda tanah air?

Oleh RAYUSA
AYAT 44, surah Hud yang bermaksud, “Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit hentikanlah curahan airmu” sering bermain di minda Dato’ Ramli Sarip di sepanjang perjalanan ke Kuala Krai, Kelantan.
Setibanya di Kampung Era dan melihat keadaan kampung yang teruk dilanda banjir, Ramli teringat ketika beliau melawat Melauboh, Aceh lebih 10 tahun lalu ketika Aceh dilanda tsunami dalam misi membantu mangsa tragedi itu bersama Mercy Relief, Singapura.

Dalam kunjungan ke Kuala Krai, Ramli bersama rombongan Kumpulan AmBank untuk misi bantuan mangsa banjir. Beliau mengiringi pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menghulurkan bantuan kepada penduduk dua kampung di Kuala Krai bersama pegawai dan sukarelawan AmBank. Semasa di sana Ramli mendapat ilham mengadakan sebuah konsert untuk mengutip dana pembangunan pasca banjir.
Justeru, lahirlah Konsert Doa Langit dan Bumi dengan semua Ramli Sarip lebih prihatin daripada legenda tanah air? hasil penjualan tiketnya akan mengisi tabung pembangunan pasca banjir di bawah kelolaan Kumpulan AmBank.
Perbincangan dengan Azman dan ketua pegawai eksekutif PWTC, Dato’ Maxson Abdullah amat memberi semangat kepada Ramli kerana kedua-dua individu tersebut terus menyatakan persetujuan untuk membantu tanpa ragu-ragu.
Kumpulan AmBank akan menaja kos produksi, pemasaran dan promosi, sementara PWTC membiayai kos tempat acara, serta makan minum artis dan pasukan produksi konsert tersebut.
Beberapa syarikat bumiputera turut membantu seperti Marhaen Productions Sdn Bhd yang menyumbang pembikinan kemeja-T khas untuk konsert, Paravue Sdn Bhd, Warisan Sound, Mewah Event, dan Gua Orang Lama.

Agenda menukar ketakutan umum terhadap jenayah

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
HAMPIR setiap hari kita dapat membaca, melihat, menonton laporan berita mengenai kejadian jenayah samada rogol, rompak, bunuh, culik, dan pergaduhan antara kumpulan gangster mahupun jenayah di jalan raya.
Sejak 10 tahun kebelakangan ini kegiatan jenayah makin menjadi- jadi. Jika suatu masa lalu kejadian gaduh antara kaum Melayu dan India di Kg Medan membangkit ketakutan rakyat akan kegiatan samseng makin berleluasa, kini kegiatan samseng dilihat seperti biasa di kalangan masyarakat.

Sama ada pengaruh filem berteraskan kegiatan samseng di kaca-kaca televisyen mahupun di pawagam yang membuatkan masyarakat sebenarnya seperti sudah lali dengan isu isu jenayah khasnya kegiatan samseng, atau masyarakat sudah tidak hirau akan jenayah yang berlaku. Bagi golongan peniaga mendapatkan pelindungan samseng atau terpaksa mendapatkan pelindungan samseng suatu yang terpaksa dilakukan.
Di kawasan-kawasan perniagaan besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dan Johor Bahru peranan samseng melindungi kawasan amat-amat diketahui umum.
Mahu tidak mahu, perlu diakui kegiatan ini pastinya diketahui pihak berkuasa kerana kita semua sedia maklum bahawa unit perisikan pihak berkuasa amat cekap dalam mendapatkan maklumat risikan.
Usaha berganda
Lihat sahaja beberapa serbuan besar, intipan di pintu masuk negara (sama ada Imigresen atau Unit Tindakan Khas (UTK)) kecekapan pihak berkuasa polis sering dipaparkan dalam laporan-laporan berita membabitkan operasi serbuan.
Tidak cukup dengan operasi khas, serbuan kecil-kecilan mencakupi kumpulan gangster tertentu dibuat oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan clue bagi menahan kepala-kepala samseng.
Tidak mustahil maklumat demi maklumat untuk menangkap kepala samseng ini diperolehi daripada maklumat intipan dan juga maklumat dalaman kumpulan samseng selepas jerat dipasang pihak berkuasa demi memastikan sasaran dapat ditangkap atau diberkas.
Beberapa individu gangster yang cukup licik seperti Bentong Kali, Botak Chin suatu masa lalu berjaya diberkas polis hasil intipan dan maklumat pelbagai yang membawa kepada tumpasnya individu berkenaan.
Tidak dinafikan kecekapan mereka mendapatkan maklumat menjadi asas menahan kepala kongsi samseng yang paling dikehendaki ketika itu.
Pada tahun 2013, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap melalui Ops Cantas yang telah dilancarkan polis ketika itu.
KDN antaranya menyenaraikan konsi gelap Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.
Bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

Koo Ham minta Ismail Sabri mohon maaf

Ngeh Koo Ham
IPOH - Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang menuduh beliau sebagai anti Islam serta mempunyai pegangan dalam rangkaian sebuah restoran kopitiam popular‎.

Menurutnya, beliau dalam proses memfailkan notis kepada mahkamah menuntut supaya Ismail memohon maaf terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan.

"Notis itu akan difailkan minggu depan oleh peguam saya, Leong Cheok Keng yang juga Adun Malim Nawar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui notis itu juga, pihaknya memberi tempoh selama seminggu kepada Ismail Sabri membuat permohonan maaf.

Ingat tak kepimpinan melalui teladan

Raja Kamarul Bahrin

Ramai yang marah Datuk Ismail Sabri Yaakob suruh boikot perniaga Cina kerana kononnya harga tinggi. Tetapi ada juga penyokong Umno yang memuji tindakan beliau.

Ismail menegur mengapa Melayu tidak boikot kedai kepunyaan Cina – OldTown White Coffee, kononnya kepunyaan YB Ngeh dari DAP (tuduhan ini tak betul) dan makan di kedai lain. Katanya, ada kedai berjenama milik Melayu sebagai pilihan alternatif.

