Jumaat, 30 Januari 2015

TG Nik Abdul Aziz boleh berdiri dengan sokongan


KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, walaupun masih keletihan, ayahanda telah mampu jalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai perkembangan kesihatan ayahandanya menerusi facebook, malam ini.
Semalam, katanya ayahanda beliau, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa ke bilik fisioterapi untuk latihan berdiri.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana ayahandanya itu boleh berdiri dengan sokongan sekitar setengah jam.
Nik Abdul turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menziarahi ayahandanya, semalam.
"Walau pun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," tulisnya lagi.
(Gambar: Tuan Guru ditunjukkan surat perutusan khas dan doa daripada ulama tersohor, Syeikh Ali As-Shobuni untuk kesihatan beliau. Tuan Guru pernah dikunjungi syeikh tahun lepas di Kelantan.)

Sabotaj ekonomi negara: Tindakan tegas menanti kata Najib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan perlu meneliti semua bukti berhubung cubaan mensabotaj ekonomi negara oleh pihak tertentu sebelum mengambil tindakan tegas.

Beliau berkata lagi, sebaik sahaja aktiviti mereka dapat dikesan dan mengenal pasti pelakunya, Najib menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan untuk mengambil tindakan tegas.

"Kita kena perolehi bukti dulu apa yang didakwa dilakukan oleh mereka dan kita berharap bahawa badan-badan kerajaan yang relevan itu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican semalam yang menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut  keuntungan melalui urusniaga mata wang negara.

Jelasnya, perbuatan itu bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Katanya lagi, kajian juga perlu dilakukan sama ada perbuatan sabotaj itu boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010 untuk memastikan pencegahannya lebih berkesan.


Lim debunks ’4 big lies’ about DAP

Kit Siang says Umno is behind the attacks over DAP's push for the 3rd vote and he replies to the accusations.

KUALA LUMPUR: DAP Parliamentary Leader Lim Kit Siang has accused Umno front organisations and cybertroopers of spreading four “big lies” about DAP as his party’s push for local government elections gathers momentum.
“This must be debunked,” he said in a press statement today.
4 big lies2The first lie, he said, was their allegation that DAP was seeking full control of the country through the restoration of the so-called third vote, suggesting that it was a post-GE13 grab for political power by the Chinese at the expense of the Malays. DAP, according to this allegation, was “on the verge of grabbing political power since 60% of state assembly seats in the country are already under the party’s control”.
Lim said there were fatal mistakes in this theory.
“DAP does not control 60% of the state assembly seats,” he said. “The three Pakatan Rakyat parties, i.e. DAP, PKR and PAS, together have 229 seats or 45% of the total of 505 state assembly seats in the country.
“The DAP, right from its establishment 49 years ago, has been committed to the goal of being a party for Malaysians. DAP is the first Pan-Malaysian political party with branches in all states in the country.”

Pampasan 2.6 juta: Peguam sudah hantar notis balas kepada MBI – Faekah

Mengikut perkiraan, tempoh 14 hari itu akan berakhir pada 1 Februari 2015 ini.

faekahPETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin menyatakan peguamnya iaitu Tetuan Bon & Associates sudah menghantar notis balas kepada Permerbadanan Menteri Besar (MBI) pada 19 Januari lalu.
“Kami telah meminta mereka (MBI) jawab dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis,” ujarnya ringkas dalam satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Free Malaysia Today
Mengikut perkiraan, tempoh 14 hari itu akan berakhir pada 1 Februari 2015 ini.
Sebelum ini, Faekah telah dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan bagi mengelak sebarang prejudis dalam isu pampasan berkenaan.
Sementara kerajaan negeri Selangor menyatakan telah bersedia untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Faekah dan tujuh bekas pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu selepas tempoh 14 hari pemulangan pampasan tamat pada 19 Januari.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam untuk meneruskan prosedur undang-undang terhadap mereka yang enggan memulangkan pampasan berjumlah RM2.6 juta.
“Kita sudah merujuk kepada peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang enggan memulangkan wang tersebut,” katanya.

1Malaysia tiada yg luar biasa...

 rasuah...bunuh...harga naik...banjir...hilang...songlap duit rakyat...
semuanya BIASA....
Only in 1Malaysia

IGP: Kita tak akan tahu motif bunuh Altantuya

Nampaknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyertai barisan panjang mereka yang masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyentuh isu itu dalam respon kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang semalam menyifatkan pembunuhan bekas kekasihnya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".
                     
Razak Baginda (kiri), yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa walaupun "elemen jahat" wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis.

"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.
 

Rafizi: RON95 sepatutnya RM1.62 seliter mulai Feb ini


Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion?


1MDB…..daripada banyak duit sampai berhutang tapi tak mampu bayar pinjaman hutang sendiri? Tepuk dahi Berita semasa melihatnya…Ibarat cacing yang kepanasan, lembu yang sedang dikorbankan mengelupur tidak tentu hala. Akhirnya apa yang 1MDb mampu lakukan sekarang ini?
“Korek lubang, tutup lubang”
1MDB terpaksa meminta talian hayat daripada Ananda Krishnan bagi melangsaikan pinjaman hutang Rm2 bilion dengan Maybank, RHB

Laporan Berita Terkini 1MDB Malaysia oleh The Edge

1MDBJikalau anda semak laporan berita terkini The Edge berdasarkan pinjaman hutang RM2 bilion yang bakal diberikan Ananda bagi menjelaskan pinjaman hutang Maybank RHB, Tan Sri Ananda Krishnan akan diberikan majoriti pegangan dalam Powertake Investment Holdings Sdn Bhd. Jikalau berdasarkan nilaian hari ini, Ananda Krishnan sudah untung RM6,000,000,000 di situ sahaja. Hebat taikun telekomunikasi ini berniaga…
1MDB bought Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd owned by Ananda Krishnan at RM8.5 billion (with RM6.17bil loan) and renamed to Powertek Energy Sdn Bhd became a subsidiary of Powertek Investment Holdings Sdn Bhd in 2012.
Manakala 1MDB masih lagi terhegeh-hegeh menanggung hutang di sana sini.
After having acquired Tanjong’s power plants for a total of RM8.5bil, 1MDB also acquired the Genting group’s power generation unit for RM2.38bil.
To purchase Genting Sanyen Power, 1MDB took up a bridging loan of RM607mil that is payable on a semi-annual basis over 42 months.
Hutang lagi…..1MDB. Hebat anda berniaga. Akhirnya Ananda Krishnan yang kenyang.

