Isnin, 2 Februari 2015

BOHONG LAGI Friends of BN.... !!!


Peniaga dakwa pemborong tidak turunkan harga barang

TG Nik Aziz dijangka dibenarkan pulang minggu depan

183 Muslim Brotherhood supporters sentenced to death

IGP: Tak perlu bangkitkan lagi motif pembunuhan Altantuya

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membangkitkan berhubung isu motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Mahkamah tertinggi telah buat keputusan, jadi tiada apa lagi yang nak dikatakan.

"Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka yang ingin mengulas lanjut kerana ia mungkin menghina (mahkamah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan  pasukan peguam Koperal Sirul Azhar apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati tanpa melihat motifnya.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas Cif Insp Azilah Hadri.


Kekal dalam PR selagi tidak langgar syariah Islam - Pemuda Pas

Suhaizan 
SHAH ALAM - Pas masih akan kekal dalam PR selagi syariah Islam tidak dilanggar oleh mana-mana pemimpin dalam PKR dan DAP.
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, ia kerana syariah Islam merupakan tunggak utama perjuangan Pas.
“Majoriti ahli Pas mahu parti kekal dalam Pakatan Rakyat. Perikatan itu boleh dikekalkan bersama ketiga parti.

“Tetapi jika ada yang melanggar syariah Islam, mungkin Pas akan buat keputusan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Hubungan Pas dan DAP pernah menghampiri kemuncak apabila keduanya dilihat tidak mencapai persepakatan dalam beberapa isu besar melibatkan pelaksanaan hudud dan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Melihatkan ketegangan yang dipamerkan oleh pemimpin kedua parti ini, timbul desas- desus yang mengatakan Pas akan keluar dari Pakatan.

Bagaimanapun Suhaizan ketika bercakap dengan Sinar Online hari ini menepis dakwaan tersebut.

Katanya,  buat masa sekarang hubungan Pas dalam PR masih dalam keadaan baik.

Cek RM12 juta: Datuk Raja Nong Chick tolong perjelaskan – Che’Gubard

SAMM mempertikaikan cek bernilai RM12 juta yang dimiliki oleh bekas Menteri.
raja nong chikPETALING JAYA: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan imej empat keping cek yang bernilai lebih RM12 juta.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Che’Gubard mendakwa, setelah diteliti cek tersebut, beliau mendapati tertera nama bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.
“Adakah benar dan apakah urusan bekas Menteri sehingga memperolehi cek bernilai yang sebegitu jumlahnya,” tulisnya di dalam blog www.chegubard.blogspot.com.
Katanya, jika benar perkara tersebut berlaku, maka untunglah menjadi bekas menteri itu dan menyoal, “Itu baru dalam bentuk cek, tetapi jumlah sebenar hartanya berapa pula.”
Selain itu, Che’Gubard turut meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus dengan tindakan ‘menutup mata’ sedang rakyat di bawah dihambat dengan berbagai-bagai cukai.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula,” dakwa beliau.
“Mohon Dato Raja Nong Chick tolong perjelaskan,” katanya.

Kalau tak BOHONG, BUKAN UMNO/BN namanya...


ROTAN...

Gambar Hiasan
Aku masih ingat hari yang bersejarah itu. Awal tahun 1950an. Bapak mengayuh basikal tuanya menuju ke Sekolah Pondok, yang terletak tidak berapa jauh dari kampung aku. Aku tercelapak di pelantar basikal tuanya, beralsakan kain buruk yang disediakan oleh emak.
Hari itu merupakan hari pertama aku mula mengaji Quraan di Sekolah Pondok. Mengaji dengan Ustaz Mohd Noor. Aku sememangnya sudah pun mengaji Quran dengan Pak Haji Sulaiman di kampung aku. Itu merupakan ‘kelas malam’. Agaknya disebabkan ramai kanak-kanak di kampung mengaji juga dengan Ustaz Mohd. Noor, maka aku dihantar juga untuk mengaji di Sekolah Pondok ( yang merupakan madrasah tempat bapak aku mengaji juga dan bergurukan Ustaz Mohd Noor juga). Kelas waktu siang pulak. Lepas sekolah.
Pelajaran agama Islam amat penting, kata bapak aku.
Bapak membawa bersamanya sebilah rotan untuk diberikan kepada Ustaz Mohd Noor. Walaupun tidak ramai ibu bapak ketika itu yang berbuat seperti bapak aku, namun bapak seolah-olah telah meletakkan syarat kepada dirinya bahawa beliau mesti ‘menghadiahkan’ rotan kepada siapa sahaja yang menjadi guru Quran aku. Kepada Pak Haji Sulaiman juga ‘dihadiahkannya’ sebilah rotan.
Cara bapak ‘menyerahkan’ diriku kepada Ustaz Mohd Noor amat tertib sekali. Maklumlah Ustaz Mohd Noor juga adalah gurunya juga. Kini aku pula akan berguru kepada Ustaz Mohd Noor. Penghormatan yang diberikan oleh bapak kepada Ustaz Mohd Noor adalah luar biasa. Dia menyerahkan aku bersama dengan rotan yang disediakan dengan iringan kata-kata yang tidak mudah aku lupakan. Kata bapak,’ Encik buatlah apa yang encik fikir baik untuk anak saya ni. Jangan patah dan buta udah ler……”
Ringkas saja ‘ucapan’ penyerahan bapak aku tetapi amat berkesan sehingga kini. Jawab Ustaz Mohd Noor pula, ‘ Usahlah kamu risau, macam mana aku ajar kamu dulu, begitu jugalah aku buat kepada anak kamu…..”
Sebenarnya rotan yang dibekalkan oleh bapak aku kepada Ustaz Mohd Noor tidak pun pernah digunakannya sehinggalah aku tamat mengaji Quran dengan Ustaz Mohd Noor. Tidak pernah sekali pun rotan itu ‘hinggap’ di samada di badan aku atau di tapak tangan aku. Tak pernah.