Ada pilihan lain katanya, untuk pergi ke kedai berjenama ini mereka ini agak berduit juga.  Saya ingin bertanya Ismail Sabri pula.

 Dalam waktu harga barang naik, di manakah Melayu yang tidak berada dan miskin pergi untuk membeli beras, gula dan gandum dengan harga yang murah selain dari syarikat kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar yang memonopoli barangan keperluan penting ini?

Mereka tidak mempunyai apa-apa pilihan!

Tidak seperti pelanggan kedai OldTown yang berduit tadi yang boleh memilih kedai jenama lain untuk pergi lepak.

Kita semua tahu Syed Mohktar memonopoli hampir kesemua barangan keperluan rakyat seperti beras dan gula melalui Bernas dan sebagainya kerana hubungan akrab dengan Umno.
Kemungkinan besar Umno atau ahlinya ada kepentingan dalam syarikat ini.

 Bukankah ini merupakan "conflict of interest" kerana mereka yang berkuasa yang patut melindungi rakyat mengambil kesempatan dalam kesusahan mereka? Semua orang tahu hubungan Syed Mokhtar dengan pemimpin Umno.

Lawatan Jokowi: Yang Baik Kita Teladani Yang Buruk Kita Jauhi

A Kadir Jasin
LAWATAN Presiden Joko Widodo aka Jokowi ke negara kita sangat penting. Pertalian darah dan sejarah diperkukuh dan teladan dipelajari.
Yang baik dijadikan teladan yang buruk dibuat sempadan.
Presiden Jokowi tandatangani buku pelawat Istana Negera.  
Presiden Jokowi dan isteri, Ibu Iriana. 
Urusan peribadi: Presiden Jokowi dan isteri terbang ekonomi.
Kata Presiden Jokowi: "Saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. Belum pernah lihat dalamnya golf gimana.”
Kata saya, ngak perlu risau Pak Presiden. Apa hebatnya golf?
Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Ular lidi panjatlah pohon paling tinggi tetap tidak berbisa.
Wallahuaklam.

Is there hope for PR?

So far, the coalition has been gaining support simply by feeding on our disappointments with BN.

Even the greatest lives have experienced despair. When this happens, we need hope to pull us out of the trench.
anwa_rrefomasi_pr_300When Anwar Ibrahim first chanted “Reformasi”, he gave us just what we were yearning for – hope. With that first chant, ordinary Malaysians started a mental journey, anticipating changes for the betterment of our beloved home.
Anwar became our hope for a better future. Many looked at him as a godsend, a leader who finally had the guts to challenge Big Brother.
That hope united all opposition forces and grew into something even greater. It made us crawl out of our tiny boxes and hold each other’s hands. It made us march through the streets in true solidarity. It gave us courage to stand up for ourselves.
And soon it wasn’t about Anwar anymore. It was about you and I. It was about every ordinary Malaysian yearning for justice and liberty.
Yes, Pakatan Rakyat gave us hope.
Sadly, we are now asking ourselves: Is there hope for Pakatan?
I recently attended a forum organised by the civic group Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA). The topic was “Is There Hope?” and the panellists were PAS Youth chief Suhaizan Kayat, DAP Youth chief Teo Kok Seong, PKR Youth chief Nik Nazmi Ahmad, political activist Mandeep Singh and student activist Luqman Nul Hakim.
I thought this forum was well timed because the decision on Anwar’s case was near. What if Anwar gets himself behind bars once again? What if the component parties are not able to find a common ground on PAS’ insistence on hudud? What if the leaders of PR continue to grumble over their disagreements? Is there, indeed, hope?
In between my yawns, I got my answer. It was a big fat “yes”. According to all three youth chiefs, there is hope that Pakatan Rakyat will remain intact. They claimed that their presence at the forum, together, should be taken as solid proof of unity and solidarity. “To know the future of a country, you need not look elsewhere, just look at us,” one of them said. “As long as we are united, there is hope for PR.”
I don’t buy that. After two and a half hours of listening to them, everyone who attended the forum deserves to get a better answer than “Yes, there is hope.”
How do you see hope when your leaders are bickering with one another?
Throughout the forum, the three youth chiefs kept giving two assurances. First, it is normal to have a bit of a “storm” in the party. “Democracy is noisy,” one said. Second, there are no big issues in PR; 90% of the party members are happy. They pleaded with the public to focus on the 90% and not the 10%.
Common ideology
I am baffled. Is hudud one of the minor issues you are refering to? Forgive me but any leader who thinks failure to have a common ideology for PR’s component parties as a 10% issue should be hung upside down because, clearly, there’s something not working up there.
Come on, instead of sweeping your internal issues under the rug, claiming they are minor problems amplified by the media, why not admit it?
But this is the whole issue with PR. It has always been talk, talk, talk. You chant “Reformasi”, but what real changes have you brought?

Boikot: Ismail perlu minta maaf - GDM

Enggan meminta maaf, bermakna beliau seorang yang tidak demokratik.

safwan-anangPUTRAJAYA: Gabungan Demi Malaysia (GDM) menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas kenyataannya di Facebook yang dianggap tidak menghormati sensitiviti masyarakat.
Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia, Safwan Anang menegaskan, Ismail perlu bertanggungjawab di atas kenyataan yang dianggap rasis itu.
“Jika Ismail tidak meminta maaf dia (Ismail) seorang yang tidak demokratik. Ismail tidak wajar menjadi pemimpin,” katanya kepada pemberita di hadapan Jabatan Perdana Menteri selepas menghantar memorendum kepada Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Saiful Azhar.
Tegasnya, pemimpin UMNO jangan mempermainkan isu perkauman sebagai modal politik.
“Tuntutan kami ini adalah mahu menunjukkan sifat sebenar pemimpin kerajaan. Jika pemimpin seperti Ismail tidak mahu meminta maaf, rakyat tidak perlu menyokongnya pada pilihan raya nanti,” jelasnya.
Sebelum ini Ismail telah membuat kenyataan di Facebooknya menggesa pengguna yang kebanyakannya Melayu agar memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
Sementara itu, Penyelaras SUARAM, Syukri Razab berkata, tindakan Ismail itu telah menimbulkan prejudis terhadap rakyat.
Beliau berpendapat tindakan Ismail memadam balik kenyataan di Facebooknya itu ibarat “baling batu sembunyi tangan”.

