Sabtu, 31 Januari 2015

Harga Baru Ron95 & Diesel RM 1.70, Ron97 RM 2.00 Mulai 1 Feb


Harga Baru Ron95 & Diesel RM 1.70 Seliter, Ron97 RM 2.00 Seliter Mulai 1 Feb 2015

Tidak salah jadikan banjir titik tolak perpaduan - Ridhuan Tee

Penceramah Bebas, Ridhuan Tee Abdullah ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian sempena Karnival Karangkraf 2015. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
SHAH ALAM – Tidak masalah jika semua pihak bersatu dan menjadikan musibah banjir di Kelantan itu sebagai satu titik permulaan dalam mengukuhkan perpaduan di negara ini.

Ahli Akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, ahli politik yang beragama Islam wajar melupakan dendam lama demi untuk kebaikan masyarakat Islam di negara ini.

"Kita sudah boleh bincang untuk menyatukan umat Islam contohnya menyatukan Umno dan Pas, sampai bila kita hendak bergaduh, sampai bila kita hendak ingat sejarah lampau, sampai bila kita hendak melihat Umno itu sebagai musuh, sampai bila kita melihat musuh itu sebagai kawan dan saudara seagama itu kita lihat sebagai musuh.

"Saya pelik politik Malaysia, kita sepatutnya bersatu hati, musuh sebenar-benarnya ialah apa jua perkara baik yang kita hendak laksanakan, terang-terangan dia lawan," katanya kepada Sinar Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, sudah tiba masanya umat Islam tampil ke hadapan dan tidak perlu lagi merendah diri ketika menghulurkan bantuan ketika negara dilanda bencana.

"Kadang-kala nama ini penting, sebab itu orang tidak nampak di mana sumbangan orang Islam kita sebab kita terlampau menyorok.

Guan Eng tak mahu jawab isu debat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Siapa Ketua Pemuda, Wanita minta Palanivel berundur? kata S. Balakrishnan

S. Balakrishnan (dua dari kiri) menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur.
S. Balakrishnan (dua dari kiri) menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur.
 
Naib Presien MIC, Datuk S.Balakrishnan membidas tindakan sayap Pemuda dan Wanita MIC yang mendesak Presiden, Datuk Seri G.Palanivel supaya berundur kerana gagal memimpin parti sehingga dilanda krisis.
Pengerusi MIC negeri Johor itu juga meminta Ketua kedua-dua sayap itu C.Sivarraajh dan M.Mohana supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan menggesa Palanivel berundur tanpa rasa hormat ke atas pemimpin tersebut.
"Siapa Sivarraajh dan Mohana untuk meminta Palanivel berundur. Presiden dipilih secara demokrasi oleh 4,000 Ketua Cawangan. Bukan kamu berdua sahaja.
"Lagipun gesaan Sivarraajh dan Mohana terhadap Palanivel hanyalah suara peribadi berdua.
"Ia bukan mewakili suara ahli keseluruhan parti. Biar mereka menentukannya. Berhenti mendesak Presiden berundur. Fikir secara matang," tegasnya dalam sidang media di Jalan Ipoh di sini.

Now sedition attack on ‘equal rights’ group

After open memo for review of Article 153, Malay rights pressure group calls for police action.

fahmi2KUALA LUMPUR: Police have been urged by a Malay rights pressure group to begin a sedition investigation of a student group that called for equal rights in education for all Malaysians.
Jaringan Melayu Malaysia filed a police report against the Anak Muda Harapan Malaysia group, and said special attention should be given to the leader, former University of Malaya student council president Fahmi Zainol.
JMM director-general Faizan Mod Noor said the student group had violated the Federal Constitution, made “statements contradictory to the national aspiration” and was “provocative in bringing up sensitive issues”.
Faizan said Fahmi was the “main culprit” behind the open memo issued by the student group last week, and alleged that Fahmi had links to opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun M hanya beri pandangan kepada Najib?

SHAH ALAM – Kritikan yang dibuat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan hanya sekadar memberi pandangan sahaja bukannya menunjukkan perpecahan dalam Umno.
Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata, pihak luar dari parti boleh mengemukakan pandangan kepada pihak yang memerintah.
Tun M hanya beri pandangan kepada Najib?“Saya tidak fikir ada dua kem (puak). Saya ingat itu adalah satu pandangan yang diberi oleh bekas perdana menteri dan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran parti dan kerajaan, meneruskan agenda pembangunan seperti yang telah dirangka.
“Jadi, kita sebagai pucuk pimpinan di peringkat yang mendukung pimpinan tertinggi kenalah menyokong kerana itu merupakan asas kepada kestabilan kerajaan dan parti,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Save Your Dara dan perasmian Karnival Karangkraf, di sini, hari ini.
Menurutnya, segala pandangan yang dikemukakan itu terserah kepada pemerintah untuk mempertimbangkannya.
“Kalau di luar daripada parti dan kerajaan, pihak-pihak boleh memberi pandangan ataupun buah fikiran terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran negara untuk memberi pertimbangan.
“Kita percaya dan yakin kepada pucuk pimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau akan terus membawa kita ke mercu yang maju dan lebih progresif pembangunannya,” katanya.
Krisis terbaharu itu timbul selepas Tun Mahathir dan beberapa veteran Umno dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib.

Terpaksa mengemis Ananda Krishnan, tindakan 1MDB memalukan

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Tindakan 1MDB ‘mengemis’ kepada jutawan Ananda Krishnan untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan skandal kewangan mereka.
“Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang adalah sangat memalukan.
“Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.

Hutang 1MDB lebih parah pada 2015, kata Rafizi

KUALA LUMPUR: Masalah hutang akan menjadi lebih parah dalam tahun 2015 kerana 1MDB telah mengambil beberapa hutang jangka pendek (bridging loan) untuk memenuhi komitmen bayaran hutang-hutang lain.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan demikian merujuk kepada laporan Reuters bahawa 1MDB terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB yang sudah dua kali tertangguh mengesahkan bahawa 1MDB berhadapan dengan masalah aliran tunai.
Katanya, salah satu dari hutang jangka pendek (bridging loan) ini adalah sebanyak USD1 bilion (bersamaan RM3.6 bilion) yang diambil dari 6 buah bank yang diketuai oleh Deutsche Bank seperti yang dilaporkan oleh majalah kewangan antarabangsa International Financing Review (IFR).
(Rujuk laman International Financing Review http://www.ifre.com/another-mystery-around-1mdb/21180223.article)
Menurutnya, dalam laporan terbaru IFR mengenai 1MDB, kolumnis Jonathan Rogers mengesahkan bahawa 1MDB telah mengambil satu lagi hutang jangka pendek (bridging loan) berjumlah USD1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai oleh Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.
"Hutang USD1 bilion ini dilaporkan diambil oleh 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum," ujarya dalam satu kenyataan.
Lebih membimbangkan, katanya hutang USD1 bilion (yang nilai dalam ringgit terus meningkat melebihi RM3.6 bilion kerana kejatuhan matawang ringgit) ini diambil dengan syarat ia akan dibayar dalam bulan September 2015 menggunakan dana yang dikumpul dari penyenaraian aset penjana bebas (IPP) 1MDB yang sehingga sekarang terus bermasalah.
Menurutnya, proses penyenaraian tersebut kini terus tertangguh dan dijangka akan menghadapi masalah berterusan kerana kelewatan projek IPP Jimah Timur dan kredibiliti kewangan 1MDB yang terus merudum.