DAPSY: Kenyataan Ismail Sabri cubaan alih kemarahan rakyat isu GST

oleh TEO KOK SEONG
Saya mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang cuba menghubungkait dengan kenaikan harga barang disebabkan oleh peniaga Cina serta menasihat orang Melayu untuk boikot peniaga Cina.
Kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab serta berunsur perkauman dan hasutan yang menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia.
Saya berpendapatan bahawa kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuma ingin mengalihkan tumpuan rakyat jelata terhadap kenaikan harga barangan yang bakal berlaku ketika perlaksaan sistem percukaian GST pada 1 April 2015.
Selain daripada itu, kenaikan harga barangan yang telah berlaku adalah disebabkan oleh keputusan Kerajaan Pusat dimana beliau merupakan salah seorang anggota di Kabinet untuk memotong subsidi terhadap harga minyak dengan alasan meringgankan beban kerajaan pusat.
Harga petrol telah dibenarkan oleh pihak Kerajaan Pusat dinaikkan sebanyak 2 kali selepas PRU ke-13 iaitu 20sen pada September 2013 dan 20sen pada Oktober 2014.
Siri kenaikan yang sebeginilah merupakan punca utama kenaikan harga barangan kerana kos pengangkutan dan sebagainya telah meningkat.
Saya berasa amat pelik mengapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berani mendesak Tenaga National Berhad dan Kerajaan Pusat harus mengumumkan penurunan tarif elektrik serta-merta untuk meringankan beban rakyat tetapi cuba menunding jari kepada peniaga Cina. Ini cuma menunjukkam beliau tunduk kepada syarikat besar.

Kenyataan perkauman, Ismail Sabri didesak mohon maaf


ismail sabri


KUALA LUMPUR, 2 FEB: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan beliau menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran turun.
“Kenyataan Ismail tidak bertanggungjawab serta berunsur perkauman. Ia menjejaskan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara kita,” kata ahli jawatankuasa DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee.
“Ismail harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan beliau,” tegas ADUN Balakong tersebut.
Ujarnya, kenyataan Ismail itu langsung tidak masuk akal dan menunjukkan menteri itu gagal memahami selok-belok perniagaan.
“Dia cuba memesongkan perhatian orang ramai kerana kegagalan kerajaan meringankan beban pengguna dengan menyalahkan peniaga-peniaga,” tegas Eddie.
Tambahnya, harga barangan tidak dapat diturunkan berpuca daripada antaranya penyusutan nilai ringgit Malaysia yang kini pada nilai terendah sejak 2008.
“Ini menunjukkan kegagalan kerajaan menangani impak penyusutan nilai tersebut dan kesan buruk yang bakal timbul selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 April 2015 nanti,” tambah Eddie.

Skrip Lama: 'George Soros baru' dalang kejatuhan Ringgit, atau temberang kerajaan Umno@Bn..!!

oleh Mike Tan
Kejatuhan nilai matawang Ringgit secara mendadak baru-baru ini diwarnai natijah baru apabila timbul khabar angin yang mengatakan ada manipulasi pihak tertentu. Tuduhan ini, yang dilaporkan media telah dilemparkan melalui blog-blog, mngatakan yang kininya seorang ahli perniagaan telah memanipulasikan nilai RInggit untuk untung keuntungan peribadi beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat tuduhan ini, melabelkannya sebagai "kegiatan sabotaj ekonomi", dan berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sebarang tindakan yang sedemikian.
Walaubagaimana pun beliau memperingati yang semua ini hanyalah jika terdapat bukti kukuh akan apa yang didakwa.
Baik betul atau tidak apa yang diperkatakan, tuduhan manipulasi matawan bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah negara kita.
Nilai matawang Ringgit pernah menurun mendadak sebelum ini, ketika krisis kewangan Asia di akhir tahun 90an, justeru itu tuduhan manipulasi pasaran matawang telah dilemparkan kepada beberapa individu tertentu.
Di kemuncak krisis terbabit, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menuduh pedagang matawang berbangsa Yahudi George Soros sebagai dalang kejatuhan nilai Ringgit kerana hendak menghukum Asean yang telah bersetuju menerima Myanmar ke dalam pertubuhan serantau tersebut.
Ini berlarutan hingga menjadi pertengkaran besar antara Mahathir and Soros, dengan pelbagai serangan mulut dari kedua belah pihak.
Akhirnya, Mahathir mengambil keputusan untuk menetapkan nilai Ringgit kepada US Dollar pada kadar RM3.50 kepada satu Dollar US Dollar pada bulan September 1998 selepas Ringgit kehilangan hampir 60 peratus dari nilainya pasarannya.
Langkah tersebut telah digunapakai selama tujun tahun, sehinggalah penetapan tersebut dimansuhkan pada bulan Julai 2005.

Boikot peniaga Cina: Menteri Umno dipanggil polis

Tweet IGP Ismail Boikot
Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitter beliau lewat petang Isnin bahawa polis akan memanggil Datuk Ismail Sabri Yaakob bagi merakamkan keterangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berhubung kenyataan beliau agar peniaga Cina diboikot.

KUALA LUMPUR, 2 Februari:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang meminta orang Melayu memboikot perniagaan peniaga Cina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil langkah segera bagi mengelakkan daripada terjadinya ketegangan kaum.
“@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmonian kaum dihormati,” kata Khalid melalui laman Twitternya hari ini.
Terdahulu, Ismail Sabri di akaun Facebook beliau semalam secara terbuka menyeru agar pengguna memboikot peniaga cina yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan menaikkan harga dan menindas pengguna.
Kenyataan beliau itu hadir ketika orang ramai turut tidak berpuas hati dengan kedegilan peniaga yang enggan menurunkan harga barang sekalipun kerajaan sudah menurunkan harga bahan api petrol serta diesel sebanyak tiga kali sejak Disember tahun lepas hingga semalam.
“Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah, kuasa yang terbesar ada pada pengguna.

"Boikot Peniaga Cina": Ismail Sabri enggan minta maaf, bukan Ngeh seorang saja di Perak

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan memohon maaf kepada Datuk Ngeh Koo Ham berhubung status Facebook yang ditulisnya semalam, mengatakan ia tidak ditujukan khusus kepada penasihat DAP Perak itu.

 Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata, Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas, bukanlah satu-satunya individu dengan nama itu yang berada di Perak.

