Rabu, 4 Februari 2015

10 Feb: Menjelang keputusan mahkamah, Anwar tawakal sebarang kemungkinan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jelajah menjelang keputusan perbicaraan akhir Liwat II memberitahu penyokongnya beliau bertawakal dan berserah dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Anwar yang kini berdepan kemungkinan dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara.

 "Yang bakal saya hadapi 10 Februari nanti ini, kita bertawakal sajalah dan berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan," kata Anwar di hadapan kira-kira 100 orang ramai yang hadir mendengar tazkirah Maghrib disampaikannya di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, di Bukit Beruntung, Selangor malam ini. 

Anwar dalam tazkirahnya selepas solat Maghrib menceritakan mengenai kisah tauladan para nabi dan peranan yang perlu dimainkan pemerintah dalam menjaga serta memelihara kebajikan rakyat.

Beliau memberikan contoh dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang mengambil peduli tentang masalah dan hal ehwal rakyat. "Di Selangor, saya selaku penasihat ekonomi sentiasa menasihatkan menteri besar baharu (Mohamed Azmin Ali) supaya mengambil peduli tentang perihal rakyat," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 26 Januari lalu mengumumkan, keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat pada 10 Februari ini. Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Mahathir Tetap Tolak Najib

Apabila tersebar dengan meluas gambar Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan ianya sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih.

Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.

Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan  hutang 1MDB.

Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu.  Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.

SEJUMLAH pemberian SUBSIDI RM136.5 bilion kepada kroni-IPP antara 1997 hingga 2011...


Siapa sebenarnya yg 'MUSNAHKAN' amanah dana awam duit rakyat RM250 JUTA !!!


Pakatan Rakyat sudah tiada harapan..??

 Pengundi muda akan memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang di Malaysia sekiranya sikap suka bercakaran sesama sendiri antara tiga komponennya tidak dihentikan segera.
Amaran keras itu dibuat oleh aktivis politik dan kumpulan mahasiswa yang mengakui bahawa mereka kecewa dan sudah tidak meletakkan sebarang harapan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Lantang mengkritik sikap ego kepimpinan PAS, DAP dan PKR, aktivis Kelab Bangsar Utama, Mandeep Singh berkata sepanjang tujuh tahun Pakatan Rakyat dibentuk, gabungan itu tidak pernah lekang dengan pelbagai pelbalahan dan pertikaian.
“Tujuh tahun anda berada dalam satu pakatan, takkan tujuh tahun tak boleh selesaikan isu-isunya. Ini masalahnya apabila Majlis Presiden tidak berfungsi. Sekarang ini Pakatan Rakyat hanya ada satu moto iaitu ‘tembak sesama sendiri’.
“Mereka kemudiaan salahkan media, tapi mereka juga yang bergaduh setiap hari dalam media. Jadi nak bercakap soal harapan? Tapi saya tak melihat mereka sebagai harapan.
“Kamu kata anak muda komited menyokong Pakatan…bawa kamu naik di Selangor dan menangkan 89 kerusi Parlimen tapi ingat anak muda juga boleh terus jadikan kamu pembangkang di Malaysia,” katanya pada Selasa malam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum ‘Pakatan Rakyat: Masihkah Ada Harapan’ yang turut dihadiri kepimpinan pemuda DAP, PKR dan PAS anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Hadir sama sebagai ahli panel ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat; Ketua DAPSY Malaysia, Teo Kok Seong dan jurucakap Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya (UM) Luqman Nul Haqim.
Terbaharu PAS dan DAP terpalit dengan perbalahan berhubung pelaksaan hukum hudud di Kelantan dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Zionis As-Sisi beri isyarat serang Jalur Gaza?



KENYATAAN As-Sisi berkaitan penyerangan ke Sinai telah mengundang banyak perdebatan di kalangan rakyat Mesir. Sebagaimana yang diberitakan pelbagai media beberapa hari lalu, bahawa usai melakukan pertemuan dengan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir, As-Sisi melakukan sidang akhbar yang disimpulkan oleh beberapa pemerhati mengandungi 'mesej' adanya kemungkinan tentera Mesir untuk bergerak menyerang Jalur Gaza.

Kesimpulan ini diambil selepas media Mesir berulang kali menyebut bahawa 'pihak asing' bertanggungjawab secara langsung dalam hal pengaliran dana dan penyokong operasi ketenteraan dalam menghadapi tentera Mesir di Sinai, tanpa menjelaskan detail siapa yang dimaksudkan dengan pihak asing tersebut.

As-Sisi selepas melakukan pertemuan dengan pemimpin tentera menegaskan, ia menuduh pelaku dari penyerangan di Sinai adalah pihak asing, lapor laman web dakwatuna.com.

"Yang membantu kalian dan yang memberikan dukngan bahan dan senjata, kami sudah tahu, dan kami tidak akan mendiamkannya," jelas As-Sisi dalam sidang media rasminya.

Kenyataan As-Sisi ini telah mengundang perdebatan di media. Salah satunya dalam acara talk show di stesen TV swasta, Al-Hayah yang menyimpulkan bahawa campur tangan asing yang dimaksudkan As-Sisi adalah Hamas, kumpulan pejuang Islam yang selama ini berada di Jalur Gaza.

Syeikh Azhar: IS itu 'syaitan', harus disalib

Syeikhul Azhar di Mesir menggesa pemberontak-pemberontak Negara Islam (IS) dihukum bunuh, termasuk disalib, selepas membakar hidup-hidup juruterbang Jordan.

Ahmed al-Tayeb berkata kumpulan pejuang di Syria dan Iraq itu sebagai pertubuhan "syaitan" yang merosakkan alam dan melancarkan perang terhadap Tuhan, lapor agensi berita dpa hari ini.

Pemimpin besar Universiti Al-Azhar yang berpengaruh dan disegani itu juga menggesa hukuman keras terhadap anggota-anggota IS dengan memotong kaki atau tangan mereka.

Juruterbang Muath Al-Kaseasbeh ditangkap pada Disember apabila jetnya F-16 terhempas ketika melancarkan serangan terhadap kumpulan pemberontak itu.

Kepimpinan Ulamak Tok Guru Nik Abd Aziz

Apalah hebat sangat Tok Guru kampong ini sehingga keperibadian beliau mampu memberi impak yang besar dalam Negara malah diperingkat antarabangsa?
Saya nyatakan Tok Guru bukanlah seorang “firebrand” atau pemidato yang petah dan panas sebagaimana sesetengah tokoh. Kerana itu diawal tahun 80an kalau beliau naik berceramah ke pentas politik khasnya di sebelah Pantai Barat, ramai yang tidak beri perhatian kerana ketika itu hanya yang pedas dan panas-panas mendapat tumpuan.


Tambahan lidahnya yang pekat Kelantan tidaklah sangat memikat hati dan fokus mereka yang hadir ketika itu. Malah walaupun menjadi Ahli Dewan Rakyat sejak 1967 sehingga PRU 1982 suara beliau tidak menyerlah di sana.

Tetapi Tok Guru seorang ulamak yang berilmu. Berikutan meletusnya fenomena kepimpinan Ulamak” dalam PAS selepas itu, ketokohan dan keperibadian para ulamak mula dihargai. Ahli-ahli dan pendukung PAS termasuklah anak-anak muda mula mengerumuni majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah politik yang diterajui para ulamak termasuklah Tok Guru, walaupun cara penyampaiammya tetap lembut dan bersahaja.
Tok Guru mengajar dan memberi keyakinan kepada ahli-ahli dan pendukung PAS bahawa Islam akan menang, yang penting kita istiqamah dan ikhlas bekerja. Walaupun dibenci dan digeruni, kebenaran Islam kelak akan menyerlah.