PKR Johor minta Zahid perjelas projek IPK terbengkalai

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi masa sehingga Rabu depan untuk menjelaskan mengenai projek pembinaan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor bernilai RM103 juta yang terbengkalai sejak 2010.

ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata mereka akan mengemukakan pendedahan baru jika Zahid tidak membuat penjelasan dalam tempoh itu.

"Berdasarkan lawatan kami ke tapak projek, projek pembinaan tambahan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor yang terletak di bandar Johor Bahru yang bermula sejak tahun 2010 masih terbangkalai," kata mereka dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, perkara itu dibangkitkan di dewan undangan negeri Johor dan pengumuman dibuat yang projek itu sepatutnya siap  pada Julai 2013.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Jun lalu dilaporkan berkata kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan kerana masalah kewangan dan kualiti kerja.

Menurut Puah dan Akmal lagi, perkara tersebut menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

Selangor rekod kes bangkrap tertinggi tahun lepas

Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri. Beliau berkata Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).

Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. 
Nancy berkata peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).

Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes, katanya.
Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun tersebut.

Nancy berkata pekerja sektor swasta merupakan golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), professional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes), katanya. – Bernama

Razak Baginda is recklessly hurtful and arrogant

How insulting that two highly-trained VIP bodyguards are reduced to being "rogue police".

By J. D. Lovrenciear
As the public were still wrestling with the final court verdict on the Altantuya Shaariibuu murder, here comes Razak Baginda with guns trained on Malaysians.
His sudden re-appearance thorough a media interview has now added to the embarrassment, pain and curiosity of the Malaysian public.
razak-bagindaGoing by netizens’ overwhelming comments and statements, certainly Razak Baginda is being considered to be not only recklessly hurtful but arrogant too despite having this murder-millstone on his neck.
For one, he now smears the police image by labelling the two convicted murderers as “rogue police”. Surely our IGP must take issue with this snide by Razak Baginda or else he is not doing justice to all the men and women in blue.
If carefully and stringently selected and highly trained commandos can turn as “rogue” cops, is it not an insult to the credibility and capability of all those superiors in the ranks who have executed their duties with utmost care? If such carefully deployed personal bodyguards of VVIPs can be reduced to being “rogue police”, how can the public then trust the entire police force of ordinary cops?
Secondly, Razak Baginda accuses Malaysians of a “herd mentality”, alluding to the conspiracies bobbling up and swirling around this grisly mother of all murders. To rub salt into the wound Razak Baginda concludes that this was merely a “straightforward murder”.
Now that puts even the judiciary in a bad light does it not? People are asking Razak Baginda why did the courts take almost nine years to plug this “straight forward murder” case? The courts must be darn dumb then.
Thirdly, Razak Baginda wished that the public would focus on him “rather than Najib” our Prime Minister. And he claimed, “You know it is my story”.
Of course it is your story. Nobody said it is Najib’s story. If not for you and your cheating, filthy affair with this Mongolian girl, Malaysia would be spared this ugly embarrassing episode that has exposed and made the police, the judiciary, the government and all Malaysians so vulnerable in the eyes of the world.

Altantuya case for Parliament inquiry

Kit Siang: Doesn't IGP want to know why two policemen blew up defenceless Mongolian woman?

SIAPA BUNUH ALTANTUYAKUALA LUMPUR: The DAP will call for an all-party parliamentary inquiry into unresolved questions in the Altantunya murder case when Parliament reconvenes on March 9, the party’s parliamentary leader, Lim Kit Siang, said today.
He said justice had not been served not only to the victim, Mongolian national Altantuya Shaariibuu and her family, but not even to the convicted killers, Corporal Sirul Azhar Umar, Chief Inspector Azila Hadri, and their families.
Lim said the motive for Altantuya’s killing had not been revealed.
He criticised the “meek” response of the Inspector-General of Police to an assertion by defence analyst Abdul Razak Baginda that the case was a “straightforward murder case”, that “rogue policemen do kill” and that the motive was known only to the two convicted policemen.
Razak Baginda was jointly charged with the two policemen, members of a VIP protection squad, but was acquitted and discharged without his defence being called, under sensational circumstances.
Lim said Malaysians and conscientious and responsible policemen and women were outraged by Razak Baginda’s remarks.
“It is a gross dereliction of duty on the part of the IGP (Khalid Bakar) that he is not interested in finding out why two members of the elite police force, one a Chief Inspector and the other a Corporal, murdered in cold-blood a defenceless Mongolian woman, using C4 explosives, when both did not know the victim and had no logical motive or reasonable cause for committing the murder,” Lim said.

Khabar Umno-PAS 'bersatu' adalah fitnah, kata Tuan Ibrahim


Post Pic


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap dakwaan bahawa usaha “penyatuan Ummah” di antara Umno dan parti itu sedang dilakukan sebagai satu fitnah.
 
"Tak betul. Ini berita fitnah," katanya sebentar tadi kepada Antarapos melalui aplikasi WhatsApp.
 
Beliau mengulas kenyataan AJK Unit Perundangan Biro Perlembagaan Umno, Ahmad Shuaib Ismail hari ini melalui aplikasi WhatsApp bahawa langkah “penyatuan” itu diusahakan menurut dasar al Quran dan sunnah.
 
Bagaimanapun Datuk Tuan Ibrahim tidak menghuraikan mengapa beliau menganggap berita berkenaan sebagai fitnah. 
 
Dalam catatan di aplikasi whatsapp, Ahmad Shuaib mencatatkan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din bersetuju supaya Umno dan PAS merintis jalan penyatuan.
 
"Berita terkini saya baru terima, sebak hiba dada terus sujud syukur.
 
"Tuan Guru Datuk Nik Aziz setuju dengan Tuan Guru Datuk Haron Din dalam usaha penyatuan Ummah antara PAS dan Umno atas dasar Islam Al-Quran dan Sunnah," kata Ahmad Shuaib.
 

Serang DAP: Adakah Mustafa Ali mahu PR berpecah?


8DEC teonieching 2


KUALA LUMPUR, 31 JAN: DAP kesal dengan serangan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Lim Guan Eng yang didakwanya sebagai tidak layak untuk berada dalam pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata, kenyataan tersebut jelas tidak boleh diterima dan sama sekali tidak wajar berikutan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP bukannya berada dalam saf kepimpinan atas kapasiti peribadinya.
Katanya, kehadiran Guan Eng dalam saf kepimpinan PR adalah kerana beliau merupakan pemimpin tertinggi DAP, iaitu seorang pemimpin yang telah dipilih dengan sewajarnya oleh perwakilan DAP.
Kedudukan Setiausaha Agung DAP adalah setaraf dengan Presiden atau pemimpin tertinggi parti-parti lain. Ia berbeza dengan jawatan setiausaha agung parti-parti lain yang hanya menjalankan urusan pentadbiran tanpa banyak kuasa untuk membuat keputusan.
“Saya tertanya-tanya mengapa Mustafa Ali begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PR berpecah?” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.
Mustafa dalam kenyataannya semalam, mendakwa Guan Eng tidak layak duduk dalam Majlis Pimpinan PR kerana kononnya telah berbohong berhubung isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan apabila mengatakan Pakatan sudah membayangkan persetujuan tentang undi ketiga.