“Ngeh… Dia seorang sahaja ke di Perak? Saya tidak sebut Ngeh Koo Ham. (Dan) Saya sebut 'dikatakan',” katanya dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai statusnya di Facebook itu yang menggesa pengguna Melayu memboikot kedai makan Cina seperti restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya milik keluarga Ngeh.
 “Saya dah kata ‘dikatakan’,” kata Ismail. Ismail semalam mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.

Mengambil contoh kopitiam itu, beliau menulis: "Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini.

Mustafa enggan ulas 'perang' antara Pas, DAP

Mustafa Ali
Pas hari ini enggan mengulas mengenai kekeruhan perhubungan Pas dan DAP yang seakan menemui titik buntu dalam PR.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Online berkata, buat masa sekarang pihaknya masih tidak boleh memberikan  penjelasan terhadap kekeruhan yang dialami Pas dan DAP.

Katanya, segalanya mungkin akan diselesaikan menerusi pertemuan ketiga pemimpin PR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Apa yang penting, buat masa sekarang kami (Pas, DAP) masih berada dalam PR.

“Nantilah.. Bila semua (pertemuan) sudah selesai, baru kita boleh bercakap mengenai hal ini. Sekarang saya tak boleh cakap apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dalam satu kenyataan berkata, isu perbalahan antara pemimpin Pas dengan DAP berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal diselesaikan dalam satu pertemuan.

PBT: Mustafa mahu jumpa Anwar segera


Datuk Mustafa Ali

SHAH ALAM - Isu perbalahan antara pemimpin Pas dengan DAP berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal diselesaikan dalam satu pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'orang tengah' dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata beliau sudah menyampaikan hasratnya itu untuk bertemu dengan Anwar namun beliau masih menunggu jawapan daripada ketua umum PKR itu.

"Semalam saya minta sekretariat PR untuk aturkan perjumpaan dengan Anwar dulu, kemudian baru putuskan selepas itu (tarikh mesyuarat Majlis Pimpinan PR).

"Saya kena terang pada dia (Anwar) sebab dia mungkin tidak ikut (isu PBT) sepenuhnya, dia pun sibuk juga, jadi saya kena terang pada dia dulu, tengok lah bagaimana nanti," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar semalam yang merayu pemimpin Pas itu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya berhenti menyerang antara satu sama lain.

ISMA jawab Tariq: Ikut fatwa bukan taksub

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, merujuk kepada fatwa merupakan mekanisme biasa dalam konteks perundangan Islam.

Sehubungan itu,  menjawab kenyataan sarjana terkemuka dunia Islam Prof Tariq Ramadan, Abdullah berkata, tidak wajar menggelar pihak yang merujuk fatwa sebagai taksub.

"Saya fikir kita menggelarkan orang yang rujuk pada fatwa sebagai taksub, itu tak betul.

"Seolah-olah memberi imej negatif kalau kita merujuk kepada fatwa.

"Kita  jangan anggap rujuk fatwa dianggap taksub. Tetapi itu mekanisme biasa dalam konteks perundangan Islam," katanya.

Semalam, Tariq (atas), profesor Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Oxford, menasihatkan umat Islam supaya tidak terlalu taksub dengan fatwa.

Bercakap di Kuala Lumpur,  cucu kepada pengasas gerakan Islam berpengaruh Ikhwanul Muslimin Hassan Al-Banna itu, berkata umat Islam juga perlu membangunkan pendapat sendiri.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abdullah membangkitkan keadaan yang mana  tidak semua individu mampu membuat hukum atau berijtihad sendiri sendiri dalam sesuatu perkara.

“Yang tak mampu berijtihad boleh ikut fatwa. Jadi, kita dalam syariat ada kelonggaran begitu. Tak boleh paksa semua orang supaya berijtihad.

"Saya tak faham kenapa dia (Tariq) kata taksub. Dalam syariat Islam, kita biasa sahaja dan saya rasa jabatan agama Islam kita ini adalah yang terbaik," katanya lagi.

'Bimbang suasana kelam kabut'

Zahid commends Palanivel on fresh party polls decision

IGP plays down dissent against Zahid, warns M'kini

IGP: Henti bangkit isu motif pembunuhan Altantuya


Tali Gantung 1MDB Untuk Rakyat Malaysia...





Hasan akui KPDNKK tersepit, jaga kepentingan peniaga dan pengguna

Masa Naik Lupa Pengguna..Masa Nak Turun Sayang Peniaga Lupa Pengguna...!!

hASSAN mALEK
Hasan berkata, tugas memboikot peniaga degil yang tidak menurunkan harga barangan, selepas penurunan harga minyak buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan lalu, terletak sepenuhnya di tangan persatuan pengguna.
KUALA LUMPUR, 2 Januari:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tersepit dalam dilema berkaitan isu harga barang, kerana ia perlu menjaga kedua-dua pihak, iaitu kepentingan pedagang (peniaga) dan juga melindungi kepentingan pengguna.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, rakyat perlu memahami bidang kuasa kementeriannya meliputi semua golongan sasar berkaitan perniagaan serta perdagangan.
“Saya bertemu pembeli, peniaga, pemborong dan semua pihak berkenaan isu ini, jadi semua kena faham, saya menjaga semua pihak.
“Pengguna dan persatuan pengguna kena bercakap dan buat tindakan sewajarnya,” jelasnya.
Tegasnya, tugas memboikot peniaga degil yang tidak menurunkan harga barangan, selepas penurunan harga minyak buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan lalu, terletak sepenuhnya di tangan persatuan pengguna.
Menurut Hasan, kementeriannya sentiasa memantau ‘gelagat’ peniaga yang masih degil menurunkan harga barangan dan tindakan akan diambil, selepas beberapa prosedur penyiasatan selesai.