Kemuncaknya adalah apabila PAS menang dan memerintah kembali di Kelantan pada PRU 1990. Tok Guru yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Kelantan telah diangkat menjadi Menteri Besar. Walaupun beliau bukanlah ulamak pertama menjadi MB kerana tokoh-tokoh Umno pun sebelum ini di negeri-negeri lain pernah menjadi MB umpamanya Tan Sri Wan Mokhtar di Terengganu tetapi Tok Guru telah membawa imej dan keperibadian Tok Guru pada jawatan MB yang disandangnya itu.
Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Rakyat Malaysia melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana apabila jawatan MB ini disandang oleh seorang ulamak Islam yang bukan hanya berilmu tetapi mengamalkan ilmunya dalam kehidupan seharian termasuklah dalam menjalankan tugas MB. Tidak ada tolak ansur buat Islam dalam pentadbiran Tok Guru. Prinsip dan dasar perjuangan Islam tidak pernah sekali-kali dikendurkan apalagi dijual-beli.

Selagi Umno tolak Islam, kita lawan.....

PAS akan terus konsisten melawan Um no selagi parti itu terus menolak Islam, kata Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Namun, kata beliau ada perkara yang Umno tidak menolak Islam dan harus kita memberikan sokongan selagi ianya memberikan kebaikan serta manfaat kepada Islam itu sendiri.

“Dia (Umno) bina masjid kita tak lawan, dia wujudkan Bank Islam, Tabung Haji kita tak lawan dan apa lagi.

“Tapi kita akan lawan Umno berkaitan perkara-perkara yang tidak betul seperti rasuah, salah guna kuasa, meluluskan lesen judi serta arak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis sempena Jelajah Pimpinan Harian PAS ke Perak di Markas PAS Air Kuning, Taiping dekat sini 25 Januari lalu.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Dato’ Tuan Selagi Umno tolak Islam, kita lawan Ibrahim Tuan Man serta Dato’ Paduka Husam Musa, Setiausaha Agung PAS; Dato’ Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat; Dato’ Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS Malaysia; Suhaizan Kayat; Ketua Muslimat PAS Malaysia; Ustazah Siti Zailah dan seluruh pimpinan PAS Perak serta wakil pimpinan di setiap kawasan.

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan, PAS berlawan dengan Umno ada batasnya dan dalam masa yang sama mengajak seramai mungkin masyarakat termasuklah dari kalangan orang Umno itu sendiri menyokong parti tersebut.

Najib muncul pertahan Ismail Sabri!!.. Tapi...

Keliru jugak aku.. Aku yang tak faham Bahasa Malaysia atau Najib yang tak faham Bahasa Malaysia ni? Najib kata..“Teguran yang dibuat oleh beliau (Ismail Sabri) ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

“Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,”

Tapi kalau kita baca apa yang Ismail Sabri tulis tu, dia tak tulispun tulisannya ditujukan kepada semua peniaga..

Cuba baca dalam gambar di bawah ni..


Tak nampak?.. baca ni..

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna. 
"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," 
"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tetapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. 
"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti Islam," 
"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu,"

A Samad Said: Tiada yang terlambat dalam perjuangan

“Memang saya menyesal kerana tidak melakukannya lebih awal lagi. Mungkin selama itu saya terlalu naif.”
Kata-kata seorang seniman yang berpuluh tahun lamanya menulis tentang suasana sosial dan kehidupan kelompok bawahan. Kekuatan pujangga itu terletak pada gambaran yang dilakarkan dalam karya-karyanya yang merangkumi novel, drama, cerpen, puisi dan lukisan.
Samad3
Namun semua itu tidak pula membawanya ke gelanggang politik kepartian. Walaupun dia pernah bersama tokoh-tokoh politik marhaen sepanjang 1950-an dan 1960-an, itu tidak pula menarik hatinya untuk bersama mereka di gelanggang siasah.
“Saya menganggap sasterawan itu sebagai perakam. Selama itu saya memilih untuk menjadi apolitikal (tidak terlibat secara langsung dengan politik).
“Sehinggalah saya merasakan saya perlu berbuat sesuatu, dan saya akhirnya melakukan itu,” kata Datuk A. Samad Said yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad apabila mengenang saat beliau memilih untuk bergelumang dengan perjuangan melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 2011.
Hari ini beliau bukan sahaja tidak menyesal berdiri bersama Bersih – walau ditekan oleh pemerintah – malah mahu terus bergerak. Semua ini diceritakannya dalam satu pertemuan singkat dengan Roketkini.com di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
“Sekian lama saya bersikap apolitikal kerana saya melihat tugas dan tanggungjawab seorang sasterawan adalah menjadi perakam, tidak perlu melibatkan diri.
“Kini saya mahu terus aktif. Terus melibatkan diri bersama dengan rakyat. Selagi kesihatan mengizinkan,” katanya apabila ditanya apa azamnya untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
Usianya kini 83 tahun
Beberapa hari lagi, Pak Samad akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-83 pada 8 Februari ini. Dalam usia yang senja ini beliau semakin aktif dalam dunia aktivisme. Sejak menjadi Pengerusi Bersama Bersih 2.0 dulu, beliau banyak menyertai gabungan-gabungan lain termasuk menjadi penaung gerakan Negara-ku yang menentang politik perkauman dan keagamaan yang sempit.
Politik sebenarnya bukan sesuatu yang asing baginya. Cuma hatinya memilih untuk menjadi “perakam” keadaan dan peristiwa, sesuai dengan kerjaya awalnya sebagai wartawan.
Mengenang zaman mudanya, beliau pernah rapat dengan pemimpin politik kiri Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) sewaktu menjadi wartawan Fikiran Rakyat tetapi tidak pula menyertai politik mereka walaupun Boestamam pernah mengajaknya menyertai Partai Rakyat Malaya. Tumpuan beliau lebih kepada penulisan.
Sebagai wartawan dan sasterawan dalam ruang penulisan Bahasa Melayu, beliau juga rapat dengan pimpinan UMNO. Beliau akui juga dulunya beliau senang dengan Dr Mahathir Mohamad dan mereka agak rapat persahabatan.
Menceritakan tentang hal itu, katanya, selepas meninggalkan jawatan Perdana Menteri, Dr Mahathir bertanya kepadanya: Mengapa Samad tidak minta apa-apa dari saya sewaktu saya menjadi PM? “Saya menjawab: Sir, saya tidak pernah dan tidak akan meminta apa-apa dari anda. Namun jika saya ditawarkan sesuatu, saya sudi mempertimbangkannya,” katanya sambal ketawa.

Kabinet 2015 ‘tunggul kayu’, ibarat ‘analogi tiga beruk’


LKS_Forum_Tun_Razak


GELANG PATAH, 4 FEB: Barisan kabinet 2015 adalah antara yang paling gagal sepanjang sejarah 58 tahun Malaysia, kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Dalam surat terbukanya Kit Siang menyelar sikap menteri, terutamanya dari UMNO yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
“Nampaknya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir pun tidak iktiraf Kabinet, di samping menyifatkan mereka ‘tidak berguna’.
“Manakala Tun Daim pun tak kalah menggelar menteri kabinet sebagai ‘tunggul kayu’.
“Tindak-tanduk kabinet 2015 seolah-olah membenarkan apa yang dikatakan Mahathir dan Daim,” kata Kit Siang dalam surat terbukanya hari ini.
Kata Kit Siang, hanya untuk Januari 2015 sahaja, kabinet telah gagal dalam banyak perkara.
Ia termasuk kegagalan menubuhkan suruhanjaya siasatan awam bencana banjir, tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang berbohong mengenai surat terkenalnya, serta gagal menghentikan pencerobohan hak asasi manusia keatas staf universiti, mahasiswa, bahkan kartunis.
“Hari ini, Kabinet 2015 akan menghadapi ujian. Apa mereka akan buat terhadap Menteri Pertanian Ismail Sabri yang menyeru orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina, yang mengapi-apikan kebencian agama dengan mengatakan pimpinan DAP anti Islam.