Mustafa minta Anthony Loke, Zairil jangan campur 'urusannya' dengan Guan Eng

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi amaran kepada Anthony Loke dan Zairil Khir Johari supaya tidak campur tangan dalam perbalahannya bersama Lim Guan Eng.
Sambil menyifatkan kedua-dua ahli parlimen Seremban dan Bukit Bendera itu sebagai tidak faham isu, Mustafa berkata beliau akan mengemukakan bukti mengenai pembohongan Guan Eng.
 
"(Khalid Samad) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP.
 
"Kenyataan Anthony Loke dan Zairil Khir Johari saya dapati bahawa kedua-duanya sama ada tak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu.
 
"Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini. Saya akan buktikan dia berbohong," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Semalam Loke mendakwa PAS cuba 'membakar jambatan' hubungan yang terjalin antara kedua parti berkenaan susulan kenyataan Mustafa terhadap Guan Eng. 

Anwar mula jelajah Kempen Rakyat Hakim Negara


Post Pic


KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan jelajah `Kempen Rakyat Hakim Negara' menjelang keputusan kes liwat membabitkannya pada 10 Februari ini, yakin akan dibebaskan daripada hukuman.
 
Kempen sempena Ceramah Demi Rakyat Sabah anjuran PKR Sabah di pekarangan kediaman Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin, di Likas, dekat sini, malam tadi, dihadiri kira-kira 200 penyokong PKR dari seluruh negeri.
 
Memetik laporan Berita Harian Online, Anwar dalam ceramahnya, berkata beliau yakin tidak akan dihukum dan akan dibebaskan daripada kesalahan meliwat.
 
Bagaimanapun, katanya, beliau bersedia berdepan apa saja kemungkinan termasuk dijatuhi hukuman penjara.

Jangan mudah lupa 'jasa' dan 'binasa' dari Dr Mahathir

Kenyataan Syed Ali Alhabshee bahawa Che'GuBard melagakan Mahathir-Najib adalah seperti orang yang sudah nyanyuk. Tidak perlu Che'GuBard untuk melagakan kerana ia sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.

Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.  Kesemua mereka ini berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir-Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa diantara Najib dan Mahathir-Daim?
Tanpa menafikan Mahathir banyak berjasa sepanjang 22 tahun tetapi kemusnahan yang dihasilkan juga tinggi. Mungkin Syed Ali Alhabshee yang kononnya seorang pejuang bangsa Melayu ini sudah hilang ingatan di zaman pemerintahan siapakah yang telah menjatuhkan maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Ini adalah satu contoh klasik bagaimana Mahathir merosakkan sistem bernegara.

Peraturan rotan murid 1959 perlu dikaji semula – NUTP

TRP-SUA NUTP-AzrolAli-L
Lok menunjukkan Pekeliling Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang menurutnya perlu dikaji semula supaya lebih sesuai dengan situasi semasa.

KUALA LUMPUR, 31 Januari:

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula Pekeliling Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang memberi kuasa kepada guru untuk merotan murid.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata demikian ketika mengulas cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyenaraikan tindakan merotan sebagai kesalahan jenayah dalam akta baru, bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan.
Menurut Lok, pekeliling berkenaan perlu dikaji semula, bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa.
“Saya cadangkan untuk KPM kaji semula pekeliling berkenaan, kaji semula bagaimana kita nak tentukan kesalahan murid, tahap kesalahan yang membolehkan murid dirotan.
“Lagipun, pekeliling itu digubal pada 1959, dan ketika itu, rotan tak jadi isu, berbeza dengan sekarang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat NUTP, hari ini.
Mengikut peraturan dalam pekeliling berkenaan, hanya pengetua atau guru besar yang dibenarkan merotan murid.
Bagaimanapun, kuasa berkenaan boleh diberikan kepada guru disiplin atau guru-guru tertentu, dengan kebenaran pengetua atau guru besar.

'It won't be easy for Azizah, me & family if I am jailed again' - Anwar admits as appeal verdict nears

'It won't be easy for Azizah, me & family if I am jailed again' - Anwar admits as appeal verdict nears
KOTA KINABALU - With just 11 days before judgement is passed, Datuk Seri Anwar Ibrahim is worried his health and age will not be able to handle the pressure if he is imprisoned for sodomy.
“It is certainly not easy for Azizah, me and family if I am sent back to prison,” said the 67-year-old Opposition leader, referring to his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
The Permatang Pauh Member of Parliament faces a possible five-year jail term after his acquittal for sodomising his aide, Saiful Bukhari Azlan in 2008, was overturned last year.
Anwar, who was imprisoned in 1999 for corruption and sodomy, has appealed the decision and the Federal Court is expected to make a judgement on Feb 10.
But, he says he is resigned to the fact and will accept whatever may be the outcome.
The former Deputy Prime Minister, however, believes he deserves to be acquitted and prays for such a result.
While threats of imprisonment, Anwar added “did not concern” him, he had vowed to continue with the struggle.
“I will not negotiate to compromise my principles, I don’t accept any ultimatum.
“The decision will be politically motivated because there is no reason to send me to jail due to the lack of evidence. They are trying to implicate me with committing the offence.”

10 Feb: Anwar akui sukar jika dipenjara semula

Ketua Umum PKR mendakwa keputusan mensabitkan kesalahan liwat nanti bermotifkan politik.
Anwar-Ibrahim_1KOTA KINABALU: “Sudah pasti tidak mudah bagi (Datin Seri Wan) Azizah (Ismail), saya dan keluarga jika saya dipenjara semula,” akui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang 10 hari sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap rayuan kes liwatnya.
Beliau menyatakan kebimbangan mengenai kesihatan diri dan faktor usia yang tidak mampu mengendali tekanan jika hukuman penjara atas kesalahan liwat dikekalkan.
Ketua Umum PKR itu berdepan hukuman penjara lima tahun selepas pembebasannya daripada tuduhan meliwat pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan pada 2008 dibatalkan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini berusia 67 tahun pernah dipenjara pada 1999 atas kesalahan korupsi dan liwat telah membuat rayuan terhadap keputusan mensabitkan kesalahan liwat ke atas dirinya dan Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan pada 10 Februari.
Anwar memberitahu, beliau sudah bersedia menerima keputusan mahkamah kelak.
Bagaimanapun bekas Timbalan Perdana Menteri itu yakin beliau akan dibebaskan daripada pertuduhan liwat berkenaan dan sentiasa berdoa untuk dilepaskan.
Katanya, beliau juga “tidak bimbang” dengan kemungkinan dipenjara dan berikrar akan meneruskan perjuangan.
“Saya tidak akan menggadaikan prinsip saya. Saya tidak menerima sebarang ultimatum. Keputusannya bermotivasikan politik kerana tidak ada sebab untuk menghantar saya ke penjara disebabkan kurangnya bukti,” dakwanya, lapor The Rakyat Post.