Tifo: Saya tidak salahkan Presiden tetapi menyalahkan organisasi – Tunku Ismail

tmj-m
Tunku Ismail berkata, baginda memahami protes para penyokong bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara FAM mentadbir sukan bola sepak di negara ini.
KUALA LUMPUR, 2 Februari:
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa beliau memahami protes yang dilakukan oleh para penyokong bola sepak tempatan terhadap pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minggu lalu.
Bagaimanapun, Tunku Ismail sama sekali tidak menyokong sebarang salah laku dalam kalangan peminat bola sepak dan juga tidak bersetuju dengan cara protes yang dibuat dengan mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan untuk mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, baru-baru ini.
Jelasnya, “Saya tidak menyokong budaya ‘hooligan’ dan tidak setuju dengan tindakan protes sebegini yang ditujukan kepada FAM. Saya tidak menyokong sebarang salah laku yang dilakukan oleh para penyokong bola sepak di mana jua di seluruh negara.

Parti perlu berkorban, bukan korbankan Pakatan

Syukri Razab

Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) ingin menyuarakan kebimbangan terhadap situasi semasa yang sedang dihadapi Pakatan Rakyat (PR). Lensa sifatkan 2014 sebagai tahun yang malang buat PR apabila rakyat yang memberi undi kepada PR dihidangkan dengan konflik intra-parti pakatan yang tidak berkesudahan.

Bermula dengan perbalahan pemilihan menteri besar Selangor yang terheret sehingga 8 bulan, rakyat dipertontonkan pula dengan polemik hudud yang plotnya sentiasa berulang. Januari 2015 pula PR mulakan dengan perbalahan mengenai isu pilihan raya tempatan yang terheret sehingga ke isu 13 Mei.

Sepanjang 2014 , tidak ada lagi idea-idea besar daripada PR yang mampu menjadi kiblat perbincangan rakyat. Tidak ada lagi kempen turunkan harga kereta, tidak ada lagi kedengaran idea-idea baru seperti Buku Jingga dan sebagainya.

Setiap rakyat bertanggungjawab menjaga PR

PR perlu sedar, Tsunami yang berlaku dalam Pilihan raya Umum ke 12 dan 13 adalah hasil daripada rasa jemu rakyat terhadap corak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. 53% rakyat memberi undi kepada gabungan PR dengan harapan suatu perubahan berlaku di Malaysia.

Maka seharusnya kepercayaan rakyat ini menjadi pendesak kepada PR untuk sentiasa menjunjung amanah rakyat dan memperkukuh gabungan PR bagi mencapai cita-cita perubahan. Kepentingan rakyat ini sepatutnya menjadi matlamat mutlak PR. Harapan rakyat ini sepatutnya sentiasa tersemat dalam jiwa dan akal setiap pemimpin PR.

Apabila diperbincangkan mengenai hal ini, maka dengan pantas segelintir pemimpin PR akan menjawab, sememangnya mereka sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat. Tetapi apakah dengan mengheret perbalahan mengenai isu Hudud, PBT, 13 Mei menunjukkan rakyat sedang diperjuangkan?.

Lebih mengecewakan apabila timbul cakap-cakap dalam kalangan pemimpin utama PR yang mengatakan parti mereka bersedia untuk terpisah daripada PR hanya kerana pendirian yang berbeza antara parti. Apakah pemimpin ini sedar kenyataan ini ibarat mengkhianati kepercayaan rakyat. Apakah harapan 53%rakyat sudah tidak wujud dalam jiwa mereka?

Sudah semestinya perbezaan antara parti pasti akan berlaku kerana mustahil tiga parti berbeza akan sentiasa bersepakat dalam semua isu. Namun amat menghampakan apabila tiga parti harapan rakyat ini dilihat gagal mengurus perbezaan yang ada.

Lensa percaya setiap rakyat yang mahu melihat Malaysia terus bergerak maju ke hadapan perlu memastikan gabungan pembangkang ini sentiasa utuh. Hanya pembangkang yang kuat mampu menjadi pengimbang kepada corak pentadbiran kerajaan. Malah dalam konteks PR, gabungan ini dilihat sebagai alternatif dan semakin hampir untuk memerintah Putrajaya.
Justeru itu tidak ada pilihan lain selain rakyat perlu berani mengkritik dan bersuara secara vokal bagi memastikan PR sentiasa berada di atas landasan perjuangan pro-rakyat dan tidak teralih kepada isu-isu picisan yang membantutkan perjuangan.

Parti yang perlu berkorban, bukan korbankan PR

Demi rakyat, sewajarnya setiap parti dalam gabungan PR perlu sedia berkorban bagi memastikan PR terus kukuh. Janganlah hanya kerana memperjuangkan cita-cita parti sendiri, PR sanggup dikorbankan.

Jangan salahkan perniaga Cina sahaja - Pemuda PAS

Kita patut marah kepada semua perniaga yang tak berhati perut.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menyarankan pengguna Melayu memboikot perniaga Cina untuk memberi tekanan supaya menurunkan harga barang bukanlah tindakan yang tepat.
Suhaizan KayatMenurutnya, Ismail tidak seharusnya memberi hukuman kepada satu bangsa sahaja, sebaliknya melihat perkara tersebut secara menyeluruh tidak kira perniaga tersebut bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
“Kita marah bukan kerana bangsanya. Kita patut marah kepada semua perniaga yang tak berhati perut. Tak kira bangsa atau agamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian demikian ketika mengulas kenyataan Ismail menerusi sebuah portal berita.
Sebelum ini, Ismail menyarankan supaya pengguna Melayu memboikot peniaga kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh menerusi posting terbaru Facebooknya.
“Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

Kaji dulu pendidikan seks secara menyeluruh – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 2 FEB- Kerajaan sepatutnya mengkaji terlebih dahulu modul pendidikan seks secara menyeluruh sebelum melaksanakannya kepada pelajar, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, meskipun cadangan itu dilihat wajar, namun langkah mewajibkan hanya pelajar lelaki berusia 16 tahun ke atas dilihat tidak relevan dan boleh dipersoalkan.
“Isu pendidikan seks di sekolah ada keawajarannya, tapi apa yang menimbulkan kemusykilan bila pelaksanaannya hanya kepada pelajar lelaki dan tidak kepada pelajar perempuan.
“Bagi saya, isu ini perlu melibatkan kedua-dua belah pihak tanpa memberi kecenderungan kepada pelajar lelaki semata-mata.
“Oleh sebab itu, kita tekankan kepada kerajaan supaya mengkaji secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
“Malah kajian itu juga perlulah melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti pakar kesihatan, pakar psikologi dan golongan agama,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke pejabat Suara Keadilan, bersama barisan pimpinan dan Exco AMK hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bakal melaksanakan pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas pada tahun 2016.