Malaysia mohon Australia ekstradisi Sirul Azhar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk memohon dan berunding dengan Australia dalam usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar ke negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata proses membawa pulang Sirul Azhar, yang berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, melibatkan proses perundangan sebelum dia dapat dibawa pulang.
“Kita dah tau Australia ada undang-undang yang mana menghalang mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia … itu kita kena atasi dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi khas kenderaan-kenderaan mainan PDRM oleh syarikat pengeluar peralatan permainan Daisheng (M) Sdn Bhd di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan status terkini usaha untuk membawa Sirul Azhar pulang ke tanah air.
Menurutnya, beliau tidak dapat menentukan tempoh proses itu yang mungkin akan memakan masa yang lama.

'Bantahan di S'wak jadi mesej buat SPR'

Gabungan NGO BERSIH percaya bahawa bantahan ke atas usaha persempadanan semula kawasan di Sarawak menggambarkan kesedaran rakyat tentang kepentingan proses itu.

Selain itu, ia juga memberi mesej kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya "tidak melakukan kecurangan dan manipulasi" kawasan pilihan raya, kata gabungan NGO itu.

Ia mendapati, sebanyak 38 lagi bantahan direkodkan pada tahun ini, menjadikan 64 kesemuanya untuk 2015.

Perkembangan itu dianggap sebagai “satu sejarah” bagi warga negeri ini memandangkan hanya 26 bantahan yang direkodkan sedekad lalu.

SPR perlu menghormati bantahan tersebut mengikut Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan, kata BERSIH dalam kenyataannya.

Diplomasi golf.....

Di Kuala Lumpur
Presiden Jokowi bukan Obama
tidak sehebat Ah Jib Gor
sanggup terbang ke Honolulu
untuk diplomasi golf
kerana katanya
dia ini wong ndeso
wong kampung
nggak ngerti golf!

  Presiden untuk 250 juta penduduk
negara kempat ramai penghuni
demokrasi ketiga terbesar dunia
kepulauan merentas nusantara
hanya bisanya nyangkul
tidak bisa main golf
tidak malu mengaku
belum pernah pegang stik golf
belum pernah lihat dalamnya golf gimana
apalagi taksub sebagai
rakan golf Obama yang hebat
sehingga lebih utama
daripada bersama rakyat
dalam bencana banjir terburuk.
 
Presiden Jokowi ngak bisa main golf
tentunya tiada diplomasi golf
antara pemimpin dua negara jiran
sebagai tempat terbaik
pertemuan empat mata
dari lubang ke lubang
membincangkan dan menyelesaikan
masalah jerebu dan tangkap ikan
masalah Pati dan pembantu rumah!

Dulu Kena Tegur Dengan Harussani, Kini Dr Asri Pula...

Kehadiran Perdana Menteri di perayaan Thaipusam sekali lagi mengundang kritikan ulama. Kali ini Mufti Perlis yang baru dilantik, Dr Asri Zainal Abidin membuktikan sikap berani menegurnya kekal seperti biasa walaupun sudah berada dalam kerajaan.

Hanya beberapa hari selepas dilantik bagi kali kedua sebagai Mufti Perlis, beliau menegur kehadiran Najib di Batu Caves untuk perayaan Thaipusam baru-baru ini yang turut menyertai acara keagamaannya.

Kata beliau, "Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian demikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau Perdana Menteri dan  menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia."

Bagaimanapun, tambahnya, penasihat Najib perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga atau meminta Perdana Menteri memakai pakaian seperti orang Hindu ketika menyambut perayaan itu.

Menurut Dr Asri, orang Islam boleh hadir di upacara keagamaan agama lain tetapi dilarang turut serta atau mengambil bahagian dengannya.

Alasan tarif elektrik tinggi punca harga barangan mahal

datuk ramli norani
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKM), Datuk Ramli Norani berkata kepada pemberita di sidang media 'Taklimat Gabungan PPPKM Mengenai Isu Harga Barang dan Perkhidmatan' di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR, 6 Februari:

Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKM) menyifatkan alasan tarif elektrik yang tinggi sebagai punca peniaga kecil dan penjaja menaikkan harga barangan adalah tidak masuk akal.
Presidennya, Datuk Ramli Norani berkata alasan itu tidak boleh diterima pakai kerana mereka tidak menggunakan elektrik yang banyak.
“Cuba lihat pengusaha gerai, penjual di pasar tani dan sebagainya, bila masa sahaja mereka menggunakan elektrik dalam operasi perniagaan mereka?
“Dahulu mereka bising mahu menurunkan harga minyak, sekarang kerajaan sudah turunkan dan kini mereka menjadikan tarif elektrik pula sebagai punca kononnya tidak dapat menurunkan harga barangan,” katanya kepada pemberita di sidang media ‘Taklimat Gabungan PPPKM Mengenai Isu Harga Barang dan Perkhidmatan’ di sini, hari ini.
Katanya, persatuan itu akan bekerjasama dengan kerajaan untuk memboikot peniaga yang degil.
“Meskipun kami peniaga namun kami juga akan memboikot para peniaga yang enggan menurunkan harga barangan.

Banjir: Majlis makan malam hargai 'hero' rakyat K'tan

Jakim nafi haramkan IG @therichkidsofmalaysia

Harga Mahal: Kos Bahan Mentah Tinggi Kata Kimma

Anwar Ibrahim: Siapa Yang Monopoli Beras, Gula & Tepung? Siapa Yang Menentukan Harga Elektrik IPP?