Mangsa banjir menganggur, hidup sengsara

Oleh Abd Shukur Harun
FOKUS saya kali ini masih lagi mengenai mangsa banjir di Kelantan, terutama di pesisir sungai di Gua Musang dan Kuala Krai, yang kini menjalani hidup penuh sangsara. Tidak ada rumah dan menganggur pula. Mereka mendapat makanan dan pakaian serta peralatan lain dari bantuan orang ramai.

“Tetapi berapa lama boleh bertahan. Lama kelamaan akan habis, pendapatan tidak ada, rumah tidak ada, dengan siapa hendak mengadu,” kata Nik Saleh sambil mengesat air mata, memerhatikan rumahnya yang musnah di tepi rel keretapi di Kuala Krai.

Dulu beliau dan isterinya menjual kuih kepada penumpang keretapi yang berhenti di stesen Kuala Krai, tetapi disebabkan banjir, keretapi ke Tumpat terhenti kerana rel dan jambatan rosak.

“Jadi terhentilah pendapatan kami. Saya tidak ada kerja lain, tiga anak saya masih bersekolah. Mujurlah ada bantuan uniform sekolah dari orang ramai,” katanya.

Kebanyakan mangsa banjir itu mendapat makanan dan peralatan lain dari bantuan pelbagai NGO yang datang. Tetapi mereka khuatir, makanan itu akan habis juga akhirnya.

“Berapa lamalah kami boleh mengharapkan bantuan makanan,” kata isterinya, Aminah, “Tak kan begitu lama orang hendak datang membantu. Ini sudah hampir sebulan setengah.”

Aminah dan keluarganya mendiami pondok kecil yang sangat dhaif, dibina dari kayu dan papan runtuhan kerana banjir. Atapnya zink buruk.
Setiap kali mengenang nasibnya dan keluarganya, menitis airmatanya.
Seorang lagi penganggur mangsa banjir di Manek Urai, Usman Dahan, termenung di depan runtuhan rumahnya, di tangannya bungkusan makanan yang didermakan oleh NGO yang datang ke situ.

Dulu Usman mengambil upah menorah getah, tetapi kebun getah majikannya habis musnah dirempuh oleh banjir. Kini beliau yang mempunyai empat anak dan seorang isteri, menganggur.
Beliau yang kini mendiami khemah sementara, sering mengesat air mata mengenang nasibnya.

“Kami tidak ada saudara mara di Kuala Lumpur untuk menolong mencarikan kerja di sana,” kata isterinya yang dulu menjual kuih di gerai kecil di simpang jalan di situ. Tapi kini, bukan saja gerai itu dihanyutkan banjir, malah jalan itu sendiri dulu ditenggelami air sedalam empat kaki.

Jom berdamai, jangan tunggu muktamar!

Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
LAUTAN mana tidak ditimpa gelombang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Demikianlah lumrah dalam kehidupan, apatah lagi dalam melayari sesebuah organisasi.emikianlah apa yang sedang dihadapi kebanyakan badan siasah di negara pada hari ini. Ia tidak terlepas dari parti yang kita sayangi, Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Biar apa reaksi dari dalam atau luar, pemerhati penuh minat mengikuti gerakan dan ombak-ombak kecil dalam parti yang sedang berlaku. Tak perlu kita nafi guna menutup kelemahan atau menidakkan krisis. Al-Quran dan Sunnah telah cukup untuk memandu kita bagi mendepani apa yang berlaku.

Bukankah Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Hujuraat 9)

Siapa pun kita dalam jemaah ini, kita punyai peranan. Tentunya peranan yang perlu dipikul oleh mereka yang berada dalam saf kepimpinan tidak serupa dengan peranan yang dipikul oleh penyokong yang mendokong perjuangan PAS di kampung-kampung.

Jika mereka yang berada di kampung-kampung boleh sekadar bersikap perhati, tunggu dan lihat, sikap yang serupa perlu dijauhi oleh seluruh pimpinan pada pelbagai peringkat. Apa yang diistilahkan sebagai “play safe” bukan lagi sesuai demi memastikan perjuangan Islam yang menunjangi PAS hilang fokus.

Saranan dari surah al-Hujuraat sebagaimana maksud di atas cukup jelas:

Ke mana arah tuju politik PR pasca PRU13?

Oleh Harris Nasril
Penulis bersama ratusan ribu rakyat berhimpun di stadium Kelana Jaya. Rata-ratanya kami hadir sebagai membantah keputusan PRU13 yang didakwa penuh dengn penipuan.Dari pengundi hantu, pengundi asing (baca banglasia), blackout, dan bermacam-macam lagi. Di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, ada 100 000 rakyat yang menanti dengan penuh harapan apa tindakan yang akan dilakukan seterusnya.

Rupa-rupanya penantian itu ternyata sia-sia kerana Anwar cuma mengumumkan akan melawan penipuan pilihan raya dengan melakukan ceramah 'tour' seluruh negara dengan apa yang dinamakan Himpunan 'Black505'.
Apa tidak cukup dengan hampir setiap malam sebelum PRU13? Ternyata Anwar gagal membaca sentimen rakyat sebenarnya sudah bosan dengan ceramah. Adakah penantian 50 tahun untuk menukar pemerintahan buat 'Ini Kalilah' berakhir dengan duduk di tengah padang mendengar ceramah politikus?
Apa yang dapat dicapai dengan ceramah? Pengerusi SPR akan letak jawatan? Keputusan PRU13 ditangguhkan?
Bukankah Anwar sendiri yang mengajar penyokongnya supaya 'lawan tetap lawan'? Membujur lalu melintang patah? Lawan apa dengan ceramah?
Krisis politik PR mula kelihatan retak apabila PAS mengumumkan akan melaksanakan hudud di Kelantan, satu-satunya negeri yang dikuasai PAS.
Oleh sebab agenda hudud tiada dinyatakan di dalam manifesto PR, Buku Jingga, maka parti DAP pula menentangnya habis-habisan.
PKR pula kelihatan tersepit di tengah-tengah. Untuk memahami situasi ini, wajar kita melihat di luar kaca mata politik kepartian masing-masing.
Umum mengetahui agenda hudud merupakan agenda yang lama diperjuangkan PAS. Oleh sebab mereka terpaksa memenuhi janji mereka kepada pengundi PAS, mahu atau tidak, seboleh mungkin PAS cuba untuk merealisasikan impian mereka.
PAS di Kelantan tidak lagi boleh bergantung harap kepada undi terhadap Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau sudah pun bersara.

Pemimpin PAS cari jalan selamatkan diri?

Oleh Dinsman
Yang dibicarakan dalam majlis pendedahan Harakah malam 28 Januari itu bukanlah mengapa 3 wartawan kanan Harakah diberhentikan, tetapi yang dipersoalkan sebenarnya ialah “keislaman” pengurusan akhbar itu dan juga kepemimpinan parti PAS itu sendiri.
Itulah rumusan saya setelah mengikuti majlis yang berlangsung di laman Madrasah Tarbiyah (Jalan Gombak, Kuala Lumpur) selama kira-kira 3 jam, bermula selepas Isyak.

