Khamis, 5 Februari 2015

Kemelut PR: Tidak Boleh Dipandang Remeh - Anwar

Khalid cabar IGP tuntut keadilan untuk ‘anak buah’ polis


‘PAS tiada pilihan, perlu berdiri tegak bersama Anwar’- Khalid Samad


MENGAPA ORANG UMNO SENDIRI MERASMIKAN KILANG2 ARAK ???


Rakyat M'sia khususnya pendokong2 UMNO/BN patut rasa BERSYUKUR & berterima kasih kpd pemimpin & parti ANDA, kerana tanpa ANDA & UMNO kilang2 arak tak kan berdiri kukuh berjaya di negara 'Islam' M'sia... 
Emotikon like
TAHUKAH ANDA.. sektor arak & judilah antara penyumbang cukai terbesar terhadap sumber pendapatan negara.. Untung & berbaloi.. Tak rugi UMNO rasmi & izinkan kilang2 arak bertapak di negara kita... Hasilnya lihatlah skrg...


TAHUKAH ANDA sejarah kilang2 arak di M'sia ???
1) Tahun 1968 : kilang arak Guinness
Dirasmikan oleh Presiden UMNO Kedua

2) Tahun 1972 : kilang arak Carlsberg
Dirasmikan oleh Presiden UMNO Ketiga
Bapak Najib rupanya...

NAJIB HAS SIGNED HIS POLITICAL DEATH WARRANT: Ismail Sabri's anti-Chinese call UNCIVILIZED - Anwar

NAJIB HAS SIGNED HIS POLITICAL DEATH WARRANT: Ismail Sabri's anti-Chinese call UNCIVILIZED - Anwar
SHAH ALAM - Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today chastised federal minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob over the latter’s recent statement on Chinese traders, saying it was not the way a civilised society works.
Anwar said it was “racist” and “factually flawed” to blame Chinese businesses for the high price of goods and services in the country, claiming that it is instead a result of monopolies that were sanctioned by the federal government.
“What Ismail Sabri said was unwarranted and unacceptable in any civilised nation,” he said at a news conference here.
In a Facebook post earlier this week, Ismail Sabri urged Malay consumers to boycott Chinese businesses in a bid to push down prices of goods in tandem with the dip in fuel prices.
He claimed that the traders’ failure to lower prices despite a reduction in fuel costs was a form of sabotage intended to foment disaffection towards the government, which he said was wrongly blamed by consumers for the rising cost of living.
The Cabinet clarified yesterday that the agriculture and agro-based industries minister’s statement was a broad statement aimed at all unscrupulous traders not just the Chinese.
Why let Ismail attack the Chinese when it's the cronies who are given monopolies

UMNO Bitter Politics, Anwar Ibrahim and The Cause of Justice

by Asia Sentinel Correspondent

Federal Court JudgesMalaysia’s highest court is expected next week to finally deliver a long-delayed verdict on whether opposition leader Anwar Ibrahim was guilty of sodomy in a 2008 case brought by a former aide.
The appeal of the appellate court’s guilty verdict was heard at the end of October in the Federal Court after nine days of arguments. The top tribunal was expected to deliver its verdict at that time but for inexplicable reasons it has been delayed for more than three months. The date for the verdict now is February 10.
The Federal Court Judges know what they must do
In Malaysia’s courts, political cases are rarely if ever decided on their merits. That has been glaringly true of the charges against Anwar. The case has been marred by a long series of procedural errors and a list of suspicious events and rulings. As with a previous sodomy case brought in 1998, the charges against Anwar have been condemned by human rights groups and governments across the world.
Anwar was ordered freed by a High Court in Kuala Lumpur in 2011, only to be convicted on appeal in the appellate court in 2013. If he is now convicted in the Federal Court, it would effectively finish his political career at the age of 67. He faces several years in prison and Malaysian electoral law prohibits those convicted of crimes from running for five years after being freed.
A conviction would also throw into doubt the survival of the three-party Pakatan Rakyat coalition, which is held together by little more than Anwar’s leadership and a desire to unseat the ruling coalition by three vastly dissimilar parties – the Chinese socialist Democratic Action Party, the fundamentalist Islamic Parti Islam se-Malaysia, or PAS, and Anwar’s own Parti Keadilan Rakyat (PKR), mostly made up of moderate urban ethnic Malays. The parties have been squabbling for months over a variety of issues.
Friends, Enemies and In-between
Given the verdict delay, Malaysia’s political tea-leaf readers are trying to figure out what has been going on. It is widely assumed that the top court will take its cues from the leadership of the United Malays National Organization and Prime Minister, Najib Tun Razak. It had been assumed that UMNO wanted Anwar jailed to eliminate a dangerous political rival. That may not be true any longer, given the complex political drama being played out within UMNO.
The case now has been further muddied by events outside the courtroom, in which former Prime Minister Mahathir Mohamad – Anwar’s one-time boss – is seeking to bring down Najib.
Anwar at UM
“More than Najib, the one person who really wants to see Anwar in jail is Mahathir, and Mahathir has been on the offensive against Najib,” said John Malott, a former US Ambassador to Malaysia and a severe critic of the government. “So if ‘the enemy of my enemy is my friend’, it is in Najib’s interest to keep Anwar free to continue to be Mahathir’s nemesis. Mahathir’s hatred of Anwar is almost pathological at this point. Anwar said he is willing to submit evidence to the Malaysian Anti-Corruption Commission against Mahathir’s dearly beloved crony Number 1, the former Finance Minister, Daim Zainuddin. The next general election is a few years down the road, but Mahathir’s threat to Najib is real and now. From a legal point of view, it is obvious that Anwar is not guilty.
“And from a political point of view, on balance, it is in Najib’s interest to keep Anwar out of jail, so he can continue to keep Mahathir off-balance, and in doing so keep himself in power.”

Islam ada cara terhadap tawanan perang - Qaradawi



KETUA Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Dr Yusuf al-Qaradawi, menegaskan bahawa Islam mempertahankan hak tawanan dan menganggap mereka adalah kumpulan yang terdedah dan harus diperlakukan secara berperikemanusiaan.

Fatwa ini dilontarkan Dr Yusuf al-Qaradawi menanggapi pelaksanaan mati Moaz Kasabeh (27 tahun) asal Jordan dan Kenji Goto warga negara Jepun yang dihukum mati kumpulan IS pada hari Selasa lalu, lapor laman web Eramuslim.com.

Dalam fatwa yang diterbitkan website organisasi pada hari Rabu, semalam Dr Yusuf al-Qaradawi berkata, "Islam menganggap seorang tawanan adalah kumpulan lemah yang layak mendapat kasih sayang dan penjagaan seperti orang miskin dan anak yatim. Mereka harus diperlakukan secara berperikemanusiaan, bermaruah, aman dan dipenuhi hak-hak mereka".

SPR terima 64 bantahan sempadan semula S'wak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 64 bantahan berhubung syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak.
  
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR akan meneliti setiap representasi bantahan sama ada ia memenuhi syarat bagi sesi siasatan tempatan diadakan atau sebaliknya.
  
"Sekiranya siasatan tempatan akan diadakan, tarikh dan masa sesi siasatan tempatan akan dimaklumkan melalui surat yang akan dikeluarkan oleh SPR kepada pihak-pihak terlibat," katanya.
  
Menurutnya, bantahan yang diterima sepanjang tempoh sebulan pameran yang berakhir semalam menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2005 iaitu sebanyak 26 bantahan.
  
Berdasarkan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, siasatan tempatan akan diadakan oleh SPR bagi mendengar representasi bantahan syor yang diterima daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahaian pilihan raya berkenaan.
  