Risiko Pelaburan 1MDB Kepada Ekonomi Malaysia?

Bagi Berita Semasa melihatkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 3%-5% pada tahun 2015 ini, memnang tiada masalah di situ. Masalahnya sekarang ini, “lubang-lubang gomen” seperti 1MDB ini yang telah membawa kepada apa yang dipanggil sebagai “systemic risk”
  1. Systemic risk: Aka Jangkitan. 1MDB tidak mampu bayar hutang, bank mula sangkut daripada “capital adequacy ratio”.
  2. Apabila Bank mula sangkut = ia sekaligus akan mengehadkan keupayaan bank untuk memberi kredit, yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
  3. Itu belum masuk lagi “contingent liability” kepada kerajaan Malaysia (yang boleh membawa kesan kepada defisit bajet) bahkan juga kesan rantaian kepada para pemodal melalui pendedahan mereka kepada nota gadai gomen dan 1MDB itu sendiri.
  4. Di bawah ini Berita semasa sertakan bersama laporan berita pernigaan yang disediakan oleh StarBiz pada 23 April 2014 yang mana menunjukkan liabiliti luar jangka yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian?

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
MUNGKIN itulah perkataan yang akan keluar dari mulut orang-orang Islam, lebih-lebih lagi mereka yang menjadikan Islam sebagai sampingan, iaitu apabila perlu kepadanya, maka ia diambil dan dipegang sekuat-kuatnya, dan apabila ia tidak diperlukan, ia diletakkan lebih rendah di bawah tapak kaki mereka.

Maka tidak mustahil, golongan seumpama itu, menerima ujian bala secara tunai daripada Allah SWT bagi memberi pengajaran kepada golongan manusia lain agar sentiasa berwaspada dengan tindak-tanduk yang tidak memperlihatkan menentang Allah, kerakuasan manusia dan penentangan mereka serta maksiat yang dilakukannya, adalah punca yang dikenal pasti bahawa Allah tidak teragak-agak untuk mengirim kepada mereka bala seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam seperti tragedi Tsunami di Aceh pada 2004 yang melibatkan majoriti individu muslim.
Terbaru yang dapat kita saksikan dengan mata kepala kita sendiri, musibah banjir yang melanda Kelantan serta beberapa negeri Pantai Timur dan Barat. Ada soalan sinis datang dari mereka yang terlampau anti dengan Kelantan, kata mereka, Kelantan yang bersungguh untuk melaksanakan hukum ‘Hudud’ dilanda banjir, patut kalau sudah bersedia dengan hukum Allah, maka ia sepatutnya tidak dilanda banjir yang teruk dalam sejarah negara.
Kita katakan kepada mereka, menurut kira-kira ilmu dalam Islam, apabila Allah sayang kepada golongan tertentu, maka golongan tertentu itu sahaja yang akan mendapat rahmat-Nya, tetapi sebaliknya jika Allah marah, golongan yang disayangi-Nya dan yang dibenci-Nya semua terpalit dengan musibah atau ujian seperti Tsunami, banjir kilat, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya.
Persoalannya di sini, akibat suara-suara sumbang segelintir individu yang celupar mulut mereka dengan menghina pelaksanaan hukum ‘Hudud’ di Kelantan yang akan dilaksanakan nanti, maka Allah bayar tunai ujian banjir kepada mereka, maknanya yang baik kena dan yang tidak berapa baik pun kena ujian banjir.
Apa pun umat Islam harus sedar bahawa Allah sentiasa mengawasi dan memerhatikan mereka sepanjang masa, sesungguhnya rahmat Allah apabila diturunkan hanya tertumpu kepada orang-orang yang baik-baik sahaja tidak termasuk golongan yang jahat, adapun jika Allah mahu menurunkan bala-Nya, yang baik dan yang jahat akan samasama menerimanya, cuma yang membezakannya ialah orang yang baik mati dalam iman sementara yang jahat mati dalam penentangan terhadap Allah SWT.
Apakah sebenarnya peranan umat Islam di dunia ini ?
Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkaraperkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali ‘Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orangorang yang berjaya.
Umat Islam adalah sebaikbaik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Asas-asas pemikiran anti-Islam

Oleh MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN
DEWASA ini, terdapat kesamaran mengenai menerima Islam sepenuhnya atau menerima Islam dengan cara selektif. Walaupun terdapat arahan-arahan nas secara qat’i dan jelas mengarah semua orang-orang Islam agar menerima Islam sepenuhnya, tetap ada beberapa Muslim masih menidakkan penerimaan Islam sepenuhnya.
Banyak teori-teori dikemukakan atas dasar menerima nilai-nilai Barat seperti sekularisme, liberalisme, hak asasi manusia, hermeneutik, demokrasi dan pluralisme. Antara teori yang dikemukakan adalah pasca-Islamisme yang menerima semua nilai-nilai Barat di atas.

Sebelum teori pasca-Islamisme yang memberi tawaran nilainilai Barat ini dikemukakan, telah wujud teori-teori seumpamanya dikemukakan. Antaranya Jaringan Islam Liberal mengemukakan Islam Liberal dan Islam Progresif.
Kandungannya adalah serupa dan banyak kesamaan. Gerakan sekular di tanah Arab yang berlaku pada awal kurun ke- 20 turut mempunyai kandungan yang hampir sama dengan pasca-Islamisme. Pola yang hampir serupa ini mengingatkan kita wacana-wacana yang dikemukakan oleh para orientalis Barat yang bertujuan menyerang disiplin ilmu agama Islam.
Saya begitu teruja dengan tulisan Izwan Abdul Halim yang turut mengaitkan pasca- Islamisme dengan sekularisme dan teori Islamisasi Ilmu.
Tampak ada kesamaan dengan membandingkan sebegini:
1. Teori Islamisasi Ilmu membawa makna mengislamkan sekular.
2. Teori Pasca-Islamisme pula bermakna mensekularkan Islam.
Persamaannya adalah menerima dua pegangan dalam satu masa iaitu Islam dan sekular. Islamisasi ilmu adalah pendekatan yg cuba mengislamkan pemikiran sekular Barat melalui pengislaman sumber rujukan mereka iaitu sains sosial. Ia menyimpang dari pendekatan asal pencetusnya iaitu Naquib al-Attas yang memfokuskan kepada pengislaman alam ilmu dan fikiran sekular melalui pengislaman bahasa.
Islamisasi ilmu berpunca dengan persidangan pendidikan Islam di Makkah pada tahun 1977.
Ketika itu, Naquib al-Attas, Ismail Faruqi, Pak Natsir, Syed Hassan Ali an-Nadwi turut hadir. Namun, Ismail Faruqi menonjolkan pendekatan yang berbeza dengan gagasan asal dan berbeza dengan gagasan Naquib al-Attas.
Ismail al-Faruqi dan organisasinya gagal mencapai tujuannya kerana mereka masih menerima epistemologi dan metodologi sekular sains sosial walaupun cuba menolak doktrin dan teori-teori sekularnya.