Cikgu Ishak Surin Yang di-Pertua PAS Kawasan Batu membuat pendedahan tersebut, berpandukan soalan-soalan panas yang diterjah 2 orang aktivis Seniman Paksi Rakyat, iaitu Kaki Sakat dan Tun Teja. Hadir juga ialah Datuk Tarmizi Mohd Jam, salah seorang wartawan kanan yang diberhentikan.
Sebelum majlis itu berakhir, Tarmizi bangun menjelaskan perkara yang berlaku di Harakah berdasarkan pengalaman dan pengamatannya sendiri. Dan dia juga mempersoalkan “keislaman” cara pengurusan akhbar itu dijalankan.
Terutama dalam hal melayani para wartawannya, yang tidak dibenarkan menubuhkan kesatuan sekerja, dan tidak diserapkan menjadi pekerja tetap walaupun bertahun-tahun berkhidmat dan disahkan jawatan sebagai pengarang pun.
Sebabnya? “Supaya mudah diberhentikan bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki,” kata Tarmizi. Tarmizi sendiri diberhentikan dengan serta-merta, tanpa sebarang notis.
Alasan diberikan: kerana tamat kontrak. Padahal sebab sebenarnya ialah kerana dia tidak bersetuju dengan pimpinan yang sedang berusaha untuk bergabung dengan Umno. Dan golongan yang dikenali dengan panggilan UG (Unity Government) itulah yang sedang mencengkam akhbar Harakah sekarang.
Cikgu Ishak Surin memang sejak awal lagi mempersoalkan “keislaman” pengurusan Harakah di bawah kekuasaan Datuk Mustafa Ali.
Pada malam itu, dia membuat penjelasan secara terperinci bagaimana akhbar Harakah itu dimulakan penerbitannya sejak 1987, dan perkembangan selanjutnya hinggalah ke situasinya hari ini. “Dulu kami mengendalikan Harakah itu secara jemaah,” katanya.
Dan dia berhenti dan diberhentikan apabila pengurusan Harakah mulai bertukar kepada cara yang bukan cara jemaah.

Bersuaralah rakyat Malaysia, supaya anda dapat mengubah keadaan

Oleh Karina Bahrin
Kita hidup dalam sebuah zaman paradoks. Jika saya adalah seorang penerbit TV di zaman ini, saya mungkin akan bimbang bahawa realiti sedang meniru seni, melalui kejadian-kejadian dramatik dan kontroversi. Sehinggakan membaca berita adalah jauh lebih menarik daripada siaran-siaran stesyen TV yang kononnya dikatakan hiburan.

Negara kita penuh dengan kejutan hari ini. Masyarakat transgender menerima rangsangan pengiktirafan terima kasih disebabkan Mahkamah Rayuan. Akibatnya telah dapat diramalkan, walaupun saya tidak pernah terfikir bahawa pencemaran alam sekitar merupakan faktor yang menyumbang kepada gangguan identiti jantina. Mungkin Greenpeace perlu membaca kertas Malaysia sebelum ia melancarkan kempen terhadap pemanasan global 2015.
Malah seorang Sultan turut telah melancarkan perang awam dan berprofil tinggi terhadap kerosakan alam sekitar di negerinya.
Malah, saya tidak pernah ingat masa apabila alam sekitar telah menjadi sebuah kepentingan yang sebegitu topikal.
Sejujurnya, saya tidak lagi faham apa yang sedang berlaku, dan saya mengesyaki, rakyat Malaysia juga sama pendapatnya. Apa yang menggembirakan bagi saya adalah setiap hari baru akan mendedahkan sebuah cerita yang lebih ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam perkara-perkara yang berlaku. Saksikan kebangkitan kegiatan gotong-royong oleh individu-individu, yang dengan cara mereka sendiri, mengambil keputusan untuk melancarkan perang terhadap kemiskinan dan membantu rakyat Malaysia yang tiada tempat tinggal, walaupun ada beberapa pihak berkuasa yang tidak senang dengannya. 
Ia juga menggembirakan untuk akhirnya melihat lebih ramai rakyat golongan sederhana bercakap bagi menyokong keharmonian kaum dan agama. Adalah lebih menggalakkan untuk melihat golongan Islam sederhana bersuara dan bertindak menentang retorik pelampau Islam yang semakin meningkat, yang seolah-olah telah merampas mikrofon sejak setahun yang lalu.

Mudahnya menjadi ‘bae’ dalam Umno

Oleh Zashaf Ishak
Tiba-tiba nama Ismail Sabri mencanak naik. Dalam banyak perbualan 'Whatsapp' warga Umno nama Ismail Sabri melambung naik di dalam Bursa Politik Umno (BPU). Cukup ajaib. Nama Ismail Sabri yang sebelum ini tidak pun berada di dalam barisan hadapan kalangan pemimpin Umno sudah menjadi topik bualan hangat.
Dalam bahasa mudah budak remaja sekarang, tiba-tiba Ismail Sabri menjadi 'bae' dalam Umno. Sangat disayangi dan dianggap sebagai hero ketika mana orang lain, termasuk Presiden parti bergelimpang dengan populariti yang tidak tentu hala. Ismail Sabri bukan pakai strategi baru. Strategi lama. Nak jadi 'bae' dalam Umno memang perlu seranah bangsa lain - terutamanya Cina. Jalan mudah. Lagi kuat seranah, lagi naik markah.

Kita nak salahkan siapa kalau Ismail Sabri pakai formula dan template politik yang sama. Pergi jahanam dengan semangat 1Malaysia, sebab PM sendiri pun sudah jarang sebut dan guna istilah itu. Strategi Bahaya?
Tidak ada bahayanya dengan strategi ini. Najib pernah pakai. Sekarang mampu jadi Presiden/Perdana Menteri. Hishammuddin Tun Hussein pun pernah pakai - julang keris (walaupun kemudiannya minta maaf dan tarik balik).

Ke Mana"Hilangnya" Menteri Bertanggungjawab

Oleh Abu Hassan Adam
Bagi aku ‘seruan’ YB Ismail Sabri Yaakub (Menteri Pertanian dan Asas Tani) untuk mengajak masyarakat Malaysia bersatu menurunkan harga barang setelah harga minyak turun adalah sesuatu yang wajar. Cuma yang agak kurang menyenangkan apabila dikaitkan dengan kaum Cina. Sememangnya perniagaan di Malaysia dikuasai oleh kaum Cina tetapi demi untuk menjaga perpaduan di negara yang tercinta ini amat tidak sesuai rasanya beliau mengaitkan peniaga Cina (sahaja) yang menyebabkan kenaikan harga barang di Malaysia.