'Saya hanya gesa boikot Cina enggan turun harga' kata Menteri Umno

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa gesaan kontroversinya untuk memboikot peniaga Cina tidak ditujukan kepada semua golongan itu.

Sebaliknya, katanya, ia hanya ditujukan kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel bermula semalam.

“Ya, kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun,” katanya.

Harga baru bermula 1 Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70.

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Mejar Zaidi habiskan hari terakhir sebagai tentera

Beliau wira bagi sesetengah orang tetapi pesalah bagi pihak yang lain.

Mejar Zaidi Ahmad hari ini menghabiskan hari terakhirnya sebagai pegawai tentera udara selepas dipecat ekoran isu sidang media berhubung dakwat kekal dalam pilihan raya.

Sesuai dengan imej beraninya itu, Zaini juga membayangkan akan bergiat lebih aktif termasuk bertemu langsung dengan orang ramai.

“Mulai hari ini siapa nak tempah ceramah sudah boleh. Allahuakbar!” katanya dalam mesej ringkasnya kepada Malaysiakini.

Zaidi berkata beliau hari ini dipanggil menghadap komander pangkalan udara Butterworth untuk dibacakan sijil pengesahan hukuman yang ditandatangani  panglima tentera udara pada 27 Januari.

“Bermakna mulai dari tarikh itu saya bukan lagi seorang anggota tentera,” katanya.

Beliau juga berkata selepas ini akan melalui proses pemberhentian seperti membuat MyKad, memulangkan barangan dipinjam dan mengisi beberapa dokumen berkaitan.

“Alhamdulillah harap-harap bayaran pencen dan ganjaran dibayar penuh dengan tiada pengurangan dan sebagainya,” katanya.

Kos Operasi Tinggi, Tambang Bas Tidak Akan Turun - Persatuan



PETALING JAYA: Pengendali bas tidak akan mengurangkan harga tambang di sebalik penurunan harga diesel.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Pan-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, harga diesel hanya sebahagian kecil daripada kos operasi.
"Bahan api adalah komponen kecil dalam kos operasi kerana terdapat juga faktor lain seperti gaji pekerja," katanya.
Pada September 2013, apabila harga pam diesel telah dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2, terdapat laporan yang memetik Persatuan Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur sebagai berkata, kos diesel terdiri daripada 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan kos operasi.
Beliau berkata, harga tiket bas ekspres kali terakhir dinaikkan pada 2008, tetapi kos operasi meningkat antara 30 dan 40 peratus sejak itu.
Ashfar berkata, pengguna perlu memahami bahawa pengusaha bas terpaksa memikul kos operasi lain, sambil memberikan gaji minimum semasa sebanyak RM900, sebagai contoh.
"Bas beroperasi setiap hari, walaupun pada hari cuti umum, jadi kita perlu membayar pekerja dua kali atau tiga kali ganda daripada gaji harian mereka pada hari tersebut dan ia termasuk dalam kos operasi kami," katanya.
Beliau berkata, persatuan itu berharap kerajaan akan mengawal selia semula tambang bas ekspres.
"Seperti mana kadar tiket penerbangan dan hotel, harga tiket bas hendaklah berasaskan penawaran dan permintaan," katanya, sambil menambah dengan langkah tersebut, tiket bas yang lebih murah mungkin boleh dijual dalam tempoh tertentu.

Kampung Pasir Tumboh, projek pertama Impian Kelantan


KG ANGKAT DAP-PASIR TUMBUH (13)


GUA MUSANG, 2 FEB – Meskipun baru sahaja dilancarkan Sabtu lalu, Gabungan Impian Kelantan telah pun memulakan projek pertama dengan membina semula perumahan yang rosak di Kampung Pasir Tumboh di jajahan Gua Musang.
Wakil NGO Cakna UT Tuan Lokman berkata, usaha membina semula dan membaiki rumah di tapak asal adalah lebih munasabah, berbanding memberikan rumah transit kepada mangsa banjir sepertimana dilakukan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika meninjau kampung tersebut yang terletak di tebing Sungai Betis yang menenggelamkan seluruh kampung tersebut ketika banjir melanda bulan lalu.
“Sampai bila nak tinggal dalam khemah. Berapa lama pula nak duduk dalam rumah transit?
“Nanti perlu pindah ke tapak rumah asal juga,” ujarnya ketika meninjau kawasan sekitar Manek Urai yang dipenuhi sampah sarap dan kain baju berselerak selain harta benda mangsa yang bergantungan di dahan-dahan pokok.
Menurut Lokman, kira-kira 60 pemilik dari 90 buah rumah bersetuju untuk dibaikpulih, manakala selebihnya masih menunggu bantuan dari kerajaan Pusat.
“Kita nak tengok lama mana dia nak tunggu,” ujar penduduk setempat yang mengaku sudah letih dan berputus asa dengan kerajaan pusat Barisan Nasional yang tidak menghiraukan mereka.
Menurut Tuan Lokman, projek membaikpulih di Kampung Pasir Tumbuh dijangka siap dalam masa enam bulan, dengan dana disumbangkan melalui inisiatif Gabungan Impian Kelantan.
“Beras, sardin, biskut cukup buat makan setahun. Apa yang diperlukan oleh mereka ialah rumah tempat tinggal,” katanya sambil menunjuk ke arah sebuah rumah yang hanya tinggal tiga anak tangga.
Sebulan banjir surut, masih ada tinggal di khemah

GIK menangani bah mega: Bukan mahu berlumba tetapi membantu

Berikut adalah ucapan Husam Musa semasa majlis perlancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK) yang berlangsung di Kota Bharu pada malam kelmarin, di Kota Bharu Kelantan. Sebuah ucapan kemanusiaan yang sarap dengan nilai falsafah dan menggambarkan kemurnian nawaitu GIK dalam usaha membantu mangsa banjir di Kelantan. Jika kita mengunyah isi ucapan ini dengan jujur dan ikhlas tidak ada siapa perlu meragui GIK atas sentimen apa sekali pun.  