-Bernama

Boikot: Pemuda MCA tidak letak syarat pada Ismail

Sebanyak 165 bahagian Pemuda MCA berpadu suara menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf atas kenyataan yang menggesa pengguna memboikot peniaga Cina.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak meletakkan sebarang syarat dan hanya mahu Ismail membuat permohonan maaf "secepat mungkin".

Ditanya mengenai langkah seterusnya jika Ismail tidak memenuhi tuntutan itu, kumpulan itu berkata mereka tidak mahu membuat sebarang “andaian”.

Kalangan pemimpin bahagian Pemuda MCA itu juga menganggap MP Bera itu tidak layak menjadi  anggota kabinet.

Satu kenyataan ketua pergerakan itu, Chong Sin Woon menyebut, Pemuda MCA berpendapat bahawa Ismail tidak layak menjadi menteri kabinet.

"Kami menyokong pendirian Chong sebagai pendirian MCA, dan kami angota Pemuda MCA, berdiri teguh dengannya dalam isu ini.

Orang Islam haram makan ulat mulong, fatwa Mufti Sarawak

Orang Islam haram makan ulat mulong, fatwa Mufti Sarawak
KUCHING: Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) semalam secara rasminya mengumumkan memakan ulat sagu (mulong) serta mengambil bahagian dalam acara ritual ‘miring’ dan kaul adalah haram dan dilarang dalam Islam.

Oleh yang demikian, Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin menasihatkan agar umat Islam mengetahui perkara berkaitan keputusan fatwa itu dan tidak lagi terkeliru pada masa hadapan.

“Bagi umat Islam, mereka tidak boleh menjalankan upacara ‘miring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia ada melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

“Maksudnya di sini, orang bukan Islam tetap boleh meneruskan upacara tersebut tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri,” katanya kepada pemberita semalam.

Tambahnya, tiada masalah untuk umat Islam menghadiri upacara berkenaan tetapi untuk menjalankan upacara pemujaan, itulah yang menjadi masalah.

“Dalam Islam, kita tidak boleh memuja hantu dan melakukan sebarang pemujaan,” tegasnya.

Pakatan mahu lihat pindaan enakmen hudud Kelantan Ahad ini, kata Anwar

PAS disaran membentangkan cadangan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat (PR) Ahad ini, sebelum ia dibawa ke Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata ia masa terbaik membentangkan enakmen yang akan membolehkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu, supaya pemimpin DAP dan PKR boleh turut memahami dan menilai terlebih dulu cadangan undang-undang Islam itu.

 Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, PR juga sudah meminta kerajaan negeri Kelantan menunjukkan kepada mereka terlebih dulu kertas cadangan enakmen sebelum sebarang keputusan dibuat.

 "Kita sudah minta dan sampaikan kepada kerajaan negeri, kalau diberikan sebaiknya dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah yang Kelantan merancang membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan di Parlimen Mac ini.

Amar dilaporkan berkata semalam, pindaan tersebut akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) biasa seperti dijadualkan, selepas sidang DUN Khas yang sebelum ini tertangguh akibat banjir besar.

“Rang undang-undang persendirian dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah ialah dua perkara berbeza. Apa yang kita akan bawa ke Dewan Rakyat ialah rang undang-undang persendirian. Ia bagi membolehkan enakmen tersebut dilaksanakan (di peringkat negeri)," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar rang undang-undang tersebut akan dibawa ke Dewan Rakyat kerana akan ia diputuskan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Anwar, yang tidak menyatakan secara jelas pendirian PR mengenai hukum hudud itu berkata, pihaknya masih belum melihat enakmen yang dipinda kerajaan negeri itu.

"Kita mahu lihat dahulu rang undang-undang tersebut. Walaupun tumpuan kita sebenarnya pada ketika ini ialah kepada pasca banjir, bantuan dan menyelesaikan perumahan, mesej kita ialah ke arah itu," katanya.

Anwar Ibrahim: Tidak Mudah Walaupun Azizah Kuat, Dia Terima.

Anwar Ibrahim: This Is The Small Price I Have To Pay For Sticking To My Principles

'Masyarakat bising' masa depan

"Masyarakat bising", adalah frasa yang paling sesuai untuk menggambarkan bentuk masyarakat kita mutakhir ini. Ini adalah masyarakat yang laju bila bercakap (termasuklah menaip), sehingga hampir tidak ada sela antara satu percakapan dengan percakapan yang lain.
Persoalannya, mengapa masyarakat bising ini semakin hari semakin jelas kelihatan di negara kita? Saya fikir jawapannya kerana komputer (dibaca juga: teknologi).
Sebelum saya "dedahkan" rahsia berkenaan "dosa" besar komputer kepada pembentukan masyarakat bising kita, maka izinkan saya terlebih dahulu membawa contoh mengenai isu K-pop yang timbul baru-baru ini.
Sebelum berlaku kontroversi K-pop, siapa yang sangka peristiwa ini boleh jadi isu di Malaysia? Sudah pasti, tiada siapapun yang sangka. Semuanya bermula gara-gara dari sebuah laporan media. Tanpa laporan media, kita semua takkan heboh pun. Dari laporan medialah, bertali-arus tanggapan muncul.
Kemudian, siapa boleh meneka bahawa anak gadis tempatan yang berpeluk dan bercium dengan K-pop mahu diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Tiada siapa pun yang sangka, sehinggalah media melaporkannya, dan mungkin ramai yang jengkel dan membantahnya.

Setelah itu, siapa boleh meramalkan bahawa nama isteri Perdana Menteri dan Shah Rukh Khan boleh turut terheret dalam isu K-pop? Juga tiada siapapun yang sangka. Dan lazimnya bila dikaitkan nama Rosmah Mansor dalam isu yang tidak manis ini, maka JAWI takkan berani untuk meneruskan pertuduhan ke atas anak gadis tersebut (sekali lagi, lazimnya!).
Justeru, kontroversi K-pop ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya dipaksa bercakap atas leretan isu dan rantaian percakapan orang lain. Percakapan kita bukan sahaja dibantu oleh laporan media arus perdana, tapi juga dari lambakan media sosial.

Tiada kenaikan tarif elektrik tahun ini - Maximus

TAWAU: Tiada kenaikan tarif elektrik di seluruh negara sepanjang tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.
 
Beliau berkata, jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam penstrukturan semula Bajet 2015 itu juga turut meliputi keperluan di negeri Sabah.
 
"Kerajaan pusat memutuskan tidak ada kenaikan harga pada tahun ini. Walaupun mengikut sistem yang dipraktik sekarang, setiap enam bulan kadar ini harus disemak untuk mengurangkan subsidi, namun kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pasar Tanjong dan Pasar Ikan Tawau, di sini, hari ini.
 
Maximus berkata, seharusnya, tarif itu naik pada tahun lalu tapi kerajaan mengambil keputusan menanggung subsidi dengan simpanan daripada penjana bebas sebanyak RM800 juta supaya tarif tidak dinaikkan.
 
"Keputusan menaikkan tarif elektrik itu telah pun ditangguhkan meliputi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB).
 
"Untuk tahun hadapan pula, kita kena tengok harga minyak dahulu, tapi kita harap ia stabil iaitu tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah kerana ia mempengaruhi ekonomi negara," katanya.
 