Dan ekoran daripada kenyataan YB Ismail Sabri itu telah timbul berbagai reaksi dari pihak-pihak tertentu yang ‘menyokong’ dan ‘menentang’ saranan Menteri berkenaan. Kadang-kadang kelihatan apa yang ditentang oleh pihak-pihak tertentu sudah jauh menyimpang daripada isu yang sedang diperjuangkan. Perbincangan ‘Melayu-Cina’ telah menenggelamkan isu yang sedang diperkatakan, ia itu tentang isu kenaikan harga barang. Dan terfikir juga di kepala aku apakah sememangnya itu tujuannya YB Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai ‘wakil’ pihak-pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan masyarakat daripada membincangkan isu yang sebenar – kenaikan harga barang. Apabila Menteri Pertanian yang ‘bersuara’ pastinya pula rakyat Malaysia tertanya-tanya tentang ke mana ‘hilangnya’ Menteri yang sebenar-benarnya bertanggungjawab tentang hal yang berkaitan. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian berkenaan bagi menghadapi keadaan negara yang amat meruncing ini berkaitan dengan kenaikan harga barang. Rakyat pastinya sudah jemu dan hampir ‘meluat’ (agaknya) mendengar kenyataan, ‘kami akan mengambil tindakan sewajarnya……’ atau ‘ kami sedang berunding dengan pihak-pihak pengeluar barangan tertentu bagi mengawal harga barang…’

Tindakan undang-undang terhadap polis – Zunar

Mengapa mereka tidak hanya ambil dua atau tiga buku?
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis yang menyerbu pejabatnya bulan lalu.
Zunar KartunisZumar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Haque yang juga akan menyampaikan ucapan di PBB di Geneva berkata, dia akan memberi perhatian terhadap serbuan yang dihadapinya.
“Saya akan berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya, lapor The Rakyat Post.
Beliau mendakwa, “Tiada sebarang waran geledah disertakan ketika serbuan dibuat walaupun saya telah berikan kenyataan kepada pihak polis pada November.”
Zunar turut mempersoalkan mengapa semua 149 buku itu dirampas sedangkan ia tidak diharamkan.
“Mengapa mereka tidak hanya ambil dua atau tiga buku? Mengapa perlu ambil kesemua yang memiliki kandungan yang sama?” soalnya.
Sebanyak 44 naskhah komik politik kontroversi yang dihasilkan Zunar dirampas pada November lalu.
Pada tahun 2010, Zunar pernah ditahan dua hari di bawah Akta Hasutan.

SEKALI LAGI AUTA Friends of BN - Barisan Nasional !!!

TAHUKAH ANDA.. M'sia menggunakan harga purata harian "Mean of Platts Singapore (MOPS)" di pasaran Platts sbg asas utk menentukan kos produk RON97, RON95 & diesel. Kebanyakan negara di rantau ini menggunakan MOPS sbg rujukan kos produk petroleum mereka.

Boikot peniaga Cina: Taktik Umno alih isu

DARIPADA bertanya mengapa harga barang tidak turun, elok kita tanya mengapa pendapatan tidak naik? Atau jangan suruh rakyat boikot penjual dan pembekal - suruh rakyat kurang makan.

Bukankah kerajaan suka kata- kurangkan makan itu dan ini supaya badan jadi sihat, kencing manis kurang, darah tinggi menurun?

Kurang makan ayam, ikan, sayur dan beras. Atau kerana kerajaan suka campur tangan dalam pasaran, mengapa tidak kerajaan bertindak sebagai pembekal dengan meliberalkan sumber bekalan?

Saya tidaklah sampai hati menyuruh sahabat saya orang Pahang, menteri pertanian jadi penjual makanan dan sebagainya. Takkanlah kaki tangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beratur tepi jalan jual sayur dan ikan. Kalau Tajudin Rahman (Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) yang jual tepi jalan, pembeli lari tengok muka dia yang bengis.

Seingat saya, kakitangan kementerian terbabit bertindak sebagai pengeluar makanan semasa Sanusi Junid jadi  menteri pertanian. Itu pun kerana semua orang tahu Sanusi Junid gila-gila orangnya.

Saya hanya mohon menteri pertanian membanyakan sumber bekalan makanan dan barangan lain.

Boikot: Ismail tuju pada semua peniaga kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenyataan seorang anggota kabinetnya, Datuk Seri Ismail Sabri yang mencadangkan agar pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Najib melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menyebut, kenyataan Ismail itu tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina.

“Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

“Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,” kenyataan itu dipetik.

Najib juga memberi amaran agar tidak memanjangkan lagi pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum.

“Sebarang pertelingkahan yang boleh menujuk kepada polarisasi kaum di negara ini tidak patut dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, perdana menteri turut menegaskan untuk membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Jelasnya, kenyataan Ismail itu bagi menegur peniaga yang enggan menurunkan harga barang, susulan penurunan harga petrol dan diesel.

Ia selari dengan hasrat jemaah menteri yang mahu peniaga lebih bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

“Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna mereka kesan penurunan harga tersebut,” katanya.

 

Kenapa Ketua Pemuda MCA bersama DAP.!!

Antara kata-kata sokongan diberikan kepada Ismail Sabri di media sosial. Barisan Ketua-ketua Umno hari ini menuntut penjelasan berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon yang dikatakan menyuarakan penentangan terhadap Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzil berkata, tindakan Sin Woon yang bekerjasama dengan DAP menentang kenyataan Ismail yang dikeluarkan baru-baru ini amat keterlaluan.

"Tindakan dia yang bersekongkol dengan DAP  menyelar kenyataan Datuk Ismail adalah satu tindakan yang dilihat amat keterlaluan.

"Kami mahu Presiden MCA mengambil tindakan tegas ke atas dia berhubung tindakannya itu. Kerjasama itu tidak dapat diterima kerana DAP terbukti sebuah parti yang cauvanis dan selalu menimbulkan isu perkauman," katanya dalam sebuah sidang media yang dihadiri lebih 60 ketua Umno bahagian di sini, hari ini.

Anwar: Pakatan bincang hala tuju jika...

Anwar: Pakatan bincang hala tuju jika...
Pakatan Rakyat akan mengadakan Mesyuarat Tertinggi Majlis Pimpinan Tertinggi pada Ahad ini, kata Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat itu.
Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai di Kemaman malam tadi, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju Pakatan sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.
"Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan)," katanya.
Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan berbangkit yang berlaku antara parti dalam Pakatan iaitu PKR, PAS dan DAP. -Bernama

Biometrik: 'Kami tak pernah rancang untuk monopoli' - Bestinet

Bestinet Sdn Bhd yang mengendalikan pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing menjelaskan mereka tidak pernah bercadang untuk memonopoli perkhidmatan itu.

Pengerusi Eksekutif Bestinet Tan Sri Azmi Khalid (kiri)berkata mereka hanya menyediakan perhidmatan itu untuk Jabatan Imigresen.

"Kita tidak memonopoli.

"Kita cuma sediakan cara untuk membolehkan perkara ini dilakukan," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau juga berkata masih menunggu keputusan sama ada kerajaan akan menganugerahkan kontrak itu kepada mereka atau sama ada syarikat lain turut mendapat peluang sama.

"Itu kita pulangkan kepada kerajaan,” katanya.

Pemimpin Umno dapat projek terbengkalai IPK Johor

KUALA LUMPUR 4 FEB: Pemimpin Umno kawasan Ampang, Datuk Zamri Rahmat dinamakan sebagai individu yang dikaitkan dengan pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang terbengkalai.
Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir (kanan) dan Adun Bukit Batu, Jimmy Puah, di tapak pembinaan IPK Johor yang terbengkalai sejak 18 bulan lalu.Pendedahan itu dibuat oleh Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Akmal Nasir dan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor,
Jimmy Puah pada sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini.
“Berdasarkan jawapan dalam persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor sesi Jun 2014, projek pembinaan IPK Johor telah dianugerahkan kepada syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Ampang pada tahun 2010.
“Carian kami menunjukkan bahawa individu yang berperanan utama adalah Datuk Zamri Rahmat iaitu Pengarah Eksekutif dan juga pemegang
saham terbesar syarikat.
“Beliau merupakan pimpinan Umno di kawasan Ampang dan berkempen secara aktif sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13 lalu,”
jelasnya pada kenyataan.
Minggu lalu, Puah dan Akmal menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung projek tersebut
yang terbengkalai sejak lima tahun lepas.
Zahid didesak untuk tampil menamakan kontraktor bertanggungjawab dan kriteria pemilihan mereka untuk projek berkenaan.