GIK adalah tenaga dan agensi penyelamat yang meringankan beban pihak berwajib terhadap mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Wassalam. 

Sabda Nabi s.a.w bermaksud:

“Jikalah bukan kerana impian masa depan si ibu, tidaklah ia menyusukan anaknya’.
Impian adalah benih sebuah gagasan. Permulaan sebuah kejayaan. Gambaran sebuah harapan.


Impian mempunyai kekuatan. "I have a dream....”, oleh Martin Luther King JR, tentang persamaan hak antara kulit hitam dan putih bagi negara Amerika di waktu penindasan ke atas kulit hitam masih berleluasa, impian itu, kini menjadi realiti.

Mimpi-mimpi dalan kisah Nabi Yusuf, akhirnya menjadi realiti. Impian boleh dalam bentuk idea-idea kasar, idealisma, atau harapan apa seharusnya terjadi.

Bahtera Nuh bermula sebagai design, bentuk dan kegunaan dalam fikirannya, hasil ilham dan wahyu Ilahi;

وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا

"Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami...”

Lalu Nuh a.s mengumpulkan peralatan, bahan binaan, baginda sendiri sebagai tenaga kerja, pada akhirnya, sebuah bahtera tercipta buat pertama kalinya dalam sejarah peradaban manusia.

Impian untuk terbang, melahirkan kapal terbang.  Begitulah seterusnya, asal saja ada kesungguhan menjelmakan impian itu. Impian Kelantan selepas bah mega, atau Kelantan Impian - dengan itu, bukan lah satu konsep yang asing.

Saya sungguh merasa bertuah, dapat berdiri di sini pada malam ini, dalam misi yang sama dan mulia - bersimpati terhadap rakyat Kelantan yang terkesan oleh Bah Mega - lalu berusaha mencari jalan membantu mereka.

Dalam misi ini - Pelanggan utama kita adalah rakyat Kelantan yang terkesan oleh Bah Mega/Our anchor client is Kelantanese affected by recent mega flood

Konsep kita: Sungguh pun Bah membawa kemusnahan, ia adalah satu peluang meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan menyeluruh mereka yang terlibat.

Sesuai falsafah yg ditunjukkan oleh satu doa Nabi s.a.w : “Gantikan kami (dari musibah/kemusnahan ini) sesuatu yang lebih baik dari apa (sebelumnya)”

Guru beri kuliah haram GST, Datuk Jahara buat laporan polis

datuk-jahara-hamid_M_1405201
Jahara berkata, kenyataan guru agama berkenaan pada kuliah maghrib itu boleh menimbulkan kekeliruan mengenai pelaksanaan GST.
BUTTERWORTH, 2 Februari:
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid hari ini membuat laporan polis terhadap seorang guru agama, yang didakwa menyatakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah haram bagi orang Islam, ketika menyampaikan kuliahnya di Masjid Bagan Lebai Tahir, pada Jumaat lalu.
Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Telok Air Tawar, kerana kenyataan guru agama berkenaan pada kuliah maghrib itu boleh menimbulkan kekeliruan mengenai pelaksanaan GST.
“Saya menerima aduan daripada seorang anggota kariah masjid itu yang mendakwa ustaz berkenaan dalam kuliahnya menyatakan GST haram dikenakan ke atas orang Islam dan hanya boleh dikenakan ke atas orang bukan Islam.

Pro UG Vs Pro PR: Pemilihan Pas Jun dijangka sengit..!!

Barisan kepemimpinan Pas semasa muktamar di Batu Pahat, Johor.
Sinchew Daily menjangkakan berlaku persaingan sengit dalam pemilihan Pas yang akan mengambil tempat pada Jun ini.
Akhbar itu melaporkan, pertarungan sengit berlaku berikutan rasa tidak puas hati 'kumpulan berfikiran terbuka' terhadap pengendalian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap isu tertentu.
Seorang pemimpin kanan Pas memberitahu Sinchew Daily, dirinya berasa malu dengan kenyataan Abdul Hadi mengenai pilihan raya kerajaan tempatan dan insiden 13 Mei.
"Beliau tidak harus mengeruhkan keadaan dalam Pakatan Rakyat," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.
Isu yang tidak disenangi oleh 'kumpulan berfikiran terbuka' dalam Pas termasuk krisis Menteri Besar Selangor, pilihan raya kerajaan tempatan, pemecatan editor Harakah serta soal kerjasama dengan UMNO berhubung hukum hudud.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan pada Ogos tahun lalu telah menggabungkan ahli Pas yang berfikiran terbuka.
Mengikut tradisi Pas, jawatan Presiden jarang dicabar. Keadaan ini bermakna persaingan sengit dijangka tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Nik Abduh ‘merepek-meraban’?

Pilihanraya PBT dan keadilan yang ingin dicapai tidak boleh sama-sekali disamakan dengan sistem beraja.
nik abduhPETALING JAYA : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak seharusnya ‘merepek-meraban’ terlalu jauh dan mengaitkan dengan sistem beraja sebagai hujah sandaran dalam isu PAS dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” kata bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin.
Shahbudin turut menyindir bahawa kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan sahaja tidak kena, malah telah tersasar hingga ke Ethopia.
“Kenyataan Nik Abduh mengaitkan pula pilihanraya PBT dengan keadilan dan sistem berajaya yang kita amalkan, bukan saja boleh melebarkan persengketaan, malah seperti meneruskan provokasi yang tidak sewajarnya.
“Pilihanraya PBT dan keadilan yang ingin dicapai tidak boleh sama-sekali disamakan dengan sistem beraja. Sistem beraja adalah sesuatu yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak boleh diubah lagi,” katanya dalam entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin turut mempertahankan DAP bahawa parti itu tidak pernah menolak sistem beraja yang diamalkan kini dan DAP hanya mahu menerapkan keadilan serta menolak amalan kronisme.
“Jadi bagaimana pilihanraya PBT cuba mahu disamakan dengan sistem beraja? Jika mahu bercakap tentang keadilan, menjadikan sistem beraja sebagai hujah menolak pilihanraya PBT juga adalah sesuatu yang tidak adil sebenarnya,” katanya.
Tambahnya, dalam situasi kini, adalah lebih baik menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah seperti ini.
“Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan jika konsep demokrasi dan keadilan itu difahami dengan sebenar-benarnya oleh semua pihak,” ujarnya