“Kabinet Malaysia pasti corot kalau duduki peperiksaan PISA”


lks01

GELANG PATAH, 5 FEB: Kabinet Najib bermasalah memahami kenyataan bahawa murid sekolah di Malaysia berada lima tahun di belakang Korea Selatan, Shang Hai di China dan Singapura, kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ujarnya, Menteri Pelajaran Tan Seri Muhyiddin Yassin dan 35 Menteri kabinetnya seperti bermasalah memahami kenyataan, dengan mengatakan kualiti pendidikan Malaysia lebih baik berbanding UK, Jerman dan Amerika Syarikat.
“Nasib baik menteri-menteri kabinet tidak wakili Malaysia dalam penilaian PISA dan TIMSS.
“Jika tidak, mereka pasti buat Malaysia semakin corot sehingga Malaysia tertinggal sepuluh tahun ke belakang,” sindir Kit Siang.
PISA merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development).
Ujian ini diadakan tiga tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.
PISA bertujuan menguji penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.

Beginilah cara KERAjaan BN yg penuh Islam Wasatiyyahnya urus tadbir kewangan negara..

Agaknya sewa jet RM100 juta (3 tahun) lebih murah berbanding beli jet sekali bayar saja RM294.3 juta (US$91.2 juta) yg boleh guna sampai bila2..

TAHNIAH KERAjaan BN Emotikon like.. kerana kamuTIADA TOLOK BANDINGANNYA bab2 perhabih duit2 rakyat... JANJI RAKYAT DISUAP DGN BR1M...

S'gor putuskan p'raya tempatan pada mesyuarat Pakatan

Anwar Ibrahim: Saya Tak Boleh Diugut, Tak Boleh Dibeli

Anwar: Kenapa tak bangkit isu gula, tepung mahal?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan pihak yang memonopoli barangan asas di negara ini sehingga mengakibatkan harganya sukar dikawal dan melambung tinggi.

"Saya nak sebut terus terang. Siapa yang monopoli beras, gula dan tepung? Apakah kita berpuas hati dengan harga dan harga itu berpatutan?

"Tetapi mengapa isu ini tidak dibangkitkan? Kerana mereka itu tauke dan kroni besar. Mereka menindas pun, dimaafkan kerana ia menguntungkan ahli politik," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Syed Husin Ali, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengulas berkaitan isu boikot ke atas peniaga Cina yang mengaut keuntungan berlebihan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Anwar yang tidak bersetuju dengan kenyataan Ismail Sabri turut menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan rakyat kerana ujarnya walau apa bangsa sekalipun,  peniaga yang menipu rakyat harus ditekan.

"Tidak pernah terfikir atau terlintas di fikiran kita, seorang menteri Kabinet boleh membuat kenyataan yang dangkal dan mengelirukan.

Boikot: Ismail sibuk, polis belum ambil keterangan

Polis masih belum merekodkan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri berhububg kenyataan kontroversi oleh menteri pertanian dan industri asas tani itu di Facebook.

Seorang jurucakap polis berkata, menteri berkenaan kini sibuk dengan jadual kerja yang ketat.

Bagaimanapun, pasukan tersebut akan merekodkan kenyataan menteri berkenaan secepat mungkin, katanya.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis sepatutnya merekodkan kenyataan menteri itu semalam.

Anwar Ibrahim:Press Conference, Shah Alam 05/02/2015

Anwar Ibrahim: Kalau Mahkamah Bebas, Saya Bebas

Anwar Ibrahim: Saya Tak Terlibat Dalam Pertembungan Dalaman Umno

Inilah cara 'MEREKA'....


Owner Maxis, Ananda Krishan tolong 'settle' hutang 1MDB bernilai RM2 bilion...

Tup-tup semalam (4/2/2015), harga top-up Maxis bakal naik angkara GST . Terima kasih kepada mereka yang memenangkan BN. Ada berani boikot ?.. Penyokong BN tolong jawab..

Nikmat GST bakal menyusul besar2an.. SYUKUR !!!

Sirul: PAS akan jumpa kedutaan Australia

Najib sepatutnya pecat menteri 'bangang', kata Khalid Samad

'PAC should look into 1MDB' - Dr Dzul

Motif pembunuhan Altantuya masih misteri, kata Mahfuz

altantuya_L1-600x3601-600x360
Mahfuz menyarankan agar pihak terbabit tampil dengan berani mendedahkan motif pembunuhan Altantuya agar kes ini tidak lagi berpanjangan dan kekal sebagai misteri yang tidak terungkai.

KUALA LUMPUR, 5 Februari:

Sehingga ke hari ini, masyarakat masih tertanya-tanya motif pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang kelihatan misteri dan meragukan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata sama ada terdapat kebenaran dakwaan Abdul Razak Baginda bahawa ini kes pembunuhan biasa yang sengaja disensasikan.
Katanya, lebih menghairankan beliau (Razak Baginda) sendiri mengakui dalam temuramah yang disiarkan dalam portal berita, The Malaysian Insider pada 29 Januari 2015 yang lalu bahawa beliau diugut oleh Altantuya dengan sejumlah wang.
“Beliau tidak menjelaskan dengan lanjut apa yang diugut kerana dikatakan bersifat sangat peribadi.
“Jika merujuk kepada temuramah tersebut, kelihatan Razak Baginda yang sudah dibebaskan oleh Mahkamah ini ada perhubungan dengan Altantuya. Namun si tertuduh iaitu Sirul dan Azilah yang dikatakan membunuh Altantuya, itu apa pula hubungan mereka dengan si mati?” katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz mempersoalkan adakah dua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) itu sengaja bertindak sesuka hati tanpa sebarang arahan daripada pihak tertentu.
“Masyarakat menuntut ketelusan, keberanian dan keadilan daripada pihak polis, peguam negara dan mahkamah kerana mereka mampu menemui siapa pesalah namun tidak pula mendedahkan mengapa pesalah bertindak sedemikian rupa?.

PAS akan jumpa Sirul di Australia


PAS akan mengunjungi Kedutaan Australia bagi mengetahui perkembangan Koperal Sirul Azhar Omar yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Queensland.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Omar berkata, beliau sendiri akan mengadakan pertemuan dengan Sirul untuk mengetahui mengenai kedudukannya di sana.
“Saya sendiri akan mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan Australia untuk mengetahui kedudukan Sirul.
“Perjumpaan dengan pihak kedutaan di sini adalah sebagai persiapan awal sebelum ke Australia nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui The Rakyat Post pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Mahfuz berkata, pertemuan dengan Sirul akan dibuat setelah mendapat persetujuan daripada pihak Australia.
Sirul Azhar Omar yang merupakan salah seorang tertuduh yang disabitkan atas kesalahan membunuh model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman itu setelah mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.
Sirul dan seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah membunuh Altantuya pada tahun 2006 di Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

Bank Malaysia tidak terjejas dengan hutang 1MDB..!!

Tahun lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan hanya RM5.8 billion diberikan kepada 1MDB sebagai pinjaman.

KUALA LUMPUR, 5 Februari:
Sistem perbankan dalam negara tidak akan menerima sebarang ancaman sistemik walaupun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal membayar balik pinjaman kepada bank tempatan.
“Kami tidak menilai 1MDB dan tidak tahu ada pembaharuan hutang atau tidak dalam 1MDB. Jika kita melihat skala hutangnya, ia tidak memberi ancaman kepada sistem kewangan. Kerugian mereka mungkin terhad dan mereka mungkin akan mengambil cagaran,” kata Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit, Eugene Tarzimanov.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody, Christian de Guzman berkata, kegagalan 1MDB membayar balik pinjaman tidak menjejaskan kedudukan kredit dalam negara kerana kerajaan Malaysia dilihat hanya memberi sokongan kepada 1MDB mengikut kewajipan kontrak.
“Walaupun kami tidak ambil perhatian terdapat kebimbangan untuk hutang kerajaan, namun ada liabiliti luar jangka yang menjulang, khususnya kes 1MDB. Kerajaan akan sukar untuk menyokong 1MDB yang melebihi kewajipan kontrak dan saya rasa ini ia terhad kepada RM5.8 bilion dengan jaminan yang jelas.
“Dengan sensitiviti politik dalam organisasi ini, mungkin sokongan RM5.8 billion tidak akan menjadi pada masa akan datang,” katanya.
Tahun lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan hanya RM5.8 billion diberikan kepada 1MDB sebagai pinjaman.