Pemilik The Edge diserang kerana pendedahan 1MDB, kata Dr M

.Pemilik The Edge Datuk Tong Kooi Ong diserang kerana media terbitan syarikatnya mengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad, salah seorang pengkritik tegar dana pelaburan utama negara itu.
 "Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB, maka kita tuduh dia jatuh mata wang.
Kalau dia tak tegur 1MDB, kalau dia bagi jatuh mata wang pun takpalah... Jangan tegur 1MDB," kata bekas perdana menteri itu mengulas dakwaan ahli perniagaan itu membuat taruhan ke atas ringgit bagi mengaut keuntungan peribadi. Tong, yang memiliki The Edge Media Group, juga dituduh menggunakan media dalam kumpulannya memburukkan Malaysia dan mensabotaj ekonomi negara ini.
 Beliau menafikan semua dakwaan melalui dua kenyataan dikeluarkan awal minggu ini.

"Apabila suspek utama sudah dibebaskan, motif apa lagi yang hendak ditentukan? kata Musa Hassan

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata motif dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak perlu ditentukan, memandangkan “suspek utama” dalam kes itu sudahpun dibebaskan.

"Apabila suspek utama sudah dibebaskan, motif apa lagi yang hendak ditentukan?

“Suspek utama itulah orang yang tahu sebenar-benarnya mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Musa berkata demikian ketika merujuk kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Penaung NGO antirasuah MyWatch itu ditanya motif pembunuhan yang tidak ditentukan oleh pendakwaan dan juga mahkamah sepanjang perbicaraan tersebut.

Jawapannya itu membayangkan bahawa motif berkenaan tidak perlu ditentukan dalam kes Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar – dua orang bekas komando polis yang didapati bersalah atas pembunuhan itu.

Kenyataannya itu juga membayangkan bahawa Azilah dan Sirul bertindak atas arahan, namun beliau enggan mengulas mengenai perkara ini.

Beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis berjaya menentukan motif pembunuhan tersebut, ketika beliau mengetuai PRDRM pada 2006.

"Tapi motif apa yang perlu ditentukan untuk Azilah dan Sirul (membunuh Altantuya), apabila suspek utama sudah dibebaskan?,” soalnya kembali.

Ayuh ke Grand Finale Rakyat Hakim Negara 9 Feb, Hari Penentu 10 Feb

POSTERHasil pertemuan antara pimpinan KEADILAN dan pertubuhan bukan kerajaan yang dibuat minggu lepas telah sepakat untuk membentuk Sekretariat Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Februari.
Sekretariat Rakyat Hakim Negara ingin menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama dalam siri jelajah yang telah disusun di beberapa negeri dan kemuncaknya adalah pada malam Grand Finale, 9 Februari yang bakal dijalankan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Ceramah Perdana Grand Finale ini bakal dihadiri oleh pimpinan KEADILAN, pimpinan utama Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Penekanan utama pada Ceramah Perdana, Grand Finale ini adalah kes fitnah kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di samping itu, isu-isu rakyat yang melibatkan salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah melalui Akta Hasutan menjadi tema utama ceramah. Isu ekonomi dan GST yang menjadi kebimbangan rakyat dijadikan hujah utama untuk rakyat membuat penghakiman terhadap pemerintah Barisan Nasional yang tidak peduli dengan keperitan rakyat.
Hari Penentu pada 10 Februari bakal menjadi tarikh penting dalam sejarah politik Malaysia. Pimpinan dan pendokong KEADILAN diseru untuk hadir ke Putrajaya bagi menyatakan solidariti kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Digalakkan kepada yang beragama Islam untuk berkumpul dan solat Subuh di Masjid Besi dan akan berjalan ke Istana Kehakiman pada Jam 8.00 pagi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita KEADILAN seru seluruh wanita turun Putrajaya 10 Feb

Haniza (adun tmn medan) @ 22.09.2011 045KUALA LUMPUR 4 FEB: Wanita KEADILAN menggesa golongan wanita di seluruh negara turun ke Istana Kehakiman Putrajaya, Selasa ini bagi memberi sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim.
“Dalam menuntut sistem kehakiman yang lebih adil, saya menggesa rakyat khususnya golongan wanita bersama-sama hadir memberikan sokongan dan turun ke Putrajaya 10 Februari ini,” kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Haniza Talha ketika dihubungi.
Menurut Haniza yang juga Ketua Wanita KEADILAN Selangor, seramai 50 anggota Wanita di setiap Cabang di negeri itu bakal menyertai perhimpunan itu nanti.
“Dijangka penyertaan wanita akan lebih ramai dengan kehadiran Wanita di peringkat Cabang dari seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, seruan itu turut mendapat respon yang baik daripada rakan pimpinan DAP dan PAS yang juga dijangka hadir.
“Dalam siri Jelajah Rakyat Hakim Negara di beberapa negeri sebelum ini, rakan pimpinan Pakatan Rakyat juga memberikan komitmen yang cukup baik.
“Ini menunjukkan keteguhan Pakatan Rakyat untuk terus bersama menegakkan keadilan dan individu yang tidak bersalah (Anwar) perlu diberikan haknya,” ujar Haniza (gambar sebelah).
Sebelum ini, Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu.
Pendengaran hujahan rayuan itu berlangsung selama lapan hari di hadapan lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bermula 28 Oktober 2014.
Anwar diwakili oleh sepasukan 15 peguam diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan.

10 Feb: Hanya doa dan munajat kepada Allah – Wan Azizah

Selepas 17 tahun keluarganya difitnah,  Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetap tabah berdepan keputusan kes perbicaraan Fitnah II terhadap suaminya, Saudara Anwar Ibrahim. Gambar WAJIB PAKAI 1Redha dengan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini, Wan Azizah mengakui ia merupakan satu ujian yang berat untuk beliau seisi keluarga.
“Ini satu ujian yang berat kepada kehidupan kami sekeluarga. Dasar politik ini sepatutnya digunakan dengan perkara-perkara bermanfaat, bukannya menggunakan isu-isu (tuduhan liwat) seperti ini untuk menjatuhkan musuh politik.
“Jelas ini satu tragedi dalam hidup saya, namun saya anggap ini ujian Allah dan biarlah ia menjadi pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain,” katanya ketika ditemubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.
Menurutnya, Umno tidak mempunyai modal politik selain mengulang semula skrip  sama dilakukan pada 1998 untuk menjatuhkan Anwar dan menganiaya beliau sekeluarga.
Bagaimanapun  beliau percaya kebenaran akan terbukti dan Anwar akan dibebaskan daripada kezaliman.
“InsyaAllah, keyakinan Saudara Anwar dibebaskan itu ada. Kalau sebaliknya, itu satu ujian yang saya terima dan redha. Tetapi tidak menunjukkan kita kalah sebab Anwar memang tidak bersalah,”
“Kalau mengikut penghakiman, sepatutnya kes ini tidak ada langsung dan kebenaran Anwar dibebaskan itu memang terlalu kukuh.
“Tetapi kalaulah sistem kehakiman itu melibatkan keputusan sebaliknya, itu memberikan ruang kepada kita dan memberi keyakinan untuk kita terus berjuang kepada rakyat,” ujar ibu kepada enam anak ini.
Ditanya  mengenai kebimbangan tentang hala tuju parti KEADILAN dan nasib Pakatan Rakyat sekiranya Anwar dipenjara, Wan Azizah percaya parti itu akan kuat meski apa pun cabaran yang berlaku.
“Ini bukan untuk Saudara Anwar sahaja, tetapi untuk individu lain yang menghadapi tuduhan palsu, pemenjaraan, dan penghakiman khususnya mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.
Temubual penuh bersama Wan Azizah boleh dibaca dalam akhbar Suara Keadilan, keluaran 210 yang kini berada di pasaran.