1MDB: Pinjaman dari Ananda satu 'penghinaan'

Seorang MP pembangkang kecewa dengan tindakan firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berhutang dengan jutawan Tan Sri Ananda Krishan untuk melunaskan pinjamannya.

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu satu “penghinaan”, apatah lagi apabila syarikat tersebut mendakwa ia telah menebus semula pelaburannya sebanyak RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman pada kadar tukaran semasa.

“Berita itu penghinaan besar buat 1MDB dan amat memalukan kerajaan Malaysia,” kata Pua dalam kenyataan.

Laporan Reuters semalam menyebut bahawa Ananda Krishnan akan meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

1MDB sebelum ini sudah dua kali tersasar dari jadual pembayaran untuk pinjaman darurat yang dibuat dengan dua bank tersebut.

Firma tersebut meraih kontroversi ekoran hutangnya berjumlah RM41 bilion, hasil ratusan juta dolar yang dipungut Goldman Sachs untuk pengendalian pengeluaran bonnya dan dakwaan mengenai isu ketelusan syarikat berkenaan.

1MDB mungkin gagal bayar satu lagi hutang jangka pendek RM3.6 bilion, kata Rafizi

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka berdepan satu lagi masalah kewangan selepas dilaporkan mengambil hutang AS$1 bilion (bersamaan RM3.6 bilion) dari konsortium 6 bank pada Oktober tahun lalu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Selepas 1MDB dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, Rafizi mendedahkan laporan terbaru majalah kewangan antarabangsa International Financing Review (IFR) mengenai syarikat itu.
"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.

"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan.
Katanya, masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan negara itu akan menjadi lebih parah tahun ini kerana 1MDB mengambil beberapa hutang jangka pendek bagi memenuhi komitmen bayaran hutang-hutang lain.

"Lebih membimbangkan, hutang AS$1 bilion (yang nilai dalam ringgit akan terus meningkat akibat kejatuhan matawang ringgit) ini diambil dengan syarat ia akan dibayar dalam bulan September 2015 menggunakan dana yang dikumpul dari penyenaraian aset penjana bebas (IPP) 1MDB yang sehingga sekarang terus bermasalah," kata Rafizi.

MH370 Families: "That's not the right way"

MH370 next of kin: We live in this agony everyday

MH370: "The DCA doesn't even contact us"

MH370: 'Saya tak gilakan duit pampasan, cuma tolong beritahu di mana suami saya'

'Saya tak gilakan duit pampasan, cuma tolong beritahu di mana suami saya'
SUBANG JAYA: Apa lagi tahap simpati yang boleh digambarkan buat isteri seorang mangsa tragedi MH370, Safuan Ramlan apabila suaminya dikatakan terkorban seperti yang diumum Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Khamis?

Bagi Jalwati Jalil, kata-kata yang diluahkan Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengenai status pesawat MH370 benar-benar mengecewakan.

"Mengapa mereka mengumumkan perkhabaran itu tanpa sebarang pertemuan atau perbincangan dengan keluarga waris MH370? Apakah kami ini hanya tunggul kayu dan tidak ada kena mengena dengan insiden yang penuh misteri ini?

"Pengisytiharan semua penumpang terkorban benar-benar melukakan hati kami. Di mana tanda, apa bukti dan apa sebenarnya yang berlaku benar-benar membuktikan ada sesuatu yang dirahsiakan," katanya selepas sidang media khas waris MH370 di sini semalam.


Sidang media khas waris MH370 meminta deklarasi kematian semua penumpang pesawat malang itu ditarik balik. -Gambar fail


Kata Jalwati, paling menyedihkan ialah pengumuman oleh syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) yang akan memulakan proses pembayaran pampasan kepada waris MH370.

"Kenapa semuanya seperti dirancang dan sudah ada plot-plot yang berlaku dengan cepat.

"Saya tidak gilakan duit pampasan, tidak terlintas langsung mengenai duit atau apa sahaja bayaran. Saya cuma mahu tahu di mana dia (Safuan) berada," jelasnya.

Pakatan Rakyat dilihat dari luar dan dalam

Pemimpin gabungan Pakatan Rakyat (dari kiri) Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu menghadapi kemelut paling sengit antara parti sejak kejayaan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum 2008. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2015. 
Pemimpin gabungan Pakatan Rakyat (dari kiri) Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu menghadapi kemelut paling sengit antara parti sejak kejayaan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum 2008. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2015.

Walaupun terdapat perbalahan umum mengenai isu teras ideologi, seperti hudud, dan hak asasi demokrasi, seperti pilihan raya kerajaan tempatan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin gabungan pembangkang itu akan berjaya menempuh kemelut paling hebat yang melanda mereka sejak ia memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.
Perbezaan antara anggota gabungan itu – PAS, PKR dan DAP, dengan parti Islam itu dilihat paling bercanggah – kini paling ketara sejak keretakan mula kelihatan tahun lepas, bermula dengan isu Langkah Kajang yang memaksa pilihan raya kecil dengan harapan melantik menteri besar Selangor yang baru.
Ketika Muktamar Tahunan PAS 2014, perwakilan lebih konservatif secara terbuka menunjukkan permusuhan mereka terhadap PR kerana kedudukan PAS yang tidak dominan dalam gabungan itu.

Yang menarik perhatian, majlis pimpinan atau majlis presiden PR didapati tidak bermesyuarat selama lebih 6 bulan. Manakala, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak hadir ke mesyuarat itu sebelum itu selama lebih setahun. Adakah PR satu gabungan yang masih berfungsi?
Pemimpin politik dari 3 parti komponennya menyedari cabaran yang dihadapi tetapi tetap menaruh keyakinan kepada gabungan itu, sambil mengingatkan pemimpin tertinggi mereka untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara tertutup dan bukannya menghebahkan pertelingkahan mereka secara terbuka.
Aktivis masyarakat sivil bagaimanapun, lebih kritikal, dengan Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan yang kredibiliti PR terancam akibat semua pergaduhan dalaman mereka dan PAS perlu "melakukan perkara yang terhormat" dengan meninggalkan gabungan itu jika ia merasakan kerjasama itu tidak berkesan untuk mereka.
The Malaysian Insider menemu bual pemimpin PR berikut, 2 aktivis dan 2 rakyat biasa:
* Datuk Mujahid Yusof Rawa, 51, ahli Parlimen Parit Buntar dan pengerusi biro perpaduan nasional PAS
* Sim Tze Tzin, 39, ahli Parlimen Bayan Baru dan pengarah strategi PKR
* Maria Chin Abdullah, 59, pengerusi Bersih 2.0
* N Surendran, ahli Parlimen Padang Serai (PKR)
* Nurul Izzah Anwar, 34, ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR
* Dr Dzulkefly Ahmad, 59, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS
* Anthony Loke Siew Fook, 38, ahli Parlimen Seremban MP dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
* Zairil Khir Johari, 32, ahli Parlimen Bukit Bendera, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan ketua pegawai eksekutif Institut Pulau Pinang
* Datuk Ambiga Sreenevasan, 59, peguam dan penaung Negara-ku
* Hanipa Maidin, 46, ahli Parlimen Sepang (PAS)
* M. Kulasegaran, 58, ahli Parlimen Ipoh Barat dan naib pengerusi DAP
* Mohd Azmin Haziq, 45, pengarah urusan syarikat swasta
* Ropinah Abdul Hamid, 51, konsultan.
TMI: Adakah anda masih percaya dalam Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan?
Surendran: Ia mencapai kejayaan besar mencipta sejarah memecahkan majoriti dua pertiga BN dalam dua pilihan raya umum berturut-turut dan memenangi beberapa negeri. Ia melakukannya dengan menempuh pelbagai rintangan. PR berjaya membuatkan Malaysia semakin hampir dengan sistem 2 parti.
Ambiga: PR buat pertama kali menyediakan rakyat dengan satu parti alternatif yang jelas. Ini bermakna, untuk kali pertama, kita ada peluang menjadi demokrasi pelbagai parti, sesuatu yang kita cita-citakan. Sejak 2008, pembangkang mula menampakkan kehadiran sebenar mereka di Parlimen dan mereka sudah tentu bertanya soalan yang penting di Parlimen dan mengingatkan kerajaan akan tanggungjawab mereka dalam banyak isu.
Zairil: Ya, satu-satunya cara membawa perubahan dan reform di Malaysia ialah melalui pilihan raya, dan kita tidak boleh berharap untuk menang tanpa adanya parti alternatif yang berwibawa dan kuat mewakili semua rakyat Malaysia.