ALTANTUYA ARMAGEDDON SOON: No way Najib can escape fallout, signs are clear Sirul, Baginda on verge of 'blowing up'

If Altantuya Shaariibuu was still alive today, Razak Baginda would have regretted and cursed himself for having an affair with her because several top people would have fallen from grace including himself.
For sure, she knew a lot of things detrimental to someone and if what she knew was revealed, perhaps quite a few people would lose everything. The risk was too high, and so Altantuya had to die. The duo, Prime Minister Najib Razak's former bodyguards Sirul and Azilah would not be foolish enough to kill her for nothing. Now that she's dead, despite being her ex-lover, Razak Baginda has not shown any remorse and seems to be a happy man. Where and how is he earning his keep to live so comfortably overseas is still a puzzle to his former colleagues here.
Despite being the main suspect in Altantuya’s murder, Razak Baginda was spared and safe at least for now. Razak Baginda has so much to tell, to clear his conscience and to relieve the burden in his mind. He would go crazy if the knowledge is not shared with others soon or later. Unless of course, he is the cold-blooded mastermind who 'pulled the trigger' as is speculated by some bloggers out to shield Najib from blame.
Baginda has been very confident that this worst episode in his life will come to a closure with the decision by the Federal Court to send both Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri to death. He thought the rest of the people involved could eventually sleep peacefully every night and the people will forget about the murder. Thus he agreed to open his mouth to break the silence and it backfired!
Why doesn't Razak Baginda return to Malaysia to clear Najib's name

Najib's bodyguards sentenced to hang for killing Altantuya
Altantuya’s murder cannot be easily forgotten because it is somehow related or connected likethe Final Destination movies; to the ‘unsinkable’ Scorpene submarines, the troubled DCNS, the untraceable RM500 million commissions, the questionable Perimekar, the harassed P.I. Bala, the rightful taxi driver, the rich carpet seller Deepak Jaikishan, influential Nazim & Nazir Razak (Najib’s brothers), the tarnished Cecil Abraham, the ’suicide’ exclamation by Rowena Razak Baginda, the protective Mrs. Razak Baginda, the elusive Najib’s aide de camp Musa Safri, the scheming IGP Musa Hassan, the destructive C4 explosive, the beleaguered PM Najib Razak and a few others. Datin Seri Rosmah Mansor is not spared too.
Moreover Setev Shaariibuu had filed a RM100-million suit against Abdul Razak, Azilah, Sirul and the government over his daughter’s death, thus the saga will continue!
Everything points to Razak Baginda as implicated by the statement given by the ex-IGP Tan Sri Musa Hassan. Razak Baginda was the prime suspect thus he was detained by the PDRM. In the end he was freed because he was not the mastermind; there are others!

Saya tidak terbabit pertembungan dalaman Umno, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pertembungan dalaman Umno ekoran daripada kesediaannya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan salah guna kuasa terhadap Tun Daim Zainuddin.
Menjelaskan situasi itu, Ketua Umum PKR itu berkata, dakwaan salah guna kuasa terhadap bekas menteri kewangan itu sudah lama dibuat iaitu sejak tahun 1999. "Saya tak terlibat dalam pertembungan dalaman Umno. Saya bukan lagi ahli Umno. Kenyataan saya ketika itu merujuk kepada Daim.
 "Ia sudah lama, sejak tahun 1999, saya pernah membuat laporan polis, saya keluar dokumen sebagainya, malah saya pernah serahkan dokumen ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.
Bulan lalu, berlakunya serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana Daim terlibat dalam kontroversi apabila dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa dan berita itu mendapat liputan meluas daripada media arus perdana TV3.
Liputan sebegitu media yang dikawal Umno itu mengejutkan ramai sehingga wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin memberi amaran yang tindakan itu hanya akan menyebabkan pendedahan “menggiurkan” mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
SPRM kemudiannya berkata akan menyiasat Daim dan Anwar pula menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama sekiranya dipanggil badan tersebut.
Bagaimanapun, Anwar berkata hari ini, beliau kemungkinan akan menangguhkan urusannya dengan SPRM kerana terlalu sibuk dengan halnya sendiri memandangkan kurang lima hari lagi penentuan nasibnya berhubung kes liwat II akan dibuat.

‘Saya akan terus kekal,’ kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis beliau tidak akan disabitkan bersalah dalam rayuan kes liwatnya, sekaligus menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya.
 "Kita patut menjangkakan apa yang terbaik dan daripada fakta, undang-undang amat jelas memihak pada saya.
"Perbicaraan ini mesti digariskan berdasarkan undang-undang bukan politik. Jadi, 'the show must go on' (kita teruskan seperti biasa) dan saya akan kekal, insyaAllah," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.
 Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah PR kini sedang dalam perancangan mencari calon sesuai menggantikannya sekiranya beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini.

Orang hantar atuk ke penjara, kata Anwar

anwar Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu cucunya ada bertanya tentang penjara kepadanya, baru-baru ini.

Menurutnya, anak kepada Nurul Izzah itu bertanya ketika beliau dan keluarganya berbincang mengenai sebarang kemungkinan terhadap keputusan mahkamah, minggu hadapan.

"Apa saya buat? Saya bincang dengan (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail), (Nurul) Izzah dan cucu. Anak Nurul Izzah tanya saya, atuk kenapa mereka cakap tentang penjara? Saya kata, orang hantar atuk ke penjara.

"Jadi, saya kena berdepan dengan ini. Ini tidak mudah. Tapi sebab saya ada sedikit pengalaman, saya komited dengan kesan perjuangan ini.

Bagaimana sakit, berapa banyak pengorbanan, saya kena tahan dan kena kuat," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Syed Husin Ali, di sini hari ini.

Ketika ditanya penerimaan isteri dan keluarga dalam menghadapi tekanan itu, Anwar memberitahu isterinya, Wan Azizah sedikit terganggu.

“Tidak mudah walaupun (Wan) Azizah itu kuat. Dia terima tapi dia bimbang kerana tahu keadaan fizikal, kesihatan saya. Oleh sebab dia yang menjaga makan minum, pakaian, ubat, kesihatan saya, dia lebih sedikit terganggu tapi umumnya dia tahu tentang keputusan saya dan risikonya.

“Selepas pembedahan pada tahun 2004 di Munich, kita (keluarga) berbincang banyak. Ke mana? Nak sambung setelah derita begitu ataupun nak ambil satu tugas lain. Anak-anak kata ‘papa, maju!’. Tak tahu maju ke sana (penjara) pula dah (berseloroh),” katanya.

Berkongsi perasaannya ketika ini, Anwar berkata, jika dipenjarakan pada usia menjangkau 70 tahun itu, situasi itu sudah tentu lebih sukar buat dirinya.

Fitnah Liwat II: Anwar yakin bebas 10 Februari

anwarSHAH ALAM, 5 FEB: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keyakinan yang beliau akan dibebaskan, 10 Februari ini berdasarkan kepada perincian fakta dan undang-undang kukuh yang sudah dibentangkan di Mahkamah Persekutuan.
Anwar berkata, beliau yakin keputusan akan berpihak kepadanya berdasarkan perjalanan kes dengan kesungguhan panel peguam bela.
“Saya yakin dibebaskan berdasarkan undang-undang, keterangan saksi dan fakta kes.
“Kalau bukan berdasarkan pertimbangan undang-undang, hukum atau kesaksian dan fakta, itu luar daripada jangkaan saya. Saya menjangkakan bebas berdasarkan perkara ini,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku ‘Etnic Relations In Malaysia’ karya Dr Syed Hussin Ali di SACC, di sini, hari ini.
Anwar berkata, Mahkamah Persekutuan kali ini berbeza dengan pengalaman beliau 16 tahun lalu kerana kali ini ruang sepenuhnya diberikan kepada panel peguam bela untuk mengemukakan hujah.