RHN Kemaman: Anwar Ibrahim - Part 1 - Part 3


SURUH BOIKOT PENIAGA CINA ???

Cuba kalau kenyataan sebegini dibuat pemimpin2 PR 'pasti' pantas akan segera ditangkap/ didakwa guna AKTA HASUTAN...

Bila undang2 berhadapan dgn Pemimpin Umno/BN Mana perginya AKTA HASUTAN, Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) ???

PEMILIK2 CINA pada GUDANG2 HYPERMARKET di M'sia kroni SIAPA ???.. Ikan bilis jer nak ditekan, TAPI 'JERUNG' sebenar buat2 buta aja..

Ada 'menteri', ada macai2 UMNO kata RINGGIT JATUH BAIK UNTUK NEGARA..


Ada puok2 rasis bgtau peniaga org Cina punca harga barang tak turun-turun...

Lidah siar UMNO/BN bgtau ringgit jatuh PUNCA kenaikan harga barang...

MANA SATU BOHONG !!!.. ?

Tapi macam tak percaye pulak TV3 siarkan isu kritikal macam ni . Dah kembali ke pangkal jalan ka atau DAH INSAF..

'Tifo anjing tindakan tidak waras, tindakan akan diambil' - IGP

Punish MCA for Ismail attack, Umno men urge

Ismail: No reason to apologise for 'noble intentions'

Dr MAZA ikrar terus lantang walau jadi mufti

RHN Kemaman: Syed Ibrahim


Sciutto: This is the response Jordan promised

DAP buat laporan polis terhadap Ismail Sabri

ISIL video purports to show Jordanian pilot being burned alive

Jordan’s King Abdullah pays tribute to slain pilot

IS claims to have burned Jordanian pilot alive

Jangan marahkan harga tak turun, marahkan mengapa pendapatan tidak naik?

Daripada bertanya mengapa harga barang tidak turun, elok kita tanya mengapa pendapatan tidak naik? Atau jangan suruh rakyat boikot penjual dan pembekal- suruh rakyat makan kurang.
Bukankah kerajaan suka kata- kurangkan makan itu dan ini supaya badan jadi sihat, kencing manis kurang, darah tinggi menurun?
Kurang makan ayam, ikan, sayur dan beras. Atau kerana kerajaan suka intervene dalam pasaran, mengapa tidak kerajaan bertindak sebagai pembekal dengan meliberalkan sumber bekalan?
Saya tak lah sampai hati nak suruh sahabat saya orang Pahang, menteri pertanian jadi penjual makanan dan sebagainya.
Takkan lah kaki tangan kementerian asas tani beratur tepi jalan jual sayur dan ikan.
Kalau Tajudin Rahman yang jual tepi jalan, pembeli lari tengok muka dia yang bengis.
Seingat saya, kakitangan kementerian Pertanian bertindak sebagai pengeluar makanan semasa Sanusi Junid jadi menteri pertanian. Itu pun kerana semua orang tahu Sanusi Junid gila gila orang nya.
Saya hanya mohon menteri pertanian membanyakkan sumber bekalan makanan dan barangan lain.
Jika ada satu pembekal beras, buka pasaran supaya semua orang boleh impot beras dari mana sahaja.
Paling baik, musnahkan monopoli BERNAS.

TNB digesa turun tarif elektrik





Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menurunkan tarif elektrik berikutan harga gas dan arang batu telah mencatatkan penurunan.
Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata dengan trend penurunan harga gas asli, minyak dan arang batu membolehkan TNB menjimatkan anggaran sebanyak RM730 juta pada tahun ini.
“Sebelum ini, syarikat utiliti itu menaikkan tarif dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kenaikan harga bahan api.
“Kini, harga bahan api telah menjunam sejak enam bulan lalu maka tarif elektrik perlu dikaji semula untuk membantu mengurangkan kos perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, dengan cara itu, sekaligus akan membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat.
Beliau berkata, tarif elektrik merupakan salah satu faktor utama kepada perniagaan tempatan dan pelabur asing.
“Adalah adil jika TNB melakukan semakan tarif sejak harga minyak, gas, diesel dan arang batu menjunam dengan mendadak.
Tambahnya, industri berasaskan bahan api lain seperti pengangkutan juga perlu menurunkan harga mereka untuk membantu menurunkan kos operasi.

IGP: Polis soal siasat Ismail petang ini

Polis akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri petang ini untuk memberi keterangan berhubung gesaannya supaya orang ramai memboikot perniagaan Cina.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ismail akan disiasat dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang membangkitkan rasa kegusaran di kalangan masyarakat.

"Kita akan berjumpa beliau (Ismail) petang ini, Insya-Allah untuk merakam ucapan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Smart Library di Markas PDRM Cheras pagi ini.

"(Kita) dah setuju, cuma kita sedang aturkan masa kerana hari ini mesyuarat kabinet, jadi bagi peluang pada menteri dan pegawai lain bermesyuarat," katanya lagi.

Saya tidak akan mohon maaf – Ismail Sabri

Kerjasama kepada pihak polis akan diberikan sepenuhnya untuk melakukan siasatan.
ISMAIL SABRI / KPDNHEPKUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya untuk menggesa orang Melayu supaya memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
“Saya tidak akan tarik balik kenyataan saya, dan tidak akan mintak maaf,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program solidariti untuk beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sehubungan itu beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak Polis yang akan melakukan siasatan terhadapnya sekiranya bersesuaian dengan tarikh yang ditetapkan.
“Saya bersedia memberi keterangan dan akan menyerahkan kepada pihak polis utuk melakukan tugasnya,” katanya.
Mengulas tindakan gesaan Ketua Pemuda MCA supaya beliau meletak jawatan, katanya, mereka tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Kenapa dengan MCA? MCA sahaja yang angin saya tidak jawab pun lagi. Sebagai rakan komponen kalau ada perkara tidak puas hati kita duduk berbincanglah. Tak perlulah keluarkan kenyataan bersama DAP,” ujarnya.
Katanya, sebagai tanda menghormati Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan isu itu.

Jika beliau tidak suka Cina itu hak beliau - Wee Ka Siong

Dr Wee Ka Siong akan bangkitkan isu kenyataan Ismail Sabri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Wee Ka SiongKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong dijangka membangkitkan isu kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri ke mesyuarat kabinet hari ini.
Tindakan itu disuarakan bagi mendapatkan penjelasan daripada Ismail berhubung kenyataannya yang meminta semua pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
Beliau menyatakan demikian di dalam videonya yang dimuat naik di laman Facebooknya sebagai respons kepada isu tersebut.
“Bagaimana dia (Ismail) boleh menggunakan garis kaum mengulas mengenai peniaga yang tidak mahu menurunkan harga? Adakah semua orang Cina adalah ahli perniagaan dan peniaga? Apakah pengguna hanya orang Melayu? Ada ahli perniagaan Melayu dan pengguna Cina,” dakwanya dalam video tersebut.
Wee turut memberi jaminan bahawa beliau dan juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak akan membiarkan perkara ini tanpa sebarang tindakan, lapor The Rakyat Post.