MAB: Anugerahnya…jatuh kepada…

Budaya boikot sudah sebati sehingga kalau buat Malam Anugerah Boikot (MAB), pasti banyak pencalonan yang akan diterima.


Oleh Nila Kanna
Saban hari saya bersama beberapa orang rakan sempat meluangkan masa di sebuah kafe selepas hampir sebulan atau lebih tidak bersua. Semuanya, enam orang daripada kami, empat berlatarkan profession media.
boycottTopik pada petang itu bertitik-tolak apabila dua orang rakan menolak cadangan bertemu di sebuah kedai mamak di Shah Alam. Alasannya, kerana mereka sudah lama ‘boikot’ kedai mamak.
Boikot? Ya, daripada situ, kami banyak bercakap tentang isu-isu boikot yang semakin mendapat mendapat tempat dalam budaya masyarakat kita.
Boikot hangat semasa ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyaran pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.
Kembali kepada pertemuan saban hari, seorang rakan menyatakan jika Malaysia menganjurkan anugerah boikot yang paling berjaya, anugerah itu mungkin jatuh pada rangkaian makanan restoran segera yang selalu dikaitkan dengan negara Israel dan rejim Zionis, jenama berwajah badut.
“Itu boikot yang paling gah!,” teruja sungguh rakan saya.
Terus bercakap, boikot pada restoran itu dilihat paling aktif tatkala tanah Palestine diserang rejim Zionis Israel. Boikot bermusim ini sangat aggresif sehingga keadaan kembali redha dan kita boleh melihat orang ramai seperti biasa menjamu di restoran, kafe kopi atau membeli barangan yang selama ini diboikot.
“Bagaimana pula dengan boikot paling popular tempatan?”
Diteliti pada blog, laman-laman web milik badan bukan kerjaan, laman web parti politik berhaluan kanan, saya percaya anugerah ‘boikot paling popular’ tempatan jatuh kepada sebuah rangkaian restoran makanan tempatan berkonsep kopitiam yang berasal dari Ipoh.
Rata-rata ia mempunyai ‘pengikut’ boikot yang agak banyak atas beberapa sebab. Antaranya kerana dimiliki parti pembangkang yang juga musuh ketat parti berhaluan kanan, didominasi satu bangsa dan alasan paling kliche, harga makanan.
Anugerah ‘silap boikot’ pun ada.

Pas Kelantan tidak bentang hudud Ahad ini

Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Ahad walaupun mendapat desakan dari rakan pakatannya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, rang undang-undang  itu diklasifikasikan sebagai ‘embargo’ dan hanya  boleh dibentangkan di Dun atau Parlimen.

“Bagaimanapun kita telah bincang melalui jawatankuasa teknikal, kita panggil pengamal undang-undang, pensyarah-pensyarah, NGO termasuk dalam parti dan pakatan.

“Jadi Ahad kita tidak boleh bentang enakmen berkenaan, lepas pada itu (Parlimen) Insya-ALLAH,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini semalam.

Semalam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  meminta Kelantan membentangkan enakmen hudud dalam mesyuarat pakatan yang dijangka dihadiri pimpinan tertinggi Pas, PKR dan DAP.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegur kerajaan Kelantan yang dikatakan lebih mengutamakan perlaksanaan hudud berbanding menyelesaikan isu banjir.

PKR mahu Hadi hadir mesyuarat PR Ahad ini


Rafizi 

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi perlu hadir mesyuarat Pimpinan PR Ahad ini, demikian menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Hadi dilihat perlu kerana ia mesyuarat yang diatur dan semua pemimpin parti komponen PR sudah dipanggil.

"Beliau dipanggil untuk hadir. Kita berharap beliau akan hadir.

"Tapi, segala keputusan terletak pada Abdul Hadi dan sebagai rakan dalam parti, PKR hanya mahu lihat semua pemimpin hadir untuk mencapai keputusan yang bakal dibincangkan," katanya kepada media di Pejabat Agung Pas, sebentar tadi.

Datum Jelatek diteruskan, tiada ruang perkauman sempit di Selangor, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata projek pembinaan Datum Jelatek akan tetap diteruskan walaupun menerima bantahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata projek pembinaan Datum Jelatek akan tetap diteruskan walaupun menerima bantahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.Projek Datum Jelatek tetap akan diteruskan walaupun menerima bantahan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang turut menegaskan kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang bantahan bersifat perkauman dan ekstremisme sempit.
Katanya, protes yang ditunjukkan kumpulan penduduk terhadap pembinaan kondominium mewah itu didakwa didalangi kumpulan pendesak Melayu, iaitu Perkasa dan Umno, yang sengaja mencetuskan ketegangan kaum di Selangor.
"Sentimen kaum yang sempit dimainkan Umno dan Perkasa (dalam isu projek Datum Jelatek).

"Saya tidak akan bertolak ansur dan akan memberikan mesej kepada rakyat Selangor dan Malaysia, tidak ada perkauman, ekstremisme dan fanatik," katanya. Bercakap pada satu sidang media di Hotel Flamingo, Ampang pagi ini, beliau yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata, kerajaan negeri sedia menerima bantahan tetapi tidak akan melayan sebarang bantahan yang berbau perkauman sempit.
Projek Datum Jelatek bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan 4 blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

Boikot: GDM minta Ismail Sabri letak jawatan kerana enggan mohon maaf


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri dari belia dan anak muda hari ini menggesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet selepas gesaannya memboikot peniaga Cina.

Gabungan Demi Malaysia (GDM) berkata, kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu mendiskriminasi masyarakat Cina dan mencabuli Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakapnya GDM Fahmi Zainol berkata, kenyataan Ismail mempamerkan hipokrasi yang terpendam dalam pemimpin kerajaan.
"Pemimpin seperti Ismail menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Malaysia benar-benar jujur memperjuangkan kesaksamaan masyarakat.