Mat Sabu: Kenyataan Mustafa bersifat peribadi

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
  
Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.
  
"Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di Georgetown hari ini yang disempurnakan oleh Lim.
  
Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berkata kenyataan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang mengatakan beliau (Mustafa) tidak membantah isu itu baru-baru ini, hanya pembohongan semata-mata.

Walaupun saya tiada, Pakatan mesti berani bawa isu penting, kata Anwar

Kurang dua minggu lagi keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas rayuan kes liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) perlu berani membuat perubahan selaras dengan kemahuan rakyat, baik ketika beliau ada atau tidak lagi menerajui gabungan pembangkang itu.
Dalam satu wawancara dengan lidah rasmi DAP, The Rocket, ketua pembangkang itu berkata, PR bukan sahaja perlu kuat dalam membawa perubahan yang rakyat mahukan, tetapi juga perlu kekal sebagai unit yang padu walaupun terdapat perbezaan dalamannya.
Berikutan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013, kedua-dua PAS dan DAP sering bertelagah mengenai beberapa isu.
DAP menyerang PAS susulan hasrat parti Islam itu melaksanakan hudud di Kelantan.
Terkini, mereka berbalah berhubung cadangan DAP menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan, yang dipertikaikan PAS.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lepas selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan beliau atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam laporannya, The Rocket mempersoalkan sama ada PR, yang memenangi 89 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU13, dengan undi popular kira-kira 52%, boleh meneruskan kelangsungan tanpa Anwar.
"Orang lupa yang saya sudah pun dalam penjara apabila PR muncul, memanglah bukan dengan nama PR, tetapi konsep gabungan yang luas ini. Jadi, ini bukanlah sesuatu yang baharu," kata Anwar.
"Ada yang mengatakan kemasukan saya ke penjara malah mungkin boleh menguatkan dan mengukuhkan PR, kerana akan menjadi titik penyatuan. Jadi, saya selalu melihatnya secara positif," katanya.

Anwar: Pakatan tak berpecah sekalipun saya dipenjara


MH370: KPN arah kesan Fazel

Twitter Ketua Polis Negara
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan pasukan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC), PDRM menyiasat seorang pemilik akaun Twitter dengan nama Fazel ekoran tindakannya mengaitkan insiden MH370 sebagai satu konspirasi. 
 
Fazel memberi respons kepada catatan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersimpati dengan tragedi yang menimpa ke atas pesawat MAS itu.
 
Bagaimanapun catatan Najib yang berbunyi, "hari ini (malam tadi) ingatan saya adalah bersama keluarga MH370, pencarian akan diteruskan. Malaysia Australia dan China akan komited untuk meneruskan pencarian pesawat tersebut" dibalas dengan catatan Fazel yang mendakwa ia "ia bukan kemalangan tapi satu konspirasi".
 
Ekoran itu, Khalid menerusi laman mikro Twitter miliknya mengarahkan unit PCIRC untuk mengesan dan menyiasat individu yang menggelarkan dirinya sebagai Fazel itu.
 
"PCIRC, PDRM sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” tulisnya.

Akaun Facebook ‘Suara Keadilan’ palsu – Pengarang

Akaun palsu yang menggunakan nama Suara Keadilan
Akaun palsu yang menggunakan nama Suara Keadilan
KUALA LUMPUR, 30 Januari: Suara Keadilan (SK) hari ini menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)
Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun tersebut.
Jelasnya lagi, akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri oleh stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu tersebut apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.
Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri.
“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” jelasnya lagi.
Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook dan Twitter rasmi Suara Keadilan iaitu, Keadilan Daily selain portal atas talian KeadilanDaily.com.

Harga RON95 RM1.63 seliter pada 28 Jan - Rafizi

KUALA LUMPUR: Harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam hanya RM1.31 seliter pada 28 Januari 2015.

Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Katanya, keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras ke harga hanya RM1.39 seliter pada 28 Januari 2015 (tanpa jamin keuntungan).

Berikut kenyataan penuh beliau.

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 28 Januari 2015 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:

RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded

Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil

Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam ke harga hanya RM1.31 seliter pada 28 Januari 2015.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras ke harga hanya RM1.39 seliter pada 28 Januari 2015 (tanpa jamin keuntungan).

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya sepanjang Januari 2015 adalah jauh lebih rendah dari yang terpaksa dibayar rakyat. Pengguna di Malaysia telah membayar harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran disebabkan dasar penetapan harga oleh Barisan Nasional ini.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.63 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.91 seliter.