Altantuya, Razak and Najib: The open questions

Late PI Bala's lawyer challenges former accused to tell the 'boring' truth if he knows it.

PETALING JAYA: Razak Baginda, the man once implicated in the Altantuya Shaariibuu murder case, has been challenged to tell what he knows, “boring or not”, respond to many unanswered questions about the killing, and about any involvement of then-defence minister Najib Razak and his aide Musa Safri.
najib-altantuya-razak-baginda2
Lawyer Americk Singh posed a series of questions to Razak Baginda, in a statement released after an interview with Razak Baginda was published in the Malaysian Insider, and said: “What Razak Baginda is trying to make us believe is totally illogical.”
He questioned why Razak Baginda appeared to be trying to shield Najib. “He keeps saying Najib is an innocent victim, that Najib has been dealt with unfairly, that this is all a political stunt and that there is no connection between Najib and Altantuya’s death” &…..; even though no one had accused Najib of being involved, Americk said.
The lawyer pointed out that Razak Baginda had yet to specifically deny that he had told Bala about Najib’s involvement with Altantuya, as Bala had stated.
Americk asked why Razak Baginda had avoided mentioning anything about “Najib, Rosmah, Nazim Razak, Deepak and a host of other personalities” being involved in ensuring that private investigator P Balasubramaniam and his family were evacuated from Malaysia after Bala made his statutory declaration. “This doesn’t really lend any credibility to Razak Baginda’s assertion that Najib is an innocent victim of political subterfuge.”
Americk had represented the late P Balasubramaniam, who was hired by Razak in connection with alleged harrassment by Altantuya. Bala later made a statutory declaration about his involvement in the case, recounting events in detail, but was forced to go into self-exile in India for six years. He returned in March 2013 but died of a heart attack a few weeks later.
Americk asked whether Razak Baginda was trying to shield Najib Razak, whether Razak “knows more about this whole sordid affair than he is letting on” and questioned how two policemen and a Najib aide, Musa Safri, became involved.

Rosak politik kerana anggap peluang dapat harta kata Presiden PAS

KUALA NERUS: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kefahaman terhadap politik hari ini telah rosak apabila menganggap itu peluang dan bukan sebagai amanah.
Sedangkan, katanya ajaran Islam menetapkan politik itu merupakan satu amanah yang besar dalam memimpin negara.
“Politik adalah memimpin negara. Islam mengajar memimpin negara adalah amanah yang besar.
“Tiba-tiba orang menjadikan memimpin negara, memimpin kerajaan bukan amanah tetapi peluang untuk mendapat harta. Peluang untuk memberi kesenangan kepada kroni-kroni dan pengikut-pengikut, bukan menunaikan amanah.
“Memilih pemimpin dengan duit bukan kerana kebolehan dia menunaikan amanah. Politik sudah rosak kerana orang menganggap ia (politik) itu peluang, bukan amanah,” tegasnya ketika berucap merasmikan Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.1 di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, malam tadi.
Menurutnya, Islam merupakan penyelesaian segala masalah kerana Islam itu adalah ajaran agama dan politik.
“Politik adalah amanah dan kita wajib menukar (pemikiran) masyarakat kita supaya memahami, memilih pemimpin itu satu amanah,” jelasnya di hadapan ribuan hadirin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa PAS amat menghargai pelbagai kaum yang terdapat dalam negara ini.
Katanya, orang Melayu perlu bangkit bersama-sama dengan kaum lain yang berani membuat perubahan politik sebagai satu amanah.

Hikayat 1MDB: 1MDB bukan SWF dan bukan guna duit rakyat........

Bila 1MDB menerbitkan bond pertama nya RM5 billion, pegawai 1MDB semua menyatakan ini sebagai suatu breakthrough. Mana pernah ada bond diterbitkan selama 30 tahun pada kadar kupon rate 5.9%? ini pencapaian yang unik.

Perbandingan dengan bon yang diterbitkan oleh PETRONAS selama 3 tahun pada kadar 3% tidak tepat. Peminjam yang beri tempoh 30 tahun mesti dapat pulangan yang lebih tinggi. Rakyat harus berbangga dengan pencapaian ini.

Tapi kalau pulangan nya hampir 6% mengapa tidak bentuk Trust Fund didalam negara sendiri? Semua rakyat Malaysia yang banyak duit dan patriotic akan membeli bond tersebut. Siapa nak beri pulangan 6%?

EPF pun tak beri kadar tersebut apatah lagi bank2 biasa.

Ok kita jangan banding dengan PETRONAS. Dengan Indonesia boleh? Bank Pusat Indonesia telah jual bond 10 dan 30 tahun pada kadar pulangan 3.5%.  Jadi kenapa 1MDB jual bond pada kadar 5.9% dan ada kadar diskaun 20%? 

Maka kalau dalam suatu  pertemuan ada yang kata somebody is going to jail, mungkin ianya akan benar terjadi. 

Rupa nya ramai tak faham. Saya tak faham. Dr Mahathir tak faham.

1MDB bukan Sovereign Wealth Fund. Bodoh kita semua. Saya bodoh takpelah. Tapi Dr Mahathir?

Ia sebuah firma biasa yang melabur dalam industry2 strategic. Sovereign Wealth Fund melabur wang durian runtuh atau windfall gains DILUAR negara.

1MDB labur SANA SINI dalam industry strategic- dia gabung dengan strategic partners dan menarik pelaburan asing lansung.

Ini perbezaan yang besar. Ramai orang tidak faham. Saya tidak faham. Dr Mahathir rupa2 nya tak faham. Bukan saya kata. Tan Sri Wok Lodin Kamarudin yang kata.