 "Kenyataan Ismail boleh mendorong kepada lebih banyak sikap ekstrem perkauman dalam kalangan masyarakat.
"Apabila seseorang pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat gagal menghormati diversiti, dikhuatiri hal ini akan melebarkan sifat prejudis antata kaum," katanya.

GDM hari ini menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya bagi mendesak Ismail meletak jawatan. Lima NGO yang mewakili GDM ialah Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM), Pro Mahasiswa Universiti Malaya (PRO-M UM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Enakmen hudud dibentang pada mesyuarat PAS dulu, kata Mat Sabu

Cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan akan dibentangkan pada mesyuarat PAS terlebih dulu sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata PAS.

Timbalan presidennya Mohamad Sabu mengesahkan perkara itu, susulan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mahu melihat enakmen itu dalam mesyuarat PR Ahad ini sebelum dibentang melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.

 "Saya belum tengok agenda mesyuarat lagi, tapi apapun, kita akan bincang pada pertemuan yang diadakan 8 Februari," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS, Kuala lumpur.
Ditanya sekali lagi adakah perbincangan tersebut termasuk dengan pembentangan enakmen, beliau menganggukkan kepala dan berkata, "ya".

Selain daripada mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang bakal diadakan pada petang Ahad ini, PAS dijadualkan akan mengadakan mesyuarat pada pagi hari yang sama.
Kali terakhir mesyuarat PR diadakan pada Oktober lepas, tetapi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghadirinya.

Anwar berkata semalam, mesyuarat Ahad ini masa terbaik membentangkan enakmen yang akan membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, supaya pemimpin DAP dan PKR boleh turut memahami dan menilai terlebih dulu cadangan undang-undang Islam itu.
Katanya, PR juga sudah meminta kerajaan negeri Kelantan menunjukkan kepada mereka terlebih dulu kertas cadangan enakmen sebelum sebarang keputusan dibuat.

PAS dan DAP bertelagah mengenai isu hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan yang hendak dilaksanakan, terutama di negeri di bawah pentadbiran masing-masing – Kelantan dan Pulau Pinang.
Pendirian DAP yang menentang pelaksanaan hukum hudud itu jelas kelihatan dengan kenyataan membidas parti Islam itu, namun PKR dilihat masih berteki-teki tanpa menyokong mana-mana pihak.

Nik Abduh bukan ‘mursyidul am PAS’, kata Mat Sabu

PAS hari ini menafikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am PAS yang baru, susulan kenyataan yang beberapa kali bertentangan dibuat ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, yang juga merupakan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau.

"Itu hanya spekulasi. Pandangan beliau itu bukan pendirian parti. Keputusan parti hanya melalui mesyuarat.
Kalau ada pandangan lebih awal, atau sebelum itu (mesyuarat), maka kita tidak anggap ia dari parti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

 Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan berbau kontroversi ahli Parlimen Pasir Mas itu kebelakangan ini. Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menolak kemungkinan PAS akan mengenakan sebarang tindakan ke atas Nik Abduh ekoran kenyataannya yang kadangkala bertentangan dengan dasar parti Islam itu.

Sebelum ini, penganalisis politik Shahbudin Husin dalam komentarnya turut membidas Nik Abduh dengan menyifatkan kenyataannya seperti "pukul keliling", menggambarkan keadaan di mana banyak pihak yang tidak sebulu dengan pendiriannya, akan menjadi sasaran kecaman atau sindirannya.

"Seperti sedang mengadakan 'genjatan senjata' dengan Umno, yang tidak pula dimusuhi sebagaimana peranan seharusnya, beliau sebaliknya lebih galak menyerang rakan sendiri dalam PR.

"Malah, kelompok profesional atau Erdogan dalam PAS yang lebih cenderung untuk kekal bersama PKR dan DAP juga sering menjadi sasarannya. "Jika tidak dikritik, pastilah mereka ini disindir dan diluahkan kata-kata sinis," tulis Shahbudin.

Sebagai orang Islam, Hadi pasti datang mesyuarat Pakatan, kata Mat Sabu

PAS memberi jaminan hari ini, sekiranya tiada aral melintang, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada Ahad ini, sambil menegaskan ia merupakan "janji orang Islam".
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sebagai orang Islam, sudah pasti Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut kecuali sekiranya terdapat perkara tidak dapat dielakkan seperti jatuh sakit dan sebagainya.

"Setakat ini kita difahamkan beliau akan bersama dalam mesyuarat PAS pada pagi (Ahad) dan mesyuarat PR pada petang.
 "Kita sebagai orang Islam, insya-Allah (akan hadir) kecuali (Hadi) pening, sakit, itu mungkin tidak hadir," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini.

Pemimpin PR dijadual mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya pada Ahad, dijangka membincangkan beberapa perkara berbangkit termasuk isu yang menjadi perbalahan di antara PAS dan DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, pemimpinnya hanya akan hadir sekiranya Hadi turut hadir kerana tidak mahu pemimpin parti Islam itu membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan keputusan PR selepas mesyuarat itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu The Malaysian Insider mesyuarat itu akan diadakan pada 8 Februari selepas kata sepakat dicapai antaranya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga turut mengesahkan kehadiran Hadi. Lim berkata, keputusan itu bukan dibuatnya sendiri, tetapi merupakan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

MPPR: Terpulang kepada saya nak hadir, tak hadir - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS tidak terikat atau bergantung kepada mana-mana pihak untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 8 Februari ini.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepadanya sama ada hadir atau sebaliknya pada mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu.
Ini kerana, kata beliau, tidak ada mana-mana pihak yang berhak bagi menentukan kehadirannya.
“Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.
“Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” ujarnya berseloroh kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di kediamannya Kampung Rusila, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad ini.
Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menafikan dakwaan beliau banyak kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan berbanding dengan pemimpin PR yang lain.