Mengekalkan Najib dan kabinetnya, "mahal rantai dari beruk"

Ringgit jatuh lagi dan ringgit merupakan matawang yang paling lemah di Asia. Dalam pertengahan hari semalam ringgit pernah jatuh ketahap 3.6378 berbanding dengan USD. Ini merupakan kejatuhan yang paling teruk dalam enam tahun kebelakangan ini. banyak penganalisa pasaran wang antarabangsa memberikan pendapat yang ringgit akan jatuh lagi sehingga tahap 3.6380 berbanding dengan dollar Amerika dan ini membawa makna negara kita sedang menyaksikan amaran jelas yang ekonomi negara kita akan berkecai dan yang terburuk dikalangan negara-negara di Asia ini.
Ringgit juga jatuh dengan teruknya berbanding dengan banyak matawang lain seperti dollar Singapura yang sekarang ini berlegar dalam lengkongan 2.71 bagi setiap dollar Singapura. Ringgit Malaysia jatuh dengan teruknya berbanding dengan Yuan China dan ini merupakan ‘signal’ jelas yang negara kita telah gagal dalam membendung kejatuhan ekonomi negara kita.
Masalah yang kita hadapi begitu ‘compounding’ dengan kejatuhan harga minyak mentah WTI jatuh sehingga bawah dari paras USD 44 semasa pasaran AS dibuka semalam. Kita belum mendengar apa yang PM Najib hendak katakan kerana beliau terlalu sibuk dengan kegiatan yang beliau sukakan iaitu berada di luar negara untuk melakukan kerja yang lain dari menyelesaikan masalah negara yang beliau ketuai.
Yang selalu mengeluarkan kenyataan tentang ekonomi negara ialah seorang ‘court jester’ bernama Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang harga minyak tidak akan turun dari USD 40. Lagi kerap ‘budak’ ini bercakap tentang ekonomi negara lagi cepat kita hancur dan mengalami kemelut ekonomi yang belum pernah kita lalui dan alami selama ini.
Pemimpin-pemimpin besar negara tidak ada yang mampu bersuara secara yang meyakinkan. Muhyiddin senyap sunyi tentang masalah negara. Ahli-ahli kabinet yang lain tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi pelindung kepada kegawatan yang kita sedang hadapi.
Kita hendak juga mendengar kenyataan pemimpin-pemimpin besar negara. Hishamudin yang sedang menunggu giliran untuk menjadi Perdana Menteri tidak bercakap tentang masalah negara. Ahmad Zahid Hamidi sememangnya tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk bercakap tentang isu yang kita sedang hadapi. Beliau selama ini sibuk dengan perkara lain dan perkara lain itu diketahui ramai. Tidak usah kita bercakap tentang seorang lagi Naib Presiden UMNO dari Sabah itu, tidak lain dan tidak bukan Shafie Apdal.
Najib sudah lah lemah, yang berada dihiraki kepimpinan seperti nama yang saya sebutkan tadi serupa juga. Boleh kah mereka ini kita harapkan untuk menjaga rakyat dan generasi yang akan datang?
1MDB satu lagi ‘biawak hidup’ bagi rakyat. Ini semua ciptaan Najib dan kabinet beliau sekarang. 1MDB menangguhkan lagi pembayaran hutang kepada tiga bank utama negara sebanyak RM2 billion. 1MDB telah pergi kemerata tempat dan institusi kewangan antarabangsa di seluruh dunia dan semua yang berada dalam industri kewangan tahu yang tidak ada satu pun institusi kewangan dan ‘investment banker’ di dunia ini mahu memberikan pinjaman RM2 billion untuk membayar Maybank. CIMB dan RHB Malaysia.

'Tiba masanya warga KL tadbir sendiri'' - BERTINDAK


Pengerusi NGO BERTINDAK, Ishak Surin berkata sudah tiba masanya warga Bandar Raya Kuala Lumpur mentadbir ibu kota itu sendiri.

Katanya, sudah 65 tahun warga ini dinafikan hak untuk memilih wakil mereka dalam pilihan raya kerajaan tempatan.

“Kita nak tadbir ibu kota kita sendiri, kita tolak pentadbiran buli rakyat,” katanya dalam sidang media di majlis perasmian NGO tersebut pagi ini.

Beliau yang turut mengetuai PAS kawasan Batu menjelaskan bahawa BERTINDAK merupakan gabungan NGO yang bekerjasama untuk menuntut agar pilihan raya PBT dilaksanakan semula di Kuala Lumpur.

Gabungan itu antara lainnya menghimpunkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Persatuan Anak-anak Melayu Selangor/Wilayah Persekutuan dan Badan Bertindak Kampung Railway Sentul.

Ishak Surin berkata kebanyakan ibu kota utama di negara lain sudahpun ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat setempatnya, seperti di Manila, Ho Chih Min, Jakarta dan Taipei.

BERSIH akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

Akan terus berjuang demi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih 

KUALA LUMPUR: Ekoran penolakan tuntutan saman pihak kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur, Aktivis Maria Chin Abdullah menyatakan akan terus berhimpun di jalanan.
Baginya, keputusan Mahkmah ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berdemonstrasi di jalanan.
maria chin abdullah Bersih“Kami akan teruskan untuk berhimpun di jalanan kerana itu adalah hak kami, dan kami akan terus berjuang bagi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih,” katanya sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah.
Pada masa sama, Maria turut mengharapkan agar kerajaan tidak mengemukakan rayuan kerana ia akan lebih membazirkan wang, masa dan tenaga rakyat.
“Sudah terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan adalah tidak perlu untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas perkara ini.
“Jika kerajaan membenarkan perhimpunan ini dilakukan, pastinya tidak ada kemusnahan harta awam dan pastinya juga kami tidak ada di sini,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga turut menyatakan bahawa Bersih sendiri tidak pernah menyokong keganasan.
“Mereka yang melakukan keganasan harus bertanggungjawab di atas keganasan yang dilakukan,” ujarnya.
Selain itu, defenden ketujuh, Dr Wong Chin Huat yang menerim wang ganti rugi bersyukur dengan jumlah ganti rugi sebanyak RM51,000 yang diterimanya.
Beliau sebelum ini telah dipukul oleh pihak polis pada perhimpunan itu, menyatakan wang tersebut akan didermakan.
“Duit ganti rugi itu saya akan dermakan kepada tabung kebebasan,” ujarnya.