Tapi Dr Mahathir , saya dan ribuan rakyat tahu satu perkara sahaja. Bila ada skim nak gasak duit rakyat. Why drag the country and our economy into the business adventures of a company performing as a private limited company?

1MDB: Ananda to the rescue?

Ananda KrishnanMalaysia’s second-richest man Ananda Krishnan will lend 1Malaysia Development Bhd (1MDB) RM2 billion to settle a loan to local banks, two people familiar with the matter said, helping pave the way for a US$3 billion (RM10.85 billion) IPO by the state investor.
The people, who declined to be identified due to the sensitivity of the matter, said Ananda was currently negotiating the terms of the loan with the state firm.
Earlier this month, Reuters reported that Ananda was in talks with 1MDB to become a cornerstone investor in the long-delayed listing of its power assets, which is likely to take place in the first half of this year.
“It is just a plain loan for now. We don’t know for certain how this will translate into an equity stake in 1MDB’s power unit,” one of the people said.
Najib as 1MDB advisor1MDB officials declined to comment. Officials at Ananda’s investment vehicle Usaha Tegas were not immediately available to comment.
1MDB has already twice missed payments on the RM2 billion bridge loan it took from local banks Malayan Banking Bhd (Maybank) and RHB Capital Bhd. That hit its bonds and fuelled broader investor concerns about Malaysia’s economy.

Konflik dalaman MIC di tahap tiada kompromi

Hubungan pimpinan tertinggi DAP lebih santun dan tidak bercakaran berbanding parti komponen BN itu.

SHAH ALAM: Konflik dalaman MIC antara Presiden dan Timbalan Presidennya disifatkan sudah mencapai kemuncak sehingga tidak memungkinkan kompromi dapat dicapai, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
MIC saravananMalah beliau menyifatkan, krisis parti itu lebih kritikal berbanding masalah Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“Pihak yang lebih kritikal itu sebenarnya ialah MIC (berbanding DAP) walaupun terdapat campur tangan ROS namun perpecahan dalaman itu nampak ketara,” jelasnya.
Menurutnya, hubungan pimpinan tertinggi DAP lebih santun dan tidak bercakaran berbanding parti komponen BN itu.
“Bagi MIC ia satu perkara yang sangat berbeza kerana pertikaian itu sudah sampai kemuncak, tiada kompromi antara pasukan Presiden dan pasukan Timbalan Presiden,” katanya, lapor Sinar Online.
Pada 5 Disember lepas, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga berkata, dilema yang dihadapi DAP itu tidak melibatkan pertikaian dalam kalangan pemimpin tertinggi parti itu.

KEBANGKITAN ASIA – APAKAH MALAYSIA AKAN KETINGGALAN

Telah ‘riuh-rendah’ diperkatakan oleh cerdik pandai tentang isu mengenai kebangkitan Asia – tentang zaman yang akan datang ini adalah ‘kepunyaan’ Asia khususnya China dan India.Kishore Mahbubani dalam bukunya,’ The New Asian Hemisphere’ menyatakan,’ The rise of Asia will be good for the world. Hundreds of millions of people will be rscued from the clutches of poverty……it is clear that the rise of Asia has brought more ‘goodness’ into the world. In purely ethical terms, the West should welcome the transformation of the Asian condition”
Dan tentang kebangkitan negara China dan India yang pastinya akan menggugat negara-negara Barat lain terutamanya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah telah menjadi bualan masyarakat dunia kini. Dan yang agak mengejutkan juga laiah tentang kemungkinan kebangkitan Indonesia yang dijangkakan akan menyamai kemajuan yang dicapai oleh China dan India tidak berapa lama lagi. Diramalkan dalam masa kurang daripada 30 tahun Indonesia juga akan berada di tempat sebagaimana yang dinikmati oleh China dan India ketika ini. Sama ada betul atau tidak kemungkinan demikian berlaku, hanya waktulah yang akan menentukan.
Yang pasti merunsingkan kita dan yang sepatutnya difikirkan oleh rakyat Malaysia ialah apakah Malaysia akan bersama-sama ‘berlumba’ untuk meletakkan diri kita ditempat sebagaimana China atau India itu ataupun kita hanya sebagai ‘pemerhati’ dan ‘penonton’ melihat tentang kemajuan yang dicapai oleh negara-negara berkenaan disamping negara-negara lain seperti Singapura, Jepun, Korea dll. Malah Vietnam yang dulunya dianggap negara msikin yang sentiasa berperang, kini telah mula mengorak langkah untuk sama-sama berlumba dalam ‘perlumbaan’ ini.
Pada tahun-tahun 1990an, Malaysia telah pun berada bersama di barisan hadapan dengan Singapura, Hong Kong, Taiwan dan hampir menyamai Korea Selatan dan Jepun. Sehingga negara kita juga telah mendapat jolokan dan digelar sebagai ‘harimau Asia’ yang baru muncul. Itu dulu. Dan kini menampakkan bahawa negara kita sudah agak terkebelakang dan tidak lagi ‘digeruni’ oleh negara-negara lain yang sedang membangun. Dan jarang sekali disebut di arena antarabangsa sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.
Tentulah  sedih mengenangkan keadaan demikian.
Dan mengapa pula terjadi begitu keadaannya. Mengapa pula apabaila kita hampir-hampir berada di hadapan tiba-tiba kita berada ditempat yang hampir tercorot, walaupun media arus perdana kita sentiasa ‘mendendangkan’ yang kita sedang bergerak maju. Rakyat sentiasa ‘dihiburkan’ dengan cerita-cerita yang mengembirakan tetapi sebenarnya cerita kita adalah cerita ‘luka’

GPMS Patut Belajar Tentang Demokrasi

oleh FARHAN HAZIQ MOHAMED
Saya merupakan salah seorang alumni Sekolah Demokrasi dan merupakan anak muda yang belum menyertai mana-mana parti politik.
sekdem alumnusKenyataan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah baru-baru ini yang menyerang Sekolah Demokrasi anjuran DAP seperti yang diterbitkan sebuah portal berita tempatan adalah sangat tidak wajar. Malah seolah-olah mendengungkan serangan demi serangan tidak berasas dari cybertrooper anti-Pakatan Rakyat ke atas Sekolah Demokrasi.
Mereka memberikan alasan bahawa dikhuatiri Sekolah Demokrasi “menerapkan ideologi bertentangan dengan perlembagaan negara”.
SINAR2Kenyataan itu jelas sekali menunjukkan GPMS Kedah tidak tahu sedikit pun apa yang diajarkan di dalam Sekolah Demokrasi. Sebab itu mereka berulang kali menyerang dengan bersandarkan sikap penuh prejudis tanpa usul periksa.
Setakat penglibatan saya bersama Sekolah Demokrasi, kami tidak pernah diajar untuk melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya dari pengamatan saya, setiap perkara yang dikongsi menghidupkan lagi semangat Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kebebasan, keadilan dan keharmonian hidup bersama tanpa mengira kaum. Serta menolak amalan perkauman dan sikap melampau.
Di dalam Sekolah Demokrasi, peserta dari pelbagai latar belakang, agama, etnik dan faham politik dapat duduk bersama dan belajar. Peserta tidak segan-segan membahaskan apa saja termasuklah dibenarkan untuk berbeza pandangan dengan jurulatih dan penyampai kuliah.
Suasana dalam Sekolah Demokrasi inilah sepatutnya wujud di dalam politik hari ini yang hanya penuh dengan indoktrinasi kosong dan politik fitnah.