Pemilik The Edge hantar surat saman kepada Jho Low

Pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menuntut ahli perniagaan Jho Low berhenti 'pembohongan berniat jahat' terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya. – Gambar fail The Edge, 6 Februari, 2015.

Pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menyerahkan notis kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, menuntut Low berhenti "mereka pembohongan berniat jahat" terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya.
Katanya, peguamnya pagi ini menghantar satu surat tuntutan kepada Low, juga dikenali sebagai Jho Low, meminta beliau "berhenti dan menghentikan pembohongan yang dibuat" terhadap The Edge, The Malaysian Insider dan Tong sendiri melalui beberapa blog.
"Saya percaya Low ialah orang yang bertanggungjawab membuat pembohongan berniat jahat dan cerita palsu terhadap The Edge Media Group dan saya, melalui beberapa blog menggunakan platform blog WordPress," kata Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Kemelut 1MDB dan serangan ringgit

Dr Dzulkefly Ahmad

Isu tentang pemilik The Edge, Datuk Tong Kooi Ong yang dituduh menyerang ringgit untuk menjatuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi keuntungan peribadi tetiba menjadi kemelut hangat dalam pasaran forex sejak dilaporkan oleh sebuah blog “Exposing The Truth of Malaysians” dengan tajuk “How Tong Kooi Ong is attempting to break Bank Negara and crash the Ringgit” (28 Januari).

Tong membuat penafian (dengan kenyataan akhbar) atas tuduhan tersebut (shorting the ringgit) sebanyak dua kali sementara Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan pandangan beliau Tong diserang kerana banyak membuat pendedahan dan mengkritik tentang tadbir urus 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam medianya The Edge.

Dr Mahathir juga dikatakan digunakan oleh Tong bagi melancarkan serangan terhadap 1MDB.

Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar tentang dakwa-dakwi pihak yang tertuduh dan kini pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga mahukan kes yang disebutnya sebagai “economic saboteur” atau ‘penyangak ekonomi’ dibawa ke muka pengadilan.

Namun sekadar merakamkan sahaja, banyak pihak yang membuat komentar keupayaan Tong dengan US$1 bilion untuk menggugat keutuhan BNM yang mempunyai RM400 bilion sementara seluruh (total transaction) pasaran forex adalah sebanyak US$1 trilion adalah tidak menasabah. Peliknya isu ini masih nampaknya mahu dimainkan oleh pihak kerajaan Najib.

Persoalan saya untuk pihak Menteri Kewangan Najib dan BNM, yang berkebetulan adalah dipimpin oleh seorang tokoh Governor Central Bank yang diiktiraf dunia adalah seperti berikut:

Apakah langkah “supervisory and regulatory” yang dikemaskinikan oleh BNM sejak negara didakwa diserang oleh George Soros dalam krisis Kewangan Asia 1997 dahulu?

Mengapakah Tong didakwa melepasi kesemua “surveillance and supervision” peraturan “oversight” yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh BNM?

Mengapakah BNM, dalam kes Tong ini, tidak memanggil beliau atas tuduhan beliau dikesan melakukan spekulasi matawang ringgit ini untuk beberapa bulan sejak Ogos 2014?

Kesemua ini mesti dijawab oleh Najib yang kini dilihat termakan atau mungkinkah ada juga yang mendakwa menjadi dalang dalam mencetuskan “fiasco” ini kerana “expose” yang dibuat oleh The Edge?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin hari ini (laporan Bernama) membuat kenyataan menyuruh semua hentikan membuat tuduhan tentang penyangak ekonomi atas dasar spekulasi kerana memburukkan lagi suasana ekonomi negara.

Nada ini adalah berlainan dengan Najib dan Ahli Parlimen Kepala Batas yang telahpun membuat tuduhan wujud kelompok yang mahu menyerang BNM dan ekonomi negara dan mahu tindakan diambil.

Semalam Todayonline melaporkan BNM mahukan semua pemberi pinjaman (yakni banks sebagai lender) mengepastikan akan pinjaman yang dibuat untuk transaksi ‘jualan pendek’ atau ‘short selling’ melibatkan pertukaran ringgit dan wang asing (contohnya US dolar) mesti disertakan dengan dokumentasi sebagai peringatan tegas bersabit perkembangan mutakhir ini.

Jelasnya bagi saya, BNM sememang mempunyai mekanisme memantau pasaran pertukaran asing ini dengan teliti.

BNM juga memantau pergerakan forex atau pertukaran asing ini nisbah dengan jumlah simpanan asing yang BNM milikki. Tidak mudah juga untuk mengambil kedudukan hari ini untuk membuat serangan terhadap matawang ringgit. Ringkasnya mekanisme ‘penyerang mata wang’ ini begini.

Mereka menjual satu mata wang contohnya ringgit dengan membeli US dolar dengan harapan bila mata wang (ringgit) itu jatuh akan membelinya semula dengan harga yang lebih murah. Keuntungan mereka adalah perbezaan harga jualan dan pembelian kemudiannya.

Isu kedua Aspek kedua yang saya ingin rakamkan dalam sidang akhbar ini adalah bersabitan hutang 1MDB sebanyak RM2 bilion yang kini beberapa tertunggak sejak tarikh 30 November 2014 setelah diberikan lanjutan dua kali dan kini melepasi tarikh lanjutan pada 31 Januari lalu.

Informasi yang saya ada ialah hutang 1MDB ini akan dianggap sebagai hutang Tak berbayar atau NPL oleh bank-bank yang terlibat.

Maybank Berhad dan RHBCapital Berhad adalah bank utama (lead lenders) sebanyak 58.99% dan 32.41%, di samping yang lain seperti Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Berhad (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

Tong kemuka notis tuntutan pada Jho Low

Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong mendakwa jutawan Malaysia, Low Taek Jho mendalangi serangan ke atasnya dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blog tertentu.

Tong berkata beliau mengemukakan notis tuntutan rasmi ke atas Taek agar menghentikan “penipuan jahat” ke atas beliau dan media miliknya, The Edge dan The Malaysian Insider.