Bisnes 'ali baba' punca negara rugi - MTEM

KUALA LUMPUR: Pembongkaran bisnes ala ali baba yang melibatkan 13 daripada 19 premis perniagaan di Jalan Silang memberikan perspektif baru terhadap status sebenar hampir 6 juta syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, perbuatan menyalahgunakan peruntukan yang dikhususkan kepada warganegara terutamanya kaum Bumiputera dengan tujuan untuk meraih manfaat ekonomi wajar dikategorikan sebagai perbuatan jenayah yang mesti dihukum.
Pengarah Eksekutifnya, Nizam Mahshar menyifatkan perbuatan ini sebagai kerugian besar yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat Malaysia.
Pendatang asing pula bebas membawa keuntungan ke negara asal mereka, manakala Baba yang sudah kaya akan menjadi lebih kaya dan berkuasa.
"Hasrat untuk membantu menaik taraf kualiti hidup dan ekonomi kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah seringkali dicemuh, sedangkan kumpulan sasaran ini tidak pernah dapat memaksimumkan hasil daripada keistimewaan yang diberikan," katanya.
Menurut beliau, jika dikaji, masalah sebenar berpunca daripada kerakusan para pendukung Ali Baba yang tidak lagi berminat untuk berniaga produk atau perkhidmatan tetapi lebih seronok menjual projek dan peluang perniagaan.
Akibatnya, berlaku penyalahgunaan kuasa di peringkat pegawai kerajaan yang mahu memastikan syarikat pilihan mendapat tawaran, berlaku rasuah apabila pegawai dijanjikan imbuhan, berlaku tenderpreneurism apabila ada usaha melobi diperingkat tinggi tanpa perlu melalui proses saringan yang betul.
"Perbuatan ini juga menyebabkan berlaku monopoli apabila syarikat yang sudah bertapak di sesebuah agensi tidak mahu berganjak, bahkan mencari berbagai helah untuk terus layak membida di agensi yang sama seperti melantik syarikat atau pengarah sebagai proksi, menipu bebanan kerja semasa dan prestasi kerja lampau, menggaji pengarah Bumiputera untuk mendapat kelayakan sebagai kontrak Bumiputera serta lain-lain lagi," katanya.

'Dakwaan Hadi gambar perkauman sempit' - Ishak Surin

Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.

Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak dalam satu sidang media pagi ini.

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ishak merupakan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

Anwar: Pakatan akan terus hidup

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah walau beliau dihumban ke penjara.

Katanya tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun jika keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.

Beliau juga meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali bertindak "lebih berani" untuk membawa perubahan lebih baik dalam Pakatan.

"Tiada ada sesiapapun yang mahu ke penjara. Saya pun tidak mahu ke penjara... Tetapi ada yang mengatakan Anwar berada dalam penjara bermasalah, Anwar di luar pun bermasalah, tapi akhirnya saya lihat dari sudut yang positif.

"Rakyat cenderung untuk melupakan bahawa saya sudah berada dalam penjara apabila Pakatan kuat, sudah tentu bukan dengan nama Pakatan Rakyat, tetapi konsep gabungan ini luas, jadi ini bukan sesuatu yang baru.

"Ada yang berkata saya masuk penjara mungkin boleh menguat dan mengukuhkan Pakatan, kerana akan menjadi titik menyemarakkan orang ramai. Jadi saya selalu melihatnya dalam positif," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR dilapor berkata demikian dalam wawancara eksklusif disiarkan lidah parti DAP, The Rocket.

Hiding behind Anwar won't save Najib from Dr M's wrath: Putting ROSMAH on a 'proper leash' might

Hiding behind Anwar won't save Najib from Dr M's wrath: Putting ROSMAH on a 'proper leash' might
Some Umno leaders feel that the spat between the supporters of Tun Dr. Mahathir Mohamad and Datuk Seri Najib Razak has come to a stage which could be detrimental to Umno. It is true but actually in the end it is the ‘rakyat’ or populace who will have to shoulder the burden.
In the beginning, Najib’s camp was more on the receiving side with Dr. Mahathir taking the lead. In other words, Dr. Mahathir started it first. When Najib could not bear it anymore, his supporters retaliated. While Dr. Mahathir has his points and valid reasons to criticize Najib and give his opinion, it is still Najib who has to make the decisions in whatever the government is doing and trying to do.
It is the same with Dr. Mahathir when he was the Prime Minister. Anybody can say anything but Dr. Mahathir was the one who made all the decisions, no matter whether it was right or wrong, good or bad. But when Dr. Mahathir could not bear it anymore, he either fired his critics or jailed them.
Thus Dr. Mahathir has no moral standing to remove Najib from power which is undemocratic anyway. Dr. Mahathir, is this how democracy should be practiced? If this is your version of democracy, then you are wrong. Dr. Mahathir is only one vote for Najib or against Najib, that too if he even voted! Dr. Mahathir does not represent the majority!
Dr M's camp also poking fire
However, despite the retaliations from Najib’s camp, people in Dr. Mahathir’s camp refused to come to their senses, especially Datuk Kadir Jasin. Thus when Tun Daim Zainudin has been silenced and Datuk Seri Zainudin Maidin has stopped commenting against Najib, things have not settled down.
Kadir Jasin still continues with his attacks with stronger words and even reprimanded Datuk Seri Shahidan Kasim who tried to improve the situation. He is also adamant that Najib supporters have no right to retaliate. But what give Kadir Jasin the idea that only he and Dr. Mahathir’s people have the right to criticize while the others have no right? Kadir, what has gone inside your mind? Have you got nothing else to do?

Mystery man in the Umno power equation: Is it Opposition Leader Anwar Ibrahim - whom both Dr M and Daim fear can tip the balance of Malay power to Najib's hand?
If really Dr. Mahathir badly wants to remove Najib, why is he wandering around the bush? Why wait for extra bullets from Daim? Why not just go and see Sirul and Azilah? Prove that Najib was the mastermind behind the gruesome murder of Altantuya Shaariibuu! Why waste everybody’s time? Why must Dr.
Mahathir keep on stirring things up when our country is facing so many blunders and calamities? Dr. Mahathir, just do it, like what you had done before! Go for the kill!
Put Rosmah on a tight leash
Najib on the other hand must manage the country properly. He should have fired all his foolish advisors who have failed to give him good advices. Najib, can’t you see how many blunders have you made based on their advices? How can you be so foolish to not be able to how bad our country has become now!

Altantuya: Kami semua mangsa permainan politik – Razak Baginda

Jika saya mahukan seorang penterjemah, saya akan dapatkan penterjemah Perancis atau penterjemah British-Perancis.
razak-bagindaPETALING JAYA: “Kami semua mangsa permainan politik,” kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.
Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.
Menurut beliau, Altantuya hanya meminta wang sebanyak AS$5,000 dan RM8,000 dan menyifatkan dakwaan wang komisen AS$500,000 sebagai “sesuatu yang baru”.
Katanya, wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan “seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak.”
“Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam,” jelasnya dalam temuramah dengan portal berita The Malaysian Insider.
Beliau menambah, “Naratif ini disuapkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan setiap orang seperti sekawan kerbau, mengikut.”