Anwar: “Luar pun saya lawan, dalam penjara lagi lawan”

DSC_0545SHAH ALAM, 5 FEB: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan dirinya akan dipenjarakan disebalik keyakinan bebas dari tuduhan Kes Fitnah 2.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan pimpinan parti akan hadapi sebarang kemungkinan
“Maknanya, kalau ditakdirkan penjara, saya akan hadapinya. Saya tidak boleh diugut, tidak boleh dibeli,” katanya menjawab soalan pemberita dalam satu sidang media di SACC MALL, di sini, hari ini.
Anwar berkata, penantian keputusan berkenaan turut memberi kesan yang cukup menekan buat keluarganya.
“Penerimaan. Tak mudah untuk Azizah walaupun kini beliu semakin kuat. Dia bimbangkan keadaan saya tetapi ini pengorbanan yang perlu dilakukan.
“Cucu bertanya kepada saya mengapa mereka kata soal masuk penjara dan ini tidak mudah pada saya,” katanya.
Pada 10 Februari ini, Mahkamah Persekutuan akan memberi keputusan terhadap rayuan Anwar membatalkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya dalam kes Fitnah 2 membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hukuman itu dikenakan Mahkamah Rayuan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Mac lalu.
“Tidak ada sesiapa yang menjangkau umur sebegini teringin atau merasakan perlu untuk dipenjara.
“Pada saya, setakat ini luar pun saya lawan, dalam penjara lagi lawan,” katanya.

10 Feb: 'Orang jahat sumbat atuk dalam penjara'

Lima hari sebelum Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan sama ada beliau akan bebas atau ke penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunjukkan tanda-tanda lemah semangat.

Ketua umum PKR itu malah bergurau dengan wartawan supaya sentiasa ceria.

"Muram saja nampak. Saya OK," katanya sambil ketawa.

Beliau juga menceritakan betapa sibuknya sekarang sehingga tidak memakai stoking kerana sentiasa tergesa-gesa.

Menyentuh kemungkinan beliau kembali merengkok dalam penjara, ketua pembangkang berkata akan memanfaatkan masa itu untuk membaca buku digemarinya, termasuk karya-karya William Shakespeare.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa anggota keluarganya berasa bimbang dengan kemungkinan itu.

“Anak perempuan (Nurul) Izzah tanya saya, atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?

"Saya cakap pada dia, orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara,” katanya.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR anak sulung Anwar Ibrahim.

Keputusan kes Liwat II itu akan disampaikan pada Selasa depan.

Anwar sebelum ini merayu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman lima tahun yang dikenakan padanya.

Dipecat ATM: AG bantah semakan kehakiman Mejar Zaidi


Pejabat Peguam Negara membuat bantahan awal terhadap permohonan semakan kehakiman bekas tentera udara Mejar Zaidi Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan itu bersifat akademik kerana mahkamah tentera telah menggugurkan Zaidi daripada jawatannya.

Peguam kanan persekutuan Shamsulbol Hassan bertindak bagi pihak responden manakala Mohd Hanipa Maidin dan Azhana Kamaruddin pula mewakili Zaidi.

Wakil Majlis Peguam Gregory Das hadir sebagai pemerhati.

“Keputusan itu telah berlaku ekoran keputusan mahkamah tentera telah menggugurkannya daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan,” katanya.

KRONI TETAP DAPAT HABUAN RM1 BILION !!!

Alasan Najib-Rosmah subsidi rakyat DIHAPUSKAN..
HAPUS SUBSIDI MINYAK:

bertujuan digantikan dgn kaedah pengapungan yg beri faedah kpd rakyat (21/11/2014).


HAPUS SUBSIDI GULA:
bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. (Dalam ucapan Bajet 2014)
..TETAPI KRONI TETAP DAPAT HABUAN RM1 BILION !!!
.. Rakyat dapat apa ???.. Rakyat dapat BR1M & nikmat cukai GST..

Bolehkah Ismail Sabri jelaskan perkara ini?

Harga gula satu dunia sudah jatuh merudum, tetapi mengapa harga gula di Malaysia tidak mahu turun sama? Mengapa KERAjaan M'sia masih lagi bersekongkol dengan taikun dan oligarki taikun apabila mengawal pengimportan gula dalam negara kita Malaysia?

Di Malaysia, jikalau mahu import beras dikawal oleh kartel yang cukup berkuasa menentukan berapa keuntungan yang mereka mahu perolehi atas nama kuasa monopoli yang sudah tentu Ismail Sabri sedia maklum tentang itu
Tetapi ADA TAK amaran yang kedengaran sehingga ke hari ini?

Dr Mujahid Kecewa PR Retak

Baikot peniaga cina jangan sokong membabi buta

Anwar: Perjuangan tetap diterus, dengan atau tanpa saya

Siasatan kes Daim: Anwar persila SPRM ke penjara

Anwar Ibrahim: What Ismail Sabri Said Was Unwarranted, Unacceptable In Any Civilized Nation

'Raja Judi': Apa terjadi sebenarnya pada 2004?

Orang Asli activist claims Siti Kasim stopped aid to 3 villages

PPIM mahu k'jaan siasat kedai Petronas ikut Akta Persaingan

Boikot air minuman lebih RM1, kata pengguna Islam

'Penyokong Umno ibarat mabuk todi, patut himpun di JPM' - Mahfuz

Siapa sebenarnya perdana menteri?

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berhubung tindakan perkauman seorang menteri Kabinet menimbulkan persoalan tentang siapakah yang sebenarnya memimpin Malaysia pada hari ini.

Perdana menteri yang sebelum ini memperkenalkan konsep 1Malaysia mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob walaupun menggugat keharmonian Malaysia dengan menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina.

Sementara Dr Mahathir yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan pentadbiran negara menegur menteri pertanian dan asas tani itu agar mencari punca sebenar dan tidak menyalahkan kaum tertentu berhubung kenaikan harga barang.

 "Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya,” kata Dr Mahathir merujuk kepada gesaan Ismail agar kaum Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.

 “Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina.”

Tindakan Najib mempertahankan ahli politik dari Pahang itu mungkin disebabkan 92 ketua Umno bahagian yang berhimpun di Putrajaya semalam menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataan perkaumannya itu.

Jurucakap kepada kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mereka menyokong penuh kenyataan Ismail dan akan berdiri di belakangnya sekiranya dikenakan tindakan.

Apakah Najib takut kepada 92 ketua Umno bahagian ini?

PAS tidak hirau amaran, desak dedah motif pembunuhan Altantuya

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya tidak membangkitkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, PAS hari ini berkata, orang ramai berhak mengetahui kisah sebenar kes berprofil tinggi tersebut.

Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Khalid tersebut sebaliknya menimbulkan lagi kecurigaan orang ramai dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.

"Masyarakat berhak mengetahui perjalanan kes berprofil tinggi, apatah lagi ia membabitkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya pada satu sidang media pagi ini di ibu pejabat PAS.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut berkata, mustahil 2 anggota polis, Korporal Sirul Azhar Umar dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, membunuh Altantuya tanpa disuruh sesiapa.