Kedua-dua blog tersebut antara lainnya mendakwa beliau terlibat dalam manipulasi dalam pasaran matawang untuk keuntungan peribadi.

Dakwaan tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi jaminan pada 28 Februari lalu untuk bertindak ke atas pihak yang melakukan manipulasi seperti itu.

Susulan itu, Tong pada hujung minggu lalu mengeluarkan kenyataan yang menafikan terlibat dalam perbuatan seperti itu.

"Saya tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," tegasnya.

Malaysia’s sovereign ratings poised to move south………But Why?

The 1MDB debts may trigger a downgrade in the sovereign ratings, dealing yet another blow to a country already hit by the falling oil prices.
KUALA LUMPUR: Investors wouldn’t pay too much attention in normal times to the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) issue, but given the oil-related challenges Malaysia faces and concerns about its budget deficit, the issue of contingent liability has added to concerns about fiscal improvement, according to a report filed by CNBC.
1MDB2The role of billionaire Ananda Krishnan, Malaysia’s second richest man, in the 1MDB saga also remains unclear and adds to the uncertainty.
1MDB, whose chief adviser is Prime Minister Najib Abdul Razak, has missed a deadline to repay a US$550 million loan to creditor banks three times over the past three months, fuelling worries the company won’t be able to service the rest of its obligations.
“It’s really too early to call 1MDB’s situation a debt default,” said Rahul Bajoria, regional economist at Barclays, on a more optimistic note. “Looking at the numbers, the amounts aren’t large at all; so it won’t have a big impact on Malaysia even if the government does have to step in.”
1MDB’s situation may not even require government intervention. Last week, the firm announced it may sell some of its property assets, worth more than US$5 billion, to pay off its debt load, Reuters reported.
But other experts aren’t so optimistic.
The company’s entire debt load stands at US$11.6 billion, out of which nearly US$2 billion is guaranteed by the government.
Experts say that makes it a serious liability risk for an economy whose finances have been strained by oil’s plunge by 50% in the past six months. Crude-related income accounts for 30% of government revenues.
Andre De Silva, Head of Asia-Pacific Rates at HSBC, says the delay of a loan payment by 1MDB or its inability to repay its debts may trigger a downgrade in Malaysia’s sovereign ratings, dealing yet another blow to a country already hit by the falling oil prices.
Public debt

TAHNIAH Dr Asri kerana berani menegur Najib Razak...

TAHNIAH Dr Asri kerana berani menegur Najib RazakBERBANDING mufti2 & ulama2 UMNO yg lain terus membisu menikus dgn boss mereka..

"Najib boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini".

"Bagaimanapun, beliau tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan ajaran Islam kerana beliau perdana menteri Malaysia.." Dr Asri -6/2/2015

Sdr Ishak Surin | Beyond Local Government | Making Kuala Lumpur A State

Sdr Lim Kit Siang | Benarkah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Hakis Hak Melayu

Sdr Hanipa Maidin | Benarkah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Hakis Hak Melayu

PBT langkah terbaik kukuh demokrasi, kata Hanipa Maidin




hanipa maidin PAS
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin ditemui ketika berucap dalam forum 'Benarkah Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Hakis Hak Melayu', pada Khamis. - Foto Roketkini
 
KUALA LUMPUR, 6 Februari:

Ahli dan pimpinan PAS tidak seharusnya takut jika pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan kerana ia merupakan sebahagian proses dalam negara demokrasi.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata rasa takut seharusnya dibuang jauh dan dibiarkan hanya menyelubungi kelompok ekstremis seperti Perkasa dan ISMA.
“Saya tidak nampak sebarang masalah dalam usaha mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan. Mengapa kita perlu meragui hak rakyat Malaysia memilih rakyat Malaysia yang lainnya dalam satu proses pemilihan di dalam Malaysia sendiri?
“Pada saya, pilihan raya kerajaan tempatan merupakan langkah terbaik dalam kerangka demokrasi ke arah akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran,” katanya ketika berucap dalam forum ‘Benarkah Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Hakis Hak Melayu’, pada Khamis.
Hanipa berkata PAS sebelum ini bersetuju untuk menghormati polisi bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai prinsip utama yang terkandung antaranya usaha pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.

Survival Najib, Anwar dan Dr Mahathir ......