Ucapan Timb. Presiden PAS: Majlis Makan Malam Kutipan Dana PRN Sarawak

Peguam Syarie: Mangsa Islam MH370 belum boleh tuntut harta

Mahkamah tolak saman kerajaan Umno@Bn terhadap BERSIH

Samy Vellu willing to be MIC peace broker

10 Feb: Fakta Fitnah 2





Tiada perbincangan kerjasama dengan UMNO – Haron Din

Mana mungkin kami berbincang mengenai perkara itu dalam beliau yang seperti itu?
haron dinPETALING JAYA : Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menafikan khabar angin beliau dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan persetujuan kepada pimpinan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan UMNO.
Katanya, kunjungan yang dilakukan olehnya ke atas Nik Aziz minggu lalu hanya sekadar untuk melihat sendiri keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.
“Tiada perbincangan seumpama itu (kerjasama dengan UMNO). Seperti mana kita tahu Tuan Guru (Nik Aziz) dalam keadaan uzur, jadi mana mungkin kami berbincang mengenai perkara itu dalam beliau yang seperti itu?
“Saya menziarahnya hanya untuk menjenguk keadaan beliau. Tuan Guru sekadar boleh cam saya saja, dia ada mengatakan sesuatu tetapi saya tidak boleh faham,” katanya, lapor Sinar Harian.
Baru-baru ini, tersebar khabar angin melalui media sosial kononnya, Nik Abdul Aziz dan Haron sudah menyatakan persetujuan bagi parti itu mengatur kerjasama dengan UMNO atas dasar agama dan penyatuan ummah di Malaysia.
Mesej melalui aplikasi Whatsapp itu turut meminta orang ramai berdoa bagi memastikan kejayaan dalam kerjasama tersebut.
Haron berkata, beliau tidak mengetahui mengenai khabar angin yang disebarkan itu.

Ananda pinjamkan RM2 bilion jelas hutang 1MDB, menurut sumber

Tokoh korporat T. Ananda Krishnan dikatakan bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat kontroversi itu kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, yang perlu dijelaskan akhir bulan ini, menurut sumber.
Langkah memberi pinjaman tersebut, bagaimanapun, bersifat sementara.

 “Ia (pinjaman) lebih kepada membantu 1MDB meleraikan halangan – kedua-dua bank itu – berbanding yang lain. Kedua-dua mereka (Ananda dan 1MDB) masih mencari penyelesaian isu tersebut," kata sumber.

1MDB dan Ananda sebelum ini dalam keadaan serba salah dalam menyelesaikan hutang RM2 bilion yang dijamin usahawan jutawan itu dan perlu dibayar balik pada November tahun lepas, ketika syarikat pelaburan strategik itu mengambil alih aset tenaga beliau pada Mac 2012.

1MDB sudah dua kali diberi tempoh lanjutan selama sebulan bagi menyelesaikan hutang RM2 bilion itu.

Pinjaman tersebut merupakan sebahagian usaha mengemaskini hutang oleh 1MDB berjumlah RM6.17 bilion yang perlu dilangsaikan tahun lalu.

Hutang tersebut dibiayai semula sebagai pinjaman RM3.5 billion untuk tempoh 10 tahun, dengan sandaran Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH), di samping pinjaman RM2 bilion yang perlu dijelaskan 30 November lepas.

Selebihnya dibayar balik beserta bunga. Pinjaman RM2 bilion itu diluluskan ekoran komitmen Ananda menyuntik jumlah sama ke dalam PIH, supaya membolehkan PIH membayar peminjam.

Langkah tersebut bagaimanapun berdepan masalah kerana suntikan RM2 bilion itu menjadikan Ananda pemegang saham majoriti dalam PIH, berdasarkan penilaian terkini.

Dalam kata lain, 1MDB akan hilang pemilikan PIH, iaitu sesuatu yang tidak boleh diterima dari segi politik.

Sumber berkata ketika konsortium Maybank/RHB Bank menunggu bayaran balik, 1MDB dan penasihat kepada Ananda mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi memecahkan kebuntuan, sebelum akhirnya memilih pinjaman dari Ananda untuk 1MDB. – The Edge Financial Daily

10 Feb: Anwar Sah Tidak Lari Ke Mana-Mana..Macai Yang Meroyan..!!!

Jauh daripada jangkaan sesetengah pihak mengenai kemungkinan melarikan diri ke luar negara pada hari penghakiman kes liwatnya yang telah ditetapkan, Anwar Ibrahim telah pun mempunyai jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai  awal Februari depan ini.

Jadual programnya yang sudah tersebar luas itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa Anwar tetap dengan sifat berani serta keyakinan tidak bersalahnya pada hari penentuan 10 Februari nanti.

Semalam, NGO Tibai dan peguam Zulkifli Noordin telah membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa melakukan pemerhatian lebih rapi terhadap pergerakan Anwar, termasuk merampas pasport antarabangsanya bagi mengelakkan kemungkinan kononnya Ketua Pembangkang itu melarikan diri ke luar negara.

Apa yang berlaku kepada Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang menghilangkan diri pada hari penghakiman dan kemudian didapati melarikan diri ke Australia telah dijadikan rujukan tentang kebarangkalian Anwar juga dikatakan bakal melakukan tindakan yang sama.

Namun dengan pihak Anwar sudah mengeluarkan jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai semalam, secara langsung menafikan kemungkinan yang dibimbangi itu. Anwar kekal menunjukkan jiwa berani dan mempertahankan pendirian "lawan tetap lawan" yang menjadi pegangannnya selama ini.

Didapati bersalah atau tidak, Anwar akan menghadapinya secara berdepan dan jiwa yang kental segala kemungkinannya.

Di sebalik bibit-bibit perpecahan yang kian melebar dalam PR, terutama berkaitan hubungan Pas dengan DAP serta Pas dengan Pasma, jelajah Anwar ke seluruh negara ini adalah medan terbaik untuk kembali menyatukan semula elemen itu.