Arul melakukan pembohongan sebagai CEO 1MDB

Laporan polis dibuat terhadap Arul kerana membuat kenyataan palsu.
PETALING JAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meminta polis menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandsamy yang disifatkannya melakukan pembohongan dalam menjalankan tugas.
1MDB arul2Menurut beliau, tindakan CEO 1MDB telah memesongkan para peminjam yang antara lainnya Malayan Banking Berhad, RHB Bank dan beberapa pihak yang mungkin mengalami kerugian material.
Sehubungan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur, petang ini yang bersandarkan kepada kenyataan di media pada 13 Januari lalu.
Dalam kenyataan itu Arul dilaporkan berkata, “1MDB mengesahkan bahawa ia kini menebus semula dana bernilai AS$2.318 billion (RM7 billion) yang dilaburkan oleh syarikat itu dalam syarikat pengurus dana berdaftar di Cayman Islands.”
Bagaimanapun menurut Khairuddin, pada 28 Januari, Bloomberg melaporkan bahawa 1MDB telah merancang untuk mendapatkan penundaan bayaran balik kali ketiga untuk pinjamannya yang berjumlah RM2billion.
Sebagai tambahan katanya, dalam memenuhi obligasi kepada bank-bank, 1MDB dilaporkan mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 billion daripada T. Ananda Krishnan.

BENAR kata Mahathir... "Pemimpin & pendokong UMNO sama2 bodoh, HANYA YANG BODOH SAJA ada dalam UMNO"


Inilah contoh 'TERBAIK' rasis dlm negara kita..
Begitu mudah kerja2 menteri yg dibayar cukai2 rakyat..

KE MANA pergi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 ???
Adakah menteri2 berkenaan suda 'mati' ka atau MAKAN GAJI BUTA ???

Kok baris 'bintang' dalam klip lucu CNY

Pada umumnya, Tahun Baru Cina merupakan masa untuk meraikannya bersama keluarga dan mengimbau masa lalu. Namun, bagi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ia juga merupakan masa untuk menyakat BN berhubung beberapa isu nasional yang berlaku pada tahun lepas.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kok telah menghasilkan mesej video
Tahun Baru Cina di YouTube yang menyakat parti pemerintah, yang sebelum ini telah mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan menghasut.

Tetapi untuk edisi tahun ini, Kok telah menampilkan personaliti utama Pakatan Rakyat personaliti seperti Nurul Izzah Anwar dari PKR (kiri) dan Khalid Samad dari PAS, bersama-sama dengan aktivis Datuk A Samad Said, Cynthia Gabriel dan Hew Kuan Yew.

Klip video selama lima minit itu yang bertajuk '1 Goat Year, 1 Great Family', menyakat pelbagai inisiatif Putrajaya yang menggabungkan "1" dalam nama-namanya, bersama-sama dengan isu-isu semasa seperti hutang IMDB dan bantuan bencana alam baru-baru ini.


Police report lodged against 1MDB CEO

He is alleged to have misled 1MDB creditors by making false statements about funds available to the company.
Khairuddin_1mdb_300KUALA LUMPUR: Police have been asked to investigate 1MDB CEO Arul Kanda Kandasamy for allegedly making false statements about funds available to the company and had thereby misled its creditors.
A police report against Arul was lodged at the Dang Wangi police station today by Khairuddin Abu Hassan, the same Umno divisional official who has made police and MACC reports seeking investigations into 1MDB’s management of its funds.
Referring to a statement by Arul that 1MDB had redeemed funds it had invested in the Cayman Islands and quoting a subsequent Bloomberg report about the company seeking to delay repayment of a loan, Khairuddin said: “It does appear that Arul has made false statements in the execution of his duties as CEO of 1MDB and, in doing so, has misled 1MDB’s lenders, who include Malayan Banking Bhd, RHB Bank and others, all of whom are likely to have suffered material losses as a consequence.”
Last January 13, Arul released a media statement saying, “1MDB can confirm that is has now redeemed the US$2.318 billion (RM7 billion) invested by the company in a Cayman-Islands-registered fund.”
On January 27, Bloomberg reported that 1MDB was”planning to seek another one-month extension” on its RM2 billion loan “to give it more time to sell a stake in its energy unit”. If the report turns out to be true, this will be the third extension the company is seeking, having missed repayment deadlines in November and December last year.

Harga minyak dunia jatuh, TNB patut turunkan tarif elektrik

TNBSHAH ALAM 2 FEB: Tenaga Nasional Berhad (TNB) patut menurunkan tarif elektrik ekoran kejatuhan harga minyak dunia.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, berkata, kajian UOB Kay Hian menganggarkan TNB berjimat RM424 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2015.
Manakala Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpendapat TNB dapat menjimatkan RM310 juta kos bahan api bagi separuh pertama tahun ini dan RM703 juta pada tahun 2015.
“Firma penyelidikan itu turut menganggarkan TNB dapat menjimatkan kos RM667.8 juta, atau 13.8 peratus operasinya berikutan harga arang batu lebih rendah, iaitu di bawah USD65 per tan metrik,” katanya dalam kenyataan media.
Kerajaan pada Januari tahun lalu menaikkan tarif elektrik 16 peratus berikutan peningkatan harga minyak mentah antarabangsa.
Ini kerana harga penanda aras arang batu pada Januari 2014 bagi tarif elektrik adalah RM275 per metrik tan (kos arang batu: USD87.5 per tan metrik pada harga RM3.14 / USD).
Pada Disember 2014, harga arang batu 21 peratus lebih rendah, iaitu RM217 per metrik tan (kos arang batu: USD62 per tan metrik pada RM3.50 / USD).