Oleh Dr Awang Azman Awang Pawi
 Survival Najib, Anwar dan Dr Mahathir Keputusan penghakiman perbicaraan akhir Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini akan memberikan titik peralihan baharu terhadap politik Malaysia. Bagi Anwar beliau bertawakal dan berserah kepada Allah dalam apa-apa jua keadaan. Namun persekitaran politik Malaysia cukup dinamik dan ruang dinamik ini memberikan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam politik Malaysia.
Keputusan rayuan terakhir Anwar yang dijangka diumumkan pada 9 pagi, Selasa depan akan membawa kepada beberapa implikasi dan senario politik negara. Apa pun keputusan panel panel hakim yang diketuai Ketua hakim Negara Tun Arifin Zakaria perlu dihormati semua.
Sekiranya, keputusan tidak berpihak kepada Anwar maka, sudah pasti akan membangkitkan kemarahan penyokong Anwar dan akan menyebabkan kewujudan undi protes kalangan pada PRU akan datang. Pasti cabaran besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus bertahan. Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan Anwar yang dianggap simbol utama penyatu kepada PAS, DAP dan PKR.
Di sebalik kemungkinan ini, ia memberikan ruang baharu kepada kepimpinan PKR sedia ada seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution menggilap kepimpinan dalam PKR. Sepatutnya BN lebih bimbang kemunculan tokoh-tokoh muda dan pintar ini berbanding Anwar. Keupayaan Azmin dan Rafizi misalnya merupakan bakat besar dalam politik negara yang perlu diketengahkan dan diberikan lebih ruang untuk menonjolkan kepimpinan yang dinamik sesuai dengan era baru. Ketiadaan Anwar ketika beliau dipenjarakan juga membuktikan PR boleh bergerak dengan jaya tanpa Anwar.
Terdapat juga kemungkinan Anwar akan dibebaskan. Sudah pasti bagi penyokong BN ini merupakan mimpi ngeri mereka. Anwar akan mudah mengukuhkan PR yang kini dipulihkan khususnya di antara PAS dan DAP. Tanpa peranan Anwar agak sukar menyatukan dua ideologi parti yang perlukan moderasi Anwar.
Pancingan Politik
Adakah Anwar akan dipancing untuk kembali menyertai Umno bagi meretakkan PR dan mengukuhkan konflik dalaman Umno? Sudikah Anwar sekiranya ditawarkan jawatan kerajaan yang lebih strategik seperti jawatan menteri dalam negeri?
Mungkinkah Ezam Mohd Nor yang sudah menjadi sebagai pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan sejak pertengahan Mac 2014, berminat untuk menjadi tali penghubung Anwar dengan Umno? Hal ini kerana Ezam perlu mengukuhkan politiknya dalam Umno dan mendapatkan kepercayaan lebih besar daripada ketua baru, Datuk Seri Najib Razak. Pada zaman di bawah Anwar, Ezam mempunyai akses hingga ke pejabat The Washington Post yang cukup berpengaruh.
Namun Ezam tahu lama sukar untuknya bersaing dengan Azmin sekiranya beliau terus bersama PKR. Keterampilan Azmin dalam politik kini terserlah apabila beliau akhirnya menjadi timbalan presiden PKR dan bukan calang-calang ahli politik yang dapat mendaki ke peringkat tinggi tersebut. Kini Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor. Jalan lain bagi Ezam ialah Umno. Rantaian isu Anwar dapat dikaitkan dilema Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dilema Najib dan Dr Mahathir
Najib kini menghadapi tiga cabaran terbesar dalam hayat politik beliau. Yang pertama keputusan PRU13 yang menjadikan pembangkang menguasai 52% undi popular dan BN menang tipis. Kedudukan Najib lebih berbahaya dalam politik kerana beliau hanya mendapat 133 kerusi berbanding era Pak lah yang mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya 2008. Sungguhpun era Najib dianggap lebih liberal dan terbuka dalam menambat undi Cina, namun kemerosotan undi Cina terus berlaku. Inilah terpancar dalam peribahasa, "kayu yang hendak tumbang, kura-kura pun hendak memanjatnya'.

Suara Sabah dan Sarawak yang sering menyuarakan hak seperti royalti minyak dan dasar kabotaj yang menyebabkan harga barang lebih mahal di Sabah dan Sarawak dan kian bergema. Apakah perlu hanya meletakkan orang di tempat strategik di Sarawak atau Sabah, atau perlukah Umno di Sarawak untuk mengukuhkan Umno di Semenanjung Malaysia? Yang pasti rakyat Sarawak tidak mahukan Umno sekurang-kurang untuk tempoh terdekat ini.

Izzah: ‘Tiada kenaikan tarif elektrik’ kena baca ‘tiada penurunan’

Nurul-IzzahSHAH ALAM, 6 FEB: Kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili ‘tiada kenaikan tarif elektrik sepanjang tahun ini’ tidak memberi makna besar kepada rakyat.
Sebaliknya kenyataan Ongkili semalam itu hanya memberi makna tiada penurunan tarif elektrik pada tahun ini walaupun harga petrol dan diesel mengalami kejatuhan.
“Ongkili: ‘Tiada kenaikan tarif elektrik seluruh negara tahun ini’ baca ‘juga tiada penurunan’,” tweet Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di akaun tweeter beliau semalam.
Selain itu, kenyataan Ongkili itu juga tidak boleh dianggap sebagai jaminan berdasarkan sikap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gemar ‘flip flop’.
Sebelum ini Kerajaan digesa pelbagai pihak agar menurunkan tarif elektrik berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Ketika kenaikan harga minyak mentah, kerajaan memutuskan menaikkan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

JAKIM nafi haram Instagram anak orang kaya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan mengharamkan akaun Instagram memuatkan gambar-gambar anak orang kaya di Malaysia.

Penafian itu dibuat susulan pengedaran kenyataan palsu @therichkidsofmalaysia (The Rich Kids of Malaysia) yang didakwa dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha.

"Kita menafikan sama sekali kenyataan ini dikeluarkan oleh Jakim," kata pegawai perhubungan awam jabatan itu Asiah Alkharib Shah.

Kenyataan palsu itu mendakwa akaun tersebut diharamkan kerana "sifat ujub, gambar di lokasi maksiat, dan gambar perempuan yang tidak menutup aurat".

Berikut kononnya alasan untuk 'mengharamkan' akaun di laman sosial perkongsian gambar itu.

"Gambar-gambar yang dimuat naik mempunyai sifat ujub atau riak yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

PAS seru penyokong berhimpun di Putrajaya 10 Feb

Mahfuz OmarKUALA LUMPUR 6 FEB: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa anggota PAS dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama berhimpun di hadapan Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya Selasa ini untuk bersolidariti kepada Saudara Anwar Ibrahim.
“Saya akan hadir, saya seru ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir bagi memberi sokongan kepada beliau pada 10 Febuari ini,” katanya ketika dihubungi.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kes Fitnah II yang dikenakan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak mempunyai merit dan seharusnya tidak perlu dibicarakan di mahkamah sejak awal.
“Pendakwaan ini tidak wajar. Cukup jelas ia suatu yang tidak ada merit untuk didakwa. Laporan perubatan jelas membuktikannya,” kata beliau.
Malah menurut Ketua Whip PAS di Parlimen ini, jika mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, ia akan menambahkan lagi krisis ketidakpercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.
“Saya penuh yakin Anwar akan dibebaskan, kes ini tiada merit dan hakim yang berfikiran waras sudah tentu akan menolak kes ini,” kata Mahfuz.