"Saya berkeyakinan mereka (Sirul dan Azilah) buat (bunuh) hanya kerana menerima arahan," katanya. Beliau juga tertanya-tanya apakah hubungan antara kedua-dua pesalah dengan Altantuya walaupun sedia diketahui mereka tidak mengenali mangsa.

"Si tertuduh iaitu Sirul dan Azilah yang dikatakan membunuh Altantunya itu apa pula hubungan mereka dengan si mati?" soalnya. Sementara itu, Mahfuz memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan konsulat Australia di Malaysia bagi mengetahui status Sirul yang ketika ini melarikan diri ke Australia.

Susulan seruan boikot, masa depan Ismail Sabri di Bera goyah, kata penganalisis

Komen yang dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad, menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, tidak akan membawa kebaikan kepadanya di kawasan Parlimennya Bera, di mana pengundi Cina membentuk lebih satu perempat daripada penduduk di situ.

Walaupun menteri pertanian dan asas tani itu kini dalam penggal ketiga mewakili rakyat kawasan itu, sokongan terhadapnya didapati semakin berkurangan setiap kali pilihan raya.

Pada 2013, beliau menang tipis dalam satu pertandingan tiga penjuru, dengan hanya 2,143 undi majoriti. Beliau mendapat 21,669 undi, sementara lawannya daripada PKR Zakaria Abdul Hamid memperoleh 19,526 dan seorang calon Bebas, Mohamad Wali Alang mendapat 670 undi.

Menurut laporan, kawasan Parlimen itu mempunyai 50,997 pengundi dengan 16,319 daripadanya kaum Cina. Terdapat 30,088 pengundi Melayu dan selebihnya mereka yang dalam kategori Lain-lain.

Penganalisis politik dan Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming berkata, kebanyakan daripada 32% penduduk Cina di Bera mengundi pembangkang dan masa depan Ismail bergantung kepada usahanya memperbaiki keadaan untuk memenangi kembali hati rakyat jika mahu kekal di situ.

 "Seramai 60% pengundi Cina di Bera mengundi pembangkang pada 2013. Kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Bera, iaitu Teriang, merupakan kubu kuat DAP selama enam pilihan raya umum," Ong memberitahu The Malaysian Insider.

 "Tetapi, sekiranya Ismail hendak mengekalkan kerusinya dan memenangi sokongan Cina, beliau mesti memohon maaf kerana membuat kenyataan tersebut," katanya.

ATM mohon mahkamah batal saman Mejar Zaidi kerana ia akademik

Angkatan Tentera Malaysia hari ini memfailkan bantahan awal batal permohonan Mejar Zaidi Ahmad yang membuat pendedahan mengenai dakwat kekal dalam pilihan raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2015.Angkatan Tentera Malaysia hari ini memfailkan bantahan awal batal permohonan Mejar Zaidi Ahmad yang membuat pendedahan mengenai dakwat kekal dalam pilihan raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2015.Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini memfailkan bantahan awal permohonan membatalkan semakan kehakiman yang dipohon Mejar Zaidi Ahmad, yang membuat pendedahan mengenai dakwat kekal, atas alasan tindakannya itu bersifat akademik.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad di dalam kamar, Zaidi didapati bersalah dan dipecat panel lima hakim Mahkamah Tentera diketuai Kolonel Saadon Hasnan pada 12 Januari.
"Semakan kehakiman ini ialah bagi membubarkan panel lima hakim itu sebagai akademik dan ia diatasi oleh masa. Beliau boleh memfailkan permohonan baru mencabar pemecatannya," Shamsul memberitahu media.

Asmabi akan menyampaikan kehakimannya pada 16 Februari.

Aku nak boikot nasi campur....

Oleh Fa Abdul
boikot nasi campurNasi + sambal tempe + sambal kerang + sayur campur + telur masin separuh + ais kosong = RM7.00?
Ni kisah aku yang dah naik meluat dengan nasi campur. Apa tidaknya, minyak naik harga, makanan pun naik harga. Tapi bila minyak turun harga, tak pula harga makanan turun-turun!
Ceritanya begini, semalam aku kempunan nak makan tempe, so aku pergi warung nasi campur. Aku ambil nasi + sambal tempe + sambal kerang + sayur campur + telur masin separuh + ais kosong = RM7.00.
Mak oi! Mahal nak mampus. Tapi apa nak buat, nasi dan lauk dah ambil, jadi nak tak nak aku cebikkan mulut dan bayar cashier yang pakai tudung litup tapi berbaju sendat ala-ala nak jadi The Hulk tu. Dalam hati, aku geram bagai nak rak.
Apa tidaknya, nak makan roti canai dan nasi kandar di kedai mamak – asyik tercirit tak sudah-sudah. Dah kena boikot.
Nak makan berger tepi jalan, langsung tak konsisten – kejap buka kedai, kejap tutup kedai; kejap mamat botak yang jaga kedai, kejap mamat perut boroi pula. Itu pun aku dah boikot.
Ada sekali tu aku ikut member pergi makan nasi daun pisang dekat restoran India. Fullamak, sedap memang sedap sampai jilat ibu jari. Tapi dapat saja bil, hampir aku nak pitam. Kalau aku tahu daun pisang tu punya la power sampai boleh melipat-gandakan harga makanan, awal-awal lagi aku bawa daun pisang sendiri. Tak boleh jadi ni – boikot!
Sekali tu aku teringin nak pekena satay. Rupanya harga dah naik! Pelik bin ajaib betul, sedangkan ayam itu kan barangan kawalan, macamana pula harga satay boleh naik? Boikot!
Lepas tu aku rajin juga pergi makan di kopitiam cina yang halal. Tapi harga dia tak boleh tahan la. Bayangkan makan nasi goreng seafood dengan udang accident sekadar tiga empat ketul tu pun dia caj RM8.90. Tak boleh jadi ni. Nasib baik YB Ismail Sabri ajak boikot. Apa lagi, bila menteri yang tanggungjawabnya menjaga kepentingan rakyat bagi nasihat suruh boikot, kita kena la ikut kan. So aku pun pakat boikot.

Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours!!


BUAT RM700 juta, pampasan RM1 bilion ???

Mudah dan indahnya sebenarnya menjalankan perniagaan di Malaysia dengan KERAjaan Malaysia kalau kena caranya...

Memang tepat lagi benar.. "BN BERI NIKMAT"

Yang kenyang & untung siapa? ATES dan BETA TEGAP
Yang bakal merana siapa? Rakyat marhaen juga terkesan akhirnya.. JANGAN RISAU rakyat... Cukai GST menanti ANDA !!!

Mahfuz: Siapa tahu kes Altantuya tampillah

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak yang mengetahui motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu sepatutnya tampil dengan berani bagi memastikan kredibiliti institusi kehakiman dan polis terus dihormati.

Mengulas kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan semalam, Mahfuz turut mempersoalkan mengapa hukuman mati dijatuhkan terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan serta motif untuk membunuh Altantuya.

"Sebab itu kita persoalkan apa motif (pembunuhan) sebab yang ada hubungan dengan Altantuya ialah Razak Baginda.

“Jadi apa hubungan Sirul dan Azilah?" katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.


Boikot: Saya hairan melihat gelagat 92 Ketua Umno - Mahfuz



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa orang ramai agar memboikot parti yang menguasai kerajaan kerana gagal menurunkan harga barang kawalan.

Katanya pada sidang media, pengguna wajar  menggunakan kuasa beli yang ada untuk memilih barang yang lebih murah tetapi itu tidak mencukupi.

"Pihak pemimpin perlu bertindak dengan lebih proaktif dan bersungguh dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada khususnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

"Akta tersebut sememangnya bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan," kata beliau di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang turut kecewa dengan pendirian Perdana Menteri yang menpertahankan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berunsur perkauman dalam isu memboikot peniaga Cina.