'Rai Zunar sebagai produk terbaik M'sia' - CRNI


Satu rangkaian kartunis global menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya menghargai kartunis politik Zunar sebagai produk terbaik Malaysia, dan bukannya menyekat kebebasannya bersuara.

Dalam sepucuk surat kepada Najib yang bertarikh 31 Januari, CRNI (Cartoonists Rights Network International) berkata, daripada membuat serbuan minggu lalu dan penganiayaan lain terhadap Zunar, hasil karyanya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, sepatutnya diraikan.

CRNI membantah keras layanan seumpama itu terhadap Zunar yang disifatkannya sebagai "seorang anak penting kelahiran Malaysia".

Sebaliknya, kata CRNI, Zunar sepatutnya dihargai oleh kerajaan sebagai satu contoh rakyat Malaysia yang terbaik dan pintar.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif CRNI, Robert Russell menyeru jasabaik perdana menteri dalam memastikan hak kebebasan Zunar untuk bersuara seperti yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata "puluhan ribu wartawan, pekerja hak asasi manusia dan peminat setia" mengikuti kartun dan tindakan yang diambil terhadap Zunar oleh pihak berkuasa.

Dr Asri kembali jadi mufti, harap tegak hukum Allah


KUALA LUMPUR: Ramai pengguna laman sosial, facebook mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Mod Asri Zainul Abidin yang menjadi Mufti Perlis bagi kali kedua.
Di samping mengucapkan alhamdulillah, mereka berharap agar Dr Asri dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Ada dalam kalangan mereka yang mendoakan beliau menjalankan kerja dengan adil di samping dapat menegakkan hukum Allah.
Sementara itu, Dr Asri turut memuatkan sekeping gambar hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua dalam facebooknya.
"Pohon doa semua rakyat Malaysia. PA Mufti boleh dihubungi di talian 049794428. Fax 049763844," tulisnya.
Dr Asri, 44, pernah dipinjamkan dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis sebagai mufti bermula 1 November 2006 hingga 30 November 2008.

Beberapa komen daripada pengguna facebook.

Norhisham Ahmad Tahniah! Teruskan perjuangan... Ketepikan gelalaran namun sunnah jadi pegangan...
MaT LiE Tahniah Dr, semoga Dr. sentiasa takut kepada Allah saja...Aminn
Mohd Fadli Mohd Yunus Tahniah, harap dpt menjalankan tugas tanpa mengikut telunjuk mana2 pihak.
Yadzli Amn Tahniah DrMAZA.com. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam memartabatkan lagi undang2 Islam khususnya rakyat negeri Perlis, inshaa Allah. Aamiin
Ku Lal Tokar Ingat laksanakan hukum Allah dan perangi rasuah dan jangan di persenda kalimah Allah.
Azmi Jamalludin Berat tugas tu. Moga jujur n amanah dan berani menegur pemimpin kalau x betul.
Ismail Yusoff Alhamdulillah hirabbil aalaamin..Kami berharap pej mufti akan berfungsi spt mana kehendak Allah dan nabi saw..dpt memberi nasihat dan menegur para pemimpin yg sewenang wenang melanggar perintah allah 

Piket: Minta maaf 3 bulan kepada Presiden KTMB tak logik kata Razak

Pemohonan maaf setiap hari selama tiga bulan kepada Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir dalam media sosial dianggap "tidak logik dan tidak masuk akal", kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan.

"Dia suruh saya minta maaf dekat Facebook dan blog tiga bulan setiap hari. Mula-mula setahun selepas itu diskaun enam bulan, selepas itu diskaun tiga bulan. (Tindakan Datuk Elias Kadir) tidak logik dan tak masuk akal.

"Mana ada undang-undang kita kata tiga bulan minta maaf. Mana undang-undang dia pakai? Dalam negara kita pun paling lama minta maaf cuma tiga hari, kalau kena saman (harus mohon maaf) tiga hari,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, Abduk Razak berkata Elias mengarahkannya memohon maaf selama setahun pada September lalu namun tempoh itu dikurangkan kepada enam bulan dan seterusnya tiga bulan pada November lalu.

Beliau diminta berbuat demikian ekoran tindakannya dan sekumpulan pekerja KTMB mengadakan piket pada Mei tahun lalu, mendesak Elias melepaskan jawatannya kerana didakwa kurang cemerlang.

Ditanya sama ada 96 pekerja yang dibuang kerja juga perlu meminta maaf, Abdul Razak berkata mereka tidak perlu berbuat demikian tetapi dilarang melakukan perkara yang melanggar perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

"Boikot peniaga Cina kalau mahu harga barang turun", kata menteri Umno

Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam posting di akaun Facebooknya berkata, kuasa membeli yang besar berada pada tangan pengguna yang majoritinya kaum Melayu.
"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya.
 Ismail yang juga bekas menteri KPDNKK, semasa dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan kenyataan yang dibuatnya semalam dalam akaun Facebook miliknya itu.

Menjelaskan mengenai kenyataan tersebut, Ismail berkata ia ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.
Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga.

"Yang saya tekankan jangan letak semata-mata kepada kerajaan untuk turunkan harga sebab selaku pengguna yang lebih ramai berbanding peniaga, mereka boleh gunakan kuasa mereka untuk tekan peniaga turunkan harga," terang beliau.
 Beliau juga di dalam status Facebooknya mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.

Pakatan Perak gesa segerakan mesyuarat Majlis Presiden


Pakatan Rakyat (PR) Perak menggesa pemimpin tertinggi PKR, DAP, dan PAS segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden secara tertutup bagi menyelesaikan krisis hubungan antara tiga parti itu yang semakin memburuk, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pengerusi PR Perak itu berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan beberapa pemerhatian, antaranya majoriti rakyat kini melalui fasa "apathy" politik dan enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik seperti era tahun 2008 hingga 2013. Katanya, trend itu adalah petunjuk tahap kekecewaan mereka terhadap PR dan Barisan Nasional (BN).
"Kamu juga memohon supaya Majlis Presiden bermesyuarat secara berjadual dan arahan-arahannya diperturunkan dengan berkesan dan pantas," kata bekas menteri besar Perak itu dalam satu kenyataan hari ini.