Amal jalur perkauman, pak menteri tak banyak beza dengan ‘cybertrooper’

rakyat majmukSHAH ALAM, 4 FEB: Malaysia masih mengamalkan jalur perkauman yang boleh menggugat keharmonian masyarakat walaupun lebih 60 tahun gerakan politik ditubuhkan di negara ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia masih berada di takuk lama dan adakala berpusing ke belakang daripada apa yang dicapai selama ini ketika negara lain sedang bergerak ke hadapan.
Katanya, terdapat perkara lain yang memerlukan tumpuan antaranya berkenaan jurang pendapatan rakyat berbanding isu perkauman yang menjadi masalah sehingga hari ini.
“Kita perlu menerima hakikat bahawa tiada gerakan yang berjaya tanpa mengiktiraf realiti ini kerana kalau mereka hanya menerima satu jalur daripada masyarakat Malaysia, maka tidak boleh pergi jauh.
“Bagi saya, itu adalah pengajaran yang perlu difahami ketika bercakap berkenaan politik negara. Politik perkauman cuma satu sisi daripada kepelbagaian, lebih banyak perkara yang boleh diambil kira seperti kelas pendapatan antara golongan kaya dan miskin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyertai Forum Masyarakat Majmuk dan Demokrasi di Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Ketika sibuk suruh boikot, Ismail Sabri gagal tangani isu lambakan beras

MUAR, 3 FEB: Seruan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh adalah usaha mengalihkan kelemahan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dalam satu kenyataan berkata, Ismail gagal menangani isu kelemahan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
“Antaranya, beras yang tersimpan di sebuah gudang di bawah BERNAS di Perlis selama tiga tahun sudah rosak.
“Menurut kenyataan dari pegawai Kementerian Pertanian, dipercayai ada banyak kes seumpama ini yang berlaku di negeri-negeri lain.
“Apakah hasil siasatan yang telah dijalankan? Adakah apa yang disebutkan oleh Menteri ini adalah satu percubaan untuk mengalihkan tumpuan orang ramai supaya tidak membangkitkan mengenai hal beras ini? kata Er.
Media sebelum ini melaporkan berlaku lambakan stok beras di Perlis disebabkan stok beras yang dikeluarkan tidak menepati spesifikasi gred yang ditetapkan.
Bernas, dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) berjumlah 6,029 tan metrik yang dikeluarkan oleh kilang tersebut terpaksa diproses semula sebelum boleh dipasarkan.
Tambah Er, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu segera mengambil tindakan terhadap Menteri Kabinetnya yang semakin hari semakin lemah dan tidak bertanggungjawab.
“Kenyataan tersebut tidak beretika dan cuba menambahkan prejudis di kalangan rakyat,” kata Er.

Mengapa peniaga Cina terus dimangsakan?


PS

oleh MAHDZIR IBRAHIM


Selepas PRU 13 yang lalu, Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, secara terbuka menyalahkan rakyat Malaysia berketurunan Cina atas kegagalan BN meraih dua pertiga majoriti di Parlimen. Hingga slogan ‘ Apa Lagi Cina Mahu ‘ dan ‘ Tsunami Cina ‘ seakan-akan menjadi dasar politik baru beliau.
Najib mengabaikan fakta bahawa perubahan yang dilakukan ini bukan berkaitan dengan bangsa, tetapi demografi kawasan setempat iaitu kawasan bandar dan separuh bandar yang terdiri daripada Melayu menengah dan pelbagai kaum.
Malah undi popular Pakatan Ralyat juga buat pertama kalinya dalam sejarah meningkat hingga 52 peratus, hasil perubahan sikap pengundi bandar dan separuh bandar.
Bagi Najib, fakta ini tak penting. Yang penting mesej pecah perintah itu disebarkan.
Tak cukup dengan itu, semalam seorang Menterinya, Dato Seri Ismail Sabri yang menjaga hal ehwal Pertanian dan Industri Asas Tani menyalahkan peniaga berketurunan Cina dalam hal harga barangan melambung tinggi. Seolah-olah, peniaga berketurunan Cina sengaja mensabotaj ekonomi negara.
Rasional yang beliau berikan sangat mudah, iaitu majoriti pengguna adalah Melayu yang bergantung kepada peniaga Cina.
Kita boleh memahami memang ada segelintir peniaga yang sengaja mengambil kesempatan itu, namun bukan semua peniaga Cina begitu dan bukan hanya peniaga Cina yang berbuat begitu.
Baru-baru ini dilaporkan tentang Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan yang dikuasai peniaga asing, dan laporan sama menyatakan wujud di Air Hitam, Johor, peniaga dari Pakistan, Myanmar dan lain-lain yang kini dilihat mengambil kesempatan.

Cadangan boikot peniaga Cina hanya setaraf ‘Perkasa’ – Suhaizan

Suhaizan Kayat
Cadangan sedemikian hanya setaraf 'Perkasa' sahaja dan bukan menggambarkan seorang menteri yang intelek, kata Suhaizan.
KUALA LUMPUR, 4 Februari:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melabel kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyuruh pengguna Melayu memboikot peniaga Cina menunjukkan beliau bukan seorang yang intelek dan hanya taraf ‘Perkasa’ sahaja.
Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat berkata menteri-menteri di Malaysia yang dibayarkan gaji dan elaun sudah kehabisan idea mencari jalan menurunkan harga barang ketika harga minyak dunia menjunam.
“Menteri gagal mengeluarkan idea dan akan memberikan kesan kenaikan harga barangan pada masa hadapan tatkala harga minyak kembali naik.
“Tiada idea bernas yang dikeluarkan oleh menteri yang bertanggungjawab melainkan hanya ada cadangan memboikot peniaga Cina,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berpendapat, cadangan sedemikian hanya setaraf ‘Perkasa’ sahaja dan bukan menggambarkan seorang menteri yang intelek.
“Ia bukanlah cadangan daripada seorang menteri yang kita dambakan,” ujarnya.
Sebelum ini, kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkaitan boikot peniaga Cina menjadi viral di laman sosial.
Dalam kenyataannya itu, Ismail Sabri berkata, pengguna perlu bersatu untuk memberi tekanan kepada peniaga dalam memastikan harga barangan diturunkan ekoran penurunan harga minyak.

Ismail menipu elak bertanggungjawab, malah menyebar fitnah – Ngeh

IPOH, 3 FEB: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri bukan sahaja mengeluarkan kenyataan perkauman, malah memfitnah Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham anti-Islam dan menindas orang Melayu.
Justeru itu, Ngeh menggesa Perdana Menteri Najib Tun Razak memecat menteri itu atas cubaan menghuru-harakan keharmonian kaum di Malaysia dengan penipuan.
“Saya betul-betul terkejut bila Ismail seru orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina.
“Dia pergi lebih jauh apabila mengatakan keluarga saya terkenal dengan anti Islam, di samping mengatakan orang Cina ambil peluang menindas orang Melayu.
“Saya mahu jelaskan. Saya langsung tak ada saham dalam Old Town White Coffee,” kata Ngeh dalam satu kenyataan.
Menurut Ngeh, cariannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki pelbagai pihak.
Antaranya Koperasi Felda Malaysia Berhad, Amanah Raya Trustees Berhad, Maybank Nominees (Tempatan) Sdn Bhd, dan Hong Leong Assurance Berhad dan lain-lain.
“Macam mana Ismail boleh kata pemegang saham syarikat itu ‘orang Cina’? Saya tidak nampak begitu.
“Sudah terbukti Ismail akan elak tanggungjawabnya dengan menipu lagi,” ujar Ngeh.
Ismail sebelum ini dikecam hebat Pakatan Rakyat dan pengguna internet berikutan kenyataan melampaunya menyeru orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina kononnya bagi memberi tekanan supaya harga barang di pasaran turun.
Malah, Ismail mendakwa Ngeh dan keluarganya adalah pemilik perniagaan francais Old Town White Coffee dan telah menindas pengunjung dengan harga tinggi.
Hanya satu keluarga Ngeh di Perak

RHN Kemaman: Johari Abdul


RHN Kemaman: Rafizi Ramli