"Saya hairan melihat gelagat 92 orang Ketua Bahagian Umno yang begitu bersemangat membela Ismail Sabri yang jelas kenyataan berunsur perkauman.

"Termasuk juga Perdana Menteri sendiri turut memilih jalan yang sama membela menteri kabinet itu.

Ismail Sabri mesti insaf, mohon maaf dan letak jawatan – Rara Othman


rara2


GUA MUSANG, 5 FEB: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri sewajarnya insaf dan meletakkan jawatannya kerana telah menghina intelek rakyat Malaysia, terutamanya selepas Pejabat Perdana Menteri terpaksa mempertahankannya.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya, Ismail dengan jelas menulis “…selagi melayu tdk berubah.. selagi itu lah cina ambil kesempatan untuk tindas melayu.”
Beliau sebelum itu menulis bahawa, “..majoriti pengguna adalah melayu, cina adalah minoriti.. kalau melayu boikot perniagaan mrk, mrk tentu tiada pilihan utk turunkan harga”.
Pejabat Perdana Menteri petang semalam mengeluarkan kenyataan membela pendirian Ismail, dan mendakwa bahawa perkongsian Facebook beliau ditujukan kepada semua peniaga, dan bukan peniaga dari kalangan kaum tertentu.
“Adakah Pejabat Perdana Menteri dan Ismail sendiri merasakan rakyat tidak tahu membaca?” ujar aktivis DAP Young Syefura Othman ketika dihubungi Roketkini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Rara, menggesa Ismail untuk segera memohon maaf di atas keceluparannya dan mengakui kesilapan serta segera meletakkan jawatan.
“Amat memalukan apabila seorang menteri terpaksa meminta nyawa daripada Perdana Menteri setelah berbuat kesilapan dan terlalu ego untuk mengakui kesilapannya,” tambah beliau yang baru sahaja dipertanggungjawabkan menyusun gerak kerja DAP sebagai sebahagian daripada rakan kongsi Gabungan Impian Kelantan baru-baru ini.

Kerajaan Umno@BN Buat Salah, Rakyat Malaysia Tanggung - 1 Billion Pampasan Untuk Syarikat AES.

saman trafik aes
Projek Saman Trafik AES : Pampasan Bernilai RM1 Bilion. Beta Tegap (RM500 Juta) dan ATES (RM500 Juta)? : Mudah dan indahnya sebenarnya menjalankan perniagaan di Malaysia dengan kerajaan Malaysia kalau kena caranya. Berita terkini yang Berita Semasa terima sepertimana mana dilaporkan sendiri oleh The Edge Financial Daily kerajaan bakal membayar sejumlah RM500 juta (duit pembayar cukai) kepada setiap syarikat.
  • Beta Tegap bakal terima pampasan RM500 juta
  • ATES juga bakal terima pampasan RM500 juta

Kerajaan Batal Kontrak Saman Trafik AES Kepada Beta Tegap dan ATES

Semuanya dek kerana kerajaan Malaysia telah membatalkan kontrak menguruskan operasi AES pada September 2013 untuk kedua-dua syarikat ini yang mana kerajaan sendiri akan menguruskan sistem saman AES melalui sebuah syarikat milik kerajaan iaitu AES Solution.
Lebih elok jikalau JPJ atau PDRM sendiri yang uruskan. Kontraktor terbaru uruskan saman trafik AES yang terbaru ini pun bukan dapat projek daripada “open tender
“Mengapa susahkan, perkara sedia ada senang”?
Kenapa daripada dahulu kerajaan Malaysia tidak berfikir mengenai cara ini? Mengapa? Di mana dan kemana pemikir untuk kerajaan Malaysia? Akhir, buta-buta kerajaan Malaysia bakal terpaksa mencampakkan dan membazirkan duit rakyat sejumlah RM1 bilion untuk kedua-dua syarikat swasta  Beta Tegap dan ATES bagi menguruskan saman trafik AES.
  • Yang kenyang dan untung siapa? ATES dan BETA TEGAP
  • Yang bakal merana siapa? Rakyat marhaen juga terkesan akhirnya

Jaga-jaga! ‘Penculik’ komputer sedang bermaharajalela

Pengguna-penggun komputer, berhati-hatilah! Teknologi telah berkembang dengan begitu pantas sehingga anda kini boleh diugut oleh malware yang "menculik" komputer anda, dan menyekat akses kepada fail-fail anda yang mungkin mengandungi maklumat sensitif atau penting. Akses anda akan dikembalikan selepas anda telah membayar "penculiknya".

Perisian mengancam ini, yang juga dikenali sebagai "ransomware", kelihatan seperti bentuk mesej ‘pop up’ yang mensasarkan pengguna komputer, dengan mendakwa bahawa ia telah mengunci sistem komputer dan mengenkripsi semua fail, melainkan jika pengguna membayar suatu jumlah untuk mendapatkan semula akses. 
Walau bagaimanapun menurut CyberSecurity Malaysia, kebanyakan masanya komputer ini masih dijangkiti malware itu, dan penggunanya kehilangan wang mereka. 
"Pencipta ransomware membuatkan mangsa mereka ketakutan dan panik, menyebabkan mereka klik sebuah pautan atau membayar wang tebusan, dan kemudiannya dijangkiti dengan lebih banyak malware. 
“Ransomware tidak hanya mensasarkan pengguna rumah, perniagaan-perniagaan juga boleh terjangkit, yang boleh membawa kesan negatif, termasuk kehilangan maklumat sensitif atau proprietari secara sementara atau kekal, gangguan kepada operasi perniagaan, kerugian kewangan yang ditanggung bagi memulihkan sistem dan fail, dan ancaman terhadap reputasi sesebuah organisasi," kata ketua pegawai eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab dalam sebuah kenyataan akhbar. 
Mesej-mesej pop-up pada skrin komputer boleh memaparkan kandungan seperti "komputer anda telah digunakan untuk melawat laman-laman web dengan kandungan yang tidak dibenarkan. Untuk membuka kunci komputer anda, anda perlu membayar denda $100" atau "Semua fail pada komputer anda telah dienkripsi. Anda mesti membayar wang tebusan ini dalam masa 72 jam, untuk mendapatkan semula akses kepada data anda.”
Ransomware boleh menyamar sebagai e-mel yang tidak disyaki pengguna komputer, mendorong mereka untuk klik pada pautan yang disediakan. 

Hilangnya status AirAsia selaku penerbangan tambang murah no. 1?

Oleh Ng Kee Seng
Adakah AirAsia kini diancam risiko kehilangan statusnya sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia? Syarikat penerbangan itu seperti sedang menuju saat yang lebih sukar, apabila laluan Surabaya-Singapura digantung dan pampasan kepada keluarga 162 mangsa yang terkorban dalam nahas QZ8501 28 Februari lalu masih dalam proses penyelesaian.
Setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Tony Fernandes masih membisu berhubung mengapa ia membuat penerbangan pada 28 Desember, walaupun tanpa kelulusan jadual.