Politik Najib Razak sedang nazak

Oleh Zulkifli Yahaya
LUMRAH dalam sesebuah parti politik, apabila seseorang penyandang mahu dijatuhkan maka alasannya adalah untuk menyelamatkan parti dari mengalami kekalahan dalam pilihan raya.
Demikianlah gerakan besar untuk menjatuhkan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai presiden Umno dan perdana menteri sekarang ini. Tan Sri Sanusi Junid adalah nama yang sudah hilang dari kancah politik tanah air.

 Kini tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan serangan perdana terhadap Najib sejak setahun lalu. Kata Sanusi, apa yang dilakukan Najib itu adalah untuk mempastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Katanya, Tun Mahathir hanya mahukan Umno dan BN menukar dasar dalam parti itu untuk memastikan kemenangan mereka. “Kalau dasar dan cara tidak ditukar, maka orang itu kena tukar, beliau bukan hendak Umno dan BN kalah,” kata Sanusi. Bekas menteri besar Kedah itu semacam mengiyakan tindakan Tun yang mahu Najib dijatuhkan.
Tun Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan juga merupakan tokoh yang sudah luput tarikh politiknya. Kini bersekutu dengan Tun Mahathir menyerang Najib. Tan Sri A Kadir Jasin pendokong setia Mahathir yang menguasai media di zamannya, kini di barisan hadapan dalam melancarkan serangan terhadap Najib. Dato’ Seri Khairudin Abu Hassan yang dianggap “budak suruhan” Tun yang giat menjatuhkan Dato’ Seri Anwar penghujung tahun 90-an dahulu kini tekun pula menyerang kepentingan Najib. Nampaknya orang-orang Tun Mahathir sedang bekerja keras untuk memberi tekanan terhadap Najib.
Para pengampu BN menyifatkan serangan A Kadir Jasin macam pembangkang dan beliau pun kini terima serangan dari media BN macam pembangkang juga. Secara terbuka Kadir mengkritik perdana menteri kerana bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii pada 25 Disember lalu ketika banjir besar melanda kawasan Pantai Timur. Kadir menjadikan Julius Caesar dan Rom sebagai analogi bagi menggambarkan teruknya Najib.
Menariknya apabila serangan diledakkan terhadap Najib bertalu- talu oleh veteran Umno, maka tidak ramai yang muncul menjadi hero mempertahankannya seperti yang berlaku terhadap Tun Mahathir di persada kuasa dahulu. Kalau adapun hanya dari jenis penyokong yang bawa rebah seperti Syed Ali Al-Habshi. Pembelaannya terhadap Najib dan Datin Sri Rosmah Mansor sampai ramai kalangan orang Umno sendiri rasa melugai.
Apakah ini gambaran bahawa di kalangan kepimpinan Umno sendiri, mereka sangat mengharap agar Najib berundur? Ada logiknya. Dalam sebuah parti yang semua orang bersaing mencari kedudukan; satu kekosongan yang berlaku di puncak akan melonjakkan semua yang sedang menunggu di bawah ke atas.

Imigresen gantung modul baharu biometrik, visa pekerja asing Bestinet


Jabatan Imigresen menggantung sistem pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing, yang mencetuskan kontroversi kerana pengarah syarikat yang diberi kontrak tersebut rapat dengan Putrajaya.
Penggantungan itu dua minggu selepas Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dan pemeriksaan kesihatan biometrik itu berkuat kuasa, tetapi dikritik oleh agensi pekerja asing yang mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Para operator mengadu mengenai kenaikan yuran secara mendadak di bawah FWCMS, daripada RM15 kepada RM250, yang diberi Putrajaya kepada Bestinet Sdn Bhd.
Dalam satu pekeliling bertarikh 26 Januari yang dilihat The Malaysian Insider, Jabatan Imigresen berkata penggantungan berkuat kuasa serta-merta dan visa permohonan pekerja asing akan dilakukan di kaunter seperti amalan sebelumnya.

 "BioMedical dan eVDR (FWCMS) yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2015 akan digantung berkuat kuasa serta merta," menurut kenyataan itu, merujuk dua modul utama di bawah FWCMS - bio-perubatan dan permohonan secara elektronik bagi Visa Dengan Rujukan (eVDR).
 "Sehubungan itu, permohonan visa dengan rujukan di kaunter imigresen kini berjalan seperti biasa."

Pekeliling itu ditandatangani Pengarah Jabatan Pekerja Asing Farah Adura Hamidi, yang mengesahkan arahan tersebut. Beliau memberitahu The Malaysian Insider, arahan menggantung penggunaan kedua-dua sistem itu datang daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi enggan mengulas lanjut.
 "Jabatan Imigresen merupakan pelaksana, manakala yang membuat polisi ini ialah kerajaan.

Jadi, kami menerima arahan ini daripada mereka (KDN) dan kami hanya bertindak ke atasnya," kata beliau.
FWCMS adalah laman web dikendalikan Bestinet yang juga akan mengendalikan antara lain, permohonan kuota pekerja asing, Pas Lawatan Kerja Sementara Elektronik (ePLKS) dan insurans mereka. Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara asal pekerja juga terpaksa menggunakan sistem Bestinet itu.

MH370: Kehilangan, tangisan dan rahsia di sebaliknya

Perjalanan MH370: Kehilangan, tangisan dan rahsia di sebaliknya
KUALA LUMPUR: Awal pagi 8 Mac mencatat sejarah pahit buat negara apabila pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dalam perjalanan ke Beijing, China telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Rentetan daripada itu, gerakan mencari dan menyelamat besar-besaran melibatkan pelbagai negara dilakukan.

Seramai 227 penumpang, termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia, berada di dalam pesawat malang Boeing 777-200 itu.


Grafik kewarganegaraan penumpang MH370
Pecahan penumpang MH370 mengikut negara - AstroAWANI


Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur. Juga dipercayai terdapat dua penumpang yang menggunakan pasport curi.

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630.

Pengawal trafik udara terputus hubungan dengan pesawat pada jam 1.30 pagi.

Pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

GOOD TRY RAZAK BAGINDA! But no one is fooled - least of all, Altantuya's killers


The judiciary has closed the book on Altantuya Shaariibuuu’s case with its verdict that the two accused are guilty of murder and have to pay with their lives.
Now, one of those who was initially arrested and charged in connection with this case, but was freed and went to the United Kingdom has “broken his silence” and given his own verdict that it was a “straightforward” case for which the two on death row are solely responsible. He is reinforcing the court’s judgment. Good try, but childish, and why?
This reinforcement of the court’s findings only makes more black holes in the mother of all murders.
Razak Baginda seems so knowledgeable about the case. Could he tell us more on the following obvious but unanswered questions?
In how many murder cases is the victim taken alive to a Godforsaken place in the middle of the night where the killing is to take place?
In how many murders is the body disposed of with the use of C4 explosives that only the armed forces keep in store and which cannot be purchased from any drug store?
The two accused are policemen and not armed forces men. So how did they get hold of the C4? The court was not interested in finding out this. Why?
Altantuya is a foreigner and entered Malaysia on a passport. But the Immigration records showed no such person had come to Malaysia.
How did the two policemen “kau tim” (make a deal) with the Immigration to play Houdini with the records of her presence in Malaysia? Was the court interested in finding out this?
Why would Immigration have sympathised with the two accused, now sentenced to death, to perform an illegal act of deleting the records? Did the court enquire into this?

IGP: Kita tak akan dapat tahu mengapa 'polis jahat' bunuh Altantuya.......

Nampaknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyertai barisan panjang mereka yang masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyentuh isu itu dalam respon kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang semalam menyifatkan pembunuhan bekas kekasihnya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".
                     
Razak Baginda (kiri), yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa walaupun "elemen jahat" wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis.

"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Khalid berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.

"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.

"Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.

Dalam keputusan 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa motif pembunuhan itu adalah "tidak penting" dengan kes tersebut.
      
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.

RINGGIT JATUH TERUK LAGI !!!


TAPI UMNO sibuk pasal 'RAJA JUDI' Phua Wei Seng...

KONONNYA dihebahkan satu negara, kejatuhan ringgit baik untuk negara. Ada juga kata kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi..

Biar statistik dari Bank Negara & Jabatan Perangkaan Negara M'sia berbicara...

AGAK2NYA menteri2, NGO's pro BN serta macai2nya pernah tak lihat data2 ini sebelum keluar kenyataan mengampu KERAjaan BN ???

1MDB: Di mana Bank Negara, apa PAC buat


KUALA LUMPUR: Usah menanti keadaan menjadi begitu parah barulah kelam kabut mencari penawar berhubung hutang 1MDB, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Ini, ujarnya kerana sehingga ke hari ini, pihak Bank Negara Malaysia, Maybank dan RHB masih belum membuat sebarang penafian terhadap dakwaan kegagalan 1MDB membayar hutang sebanyak RM2 billion.
Ini, kata beliau bermakna kali ketiga 1MDB meminta 'extension' bayaran hutangnya kepada Maybank dan RHB.
Malah, menurutnya hutang RM2 billion itu sepatutnya dilunaskan pada tahun 2013 dan diberi kelonggaran sehingga 2014.
"Di mana yang dikatakan pelaburan 1MDB di Cayman Island sudah dibawa pulang?
"Jikalau benar sudah berjaya dibawa pulang, mengapa tidak digunakan untuk membayar hutang tersebut?" tanya Ketua Whip Ahli Parlimen PAS itu dalam satu kenyataan.
Jelasnya, kata beliau yang menanggung beban hutang itu adalah Maybank dan RHB.
Menurut beliau lagi, pemegang saham utama dalam Maybank adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) manakala RHB pula adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Maka yang menanggung 'biawak hidup' ini akhirnya rakyat Malaysia juga!" ujarnya lagi.

MH370 : Keluarga penumpang masih harapkan keajaiban

Keluarga yang ditemui berharap usaha pencarian pesawat tersebut tidak dihentikan kerajaan
family_mh370_300PETALING JAYA: Keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370, Jee Jing Han, 42, masih mengharapkan keajaiban walaupun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Khamis mengisytiharkan pesawat berkenaan ditimpa kemalangan dan kesemua penumpangnya meninggal dunia.
Sepupu Jee yang hanya mahu dikenali sebagai Jean, berkata ibu Jee masih mengharapkan anaknya itu masih hidup dan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, tidak bermakna lagi bagi mereka sekeluarga.
“Untuk setiap perayaan seperti pesta tanglung dan sebagainya, setiap perayaan dia akan kembali, kami sangat rapat,” katanya kepada pemberita di rumah keluarga Jee, di Taman Rasa Sayang, Jitra Kedah, pada Khamis.
Jean berkata kali terakhir beliau bertemu sepupunya itu ialah pada Tahun Baharu Cina lepas, selalunyaJee akan membawa pelbagai hadiah dan makanan ringan untuk keluarganya, jika beliau balik dari Seremban, tempat dia bekerja sebagai pengaturcara program komputer, lapor BERNAMA.
“Tahun lepas semasa Tahun Baharu Cina, dia bawa kuih seperti kuih bakul untuk keluarga…disebabkan kesusahan yang mereka lalui, dia (Jee) telah bekerja keras di Seremban untuk membantu keluarganya,” ujarnya.

Mahathir perlu terus dedahkan kelemahan Najib

Duit hasil rasuah, komisiyen, duit yang asal-usulnya mencurigakan disimpan dalam banyak offshore banks.
ariff najib2PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz terus menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ketidakcekapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terutamannya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Negara akan jahanam jika dibiarkan dan perkara tersebut akan menyebabkan Malaysia dalam bahaya,” dakwanya.
Menulis di dalam entri terbaru di blog sakmongkol.blogspot.com, jelas beliau, harga tanah yang dijual kepada 1MDB oleh syarikat Tun Razak Exchange (TRX) juga sangat rendah dan tindakan demikian jelas sekali hanya memberikan keuntungan kepada syarikat berkenaan sahaja.
“Siapa yang memutuskan harga jualan? Siapa yang membuat penilaian? Siapa yang memutuskan menjual tanah TRX pada harga yang murah? Siapa yang memutuskan jual tanah Sungai Besi pada harga rendah?” soal beliau yang merupakan bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.
Beliau menambah, “Kes seperti ini hanyalah untuk mengambil komisyen dan tipu harga. Kalau berani adakan audit ke atas penjualan tanah TRX dan Sungai Besi.”
Katanya, tindakan sedemikian jelas menunjukkan bahawa 1MDB hanya satu fasilitis untuk sesetengah kumpulan menggasak wang rakyat.