Pantau Sekolah Demokrasi: GPMS Kedah Tidak Mencerminkan Golongan Terpelajar


tiles_sekdem2b

oleh EDRY FAIZAL

Merujuk kepada laporan Sinar Harian bertajuk Perlukah sekolah demokrasi?  berkenaan tindakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menyeru pihak berkuasa memantau Sekolah Demokrasi, saya berpandangan ia adalah satu tindakan gelojoh dan tidak mencerminkan golongan terpelajar.
Tanpa sebarang maklumat mencukupi tentang Sekolah Demokrasi, GPMS Kedah terus membuat kesimpulan bahawa Sekolah Demokrasi mestilah dipantau pihak berkuasa.
SINAR2Sekiranya GPMS Kedah ada sifat budiman, tentu mereka akan bertanya kepada pihak penganjur, mana-mana alumni Sekolah Demokrasi atau turut serta sendiri bagi memahami program berkenaan. Bukannya gelojoh menyeru pihak berkuasa memantau hanya berdasarkan paranoia tidak berpenghujung.
GPMS Kedah juga membuat pertuduhan bahawa penggunaan perkataan ‘sekolah’ pada Sekolah Demokrasi boleh mengelirukan masyarakat. GPMS Kedah tidak seharusnya memandang rendah kemampuan berfikir masyarakat. Seolah-olah masyarakat tidak mampu membezakan antara ‘sekolah’ sebagai sebuah institusi pendidikan dan ‘sekolah’ dalam erti kata umum, tempat belajar.
Yang lebih mengelirukan sebenarnya adalah gelaran ‘pelajar’ di dalam nama GPMS Kedah. Ini kerana tindakan mereka tidak langsung menggambarkan sifat-sifat insan terpelajar dan menjunjung tinggi budaya ilmu.
Sesebuah negara demokrasi itu hanya mempunyai makna apabila warganya terdidik. Bukan saja dengan pendidikan kurikulum, ko-kurikulum atau kemahiran, tetapi juga harus terdidik tentang hak dan peranan mereka sebagai warga sebuah negara.

Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat - Waris MH370

Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat - Waris MH370
SUBANG JAYA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370 mahu deklarasi kesemua 239 penumpang yang diisytiharkan terkorban oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Khamis ditarik balik.

Ia jelas dinyatakan Grace Subathirai, anak salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy yang melihat pengumuman itu tidak sah selagi tidak ada sebarang kesimpulan daripada misi pencarian pesawat malang berkenaan.

"Seharusnya ditarik balik, mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai?

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam, kami juga tidak dimaklumkan malah tidak diberitahu apa-apa sebelum keputusan mengadakan sidang media itu," katanya semasa sidang media khas waris MH370 di sini hari ini.

Pada Khamis, DCA dengan rasminya mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 rakyat Malaysia.

Sementara itu, situasi sama berlaku di Beijing apabila ahli keluarga penumpang MH370 turut menolak deklarasi yang diumum DCA.

Harga baharu minyak mulai 12.01 malam ini

Harga baharu minyak mulai 12.01 malam ini
KUALA LUMPUR - Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam esok sebelum berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam, 1 Februari.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti.
“Kita akan teruskan begitu sebagaimana yang telah dibuat pada 1 Januari lalu. Dalam masa sama, saya juga tidak boleh menahan mana-mana pihak untuk membuat spekulasi berhubung harga minyak kali ini. Tunggu keputusannya tengah malam esok jika tiada apa-apa masalah,” katanya selepas merasmikan Program Keusahawanan Bumiputera Coolblog di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), Datuk Abdul Rahman Ahmad; Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin; Pengerusi Coolblog merangkap Pengarah Kanan Pelaburan Ekuinas, Nik Johaan Nik Hashim dan Pengarah Universiti Antarabangsa Unitar, Ijlal Nadzir.

'Pas tak bimbang jika keluar Pakatan' kata MP Kuala Nerus

'Pas tak bimbang jika keluar Pakatan'
KUALA TERENGGANU – Pas tidak bimbang sekiranya kemelut dengan DAP berakhir dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu mampu berge­rak bersendirian bagi meneruskan perjuangan hakikinya menegakkan syariat Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak menghadapi masalah jika tidak lagi diperlukan dalam pakatan pembangkang memandangkan parti itu telah wujud sekian lama dan pernah memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan mana-mana parti.
Beliau menjelaskan, apa yang penting Pas sentiasa berpegang pada prinsip perjuangan berdasarkan akidah dan kemenangan yang pernah diraih adalah dengan keizinan Allah.
“Pas tak ada masalah kalau pakatan terungkai kerana Pas adalah parti lama dan pernah menang sendiri dan juga pernah menang bersama. Kalau hari ini sudah tak boleh bersama DAP, kita sendiri atau mungkin dengan orang lain pula.
“Akan datang sekiranya terungkai pakatan pembangkang, kita tak bimbang kerana perjuangan Pas berasaskan akidah. Kita yakin menang apabila Allah beri kemenangan kepada kita.
“Apabila Allah nak beri menang, Allah buka hati manusia. Tak kira siapa mereka. Allah boleh buka hati orang Cina untuk sokong Pas walaupun tak masuk DAP. Itu hak Allah dan itu akidah kita. Sebab itu kita tak bimbang sesama makhluk sebab kita buat kerja kerana Allah,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha bersempena program Harap 3.1 Himpunan Harapan Semua selama tiga hari bermula semalam di Kampung Telaga Daing di sini hari ini.

Samy Vellu: MIC dalam keadaan cukup teruk

KUALA LUMPUR  – Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan krisis dalaman kronik yang melanda parti itu adalah disebabkan sikap lupa diri kepemimpinan semasa, sehingga meletakkan MIC dalam keadaan cukup buruk.
Menurutnya, kepemimpinan semasa MIC tidak lagi meletakkan kepentingan masyarakat India dan parti sebagai keutamaan, sebaliknya mereka lebih gemar untuk bertelagah sesama sendiri sehingga menyebabkan MIC menjadi semakin hilang arah.
 Samy Vellu: MIC dalam keadaan cukup terukSamy yang kini Duta Khas Malaysia bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan berkata, keadaan itu jauh berbeza berbanding MIC ketika di bawah terajunya, tetapi yakin krisis tersebut mampu diselesaikan andai kepentingan diri dapat diketepikan.
Pada masa yang sama, beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Presiden, Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berdasarkan pengalaman 32 tahun mentadbir MIC.
“Tiada siapa yang pedulikan komuniti India dan parti. Ada empat, lima orang sahaja yang bekerja (di pejabat). Ini bukan MIC yang saya pernah tadbir dulu. Pemimpin sekarang tidak ada masa untuk ke pejabat parti dan memberi khidmat pada masyarakat.