Bayaran insurans kini masih tergantung, kerana belum dipastikan sama ada 162 mangsa tersebut boleh mendapat bayaran insurans atau tidak.
Adakah syarikat insurans akan terus mematuhi liputan insurannya, memandangkan AirAsia memang tidak sepatutnya membuat penerbangan itu?
Dan syarikat itu juga berhadapan kemungkinan tindakan undang-undang daripada keluarga mangsa, yang boleh menelan belanja yang besar.
‘Pukulan’ terbaru barangkali adalah berhubung laporan Reuters, yang mengatakan ramai yang berebut membeli pegangan satu-satunya penerbangan tambang murah China yang tersenarai dalam pasaran saham, Spring Airlines Co dan menyebabkan sahamnya melonjak naik. Ia juga menandakan permulaan baru perang harga yang boleh menjejaskan margin keuntungan yang sedia rendah.
Sejak berada dalam pasaran saham 21 Januari lalu, nilai Spring telah berganda kepada $3.3 bilion (RM12 bilion) dengan para pelabur berebut-rebut untuk mengambil bahagian dalam industri yang bakal menyaksikan pertumbuhan besar di China itu.

Kritikan Ismail Sabri kepada Cina, seirama dengan sebilangan orang Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar
Walaupun apa nawaitu sebenar Ismail Sabri Yaakob yang meminta agar penggunaan memboikot peniaga Cina untuk merealisasikan harga barangan dengan penurunan harga petrol dan disel, tetapi ia tetap akan ditafsirkan sebagai satu kenyataan berbentuk rasis dan penuh kebencian kepada Cina. Ismail Sabri, faham motif kenyataannya.
kenyataan Ismail Sabri itu termsuk juga ketua pemuda MCA yang mempersoal dan kesal dengan kenyataan Ismail Sabri itu sehingga meminta Perdana Menteri menggugurkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu dari kabinet.

Kalau pemuda daripada MCA melenting, apa lagi pemuda daripada parti-parti Cina lain termasuk juga Gerakan dan DAP. Cadangan ketua pemuda MCA itu pula mendapat bangkangan daripada bekasan pemuda Umno dengan menuduh Ketua Pemuda MCA itu ingin berkolobrasi dengan DAP. Kenyataan Ismail Sabri itu menerbitkan isu baru dan mecacatkan hubungan "saling mempercayai dan hormat menghormati" dalam BN.

Ismail Sabri menyedari bahawa kenyataan berupa padangan itu telah menimbul masalah dan mengguriskan hati rakan-rakannya berbangsa Cina. Hari ini menteri itu jenuh meralat kenyataanya itu. Kononnya ia bukan dituju kepada Cina tetapi hanya kepada pedagang Cina yang degil menurunkan harga barang sahaja dan ia juga terkena kepada peniaga bangsa lain. Najib Razak sendiri terpaksa membuat penjelasan berhubung kenyataan Ismail Sabri itu kononnya ia bukan dituju kepada orang Cina saja. Apabila seorang PM yang juga pengerusi kepada BN menjawab ertinya isu itu hangat.

Kita boleh bersetuju kalau dikutuk peniaga dan pedagang yang degil atau pun yang bijak (sebenarnya zalim) mengambil kesempatan dalam situasi apa juga untuk tembolok sendiri. Ia bukan saja berlaku kepada orang Cina tetapi peniaga Melayu dan India dan bangsa lain juga. Korporat Melayu atau pun politcian Melayu yan mengamal nepotisme, mengaut keuntungan atas nama bumiputera juga termasuk orang sejenis dengan pedagangn Cina itu.

Tetapi kata-kata yang bersifat umum begitu bukan satu kenyataan pandangan yang tidak bijaksana dari seorang politik dalam konteks negara bermasyarakat rencam begini.

Perlukah kita pilihan raya kerajaan tempatan?

Oleh Dr Mohammad Agus Yusoff
Isu pilihan raya kerajaan tempatan ini bermula pada 8 Mac 2010 apabila KM Pulau Pinang menulis surat kepada Pengerusi SPR memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya PBT. SPR kemudiannya menjawab tidak mempunyai kuasa tersebut kerana bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.
Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, pada 11 Mac 2013, kerajaan Pulau Pinang kemudiannya memfailkan satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, permohonan itu selaras dengan Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kerajaan negeri memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya selain daripada pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, pada 14 Ogos 2014 Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri atas alasan “kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggari peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Apa seterusnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan?
Setelah penolakan Mahkamah Persekutuan ini, DAP bersama dengan PKR berkempen supaya rakyat menyokong pilihan raya PBT ini. Alasan mereka ialah:
(i) untuk memulihkan sistem demokrasi negara kita dengan memberi hak undi ketiga kepada penduduk tempatan memilih ahli majlis masing-masing

Harga Barang: Rakyat akan terus merana

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang dan beberapa kos lain yang terus berlaku di saat kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol akan terus menyeksa rakyat terutama penduduk di luar bandar.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kenaikan harga barangan akan menyebabkan rakyat merana untuk mendapatkan bahan makanan kerana kebanyakan bahan makanan utama seperti beras, gula, gandum serta ikan diimport dari luar.
“Dengan jatuhnya nilai ringgit, dengan sendirinya harga barang import akan naik. Tetapi harga pengangkutan tidak turun walau harga minyak turun. Keseluruhan kos harga barang akan meningkat terus,” katanya ketika dihubungi 3 Februari lalu. Berkuatkuasa 1 Februari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 turun 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun sebanyak 11 sen kepada RM2.00 seliter, manakala diesel sebanyak 23 sen kepada RM1.70 seliter.
Sementara itu, Raja Ka marul Bahrin juga kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menaikkan lesen perniagaan setinggi 700 peratus bermula Januari 2015.
Beliau berkata tidak sepatutnya lesen perniagaan dinaikkan kerajaan Terengganu kerana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia akan menjejas kos barangan luar yang diimport dan mengurangkan keuntungan peniaga.
Begitu juga katanya, suasana ekonomi Terengganu semasa juga muram apabila peniaga-peniaga tempatan mengalami pengurangan perniagaan antara 30 peratus sehingga 50 peratus.
Di samping itu katanya, kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu yang lemah tidak memberi justifikasi kenaikan harga lesen begitu tinggi dan akan membebankan pihak peniaga.
Tambahan pula katanya, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 juga akan mengakibatkan kesan sangat berat kepada peniaga tempatan yang akan mengalami kerugian perniagaan mereka.

Ya, boikot, tapi bukan dari sudut kaum la!

Oleh Willie Ong
Seseorang Menteri merupakan wakil negara kita dan yang paling mustahak, beliau merupakan wakil rakyat (Senator dikecualikan dalam rencana ini).Apabila disebut perkataan ‘wakil rakyat’, beliau mewakili bukan sahaja pengundi-pengundi kerusi parlimennya, malah seluruh rakyat jelata di setiap pelosok negara.
Seseorang Menteri seharusnya bersikap rasional, adil, liberal, dan sekurang-kurangnya, berfikir semasak-masaknya berasaskan fakta dan  bukti sebelum bertutur.

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri, orang Melayu patut memboikot peniaga-peniaga Cina, kononnya adalah untuk memaksa peniaga-peniaga Cina menurunkan harga barang, adalah amat menyedihkan dan memalukan. Sebagai anak Malaysia dan anak muda, saya berasa amat bimbang atas masa depan negara, terutamanya dalam industri pertanian.
Terlebih dahulu, persoalan pertama yang ditujukan ialah berapakah purata peniaga-peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang?
Kedua, bolehkah Menteri kesayangan kita ini menunjukan bukti untuk menyokong kenyatannya?
Ketiga, adakah semua peniaga di negara Malaysia merupakan kaum Tionghua?
Persoalan yang terakhir ialah: pernahkah Menteri belajar bidang ekonomi?
Sementara itu, saya berasa amat dukacita kerana masyarakat kita masih lagi sentiasa melihat setiap isu yang timbul dari sudut perkauman.
Sudah lebih setengah abad kita merdeka, tetapi prasangka buruk antara satu sama lain masih wujud. Setiap kali kita berucap, pastinya kita mengkaitkannya dengan soal kaum. Ini memang mengecewakan.