Advertisement
“Adakah mereka dapat menyelamatkan parti ini (dalam keadaan sebegitu)? Mereka sekarang tiada masa untuk masyarakat dan lupa diri,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil Kesembilan di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

4 pembohongan proksi & tentera siber Umno

Oleh Lim Kit Siang

4 pembohongan proksi & tentera siber Umno
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak polis menyiasat seorang pengguna laman Twitter kerana mendakwa kehilangan pesawat MH370 adalah satu konspirasi dan bukannya kemalangan.
Dalam SMS kepada Malaysiakini, Khalid menyifatkan mesej pengguna Twitter itu sebagai berniat jahat dan meresahkan.
“Kita sedang cuba menenangkan waris. Jadi jika tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan MH370, jangan celupar dan berkata sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak disokong dengan bukti-bukti” katanya. (We are trying to calm down the next-of-kin. So if you don't know what's really going on with MH370, don’t just shoot your mouth off and say something senseless which is uncorroborated by evidence.)
Pada jam 11.12 pagi hari ini, seorang pengguna Twitter menghantar tweet kepada saya, mendakwa sayalah punca rusuhan kaum 13 Mei, dan pada 12 Mei 1969 kononnya saya berkata, “Melayu Balik Kampong. Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Ini adalah satu penipuan dan pembohongan kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 12 Mei 1969. Malah saya tidak berada di Kuala Lumpur antara 11 hingga 13 Mei 1969 seperti yang boleh dibuktikan oleh rekod-rekod Cawangan Khas.
Tweet yang jahat ini bukanlah kali pertama, tetapi merupakan yang terbaru dalam lambakan pembohongan mengenai pemimpin DAP oleh tentera siber Umno yang cuba mencetuskan kebencian, sikap tidak toleran dan ekstremisme yang akan membinasakan fabrik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sekiranya tidak diambil tindakan.
Khalid tidak boleh mengabaikan tweet yang begitu bahaya kerana saya mengecam muslihat dan salah guna media sosial secara pengecut beberapa kali sebelum ini.
Kenapa Khalid tidak mengarahkan pihak polis menyiasat pengguna Twitter di kalangan tentera siber Umno yang hanya bertujuan menyebarkan penipuan, kebencian dan ekstremisme di Malaysia?
Adakah Khalid mahu saya sendiri mengemukakan bukti-bukti tweet jahat ini sebelum beliau boleh mengambil tindakan?
Wujud satu fenomena pelik sepanjang minggu lalu di kalangan proksi Umno dan tentera sibernya sejak kenyataan mengejutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan boleh mengakibatkan tragedi rusuhan kaum 13 Mei berulang kembali.
Ini diikuti oleh serangan yang sistematik dan tersusun ke atas pemimpin DAP melalui media sosial oleh proksi dan tentera siber Umno.
Sepanjang minggu lalu, proksi-proksi Umno dan tentera sibernya menyebarkan empat penipuan mengenai DAP dan isu “undi ketiga” yang mesti dipatahkan.
PEMBOHONGAN PERTAMA: Dakwaan mereka yang DAP cuba mendapatkan kawalan penuh ke atas negara melalui pengembalian undi ketiga, dengan mendakwa adalah rampasan kuasa oleh kaum Cina pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang merugikan orang Melayu – malah mendakwa DAP sudah pun mempunyai kelebihan untuk melakukannya kerana 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negara sudah dikuasai DAP.

Kenapa Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya? soal peguam

Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.

Americk yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.
Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.
"Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat.
Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.
Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.
(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib.

Putrajaya tak berhati perut buat pengumuman kematian, kata waris MH370

Kelly Wen, isteri penumpang dari China yang dikenali sebagai Li, melahirkan rasa kecewa dengan cara Putrajaya membuat  pengumuman itu.
Pada Khamis, Jabatan Penerbangan Awam mengadakan siaran langsung di kaca televisyen dan Ketua Pengarah Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan, pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dalam satu kemalangan
"Saya tidak akan terima pengumuman kehilangan tanpa memperolehi sebarang bukti tentang nasib sebenar pesawat itu," kata Wen pada sidang akhbar yang diadakan oleh waris penumpang dan anak kapal MH370 di Subang Jaya malam tadi.
"Saya sudah berada di Malaysia lebih satu minggu atas urusan peribadi apabila saya dapat tahu pengumuman akan dibuat mengenai MH370," kata Wen.
"Saya bertanya dengan kedutaan China dan pejabat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kedua-duanya kata tiada pengumuman dijangka dibuat."

MH370: Waris tak terima pendirian Putrajaya


Empat waris mereka yang menaiki pesawat MH370 yang hilang, tidak boleh menerima pendirian Putrajaya tanpa sebarang bukti bahawa orang yang mereka sayangi itu telah meninggal dunia.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur malam tadi, mereka berkata adalah tidak sesuai untuk mengisytiharkan mereka dalam pesawat itu telah meninggal dunia kerana usaha mencarinya masih berjalan.

"Saya bantah keras, tidak puas hati, kecewa dengan pengumuman mereka," kata seorang ahli keluarga dari China, yang hanya dikenali sebagai Kelly.

Yang lainnya berang kerana pihak berkuasa memutuskan untuk membuat pengumuman itu melalui akhbar dan tidak memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu secara peribadi.

Jacquira Gonzalez, isteri kepada penyelia dalam penerbangan Patrick Gomes, berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak sensitif dengan berbuat demikian.

Sementara itu, yang lain membidas dakwaan DCA bahawa Putrajaya memutuskan untuk mengisytiharkan pesawat sebagai hilang untuk membantu proses tuntutan insurans ahli keluarga.

"Mereka berkata, mereka mahu membuat (proses) pampasan (lebih mudah). Kami tidak berminat dengan pampasan mereka.

MH370: Waris kecewa dengan pengumuman DCA

unnamed (2) (1)
Antara waris anak kapal dan penumpang MH370 yang menghadiri sidang media di Holiday Villa, Subang, pada Jumaat.

SUBANG JAYA, 31 Januari:

Waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 kecewa dengan pengumuman Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pada Khamis, yang mengisytiharkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan, walaupun operasi mencari masih diteruskan.
Perkara itu diluahkan waris mangsa MH370 dalam satu sidang media di Holiday Villa, Subang, pada Jumaat.
Mereka turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan DCA membatalkan pengumuman perkembangan terkini yang dijadualkan berlangsung pada jam 3.30 petang Khamis, kerana kehadiran waris pada sidang media itu.
Susulan itu, lebih 30 ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 yang hadir di Dewan Serbaguna DCA, Putrajaya, pulang dengan kecewa, selepas sidang media itu dibatalkan.
Jacquita Gonzales, isteri kepada Penyelia Penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes menyifatkan DCA bertindak kurang sopan dalam menangani situasi itu.
“Pengumuman semalam (Khamis) adalah sesuatu yang mengejutkan, kerana tidak menyangka kami diberitahu, sama seperti orang lain di dunia ini,” katanya.
Jelasnya, pihak berkuasa perlu memaklumkan keluarga mangsa terlebih dahulu, berhubung perkembangan terkini pesawat MH370.